///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Ipd News   Page 1    



Rebut kawasan perniagaan punca sembilan individu merusuh - Sinarharian - 2/11 12:17 am

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan di kawasan berkenaan dipercayai menjadi punca kejadian merusuh yang melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi di sini pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 11 malam itu membawa kepada penahanan sembilan individu termasuk dua suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 hingga 44 tahun.Menurutnya, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian itu."Polis berjaya menahan sembilan suspek di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Semakan rekod mendapati sebahagian besar suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan narkotik," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu didakwa merusuh dalam kejadian di Desa Tun Razak, Sungai Besi di sini.Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan ketika kejadian.Katanya, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan."Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Cheras di talian 03-9205 0445 atau 03-9205 0465, atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Dua kanak-kanak ditolak, dipukul belakang punca pertengkaran di pusat .. - Mygazette - 2/11 7:56 am

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan. Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat melalui hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan, katanya





Dua kanak-kanak didakwa dikasari wanita di pusat beli-belah - Sinarharian - 1/11 9:47 pm

KUALA LUMPUR Polis menerima laporan berhubung kejadian seorang wanita didakwa mengasari dua kanak-kanak masing-masing berusia dua dan tujuh tahun di sebuah pusat membeli-belah di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berkenaan dipercayai menolak kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari arah belakang sehingga terjatuh serta memukul bahagian belakang kepala kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.39 malam daripada seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa kedua-dua kanak-kanak berkenaan."Ketika kejadian, pengadu sedang berjalan bersama dua anaknya sebelum insiden berkenaan berlaku. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis turut terkesan satu video berdurasi 35 saat yang tular di media sosial Threads yang memaparkan pertengkaran antara dua individu di sebuah pusat membeli-belah."Polis memandang serius kejadian itu dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden serta melengkapkan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Menurutnya, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Remaja perempuan dipercayai diserang sawan sebelum dijumpai di tingkat dua flat - Sinarharian - 1/11 8:39 pm

JOHOR BAHRU Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera selepas dipercayai mengalami serangan sawan sebelum tergelincir dari tingkat dua sebuah flat di Tampoi, di sini, tengah hari Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa ditemukan dalam keadaan sedar dan terbaring di kaki lima di sisi bangunan flat berkenaan.Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika menjenguk ke bawah dari tembok tangga.Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, leher, pergelangan tangan kiri serta kaki kanan."Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru."Polis sudah mengenal pasti empat saksi dan akan merakam percakapan mereka bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.





Tiga termasuk dua wanita Indonesia ditahan terlibat judi dalam talian - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# Tiga termasuk dua wanita Indonesia ditahan terlibat judi dalam talian KULAI - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia kerana terbabit kegiatan perjudian dalam talian di sebuah premis kedai di sekitar Kulai Besar di sini, 30 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai melakukan serbuan Op Dadu pada pukul 6.14 petang





Dua lelaki maut kemalangan Myvi-Vellfire - Sinarharian - 1/11 12:25 am

AMPANG Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Vellfire di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Bukit Antarabangsa, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistan Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam apabila Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan."Kereta yang dipandu seorang lelaki itu dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras sebelum bertembung dengan bahagian hadapan Toyota Vellfire berkenaan."Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Khairul Anuar berkata, pemandu Toyota Vellfire turut mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, manakala penumpangnya masih menerima rawatan lanjut."Kedua-dua lelaki itu berusia 18 dan 43 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang yang melihat kemalangan tersebut diminta untuk tampil ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan," katanya.





Tiga individu disyaki terbabit judi dalam talian ditahan - Sinarharian - 1/11 12:04 am

KULAI - Tiga individu termasuk dua wanita warga Indonesia ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian menerusi serbuan Op Dadu di sebuah premis kedai di sekitar Kulai Besar, di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, serbuan kira-kira jam 6.14 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.Beliau berkata, dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Redmi serta wang tunai RM400 yang dipercayai hasil pertaruhan."Pemeriksaan terhadap telefon bimbit berkenaan mendapati terdapat aplikasi permainan judi dalam talian."Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 29 tahun mengaku berperanan sebagai penjaga kaunter dan individu yang menguruskan tambah nilai (top-up) bagi kegiatan perjudian berkenaan."Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing juga negatif bagi sebarang penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan.Beliau memberitahu, selepas siasatan awal selesai dijalankan dalam tempoh 24 jam, seorang suspek lelaki warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis.Bagaimanapun, dua wanita warga Indonesia terbabit ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan imigresen kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Terdahulu, polis mengesan satu video tular di media sosial Threads yang dimuat naik pemilik akaun rxmieee90 pada Jumaat, memaparkan tindakan serbuan dan tangkapan di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di Kulai Besar.Seng Lee berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian serta memastikan undang-undang negara dipatuhi.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menghubungi Hotline IPD Kulai di talian 07-663 2222 bagi membantu usaha membanteras aktiviti berkenaan.





Kes bayi lapan bulan didera pengasuh kembali tular - Sinarharian - 1/11 12:03 am

JOHOR BAHRU - Kes seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang mengalami beberapa kecederaan disyaki akibat didera pengasuhnya di Taman Perling, di sini, kembali tular di media sosial, baru-baru ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya mengesan satu hantaran berkaitan kejadian itu yang dimuat naik menerusi Facebook oleh pemilik akaun Khas Penduduk Kulai 'Official' (KPK), kira-kira jam 4 petang pada Sabtu.Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun, pada 19 September lalu berhubung kejadian berkenaan."Berdasarkan siasatan, ibu mangsa melihat kesan lebam pada beberapa bahagian badan bayi perempuan itu selepas anaknya diambil suaminya dari rumah pengasuh di Taman Perling kira-kira jam 6 petang, 18 September lalu."Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan pengasuh berkenaan, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun, kira-kira jam 1.30 tengah hari, 19 September lalu."Polis turut merampas sebatang rotan di kawasan Taman Perling bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Azrol Anuar memberitahu, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing juga negatif dadah.Ujarnya, kertas siasatan lengkap dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada 23 September lalu dan arahan supaya suspek dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 diberikan."Suspek kemudian didakwa di Mahkamah Johor Bahru pada 24 September lalu."Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.





Taktik menyamar polis Hong Kong perdaya mangsa terbongkar - Sinarharian - 31/10 6:20 pm

KUALA LUMPUR - Taktik menyamar sebagai anggota polis Hong Kong dibongkar dalam serbuan di dua unit kediaman yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dalam talian di Jalan Tengah di sini pada Khamis.Serbuan kira-kira jam 6.35 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hasil maklumat risikan berhubung kegiatan pusat panggilan (calling centre) yang disyaki terbabit dalam penipuan dalam talian.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, operasi di dua unit kediaman berkenaan membawa kepada penahanan 18 individu warga Taiwan."Kesemua yang ditahan terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 43 tahun."Polis turut merampas 69 telefon bimbit, lima komputer riba serta dua helai baju seragam polis Hong Kong yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sindiket itu disyaki menjalankan kegiatan penipuan dengan menyamar sebagai anggota polis Hong Kong bagi memperdaya mangsa di negara berkenaan.Beliau berkata, sindiket itu dipercayai menggunakan capaian internet untuk menjalankan kegiatan penipuan secara dalam talian dan telah beroperasi kira-kira lima bulan."Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 30 Oktober hingga 2 November ini bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan," katanya.Ujarnya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan menyalahi undang-undang kepada IPD Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran.





Kedai emas rugi RM300,000 disamun lelaki bersenjata tajam - Mygazette - 31/10 3:11 pm

# Kedai emas rugi RM300,000 disamun lelaki bersenjata tajam KUALA LUMPUR Seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam menyamun sebuah kedai emas di Damansara Damai, Petaling Jaya sebelum melarikan barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM300,000, semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.19 tengah hari pada 30 Oktober lalu dan dimaklumkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya





Sindiket curi 4X4 tumpas, dua wanita ditahan - Sinarharian - 31/10 1:40 pm

SITIAWAN - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan pacuan empat roda (4X4) di Perak dan Kuala Lumpur tiga individu ditahan di Kampung Koh di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan susulan laporan kehilangan sebuah Toyota Hilux di Taman Mas 2, Sitiawan pada 26 Oktober lalu.Menurutnya, laporan berhubung kehilangan kenderaan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 10.06 pagi pada hari berkenaan."Susulan laporan itu sepasukan polis dari IPD Manjung berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan pada 27 Oktober kira-kira jam 5.30 petang."Polis turut merampas sebuah alat pembaca kunci kereta yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kenderaan serta beberapa barangan lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Hasbullah berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit dalam lapan kes kecurian kenderaan menggunakan modus operandi sama dengan menyasarkan kenderaan pacuan empat roda.Beliau berkata, daripada jumlah itu empat kes dilaporkan berlaku di Perak manakala empat lagi di Kuala Lumpur."Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Ketiga-tiga suspek direman selama enam hari bermula 28 Oktober hingga 2 November ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222.Katanya, maklumat juga boleh disalurkan menerusi WhatsApp Hotline di talian 017-682 8005 atau mana-mana balai polis berhampiran.





Polis buru dua lelaki lepaskan tembakan depan rumah - Sinarharian - 31/10 1:23 pm

SITIAWAN - Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta BMW di hadapan sebuah rumah di Taman Hijau, Kampung Koh di sini awal pagi Jumaat.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.54 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.16 pagi hari sama ketika pengadu berada di dalam rumahnya."Pengadu terdengar bunyi letupan sebelum menyedari terdapat empat kesan tembakan pada bahagian pintu sebelah kanan kenderaan miliknya sekitar jam 9 pagi."Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua suspek yang belum dikenal pasti identiti menghampiri kenderaan berkenaan dengan menaiki motosikal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Hasbullah berkata, salah seorang suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah BMW berkenaan sebelum kedua-duanya melarikan diri.Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.Jelasnya, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222, WhatsApp Hotline 017-682 8005 atau di mana-mana balai polis berhampiran.





103 warga asing digempur dalam operasi Whitening Black Spot - Mygazette - 30/10 3:08 pm

Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama Polis Diraja Malaysia itu dijalankan dari jam 6 petang hingga 11 malam bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan tumpuan perniagaan sekitar Kompleks beli-belah Bukit Jambul. MBPP dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 103 individu dari pelbagai negara yang diperiksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk pemeriksaan dokumen secara terperinci





Good air quality prevails, no areas record hazardous or unhealthy API levels - Sinardaily - 30/10 11:43 am

KUALA LUMPUR - The haze situation across the country has improved today after no area recorded Air Pollution Index (API) readings at hazardous, very unhealthy and unhealthy levels, as of this morning.According to the Malaysian Air Pollution Index Management System (APIMS) portal, 41 areas recorded moderate API readings with Batu Muda, Kuala Lumpur recording the highest reading of 82.In Sabah, the areas that recorded moderate API readings were Keningau (78), Kimanis (62), Tawau (60), Kota Kinabalu (55) as well as Sandakan and Kota Kinabalu Polytechnic, each at 54.In Sarawak, 10 areas recorded moderate APIs, namely IPD Serian (75), Sri Aman (74), Sarikei (67), Samarahan (63), Samalaju, Mukah, Kapit and Sibu (59), Kuching (58) and Bintulu (53), while in Johor, it involved Kluang (75), Larkin (68), Pasir Gudang (63), Tangkak (54), Kota Tinggi (52) and Segamat (51).Meanwhile, in Melaka, it involves the Alor Gajah, Bukit Rambai and Melaka City areas which recorded an API reading of 53, three areas in Pahang involving Balok Baru Kuantan (57), Indera Mahkota Kuantan (54) and Rompin (52) while in Selangor it involves the Johan Setia (55) and Klang areas (53).In Perak, readings were recorded in Tasek Ipoh (54) and Seri Manjung (52), while in Kelantan, they were noted in Tanah Merah (54) and Kota Bharu (53)





Menyorok Di Lombong Bijih Besi, 30 PATI Dicekup Awal Pagi - Wrlr - 29/10 11:51 pm

RANTAU PANJANG, 29 Okt Op Taring Wawasan Kelantan dikendalikan Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan di sebuah lombong bijih besi di Kampung Gual Dalam, Lubok Stol, di sini, awal pagi tadi. Operasi berkenaan dilaksanakan Cawangan Risik Batalion 9 PGA bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada pukul 5 pagi tadi dengan kekuatan seramai 20 anggota pelbagai peringkat





Konon bayar jamin, lelaki rugi RM10,000 diperdaya 'pegawai polis' - Sinarharian - 29/10 8:22 pm

BAGAN DATUK - Seorang lelaki mengalami kerugian RM10,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai polis yang mendakwa dua rakannya memerlukan wang jaminan.Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, mangsa berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.Menurutnya, suspek mendakwa dua rakan mangsa yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk akan dibebaskan dengan jaminan polis dengan bayaran RM5,000 setiap seorang."Mangsa yang mempercayai panggilan tersebut kemudian melakukan tiga transaksi wang ke dalam satu akaun bank yang disyaki akaun keldai seperti diarahkan suspek."Lelaki itu menyedari dirinya ditipu selepas hadir ke IPD Bagan Datuk untuk mendapatkan kepastian sebelum dimaklumkan tiada urusan jaminan dilakukan oleh pegawai penyiasat pada hari berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohammad Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak polis, terutama apabila melibatkan permintaan wang.Katanya, orang ramai boleh menghubungi IPD berhampiran untuk membuat pengesahan dan tidak melakukan sebarang transaksi wang ke akaun yang mencurigakan.Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.





Tiga lelaki ditahan pecah masuk studio seni di Klang - Mygazette - 28/10 3:30 pm

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 4.20 pagi pada 24 Oktober lalu apabila suspek dipercayai memecah masuk premis berkenaan dengan mengumpil pintu jeriji dan pintu kayu sebelum melarikan barangan milik pengadu. Bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 30 tahun pada 27 Oktober lalu





Air quality nationwide remains satisfactory, with no unhealthy API readings this morning - Sinardaily - 28/10 10:22 am

KUALA LUMPUR - Air quality across Malaysia remained generally satisfactory this morning, with no areas recording unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 9 am.According to the Malaysian Air Pollutant Index Management System (APIMS), 43 areas recorded moderate readings, while 25 others registered good air quality.Among the areas with moderate readings were Batu Pahat (92), Batu Muda (87), Kluang and Pasir Gudang (84), Larkin (82), Tangkak (75), Samalaju and Sri Aman (74), Kota Tinggi (71), and Seremban and Pengerang (70).Other locations included Bintulu (70), Samarahan and Kuching (69), Melaka City and Segamat (67), Rompin (67), IPD Serian (66), Balok Baru in Kuantan and Keningau (65), Alor Gajah (64), Sibu (63), Shah Alam and Johan Setia (62), and Bukit Rambai (61).Moderate readings were also recorded in Tasek Ipoh, Kapit and Sarikei (60), Klang and Nilai (59), Cheras and Miri (58), Seberang Perai, Putrajaya and Limbang (57), Banting and Sandakan (56), Seri Manjung, Petaling Jaya, Tawau and Politeknik Kota Kinabalu (55), and Port Dickson (52).Meanwhile, Temerloh and Labuan recorded API readings of 49 each, followed by Pegoh Ipoh and ILP Miri (48), Paka (47), Kimanis (46), Indera Mahkota in Kuantan (44), Kemaman (43), Kuala Terengganu and Kota Kinabalu (41), and Tanjung Malim (40).Other areas with good air quality included Kuala Selangor (37), Sungai Petani and Seberang Jaya (34), Minden (29), Kota Bharu (27), Kangar and Tanah Merah (26), Kulim Hi-Tech, Taiping and Besut (24), Alor Setar (22), Jerantut (18), Langkawi (13) and Balik Pulau (11).API readings of 0 to 50 indicate good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, and 301 and above hazardous





Kes kematian Noorizwan diklasifikasi semula bawah Seksyen 331 KK - Mygazette - 28/10 8:17 am

# Kes kematian Noorizwan diklasifikasi semula bawah Seksyen 331 KK KUALA LUMPUR - Kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras diklasifikasi semula sebagai kes menyebabkan cedera parah dengan sengaja bagi memeras pengakuan





Haze: Eight areas nationwide record unhealthy API as of 6pm, Serian highest at 192 - Malaymail - 25/10 6:58 pm

KUALA LUMPUR, Oct 25 Eight areas nationwide recorded unhealthy air quality as of 6pm today, with Serian IPD in S...





8 kawasan catat IPU tidak sihat - FMT - 25/10 6:55 pm

IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemar udara tertinggi, iaitu 192.





Polis tahan 6 individu terbabit kes penipuan dalam talian - Mygazette - 25/10 5:05 pm

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata sindiket beroperasi di sebuah hotel terbiar di Taman Lagenda Indah dekat sini yang aktif dari Jun lepas diserbu pada 9.30 malam Rabu lepas. Serbuan olehBahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menahan empat lelaki Bangladesh berusia 20 hingga 53 tahun





Dakwa kenyataan ZRA bercanggah fakta, Amanah Selangor lapor polis - Mygazette - 25/10 5:05 pm

Saya melihat ada percanggahan fakta dan saya kira kenyataan ZRA itu tidak tepat serta tidak berfakta, malah beberapa perkara yang disebut tidak selari dengan kenyataan rasmi KPKM. Saya memohon supaya video berkenaan disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya, katanya Ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Shah Alam, sebentar tadi





KPN arah JSJ siasat kes kematian Noorizwan - FMT - 25/10 4:09 pm

Khalid Ismail berkata ia berikutan terdapat beberapa kecederaan luar biasa pada tubuh Noorizwan Zulkefly yang maut ketika dalam tahanan di IPD Cheras.





12 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 10 pagi, Serian tertinggI - Astroawani - 25/10 11:25 am

Sebanyak 12 kawasan mencatat IPU tidak sihat setakat 10 pagi, dengan IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi 194, diikuti beberapa kawasan di Sarawak, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.





Lima suspek kes mayat ditanam di Semenyih masih diburu – KP... - Mygazette - 23/10 3:39 pm

Pihak PDRM Selangor memohon kerjasama masyarakat dan orang ramai. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau terserempak dengan suspek di mana-mana, sila salurkan maklumat kepada PDRM Selangor khususnya IPD Kajang atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya





Stor kuil tak berdaftar di Klang Selatan tempat simpan dadah diserbu - Mygazette - 23/10 3:39 pm

Terdahulu beliau berkata, stor kuil itu antara lima siri serbuan berasingan di Klang, Rawang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 13 hingga 19 Oktober lalu. Operas yangi dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Selangor, JSJN Gombak dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad serta JSJN IPD KLIA itu berjaya menumpaskan empat sindiket dadah





Jerebu: 16 kawasan masih catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 23/10 3:12 pm

SHAH ALAM - Sebanyak 16 kawasan pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 2 petang pada Jumaat, dengan Seremban mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 158.Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan IPU 157, diikuti Klang dan Nilai masing-masing 156.Stesen lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda (155), Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing 153 dan 152, Bukit Rambai dan Tangkak masing-masing 152 manakala Sri Aman (152), Bandaraya Melaka dan Batu Pahat masing-masing 151.Selain itu, Banting merekodkan bacaan IPU 145, diikuti IPD Serian (128), Putrajaya (125) dan Alor Gajah (108).Sementara itu, sebanyak 50 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala dua kawasan iaitu Langkawi dan Kemaman berada pada tahap baik daripada keseluruhan 68 kawasan pemantauan di seluruh negara.





Sindiket edar dadah jadikan kuil tidak berdaftar stor simpan heroin - Sinarharian - 23/10 11:24 am

SHAH ALAM Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kuil tidak berdaftar di Klang sebagai lokasi penyimpanan bahan terlarang terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kumpulan tersebut dan bekerja secara sambilan di rumah ibadat berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kuil itu merupakan antara empat lokasi yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menerusi lima serbuan berasingan di sekitar negeri ini antara 13 hingga 19 Oktober lalu.Menurutnya, operasi tersebut menyasarkan empat sindiket dadah berbeza dan membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM16.2 juta."Pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin dan heroin dirampas menerusi lima serbuan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM16.2 juta."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan. Semakan awal mendapati kuil berkenaan tidak berdaftar dan dipercayai dijadikan stor penyimpanan heroin sejak awal tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.Beliau berkata, polis percaya kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur gangsterisme atau penglibatan kumpulan kongsi gelap.Dalam operasi tersebut, polis menahan lapan individu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun.Mereka membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing."Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tiga lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket dadah tempatan serta antarabangsa," katanya.Menurut Shazeli, kesemua warga asing itu memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan semakan lanjut sedang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Beliau berkata, terdapat suspek warga asing yang baru beberapa hari berada di negara ini sebelum ditahan."Mereka dipercayai transit di KLIA sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, namun dadah berjaya dikesan dalam bagasi mereka," katanya.Mengulas sumber bekalan dadah, beliau berkata pihak polis percaya bahan terlarang tersebut dibawa masuk dari negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.Semakan rekod turut mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau membabitkan tujuh kesalahan berkaitan dadah dan jenayah, manakala suspek lain tidak mempunyai rekod jenayah.Antara dadah yang dirampas ialah 81.3 kilogram bunga ganja mampat, 37 kilogram ganja mampat, 3,510 unit katrij cecair ketamin, 65.4 kilogram ketamin, 84 botol cecair ekstasi dan 20.6 kilogram heroin.Selain dadah, polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM54,835 daripada empat suspek tempatan, termasuk dua kereta jenis Honda Accord dan Proton Saga, sebuah motosikal Honda RS150 serta wang tunai dalam mata wang pound sterling dan ringgit.Menurut Shazeli, operasi itu dijalankan JSJN Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, IPD KLIA dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).





Upah RM200 untuk seorang PATI dari Kelantan ke Kuala Lipis - Sinarharian - 23/10 8:49 am

KOTA BHARU Tawaran upah RM200 untuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibawa dari Kelantan ke Kuala Lipis, Pahang dipercayai menjadi habuan dua lelaki tempatan yang ditahan bersama sembilan warga asing dalam operasi berasingan di Kok Lanas di sini pada Khamis.Kedua-dua suspek yang dipercayai berperanan sebagai tekong itu ditahan ketika memandu kereta jenis Honda Accord dan Civic yang membawa PATI warga China serta Myanmar dalam keadaan mencurigakan.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dilakukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.Menurut beliau, dalam operasi kira-kira jam 9 pagi itu, anggota mengesan dua buah kenderaan yang bergerak dari arah Kampung Melor menuju Kok Lanas."Pemeriksaan terhadap Honda Accord menemukan seorang lelaki tempatan yang dipercayai tekong, dua lelaki warga China serta seorang lelaki dan wanita warga Myanmar."Pemeriksaan terhadap Honda Civic pula menemukan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong bersama empat wanita warga Myanmar," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Ujar beliau, pemeriksaan mendapati dua lelaki warga China yang dibawa dalam Honda Accord tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, manakala dua PATI Myanmar dalam kenderaan sama serta empat wanita Myanmar dalam Honda Civic memiliki pasport tanpa cop keluar masuk ke Malaysia melalui laluan yang sah.Jelasnya, hasil soal siasat awal terhadap salah seorang suspek mendapati PATI berkenaan diambil di sekitar Kampung Peringat dan Melor sebelum dibawa ke destinasi ditetapkan.Beliau memberitahu, suspek turut mengaku menerima tawaran upah RM200 daripada seorang individu dikenali sebagai 'Ah Siong' bagi setiap PATI yang dibawa dari Kelantan ke Kuala Lipis."Dalam operasi itu, kami telah merampas kedua-dua kenderaan terbabit bersama empat telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM134,000."Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Menurut Ahmad Radzi, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu untuk siasatan lanjut.





Kejayaan polis perkukuh keyakinan terhadap pembangunan JS-SEZ - Mygazette - 21/10 3:56 pm

# Kejayaan polis perkukuh keyakinan terhadap pembangunan JS-SEZ ISKANDAR PUTERI - Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam menjadi antara faktor penting menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)





Polis tahan lelaki pandu secara berbahaya, sita kereta - Mygazette - 21/10 8:06 am

"Susulan daripada video tular tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang dipercayai merupakan pemandu kenderaan tersebut ditahan pukul 9.35 pagi tadi," katanya dalam kenyataan. Suspek ditahan di pekarangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam





Polis buka kertas siasatan isu podcast dakwa sarang dadah dekat IPD Sentul - Astroawani - 20/10 8:15 pm

Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video siniar (podcast) yang mendakwa wujud kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah ibadat berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.





Dakwaan edar dadah: Pengerusi kuil buat laporan penafian, polis panggil bekas wartawan - Sinarharian - 20/10 5:32 pm

KUALA LUMPUR - Keterangan bekas wartawan diambil bagi membantu siasatan susulan laporan penafian daripada pengerusi sebuah kuil berhubung isu dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan semasa berada di rumah telah menerima pautan audio siar (podcast) daripada rakannya kira-kira jam 3.30 petang, Ahad lalu.Menurutnya, pengadu telah hadir membuat laporan polis berkaitan penafian tersebut."Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Selepas mendapat perintah untuk penyiasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya, bagi tujuan melengkapkan siasatan pihak polis telah memanggil beberapa orang saksi termasuk Azrul Affandi Sobry (bekas wartawan) ke IPD Sentul utk dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, Azrul Affandi akan hadir ke IPD Sentul kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Azrul Affandi yang berkata, kehadiran dirinya di IPD Sentul untuk direkod keterangan merupakan prosedur biasa pihak polis dalam melaksanakan siasatan.Justeru, Azrul Affandi menegaskan agar masyarakat tidak membuat kenyataan berkaitan perkara ini yang berbaur penghinaan kepada pihak berkuasa.Video audio siar berdurasi dua minit 30 saat berhubung isu tersebut sebelum ini tular menerusi akaun TikTok.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, hasil semakan mendapati, kejadian yang dibangkitkan dalam 'podcast' berkenaan berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis berkaitan kejadian diterima ketika itu.





Haze: 27 areas record unhealthy API readings as of 4pm - Sinardaily - 19/10 5:30 pm

KUALA LUMPUR - A total of 27 areas nationwide continued to record unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 4 pm today, with Johan Setia in Selangor recording the highest reading of 169.According to the Department of Environments (DOE) Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, other areas in Selangor, including Petaling Jaya (158), Klang (156), Banting (154) and Shah Alam (153), also recorded unhealthy readings.Three areas in Melaka were also at the unhealthy level, namely Alor Gajah (165), Bukit Rambai (164) and Bandaraya Melaka (161), as were Nilai (164), Seremban (164) and Port Dickson (120) in Negeri Sembilan.Meanwhile, in Kuala Lumpur, Batu Muda and Cheras recorded readings of 164 and 152, respectively, while Putrajaya recorded 154.Six areas in Johor also recorded unhealthy API readings, namely Tangkak (161), Pasir Gudang (157), Batu Pahat (156), Larkin (140), Kota Tinggi (128) and Kluang (105).Other affected areas were Rompin (155) and Indera Mahkota Kuantan (152) in Pahang; IPD Serian (139) and Sri Aman (113) in Sarawak; and Tasek Ipoh (136), Pegoh Ipoh (125) and Seri Manjung (114) in Perak.A total of 38 areas nationwide recorded moderate API readings, while only three areas - Labuan (48), Kimanis in Sabah (43) and Limbang in Sarawak (35) - recorded good readings.An API reading of zero to 50 indicates good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, while readings above 300 are hazardous.





27 kawasan kekal catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 19/10 5:25 pm

KUALA LUMPUR -Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 169.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Selangor yang mencatatkan bacaan tidak sihatialahPetaling Jaya (158), Klang (156), Banting (154) dan Shah Alam (153)Turut mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, tiga kawasan di Melaka, iaitu Alor Gajah (165), Bukit Rambai (164) dan Bandaraya Melaka (161), selain Nilai (164), Seremban (164) dan Port Dickson (120) di Negeri Sembilan.Sementara itu, bacaan IPU di dua kawasan di Kuala Lumpur, iaitu Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan 164 dan 152, manakala Putrajaya pula mencatatkan 154.Sebanyak enam kawasan di Johor jugamencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tangkak (161), Pasir Gudang (157), Batu Pahat (156), Larkin (140), Kota Tinggi (128) dan Kluang (105).Turut terjejas Rompin (155) dan Indera Mahkota, Kuantan (152) di Pahang; IPD Serian (139) dan Sri Aman (113) di Sarawak; serta Tasek Ipoh (136), Pegoh Ipoh (125) dan Seri Manjung (114) di Perak.Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya tiga kawasan, iaituLabuan (48), Kimanis di Sabah (43) dan Limbang di Sarawak (35) merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya





Police: Drug trafficking case mentioned in podcast near Sentul IPD dates back to 2016 - Malaymail - 19/10 9:39 am

KUALA LUMPUR, Oct 19 The drug trafficking case near a place of worship close to the Sentul District Police...





Kes edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Astroawani - 18/10 11:26 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata sebanyak tiga laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan pada 12 Julai 2016.





Kes edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - SUN - 18/10 11:15 pm

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus menjelaskan bahawa kes pengedaran dadah berhampiran IPD Sentul yang ditularkan menerusi podcast adalah kejadian pada 2016.





Drug trafficking case near Sentul IPD in podcast dates back to 2016 - SUN - 18/10 11:12 pm

Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus clarified that a drug trafficking case near Sentul IPD mentioned in a viral podcast occurred in 2016.





Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis - Sinarharian - 18/10 8:30 pm

KUALA LUMPUR - Kegiatan pengedaran dadah didakwa berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi satu video audio siar yang tular di TikTok baru-baru ini berlaku pada 12 Julai 2016.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati tiga laporan polis berhubung kejadian itu telah diterima pada tarikh berkenaan.Menurutnya, video audio siar berdurasi dua minit 30 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun Tik Tok itu dikesan pada kira-kira jam 10.38 pagi pada Ahad."Semakan lanjut mendapati kandungan podcast berkenaan merupakan penceritaan semula pengalaman seorang tetamu dalam bidang kewartawanan yang berlaku pada 2016."Publisiti seumpama ini tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pihak polis selain menjejaskan imej dan kredibiliti pasukan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, tular video dalam sebuah audio siar memaparkan seorang individu mendakwa terdapat kegiatan pengedaran dadah di sebuah premis berdekatan IPD Sentul.Difahamkan, kejadian itu diceritakan individu terbabit ketika dirinya bertugas sebagai wartawan ketika itu.Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam berkongsi atau menyebarkan maklumat kepada umum."Polis Kuala Lumpur komited untuk terus memelihara integriti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.





Johor paling teruk! 4 stesen catat udara tak sihat, Selangor turut terjejas - Wrlr - 18/10 1:00 pm

Segamat pula mencatatkan bacaan 156. Di luar Semenanjung, IPU di stesen Sibu, Sarawak, tidak disenaraikan dalam data berkenaan, manakala IPD Serian mencatatkan 154





Jerebu: 25 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang rekod bacaan tertinggi - Sinarharian - 18/10 9:55 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 190.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut melaporkan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (181), Kota Tinggi (181), Pengerang (178), Batu Pahat (169), Kluang (163), Tangkak (160) dan Segamat (157).Di Selangor, kawasan Johan Setia dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan IPU 163 dan 161, manakala Klang (159), Petaling Jaya (157) serta Banting (156).Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 159, manakala dua stesen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda masing-masing berada pada bacaan 156 dan 155.Di Negeri Sembilan, tiga kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu Nilai (172), Seremban (169) dan Port Dickson (152) dan bagi Melaka, kawasan Bukit Rambai merekodkan IPU 164, diikuti Alor Gajah (161) dan Bandaraya Melaka (155).Di Sabah dan Sarawak pula, tiga kawasan turut merekodkan tahap tidak sihat iaitu Sandakan (153) dan Tawau (103) di Sabah, manakala IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan 153.Sebanyak 41 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya



Pakar patologi sahkan punca kematian akibat ‘blunt trauma’ ??? .. - Mygazette - 17/10 7:55 am

# Pakar patologi sahkan punca kematian akibat 'blunt trauma' Latheefa Koya PETALING JAYA Lawyer for Liberty (LFL) mengulangi desakannya agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes kematian Noorizwan Zulkefly di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh



Tegur buat bising, warga emas dipukul guna tin gam - Sinarharian - 16/10 8:35 am

SEGAMAT Seorang warga emas lelaki cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, dekat sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 70 tahun menegur suspek yang membuat bising dan mengamuk di hadapan premis berkenaan."Suspek kemudiannya bertindak memukul kepala mangsa menggunakan satu tin gam."Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, manakala mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian dahi dan mendapatkan rawatan di Hospital Segamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.Polis turut merampas satu tin gam, sehelai baju dan sehelai seluar jeans bagi membantu siasatan."Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 33 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah."Hasil soal siasat lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya.Mohd Jumazanzahir berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur mangsa, selain suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal ketika kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Segamat pada Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.Dalam perkembangan berkaitan, polis turut mengesan satu hantaran di Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan di Jalan Ros, Segamat, pada Khamis.Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian pergaduhan yang tular itu.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian hotline IPD Segamat di 07-932 4222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



Jerebu beransur pulih di Sarawak, Klang hampir capai tahap sangat tidak sihat setakat 6 petang - Astroawani - 15/10 6:30 pm

Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Samarahan mencatat penurunan 11 mata daripada 117 kepada 100, sekali gus menyertai IPD Serian yang telah kembali ke kategori Sederhana pada jam sebelumnya.



Kematian tahanan IPD Cheras: Polis tunggu laporan patologi - Mygazette - 15/10 4:11 pm

# Kematian tahanan IPD Cheras: Polis tunggu laporan patologi KUALA LUMPUR - Siasatan kes kematian seorang tahanan lelaki di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras pada 30 September 2026 kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman



Kematian dalam tahanan IPD Cheras, KPN didesak beri penjelasan ??? Tun .. - Mygazette - 15/10 7:29 am

# Kematian dalam tahanan IPD Cheras, KPN didesak beri penjelasan Tun Faisal KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd Khalid Ismail digesa memberi penjelasan segera berhubung 21 kecederaan yang ditemukan pada tubuh Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, yang meninggal dunia selepas berada dalam tahanan polis selama 11 hari



Lelaki diculik, diseksa dan dibunuh akibat perselisihan faham - Sinarharian - 14/10 3:23 pm

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai diculik, diseksa dan dibunuh akibat perselisihan faham dan masalah peribadi sebelum mayatnya ditanam di kawasan Semenyih, Kajang.Kejadian itu terbongkar selepas polis menahan 15 individu yang dipercayai terlibat dalam tiga kes jenayah berasingan termasuk melarikan mangsa, pembunuhan dan kesalahan berkaitan senjata api.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa dilarikan beberapa individu menggunakan sebuah kereta di kawasan Ampang Waterfront antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi pada 24 September lalu.Menurutnya, isteri mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya sebelum pihak polis melancarkan operasi pencarian, pengesanan dan risikan."Berdasarkan laporan polis yang diterima, kita menjalankan operasi sehingga membawa kepada beberapa siri tangkapan awal."Pada 27 September lalu, pihak polis dibawa ke sebuah lokasi di sekitar Semenyih, Kajang, yang menjadi tempat mangsa dibunuh dan ditanam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Shazeli berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 42 tahun yang bekerja sendiri dan mengenali suspek yang terlibat dalam kejadian itu.Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek, yang dipercayai mempunyai penglibatan dalam aktiviti gangsterisme.Mengulas lanjut, Shazeli berkata, mangsa dipercayai dikurung di sebuah premis kediaman lain sebelum dibunuh, namun tempoh sebenar pembunuhan itu berlaku tidak dapat dipastikan.Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah beberapa luka akibat senjata tajam pada bahagian leher."Berdasarkan kecederaan yang ditemukan pada tubuh mangsa, keadaan mangsa menunjukkan perkara sedemikian (diseksa)."Selain luka pada bahagian leher, terdapat pelbagai kecederaan lain pada tubuh mangsa," katanya.Beliau berkata, hasil operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dengan kerjasama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dan IPD Kajang dari 24 hingga 27 September lalu membawa kepada penahanan 15 individu."Kesemua suspek terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta dua lelaki warga asing berusia antara 20 hingga 48 tahun."Semakan rekod lampau mendapati sebahagian daripada individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan kesalahan berkaitan narkotik," katanya.Dalam operasi itu, polis turut merampas dua laras senapang, sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebilah cangkul yang dipercayai digunakan untuk menanam mangsa.Shazeli berkata, siasatan turut mendapati tiada sebarang wang tebusan diterima dalam kes berkenaan.Beliau berkata, suspek yang berkaitan telah dituduh di mahkamah pada 13 Oktober lalu."Bagi kes melarikan orang, tiga suspek dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan."Bagi kes pembunuhan pula, dua suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.Menurutnya, bagi kesalahan berkaitan senjata api, tiga suspek dituduh mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, dibaca bersama Seksyen 36(1) akta sama manakala dua lagi suspek warga asing pula dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Tambah beliau, sebahagian individu lain dijadikan saksi pendakwaan, manakala lima lagi suspek masih bebas dan sedang diburu."Pihak polis percaya lima suspek yang masih diburu berada di dalam negara, kita akan berkongsi butiran individu yang dikehendaki bagi membantu usaha mengesan mereka," katanya.Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui sebarang aktiviti mencurigakan, khususnya yang melibatkan ancaman keselamatan dan penggunaan senjata api.



Unhealthy air across 27 areas as of 9am; Pasir Gudang worst at 177 - Sinardaily - 14/10 10:05 am

KUALA LUMPUR - A total of 27 areas nationwide recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 9 am today, with Pasir Gudang, Johor, registering the highest at 177.According to the Department of Environment's (DOE) Malaysia Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, besides Pasir Gudang, Kota Tinggi recorded an API reading of 166, followed by Larkin (164), Pengerang (162), Batu Pahat (154), Kluang (152) and Tangkak (151).In Negeri Sembilan, Nilai recorded 174, Port Dickson (165) and Seremban (160), while several areas in Selangor were also affected, namely Klang (173), Johan Setia (173), Banting (160), Shah Alam (159) and Petaling Jaya (154).In Melaka, Bukit Rambai (169), Bandaraya Melaka (164) and Alor Gajah (156) recorded unhealthy API readings, while in Kuala Lumpur, it was Cheras (168) and Batu Muda (164).Other areas that also recorded unhealthy readings were Putrajaya (165); Kemaman (156) and Paka (155) in Terengganu; Indera Mahkota, Kuantan (155) and Rompin (153) in Pahang; and IPD Serian (153) and Sri Aman (134) in Sarawak.A total of 41 areas recorded moderate API readings, while one area recorded a good reading.API readings of zero to 50 indicate good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, and readings above 300 hazardous



Jerebu: 27 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang tertinggi - Sinarharian - 14/10 8:14 am

KUALA LUMPUR -Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 176.Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang turut mencatat bacaan tidak sihat termasuk Nilai, Negeri Sembilan (173), Johan Setia, Selangor (172), Klang, Selangor (170) dan Bukit Rambai, Melaka (169).Di Wilayah Persekutuan, Cheras merekodkan bacaan IPU 165 manakala Putrajaya mencatat 164 dan Batu Muda 162.Johor kekal sebagai negeri yang paling terjejas dengan lapan kawasan merekodkan bacaan tidak sihat, termasuk Larkin (165), Kota Tinggi (165), Pengerang (162), Batu Pahat (155), Kluang (152) dan Tangkak (152).Di Selangor, tujuh kawasan mencatat tahap tidak sihat iaitu Johan Setia, Klang, Banting (160), Shah Alam (158) dan Petaling Jaya (152).Negeri Sembilan turut merekodkan tiga kawasan tidak sihat membabitkan Nilai, Port Dickson (164) dan Seremban (159), manakala Melaka mencatat tiga kawasan iaitu Bukit Rambai (169), Bandaraya Melaka (164) dan Alor Gajah (155).Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Kemaman (155) dan Paka (154) di Terengganu, Rompin (153) dan Indera Mahkota, Kuantan (153) di Pahang, serta IPD Serian (153) dan Sri Aman (140) di Sarawak.Sementara itu, 40 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, dengan bacaan tertinggi direkodkan di Sandakan, Sabah iaitu 96, diikuti Kuala Terengganu (94) dan Samarahan, Sarawak (94).Hanya satu kawasan berada pada tahap baik iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan IPU 41.Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.Orang ramai khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka ketika keadaan jerebu berterusan



Perodua sumbang tujuh Ativa, dua Aruz kepada IPD Hulu Selangor dan KLIA - Careta - 14/10 7:58 am

Sumbangan membabitkan tujuh unit Perodua Ativa dan dua unit Perodua Aruz itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat



No witnesses saw Zara Qairina incident, no CCTV at hostel, inquest told - Sinardaily - 13/10 3:41 pm

KOTA KINABALU - Investigating officer Inspector Wong Yew Zhung told the Coroner's Court here today that 200 witness statements were recorded throughout the investigation to complete the sudden death report in Zara Qairina Mahathirs case.Wong said the witnesses included Zara Qairina's family members, neighbours, primary and secondary school friends, teachers, medical officers, police officers and students of the Rabiatul Adawiyah block girls' hostel at Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.The 83rd witness in the inquest proceedings into Zara Qairina's death said he had recorded all the statements with the assistance of police officers from the Papar District Police Headquarters (IPD), the Sabah Contingent Police Headquarters (IPK) and the Sipitang IPD."My investigation found that no witness personally saw the incident that led to Zara Qairina being found unconscious near the drain of the Rabiatul Adawiyah block hostel at SMKA TDM."Nobody, including security guards or hostel wardens, carried out patrols on Level 3 of the Rabiatul Adawiyah block on the night of the incident



Buletin Honda City Facelift Varian E Guna Brek Dram Di Belakang, Honda .. - Mekanika - 13/10 3:17 pm

Pembetulan tersebut bertujuan memastikan pelanggan menerima maklumat spesifikasi kenderaan yang tepat ketika membuat pertimbangan sebelum membeli model berkenaan. PERODUA SUMBANG SEMBILAN KENDERAAN KEPADA DUA IPD DI SELANGOR



Buletin Byd Sime Motors Rasmi Pusat 3s Baharu Di Miri Read More - Mekanika - 13/10 3:17 pm

Bersempena pembukaan pusat baharu berkenaan, Kah Progression Auto turut menganjurkan jelajah interaktif di Aras Bawah, East Court, Sayap Lama, Bintang Megamall, Miri, dari 16 hingga 18 Oktober 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. PERODUA SUMBANG SEMBILAN KENDERAAN KEPADA DUA IPD DI SELANGOR



Zara Qairina's mother refused post-mortem despite being briefed, inquest told - Sinardaily - 13/10 2:16 pm

I want to bury her (Zara Qairina) immediately."Wong said a photographer took several photographs during the meeting and at the hospitals Neurosurgery ward for record and documentation purposes."At that time, because Zara Qairina's mother refused to allow a post-mortem to be conducted, and the cause of death had also been identified, no POL 61 form (document for a police application to conduct a post-mortem) was issued," he said while reading his witness statement before Coroner Amir Shah Amir Hassan.Wong said Noraidah signed several documents on July 17, 2025, before Zara Qairina's remains were handed over to the family for burial.He said one document was a Letter of Declaration Refusing a Post-Mortem on One's Own Volition, declaring that she did not want a post-mortem conducted, that she did not suspect any criminal act over the death, and that she would not demand any post-mortem report from the hospital for 'medico-legal' purposes, insurance claims, or other claims.Wong said Noraidah also signed a Death Notification and Remains Handling Form, as acknowledgement of receipt of the remains, and a Letter of Declaration Confirming the Management of Remains Services on July 17, 2025."After meeting Zara's mother, I returned to my office to update the case. I arrived at my office at IPD Papar at 6.54 pm and received instructions to classify Zara's death as a Sudden Death Report and to serve as the investigating officer in the probe," he said.Wong said he received a phone call from a doctor at 1.35pm on July 17, 2025, informing him that Zara Qairina had been pronounced dead at 1.07pm and that the student's cause of death was "severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy."He rushed to the hospital with the duty photographer, arrived at the hospital at 3.30 pm, and met a doctor beside Zara Qairina's bed, where Noraidah was also present.Zara Qairina died at the Queen Elizabeth Hospital on July 17, 2025, a day after she was found unconscious near a drain at her school hostel at 4.00am.The inquest resumes later this afternoon



Inkues Zara Qairina: Polis rakam percakapan 200 individu - Sinarharian - 13/10 11:29 am

KOTA KINABALU - Pegawai polis yang menyiasat kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa seramai 200 individu telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan laporan mati mengejut melibatkan remaja itu.Inspektor Wong Yew Zhung, saksi ke-83 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata, rakaman percakapan tersebut dilakukan dengan bantuan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Papar, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan IPD Sipitang.Menurutnya, saksi yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga Zara, jiran-jiran, rakan-rakan sekolah rendah dan menengah, guru-guru, pegawai perubatan, pegawai polis serta pelajar-pelajar asrama blok Rabiatul Adawiyah.Beliau berkata, berdasarkan keterangan mereka yang mengenali Zara, remaja itu digambarkan sebagai seorang yang ceria, aktif, peramah, banyak bercakap serta mudah berkawan, selain mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli Badar.Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tiada saksi yang melihat sendiri kejadian yang menyebabkan Zara ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah berkenaan."Tidak ada pihak termasuk pengawal keselamatan atau warden asrama yang membuat rondaan di aras tiga blok Rabiatul Adawiyah pada malam kejadian."Hasil pemeriksaan saya turut mendapati tiada kamera litar tertutup dipasang di kawasan asrama yang dapat memberikan rakaman berhubung kejadian tersebut," katanya ketika membacakan keterangan bertulis pada Selasa.Dalam keterangannya, Yew Zhung turut memaklumkan bahawa beliau telah menjelaskan kepada ibu Zara, Noraidah Lamat, bahawa bedah siasat perlu dijalankan bagi membantu siasatan kematian anaknya selepas remaja itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai 2025.Beliau berkata, pada jam 1.35 tengah hari hari yang sama, beliau menerima panggilan daripada doktor HQE yang memaklumkan kematian Zara, dengan sebab kematian dinyatakan sebagai severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy.Menurutnya, sebaik tiba di wad bersama jurugambar polis, beliau berjumpa doktor berkenaan dan Noraidah sebelum memaklumkan mengenai keperluan bedah siasat."Semasa berada di wad tersebut, saya telah memaklumkan dan menjelaskan kepada ibu Zara bahawa bedah siasat akan dijalankan ke atas Zara untuk membantu siasatan kematian Zara."Bagaimanapun, ibu Zara menjawab 'tidak mahu' dan enggan untuk bedah siasat dijalankan ke atas Zara



Pelajar serah wang tunai, barang kemas ibu bapa lebih RM30,000 kepada scammer - Sinarharian - 12/10 8:53 pm

BENTONG Seorang penuntut universiti mengalami kerugian RM32,115 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis dalam kejadian di Karak di sini.Mangsa berusia 18 tahun dikatakan menyerahkan wang tunai RM6,115 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM26,000 milik ibu bapanya kepada seorang wanita selepas diugut akan ditangkap atas dakwaan terbabit dalam kes pengubahan wang haram.Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintenden Azmi Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis pada 7 Oktober lalu."Individu itu mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan mengugut akan menangkapnya sekiranya tidak mematuhi arahan diberikan."Akibat takut dengan ugutan berkenaan, mangsa diperdaya mengambil wang tunai dan barang kemas milik ibu bapanya sebelum menyerahkannya kepada seorang wanita yang memakai pelitup muka berhampiran sebuah pasar raya di Karak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, mangsa turut diarahkan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ahli keluarga dan pihak lain.Susulan laporan diterima, Azmi memberitahu Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Bentong menahan seorang wanita berusia 21 tahun berhampiran pasar raya berkenaan kira-kira jam 6.20 petang pada Sabtu.Jelasnya, siasatan mendapati suspek dipercayai ditawarkan pekerjaan oleh sindiket penipuan dengan mendakwa dirinya dilantik sebagai anggota Unit Tindak Khas Polis.Beliau menambah, suspek dipercayai diarahkan mengambil wang tunai dan barang kemas daripada mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak ketiga yang diatur sindiket berkenaan."Dakwaan pelantikan itu dipercayai modus operandi sindiket bagi memperdaya suspek supaya menganggap tugasan diberikan sebagai urusan rasmi polis."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, manakala siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti peranan sebenar suspek serta mengesan individu lain yang disyaki terbabit, " katanya.Azmi menegaskan polis tidak pernah mengarahkan mana-mana individu menyerahkan wang tunai atau barang kemas bagi menyelesaikan sesuatu kes melalui panggilan telefon.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan ugutan tangkapan atau tawaran pekerjaan yang menggunakan nama dan identiti pasukan polis."Sekiranya menerima panggilan seumpama itu, orang ramai dinasihatkan supaya membuat pengesahan terus dengan balai polis berhampiran serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan," katanya.



Remaja maut, bayi 6 bulan kritikal nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 12/10 6:24 pm

SETIU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut manakala sembilan lagi cedera, termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulanyang kritikal, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Kampung Apek, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan mangsa bukan warganegara yang juga penumpang hadapan Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu."Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser."Tidak lama kemudian, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia yang datang dari arah belakang Toyota Unser tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan Perodua Axia terbabas ke sebelah kanan jalan, mengakibatkan seorang remaja maut manakala pemandunya mengalami kecederaan kritikal.Katanya,seorang lagi mangsa yang dilaporkan kritikal ialah bayi perempuan berusia enam bulan yang menaiki Toyota Unser.Zahril Asriberkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut manakala mangsa lain yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama bagi rawatan lanjut."Daripada 10 mangsa yang terlibat, dua dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, termasuk pemandu Perodua Axia dan bayi berkenaan yang kini ditidurkan," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun," ujarnya.Dalam pada itu, Zahril Asri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan bersama."Sesiapa yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta tampil ke Pejabat Trafik IPD Setiu atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Aliah Shafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156 bagi membantu siasatan," katanya.




Reformasi     >>



Melaka ler! Jasa Adly vs sepenggal Rauf - Harapandaily
Pertembungan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini bukan sekadar soal siapa lebih layak memimpin, sebaliknya turut membuka ruang untuk membandingkan rekod pentadbiran kerajaan terdahulu dengan prestasi kerajaan negeri semasa. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini ..
Kroni     >>



Championship fixation held back Danish, reveals .. - NST
KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin believes his charge Hakim Danish Ramli needs to forget about the Moto3 Rookie of the Year standings and just take things one race at time.
Tabloid     >>



Makan Ayam Tidak Sah Sembelihan Tanpa Sengaja Bukan .. - Siraplimau
Pendedahan mengenai rampasan kira-kira 6.5 tan ayam tidak sembelih mengikut hukum syarak baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Islam. Lebih merisaukan, ayam berkenaan mati ketika melalui proses rendaman air panas sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan persoalan ..
Tech     >>



ChatGPT could soon turn your Android health data into .. - Androidauthority
It might finally add the Google Health integration Android users have been missing.
World     >>



Iran war live: Tankers hit in Hormuz; Trump again says .. - Aljazeera
US president warns Iran to make a deal, as IRGC says two tankers have hit mines and caught fire in the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Yamaha tarik diri daripada MotoGP Qatar 2026, berdepan .. - Careta
Keputusan itu menyaksikan Yamaha tidak akan menyertai perlumbaan di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar selepas syarikat berkenaan memutuskan untuk mengekalkan sekatan perjalanan yang sedang berkuat kuasa terhadap kakitangannya. Menurut kenyataan rasmi Yamaha yang diterbitkan MotoGP pada 1 ..