| /// |
|
| Search : G News | Page 1 |
|
Negara-Negara Selatan Global jangka G20 ambil pendirian tegas mengenai .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm # Negara-Negara Selatan Global jangka G20 ambil pendirian tegas mengenai Gaza, Sudan dan Ukraine - PM JOHANNESBURG - Negara-Negara Selatan Global menjangkakan G20 akan menunjukkan pendirian yang tegas untuk menamatkan kekejaman dan penjajahan berterusan di Gaza, serta konflik di Sudan dan Ukraine, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini |
|
G20 perlu langkau retorik tangani ketidaksamaan perdagangan global - Anwar - Sinarharian - 23/11 12:39 am JOHANNESBURG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota G20 untuk melangkaui retorik dan mengambil tindakan konkrit bagi menangani ketidaksamaan perdagangan global yang sekian lama berlarutan, terutamanya yang menjejaskan negara di Selatan Global.Beliau berkata, walaupun perbincangan terkini G20 menunjukkan desakan hebat untuk mencapai konsensus yang lebih luas terhadap perdagangan pelbagai hala, mekanisme pelaburan, dan merapatkan jurang ekonomi antara negara, kemajuan sebenar masih terhad."Kita telah melihat perancangan yang sangat hebat untuk mencapai konsensus sebegini, namun dari segi tumpuan kepada perdagangan pelbagai hala, meningkatkan mekanisme, pelaburan dan untuk memastikan tiada jurang ketara antara negara, perkara ini masih kurang," kata beliau dalam temu bual audio siar dengan Dr Sizwe Mpofu-Walsh di sini.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, negara di Eropah dan Utara Global perlu menggunakan mekanisme dalam G20 untuk menangani dan menyelesaikan ketidaksamaan ketara yang menjejaskan Selatan Global."Selama ini, amalan perdagangan tidak adil dan eksploitasi terhadap sumber negara-negara miskin tidak ditangani."Jadi, tidak perlu lagi kita mendengar ejekan, syarahan dan kata-kata yang tidak bermakna |
|
Anwar sentuh isu Gaza, kestabilan ekonomi negara di pentas global G20 - Mdateline - 23/11 11:53 am Malaysia menyampaikan pendirian tegas di pentas global apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara G20 untuk menyokong menghentikan segala bentuk kezaliman dan pembantaian .. |
|
Malaysia pertimbang permintaan Mesir anjur bersama Persidangan Pembangunan Semula Gaza - Anwar - Sinarharian - 23/11 11:17 am JOHANNESBURG - Mesir telah mengemukakan permintaan agar Malaysia bukan sahaja menyertai Persidangan Pembangunan Semula Gaza tetapi turut menjadi penganjur bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Bercakap kepada media Malaysia pada akhir lawatan kerjanya di sini, Perdana Menteri berkata rakan sejawatannya dari Mesir Mostafa Madbouly, telah menyampaikan salam daripada Presiden Abdel Fattah el-Sisi bersama-sama cadangan tersebut.Kedua-dua pemimpin itu bertemu di sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin G20, di sini."Mesir menyatakan hasrat agar Malaysia menghadiri persidangan pembangunan semula Gaza dan turut menjadi penganjur bersama |
|
G20 must move beyond rhetoric to address global trade inequities: PM - Mkini - 23/11 9:36 am Anwar says developed countries should use the trade bloc's mechanism to do so. |
|
Anwar presses G20 for anticipatory investment and faster adaptation in climate fight - Malaymail - 23/11 9:06 am JOHANNESBURG, Nov 23 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called for decisive action that focuses on anti... |
|
Anwar urges G20 to move beyond rhetoric and act on global trade inequities - Malaymail - 23/11 9:01 am JOHANNESBURG, Nov 23 Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim urged G20 member states to move beyond rheto... |
|
Tindakan iklim: Pelaburan, teknologi penting bagi lindungi nyawa dan punca pendapatan - PM - Sinarharian - 23/11 7:31 am JOHANNESBURG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa agar tindakan tegas diwujudkan yang menumpukan aspek pelaburan antisipatori atau proaktif, pragmatisme teknologi serta mempercepat penerimagunaan dalam menangani perubahan iklim.Ketika berkongsi penekanan itu di pentas Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, pendekatan sedemikian yang bertujuan melindungi nyawa, punca pendapatan dan kestabilan serantau, juga penting bagi mengemudi dunia yang semakin dibentuk oleh risiko iklim dan bencana.Sambil menjadikan Asia Tenggara sebagai contoh, beliau berkata, rantau itu kekal sebagai antara pusat bencana dunia yang bertahun lamanya dengan mencatat hampir separuh daripada jumlah kematian akibat bencana di peringkat global serta menyebabkan kerugian ekonomi lebih AS$4.4 bilion (AS$1= RM4.1460)."Bukan semua kejadian itu disebabkan oleh perubahan iklim, namun (peningkatan) tekanan iklim itu hanya menjadikan impaknya ketara serta melemahkan proses pemulihan," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara ketika sesi intervensi pada Sesi 2 bertajuk "A Resilient World - the G20s Contribution: Disaster Risk Reduction; Climate Change; Just Energy Transitions; Food Systems" (Dunia yang Berdaya Tahan - Sumbangan G20: Pengurangan Risiko Bencana; Perubahan Iklim; Peralihan Tenaga yang Saksama; Sistem Makanan) di sini, hari ini.Anwar yang bersuara atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, berkata rantau ini juga telah mengambil iktibar bahawa daya tahan itu bergantung kepada pelaburan antisipatori atau proaktif."Atas alasan inilah, rantau kita telah membangunkan salah satu sistem respons bencana paling aktif di negara-negara membangun menerusi Pusat Penyelarasan ASEAN Bantuan Kemanusiaan atau Pusat AHA."Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai pendekatan lebih meluas dan pelbagai bagi tindakan iklim," kata beliau.Perdana Menteri turut menggariskan tiga cadangan bagi menangani cabaran perubahan iklim -- pertama membabitkan pendekatan lebih luas dan pelbagai terhadap tindakan iklim"Apabila semua perjanjian global terjejas, kemajuan itu sebaliknya masih boleh dicapai menerusi pertubuhan serantau serta pakatan subnasional seperti wilayah, negeri dan bandar-bandar," kata beliau.Anwar juga menyifatkan pengalaman ASEAN sebagai membuktikan bahawa platform serantau masih boleh memajukan tindakan iklim, kerjasama bencana dan keterhubungan tenaga walaupun ketika proses global berdepan kesukaran."Inilah kerangka utama daya tahan yang praktikal," kata beliau.Bagi cadangan kedua, Perdana Menteri berkata dunia perlu menerima pragmatisme teknologi."Sekiranya bahan api fosil tidak dapat dilenyapkan secara pantas, maka kita memerlukan teknologi yang dapat mengurangkan jejaknya," kata Anwar.Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, usaha pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), pengurangan metana serta penyahkarbonan industri menjadi elemen yang penting."Malaysia misalnya, sedang melabur secara dengan kukuh ke arah langkah ini, termasuk pembangunan hab pemerangkapan serta penyimpanan karbon," kata beliau.Anwar turut mengetengahkan peranan Grid Kuasa ASEAN dan Saluran Paip Gas Rentas ASEAN yang disifatkan beliau dapat membantu kelancaran integrasi tenaga boleh baharu (TBB) selain mengukuhkan keterjaminan tenaga ketika rantau itu meningkatkan penggunaan tenaga bersih."Inilah bentuk pendekatan yang dapat merealisasikan peralihan itu," kata beliau.Merujuk cadangan ketiga, Perdana Menteri berkata kalangan negara-negara perlu bertindak mempercepat aspek penerimagunaan berikutan impak perubahan iklim yang terbukti mengancam nyawa dan menjejaskan punca pendapatan, khususnya dari segi keterjaminan makanan dan air.Perubahan iklim, kata Anwar, telah melambatkan pertumbuhan produktiviti pertanian global sebanyak lebih 20 peratus sejak 1961."Tanpa penerimagunaan yang kukuh serta sokongan kepada petani, puluhan juta orang berisiko mengalami kelaparan menjelang 2050."Sehubungan itu, tindakan meningkatkan aspek pertanian pintar iklim, mengembangkan rangkaian sistem amaran awal serta menyokong pekebun kecil akan menjadi penting terhadap kestabilan di kebanyakan wilayah," kata beliau.Anwar turut menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan semua rakan di peringkat global, serantau dan tempatan dalam memajukan strategi iklim yang berlandaskan realiti dihadapi oleh rakyat."Bagi mengekalkan peningkatan usaha ini, akses pembiayaan iklim antarabangsa perlu ada, boleh dijangkakan serta diselaras dengan keperluan rantau membangun |
|
This G20 is not about the US: Ramaphosa signals shift from American dominance - Tehrantimes - 23/11 12:55 am South Africas President Cyril Ramaphosa delivered a pointed message during Africas first G20 summit, declaring: This G20 is not about the US |
|
Krisis lebih teruk jika hadapi bersendirian, Anwar ingatkan G20 - FMT - 22/11 8:26 pm Ambil pengajaran daripada pengalaman Malaysia mempengerusikan Asean, Anwar kata daya tahan terbit daripada kesiapsiagaan bersama, dan bukannya berasingan. |
|
Anwar urges G20 to keep trade open and policies predictable to weather future shocks - Malaymail - 22/11 8:00 pm JOHANNESBURG, Nov 22 Countries can withstand global shocks only when their policies are sound, aligned and ready... |
|
Crises will bite harder without shared readiness, Anwar tells G20 - FMT - 22/11 7:43 pm Drawing from Malaysias experience chairing Asean this year, Prime Minister Anwar Ibrahim says the lesson is clear - resilience comes from common preparedness, not isolation. |
|
Anwar seeks stronger M'sia-Africa ties in halal industry - Mkini - 22/11 8:30 am PM is to attend G20 Leaders' Summit in Johannesburg from Nov 22-23. |
|
Will Trump's no-show eclipse South Africa's G20 moment? - BBC - 22/11 8:09 am The host nation's goal of advocating for developing nations may be overshadowed by the absence of the US president. |
|
Anwar, PM China bertemu sebentar di G20 - Sinarharian - 21/11 9:21 pm JOHANNESBURG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang bertemu sebentar di Pusat Konvensyen Sandton, lokasi Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20), diadakan.Kedua-dua pemimpin berada di sini bagi menghadiri sidang kemuncak itu, dengan China sebagai negara anggota G20, manakala Anwar hadir sebagai tetamu kepada Kepresidenan G20 di bawah Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa.Undangan ke sidang kemuncak itu, yang berlangsung dari 22 hingga 23 Nov disampaikan kepada Perdana Menteri atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.Kedua-dua pemimpin sempat bertegur sapa dan berbual sebentar sebelum meneruskan agenda masing-masing.Negara anggota G20 terdiri daripada Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Trkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Afrika dan Kesatuan Eropah.Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa; pegawai kerajaan Malaysia serta delegasi perniagaan.Anwar tiba di sini Khamis bagi lawatan kerja selama empat hari, negara kedua dalam rangka lawatan kerja tiga negara beliau ke benua Afrika |
|
Press conference in aircraft galley with Anwar - Sinardaily - 21/11 5:56 pm JOHANNESBURG - It was an unusual setting for a press conference, but so was the pace of his three-country tour across Africa.About two hours after taking off from Addis Ababa, Ethiopia, the media that was part of Datuk Seri Anwar Ibrahim's entourage was informed that the Prime Minister could spare time for a short press conference.With a tight schedule that left little room for extended media briefings on the ground during his official visit to Ethiopia, the media was all geared up to take up the opportunity.The galley, the compact kitchen area on an aircraft used to prepare and serve food and beverages, was swiftly transformed into a press conference venue at 40,000 feet by the cabin crew.Amid the hum of engines and the soft clatter of cameras, a 15-minute press conference unfolded, with Anwar fielding questions on pressing issues back home."I had the opportunity to meet and answer several questions from the media delegation accompanying this visit, he said on his social media."This brief meeting provided a space to share our direction, clarify several key policies and emphasise Malaysias commitment to diplomacy that is transparent, mature and people-centred, he said.The setting, though unconventional, added a sense of immediacy and intimacy to the exchange.The aircraft cabin felt unusually charged as the issues were heavy and serious, but the Prime Minister tackled the questions with ease, making the press conference more open and comfortable.The Prime Minister is undertaking a four-day working visit from Nov 20 to 23 to South Africa to attend the Group of 20 (G20) Leaders Summit in Johannesburg as a guest of G20 President Matamela Cyril Ramaphosa.Anwar and the delegation will then travel to Nairobi, Kenya, on Nov 23 for an official visit, which will be the last stop before they head home.The five-hour journey from Ethiopia to South Africa was an experience to behold for the journalists, photographers and camera crew.Reporting from on board the chartered Malaysia Airlines MH8501 was BERNAMAs Business Desk executive editor Saraswathi Muniappan and photographer Zulaikha Zainuzman |
|
Tiada usaha tutup skandal FAM, siasatan mesti diteruskan - PM - Sinarharian - 21/11 4:50 pm Kabinet telah membincangkannya, tetapi kita mesti melalui proses yang ditetapkan. Ia keputusan berat bagi FAM," katanya.Perdana Menteri menekankan kepentingan memupuk bakat tempatan, tetapi prosesnya mengambil masa walaupun usaha sedang dijalankan.Anwar menamatkan lawatan tiga hari ke Addis Ababa, Ethiopia pada 20 November dan bertolak ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 |
|
Manfaatkan kuasa belia – Anwar - Mgazette - 21/11 7:38 am Lawatan tiga hari Anwar bermula 18 Nov lepas ke negara yang mendapat jolokan Horn of Africa itu, berakhir hari ini. Dari Addis Ababa, perdana menteri akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, mulai hari ini hingga 23 Nov untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, sebelum ke Nairobi, Kenya, pada 23-24 Nov |
|
Business : PM Anwar Arrives In South Africa To Attend G20 Leaders' Summit - Bernama - 21/11 7:38 am From M.Saraswathi PRETORIA, Nov 21 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived inSouth Africa at 6.38 pm local time on Thursday (Friday, 12.38am Malaysia time) to attend the Group of 20 (G20)Leaders Summit. |
|
Business : PM Anwar Leaves For South Africa To Attend G20 Leaders Summit - Bernama - 21/11 7:38 am From M |
|
Manfaatkan kuasa belia - PM - Sinarharian - 20/11 10:44 pm ADDIS ABABA - Gelombang protes oleh Generasi Z (Gen Z) di seluruh dunia baru-baru ini merupakan seruan untuk kerajaan memanfaatkan kuasa belia dan mengiktiraf penglibatan penting mereka dalam proses politik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di mana-mana termasuk di Malaysia, belia merupakan pakar alatan digital dan penggunaan teknologi iaitu mereka boleh memacu agenda untuk penyertaan demokrasi yang lebih besar dan mendesak ketelusan serta akauntabiliti daripada pihak yang berkuasa."Gelombang protes Gen Z baru-baru ini di beberapa negara menunjukkan dengan jelas bahawa kehendak belia tidak lagi kecil dan keutamaan mereka terhadap tadbir urus yang baik telah meningkat."Kebimbangan mereka juga merangkumi perubahan iklim, ketidaksamaan ekonomi dan pencabulan hak asasi manusia," katanya pada Forum Belia Afro-Malaysia di sini.Menurut Anwar, desakan golongan muda terhadap inisiatif dasar untuk memacu perubahan dalam bidang-bidang berkenaan adalah sesuatu yang mencetuskan inspirasi.Sehubungan itu, beliau berkata peranan belia dalam dialog global membantu menggalakkan persefahaman merentasi budaya dan memperkukuh kerjasama antarabangsa."Belia ialah penggerak perubahan dan masyarakat perlu memanfaatkan tenaga, kreativiti dan semangat mereka."Fenomena global ini patut menjadi seruan (wake-up call) kepada kerajaan di seluruh dunia untuk menambah baik cara sesuatu urusan dijalankan dan memenuhi keperluan belia dengan cara yang lebih bermakna," katanya.Anwar berkata, dengan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai defisit kepercayaan pada institusi, maklumat palsu digital dan penyertaan politik tidak seimbang, belia tampil sebagai pejuang ketelusan, tanggungjawab awam dan penggubalan dasar yang inklusif."Menerusi saluran serantau seperti mekanisme Dialog Belia ASEAN dan Wakil Belia Kesatuan Afrika, kumpulan itu telah pun mengadakan perbincangan mengenai penyertaan pilihan raya, antirasuah dan keterangkuman sosial."Meningkatkan kerjasama ASEAN-AU, seperti menerusi perkongsian antara parlimen belia, bukan sahaja akan melengkapkan pemimpin muda dengan pandangan berbeza tetapi juga menyuntik legitimasi dan tenaga baharu ke dalam proses tadbir urus serantau," katanya.Bertajuk: "Perkongsian Belia untuk Kemakmuran Bersama," forum anjuran bersama Majlis Belia Ethiopia, Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Malaysia itu melibatkan 250 peserta.Turut hadir Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia Ergoge Tesfaye, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar.Ethiopia merupakan persinggahan pertama Anwar dalam lawatannya ke benua Afrika.Lawatan tiga hari Anwar bermula 18 November lepas ke negara yang mendapat jolokan "Horn of Africa" itu, berakhir hari ini.Dari Addis Ababa, perdana menteri akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, mulai hari ini hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, sebelum ke Nairobi, Kenya, pada 23-24 November |
|
Hubungan ASEAN, Kesatuan Afrika perlu maju melangkaui simbolisme - Anwar - Sinarharian - 20/11 10:06 pm ADDIS ABABA - Hubungan ASEAN dan Kesatuan Afrika perlu bergerak maju melangkaui simbolisme dan dibentuk menerusi kerjasama tulen yang berpaksikan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata, walaupun rangka kerja serta inisiatif sedia ada sudah memadai untuk dijadikan asas, kedua-dua rantau sebaliknya perlu lebih proaktif dalam usaha mewujudkan mekanisme berlandaskan kepentingan bersama yang berteraskan pengalaman masing-masing dalam aspek seperti ketahanan, pembaharuan dan pemulihan."Dalam senario semasa realiti geopolitik yang mendesak kita untuk merombak semula pendekatan strategik, saya lebih mengenang semangat yang membawa kepada pengisytiharan kerjasama antarabangsa dan diterima pakai pada Persidangan Asia-Afrika di Bandung, Indonesia, tujuh dekad lepas yang meletakkan asas ideologi bagi Gerakan Berkecuali, kata beliau ketika berucap pada Forum Belia Afro-Malaysia di sini, hari ini.Sehubungan itu, Anwar yang juga atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN berkata, tiba masanya bagi Kesatuan Afrika dan ASEAN untuk bertindak menyuntik nafas baharu terhadap semangat berkenaan bagi memeterai kerjasama padu baharu yang saling menguntungkan serta kemakmuran bersama -- bukan sekadar slogan mudah tetapi menjadi aspirasi yang boleh direalisasikan.Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan bagi komuniti Selatan Global untuk bersatu dalam mengharungi tempoh mencabar pada masa ini."Secara kolektif, tidak kiralah sama ada di Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Selatan serta pelusuk lain dunia, kita tidak pernah berdepan satu peluang untuk membentuk semula peranan yang diletakkan dalam aturan global."Kita perlukan banyak kepimpinan yang lebih mewakili serta saksama dalam struktur serantau dan global yang sedang terbentuk pada masa ini."Kepimpinan yang berasaskan kerjasama dan bertanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan dan bukan setakat golongan berkuasa dan kaya."Inilah perbincangan kita di beberapa bahagian Asia dengan rakan-rakan berpendirian sama di Eropah, Pasifik dan Amerika Selatan...malah saya yakin ini akan lengkap menerusi penglibatan Afrika, kata Anwar.Bertemakan "Youth Partnership for Shared Prosperity, (Kerjasama Belia bagi Kemakmuran Bersama), forum ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Ethiopia, Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Malaysia dan dihadiri oleh 250 peserta.Acara itu turut dihadiri Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia Ergoge Tesfaye; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar.Ethiopia merupakan destinasi pertama dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke benua Afrika.Lawatan tiga hari Anwar yang bermula pada 18 November ke wilayah diberi julukan "Horn of Africa, berakhir hari ini selain menjadi lawatan pertama oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.Dari Addis Ababa, beliau akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan mulai hari ini hingga 23 November bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dan seterusnya lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya, pada 23 hingga 24 November.- Bernama |
|
Anwar departs Ethiopia for South Africa to attend G20 Leaders Summit - Malaymail - 20/11 7:34 pm ADDIS ABABA, Nov 20 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has departed from Ethiopia to Johannesburg, Sou... |
|
PM Anwar ke Johannesburg hadiri Sidang Kemuncak G20 - Harapandaily - 20/11 3:45 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berangkat ke Johannesburg, Afrika Selatan hari ini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20 |
|
Anwar Ibrahim tamat lawatan rasmi ke Ethiopia, sambung ke G20 Anwar Ibrahim tamat lawatan rasmi ke Ethiopia, sambung ke G20 - SUN - 20/11 2:57 pm |
|
Si kaya makin kaya, jurang kekayaan penduduk dunia terus melebar - Mkini - 20/11 12:15 am Oxfam menyatakan bahawa jutawan di negara-negara G20 menyaksikan kekayaan mereka meningkat sebanyak AS$2.2 trilion sepanjang tahun lalu. |
|
Anwar bakal kongsi pengalaman dan suara Asean pada Sidang Kemuncak G20 - Mkini - 20/11 9:35 am Ini merupakan lawatan julung kali Anwar ke benua Afrika selepas menyandang jawatan perdana menteri. |
|
Anwar to bring Malaysia and Aseans voice to G20 talks on trade, climate, and global justice - Malaymail - 20/11 9:15 am KUALA LUMPUR, Nov 20 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to share Aseans experiences and... |
|
Business : Malaysia, Ethiopia To Tap Into Each Others Strengths - Bernama - 20/11 8:12 am The 55-member African Union, which was set up in July 2002, is the representative voice for Africa on the global stage, and among its functions is to encourage international cooperation. Anwar, who is also the Finance Minister, said Putrajaya will also utilise mechanisms like the Group of 20 (G20) to further strengthen the traditional relationships with the United States, Europe and China |
|
G20 countries' medium-term growth to be weakest since 2009 crisis, IMF says - Straitstimes - 20/11 6:58 am WASHINGTON - The world's 20 largest economies will grow by just 2.9% in 2030 amid headwinds from protectionism and policy uncertainty, their weakest medium-term outlook since the global financial crisis of 2009, the International Monetary Fund said on Wednesday. |
|
Delegasi Malaysia kagum kemajuan teknologi Ethiopia – PM - Mgazette - 19/11 3:09 pm Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula esok hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, diikuti lawatan rasmi ke Kenya |
|
Jetour, GWM AND Hyundai Are Supporting The G20 Summit In South Africa - DSF - 19/11 1:41 pm 3 car companies are separately supporting the upcoming G20 summit in Johannesberg |
|
Lawatan ke Afrika pemangkin perkukuh hubungan, kerjasama strategik - Anwar - Sinarharian - 18/11 6:46 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan lawatan kerja ke Addis Ababa, Johannesburg dan Nairobi akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan diplomatik serta peluasan kerjasama strategik antara Malaysia dan negara Afrika.Anwar berkata, beliau berharap setiap sesi rundingan yang berlangsung akan dipermudah, sekali gus membuka ruang kerjasama baharu yang mampu memperkukuh rantaian ekonomi, meningkatkan akses pasaran dan membawa manfaat kepada rakyat Malaysia."Saya akan membawa suara Malaysia dengan penuh keyakinan dan iltizam bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memacu kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan baharu di benua Afrika."Insya-ALLAH, lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kemajuan strategik, memperluas peluang pembangunan dan membawa manfaat yang nyata kepada rakyat serta negara," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.Perdana Menteri pada Selasa berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, dan kemudiannya diikuti lawatan rasmi ke Kenya |
|
Anwar bawa suara, kepentingan Malaysia dalam lawatan ke Afrika - Sinarharian - 18/11 4:12 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mengangkat kepentingan dan suara negara di pentas antarabangsa, termasuk melalui lawatan beliau ke tiga negara di benua Afrika, dengan Ethiopia menjadi persinggahan pertama.Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar memaklumkan Malaysia komited memperteguh multilateralisme, meluaskan peluang pelaburan dan ekonomi, serta memperkukuh seni diplomasi dan hubungan antarabangsa melalui lawatan berkenaan."Mohon doa teman-teman agar urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudah, lantas membawa manfaat dan pulangan terbaik kepada negara," katanya.Anwar berkata, beliau dan delegasi Malaysia kini berada di Addis Ababa, Ethiopia untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.Beliau berkata, lawatan itu turut merangkumi sesi pertemuan bersama peneraju industri, komuniti perniagaan, dan pemimpin-pemimpin Islam di negara berkenaan.Anwar juga memaklumkan beliau akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi mewakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20, selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Cyril Ramaphosa."Saya turut akan ke Nairobi, Republik Kenya, untuk sesi pertemuan bersama Presiden William Ruto bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara, meneroka peluang dan kerjasama baharu, selain dijadualkan bertemu pemimpin-pemimpin Islam di sana," katanya |
|
Anwar berlepas ke Ethiopia, persinggahan pertama lawatan ke tiga negara di Afrika - Sinarharian - 18/11 1:36 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Ethiopia dan bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Ethiopia yang terjalin sejak Januari 1965.Sebuah pesawat sewa khas Malaysia Airlines yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 12.35 tengah hari.Pada lawatan itu, Anwar akan diberi sambutan rasmi di Istana Negara yang dihadiri Dr Abiy Ahmed, dan kemudiannya kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan dua hala.Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa; pegawai kanan kerajaan yang lain serta delegasi perniagaan.Ethiopia, negara dilingkungi daratan yang paling ramai penduduknya di dunia, disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, diikuti lawatan rasmi ke Kenya |
|
Anwar lakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia, perkukuh hubungan dengan Kesatuan Afrika - Sinarharian - 17/11 11:09 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia ketika Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan benua Afrika melalui ibu pejabat Kesatuan Afrika di ibu kota negara itu, Addis Ababa.Kesatuan Afrika yang ditubuhkan pada Julai 2002 dan dianggotai 55 negara merupakan suara perwakilan benua itu di pentas global dengan fungsi antara lainnya untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa.Lawatan Anwar bermula 18 November ke negara yang mendapat jolokan "Horn of Africa" itu merupakan julung kali bagi Perdana Menteri Malaysia selain merupakan lawatan balas susulan kunjungan rasmi Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada Oktober tahun lepas."Lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang terjalin sejak Januari 1965 dan dijangka dapat membuka ruang bagi meraih peluang dan kerjasama dalam pelbagai sektor antara Malaysia dan Ethiopia," kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar menerusi taklimat yang diadakan secara maya pada Isnin dari Addis Ababa.Anwar yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, pegawai kanan kerajaan yang lain serta delegasi perniagaan.Lawatan itu juga bersempena dengan pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada 23 September 2025, sekali gus menekankan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Ethiopia.Beliau berkata ia juga menjadi pemangkin untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang kepentingan bersama, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan hubungan antara rakyat.Pembukaan semula Kedutaan Malaysia di Addis Ababa, serta dengan adanya ibu pejabat Kesatuan Afrika, juga akan menyediakan peluang kepada negara untuk memperkukuh hubungannya dengan Kesatuan Afrika.Di Addis Ababa, Anwar akan diberi sambutan rasmi di Istana Negara yang dihadiri Dr Abiy Ahmed dan kemudiannya kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan dua hala.Mohd Afandi berkata kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu kepentingan bersama seperti meningkatkan hubungan dua hala serta memupuk hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh."Mereka juga dijangka membincangkan pengukuhan kerjasama dalam bidang seperti pertanian, komoditi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pergerakan sesama rakyat," katanya.Sejumlah besar perjanjian serta memorandum persefahaman (MoU) juga dijangka dimeterai antara kedua-dua negara termasuk MoU dalam kerjasama kesihatan, perjanjian perkhidmatan udara dan pelancongan.Perjanjian lain termasuk dokumen kolaborasi antara Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan Pentadbiran Bandaraya Addis Ababa yang akan menyelaraskan mekanisme untuk dialog strategik bagi menyediakan ruang kerjasama jangka panjang antara kedua-dua negara.Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Ethiopia Taye Atske Selassie dan bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Mahmoud Ali Youssouf yang berasal dari Djibouti.Perdana Menteri juga dijadualkan menyampaikan syarahan khas bertemakan Menghubungkan Peradaban, Membina Masa Hadapan: Memperkukuh Kerjasama Afro-Malaysia demi Kemakmuran Bersama kepada Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Ethiopia.Ethiopia, negara dilingkungi daratan yang paling ramai penduduknya di dunia, disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.Eksport Malaysia ke Ethiopia terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan produk kimia serta tekstil, pakaian dan kasut.Pada 2023, imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.Ethiopia merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan Anwar ke Afrika.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.Kemudiannya beliau akan meneruskan rangka lawatan ke Nairobi, Kenya, dari 23 hingga 24 November, sebelum pulang ke tanah air |
|
Sabah polls: Anwar to continue campaigning after Africa visit - Sinardaily - 17/11 8:38 pm PUTRAJAYA - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is scheduled to resume campaigning for the Pakatan Harapan (PH) coalition in the 17th Sabah State Election after concluding his visits to three African countries.Senior press secretary to the Prime Minister Tunku Nashrul Abaidah said the PH chairman had personally reaffirmed his commitment to lead the coalitions campaign for the Sabah polls."At present, the plan is for him to travel to Sabah to continue campaigning in the remaining days before polling day."The Prime Ministers Office, together with the PH team, will share his Sabah schedule once it has been finalised with all parties, he said during a media briefing at the Prime Ministers Office here today.The Prime Minister will undertake an official visit to Ethiopia from Nov 18 to 20, followed by a working visit to South Africa to attend the G20 Leaders Summit as ASEAN chair from Nov 20 to 23.He will then make an official visit to Kenya on Nov 23 and 24 before returning home on Nov 25.The Election Commission has set the polling day for the state election on Nov 29, with early voting on Nov 25 |
|
PRN Sabah: Anwar ketuai kempen PH - Sinarharian - 17/11 5:33 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai pasukan Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tengku Nashrul Tengku Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan komitmennya dalam PRN berkenaan."Perdana Menteri baru sahaja pulang dari Sabah dan akan turun lagi sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur (dari lawatan rasmi ke Afrika), kami akan umumkan jadualnya," katanya menerusi taklimat khas bersama media di sini pada Isnin.PRN Sabah menyaksikan seramai 596 calon dijangka bertanding di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 November ini.Mengikut statistik SPR, seramai 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN Sabah pada kali ini, merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.Sementara itu, Tengku Nashrul memaklumkan rangka kerja rasmi Anwar ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya mulai Selasa hingga 24 November, merangkumi sidang kemuncak, pertemuan pemimpin, serta pengukuhan rangkaian ekonomi.Lawatan bermula di Addis Ababa dengan kunjungan hormat kepada Presiden Ethiopia sebelum kedua-duanya menghadiri forum perniagaan peringkat tertinggi MalaysiaEthiopia.Pertemuan bersama Perdana Menteri negara itu pula dijangka membentuk kerjasama strategik melalui pertukaran beberapa memorandum persefahaman.Agenda kemudian diteruskan di Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 2025.Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bakal mengangkat suara serantau di samping mengadakan pertemuan dua hala, sesi dialog bersama komuniti Islam, serta program bersama warga Malaysia di sana.Fasa terakhir di Nairobi menyaksikan pertemuan empat mata antara Anwar dan Presiden Kenya, William Samoei Ruto, selain mesyuarat dua hala, pertukaran MOU, pembentangan ucapan pada MalaysiaAfrica High Education Forum serta sesi bersama diaspora Malaysia.Lawatan tiga negara ini disertai delegasi kerajaan dan pemain industri bagi merancakkan perdagangan serta pelaburan melalui pasaran baharu. |
|
Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk kuasa asing - PM - Sinarharian - 13/11 5:42 pm (Kita) diserang bertubi-tubi. Kalau benar kita tunduk pada Amerika, mengapa kita tandatangan (perjanjian) dengan China?," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di sini pada Khamis.Anwar berkata, beliau tetap menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan minggu hadapan, meskipun AS memilih untuk memboikot sidang tersebut."Saya hadir kerana jemputan Presiden Afrika Selatan (Matamela Cyril Ramaphosa) |
|
Minggu Depan Saya Ke G20, AS Boikot Tapi Saya Hadir! Saya... - Mgazette - 13/11 2:58 pm # Minggu Depan Saya Ke G20, AS Boikot Tapi Saya Hadir! Saya Tak Tunduk Kepada Dasar Luar AS - PM Anwar Minggu Depan Saya Ke G20, AS Boikot Tapi Saya Hadir! Saya Tak Tunduk Kepada Dasar Luar AS - PM Anwar |
|
PMX Jadi 'Duta Jualan' EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan - Pandulaju - 11/11 4:55 pm PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimbakal membawa nama industri automotif negara ke peringkat global apabila mengumumkan [Baca Lagi...] The post PMX Jadi 'Duta Jualan' EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan appeared first on PanduLaju.com.my . |
|
PM akan promosi EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 - Sinarharian - 11/11 4:15 pm RAWANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan pada minggu depan.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan mengambil peluang untuk mempromosikan EV keluaran Perodua itu ketika lawatan kerja ke negara berkenaan."Saya akan menjadi pegawai pemasaran Perodua yang utama, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan," katanya secara berseloroh ketika berucap pada program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua, di sini, hari ini.Semasa rangka lawatan itu Anwar turut dijadualkan membuat kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Kenya."Pasaran tempatan akan menjadi keutamaan bagi EV ini, namun pada masa yang sama kita mahu tembusi pasaran luar negara," kata beliAnwar berkata, Brazil dijangka memberikan akses mudah kepada kemasukan produk keluaran Malaysia termasuk kenderaan EV Perodua ke negara itu.Menurut beliau, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva semasa pertemuan mereka di Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada akhir bulan lepas. |
|
Ahead of the G20, is Johannesburg's city centre in ruins? - BBC - 10/11 8:25 am Some residents in the heart of the South African city are living amid sewage in derelict buildings run by criminal gangs |
|
US to boycott G20 in South Africa, Trump says - BBC - 8/11 9:14 pm Trump says no US official will be sent to the summit over discredited claims that Afrikaners are being persecuted |
|
Malaysia perkukuh jaringan perdagangan dunia, tak tunduk kuasa besar .. - Mgazette - 8/11 4:09 pm # Malaysia perkukuh jaringan perdagangan dunia, tak tunduk kuasa besar - PM SEBERANG JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan Malaysia sebagai negara dagang terus diperkukuh dengan memperluas jaringan perdagangan ke seluruh dunia tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar. Beliau berkata, Malaysia kekal bebas dan berdaulat dalam menentukan hala tuju hubungan antarabangsa termasuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 walaupun terdapat tekanan daripada sesetengah pihak |
|
If we were to bow to America, I would not go: Anwar says upcoming G20 trip proves Malaysias sovereignty - Malaymail - 8/11 11:48 am BUKIT MERTAJAM, Nov 8 Malaysia remains a free and sovereign nation in establishing international relations witho... |
|
Malaysia kekal bebas dalam hubungan antarabangsa, perdagangan -PM - Sinarharian - 8/11 11:45 am BUKIT MERTAJAM - Malaysia kekal sebagai negara bebas dan berdaulat dalam menjalin hubungan antarabangsa tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pendirian itu membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan dagang dan pelaburan dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Brazil dan Afrika Selatan demi kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat."Betul kita baik dengan Amerika Syarikat. Contohnya pada hari Ahad (Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur) tandatangan dengan Amerika Syarikat (Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), bincang dengan Presiden Donald Trump, terus kena kecam seolah kita tunduk kepada Amerika."Saya jemput juga Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa yang mempengerusikan G20, Trump umumkan melarang semua wakil AS hadir ke G20, tapi saya akan hadir kerana Malaysia negara merdeka, berdaulat dan bebas, kalau kita tunduk kepada arahan Amerika, saya tidak akan pergi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini pada Sabtu.Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun Malaysia menandatangani ART dengan AS, ia tidak menghalang kerjasama dengan negara lain termasuk dalam sektor nadir bumi."Ada yang mengatakan nadir bumi ini (pelabura) hanya dengan Amerika Syarikat, tidak benar sama sekali |
|
Trump wants South Africa out of the G20 as it gears up for world summit - BBC - 7/11 12:39 am The US leader has repeatedly accused South Africa of persecuting its white minority - which Pretoria denies. |
|
G20 taskforce calls for global panel to tackle 'inequality emergency' - Star - 4/11 6:13 am JOHANNESBURG (Reuters) -A G20 taskforce established by South African President Cyril Ramaphosa has called for the creation of an international panel to tackle inequality, warning that extreme wealth disparities disrupt democracy and cause economic instability |
|
Toyota Akhirnya Sahkan Enjin V8 Baharu - Careta - 31/10 3:35 pm V8 Baharu, Asas Dari Enjin 4-Silinder Modular Menurut Uehara, enjin V8 ini berasaskan keluarga baharu enjin petrol modular Toyota yang terdiri daripada unit 1.5L dan 2.0L, dengan reka bentuk lebih ringan dan padat. Dalam model konsep GR Yaris M ber-enjin tengah, unit 2.0L G20E mensasarkan |
|
Melangkaui sidang kemuncak: Mengangkat janji dan pentas ASEAN - Sinarharian - 30/10 3:40 pm Jika rakyat Malaysia yang mengikuti berita tertanya-tanya sama ada segala kemeriahan sekitar Sidang Kemuncak ASEAN yang baru berakhir dan mesyuarat berkaitan hanyalah satu persembahan semata-mata, mereka tidak sepenuhnya silap.Sidang kemuncak besar dan acara megah sememangnya ibarat irama dan lagu, sarat dengan adat istiadat dan keagungan. Tanyakan sahaja kepada penganjur bergilir BRICS atau G20, atau kota Davos dan New York ketika WEF dan UNGA berlangsung setiap tahun.Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada salah satu Sidang Kemuncak ASEAN paling padat dalam ingatan, tetapi melakukannya pada detik penting dalam sejarah; satu pencapaian yang bukan calang-calang walau bagi tuan rumah paling berpengalaman sekalipun.Namun jangan silap: apa yang berlaku di dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hotel sekitarnya bukan sekadar perarakan, tetapi balet diplomasi moden yang halus dan kompleks - pantas, rumit namun penuh kelembutan |
|
Malaysias Asean chairmanship, G20 observer status, and Brazil-Malaysia breakthrough - Star - 27/10 3:15 pm KUALA LUMPUR: When Malaysia assumed the Group Chairmanship of Asean in 2025, few anticipated that its quiet diplomacy would eventually bridge Southeast Asia and Latin America |
|
PM terima lawatan rasmi Presiden Brazil, Afrika Selatan hari ini - Mgazette - 25/10 3:57 pm Hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang terjalin sejak awal 1990-an dijangka terus berkembang melalui kerjasama strategik baharu. Hubungan ini turut akan diperkukuh dengan lawatan balas YAB Perdana Menteri ke Afrika Selatan bulan hadapan sempena Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |