///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Hari Kebangsaan News   Page 1    





Polis kesan sekumpulan lelaki bakar mercun di Seksyen U14 Shah Alam - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Polis kesan sekumpulan lelaki bakar mercun di Seksyen U14 Shah Alam KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah, Seksyen U14 di Shah Alam, Selangor





Hari Kebangsaan: PM ajak rakyat berdoa agar jerebu terkawal Hari .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Hari Kebangsaan: PM ajak rakyat berdoa agar jerebu terkawal CYBERJAYA - Seluruh rakyat diajak mendoakan agar keadaan jerebu di negara ini dapat terkawal bagi membolehkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berlangsung dengan baik





Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman esok Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan mereka dijangka direman esok





KPM arah hentikan aktiviti luar jika IPU melebihi 100 - Mygazette - 27/08 7:58 am

# KPM arah hentikan aktiviti luar jika IPU melebihi 100 KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di bawahnya menghentikan serta-merta segala aktiviti luar bilik darjah, termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan, terutama di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100





PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sempena Hari Kebangsaan, cuti sekolah PLUS .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sempena Hari Kebangsaan, cuti sekolah KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti persekolahan akan datang





Pekerja universiti perlu dilibatkan dalam proses Akta Pendidikan Tinggi .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Pekerja universiti perlu dilibatkan dalam proses Akta Pendidikan Tinggi Tunggal KUALA LUMPUR Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) mahu pekerja universiti awam (UA) turut dilibatkan dalam proses pembentukan Akta Pendidikan Tinggi Tunggal (OHEA)susulan cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)





Henti budaya selesa, negara akan rugi dan musnah – PM - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Henti budaya selesa, negara akan rugi dan musnah - PM CYBERJAYA - Budaya selesa patut dihentikan kerana amalan tersebut hanya membawa kerugian kepada negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim





JAS, MPP diminta segera siasat dakwaan pencemaran sungai di Taman Desaru... - Mygazette - 27/08 7:58 am

# JAS, MPP diminta segera siasat dakwaan pencemaran sungai di Taman Desaru Utama KOTA TINGGI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) perlu melakukan siasatan segera berhubung dakwaan berlaku pencemaran sungai di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar di sini hari ini





Kes UTC Pudu Sentral: Polis rakam keterangan wanita, pegawai Imigresen - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Kes UTC Pudu Sentral: Polis rakam keterangan wanita, pegawai Imigresen KUALA LUMPUR - Wanita yang tular susulan hantarannya berhubung pengalaman ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen di UTC Pudu Sentral telah dirakam keterangan, Isnin lalu





Program Pasar PATUH 2026 di lapan lokasi perkukuh agenda pematuhan peniaga - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Program Pasar PATUH 2026 di lapan lokasi perkukuh agenda pematuhan peniaga MERSING - Program Pasar PATUH 2026 di negeri ini akan melibatkan lapan lokasi dalam usaha memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan perlindungan pengguna





Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi Banjir di Nepal: .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi KUALA LUMPUR - 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, Nepal dilaporkan terputus hubungan dengan agensi pelancongan mereka susulan banjir besar di Nepal





PAC akan mulakan prosiding siasat TH dari 2014 hingga 2020 ???... - Mygazette - 27/08 7:58 am

# PAC akan mulakan prosiding siasat TH dari 2014 hingga 2020 Mas Ermieyati KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH)





Dengar jiran menjerit, dipukul, buat laporan – Hui Ying - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Dengar jiran menjerit, dipukul, buat laporan - Hui Ying GEORGE TOWN - Jiran digesa segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlaku keganasan rumah tangga di kediaman berdekatan, tanpa menganggapnya sebagai masalah peribadi keluarga terbabit





Guru KAFA ditemui di Kedah selepas hilang lima hari - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Guru KAFA ditemui di Kedah selepas hilang lima hari BAYAN LEPAS - Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan selamat di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, hari ini





Enam individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pemerdagangan bayi - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Enam individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pemerdagangan bayi KULIM - Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita berusia 24 tahun yang baharu melahirkan anak disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan bayi di Sungai Petani





Mahkamah Tinggi arah Zamil, Mukhlis bayar RM483,000 kepada Ustaz Husam - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Mahkamah Tinggi arah Zamil, Mukhlis bayar RM483,000 kepada Ustaz Husam KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas Ahmad Husam Baderudin memenangi saman fitnah terhadap Datuk Zamil Ibrahim dan bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak, Mukhlis Maghribi





Tengku Puteri Seri Kemala mangkat, Kerabat Diraja Pahang kehilangan besar .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Tengku Puteri Seri Kemala mangkat, Kerabat Diraja Pahang kehilangan besar KUANTAN Kerabat Diraja Pahang diselubungi suasana hiba susulan kemangkatan Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Dato Sri Setia Aishah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, malam tadi





PKBM perkenal Liga Super BMX Racing ganti siri YSD - Sinarharian - 27/08 7:45 am

PERSEKUTUAN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memperkenalkan Liga Super BMX Racing bagi memastikan kesinambungan pembangunan sukan BMX Racing negara selepas Yayasan Sime Darby (YSD) memutuskan untuk menamatkan kerjasama dan penganjuran YSD Track Series serta BMX YSD 2026.Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, dua pusingan pertama liga berkenaan dijadual berlangsung pada 28 dan 29 November ini, manakala program berkenaan akan diperluaskan pada 2027.Beliau berkata, keputusan YSD itu sememangnya sesuatu yang mendukacitakan, namun PKBM tetap menghargai sumbangan yayasan berkenaan terhadap pembangunan sukan berbasikal negara selama ini."Walau sebesar mana sekalipun sumbangan sesuatu pihak, rasa hormat antara semua pemegang taruh serta penghormatan terhadap badan induk kebangsaan adalah asas kepada hubungan kerja yang profesional dan mampan," katanya dalam satu kenyataan.Amarjit berkata, isu yang membawa kepada keputusan berkenaan hanya dimaklumkan kepada PKBM pada penghujung Mac lalu, sebelum pihaknya mendapatkan penjelasan lanjut dan memberi ruang secukupnya untuk perkara itu diselesaikan."Bagaimanapun, pembangunan atlet akan terus berjalan





341 atlet UKM persiap cabaran SUKIPT 2026 - Sinarharian - 26/08 11:45 pm

BANGI - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempertaruhkan 341 atlet untuk memberi saingan sengit pada Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Ke-7 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) dari 28 Ogos hingga 6 September ini.Keseluruhan kontinjen UKM terdiri daripada 417 anggota termasuk 76 pegawai, dengan sasaran untuk memburu kejayaan dan mengharumkan nama universiti dalam kejohanan sukan institusi pengajian tinggi berkenaan.Membawa slogan 'Atlet Hebat UKM Hebat!, kontinjen itu menerima amanah berkenaan menerusi Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UKM yang berlangsung baru-baru ini.Ketua Kontinjen UKM merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Profesor Ts Dr Norinsan Kamil Othman berkata, penyertaan 417 warga universiti itu mencerminkan komitmen UKM dalam membentuk sahsiah mahasiswa menerusi bidang sukan.Menurutnya, penyertaan dalam SUKIPT bukan sekadar untuk bertanding, sebaliknya menjadi medan membuktikan daya saing dan kecemerlangan atlet UKM di peringkat kebangsaan."Penyertaan ini bukan sekadar satu simbolik pertandingan, sebaliknya memikul amanah seluruh warga universiti untuk kita membuktikan daya saing dan kecemerlangan atlet UKM di peringkat kebangsaan."Saya menyeru seluruh atlet dan pegawai agar memberikan aksi terbaik, kekalkan tahap disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi, dan berjuanglah demi membawa pulang kejayaan buat UKM di bawah panji 'Atlet Hebat UKM Hebat!," katanya.Dalam pada itu, persiapan kontinjen UKM turut diperkasakan menerusi sokongan Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM).Majlis penyerahan bendera berkenaan turut dihadiri Pengarah Pusat Sukan UKM selaku Timbalan Ketua Kontinjen, Dr Nur Shakila Mazalan; Ketua Sekretariat Kontinjen UKM, Suhaimi Suliman; Presiden Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM), Muhammad Haikal Hamidi serta pegawai kanan Pusat Sukan UKM.





Berilah ruang kepada kerajaan laksana, pinda AUKU - Anwar - Sinarharian - 26/08 11:21 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap seluruh warga mahasiswa dan pihak berkepentingan, dapat memberi kepercayaan kepada langkah-langkah penambahbaikan komprehensif yang sedang direncanakan kerajaan, pada masa ini.Beliau berkata, semua pihak perlumemberikan ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan pindaan atau memansuhkanAkta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) secara menyeluruh, bagi kebebasan mahasiswa.Anwar berkata, beliau secara peribadi konsisten menentang akta berkenaan sejak dahulu lagi dan menegaskan komitmen kerajaan ketika ini, adalah untuk membawa perubahan yang komprehensif demi kebaikan mahasiswa serta institusi pengajian tinggi."Berilah ruang, saya dah lama lawan akta ini (AUKU)





Lelaki ditemukan mati dalam bilik sewa - Sinarharian - 26/08 10:00 pm

LABUAN - Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan mati di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di sepanjang Jalan OKK Abdullah di sini pada Rabu, dengan pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah ditemukan.Ketua Polis Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata, mangsa yang dikenali sebagai Tan Boon Tai dari Kampung Sabanoil, Papar, Sabah, dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada lima hari.Beliau berkata, pihak polis menerima panggilan pada jam 4.55 petang dan mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, serta terdapat bau busuk yang kuat dari dalam bilik berkenaan."Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk memecahkan pintu dan lelaki itu ditemukan terbaring di atas tilam dalam keadaan sudah mereput."Pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah mendapati tiada sebarang elemen jenayah di tempat kejadian," katanya kepada Bernama malam ini.Wan Mohd Firdaus berkata, barangan peribadi mangsa berada dalam keadaan baik, bilik tersebut dalam keadaan kemas dan tiga papan ubat yang dipercayai milik mangsa turut ditemukan."Tiada saksi melihatnya dan kejadian ini disedari selepas orang ramai mengesan bau busuk itu





Padah berlumba, pandu secara zig-zag, dua lelaki dipenjara tiga hari - Sinarharian - 26/08 9:30 pm

TAWAU - Tindakan dua lelaki melakukan aksi berbahaya dengan berlumba di Jalan Apas membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Tertuduh, Sunardi Mardeka, 21, dan Ruslimin Alie, 53, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa mengambil bahagian dalam perlumbaan atau ujian kelajuan tanpa kebenaran pada jam 6.22 pagi, 22 Jun lalu, membabitkan laluan antara Batu 6 hingga Batu 8, Jalan Apas.Mereka didakwa mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, Sunardi yang memandu Perodua Bezza dalam perjalanan dari Batu 2 menuju Batu 15, Jalan Apas.Ketika tiba di Batu 5, Jalan Apas, sebuah Honda Civic dipandu Ruslimin berada di hadapannya sebelum kenderaan itu beberapa kali memecut dan menekan pedal minyak dengan kuat.Tindakan itu menarik perhatian Sunardi sebelum kedua-dua pemandu saling mencabar dan tidak mahu mengalah antara satu sama lain.Kedua-dua kenderaan kemudian memecut dan saling mengejar sambil memintas kenderaan lain secara zig-zag dan berbahaya sehingga ke Batu 13, Jalan Apas.Aksi berkenaan dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain dalam video berdurasi kira-kira 20 saat sebelum tular di laman Facebook Sabah Worst Drivers pada hari sama.Rakaman itu menunjukkan kedua-dua kenderaan bergerak dalam keadaan yang konsisten dengan aksi menduga kelajuan dan saling mengejar di jalan awam, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.Selain hukuman berkenaan, Sunardi yang tidak memiliki lesen memandu turut didenda RM500 atau penjara tiga hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987.Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintenden Joan Lee manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.





Dua individu ditemukan meninggal dunia dalam kereta - Sinarharian - 26/08 9:06 pm

KUALA LUMPUR - Dua individu, masing-masing seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan wanita tempatan berusia 43 tahun, ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan awam berhadapan Super Seven, Vista Valley, di Semenyih,pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten KomisionerNaazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.54 petang mengenai penemuan kedua-dua mangsa di tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Hyundai Atos berwarna hijau."Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan umpilan pada kenderaan berkenaan, selain tiada kecederaan atau tanda-tanda jelas yang menunjukkan unsur jenayah pada kedua-dua mangsa."Siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa merupakan kenalan dan telah dilaporkan tidak dapat dihubungi serta tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muaz Mazlan di talian 017-9788804 bagi membantu siasatan





Malaysia perlu pelajari pengalaman China perkasa sektor agromakanan - Mohamad - Sinarharian - 26/08 8:52 pm

KUALA LUMPUR -Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman China dalam memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan menerusi penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti serta pembangunan kawasan luar bandar yang dirancang secara tersusun dan berterusan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus memperkukuh sektor agromakanan negara dengan mengambil pendekatan bersesuaian berdasarkan pengalaman negara lain, tanpa mengabaikan kepentingan pemain industri tempatan."China menunjukkan bagaimana sektor pertanian boleh diperkasakan melalui penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti, pembangunan kawasan luar bandar serta perancangan yang tersusun dan berterusan."Kita perlu berani belajar daripada pengalaman negara lain, mengambil pendekatan yang sesuai dengan keperluan kita, dan pada masa yang sama terus memperkasakan petani, pesawah, penternak serta nelayan tempatan," katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.Mohamad berkata, perkara itu dikongsikannya dalam mesyuarat Kabinet hari ini,susulan lawatan beliau ke China bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan Makanan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-11 di Hangzhou, baru-baru ini.Padamasa sama, beliau berkata, kerjasama dengan negara lain juga perlu terus diperkukuhbagi memastikan rantaian bekalan makanan serantau kekal kukuh dan stabil."Matlamat akhirnya tetap sama, iaitu memastikan makanan rakyat cukup, bekalannya terjamin dan negara mempunyai sistem makanan yang lebih berdaya tahan untuk menghadapi cabaran masa hadapan," katanya





Pemandu lori edar ganja, mahkamah kekalkan hukuman penjara seumur hidup - Sinarharian - 26/08 8:48 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu mengekalkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang pemandu lori kerana mengedar 845 gram ganja, lapan tahun lepas.Panel tiga hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak rayuan, M Mugunthan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan.Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai yang mewakili pihak pendakwaan mengesahkan keputusan itu kepada Bernama.Dalam keputusan sebulat suara itu, hakim mendapati Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang dapatan yang bercanggah mengenai pengetahuan Mugunthan mengenai dadah berkenaan, selain penjagaan dan kawalan terhadap dadah itu telah dibuktikan melalui keterangan afirmatif.Beliau berkata, hakim berkenaan turut berpendapat dapatan yang dibuat oleh mahkamah lebih rendah adalah selaras dan disokong oleh keterangan, serta tidak terdapat sebarang kesilapan atau salah arah yang memerlukan campur tangan mahkamah.Pada 16 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi mendapati Mugunthan, 46, bersalah atas kesalahan mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 12 sebatan.Beliau diperintahkan menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu 10 April 2018.Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Jalan Lengkuas, Shah Alam, Selangor pada jam 4.35 petang, 10 April 2018.Mahkamah Tinggi turut mendapati Mugunthan bersalah atas dua pertuduhan memiliki 1.02 gram methamphetamine dan 35.96 gram ganja





2.2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya PLUS - Sinarharian - 26/08 8:27 pm

PETALING JAYA - Sekitar 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti persekolahan yang bakal tiba.PLUS dalam kenyataan memaklumkan, kesesakan trafik dijangka meningkat bagi tempoh 28 Ogos hingga 31 Ogos serta 4 September hingga 7 September berikutan ramai pengguna mengambil peluang memanfaatkan cuti umum dan cuti sekolah untuk membuat perjalanan."Bagi melancarkan pergerakan, PLUS menggalakkan pengguna merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual digital MyPLUS-TTA (Travel Time Advisory) menerusi Aplikasi PLUS."Pematuhan kepada jadual yang disusun berdasarkan pola trafik terdahulu itu mampu membantu mengagihkan trafik dan mengurangkan tumpuan kenderaan pada waktu puncak," menurut kenyataan itu pada Selasa.Aplikasi PLUS turut menawarkan maklumat trafik masa nyata, bantuan kecemasan (SOS), maklumat insiden, anggaran kadar tol, lokasi Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) serta maklumat perkhidmatan lebuh raya lain.Sebagai persediaan menghadapi peningkatan kenderaan, PLUS akan menambah petugas di plaza tol dan R&R, meningkatkan rondaan PLUSRonda serta memantau trafik secara berterusan melalui Pusat Pemantauan Trafik (Traffic Monitoring Centre).Selain itu, Smart Lane akan diaktifkan di 33 lokasi terpilih bagi mengurangkan kesesakan.Pengguna dinasihatkan peka dengan papan tanda Smart Lane, mengurangkan kelajuan ketika melewatinya serta dilarang menggunakan laluan kecemasan di luar lokasi pengaktifan bagi mengelakkan tindakan undang-undangPLUS turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani dengan pantas.Dari segi kemudahan, PLUS meningkatkan penyelenggaraan kemudahan awam di R&R serta hentian sebelah dengan mengutamakan aspek kebersihan dan keselesaan, termasuk penambahbaikan surau dan tandas.Sebelum memulakan perjalanan, pengguna diingatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta baki kad Touch n Go atau eWallet (RFID) mencukupi, di samping pautan kad pembayaran aplikasi JustGO kekal aktif."Sekiranya berlaku masalah transaksi, pengguna boleh menekan butang interkom di lorong tol untuk bantuan."Pengguna juga digesa mematuhi had laju, mengekalkan jarak pemanduan selamat, berhemah, mengelakkan penggunaan telefon bimbit serta berehat di R&R jika memandu jarak jauh," kata kenyataan itu.Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 atau menyemak maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi PLUS dan platform media sosial rasmi PLUS.





Adun PH perlu pulang peruntukan diterima sehari sebelum DUN N Sembilan bubar - FMT - 26/08 7:38 pm

Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berkata keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini susulan isu kelulusan peruntukan terbabit dibangkitkan dalam sidang khas DUN baru-baru ini.





Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik 5 sen - Sinarharian - 26/08 7:37 pm

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik antara 5 sen seliter bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September ini.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bagi tempoh berkenaan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.30 seliter berbanding RM4.25 seliter, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.82 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.72 seliter berbanding RM4.67 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter."Kerajaan Madani menanggung subsidi RM1.83 seliter bagi pengguna layak di bawah BUDI95 bersamaan dengan sekitar 48 peratus daripada harga RM1.99 seliter dibayar di pam."Bagi BUDI Diesel, subsidi ditanggung adalah RM2.62 seliter atau 56 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut MOF, sekatan trafik di Selat Hormuz yang berterusan terus mengekang bekalan minyak dunia."Selepas 179 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, sekitar 290 juta daripada 400 juta tong minyak yang dipersetujui untuk dilepaskan daripada simpanan kecemasan negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah disalurkan ke pasaran setakat Julai 2026."Gangguan terhadap kapasiti penapisan di Asia Barat dan Rusia terus mengurangkan bekalan produk petroleum bertapis sekali gus memberi tekanan lebih ketara terhadap harga diesel berbanding petrol," ujarnya lagi.Kementerian itu memberi jaminan Kerajaan Madani akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar bagi pengguna yang layak.





RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan - Sinarharian - 26/08 7:10 pm

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an tersebut ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.Laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.





Jerebu: KKM tingkat kesiapsiagaan pasukan hadapi peningkatan kes kesihatan - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 26/08 6:56 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan melipatgandakan persediaan pasukan, pemantauan dan keperluan fasiliti kesihatan dalam menangani peningkatan kes kesihatan susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesiapsiagaan itu antara lain memberi penumpuanterhadap peningkatan mendadak kes-kes kesihatan seperti asma dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI), susulan kualiti udara yang tidak baik."Hal ini penting kerana laporan terkini menunjukkan kira-kira 30 kawasan telah merekodkan bacaan Indeks PencemarUdara (IPU) tidak sihat di dalam negara





Doakan sambutan Hari Kebangsaan berjalan lancar - PM - Sinarharian - 26/08 6:56 pm

CYBERJAYA -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohonrakyat Malaysia untuk mendoakan supayakeadaan jerebu terkawal menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 Septemberdepan.Beliau berkata, ketika ini segala persiapan membabitkan jentera kerajaan sedang giat dilaksanakan untuk menyambut dua acara tahunan itu."Kita doakan ke hadrat ALLAH Subhanahuwataala mudah-mudahan jerebu lebih terkawal supaya sambutan boleh diadakan," kata beliauketika berucap merasmikan majlis peluncuran sambutan ulang tahun ke-80 Telekom Malaysia Bhd (TM) di sini pada Rabu.Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Terdahulu, Fahmi dalam sidang media mingguan berkata, Shamsul Azri akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan padasambutan Hari Kebangsaan 2026, susulan situasi jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, antara pilihan yangdipertimbangkan ialah mengubah skala sambutan atau lokasi, sertakerajaan tidak bercadang membatalkan sambutan Hari Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini





SJPP angkat budaya kepoh sempena Hari Kebangsaan - Sinarharian - 26/08 6:40 pm

SHAH ALAM - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) melancarkan kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Kisah Kepoh Bisnes, bagi mengangkat budaya kepoh dari sudut berbeza sebagai tanda keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan rakyat Malaysia.Kempen bertemakan Malaysia Kita, Impian Bersama itu mengetengahkan kisah seorang usahawan muda, Aishah yang dilakonkan Aishah Azman, dalam mengharungi cabaran mengembangkan perniagaan inap desanya.Pegawai Utama SJPP, Juanita Rusmini Abdul Jalil berkata, Kisah Kepoh Bisnes meraikan cara unik rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan mengambil tahu, melibatkan diri dan menyokong impian antara satu sama lain."Di SJPP, kami percaya kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya bergantung kepada pembiayaan semata-mata, tetapi turut didorong oleh kepercayaan dan sokongan daripada orang di sekeliling kita."Menerusi Kisah Kepoh Bisnes, kami mahu meraikan satu sifat unik rakyat Malaysia yang mencerminkan semangat untuk sentiasa mengambil berat antara satu sama lain, di samping memperkukuh komitmen SJPP dalam membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan untuk merealisasikan aspirasi mereka," katanya.Menurutnya, tema Malaysia Kita, Impian Bersama membawa kepercayaan bahawa apabila rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan komuniti saling berganding bahu, lebih banyak peluang dapat diwujudkan, selain membantu membina perniagaan lebih kukuh dan masa depan lebih cerah.Kempen berkenaan tercetus daripada pemerhatian terhadap budaya rakyat Malaysia yang sering dikenali dengan sifat kepoh.Walaupun lazimnya dikaitkan dengan sikap ingin tahu, SJPP mengangkat sifat itu daripada sudut berbeza sebagai cara rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan mengambil tahu mengenai orang di sekeliling, meraikan kejayaan dan bersedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.Juanita berkata, tema Malaysia Kita, Impian Bersama menjadi nadi kepada kempen berkenaan yang mengingatkan bahawa setiap impian akan menjadi lebih bermakna apabila ada insan yang percaya dan memberi sokongan sepanjang perjalanan."Kami berharap Kisah Kepoh Bisnes dapat membuka mata kita kepada tindakan kecil yang sebenarnya membawa makna besar, daripada bertanya khabar hinggalah menghulurkan bantuan."Semoga ia turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong antara satu sama lain dalam membina sebuah negara yang lebih kukuh, bersatu dan inklusif, di mana masyarakat berbilang kaum terus saling membantu dan bersama-sama melangkah ke hadapan," katanya.Kempen berkenaan berlangsung sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, bermula dengan pelancaran filem kempen pada 14 Ogos 2026.Beberapa peraduan media sosial turut dianjurkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkongsi kisah mengenai sokongan dan keprihatinan, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah.Menerusi filem Kisah Kepoh Bisnes, Aishah digambarkan sebagai seorang usahawan muda yang mengusahakan sebuah inap desa kecil yang berkembang lebih pantas daripada jangkaannya.Dalam mengembangkan perniagaan, dia berdepan pelbagai cabaran termasuk tempahan bertindih, masalah sistem, pelanggan yang kecewa dan nasihat keluarga yang tidak putus-putus.Keadaan itu turut diserikan dengan gelagat dua jirannya yang terkenal dengan sifat kepoh dan sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan perniagaannya.Bagaimanapun, apabila Aishah hampir terpedaya dengan tawaran pembiayaan perniagaan tidak sah daripada penipu, dua jiran berkenaan tampil membantu dengan memperkenalkannya kepada SJPP serta sokongan yang tersedia menerusi skim jaminan pembiayaan.Filem itu turut mengetengahkan kepentingan mendapatkan pembiayaan daripada saluran yang dipercayai, selain memperkenalkan peranan SJPP dalam memudah cara akses pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia menerusi jaminan pembiayaan Kerajaan melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian.Maklumat lanjut mengenai filem Kisah Kepoh Bisnes boleh ditonton menerusi platform YouTube dan TikTok SJPP.





PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena Hari Kebangsaan, cuti sekolah - Sinarharian - 26/08 6:23 pm

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik mencecah 2.2 juta kenderaan di lebuh raya kendaliannya pada hari-hari puncak sepanjang 28 hingga 31 Ogos serta 4 hingga 7 September sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti persekolahan.Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi Aplikasi PLUS bagi membantu mengagihkan aliran trafik dan mengurangkan tumpuan kenderaan pada waktu puncak."Aplikasi PLUS juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat trafik secara masa nyata, bantuan kecemasan (SOS), maklumat insiden, anggaran kadar tol, lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) serta maklumat perkhidmatan lebuh raya lain bagi memudahkan perancangan sebelum dan sepanjang perjalanan," menurut PLUS dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, PLUS berkata, pihaknya meningkatkan persediaan dengan menambah petugas di plaza tol dan kawasan R&R, mempertingkat rondaan PLUSRonda serta memantau keadaan trafik secara berterusan menerusi Pusat Pemantauan Trafik.PLUS juga akan mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi terpilih bagi membantu melancarkan trafik di kawasan yang dikenal pasti berpotensi mengalami kesesakan.Pengguna dinasihatkan supaya peka terhadap papan tanda Smart Lane dan mengurangkan kelajuan ketika menggunakan laluan itu, selain tidak menggunakan laluan kecemasan di luar lokasi pengaktifan Smart Lane bagi mengelakkan tindakan undang-undang.PLUS turut akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang insiden di lebuh raya dapat ditangani dengan segera.Bagi menghadapi peningkatan jumlah pengguna, kerja penyelenggaraan kemudahan awam di kawasan R&R dan hentian turut dipertingkat dengan memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan keselesaan, termasuk surau dan tandas.PLUS turut menasihatkan pengguna memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, selain memastikan baki kad Touch n Go atau e-dompet mencukupi dan pautan kad pembayaran pada aplikasi JustGO kekal aktif.Pengguna lebuh raya yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PLUSLine di 180088-0000, manakala maklumat trafik terkini boleh diakses melalui Aplikasi PLUS dan platform media sosial rasmi PLUS dari semasa ke semasa





Mahkamah arah Zamil, Mukhlis bayar RM483,000 kepada Ustaz Husam - Sinarharian - 26/08 6:13 pm

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Datuk Zamil Ibrahim dan bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak, Mukhlis Maghribi membayar RM483,000 kepada pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam.Perintah itu dibuat selepas mahkamah membenarkan keseluruhan tuntutan Ahmad Husam dalam saman terhadap kedua-dua individu berkenaan berkaitan dakwaan ugutan dan fitnah.Peguam Ahmad Husam, Muhammad Asyraf Abd Aziz daripada firma Zain Megat & Murad mengesahkan keputusan itu yang diputuskan Hakim, Datuk Mohd Aimi Zaini dalam prosiding pada Rabu.Menurutnya, mahkamah mendapati wujud unsur ugutan dan fitnah terhadap anak guamnya."Mahkamah mengarahkan Zamil dan Mukhlis membayar ganti rugi serta kos berjumlah RM483,000."Mereka juga diarahkan menarik balik hantaran di media sosial yang didakwa memfitnah Ustaz Husam sebelum ini."Dalam tempoh 14 hari, mereka perlu memohon maaf kepada Ustaz Husam," katanya.Sebelum ini, Zamil dan Mukhlis didakwa terbabit dalam konspirasi untuk mendapatkan sejumlah wang secara salah selain melakukan perbuatan fitnah terhadap Ahmad Husam.Sementara itu, Ahmad Husam berkata, perjalanan mendapatkan keadilan menerusi kes berkenaan bukan sesuatu yang mudah, namun beliau percaya kebenaran akhirnya akan terserlah."Saya percaya bahawa kebenaran mungkin mengambil masa untuk terserlah, tetapi dengan izin ALLAH SWT, kebenaran tetap akan menemukan jalannya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga, sahabat serta semua pihak yang memberikan doa, sokongan dan kata-kata semangat sepanjang melalui proses perundangan berkenaan.Ahmad Husam turut menzahirkan penghargaan kepada Muhammad Asyraf atas usaha dan komitmen dalam mengendalikan kes tersebut."Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa syukur dan rendah hati."Semoga ALLAH SWT menjadikan segala ujian, kesabaran dan kepayahan yang telah dilalui sebagai asbab kepada kebaikan yang lebih besar, serta memberikan keadilan kepada setiap insan yang dizalimi," katanya.





Bedah siasat kesan lelaki maut akibat parah terkena objek tumpul - Sinarharian - 26/08 5:03 pm

KULIM - Lelaki yang ditemui mati di ladang kelapa sawit dekat Sungai Division, Sungai Petani pada Ahad dikesan mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala disyaki berpunca dari objek tumpul.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Isnin membolehkan polis mengklasifikasikan kes sebagai kejadian bunuh."Mayat ini satu lelaki 30-an, tanpa identiti, dijumpai dalam keadaan tanpa pakaian, pada mulanya tidak ada kecederaan fizikal, tak ada kesan tetak, darah, semua tak ada, kita buka kes mati mengejut."Hari berikutnya, hasil bedah siasat dilakukan mendapati kesan kecederaan pada belakang kepala, iaitu blunt force trauma due to kecederaan oleh pukulan objek tumpul jadi ekoran kecederaan ni kita rumuskan sebagai satu kejadian bunuh," katanya.Beliau berkata demikian kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemukan maut di Kampung Sungai Division di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit pada jam kira-kira 6.55 petang.Adzli berkata, motif kejadian berpunca dipercayai dari pergaduhan di mana di mati dikatakan mencuri barang milik salah seorang rakan."Polis kemudian menahan empat lelaki tempatan berusia 26 hingga 37 tahun yang mempunyai rekod kesalahan lampu jenayah dan dadah."Setakat ini, identiti masih belum dapat dikenal pasti namun satu keluarga tampil...kita masih menyemak dan membuat pengesahan sebelum membenarkan pengurusan jenazah dilakukan," katanya.Jelasnya, kesemua tangkapan direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





1,000 Jalur Gemilang diagih di Meru sempena bulan kebangsaan - FMT - 26/08 4:59 pm

Program anjuran Persatuan Yakinkan Eratkan Sahabatkan Selangor dengan kerjasama Polis Klang Utara bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme masyarakat setempat.





Pelajar kolej maut motosikal ‘melekat’ rempuh ambulans?? - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Pelajar kolej maut motosikal 'melekat' rempuh ambulans JASIN Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah ambulans di simpang tiga lampu isyarat Ayer Merbau, di sini, pagi tadi





MCMC pastikan tiada masalah capaian semasa F1 di Sepang - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# MCMC pastikan tiada masalah capaian semasa F1 di Sepang PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan penganjur serta pemilik tapak bagi memastikan liputan telekomunikasi mencukupi menjelang penganjuran acara berskala besar di Sepang





Tidak waras, lelaki terlepas daripada perintah bela diri Tidak waras, .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Tidak waras, lelaki terlepas daripada perintah bela diri PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa seorang lelaki berusia 55 tahun yang sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bapanya atas alasan tidak waras tidak perlu dipanggil membela diri





Polis rakam keterangan pegawai JIM, wanita isu hantaran tular UTC Pudu - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Polis rakam keterangan pegawai JIM, wanita isu hantaran tular UTC Pudu KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam percakapan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular mengenai dakwaan seorang individu dimalukan ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral, baru-baru ini





Kerajaan perkemas kawal selia platform e-dagang, lindungi pengguna – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Kerajaan perkemas kawal selia platform e-dagang, lindungi pengguna - Fahmi PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan segera untuk memperkemas kawal selia platform e-dagang di negara ini susulan peningkatan aduan orang awam berhubung penjualan produk elektrik, elektronik serta isu status halal





Hampir 2,000 aduan platform e-dagang diterima MCMC sejak 2025 – Fahmi - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Hampir 2,000 aduan platform e-dagang diterima MCMC sejak 2025 - Fahmi PUTRAJAYA - Sebanyak1,964 aduanberkaitan jualan produk di platform e-dagang serta isu berkaitan platform berkenaan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 1 Januari 2025 hingga 25 Ogos lalu





Konsert di Melaka hadiah Ayda Jebat buat negeri kelahiran - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Konsert di Melaka hadiah Ayda Jebat buat negeri kelahiran MELAKA Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat berhasrat mengadakan konsert di Melaka sebagai hadiah istimewa kepada negeri kelahirannya serta para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya





Tutup lebuh raya untuk berlumba: 3 lagi direman hari ini - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Tutup lebuh raya untuk berlumba: 3 lagi direman hari ini KULAI - Tiga lelaki yang ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan susulan video tular menutup jalan, menahan kereta untuk berlumba motosikal di Lebuhraya Linkedua di sini, direman bermula hari ini





Jangan jadikan politik, kaum, agama alasan pecah-belahkan rakyat – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

Nilai sebenar kedua-duanya terletak pada kemampuan kita semua mempertahankan sebuah negara yang rakyatnya dapat hidup bersama dalam aman, saling menghormati dan bersatu padu, titah baginda. Jalur Gemilang akan dikibarkan di Tiang Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor mulai 26 Ogos hingga 17 September ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69





‘Adik memang mahu balik ke kampung, tak sangka pulang sebagai .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# 'Adik memang mahu balik ke kampung, tak sangka pulang sebagai jenazah' KOTA TINGGI - Hasrat Pembantu Perubatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk menjaga ibunya yang uzur tidak kesampaian apabila terkorban dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini semalam





Penemuan mayat dililit jaring: Peniaga didakwa miliki pistol tanpa .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Penemuan mayat dililit jaring: Peniaga didakwa miliki pistol tanpa kebenaran KLUANG - Seorang peniaga kenderaan terpakai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran sah, awal bulan ini





25 hektar kebakaran di Sebana Cove sudah dipadamkan setakat ini - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# 25 hektar kebakaran di Sebana Cove sudah dipadamkan setakat ini PENGERANG - Seluas 25 hektar atau separuh daripada keseluruhan 51.4 hektar tanah gambut yang terbakar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove di sini sudah dipadamkan setakat pukul 10 pagi tadi





Siasatan kematian banduan di Penjara Marang sedang dijalankan - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Siasatan kematian banduan di Penjara Marang sedang dijalankan KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai dipukul beberapa banduan lain di Penjara Marang, Terengganu, Isnin lalu





PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang - Puad KUALA LUMPUR - Cadangan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menubuhkan badan khas untuk menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) serta gesaan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua didakwa hanya untuk melengahkan tindakan pihak berkuasa





2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 KUANTAN Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Jasri Jamaludin (Kuala Sentul) dan Datuk Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar) menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16





Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 GEORGE TOWN - Pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 selepas selesai menjalani reman selama seminggu bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dalam penjualan tanah milik kerajaan yang dipercayai menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta





Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih ???tiang gol???... - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih tiang gol - AMK KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr





PRU-16: DAP tak perlu beri tekanan kepada Anwar, ikut saluran atau... - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# PRU-16: DAP tak perlu beri tekanan kepada Anwar, ikut saluran atau letak jawatan Penganalisis KUALA LUMPUR - DAP tidak sepatutnya memberi tekanan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan reformasi institusi, sebaliknya sebarang perbezaan pandangan perlu dibawa melalui saluran yang ditetapkan dalam kerajaan





PRN Melaka: Fahmi enggan dedah perincian kerjasama PH-BN PRN Melaka: Fahmi .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# PRN Melaka: Fahmi enggan dedah perincian kerjasama PH-BN PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) mempunyai jadual dan garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil





Kos sara hidup punca kesuburan merosot, bukan sekadar isu pengasuh – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Kos sara hidup punca kesuburan merosot, bukan sekadar isu pengasuh - Wendy KUALA LUMPUR Kerajaan perlu menangani tekanan kos sara hidup, perumahan dan penjagaan anak yang menjadi antara faktor utama golongan dewasa muda semakin sukar membuat keputusan untuk berkahwin dan mempunyai anak, bukannya hanya menambah bilangan penjaga profesional





Pemuda UMNO tekad pertahan Islam, martabat Melayu dan institusi diraja - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Pemuda UMNO tekad pertahan Islam, martabat Melayu dan institusi diraja KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan agama Islam, memartabatkan bangsa Melayu serta memelihara institusi Raja-Raja Melayu





Tindakan 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy direstu parti –... - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Tindakan 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy direstu parti - Faizal KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail





Skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan mungkin diubah kerana jerebu .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan mungkin diubah kerana jerebu - Fahmi PUTRAJAYA - Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengubah skala atau lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini





RCI TH: Nak dedah, dedah penuh, bukan separuh-separuh ??? Akmal Saleh - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# RCI TH: Nak dedah, dedah penuh, bukan separuh-separuh Akmal Saleh KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertahankan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu mengenai Lembaga Tabung Haji (TH)ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan institusi berkenaan





Ismail Sabri sah didakwa esok - Mygazette - 26/08 4:53 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, jam 9 pagi esok





Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada Muhyiddin KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tiada motif jahat terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan sumbangan wang RM4.8 juta kepada parti itu, lima tahun lalu





Ahmad Zahid mahu Pemuda UMNO kekal relevan di hati generasi baharu - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Ahmad Zahid mahu Pemuda UMNO kekal relevan di hati generasi baharu KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pergerakan Pemuda UMNO terus kekal relevan dan mendapat tempat di hati generasi baharu dengan membuka ruang lebih luas kepada golongan muda untuk terlibat dalam perjuangan parti





Ibu bersalin antara 6 ditahan, disyaki terlibat kes pemerdagangan bayi - Sinarharian - 26/08 4:29 pm

KULIM - Polis menahan enam individu tempatan termasuk wanita yang disyaki mendaftar menggunakan dokumen pengenalan diri individu lain semasa melahirkan bayi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani pada Jumaat.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan sejurus melahirkan bayi lelaki di hospital terbabit bersama tiga wanita dan dua lelaki lain berusia antara 27 hingga 50 tahun.Menurutnya, kesemua suspek ditahan bagi siasatan kes membabitkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)."Siasatan awal mendapati modus operandi disyaki menggunakan ibu hamil tanpa nikah menggunakan identiti wanita lain bagi tujuan pendaftaran, pemeriksaan, rawatan kehamilan dan proses kelahiran di sebuah pusat bersalin swasta serta apabila didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."Jadi dalam enam orang suspek ini, salah seorang tawar pada wanita sebelum bersalin lagi..




Reformasi     >>



Jangan sesekali bela kaki rasuah dan pengkhianat, .. - Harapandaily
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya dipersoalkan dari sudut politik kerana proses penubuhan suruhanjaya itu sendiri bermula ketika beberapa pemimpin yang kini mengkritiknya masih berada dalam kerajaan. Ketua Penerangan Jabatan Komunikasi Komuniti ..
Kroni     >>



Aset risikan AS rosak cecah berbilion dolar akibat .. - Utusan
TEHERAN: Serangan peluru berpandu dan dron Iran menyebabkan kemusnahan luar biasa terhadap kemudahan risikan dan peralatan pengawasan Amerika Syarikat (AS) di seluruh Asia Bara yang mencecah kos berbilion dolar. Menurut laporan NBC News yang memetik empat sumber, serangan tersebut merosakkan ..
Tabloid     >>



Tunjuk kemampuan bukan cipta kontroversi murahan di .. - Hmetro
NAMA Qistina Khaled mungkin masih kedengaran baharu bagi sesetengah peminat drama tempatan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Pixel 11 Pro XL in for review - Gsmarena
Today, we got the new Pixel 11 lineup on our doorstep, so it's time to start unboxing them one by one. The new phones made somewhat of a negative initial impression for keeping things mostly unchanged, but there are some novelties. Let's dive in! From left to right - Google Pixel 11, Pixel 11 Pro, and the Pixel ..
World     >>



UAE president's letter to elderly Saudi king seen as .. - Middleeasteye
UAE president's letter to elderly Saudi king seen as jab at Crown Prince Submitted by Sean Mathews on Wed, 08/26/2026 - 14:18 Handwritten letter viewed as attempt to bypass powerful Crown Prince Mohammed bin Salman UAE President Sheikh Mohamed bin Zayed al-Nahyan (R) meeting with Saudi Crown ..
Motor Trend     >>



Motosikal Sym Drgbt 160 Baharu Lancar Di China – .. - Mekanika
# SYM DRGBT 160 BAHARU LANCAR DI CHINA - DENGAN CORNERING ABS, 15.8HP **SYM memperkenalkan skuter DRGBT baharu yang telah dinaik taraf bagi tahun 2026. ** Jika model generasi kedua sebelum ini sudah mencuri perhatian menerusi reka bentuk agresif serta sistem Hyper-SVIS, model 2026 membawa ..