| /// |
|
| Search : Hal Ehwal Agama News | Page 1 |
|
Ustaz madrasah tular 'hentak' guna topi keledar digantung tugas - Sinarharian - 18/12 12:17 am KOTA KINABALU Seorang tenaga pengajar sebuah pusat madrasah di sini yang tular di media sosial kerana memukul sekumpulan pelajar menggunakan topi keledar digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan polis selesai.Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, berkata pihaknya telah melawat lokasi kejadian dan mengambil laporan penuh berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, madrasah terbabit merupakan institusi swasta namun berdaftar dengan JHEAINS selepas memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan dalam proses pendaftaran."Apabila didapati isu ini tular dan pasukan JHEAINS telah melawat serta mengambil laporan, satu perkara yang kita ambil berat ialah kapasiti guru berkenaan yang telah mengasari pelajar supaya kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang."Pertama, guru ini telah kita nasihatkan supaya digantung daripada tugas berkenaan dan ahli lembaga telah memutuskan untuk menggantung tugas guru tersebut buat sementara waktu sehingga siasatan selesai," katanya.Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai perkembangan kes tersebut semasa sidang akhbar pengumuman keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama dan Sijil Menengah Ugama Tahun 2025 di Wisma MUIS, di sini pada Khamis.Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes berkenaan."Kita menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan |
|
Remaja bawah umur babit kes rogol suka sama suka dirujuk JAHEAIK – Polis Kelantan - Harapandaily - 18/12 11:47 am Kes remaja perempuan bawah umur di Kelantan yang terbabit kes rogol suka sama suka telah diambil tindakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) |
|
Rogol suka sama suka, pesalah perempuan bawah umur di Kelantan didakwa di Mahkamah Syariah - Sinarharian - 18/12 11:27 am KOTA BHARU Kes rogol suka sama suka yang dikenal pasti melibatkan persetujuan bersama antara perempuan berusia 16 tahun kebawah dengan lelaki akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas perempuan bawah umur yang terlibat dengan perlakuan tersebut.Menurut beliau, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu."Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan."Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.Menurut beliau, sebanyak lima kes setakat ini telah dirujuk kepada Jaheaik, cuma belum diuar-uarkan kepada umum.Mohd Yusoff memberitahu, remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) akan turut didakwa di Mahkamah Syariah.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, trend kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini."Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan."Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil," katanya. |
|
Marhamah jawab dakwaan tabung Justice for Zara, tipu emas - FMT - 17/12 3:34 pm Timbalan menteri hal ehwal agama berkata kutipan dana itu dapat permit Jabatan Ketua Menteri dan dimaklumkan kepada polis Sabah, selain nafi jadi ejen berkait emas. |
|
Marhamah tekad merakyatkan pendekatan dakwah, perkasa wanita Islam - Sinarharian - 17/12 2:44 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli bertekad memanfaatkan pengalamannya dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan bagi memperkasakan institusi agama serta memartabatkan wanita Islam di bawah kepimpinan Kerajaan Madani.Menyifatkan pelantikannya susulan rombakan Kabinet sebagai satu amanah besar, beliau berkata, akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk membantu memperkukuh dasar serta pelaksanaan agenda hal ehwal agama agar lebih dekat dengan rakyat."Fokus saya lebih kepada merakyatkan agama itu sendiri |
|
Pelantikan Marhamah ibarat pelempang kepada Amanah, kata pemimpin Pemuda - FMT - 17/12 2:33 pm Exco Pemuda parti itu Azri Abdullah persoal mengapa wakil Amanah tidak dilantik di portfolio hal ehwal agama. |
|
Baja IWK diharuskan: Perkukuh keyakinan pengguna - Sinarharian - 17/12 9:30 am Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd terus mengorak langkah dalam agenda kelestarian negara dengan memperkenalkan produk inovatif hasil kitar semula sisa kumbahan iaitu baja biopepejal.Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha waste-to-wealth IWK yang menukar bahan buangan kepada sumber bernilai dan sesuai digunakan bagi tanaman bukan makanan.Langkah tersebut bukan sahaja memperkukuh peranan IWK sebagai peneraju dalam ekonomi kitaran, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam pengurusan sisa yang lebih lestari di Malaysia.Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama lslam Malaysia (MKl) Kali Ke-126 yang bersidang pada 26 hingga 28 Syaaban 1446 bersamaan 25 hingga 27 Februari 2025 telah membincangkan mengenai Penggunaan Biopepejal dari Loji Rawatan Kumbahan Tinja Manusia Sebagai Sumber Penghasilan Baja Organik.Muzakarah telah yakin dan berpuas hati dengan hujah dan fakta yang telah dikemukakan oleh penyelidik dan berpandangan hukum menghasilkan dan menggunakan baja organik daripada pemprosesan biopepejal IWK yang selamat dan bermanfaat adalah diharuskan.Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohd Taufik Salleh berkata, pengiktirafan itu menandakan penerimaan positif terhadap inisiatif IWK dalam memastikan setiap proses rawatan dan penghasilan baja biopepejal mematuhi garis panduan syariah serta standard keselamatan yang ditetapkan."Pengiktirafan ini amat bermakna buat IWK kerana ia bukan sahaja mengesahkan bahawa baja biopepejal kami selamat digunakan, tetapi juga dapat memberi keyakinan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pengguna Islam terhadap usaha syarikat menguruskan sisa kumbahan secara mampan," katanya menerusi satu kenyataan.Menurut Mohd Taufik, IWK turut menerima sokongan Majlis Agama Islam Pahang yang telah mengeluarkan fatwa membenarkan penggunaan biopepejal hasil daripada proses rawatan kumbahan sebagai bahan penghasilan baja organik.Memetik laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 02/2025, ahli mesyuarat telah bersetuju bahawa hukum menghasilkan dan menggunakan baja organik daripada pemprosesan biopepejal IWK yang selamat dan bermanfaat adalah diharuskan.Namun, ahli mesyuarat jawatankuasa berpandangan sebarang hasil tanaman yang bersentuhan dengan baja tersebut hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan kerana baja tersebut bersifat najis."Fatwa ini membuktikan bahawa inovasi dalam pengurusan kumbahan mampu seiring dengan prinsip syariah dan kelestarian alam, insya-ALLAH," katanya.Sumber nutrien berkesanMelangkaui aspek pematuhan syariah, sokongan terhadap penggunaan baja biopepejal IWK turut diperkukuh oleh keputusan Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) yang diadakan pada 6 Oktober 2025.Dalam kenyataan media berhubung mesyuarat tersebut, ahli-ahli mesyuarat bersetuju untuk menerajui dan mengutamakan penggunaan baja organik yang dihasilkan daripada biopepejal di bawah pengurusan IWK.Menurut Mohd Taufik, sisa pepejal yang diperoleh selepas proses rawatan air kumbahan akan melalui beberapa peringkat rawatan lanjut seperti penebalan (thickening), penstabilan (stabilisation) dan pengeringan (drying) bagi memastikan ianya selamat digunakan."Baja biopepejal IWK ini mengandungi kira-kira empat peratus unsur NPK (nitrogen, fosforus dan kalium), menjadikannya sumber nutrien yang berkesan untuk memulihkan tanah terdegradasi."Sebagai baja organik, ia turut berperanan membantu menyeimbangkan semula tahap keasidan tanah yang terjejas akibat penggunaan baja kimia berpanjangan, sekali gus meningkatkan kesuburan dan kesihatan ekosistem tanah secara semula jadi," jelasnya.Melalui usaha ini, IWK bukan sahaja berjaya mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah menjadikan sumber yang dulunya dianggap tidak berguna sebagai produk bernilai tinggi untuk sektor pertanian.Inisiatif penghasilan baja biopepejal ini membuktikan bahawa pengurusan sisa kumbahan merupakan peluang untuk menjana nilai baharu kepada masyarakat dan ekonomi negara.Melalui pendekatan berasaskan ekonomi kitaran, IWK terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju inovasi hijau memastikan setiap sisa diurus dengan selamat, lestari dan memberi manfaat semula kepada bumi. |
|
Zaliha, Naim gugur daripada Jemaah Menteri - FMT - 16/12 4:14 pm Dr Zaliha Mustafa dan Na'im Mokhtar sebelum ini menteri di JPM memegang portfolio Wilayah Persekutuan dan hal ehwal agama. |
|
Melaka cadang benarkan guru rotan pelajar lelaki bermasalah – Exco - Mgazette - 16/12 3:11 pm Cadangan itu merupakan sebahagian daripada 10 resolusi pendidikan yang dirangka hasil perbincangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, cadangan tersebut timbul susulan peningkatan kes ponteng dan kemerosotan tahap disiplin pelajar di sekolah |
|
3,000 pelajar ‘kaki ponteng’ di Melaka berisiko hilang bantuan .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm # 3,000 pelajar 'kaki ponteng' di Melaka berisiko hilang bantuan persekolahan MELAKA Melaka bercadang menarik semula bantuan persekolahan kepada kira-kira 3,000 pelajar di negeri ini yang ponteng sekolah setiap hari sekali gus memberi kesan besar terhadap sistem pendidikan di negeri ini. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah berkenaan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka |
|
Melaka cadang batal bantuan 3,000 kaki ponteng sekolah - Kosmo - 16/12 3:06 pm MELAKA – Seramai 3,000 pelajar direkodkan ponteng sekolah setiap hari di Melaka, sekali gus mendorong cadangan kerajaan negeri untuk menarik balik bantuan pendidikan bagi memberi kesedaran dan mengurangkan gejala berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu melibatkan pelajar yang gagal mengemukakan alasan munasabah, malah ada .. |
|
Jaheaik Buka Kertas Siasatan Kes Isteri Madukan Suami Di Kelantan - Lobakmerah - 13/12 5:13 pm Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang didakwa bertindak mengahwini lelaki lain ketika masih bergelar isteri sah, sekali gus memadukan suaminya sendiri di Tanah Merah, Kelantan. Susulan pendedahan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan |
|
MAIWP Peruntuk RM1.6 Bilion Perkukuh Agenda Kebajikan & Pembangunan Ummah 2026 - Lobakmerah - 10/12 8:43 am Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.6 bilion menerusi Bajet MAIWP 2026, dengan fokus utama untuk memperkukuh agenda kebajikan, pendidikan, dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Dato Setia Dr |
|
Menteri Agama ambil tindakan undang-undang selepas difitnah dalang aktiviti songsang - Sinarharian - 9/12 1:07 pm PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang menuduhnya dalang aktiviti songsang.Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Nai'm menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh individu berkenaan adalah tidak benar, bersifat fitnah serta berniat jahat.Tegas beliau, firma guaman Akberdin & Co yang mewakilinya telah mengeluarkan Notice of Demand terhadap individu tersebut."Kandungan yang diterbitkan sebagaimana dinyatakan oleh pihak peguam dalam notis tersebut bukan sahaja mengandungi dakwaan yang tidak berasas, bahkan membawa maksud yang boleh merosakkan reputasi, maruah serta kedudukan saya sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia," katanya pada Selasa.Mohd Nai'm berkata, tuduhan sedemikian juga mencemarkan integriti institusi Hal Ehwal Agama yang dipimpinnya."Tndakan undang-undang ini adalah bagi mempertahan kebenaran, melindungi reputasi serta menghentikan penyebaran fitnah yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan keyakinan terhadap institusi agama negara," ujar Na'im.Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan sivil itu diambil berdasarkan hak undang-undang beliau sebagai warganegara dan bukan untuk menghukum sesiapa secara peribadi."Tujuannya bagi memastikan ruang digital tidak disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian, manipulasi persepsi dan meruntuhkan kepercayaan masyarakat melalui maklumat palsu," katanya.Menurut Mohd Naim, tindakan lanjut berkaitan kes tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada firma guaman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Beliau menegaskan komitmen untuk menghormati proses perundangan dan menyerahkan penyelesaian isu kepada prosedur sewajarnya."Saya akan terus memberikan tumpuan kepada agenda Malaysia Madani, pengukuhan syiar Islam, pemerkasaan institusi agama serta kebajikan ummah di seluruh negara," katanya.Hujung bulan lalu, negara dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah spa yang dipercayai menjalankan aktiviti songsang di Kuala Lumpur.Seramai 202 individu termasuk 17 penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dicekup dalam serbuan itu. |
|
Permohonan pewartaan dua KOA di Chini ditolak - Mgazette - 8/12 3:55 pm KUANTAN - Pejabat Tanah dan Daerah Pekan telah menolak permohonan pewartaan dua buah Kampung Orang Asli (KOA) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pekan. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, dua kampung itu ialah KOA Gumum dan Air Hitam |
|
43 sekolah di Melaka guna alat pengesan logam kawal kemasukan telefon... - Mgazette - 8/12 3:55 pm # 43 sekolah di Melaka guna alat pengesan logam kawal kemasukan telefon bimbit MELAKA Sebanyak 43 daripada 80 sekolah menengah di Melaka termasuk yang mempunyai isu tertentu sudah menggunakan pengimbas logam bagi mengawal kemasukan telefon bimbit serta peralatan terlarang ke dalam kawasan sekolah. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, langkah itu adalah antara 13 inisiatif utama kerajaan negeri tahun ini bagi menangani isu disiplin pelajar |
|
Konvokesyen Ke-11 SLDN: TVET kini arus perdana pembangunan Negara Datuk Hjh Joyah - Harapandaily - 5/12 3:07 am FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvokesyen Ke-11 Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia oleh YB Datuk Hj. Rosli Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama |
|
Hanya 18% tangguh terima tawaran haji 2026 - FMT - 4/12 2:23 pm Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Hasan berkata setiap kekosongan akan diganti segera melalui senarai permohonan rayuan dalam aplikasi THiJARI. |
|
PNB peroleh kelulusan penilaian zakat bagi dana harga tetap ASNB - Sinarharian - 3/12 9:45 am KUALA LUMPUR - Pelaksanaan kaedah zakat al-Mustaghallat secara khultah dijangka bermula pertengahan tahun 2026, sekali gus menyediakan mekanisme lebih teratur, telus dan cekap bagi pemegang unit Muslim untuk menunaikan zakat bagi dana harga tetap Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Rick Ramli berkata, kaedah yang mengambil kira pengiraan zakat ke atas pengagihan pendapatan sahaja itu turut membuka ruang kepada pemegang unit untuk menerima pengagihan pendapatan bersih selepas zakat tanpa perlu membuat pengiraan manual yang sering menimbulkan kekeliruan.Menurut beliau, langkah itu juga selaras dengan usaha memastikan tadbir urus zakat dana harga tetap menjadi lebih sistematik dan selari dengan perkembangan semasa hukum syariah."Pendekatan ini memudahkan pemegang unit menunaikan zakat secara patuh syariah dengan proses yang lebih teratur dan tepat," katanya pada sesi taklimat dan sidang media Kaedah Zakat Al-Mustaghallat Secara Khultah (Kolektif) bagi dana harga tetap ASNB di Menara Merdeka 118 di sini pada Selasa.Beliau menjelaskan bahawa keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 4 September 2025 telah memberikan asas hukum yang jelas bagi pelaksanaan kaedah tersebut."MKI telah bersetuju dengan kaedah ini selepas penelitian menyeluruh di peringkat nasional," katanya.PNB memaklumkan, setakat ini lima negeri telah meluluskan pelaksanaannya iaitu Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah manakala negeri lain masih dalam perbincangan bagi pembentangan di peringkat jawatankuasa fatwa masing-masing."Proses libat urus dengan negeri-negeri lain sedang berjalan supaya lebih banyak negeri dapat menyertai pelaksanaan ini," katanya.Tambahnya, konsep al-Mustaghallat yang digunakan mengenakan zakat ke atas pengagihan pendapatan, bukan pelaburan prinsipal, sekali gus memastikan pelaburan prinsipal pemegang unit kekal sepenuhnya.Ia dianggap lebih sesuai dengan struktur dana harga tetap yang tidak memberikan keuntungan melalui jual beli unit.Melalui kaedah khultah atau kolektif, zakat dipotong sebelum pengagihan pendapatan dibuat, dan pemegang unit boleh memilih sama ada mahu menerima pengagihan pendapatan penuh atau pengagihan pendapatan bersih selepas zakat."Kadar zakat yang ditetapkan ialah 2.57 peratus bagi semua dana harga tetap ASNB," ujar Rick.Dana yang terlibat di bawah kaedah ini ialah ASB, ASB 2, ASB 3 Didik, ASM, ASM 2 Wawasan dan ASM 3, dengan kutipan zakat diselaraskan mengikut alamat dan pegangan unit setiap pemegang unit."PNB turut mengunjurkan kutipan zakat sekitar RM60 juta pada tahun pertama pelaksanaan berdasarkan unjuran 30 peratus pemegang unit Muslim akan memilih untuk membuat persetujuan."Jika sasaran penyertaan awal dicapai, kutipan zakat dijangka sekitar RM60 juta," katanya.Jelasnya, zakat yang dikutip akan disalurkan terus kepada pusat zakat negeri yang telah meluluskan kaedah ini, manakala bagi negeri yang belum memberi kelulusan, kutipan tersebut akan disalurkan kepada PPZ-MAIWP buat sementara waktu."Semua kutipan zakat akan diserahkan sepenuhnya dan secara terus kepada pusat zakat negeri tanpa mengenakan sebarang caj atau komisen," katanya.PNB menegaskan pelaksanaan penuh akan dimulakan selepas mendapat kelulusan yang berkaitan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), manakala maklumat tambahan mengenai mekanisme teknikal akan dikongsikan menjelang pelancaran rasmi.Zakat bukan tujuan kurangkan pengagihan pendapatanSementara itu, kaedah zakat al Mustaghallat secara khultah yang bakal diperkenalkan ASNB bukan bertujuan mengurangkan pengagihan pendapatan pemegang unit sebaliknya menyediakan proses pembayaran zakat yang lebih teratur dan patuh syariah.Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan PNB, Dr Ahmad Basri Ibrahim berkata, istilah pengurangan tidak menggambarkan maksud sebenar pelaksanaan kaedah berkenaan."Apa yang diperkenalkan ini bukan pengurangan pengagihan pendapatan, tetapi satu kemudahan kepada pemegang unit Muslim yang memang mahu menunaikan zakat," ujarnya.Menurut beliau, kaedah al-Mustaghallat menetapkan bahawa zakat dikenakan ke atas pendapatan sahaja dan pendekatan itu berbeza daripada amalan terdahulu yang turut mengambil kira prinsipal pelaburan.Beliau berkata, pendekatan khultah memberi ruang kepada ASNB menguruskan kutipan zakat secara kolektif sekali gus menghapuskan keperluan pengiraan individu yang sebelum ini membebankan sebahagian pelabur."Dengan kaedah kolektif, pengiraan akan dibuat secara seragam dan lebih efisien berbanding pembayaran individu," katanya.Dalam masa sama, mekanisme ini turut memberi manfaat besar kepada pusat zakat negeri, terutama dari segi penyelarasan data serta peningkatan kepastian jumlah kutipan zakat tahunan."Pusat zakat mungkin tidak mempunyai gambaran penuh data pemegang unit Muslim, namun ASNB mempunyai rekod terperinci mengikut negeri dan pegangan unit," jelasnya.Beliau berkata, jumlah besar kutipan secara kolektif juga membolehkan pusat zakat menguruskan agihan kepada asnaf dengan lebih sistematik kerana jumlah kutipan lebih konsisten berbanding sumbangan individu yang tidak menentu."Walaupun asas kiraan zakat hanya ke atas pendapatan dan bukan modal, kesannya tetap signifikan kerana kutipan secara khultah akan menghasilkan jumlah yang stabil dan tersusun," tambah beliau.Jelasnya, kaedah itu turut membuka peluang kepada pusat zakat negeri untuk mengenal pasti tahap kepatuhan zakat pemegang unit amanah mengikut lokaliti, sekali gus membantu dalam perancangan dasar dan program kebajikan."Kita boleh melihat dengan lebih jelas berapa ramai yang membayar zakat untuk setiap negeri, dan ini memberi nilai tambah yang tidak wujud sebelum ini," katanya.Menurut beliau, manfaat tersebut membuktikan kaedah al-Mustaghallat secara khultah membawa situasi menang-menang kepada pelabur, pusat zakat dan ekosistem pengurusan zakat secara keseluruhan."Maslahahnya lebih besar berbanding limitasi yang ada, sebab itu kami memperkenalkan inisiatif ini," ujar Ahmad Basri.Kaedah ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut dana harga tetap selepas mendapat kelulusan penuh SC serta kelulusan fatwa negeri yang masih dalam proses perbincangan.INFOKadar pengagihan pendapatan ASB: 5.75%Kadar pengagihan pendapatan bersih selepas zakat 5.75% - (**2.57% x 5.75%) = 5.60%Ilustrasi pengiraan menggunakan kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB 2024** kadar zakat berdasarkan taksiran tahun MasihiKaedah Zakat Al-Mustaghallat (ASNB Dana Harga Tetap) Jumlah pengagihan pendapatan kadar zakat 2.57% = zakat perlu dibayar Kaedah ini hanya untuk pemegang unit Muslim yang memilih untuk membayar zakat secara kolektif (khultah) |
|
MAHEA 2025 perkukuh agenda pembangunan ummah, syiar Islam - Kosmo - 27/11 7:49 am PETALING JAYA – Majlis Himpunan Agensi Hal Ehwal Agama (MAHEA) 2025 baru-baru ini menghimpunkan lebih 800 warga kerja daripada pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (JPM-HEA) sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh agenda pembangunan ummah dan syiar Islam di Malaysia |
|
Anak lelaki, perempuan wajib hulur nafkah buat ibu bapa uzur - Sinarharian - 25/11 5:20 pm Bahagian nafaqah yang perlu dikeluarkan oleh perempuan adalah setengah bahagian lelaki, sebagaimana pembahagian pusaka."Sekiranya mereka berbeza dari sudut hampirnya seperti anak dan cucu, maka nafaqah wajib kepada furu yang lebih hampir sama ada mereka berhak mewarisi atau sebaliknya, tidak kira lelaki atau perempuan."Ini disebabkan hubungan kerabat yang hampir adalah lebih utama untuk diambil kira," ujar mufti.Mufti bagaimanapun menjelaskan, jika ditelaah kitab Hasyiah al-Dusuqi ala al-Syarh al-Kabir dari mazhab Maliki, dinyatakan bahawa yang lebih dipertimbangkan adalah seorang lelaki bersamaan dua orang perempuan atau berdasarkan kemampuan.Tambah mufti lagi, sekiranya berhimpun anak lelaki dan anak perempuan, maka nafaqah antara kedua-duanya dibahagikan kepada tiga di mana lelaki perlu membayar dua pertiga manakala perempuan hanya satu pertiga seperti mirath (hukum pewarisan), menurut Ibn Qudamah."Abu Hanifah pula berkata, nafaqah (yang wajib dikeluarkan) ke atas kedua-duanya adalah sama kerana mengambil kira sudut hubungan kerabat."Menurut Imam al-Syafie, nafaqah wajib ke atas anak lelaki kerana berdasarkan hukum asabah."Bagi mazhab Hanbali adalah berdasarkan firman ALLAH SWT. Dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada), maka hendaklah disusun nafaqah mengikut hak pewarisan," jelas mufti lagi.Sebelum ini, kerajaan dilapor sedang memperincikan peruntukan berkaitan nafkah kepada ibu bapa yang uzur dan tidak berkemampuan pada 2026.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan menggubal undang-undang baharu dengan memasukkan peruntukan punca kuasa yang lebih jelas dan khusus pada Mac tahun depan.Jelas beliau, semua anak dipertanggungjawabkan untuk membantu memenuhi nafkah dan keperluan asas ibu bapa yang dalam keadaan tidak berupaya.Beliau berkata demikian menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Seri Gading) ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Tambah Mohd Na'im, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut melaksanakan semakan menyeluruh terhadap Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 agar ia selari dengan hukum syarak serta menepati keperluan dan realiti semasa dihadapi masyarakat Islam di negara ini.Menurut beliau, proses penyediaan draf undang-undang digerakkan melalui libat urus bersama Jakim dan JKSM supaya ia boleh diterima pakai di negeri-negeri lain.Perkara terbabit katanya sedang diteliti Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan (JPIK) sebelum dibawa ke Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
|
Banjir: 2,400 calon SPM di Pahang berisiko terjejas, Melaka ambil langkah bersiap sedia - Sinarharian - 25/11 10:28 am PEKAN Seramai 2,400 daripada 21,048 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pahang dikenal pasti berisiko terjejas sekiranya berlaku banjir sepanjang tempoh peperiksaan yang bermula pada Selasa.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri, Ahmad Zamri Md Isa berkata, kesemua calon dikenal pasti melalui sistem pemantauan khas yang merekod lokasi kediaman dan laluan harian yang pernah dinaiki air sebelum ini."Setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah mempunyai senarai lengkap calon berisiko dan ini akan memudahkan tindakan diambil sekrianya pergerakan mereka ke pusat peperiksaan terganggu."Bila berlaku banjir, kita sudah bersedia untuk menggerakkan mereka ke pusat peperiksaan alternatif atau penempatan sementara."Ini bagi memastikan kesejahteraan mental dan emosi calon peperiksaan, selain menyediakan khidmat sokongan psikososial," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan 95 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pekan di sini pada Selasa.Peperiksaan bertulis SPM dijadual berlangsung dari 25 November hingga 23 Disember di 267 pusat peperiksaan yang dibantu 5,426 petugas termasuk sukarelawan pengawas.Ahmad Zamri memberitahu pelan mitigasi khusus turut disediakan termasuk penempatan sementara di asrama sekolah atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selain membenarkan calon berpindah ke rumah saudara sekiranya laluan utama terputus.Jelasnya, pusat peperiksaan alternatif juga disediakan bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan jika pusat sedia ada terjejas."Kita berada dalam fasa Monsun Timur Laut dan Dashboard Ops Payung sudah diaktifkan."Semua agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah bersiap siaga dari aspek logistik, keselamatan dan bantuan kecemasan," katanya.Mengulas perkembangan banjir di Raub, beliau mengesahkan tiada calon SPM di daerah itu terjejas setakat ini, namun pemantauan terus dilakukan.Jelasnya, risiko dijangka meningkat pada minggu akhir Disember deapn dan semua pihak termasuk calon serta ibu bapa perlu sentiasa bersedia apabila cuaca berubah."Kita juga menasihatkan calon supaya segera memaklumkan kepada sekolah, JPN atau PPD sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan asal."Calon juga dibenarkan menduduki peperiksaan di mana-mana pusat berhampiran sekiranya berlaku banjir," katanya.Menjawab mengenai penggunaan sekolah sebagai PPS, Ahmad Zamri berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah rendah manakala sekolah menengah hanya dijadikan alternatif."Jika tiada pilihan, dewan diperuntukkan untuk peperiksaan dan bilik kelas pula akan dijadikan PPS."Semua langkah ini dimaklumkan kepada jawatankuasa bencana untuk memastikan murid dapat mengikuti peperiksaan dengan lancar," katanya.Semenetara itu di MELAKA, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah bersiap sedia dengan pelan kecemasan sekiranya berlaku banjir atau sebarang situasi luar jangka yang boleh menjejaskan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini tiada sekolah atau calon SPM di Melaka yang terjejas banjir."Harapan kita jangan ada sekolah terjejas banjir |
|
Tahfiz di Felda Bukit Aping Timur terbakar - Sinarharian - 24/11 4:59 pm KOTA TINGGI Sebuah pusat tahfiz di Felda Bukit Aping Timur di sini musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada Isnin.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Rafi Mohd Nor berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 1.58 tengah hari.Katanya, seramai 15 anggota bersama jentera FRT, EMRS dan utiliti dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran."Sebaik tiba, pihaknya mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah kekal berkeluasan 20 x 20 x 15 kaki yang dijadikan pusat tahfiz."Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki serta dua pancutan. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya.Mohd Rafi berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.58 petang namun kerja pemadaman masih diteruskan.Jelasnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid ketika dihubungi memaklumkan bantuan segera dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan disalurkan kepada tahfiz tersebut."Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi sudah diarahkan membuat semakan."Bantuan awal terutama keselamatan dan kebajikan anak-anak pelajar dan guru-guru yang terlibat akan disalurkan melalui MAIJ," katanya.Sebelum itu tular video selama 12 saat menunjukkan kepulan asap hitam dari pust thfiz yang terbakar.Video tersebut turut memaparkan pelajar berkumpul di kawasan lapang di hadapan pusat tahfiz. |
|
Saman Mujahid terhadap PAS akan diselesai, mahkamah diberitahu - FMT - 24/11 1:13 pm Mahkamah Tinggi diberitahu bekas menteri hal ehwal agama itu dan PAS sedang merundingkan terma-terma penyelesaian. |
|
Bersilat di kubur: Menteri Agama arah pihak berkuasa Johor siasat - Mgazette - 24/11 7:36 am # Bersilat di kubur: Menteri Agama arah pihak berkuasa Johor siasat KUALA LUMPUR Penularan sebuah video memaparkan seorang individu melakukan pergerakan seperti bersilat di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor mencetuskan pelbagai persoalan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr |
|
Video tular lelaki bersilat di tanah kubur tiada unsur pemujaan - Sinarharian - 23/11 7:05 pm KLUANG Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan video tular memaparkan seorang lelaki melakukan gerakan menyerupai silat di baru-baru ini.Pejabat Kadi Daerah Kluang dalam kenyataannya memaklumkan aduan awam aksi tular itu diterima pada Sabtu."Berikutan itu, Petugas Tanah Perkuburan Pejabat Kadi Daerah Kluang telah segera ke tempat kejadian bagi melihat kawasan di tanah perkuburan tersebut sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku ritual pemujaan yang melanggar peraturan dan Undang-undang Syariah serta norma kehidupan manusia."Laporan menunjukkan tiada sebarang tanda menunjukkan berlakunya pemujaan atau ritual di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan dimuat naik laman Facebook rasmi Pejabat Kadi Daerah Kluang pada Ahad.Pejabat Kadi Daerah Kluang dalam masa sama menegaskan segala bentuk khurafat, tahyul, pemujaan yang salah atau apa-apa aktiviti merendahkan agama adalah dilarang."Kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 2003,"ujarnya.Sebelum itu, tular video berdurasi 28 saat yang dirakam pengguna jalan raya memaparkan seorang lelaki memakai jaket serta bertopi keledar berdiri di kawasan perkuburan sambil melakukan beberapa gerakan tangan dan kaki seakan bersilat.Pada Sabtu, Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid mengarahkan Pejabat Kadi Kluang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam untuk memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab dilakukan di tanah perkuburan.Insiden itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar diperoleh |
|
Siasat akidah, kesalahan jenayah syariah lelaki disyaki bersilat di kubur - Kosmo - 23/11 2:38 pm KOTA TINGGI – Masyarakat diminta tidak membuat spekulasi dan memberikan peluang kepada pihak berkuasa agama menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam di Kluang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr |
|
Senarai 24 Hotel Di Negeri Sembilan Miliki Sijil Halal Malaysia, Senang Nak Buat ‘Event’ Tanpa Was-Was! - Siraplimau - 19/11 5:15 pm Baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah berkongsi senarai terkini hotel di Negeri Sembilan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |