| /// |
|
| Search : Institut Jantung News | Page 1 |
|
Tun Siti Hasmah sudah ???bersedia meninggalkan kita semua??? malam tadi .. - Mygazette - 29/09 8:09 am # Tun Siti Hasmah sudah bersedia meninggalkan kita semua malam tadi Mukhriz KUALA LUMPUR Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali masih ceria ketika bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, malam tadi sebelum menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk meninggalkan mereka semua. Mukhriz berkata, walaupun sudah berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana komplikasi lain, keadaan Allahyarhamah malam tadi tidak menunjukkan sebarang petanda buruk, malah berada dalam suasana ceria |
|
‘Keluarga terkejut pemergian Allahyarham, semalam masih ceria di .. - Mygazette - 29/09 8:09 am # 'Keluarga terkejut pemergian Allahyarham, semalam masih ceria di IJN' - Mokhzani PUTRAJAYA Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang disifatkan berlaku secara tidak diduga. Malah, mereka masih bersama Allahyarhamah di Institut Jantung Negara (IJN) semalam dalam keadaan ceria dan mesra, kata anak kedua Dr Mahathir, Tan Sri Mokhzani |
|
Jenazah Siti Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara - Mygazette - 29/09 8:09 am Talkin kemudiannya disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali. Allahyarham Dr Siti Hasmah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi |
|
Kalah atau menang, Tun Dr Hasmah sentiasa ada Chong Wei - Sinarharian - 28/09 11:33 pm Terima kasih atas kasih sayang dan kekuatan yang Tun curahkan pada saya selama ini."Senyuman dan kehangatan kasih Tun akan sentiasa hidup di dalam gelanggang dan di hati seluruh rakyat Malaysia."Berehatlah dengan tenang, Tun. Kami akan sentiasa merindui Tun," katanya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun. |
|
Anwar kenang Dr Hasmah sebagai sosok ibu penuh kelembutan, kasih sayang - Sinarharian - 28/09 11:29 pm KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai sosok ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang, selain sahabat serta rakan karib yang amat dekat dengan beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Anwar berkata, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Allahyarham yang disifatkannya sebagai seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap orang berasa dekat dan dihargai.Beliau berkata, sukar bagi beliau dan Wan Azizah menerima hakikat bahawa Allahyarham kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap kenangan indah yang dikongsi bersama kembali terbayang dalam ingatan."Hadir bersama-sama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib padatahun-tahun lampau," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin yang turut disertakan beberapa keping gambar beliau dan isteri menziarahi jenazah Allahyarham serta bertemu dengan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.Anwar dan Wan Azizah turut mendoakan agar Dr Mahathir terus diberikekuatan untuk menghadapi ujian berkenaan, selain dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.Mereka turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampuni Allahyarham, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh."Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu," katanya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isninpada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada 6.20 petang tadi di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya dengan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara |
|
Tun Dr Hasmah bukan sekadar doktor, turut latih bidan luar bandar - ABIM - Sinarharian - 28/09 10:51 pm SHAH ALAM Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali bukan sekadar mencurahkan khidmat sebagai doktor, malah turut membantu melatih bidan serta membina kepercayaan antara petugas kesihatan dengan masyarakat luar bandar.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, sebagai doktor wanita Melayu terawal, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu banyak merintis khidmat kesihatan untuk ibu, anak dan keluarga di luar bandar."Beliau memahami bahawa kesukaran mendapatkan rawatan bukan hanya soal kesedaran, malah ada keluarga yang berdepan jarak, ketiadaan pengangkutan dan kekangan wang."Pada beliau, khidmat yang berkesan bermula dengan mendengar dan memahami kehidupan orang yang dibantu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Fahmi berkata, kepedulian Allahyarham kemudiannya turut berkembang kepada bidang pendidikan dan keupayaan ekonomi wanita luar bandar."Perjalanan hidup Allahyarham memperlihatkan wibawa seorang wanita Melayu Islam yang memimpin melalui ilmu, ketekunan dan kerja yang nyata."Beliau meninggalkan teladan kepada generasi muda bahawa kedudukan memberi ruang untuk berkhidmat, tetapi jasa dibina melalui kehadiran yang berterusan bersama masyarakat," tambahnya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Allahyarham Dr Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi Isnin.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi turut berkongsi cara terbaik untuk mengenang Allahyarham adalah dengan meneruskan perhatian kepada golongan yang mudah tercicir termasuk ibu dan anak yang memerlukan penjagaan."Termasuk keluarga yang jauh daripada perkhidmatan kesihatan, serta wanita yang memerlukan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik," katanya.Ahmad Fahmi turut merakamkan takziah kepada Dr Mahathir dan seluruh keluarga atas pemergian Dr Hasmah."Semoga ALLAH SWT mengampuni Allahyarham, menerima segala amal baktinya dan mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan |
|
'Ibu beritahu sudah sedia tinggalkan kita semua...' - Mkini - 28/09 9:29 pm Menurut Mukhriz, Dr Hasmah dibawa ke IJN kerana masalah kesihatan yang bukan berkaitan jantung dan kelihatan cerita, mood baik sebelum mengalami serangan jantung pagi tadi. |
|
PM Singapura hargai kehidupan, legasi luar biasa Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 9:06 pm Sumbangan beliau menyentuh kehidupan generasi rakyat Malaysia."Selain sumbangannya kepada masyarakat, beliau akan dikenang kerana sifat mesra, anggun dan semangatnya dalam menjalani kehidupan. Beliau membawa kemesraan dan semangat dalam segala yang dilakukannya dan akan sentiasa dikenang dengan penuh kasih oleh semua yang mengenalinya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sementara itu, Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan memberikan penghormatan kepada sumbangan Dr Hasmah sebagai perintis dalam bidang perubatan dan kesihatan awam, dengan menyatakan bahawa kehidupan dan kerjayanya membuka jalan bagi generasi wanita dalam profesion berkenaan."Beliau memulakan kerjayanya pada waktu apabila tidak ramai doktor wanita di Malaysia dan seterusnya memperjuangkan kesihatan serta kesejahteraan wanita, kanak-kanak, dan masyarakat luar bandar."Kehidupan dan kerjayanya membuka peluang kepada ramai orang selepas beliau, dan beliau menunjukkan bagaimana perubatan, pada tahap terbaiknya, bukan sahaja mengenai merawat pesakit, tetapi juga meningkatkan taraf hidup dan berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam hantaran di Facebook.Pada 1947, Dr Hasmah mendaftar di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan merupakan satu-satunya wanita Melayu yang menuntut dalam bidang perubatan di institusi itu pada tahun berkenaan.Selepas mengharungi cabaran latihan perubatan, beliau menamatkan pengajian pada Jun 1955, sekali gus menjadi antara wanita Melayu terawal menceburi profesion perubatan pada zaman yang ketika itu masih didominasi oleh golongan lelaki.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pagi Isnin pada usia 100 tahun.Jenazah beliau dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20 Putrajayapada 6.20 petang Isnin, dengan Dr Mahathir, anak-anak serta anggota keluarga hadir |
|
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus sifatkan Tun Dr Hasmah penyayang, ambil berat rakyat - Sinarharian - 28/09 8:50 pm Beliau adalah seorang doktor dan penjawat awam yang luar biasa yang sangat mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat biasa," menurutnya.Hantaran itu turut termasuk foto Yunus bersama Dr Hasmah.Mengimbau penglibatan Dr Hasmah dengan Jawatankuasa Pemandu Kempen Sidang Kemuncak Mikrokredit, Yunus berkata, sokongan beliau membantu memajukan usaha untuk membawa perkhidmatan kewangan kepada keluarga termiskin di dunia.Beliau berkata, Allahyarham juga beberapa kali melawat Grameen Bank bagi membantu memantapkan prosedur kerja Amanah Ikhtiar Malaysia.Mengenang pertemuan terakhir mereka pada Hari Perusahaan Sosial di Langkawi pada 2023, Yunus berkata, beliau akan sentiasa mengingati Dr Hasmah atas kebaikan, kemesraan dan keprihatinannya yang tulus terhadap orang lain."Beliau berkhidmat untuk negaranya dengan keanggunan dan kecemerlangan. Kemesraan, kasih sayang dan baktinya akan diingati oleh semua yang bertuah mengenali Allahyarham, dan memori beliau akan kekal di hati ramai," tulisnya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun |
|
'Tun Dr Hasmah sudah bersedia untuk tinggalkan kami' Mukhriz Mahathir - Sinarharian - 28/09 8:30 pm PUTRAJAYA Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali menyatakan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa beliau sudah bersedia untuk meninggalkan mereka semua, sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir.Mukhriz berkata, beliau sempat bersama ibunya pada malam sebelum Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Menurutnya, walaupun berada di IJN kerana masalah kesihatan, Tun Dr Hasmah ketika itu berada dalam keadaan ceria."Waktu itu dia sudah pun berada di IJN atas sakit yang lain sebenarnya tetapi moodnya sangat ceria walaupun begitu dia ada beritahu saya yang dia dah bersedia untuk meninggalkan kita semua."Jadi nampaknya dia dah bertawakal," katanya ketika ditemui selepas istiadat pengebumian Tun Dr Hasmah di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini pada Isnin.Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, pada pagi Isnin, beliau menerima makluman daripada pihak hospital bahawa ibunya mengalami masalah jantung sebelum bergegas ke IJN."Pihak pakar di IJN pada waktu itu tengah melakukan prosedur pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas Dr Hasmah dan kemudian dipindah ke Unit Rawatan Koronari (CCU)."Pada jam 9 pagi kami dimaklumkan bahawa CPR yang telah dijalankan itu hanya akan dibuat selama 15 minit lagi dan kalau jantung tak terus berfungsi maka tindakan CPR itu akan dihentikan," katanya.Beliau berkata, keluarga ketika itu sudah memahami maksud penjelasan doktor berkenaan sebelum Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir.Dalam pada itu, Mukhriz turut berkongsi momen menyentuh hati apabila ibunya masih memikirkan masa depan rakyat dan negara sehingga ke saat-saat akhir."Sampai ke saat-saat akhir dia masih lagi memikirkan soal masa depan kita," katanya.Menurut Mukhriz, beliau menganggap dirinya sebagai antara anak yang bertuah kerana sehingga usia 62 tahun, masih mempunyai ibu dan bapa."Saya anggap itu satu tuah yang sangat-sangat bermakna bukan hanya pada keluarga kami, insya-ALLAH juga bagi negara kerana Tun Dr Hasmah sebenarnya seorang yang sentiasa utamakan khidmat bagi rakyat dan bagi negara," katanya. |
|
Allahyarham Tun Dr Hasmah ceria sehari sebelum pemergian - Mokhzani Mahathir - Sinarharian - 28/09 8:06 pm PUTRAJAYA Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali berada dalam keadaan ceria ketika bersama keluarga di Institut Jantung Negara (IJN) sehari sebelum pemergiannya pada Isnin.Berkongsi perkara itu, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, keluarga terkejut dengan perubahan keadaan ibunya yang berlaku secara mendadak."Kami terkejut pagi tadi kerana semalam keluarga berada bersama Allahyarham di IJN |
|
Tujuh dekad bersama, air mata Tun M iringi perjalanan akhir Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 7:38 pm KUALA LUMPUR - Selepas tujuh dekad melayari kehidupan bersama, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berdepan detik paling sukar apabila terpaksa mengiringi pemergian isteri tersayang, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Dr Mahathir, yang menggunakan kerusi roda dan mengenakan tiub oksigen, tetap setia mengiringi perjalanan terakhir insan yang menjadi pendamping hidupnya selama tujuh dekad ke tempat persemadian abadi bersama dengan anak-anak serta ahli keluarga terdekat.Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham, bermula dari kediaman keluarga ketika penghormatan terakhir dan solat jenazah di masjid hinggalah ke Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya.Berwajah sugul, bekas Perdana Menteri itu dilihat termenung seketika sambil memandang jenazah Dr Hasmah ketika memberikan penghormatan terakhir di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini.Beliau turut menyertai solat jenazah bersama dengan ribuan jemaah yang memenuhi ruang masjid.Sejurus tiba di Pusara Negara, Dr Mahathir terus mengiringi jenazah isterinya ke kawasan perkuburan bersama dengan anak-anak dan ahli keluarga terdekat sebelum Allahyarham disemadikan.Dari kerusi rodanya, beliau menyaksikan upacara pengebumian Dr Hasmah yang berlangsung dalam suasana hening dengan anak-anak serta ahli keluarga berada di sisinya.Kesedihan jelas terpancar di wajah Dr Mahathir ketika beliau dilihat menitiskan air mata ketika berada di sisi pusara isterinya, dalam detik penuh hiba saat mengucapkan salam perpisahan dan menatap buat kali terakhir wajah insan yang selama ini setia berada di sisinya.Bagi rakyat Malaysia, Dr Mahathir dan Dr Hasmah bukan sekadar pasangan bekas Perdana Menteri dan isteri malah kemesraan yang sering diperlihatkan secara spontan di khalayak menjadikan mereka cukup dekat di hati masyarakat.Dalam pelbagai acara rasmi mahupun ketika tampil dalam suasana santai, Dr Hasmah hampir tidak pernah jauh dari sisi suaminya, menjadi pendamping dan antara tonggak penting di belakang perjalanan panjang Dr Mahathir dalam kehidupan serta arena politik negara.Sifat bersahaja mereka menerusi gurauan, usikan dan interaksi mesra juga sering mencuri perhatian sekali gus memperlihatkan sisi peribadi dua figura yang menghabiskan sebahagian besar kehidupan bersama.Dr Mahathir dan Dr Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini, bahtera perkahwinan pasangan ini mencecah 70 tahun.Sepanjang tujuh dekad bersama, Dr Hasmah bukan sahaja menjadi isteri dan ibu kepada tujuh anak mereka malah beliau setia berada di sisi Dr Mahathir menempuh pelbagai fasa kehidupan serta perjalanan panjang kerjaya politik suaminya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi tadi pada usia 100 tahun |
|
'Jika ada kesilapan Tun Hasmah, ampun dan maaf kami pinta' - Mukhriz Mahathir - Sinarharian - 28/09 7:35 pm SHAH ALAM - Anak kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon kepada orang ramai agar memaafkan segala kesilapan dan salah laku ibunya.Mukhriz berkata, dalam masa sama sekiranya terdapat hutang piutang yang masih belum diselesaikan Allahyarham, pihak berkenaan boleh berurusan dengan keluarga."Jika ada apa-apa kesilapan atau salah laku daripada pihak beliau, ampun dan maaf kami pinta."Sekiranya ada hutang piutang yang belum selesai, sila berurusan dengan kami pihak keluarga. Insya-ALLAH, kami akan menyelesaikannya sebaik mungkin," ujarnya.Beliai berkata demikian selepas solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Solat jenazah selesai kira-kira jam 5.15 petang, sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara Presint 20, Putrajaya, untuk disemadikan menerusi Istiadat Pengebumian Negara.Sebelum ini, Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Tun Dr Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi. |
|
Vincent Tan kenang Tun Dr Hasmah sebagai insan sopan, rendah hati dan penyayang - Sinarharian - 28/09 7:26 pm Namun, lebih daripada sekadar gelaran itu, beliau ialah insan yang begitu dekat di hati rakyat biasa melalui kehangatan peribadi dan keprihatinannya yang tulus terhadap orang lain," katanya.Vincent berkata, pemergian Allahyarham amat dirasai seluruh negara, dan rakyat Malaysia akan mengenang beliau dengan penuh kasih sayang serta hormat."Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat negara. Segala kebaikan dan sumbangan beliau akan terus dikenang dan tidak akan dilupakan," katanya.Vincent turut berharap agar Tun Dr Mahathir dan keluarga mendapat ketenangan dalam mengenang kehidupan indah yang mereka lalui bersama Allahyarham.Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun.Allahyarham meninggalkan suami, Dr Mahathir, 101, yang dikahwininya pada 5 Ogos 1956, serta tujuh orang anak |
|
Tun Dr Hasmah sentiasa lemah lembut, baik hati - Pengerusi Eksekutif YTL Corp - Sinarharian - 28/09 6:59 pm Semoga Tuhan mengurniakan ketabahan kepada Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat pilu ini," kata Francis.Sementara itu, GXBank menerusi hantaran di LinkedIn menyifatkan Dr Hasmah sebagai tokoh yang amat berharga kepada negara, dengan perjalanan hidup Allahyarham selama satu abad meninggalkan kesan mendalam kepada jutaan rakyat di seluruh negara.Allahyarham merupakan seorang perintis dalam pelbagai bidang selain menjadi contoh yang memperlihatkan erti keanggunan, ketabahan dan kekuatan kepada wanita Malaysia."Didorong oleh kecintaan terhadap ilmu sepanjang hayatnya, Dr Hasmah mencipta sejarah sebagai antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini, sekali gus meletakkan asas penting dalam bidang kesihatan awam, kesejahteraan ibu serta perubatan luar bandar."Kehadiran beliau membawa ketenangan, rasa dihargai dan semangat perpaduan kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kekuatan yang ditunjukkan beliau melalui sifat lemah lembutnya terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang," menurutnya.Bursa Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dr Hasmah dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh negara yang telah menyentuh kehidupan ramai dan menjadi inspirasi kepada pelbagai generasi."Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," menurutnya dalam hantaran di laman X.Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 6:49 pm PUTRAJAYA - Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Isnin.Pengebumian Allahyarham diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara diketuai Kapten Ahmad Saufi Md Isa dari Markas Tentera Darat.Penghormatan itu melibatkan lapan pegawai gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bacaan talkin dan doa kemudian dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.Istiadat itu selesai sekitar jam 6.40 petang.Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi Pusara Negara ketika istiadat pengebumian berlangsung dengan penghormatan terakhir diberikan kepada Allahyarham yang juga tokoh perubatan negara.Allahyarham Tun Dr Hasmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
MAHA Klinik bukti cinta Tun Dr Mahathir kepada Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 6:41 pm ALOR SETAR Nama MAHA Klinik di sini bukan sekadar merujuk kepada sebuah pusat rawatan yang mempunyai sejarah panjang, malah menjadi simbol dan tinggalan yang mengabadikan kisah kasih sayang antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.Pembantu Tadbir MAHA Klinik, Mercy Samuel, 69, berkata, nama unik klinik swasta bumiputera yang ditubuhkan pada 1957 itu merupakan gabungan nama 'Mahathir' dan 'Hasmah'.Menurut beliau, hubungan pasangan tersebut amat rapat sehingga Allahyarhamah Tun Dr Hasmah sering dilihat menemani Tun Dr Mahathir dalam pelbagai urusan, termasuk ketika berkunjung ke klinik berkenaan."Tun Dr Mahathir tidak ke mana-mana tanpa Tun Dr Hasmah. Di mana sahaja beliau berada, Allahyarham akan sentiasa bersama."Kami yang mengenali mereka sejak dahulu dapat melihat sendiri betapa eratnya hubungan mereka," katanya ketika ditemui di MAHA Klinik pada Isnin.Tun Dr Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi Isnin.Berita pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir sebelum turut dikongsikan oleh Tun Dr Mahathir.Pemergian tokoh perubatan yang banyak berjasa kepada masyarakat itu turut dirasai warga MAHA Klinik yang menyimpan pelbagai kenangan bersama pasangan berkenaan.Mercy berkata, klinik itu telah diambil alih oleh Datuk Dr Mohamed Yacob Dawood daripada Tun Dr Mahathir sekitar penghujung 1970-an.Bagaimanapun, menurutnya, setiap kali pasangan tersebut pulang ke Alor Setar, mereka tidak pernah melupakan MAHA Klinik dan sering singgah untuk bertanya khabar kepada kakitangan."Setiap kali Ramadan, mereka juga tidak pernah lupa mengajak kakitangan klinik berbuka puasa bersama di rumah saudara mereka di Alor Setar," katanya.Jasanya kepada masyarakat terus dikenangSementara itu, Pegawai Perubatan MAHA Klinik, Dr Reshampreet Kaur berkata, Tun Dr Hasmah bukan sahaja dikenang sebagai isteri kepada seorang bekas Perdana Menteri, malah sebagai doktor yang banyak berjasa kepada masyarakat.Menurut beliau, antara sumbangan besar Allahyarham ialah penglibatannya bersama Tun Dr Mahathir dalam program pemeriksaan kesihatan percuma di kawasan luar bandar sekitar Alor Setar."Tun Dr Hasmah antara individu yang turun padang bersama Tun Dr Mahathir untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat, khususnya di luar bandar."Beliau juga merupakan antara pelopor dalam usaha berkaitan perancangan keluarga serta kesihatan ibu dan anak," katanya.Dr Reshampreet berkata, keprihatinan Allahyarham terhadap kesihatan suaminya turut menjadi perhatian ramai yang mengenali pasangan tersebut."Beliau seorang doktor yang sangat teliti dan sentiasa menjaga kesihatan Tun Dr Mahathir."Kami melihat sendiri bagaimana beliau sentiasa mengambil berat terhadap keadaan suaminya," katanya. |
|
Ribuan jemaah tunaikan solat jenazah Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 6:12 pm KUALA LUMPUR - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang Isnin,bagi menunaikan solat jenazah Allahyarham Tun DrHasmah Mohd Ali yang diadakan sebanyak dua kali, dengan kehadiran jemaah hingga ke luar ruang solat masjid.Solat jenazah pertama yang diadakan selepas solat Asar itu diimamkan Imam Masjid As-Syarif, Muhammad Danial Hussain yang dipenuhi ribuan jemaah, sebelum solat jenazah kali kedua diadakan bagi memberi peluang kepada jemaah yang lain juga, untuk bersama-sama mendoakan Allahyarham.Antara yang menunaikan solat jenazah ialah suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta menteri-menteri Kabinet.Turut bersama-sama dalam saf ialah anak-anak serta ahli keluarga Allahyarham, serta dua lagi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain ahli-ahli Parlimen, tokoh korporat dan orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat.Tinjauan Bernama mendapati ruang utama masjid dipenuhi jemaah sehingga sebahagian daripada mereka membentuk saf di kawasan luar masjid untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.Orang ramai mula berkumpul di pekarangan masjid sejak tengah hari bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Dr Hasmah, dengan wakil perwakilan asing serta masyarakat bukan Islam turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada DrHasmah, sebelum meninggalkan masjid.Selesai urusan solat jenazah, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari masjid untuk dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya bagi istiadat pengebumian.Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isninpada usia 100 tahun |
|
Hasmah-Mahathir: 'I Love You' yang mengikat cinta tujuh dekad - Sinarharian - 28/09 6:12 pm KUALA LUMPUR - Tarikh 23 April 1949 menjadi antara detik paling bermakna dalam perjalanan hidup Tun Dr Mahathir Mohamad apabila tiga perkataan ringkas, 'I Love You'menjadi titik mula sebuah kisah cinta yang bertahan lebih tujuh dekad bersama dengan Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Ketika itu, Dr Mahathir dan Dr Hasmah, masih menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan baru pulang menonton wayang sebelum berjalan perlahan menuju ke asrama mereka di Holne Chase.Dalam perjalanan itu, Dr Mahathir memberitahu Dr Hasmah bahawa beliau ingin menyatakan sesuatu, sebelum mengeja satu demi satu perkataan "I Love You" atau aku cinta kepadamu itukepada wanita yang kemudian menjadi teman hidupnya.Kisah yang dirakam dalam buku Siti Hasmah: Citra Wanita Dua Zaman itu menjadi permulaan hubungan yang akhirnya membawa mereka ke jenjang perkahwinan pada 4 Ogos 1956.Hari ini, selepas 70 tahun melayari kehidupan sebagai suami isteri, hanya kematian memisahkan pasangan yang begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Malaysia itu apabila Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.Pemergian Dr Hasmah pastinya meninggalkan kesan paling mendalam kepada Dr Mahathir kerana beliau bukan sekadar kehilangan seorang isteri, tetapi teman yang berada di sisinya sejak zaman mereka bergelar pelajar perubatan, membina keluarga, mengharungi kerjaya sebagai doktor sehingga melalui perjalanan panjang kehidupan awam dan politiknya.Lima tahun lepas,Dr Mahathir pernah mengungkapkan betapa bertuahnya beliau kerana sentiasa ditemani Dr Hasmah dalam mengharungi jatuh bangun kehidupan mereka."Saya bertuah kerana ada Hasmah bersama-sama saya sepanjang 63 tahun tidak kira naik atau jatuh |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah tiba di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 6:04 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali tiba di Pusara Negara, Presint 20, di sini untuk istiadat pengebumian pada Isnin.Jenazah tokoh perubatan itu tiba pada jam 5.51 petang menggunakan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan disambut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.Allahyarham Tun Dr Hasmah berusia 100 tahun yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Allahyarham Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.Allahyarham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
“Nampak kosong jiwanya” – Wajah Sebak & Sugul, Netizen Doakan Tun Mahathir - Lobakmerah - 28/09 5:51 pm Hasmah Mohamad Ali, yang disahkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun pagi tadi. Mengikut pengesahan daripada ahli keluarga, Allahyarhamah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.20 pagi |
|
Tun Dr Hasmah peramah, penyayang, sentiasa di sisi Tun M Haniff Khatri - Sinarharian - 28/09 5:30 pm Tapi tengok dia, dia akan layan," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Presint 20, pada Isnin.Menurutnya, Dr Hasmah juga seorang yang mudah bergurau dan sentiasa menunjukkan sifat mesra ketika bertemu."Beliau memang sifat penyayang dia cukup-cukup besar. Saya rasa semua orang pernah nampak, bukan sahaja di pejabat itu, di rumah itu, di luar pun kalau ada apa-apa majlis," katanya.Haniff berkata, satu lagi perkara yang sering diperhatikannya ialah Tun Dr Hasmah tidak pernah cuba menonjolkan dirinya, sebaliknya sentiasa berada di sisi suaminya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Sering kali di belakang suami, tidak pernah menonjolkan diri, tapi menemani setiap urusan rasmi atau tidak rasmi itu."Saya rasa itu yang paling lekat dalam mata rakyat Malaysia yang mengenali betul, termasuklah banyak yang pernah berurusan dengan beliau," katanya.Dalam pada itu, Haniff turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang soleh serta di syurga.Beliau pada masa sama berharap seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama mendoakan ketabahan buat Dr Mahathir dan keluarga yang kehilangan insan tersayang."Tun kehilangan isteri, keluarga dan anaknya kehilangan ibu, tapi negara Malaysia kehilangan negarawan, Dr Hasmah," katanya.Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin pada usia 100 tahun.Kerajaan sebelum ini memutuskan Allahyarham diberikan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara, dengan jenazah disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya. |
|
Rakaman PM Anwar ziarah Tun Mahathir dan berjabat tangan tuai perhatian - Harapandaily - 28/09 5:26 pm Rakaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjabat tangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuai perhatian. Rakaman yang tular di TikTok itu menunjukkan Anwar hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia.. |
|
Tunku Azizah, Tengku Hasanal tiba di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 5:26 pm PUTRAJAYA - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara individu kenamaan hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, di sini pada Isnin.Baginda tiba sekitar jam 4.45 petang dengan diiringi kenderaan polis.Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib serta Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.Selain itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid bersama pegawai kanan juga hadir.Juga kelihatan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta Tan Sri Abu Kassim Mohamed iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan Pusara Negara mula dipenuhi orang ramai seawal jam 3.30 petang.Kawasan sekitar tanah perkuburan juga dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kelancaran lalu lintas.Dr Hasmah berusia 100 tahun menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi, Isnin.Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
Anwar, Dr Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 5:20 pm SERI KEMBANGAN -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini.Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di pekarangan masjid pada 4 petang dan kemudian menyantuni suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah.Perdana Menteriturut dilihat bersalaman dan berbual ringkas dengan Dr Mahathir.Terdahulu, orang ramai, barisan kenamaan serta perwakilan asing hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepadaAllahyarham Dr Hasmah.Anwar bersama ahli keluarga Allahyarham serta hadirin kemudianmenunaikan solat Asar.Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya petang ini bagi istiadat pengebumian.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun |
|
Tun Dr Hasmah dikenang sebagai 'Mother of the Nation' yang penyayang - Sinarharian - 28/09 5:19 pm KUALA LUMPUR - Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai seorang 'Ibu Negara' atau 'Mother of the Nation' yang penuh dengan sifat penyayang, selain rendah hati dan kemesraannya yang meninggalkan kesan mendalam kepada setiap individu yang mengenalinya.Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kejururawatan Global Doctors Hospital, Suhaila Mohd Kassim berkata, kehadiran Dr Hasmah sentiasa membawa kegembiran dan semangat kepada petugassetiap kali beliau berkunjung ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan."Sifat rendahhati, kemesraan dan senyuman beliau ialah lambangkeanggunan yang sebenar. Beliau merupakan tokoh terkemuka yang mampu mendekati masyarakat dengan erti kemanusiaan yang mendalam," katanya semasa temu bual secara dalam talian menerusi program Bernama World terbitan Bernama TV bertajuk'Remembering Tun Dr Hasmah' pada Isnin.Beliau berkata, sebagai seorang daripada doktor wanita Melayu terawal di negara ini, Dr Hasmah membuka laluan kepada golongan profesional wanita moden, khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan yang pada ketika itu didominasi lelaki.Suhaila berkata, sumbangan Dr Hasmah dalam bidang kesihatan awam, kesihatan ibu dan kanak-kanak serta kesihatan mental terus memberikan impak berkekalan terhadap landskap penjagaan kesihatan Malaysia, selain penglibatan aktif beliau dalam pelbagai kegiatan kebajikan.Beliau turut berkongsi kenangan peribadi tentang ketabahan dan kepimpinan berhemah Dr Hasmah, serta sifat beliau yang mudah didekati dan sentiasa menyapa semua warga hospital tanpa mengira peranan mereka."Sama ada sebagai isteri, ibu, atau doktor perubatan, segalanya yang beliau lakukan memberikan impak yang bermakna dan beliau akan sentiasa dikenang sebagai 'Ibu Negara'," katanya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun, dengan meninggalkan tujuh orang anak |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah akan disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon - Sinarharian - 28/09 4:06 pm SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon Mahmood di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) susulan keputusan keluarga untuk mengebumikan Allahyarham di Pusara Negara."Dalam kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri, pihak kerajaan telah mengarahkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Panglima Angkatan Tentera untuk memastikan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan buat Dr Hasmah," katanya kepada media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di sini pada Isnin.Fahmibersama isterinya,tiba di kediaman Allahyarham kira-kira 2.15 petang.Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir memberikan penghormatan terakhir, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual hadir ke masjid berkenaan.Dalam pada itu, Fahmi berkata, semua stesen radio dan televisyen diarahkanmembuat penyesuaian terhadap kandunganserta rancangan sepanjang hari ini sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Fahmi berkata, antara memori terawalnya ialah ketika beliau berusia 12 tahun danDr Hasmah pernah menyaksikan pementasan teater yang disertainya bersama rakan-rakan sekolah."Itu mungkin antara kenangan terawal saya. Saya rasa pemergian ini semestinya tak disangka, tetapi itulah ketentuan Ilahi."Beliau amat bermakna bagi ramai orang,dan memang jasa beliau sebagai seorang ibu sebagai seorang doktor akan sentiasa kita kenang," katanya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, pada usia 100 tahun |
|
Sultan Pahang, Tengku Ampuan beri penghormatan terakhir buat Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 4:05 pm SERI KEMBANGAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah danTengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Keberangkatan tiba baginda berduapada 2.10 petang diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin, pada usia 100 tahun.Beliau meninggalkan tujuh orang anak.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan isteri, Datin SeriAzrina Puteri Mohamed Mahyuddin;serta Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Mereka yang lain termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin; Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa;artis Datuk DJ Dave, Tan Sri Rais Yatim dan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan.Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas itu menyifatkan pemergian Dr Hasmah sebagai satu kehilangan besar buatnegara, khususnya kepada golongan wanita dan ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).Ahmad Zahid berkata, beliau bersama-sama isteri Datin Seri Hamidah Khamissempat menziarahi Allahyarham di kediamannya Isnin lepas.Beliau berkata, pertemuan itu turut menjadi ruang buat isteri beliau bersama-samaAllahyarham,yang juga anggota Bakti,mengenang kembali pelbagai kisah dan pengalaman lama."Yang diceritakan oleh isteri saya, beliau (Dr Hasmah) banyak bercerita mengenai alam baqa, Padang Mahsyar seolah-olah mengetahui akan pergi buat selama-lamanya."Tentu kami merasakan kehilangan yang teramat, kerana Allahyarham telah banyak menabur jasa, terutama dalam kalangan wanita dan ahli-ahli Bakti," katanya.DrHasmah akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya |
|
Hadi, Muhyiddin kenang jasa Tun Dr Hasmah, titip doa buat keluarga - Sinarharian - 28/09 4:04 pm SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga susulan pemergian isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali pada Isnin.Abdul Hadi berkata, pemergian Allahyarham pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, masyarakat dan negara.Menurut beliau, Allahyarham merupakan tokoh perubatan dan kesihatan yang telah banyak menabur bakti kepada rakyat serta negara sepanjang hayatnya."Allahyarham merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.Abdul Hadi berkata, Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai doktor dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.Menurutnya, sumbangan Allahyarham juga merangkumi usaha meningkatkan kesedaran serta penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak.Beliau berkata, sepanjang kehidupannya, Allahyarham turut aktif dalam pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan selain menjadi pendamping setia kepada Tun Dr Mahathir sepanjang perjalanan karier politik dan pentadbirannya.Abdul Hadi turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir, seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham serta mendoakan mereka diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau dan keluarga berasa amat dukacita menerima berita pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai tokoh wanita terbilang dan ikon negara.Menurutnya, Tun Dr Hasmah dikenali sebagai seorang wanita yang penuh kelembutan, kasih sayang, kebijaksanaan dan sentiasa merendah diri."Bagi saya, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang disegani rakyat Malaysia, malah seorang insan yang sentiasa menunjukkan sifat keibuan, kemuliaan budi dan keprihatinan kepada semua yang mengenalinya," katanya menerusi hantaran di media sosial.Muhyiddin berkata, sepanjang mengenali Tun Dr Mahathir dan keluarganya, Allahyarham sentiasa menjadi sumber kekuatan, pendamping yang setia dan insan yang membawa ketenangan kepada orang di sekelilingnya."Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau kepada negara akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya.Beliau turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.Muhyiddin juga memohon agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.Pemergian Tun Dr Hasmah pada usia 100 tahun disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Isnin. |
|
Dr. Siti Hasmah disayangi tanpa mengira kecenderungan politik – .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm "Penghormatan itu bukan sekadar kerana beliau isteri Perdana Menteri, malah kerana ilmu, kewibawaan, kejujuran serta keperibadian menyerlah, bermaruah dan penuh kesantunan," ujarnya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini. Isteri kepada bekas Perdana Menteri yang juga ibu kepada tujuh anak, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini pada usia 100 tahun |
|
Malaysia kehilangan tokoh wanita yang jadi saksi seabad perjalanan negara .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm "Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh," ujarnya menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook hari ini. Isteri kepada bekas Perdana Menteri yang juga ibu kepada tujuh anak, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini pada usia 100 tahun |
|
Pemergian Dr Siti Hasmah tinggalkan kesan mendalam – Suraya - Mygazette - 28/09 4:00 pm "Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama golongan yang beriman serta beramal soleh," katanya dalam satu kenyataan. Allahyarhamah berusia 100 tahun dan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) |
|
Jenazah Dr. Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Jenazah Dr. Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman KUALA LUMPUR -Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 10.40 pagi tadi selepas Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi |
|
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah - Mygazette - 28/09 4:00 pm Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Allahyarhamah berusia 100 tahun dan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) |
|
Satu abad Tun Dr Siti Hasmah tinggalkan legasi dalam bidang perubatan,... - Mygazette - 28/09 4:00 pm "Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Allahyarhamah berusia 100 tahun dan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) |
|
Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pagi ini - Mygazette - 28/09 4:00 pm KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini |
|
Dr. Siti Hasmah akan dikebumikan dengan Istiadat Pembesar Negara – PM - Mygazette - 28/09 4:00 pm Siti Hasmah akan dikebumikan dengan Istiadat Pembesar Negara - PM KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani akan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi |
|
Hilangnya permata negara, Dr Siti Hasmah tokoh inspirasi rakyat Malaysia - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Hilangnya permata negara, Dr Siti Hasmah tokoh inspirasi rakyat Malaysia **PAGI** ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke rahmatullah. Allahyarhamah meninggal dunia kira-kira pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) |
|
ATM mula lakukan persiapan pengebumian Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara - Mygazette - 28/09 4:00 pm Jenazah Allahyarhamah dijangka tiba di tanah perkuburan berkenaan selepas solat jenazah yang diadakan di Masjid As-Syarif sebelum meneruskan perjalanan terakhir di Pusara Negara. Allahyarhamah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 9.20 pagi tadi |
|
Allahyarham Dr. Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara - Mygazette - 28/09 4:00 pm Dr. Siti Hasmah yang berusia 100 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah dibawa ke masjid untuk disolatkan - Sinarharian - 28/09 3:54 pm SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dibawa keluar dari kediamannya di sini untuk dibawa ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah untukdisolatkan.Jenazah dibawa keluar dari kediaman pada kira-kira jam 2.45 petang, sebelum tiba di pekarangan masjid pada jam 2.55 petang diiringi ahli keluarga.Sejurus tiba, jenazah kemudian dibawa masuk ke bilik jenazah bagi urusan pengurusan jenazah sebelum sesi penghormatan terakhir.Turut berada di masjid ialah suaminya, Tun Dr Mahathir serta anak-anak dan ahli keluarga terdekat.Solatsolat jenazah akan dilaksanakan selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman di The Mines, Seri Kembangan dari Institut Jantung Negara (IJN)di sini, pada 10.48 pagi tadi.Antara kenamaan lain yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan isteri; bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk memberi taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham Dr Hasmah.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pada Isninmemaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, untuk membantu pengurusan dan melaksanakan istiadat berkenaan.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun |
|
Pemergian Tun Dr Hasmah: Kerajaan zahir ucapan takziah, rangkaian media dimohon beri penghormatan Fahmi - Sinarharian - 28/09 3:12 pm KUALA LUMPUR - Semua stesen televisyen dan radio tempatan dimohon supaya menyederhanakan serta menyesuaikan pengisian program siaran masing-masing sebagai tanda penghormatan terakhir atas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali hari ini.Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut mengucapkan takziah atas pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu."Bagi pihak kerajaan, saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Hasmah, dan juga khusus buat Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga."Ini adalah satu momen yang amat mendukakan. Allahyarham banyak berjasa pada negara, sering dilihat sebagai seorang individu yang dekat dengan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian BeONE Mobile, pengendali mudah alih tempatan, di sini hari ini.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak |
|
Tun Dr Hasmah banyak bercerita soal tuhan, alam baqa bersama isteri Ahmad Zahid - Sinarharian - 28/09 3:07 pm SHAH ALAM - Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali banyak bercerita mengenai tuhan, alam baqa dan padang mahsyar ketika pertemuan terakhir bersama isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya pada minggu lalu.Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahmad Zahid ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham.Menurut Ahmad Zahid, pertemuan itu menyentuh pelbagai kisah lama apabila isterinya yang merupakan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkesempatan berbual panjang serta bernostalgia bersama Allahyarham."Secara kebetulan, isteri saya baru mengunjungi Allahyarham Tun Hasmah pada minggu lepas. Mereka berbincang panjang dan sebagai anggota Bakti, mereka bernostalgia."Yang diceritakan oleh isteri saya, beliau banyak bercerita tentang tuhan seolah-olah beliau mengetahui akan pergi buat selama-lamanya," ujarnya pada Isnin.Sebelum ini, Tun Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Difahamkan, Dr Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.Tambah Ahmad Zahid, mereka sekeluarga turut merasai kehilangan Allahyarham Tun Dr Hasmah."Kami turut berdoa agar keluarga beliau diberikan kekuatan serta Allahyarham ditempatkan di sisi hamba-hamba yang beriman, insya-ALLAH," katanya.Mengulas mengenai kehilangan Allahyarham kepada negara, Ahmad Zahid berpendapat ia sebagai satu kehilangan yang amat besar"Ini sangat besar kerana Allahyarham menjadi wanita pertama selama 22 tahun |
|
Ahmad Zahid ziarah jenazah Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 3:02 pm SHAH ALAM Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menziarahi Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali di The Mines Residence, Seri Kembangan pada Isnin.Kehadiran Ahmad Zahid sekitar jam 2 petang itu bagi menyampaikan penghormatan terakhir serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Dr Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi tadi.Berita pemergian itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah dilaporkan meninggalkan IJN pada jam 10.48 pagi sebelum tiba di The Mines Residence.Kerajaan turut mengumumkan Allahyarhamah akan diberikan penghormatan pengebumian negara. |
|
Jepun rakam ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 2:50 pm KUALA LUMPUR - Jepun merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Allahyarham meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi tadi."Kedutaan Jepun mengucapkan takziah kepada Dr Mahathir dan ahli keluarganya |
|
Negara akan sentiasa kenang jasa, sumbangan Tun Dr Hasmah - Onn Hafiz - Sinarharian - 28/09 2:24 pm JOHOR BAHRU - Negara akan sentiasa mengenang jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sepanjang hayatnya.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada negara."Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini."Di kesempatan ini, saya ingin meminta jasa baik seluruh Bangsa Johor untuk bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya menerusi hantaran di media sosial.Allahyarhamdilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarham merupakan antara wanita Melayu terawal bergelar doktor perubatan dan pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam. |
|
“Tun M pun pakai oksigen” – Netizen Sebak Lihat Air Muka Tun Mahathir Semasa Meninggalkan IJN - Lobakmerah - 28/09 2:13 pm Pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti kerabat, ahli politik, golongan artis dan netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Allahyarhamah.Al fatihah. Hati netizen jadi bertambah sebak apabila mereka melihat kelibat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu meninggalkan Institut Jantung […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Sokongan Tun Dr Hasmah akan sentiasa diingati warga badminton- BAM - Sinarharian - 28/09 2:10 pm SOKONGAN dan kasih sayang bekas penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tun Dr Hasmah Mohd Ali, terhadap sukan badminton Malaysia akan sentiasa diingati dan disanjung tinggi oleh seluruh warga badminton negara.BAM dalam satu kenyataan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan pemergian Allahyarham, pagi ini."Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama-sama Ahli Majlis BAM, pihak pengurusan, barisan jurulatih, pemain dan kakitangan, merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga Tun Dr Hasmah dan yang tersayang dalam menghadapi waktu sukar ini."Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan berkat ke atas roh Allahyarham, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh. Semoga keluarganya dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat-saat duka ini," menurut kenyataan itu.Dr Hasmah berkhidmat sebagai Penaung BAM selama lebih dua dekad sehingga tahun 2007, termasuklah sewaktu kejayaan bersejarah Malaysia menjulang Piala Thomas selepas menewaskan musuh tradisi Indonesia, 3-2 pada edisi 1992 di Stadium Negara, di sini.Terdahulu, Dr Siti Hasmah disahkan telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun.- Bernama |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 2:08 pm PUTRAJAYA Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada Isnin.Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, istiadat pengebumian jenazah akan disempurnakan selepas selesai urusan pengurusan, penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.Jenazah akan dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jam 4.30 petang bagi tujuan tersebut.Allahyarham Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Dr Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dan kemudiannya membina kerjaya panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kerja kemasyarakatan.Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan menamatkan pengajian pada 1955.Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk Kedah, dengan sebahagian besar tugasnya tertumpu kepada kesihatan awam serta penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.Dr Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956.Pasangan itu dikurniakan empat anak kandung, Marina, Tan Sri Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.Dr Hasmah yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 12 Julai lalu, merupakan antara tokoh perubatan wanita terawal negara dan banyak menyumbang dalam bidang kesihatan awam, khususnya kesihatan ibu dan kanak-kanak. |
|
[TERKINI] Pemimpin Sabah, Sarawak zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah - Astroawani - 28/09 1:30 pm Dr Siti Hasmah,meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia 100 tahun |
|
Presiden PAS rakam takziah kepada Tun M - Harakahdaily - 28/09 1:08 pm Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara, pada usia 100 tahun |
|
Tun Dr Hasmah's remains brought home ahead of funeral - Sinardaily - 28/09 12:55 am KUALA LUMPUR The remains of Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, wife of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, were brought home from the Institut Jantung Negara (IJN) at 10.48am on Monday (Sept 28).Her son, Tan Sri Mokhzani Mahathir, confirmed the matter.The remains arrived at the couples residence at The Mines, Seri Kembangan, Selangor, at 11.15am.Jenazah prayers for Dr Hasmah will be held after Asar prayers at Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur, with her remains to be laid to rest at the Presint 20 Muslim Cemetery in Putrajaya |
|
Razif Sidek kenang Tun Hasmah sebagai 'ibu' skuad Piala Thomas 1992 - Sinarharian - 28/09 12:50 am KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara Datuk Razif Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali sebagai satu kehilangan besar buat keluarga badminton negara, khususnya barisan pemain skuad Piala Thomas 1992 yang mencipta sejarah menjulang trofi berprestij itu 34 tahun lepas.Razif yang merupakan kapten skuad Piala Thomas 1992 berkata Dr Hasmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukan sekadar memberikan sokongan kepada pasukan, malah dianggap seperti seorang ibu, kerana sentiasa dekat dan mengambil berat mengenai persiapan pemain."Kita anggap beliau sebagai ibu kepada skuad Piala Thomas ketika itu. Kadang-kadang beliau datang ketika latihan, berjumpa dan berbual dengan kami serta memberikan sepatah dua kata untuk menaikkan semangat."Kita tidak akan lupa jasa beliau ketika Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Stadium Negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Razif berkata selain kenangan manis menjulang Piala Thomas 1992, beliau juga tidak dapat melupakan sokongan Allahyarham ketika Sukan Olimpik Barcelona pada tahun sama, yang menyaksikan beliau bersama dengan adiknya Datuk Jalani Sidek, mencipta sejarah menghadiahkan pingat Olimpik pertama negara.Beliau berkata kehadiran Dr Hasmah di Barcelona ketika itu cukup bermakna buat barisan pemain badminton negara, khususnya dalam memberikan sokongan dan kata-kata semangat sepanjang temasya berkenaan."Kehadiran beliau memang memberi makna buat saya dan Jalani, malah menambahkan semangat kami untuk beraksi di Sukan Olimpik."Alhamdulillah kami ketika itu berjaya membawa pulang pingat pertama negara di Sukan Olimpik," katanya yang kali terakhir beliau bertemu Dr Hasmah pada tahun lepas.Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun.Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir |
|
PM Anwar Ajak Hadirin Hadiahkan Surah Al-Fatihah Atas Pemergian Tun Dr .. - Wrlr - 28/09 12:38 am Foto Reuters Hadirin yang mendengar perkhabaran duka itu kemudian bersama-sama Perdana Menteri menghadiahkan Al-Fatihah dan bagi bukan beragama Islam bertafakur selama tempoh itu. Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kira-kira jam 9.20 pagi ini dan disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |