///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Hari Merdeka News   Page 1    





'Beri peluang golongan B40 beli keperluan dahulu' - Sinarharian - 3/09 8:10 am

SHAH ALAM - Orang ramai yang juga penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinasihat tidak tergesa-gesa menebus bantuan itu kerana tempoh penebusan bernilai RM100 berlanjutan sehingga 31 Disember 2025.Penasihat Persatuan Peruncitan Bumiputera (BRO) yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, tempoh penebusan masih panjang, justeru keutamaan wajar diberikan kepada golongan B40."Kita ada masa empat bulan untuk tebus





Malaysia terus kekal destinasi pilihan utama dunia – Zahid - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Malaysia terus kekal destinasi pilihan utama dunia - Zahid KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan negara menunjukkan pemulihan luar biasa apabila menerima seramai 38 juta pelawat antarabangsa tahun lalu, meningkat 31.1 peratus berbanding tahun sebelumnya





Pembinaan 280 unit RKAT siap Julai tahun hadapan - Mgazette - 3/09 8:09 am

KUANTAN Pembinaan 280 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Markas Angkatan Bersama (MKAB) di Sungai Panching, di sini dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan





Johor salur RM11 juta perkukuh institusi keluarga – MB - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Johor salur RM11 juta perkukuh institusi keluarga - MB MUAR - Kerajaan Johor menyalurkan peruntukan berjumlah RM11 juta bagi mengukuh institusi keluarga menerusi program-program yang dirangka





Pembeli tunggu keadaan reda, gangguan sistem MyKasih masih berlaku di .. - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Pembeli tunggu keadaan reda, gangguan sistem MyKasih masih berlaku di pasar raya Kuantan KUANTAN - Beberapa penerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kecewa kerana masih belum berpeluang menebus bantuan RM100 yang dikreditkan dalam MyKad bermula 31 Ogos lepas





Mahkamah tetapkan 24 Sept. pengurusan kes fitnah RM10 juta Farhash .. - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Mahkamah tetapkan 24 Sept





Maritim guna aset udara vari warga emas hilang di perairan Tumpat - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Maritim guna aset udara vari warga emas hilang di perairan Tumpat KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Kelantan memperluas operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang warga emas yang hilang di perairan Tumpat sejak Ahad lepas, meliputi kawasan seluas 412.15 batu nautika persegi di perairan negeri itu





Remaja maut kemalangan selepas 10 jam bertarung nyawa - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Remaja maut kemalangan selepas 10 jam bertarung nyawa KLUANG Seorang remaja maut selepas kira-kira10 jam bertarung nyawa susulan terlibat kemalangan di kilometer 82, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini kelmarin





Polis pengiring Istana Negara maut motosikal terbabas elak pokok tumbang .. - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Polis pengiring Istana Negara maut motosikal terbabas elak pokok tumbang di Ulu Yam KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis pengiring Istana Negara maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ketika cuba mengelak pokok tumbang di Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor hari ini





Inkues kematian Zara Qairina bermula esok Inkues kematian Zara Qairina .. - Mgazette - 3/09 8:09 am

KOTA KINABALU - Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini





Cadangan transformasi TH perlu diteliti sebelum dirujuk kepada PM ??? .. - Mgazette - 3/09 8:09 am

# Cadangan transformasi TH perlu diteliti sebelum dirujuk kepada PM Menteri PUTRAJAYA - Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan akan meneliti terlebih dahulu cadangan transformasi Tabung Haji (TH) daripada sebuah institusi simpanan patuh syariah kepada sebuah institusi pelaburan Islam yang lebih dinamik





Lebih 2.9 juta rakyat belanja RM192.4 juta dalam 3 hari SARA - FMT - 3/09 7:00 am

Kementerian Kewangan berkata hari ketiga pelaksanaan Penghargaan SARA mencatat jumlah transaksi tertinggi setakat ini membabitkan lebih 1.1 juta transaksi semalam.





Lebih 2.9 juta rakyat belanja RM192.4 juta guna Penghargaan SARA - MOF - Astroawani - 3/09 7:00 am

Hari ketiga pelaksanaan Penghargaan SARA mencatat jumlah transaksi tertinggi setakat ini dengan lebih 1.1 juta transaksi disempurnakan pada Selasa.





Laluan Sutera Budaya: Benang dan Budi semarakkan Temasya Warisan Pahang, Hari Persahabatan Malaysia-Afrika - Astroawani - 3/09 6:30 am

Acara berkenaan diserikan dengan keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 10 pagi.





Maritim Kelantan guna aset udara cari warga emas hilang di perairan Tumpat - Astroawani - 3/09 6:20 am

Operasi hari ketiga itu digerakkan menerusi aset laut dan udara milik Maritim Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan.





Ironman 2025: Vincent uji fizikal, Syed Saddiq uji mental - Sinarharian - 3/09 12:14 am

TOKOH pembangunan hartanah, Datuk Seri Dr Vincent Tiew menyifatkan penglibatannya pada kejohanan Ironman sebagai cerminan kepada disiplin serta strategi yang diperlukan dalam menerajui sesebuah organisasi.Vincent yang juga seorang daripada wakil Malaysia pada Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Nice, Perancis pada 14 September ini mengakui minatnya terhadap sukan triatlon bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2022, dengan mula mengasah bakat dalam acara berenang dan berbasikal.Beliau berkata, pengalaman dalam latihan banyak membantunya dari segi membentuk disiplin serta meningkatkan fokus, baik dalam aspek mental mahupun fizikal.Menurut Vincent, pendekatan itu selari dengan bidang perniagaan dan korporat yang turut memerlukan ketahanan minda serta fokus berterusan bagi mencapai kejayaan."Jadi, saya rasa sukan triatlon sangat sesuai untuk saya kerana perangai, sikap dan juga pembentukan peribadi saya adalah jenis yang buat banyak perancangan dan disiplin setiap hari, itu sangat penting," katanya pada Majlis Pelepasan dua wakil negara ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada Selasa.Pada masa sama, Vincent yang juga Pengarah Eksekutif KL Wellness City berkata, penglibatan dalam sukan itu turut membentuk perubahan peribadi yang positif apabila beliau kini lebih terkawal dari segi emosi, gaya hidup dan pemakanan berbanding sebelum ini.Selain Vincent, turut menggalas cabaran negara pada kejohanan berprestij itu adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Syed Saddiq berkata, beliau meluangkan kira-kira 16 hingga 17 jam seminggu untuk latihan dengan purata dua setengah jam setiap hari termasuk rutin bangun seawal 5 pagi untuk berlari, berbasikal atau berenang.Beliau juga menggabungkan elemen kecergasan dalam kehidupan harian, antaranya mengadakan mesyuarat dalam talian sambil melakukan latihan berbasikal dalaman, membaca surat khabar sambil melakukan aktiviti separa cangkung dan mendengar audio siar ketika berlari."Perubahan paling ketara selepas aktif ialah keupayaan saya berfikir dengan jelas lebih baik, saya lebih berdisiplin, bangun awal, tidur awal, tidak bazirkan masa dan saya boleh hadapi tekanan hidup dengan lebih baik."Ada yang bila diuji, jadi kuat makan atau berfoya-foya tapi bagi saya bersenam dan bersukan untuk hilangkan stres





Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini - Astroawani - 2/09 11:59 pm

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 September 2025.





Cadangan gubal RUU Tribunal Anti-Buli diteliti - BHEUU JPM - Astroawani - 2/09 11:58 pm

Penggubalan Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli antara cadangan diteliti pada Mesyuarat Mengenai Usaha-Usaha Memperkukuh Mekanisme Pencegahan Buli di Malaysia, hari ini.





Manchester City rekrut Donnarumma perkuat benteng terakhir - Sinarharian - 2/09 11:36 pm

MANCHESTER City membuat kejutan pada hari terakhir jendela perpindahan apabila menandatangani penjaga gol antarabangsa Itali, Gianluigi Donnarumma, daripada kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Ederson yang ke kelab Turkiye, Fenerbahce.Perjanjian itu menelan kos 26 juta (RM147 juta), menjadikan jumlah perbelanjaan City musim panas ini melebihi 180 juta (RM1.02 bilion).Tindakan tergesa-gesa ini jelas menunjukkan kebimbangan pengendali Pep Guardiola terhadap prestasi semasa The CitizensCity kini mengalami dua kekalahan berturut-turut 0-1 menentang Tottenham dan 1-2 kepada Brighton, di mana mereka melepaskan kelebihan gol terakhir selepas memulakan musim dengan kemenangan 4-0 ke atas Wolves.Guardiola mengakui, "Apabila kami bolos, kami berhenti bermain," merujuk kepada kekalahan dramatik di pantai selatan England.Penjaga gol musim panas, James Trafford yang memulakan ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini menunjukkan aksi cemerlang, kini dijangka turun ke bangku simpanan susulan ketibaan Donnarumma.Fokus kini tertumpu pada kemampuan Donnarumma mengisi kekosongan Ederson serta masa depan Trafford bersama skuad Manchester City yang sedang bergelut di awal musim.





China sokong keanggotaan penuh Malaysia dalam BRICS - FMT - 2/09 11:34 pm

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sokongan itu dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan mereka hari ini.





Pemuda OKU hilang 19 hari ditemui selamat di Dataran Merdeka - FMT - 2/09 11:12 pm

Muhammad Aliff Syazwan Mohd Nizam keluar dari rumahnya di Kuantan, Pahang ditemui rakan bapanya pada Jumaat lalu.





China sokong percepat keanggotaan Malaysia dalam BRICS - PM - Sinarharian - 2/09 10:39 pm

BEIJING - Presiden China, Xi Jinping menyatakan sokongan penuh untuk menyegerakan keanggotaan penuh Malaysia dalam perkumpulan BRICS.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan ini dizahirkan Jinping semasa pertemuan mereka di Great Hall of the People, di sini pada Selasa."Presiden Jinping menyatakan sokongan penuh beliau untuk menyegerakan penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS."Ini satu penghormatan besar atas dukungan terhadap negara kita untuk terus memainkan peranan penting di pentas dunia," kata Anwar kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja empat hari beliau ke China.BRICS yang ditubuhkan pada 2009 kini dianggotai 11 negara termasuk Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan Mesir





Malaysia komited laksanakan pelan hala tuju bebas jerebu ASEAN 2030 - SUN - 2/09 10:33 pm

LANGKAWI : Malaysia mengulangi komitmen terhadap Pelan Hala Tuju Bebas Jerebu ASEAN 2023-2030 sebagai panduan utama dalam memperkukuh usaha serantau ke arah ASEAN bebas jerebu rentas sempadan menjelang 2030





Lelaki ditahan lepaskan tembakan ketika upacara sembahyang kuil - SUN - 2/09 10:31 pm

SHAH ALAM : Polis menahan seorang lelaki berhubung kes melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya pada Ahad lepas





Serangan seksual: Hukuman penjara lapan tahun ejen hartanah kekal - Astroawani - 2/09 10:15 pm

Seorang ejen hartanah terpaksa menjalani hukuman penjara lapan tahun mulai hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya.





Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Forum Intelektual Diraja UTM - Astroawani - 2/09 10:00 pm

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Forum Intelektual Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di universiti berkenaan di sini hari ini.





Allianz Malaysia, pengamal media perkukuh kerjasama pintar - Sinarharian - 2/09 9:30 pm

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) meneruskan tradisi menghargai pengamal media apabila menganjurkan edisi ke-11 kejohanan tahunan Allianz Golf with Media 2025 di Saujana Golf and Country Club (SGCC) pada Selasa.Kejohanan yang menjadi antara satu-satunya acara golf media yang masih bertahan itu terus mendapat sambutan meriah dengan penyertaan seramai 66 pemain terdiri daripada wakil media tempatan, pengurusan kanan serta warga kerja Allianz Malaysia.Antara media yang mengambil bahagian termasuk Bernama, Berita Harian, Media Prima, Harian Metro, Oriental Daily, Nanyang Siang Pau, New Straits Times, Utusan Malaysia, Kosmo!, The Malaysian Reserve, Sin Chew, The Star, Astro, The Edge, Sinar Harian, RTM, TV3, Business Today, Golf Malaysia, MST Golf, Par Golf, Suara Merdeka, Sportswriters Association of Malaysia (SAM), Madani News, Cakap Sukan Online dan Al Jazeera.Turut menyertai kejohanan Ahli Lembaga Pengarah Allianz Malaysia, Thomas Wong Kok Leong; Ketua Pegawai Kewangan, Giulio Slavich; serta Ketua Pegawai Operasi, Andrew Sim.Giulio menegaskan, penganjuran kejohanan itu adalah bukti penghargaan Allianz Malaysia terhadap peranan media dalam menyampaikan maklumat tepat serta membina masyarakat yang berinformasi."Di Allianz Malaysia, kami amat menghargai kerja keras media dalam memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan pantas





ASEAN landasan jana ekonomi digital US$1 trilion menjelang 2030 - SUN - 2/09 9:05 pm

JOHOR BAHRU : ASEAN berada di landasan untuk menjana ekonomi digital bernilai US$1 trilion menjelang 2030, dipacu golongan belia, bakat serta permintaan pasaran





Mesyuarat susulan pindaan Akta 134 isu tanah Orang Asli esok - SUN - 2/09 8:52 pm

KUALA LUMPUR : Satu mesyuarat susulan bersama Pegawai Undang-Undang Negeri berhubung pindaan Akta 134 berkaitan isu tanah melibatkan masyarakat Orang Asli dijadualkan pada esok





Johor perlu terajui ekonomi industri kreatif sebagai peluang pertumbuhan - SUN - 2/09 8:43 pm

JOHOR BAHRU : Johor perlu merebut peluang untuk menjadi peneraju dalam Ekonomi Oren yang merangkumi industri kreatif dan kebudayaan seperti media, reka bentuk, teknologi dan seni





KK to celebrate Malaysia Day with fireworks extravaganza - BorneoPost - 2/09 8:40 pm

KOTA KINABALU (Sept 2): The 2025 State-Level Malaysia Day Celebration in Sabah, to be held at Padang Merdeka on September 16, is expected to be a lively event featuring various exciting programmes, with a fireworks display as the grand finale





Wanita ditahan dakwa ucap hasutan terhadap TYT Sabah di himpunan - SUN - 2/09 8:38 pm

TAWAU : Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah semasa berucap dalam Himpunan Solidariti Justice for Zara





Kerajaan tidak kompromi isu halal, hanya iktiraf sijil AS patuh piawaian Jakim - Sinarharian - 2/09 8:37 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berkompromi dalam isu standard halal tetapi memudah cara kemasukan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas ke Malaysia dengan mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi standard halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan, penawaran Malaysia lebih berbentuk memudah cara proses kemasukan import barangan AS ke Malaysia."Komitmen yang dipersetujui dalam rundingan ini secara langsung dapat memberi peluang kepada kerajaan untuk menilai semula dasar, proses serta prosedur yang lapuk, bertindih atau tidak relevan lagi supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan."Langkah-langkah penambahbaikan akan mempertingkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, produktiviti dan inovasi yang menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan destinasi pelaburan utama di rantau ini," menurut kementerian itu dalam jawapan Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.MITI menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Ramli mengenai perancangan kementerian dalam memastikan kepentingan Malaysia terpelihara dalam rundingan tarif dengan AS khususnya penglibatan bumiputera dan sektor halal.Kementerian itu turut memaklumkan semasa Sesi Penerangan mengenai Status Terkini Rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan AS di Dewan Rakyat pada 4 Ogos, 2025, menterinya mengulangi komitmen Malaysia untuk memudah cara perdagangan dan pelaburan dengan AS di samping memelihara kepentingan rakyat."Kerajaan tidak melonggarkan sebarang kawalan dan syarat yang akan menjejaskan hak rakyat dan kelangsungan industri tempatan dengan mempertahankan garis merah serta tidak menawar atau bersetuju sewenang-wenangnya dengan permintaan AS," jelas MITI.MITI sedang membuat tindakan susulan dengan pentadbiran AS berkenaan dengan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk memeterai dokumen perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua-dua negara kelak.Kementerian itu juga terus memantau perkembangan semasa dan pelaksanaan tarif timbal balas serta merangka strategi yang bersesuaian untuk mengurangkan impak kepada industri tempatan serta memastikan kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara





Visi transformasi TH kepada institusi pelaburan Islam dirujuk kepada PM - SUN - 2/09 8:36 pm

PUTRAJAYA : Visi transformasi Lembaga Tabung Haji daripada institusi simpanan patuh syariah kepada institusi pelaburan Islam akan dirujuk terlebih dahulu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim





MERCY Malaysia aktifkan bantuan mangsa gempa bumi Afghanistan - SUN - 2/09 8:34 pm

KUALA LUMPUR : MERCY Malaysia mengaktifkan Pasukan Penilaian Pantas bagi membantu mangsa gempa bumi bermagnitud 6.0 yang melanda timur Afghanistan pada Ahad lepas





Muhammad Rawi dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia baharu - Astroawani - 2/09 8:30 pm

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuat kuasa hari ini.





MCA gesa MoF semak gangguan sistem MyKasih - Sinarharian - 2/09 8:26 pm

SHAH ALAM - MCA menggesa Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) agar menjalankan semakan menyeluruh berhubung insiden gangguan terhadap sistem terminal MyKasih untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) baru-baru ini.Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, kementerian tersebut juga perlu mendedahkan punca sebenar kegagalan sistem berkenaan serta menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan agihan bantuan pada masa hadapan tidak menghadapi masalah yang sama."Dakwaan mengenai keadaan tidak dijangka turut menimbulkan kebimbangan serius





Inkues kes kematian Zara Qairina bermula esok di Mahkamah Koroner - SUN - 2/09 8:11 pm

KOTA KINABALU : Inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini





Kementerian Kewangan jamin penambahbaikan sistem SARA hadapi lonjakan - SUN - 2/09 8:10 pm

PUTRAJAYA : Kementerian Kewangan memberi jaminan penambahbaikan harian akan terus dilakukan bagi memastikan sistem pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mampu menampung peningkatan jumlah pengguna terutama pada cuti hujung minggu panjang dan menjelang sambutan Hari Malaysia





Bunuh bapa kandung, Mahkamah Rayuan perintah lelaki bela diri - Astroawani - 2/09 8:00 pm

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan seorang lelaki berusia 54 tahun daripada pertuduhan membunuh bapanya dengan alasan tidak siuman.





Wanita ditahan didakwa berucap berbaur hasutan di Himpunan Solidariti 'Justice For Zara' - Sinarharian - 2/09 7:05 pm

TAWAU - Polis hari ini menahan seorang wanita yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah semasa berucap pada Himpunan Solidariti Justice for Zara di sini, Ahad lepas.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan Batu 4, Jalan Apas, di sini bagi membantu siasatan."Polis sedang merakam percakapannya dan siasatan lanjut diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kegusaran masyarakat melalui ucapan, khususnya di tempat terbuka."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak tertentu," katanya.Semalam media melaporkan polis menerima tiga laporan berhubung perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998





Cemburu punca peniaga wanita maki hamun pengusaha pusat kecantikan - Sinarharian - 2/09 6:55 pm

AMPANG Rasa cemburu dan masalah peribadi dipercayai menjadi punca seorang peniaga wanita bertindak memarahi serta mengeluarkan kata kesat terhadap seorang pengusaha pusat kecantikan di Taman Dagang di sini pada 26 Ogos lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu berusia 58 tahun mendakwa suspek telah datang ke premisnya kira-kira jam 9.45 malam."Suspek yang merupakan peniaga di aras sama telah memarahi pengadu sambil menjerit dan mengeluarkan kata kesat hingga menimbulkan ketakutan kepada pelanggan yang berada di dalam kedainya, selain orang awam sekitar lokasi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Azam berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya berjaya menahan suspek berusia 46 tahun di kawasan Ampang pada jam 5 petang, Khamis lalu."Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau."Motif kejadian adalah masalah peribadi suspek dengan pengadu, suspek didakwa sering bercerita perkara buruk pada keluarga peniaga pusat kecantikan itu dan cemburu berkenaan perniagaan masing-masing," katanya.Beliau berkata, suspek direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis."Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955."Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut," ujarnya.





Visi transformasi TH kepada institusi pelaburan Islam dirujuk kepada PM - Mohd Na'im - Sinarharian - 2/09 6:48 pm

PUTRAJAYA - Visi transformasi Lembaga Tabung Haji (TH) daripada institusi simpanan patuh syariah kepada institusi pelaburan Islam akan dirujuk terlebih dahulu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, beliau akan meminta pihak pengurusan TH untuk memberikan taklimat sebelum beliau berjumpa Anwar."Saya sudah tentu akan mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri, pada asasnya kita akan dapatkan (nasihat dan pandangan)."Saya sendiri secara peribadi sebagai menteri akan sampaikan apa yang dimaksudkan ini kepada Perdana Menteri, dan Perdana Menteri sudah tentu prihatin tentang TH





SARA: MoF beri jaminan penambahbaikan sistem tampung lonjakan - Astroawani - 2/09 6:30 pm

MyKasih telah melaksanakan langkah menambah baik kapasiti sistem serta proses mengesan kerosakan setiap hari untuk mengatasi isu yang timbul.





Identiti dakwa banyak papan tanda premis perniagaan tak utama bahasa kebangsaan - Sinarharian - 2/09 6:30 pm

SEREMBAN - Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti) mendakwa terdapat banyak papan tanda premis perniagaan dan papan iklan tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.Pengerusinya, Islah Wahyudi Zainudin berkata, paling ketara apabila tulisan bahasa lain dilihat lebih besar daripada tulisan Rumi."Apa saja bahasa boleh digunakan, tetapi bahasa kebangsaan harus diberi keutamaan dan mesti bersaiz lebih besar daripada bahasa lain berdasarkan undang-undang yang ditetapkan."Namun malangnya hari ini saya tengok banyak pemilik premis perniagaan yang meletakkan papan tanda yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan terutama membabitkan penggunaan bahasa atau tulisan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Lebih mengecewakan ujarnya, keadaan itu dilihat sudah menjadi kebiasaan dan tindakan hanya akan diambil apabila adanya aduan atau sudah tular.Jelasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya memberi perhatian serius berhubung perkara itu kerana jika dibiarkan dibimbangi akan lebih berleluasa."Saya menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung 'pelacuran' bahasa Melayu ini dan ia lebih ketara di kawasan Kampung Baru Cina."Ada yang membina pintu gerbang sendiri masuk ke kawasan kampung mereka tanpa menggunakan bahasa kebangsaan yang memperlihatkan tiada langsung identiti negara kita," katanya.Beliau turut berpendapat penguatkuasaan yang lemah menyebabkan perkara itu terjadi, malah ada sesetengah pemilik yang mendakwa telah mendapat kebenaran daripada PBT untuk menggunakan bahasa lain.Selain itu, beliau mendapati turut menjadi kebiasaan untuk menamakan sesuatu tempat menggunakan bahasa Inggeris yang kononnya dianggap lebih komersial."Bahasa kebangsaan negara kita adalah bahasa Melayu? Kenapa kita nak malu menggunakannya? Kalau bukan kita nak memartabatkan bahasa kita siapa lagi?"Saya bukannya sengaja mahu mencari salah, tapi sejak tahun 2018 selepas pertukaran kerajaan, 'pelacuran' bahasa kebangsaan itu agak ketara," katanya.





Inkues kematian Zara bermula esok - FMT - 2/09 6:30 pm

Inkues 19 hari dijadualkan berlangsung hingga 30 Sept di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.





Lelaki didakwa bakar pasar raya cuba curi barangan di Kuching - SUN - 2/09 6:19 pm

KUCHING : Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membakar dua pasar raya berbeza dalam cubaan mencuri barangan





Mahkamah Tinggi ketepikan perintah koroner benarkan peguam sertai inkues - SUN - 2/09 6:07 pm

KOTA KINABALU : Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan perintah Koroner Azreena Aziz yang membenarkan peguam mewakili remaja tertuduh kes buli pelajar tingkatan satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir untuk mengambil bahagian dalam prosiding inkues kematian pelajar itu





Insentif cukai untuk galak majikan ambil warga emas bekerja - Amir Hamzah - Sinarharian - 2/09 6:03 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan melihat penglibatan warga emas dalam pasaran pekerjaan bukan sahaja penting dari sudut sosial tetapi turut memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, usaha menggalakkan pengambilan warga emas untuk bekerja dilaksanakan menerusi insentif cukai kepada majikan yang menggajikan pekerja berusia 60 tahun ke atas.Insentif berkenaan yang berkuat kuasa sejak 2019 dan dilanjutkan hingga tahun taksiran 2025 bertujuan memastikan golongan berkenaan mempunyai sumber pendapatan tetap."Pembayar cukai warga emas juga boleh menuntut pelbagai jenis pelepasan cukai pendapatan individu yang meliputi keseluruhan spektrum kehidupan seperti pelepasan diri dan jagaan tanggungan, pelepasan ke atas perbelanjaan berkaitan kesihatan dan rawatan perubatan, persaraan, insurans serta gaya hidup termasuk aktiviti sukan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Negara hari ini.Menurut beliau, kerajaan turut membangunkan rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang merangkumi aspek pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial, sekali gus mempersiapkan Malaysia menghadapi status negara tua.Amir Hamzah juga mendedahkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan sebanyak 42 peratus warga emas di negara ini hidup dalam keadaan kemiskinan relatif.Statistik ini, jelasnya, mencerminkan keperluan mendesak untuk memperkukuh struktur akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar lebih mampan dan responsif terhadap cabaran penuaan penduduk sekali gus memastikan simpanan persaraan yang lebih mencukupi dan berdaya tahan untuk tempoh jangka panjang.Dalam hal berkaitan, mengenai keperluan pilihan kepada pencarum bagi pembayaran pencen secara bulanan melalui KWSP, Amir Hamzah berkata, cadangan berstruktur baharu akan diwujudkan apabila ahli mencapai umur persaraan minimum.Jelasnya, simpanan ahli akan terbahagi kepada dua komponen utama iaitu simpanan fleksibel yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli dan simpanan pendapatan yang diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis.Pengenalan kepada mekanisme baharu ini, katanya, tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada kerana ia hanya terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaannya.Namun begitu, ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada struktur baharu ini secara sukarela."Bagaimanapun, cadangan ini sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli," katanya





Lelaki ditahan lepaskan tembakan ketika upacara sembahyang - Sinarharian - 2/09 5:53 pm

KUALA SELANGOR - Polis menahan seorang lelaki selepas tindakannya melepaskan beberapa das tembakan ke udara ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di Petaling Jaya pada jam 8 malam."Suspek berusia 55 tahun kini direman selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 petang Isnin selepas satu rakaman video memaparkan insiden tersebut tular di media sosial."Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 11.30 pagi ketika berlangsungnya upacara sembahyang tahunan di kuil berkenaan," jelasnya.Azaharudin berkata, polis masih meneruskan siasatan dan meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat."Orang awam boleh menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran," tegasnya.





Bakar tisu di pasar raya, pencuci kereta dipenjara 12 tahun - Sinarharian - 2/09 5:45 pm

KUCHING - Seorang pencuci kereta dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar bungkusan tisu dalam dua kejadian berasingan di dua pasar raya, di sini pada bulan lepas.Hakim, Musli Abdul Hamid menjatuhi Rizam Zawawi, 33, hukuman penjara lima tahun dan tujuh tahun, masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua, serta memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 25 Ogos lepas.Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan khianat menggunakan api dengan membakar tisu sehingga menyebabkan kerugian RM3,000 di sebuah pasar raya di Jalan Liu Shan Bang, Kota Sentosa, di sini pada jam 3 petang, 17 Ogos lepas.Dia juga didakwa melakukan perbuatan sama di sebuah pasar raya di Batu Kawa, di sini pada jam 8 malam, 21 Ogos lepas, menyebabkan kerugian RM1,072.60.Pendakwaan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan yang boleh dipenjara hingga 14 tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ruvinasini Pandian dan Umi Syukriah Harun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Menurut fakta kes, modus operandi tertuduh adalah dengan membakar tisu dan lampin pakai buang di premis berkenaan bagi mengalih perhatian pekerja dalam cubaan untuk mencuri barangan lain.Di sebuah premis, dia berjaya melarikan sekotak minuman berkarbonat dan perbuatan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang membawa kepada penahanannya





[Watch] Crypto Revenge: Ipoh Salon Bombed On Merdeka Day After Owner Reports Electricity Theft - Therakyatpost - 2/09 5:44 pm

Two men on motorcycles detonated a pyrotechnic flash bang grenade at the salon around 4:58 am, causing significant damage to the roller shutter and glass door.





'Ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini' - Isteri Faisal Halim - Sinarharian - 2/09 5:44 pm

ISTERI kepada pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya sekali gus mengesahkan berita bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai hari ini.Nur Syazwani memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya menjelaskan mengenai tindakannya memfailkan permohonan cerai tersebut."Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri





Dua ibu tunggal didakwa pecah amanah wang JMB lebih RM75,000 - Sinarharian - 2/09 4:35 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang tunai berjumlah lebih RM75,000 milik Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kondominium, tiga tahun lepas.Nurliyana Amirah Zulkifli, 34, dan Nuradila Razali, 38, masing-masing didakwa atas kapasiti mereka ketika itu sebagai pentadbir dan pembantu pentadbir yang diamanahkan untuk menguruskan harta serta kewangan syarikat melakukan pecah amanah dengan mengambil dan menggunakan wang tunai kutipan daripada penduduk berjumlah RM75,776.20.Wang tunai itu merupakan duit kutipan daripada penduduk yang diserahkan bagi tujuan penyelenggaraan, deposit keluar dan masuk rumah dan bil-bil yang sepatutnya diserahkan kepada pihak JMB kondominium terbabit.Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 17 Januari dan 17 Ogos 2022 di JMB berkenaan di Jalan Bemban, Off Jalan Ampang, dekat sini, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abdul Latip tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun jika mahkamah memberikan jaminan, pendakwaan mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud dan Anasuha Atiqah Mat Saidiyang mewakili Nurliyana dan Nuradila merayu jaminan rendah dengan alasan anak guam mereka ialah ibu tunggal yang menjadi penanggung utama keluarga serta menjaga anak-anak berusia antara setahun hingga 12 tahun.Hakim Azrul Darus membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri sebulan sekali hingga kes selesai selain menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes





Nelayan warga emas hilang: Operasi SAR diperluas guna helikopter Maritim - Sinarharian - 2/09 4:35 pm

TUMPAT Operasi mencari dan menyelamat nelayan warga emas yang hilang selepas keluar memancing di perairan Kelantan di sini sejak Ahad lalu diperluas dengan bantuan aset udara iaitu helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Selasa.Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, kawasan operasi yang kini memasuki hari ketiga meliputi 412.15 batu nautika persegi di perairan negeri ini."Pencarian digerakkan melalui aset laut dan udara milik Maritim Malaysia."Operasi dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta komuniti nelayan tempatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, bapa enam anak itu, Ahmad Hussin, 72, dipercayai keluar seorang diri menaiki bot persendirian dari Tanjung Kuala pada jam 7.30 pagi Ahad lalu untuk memancing, namun gagal pulang sehingga kini.Erwan Shah berkata, pihaknya juga mendapat bantuan daripada Royal Thai Marine Police yang turut sama mengesan kedudukan mangsa yang dikhuatiri lemas."Maritim Malaysia memandang serius kejadian ini dan usaha pencarian akan terus dipergiatkan dengan memperluaskan kawasan operasi dari semasa ke semasa," katanya.Orang ramai khususnya nelayan yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau menemui sebarang petunjuk diminta segera menghubungi talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam atau pusat operasi Maritim Malaysia terdekat.





Love for Malaysia expressed in children???s names - Sinchew - 2/09 4:33 pm

While most people express patriotism through flags, food, multiculturalism, or songs, this family has chosen a unique wayby naming their children to reflect their love for the nation





Pelaburan RM150 juta wang Felcra dalam Public Mutual diluluskan Menteri .. - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Pelaburan RM150 juta wang Felcra dalam Public Mutual diluluskan Menteri Kewangan II KUALA LUMPUR - Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, pelaburan RM150 juta wang Felcra bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad, diluluskan Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas melalui proses yang betul





DBKL tutup 2 pusat hiburan, 32 individu positif dadah dalam Ops TEBAH - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# DBKL tutup 2 pusat hiburan, 32 individu positif dadah dalam Ops TEBAH KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta dua pusat hiburan dalam Operasi Tindakan Bersepadu (Ops TEBAH) KL Strike Force yang dijalankan bersama pelbagai agensi penguat kuasa sekitar Kepong dan Bukit Bintang baru-baru ini





Lima individu termasuk tekong bot pukat jerut bilis ditahan - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Lima individu termasuk tekong bot pukat jerut bilis ditahan KUALA LUMPUR - Lima individu ditahan termasuk sebuah bot pukat jerut bilis yang beroperasi berhampiran daratan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu di peraiatan Kunak, Sabah semalam





Penyelidikan wajar diadaptasi bukan sekadar kertas akademik – Asyraf - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Penyelidikan wajar diadaptasi bukan sekadar kertas akademik - Asyraf KUALA LUMPUR - Penyelidikan tidak seharusnya kekal di atas kertas semata-mata sebaliknya perlu diterjemahkan menjadi solusi praktikal yang memberi manfaat terus kepada masyarakat





Maut direnjat elektrik masa baik pulih dewan sekolah - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Maut direnjat elektrik masa baik pulih dewan sekolah MUAR Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa membantu kerja-kerja baik pulih di sebuah dewan sekolah di Jalan Sayang di sini semalam





Jangan terburu-buru, SARA masih boleh guna dalam masa 4 bulan –... - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Jangan terburu-buru, SARA masih boleh guna dalam masa 4 bulan - Nie Ching KUALA LUMPUR - Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekali bayar sebanyak RM100 yang disalurkan menerusi kad pengenalan boleh digunakan sehingga 31 Disember ini





Suspek kes libat Sultan Perak ada rekod dadah, rawatan psikiatri –... - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Suspek kes libat Sultan Perak ada rekod dadah, rawatan psikiatri - KPN KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap wanita berusia 41 tahun yang 'mendekati' Sultan Perak baru-baru ini kini menjurus kepada isu penyalahgunaan dadah





41 lelaki ditahan bersama 406 unit senjata api tiruan - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# 41 lelaki ditahan bersama 406 unit senjata api tiruan KUANTAN - Polis berjaya merampas 406 unit pelbagai jenis senjata tiruan dan aksesori dalam serbuan di kawasan Padang Hangus, Gebeng di sini pada 31 Ogos lepas




Reformasi     >>



No easy solutions: did Indonesias Prabowo inherit a .. - Scmp
Indonesias wave of unrest has put President Prabowo Subianto under intense pressure less than a year into his term, as he grapples with deep-seated public anger and economic anxiety amid attempts to stop the deep rot in his sprawling political coalition. While frustration over inequality, elite ..
Kroni     >>



High Court removes teens lawyers from Zara inquest - Star
KOTA KINABALU: A Coroner's Court decision permitting the lawyers of five teenagers charged with bullying to participate as interested parties in the inquest concerning Zara Qairina Mahathir has been overturned by the High Court. Read full story
Tabloid     >>



Faisal Halim Akhirnya Beri Respon Ketika Ditanya Soal .. - Ohmedia
Faisal Halim akhirnya beri respon isu perceraian kepada pihak media. The post Faisal Halim Akhirnya Beri Respon Ketika Ditanya Soal Perceraian appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Google doesn't have to sell Chrome, judge in monopoly .. - Engadget
Google will not have to divest its Chrome browser but will have to change some of its business practices, a federal judge has ruled. The ruling comes more than a year after the same judge ruled that Google had acted illegally to maintain a monopoly in internet search. Following the ruling ..
World     >>



Afghan quake victims buried on mountain top as .. - BBC
The BBC's Yama Bariz travelled to a region devastated by the 6.0 magnitude earthquake.
Motor Trend     >>



Motosikal Modenas Zt150 Nama Baharu Bagi Supermoped .. - Mekanika
# MODENAS ZT150 NAMA BAHARU BAGI SUPERMOPED SULUNG, LANCAR DI MOTOGP MALAYSIA **Umum sedia maklum bahawa MODENAS bakal memperkenalkan motosikal supermoped pertama untuk pasaran tempatan.** Sebelum ini, kami telah pun melaporkan bahawa supermoped dari MODENAS itu akan menggunakan nama GT150. ..