| /// |
|
| Search : Fwcms News | Page 1 |
|
Kenapa Rafizi tak bangkitkan isu sistem Bestinet ketika jadi menteri - Mkini - 21/04 5:12 pm Setiausaha politik Ramanan berkata, kontrak FWCMS diperbaharui pada 2024 ketika Raifiz dan Nik Nazmi ada dalam kabinet. |
|
Jangan putar belit fakta FWCMS, TURAP - Aizuddin - Sinarharian - 21/04 4:56 pm KUALA LUMPUR - Kenyataan berhubung Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS), dan cadangan sistem pengambilan pekerja asing baharu (TURAP) perlu berasaskan fakta dan bukan naratif politik.Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan FWCMS serta cadangan sistem TURAP yang masih dalam peringkat penelitian.Aizuddin menegaskan bahawa proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi perlu berlandaskan integriti serta ketepatan fakta, bukan dipengaruhi kepentingan politik."Dasar negara tidak boleh digerakkan oleh emosi dan retorik semata-mata, sebaliknya mesti berpaksikan fakta, keperluan ekonomi semasa dan kesejahteraan semua pihak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pelanjutan kontrak FWCMS hingga 2031 telah diluluskan pada 24 Jun 2024 di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ketika kedua-dua mereka berkenaan masih berada dalam Kabinet."Pada ketika itu, kedua-dua individu yang kini lantang bersuara masih anggota Kabinet yang mempunyai kuasa, akses kepada maklumat, dan tanggungjawab kolektif dalam proses membuat keputusan tersebut," katanya.Beliau mempersoalkan tindakan kedua-dua Ahli Parlimen itu yang hanya membangkitkan isu berkenaan selepas tidak lagi berada dalam Kabinet."Jika benar terdapat kelemahan yang begitu serius seperti yang didakwa hari ini, mengapa suara itu tidak kedengaran ketika mereka berada di meja membuat keputusan? Mengapa hanya sekarang barulah pelbagai isu diketengahkan?," katanya.Aizuddin berkata, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut membangkitkan beberapa isu berkaitan pelaksanaan FWCMS dan kemungkinan pertindihan dengan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), namun perkara itu tidak dibantah ketika proses terdahulu.Beliau menyifatkan tindakan mengubah pendirian selepas meninggalkan Kabinet sebagai tidak konsisten dan mengelirukan.Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan kekal komited melaksanakan agenda jangka panjang termasuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).Bagaimanapun, katanya keperluan semasa industri tidak boleh diabaikan termasuk isu pekerja asing yang terperangkap dalam beban hutang pencarian kerja, serta permintaan sektor perniagaan dan industri terhadap sistem pengambilan yang lebih telus dan efisien.Aizuddin turut berkata, cadangan sistem pengambilan pekerja asing baharu masih berada pada peringkat penilaian dan belum ada sebarang keputusan muktamad atau pelantikan dibuat.Beliau dalam masa sama menggesa semua pihak menghentikan cubaan membina persepsi yang mengelirukan terhadap kerajaan."Segala pertimbangan sedang dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira kepentingan negara, ketelusan serta keberkesanan jangka panjang," katanya |
|
Pegawai Ramanan bidas Rafizi, Nik Nazmi berhubung kritikan terhadap FWCMS - FMT - 21/04 2:58 pm Aizuddin Abd Gaffal berkata dua Ahli Parlimen itu sepatutnya mematuhi prinsip tanggungjawab bersama memandangkan mereka berada dalam Kabinet ketika lanjutan kontrak Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) diluluskan. |
|
Ramanans aide slams Rafizi, Nik Nazmi over criticism of FWCMS - FMT - 21/04 2:44 pm Aizuddin Abd Gaffal says the two MPs should adhere to the principle of collective responsibility, having been in Cabinet when the contract extension for the Foreign Workers Centralised Management System was approved. |
|
KDN belum buat keputusan cadangan pelaksanaan sistem TURAP - Sinarharian - 21/04 1:15 pm PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan pelaksanaan sistem baharu pengambilan pekerja asing dikenali sebagai The Universal Recruitment Advanced Platform' (TURAP).Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk diteliti sebelum sebarang pendirian dibuat oleh kementerian."Apabila hal itu dibawa dalam Jemaah Menteri, KDN akan bagi pandangan pada ketika itu," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.Sebelum ini, sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius laporan dan reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berhubung cadangan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melaksanakan satu sistem TURAP yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd (Bestinet).Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, Ramanan bukan sahaja mengesahkan cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, tetapi juga mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).Dakwanya lagi, pendirian Ramanan bertentangan dengan penemuan dan keputusan dibuat badan-badan semak imbang yang meneliti FWCMS. |
|
Cadangan sistem pekerja asing secara langsung masih diteliti - KESUMA - Sinarharian - 21/04 9:55 am SHAH ALAM Cadangan pelaksanaan sistem pengambilan pekerja asing secara langsung menerusi platform digital masih di peringkat penelitian dan belum dimuktamadkan.Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata, terdapat pelbagai laporan serta tafsiran berbeza yang menimbulkan kekeliruan, termasuk gambaran seolah-olah keputusan telah dibuat.Menurut kementerian itu, sebarang dakwaan bahawa keputusan telah dimuktamadkan adalah tidak benar dan tidak mencerminkan kedudukan sebenar kerajaan."KESUMA telah mengkaji keseluruhan ekosistem pekerja asing dan mendapati terdapat kelompongan dalam komponen perekrutan pekerja di negara sumber, khususnya ikatan hutang yang ditanggung oleh pekerja asing."Sehubungan itu, kementerian sedang meneroka keperluan untuk membangunkan platform digital berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menambah baik ekosistem pengambilan pekerja asing secara menyeluruh."Pendekatan ini membolehkan pengambilan secara langsung oleh majikan berdasarkan keperluan sebenar tenaga kerja, merangkumi keseluruhan proses di negara sumber termasuk pendaftaran, pemilihan, padanan pekerjaan, persetujuan kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja serta fasilitasi penghantaran pekerja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.KESUMA menjelaskan, kos perekrutan juga akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah dan memastikan tiada beban kewangan dikenakan kepada pekerja asing.Menurutnya, cadangan itu selaras dengan prinsip pengambilan pekerja yang adil dan beretika seperti digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), selain berpotensi menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa."Ia juga dilihat mampu menyokong usaha Malaysia mencapai penarafan Tier 1 dalam laporan Pemerdagangan Orang oleh Amerika Syarikat."Cadangan ini hanya tertumpu kepada proses perekrutan pekerja asing di negara sumber sahaja, pada peringkat pasca kelulusan kuota dan tidak mengganggu proses pra-perekrutan sedia ada," ujarnya.Sistem tersebut, menurutnya, akan diintegrasikan dengan platform kerajaan sedia ada seperti Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS) dan National Integrated Immigration System (NIISe).KESUMA turut memaklumkan, sesi libat urus awal sedang dijalankan bersama negara sumber tenaga kerja seperti Bangladesh, Indonesia dan India selain pemain industri serta penyedia teknologi berkaitan."Sebarang keputusan kelak akan melalui proses pertimbangan serta kelulusan Kabinet selepas libat urus menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan."KESUMA kekal komited memperkukuh pembangunan bakat tempatan sebagai teras utama reformasi pasaran buruh negara selaras agenda jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)," jelasnya. |
|
10 Ahli Parlimen bantah pelaksanaan sistem TURAP oleh Bestinet - Mygazette - 21/04 7:34 am Ini kerana kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem menguruskan pengambilan pekerja asing yang beroperasi secara serentak. Selain itu katanya, kerajaan juga telah mengikat perjanjian untuk menggunakan _Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS)_ sehingga 2031 |
|
Sembilan MP PKR pertikai sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Sinarharian - 20/04 12:00 am SHAH ALAM - Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berhubung cadangan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melaksanakan satu sistem baharu dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) yang dinamakan 'The Universal Recruitment Advanced Platform' (TURAP).Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, Ramanan bukan sahaja mengesahkan cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, tetapi juga mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).Dakwanya lagi, pendirian Ramanan bertentangan dengan penemuan dan keputusan dibuat badan-badan semak imbang yang meneliti FWCMS.Antaranya, menurut Rafizi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menjadi semak imbang kerajaan bersidang sebanyak lapan kali dalam tempoh Disember 2023 hingga Februari 2025 untuk meneliti perihal FWCMS dan Bestinet."Penemuan PAC yang diumumkan di dalam laporan bertarikh 6 Mac 2025 adalah FWCMS beroperasi dan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) walaupun tiada kontrak ditandatangani antara Bestinet serta kerajaan sejak Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 12 Januari 2018 hingga tarikh SST luput pada 31 Mei 2024."Selama lebih enam tahun, ada kelemahan kronik dalam operasi FWCMS bersabit kawalan sistem iaitu dua ID pengguna 'super admin' tidak dipegang oleh pegawai Kesuma dan 24 pengguna tidak sah yang meluluskan permohonan 24 majikan."Pelaksanaan FWCMS tidak termasuk dalam senarai projek kerjasama awam swasta yang membolehkan pendekatan 'proof of concept' dan melepasi proses tender terbuka seperti satu surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Rafizi menambah, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 juga menemukan perincian penting antaranya keseluruhan pengurusan FWCMS diklasifikasikan sebagai 'tidak memuaskan'.Bukan itu sahaja, kata bekas Menteri Ekonomi tersebut, FWCMS digunakan untuk pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sahaja sedangkan terdapat 15 negara sumber tenaga asing secara keseluruhannya."Kontrak tidak ditandatangani walaupun FWCMS digunakan menyebabkan hak dan kepentingan kerajaan terjejas."Ada risiko salah guna apabila dua ID 'super admin' yang tidak dipegang oleh pegawai Kesuma dan 24 lagi ID pengguna bukan kerajaan meluluskan permohonan kuota pekerja asing."Penemuan-penemuan ini secara jelas menunjukkan isu tatakelola yang kronik mengenai FWCMS dan hubungan kerajaan dengan Bestinet dalam urusan pengambilan pekerja asing," ujar beliau.Atas dasar itu, Rafizi berpendapat bahawa kenyataan Ramanan memberi gambaran seolah-olah prestasi Bestinet dan FWCMS adalah baik sangat bertentangan dengan prinsip tata kelola yang diulang-ulang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jelasnya, kerajaan membuat keputusan untuk memuktamadkan perjanjian dengan Bestinet dari 1 Jun 2024 hingga 31 Januari 2031 pada caj RM215 setiap pekerja, berbanding persetujuan asal RM100 per orang atas pertimbangan mengelakkan tuntutan Bestinet selama enam tahun (sebelum perjanjian dimeterai) dibawa ke mahkamah."Keputusan ini juga dibuat dengan perancangan pelaksanaan 'National Integrated Immigration System' (NIISe) yang dijangka beroperasi pada 2028 dan membolehkan FWCMS tidak lagi digunakan."Latar belakang ini penting bagi membolehkan orang ramai faham kenapa cadangan penggunaan satu lagi sistem baharu oleh Bestinet iaitu TURAP mengundang kemarahan rakyat," tegasnya lagi.Justeru, Rafizi bersama lapan lagi Ahli Parlimen PKR berpandangan keras bahawa tiada keperluan utnuk memperkenalkan satu lagi sistem baharu memandangkan kerajaan sepatutnya menggunakan NIISe yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion dan dijangka beroperasi pada 2028.Pada hemat mereka, sistem dan perkhidmatan penting kerajaan yang berkaitan keselamatan negara serta pekerja asing tidak boleh diswastakan melalui kaedah usaha sama awam swasta sepertimana dicadangkan melalui TURAP."Jika pun ada keperluan untuk sistem baharu, apa-apa sistem yang hendak diperkenalkan perlu mengikut spesifikasi dan ditentukan oleh kerajaan serta melalui tender terbuka."Kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem yang menguruskan pengambilan pekerja asing beroperasi serentak."Kerajaan telah mengikat perjanjian untuk menggunakan FWCMS sehingga 2031, maka tidak bolehlah perkenalkan satu lagi sistem seperti TURAP yang akan memanjangkan 'konsesi monopoli' kepada sebuah syarikat swasta untuk tempoh panjang (12 tahun seperti dilaporkan media)," kata Rafizi.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.Selain itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ir Ts Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan. |
|
KESUMA tiada masalah jika guna sistem dibangunkan Bestinet - Mygazette - 17/04 7:24 am Tambah beliau, usaha memperkemas proses pengambilan pekerja asing penting bagi memastikan keperluan tenaga kerja negara dapat dipenuhi secara lebih cekap dan tersusun. Untuk rekod, Bestinet merupakan syarikat teknologi maklumat tempatan yang sebelum ini membangunkan Sistem Pengurusan Pusat Pekerja Asing (FWCMS) |
|
KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan - Sinarharian - 16/04 7:56 pm Setakat ini, saya tidak melihat sebarang isu untuk menggunakan Bestinet sebagai pembangun sistem," katanya. Turap dipromosikan sebagai penyelesaian bagi membolehkan syarikat mengambil pekerja secara langsung tanpa melalui orang tengah yang sering mengenakan bayaran tinggi.Sistem itu akan mempunyai portal digital yang membolehkan majikan mendaftar dan mencari pekerja.Bestinet adalah syarikat teknologi maklumat Malaysia yang membangunkan Sistem Pengurusan Pusat Pekerja Asing (FWCMS). |
|
Harapan Daily tarik balik artikel berkaitan BestiNet, kandungan tak dapat dipastikan kesahihan - Sinarharian - 9/04 2:54 pm KUALA LUMPUR - Portal berita Harapan Daily menarik balik artikel berkaitan BestiNet serta memohon maaf selepas mendapati kandungannya tidak dapat dipastikan kesahihannya.Artikel berkenaan yang ditulis oleh Syam Ghaz bertajuk Isu BestiNet dah berlarutan sejak 2018, bukan ciptaan Kerajaan MADANI diterbitkan dengan bersumberkan sepenuhnya daripada hantaran Facebook penulis itu bertarikh 1 Februari lalu.Dalam kenyataan pada Khamis, Harapan Daily menjelaskan, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat oleh Syam Ghaz dalam artikel tersebut dan menegaskan pandangan berkenaan bukan pendirian rasmi portal itu."Harapan Daily, setelah mengetahui kewujudan artikel tersebut, telah menyelidik kandungan artikel berkenaan dengan membandingkannya dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)."BestiNet Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang kredibel dan telah melaksanakan sistem FWCMS serta modul-modulnya termasuk Bio-Medical dan eVisa with Reference menurut perjanjian yang sah dan mengikat."Sistem FWCMS juga merupakan satu sistem yang menyelaraskan dan mengesahkan dokumentasi pekerja migran yang sebelum ini berasaskan kertas, sekali gus mengurangkan risiko pemalsuan dokumen," menurut kenyataan itu.Portal itu turut menjelaskan bahawa selepas semakan dibuat terhadap laporan PAC, beberapa dakwaan yang terkandung dalam artikel tersebut didapati tidak tepat.Menurut kenyataan itu lagi, dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah BestiNet dan memuktamadkan kontrak pada September 2024 sebagai usaha damage control adalah tidak benar."Oleh yang demikian, kenyataan Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah ini dan pada September 2024, mereka memuktamadkan kontrak untuk menutup lompong undang-undang dan melindungi kepentingan negara |
|
Penarikan balik Artikel oleh Syam Ghaz bertajuk: Isu BestiNet dah .. - Wrlr - 9/04 12:44 am Harapan Daily, setelah mengetahui kewujudan tentang Artikel tersebut telah menyelidik kandungan Artikel tersebut berbanding dengan laporan-laporan yang di isu oleh Public Accounts Committee ( PAC ). Harapan Daily mendapati bahawa: BestiNet Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat yang kredible dan yang telah melaksanakan sistem FWCMS serta modul-modulnya termasuk Bio-Medical ( BMS ) dan eVisa with Reference ( eVDR ) menurut perjanjian-perjanjian yang sah dan mengikat |
|
Cadangan sistem baru ambil pekerja asing cetus persoalan - Mkini - 27/03 10:00 am Pada masa ini, pengurusan pekerja asing bergantung kepada sistem Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS) kendalian Bestinet Sdn Bhd. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |