///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Hishammuddin News   Page 1    



KJ dialu-alu kembali sertai UMNO Sungai Buloh – Halimaton - Mgazette - 14/03 4:59 pm

Beliau juga berharap usaha itu dipermudah dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, selain memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negara. Pada Januari 2023, UMNO dilaporkan memecat Khairy selain menggantung keahlian Ketua UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan





Surat khas tarik penggantungan Hishammuddin tak lagi berbangkit, kata pemimpin - FMT - 14/03 3:38 pm

Ketua Umno Sembrong Abdul Ghani Abdul Rashid berkata keterbukaan pimpinan tertinggi menunjukkan tiada lagi keperluan ahli dikenakan tindakan membuat rayuan.





Umno ready to lift ex-veep Hishammuddin's suspension - sources - Mkini - 14/03 12:29 am

Proper procedure must be observed, one source says.





Tak salah beri sedikit keistimewaan kepada Hishammuddin, KJ, kata penganalisis - FMT - 14/03 9:00 am

Mazlan Ali kata Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin mempunyai reputasi dan banyak menyumbang kepada parti.





Mesyuarat UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan esok - Mgazette - 14/03 8:06 am

# Mesyuarat UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan esok JOHOR BAHRU - Isu kesediaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali ke pangkuan parti dan gesaan tarik balik penggantungan Datuk Maulizan Bujang dijangka menjadi perkara utama dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor esok Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan melihat isu yang membabitkan Naib Presiden UMNO dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau itu menjadi keutamaan untuk dibangkitkan





'Umno sedia batalkan penggantungan Hishammuddin tapi perlu hantar surat' - Mkini - 14/03 8:00 am

Hishammuddin sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang bersama Umno.





Sedia kembali bukti Hishammuddin setia, sayangkan UMNO – Ghani - Mgazette - 13/03 3:22 pm

# Sedia kembali bukti Hishammuddin setia, sayangkan UMNO - Ghani KLUANG - Pengumuman Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sedia kembali ke pangkuan UMNO adalah bukti jelas beliau sentiasa setia walaupun digantung keahliannya daripada parti





UMNO perlu tarik balik penggantungan tanpa syarat kepada ahlinya – .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm

Tidak perlu ada syarat untuk memohon atau merayu kerana mereka yang digantung masih lagi ahli parti, cuma hak sebagai ahli dinafikan, katanya dalam kenyataan hari ini. Selain Maulizan, turut digantung selama enam tahun ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif





UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan pada mesyuarat esok - Kosmo - 13/03 2:57 pm

PONTIAN – Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor dijangka membincangkan kesediaan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kembali kepangkuan UMNO pada mesyuarat, esok





Isu Hishammuddin, Maulizan dibincang dalam Mesyuarat UMNO Johor esok - Ahmad Maslan - Sinarharian - 13/03 2:14 pm

JOHOR BAHRU - Kesediaan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk kembali berjuang dalam parti dijangka menjadi perkara utama dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, pada Sabtu.Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu juga dijangka menyentuh isu berkaitan gesaan menarik balik penggantungan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.Menurutnya, sekiranya perkara tersebut tidak dibangkitkan oleh pihak lain, beliau sendiri akan mengemukakan perkara itu dalam mesyuarat berkenaan."Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor esok, tentu ada pihak yang akan membangkitkan perkara ini, paling tidak ketua-ketua UMNO bahagian."Kalau tidak ada yang bangkitkan, saya sendiri akan bangkitkan dalam mesyuarat itu," katanya selepas menyerahkan sumbangan sempena ziarah Ramadan kepada Balai Polis dan Balai Bomba di Parlimen Pontian pada Jumaat.Pada Khamis, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menyatakan kesediaan untuk terus berjuang dalam UMNO dan menegaskan tidak pernah keluar parti meskipun digantung selama tiga tahun.Sementara Maulizan pula menggesa parti itu menarik balik penggantungan yang dikenakan terhadapnya dan beberapa individu lain sejak tiga tahun lalu.Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, isu tersebut boleh disalurkan melalui pelbagai platform dalam parti termasuk ke peringkat tertinggi."Saya terlibat dalam beberapa peringkat, antaranya sebagai ahli Jawatankuasa Rumah Bangsa, ahli mesyuarat nasional dan juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor"Jadi perkara ini boleh dibawa melalui saluran berkenaan sebelum dibincangkan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi," katanya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.Beliau secara peribadi turut menyambut baik usaha untuk menerima kembali bekas tokoh parti termasuk Khairy Jamaluddin yang ingin kembali menyertai UMNO."Saya sendiri akan menyebut dalam mesyuarat bahawa kita perlu mengalu-alukan mereka, tetapi keputusan muktamad tetap perlu melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi," katanya.Tambahnya, setakat ini kepimpinan parti di peringkat tertinggi menyatakan tiada syarat dikenakan untuk menerima semula bekas ahli yang mahu kembali."Jadi dengan mudahnya kita akan menerima mereka





MKT perlu tarik balik penggantungan tanpa syarat, tidak perlu 'karpet merah' - Maulizan - Sinarharian - 13/03 1:35 pm

JOHOR BAHRU Bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang digantung keahliannya mahu parti mempertimbangkan untuk menarik balik penggantungan keahlian beberapa ahli tanpa syarat bagi memperkukuh perpaduan dalam parti.Maulizan berkata, langkah tersebut wajar dipertimbangkan sekiranya kepimpinan parti berpendapat UMNO tidak mampu berpecah dan perlu kembali bersatu bagi memulihkan sokongan rakyat.Menurutnya, ahli yang digantung sebenarnya masih berstatus sebagai ahli parti, namun hak mereka sebagai ahli dinafikan sepanjang tempoh penggantungan."Jika kepimpinan berpendapat parti tidak boleh terus lemah dan berpecah, MKT boleh sahaja membuat keputusan menarik balik penggantungan tanpa syarat."Tidak perlu ada syarat untuk memohon atau merayu kerana mereka yang digantung masih lagi ahli parti, cuma hak sebagai ahli dinafikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Selain Maulizan, turut digantung selama enam tahun ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Penggantungan dan pemecatan pemimpin UMNO tersebut diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Januari 2023.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tiram, yang sudah lebih 40 tahun bersama UMNO berkata, sepanjang tempoh penggantungan itu beliau masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan dalam parti.Katanya, sepanjang penglibatan dalam UMNO, beliau pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian selama empat penggal selain dipilih sebagai wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Johor." Sepanjang tempoh itu saya tidak pernah mengkhianati parti dan apabila digantung tanpa dinyatakan sebabnya, sudah tentulah perasaan kecewa tu ada apatah lagi timbul cerita fitnah di media sosial yang mengaitkan saya."Saya terima takdir yang ditentukan dan sepanjang tempoh penggantungan saya masih lagi berkawan dengan rakan rakan dari UMNO," katanya.Beliau turut mengakui UMNO ketika ini masih belum sepenuhnya berjaya mengembalikan sokongan serta keyakinan rakyat seperti sebelum ini."Kita juga kena akui bahawa UMNO pada ketika ini masih belum dapat kembali sokongan dan keyakinan rakyat seperti dahulu."Sebarang usaha untuk perkukuhkan parti walaupun pahit bagi sesetengah orang mestilah dilakukan," katanya.Dalam masa sama, beliau berharap semua pihak dapat mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan usaha penyatuan parti."Insya-ALLAH kami juga tidak memerlukan karpet merah sekiranya ingin kembali kepada UMNO," katanya





Saya sedia kembali perkasa, perkukuhkan UMNO – Hishammuddin - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Saya sedia kembali perkasa, perkukuhkan UMNO - Hishammuddin KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali berjuang bersama UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu





Politics : Hishammuddin Welcomes Zahids Gesture, Ready To Continue .. - Bernama - 13/03 8:05 am

JOHOR BAHRU, March 12 (Bernama) --Former UMNO vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein today expressed his readiness to resume active involvement in the party should the leadership decide to lift the suspension of his membership.





'Saya sedia kembali perkukuhkan UMNO' Hishammuddin - Sinarharian - 12/03 8:48 pm

JOHOR BAHRU Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali berjuang bersama UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik oleh parti itu.Ahli Parlimen Sembrong itu terharu dan berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannnya untuk bersama-sama kembali menyertai UMNO.Bagaimanapun, Hishamuddin yang digantung keahliaannya selama enam tahun bermula Januari 2023 itu berkata, untuk menyertai UMNO bukanlah keputusan sukar baginya."Dalam tiga tahun saya digantung, saya tidak pernah keluar parti pun."Jadi hari ini apabila pimpinan telah membuat pendirian, saya rasa penting beritahu kepada warga Sembrong dan pimpinan UMNO Sembrong terlebih dahulu bahawa tak timbul masalah langsung bagi saya untuk terima apa yang dinyatakan presiden parti."Yang penting saya tidak pernah lari (dari UMNO)," katanya dalam muat naik video di Facebooknya.Bagaimanapun menurut Hishammuddin, isunya kini ialah status beliau sebagai ahli yang digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO."Kalau betul mereka ikhlas dan tarik balik penggantungan, saya akan kembali berjuang dalam UMNO, rapatkan barisan kita dalam UMNO Sembrong, UMNO Johor untuk perkasa dan perkukuhkan parti keramat UMNO," tambahnya.





Hishammuddin says he never left Umno, ready to return if suspension lifted - Sinardaily - 12/03 7:23 pm

SHAH ALAM - Former defence minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has indicated his readiness to return to active duty in Umno if the party leadership decides to lift his suspension.In a video posted on Instagram on Thursday, the Sembrong MP said he welcomed remarks made by party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi regarding the possibility of reviewing the suspension of several party leaders.I welcome and appreciate the presidents statement recently





Hishammuddin sedia kembali jika Umno tarik balik penggantungan - FMT - 12/03 6:54 pm

Bekas naib presiden Umno itu berkata beliau terharu dengan undangan Zahid Hamidi dan bersedia berjuang semula untuk Rumah Bangsa jika status keahlian dipulihkan.





Hishammuddin sedia kembali jika Umno tarik balik penggantungan - Hotfm - 12/03 6:54 pm

Bekas naib presiden Umno itu berkata beliau terharu dengan undangan Zahid Hamidi dan bersedia berjuang semula untuk Rumah Bangsa jika status keahlian dipulihkan.





Hishammuddin says he never left Umno, ready to return if suspension lifted - Malaymail - 12/03 6:38 pm

KUALA LUMPUR, March 12 Former defence minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has signalled his willingness to...





Umno Johor terbuka terima Hishammuddin, tapi tak bentang karpet merah - FMT - 12/03 11:11 am

Setiausaha Umno Johor Abdul Halim Suleiman berkata pintu sudah dibuka, namun parti tidak akan pujuk atau beri layanan istimewa kepada mereka yang mahu kembali.





Rumah Bangsa inisiatif UMNO untuk semua - Hasni - Sinarharian - 12/03 10:44 am

PONTIAN Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO perlu terbuka tanpa sebarang syarat atau halangan politik kepada semua pihak yang ingin menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada parti.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ir Hasni Mohammad menegaskan tujuan penubuhan Rumah Bangsa bagi menyatukan semua pihak dan bukan medan perdebatan politik, siapa layak atau sebaliknya."Mereka yang ingin memberikan sumbangan perlu tampil tanpa perlu menunggu pertimbangan politik, malah siapa sahaja termasuk bekas-bekas pemimpin boleh menyertai gagasan Rumah Bangsa."Kita nak duduk dalam satu bumbung, mengumpulkan kepakaran dan pengalaman, tiada soal nama siapa yang layak, yang penting ialah menyumbang sesuatu bagi kebaikan orang-orang melayu," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata demikian selepas penyampaian Bantuan Kasih Johor Fasa 3 dan Majlis Berbuka Puasa DUN Benut di Homestay Santai Parit Betak, disini, petang Rabu.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, inisiatif Rumah Bangsa terbuka kepada semua tanpa mengenakan sebarang syarat termasuk dikalangan bekas-bekas pemimpin UMNO.Tambah Ir. Hasni, Rumah Bangsa bukan milik mana-mana pihak tertentu dan tidak perlu menjadi medan atau tapak untuk menilai kesetiaan politik, masing-masing telah mempunyai kesedaran."Kita percaya mereka yang ingin menyertai Rumah Bangsa akan tampil bagi menawarkan diri termasuk dikalangan pemimpin yang digantung keahlian atau pun dipecat sebelum ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam.Beliau berkata, beberapa nama besar yang dipecat sebelum ini seperti bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin."Selain itu, beberapa pemimpin yang digantung selama enam tahun termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif," ujar beliau





'Hanya kamu berada di pentas lawan berkempen burukkan UMNO' - Asna - Sinarharian - 8/03 2:50 pm

SHAH ALAM Seorang pemimpin UMNO membidas kenyataan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Isham Jalil yang menyarankan Presiden UMNO menurunkan ego dan memohon maaf kepada ahli yang dipecat atau digantung parti.Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin berkata, kenyataan itu tidak wajar memandangkan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan keterbukaan dengan memberi peluang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti tanpa sebarang syarat.Jelasnya, asasnya pintu UMNO sudah dibuka seluas-luasnya dengan Ahmad Zahid tidak meletakkan sebarang syarat untuk bekas ahli parti dipecat dan digantung ke pangkuan UMNO."Jadi yang perlu menurunkan ego bukan presiden parti, sebaliknya Isham sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng itu berkata, tindakan pemecatan terhadap Isham sebelum ini bukan berlaku tanpa sebab, sebaliknya berpunca daripada sikapnya yang kerap mengkritik parti secara terbuka serta tidak menghadiri beberapa mesyuarat MKT.Malah, katanya, Isham juga secara terbuka menentang keputusan kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun pembentukan kerajaan ketika itu dibuat susulan situasi Parlimen tergantung dan mengambil kira titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah."Jangan anggap diri terlalu suci."Jika benar darah UMNO mengalir dalam diri, tidak mungkin sanggup berdiri di pentas pihak lawan dan berkempen memburukkan parti sendiri," katanya.Beliau turut mempersoalkan tindakan Isham yang didakwa berkempen menentang UMNO dan menggunakan gelaran UMDAP terhadap parti itu di media sosial.Sebaliknya, Mohd Asna menegaskan beberapa tokoh yang pernah dikenakan tindakan disiplin seperti bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; bekas Ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan tidak pernah bertindak sepentas dengan pihak lawan untuk menyerang parti."Hanya kamu yang berada di pentas lawan berkempen memburukkan UMNO," tegasnya.Tambah beliau, sikap berlapang dada juga ditunjukkan Khairy yang secara terbuka menyatakan hasrat kembali ke pangkuan parti melalui agenda 'Rumah Bangsa'.Sehubungan itu, Mohd Asna menasihatkan Isham supaya tidak terus mencari kesalahan pihak lain, sebaliknya bermuhasabah diri dan berbicara dengan lebih lunak serta rendah hati dalam memperkatakan hal berkaitan parti.





Bukan Zahid yang patut turunkan ego tetapi Isham perlu muhasabah diri - Mgazette - 8/03 7:45 am

Asna turut membandingkan tindakan Isham dengan beberapa tokoh lain yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti tetapi tidak menyerang UMNO secara terbuka. Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, selepas dipecat atau digantung, tidak pernah kita lihat berada di pentas pihak lawan untuk memburukkan UMNO





Selamat kembali KJ, Hishammuddin dan lain-lain kembalilah semula ke pangkuan UMNO - Utusan - 8/03 3:29 am

KANGAR: Kesediaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin yang secara terbuka mengumumkan beliau mahu kembali menyertai parti itu menerusi agenda Rumah Bangsa disambut baik kepemimpinan pelbagai peringkat. Selain Khairy, pemimpin-pemimpin lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut diharap dapat kembali bersama UMNO





'Zahid berjiwa besar, jangka lebih ramai bekas pemimpin mohon kembali sertai UMNO' - Ahmad Maslan - Sinarharian - 7/03 10:23 am

PONTIAN - Keputusan UMNO membuka pintu kepada bekas pemimpin dan ahli kembali menyertai parti itu dijangka mencetuskan gelombang baharu apabila lebih ramai tokoh politik menghantar surat permohonan untuk kembali ke pangkuan parti itu dalam masa terdekat.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pendekatan berjiwa besar diambil Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jelas apabila ruang diberikan kepada individu yang pernah dikenakan tindakan disiplin atau meninggalkan parti untuk kembali menyertai perjuangan UMNO.Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, ketika tindakan diambil terhadap beberapa pemimpin selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau yang ketika itu memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO bertanggungjawab menghantar surat memaklumkan keputusan parti kepada mereka."Antara individu terbabit termasuk Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin yang dikenakan tindakan atas pelbagai sebab ketika itu."Saya bersetuju sekiranya mereka dijemput kembali menyertai UMNO dengan mengambil pendekatan 'forgive and forget', iaitu saling memaafkan serta melupakan perkara lalu bagi membuka lembaran baharu dalam parti," katanya.Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian ketika ditemui pada program Moreh Pemuda UMNO Bahagian Pontian, di Benut pada Jumaat malam.Sebelum itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka mengumumkan hasrat untuk kembali menyertai parti itu menerusi agenda Rumah Bangsa.Khairy yang dipecat UMNO empat tahun lalu berkata, kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid pada 6 Mac itu yang membuka pintu Rumah Bangsa seluas-luasnya kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian turut memberi makna kepada dirinya.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor turut mendedahkan beberapa individu sudah mula menghantar surat permohonan untuk kembali ke dalam parti."Surat itu mudah sahaja, sekeping sahaja pun memadai menyatakan hasrat untuk kembali," katanya.Dalam masa sama, beliau turut mengimbau peristiwa penyatuan semula UMNO pada 1996 apabila parti Semangat 46 dibubarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ahli-ahlinya diterima semula secara beramai-ramai oleh Tun Mahathir Mohamad.Katanya, peristiwa itu menjadi antara detik penting dalam sejarah UMNO dan langkah membuka semula pintu kepada bekas ahli pada masa ini dilihat sebagai satu lagi langkah besar untuk mengukuhkan parti."UMNO mahu menjadi rumah bangsa yang meriah





Khairy umum hasrat kembali sertai UMNO - Sinarharian - 7/03 8:03 am

Tetapi bila dah diundang begitu, maka saya dah lama sebut bahawa saya ingin kembali ke UMNO."Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dan satu peluang yang murni bagi saya secara peribadi," ujarnya menerusi petikan episod 191 audio siar Keluar Sekejap dikongsi di laman Facebook potcast itu pada Jumaat malam.Dalam rakaman sama, Khairy turut mengarahkan Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar untuk menyediakan draf surat permohonan bagi tujuan berkenaan.Sementara itu, dalam hantaran video berasingan di platform sama, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menyatakan beliau menghargai dan menghormati isyarat ditunjukkan Presiden UMNO itu, namun mengakui lebih selesa berada di luar kerangka politik buat masa ini.Menurut Shahril, beliau ketika ini lebih selesa berada di luar gelanggang politik walaupun tidak menolak kemungkinan untuk kembali suatu hari nanti."Saya sangat menghargai dan menghormati gesture yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid, tetapi pada ketika ini saya agak selesa di luar politik. Mungkin satu hari nanti, tetapi bukan sekarang," ujarnya.Rakaman penuh episod berkenaan yang menyentuh ulasan Khairy dan Shahril berhubung hasrat mahu kembali menyertai UMNO dan sebaliknya dijangka disiarkan di platform media sosial berkenaan pada Sabtu.Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses berkenaan dengan segera melalui tatacara bersesuaian mengikut Perlembagaan UMNO.Beliau juga berharap usaha itu dipermudah dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, selain memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negara.Pada Januari 2023, UMNO mengambil tindakan disiplin tegas apabila memecat Khairy daripada parti itu.Dalam masa sama, keahlian Ketua UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan turut digantung.Sementara Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang pula dikenakan penggantungan keahlian selama enam tahun.Selain itu, tindakan pemecatan turut melibatkan beberapa ahli lain iaitu lima dari UMNO Pasir Gudang, sembilan dari UMNO Putrajaya, dua dari UMNO Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO Pahang.Mereka dikenakan tindakan berkenaan selepas didapati bertanding sebagai calon Bebas atau mewakili parti selain Barisan Nasional (BN), selain didakwa membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum ke-15.





KJ umum hasrat kembali sertai UMNO - Sinarharian - 7/03 8:03 am

Tetapi bila dah diundang begitu, maka saya dah lama sebut bahawa saya ingin kembali ke UMNO."Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dan satu peluang yang murni bagi saya secara peribadi," ujarnya menerusi petikan episod 191 audio siar Keluar Sekejap dikongsi di laman Facebook potcast itu pada Jumaat malam.Dalam rakaman sama, Khairy turut mengarahkan Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar untuk menyediakan draf surat permohonan bagi tujuan berkenaan.Sementara itu, dalam hantaran video berasingan di platform sama, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menyatakan beliau menghargai dan menghormati isyarat ditunjukkan Presiden UMNO itu, namun mengakui lebih selesa berada di luar kerangka politik buat masa ini.Menurut Shahril, beliau ketika ini lebih selesa berada di luar gelanggang politik walaupun tidak menolak kemungkinan untuk kembali suatu hari nanti."Saya sangat menghargai dan menghormati gesture yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid, tetapi pada ketika ini saya agak selesa di luar politik. Mungkin satu hari nanti, tetapi bukan sekarang," ujarnya.Rakaman penuh episod berkenaan yang menyentuh ulasan Khairy dan Shahril berhubung hasrat mahu kembali menyertai UMNO dan sebaliknya dijangka disiarkan di platform media sosial berkenaan pada Sabtu.Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses berkenaan dengan segera melalui tatacara bersesuaian mengikut Perlembagaan UMNO.Beliau juga berharap usaha itu dipermudah dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, selain memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negara.Pada Januari 2023, UMNO mengambil tindakan disiplin tegas apabila memecat Khairy daripada parti itu.Dalam masa sama, keahlian Ketua UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan turut digantung.Sementara Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang pula dikenakan penggantungan keahlian selama enam tahun.Selain itu, tindakan pemecatan turut melibatkan beberapa ahli lain iaitu lima dari UMNO Pasir Gudang, sembilan dari UMNO Putrajaya, dua dari UMNO Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO Pahang.Mereka dikenakan tindakan berkenaan selepas didapati bertanding sebagai calon Bebas atau mewakili parti selain Barisan Nasional (BN), selain didakwa membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum ke-15.





RUU bagi tempoh jawatan PM akan dibentang semula pada Jun - Fahmi - Sinarharian - 4/03 5:41 pm

PUTRAJAYA - Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentang semula pada sesi Dewan Rakyat seterusnya Jun ini.Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Beliau berkata, kerajaan berharap pindaan Perlembagaan yang bersifat tidak partisan dan bertujuan menambah baik demokrasi negara itu dapat diluluskan dengan sokongan semua pihak kelak."Seharusnya semua Ahli Parlimen memahami bahawa usaha ini adalah untuk memastikan tidak lagi berlaku satu keadaan di mana Perdana Menteri berasa bahawa dia akan dan dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia boleh berkuasa sehingga bila-bila," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen pada Isnin lepas apabila hanya 146 menyokong, 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.Keputusan undi belah bahagi diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul selepas ia dibahaskan oleh 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini turut diberi taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Kerajaan berhubung status lapan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak hadir dalam sesi mengundi bagi RUU itu.Beliau berkata, Kabinet juga difahamkan berlaku salah faham dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang beranggapan RUU itu adalah untuk memberi mandat kepada Anwar menjadi Perdana Menteri bagi tempoh 10 tahun.Lapan Ahli Parlimen menyokong kerajaan tetapi tidak hadir semasa sesi mengundi RUU itu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Datuk Seri M Saravanan (Tapah), Datuk Larry Soon (Julau) dan Datuk Seri Dr Jeffrey@ Kitingan (Keningau).- Bernaam





Sangat mengecewakan bila ahli Parlimen ponteng - Sinarharian - 4/03 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia.Kita menyangka Ahli-ahli Parlimen akan menyokong detik penting dan bersejarah ini untuk menyokong inisiatif reformasi yang sekian lama dinantikan, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang merentasi perbezaan politik.Penggubal undang-undang negara tidak seharusnya merungut tentang kemajuan reformasi yang dikatakan perlahan, namun apabila peluang untuk membawa perubahan, ramai memilih untuk berkecuali dan lebih teruk lagi tidak hadir ke Dewan Rakyat.Ia merupakan satu peluang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menetapkan had tempoh 10 tahun bagi mana-mana individu untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri.Ketidakhadiran lapan Ahli Parlimen kerajaan, ditambah pula dengan keengganan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong pindaan tersebut, amat mengecewakan.Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, bekas pemimpin Bersatu yang kini menyokong kerajaan berkata, beliau memutuskan untuk tidak menghadiri persidangan itu kerana tidak bersetuju dengan undang-undang baharu tersebut.Datuk Larry Sng, Ahli Parlimen dari Julau, Sarawak berkata, beliau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang sukar untuk diterima sebagai satu alasan."Saya dalam perjalanan kembali ke Parlimen selepas mempunyai urusan di tempat lain, tetapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," kata Sng seperti yang dilaporkan.Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan pula berkata, beliau menghadiri satu majlis keagamaan.Selain itu, ahli Parlimen yang tidak hadir ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Riduan Rubin (Tenom) dan Datuk Seri Jeffrey Kitingan (Keningau).Dalam undian secara blok, 146 Ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu, 44 berkecuali dan 32 tidak hadir.Ia memerlukan sekurang-kurangnya 148 undi untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi pindaan perlembagaan.Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari DAP dan PKR hadir dan mengundi menyokong rang undang-undang tersebut.Pun begitu, kegagalan Kerajaan MADANI untuk meluluskan rang undang-undang itu bukanlah satu undi tidak percaya





Absent MPs say no ill intent behind missing vote - Sinchew - 4/03 3:43 pm

A doctor later came to check my blood pressure, which may have been caused by insufficient rest or lack of sleep, he said. Sin Chew Daily also contacted Sembrong MP Datuk Seri Hishammuddin Hussein but received no response until press time





Cadangan had jawatan PM manifesto PH, bukan BN; kenapa salahkan UMNO .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, tiga Ahli Parlimen yang dibangkitkan oleh Cha mempunyai keadaan berbeza sehingga tidak hadir ketika pengundian. Menurutnya, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah digantung keahlian UMNO selama enam tahun bermula 27 Januari 2023





PM term limit: I felt dizzy and nauseous, says Libaran MP on why he skipped the vote - Sinardaily - 3/03 2:44 pm

At 1.30pm, I decided to return home to rest and receive treatment after my blood pressure rose, he added.Suhaimi was responding to Deputy Speaker Alice Lau Kiongs statement that eight government bloc MPs were absent during the vote to limit the Prime Ministers tenure to 10 years.As a result, the Bill failed to secure approval after falling short by just two votes of the required two-thirds majority of 148. The final tally showed 146 in support, 44 abstaining, and 32 absent.Among the other government lawmakers listed as absent were Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Seri M





'Saya setuju RUU, tidak hadir undi sebab tidak sihat' - MP Libaran - Sinarharian - 3/03 2:32 pm

Hari ini (Selasa) saya juga masih tidak sihat dan disarankan doktor untuk terus berehat di rumah."Sebenarnya saya sudah menghadiri sesi Parlimen pada sebelah pagi kerana soalan saya bernombor 11 telah dimasukkan dalam agenda soalan lisan untuk dibahas."Bagaimanapun, saya tiba-tiba rasa pening kepala dan mual sejurus sebelum perbahasan berlangsung. Pada jam 1.30 petang, saya membuat keputusan untuk balik ke rumah berehat dan dirawat oleh doktor disebabkan tekanan darah saya meningkat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng yang mendedahkan bahawa lapan ahli Parlimen daripada blok kerajaan tidak hadir semasa sesi undi belah bahagian bagi meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.Kesannya, RUU tersebut gagal diluluskan Dewan Rakyat apabila kekurangan dua undi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan iaitu 148 ahli Parlimen.Ini kerana keputusan undi belah bahagian menunjukkan hanya 146 yang menyokong, 44 tidak mengundi manakala 32 tidak hadir.Selain Suhaimi, antara ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong); Timbalan Presiden MIC, M Saravanan (Tapah); dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau).Tiga lagi ahli Parlimen kerajaan lain yang terlibat ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Larry Sng (Julau); Datuk Henry Sum Agong (Lawas); dan Riduan Rubin (Tenom).Berikutan itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyatakan kekecewaan DAP terhadap keputusan tersebut dan meminta masyarakat mengecam serta mempersoalkan ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak menyokong pindaan itu.Sebelum ini, Syed Abu Hussin dan Larry Sng mengesahkan mereka tidak hadir pada pengundian RUU berkenaan atas dua alasan berbeza.Syed Abu Hussin berkata, beliau tidak menyertai pengundian kerana tidak bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan itu dan mahu melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri lebih lama jika beliau mampu.Larry yang juga Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) pula senada dengan Suhaimi dengan mendakwa beliau menyokong RUU berkenaan."Saya sokong RUU itu





Bekas menteri antara tak hadir untuk undi RUU had tempoh jawatan PM - Hotfm - 2/03 10:35 pm

Hishammuddin Hussein dan M Saravanan dikatakan antara mereka yang tidak hadir semasa pengundian RUU had tempoh jawatan PM.





Bekas menteri antara tak hadir untuk undi RUU had tempoh jawatan PM - FMT - 2/03 10:35 pm

Hishammuddin Hussein dan M Saravanan dikatakan antara mereka yang tidak hadir semasa pengundian RUU had tempoh jawatan PM.





2 ex-ministers among those absent from vote to limit PMs term - FMT - 2/03 9:45 pm

Hishammuddin Hussein and M Saravanan, both from BN, were among eight MPs from the government bloc missing from the house.




Reformasi     >>



A new dawn for the ummah: Why Anwar Ibrahim must lead .. - Harapandaily
By DR MASZLEE MALIK The Muslim world has emerged from yet another season of destruction. In the aftermath of war, the familiar ritual unfolds: cities reduced to rubble, fragile ceasefires proclaimed, and weary populations left to reconstruct lives amid ruins. Yet the most devastating ..
Kroni     >>



Trump dakwa AS bom sasaran tentera Iran di Pulau Kharg - Utusan
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) mengebom sasaran di Pulau Kharg, Iran, yang mengendalikan hampir semua eksport minyak mentah negara, sambil mengancam untuk menyerang infrastruktur minyak di pulau berkenaan. “Komando Pusat AS melaksanakan satu ..
Tabloid     >>



Warga Britain Berdepan 2 Tahun Penjara Lepas Rakam .. - Lobakmerah
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seorang pelancong warga United Kingdom berdepan pertuduhan di Dubai selepas didakwa berkongsi rakaman video berkaitan serangan peluru berpandu ketika konflik di Asia Barat baru-baru ini. Lelaki berusia 60 tahun itu dituduh melanggar undang-undang ..
Tech     >>



Apple MacBook Neo emerges as companys most repairable .. - Star
SAN FRANCISCO, March 13 (Reuters) - Apple's MacBook Neo, the laptop it announced last week that starts at $499 for students, is the most repairable laptop the company has released since 2014, according to an analysis released Friday by iFixit. Read full story
World     >>



US bombs Irans Kharg Island - Middleeasteye
US bombs Irans Kharg Island The US has bombed military installations on Irans Kharg Island, close to the Strait of Hormuz, US President Donald Trump has announced. The United States Central Command executed one of the most powerful bombing raids in the History of the Middle East, and totally obliterated every MILITARY ..
Motor Trend     >>



Leapmotor B10 Terima Kemas Kini OTA One Pedal .. - Careta
Kemas kini ini diperkenalkan hanya enam bulan selepas pelancaran Leapmotor B10, sekali gus menunjukkan komitmen syarikat dalam menambah baik fungsi kenderaan melalui kemas kini perisian tanpa perlu pemilik membawa kereta ke pusat servis. One Pedal Driving diperkenalkan Antara ciri baharu paling