| /// |
|
| Search : Felda News | Page 1 |
|
Lelaki tetak mati peneroka dengan kapak ada masalah mental – Kakak... - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Lelaki tetak mati peneroka dengan kapak ada masalah mental - Kakak suspek KOTA TINGGI - Suspek lelaki yang mengamuk dan menetak mati seorang peneroka dengan kapak di FELDA Lok Heng Selatan di sini malam tadi, didakwa mempunyai masalah mental |
|
Polis tahan suspek tetak mati peneroka Felda guna kapak Polis tahan suspek .. - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Polis tahan suspek tetak mati peneroka Felda guna kapak JOHOR BAHRU - Suspek yang lelaki mengamuk dan menetak mati seorang peneroka dipercayai dengan kapak di Felda Lok Heng Selatan di sini malam tadi diberkas polis pagi ini |
|
Aura kemenangan BN di Johor, N. Sembilan akan menular ke Melaka... - Mygazette - 27/10 4:00 pm Kita di UMNO Bahagian Mersing belum ditetapkan untuk menjaga bahagian mana, tetapi saya bersama Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Wanita dan sayap-sayap lain sentiasa bersedia menerima arahan. Kita akan turun membantu rakan-rakan di Melaka bagi memastikan negeri itu terus mendapat gelombang biru, katanya kepada pemberita selepas program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor di Dewan JDT Felda Tenggaroh, di sini hari ini |
|
Suspect in Felda settler's murder arrested in oil palm plantation - NST - 27/10 3:56 pm JOHOR BARU: A 41-year-old man suspected of murdering a Felda settler was arrested at an oil palm plantation in Kota Tinggi today. |
|
Kes bunuh peneroka Felda: Suspek ada enam rekod jenayah, polis rampas kapak - Sinarharian - 27/10 3:36 pm KOTA TINGGI Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang peneroka berusia 68 tahun di Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada jam 10.26 pagi, Selasa.Menurutnya, suspek ditahan di dalam sebuah kebun kelapa sawit di Kota Tinggi."Polis turut merampas sebilah kapak dan sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu."Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7.56 malam, Isnin, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tempatan dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan di Felda Lok Heng Selatan.Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kedua-dua belah lengan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Waha, Kota Tinggi.Ab Rahaman berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pengerang pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan.Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi talian Hotline Polis Johor di 019-279 2095 dan Bilik Gerakan Polis Kontinjen Johor di 07-221 2999. |
|
Suspek tetak peneroka diberkas menyorok dalam kebun sawit - Kosmo - 27/10 3:27 pm JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang juga suspek utama dalam kejadian tetak seorang peneroka hingga maut di Felda Lok Heng Selatan malam tadi berjaya diberkas dalam tempoh tidak sampai 24 jam |
|
Government takes immediate steps to strengthen GLC, GLIC governance - Anwar - Sinardaily - 27/10 1:27 pm KUALA LUMPUR - The government is taking immediate steps to strengthen the governance of government-linked companies (GLCs) and government-linked investment companies (GLICs), including a proposal to introduce legislation governing state-owned entities, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said.He said the proposed bill would establish clearer and stricter rules, including limits on the powers and responsibilities of those leading the entities."Past experience has shown both strengths and weaknesses. These issues have been documented in Royal Commissions of Inquiry (RCIs), task force reports and White Papers on 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and Felda, as well as in cases involving Tabung Haji |
|
Anwar dedah rancangan ketatkan kawalan GLIC, GLC – 1MDB, Felda dan TH jadi pengajaran - Harapandaily - 27/10 12:41 am Kerajaan akan memperketat tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun menerusi undang-undang baharu susulan kelemahan yang didedahkan dalam beberapa skandal terdahulu, termasuk 1MDB, Felda dan Tabung Haji |
|
Kerajaan pertimbang RUU baharu, perketat tadbir urus GLC - Sinarharian - 27/10 12:16 am KUALA LUMPUR Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan bagi memperketat tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha mengelakkan penyelewengan serta memastikan pengurusan mengikut prinsip tatakelola yang sewajarnya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu bertujuan mewujudkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang lebih jelas berdasarkan pengalaman lalu yang menunjukkan wujud kelemahan ketara dalam aspek tadbir urus entiti berkaitan kerajaan."Kalau kita lihat pengalaman lalu, memang ada kekuatan dan juga kelemahan. Perkara ini telah dilaporkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pasukan petugas khas, Kertas Putih 1MDB, Felda dan Tabung Haji."Pelanggaran itu agak banyak dan tentunya keterlaluan serta sukar untuk dipertahankan."Sebab itu saya rasa RUU tersebut perlu menetapkan kaedah yang ketat |
|
RUU Entiti Milik Kerajaan perketat tadbir urus, cegah salah guna kuasa - Anwar - Astroawani - 27/10 11:35 am Kerajaan sedang mempertimbangkan RUU Entiti Milik Kerajaan bagi memperketat tadbir urus GLC dan agensi berkaitan, sekali gus mengelakkan penyelewengan seperti 1MDB, Felda dan Tabung Haji. |
|
RUU Entiti Milik Kerajaan perketat tadbir urus, cegah salah guna kuasa - Anwar - Sinarharian - 27/10 11:33 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan bagi memperketat tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi berkaitan bagi mengelakkan penyelewengan seperti pernah berlaku melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda dan Tabung Haji.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu bertujuan mewujudkan peruntukan undang-undang dan peraturan lebih jelas bagi memastikan setiap entiti milik kerajaan, termasuk syarikat subsidiarinya, tertakluk kepada mekanisme kawal selia yang berkesan.Beliau berkata, pengalaman lalu menunjukkan terdapat kelemahan dan pelanggaran serius dalam pengurusan beberapa institusi kerajaan seperti yang didedahkan menerusi laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pasukan petugas khas serta kertas putih berkaitan."Cadangan kita untuk bentangkan RUU itu bukan sahaja (perkukuh) dari segi tatakelola tapi memperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang yang sangat jelas untuk mengawal selia."Sebab itu saya rasa RUU itu menetapkan kaedah yang ketatwalaupun GLC, soal tadbir urus mesti diperketatkan |
|
Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak - Astroawani - 27/10 10:45 am Seorang peneroka maut ditetak dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, manakala suspek bersenjatakan kapak melarikan diri dengan motosikal. |
|
Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak - Sinarharian - 27/10 10:35 am KOTA TINGGI Seorang peneroka maut selepas ditetak dalam kejadian Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7.30 petang berhampiran kawasan kediaman suspek.Menurut sumber, suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dan bersenjatakan dipercayai sebilah kapak, menyebabkan penduduk sekitar tidak berani mendekati lokasi kejadian."Kejadian berlaku di tepi jalan dekat rumah suspek |
|
Pahang gazettes 16,000 housing plots for Felda's next generation Wan Rosdy - Sinardaily - 27/10 9:58 am KUALA LIPIS The Pahang state government has gazetted about 16,000 housing plots under the Felda New Generation People Land Scheme (STRFP) for the second generation of settlers in the state.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the initiative was aimed at safeguarding the welfare of the community and improving housing opportunities for the next generation of settlers.Although the Felda Act stipulates that houses cannot be built on the original plots, I raised the matter at a National Land Council meeting, as the state government's representative, to allow second-generation families to build houses on their original plots.Alhamdulillah, Felda has approved the matter, he said during the Sinar Harian Town Hall Rakyat programme with the Pahang Menteri Besar at the Sultan Haji Ahmad Shah Silver Jubilee Hall here on Monday.Wan Rosdy said the welfare and needs of the Felda community remained a priority, noting that Pahang had 43,016 Felda residents across 115 schemes in three regions.He added that 95.5 per cent of settlers in the state had received their land ownership titles, which he said was the highest rate in Malaysia.The remaining settlers who have yet to receive their titles are facing delays due to inheritance issues beyond the state government's control |
|
Absolute success! Over 2,000 attend Sinar Harian Town Hall Rakyat with Pahang MB - Sinardaily - 27/10 9:36 am KUALA LIPIS The Sinar Harian Town Hall Rakyat programme with Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail drew an encouraging response, with more than 2,000 people attending its third edition at the Sultan Haji Ahmad Shah Silver Jubilee Hall here on Monday.Wan Rosdy said he was pleased with the response from people of various ethnic backgrounds, adding that the programme provided an opportunity for him to engage directly with the public and explain the state government's policies and development plans.The response was fantastic, with more than 2,000 people in attendance.Alhamdulillah, everything went smoothly. I understand that many more wanted to attend, but the hall's capacity was limited, he said.He was speaking to reporters after the nearly two-hour programme, which was also attended by Sinar Karangkraf chief executive officer Farah Hussamuddin.Hosted by Abu Talib Husin, the programme was broadcast live across Sinar Harian's digital platforms.Organised in collaboration with the Pahang State Strategic Communication Unit (UKS), the event was part of efforts to strengthen engagement between the state government and residents.The previous editions were held at Karangkraf in Shah Alam on Jan 17, 2025, and in Kuantan on Nov 11, 2025.Among the issues discussed were rural development, particularly in the Pahang Barat region, the impact of the East Coast Rail Link (ECRL) project, the Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang), and the state's success in collecting more than RM1 billion in revenue for five consecutive years.Other topics included enforcement against encroachment on government land, the welfare of Felda settlers, public housing, the welfare of the Orang Asli community, assistance for Pahang students and environmental sustainability |
|
Anwar: RM150m allocated to complete 554 Felda new-generation homes - Malaymail - 27/10 8:37 am KUALA LUMPUR, Oct 27 The government has allocated an additional RM150 million to complete three Felda... |
|
Felda settler hacked to death with axe in Johor rampage - Malaymail - 27/10 8:35 am KOTA TINGGI, Oct 27 A Felda settler was hacked to death with an axe in an alleged violent rampage at Felda... |
|
Peneroka FELDA maut ditetak dengan kapak dalam kejadian amuk - Mygazette - 27/10 8:06 am # Peneroka FELDA maut ditetak dengan kapak dalam kejadian amuk KOTA TINGGI Seorang peneroka maut selepas ditetak dengan senjata tajam dalam satu kejadian amukan di FELDA Lok Heng Selatan, di sini, petang tadi |
|
Kerajaan peruntuk tambahan RM150 juta siapkan tiga projek rumah Generasi Baharu Felda - Astroawani - 27/10 7:00 am Kerajaan memperuntukkan tambahan RM150 juta bagi menyiapkan 554 unit Rumah Generasi Baharu Felda di Johor dan Terengganu, melibatkan tiga tapak projek. |
|
Felda settler dies in suspected axe attack - NST - 26/10 11:10 pm KOTA TINGGI: A Felda settler is believed to have been hacked to death with an axe by a man at Felda Lok Heng Selatan here after Maghrib prayers today. |
|
Pahang warta 16,000 lot rumah untuk generasi baharu Felda - Wan Rosdy - Sinarharian - 26/10 10:24 pm KUALA LIPIS - Kerajaan Pahang telah mewartakan kira-kira 16,000 lot rumah di bawah Projek Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) untuk generasi baharu peneroka di negeri berkenaan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha itu dibuat bagi memelihara kebajikan dan memperkasakan generasi baharu komuniti tersebut."Walaupun Akta Felda mengatakan tidak boleh buat rumah di tapak asalnya |
|
Peneroka maut ditetak dengan kapak - Kosmo - 26/10 10:20 pm KOTA TINGGI Seorang peneroka Felda maut selepas dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian amuk di Felda Lok Heng Selatan, di sini, malam ini |
|
Dulu ingat UMNO sudah berubah. - Wrlr - 26/10 6:58 am FGV lingkup. FELDA lingkup |
|
Penunggang motosikal rentung rempuh pacuan empat roda di LPT2 - Sinarharian - 25/10 5:20 pm HULU TERENGGANU Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbakar akibat merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 399.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Bukit Besi ke Ajil di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 12.53 tengah hari itu, mangsa, Wan Amir Faiz Jamal Paisal, 20, dari Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terbakar bersama motosikal jenis Honda C100 yang ditungganginya.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu wanita berusia 37 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 45 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Felda Aring, Gua Musang, Kelantan."Pemandu dan penumpang kenderaan itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program Event Enjoy Oktober di Kuantan bersama konvoi 10 motosikal."Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan tersebut berhenti di lorong kecemasan kerana salah sebuah motosikal dalam konvoi berkenaan mengalami kerosakan."Bagaimanapun, ketika mahu memulakan semula perjalanan, motosikal mangsa yang datang dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda terbabit sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux berkenaan terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Tanah, saham dan pelaburan: Anwar dedah beban legasi FELDA - Wrlr - 20/10 7:38 pm Harapandaily October 20, 2026 Kerugian pelaburan berbilion ringgit, urus niaga tanah dan kos pemulihan kewangan antara beban legasi FELDA yang perlu ditangani kerajaan bagi memastikan kebajikan ratusan ribu peneroka tidak terjejas |
|
Isu Zetrix AI: Kerajaan Madani, Anwar tak boleh lagi berdiam diri... - Mygazette - 20/10 3:53 pm Sehubungan itu, ujarnya, beliau akan memberi tumpuan kepada perkara tersebut sehingga rakyat mendapat jawapan yang memuaskan dan mereka yang terlibat disiasat. (Ini) seperti mana saya memberi tumpuan kepada skandal-skandal kewangan dana awam yang terdahulu di bawah pentadbiran UMNO (1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA, NFC), katanya |
|
Muhyiddin desak pelan induk basmi kemiskinan bandar, tempoh 5 tahun - Mygazette - 20/10 3:53 pm Beliau turut menggesa kerajaan melaksanakan reformasi institusi secara lebih tuntas dan telus serta memastikan undang-undang dikuatkuasakan secara adil tanpa mengira pangkat, warna kulit atau fahaman politik. Muhyiddin berkata, kerajaan juga wajar meneliti laporan berkaitan ketirisan dalam institusi yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, termasuk FELDA dan badan-badan lain |
|
Tanah, saham dan pelaburan: Anwar dedah beban legasi FELDA - Harapandaily - 20/10 3:11 pm Kerugian pelaburan berbilion ringgit, urus niaga tanah dan kos pemulihan kewangan antara beban legasi FELDA yang perlu ditangani kerajaan bagi memastikan kebajikan ratusan ribu peneroka tidak terjejas |
|
PMQT: PM Anwar Dijadual Perjelas Isu Mafia Korporat, Rasuah FELDA - Wrlr - 20/10 2:06 pm 4 hours ago Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pada 20 Oktober 2026. KUALA LUMPUR, 19 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memberi penjelasan berhubung dakwaan kegiatan mafia korporat dan siasatan membabitkan FELDA di Dewan Rakyat, pagi esok |
|
Kerajaan tidak pernah keluar arahan tangguh siasatan kes Felda – PM Anwar - Mydateline - 20/10 1:30 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada arahan dikeluarkan untuk menangguhkan atau menghentikan siasatan kes penyelewengan membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) |
|
No orders to halt Zetrix AI, Felda probes, says Anwar - FMT - 20/10 1:15 pm Prime minister says investigations into Zetrix AI, Felda and Tabung Haji are ongoing, despite delays in some cases. |
|
Anwar: Govt did not order delay or halt to Felda probe - Malaymail - 20/10 12:46 am KUALA LUMPUR, Oct 20 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said no instructions had been issued to delay or ha... |
|
Tiada arahan tangguh siasatan kes Felda - PM - Astroawani - 20/10 12:40 am Isu Felda telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan tiada pihak yang menghalang siasatan, sebaliknya semua pihak diminta memastikan proses itu dilaksanakan secara telus. |
|
Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda - Mkini - 20/10 12:16 am (Kes) Felda ini memang dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan tidak ada yang menghalang siasatan," kata PM. |
|
Kerajaan tidak pernah keluar arahan tangguh siasatan kes Felda - Anwar - Sinarharian - 20/10 12:11 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada arahan dikeluarkan untuk menangguhkan atau menghentikan siasatan kes penyelewengan membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, proses berkenaan mengambil masa, bagi memastikan kertas siasatan lengkap sebelum tindakan pendakwaan diambil."(Kes) Felda ini memang dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan tidak ada yang menghalang siasatan, cuma diminta siasatan itu dilaksanakan dengan telus," kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), yang ingin tahu mengapa pendakwaan berkaitan isu Felda hanya dilakukan sekarang sedangkan urus niaga yang dipertikaikan berlaku antara 2010 hingga 2020.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kertas putih berkaitan Felda telah dibentangkan pada 2019, namun tiada tindakan susulan diambil sehingga kerajaan mengambil alih pentadbiran pada 2022.AKAN MENYUSUL |
|
Tiada arahan henti siasat Zetrix AI, Felda, kata Anwar - FMT - 20/10 11:50 am Perdana menteri bagaimanapun mengakui siasatan bagi sesetengah kes mengambil masa panjang. |
|
Break-in attempt ends in a sprint, courtesy of CCTV microphone - Sinardaily - 20/10 11:16 am KOTA TINGGI - A group of individuals who attempted to break into a house in Felda Lok Heng Selatan here fled in different directions after being confronted through a closed-circuit television (CCTV) camera's microphone early Monday morning.The incident, which occurred at about 4.20am, was discovered by the homeowner after receiving a notification from the CCTV system detecting several suspicious individuals on the premises.In a post that went viral on the Orang Kota Tinggi Facebook page, a woman claimed that her father's unoccupied house had been targeted by the group.She said the suspects fled before they could commit any crime after they were promptly confronted through the CCTV microphone."Thankfully, we received a CCTV notification about their presence early enough and managed to confront them through the CCTV microphone, causing them all to flee in different directions."I urge everyone, especially residents in the surrounding area, to remain vigilant and be more aware of their surroundings," she said.Meanwhile, Kota Tinggi District Police Chief Superintendent Yusof Othman said police had detected a viral video of the incident on social media at about 3pm on Monday.He said police had also received a report from a local woman who owns the house."The case is still under investigationand the public is advised against making any speculation that could be detrimental to any party," he said in a statement.He said the case was being investigated under Section 453 of the Penal Code for house-trespass offences and Section 511 of the same code for attempted offences.Anyone with information about the incident is urged to contact the Kota Tinggi District Police Headquarters (IPD) Operations Room hotline at 07-883 7222 to assist in the investigation. |
|
Belum sempat pecah rumah, perompak lari disergah CCTV - Sinarharian - 20/10 10:15 am KOTA TINGGI Cubaan sekumpulan individu memecah masuk sebuah rumah di Felda Lok Heng Selatan di sini gagal apabila mereka bertempiaran melarikan diri selepas disergah menerusi mikrofon kamera litar tertutup (CCTV), awal pagi Isnin.Kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu disedari pemilik rumah selepas menerima notifikasi daripada sistem CCTV yang mengesan kehadiran beberapa individu mencurigakan di kawasan kediaman berkenaan.Menerusi hantaran yang tular di Facebook Orang Kota Tinggi, seorang wanita mendakwa rumah bapanya yang tidak berpenghuni ketika kejadian menjadi sasaran kumpulan terbabit.Menurutnya, tindakan pantas menyergah suspek melalui mikrofon CCTV menyebabkan mereka melarikan diri sebelum sempat melakukan sebarang jenayah."Alhamdulillah, kami dapat notifikasi CCTV mengenai kehadiran mereka lebih awal dan sempat menyergah mereka melalui mikrofon CCTV sebelum semua terus bertempiaran lari."Mohon semua, terutama penduduk di kawasan sekitar, sentiasa berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis mengesan video tular berhubung kejadian tersebut yang dimuat naik di media sosial kira-kira jam 3 petang Isnin.Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang merupakan pemilik rumah berkenaan."Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh rumah serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan kesalahan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-883 7222 bagi membantu siasatan. |
|
In Dewan Rakyat today: Corporate mafia, Felda abuse of power claims among issues to be raised - Malaymail - 20/10 8:42 am KUALA LUMPUR, Oct 20 Allegations of corporate mafia activities and abuse of power involving the Fe... |
|
Isu Umi Umairah, Onn jangan alih ‘tiang gol’ – Fadhli .. - Mygazette - 20/10 7:48 am "Mengapa persoalan tentang kebertanggungjawaban (a) dibalas dengan naratif bahawa orang politik sedang menjadi mangsa," katanya. Tegas beliau, sudah sampai masa Onn Hafiz perlu menyatakan pendirian yang jelas terhadap pendedahan dan persoalan tatakelola melibatkan Tabung Haji, Felda serta UiTM Holdings |
|
Tahanan rumah Najib: Peraturan baharu di fasa akhir - Mygazette - 19/10 7:55 am Negara kita tidak pernah ada (tahanan di rumah) sebelum ini tetapi tiba-tiba ada Dalam surat Urus Setia Lembaga Pengampunan kepada Jabatan Penjara Malaysia, disebut Jabatan Penjara Malaysia bolehlah mengadakan apa-apa syarat. Jadi, tugas kami (Jabatan Penjara Malaysia) ialah untuk membangunkan satu set peraturan yang sekarang sedang diusahakan, katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Felda Tenang di sini hari ini |
|
Pajakan kilang gula MSM di Perai dilanjutkan 15 tahun lagi - Mygazette - 19/10 7:55 am Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan akan membawa permohonan MSM ke Kabinet bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah kilang berkenaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) turut meminta Kerajaan Pulau Pinang dan RAC mempertimbangkan permohonan melanjutkan pajakan tanah kilang itu hingga 30 tahun lagi |
|
PH must win GE16 to stop Gang Sakau from returning to power - Nga Kor Ming - Sinardaily - 18/10 6:37 pm No government in Malaysia or the region has ever done anything like this, he said.Nga was speaking at the 24th DAP Perak Convention at the Ipoh Convention Centre here on Sunday. Also present was DAP secretary-general Anthony Loke.Nga, who is also the Housing and Local Government Minister, said efforts to pursue individuals allegedly involved in the misappropriation of public funds would continue, including cases involving Tabung Haji, Felda and UiTM Holdings.He said the efforts were in line with the Yang di-Pertuan Agong's decree that those responsible for financial misappropriation be brought to justice.The Teluk Intan MP also expressed confidence that the public would renew PH's mandate at the 16th General Election (GE16), citing the reforms introduced by the government.He also dismissed attempts by certain parties to build a so-called blue wave, saying the political movement would fail to secure public support.I am confident that the people will once again give their mandate to Pakatan Harapan |
|
Terengganu catat kadar penglibatan dadah tertinggi – Saifuddin - Mygazette - 18/10 3:57 pm Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan itu menunjukkan isu penyalahgunaan dadah di Terengganu memerlukan perhatian serius serta tindakan bersepadu semua pihak, termasuk agensi penguatkuasaan, institusi pendidikan dan masyarakat setempat. Berdasarkan analisis Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), golongan berusia antara 15 hingga 30 tahun merupakan kumpulan paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, katanya berucap menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI AADK Tahun 2026 di Dewan Nurul Ehsan, Felda Tenang, di sini, hari ini |
|
PH perlu terus jadi kerajaan sekat 'geng sakau' - Kor Ming - Sinarharian - 18/10 2:18 pm IPOH Pakatan Harapan (PH) perlu terus diberi mandat untuk mentadbir negara bagi memastikan usaha membanteras rasuah dan menghalang golongan yang menyalahgunakan wang rakyat daripada kembali berkuasa.Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kerajaan Madani berjaya menyita dan mendapatkan semula wang berjumlah RM15.5 bilion yang diperoleh daripada tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kes rasuah, ketirisan, penyelewengan, serta aktiviti sindiket haram.Menurutnya, wang berkenaan dikembalikan untuk manfaat rakyat sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan hasil pemulihan aset tidak berakhir sebagai keuntungan peribadi pihak tertentu."Dalam tempoh kita menjadi kerajaan, sebanyak RM15.5 bilion duit yang disakau, dicuri dan dirompak oleh geng-geng penyakau berjaya kita sita dan kembalikan kepada rakyat Malaysia."Kerajaan Madani apabila mendapat balik duit ini kita kembalikan kepada rakyat. Tidak pernah ada kerajaan di Malaysia atau rantau ini melakukan perkara sebegitu," katanya ketika berucap sempena Konvensyen DAP Perak ke-24 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini pada Ahad.Hadir sama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha memburu pihak yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana awam akan diteruskan, termasuk membabitkan Tabung Haji, Felda dan UiTM Holdings.Beliau berkata, tindakan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya pihak yang bertanggungjawab dalam kes penyelewengan dibawa ke muka pengadilan.Ahli Parlimen Teluk Intan itu juga yakin dengan reformasi dilaksanakan kerajaan, rakyat kembali memberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.Belia turut menyifatkan gelombang biru yang cuba digerakkan oleh parti tertentu tidak akan berjaya mendapat sokongan."Saya yakin di mana rakyat akan sekali lagi memberi mandat kepada Pakatan Harapan |
|
Lori terbalik di lebuh raya, muatan ayam segar bertaburan - Sinarharian - 18/10 12:16 am HULU SELANGOR Sebuah lori membawa muatan ayam segar hilang kawalan akibat kebocoran tayar sebelum terbabas dan dirempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 421 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kedua-dua pemandu berusia lingkungan 20an dan 40an terbabit bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Rawang menuju ke Felda Gedangsa sebelum tayar belakang sebelah kiri dipercayai bocor."Keadaan itu menyebabkan lori tersebut hilang kawalan sebelum terbalik melintang di sebelah kiri jalan."Sebuah kereta yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian bawah lori yang terbalik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini tular rakaman video memaparkan muatan ayam segar dibawa sebuah lori bertaburan di lebuh raya di sini dalam kemalangan.Beliau berkata, muatan ayam segar yang dibawa lori itu turut tercampak ke atas jalan, termasuk di lorong kecemasan dan lorong kiri.Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammadi bin MT Abu @ Ramli, di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. |
|
Anwar saman Tuan Ibrahim, dakwaan campur tangan urusan istana Negeri Sembilan jadi punca - Harapandaily - 16/10 8:30 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung dakwaan beliau mencampuri urusan penentuan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2026, susulan kenyataan yang didakwa dibuat Tuan Ibrahim dalam ceramah politik di Felda.. |
|
14 tahun bertungkus-lumus usahakan sawit, orang lain dapat hak .. - Mygazette - 15/10 7:29 am # 14 tahun bertungkus-lumus usahakan sawit, orang lain dapat hak `tapping' BENTONG - Selama 14 tahun membanting tulang, menghabiskan wang dan tenaga membuka tanah serta mengusahakan kelapa sawit, namun kira-kira 300 pengusaha di FELDA Chemomoi kini berdepan kebimbangan kehilangan sumber rezeki apabila sebuah syarikat swasta didakwa diberikan hak memungut hasil tanaman atau _tapping right._ Bagaikan jatuh ditimpa tangga, permohonan tanah yang dikemukakan sejak 2012 masih belum mendapat keputusan rasmi, sedangkan mereka mendakwa sudah dimaklumkan pihak lain memperoleh hak memungut hasil di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2 itu |
|
14 tahun tunggu jawapan, surat permohonan tanah ke mana? – .. - Mygazette - 15/10 7:29 am # 14 tahun tunggu jawapan, surat permohonan tanah ke mana? - Peneroka FELDA BENTONG - Sudah 14 tahun memohon tanah, namun jawapan yang dinanti tidak kunjung tiba, malah kira-kira 300 pengusaha kelapa sawit di FELDA Chemomoi mendakwa terus dibiarkan dalam tanda tanya tanpa sebarang makluman rasmi mengenai nasib permohonan mereka |
|
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi - Mypress - 14/10 8:51 pm BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah… |
|
Kerajaan MADANI Selamatkan 1,726 Projek Perumahan Sakit, Terbengkalai Kor .. - Wrlr - 14/10 3:07 pm Ketika menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkenaan status beberapa projek perumahan sakit di ibu negara, Kor Ming berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 147 projek berjaya dipulihkan daripada status sakit kepada lancar, membabitkan 29,900 unit rumah dengan GDV sebanyak RM40.92 bilion. Projek Rumah Pahang di FELDA Jengka 11 antara projek sakit dan terbengkalai ketika dipantau pada 30 Disember 2025 |
|
Pemandu bas mahu mekanisme agihan bantuan RM1,000 diperjelas - Sinarharian - 13/10 8:20 am ALOR SETAR Mekanisme pengagihan bantuan khas RM1,000 kepada kira-kira 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara perlu diperjelaskan bagi memastikan bantuan itu disalurkan secara telus dan tidak menyebabkan golongan berkenaan tercicir.Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, penjelasan itu penting memandangkan bantuan berkenaan dijadualkan mula diagihkan pada Rabu, namun kaedah untuk mendapatkannya masih belum dimaklumkan secara rasmi.Menurutnya, antara perkara yang perlu diperjelaskan termasuk sama ada pemandu bas perlu hadir sendiri ke Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya untuk mendapatkan bantuan itu atau terdapat kaedah pengagihan lain."Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan ini, bagaimanapun, kita masih tertanya-tanya bagaimana kaedah pengagihannya kerana setakat ini belum ada maklum balas rasmi."Kita tidak mahu nanti pemandu bas sekolah dikatakan tidak datang mengambil bantuan, sedangkan mereka perlu bekerja pada hari persekolahan," katanya.Amali berkata, pihaknya menerima pertanyaan daripada pemandu bas sekolah di beberapa negeri berhubung kaedah mendapatkan bantuan berkenaan, termasuk persoalan yang dibangkitkan menerusi media sosial.Justeru, beliau berharap kerajaan dapat mengumumkan mekanisme pengagihan yang jelas bagi memudahkan pemandu membuat persediaan serta memastikan tiada penerima yang layak terlepas daripada menerima bantuan tersebut.Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu menjelaskan sama ada bantuan berkenaan akan disalurkan terus kepada pemandu atau melalui pemilik permit bas sekolah.Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan masalah keciciran seperti yang didakwa berlaku ketika penyaluran bantuan kepada pengusaha bas sekolah pada tahun 2020."Jadi kita tak naklah pemandu ada yang tercicir contohnya pada tahun 2020 ketika bantuan semasa Covid diagihkan, hanya syarikat pemilik bas sekolah yang berdaftar dengan SSM sahaja, pemandu bas sekolah milik Pertubuhan Anak Yatim atau Koperasi Felda tak dapat, jadi kena jelaskan macam mana cara dia nak agihkan?," soalnya.Dalam pada itu, Amali berkata, berdasarkan statistik Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), sebanyak 10,764 permit kenderaan aktif di bawah kelas lesen bas sekolah direkodkan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2019 hingga 2026.Manakala, katanya, Sabah dan Sarawak masing-masing merekodkan kira-kira 1,000 permit bas sekolah setakat ini. |
|
Kes Felda: Penilaian tanah secara pukul rata dipertikai – Peguam - Mygazette - 13/10 7:53 am # Kes Felda: Penilaian tanah secara pukul rata dipertikai - Peguam KUALA LUMPUR - Kaedah penilaian tanah dan bangunan dalam kes pembangunan tanah FELDA di Jalan Semarak dipersoalkan peguam Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), Amrit Pal Singh, yang membangkitkan isu perbezaan kategori hartanah, lokasi perbandingan serta asas pengiraan nilai yang digunakan |
|
TNB sahkan kejadian lelaki maut di pencawang elektrik - Sinarharian - 12/10 5:49 pm KOTA TINGGI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kemalangan di pencawang elektrik miliknya yang mengorbankan seorang lelaki di daerah ini pada Isnin.Menurut TNB, pasukan teknikalnya digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden berkenaan."Kejadian berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme."Kami akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut," menurut kenyataan itu pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang lelaki maut ketika dipercayai cuba mencuri kabel elektrik bawah tanah di tepi jalan besar Kilometer 21, Felda Adela menghala ke Sungai Rengit, Kota Tinggi.Lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan terbaring kira-kira satu meter dari pencawang elektrik dan 20 meter dari jalan raya.Tambah TNB, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik, membuka atau menghampiri pepasangan elektrik kerana perbuatan itu boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa. |
|
Lelaki maut ketika curi kabel TNB - Sinarharian - 12/10 3:09 pm KOTA TINGGI Seorang lelaki maut dipercayai ketika cuba mencuri kabel elektrik bawah tanah di tepi jalan besar Kilometer 21, Felda Adela menghala ke Sungai Rengit, di sini, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki berkenaan ditemukan terbaring kira-kira satu meter dari pencawang elektrik dan 20 meter dari jalan raya.Menurutnya, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.46 pagi."Bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri ditemukan dan tiada tanda awal yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah."Pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi kejadian menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Yusof berkata, antara peralatan yang ditemukan ialah cangkul kecil berukuran 45 sentimeter, tukul besi, perengkuh paip, mesin canai tanpa wayar dan lampu suluh kepala.Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk menjalani bedah siasat."Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (LMM) dan siasatan lanjut masih dijalankan," ujarnya.Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Adela, SM Muhammad Aliff Syah Abdullah, menerusi talian 013-7426353.Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di 07-8831222. |
|
Kes FIC: Hakim tegur peguam, elak keluarkan kenyataan kerana prosiding .. - Mygazette - 12/10 3:08 pm # Kes FIC: Hakim tegur peguam, elak keluarkan kenyataan kerana prosiding masih berjalan KUALA LUMPUR - Pihak peguambela yang terlibat dalam perbicaraan projek pembangunan tanah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) diingatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media |
|
Lelaki maut ketika cuba curi kabel elektrik TNB Lelaki maut ketika cuba .. - Mygazette - 12/10 3:08 pm KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut dipercayai cuba mencuri kabel elektrik di tepi jalan berhampiran sebuah rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Felda Adela menghala ke Sungai Rengit di sini, hari ini |
|
Man found dead near TNB substation in Kota Tinggi - NST - 12/10 2:50 pm KOTA TINGGI: A man was found dead near a Tenaga Nasional Bhd (TNB) substation along Jalan Besar Felda Adela. |
|
Felda cooperative to sell assets to settle members share withdrawal claims - FMT - 12/10 12:15 am With more than RM200 million still owed to members, the cooperative plans to dispose of its Samarahan plantation and other properties. |
|
Manfaatkan tanah MINDEF untuk tanaman halia – Khaled - Mygazette - 11/10 10:28 pm "Apabila kita lakukan itu, dia tak semestinya halia (kayti) mungkin ada macam-macam jenis tanaman ikut negeri. "Peluang untuk menyertai dan menjayakan program itu akan dilaksanakan oleh veteran," katanya ketika ditemui pada Program Tuaian Pertama Halia Kayti Janaveteran dan Pelancaran Janakomuniti di Felda Air Tawar 3 di sini hari ini |
|
RCI bukan penentu LCS dapat disiapkan – Khaled - Mygazette - 11/10 10:28 pm "Sebab itu kita minta supaya pembuat kapal itu sekarang menyegerakan dan memastikan tiada lagi kelewatan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Tuaian Pertama Halia KayTi JanaVeteran dan Pelancaran JanaKomuniti di Felda Air Tawar 3, di sini hari ini |
|
Pemergian 'orang kuat' WUIF amat dirasai - Sinarharian - 11/10 4:38 pm PETALING JAYA - Pemergian 'orang kuat' di sebalik gerakan #QuranHour, Marhaini Yusoff ke negeri abadi disifatkan sebagai kehilangan yang amat besar terhadap perjuangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengQurankan bangsa dan mengIkhlaskan ummah.Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan arwah sebagai susuk tubuh yang gigih, rajin dan kaya dengan idea untuk membawa gerakan siri kempen #QuranHour serta RumahNgaji dikenali di seluruh negara.Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF itu bahkan tidak pernah menyerah dalam memperjuangkan landasan agama Islam sehingga detik-detik terakhir kepulangannya."Arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, sepatutnya beliau ke Kelantan pada Jumaat lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Kelantan dan Wanita #QuranHour semalam (Sabtu)."Jadi, beliau tidak dapat hadir tetapi arwah masih berkomunikasi dengan saya tentang gerakan ini."Programnya, alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar cuma itulah air tangan terakhir beliau," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai di sini pada Ahad.Hussamuddin berpandangan, perjuangan #QuranHour tetap perlu diteruskan dalam usaha menyuntik semangat masyarakat untuk baca, faham dan amal kitab suci al-Quran."Allahyarham Marhaini saya kira masanya tamat (perkhidmatan). Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk meneruskan perjuangan ini."Diharapkan warga Karangkraf, WUIF dan Rumah Ngaji di seluruh Malaysia dapat bersatu hati."Sekiranya semua umat Islam boleh baca, faham dan amal al-Quran, nescaya ummah akan selamat," katanya.Marhaini, 56, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.44 pagi di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh selepas mendapat rawatan sejak Khamis lalu.Berdasarkan laporan daftar kematian, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman.Kesihatan Allahyarham Marhaini turut dilaporkan merosot sejak dua hingga tiga tahun terakhir dan kerap menjalani rawatan dialisis buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu.Arwah meninggalkan suami, Ambok Dalek Tahir, 71, dan lapan orang anak.Jenazah Marhaini diiringi sahabat-handai, saudara-mara dan warga kerja WUIF serta Karangkraf.Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara Seksyen 9 pada jam 3 petang dengan diiringi bacaan talkin oleh Imam Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, Mohamad Izuan Shah Mohd Asri.Selain memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia, jenama yang sudah memasuki tahun ke-12 itu meluaskan skala ke peringkat antarabangsa juga.Antaranya, World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, World #QuranConvention (WQC), Haramain #QuranHour, MY #QuranTime, Women #QuranHour Summit (WQHS) - Women of Grit, Rumah Ngaji, Tabung Gerakan Al-Quran dan banyak lagi.Di bawah inisiatif anjuran WUIF, masyarakat digalakkan meluangkan masa untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.Allahyarham sempat turun padang menyantuni program The Felda Women #QuranHour 2026 yang berlangsung di Menara Felda Kuala Lumpur pada 2 Oktober baru-baru ini sebagai kesinambungan Women #QuranHour Summit (WQHS) - Women of Grit 1.0 pada 24 Jun lalu. |
|
RCI bukan jaminan LCS siap segera - Mohamed Khaled - Sinarharian - 11/10 3:54 pm KOTA TINGGI -Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS) bukan jaminan aset berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan syarikat pembuat kapal memberikan komitmen penuh untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut perancangan."Mantan Panglima Tentera Laut yang menjadi Pengerusi Boustead Naval Shipyard sudah dihadapkan ke mahkamah, sudah didakwa."Jadi, soal kapal LCS 1 siap atau tidak bukan bergantung kepada RCI, itu soal lain. Sebab itulah kita minta supaya pembuat kapal sekarang menyegerakan dan memastikan tiada lagi kelewatan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Tuaian Pertama Halia KayTi JanaVeteran dan Pelancaran JanaKomuniti di Felda Air Tawar 3di sini, Ahad.Sebelum ini, media melaporkan gesaan supaya kerajaan mempercepatkan siasatan berhubung isu LCS dan tidak hanya bergantung kepada penubuhan RCI.Projek berkenaan yang berlarutan selama 13 tahun memerlukan perhatian serius, terutama dalam memastikan kelewatan yang berlaku tidak terus menjejaskan perolehan aset pertahanan negara.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan beberapa negara yang dikenal pasti sebagai pembekal berpotensi bagi menggantikan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) buatan Norway.Beliau berkata, kementerian akan memastikan LCS 1 yang dijadualkan diterima tahun depan dilengkapi persenjataan sepenuhnya, termasuk peluru berpandu permukaan ke permukaan."Kapal berkenaan sudah mempunyai peluru berpandu permukaan ke udara, sistem peluru berpandu antikapal selam dan sistem gangguan elektromagnetik (jamming)."Kelengkapan penuh maksud saya dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan, tetapi masih belum ada sekarang," ujarnya. |
|
Belanjawan 2027: FELDA dapat RM1.26 bilion - Mygazette - 10/10 8:11 am KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerima peruntukan sebanyak RM1.26 billion tahun depan |
|
SPSB persoal dakwaan Felda rugi RM1.7 bilion - Sinarharian - 9/10 8:00 pm KUALA LUMPUR - Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mempersoalkan dakwaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal mengalami kerugian RM1.7 bilion berhubung projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak.Peguam SPSB, Amrit Pal Singh, berkata asas fakta dan pengiraan bagi jumlah kerugian itu perlu diperjelaskan dengan mengambil kira kos sebenar pembangunan sekiranya Felda membangunkan tanah berkenaan sendiri.Menurutnya, kos tersebut termasuk khidmat arkitek, perunding dan pakar, selain perbelanjaan mendapatkan kelulusan jabatan kerajaan.Beliau berkata, SPSB menawarkan model pembangunan bernilai kira-kira RM8 bilion menggunakan dana sendiri, sekali gus tidak memerlukan Felda menanggung keseluruhan kos pembangunan.Dalam prosiding semalam, Amrit turut menegaskan pelantikan SPSB sebagai pemaju utama (Master Developer) dibuat menerusi proses dan keputusan di peringkat lembaga pengarah Felda.Katanya, perkara itu disokong keterangan saksi pertama, Mohamed Ghouse Shajahan, yang bersetuju berdasarkan minit mesyuarat bahawa Felda melantik SPSB sebagai pemaju utama.Beliau berkata, Felda turut meminta penilaian terhadap cadangan projek itu, manakala Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) meneliti pembentangan sebelum memutuskan untuk meneruskan pelantikan berkenaan.Amrit turut mempersoalkan mengapa kontrak antara Felda dengan SPSB masih belum dibatalkan meskipun pelbagai dakwaan dibangkitkan berhubung projek pembangunan berkenaan.Menurutnya, kedudukan kontrak itu perlu dilihat bersama pelaksanaan projek yang sudah dimulakan di atas tanah Felda.Beliau mendakwa SPSB telah membelanjakan antara RM450 juta hingga RM500 juta bagi pembangunan projek itu, selain memberikan RM10 juta kepada Felda, manakala kos pembinaan ditanggung SPSB tanpa pengeluaran wang oleh Felda.Amrit berkata, bangunan lama di Lot 390 telah dirobohkan sebelum pembangunan baharu dimulakan, dengan kerja pembinaan termasuk ruang bawah tanah (basement) telah disiapkan dan struktur bangunan kini mencapai tingkat lapan.Justeru, beliau berkata, perbelanjaan, struktur pembiayaan dan kemajuan fizikal projek perlu dipertimbangkan secara menyeluruh ketika menilai dakwaan kerugian RM1.7 bilion itu.Prosiding berkenaan membabitkan saman Felda dan FIC terhadap 21 defendan berhubung projek KLVC |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |