| /// |
|
| Search : Gerakan Anti Rumah News | Page 1 |
|
“Telefon tak boleh off, rumah penuh CCTV” – Anak Sharifah Shahirah akui dipantau ketat ibu - Mdateline - 9/02 3:00 pm Semakin hari, wajah anak kepada pelakon dan pengacara popular Sharifah Shahirah, Auddra, kian dikenali ramai, apatah lagi dengan bakat nyanyiannya serta perwatakan ceria dan gila-gila .. |
|
Is Bangladesh's youth turning against India? - BBC - 9/02 3:00 pm Anti-Indianism is rising in Bangladesh as ties between the South Asian neighbours sink to a new low. |
|
Keluarga penternak lembu rugi RM130,000 disamun sekumpulan lelaki ketika .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Keluarga penternak lembu rugi RM130,000 disamun sekumpulan lelaki ketika bungkus susu ALOR GAJAH Rutin sebuah keluarga penternak lembu mengurus dan membungkus susu lembu bertukar mimpi ngeri apabila mereka disamun sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu menyebabkan kerugian hampir RM130,000 |
|
Anggota MBPP melecur akibat belon helium meletup masih di hospital Anggota .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Anggota MBPP melecur akibat belon helium meletup masih di hospital GEORGE TOWN - Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang melecur dalam insiden belon berisi gas helium meletup ketika proses pelupusan di Lebuh Union di sini, pada 1 Februari lalu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) |
|
Ada pihak api-apikan, eksploitasi isu kuil haram-En Xiang Ada pihak .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Ada pihak api-apikan, eksploitasi isu kuil haram-En Xiang JOHOR BAHRU - Terdapat pihak tertentu didakwa mengapi-apikan dan mengeksploitasi isu pembinaan kuil haram demi kepentingan mereka |
|
Buka lebih banyak sokongan, peluang wanita untuk memimpin - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Buka lebih banyak sokongan, peluang wanita untuk memimpin JOHOR BAHRU - Penyertaan wanita dalam jawatan kepimpinan dan proses membuat keputusan sehingga hari ini, masih belum mencapai tahap yang setara dengan lelaki |
|
Isu rumah ibadat: Bertenang hormati proses perundangan ??? Dr. Zulkifli .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Isu rumah ibadat: Bertenang hormati proses perundangan Dr |
|
Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 individu termasuk warga asing... - Mgazette - 9/02 2:56 pm Tambah Fadil, kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan Ibu Pejabata Polis Kotinjen (IPK) Kuala Lumpur serta kerjasama daripada orang awam. "Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran, memiliki, atau melindungi aktiviti yang berkaitan dengan dadah.- MalaysiaGazette Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur |
|
Lebih 22 juta terima SARA RM100 mulai hari ini, kategori sejuk... - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Lebih 22 juta terima SARA RM100 mulai hari ini, kategori sejuk beku ditambah KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua kepada lebih 22 juta pemegang MyKad mulai hari ini |
|
Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanah persendirian pesara swasta Pengerusi .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm Media turut melaporkan, pemilik tanah persendirian terbabit telah memberi tempoh seminggu kepada pihak pengurusan kuil berkenaan supaya mengosongkan tanah yang diduduki secara haram. - MalaysiaGazette Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur |
|
JKR nilai rekod prestasi kontraktor sebelum lantik – KKR - Mgazette - 9/02 2:56 pm Terdahulu katanya, KKR memperuntukkan RM300 juta di bawah Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera G1-G4 yang membabitkan 758 kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan, iaitu 81 kerja berkala pavemen dan 677 kerja berkala bukan pavemen. "Terdapat peningkatan bilangan kerja dari 2025 ke 2026, iaitu kenaikan 112 kerja, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang pembabitan kerja kepada kontraktor, terutamanya kelas G1 dan G2," katanya lagi.-MalaysiaGazette Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur |
|
Tanah orang mana boleh kita rampas hendak buat ibadat – PM - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Tanah orang mana boleh kita rampas hendak buat ibadat - PM PUTRAJAYA - Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sah dan tidak boleh didirikan di atas tanah orang lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Tidak wajar tuduh Anwar takut, zalim tak benarkan demonstrasi - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Tidak wajar tuduh Anwar takut, zalim tak benarkan demonstrasi JOHOR BAHRU - Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di Kuala Lumpur kelmarin didakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri |
|
DHPP bantah GARAH kerana boleh heret rakyat ke arah ketegangan –... - Mgazette - 9/02 2:56 pm A. Subash Chandrabose mengakui keputusannya mengarahkan DHPP membuat laporan polis berhubung Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Pas |
|
PBT dibenar bertindak bersihkan kawasan bukan hak kuil - Mgazette - 9/02 2:56 pm # PBT dibenar bertindak bersihkan kawasan bukan hak kuil KUALA LUMPUR Kerajaan membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak membersihkan kawasan yang bukan hak kuil supaya polemik berhubung pembinaan rumah ibadat tidak mengikut peraturan diselesaikan dengan baik |
|
Tahan dan humban; Apa yang Anwar tak buat untuk jatuhkan Tun M dulu .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm Media sebelum ini melaporkan amaran Anwar yang mana pihak berkuasa akan mengambil tindakan maksimum kepada mana-mana pihak yang mengganggu gugat keselamatan, ketika negara menerima kunjungan Modi. Amaran itu merujuk kepada himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dirancang bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah ibadat haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara |
|
Pecat betul-betul, jangan jadi pondan ??? Wan Fayhsal ?? - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Pecat betul-betul, jangan jadi pondan Wan Fayhsal KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat keputusan segera sekiranya mahu memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
|
Ternakan babi boleh diteruskan tapi perlu jauh dari rumah penduduk – .. - Mgazette - 9/02 2:56 pm # Ternakan babi boleh diteruskan tapi perlu jauh dari rumah penduduk - PM PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju agar kawasan aktiviti penternakan babi tidak diteruskan sekiranya ia dibangunkan di kawasan yang boleh mencetuskan kegelisahan penduduk setempat |
|
Lima sekeluarga trauma disamun, diikat kumpulan lelaki bersenjata parang - Sinarharian - 9/02 2:51 pm MELAKA - Lima sekeluarga termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), trauma selepas menjadi mangsa samun oleh lima lelaki bersenjata parang dan kayu di sebuah rumah di Kampung Air Resam, Durian Tunggal, di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kesemua mangsa dipercayai diikat menggunakan pita pelekat sebelum suspek melarikan pelbagai barang kemas, wang tunai kira-kira RM2,000, selain dua telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri dengan anggaran kerugian sekitar RM130,000.Mangsa yang berada di dalam rumah ketika kejadian ialah sepasang suami isteri bersama seorang anak, ibu berusia 73 tahun serta adik mangsa yang merupakan OKU fizikal.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku ketika seorang daripada mangsa berada di bahagian belakang rumah untuk membungkus susu segar sebelum didatangi lima lelaki tidak dikenali yang meluru masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci."Suspek yang memakai baju hitam berhud serta penutup muka bertindak mengacukan parang dan kayu sebelum mengikat mangsa serta menggeledah rumah berkenaan bagi mencari barang kemas."Sebahagian mangsa turut dipukul dan dua mangsa mengalami kecederaan sebelum dibawa mendapatkan rawatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.Menurutnya, suspek dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang rumah selepas menyedari kehadiran seorang penunggang motosikal yang datang ke hadapan rumah mangsa untuk mengambil bekalan susu.Katanya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun polis telah menemui tujuh cap jari di tempat kejadian untuk dihantar ke Pusat Pengenalan Forensik (PIFOS) bagi tindakan lanjut."Unit Anjing Pengesan (K9) turut membawa kepada penemuan dua telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa di laluan suspek melarikan diri."Kes disiasat sebagai samun berkumpulan bersenjata dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya. |
|
Penganggur memandu dari Kuala Lumpur ceroboh tiga rumah di Pagoh - Sinarharian - 9/02 2:27 pm MUAR - Seorang penganggur sanggup memandu dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menceroboh tiga rumah di Taman Pagoh Jaya di sini sebelum ditahan polis selepas memukul pemilik rumah dan merosakkan harta benda pada Ahad.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek dipercayai bergerak bersendirian menaiki kenderaan dari Kuala Lumpur sebelum menceroboh kawasan perumahan berkenaan pada jam 5 petang."Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki tempatan berusia 29 tahun itu memanjat pagar dan tembok beberapa rumah selain merosakkan tombol pintu grill sebuah kediaman."Suspek juga dipercayai memukul seorang lelaki iaitu pemilik rumah sehingga menyebabkan kecederaan ringan di bahagian muka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut Raiz Mukhliz, polis menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu yang membabitkan tiga buah rumah di kawasan sama.Beliau berkata, bertindak atas maklumat awam, anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Panchor dengan bantuan RCJ Balai Polis Pagoh berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki berhalusinasi ketika tangkapan dibuat."Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan pernah ditangkap sebelum ini."Kes disiasat mengikut Seksyen 448, Seksyen 323, Seksyen 447 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya lagi.Jelas beliau, suspek kini direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.Terdahulu, tular video berdurasi enam saat suspek ditahan dan gambar keadaan mangsa yang dipercayai dipukul ketika solat dalam kejadian samun itu. |
|
Isu rumah ibadat diselesai secara berhemah, kata timbalan menteri - FMT - 9/02 2:12 pm Timbalan Menteri Perpaduan Negara R Yuneswaran berkata langkah itu bagi elak tindakan terburu-buru yang boleh cetus ketegangan. |
|
'Tauke' dicekup, 180 ekor murai batu tidak sempat diseludup ke Batam - Sinarharian - 9/02 2:02 pm KLUANG - Cubaan menyeludup 180 ekor burung spesies murai batu dianggarkan bernilai RM800,000 ke Batam, Indonesia, berjaya dipatahkan selepas seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai peraih ditahan di sebuah rumah di Taman Matahari di sini pada Ahad.Operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh sepasukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 2.20 pagi menemui kesemua burung terbabit yang disyaki hidupan liar dilindungi dan tersenarai di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta 716].Menurut beliau, lelaki berusia lingkungan 50-an itu gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen pemilikan sah bagi hidupan liar berkenaan."Sebanyak 180 ekor burung disyaki murai batu telah dirampas selain sitaan satu unit telefon bimbit."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai peraih atau 'tauke' yang akan mengumpul spesies burung berkenaan daripada pemburu haram selepas mendapat tempahan daripada individu di Batam," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata, suspek akan menyimpan burung berkenaan sehingga mencapai jumlah yang dikehendaki sebelum menyerahkannya kepada individu lain atau runner untuk diseludup melalui jalan laut ke Batam.Menurut Abdul Kadir, suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak dua bulan lalu."Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut, manakala semua barang yang disita dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Kluang."Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya, |
|
Semua rumah ibadat perlu kelulusan sah sebelum dibina PM - Thempress - 9/02 1:59 pm PUTRAJAYA – Rumah ibadat yang dibina tanpa mematuhi peraturan dan kelulusan ditetapkan tidak akan diiktiraf sebagai sah di sisi undang-undang |
|
Warga Emas Dikurung Dalam Rumah Terima Bantuan JKM RM500 Sebulan, Diuruskan Cucu - Ohmedia - 9/02 1:26 pm JKM Kelantan beri Pak Mail bantuan RM500 sebulan |
|
Jangan Buang! Ini 10 Tumbuhan Liar Disangka Rumpai Tapi Sebenarnya ‘Stok Ubat’ Hidup Kita - Siraplimau - 9/02 1:23 pm Ramai orang menganggap tumbuhan liar di sekitar rumah atau kebun hanya sebagai rumpai yang mengganggu, namun hakikatnya ia menyimpan pelbagai khasiat perubatan tradisional yang sangat berharga |
|
PGA lumpuhkan sindiket seludup migran - Sinarharian - 9/02 1:17 pm SEREMBAN - Sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan selepas 22 warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di sini, awal pagi Ahad.Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 12.30 tengah malam.Menurutnya, kesemua 22 tangkapan warga Indonesia itu terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, manakala empat lagi lelaki ialah tekong laut."Turut dirampas dalam operasi ini ialah dua kenderaan jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan selain enam unit telefon bimbit yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran terbabit."Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM239,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hakemal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Beliau menegaskan, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.Dalam perkembangan berkaitan, Briged Tengah PGA merekodkan 39 serbuan bagi tempoh 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini di kawasan tanggungjawab meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor."Hasilnya, seramai 161 individu ditangkap dengan rampasan mencecah RM8 juta," ujarnya.Tambah beliau, pihak polis menyeru kerjasama masyarakat untuk menjadi barisan hadapan dalam menyalurkan maklumat sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan bagi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan. |
|
PM Beri Lampu Hijau: PBT Boleh ‘Bersihkan’ Rumah Ibadat Tanpa Kebenaran Sah - Thevocket - 9/02 1:12 pm Isu pembinaan rumah ibadat tanpa permit sering kali menjadi topik sensitif di negara kita |
|
Perhimpunan aman tak patut halang, perlu mudah cara - Harakahdaily - 9/02 1:09 pm KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tidak sepatutnya mengharamkan, menghalang atau melarang sesuatu perhimpunan selagi ia dijalankan secara aman dan tanpa senjata menurut undang-undang, khususnya Perlembagaan Persekutuan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki memandang serius kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur pada 7 Februari 2026 yang memaklumkan bahawa perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram adalah […] The post Perhimpunan aman tak patut halang, perlu mudah cara appeared first on Harakahdaily . |
|
Malaysias illegal temple row: PM slams vigilantism after rally ban - Scmp - 9/02 1:05 pm Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim on Monday warned against allowing disputes over illegal houses of worship to spill into communal confrontation, after police detained 19 people linked to a planned rally in central Kuala Lumpur that authorities said risked inflaming racial and religious tensions |
|
Kerajaan Tidak Benarkan Rumah Ibadat Dibina Secara Tidak Sah - Siakapkeli - 9/02 1:02 pm Kerajaan Tidak Benarkan Rumah Ibadat Dibina Secara Tidak Sah PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak membenarkan mana-mana rumah ibadat |
|
Edar 114 gram methamphetamine, lelaki berdepan hukuman mati - Sinarharian - 9/02 12:48 am IPOH - Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya minggu lalu.Tertuduh, Ong Gim Seong, 38, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 114 gram.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Tawas Idaman 13, Taman Tawas Idaman di sini, dalam daerah Kinta, kira-kira jam 3.55 petang pada 4 Februari 2026.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret S Punitha, memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan. |
|
PAT santuni bekas komando berjuang melawan kanser - Sinarharian - 9/02 12:31 am SHAH ALAM - Kisah kegigihan seorang bekas komando yang berjuang melawan kanser mendapat perhatian Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.Malek Razak yang baru dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-24 pada 1 Februari lalu meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Sarjan Mohd Azuan Asmuni, 40, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral pucuk pimpinan terhadap pesara wira negara yang sedang diuji dengan penyakit serius itu.Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, lawatan tersebut bukan sekadar kunjungan kebajikan, sebaliknya membawa mesej jelas bahawa pengorbanan seorang anggota tidak pernah dilupakan, apatah lagi kini berjuang di medan yang berbeza.Menurut ATM, sepanjang 21 tahun berkhidmat bersama Rejimen Ke-11 Gerak Khas, Mohd Azuan dikenali sebagai anggota yang berdisiplin tinggi, cemerlang dalam latihan dan operasi, serta aktif dalam bidang sukan lasak termasuk triathlon.Bagaimanapun, anggota berkenaan disahkan menghidap kanser pada 2023."Ujian besar dalam hidup beliau bermula pada bulan September apabila pemeriksaan darah oleh Pegawai Perubatan Rumah Sakit Angkatan Tentera Kem Sungai Udang, mendapati bacaan darah yang tidak stabil."Pemeriksaan lanjut di Hospital Besar Melaka mengesahkan beliau menghidap penyakit leukemia, sekali gus mengubah perjalanan hidup seorang anggota komando yang selama ini terkenal dengan ketahanan fizikal dan mental yang luar biasa."Sepanjang tempoh rawatan hingga tamat perkhidmatan, Rejimen Ke-11 Gerak Khas telah menguruskan segala keperluan pentadbiran dan pemantauan kebajikan Mohd Azuan bagi memastikan beliau terus mendapat perhatian sewajarnya dan tidak berdepan ujian ini secara bersendirian," katanya.Sinar Harian pada 29 Januari lalu melaporkan kisah kegigihan Mohd Azuan yang menetap di Bangi berjuang melawan kanser.Mohd Azuan sebelum ini dikenali sebagai seorang yang lincah dan aktif, malah pernah menyertai serta memenangi pelbagai acara triathlon terpaksa melupakan sukan kegemarannya bagi memberi tumpuan kepada rawatan seterusnya pemulihan diri.Isterinya, Salwani Suhaida Mukhtar, 46, berkata, kehidupan suami yang merupakan pesara tentera berubah 180 darjah selepas disahkan mengidap kanser, namun tidak pernah berputus asa dan terus berjuang melawan penyakit dihidapinya itu sejak tiga tahun lalu.Sementara itu, Malek Razak ketika lawatan berkenaan turut meluangkan masa menyantuni ahli keluarga Mohd Azuan, termasuk isteri dan anak-anak kecil yang menjadi sumber kekuatan utama beliau."ATM kekal komited untuk menyantuni kebajikan pesaranya terutama ketika diuji dengan kesakitan dan cabaran hidup |
|
First Sporean charged under Malaysias new anti-littering law fined, ordered to do community service - Straitstimes - 9/02 12:15 am He was charged over throwing a cigarette butt in a public place instead of a designated container in KL. |
|
Penternakan babi tidak wajar dibangunkan di kawasan dibantah penduduk - PM - Sinarharian - 9/02 12:08 am PUTRAJAYA - Penternakan babi tidak wajar diteruskan sekiranya dibangunkan di kawasan yang mencetuskan kegelisahan dan bantahan penduduk setempat.Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan tidak menghalang ternakan babi, sebaliknya perlu ditangani secara rasional dengan mengambil kira aspek kesihatan, kebersihan dan keharmonian komuniti."Kita dari segi dasar tidak menentang ternakan babi dan tidak melarang orang bukan Islam makan babi |
|
Isu Rumah Ibadat Tak Sah, PMX Izinkan PBT ‘Bersihkan’ Kawasan Bukan Hak Kuil - Ohmedia - 9/02 12:00 am PMX sahkan PBT diberi kuasa 'bersihkan' rumah ibadat yang dibina di atas tanah tak sah demi keadilan undang-undang |
|
‘Robohkan tanpa pampasan tanah atau wang langsung’ - Harakahdaily - 9/02 11:27 am KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menegaskan bahawa pembinaan masjid atau surau secara haram di atas tanah milik pihak lain tetap perlu dibantah, meskipun ia melibatkan rumah ibadat umat Islam |
|
Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanah persendirian - Sinarharian - 9/02 11:21 am SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pengerusi sebuah kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menceroboh tanah persendiriantahun lalu.M Paramaguru, 49, yang juga pengawal keselamatan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa menceroboh dengan memasuki kawasan tanah milik Datuk Suhaili Ahmad, 70, tanpa kebenaran di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil jam 4.45 petang 19 Jun 2025.Dia yang memakai baju T berwarna putih dan berseluar lokap jingga, didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim mencadangkan lelaki itu diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam, Darshela Hari Raja yang mewakili tertuduh, merayu diberi jaminan pada kadar minimum kerana perlu menyara bayi berusia 11 bulan dan seorang lagi anak enam tahun bersama isteri yang juga suri rumah.Menurutnya, anak guam tidak mempunyai rekod lampau dan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis sejak ditahan."Dia tidak akan melarikan diri kerana mempunyai pekerjaan dan ahli keluarga di sini malah mematuhi arahan untuk hadir ke mahkamah, pada tarikh yang ditetapkan," katanya.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Khairatul Animah membenarkan lelaki itu diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mac depan untuk serahan dokumen.Sebelum ini, tertuduh ditahan di rumahnya di lokasi sama pada jam 3.30 petang Ahad.Media turut melaporkan, pemilik tanah persendirian terbabit, telah memberi tempoh seminggu kepada pihak pengurusan kuil berkenaan supaya mengosongkan tanah yang diduduki secara haram. |
|
Pertemuan di rumah Mahiaddin untuk pecat Hamzah? - Harapandaily - 9/02 11:18 am Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Badrolhisham Shafie meanfikan dakwaan bahawa pertemuan di kediaman presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah untuk membincangkan pemecatan timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin |
|
Binaan haram: India pun kawal binaan rumah ibadat, kata PM - Mkini - 9/02 11:04 am Anwar juga menegaskan, dakwaan sesuatu binaan sudah wujud ratusan tahun masih tertakluk kepada undang-undang |
|
SARA Untuk Semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah - Sinarharian - 9/02 10:21 am PUTRAJAYA - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua mula disalurkan hari ini membabitkan peruntukan RM2.2 bilion dan memberikan manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa, menurut Kementerian Kewangan (MoF).Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan penerima akan mendapat RM100 secara sekali beri (one-off) yang boleh digunakan hingga 31 Disember 2026."SARA Untuk Semua membolehkan isi rumah menerima bantuan berganda bergantung pada jumlah ahli dewasa yang layak."Sebagai contoh, keluarga dengan suami, isteri dan dua anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima keseluruhan RM400, tidak termasuk bantuan SARA Bulanan sekiranya berkelayakan," menurut kenyataan itu.MoF memaklumkan berdasarkan maklum balas rakyat, kerajaan turut menambah baik kemudahan pembelian dengan meluaskan kategori barangan kepada makanan sejuk beku, menjadikan 15 kategori keseluruhannya.Langkah itu juga meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli kepada 140,000 jenis barangan.Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menyasarkan 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun, manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer.Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan serta soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi https://sara.gov.my.MoF turut mengingatkan penerima supaya berwaspada dengan pautan palsu dan cubaan penipuan, serta kementerian tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan sebarang maklumat terkini hanya boleh dirujuk menerusi portal rasmi STR |
|
Bersih rumah ibadat tak ikut peraturan, kata Anwar - FMT - 9/02 9:54 am Perdana menteri berkata pihak berkuasa tempatan diberi keizinan bertindak untuk membersihkan kawasan yang bukan hak milik kuil. |
|
Dilabel derhaka, anak ‘Pak Mail’ perjelas situasi sebenar - Mdateline - 9/02 9:48 am Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang warga emas dikenali sebagai Ismail Che Noh atau Pak Mail yang dikatakan terbiar di dalam sebuah rumah .. |
|
Kerajaan beri kuasa kepada PBT bertindak ke atas rumah ibadat tidak sah - Sinarharian - 9/02 9:30 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah.Walaupun keputusan itu bakal mengundang kontroversi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia mempunyai undang- undang yang perlu dihormati oleh semua."Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan (pencerobohan) dan majlis perbandaran (PBT) diberi keizinan untuk 'membersihkan' kuil bukan hak."Saya tahu boleh mengundang kontroversi |
|
Rumah Mesra Rakyat goes beyond housing, ensures stable future for the people, says deputy housing minister - Malaymail - 9/02 9:08 am TEMERLOH, Feb 9 The Rumah Mesra Rakyat (RMR) Programme is not only providing affordable housing for the people,... |
|
Dapat untung, dapat rugi - FMT - 9/02 9:00 am Isu rumah ibadat 'haram' sekian lama dieksploitasikan |
|
Dua mayat reput ditemui dalam rumah di Setia Alam - Mkini - 9/02 8:53 am Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes disiasat sebagai mati mengejut |
|
Penemuan mayat pasangan kekasih: Polis sahkan mereka meninggal dunia lebih .. - Hmetro - 9/02 8:39 am Shah Alam: Mayat lelaki dan wanita yang ditemui reput di sebuah rumah Seksyen U13, Setia Alam di sini, dipercayai meninggal dunia lebih seminggu |
|
Pangsapuri penuh mercun terbakar - Sinarharian - 9/02 8:37 am KAJANG Sebuah unit kediaman di tingkat lapan pangsapuri di sini yang menyimpan sejumlah besar mercun musnah dalam kebakaran pada malam Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.42 malam."Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi serta bantuan BBP Semenyih bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 13 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pihak bomba di lokasi 13 minit kemudian, mendapati mendapati bilik yang mengandungi bahan letupan (mercun) terbakar 80 peratus."Api telah berjaya dikawal pada jam 11.19 malam dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan."Komander Operasi melaporkan bahan letupan (mercun) itu terdapat di keseluruhan kawasan rumah," katanya.Beliau berkata, kebakaran telah berjaya dipadamkan dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan."Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya. |
|
The sweet-scented trap: How ‘Zombie Vapes’ or Kpods are .. - Sinchew - 9/02 8:24 am The sweet-scented trap: How 'Zombie Vapes' or Kpods are preying on students The "Zombie Vape" phenomenon has "exploded" across many Asian countries and Malaysia is no exception |
|
Isu rumah ibadat perlu diselesaikan secara berhemah Isu rumah ibadat perlu .. - Mgazette - 9/02 8:24 am # Isu rumah ibadat perlu diselesaikan secara berhemah KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandang serius reaksi awam berhubung isu rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan serta perhimpunan protes oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) |
|
Johor umum ‘hadiah’ RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina - Mgazette - 9/02 8:24 am # Johor umum 'hadiah' RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina BATU PAHAT - Kerajaan Negeri Johor mengumumkan peruntukan kira-kira RM17 juta untuk dimanfaatkan oleh masyarakat Cina di negeri berkenaan sebagai hadiah sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2026 |
|
Saya telah beri kerjasama penuh kepada SPRM – Krishnan Tan Saya .. - Mgazette - 9/02 8:24 am # Saya telah beri kerjasama penuh kepada SPRM - Krishnan Tan KUALA LUMPUR - Pengerusi bukan eksekutif IJM Corporation Bhd, Tan Sri Krishnan Tan berkata beliau telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan akan terus berbuat demikian dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
Saya tak mahu campur parti lain, kita jaga kita – Zahid Saya tak .. - Mgazette - 9/02 8:24 am # Saya tak mahu campur parti lain, kita jaga kita - Zahid SUBANG JAYA Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mencampuri pergolakan dalaman dan perebutan kuasa yang membadai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) |
|
Hamzah dicabar jelaskan dakwaan ???sabotaj dalaman??? Bersatu Hamzah .. - Mgazette - 9/02 8:24 am # Hamzah dicabar jelaskan dakwaan sabotaj dalaman Bersatu KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan yang disifatkan melemahkan kepimpinan parti ketika ia sedang siap siaga berdepan kerajaan Madani |
|
Dua mayat dipercayai pasangan kekasih ditemui mereput dalam rumah sewa - Sinarharian - 9/02 8:22 am SHAH ALAM - Mayat dipercayai pasangan kekasih yang sudah reput ditemui di sebuah rumah sewadi U13 di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, laporan diterima pihaknya daripada seorang lelaki yang juga salah seorang ahli keluarga mangsa.Menurutnya, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 39 tahun iaitu seorang lelaki dan wanita dijumpai berada dalam sebuah bilik di tingkat bawah."Siasatan awal polis bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati keadaan rumah tersebut bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci."Keadaan di dalam rumah sewa terbabit teratur dan tiada unsur unsur kejadian jenayah berlaku," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua mangsa.Tambahnya, kedua-dua mayat yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat."Setakat ini siasatan dibuka di bawah mati mengejut (SDR) dan kertas siasatan akan diambilalih oleh Ketua Polis Balai Seksyen 6 Shah Alam," ujarnya.Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355. |
|
Mayat lelaki, wanita ditemukan mereput dalam rumah - FMT - 9/02 8:17 am Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol bagaimanapun berkata penemuan itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. |
|
Pasangan kekasih ditemui mereput dalam rumah sewa di Setia Alam - Kosmo - 9/02 8:15 am SHAH ALAM – Mayat dipercayai sepasang kekasih ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila didapati mereput antara satu sama lain dalam sebuah rumah sewa di U13, Setia Alam di sini, semalam |
|
Hakisan pantai terus hantui rakyat - Kosmo - 9/02 8:15 am HAKISAN pantai bukan perkara baharu di negeri ini yang terletak di tepi Laut China Selatan |
|
Krishnan Tan says he has fully cooperated with authorities in MACC probe on IJM - Sinardaily - 9/02 7:20 am KUALA LUMPUR - IJM Corporation Bhd non-executive chairman Tan Sri Krishnan Tan says he has fully cooperated with authorities and will continue to do so in relation to the investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).In a statement yesterday, he said that he is not involved in the day-to-day operations and management of the company."I have fully cooperated with the authorities and will continue to do so |
|
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali - Sinarharian - 9/02 7:00 am DALAM sukan tempur, bakat mampu mencuri tumpuan, namun kesinambungan prestasi itulah yang membina keyakinan.Apabila kemenangan hadir secara konsisten di gelanggang berbeza, melibatkan individu berlainan daripada keluarga yang sama, ia tidak lagi boleh dianggap kebetulan tetapi ia sudah menjadi satu kisah yang wajar diberi perhatian.Itulah yang sedang berlaku kepada adik-beradik Ghazali kerana dalam tempoh beberapa minggu berkampung di Thailand, mereka mencipta nama dan keputusan sama di gelanggang berbeza.Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo), Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (Miki), Elias Ghazali Zulfikar dan Emylia Lynn Ghazali Zulfikar (Mia) membina satu rangkaian kejayaan yang jarang berlaku dalam sukan tempur negara.Bagi Jojo, 19, kemenangan di ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat lalu adalah kesinambungan kepada reputasi yang sudah terbina.Di pentas ONE Championship yang menghimpunkan petarung muda terbaik Asia, Jojo tidak hanya mengharapkan kekuatan atau aksi dramatik.Di bawah tunjuk ajar legenda Muay Thai, Superbon Singha Mawynn dan Nong-O Hama, pergerakannya lebih tersusun, tenang dan matang, menunjukkan dia sedar setiap perlawanan kini membawa tanggungjawab yang lebih besar daripada dirinya sendiri.Miki, Elias pamer belangNamun bahagian paling menarik terletak pada apa yang berlaku selepas itu.Sehari kemudian di Siri Dunia Rajadamnern (RWS), Miki dan Elias turun ke gelanggang yang sarat sejarah dan tekanan.Pentas RWS bukan tempat membina nama tetapi tempat menguji sejauh mana seseorang petarung itu benar-benar layak berada di peringkat tertinggi Muay Thai.Miki yang membuat penampilan sulungnya di pentas RWS dengan kemenangan ke atas petarung Iran, Reza Dotielmi menerusi keputusan majoriti selepas pertarungan sengit tiga pusingan.Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 itu mempamerkan aksi tersusun dan berani, khususnya pada pusingan ketiga apabila beberapa siri serangan siku tepat berjaya mengubah momentum perlawanan sebelum dia disahkan menang dengan keputusan 29-27, 29-27, 28-28.Sementara itu, Elias turut membuktikan kualitinya apabila menewaskan petarung kelahiran Jepun, Haru Hakita dalam perlawanan berintensiti tinggi yang berlangsung seimbang.Selepas dua pusingan awal berakhir seri, pertarungan terpaksa ditentukan menerusi pusingan penentuan.Pada pusingan berkenaan, Elias lebih banyak melancarkan serangan bersih dan efektif berbanding lawannya, sekali gus membolehkan dia meraih markah lebih tinggi untuk mengesahkan kemenangan.Mia apa kurangnyaKemudian muncul satu lagi detik yang melengkapkan keseluruhan naratif adik-beradik Ghazali di Thailand.Pada 1 Februari lalu, di Nakhon Ratchasima, Mia menewaskan wakil tuan rumah selepas lima pusingan sengit melalui keputusan mata.Pada usia 14 tahun, tekanan biasanya menjadi halangan tetapi Mia menunjukkan kawalan diri dan keyakinan luar biasa bagi seorang remaja.Difahamkan, Mia kini disebut-sebut tersenarai antara atlet muda Sarawak yang dijangka membawa pulang pingat emas di Sukma Selangor 2026 dan berpotensi mewakili negara di Sukan SEA 2027.Abang-abangnya pula iaitu Jojo, Elias dan Miki masing-masing pernah meraih pingat emas di Sukma sebelum ini, menjadikan keluarga Ghazali sebuah nama yang sukar dipinggirkan dalam sukan tempur negara.Apa pun, Jojo, Miki, Elias dan Mia menunjukkan bahawa legasi sukan boleh dibina bukan hanya melalui satu nama tetapi melalui sokongan dan usaha kolektif adik-beradik.Jika satu masa dahulu anak-anak Sidek menjadi ikon badminton negara, tidak mustahil suatu hari nanti nama keluarga Ghazali akan disebut sebagai keluarga yang mengangkat Muay Thai Malaysia ke tahap lebih tinggi. |
|
Azal Tak Boleh Bercakap, Jodohnya Nanti Di Syurga - Rotikaya - 9/02 3:44 am Pelakon Zarina Zainuddin dilihat ada memuat naik gambar anak istimewanya, Azil mengenakan persalinan pengantin lelaki mengikut adat Jawa |
|
Penduduk gempar, mayat lelaki, wanita ditemukan mereput dalam rumah - Hmetro - 8/02 10:05 pm Shah Alam: Penduduk di sebuah kawasan perumahan di Jalan Setia Indah, Setia Alam di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dan wanita di sebuah rumah dua tingkat di kawasan terbabit |
|
Percikan isu 3R patut dicegah awal, hak berhimpun bukan mutlak - Harapandaily - 8/02 10:04 pm Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN Beberapa orang yang menyertai himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di Sogo, Kuala Lumpur semalam telah ditangkap oleh pihak polis |
|
Krishnan Tan perjelas tidak terbabit pengurusan harian IJM - Sinarharian - 8/02 9:39 pm SHAH ALAM - Tan Sri Krishnan Tan pada Ahad tampil menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam operasi harian IJM Corporation Bhd (IJM), susulan laporan media mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dirinya.Dalam satu kenyataan peribadi, beliau menyatakan hanya berkhidmat sebagai pengerusi bukan eksekutif di syarikat berkenaan."Saya adalah Pengerusi Bukan Eksekutif IJM Corporation Bhd dan saya tidak terlibat dalam operasi harian dan pengurusan syarikat itu," katanya.Dalam pada itu, Krishnan turut menyatakan kesediaannya untuk terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa."Saya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan akan terus berbuat demikian |
|
Im not involved in daily operations, says IJM chairman - FMT - 8/02 8:16 pm Krishnan Tan, who is under investigation by the Malaysian Anti-Corruption Commission, says he has cooperated with the authorities and will continue to do so. |
|
Penyelesaian isu rumah ibadat bukan Islam ada pada negeri - Harapandaily - 8/02 8:11 pm Oleh AMIN AHMAD Semasa terlibat dalam Kajian Islam dan Demokrasi di Malaysia antara tahun 2009/2010, satu daripada sub-topik perbincangan menyentuh tentang toleransi beragama |
|
Pemuda Umno tawar khidmat peguam untuk individu akan didakwa - FMT - 8/02 7:44 pm Khidmat percuma untuk individu yang akan didakwa berkait himpunan membantah rumah ibadat haram, umum Dr Akmal Saleh. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |