| /// |
|
| Search : Hari Kebangsaan News | Page 1 |
|
Kerajaan perkemas kawal selia platform e-dagang, lindungi pengguna – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Kerajaan perkemas kawal selia platform e-dagang, lindungi pengguna - Fahmi PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan segera untuk memperkemas kawal selia platform e-dagang di negara ini susulan peningkatan aduan orang awam berhubung penjualan produk elektrik, elektronik serta isu status halal |
|
Jangan jadikan politik, kaum, agama alasan pecah-belahkan rakyat – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm Nilai sebenar kedua-duanya terletak pada kemampuan kita semua mempertahankan sebuah negara yang rakyatnya dapat hidup bersama dalam aman, saling menghormati dan bersatu padu, titah baginda. Jalur Gemilang akan dikibarkan di Tiang Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor mulai 26 Ogos hingga 17 September ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 |
|
Tidak waras, lelaki terlepas daripada perintah bela diri Tidak waras, .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Tidak waras, lelaki terlepas daripada perintah bela diri PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa seorang lelaki berusia 55 tahun yang sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bapanya atas alasan tidak waras tidak perlu dipanggil membela diri |
|
25 hektar kebakaran di Sebana Cove sudah dipadamkan setakat ini - Mygazette - 26/08 4:53 pm # 25 hektar kebakaran di Sebana Cove sudah dipadamkan setakat ini PENGERANG - Seluas 25 hektar atau separuh daripada keseluruhan 51.4 hektar tanah gambut yang terbakar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove di sini sudah dipadamkan setakat pukul 10 pagi tadi |
|
Hampir 2,000 aduan platform e-dagang diterima MCMC sejak 2025 – Fahmi - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Hampir 2,000 aduan platform e-dagang diterima MCMC sejak 2025 - Fahmi PUTRAJAYA - Sebanyak1,964 aduanberkaitan jualan produk di platform e-dagang serta isu berkaitan platform berkenaan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 1 Januari 2025 hingga 25 Ogos lalu |
|
Pelajar kolej maut motosikal ‘melekat’ rempuh ambulans?? - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Pelajar kolej maut motosikal 'melekat' rempuh ambulans JASIN Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah ambulans di simpang tiga lampu isyarat Ayer Merbau, di sini, pagi tadi |
|
‘Adik memang mahu balik ke kampung, tak sangka pulang sebagai .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # 'Adik memang mahu balik ke kampung, tak sangka pulang sebagai jenazah' KOTA TINGGI - Hasrat Pembantu Perubatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk menjaga ibunya yang uzur tidak kesampaian apabila terkorban dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini semalam |
|
Penemuan mayat dililit jaring: Peniaga didakwa miliki pistol tanpa .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Penemuan mayat dililit jaring: Peniaga didakwa miliki pistol tanpa kebenaran KLUANG - Seorang peniaga kenderaan terpakai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran sah, awal bulan ini |
|
Tutup lebuh raya untuk berlumba: 3 lagi direman hari ini - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Tutup lebuh raya untuk berlumba: 3 lagi direman hari ini KULAI - Tiga lelaki yang ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan susulan video tular menutup jalan, menahan kereta untuk berlumba motosikal di Lebuhraya Linkedua di sini, direman bermula hari ini |
|
Konsert di Melaka hadiah Ayda Jebat buat negeri kelahiran - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Konsert di Melaka hadiah Ayda Jebat buat negeri kelahiran MELAKA Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat berhasrat mengadakan konsert di Melaka sebagai hadiah istimewa kepada negeri kelahirannya serta para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya |
|
MCMC pastikan tiada masalah capaian semasa F1 di Sepang - Mygazette - 26/08 4:53 pm # MCMC pastikan tiada masalah capaian semasa F1 di Sepang PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan penganjur serta pemilik tapak bagi memastikan liputan telekomunikasi mencukupi menjelang penganjuran acara berskala besar di Sepang |
|
Polis rakam keterangan pegawai JIM, wanita isu hantaran tular UTC Pudu - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Polis rakam keterangan pegawai JIM, wanita isu hantaran tular UTC Pudu KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam percakapan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular mengenai dakwaan seorang individu dimalukan ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral, baru-baru ini |
|
Pemuda UMNO tekad pertahan Islam, martabat Melayu dan institusi diraja - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Pemuda UMNO tekad pertahan Islam, martabat Melayu dan institusi diraja KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan agama Islam, memartabatkan bangsa Melayu serta memelihara institusi Raja-Raja Melayu |
|
Siasatan kematian banduan di Penjara Marang sedang dijalankan - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Siasatan kematian banduan di Penjara Marang sedang dijalankan KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai dipukul beberapa banduan lain di Penjara Marang, Terengganu, Isnin lalu |
|
RCI TH: Nak dedah, dedah penuh, bukan separuh-separuh ??? Akmal Saleh - Mygazette - 26/08 4:53 pm # RCI TH: Nak dedah, dedah penuh, bukan separuh-separuh Akmal Saleh KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertahankan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu mengenai Lembaga Tabung Haji (TH)ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan institusi berkenaan |
|
Tindakan 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy direstu parti –... - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Tindakan 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy direstu parti - Faizal KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail |
|
Kos sara hidup punca kesuburan merosot, bukan sekadar isu pengasuh – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Kos sara hidup punca kesuburan merosot, bukan sekadar isu pengasuh - Wendy KUALA LUMPUR Kerajaan perlu menangani tekanan kos sara hidup, perumahan dan penjagaan anak yang menjadi antara faktor utama golongan dewasa muda semakin sukar membuat keputusan untuk berkahwin dan mempunyai anak, bukannya hanya menambah bilangan penjaga profesional |
|
Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada Muhyiddin KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tiada motif jahat terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan sumbangan wang RM4.8 juta kepada parti itu, lima tahun lalu |
|
Skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan mungkin diubah kerana jerebu .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan mungkin diubah kerana jerebu - Fahmi PUTRAJAYA - Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengubah skala atau lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini |
|
PRN Melaka: Fahmi enggan dedah perincian kerjasama PH-BN PRN Melaka: Fahmi .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # PRN Melaka: Fahmi enggan dedah perincian kerjasama PH-BN PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) mempunyai jadual dan garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil |
|
Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih ???tiang gol???... - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih tiang gol - AMK KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr |
|
Ahmad Zahid mahu Pemuda UMNO kekal relevan di hati generasi baharu - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Ahmad Zahid mahu Pemuda UMNO kekal relevan di hati generasi baharu KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pergerakan Pemuda UMNO terus kekal relevan dan mendapat tempat di hati generasi baharu dengan membuka ruang lebih luas kepada golongan muda untuk terlibat dalam perjuangan parti |
|
PRU-16: DAP tak perlu beri tekanan kepada Anwar, ikut saluran atau... - Mygazette - 26/08 4:53 pm # PRU-16: DAP tak perlu beri tekanan kepada Anwar, ikut saluran atau letak jawatan Penganalisis KUALA LUMPUR - DAP tidak sepatutnya memberi tekanan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan reformasi institusi, sebaliknya sebarang perbezaan pandangan perlu dibawa melalui saluran yang ditetapkan dalam kerajaan |
|
2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 - Mygazette - 26/08 4:53 pm # 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 KUANTAN Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Jasri Jamaludin (Kuala Sentul) dan Datuk Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar) menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 |
|
Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 GEORGE TOWN - Pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 selepas selesai menjalani reman selama seminggu bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dalam penjualan tanah milik kerajaan yang dipercayai menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta |
|
Ismail Sabri sah didakwa esok - Mygazette - 26/08 4:53 pm KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, jam 9 pagi esok |
|
PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang - Puad KUALA LUMPUR - Cadangan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menubuhkan badan khas untuk menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) serta gesaan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua didakwa hanya untuk melengahkan tindakan pihak berkuasa |
|
AG Autoworld Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan Konvoi Keluarga Merdeka AG Club - Siakapkeli - 26/08 4:52 pm AG Autoworld Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan Konvoi Keluarga Merdeka AG ClubSempena sambutan Bulan Kebangsaan, seramai 20 keluarga pemilik PROTON menyertai K... |
|
Skuad Kriket Kebangsaan Mahu Tebus Kekecewaan Dua Larian Di Sukan Asia - Ohmedia - 26/08 4:45 pm Skuad kriket kebangsaan mahu jadikan pengalaman Hangzhou sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh di Aichi-Nagoya 2026 |
|
Jururawat dirantai dan dikurung bekas suami - Kosmo - 26/08 4:41 pm BRASILIA – Pihak berkuasa Brazil berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dilaporkan hilang dalam keadaan mulut disumbat dan tubuhnya dirantai pada katil selepas bekas pasangannya didakwa menculik serta merogolnya, lapor halaman berita New York Post |
|
Ibu bersalin antara 6 ditahan, disyaki terlibat kes pemerdagangan bayi - Sinarharian - 26/08 4:29 pm KULIM - Polis menahan enam individu tempatan termasuk wanita yang disyaki mendaftar menggunakan dokumen pengenalan diri individu lain semasa melahirkan bayi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani pada Jumaat.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan sejurus melahirkan bayi lelaki di hospital terbabit bersama tiga wanita dan dua lelaki lain berusia antara 27 hingga 50 tahun.Menurutnya, kesemua suspek ditahan bagi siasatan kes membabitkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)."Siasatan awal mendapati modus operandi disyaki menggunakan ibu hamil tanpa nikah menggunakan identiti wanita lain bagi tujuan pendaftaran, pemeriksaan, rawatan kehamilan dan proses kelahiran di sebuah pusat bersalin swasta serta apabila didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."Jadi dalam enam orang suspek ini, salah seorang tawar pada wanita sebelum bersalin lagi.. |
|
Jerebu: Sambutan Hari Kebangsaan Tidak Dibatalkan, Skala Dan Lokasi Mungkin Diubah - Rotikaya - 26/08 4:26 pm Kerajaan memberi jaminan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini tidak akan dibatalkan susulan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara, namun skala penganjuran serta lokasinya mungkin diubah bergantung kepada perkembangan.. |
|
Tambah-Nilai GrabPay Wallet Menggunakan Kad Debit CIMB Kini Dikenakan Caj 1% - Amanz - 26/08 4:21 pm Hampir dua tahun lalu, tambah nilai GrabPay Wallet mengenakan caj 1% sekiranya menggunakan kad kredit |
|
Menara Berkembar PETRONAS Rai 27 Tahun Ikon Kebanggaan Negara - Siakapkeli - 26/08 4:12 pm Menara Berkembar PETRONAS Rai 27 Tahun Ikon Kebanggaan NegaraSambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa makna yang lebih istimewa buat rakyat Malaysia |
|
Ustaz Lah Didakwa 51 Pertuduhan Pecah Amanah, Pindah Wang Haram RM15.4 Juta - Beautifulnara - 26/08 4:08 pm Pendakwah bebas dan pempengaruh agama, Ustaz Abdullah Abdol Razak atau Ustaz Lah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 51 pertuduhan membabitkan pecah amanah dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemindahan wang hasil aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM15.4 juta |
|
Skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan mungkin berubah akibat jerebu - FMT - 26/08 4:07 pm Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata keputusan akan dibuat selepas ketua setiausaha negara berbincang dengan kementerian dan agensi berkaitan petang ini. |
|
Jerebu dan Hari Kebangsaan ke-69: Tunggu hasil perbincangan KSN bersama kementerian terlibat - Mypress - 26/08 4:06 pm PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengubah skala atau lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-69 susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil |
|
PAC setuju buka prosiding siasat Tabung Haji - Sinarharian - 26/08 4:01 pm SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH).Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu susulan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.Menurutnya, PAC menyifatkan pendedahan RCI berkenaan adalah amat serius dan boleh menghakis kepercayaan umat Islam di negara ini, sekiranya ia tidak ditangani dengan sewajarnya."Masih ada beberapa persoalan yang terus diperkatakan selepas Laporan RCI itu didedahkan dan kemudian dibahaskan di Dewan Rakyat dalam Sidang Khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026."Sebagai sebuah Jawatankuasa Pilihan di bawah Parlimen yang bipartisan, PAC mempunyai bidang kuasa jelas seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Am Bilangan 1 Organisasi-organisasi Kementerian Jabatan Perdana Menteri adalah menjadi tugas dan tanggungjawab PAC untuk memulakan prosiding berhubung isu ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Terdahulu beliau memaklumkan, cadangan mengenai penubuhan badan khas bagi meneliti pengurusan TH akan dibincangkan dalam mesyuarat PAC, hari ini.Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa kecuali Ahli Parlimen Seratok, Datuk Ali Biju.Dalam pada itu Mas Ermieyati menjelaskan, prosiding itu bukan bertujuan mengulangi siasatan RCI yang telah dijalankan secara menyeluruh, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada status serta kemajuan sebenar pelaksanaan syor-syor RCI, selaras dengan fungsi teras jawatankuasa berkenaan.Justeru menurutnya, tajuk, Terma Rujukan (TOR) dan senarai saksi berhubung prosiding TH masih belum ditetapkan buat masa ini dan jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat khas bagi tujuan berkenaan."Bagi memastikan siasatan prosiding berhubung TH dilakukan secara komprehensif, telus dan berakauntabiliti, PAC akan menggunakan dokumen-dokumen seperti Laporan RCI, Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Audit Firma Audit PwC sebagai rujukan dalam prosiding ini."PAC komited untuk menjalankan siasatan ini secara telus dan adil demi memastikan akauntabiliti berterusan pengurusan wang awam dan mengembalikan keyakinan penuh pendeposit terhadap TH," jelasnya.Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menegaskan, PAC mempunyai pengalaman dalam menyiasat isu-isu besar dan sensitif antaranya Prosiding 1MDB pada tahun 2016, Prosiding Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 Bilion (2019) dan Prosiding Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (2022).Malah beliau berkata, prosiding PAC berhubung perolehan LCS dimulakan selepas jawatankuasa berkenaan menerima laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) pada tahun 2019. |
|
Ismail Sabri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Sinarharian - 26/08 3:47 pm KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esokdi bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshadyang mewakili Ismail Sabri, 66, ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkananak guamnya akan hadir ke mahkamah esok.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Ismail Sabri akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.Ahli Parlimen Bera itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta.Ismail Sabri sepatutnyadidakwa di mahkamah pada 7 Ogos, namun prosiding ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.Suzana menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ke tarikh berkenaan (27 Ogos) selepas Amer Hamzah memohon penangguhan berikutan Ismail Sabri mengalami kemungkinan degupan jantung tidak sekata (possible arrhythmia) dan dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker procedure).Amer Hamzah berkata, anak guamnya mengalami masalah jantung ketika rakaman percakapan dengan SPRM pada 6 Ogos lepas.Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuatnya kepada SPRM.SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabatdipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025 |
|
Jerebu: Sambutan Hari Kebangsaan 2026 mungkin diubah skala atau lokasi - Kosmo - 26/08 3:36 pm PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengubah skala atau lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan termasuk di pusat pentadbiran negara ketika ini |
|
Burger King Malaysia Raikan Merdeka Dengan Signature Whopper Pada Harga RM6.90 - Siakapkeli - 26/08 3:33 pm Burger King Malaysia Raikan Merdeka Dengan Signature Whopper Pada Harga RM6.90Sempena Hari Merdeka ini, Burger King Malaysia meraikan rakyat Malaysia dengan sal... |
|
Kes tikam pelajar di sekolah: Perbicaraan bela diri remaja selesai - Sinarharian - 26/08 3:29 pm SHAH ALAM Perbicaraan kes bela diri seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu, selesai di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.Hakim, Adlin Abdul Majid memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan balas pada 3 September, manakala hujahan lisan ditetapkan pada 8 September.Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam, Kitson Foong berkata, prosiding bela diri terhadap remaja berkenaan selesai selepas dua saksi termasuk tertuduh hadir memberi keterangan."Selain remaja berkenaan, seorang lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan ialah Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony," katanya.Sebelum ini, prosiding pendakwaan dan pembelaan berlangsung selama 10 hari bermula 3 Ogos lalu.Pada 16 Januari, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu bahawa laporan psikiatri mengesahkan remaja terbabit layak dibicarakan.Remaja itu yang ketika kejadian berusia 14 tahun dan merupakan pelajar Tingkatan Satu kelas peralihan, didakwa membunuh rakan sekolahnya antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan kerana pertuduhan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun.Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul Izzati Mohamad.Sementara itu, pihak pembelaan turut diwakili peguam, Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei. |
|
Penjara 30 tahun, 12 sebatan kerana bunuh lelaki enam tahun lalu - Sinarharian - 26/08 3:28 pm MUAR - Seorang bekas pekerja kedai telefon bimbit dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki menggunakan besi dalam pergaduhan, enam tahun lalu.Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan di akhir pembelaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Lim Yew Lung, 32.Ketika membaca keputusan ringkas ketika akhir pembelaan, Meor Hashimi berhujah, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mempertimbangkan hujahan bertulis dan lisan daripada pihak pendakwaan serta pembelaan."Mahkamah turut mempertimbangkan dan membuat penilaian maksimum terhadap keterangan dan kredibiliti saksi-saksi pembelaan (SP) iaitu tertuduh (selaku SP1), SP2 dan SP3 mengikut kehendak 182 (a) Seksyen Kanun Prosedur Jenayah."Mahkamah berpuas hati melalui pembelaan tertuduh dan SP2 serta SP3, gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan."Pembelaan tertuduh, SP2 dan SP3 tidak boleh dipercayai atau tidak diterima oleh mahkamah ini |
|
Ibu terkilan tidak sempat jawab panggilan video terakhir anak maut dalam kebakaran - Sinarharian - 26/08 3:26 pm KUALA NERUS - Seorang ibu tidak menyangka panggilan video yang diterima petang semalam merupakan panggilan terakhir daripada anak lelakinya yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Tok Jembal di sini, awal pagi Rabu.Siti Nasuha Mohd, 32, berkata, anaknya, Rehan Yusuf Amirul Fahmi, 9, diletakkan di bawah jagaan bekas suami, Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, yang turut terkorban dalam kejadian itu, selepas beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan."Memang setiap malam kami akan berbual melalui panggilan video, biasanya sehingga 10 malam |
|
Samsung Malaysia Mengemaskini Harga Jualan Galaxy A57 Dan Galaxy A37 Berkuat-kuasa 7 September 2026 - Amanz - 26/08 3:19 pm Samsung Malaysia hari ini mengumumkan pengemaskinian harga jualan untuk dua telefon pintar terbaru mereka, Galaxy A57 dan juga Galaxy S37, berkuat-kuasa 7 September 2026 kelak |
|
Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 - Sinarharian - 26/08 3:18 pm GEORGE TOWN Pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 selepas selesai menjalani tempoh reman berhubung siasatan dakwaan salah guna kuasa membabitkan urusan tanah milik agensi kerajaan.Lelaki berusia 53 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 1 petang Rabu selepas melengkapkan tempoh lanjutan reman selama seminggu yang diberikan Mahkamah Majistret di sini.Beliau dibebaskan dengan seorang penjamin selain memberikan jaminan secara lisan.Peguam, Dr Shamsher Singh Thind berkata, anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dijalankan."Anak guam saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat."Beliau bersedia membantu siasatan sekiranya diperlukan," katanya ketika dihubungi.Pada Isnin, Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid membenarkan lanjutan reman selama tiga hari terhadap lelaki berkenaan dan seorang lagi lelaki bergelar Datuk berusia 40-an yang juga seorang pemaju.SPRM sebelum itu memohon lanjutan reman selama empat hari namun mahkamah membenarkan tiga hari dan kedua-duanya dijangka dibebaskan hari ini.Kedua-dua suspek sebelum itu direman selama empat hari bermula Jumaat lalu.Sementara itu, tiga lagi individu yang sebelum ini direman termasuk adik lelaki pengerusi terbabit, adik iparnya dan seorang lagi pemaju telah dibebaskan dengan jaminan.Siasatan SPRM itu dipercayai berkaitan dakwaan salah guna kedudukan membabitkan urusan penjualan tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015.Menurut Shamsher sebelum ini, permohonan reman dibuat susulan kebimbangan anak guamnya boleh mengganggu saksi serta dokumen berkaitan siasatan."Alasan reman adalah perkara biasa kerana beliau pengerusi dan mereka tidak mahu beliau mengganggu saksi lain, selain terdapat banyak dokumen yang perlu diteliti," katanya selepas prosiding pada Isnin.Sebelum ini, SPRM menahan lima individu termasuk pengerusi agensi kerajaan berkenaan yang disyaki menyalahgunakan kedudukan ketika menjadi Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan tanah kepada sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sekutunya.Urus niaga berkenaan dipercayai dilakukan pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.Empat lagi individu yang ditahan sebelum ini terdiri daripada seorang lagi pengarah syarikat, pengurus teknikal dan seorang kerani wanita.Kesemua mereka ditahan secara berperingkat di pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman.Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. |
|
Tutup lebuh raya demi lumba haram: Tiga lagi individu direman - Sinarharian - 26/08 3:15 pm KULAI - Tiga individu yang ditahan di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung video tular aksi menutup jalan awam dan berlumba motosikal di Lebuhraya Linkedua, direman di Mahkamah Majistret Kulai pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, seorang daripada suspek direman selama empat hari, manakala dua lagi direman sehari."Majistret R Salini membenarkan permohonan reman yang dibuat ke atas tiga suspek yang ditahan awal pagi Rabu."Seorang direman empat hari sehingga Sabtu ini, manakala dua lagi hanya direman satu hari," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, perintah reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 41 tahun dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Pada 23 Ogos lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, lapan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 45 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu ditahan pada jam 11.54 pagi, Ahad lalu.Kesemua suspek, termasuk seorang pempengaruh permotoran, kemudian direman empat hari oleh Mahkamah Kulai pada Isnin bagi membantu siasatan.Dengan penahanan tiga lagi individu hari ini, jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini meningkat kepada 11 orang.Sebelum ini, video berdurasi 33 saat yang tular di media sosial memaparkan aksi dua penunggang motosikal berlumba haram di lebuh raya berkenaan kira-kira jam 7 pagi.Kejadian dipercayai berlaku dari Kilometer 33 susur Tol Senai hingga Kilometer 31 susur Johor Premium Outlet (JPO).Rakaman itu turut menunjukkan beberapa individu menutup laluan lebuh raya bagi memberi ruang kepada perlumbaan berkenaan.Mereka kemudian dilihat membakar mercun bagi meraikan tamat perlumbaan, manakala beberapa individu termasuk pempengaruh berkenaan berada di bahu jalan selepas perlumbaan itu berakhir. |
|
'Janji' Singkap Makna Perjuangan Di Sebalik Kemerdekaan - Siakapkeli - 26/08 3:13 pm Sempena bulan kemerdekaan, TV Commercial (TVC)JANJI : TV Commercial (TVC) Khas Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026.Menampilkan bakat luar biasa; lakonan Am... |
|
888 Tea & Coffee angkat teh tarik simbol perpaduan menerusi 'Bersama Kita Tertarik' - Sinarharian - 26/08 2:57 pm SHAH ALAM - Teh tarik bukan sekadar minuman, sebaliknya menjadi sebahagian daripada budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia yang mampu menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.Berteraskan semangat itu, 888 Tea & Coffee menampilkan Bersama Kita Tertarik, sebuah kolaborasi lagu dan video muzik sempena sambutan Hari Merdeka 2026 yang meraikan identiti masyarakat majmuk, warisan budaya serta semangat perpaduan negara.Dengan sokongan Tourism Malaysia, inisiatif berkenaan mengetengahkan teh tarik sebagai sebahagian daripada pengalaman budaya yang mencerminkan kepelbagaian cara hidup rakyat Malaysia.Daripada gerai mamak dan kopitiam hinggalah ke majlis serta pertemuan keluarga, teh tarik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat tempatan, termasuk sebagai medium memulakan perbualan, menjalinkan persahabatan dan mencipta kenangan bersama.Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, 888 Tea & Coffee turut berhasrat memperkenalkan tradisi ikonik berkenaan kepada pelancong antarabangsa, selain mengetengahkan budaya dan keramahan rakyat menerusi pengalaman menikmati secawan teh tarik.888 Tea & Coffee bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik dalam menjayakan inisiatif itu, sekali gus membawa cita rasa Malaysia ke mata dunia serta memberi inspirasi kepada pelancong untuk mengenali kemesraan, kepelbagaian dan keunikan warisan budaya negara.Kajian mengenai pelancongan kulinari di Malaysia turut menunjukkan penyediaan dan pengalaman menikmati teh tarik, khususnya teknik 'menarik' yang unik serta interaksi sosial yang mengiringinya, mampu mewujudkan pengalaman bermakna antara masyarakat tempatan dan pelancong.Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia berkata, teh tarik sudah menjadi sebahagian daripada jiwa dan gaya hidup rakyat Malaysia."Daripada restoran kejiranan dan kopitiam hinggalah ke rumah, teh tarik menyatukan masyarakat merentasi komuniti dan generasi."Minuman ini telah melangkaui peranannya daripada sekadar minuman, malah menjadi cerminan warisan kulinari, kepelbagaian budaya dan keramahan masyarakat Malaysia," katanya.Beliau berkata, cita rasa unik serta nilai budaya yang sinonim dengan teh tarik menjadikannya satu pengalaman istimewa di Malaysia yang boleh dikongsi bersama pelancong dari seluruh dunia.Katanya, pengalaman berkenaan sekali gus memperkukuh daya tarikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan gastronomi terkemuka di peringkat global, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.Sementara itu, Pengarah Eksekutif 888 Tea & Coffee, Alvin Ang See Ming berkata, sebagai jenama tempatan Malaysia yang bermula sebagai pengeluar dan pedagang teh yang diwarisi secara turun-temurun, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip dan tradisi yang menyatukan masyarakat."Kami percaya bahawa minuman bukan sekadar untuk dinikmati, malah merupakan sebahagian daripada budaya, kenangan dan detik-detik yang kita boleh kongsikan bersama."Melalui lagu Bersama Kita Tertarik, kami ingin meraikan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dan mengetengahkan bagaimana satu tradisi ringkas seperti menikmati secawan teh tarik mampu mendekatkan kita tanpa mengira latar belakang," katanya.Lebih daripada sekadar lagu, "Bersama Kita Tertarik" turut mengimbau kenangan yang dikongsi rakyat Malaysia, selain meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi menerusi muzik serta penceritaan.Video muzik itu menghimpunkan tiga artis tempatan terkemuka, iaitu Alif Satar & The Locos, Danny Koo dan Kidd Santhe, yang membawa identiti, gaya muzik serta latar budaya tersendiri dalam satu kolaborasi yang melambangkan keharmonian masyarakat Malaysia.Kolaborasi itu turut menunjukkan bahawa walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang, mereka tetap berkongsi tradisi dan pengalaman yang menjadi asas dalam membentuk sebuah negara yang bersatu.Dilancarkan menjelang Hari Merdeka pada 31 Ogos 2026, lagu berkenaan menjadi peringatan bermakna untuk rakyat sama-sama meraikan semangat Hari Kebangsaan yang merangkumi perpaduan, saling menghormati serta kepelbagaian masyarakat dengan identiti dan keunikan tersendiri.Seiring tayangan perdana video muzik itu, 888 Tea & Coffee turut melancarkan 888 Teh Tarik Malaysia, yang menawarkan cita rasa dan pengalaman teh tarik asli menerusi format lebih mudah dinikmati mengikut gaya hidup masa kini.Produk berkenaan dihasilkan menggunakan formulasi istimewa berasaskan ekstrak teh premium dan tanpa pewarna tiruan, selain menawarkan tekstur lembut serta aroma yang sinonim dengan teh tarik tradisional.Ia membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Ditubuhkan pada 1942, 888 Tea & Coffee berkembang daripada perniagaan teh kepada pengeluar dan pembekal pelbagai produk makanan dan minuman, termasuk teh segera, kopi, bijirin sarapan dan minuman coklat malt. |
|
888 Tea & Coffee Lancar 'Bersama Kita Tertarik' Sempena Merdeka - Siakapkeli - 26/08 2:54 pm Sempena sambutan Hari Merdeka 2026, jenama kegemaran ramai888 Tea & Coffeedengan bangganya melancarkanBersama Kita Tertarik, sebuah kolabo... |
|
Setuju dengan Akmal, dedah semuanya termasuk hal tak selesa untuk Umno - Wrlr - 26/08 2:42 pm SITI NUR ZAWANI August 26, 2026 Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin menyelar respon terbaru Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang mempertahankan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu mengenai Tabung Haji (TH) ditubuhkan |
|
Bapa, anak sulung maut berpelukan dalam kebakaran, tinggalkan bayi baru lahir - Sinarharian - 26/08 2:31 pm KUALA NERUS - Lelaki yang maut bersama anak sulungnya dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Tok Jembal, di sini pada awal pagi Rabu, meninggalkan isteri dan bayi yang baru dilahirkan.Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, dan anaknya, Rehan Yusuf Amirul Fahmi, 9, ditemukan meninggal dunia di ruang atas kediaman tersebut.Isteri mangsa, Nur Izzah Ahmad, 36, yang baru melahirkan anak kedua mereka berusia tiga bulan, tidak dapat menahan sebak menceritakan perancangan arwah suaminya yang berhasrat berpindah ke rumah ibunya sebaik sahaja habis tempoh berpantang.Menurut Nur Izzah, arwah suaminya sempat bermalam di rumah ibunya di Kampung Paloh sebelum pulang ke kediaman mereka di Tok Jembal bersama anak sulung pada petang Selasa."Arwah suami ada beri pesanan terakhir supaya saya mengambil cuti pada Rabu kerana anak kedua kurang sihat."Arwah minta saya mohon cuti hari ini kerana Raees kurang sihat |
|
Jurutera UniSZA didakwa perdaya lima kontraktor - Sinarharian - 26/08 2:05 pm KUALA TERENGGANU Seorang jurutera awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lima pertuduhan memperdayakan lima kontraktor membabitkan jumlah keseluruhan RM18,198, sekitar tahun 2023 hingga 2024.Tertuduh, Mohd Nizam Mohd, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan lima kontraktor dengan mendorong mereka menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan pembelian peralatan, bayaran perkhidmatan serta sumbangan program atau kelab UniSZA.Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui bahawa wang itu bukan digunakan bagi tujuan berkenaan, sebaliknya secara tidak jujur mendorong kesemua mangsa memindahkan wang berjumlah RM18,198 ke dalam akaun bank milik isterinya.Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport, melaporkan diri di Pejabat SPRM Terengganu tidak lewat daripada 5 hari bulan setiap bulan, serta dilarang berkomunikasi dengan mana-mana saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali bersama Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Raihan Mohd Yusof dan Fatiha Abdul Shatar, manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin daripada firma Wan Shahrizal, Hari & Co. |
|
Pempengaruh Ustaz Lah dituduh pecah amanah, pengubahan wang haram lebih .. - Hmetro - 26/08 1:49 pm Seremban: Pendakwah yang juga pempengaruh agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 34 pertuduhan pecah amanah wang milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM15.4 juta |
|
Inkues Zara Qairina: 'Adakah saya tidak cukup adil?' soal Koroner sebelum tinggalkan kamar - Sinarharian - 26/08 1:27 pm KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir ditangguhkan kira-kira 50 minit selepas Koroner Amir Shah Amir Hassan meninggalkan kamar mahkamah susulan suasana tegang ketika prosiding hari ini.Situasi berkenaan tercetus ketika peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang daripada remaja didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina menyoal Pakar Perunding Psikiatri, Dr Wong Haw Huo, saksi ke-75 dalam inkues berkenaan.Ram beberapa kali meminta Haw Huomemberikan jawapan secara langsung terhadap soalannya termasuk mengenai punca pelajar 13 tahun itu terjatuh dan sama ada remaja berkenaan bersendirian sebelum kejadian.Datuk Rizwandean M Borhan yang mewakili ibu Zara Qairina kemudian menyatakan bahawa cara Ram menyoalHaw Huo agak "keras".Ram kemudian menjawab: "Tuan, jangan gunakan perkataan "keras" terhadap saya |
|
Huawei Mate XT 2 Bakal Diperkenalkan Pada 7 September 2026 - Amanz - 26/08 1:15 pm Huawei dilihat cuba mencuri perhatian melalui pengenalan telefon lipat terbaharu, Mate XT 2 yang dijadualkan tiba pada 7 September 2026 di China |
|
Sambut Ulang Tahun Ke-35, Munchy’s Sumbang RM500K Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia - Murai - 26/08 1:07 pm Jenama makanan ringan tempatan, Munchys Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dengan menyumbang produk bernilai RM500,000 sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 |
|
Pencuri tabung masjid akhirnya dicekup - Sinarharian - 26/08 12:44 am KOTA BHARU Polis Kelantan menumpaskan aktiviti mencuri tabung masjid di sekitar Pasir Mas selepas menahan seorang lelaki pada Isnin.Suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Dangar pada jam kira-kira 7.30 malam.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil serbuan itu polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha Avantiz, topi keledar, anak kunci motosikal, pakaian, wang tunai RM40 dan spanar besi."Polis turut merampas tiga tabung duit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kecurian berkenaan."Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dadah dan dua rekod jenayah, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, tangkapan suspek membolehkan polis menyelesaikan tiga kes curi tabung masjid yang berlaku di Pasir Mas dengan anggaran kerugian keseluruhan RM3,000.Ujarnya, suspek direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya."Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan," katanya. |
|
Kes samun dua kedai emas masih dalam siasatan - Polis - Sinarharian - 26/08 12:33 am KUANTAN Polis masih menjalankan siasatan berhubung dua kes samun kedai emas di Genting Highlands dan Taman Pandan Damai di sini membabitkan kerugian dianggarkan hampir RM2 juta baru-baru ini.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan ketika ini memberi tumpuan kepada rakaman percakapan serta keterangan saksi yang berada di lokasi kejadianMenurutnya, kes masih dalam siasatan dan pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat terbaharu yang diperoleh."Setakat ini tiada mana-mana pihak tampil menyalurkan maklumat baharu kepada polis berkaitan kejadian terbabit," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pencegahan Jenayah sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pahang 2026 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini pada Rabu.Sebelum ini Pahang digemparkan dengan dua kes samun kedai emas dalam tempoh empat hari melibatkan kerugian hampir RM2 juta.Kes samun di Genting Highlands berlaku pada 17 Ogos lalu melibatkan tiga lelaki melarikan 81 barang kemas seberat kira-kira 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 jutaSementara itu, pada 21 Ogos lalu, empat lelaki bersenjata menyamun barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai di sini.Sebelum ini, polis memaklumkan siasatan awal mendapati kedua-dua kejadian terbabit tidak mempunyai kaitan dan melibatkan suspek berbeza.Polis turut meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan kedai emas sebagai langkah pencegahan susulan kedua-dua kejadian berkenaan.Azry sebelum ini memaklumkan polis masih memburu suspek bagi kedua-dua kes tersebut. |
|
2 lelaki dijel 3 hari saling cabar, berlumba di jalan - FMT - 26/08 12:28 am Sunardi Mardeka yang mengaku bersalah tiada lesen memandu turut didenda RM500 atau penjara tiga hari. |
|
Hasrat pembantu perubatan pindah ke kampung jaga ibu uzur tidak kesampaian - Sinarharian - 26/08 12:17 am KOTA TINGGI - Hasrat seorang anak bongsu untuk berpindah ke kampung halaman bagi menjaga ibunya yang uzur tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 80, Jalan Johor Bahru - Mersing, kira-kira jam 5 petang pada Selasa.Muhamad Amin Mukhtar, 35, yang bekerja sebagai pembantu perubatan Hospital Sultan Ismail, (HSI) Johor Bahru dan memandu Honda City itu maut ketika dalam perjalanan pulang dari Setiu, Terengganu ke Johor Bahru.Kakaknya, Rohana Mukhtar, 54, berkata, adiknya itu pulang ke kampung bagi menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan menyatakan hasrat untuk berpindah ke Terengganu bagi menjaga ibu yang berusia 70 tahun serta menguruskan perniagaan inap desa milik keluarganya.ARTIKEL BERKAITAN:Identiti tiga mangsa maut kemalangan di Kota Tinggi dikenal pasti"Adik saya sudah tujuh tahun bertugas di HSI dan baru-baru ini ada menyatakan untuk mohon berpindah ke Terengganu kerana hendak menjaga ibu serta uruskan perniagaan inap desa memandangkan dia juga ada sebuah rumah yang dijadikan inap desa."Sebelum ini, ada juga kami tanyakan dia untuk berpindah ke Terengganu tetapi dia belum bersedia namun tiba-tiba dia bertukar fikiran selepas melihat keadaan ibu yang uzur dan ada sakit darah tinggi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi pada Rabu.Bercerita mengenai perubahan pada adiknya, Muhamad Amin dikenali sebagai seorang yang ceria tetapi kali ini lebih banyak diam dan tidak bermain telefon bimbit seperti kebiasaannya.Muhamad Amin juga sempat meminta maaf dengan rakan sekerjanya ketika hendak pulang ke Terengganu pada minggu lalu.Menurutnya, khabar duka itu diterima keluarganya kira-kira jam 6.30 petang pada Selasa daripada kenalan mangsa sebelum disahkan polis."Kami tidak sangka semalam hari terakhir berjumpa dengannya dan niat baiknya untuk berpindah menjaga ibu tidak kesampaian," katanya.Sementara itu, ibu kepada penumpang perempuan yang maut dalam Toyota Vios, Siti Aishah Hamdan, 43, berkata, Nur Fatin Nabilah Yusrishahrun, 20, merupakan anak tunggalnya dan tinggal bersama datuk serta neneknya di Felda Tenggaroh 1, sejak kecil."Allahyarham mengirimkan pesanan melalui Whatsapp yang dirinya teringin makan coklat dan saya berjanji hendak membelikannya apabila berjumpa hujung bulan nanti namun tak kesampaian," katanya.Menurut Siti Aishah, kawan lelakinya itu ada meminta izin dengan nenek untuk membawa Nur Fatin Nabilah keluar bersiar-siar.Bapa saudara kepada pemandu Toyota Vios, Mohd Saat Nawawi pula berkata, kali terakhir dia berjumpa Muhamad Shuhairil Soraiya,21, adalah pada hari raya haji lalu."Muhamad Shuhairil bertugas di Kem Iskandar, Mersing selepas tamat latihan."Dia memang ikut jejak langkah ayahnya yang merupakan pesara tentera dan kakak serta abangnya juga masih berkhidmat sebagai tentera," katanya.Jenazah Muhamad Amin akan dikebumikan di Setiu, Terengganu, manakala Nur Fatin Nabilah di Felda Tenggaroh 1 dan Muhamad Shuhairil Soraiya disemadikan di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 80, Jalan Johor Bahru - Mersing, jam 5.25 petang pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan kereta Toyota Vios berkenaan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Honda City itu.Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
“Dah macam drama crime thriller” – 4 M*yat Ditemui, Polis Jeju Didakwa Tutup 200 Kes Orang Hilang - Lobakmerah - 26/08 11:47 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa! - Murai - 26/08 11:45 am Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa |
|
Guru Kafa ditemui selepas hilang lima hari - Sinarharian - 26/08 11:45 am GEORGE TOWN Seorang guru Kafa yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui di Kampung Bukit Payong, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah awal pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, Mohamad Hijazi Zamri, 26, ditemui pasukan polis di sebuah rumah di kampung berkenaan hasil tindakan dan siasatan lanjut.Menurutnya, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal."Mohamad Hijazi sebelum ini dilaporkan keluar dari rumahnya di Lilitan Sungai Ara pada kira-kira jam 8.40 malam, 22 Ogos lalu dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna biru."Dia kemudiannya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak keluarganya."Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu usaha mengesan lelaki berkenaan sehingga berjaya ditemui."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian ini," katanya.Sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan Mohamad Hijazi dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.Mohamad Hijazi yang juga guru KAFA dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Sungai Ara di sini pada 22 Ogos lalu.Polis menerima laporan berhubung kehilangan lelaki terbabit yang dibuat bapanya pada 23 Ogos lalu.Hasil siasatan mendapati Mohamad Hijazi meminta izin daripada ibunya untuk ke Surau Al-Muttaqin, Lilitan Sungai Ara dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna biru bernombor pendaftaran PQG275.Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi ahli keluarganya. |
|
Syarikat jualan kereta kena 'scam' - Sinarharian - 26/08 11:37 am KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat jualan kereta di sini kerugian RM452,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada Isnin lepas, kerani kewangan syarikat berkenaan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pemilik syarikat.Beliau berkata, suspek mengarahkan wanita berusia 50 tahun itu supaya mengemukakan baki akaun dan membuat tiga pindahan wang berjumlah RM452,000 ke tiga akaun berbeza pada hari yang sama."Bagaimanapun sehari selepas itu, suspek mengarahkan mangsa membuat tambahan pindahan wang sebanyak RM235,000 ke satu akaun lain."Mangsa yang hairan dan curiga kerana permintaan transaksi yang banyak bertindak menghubungi pemilik syarikat melalui telefon untuk mengesahkan perkara tersebut, namun dinafikan," katanya.Azli berkata, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 11.19 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Bernama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |