///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Gsf News   Page 1    



Bantuan kepada keluarga peserta GSF 2.0 diteruskan - Mkini - 3/05 2:35 pm

Menurut Zulkifli keutamaan ialah pastikan setiap bantuan benar-benar memenuhi keperluan sukarelawan serta keluarga mereka





Bantuan kepada keluarga peserta GSF 2.0 diteruskan ikut keperluan - Zulkifli - Sinarharian - 3/05 2:30 pm

JERTIH - Usaha menyalurkan bantuan kebajikan dan sokongan kepada ahli keluarga rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 diteruskan kali ini dengan mengambil kira keperluan bersesuaian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan perkara itu berdasarkan beberapa siri perbincangan dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby bagi menilai keperluan serta kesesuaian bantuan yang diperlukan."Kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberikan sokongan penuh kepada program GSF dan pada pelaksanaan sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan sokongan serta bantuan (kepada ahli keluarga mereka terlibat)."Usaha itu diteruskan dengan mengambil kira keperluan yang bersesuaian





Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Wrlr - 2/05 6:15 pm

Harapandaily May 1, 2026 Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece





Isra*l Koyak, Aktivis GSF Tak Jadi Dibawa Ke Pelabuhan Ashdod - Wrlr - 2/05 4:05 pm

Nadir Al-Nuri memuat naik foto memaparkan suar dipasang meraikan berita terkini berhubung aktivis GSF 2.0 yang ditahan tentera Israel pada 1 Mei 2026





ZRA, Aktivis GSF Diculik Selamat Tiba Di Istanbul - Wrlr - 2/05 4:03 pm

7 hours ago Foto dikongsi Rahmat di laman Facebooknya berhubung ketibaan aktivis GSF 2.0 yang tiba di Istanbul jam 3 pagi 2 Mei 2026





10 aktivis GSF 2.0 rakyat Malaysia dibebaskan di Crete - Mkini - 2/05 8:54 am

Mereka akan diterbangkan ke Istanbul.





GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah - Mygazette - 2/05 8:00 am

# GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah BANGI - Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat serta bacaan doa Qunut Nazilah, bagi mendoakan keselamatan 175 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa





178 aktivis GSF 2.0 dipindahkan untuk dihantar pulang ke negara asal - Mygazette - 2/05 8:00 am

# 178 aktivis GSF 2.0 dipindahkan untuk dihantar pulang ke negara asal ATHENS - Aktivis daripada flotila bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza dan diserang oleh Israel minggu ini sedang dipindahkan ke sebuah lapangan terbang di Crete untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan pada Jumaat





GSF: 10 rakyat Malaysia dibebaskan, berlepas dari Greece 10.15 malam waktu .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

# GSF: 10 rakyat Malaysia dibebaskan, berlepas dari Greece 10.15 malam waktu Malaysia KUALA LUMPUR - Sepuluh rakyat Malaysia antara 186 peserta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa baru-baru ini sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece





Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

# Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan kesukaran KUALA LUMPUR - Dijangkakan proses pembebasan peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kali ini berdepan kesukaran kerana rejim Zionis dilihat terdesak untuk menghalang bantuan dihantar menerusi kumpulan berskala besar kali ini





Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Harapandaily - 1/05 11:02 pm

Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece





GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan





10 Malaysian GSF activists detained near Crete, released – SNCC - SUN - 1/05 10:49 pm

SNCC confirms 10 Malaysians freed after detention in Greek waters, with activists set to depart for Istanbul following GSF mission incident





Aktivis GSF akan dibawa ke lapangan terbang Greece untuk dihantar pulang - FMT - 1/05 8:19 pm

Flotila GSF dipintas dan diceroboh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza semalam.





Masjid, Surau Diminta Laksana Solat Hajat, Qunut Nazilah Doakan Keselamatan Aktivis GSF 2.0 - Siakapkeli - 1/05 7:10 pm

Masjid, Surau Diminta Laksana Solat Hajat, Qunut Nazilah Doakan Keselamatan Aktivis GSF 2.0 BANGI, 1 Mei (Bernama) -- Semua masjid dan surau di seluru





Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC - Mypress - 1/05 7:01 pm

BANDAR BARU BANGI – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi diterima berhubung nasib rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla…





Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita





Keselamatan rakyat M'sia dalam GSF keutamaan kerajaan - Anwar - Mkini - 1/05 4:11 pm

Perdana menteri berkata Israel tidak menghormati prinsip kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.





Keselamatan rakyat Malaysia dalam GSF keutamaan kerajaan - Anwar - Sinarharian - 1/05 3:40 pm

RAWANG - Kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 berikutan tindakan Israel menahan peserta misi itu di perairan antarabangsa, semalam.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memandang serius insiden berkenaan, yang disifatkan sebagai tindakan tidak menghormati prinsip kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa."Tentunya kita doakan keselamatan, bukan sahaja rakyat Malaysia tapi rakyat negara lain yang terlibat dalam pertahanan oleh rejim zalim Israel dan kebanyakan mereka itu ditahan di perairan antarabangsa."Ini kerja gila dan tidak menghormati langsung prinsip





PM hubungi rakan negara Teluk, Arab bantu bebaskan rakyat Malaysia ditahan .. - Mygazette - 1/05 3:38 pm

# PM hubungi rakan negara Teluk, Arab bantu bebaskan rakyat Malaysia ditahan rejim RAWANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk mencari jalan menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel ketika menyertai pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF)





Aktivis GSF yang ditahan dibawa ke pantai Greece - Mkini - 1/05 10:00 am

GLOBAL Penganjur anggap Greece bertanggungjawab secara langsung dalam tindakan tersebut





GSF: Hubungan baik Anwar beri ruang usaha diplomatik bantu rakyat Malaysia - Mygazette - 1/05 7:31 am

# GSF: Hubungan baik Anwar beri ruang usaha diplomatik bantu rakyat Malaysia PUTRAJAYA Hubungan baik yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan negara sahabat di Asia Barat dilihat mampu membuka ruang kepada usaha diplomatik bagi membantu 10 delegasi Global Sumud Flotila (GSF) Malaysia yang ditahan rejim Israel





Pastikan tiada kekerasan terhadap aktivis GSF termasuk 10 rakyat Malaysia .. - Mygazette - 1/05 7:31 am

# Pastikan tiada kekerasan terhadap aktivis GSF termasuk 10 rakyat Malaysia -PM KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila 2.0 (GSF) yang ditahan oleh rejim Zionis dibebaskan segera





GSF: Kerajaan tak akan berdiam diri, PMX minta keluarga aktivis tabah - Mygazette - 1/05 7:31 am

# GSF: Kerajaan tak akan berdiam diri, PMX minta keluarga aktivis tabah KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berdiam diri dan sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan semua yang ditahan tentera zionis Israel dibebaskan dengan segera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim





Kementerian Luar kumpul maklumat rakyat Malaysia dalam Flotila Sumud Globalyang dipintas - Sinarharian - 30/04 11:00 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Luar sedang memantau rapi situasi dan aktif mengumpul maklumat mengenai keadaan serta keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Flotila Sumud Global(GSF), susulan tindakan tentera Israel memintas kapal berkenaan di perairan antarabangsa pada 29 April.Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya provokasi serta pemintasan menyalahi undang-undangitu dan menuntut pihak tentera menghentikan segera segala bentuk gangguan terhadap misi kemanusiaan berkenaan bagi memastikan penghantaran bantuan yang selamat tanpa halangan, selain menjamin keselamatan semua aktivis antarabangsa yang terlibat."Malaysia menegaskan bahawa GSF adalah inisiatif kemanusiaan aman yang bertujuan menghantar bekalan perubatan penting dan makanan bagi membantu menstabilkan sistem penjagaan kesihatan yang musnah, serta memberikan bantuan kepada penduduk yang menghadapi genosid dan kebuluran di Gaza," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tentera menyekat dan memintas beberapa kapal kemanusiaan merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang maritim antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.Ia turut menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan.Malaysia juga mengulangi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.Menurut laporan, 10 aktivis kemanusiaan Malaysia adalah antara 186 aktivis yang menaiki 22 kapal di bawah misi GSF 2.0 yang telah dipintas dan dinaiki oleh tentera Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza.Setakat waktu laporan ini ditulis, Ketua Pengarah Pusat KawalanSumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan bahawa keberadaan 10 rakyat Malaysia yang terlibat masih belum diketahui





Satu daripada 22 kapal GSF 2.0 dipintas Israel berjaya dihubungi - Mkini - 30/04 10:05 pm

Kapal dikenali sebagai "TamTam" itu sebelum ini terputus hubungan selama lebih 10 jam selepas alat komunikasi dan enjinnya disabotaj.





Satu Daripada 22 Kapal GSF 2.0 Berjaya Dihubungi Setakat 7 Malam Ini - Fahmi - Siakapkeli - 30/04 8:45 pm

Satu Daripada 22 Kapal GSF 2.0 Berjaya Dihubungi Setakat 7 Malam Ini - Fahmi KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Satu daripada 22 kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF),





Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa Zionis bebaskan anak kapal GSF 2.0 - Sinarharian - 30/04 8:12 pm

SHAH ALAM - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam tindakan biadab rejim Zionismemintas, menahan dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa pada awal pagi Khamis.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden tersebut jelas mencabuli undang undang antarabangsa di mana ia berlaku ketika 57 kapal GSF termasuk tiga bot pengiring berada berhampiran Kepulauan Crete, Greece, kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.Justeru, kata Syed Ibrahim, pihaknya mendesak supaya Zionis Israel menghentikan tindakan pencabulan dan lanun mereka serta membebaskan kesemua anak kapal yang diculik."Kaukus Palestin Parlimen Malaysia juga meminta rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam itu."Kami mengusulkan supaya Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh dunia bersatu suara mengutuk tindakan melampau pencabulan undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel."Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil langkah sewajarnya dengan segera untuk keselamatan anak kapal warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan GSF 2.0.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, sebanyak 22 dari keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel.Jelasnya lagi, berlaku provokasi di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.





Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia ditahan - Wrlr - 30/04 7:20 pm

Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia ditahan Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis





Saluran diplomatik akan diusahakan bantu peserta GSF 2.0 Malaysia yang ditahan - FMT - 30/04 7:18 pm

Zahid Hamidi berkata, beliau akan minta Menteri Luar Mohamad Hasan teliti perkara itu lebih lanjut.





GSF dipintas: Hubungan baik PM beri ruang usaha diplomatik - Sinarharian - 30/04 7:08 pm

PUTRAJAYA - Hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan negara Asia Barat berupaya membuka ruang kepada usaha diplomatik bagi membantu 10 delegasi Global Sumud Flotila (GSF) Malaysia yang ditahan rejim Israel.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa sama, beliau mahu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memainkan peranan membantu rakyat yang ditahan."Insya-ALLAH saya akan minta Menteri Luar dan tentunya hubungan yang baik antara Perdana Menteri dengan negara sahabat, mungkin usaha diplomatik dapat diikhtiarkan," katanya selepas merasmikan Forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID di sini.Beliau berkata demikian mengulas mengenai 10 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di 656 batu nautika dari Pantai Gazaiaitu di zon pelayaran antarabangsa pada awal pagi Khamis.Terdahulu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan sebanyak 22 kapal flotila yang dinaiki oleh 186 orang telah dipintas, terputus hubungan dan diceroboh secara langsung.Daripada jumlah itu, enam kapal yang ditahan iaitu Arkham III, Eros 1, Esplai, Bianca BCN, Freia dan Marea melibatkan 10 rakyat Malaysia antaranya Zainal Rashid Ahmad, Osman Zolkifli, Dr Jihan Alya Mohd Nordin, Mohd Shamsir Mohd Isa dan Hazwan Hazim Dermawan.Turut terlibat ialah Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Redzal Amzah dan Muhamad Muhsin Zaidi.





GSF 2.0: Zahid harap kerajaan usaha saluran diplomatik bebaskan 10 rakyat M'sia - Mkini - 30/04 6:39 pm

Zahid berkata dia juga akan meminta Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan meneliti perkara itu.





GSF: Amirudin hubungi PM, misi bebaskan aktivis Malaysia - Sinarharian - 30/04 6:31 pm

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan segera menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan keselamatan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) terus terjamin serta dibebaskan segera.Amirudin berkata, perkara itu juga akan dimaklumkan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan tindakan segera itu diambil susulan penahanan dan serangan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza."Kita ingin memastikan keselamatan para aktivis Malaysia yang menjadi mangsa serangan dan penahanan ini dapat dijamin dan dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, Amirudin mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim berkenaan yang didakwa memintas kapal bantuan serta menahan aktivis berhampiran Pulau Crete, Greece, dalam insiden yang disifatkan melanggar undang-undang perairan antarabangsa.Menurutnya, insiden berulang itu memperlihatkan sikap tidak peduli rejim berkenaan terhadap prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, selain didakwa terus menerus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin."Kerajaan Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan, halangan dan penahanan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla yang cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza," katanya.Jelas beliau, tindakan rejim itu juga membuktikan hasrat berterusan untuk meneruskan apa yang disifatkan sebagai genosid terhadap rakyat Palestin sama ada melalui serangan ketenteraan mahupun sekatan bantuan kemanusiaan."Sikap lanun pembunuh ini turut memangsakan penduduk di rantau Asia Barat termasuk rakyat Lebanon yang diusir dari tanah sendiri atau pun penduduk di Iran yang menjadi mangsa pembunuhan," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua pihak meningkatkan tekanan secara menyeluruh terhadap Israel bagi menghentikan kekejaman berkenaan.Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.Dalam insiden itu, tentera Zionis turut mengancam penculikan dan keganasan.Terdahulu, aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka, awal pagi Khamis.Difahamkan, kapal dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.





Enam kapal GSF 2.0 dipintas Israel melibatkan 10 rakyat Malaysia - Mkini - 30/04 5:28 pm

Kedudukan flotila ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza, iaitu di zon pelayaran antarabangsa yang sah.





10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece - Mypress - 30/04 2:40 pm

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini





Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia terputus hubungan - Sinarharian - 30/04 1:23 pm

BANGI - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel."SNCC melaporkan berlaku provokasi yang mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata."Enam kapal yang ditahan dan diceroboh melibatkan 10 rakyat Malaysia antaranya Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Osman Zulkifli dan Dr Jihan Alya Mohamad Nordin," katanya dalam sidang akhbar khas SNCC di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Kajang pada Khamis.Dalam insiden itu, kata Sani Araby, pihaknya turut mengesahkan terdapat puluhan dron yang tidak dikenal pasti dan dikesan beroperasi di sekitar kawasan Flotilla."SNCC percaya mereka melakukan pemantauan dan juga gangguan terhadap pergerakan serta komunikasi delegasi GSF."Rakaman audio dan visual yang diperolehi membuktikan pihak IDF menggunakan naratif palsu bagi menjustifikasikan serangan amaran," katanya lagi.Pihaknya menyifatkan serangan itu sebagai provokasi awal bagi mengagalkan misi kemanusiaan berskala besar ke Gaza."Pihak rejim sangat terdesak dan melakukan tindakan pengecut kerana delegasi berada di zon pelayaran antarabangsa yang sah dan dijamin sepenuhnya undang-undang maritim antarabangsa berbanding tahun lepas."Kita yakin dengan ketumbukan seluruh dunia termasuk dari Malaysia telah menyebabkan Zionis merasa goyah dan membuat provokasi awal untuk menghentikan gerakan besar-besaran dalam sejarah."Kalau sampai di kawasan Turki boleh jadi keseluruhan dunia mula bangkit dan menyokong," kata Sani Araby.Beliau berkata, perkembangan terkini misi GSF itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan terutama dari aspek diplomatik dan keselamatan.Dalam pada itu, SNCC meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan semua peserta misi terutama rakyat Malaysia."Laksanakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan kepada mereka yang berdepan situasi genting ini."Difahamkan, demontrasi besar-besaran akan dibuat akan dibuat di Eropah yang saya kira tindakan rejim Israel itu satu pencabulan," katanya.Global Sumud Flotilla merupakan gerakan antarabangsa tindakan tanpa kekerasan yang belayar bagi menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.





TERKINI: Kapal Dinaiki ZRA Dipintas Tentera Rejim Israel - Wrlr - 30/04 12:49 am

Aktivis kemanusiaan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA ditahan tentera rejim Israel dalam misi GSF2.0 pada 30 April 2026 setelah berlayar dari Barcelona, Sepanyol pada 12 April 2026





GSF: Kapal rosak, Heliza dan adiknya dihantar pulang ke Malaysia - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# GSF: Kapal rosak, Heliza dan adiknya dihantar pulang ke Malaysia KUALA LUMPUR - Akibat kerosakan teruk kapal, beberapa selebriti termasuk Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani dihantar pulang ke tanah air daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF)





56 kapal GSF mula berlayar dari Itali ke perairan antarabangsa menuju Gaza - Sinarharian - 28/04 6:09 pm

SHAH ALAM - Sebanyak 56 kapal di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) mula belayar keluar dari Pelabuhan Catania, Itali ke perairan antarabangsa menuju ke Gaza dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagaimanapun terdapat beberapa buah kapal yang kini sedang menjalani proses teknikal dan pembaikan di Pelabuhan Catania.Menurutnya, kapal-kapal berkenaan akan menyusul dan menyertai semula armada utama sebaik sahaja proses pembaikan disempurnakan."Dalam masa sama, turut melaporkan keseluruhan 36 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal, penganjur dan peserta kini berada dalam keadaan sihat serta bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa pelayaran ini."Pihak urus setia sentiasa memantau tahap keselamatan dan kebajikan semua krew bagi memastikan kelancaran operasi di perairan antarabangsa," ujarnya pada Selasa.SNCC memberitahu, satu penyesuaian tugasan telah dibuat melibatkan tiga orang delegasi Malaysia berikutan beberapa kapal yang telah mengalami kerosakan teruk.Tambah SNCC, delegasi berkenaan melibatkan Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi, dan Nurul Hidayah Mohd Amin.Jelasnya, mereka telah selamat tiba di tanah air dan akan memulakan tugas rasmi di pangkalan SNCC Sepang yang kini turut berfungsi sebagai Pangkalan Operasi Serantau melibatkan penyelarasan strategik dari tujuh buah negara."Kami sekali lagi menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi ini dan menggesa rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan moral serta mendoakan keselamatan seluruh armada Global Sumud Flotilla."Pihak media dan orang awam dinasihatkan agar merujuk kepada SNCC sebagai sumber maklumat sahih bagi mengikuti perkembangan terkini misi," ujarnya.





Lebih 60 kapal Global Sumud Flotilla belayar ke Gaza - FMT - 27/04 7:30 am

GSF berkata flotila itu belayar 'dengan matlamat jelas untuk memecahkan sekatan', mempertahankan hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri dan mendesak koridor kemanusiaan kekal ke Gaza dibuka.





Lebih 60 kapal GSF berlayar ke Gaza hari ini - Kosmo - 26/04 11:21 pm

PETALING JAYA – Lebih 60 buah kapal dari Itali dan Sepanyol di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) akan belayar ke Gaza, hari ini dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin





Lebih 60 kapal Global Sumud Flotilla akan belayar ke Gaza hari ini - Sinarharian - 26/04 8:56 pm

KUALA LUMPUR - Lebih 60 kapal dari Itali dan Sepanyol di bawah Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini berlabuh di Pelabuhan Augusta, Itali, akan belayar ke Gaza hari ini dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.Menerusi kenyataan hari ini, GSF memaklumkan flotila berkenaan akan belayar "dengan matlamat yang jelas untuk memecahkan sekatan" serta menegaskan semula hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, di samping mendesak pembukaan koridor kemanusiaan kekal ke Gaza.Menurut GSF, misi tersebut turut bertujuan menggerakkan tindakan antarabangsa yang berterusan serta mendedahkan apa yang disifatkan sebagai penglibatan dalam mengekalkan sekatan terbabit.Dengan merujuk kepada Deklarasi Brussels yang diterima pakai pada Kongres Parlimen pertama GSF pada 22 April lepas, GSF memaklumkan "sekadar kecaman" terhadap Israel dan sekutunya tidak lagi mencukupi memandangkan penjarahan yang berterusan, penutupan laluan darat serta sekatan akses kemanusiaan ke Gaza."Adalah perlu untuk bertindak secara bersepadu dan mengikut pendekatan yang berbeza," menurut GSF sambil menambah satu barisan hadapan antarabangsa perlu dibentuk bagi mencabar apa yang digambarkan sebagai sistem yang mengekalkan sekatan tersebut.GSF memaklumkan usaha seumpama itu termasuk melakukan boikot, tekanan politik di peringkat dalaman, gerakan kesatuan pekerja, mogok umum serta tindakan ketidakpatuhan awam tanpa keganasan sebagai sebahagian daripada strategi bersama untuk mempertahankan hak rakyat untuk menentukan nasib sendiri





“Bagitahu Sat Macam Mana Nak ‘Claim’?” – Individu Dakwa Peserta GSF Dapat Bayaran RM40K, Respon Ahmad Faezal Memang ‘Win’! - Beautifulnara - 22/04 2:02 pm

Seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Ahmad Faezal tampil membalas dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa peserta misi tersebut menerima bayaran RM40,000



Cerita Sumud? Cerita Politik? ZRA Di'serang' - UPDATE GSF 2.0 - Wrlr - 22/04 7:48 am

2026-04-22 07:23:17



Sumud Darat ?! Kalau Berani, Ikutlah ! - UPDATE GSF 2.0 - Wrlr - 22/04 7:48 am

2026-04-22 06:56:00





‘Beritahu Kejap Cara Nak Claim’ – Ahmad Faezal Respon Pengguna Threads Dakwa Peserta GSF Dibayar RM40,000 - Vocket - 22/04 5:10 am

Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Ahmad Faezal telah meminta seorang netizen untuk memberitahunya, di mana dia boleh menuntut bayaran RM40,000 seperti yang didakwa





[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el - Lobakmerah - 21/04 3:44 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bekas wartawan yang juga sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berkongsi perkembangan terkini pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF 2.0)





“Kami Kejar Kapal Isr*el Dua Jam, Kibar Bendera Palestin Tanda Protes” – Tuan ZRA Kongsi Perkembangan Terkini Pelayaran GSF 2.0 - Beautifulnara - 21/04 12:29 am

Sebanyak 19 bot Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengejar sebuah kapal yang membawa peralatan berkaitan keperluan tentera Israel di lautan Mediterranean, semalam





“Fokus kepada misi, bukan peserta” – Farah Lee Beri Sebab Tak Sertai GSF 2.0 - Lobakmerah - 17/04 1:48 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah



Ahli Jawatankuasa Fatwa Jawab Hukum Wanita Muslimah Sertai Misi GSF 2.0 - Ohmedia - 15/04 9:52 am

Penyertaan wanita muslimah dalam misi kemanusiaan dibenarkan dengan syarat tertentu menurut hukum syarak. The post Ahli Jawatankuasa Fatwa Jawab Hukum Wanita Muslimah Sertai Misi GSF 2.0 appeared first on Oh! Media .



Rakyat Malaysia Diajak Bersolidariti Bersama Misi GSF 2.0 - Siakapkeli - 14/04 6:51 pm

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menunjukkan solidariti dan mendoakan kejayaan misi Global Sumud



GSF 2.0: Hukum penyertaan wanita muslimah adalah harus - Ahli Jawatankuasa Fatwa - Sinarharian - 14/04 5:20 pm

IPOH -Penyertaan wanita muslimah dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 adalah harus mengikut hukum syarak dengan disertai syarat-syarat tertentu, kataAhli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Prof DrAzmil Zainal Abidin.Beliau berkata, walaupun secara asasnya hukum penglibatan wanita muslimahbukan wajib, namun ia boleh disertai golongan itu memandangkan misi berkenaan lebih kepada bantuan kemanusiaan dan bukannya jihad peperangan."Wanita muslimah yang ingin menyertainya perlu memastikan jaminan keselamatan, mematuhi batas hukum syariat serta mempunyai peranan yang jelas dan bermanfaat."Wanita muslimah yang telah berkeluarga pula perlu meminta izin suami, lantaran tugas utama mereka adalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya



Rakyat Malaysia diajak bersolidariti bersama misi GSF 2.0 - Sinarharian - 14/04 4:41 pm

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menunjukkan solidariti dan mendoakan kejayaan misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang telah memulakan pelayaran ke Gaza.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, misi tersebut melibatkan penyertaan individu dari seluruh dunia dan turut disertai wakil Malaysia, sekali gus menjadi satu usaha berskala global yang signifikan."Saya hendak mengajak rakyat Malaysia, jom kita semua fokus kepada usaha bersolidariti




Reformasi     >>



ULASAN Kerajaan Anwar tunggu masa dibaham harimau Umno - Mkini
ULASAN Sesuatu yang bodoh bagi Umno sekiranya hasil usaha politik mereka dibiarkan dirampas pada saat akhir.
Kroni     >>



Rain Rave: Respon lewat Zahid cuma damage control - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap respon kerajaan yang disifatkan lewat berhubung penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026. Beliau berkata, meskipun menyokong kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, ..
Tabloid     >>



Elaun Pasca Cuti Bersalin Pendekatan Holistik Selari .. - Siakapkeli
Elaun Pasca Cuti Bersalin Pendekatan Holistik Selari Nilai Islam - MAWIM PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Pengumuman Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB)
Tech     >>



Apple discontinues cheaper Mac Mini, now $799 - Mashable
Amid global RAM shortages and supply chain constraints, Apple bumped its cheapest Mac Mini option.
World     >>



Thirteen killed in Israeli strikes on southern .. - BBC
Four women and a child are among the dead, as fighting between Israel and Iran-backed Hezbollah continues despite a ceasefire.
Motor Trend     >>



GWM Wey G9 Hi4 Driving Impressions - DSF
Can the GWM Wey G9 Hi4 take away reconditioned Alphard and Vellfire sales? Yes. It can. For the better part of two decades, the quest for a large Multi-Purpose Vehicle (MPV) in Malaysia has invariably led buyers down a single path: the reconditioned Toyota Alphard or Vellfire. This trend, sustained by parallel ..