///

Search : Ganesparan News   Page 1    



Pekida gesa kerajaan gugur segera kerakyatan Ganesparan - Sinarharian - 29/03 4:35 pm

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menuntut kerajaan menggugurkan status kerakyatan N Ganesparan yang didakwa seringkali melakukan penghinaan terhadap Islam dan raja Melayu

menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini pada Jumaat. Saifuddin diwakili oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal. Tegas beliau, jika kerajaan terus berdiam diri, pihaknya tidak teragak-agak untuk turun ke jalan raya bagi menuntut tindakan keras terhadap Ganesparan. "Kami sanggup turun ke jalan walaupun di pagi Aidilfitri," katanya. Pada Khamis, Ketua Penerangan MIC, R Thinalan turut menggesa kerajaan melucutkan kewarganegaraan Ganesparan selepas dia tidak lagi setia pada negara. Lelaki itu didakwa menjadi ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara serta boleh menyebabkan berlakunya kegusaran awam termasuk pergolakan. Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan notis merah tidak dapat dikeluarkan terhadap Ganesparan yang menghina agama Islam, Sultan Selangor serta menohmah polis kerana kesalahannya membabitkan isu agama dan perkauman. Kesalahan itu tidak tersenarai dalam Artikel 3, Organisasi Polis Antarabangsa (Interpol). Ganesparan dikesan telah meninggalkan Malaysia pada 2017 dan tidak pernah kembali ke negara ini serta kini berada di salah sebuah negara di Eropah. Setakat ini, polis telah membuka 22 kertas siasatan terhadap Ganesparan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Kerajaan Selangor buat laporan polis, ambil tindakan lelaki cerca sultan - Wrlr - 28/03 6:51 pm

Kerajaan Selangor bertindak membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam media sosial. Exco Perumahan Borhan Aman Shah (gambar, dua dari kanan) berkata, berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat kerana mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat

Sharafuddin, raja-raja dan mufti. "Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum. "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis," katanya dipetik. Turut serta Exco Belia dan Sukan Najwan Halimi dan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah. Borhan menegaskan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat termasuk bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu diheret ke muka pengadilan. "Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga," katanya. Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik sebagai berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam. Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017. Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam. *Kredit foto: Selangorkini





Yadim buat laporan polis terhadap Ganesparan - Sinarharian - 28/03 5:06 pm

JOHOR BAHRU - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada Khamis membuat laporan polis terhadap seorang pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang memuat naik video menghina Islam baru-baru ini

mengambil tindakan tegas terhadap Ganesparan itu juga akan dibuat di 12 cawangan Yadim di seluruh negara. "Saya melihat bukan hanya penghinaan pada sultan itu tidak wajar tetapi juga kepada perkataan-perkataan yang tidak senonoh yang ditujukan kepada beberapa orang lain dan juga maki hamun, itu bukan ciri-ciri rakyat Malaysia sebenarnya. "Kita tahu barang kali dia rakyat Malaysia dan tindakan perlu diambil terhadapnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berkenaan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat berbilang kaum di negara ini agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama, raja dan kaum (3R). Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang media di Bukit Aman pada Rabu berkata, polis gagal mengeluarkan notis merah terhadap Ganesparan. Menurutnya, perkara berkenaan gagal berikutan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol). Justeru katanya, Bukit Aman membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport Ganesparan pada November 2020. Media sebelum ini melaporkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ganesparan yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lelaki berkenaan tidak pernah pulang sejak meninggalkan negara ini dan dipercayai berada di Eropah serta video dipercayai dimuat naik dari luar negara. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





MIC gesa KDN lucutkan kewarganegaraan warga Malaysia di Jerman - Mkini - 28/03 5:00 pm

Kerajaan digesa lucutkan kewarganegaraan Ganesparan kerana keluarkan kenyataan hasutan, perkauman serta jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan.





Lucut kewarganegaraan Ganesparan – MIC - Mgazette - 28/03 3:54 pm

- Thinalan Rajagopalu. The post Lucut kewarganegaraan Ganesparan – MIC appeared first on MalaysiaGazette .





MIC urges Home Ministry to revoke citizenship of M'sian in Germany - Mkini - 28/03 3:14 pm

Party info chief says Ganesparan no longer loyal to M'sia by conduct.





Lucutkan kewarganegaraan Ganesparan – MIC - Utusan - 28/03 2:35 pm

PETALING JAYA: MIC menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja dengan melucutkan kewarganegaraannya selepas tidak lagi setia pada negara

kewarganegaraan Ganesparan MIC appeared first on Utusan Malaysia .





MIC wants man's citizenship stripped for insulting Selangor ruler, police - NST - 28/03 2:03 pm

KUALA LUMPUR: MIC wants the government to strip the citizenship of a man, N. Ganesparan, for insulting Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah and the police





Revoke citizenship of man who insulted Selangor sultan, MIC tells govt - FMT - 28/03 11:56 am

MIC information chief R Thinalan says N Ganesparan's video shows disloyalty to the country.





MIC desak lucut kerakyatan lelaki hina Sultan Selangor - FMT - 28/03 11:26 am

R Thinalan berkata pengguna Facebook N Ganesparan yang mengeluarkan kenyataan menghina tidak lagi setia kepada negara.





Tarik balik kewarganegaraan, heret Ganesparan ke mahkamah – Fariz - Mgazette - 27/03 10:16 pm

Kerajaan dan masyarakat tidak boleh memberi ruang kepada manusia durjana yang cuba mencabuli keamanan negara dan memperleceh nilai-nilai yang dihormati oleh rakyat Malaysia. The post Tarik balik kewarganegaraan, heret Ganesparan ke mahkamah – Fariz appeared first on MalaysiaGazette .



Video lelaki hina Sultan Selangor dipercayai dilakukan di luar negara - SUN - 27/03 7:02 pm

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ini kerana lelaki berkenaan dikenali sebagai N. Ganesparan telah meninggalkan negara sejak 2018 dan kini dipeprcayai berada di sebuah negara di Eropah

sensitif seperti institusi beraja, agama dan politik. Dari 2018 hingga semalam 22 kes telah dibuka. Siasatan pada 2018 mendapati N. Ganesparan telah keluar negara dan sehingga kini belum dikesan kembali ke dalam negara. Pada 2021 pihak polis telah buat pertuduhan tanpa kehadiran N. Ganesparan kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Siasatan akan diperkemaskan dan sedang menunggu arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara, katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini. PDRM meminta Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) meletakkan Ganesparan di bawah senarai notis merah, dan kita juga sudah buat permohonan kepada Jabatan Imigresen, dan passportnya dibatalkan pada November 2020, katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Video yang dimuat naik Ganesparan ke media sosial pada 23 Mac itu antara lain mendakwa PDRM pantas mengambil tindakan terhadap rakyat berbangsa Cina yang menghina Islam, namun tindakan sama tidak diambil terhadap beberapa individu lain yang didakwanya menghina agama bukan Islam. Sementara itu di SHAH ALAM, hari ini satu laporan polis terhadap Ganesparan kerana menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agama Islam dan PDRM di media sosial baru-baru ini. Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas tindakannya mempersenda agama Islam dan menghina Sultan Selangor. Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang bermesyuarat hari ini bersetuju laporan polis dibuat terhadap individu berkenaan bagi memastikan kedaulatan institusi diraja dan agama Islam sentiasa terbela dari anasir jahat pihak tidak bertanggungjawab. Kenyataan yang dibuat oleh Ganesparan jelas menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja-Raja dan mufti-mufti dengan menggunakan perkataan kesat. Kenyataan itu boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa, katanya. Borhan berkata meskipun Ganesparan kini dipercayai berada di luar negara, pihaknya tetap membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat dan mengheret individu tersebut ke muka pengadilan. Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata 21 kertas siasatan dibuka terhadap Ganesparan berikutan kenyataan berkenaan dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai berada di Hamburg, Jerman, selepas kali terakhir keluar negara pada 2 November 2017. -Bernama





Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - PDRM - Astroawani - 27/03 2:46 pm

PDRM akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan pemilik akaun Facebook itu.





Hina Islam, Sultan: Exco Selangor buat laporan polis - Sinarharian - 27/03 2:38 pm

SHAH ALAM - Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung kenyataan individu yang didakwa menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Borhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat berkata, laporan yang dibuat olehnya pada jam 11 pagi itu bertujuan memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan yang dikenali dengan nama N Ganesparan

individu berkenaan yang dikenali dengan nama N Ganesparan. ???Saya mendapati kenyataan yang dibuat oleh Ganesparan dengan jelas telah menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja-Raja dan mufti-mufti dengan menggunakan perkataan kesat. ???Kenyataan oleh Ganesparan ini boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa,??? katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di pekarangan IPD Shah Alam, Seksyen 9 di sini selepas selesai membuat laporan polis pada Rabu. Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. Baru-baru ini tular video memaparkan seorang individu menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu melibatkan agama, raja dan bangsa. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya telah membuka 21 kertas siasatan terhadap individu berkenaan. Ulas Borhan, meskipun Ganesparan dilaporkan telah meninggalkan negara sejak 2017, namun menjadi tanggungjawab beliau sebagai rakyat untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. ???Kita tidak mahu bahawa isu ini dianggap sebagai suatu perkara yang boleh dimainkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, rakyat dan sebagainya,??? ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tiada notis merah ke atas Ganesparan sebab kesalahan tak tersenarai dalam Interpol - Mgazette - 27/03 2:30 pm

setakat ini polis telah membuka sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki warga tempatan tersebut berkaitan kesalahan menghina institusi Diraja (3R), agama dan kaum dari 2017 hingga tahun ini. The post Tiada notis merah ke atas Ganesparan sebab kesalahan tak tersenarai dalam Interpol appeared first on MalaysiaGazette .





Controversial Ganesparan is once again police target - Star - 27/03 2:28 pm

KUALA LUMPUR: This is not the first time Ganesparan Nadaraja has touched on 3R sensitivities, says Bukit Aman





Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - Sinarharian - 27/03 1:37 pm

KUALA LUMPUR - Notis merah gagal dikeluarkan terhadap seorang pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja susulan kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol)

diletakkan dalam Artikel 3, Interpol. ???Justeru, kita mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Rabu. Mohd Shuhaily berkata, Ganesparan dikesan telah meninggalkan Malaysia pada 2017 dan tidak pernah pulang ke negara ini. "Sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki warga tempatan tersebut berkaitan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) dari 2017 hingga tahun ini. ???Ganesparan juga pernah didakwa secara 'in absentia' pada 2022 kerana menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya. Beliau berkata, berkaitan video tular baru-baru ini, polis percaya ia dimuat naik dari luar negara. "Kita akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk arahan selanjutnya,??? katanya. Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung video dimuat naik Ganesparan yang menghina menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain membuat tohmahan terhadap PDRM. PDRM akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan pemilik akaun Facebook itu. Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum. Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Selain itu, pihak polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan.



Tiada Bonus Raya Untuk Penjawat Awam Kelantan. Ganesparan Hina Sultan Selangor #MGFlash - MalaysiaGazette - Mgazette - 27/03 11:19 am

Tiada Bonus Raya Untuk Penjawat Awam Kelantan. Ganesparan Hina Sultan Selangor #MGFlash MalaysiaGazette



[TERKINI] Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan sultan - Astro Awani - Astroawani - 27/03 12:20 am

[TERKINI] Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan sultan Astro Awani



Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor - Astro Awani - Astroawani - 26/03 11:56 pm

Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor Astro Awani





Polis siasat video tular lelaki hina Islam, tohmah PDRM - Mgazette - 26/03 11:17 pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima satu laporan pengadu pada jam 9.45 pagi ini yang melayari terlihat video berkenaan di laman Fecbook GANESPARANnadaraja




News Buzz     >>



The growing preference for Chinese schools in Malaysia .. - Ucanews
The growing preference for Chinese schools in Malaysia ?? UCA News
World     >>



MACC chief: Leakage due to smuggling by syndicate .. - Malaymail
MACC chief: Leakage due to smuggling by syndicate involving Customs members at KLIA Cargo amounted to RM2b ?? Malay Mail Customs vows full cooperation with MACC in investigation of 34 officers allegedly involved in smuggling activities ?? New Straits Times Customs Department vows to cooperate ..
Business     >>



Baltimore bridge: Massive US crane to haul wreckage .. - BBC
Baltimore bridge: Massive US crane to haul wreckage after deadly collapse ?? BBC.com Key Bridge collapse should spur closer look at U.S. bridges ?? The Dallas Morning News Cargo ship black box reveals intense moments leading up to Baltimore bridge collapse ?? USA TODAY Baltimore bridge ..
Tech     >>



Vivo X Fold 3 claims title of lightest foldable phone .. - Tbsnews
Vivo X Fold 3 claims title of lightest foldable phone ?? The Business Standard Vivo X Fold 3 likely to launch in India soon: All we know so far ?? India TV News Vivo Fold 3 Is World's Lightest Foldable Phone That Opens Like a Book ?? CNET Vivo X Fold 3, Fold 3 Pro Foldable Series Debuts In ..
Tech Hack     >>



Don't click the link: Social media message led to .. - Clickorlando
Don't click the link: Social media message led to phone hack, $700 stolen, woman says ?? WKMG News 6 & ClickOrlando
Wireless Mobile     >>



The US Lawsuit Against Apple Raises Questions About .. - Cnet
The US Lawsuit Against Apple Raises Questions About iPhone and Android's Future ?? CNET
News Security     >>



Lamoille Health Partners reaches $540K settlement over .. - Wcax
Lamoille Health Partners reaches $540K settlement over data breach ?? WCAX
Google Future     >>



RCS Coming to iPhone This Fall, Leaked Google Promo .. - Gizmodo
Rich communication services (RCS) is already a big deal on Android phones with more than a billion users . Those numbers might be going up by the fall, as Google claims Apple will be joining the RCS party. Read more...
Automotive Future     >>



Chinese EV makers challenging market leaders at auto .. - Economictimes
Chinese EV makers challenging market leaders at auto show in Bangkok ?? The Economic Times