| /// |
|
| Search : Garah News | Page 1 |
|
Hak asasi dan perlembagaan wajar dihormati – Hanipa Maidin - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Hak asasi dan perlembagaan wajar dihormati - Hanipa Maidin KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Hanipa Maidin mengkritik tindakan polis menahan peserta perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), sambil mengingatkan pihak berkuasa agar tidak mengulangi pendekatan era pentadbiran Barisan Nasional (BN) |
|
Mahkamah benarkan reman dua hari terhadap Zamri Vinoth dan Tamim - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Mahkamah benarkan reman dua hari terhadap Zamri Vinoth dan Tamim KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan dua aktivis Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan Tamim Dahari, selama dua hari bagi membantu siasatan |
|
Zamri, Tamim, Arun antara lima direman lakukan ancaman dan hasutan - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Zamri, Tamim, Arun antara lima direman lakukan ancaman dan hasutan KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan lima individu termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan direman bagi membantu siasatan susulan perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (Garah) di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam |
|
Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang – .. - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang - Pemuda Pas Terengganu KUALA LUMPUR Pihak berkuasa digesa menghentikan sebarang tekanan terhadap individu yang ditahan berkaitan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), susulan kebimbangan terhadap pematuhan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang |
|
PPMM persoal penahanan peguam, aktivis sebelum himpunan GARAH - Mgazette - 8/02 4:32 pm # PPMM persoal penahanan peguam, aktivis sebelum himpunan GARAH KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mempersoalkan tindakan polis menahan beberapa peguam dan aktivis sebelum berlangsungnya perhimpunan aman pada malam tadi yang didakwanya bercanggah dengan proses undang-undang |
|
Polis ambil kira lawatan Modi dalam pertimbangan halang GARAH – KP KL - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Polis ambil kira lawatan Modi dalam pertimbangan halang GARAH - KP KL KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan faktor keselamatan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, antara pertimbangan utama dalam keputusan menghalang perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) yang sepatunya berlangsung semalam |
|
Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Harapandaily - 8/02 3:54 pm Dua individu Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) |
|
Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Sinarharian - 8/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Dua aktivis, Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada Ahad.Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua individu itu direman untuk siasatan lanjut."Kedua-dua individu terbabit telah dibenarkan untuk direman dua hari," katanya ringkas pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu.Ujar beliau, daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jelasnya, manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan. |
|
Himpunan GARAH: Selesaikan salah faham ikut lunas undang-undang – Fahmi - Thempress - 8/02 2:45 pm KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak pernah dihalang dan memiliki hak untuk berhimpun bagi menyuarakan pandangan atau sebarang rasa tidak puas hati |
|
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R - Siakapkeli - 8/02 2:41 pm YDH CP Dato Fadil bin Hj. Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini hadir menyampaikan sidang media berkenaan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH). |
|
Lawatan Modi antarapertimbangan PDRM halang himpunan GARAH - Thempress - 8/02 1:25 pm KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan faktor keselamatan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, antara pertimbangan utama dalam keputusan menghalang perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) |
|
Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari antara ditahan - Thempress - 8/02 1:17 pm KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lima individu termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan susulan perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan kompleks… |
|
Keputusan larang perhimpunan GARAH berdasarkan risikan keselamatan - Polis - Sinarharian - 8/02 12:19 am KUALA LUMPUR Keputusan melarang penganjuran perhimpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH) dibuat selepas pertimbangan menyeluruh berdasarkan risikan keselamatan yang dijalankan pihak polis.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, larangan itu turut mengambil kira keperluan mengekalkan kestabilan negara, termasuk ketika Malaysia menerima kehadiran tetamu negara, selain memastikan tidak berlaku sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam."Antara pertimbangan utama ialah memastikan keadaan negara kekal stabil dan keselamatan awam sentiasa terpelihara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Ahad.Fadil menegaskan, polis memberi amaran tegas supaya mana-mana pihak tidak meneruskan perhimpunan yang menyentuh isu sensitif termasuk agama dan kaum kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan serta menjejaskan keselamatan masyarakat.Beliau berkata, sebarang pandangan atau cadangan berkaitan pembinaan rumah ibadat seharusnya disalurkan melalui saluran yang betul dan berlandaskan undang-undang, bukannya melalui perhimpunan jalanan."Sekiranya terdapat pembinaan rumah ibadat di atas tanah yang tidak dibenarkan dan pihak polis menerima perintah mahkamah, kami akan memberikan kerjasama penuh bagi tujuan penguatkuasaan mengikut lunas undang-undang," katanya.Tambah beliau, polis tidak mahu sebarang unsur hasutan atau ancaman terhadap keselamatan awam tercetus daripada perhimpunan sedemikian.Dalam perkembangan sama, Fadil mengesahkan terdapat beberapa tangkapan berkaitan kes hasutan melalui paparan di media sosial, termasuk TikTok, yang dipercayai boleh menggugat ketenteraman awam.Katanya, siasatan mendapati wujud unsur hasutan dalam beberapa kes terbabit dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 41 Kanun Keseksaan.Beliau turut memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan perhimpunan GARAH dibuat selepas perbincangan bersama pihak penganjur, selain mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkaitan."Siasatan telah dibuka dan tindakan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang menyentuh isu sensitif kerana ia boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat."Keselamatan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu pihak penguat kuasa," katanya.Terdahulu, media melaporkan penyelaras perhimpunan GARAH tetap berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan walaupun polis memutuskan untuk tidak membenarkannya atas faktor keselamatan awam.Perkara itu disuarakan oleh penyelaras perhimpunan, Zamri Vinoth, yang menegaskan perhimpunan tersebut dirancang berlangsung di perkarangan Kompleks Sogo pada jam 8 malam.Penganjur mendakwa perhimpunan itu bersifat aman dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman, serta menyatakan tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.Bagaimanapun, Fadil menjelaskan bahawa polis turut menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks serta beberapa premis lain di sekitar lokasi perhimpunan yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan dan orang awam. |
|
Himpunan GARAH: 19 individu ditahan, dua disiasat - Sinarharian - 8/02 12:14 am KUALA LUMPUR - Seramai 19 individu ditahan termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu."Daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis sebelum ini menerima pemakluman penganjuran perhimpunan daripada pihak penganjur sebelum sesi libat urus dijalankan."Hasil risikan, pemantauan dan siasatan mendapati perhimpunan tersebut berpotensi menjejaskan keselamatan awam."Polis juga menerima sebanyak 131 laporan daripada pelbagai pihak termasuk premis sekitar lokasi yang mendakwa wujud ancaman berkaitan perhimpunan tersebut," katanya.Tambah beliau, tindakan penahanan dibuat bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk atau berlakunya jenayah lain yang tidak diingini.Dalam perkembangan berasingan, polis turut menahan tiga lelaki di Klang Utara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu sama.Menurut Fadil, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan.Beliau menegaskan tindakan diambil tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang."Keutamaan kita adalah keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat."Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R)," katanya.Media sebelum ini melaporkan penyelaras himpunan terbabit iaitu Zamri Vinoth bersama beberapa individu difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu itu ditahan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi terbabit dijalankan.Terdahulu, polis memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan GARAH yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo atas faktor keselamatan awam. |
|
Police detain Garah coordinator Zamri Vinoth, others after rally blocked in KL - Malaymail - 8/02 9:51 am KUALA LUMPUR, Feb 8 Police have detained Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) rally coordinator Zamri Vinoth,... |
|
GARAH: Peguam dakwa hak berpelembagaan rakyat dinafikan - Mgazette - 8/02 8:05 am # GARAH: Peguam dakwa hak berpelembagaan rakyat dinafikan KUALA LUMPUR - Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata saman-saman bagi pihak individu yang ditahan susulan himpunanGerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), malam ini akan difailkan nanti |
|
Beberapa peserta himpunan GARAH ditahan polis Beberapa peserta himpunan .. - Mgazette - 8/02 8:05 am KUALA LUMPUR - Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan kompleks beli belah, Sogo sebelum demonstrasi itu bermula, malam ini |
|
GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain GARAH: .. - Mgazette - 8/02 8:05 am # GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain KUALA LUMPUR- Polis mengesahkan Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini |
|
Himpunan Garah: Bukan soal undang-undang tetapi mainan politik 3R - Harapandaily - 8/02 7:00 am Oleh SYAM GHAZ Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) di Sogo malam tadi jelas bukan isu undang-undang, sebaliknya cubaan politik untuk mencetuskan sentimen 3R |
|
Zamri Vinoth antara peserta himpunan GARAH ditahan polis - Kosmo - 7/02 10:29 pm KUALA LUMPUR – Beberapa individu yang dipercayai peserta Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan pusat beli belah Sogo di sini, malam ini |
|
Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain - Sinarharian - 7/02 9:54 pm KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinothbersama beberapa individu lain, pada Sabtu.Difahamkan penahanan itu berkait dengan penganjuran himpunan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan dilakukan melibatkan Zamri serta beberapa individu lain."Tiada sidang akhbar pada malam ini sebab ada banyak tindakan lagi yang perlu dibuat."Saya cuma mahu sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain, namun saya akan rangkumkan makluman berkaitan semua ini dalam sidang akhbar pada esok (Ahad)," katanya ringkas pada Sabtu.Sinar Hariansebelum ini melaporkan Zamri ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam. |
|
Penyelaras Himpunan GARAH, Zamri Vinoth ditahan - Sinarharian - 7/02 9:19 pm KUALA LUMPUR - Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan, penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaanKeadaan dilaporkan sedikit tegang apabila beberapa individu yang dipercayai peserta himpunan turut ditahan pihak berkuasa.Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati pegawai serta anggota polis melaksanakan kawalan keselamatan seawal jam 7 malam di sekitar lokasi yang dijadualkan menjadi lokasi perhimpunan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi perhimpunan. |
|
Beberapa peserta GARAH ditahan polis - Sinarharian - 7/02 8:54 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur. |
|
Tindakan maksimum terhadap pihak gugat keselamatan negara - Anwar - Sinarharian - 7/02 5:57 pm Tunjukkanlah masih sayang. Apa salahnya warna kulit berbeza sedikit, hidung tinggi atau rendah? Mengapa perlu sampai membenci begitu?" katanya.Berhubung isu rumah ibadat, Perdana Menteri berkata, sebarang bantahan berkaitan perkara itu boleh disuarakan melalui saluran sah dan mengikut undang-undang, termasuk mengemukakan memorandum atau bantahan rasmi, namun tidak boleh dilakukan dengan cara hasutan atau melanggar peraturan.Anwar juga berkata, beliau tidak bersetuju dengan percambahan kuil yang dibina tanpa mengikut peraturan, sambil menegaskan semua pihak termasuk masjid atau gereja mesti mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi tujuan berkenaan.Terdahulu, polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini malam ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat setelah polis menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas pihak terlibat termasuk pemilik premis di sekitar lokasi berkenaan |
|
Polis larang himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam - Mgazette - 7/02 4:07 pm # Polis larang himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo hari ini berikutan kebimbangan terhadap keselamatan awam |
|
Kalau ganggu keselamatan negara, tangkap dan humban mereka – Anwar - Mgazette - 7/02 4:07 pm Jangan cuba ambil alih tugas polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis tidak membenarkan Perhimpunan GARAH yang dijadual berlangsung di ibu kota malam ini diteruskan atas faktor keselamatan awam dan risiko gangguan ketenteraman |
|
Polis tiada kuasa halang perhimpunan aman - PPMM - Sinarharian - 7/02 2:41 pm SHAH ALAM - Polis tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan atau menghalang ataupun tidak membenarkan perhimpunan aman selagi ia dijalankan secara aman dan tanpa senjata berdasarkan undang-undang khususnya Perlembagaan Persekutuan.Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin kepada setiap warganegara.Menurutnya, hak tersebut dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata."Hak ini adalah hak asasi yang hanya boleh dikenakan sekatan yang sah, munasabah dan selaras dengan Perlembagaan."Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Amir Hariri Abd Hadi v Pendakwa Raya1 telah menegaskan dengan jelas bahawa hak berhimpun secara aman bukan suatu keistimewaan yang tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa, sebaliknya merupakan hak perlembagaan yang wajib dihormati dan dilindung," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, polis tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan berlangsung di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitanMuhamad Hisham menambah, Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa peruntukan undang-undang yang bersifat menghukum atau menjenayahkan kegagalan memberi notis perhimpunan adalah tidak berperlembagaan."Keputusan ini menegaskan bahawa keperluan notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak boleh ditafsir sebagai kuasa untuk melarang perhimpunan, apatah lagi menjadikannya tidak sah secara automatik," ujarnya lagi.Tambah beliau, alasan kononnya terdapat bantahan daripada para peniaga di sekitar kawasan perhimpunan juga bukanlah alasan yang sah untuk melarang sesuatu perhimpunan aman.Muhamad Hisham memberitahu, satu kes pernah difailkan oleh Persatuan Peniaga Bazar Masjid India pada 2016 untuk menghalang perhimpunan yang hendak diadakan di sana, namun telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.Justeru, beliau menegaskan, sebarang kenyataan bahawa sesuatu perhimpunan aman adalah 'tidak dibenarkan' adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang perlembagaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan."PPMM menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab polis bukanlah untuk menghalang perhimpunan aman, tetapi untuk memudahcara pelaksanaan hak berhimpun secara aman, menjaga keselamatan awam dan peserta perhimpunan dan memastikan ketenteraman awam tanpa menafikan hak perlembagaan rakyat," kongsinya lagi.Beliau berpandangan, pendekatan yang bersifat melarang, menakut-nakutkan atau mengugut penganjur dan peserta perhimpunan aman bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah merosakkan prinsip kedaulatan undang-undang dan demokrasi berperlembagaan.Beliau turut menggesa pihak polis supaya mematuhi sepenuhnya kehendak Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan serta mengambil pendekatan yang selari dengan prinsip hak asasi manusia dan tadbir urus demokratik."Hak berhimpun secara aman bukan ancaman kepada undang-undang dan ketenteraman awam |
|
City police deny permit for GARAH rally at Sogo over security risks and public safety concerns - Malaymail - 7/02 10:53 am KUALA LUMPUR, Feb 7 Police are not granting permission for the Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARA... |
|
Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram tidak dibenarkan - Polis - Sinarharian - 7/02 9:53 am KUALA LUMPUR Polis tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan akan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.Menurutnya, pada 3 Februari lalu, polis menerima surat pemakluman daripada penyelaras GARAH berhubung perancangan mengadakan perhimpunan aman di lokasi berkenaan pada 7 Februari jam 8 malam."Susulan itu, polis telah menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat termasuk pemilik premis-premis di sekitar lokasi perhimpunan."Ketua Polis Daerah Dang Wangi juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur himpunan GARAH pada 5 Februari lalu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pada 6 Februari, pihak polis menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks, Harisons serta beberapa premis lain di sekitar lokasi berkenaan.Katanya, bantahan itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang akan mengunjungi premis perniagaan di kawasan tersebut."Maklumat risikan turut mendapati terdapat kemungkinan berlakunya pecah keamanan serta ancaman keselamatan kepada masyarakat di sekitar lokasi perhimpunan."Keadaan ini dijangka lebih berisiko memandangkan kawasan berkenaan akan dipenuhi orang ramai yang datang membeli-belah sempena sambutan beberapa perayaan," katanya.Fadil berkata, hasil pertimbangan menyeluruh serta risikan keselamatan yang dijalankan, polis menjangkakan perhimpunan berkenaan berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada orang awam."Oleh itu, pihak polis membuat keputusan untuk tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan ini," katanya."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghadirkan diri ke lokasi perhimpunan berkenaan," katanya.Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan atau menggugat keselamatan awam di lokasi tersebut."Pihak polis akan memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan awam sentiasa diutamakan," katanya.Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |