///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Gunung Batu Putih News   Page 1    





Penglibatan ibu bapa, komuniti penting dalam pelaksanaan RPM 2026-2035 -Fadhlina - Sinarharian - 31/05 10:45 pm

KUALA LUMPUR - Penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat menjadi antara faktor utama dalam menjayakan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh sedekad akan datang menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, komitmen dan sokongan jitu daripada semua pihak berkenaan amat diperlukan, khususnya dalam mendepani pelaksanaan kurikulum baharu prasekolah dan persekolahan tahun depan."Pelaksanaan kurikulum baharu prasekolah juga telah bermula dan peluasan kelas prasekolah sedang giat dilaksanakan di seluruh negara





Poor telco coverage hampers search efforts for missing Gunung Batu Putih hiker - FMT - 31/05 5:43 pm

Perak fire and rescue department director Sayani Saidon says communication with search and rescue personnel remains disrupted.





Maritim Malaysia tahan vesel pukat, pam bot di perairan Pulau Tabawan - Mygazette - 31/05 3:36 pm

# Maritim Malaysia tahan vesel pukat, pam bot di perairan Pulau Tabawan KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel pukat jerut bilis dan sebuah pam bot dalam dua operasi berasingan di perairan Pulau Tabawan, Kunak, Sabah, semalam





Maritim Malaysia aktif carilamat kesan Jason Alexander hilang di Pantai .. - Mygazette - 31/05 3:36 pm

# Maritim Malaysia aktif carilamat kesan Jason Alexander hilang di Pantai Batu Linting KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (carilamat) bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Linting, Kuala Penyu, petang kelmarin





DAPSY perlu cermin diri, PH pernah ???pinang??? UMNO bentuk Kerajaan .. - Mygazette - 31/05 3:36 pm

# DAPSY perlu cermin diri, PH pernah pinang UMNO bentuk Kerajaan Perpaduan Gulam Muszaffar KUALA LUMPUR UMNO Bahagian Batu membidas Pemuda DAP kerana menuduh parti Melayu itu bagaikan kacang lupakan kulit, sedangkan mereka sendiri lupa jasa Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)





Jangan pandang rendah laluan, buat persiapan rapi sebelum mendaki - Sinarharian - 31/05 3:33 pm

IPOH - Persediaan rapi, disiplin serta kemampuan untuk tidak panik antara faktor paling penting perlu diberi perhatian setiap pendaki bagi mengelakkan insiden kehilangan atau kecemasan di kawasan pergunungan.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata, antara kesilapan paling kerap dilakukan pendaki ialah memandang rendah tahap kesukaran laluan, gagal membuat perancangan perjalanan yang teratur dan tidak membawa peralatan kecemasan asas.Muzafar berkata, peralatan seperti wisel, lampu suluh, kit kecemasan, alat pengesan lokasi (GPS tracker) dan bekalan makanan tambahan perlu menjadi keperluan asas setiap pendaki, bukan sekadar pilihan."Wisel misalnya amat penting kerana membantu pasukan penyelamat mengesan lokasi mangsa terutama ketika jarak penglihatan terhad, selain semasa keletihan dan tidak mampu menjerit meminta bantuan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.Muzafar berkata, walaupun mempunyai pengalaman bertahun-tahun, ia bukan jaminan pendaki mampu menghadapi semua situasi kerana setiap gunung mempunyai cabaran tersendiri dari segi bentuk muka bumi, cuaca dan tahap kesukaran."Sebagai contoh trend pendakian kompres atau singkat yang semakin popular, memerlukan perancangan lebih teliti kerana tempoh perjalanan dipendekkan sehingga kira-kira satu pertiga daripada jadual asal."Apabila masa pendakian dipendekkan, margin kesilapan menjadi lebih kecil dan sebab itu perancangan logistik, kecergasan fizikal dan pengurusan risiko perlu dibuat dengan lebih terperinci," katanya.Selain itu, Muzafar berkata, kebanyakan aktiviti pendakian di Malaysia memerlukan khidmat malim gunung bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi kecuali di beberapa kawasan tertentu yang tidak mewajibkannya.Muzafar berkata, cabaran utama operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pergunungan ialah kekangan komunikasi kerana kebanyakan lokasi pendakian tidak mempunyai liputan telekomunikasi yang menyeluruh.Keadaan itu bukan sahaja menyukarkan mangsa untuk mendapatkan bantuan, malah memberi cabaran kepada pasukan SAR dalam menyelaras pergerakan dan strategi pencarian di lapangan selain mereka berhadapan keluasan kawasan pencarian dan perubahan cuaca tidak menentu.Berhubung soal kelangsungan hidup selepas tersesat di dalam hutan, Muzafar berkata, faktor paling penting ialah kemampuan untuk kekal tenang supaya dapat terus berfikir dengan baik dan tidak bertindak secara terburu-buru."Apabila panik, seseorang cenderung membuat keputusan yang boleh meningkatkan risiko keselamatan dan sebab itu seseorang pendaki perlu kekal tenang," katanya.Muzafar berkata, sumber air merupakan keperluan paling mustahak dalam situasi kecemasan kerana manusia hanya mampu bertahan tanpa air untuk tempoh singkat berbanding makanan."Bagaimanapun, perlu diingatkan tidak semua sumber air di hutan selamat diminum





Tiada rakaman imej Jaslinda di Bukit Berapit 2 - Sinarharian - 31/05 3:27 pm

TAPAH - Semakan rakaman kamera pengawasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di laluan Bukit Berapit 2 tidak menemukan sebarang imej pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, dapatan itu diperolehi hasil pemeriksaan dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.30 tengah hari pada Ahad.Menurutnya, berdasarkan perkembangan itu, pasukan SAR bersama Perhilitan telah digerakkan ke satu lagi lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu bagi mendapatkan kad memori bagi tujuan pemeriksaan."Langkah ini bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa tersasar dari laluan utama pendakian."Lokasi kamera di Gunung Rayu ini berada kira-kira satu kilometer di luar trek laluan Sukaneka-Gunung Rayu-Bukit Berapit-Pos Musoh," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.Beliau berkata, berdasarkan koordinat kamera pengawasan tersebut, kawasan berkenaan terletak dalam daerah Hulu Jelai di Lipis, Pahang."Walaupun di luar laluan utama, pemeriksaan tetap dilakukan sebagai usaha mengesan sekiranya mangsa melalui kawasan tersebut," katanya.Dalam perkembangan sama, Sayani berkata, operasi SAR turut berdepan cabaran apabila komunikasi dengan pasukan di lapangan terputus dipercayai akibat berada di kawasan lembah selain liputan komunikasi yang terhad.ARTIKEL BERKAITAN :Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaKatanya, sehingga jam 10 pagi, seramai 21 anggota pasukan SAR masih berada di lapangan melibatkan JBPM (13), Jabatan Perhutanan (tiga) dan Malim Gunung Perak (MGP) seramai lima orang.Sementara itu, seramai 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah keluar dari kawasan operasi melalui Pos Musoh pada jam 1.13 pagi, manakala lima lagi pasukan penyelamat terdiri daripada JBPM dan Perhutanan keluar melalui Pos Kuala Woh pada jam 2.12 pagi."Operasi SAR kini tertumpu di sekitar Gunung Rayu dengan penglibatan anggota JBPM dan MGP."Perancangan sedang dibuat untuk menambah kekuatan anggota bagi tindakan lebih bersepadu di sektor pencarian yang dikenal pasti," katanya.Pada Sabtu, kelibat Jaslinda dilihat melintasi salah satu kamera pengawasan di lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih, dipercayai bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka, 24 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Singaporean hiker injured after fall while descending Gunung Datuk - Malaymail - 31/05 9:58 am

SEREMBAN, May 31 A Singaporean man was injured after allegedly falling at a rocky section while descending Gunun...





Ablim wira lakukan tugasan kritikal misi SAR Gunung Batu Putih - Sinarharian - 31/05 9:11 am

IPOH Seorang anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Ablim Bahari, muncul antara wira di sebalik Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng, sejak 25 Mei lalu.JBPM Perak menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Ablim yang berasal daripada komuniti Orang Asli suku Semai dari Kampung Chenderong Kelubi, Sungai Galah, merupakan antara anggota kumpulan pertama yang diatur gerak ke lokasi operasi bagi mencari Jaslinda Saludin, 49.Sepanjang operasi tersebut, beliau bersama pasukan penyelamat melaksanakan pelbagai tugasan kritikal termasuk menyediakan lokasi winching point di Kem Batu Core bagi memudahkan operasi udara dijalankan.Selain itu, Ablim turut membantu proses penyerahan seorang pendaki lelaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kepada Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) selepas mangsa dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika berada di kawasan gunung berkenaan.Beliau yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah itu juga terlibat secara langsung dalam usaha menjejak dan mencari keberadaan Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuKomitmen tinggi, ketahanan fizikal serta semangat juang yang ditunjukkan Ablim sepanjang operasi itu menjadi antara faktor penting dalam memastikan misi SAR dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.Pengorbanan serta dedikasi anggota penyelamat seperti beliau mencerminkan peranan besar yang dimainkan setiap anggota pasukan dalam usaha menyelamatkan nyawa dan membantu masyarakat ketika berdepan situasi kecemasan.





Jaslinda melalui laluan ke Kem Sukaneka bukan Gunung Batu Bujang - Mygazette - 31/05 8:01 am

# Jaslinda melalui laluan ke Kem Sukaneka bukan Gunung Batu Bujang TAPAH Rakaman kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih menunjukkan pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin tidak melalui laluan menuju ke Gunung Batu Bujang





Penuntut madrasah maut nahas motosikal dengan lori - Mygazette - 31/05 8:01 am

# Penuntut madrasah maut nahas motosikal dengan lori BATU PAHAT - Seorang penuntut Madrasah Ibnu Yazid maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Kangkar Senangar-Pagoh, dekat sini hari ini





Lelaki warga Singapura cedera di kawasan berbatu Gunung Datuk - Mygazette - 31/05 8:01 am

# Lelaki warga Singapura cedera di kawasan berbatu Gunung Datuk SEREMBAN - Seorang lelaki warga Singapura cedera selepas dipercayai terjatuh di kawasan berbatu ketika menuruni Gunung Datuk, Rembau di sini hari ini





Ibadah korban secara persendirian mesti ikut SOP – Shazrul - Mygazette - 31/05 8:01 am

# Ibadah korban secara persendirian mesti ikut SOP - Shazrul JOHOR BAHRU - Penduduk yang melaksanakan ibadah korban terutama secara persendirian dinasihatkan supaya melaporkan kepada ketua kampung bagi memastikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan





Mandur ladang patah tulang rusuk ditanduk kerbau korban - Mygazette - 31/05 8:01 am

# Mandur ladang patah tulang rusuk ditanduk kerbau korban JOHOR BAHRU - Seorang mandur ladang ditanduk kerbau dalam program korban di Batu 19, Kampung Sungai Tiram di sini pada Rabu lalu tidak serik atau trauma walaupun sudah patah tulang rusuk





Singaporean suffers fractured arm coming down Gunung Datuk - FMT - 30/05 11:31 pm

Firefighters say the man, aged 52, is believed to have fallen at a rocky area near the summit staircase while descending the mountain.





Pendaki warga Singapura terjatuh di kawasan berbatu ketika turun Gunung Datuk - Sinarharian - 30/05 11:14 pm

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Singapura cedera selepas dipercayai terjatuh di kawasan berbatu ketika menuruni Gunung Datuk, Rembau di sini hari ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Pegawai Bomba Tinggi II, Asnizam Kamberon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 52 tahun itu pada 10.29 pagi."Mangsa antara 11 orang yang menyertai aktiviti pendakian ke puncak Gunung Datuk dengan diiringi dua Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan."Dia dipercayai terjatuh di kawasan berbatu berhampiran tangga puncak ketika menuruni gunung berkenaan dan mengalami kecederaan patah pada tangan kanan," katanya kepada Bernama.Asnizam berkata, Pasukan Keluaran Operasi kemudian mendaki ke lokasi mangsa berada, iaitu kira-kira dua kilometer dari kaki gunung, dan membawanya turun menggunakan pengusung.Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan selanjutnya, dan operasi melibatkan lima anggota itu tamat pada 2.28 petang.- Bernama





Operasi SAR Jaslinda: Seorang anggota penyelamat cedera, dibawa keluar dengan pesawat - Sinarharian - 30/05 9:42 pm

IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng sejak 24 Mei lalu terus berdepan cabaran apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera ketika menjalankan misi pencarian di kawasan hutan berkenaan.Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, anggota terbabit mengalami kecederaan pada bahagian paha, lutut dan buku lali ketika menyertai operasi pencarian pada Jumaat.Menurutnya, anggota berkenaan menjalankan pencarian dari Kem Kantoi ke alur air menuju Sungai Busok sebelum menyusuri sungai itu sejauh kira-kira satu kilometer, namun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu berkaitan mangsa."Anggota yang cedera bersama tiga lagi penyelamat lain kemudian dibawa keluar dari kawasan tersebut menggunakan pesawat AW139 melalui teknik winching," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuDalam masa itu, operasi SAR memasuki hari keenam menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa, Jaslinda Saludin, 49, berjaya dirakam kamera pengawasan hidupan liar milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Sayani berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu.Menurutnya, rakaman tersebut mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu."Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari."Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu," katanya.Beliau berkata, rakaman sama turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi berkenaan pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu.Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan tersebut, manakala Kamera 2 tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei."Sehubungan itu, laluan ke Gunung Batu Bujang disahkan tidak dilalui oleh mangsa."Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point





SOP aktiviti pendakian perlu disemak - Lam Thye - Sinarharian - 30/05 7:16 pm

SHAH ALAM Pihak berkuasa digesa menjalankan semakan menyeluruh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti pendakian di seluruh negara bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa ditambah baik mengikut perkembangan semasa.Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, meskipun aktiviti rekreasi itu memberi manfaat kepada kesihatan, peningkatan kes kehilangan pendaki menunjukkan keperluan mendesak untuk penambahbaikan SOP.Menurutnya, beberapa insiden kecemasan kebelakangan ini turut menyaksikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa digerakkan secara kerap oleh pelbagai agensi penyelamat."Setiap kali berlaku kes kehilangan atau kemalangan melibatkan pendaki, operasi SAR melibatkan penggunaan sumber manusia, aset dan kos yang besar."Ia turut melibatkan komitmen tinggi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sukarelawan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, seorang remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa pada 23 Mei lalu, ditemui meninggal dunia pada Selasa.Pada hari sama, seorang lagi wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dan operasi pencarian masih diteruskan.Mengulas lanjut, Lee Lam Thye berkata anggota penyelamat turut berdepan risiko ketika menjalankan operasi di kawasan mencabar.Beliau menegaskan pelaksanaan SOP wajar dipertimbangkan termasuk mewajibkan pendaftaran pendaki di kawasan hutan simpan serta mewujudkan sistem daftar masuk dan keluar secara digital bagi memudahkan pengesanan awal."Pihak berkuasa juga perlu mewajibkan penggunaan jurupandu bertauliah bagi laluan berisiko atau yang mempunyai tahap kesukaran tinggi."Penggunaan teknologi moden seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), alat pengesan lokasi, dron dan sistem amaran kecemasan juga boleh membantu mempercepatkan usaha menyelamat," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau turut mencadangkan penubuhan pangkalan data kebangsaan berkaitan insiden pendakian serta mempergiat kempen kesedaran keselamatan kepada orang ramai.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah aspek persediaan sebelum melakukan aktiviti pendakian."Ramai pendaki didapati mendaki secara bersendirian, mengabaikan amaran cuaca, keluar daripada laluan ditetapkan atau gagal membawa peralatan keselamatan mencukupi."Langkah keselamatan ini bukan bertujuan menyekat aktiviti rekreasi, sebaliknya memastikan rakyat dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan selamat dan bertanggungjawab."Kehilangan walaupun satu nyawa akibat kelemahan aspek keselamatan adalah terlalu banyak





'Langit Yang Terlupa' bawa pembaca keluar daripada cengkaman trauma - Sinarharian - 30/05 7:02 pm

KUALA LUMPUR Penulis novel, Seri Maya tampil dengan karya terbaharu berjudul Langit Yang Terlupa yang mengetengahkan elemen penyembuhan emosi serta usaha bangkit daripada trauma masa lalu.Seri Maya atau nama sebenarnya Hasrinawaty Mohd Hassan berkata, karya kedua beliau itu menampilkan genre romantik perlahan (slow burn romance) yang memberi kesan mendalam dari sudut emosi pembaca."Berbanding novel sebelum ini, naskhah terbaharu ini masih mempunyai konflik, namun lebih kepada bagaimana seseorang menemui kekuatan dan keberanian untuk keluar daripada trauma yang pernah dialami."Ia merupakan satu perjalanan penyembuhan emosi yang diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pembaca," katanya ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.Beliau berkata, Langit Yang Terlupa dihasilkan bagi memberi inspirasi kepada mereka yang berdepan trauma, kesedihan dan cabaran hidup."Saya mahu pembaca rasa disayangi, mempunyai kekuatan dan harapan."Walau apa pun ujian yang Allah SWT berikan, percayalah bahawa masih ada sesuatu yang lebih baik disimpan untuk kita pada masa hadapan," katanya.Sementara itu, Editor Kanan Unit Novel Grup Buku Karangkraf (GBK), Mazuen Yahaya berkata, genre thriller dan seram kekal menjadi pilihan utama pengunjung apabila mencatatkan permintaan tinggi di PBAKL tahun ini."Setakat dua hari ini, antara judul yang berada dalam ranking teratas ialah Rubah Putih (Ramlee Awang Murshid), Cold Case (Azmeer Shah) serta K-Lit Kleptokrasi I dan II karya Leena Syiha."Novel cinta turut mendapat perhatian pembaca menerusi beberapa judul baharu termasuk Langit Yang Terlupa dan Atas Lantai Bumi oleh Liza Nur," katanya.Beliau berkata, sambutan pengunjung pada tahun ini juga dilihat lebih memberangsangkan dengan peningkatan jumlah pengunjung."Secara keseluruhan, sasaran jualan yang ditetapkan dilihat berada pada landasan yang positif."Kami turut menawarkan pakej kombo buku baharu, pelbagai barangan eksklusif serta sesi bertemu penulis yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad," katanya.Reruai Grup Buku Karangkraf terletak di Aras 3, Dewan Tun Razak, WTCKL bermula Jumaat hingga 7 Jun ini.





Storehouse in Swee Joo Park razed in fire, no casualties reported - BorneoPost - 30/05 6:52 pm

KUCHING (May 30): A storehouse at Jalan Merdeka, Swee Joo Park here was destroyed in a fire this afternoon





Sarawak Scouts HQ to be rebuilt as Bangunan Tun Openg with hotel-cum-hostel facility, says Premier - BorneoPost - 30/05 6:23 pm

KUCHING (May 30): A new chapter is set to begin for the Malaysian Scout Association Sarawak Branch, with its fire-damaged headquarters at Jalan Batu Lintang here to be rebuilt as Bangunan Tun Openg and complemented by a hotel-cum-hostel for Scouts from across the state





Penuntut madrasah maut motosikal bertembung lori - Sinarharian - 30/05 5:56 pm

BATU PAHAT Seorang penuntut Madrasah Ibnu Yazid maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Kangkar SenangarPagoh, dekat sini, pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah lori dari arah Parit Sulong, Batu Pahat menghala ke Pagoh, Muar."Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan lori berkenaan lalu berlaku perlanggaran," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal, Muhammad Arif Selamat, 19, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, patah kaki kanan serta kecederaan organ dalaman.Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong yang berada di tempat kejadian.Sementara itu, pemandu lori berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mangsa merupakan penuntut Madrasah Ibnu Yazid, Simpang Lima, Parit Sulong dan beralamat di Felda Batu 27 Lenga, Muar," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.





Kamera pengawasan kesan kelibat Jaslinda - Sinarharian - 30/05 5:49 pm

IPOH - Hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa dirakam kamera pengawasan hidupan liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua cip kad memori kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu.Menurutnya, rakaman kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih itu mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu."Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari."Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.Sayani berkata, rakaman itu turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi sama pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu.Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan berkenaan manakala Kamera 2 pula tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Sehubungan itu, laluan ke Gunung Batu Bujang disahkan tidak dilalui oleh mangsa."Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point





Stor haram dekat tanah perkuburan simpan 825 liter diesel diserbu - Sinarharian - 30/05 4:55 pm

TUMPAT Cubaan menyembunyikan 825 liter minyak diesel di sebuah stor terpencil berhampiran tanah perkuburan di Kampung Surau Lama Geting, Pengkalan Kubor terbongkar selepas lokasi itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Jumaat.Dalam serbuan menerusi Ops Tiris kira-kira jam 5.45 petang itu, pihak berkuasa merampas 825 liter diesel bernilai lebih RM4,000 yang dipercayai disimpan bagi tujuan penyelewengan.Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi bersepadu itu dijalankan oleh sepasukan pegawai Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) KPDN Kelantan dengan kerjasama Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.Menurut beliau, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya sejak beberapa ketika lalu."Pemeriksaan di lokasi mendapati sindiket dipercayai menggunakan sebuah stor yang terletak bersebelahan kilang ais dan berhadapan tanah perkuburan sebagai lokasi penyimpanan barang kawalan bagi mengaburi pihak berkuasa."Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebuah kotak futon berwarna putih yang digunakan untuk menyimpan 33 tong berkapasiti 25 liter setiap satu mengandungi cecair disyaki diesel dengan jumlah keseluruhan 825 liter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menyimpan barang kawalan tanpa permit atau lesen sah.Katanya, semua barang kes telah dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut."KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi."Tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dipergiat bagi memastikan ketirisan dan penyalahgunaan barang kawalan dapat dibendung demi menjaga kepentingan rakyat dan negara," katanya.





Rescuers retrieve trail camera data in search for missing hiker Jaslinda on Gunung Batu Putih - Malaymail - 30/05 4:08 pm

TAPAH, May 30 A team has been deployed to retrieve surveillance camera chips around the Gunung Batu Putih hiking...





Pendaki hilang: 8 anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Mygazette - 30/05 3:25 pm

# Pendaki hilang: 8 anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih CYBERJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Peraksejak 23 Mei lepas





Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm

# Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda TAPAH - Pasukan penyelamat mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih di sinibagi memantau sekiranyapendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang sejak seminggu lepas ada dikesan melintasi kawasan berkenaan





UMS temui kulat biru indigo baharu di Taman Kinabalu, pertama di Malaysia .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm

# UMS temui kulat biru indigo baharu di Taman Kinabalu, pertama di Malaysia KUALA LUMPUR Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakar sejarah sains negara apabila berjaya menemukan spesies kulat biru indigo baharu di Taman Kinabalu, sekali gus merekodkan penemuan pertama genus seumpamanya di Malaysia





'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung - Sinarharian - 30/05 2:30 pm

TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata operasi SAR turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat."Selain keadaan sejuk yang berangin di kawasan banjaran tinggi, kesukaran komunikasi antara pasukan di lapangan dengan pusat kawalan operasi turut menjadi cabaran utama kerana memberi kesan terhadap koordinasi taktikal pencarian di kawasan pergunungan itu."Lokasi di sini turut dikategorikan sebagai laluan sukar yang memerlukan pendaki mengerah kudrat, termasuk memanjat bagi melepasi halangan tertentu





Rescuers continue Gunung Batu Putih search for missing hiker Jaslinda Saludin, no plans to call off mission - Malaymail - 30/05 1:51 pm

CYBERJAYA, May 30 The Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM) is continuing search and rescue (SAR) operat...





7 tahun berlalu, Acap masih belum ditemui - Sinarharian - 30/05 1:51 pm

KEHILANGAN pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih baru-baru ini mengembalikan ingatan ramai kepada satu lagi misteri kehilangan yang sehingga kini masih belum terungkai.Misteri kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, masih belum terungkai walaupun lebih tujuh tahun berlalu sejak dia dilaporkan hilang ketika menyertai perlumbaan lasak itu pada 23 Mac 2019.Acap yang ketika itu berusia 29 tahun dilaporkan gagal dikesan selepas tidak tiba di pusat pemeriksaan terakhir perlumbaan yang berlangsung di kawasan hutan dan bukit sekitar Gopeng.Kehilangannya disedari apabila dia tidak menamatkan perlumbaan sebelum rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Gopeng pada jam 1.09 pagi, 24 Mac 2019.ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kehilangan AcapKehilangan Acap: Jangan obses unsur mistikKehilangan Acap: 'Abang tidak pernah tinggal kamu'Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar dilancarkan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, pasukan keselamatan lain serta ratusan sukarelawan dan penduduk kampung.Sepanjang hampir sebulan operasi dijalankan, pelbagai aset digunakan termasuk unit anjing pengesan, dron, helikopter dan pasukan khas pencarian darat bagi menjejaki Acap di kawasan hutan, bukit dan sungai sekitar Gopeng.Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak membuahkan hasil apabila tiada petunjuk kukuh ditemukan





Kehilangan Jaslinda: Lapan anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Sinarharian - 30/05 12:02 am

CYBERJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak 23 Mei lepas.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, operasi itu masih diteruskan dengan penglibatan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai agensi di lokasi kejadian.Beliau berkata, lapan lagi anggota dihantar ke puncak gunung pagi tadi bagi membolehkan proses penggiliran pasukan penyelamat dilaksanakan."Kita masih meneruskan operasi sejak 24 Mei lepas





Lima rumah teres terbakar, remaja melecur dikejarkan ke hospital - Sinarharian - 30/05 11:58 am

BATU PAHAT Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran yang melibatkan lima buah rumah teres di Taman Londang, Parit Raja, malam Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 8.21 malam itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fariz Abdullah dilaporkan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Komander Operasi, Pegawai Penguasa Bomba, Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 8.21 malam.Jelasnya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan bantuan BBP Rengit digerakkan ke lokasi kejadian."Kebakaran melibatkan lima unit rumah teres jenis kekal bernombor 11 hingga 15 dengan keluasan setiap rumah dianggarkan 14 x 22 kaki."Kebakaran menyebabkan rumah nombor 13 mengalami kemusnahan kira-kira 90 peratus, diikuti rumah nombor 12 sebanyak 60 peratus."Rumah nombor 14 mengalami kerosakan 30 peratus, rumah nombor 11 sebanyak 25 peratus manakala rumah nombor 15 sekitar 10 peratus," katanya dalam kenyataan.Mohd Shamin memberitahu, turut terlibat dalam kebakaran itu ialah dua buah kereta dan lapan motosikal."Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan serta satu aliran salur bantu mula menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba berhampiran."Api berjaya dikawal pada jam 8.46 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 malam."Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.





Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa - Sinarharian - 30/05 11:32 am

IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan rakaman kamera pengawasan bagi membantu menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua anggota Team Pelindung daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pasukan penyelamat ditugaskan mendapatkan cip kamera pengawasan yang dipasang di sekitar laluan pencarian.Menurutnya, langkah itu diambil bagi meneliti rakaman yang mungkin dapat membantu mengesan pergerakan mangsa di kawasan berkenaan."Seramai 16 anggota tambahan dihantar ke lokasi pencarian pada pagi ini menggunakan pesawat AW139 bagi memperkukuh operasi SAR."Pasukan Team Pelindung Perhilitan bersama anggota penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui rakaman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pasukan tambahan itu terdiri daripada enam anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), dua anggota Team Pelindung Perhilitan, lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga Malim Gunung Perhutanan (MGP).Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Puncak Gunung Batu Putih dan lokasi titik winching baharu di Kem Kantoi.Sabarodzi berkata, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian sejak semalam melibatkan 34 anggota.Katanya, ketika ini jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang berada di lokasi pencarian setakat pagi Sabtu seramai 50 orang.Operasi SAR diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi strategik termasuk laluan pendakian dan kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilalui mangsa.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu





Search for missing hiker Jaslinda enters sixth day on Gunung Batu Putih in Perak - Malaymail - 30/05 11:25 am

KUALA LUMPUR, May 30 The search for missing hiker Jaslinda Saludin entered its sixth day today, with 50 personne...





Gunung Lang boat services paused until June 4 for repairs, island attractions temporarily out of reach, says Ipoh council - Malaymail - 30/05 11:14 am

IPOH, May 29 Boat service operations at Gunung Lang Recreational Park, one of Ipohs major tourist attract...





3 tahun hilang di Everest, Nepal diminta isytihar kematian Muhammad Hawari - Sinarharian - 30/05 10:36 am

KUALA LUMPUR Selepas lebih tiga tahun kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim di Gunung Everest, pihak ekspedisi kini memohon Kerajaan Nepal mengeluarkan pengisytiharan rasmi kematian bagi membantu melancarkan pelbagai urusan melibatkan keluarga mangsa.Chef de Mission ME 2023, Tan Sri Salleh Mohd Nor berkata, permohonan berkenaan telah disampaikan kepada Kuasa Usaha Kedutaan Nepal di Malaysia, Mudita Bajracharya, dengan harapan kerajaan negara itu dapat mempertimbangkan perkara tersebut.Menurut beliau, sehingga kini tiada sebarang dokumen rasmi berkaitan deklarasi kematian dikeluarkan oleh Kerajaan Nepal walaupun kehilangan pendaki itu sudah melepasi tempoh tiga tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Hawari berkemungkinan terjatuh dari Kem EmpatGanjaran lebih RM20,000 kesan HawariKatanya, pengisytiharan berkenaan amat penting bagi memudahkan keluarga Muhammad Hawari menguruskan pelbagai perkara termasuk tuntutan insurans, urusan pekerjaan dan dokumentasi rasmi."Dalam pertemuan yang diadakan, wakil Kerajaan Nepal menyatakan kesediaan untuk membantu berhubung perkara yang dibangkitkan."Langkah seterusnya ialah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan berkenaan bagi mendapatkan pertimbangan serta tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Everest Sedunia 2026 (Sagarmatha Diwas 2026) di ibu negara pada Khamis.Pada majlis itu, empat pendaki Everest negara diraikan atas kejayaan mereka menawan puncak tertinggi dunia tersebut.Mereka ialah pendaki Malaysia Everest pertama, Datuk N Mohanadas Nagappan yang berjaya menawan Everest pada 1997, dua pendaki Projek Everest Felda 2013 iaitu Mohamad Asyraf Mohd Halim dan Zainudin Lot, serta Azim Afif Ishak yang menawan puncak berkenaan pada 2016.Hari Everest Sedunia disambut setiap 29 Mei bagi memperingati kejayaan pendakian ke Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia.Sehingga kini, seramai 30 rakyat Malaysia berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest, termasuk pendaki terbaharu, Mohd Khafiz Bachok, 47, yang mencapai puncak pada 18 Mei lalu dalam ekspedisi musim bunga.Muhammad Hawari yang berasal dari Pulau Pinang dan ketika itu bertugas di Muzium Pulau Pinang, berjaya menawan Gunung Everest pada 19 Mei 2023.Namun, pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran berusia 33 tahun itu dilaporkan hilang sehari kemudian ketika berada di kawasan berhampiran puncak gunung berkenaan.Dalam ekspedisi yang sama, Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu Nepal bersamaan 12.45 tengah hari waktu Malaysia ketika menerima rawatan di Kem 4 pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut.Sebelum ini, pihak ME 2023 telah mengemukakan laporan perubatan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal sebagai sokongan kepada permohonan pengisytiharan kematian Muhammad Hawari.Laporan yang disediakan Ketua Pegawai Perubatan Mountain Medical Institute, Dr Abhyu G itu mengandungi penilaian profesional mengenai status Muhammad Hawari berdasarkan faktor perubatan serta keadaan persekitaran di Everest.Menurut laporan tersebut, peluang untuk seseorang terus hidup dalam tempoh yang lama di kawasan puncak Everest adalah sangat rendah kerana lokasi itu berada dalam kawasan dikenali sebagai "Zon Kematian" atau Death Zone pada ketinggian melebihi 8,000 meter.Di kawasan berkenaan, kandungan oksigen atmosfera berada pada paras yang tidak mencukupi untuk menyokong kelangsungan hidup manusia dalam tempoh berpanjangan.Laporan itu turut menjelaskan bahawa walaupun menggunakan bekalan oksigen tambahan, pendaki masih berdepan risiko serius seperti hipoksia, keletihan melampau, suhu sejuk ekstrem serta penyakit altitud tinggi termasuk Edema Serebrum Altitud Tinggi (HACE) dan Edema Pulmonari Altitud Tinggi (HAPE).





I arrived: Missing hikers message proof she reached the Gunung Batu Putih summit - Malaymail - 30/05 9:51 am

IPOH, May 30 An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49,...





Trump tangguh keputusan perjanjian Iran dalam mesyuarat dengan pegawai - Laporan - Sinarharian - 30/05 8:51 am

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump belum membuat keputusan mengenai cadangan perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran pada Jumaat semasa pertemuan dua jam dengan para pegawai di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi memetik The New York Times.Rumah Putih belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk ulasan mengenai laporan itu yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran.Terdahulu pada Jumaat, Trump (menerusi platform Truth Social) berkata, beliau akan bertemu para pegawai untuk membuat "penentuan muktamad" mengenai cadangan itu, yang didakwanya akan termasuk komitmen Iran untuk tidak langsung mendapatkan senjata nuklear dan pembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial tanpa had





Prinsip STOP, kekal di satu lokasi sekiranya tersesat di hutan - Sinarharian - 30/05 8:15 am

SHAH ALAM Ilmu ikhtiar hidup dan pengurusan emosi menjadi antara elemen paling penting dalam membantu seseorang pendaki terus bertahan sekiranya tersesat di hutan.Malim gunung, Halfian Abd Rahim berkata, pendaki berpengalaman kebiasaannya akan mengaplikasikan prinsip STOP iaitu Berhenti (Sit), Berfikir (Think), Perhati (Observe) dan Rancang (Plan) bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan panik ketika berdepan situasi kecemasan.Menurutnya, antara tindakan utama yang perlu dilakukan ialah mencari atau membina perlindungan sementara selain mencari kawasan lebih selamat termasuk gua bagi mengelak hipotermia, hujan dan angin."Mereka juga akan cuba mengekalkan suhu badan dengan menukar pakaian basah, memakai pakaian tambahan dan menggunakan selimut kecemasan aluminium atau Mylar."Jika bersama pendaki lain, mereka turut boleh berkongsi haba badan bagi mengelakkan hipotermia," katanya kepada Sinar Harian.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurut Halfian, pendaki yang tersesat lazimnya akan mencari sumber air bersih seperti sungai dan mata air, selain mengumpul air hujan atau embun menggunakan khemah dan plastik.Katanya, ilmu mengenal pasti tumbuhan tertentu seperti rotan dan periuk kera juga boleh membantu mendapatkan sumber air dalam situasi kecemasan."Mereka juga akan mengurangkan pergerakan tidak perlu bagi menjimatkan tenaga selain mencatu makanan dan minuman supaya bekalan dapat bertahan lebih lama," ujarnya.Dalam pada itu, Halfian berkata, penggunaan wisel, unggun api, lampu suluh dan suar turut menjadi antara kaedah penting sebagai isyarat kecemasan kepada pasukan SAR."Sekiranya keadaan mengizinkan, mereka akan cuba melakukan navigasi asas menggunakan peta dan kompas atau kekal di lokasi selamat seperti denai utama sementara menunggu bantuan SAR."Selain kemahiran fizikal, pengurusan emosi dan terapi hutan juga penting kerana panik boleh menyebabkan seseorang membuat keputusan yang salah ketika berada dalam situasi cemas," katanya.Sementara itu, pendaki berpengalaman, Suhaila Sulaiman, 44, berkata, tindakan paling selamat bagi seseorang ketika tersesat di hutan ialah kekal berada di lokasi terakhir dalam tempoh 24 jam.Menurutnya, langkah itu penting terutama jika pendaki berada di kawasan hutan tebal dan tidak biasa dengan laluan pendakian."Kalau saya sendiri akan pilih untuk kekal di satu tempat kerana apabila terus berjalan dalam keadaan panik atau keliru, risiko tersasar lebih jauh sangat tinggi."Biasanya pasukan pendaki lain atau penyelamat akan kembali menelusuri laluan asal untuk mengesan pendaki hilang," katanya.Suhaila berkata, setiap pendaki juga disarankan membawa kelengkapan asas kecemasan walaupun mendaki di trek popular atau laluan dianggap mudah."Jangan terlalu yakin bergerak walaupun sudah berpengalaman kerana keadaan dalam hutan boleh berubah dan pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku," ujarnya.





Vesel nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen, undang-undang .. - Mygazette - 30/05 7:55 am

# Vesel nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen, undang-undang imigresen PELABUHAN KLANG Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan dipercayai melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang perikanan dan imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Selangor, petang Rabu lalu





Persiapan diri penting dalam aktiviti pendakian - Pendaki solo negara - Sinarharian - 30/05 7:40 am

SHAH ALAM Aspek keselamatan, persiapan diri dan semangat berpasukan perlu diberi perhatian sebelum melakukan aktiviti mendaki bukit atau gunung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin berkata, orang ramai perlu lebih peka terhadap keadaan persekitaran sebelum memulakan pendakian."Teknologi memudahkan pendaki mendapatkan maklumat awal mengenai laluan, tahap kesukaran serta keadaan lokasi."Sekarang ini mudah, tidak seperti dahulu





Ground inscription proves missing hiker reached Gunung Batu Putih summit - Sinardaily - 29/05 10:11 pm

IPOH - An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49, had reached the summit of Gunung Batu Putih near Tapah.A member of the Perak Forestry Mountain Guide (MGP) team, who wished to be known only as Hafiz, said he discovered the inscription when he arrived at the summit while serving as the rear guard, or "sweeper", for the Trans Spencer Chapman hiking expedition."Yes, she (Jaslinda) reached the summit, but she did not leave any hint as to where she went or which trail she took





Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih - Sinarharian - 29/05 9:58 pm

IPOH - Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, beliau yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu, menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung."Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana





Mayat pengendali jetski ditemui 100 meter dari lokasi hilang - Sinarharian - 29/05 9:52 pm

LANGKAWI - Mayat pengendali jetski yang dikatakan terjatuh pada Khamis ditemui maut kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mayat Arash Nashran Abdul Maser, 23, dijumpai orang awam yang menaiki jetski di lokasi terbabit."Mayat telah dijumpai pada 29 Mei 2026 jam kira-kira 6 petang di tempat lebih kurang 100 meter dari kawasan hilang oleh orang awam yang menaiki jetski," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pengesahan kematian disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 7 petang Jumaat.Sebelum ini, beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 9.17 malam Khamis berhubung kehilangan mangsa membolehkan SAR dilaksanakan."Operasi SAR disambung semula pada Jumaat jam 8 pagi dengan pembahagian tiga sektor kawasan pencarian berkeluasan 2.54 batu nautika persegi."Jumlah aset yang terlibat hari ini adalah empat aset laut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.





Tok Batin akan bantu operasi cari Jaslinda - Sinarharian - 29/05 7:27 pm

TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk Tok Batin Orang Asli untuk tampil membantu memperkukuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49.Beliau berkata, penglibatan komuniti Orang Asli dilihat mampu memberi kelebihan dalam usaha mengesan mangsa memandangkan kepakaran mereka yang arif dengan selok-belok kawasan hutan."Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan, di mana semua pihak terlibat termasuk polis, bomba dan agensi berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik."Difahamkan Tok Batin Orang Asli juga akan turut campur tangan selepas ini bagi membantu usaha pencarian," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Jumaat.Menurut Saarani, operasi SAR yang kini memasuki tempoh hampir seminggu itu akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat."Kita tidak akan berputus asa dalam operasi ini





Three men acquitted of Balai Ringin murder charge - BorneoPost - 29/05 6:06 pm

KUCHING (May 29): Three men were discharged and acquitted by the High Court here of the murder of a 47-year-old man in Kampung Batu Kudi, Balai Ringin, Serian, in May 2022





Selangor kekal catat kes pendaki sesat tertinggi - Sinarharian - 29/05 5:39 pm

PUTRAJAYA Selangor terus mencatatkan jumlah kes pendaki sesat tertinggi di negara ini apabila kebanyakan insiden melibatkan kawasan pendakian dan rekreasi popular di sekitar Lembah Klang.Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, trend itu dapat dilihat berdasarkan statistik lima bulan pertama tahun ini serta rekod keseluruhan tahun lalu.Menurutnya, sebanyak 52 kes melibatkan 114 mangsa direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 40 kes dengan 88 mangsa dalam tempoh sama tahun lalu."Peningkatan sebanyak 12 kes ini bersamaan hampir 30 peratus, manakala jumlah mangsa turut meningkat seramai 26 orang berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan kebanyakan kejadian berlaku di kawasan pendakian dan rekreasi tumpuan pengunjung sekitar Lembah Klang.Antara lokasi yang kerap terlibat insiden pendaki hilang arah ialah Air Terjun Kanching di Rawang, Bukit Wawasan di Puchong, Bukit Broga di Semenyih, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Apek di Hulu Langat serta beberapa kawasan rekreasi di Kota Damansara.ARTIKEL BERKAITAN SAR JASLINDA: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, Kuala Lumpur turut mencatatkan jumlah kejadian yang tinggi melibatkan kawasan rekreasi seperti Bukit Kiara, Bukit Gasing dan Bukit Sungai Besi.Pulau Pinang juga tidak terkecuali apabila lokasi seperti Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Bukit Jambul, Batu Ferringhi, Balik Pulau dan Teluk Bahang terus mencatatkan kes pendaki sesat setiap tahun."Sepanjang tahun lalu, sebanyak 88 kes membabitkan 193 mangsa direkodkan di seluruh negara, dengan Selangor menjadi negeri paling banyak memerlukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kes pendaki sesat."Malah, lokasi seperti Bukit Wawasan di Puchong direkodkan berulang kali dalam statistik operasi sehingga menjadi antara kawasan paling kerap terlibat dengan insiden kehilangan arah," katanya.Mengulas perkembangan tahun ini, beliau berkata antara kes terbesar direkodkan ialah melibatkan 10 individu yang dilaporkan sesat di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.Katanya, satu lagi kejadian besar membabitkan tujuh mangsa hilang arah di kawasan Kem Kasut Gunung Yong Belar, Gua Musang, Kelantan pada Februari lalu.Beliau berkata, berdasarkan trend semasa, jumlah kes pendaki sesat tahun ini berpotensi melepasi angka keseluruhan tahun lalu sekiranya peningkatan berterusan sehingga hujung tahun.Jelasnya, peningkatan itu dipercayai berkait rapat dengan minat masyarakat terhadap aktiviti pendakian dan rekreasi luar yang semakin popular, khususnya di kawasan bukit dan hutan berhampiran bandar."Aktiviti hiking dan riadah lasak kini menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat."Keadaan ini menyebabkan semakin ramai individu termasuk pendaki baharu mencuba aktiviti pendakian dan penerokaan hutan sebagai riadah," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan sebelum menyertai aktiviti pendakian.Katanya, persediaan fizikal, pengetahuan asas serta penggunaan khidmat malim gunung berpengalaman amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Persediaan rapi dari segi kecergasan dan ilmu asas sangat penting kerana kita tidak mengetahui cabaran sebenar di lapangan."Khidmat malim gunung berpengalaman juga wajar digunakan kerana mereka mampu membuat keputusan lebih tepat sekiranya berlaku situasi kecemasan," ujarnya.





Tekong, tiga kru warga Myanmar ditahan, bot berada di luar perairan dibenarkan - Sinarharian - 29/05 5:11 pm

PELABUHAN KLANG Seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas bot dinaiki mereka dikesan berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran pada Rabu.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin di kedudukan 15.3 batu nautika barat daya Pulau Tengah.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar berusia antara 25 hingga 46 tahun."Hasil semakan mendapati tekong dan seorang kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala dua lagi kru gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri."Kesemua mereka juga tidak mengemukakan permit atau surat kebenaran bekerja di atas bot berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, hasil perkongsian maklumat daripada Sistem Pemantauan Vesel (VMS) Jabatan Perikanan Malaysia mendapati bot itu turut berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.Katanya, kesemua kru bersama bot dan hasil tangkapan ikan dianggarkan seberat 500 kilogram kemudiannya diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, termasuk menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran."Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 selepas dua kru didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan syarat lesen."Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan khususnya di perairan Selangor bagi membanteras aktiviti perikanan haram," katanya.Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 bagi tindakan segera.





Warning of thunderstorms, heavy rain in several states until 7pm tonight - Sinardaily - 29/05 4:46 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in seven states until 7pm tonight.MetMalaysia in a statement announced that the states involved are Kedah (Sik and Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang and Pasir Puteh) and Terengganu (Besut and Setiu).Similar conditions are also expected to hit Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol and Tampin) and Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing and Kota Tinggi).In Sarawak, the bad weather affects areas in Sibu, Mukah (Matu, Dalat and Mukah), Kapit (Song and Kapit), Bintulu (Tatau) and Miri (Subis, Beluru, Miri and Marudi).Meanwhile, in Sabah, the areas involved are the interior (Tambunan), West Coast, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) and Kudat (Kota Marudu)





MetMalaysia: Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 29/05 4:44 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7 malam ini.Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), serta Terengganu (Besut dan Setiu).Keadaan sama turut dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)





PM Anwar Santuni Jemaah Ketika Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saidina... - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# PM Anwar Santuni Jemaah Ketika Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saidina Hamzah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.





Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman - Malim Gunung TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas





PM kutuk kezaliman zionis, seru dunia Islam perkukuh perpaduan pertahan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# PM kutuk kezaliman zionis, seru dunia Islam perkukuh perpaduan pertahan Palestin KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan mendalam terhadap penderitaan yang terus menimpa umat Islam khususnya di Gaza, selatan Lubnan dan beberapa wilayah lain akibat serangan berterusan rejim zionis Israel





Missing hiker: Drone used to assist SAR team - Sinardaily - 29/05 3:45 pm

IPOH - A drone was deployed today to assist in the search and rescue (SAR) operations for Jaslinda Saludin, who has been missing since May 23 while hiking at Gunung Batu Putih, near Tapah.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said a drone operator had been sent with the rescue team to the SAR operations area today."The drone operator has been sent to carry out surveillance and search operations in areas involving slopes, cliffs and other areas that are difficult for rescue teams to access," he said in a statement today.He said a total of 16 rescue personnel have been deployed through an AgustaWestland AW139 aircraft to the SAR location today, while 19 rescue personnel from JBPM, Civil Defence Force (PGA) and Forestry Mountain Guides (MGP) who had entered the area on May 27 were brought out.In addition, he said the SAR today involved PGA and MGP teams entering by land through Pos Musoh towards Sungai Air Busok, involving 18 personnel.Sabarodzi said the SAR team had to navigate narrow and winding routes throughout the search operation.Yesterday, Perak JBPM director Sayani Saidon said the SAR operation would focus on the Sungai Ayer Busok trail area, which is believed to have been the route taken by the victim to obtain a water source.Earlier, the 49-year-old Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported to have continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24





"Saya dilambung dua kali' - Mangsa tandukan kerbau - Sinarharian - 29/05 3:31 pm

JOHOR BAHRU - "Saya cuba melarikan diri dengan melompat melepasi tali tetapi terjatuh sebelum ditanduk dan dilambung sebanyak dua kali," kata Shaifirol Shahlan, 45, yang patah tiga tulang rusuk ditanduk kerbau di pusat sembelihan di Batu 19 Kampung Sungai Tiram di sini pada Rabu lepas.Shaifirol yang hadir ke pusat itu hanya ingin menyaksikan proses ibadah korban tidak menyangka insiden pertama kali menimpanya itu turut tular di media sosial."Ketika kejadian mencemaskan itu, saya berada di sebelah pusat sembelihan dan melihat kerbau berkenaan bertindak agresif semasa ditarik ke pusat sembelihan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Batu 20, Kampung Sungai Tiram di sini hari ini.Mandor di sebuah ladang di Felda Ulu Tebrau itu dibawa oleh penduduk ke Hospital Sultan Ismail sejurus kejadian dan dimasukkan ke wad sekitar 10 malam untuk mendapatkan rawatan."Selepas ditanduk saya rasa senak di bahagian perut dan lama-kelamaan sukar untuk bernafas, tetapi sampai sahaja di hospital rasa lega sedikit selepas diberikan bantuan pernafasan," katanya.Shaifirol berkata kejadian itu juga menyebabkan dia mengalami luka di bahagian perut akibat tandukan serta kecederaan pada tangan disebabkan geseran tali.ARTIKEL BERKAITANKerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang patah tulang rusuk kiriApabila haiwan korban bertindak luar jangkaBapa kepada tiga anak itu telah dibenarkan pulang pada 10 malam tadi dan diberikan cuti selama dua minggu."Sekarang saya boleh berjalan perlahan dan kena duduk di kerusi yang tinggi, tidur pun tidak boleh baring seperti biasa," katanya sambil mengakui tidak trauma dengan kejadian itu dan akan terus menyertai mana-mana proses ibadah korban pada masa akan datang.Pada masa sama, Shaifirol menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling kerana kejadian seumpama itu yang melibatkan haiwan boleh berlaku di luar jangkaan.Terdahulu, video berdurasi 40 saat yang memaparkan mangsa ditanduk kerbau tular di media sosial




Reformasi     >>



RM53 juta masa Warisan, RM1.5 bilion era Anwar: Jadi .. - Harapandaily
Pertikaian mengenai hak kewangan Sabah kembali hangat selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan Pemberian Khas Sabah kepada RM1.5 bilion menerima kritikan daripada pemimpin Parti Warisan. Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Sabah, Guntur Sangkar ..
Kroni     >>



Isu sewaan pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian - Harakahdaily
SEHARI dua ini banyak cerita yang tidak tepat berlegar berkenaan isu sewaan pejabat PKPKK. Ramai yang membuat pelbagai bentuk serangan dan tohmahan kononnya saya tidak membayar sewa pejabat. Saya sudah jelaskan sebelum ini namun fitnah ini masih berlarutan. Saya tidak berminat untuk ..
Tabloid     >>



Patuhi SOP ibadah korban elak tragedi - Kosmo
TRAGEDI yang berlaku ketika musim ibadah korban baru-baru ini sewajarnya membuka mata semua pihak bahawa aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Insiden seorang lelaki maut ditanduk kerbau di Ulu Tiram, Johor, dan kecederaan membabitkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kajang, bukan lagi kes ..
Tech     >>



Everyone Has Their Targets Set on the MacBook Neo - Wired
Dell, Microsoft, and others are unveiling new laptops to compete directly with the Neo, but not all are learning the right lessons from Apple.
World     >>



Iran submits new amendments, rejects Trump's ceasefire .. - Middleeasteye
Iran submits new amendments, rejects Trump's ceasefire changes: Report Iran has proposed new amendments to a draft memorandum of understanding being discussed with Washington and has not accepted changes put forward by US President Donald Trump, according to Iran's Tasnim News Agency. Citing ..
Motor Trend     >>



Smart #6 EHD Dilancarkan 11 Jun Ini, Sedan PHEV .. - Careta
Model tersebut ditawarkan pada harga permulaan 189,900 yuan (RM111,700) di China dan menjadi model pertama Smart yang ditawarkan secara eksklusif dengan rangkaian kuasa PHEV. Sebelum ini, Smart hanya memasarkan model EV menerusi Smart #1, Smart #3 dan Smart #5. Perubahan strategi syarikat