///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Eropah News   Page 1    



Artikel Pilihan Dashboard Kereta Mat Saleh Cepat Rosak Di Malaysia? Read .. - Mekanika - 6/07 8:34 am

# DASHBOARD KERETA MAT SALEH CEPAT ROSAK DI MALAYSIA? Ketika anda baru membeli kereta jenama import dari benua Eropah mungkin VW Passat, Porsche Cayenne recon, atau Ford Mustang CBU rekaan dalaman, kemasan pintu dan semua suis yang digunakan kelihatan cantik, terasa mewah, dan berbau premium





Luqman Hakim sedia bawa NSFC ke kegemilangan musim ini - SUN - 5/07 9:23 pm

SEREMBAN : Penyerang muda Luqman Hakim Shamsuddin bertekad menggunakan pengalamannya bermain di luar negara sebagai pemangkin untuk membantu Negeri Sembilan FC (NSFC) mencapai kejayaan dalam Liga Malaysia musim ini. Bekas pemain KV Kortrijk Belgium itu percaya tempoh lima tahun di Eropah telah melatihnya menjadi pemain lebih matang dan kompetitif





Persiden Macron Sambut PM Anwar Penuh Penuh Penghormatan Di Istana Elysse - Wrlr - 5/07 10:25 am

Foto Facebook Anwar Ibrahim Menerusi hantaran di di Facebook, Anwar berkata, sambutan itu merupakan satu penghormatan besar yang mencerminkan hubungan akrab dan saling menghormati antara Malaysia dan Perancis. Pertemuan ini bukan sahaja dapat memperkukuh kerjasama strategik dua hala, malah memperluas jalinan persahabatan yang memberi manfaat kepada Malaysia, rantau ASEAN, Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) secara keseluruhan, kata Anwar





Malaysia, Perancis ulangi pendirian gesa gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza - Sinarharian - 5/07 8:36 am

Saya akan teruskan perbincangan dalam beberapa hari akan datang dengan anggota Majlis Keselamatan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang lain."Kami juga mahukan gencatan senjata serta-merta di Ukraine."Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap penduduk awam. Perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Rusia ini mempunyai kesan yang jauh melangkaui benua Eropah, sebagaimana yang kita lihat sekarang tentera Korea Utara telah dikerahkan ke tanah Eropah," kata Macron





Lawatan PM ke Perancis berjaya, tingkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor - Presiden Macron - Sinarharian - 5/07 7:41 am

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.Beliau berkata, ini dicapai melalui pertemuan peringkat tinggi Anwar dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Franois Bayrou dan pegawai kanan lain, ucapan penting beliau di Sorbonne University Paris dan pertemuan dengan wakil perniagaan Perancis.Macron turut menyifatkan lawatan itu sebagai bermakna berikutan lawatan rasmi terakhir oleh pegawai tinggi Malaysia adalah 15 tahun yang lepas.Selain itu, katanya, beliau gembira melihat kedua-dua negara memeterai perjanjian dalam bidang seperti mineral dan pembelian pesawat."Lawatan ini merupakan satu kejayaan. Kami juga mendengar ucapan anda (Anwar) di universiti dan itu adalah detik yang amat penting," katanya pada sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar di Istana Elysee.Terdahulu, Anwar menyampaikan syarahan bertajuk, Southeast Asia and Europe: Recalibrating The Terms of Engagement di Sorbonne University Paris apabila beliau menggesa kerjasama yang setara dalam semua aspek antara Asia Tenggara dan Eropah.Macron berkata, hubungan Perancis dengan Malaysia dan ASEAN semakin kukuh serta lawatannya ke Indonesia, Vietnam dan Singapura pada Mei lepas menjadi petunjuk kepada hubungan serantau yang meningkat."Di Asia Tenggara, saya menegaskan sokongan kami terhadap jaringan tenaga elektrik serantau, termasuk sokongan terhadap tenaga nuklear awam," kata beliau.Sementara itu, Anwar berkata, beliau berharap Presiden Perancis akan mengadakan lawatan ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Francophonie ke-20 di Kemboja tahun depan.Beliau berkata, hubungan dua hala antara kedua-dua negara semakin kukuh dengan komitmen daripada kerajaan Perancis di bawah kepimpinan Macron."Malaysia Airlines dan AirAsia membeli lebih banyak pesawat





Malaysia di kedudukan ke-13 Indeks Keamanan Global – Saifuddin - Mgazette - 5/07 7:39 am

Saifuddin Nasution berkata antara usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan GPI adalah menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program taklimat dan tinjauan keselamatan bersama diplomat negara asing. "Kementerian membawa sendiri diplomat dari negara berpotensi besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah ke pantai timur Sabah supaya mereka boleh melihat dan menggalakkan rakyat mereka melawat Malaysia," katanya dan menambah program berkenaan memberi impak positif terhadap peningkatan pelancong ke pantai timur Sabah





Tiba masanya takrif semula kerjasama Asia Tenggara, Eropah secara setara dalam hubungan dan perdagangan - PM Anwar - Astroawani - 5/07 4:40 am

Katanya, sementara Perancis dan Eropah secara keseluruhannya telah capai kemajuan besar, Asia Tenggara juga punyai pencapaiannya tersendiri.





PM Anwar cabar pendekatan ekonomi dan strategik Eropah - Astroawani - 4/07 11:36 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Eropah agar menyusun semula pendekatan mereka terhadap Asia Tenggara.





Malaysia di kedudukan ke-13 indeks keamanan global 2025 - SUN - 4/07 10:31 pm

Saifuddin Nasution berkata antara usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan GPI adalah menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program taklimat dan tinjauan keselamatan bersama diplomat negara asing. Kementerian membawa sendiri diplomat dari negara berpotensi besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah ke pantai timur Sabah supaya mereka boleh melihat dan menggalakkan rakyat mereka melawat Malaysia, katanya dan menambah program berkenaan memberi impak positif terhadap peningkatan pelancong ke pantai timur Sabah





Malaysia di kedudukan ke-13 Indeks Keamanan Global- Saifuddin Nasution - Sinarharian - 4/07 9:13 pm

Negara itu mengatasi kita walaupun skor kita kekal sama kerana prestasi mereka meningkat."GPI ini mengandungi puluhan indikator dan jika dibandingkan dengan lebih 160 negara di dunia, kita berada di landasan yang betul. Kita perlu mengekalkan momentum keamanan ini dan memanfaatkan indikator GPI," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampung Angkat Madani Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Kampung Inderasabah di sini pada Jumaat.Saifuddin Nasution berkata, antara usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan GPI adalah menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program taklimat dan tinjauan keselamatan bersama diplomat negara asing."Kementerian membawa sendiri diplomat dari negara berpotensi besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah ke pantai timur Sabah supaya mereka boleh melihat dan menggalakkan rakyat mereka melawat Malaysia," katanya dan menambah program berkenaan memberi impak positif terhadap peningkatan pelancong ke pantai timur Sabah.Menurut GPI 2025 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), Malaysia mencatat skor GPI 1.469 untuk berada di kedudukan ke-13 daripada 163 negara





Peluang keemasan pelatih AMD menyerlah di Bosnia - Sinarharian - 4/07 8:20 pm

TIGA pelatih muda Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diberi peluang keemasan untuk menjalani sesi pemilihan bersama Akademi Kelab FK Sarajevo, sebuah kelab Liga Perdana Bosnia & Herzegovina bermula 5 hingga 26 Julai ini.Mereka ialah penyerang AMD Bawah 17 (B-17) tahun, Izzuddin Afif Nazaruddin, dan pemain tengah, Muhammad Ilham Azani Mohd Azamin, masing-masing berusia 17 tahun, serta penyerang AMD B-16 tahun, Muhammad Iman Danish Mohd Shukor.Izzuddin dan Ilham merupakan tonggak utama skuad negara B-17 tahun yang beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2024 di Laos, selain turut mewakili AMD B-17 Tahun dalam Kejohanan Piala Presiden B-20 tahun.Sementara itu, Iman Danish pula tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan B-16 dalam Kejuaraan Siri Remaja FIFA 2025 di Zurich, Switzerland, dan kini menjadi nadi utama jentera serangan AMD dalam kempen Piala Belia B-18.Menurut kenyataan rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), pemilihan tiga pemain ini bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap keberkesanan program pembangunan AMD, malah mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa bakat muda negara ke peringkat antarabangsa."MSN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik kelab FK Sarajevo, Ismir Mirvic dan Tan Sri Vincent Tan, atas komitmen serta sokongan berterusan mereka dalam menyediakan platform berprestij buat pelatih terbaik AMD mengetengahkan potensi di pentas global," kata kenyataan itu.Inisiatif ini turut mendapat kerjasama erat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertindak sebagai pemegang taruh utama dalam hala tuju pembangunan sukan bola sepak negara.Kerjasama strategik antara MSN, FAM dan kelab luar negara seperti FK Sarajevo dilihat sebagai landasan penting dalam membuka laluan pemain akar umbi ke tahap profesional, sekali gus meningkatkan nilai pasaran pemain muda tempatan.Sebagai rekod, kali terakhir pemain muda negara diserap masuk ke kelab utama Eropah ialah menerusi Luqman Hakim Shamsudin, yang menyertai KV Kortrijk di Belgium pada tahun 2020.





Malaysia hargai sokongan Perancis dalam peralihan tenaga - PM Anwar - SUN - 4/07 8:11 pm

Anwar berkata beliau juga menekankan kepentingan komitmen pengeluar pesawat Perancis, Airbus, terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang telah dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group (MAG), bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien. Menurut beliau, AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, juga menunjukkan keyakinan terhadap teknologi Perancis melalui komitmennya untuk membeli sejumlah pesawat Airbus, sekali gus memperkukuh hubungan industri penerbangan antara kedua-dua negara Sebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU), Anwar berkata beliau yakin hubungan dengan Perancis akan terus berkembang selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang lebih inklusif





'Malaysia-Bangladesh perlu hapuskan sindiket pekerja asing' - Sinarharian - 4/07 6:30 pm

SHAH ALAM - Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pekerja asing yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh pada 2021 gagal memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.Selain menyifatkan perjanjian tersebut sebagai lemah, bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, MoU berkenaan tidak mempunyai akauntabiliti dan membenarkan sindiket mengeksploitasi pekerja."Malaysia dan Bangladesh perlu sedar tanpa perjanjian mengikat, sindiket akan memperdagangkan pekerja selain industri kehilangan wang dan Malaysia diaibkan di peringkat global."Sudah tiba masanya untuk menghapuskan kartel dan menamatkan perhambaan moden selama-lamanya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini sebuah portal melaporkan, Penasihat Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Dr Asif Nazrul menggesa kerajaan Malaysia menyemak semula MoU berkenaan selain memberi gambaran negara itu mungkin tidak akan menghantar pekerja warganya ke negara ini sekiranya MoU tidak dipinda.Dalam pada itu Charles mendakwa, syarikat di Malaysia berdepan larangan import oleh Amerika Syarikat (AS), denda oleh Kesatuan Eropah (EU) dan kekacauan dalam rantaian bekalan hingga memaksa perniagaan membayar jutaan ringgit untuk menyelesaikan skandal buruh paksa.Malah menurutnya, kartel pengambilan pekerja mengaut keuntungan ekoran MoU tidak mempunyai kuasa untuk mendenda, membatalkan lesen dan tiada penyelesaian kepada pekerja yang dipaksa bekerja seperti hamba."Perjanjian yang mengikat bermaksud penalti yang sebenar, ketelusan dan sifar kos kepada pekerja."Malaysia perlu menjelaskan sama ada enggan merunding perjanjian buruh baharu yang terbuka dan telus dengan Bangladesh."Kerajaan perlu membuktikan kepada pekerja, majikan dan rakyat kepimpinan sebenar dengan membetulkan sistem yang cacat dan menyuburkan rasuah," katanya.





Malaysia hargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga - PM - Sinarharian - 4/07 5:05 pm

PARIS - [DIKEMAS KINI] Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan ituterjalin menerusi penglibatan aktif syarikat PerancisAnwar berkata, penghargaan itu disampaikan semasapertemuan beliau dengan rakan sejawatannya, Franois Bayrou di sini pada Jumaat.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Perancis berkata, pertemuan bersama Bayrou itu membuka lembaran baharu hubungan Malaysia dan Perancis.Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpinmenyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik termasuk pelaburan bernilai tinggi dalam bidang seperti aeroangkasa, semikonduktor dan automotif, kerjasama tenaga bersih, pertahanan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET)."Saya dan PM Bayrou kemudiannya menyaksikan pertukaran tiga dokumen penting yang bakal memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Perancis merentasbidang pertahanan, ekonomi dan teknologi," kata Anwar.Beliau berkata, perjanjian persefahaman antara syarikat perlombongan Malaysia,Malaco Mining Sdn Bhddan pakar kitar semula dan penapisan nadir bumi Perancis, Carester, menandakan pencapaian besar dalam pembangunan industri nadir bumiselari dengan komitmen prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)dan inisiatif tenaga boleh baharu negara.Menurut Perdana Menterisurat tawaran kepada Thales pula memperkukuh keupayaan pemantauan ruang udara Malaysia menerusi dua radar jarak jauh baharu."Manakala kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Business France akan merancakkan promosi perdagangan dua hala merentasi sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital," kata beliau.Anwar berkata, beliau juga menekankan kepentingan komitmenpengeluar pesawat Perancis, Airbus, terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang telah dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group (MAG), bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien.Menurut beliau, AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendahMalaysia, juga menunjukkan keyakinan terhadap teknologi Perancis melalui komitmennya untuk membelisejumlah pesawat Airbus, sekali gus memperkukuh hubungan industri penerbangan antara kedua-dua negaraSebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negaraKesatuan Eropah (EU), Anwar berkata beliau yakin hubungan dengan Perancis akan terus berkembang selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang lebih inklusif.Perdana Menteri berkata beliau jugatelah menjemput Bayrou untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia sebagai langkah memperteguh hubungan erat kedua-dua negara.Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara EU.Pada 2024, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini





PM adakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Perancis sempena lawatan rasmi - Sinarharian - 4/07 3:38 pm

Antara agenda utama yang bakal dibincangkan termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).Kedua-dua pemimpin turut dijangka menyentuh isu krisis di Asia Barat, khususnya krisis kemanusiaan di Gaza.Perdana Menteri juga akan menunaikan solat Jumaat bersama pemimpin komuniti Muslim tempatan di Masjid Besar Paris, sebuah daripada masjid tertua di Perancis.Bagi memperkukuh hubungan dua hala, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan bertajuk Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement di Sorbonne University, sebuah institusi berprestij yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang intelektual dan kebudayaan.Delegasi Anwar turut disertai Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Sebagai sebahagian daripada usaha menarik pelaburan global, khususnya dari Perancis, Anwar turut dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri utama negara itu. Antara syarikat yang terlibat ialah Imerys, Arkema, Airbus dan Thales.Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah





Buletin Mitsubishi Grandis Suv Diperkenal Di Eropah – Kini Dengan .. - Mekanika - 4/07 7:34 am

# MITSUBISHI GRANDIS SUV DIPERKENAL DI EROPAH - KINI DENGAN KUASA HIBRID **Mitsubishi menghidupkan semula nama Grandis untuk pasaran Eropah dengan pelancaran sebuah SUV kompak serba baharu.** Dihasilkan di kilang Renault di Valladolid, Sepanyol, model ini dibina atas platform CMF-B dan merupakan kenderaan ketiga hasil kerjasama Mitsubishi-Renault selepas ASX dan Colt





Buletin Porsche 911 Dengan 3 Varian Pacuan Semua Roda, 911 Carrera 4s .. - Mekanika - 4/07 7:34 am

Di antaranya gabungan warna dan bahan, sistem bunyi, bantuan pemandu dan sistem bumbung. MITSUBISHI GRANDIS SUV DIPERKENAL DI EROPAH - KINI DENGAN KUASA HIBRID RASMI: ART OF SPEED KEMBALI TAHUN INI, UMUM LIMA KOLABORASI BAHARU!





Anwar tiba di Paris untuk lawatan rasmi dua hari ke Perancis - Sinarharian - 3/07 10:54 pm

PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Perancis untuk memulakan lawatan rasmi sulung ke negara itu.Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Pavillon d'Honneur Orly pada 4.10 petang (10.10 malam waktu Malaysia) dari Rom usai lawatan tiga hari Perdana Menteri di sana.Menyambut ketibaan Anwar, Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini dan pegawai kerajaan Perancis.Anwar berada di sini atas jemputan Presiden Emmanuel Macron.Eldeen sebelum ini memberitahu media bahawa lawatan itu berstatus rasmi dan menandakan komitmen kuat Perancis terhadap hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak Anwar memegang jawatan Perdana Menteri pada 2022.Malam ini, Perdana Menteri akan menghadiri sesi bersama 250 ahli diaspora Malaysia di negara ini.Pada Jumaat, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Macron di Istana lyse, dengan item agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan krisis di Asia Barat khususnya krisis kemanusiaan di Gaza.Perdana Menteri akan turut menghadiri solat Jumaat bersama pemimpin komuniti Muslim di masjid Besar Paris, satu daripada masjid tertua di Perancis.Anwar juga akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement' yang bakal diadakan di Sorbonne University, institusi terkenal di dunia dalam bidang intelek dan budaya.Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Sebagai sebahagian rancangan untuk menarik pelaburan global terutamanya daripada Perancis, Anwar dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri negara itu.Antara syarikat terlibat termasuk Imerys, Arkema, Airbus dan Thales.Perancis kekal sebagai satu daripada lima rakan perdagangan utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Pada 2024, perdagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan antara Januari dan Mei tahun ini.Selepas lawatan ke Perancis, Anwar akan berlepas ke Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS dari 5-7 Julai





Selesai di Itali, Anwar bergerak ke Paris - Kosmo - 3/07 9:49 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau bersama delegasi Malaysia telah selesai menjalani urusan rasmi di Rom, Itali dan kini meneruskan lawatan kerja ke Paris, Perancis sebagai sebahagian daripada misi diplomatik ke Eropah





Malaysia berjaya raih potensi pelaburan RM8.13 bilion di Itali - PM - Sinarharian - 3/07 8:32 pm

ROM - Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mesyuarat meja bulat berkenaan melibatkan penyertaan sebanyak 41 syarikat Itali yang terdiri daripada 23 syarikat sektor pembuatan, sembilan syarikat sektor perkhidmatan, dua syarikat sektor perdagangan serta lima agensi kerajaan dan dua pertubuhan industri."Potensi pelaburan yang telah diraih melalui kedua-dua mesyuarat ini berjumlah RM8.13 bilion dalam sektor petrokimia, jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas," kata Anwar pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke Rom, Itali.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata potensi eksport yang dijana berjumlah RM425 juta bagi produk oleokimia, tenaga boleh baharu (TBB), bahan mentah bahan api bio dan aditif makanan ternakan.Mesyuarat meja bulat berkenaan memberi peluang kepada syarikat berpotensi di Itali menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi, TBB, ekonomi digital dan infrastruktur mampan.Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau Giorgia Meloni, Rom dan Putrajaya akan meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga, solar, geoterma dan hidrogen.Antara kerjasama itu adalah usaha sama Petronas dan Eni S.p.A di Pengerang, Johor dalam sektor bahan api penerbangan mampan; Perodua dan Magna Styer bagi bateri kenderaan elektrik; dan kerjasama dan pelaburan modenisasi grid elekrik termasuk Grid Tenaga ASEAN.Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan itu, beliau turut memohon pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dari Itali selain memohon dukungan penilaian pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) yang lebih adil -- standard risiko negara (rendah).Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kategori negara berisiko rendah dalam sistem penanda aras EUDR melalui semakan semula penarafan berkenaan menjelang 2026.Dalam pada itu, Malaysia turut mohon sokongan Itali untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.Perdana Menteri tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali selaku ekonomi ketiga terbesar dalam EU.Kunjungan berkenaan adalah atas jemputan Meloni.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Perdana Menteri berlepas ke Perancis untuk mengadakan lawatan rasmi pada 3 dan 4 Julai selepas menamatkan lawatan di Itali





Liverpool, Porto berdukacita - Sinarharian - 3/07 7:05 pm

DUNIA bola sepak antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian pemain Portugal dan penyerang Liverpool, Diogo Jota, 28, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.Turut terkorban dalam insiden tragik itu ialah adik beliau, Andre Silva, yang juga bekas pemain remaja kelab FC Porto.Dalam satu kenyataan rasmi, Liverpool FC menyatakan rasa sedih dan kehilangan yang amat mendalam."Liverpool Football Club amat berdukacita dengan pemergian tragik Diogo Jota."Kami dimaklumkan bahawa beliau, bersama adiknya, Andr, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol."Buat masa ini, kelab tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut dan memohon agar privasi keluarga serta rakan-rakan mangsa dihormati," kata kelab Merseyside itu pada Khamis.Sementara itu, FC Porto, turut menyatakan rasa dukacita atas pemergian dua beradik tersebut yang pernah beraksi dalam skuad muda kelab Portugal berkenaan."Kami sedang berkabung. Dengan penuh rasa terkejut dan dukacita, kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Diogo Jota dan Andr Silva."Andr pernah menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami di peringkat akar umbi," jelas kenyataan rasmi kelab tersebut yang turut disertakan gambar mereka berdua memakai jersi Porto.Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF), Pedro Proena, menyifatkan kehilangan Jota dan Andr sebagai satu kehilangan besar buat bola sepak negara."FPF dan seluruh komuniti bola sepak Portugal amat terkesan dengan pemergian Diogo Jota dan Andr Silva."Jota bukan sahaja pemain luar biasa dengan hampir 50 penampilan bersama skuad kebangsaan, tetapi juga seorang insan yang disenangi ramai serta menjadi inspirasi kepada komuniti," katanya.Beliau turut menyatakan bahawa FPF telah memohon kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) agar bertakafur selama seminit sebelum perlawanan Kejohanan Eropah Wanita antara Portugal dan Sepanyol yang dijadualkan Khamis ini."Kehilangan Diogo dan Andr tidak dapat diganti dalam dunia bola sepak Portugal."Kami akan terus berusaha setiap hari untuk menghormati dan mengabadikan legasi mereka," katanya.





Anwar hadiri mesyuarat bersama ketua-ketua industri Perancis - Sinarharian - 3/07 6:06 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.Semasa mesyuarat meja bulat itu beliau akan mengetengahkan potensi perdagangan dan pelaburan di Malaysia.Imerys ialah peneraju dunia dalam pengeluaran mineral khusus untuk kegunaan industri manakala Arkema merupakan pengeluar global bahan khas dan kimia berprestasi tinggi.Airbus pula ialah syarikat aeroangkasa Eropah yang terkenal dengan pembuatan pesawat komersial dan ketenteraan, manakala Thales, syarikat teknologi canggih yang pakar dalam sistem pertahanan, keselamatan, pengangkutan dan aeroangkasa.Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, mesyuarat yang diadakan sempena lawatan kerja sulung Anwar ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron itu akan turut disertai 180 syarikat, di samping kalangan pemimpin industri dari Malaysia.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Eldeen Husaini berkata, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Elysee, membawa agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI)."Malaysia menjangkakan lawatan kerja ini akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk meneroka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, khususnya sektor nuklear dan tenaga bersih," katanya kepada media Malaysia ketika taklimat secara dalam talian dari Paris, pada Rabu.Beliau berkata, eksport Malaysia ke Perancis meningkat 0.4 peratus kepada RM6.14 bilion pada 2024, menjadikan Perancis rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Sehingga Mac 2025, prestasi pelaburan syarikat Perancis di Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan 358 projek dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diluluskan, yang dijangka mewujudkan hampir 24,000 peluang pekerjaan di Malaysia, katanya.Eldeen Husaini berkata, perkhidmatan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Paris yang bermula tahun ini dengan menggunakan pesawat Airbus A350 juga dilihat sebagai pemangkin pertumbuhan pelancongan, susulan peningkatan kemasukan pelancong Perancis ke Malaysia sebanyak 41.8 peratus."Lawatan kerja ini menyasarkan pembukaan lembaran baharu dalam hubungan dua hala, memacu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam rantaian bekalan global," katanya.Anwar kini dalam siri lawatan kerja ke tiga negara bermula dengan Itali, disusuli Perancis dan Brazil, dari 1 hingga 7 Julai





Anwar akhiri lawatan di Itali dengan pertemuan bersama Perdana Menteri Giorgia Meloni - Sinarharian - 3/07 2:24 pm

ROME - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengakhiri lawatan kerja tiga hari di Itali dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat beliau, Giorgia Meloni, di Palazzo Chigi, di sini pada Khamis.Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menegaskan semula komitmen negara masing-masing untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama yang lebih menyeluruh.Kedua-dua pihak juga akan membincangkan pelbagai isu merangkumi kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, serta kerjasama dalam pertahanan, tenaga boleh baharu dan alam sekitar, komoditi pertanian, dan sektor digital.Perbincangan turut meliputi kerjasama antara rakyat termasuk pendidikan, pertukaran budaya, sektor pelancongan, serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama seperti situasi di Timur Tengah.Pada mesyuarat dua hala, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam.Anwar tiba di ibu negara ini pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Itali, Perancis dan Brazil, yang merupakan usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala dan menggalakkan kerjasama ekonomi pada peringkat global.Pada 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dengan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus, mencecah RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion), berbanding 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah dagangan meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion).Itali kekal sebagai rakan dagang kelima terbesar Malaysia dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah pada 2024.Anwar akan berlepas ke Paris selepas ini, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva





Penarikan produk mandatori: Sudah sampai masanya undang-undang diperkemas - Sinarharian - 3/07 11:00 am

SHAH ALAM Isu keselamatan pengguna sekali lagi menjadi perhatian apabila kerajaan digesa meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 bagi memasukkan peruntukan penarikan balik produk secara mandatori.Gesaan tersebut dilontarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia, Saral James Maniam, yang melihat keperluan mendesak bagi Malaysia mengikut jejak langkah negara-negara maju dalam memastikan keselamatan rakyat tidak dikompromi.Menurut beliau, negara seperti Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), Jepun dan Singapura telah lama mengamalkan pendekatan proaktif dalam aspek penarikan semula produk yang membahayakan pengguna, tanpa perlu menunggu tekanan awam atau tragedi berlaku terlebih dahulu.Dalam beberapa kes sebelum ini, Malaysia menyaksikan kelewatan dalam tindakan menarik balik produk yang didapati berbahaya baik dari segi makanan, alat elektrik, barangan bayi mahupun kenderaan.Tindakan bergantung kepada notis sukarela pengilang selalunya memakan masa, malah ada kes yang langsung tidak mendapat tindakan susulan.Ini menimbulkan persoalan besar siapa yang menjadi benteng utama bagi melindungi pengguna apabila sesuatu produk terbukti membahayakan?Berdasarkan pengalaman banyak negara, pendekatan mandatori memberi kuasa kepada agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan arahan serta-merta tanpa perlu menunggu tindakan pengeluar.Kita tidak boleh menunggu insiden berlaku baru mahu bertindak





Geely masuk UK, Geely EX5 model pertama, guna input Lotus Engineering - Careta - 3/07 7:55 am

Geely Auto kini sedang giat membangunkan sebuah syarikat pengedar di UK, dikenali sebagai Geely Auto UK, yang akan bertanggungjawab ke atas operasi kereta penumpang. Penubuhan Geely Auto UK bukan sahaja sebagai pengedar pertama Geely di Eropah, malah menandakan satu lagi pencapaian penting





Buletin Byd Meraikan Pengeluaran Ke Sejuta Model Dolphin Surf. Wow!! Read .. - Mekanika - 3/07 7:48 am

Naib Presiden Eksekutif BYD Stella Li mengulas: "Dolphin Surf ini telah menetapkan penanda aras dan rekod sejak ia diperkenalkan, mendahului carta jualan bulanan dalam kelasnya lebih daripada 20 kali ganda dalam masa lebih dua tahun. Malah model ini juga merupakan sebuah model superstar global ketika pelancanrannya di Eropah yang berjaya memecahkan halangan kepada penggunaan mobiliti mampan di seluruh dunia, dan kami telah menjadi contoh di seluruh dunia





Jadi contoh kepimpinan, Komuniti Islam Itali zahir penghargaan kepada Anwar, Malaysia - Astroawani - 3/07 7:10 am

Komuniti Islam Itali menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia yang dilihat menjadi contoh kepada komuniti Muslim minoriti di Eropah.





Hakim Danish perkemas persiapan, sasar impak besar di Eropah - Sinarharian - 2/07 10:34 pm

PELUMBA remaja sensasi negara, Muhammad Hakim Danish Ramli terus memperkemas persiapan menghadapi musim perlumbaan antarabangsa apabila menjalani latihan intensif di Sepanyol sejak Mei lalu.Pelumba berusia 17 tahun berpangkalan di Barcelona, itu kini mempersiapkan diri bagi menghadapi dua pentas utama FIM JuniorGP dan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025, dengan harapan mencipta impak besar sebagai wakil tunggal negara dalam kedua-dua kejohanan elit tersebut.Sepanjang berada di Eropah, Hakim Danish turut menjalani sesi latihan bersama rakan senegara, Qabil Irfan Azlan, yang turut menyertai saingan Pusingan 2 dan 3 Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK).Mereka bukan sahaja berlatih bersama, malah Hakim Danish turut memberi sokongan di litar apabila hadir ke Motorland Aragon semasa perlumbaan Qabil Irfan dalam pusingan terbaharu kejohanan itu.Ketika ini, Hakim Danish berada di kedudukan keempat keseluruhan dalam carta FIM JuniorGP dengan kutipan 38 mata ketinggalan 37 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte, yang juga merupakan pencabar utamanya dalam kejohanan itu.Dalam usaha mempersiapkan diri bagi menghadapi Pusingan 3 minggu ini, Hakim Danish telah menjalani sesi ujian tertutup bersama pasukan di Litar Magny-Cours, Perancis, dua minggu lalu.Jelas Hakim Danish, ini antara langkah penting bagi mengenal pasti data teknikal serta pelarasan jentera yang lebih optimum."Saya telah berpeluang mencuba litar baharu ini dua minggu lalu





Malaysia, Itali tingkatkan hubungan ekonomi dengan tumpuan kepada peralihan tenaga - SUN - 2/07 10:20 pm

Anwar berkata dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali Antonio Tajani sebelum mesyuarat meja bulat, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara. Kami turut membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan antara Malaysia dan ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU), kata beliau





PM Anwar bertemu pemimpin syarikat gergasi industri Itali dalam lawatan ke Rom - SUN - 2/07 9:21 pm

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (US$1.48 bilion). Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok berkenaan pada 2024.





Malaysia hargai usaha Itali selesaikan konflik Gaza dan Ukraine - SUN - 2/07 8:15 pm

Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain, katanya. Kerjasama strategik dalam pelbagai bidang turut dibincangkan, termasuk hubungan Malaysia dan ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU)





Malaysia hargai usaha Itali cari penyelesaian konflik di Gaza - Sinarharian - 2/07 6:18 pm

ROM - Malaysia menghargai usaha Itali dalam mencari penyelesaian konflik kemanusiaan di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global sewaktu pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali Antonio Tajani, di sini pada Selasa."Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain," kata beliau.Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).Mengenai konflik di Gaza, Anwar berkata, Malaysia yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin di persada antarabangsa, gembira kerana pemimpin-pemimpin Itali memahami situasi di Gaza."Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama."Kita mahu bekerjasama bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga dalam mencari penyelesaian konflik seperti Gaza, Ukraine dan Asia Barat," kata Perdana Menteri selepas pertemuan itu.Bulan lepas, Presiden Itali Sergio Mattarella menyifatkan krisis kemanusiaan dan politik di Gaza sebagai "tidak dapat diterima" dan menggesa tindakan segera oleh masyarakat antarabangsa serta penglibatan negara-negara Arab untuk menangani situasi yang semakin meruncing





PM bertemu pemimpin syarikat gergasi industri Itali dalam lawatan ke Rom - Sinarharian - 2/07 5:55 pm

ROME - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.Dalam kenyataan pada Rabu, Anwar berkata, beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama di Itali, meliputi sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.Beliau berkata, pertemuan bersama Fincantieri dan Leonardo, dua syarikat gergasi pertahanan yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang."Saya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau ini."Saya turut mengadakan pertemuan bersama syarikat tenaga Itali, ENI, untuk membincangkan kerjasama bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Malaysia serta meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama," katanya.Anwar berkata, beliau memanfaatkan sesi ini untuk menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan diyakini."Saya juga menyeru agar segala komitmen yang telah dizahirkan disusuli dengan tindakan konkrit agar pelaburan yang dirancang dapat direalisasikan dalam tempoh ditetapkan," katanya.Pertemuan satu dengan satu itu dimulakan dengan perbincangan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pembinaan kapal Fincantieri, Pierroberto Folgiero, diikuti pertemuan dengan Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Kempen Strategik syarikat aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan Leonardo, Tomasso Pani.Anwar yang diiringi oleh beberapa menteri Kabinet kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan CEO syarikat tenaga bersepadu ENI, Claudio Descalzi.Hadir sama dalam pertemuan dengan ENI ialah Presiden dan CEO kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.Pertemuan dengan pemimpin industri Itali itu berlangsung menjelang persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang diadakan sempena lawatan tiga hari Anwar ke Itali.Sebelum merasmikan mesyuarat meja bulat itu, Anwar turut bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali Antonio Tajani.Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion).Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok berkenaan pada 2024





PM Anwar bertemu peneraju industri Itali - SUN - 2/07 3:06 pm

Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Itali merupakan ekonomi ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dan kelapan terbesar di dunia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)





PM bertemu peneraju industri Itali - Sinarharian - 2/07 2:45 pm

ROM - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerjabeliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.Perdana Menteri, yang tiba pada Selasa untuklawatan selama tiga hari itu,bakal bertemu peneraju industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) sepertiLeonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero.Leonardo mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan, STMicroelectronics ialah syarikat semikonduktor manakala Ferrero merupakan antara pengeluar coklat dan konfeksioneri terbesar di dunia.Ketiga-tiga MNC ini mempunyai operasi yangkukuh di Malaysia.Mesyuarat itu akan berlangsung semasa sesi persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali, program anjuran bersama kerajaan Malaysia dan Itali.Anwar turut dijangka bertemu Antonio Tajani, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali semasa mesyuarat meja bulat itu.Perdana Menteri akandiiringi oleh pegawai kanan kerajaan yang berkaitan dan delegasi korporat yang terdiri daripada wakil 13 syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor.Pada hariyang sama, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuandenganImamYahyaPallavicini, Naib Presiden Comunita Religiosa Islamica Italiana (COREIS)danAbdellahRedouane, Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali dan Masjid Rom.Pada Khamis, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni di Istana Chigi.Anwardiiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Itali merupakan ekonomi ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dan kelapan terbesar di dunia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Ekonominya menyumbang kira-kira 12 peratus daripada KDNK EU.Malaysia dan Itali telah menjalin hubungan diplomatik yang panjangdalam pelbagai bidang, disokong oleh hubungan ekonomi yang kukuh, perdagangan dan pelaburan yang meningkat serta kerjasama antara rakyat.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara EU dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok itu pada 2024.Anwar sedang mengadakan satu siri lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil sebagaisebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan mempromosikan kerjasama ekonomi pada peringkat global





Kerajaan digesa pinda undang-undang wajibkan penarikan balik produk tidak selamat - Sinarharian - 2/07 1:58 pm

SHAH ALAM Kerajaan digesa meminda undang-undang bagi memasukkan peruntukan penarikan balik produk secara mandatori dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia, Saral James Maniam berkata, dalam aspek memastikan keselamatan pengguna, negara perlu mencontohi pendekatan proaktif seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), Jepun dan Singapura."Penglibatan pengguna dalam pembangunan dan semakan piawaian seperti Standard Malaysia MS 2626:2016 (MS 2626) perlu dijadikan budaya."Pengguna perlu faham hak mereka dan industri perlu bersedia dengan tanggungjawabnya





Itali rakan strategik utama Malaysia di benua Eropah PM - Thempress - 2/07 1:27 pm

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia menganggap Itali sebagai rakan strategik utama di benua Eropah dan komited untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang





Dortmund ke suku akhir, lepasi ranjau Monterrey - Sinarharian - 2/07 1:20 pm

Borussia Dortmund menempah tiket ke suku akhir Piala Kelab Dunia selepas menangkis asakan hebat Monterrey dalam pertembungan mendebarkan pusingan 16 di Stadium Mercedes-Benz Arena, Atlanta, Georgia.Kemenangan tipis 2-1 membolehkan gergasi Bundesliga Jerman kendalian Edin Terzic melengkapkan barisan lapan pasukan terbaik temasya 32 pasukan berkenaan.Penyerang berbisa Dortmund, Serhou Guirassy, menjadi wira dengan dua jaringan klinikal pada minit ke-14 dan ke-24, memastikan Dortmund selesa mendahului pada separuh masa pertama.Namun, Monterrey bangkit mengganas pada babak kedua apabila German Berterame merapatkan jurang pada minit ke-48.Jaringan itu menyaksikan kelab Mexico itu terus menggandakan tekanan mencari gol penyamaan sehingga wisel penamat.Bagaimanapun pertahanan Dortmund kekal kental menahan asakan bertali arus lawan, sekali gus mengesahkan pertemuan suku akhir menentang juara Eropah 15 kali, Real Madrid, di New Jersey pada Ahad ini."Perlawanan ini sukar





'Messi dikelilingi 'patung', bukan pemain bola sepak' Ibrahimovic - Sinarharian - 2/07 10:42 am

ZLATAN Ibrahimovic tampil mempertahankan Lionel Messi selepas Inter Miami disingkirkan daripada saingan Piala Dunia Kelab FIFA sambil menyamakan rakan sepasukan bintang Argentina itu dengan patung.Inter Miami dan Messi tewas 4-0 kepada bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pusingan 16 terbaik pada Ahad lalu.Ibrahimovic yang pernah bergandingan bersama Messi di Barcelona nyata tidak teruja dengan persembahan kelab MLS itu yang bolos empat gol dalam separuh masa pertama menentang juara Liga Juara-Juara Eropah itu."Yang kalah bukan Messi, tetapi Inter Miami."Messi bermain dengan patung, bukan pemain bola sepak sebenar





Bubbles O2 dianugerahkan SuperBrands 2025 - Sinarharian - 2/07 9:55 am

Jenama air mineral tempatan, BubblesO2, terus mencipta pencapaian membanggakan apabila dianugerahkan Superbrands Malaysia 2025.Ia merupakan pengiktirafan berprestij yang mengiktiraf jenama terkemuka yang menunjukkan kekuatan pasaran, reputasi kukuh serta inovasi berterusan.Pengiktirafan itu hadir ketika syarikat mencatat lonjakan permintaan melebihi 200 peratus, didorong oleh pertumbuhan pesat dalam pasaran domestik serta kemasukan ke pasaran antarabangsa.Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifi n berkata, sebagai langkah strategik, pengembangan fasiliti pengeluaran fasa kedua sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan bekalan yang semakin meningkat."Ini bukan sekadar kejayaan syarikat tetapi bukti bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat global dengan produk yang berkualiti dan berasaskan sumber semula jadi."Air kami mengandungi oksigen terlarut secara semula jadi, tanpa sebarang penambahan buatan," kata Ain Azizah yang mengetuai syarikat sejak awal transformasinya.Gabungan kepimpinan muda dan kepakaran teknikalDi sebalik kejayaan komersial itu, BubblesO2 turut disokong oleh kekuatan teknikal dalaman, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Arifin.Abdul Aziz ialah seorang jurutera berpengalaman dalam bidang pembangunan sumber semula jadi dan industri kejuruteraan di Amerika Syarikat."Kami membina sistem yang mampan daripada pemilihan sumber hingga ke pengguna akhir untuk memastikan setiap botol mengekalkan ketulenan mineral dan struktur oksigen yang tinggi," jelas beliau yang kini menerajui pelan pembangunan jangka panjang syarikat.Air mineral BubblesO2 dibotolkan terus dari sumber bawah tanah terpilih dan diproses secara minimal bagi mengekalkan ciri-ciri asalnya.Keunikan BubblesO2 yang mengandungi tahap oksigen terlarut yang tinggi secara semula jadi menjadikannya semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna aktif, atlet dan mereka yang mengutamakan kesihatan.Sejak 2023, produk Bubbles O2 telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Brunei, Indonesia dan kini dalam peringkat akhir rundingan untuk meluaskan eksport ke Afrika Selatan dan Eropah menjelang pertengahan 2026.Kejayaan itu turut disokong oleh keterlibatan jenama dalam acara berprofil tinggi seperti Le Tour de Langkawi, Sukan SEA, MotoGP SIC, serta penajaan rasmi Liga Malaysia (MFL).Walaupun syarikat baru berusia enam tahun dalam industri, Bubbles O2 telah menerima pelbagai pengiktirafan industri termasuk BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Brand 2024 serta Entrepreneur of The Year bagi kategori FMCG.Pencapaian itu membuktikan bahawa jenama tempatan mampu mencipta impak besar walaupun bermula dari bawah.Komitmen terhadap pertumbuhan mampanSyarikat air mineral semula jadi ini kini mempunyai lebih 170 tenaga kerja tetap dan sambilan, Bubbles O2 turut komited dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti dan ekosistem usahawan tempatan.Syarikat menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi pembangunan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) dalam memastikan pertumbuhan syarikat turut membawa manfaat kepada rakyat."Kami mahu rakyat Malaysia berasa bangga apabila melihat botol BubblesO2 berada di rak pasar raya luar negara





Inter Miami yakin Messi kekal di MLS - Sinarharian - 2/07 7:46 am

KELAB Liga Bolasepak Utama (MLS) Inter Miami meluahkan keyakinan tinggi untuk memperbaharui kontrak bintang utama mereka, Lionel Messi, yang bakal tamat pada Disember ini.Penyerang berusia 38 tahun itu merupakan pemain 'marquee' (penarik utama) bagi Miami dan MLS secara keseluruhan, dan semua pihak kini telah memulakan rundingan kontrak untuk melanjutkan tempoh khidmatnya di Amerika Syarikat AS).Malah, dalam kalangan pegawai kelab dan pengurusan MLS yakin bahawa bintang Argentina itu akan memperbaharui kontraknya.Sumber dari pihak Messi juga menyatakan beliau sangat terbuka untuk melanjutkan tempohnya, biarpun terdapat laporan minat daripada kelab-kelab di Arab Saudi.Salah satu faktor utama yang memotivasikan usaha untuk mengekalkan Messi di AS adalah untuk terus menarik perhatian kepada liga, terutamanya dengan Piala Dunia 2026 yang semakin hampir di seluruh Amerika Utara.Walaupun belum disahkan secara rasmi, terdapat spekulasi bahawa Messi akan menamatkan karier antarabangsanya selepas Argentina mempertahankan gelaran juara dunia.Messi kini memegang rekod penjaring gol sepanjang zaman dalam sejarah singkat Inter Miami dengan 50 gol, termasuk jaringan terbarunya untuk kelab itu hasil sepakan percuma menentang Porto dalam Piala Dunia Kelab.Sebagai rekod, Miami tersingkir dari temasya 32 pasukan dunia tersebut setelah tewas 0-4 kepada juara Eropah, Paris Saint-Germain (PSG), depan 65,574 penonton di Atlanta.





Silva sebak Fluminense jinakkan Inter Milan - Sinarharian - 1/07 4:29 pm

Cuaca hari ini juga terlalu panas untuk bermain bola sepak. Masa perlawanan tidak sesuai, tetapi begitulah keadaannya," kataya.Fluminense, yang mara dari Kumpulan F dengan lima mata selepas seri dengan Borussia Dortmund dan Mamelodi Sundowns serta menewaskan Ulsan HD, kini akan bertemu sama Al-Hilal di suku akhir.Sebagai rekod, Fluminense merupakan salah satu daripada empat wakil Brazil di Piala Dunia Kelab yang melibatkan 32 pasukan bersama-sama Botafogo, Flamengo, dan Palmeiras.Kesemua empat pasukan berjaya melepasi peringkat kumpulan, sebelum Palmeiras menyingkirkan Botafogo dalam Pusingan 16.Flamengo pula tewas 2-4 kepada Bayern Munich pada Isnin, manakala Palmeiras akan berdepan Chelsea pada suku akhir.Silva kembali menyertai Fluminense pada Mei tahun lalu, selepas mengharungi karier yang penuh gelaran di Eropah bersama AC Milan, Paris Saint-Germain (PSG), dan Chelsea.Bekas pemain pertahanan tengah legenda Brazil itu pernah menghabiskan masa di akademi remaja Fluminense pada tahun 1990-an sebelum beraksi tiga musim bersama skuad utama kelab Rio de Janeiro itu antara 2006 dan 2008.





Sepanyol catat suhu tertinggi Jun dalam gelombang haba selatan Eropah - SUN - 1/07 2:50 pm

MADRID : Sepanyol mencatatkan suhu tertinggi yang pernah direkodkan sepanjang Jun pada hujung minggu lepas ketika gelombang haba terus melanda selatan Eropah, lapor Xinhua





Anwar adakan lawatan sulung ke Itali mulai 1 Julai - Sinarharian - 1/07 12:28 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Itali, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu, demikian menurut Wisma Putra.Kenyataan Wisma Putra malam ini memaklumkan lawatan dari 1 hingga 3 Julai itu adalah atas undangan rakan sejawat Anwar iaitu Giorgia Meloni.Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Menurut Wisma Putra, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Meloni di Istana Chigi, Rom pada 3 Julai."Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga," menurut kenyataan itu.Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Timur Tengah."Perdana Menteri juga akan menggariskan keutamaan Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2025 serta usaha ASEAN dalam mendepani cabaran serantau dan global," katanya.Wisma Putra memaklumkan pada 2 Julai, Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang akan dihadiri pemimpin industri kedua-dua negara bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala.Selain itu, Anwar dijadual menghadiri perjumpaan bersama pemimpin komuniti Islam di Itali dan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.Hubungan antara Malaysia dan Itali yang terjalin sekian lama adalah kukuh dan saling menguntungkan didukung oleh pertumbuhan perdagangan serta pelaburan yang berterusan selain kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.Tahun lepas, jumlah dagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding 2023 manakala bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah dagangan terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.50 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2024.Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut bagi tahun 2024.Selepas Itali, Perdana Menteri dijadual ke Perancis bagi lawatan rasmi selama dua hari bermula 3 Julai





Botafogo pecat ketua jurulatih selepas tersingkir Piala Dunia Kelab - Sinarharian - 1/07 12:05 am

BOTAFOGO secara rasmi mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Renato Paiva, susulan penyingkiran kelab itu daripada Piala Dunia Kelab.Keputusan drastik itu dibuat walaupun skuad kendalian Paiva mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan juara Liga Juara-Juara Eropah, Paris Saint-Germain (PSG), dalam kejohanan tersebut.Pasukan kendalian Paiva terkandas di peringkat pusingan 16 terakhir selepas tewas 0-1 dalam masa tambahan kepada rakan senegara dari Brazil, Palmeiras, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lincoln Financial Field, Philadelphia, Pennsylvania.Pemecatan itu berlaku hanya selepas empat bulan beliau mengemudi pasukan Estrela Solitria yang berpangkalan di Rio de Janeiro.Botafogo mencuri tumpuan di Piala Dunia Kelab apabila menewaskan PSG 1-0 di peringkat kumpulan, selepas terlebih dahulu mengalahkan Seattle Sounders.Mereka mara ke peringkat kalah mati sebagai naib juara Kumpulan B, walaupun tewas 0-1 kepada gergasi La Liga, Atletico Madrid."Kelab merakamkan penghargaan kepada Paiva dan barisan kejurulatihannya atas sumbangan kepada Botafogo de Futebol e Regatas sepanjang beberapa bulan lalu."Terutamanya untuk kemenangan bersejarah ke atas Paris Saint-Germain di Piala Dunia Kelab serta kejayaan mara ke pusingan 16 Copa Libertadores dan Copa do Brasil," menurut kenyataan rasmi kelab yang dikongsikan di media sosial.





PM Anwar Mulakan Siri Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil - Wrlr - 30/06 8:52 pm

Pada Rabu, 2 Julai Perdana Menteri akan terlibat dalam mesyuarat meja bulat bersama kapten-kapten industri Itali dan Malaysia dalam sebuah acara yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Itali yang dipanggil Malaysia, Italy Economic Partnership Roundtable, katanya. Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden AS, JD Vance dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di Palazzo Chigi, Rom pada 18 Mei 2025





Anwar ketuai misi perdagangan ke tiga pusat ekonomi utama dunia mulai esok - Sinarharian - 30/06 6:05 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17, mulai esok hingga Isnin depan (1 hingga 7 Julai).Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan ke tiga pusat ekonomi utama iaitu Rom, Paris dan Rio de Janeiro itu bertujuan memperkukuhkan rangkaian diplomatik dan perdagangan Malaysia dengan negara berkenaan.Beliau berkata, ketiga-tiga pasaran itu secara kolektif merekodkan nilai dagangan dua hala berjumlah RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lepas."Ia menawarkan peluang pertumbuhan pesat dalam sektor ekonomi, kebudayaan, teknologi serta pendidikan," katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin.Beliau berkata di Itali, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni untuk memperkasa agenda ekonomi dua hala dan merintis inisiatif kebudayaan bersama."Sesi Meja Bulat Perniagaan juga akan diadakan untuk menghimpunkan peneraju industri kedua-dua negara, manakala dialog bersama pemimpin komuniti Islam serta pertemuan diaspora Malaysia menonjolkan jalinan insani serta bakat negara di Eropah," katanya.Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri turut dijadual bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan fokus perbincangan merangkumi sektor perdagangan, teknologi dan pendidikan."Di samping sesi meja bulat bersama gergasi industri Perancis, Perdana Menteri juga akan berdialog bersama pemimpin komuniti Islam setempat dan menyantuni warga Malaysia di Perancis selain menyampaikan Syarahan Umum di Sorbonne University pada 4 Julai," katanya.Beliau berkata, seterusnya Perdana Menteri akan ke Rio de Janeiro pada 5 hingga 7 Julai bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Incio Lula da Silva."Kehadiran Malaysia sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025 akan menekankan kepentingan multi-lateralisme berasaskan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim dan kesihatan global, mewakili aspirasi lebih 650 juta rakyat ASEAN," katanya.Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri akan turut membawa delegasi perniagaan yang merangkumi gergasi korporat serta perusahaan inovatif Malaysia."Sebahagian daripada syarikat ini telah pun beroperasi dan mempunyai kepentingan perniagaan di Itali, Perancis atau Brazil, manakala selebihnya sedang meneroka peluang pelaburan baharu bagi memperluas jaringan global mereka."Sinergi sedemikian memastikan rundingan antara Kerajaan (G2G) disokong oleh kerjasama antara perniagaan (B2B), sekali gus memacu pasaran baharu, mengukuhkan operasi sedia ada dan meneguhkan kedudukan Malaysia di rantau strategik ini," katanya.Beliau berkata, pengurusan syarikat dibuat oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai kementerian bertanggungjawab dalam hal ehwal pelaburan, perdagangan dan industri setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri."Ini merupakan amalan sedia ada menerusi penglibatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)."Mereka menjadi pemudah cara bagi pemain industri dan syarikat Malaysia serta syarikat luar negara untuk membuat pelaburan atau usaha sama perniagaan, menerusi Mesyuarat Meja Bulat bersama pemimpin-pemimpin industri negara-negara yang dilawati," katanya.Antara delegasi perniagaan yang turut serta dalam lawatan itu adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, Sunway dan Maybank.Sementara itu, Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri dan delegasi akan tiba di Kuala Lumpur pada 9 Julai dan terus menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada hari yang sama."Kerajaan Madani menaruh harapan tinggi agar rangkaian pertemuan di Rom, Paris dan Rio de Janeiro ini akan memperkasa persahabatan, memacu perdagangan, dan membuka limpahan peluang baharu demi kesejahteraan rakyat Malaysia serta seluruh warga ASEAN."Perdana Menteri turut memohon doa dan sokongan padu rakyat Malaysia agar setiap rundingan dipermudah dan setiap hasilnya kelak benar-benar membawa manfaat yang mampu dirasai semua lapisan masyarakat," katanya





CWC: PSG mahu menang trofi kelima - Kosmo - 30/06 4:30 pm

ATLANTA – Juara Eropah, Paris Saint-Germain berpeluang untuk terus melakar sejarah baharu selepas meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Inter Miami pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Stadium Mercedes-Benz awal pagi tadi





Labuan perlukan pendekatan baharu atasi kebergantungan makanan import - SUN - 28/06 10:11 pm

Selain itu, Dr Zaliha berkata beliau akan meminta Perbadanan Labuan untuk mengenal pasti sebarang tanah yang berpotensi sesuai bagi tujuan pertanian dalam usaha memperkukuh keselamatan makanan di pulau itu. Dalam jangka masa panjang, beliau mencadangkan agar Labuan dijadikan sebagai makmal hidup bagi pembangunan sistem makanan mampan negara, berpandukan strategi kawasan makanan bandar yang diamalkan di beberapa bandar utama Eropah





Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025 - SUN - 28/06 9:55 pm

Perlawanan kedua, yang dijadual pada 13 Dis untuk Challenge Cup, akan menemukan pemenang perlawanan Copa Americas dengan pemenang perlawanan antara Al Ahli Arab Saudi dan pemenang perlawanan antara Pyramids FC dan Auckland City. Perlawanan ini akan menjadi separuh akhir kejohanan, manakala pertandingan akan diakhiri dengan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA pada 17 Dis apabila Paris Saint-Germain, juara Eropah, akan menentang pemenang perlawanan separuh akhir itu





Malaysia, Rusia akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Fadillah - Sinarharian - 28/06 2:05 pm

MOSCOW - Malaysia dan Rusia akan meningkatkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor berpotensi besar untuk diteroka termasuk industri halal, pertanian serta keterjaminan makanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, jumlah dagangan kedua-dua negara pada 2024 masih kecil berbanding saiz ekonomi Rusia yang besar.Pada 2024, Rusia ialah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan jumlah dagangan mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion).Eksport utama Malaysia ke Rusia termasuk produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan alat ganti serta makanan yang diproses."Saya juga telah menjemput syarikat-syarikat Rusia untuk melabur di Malaysia dan mengambil peluang daripada insentif yang ditawarkan kerajaan Malaysia dalam sektor strategik seperti industri angkasa lepas, teknologi pertanian, tenaga, teknologi maklumat dan komunikasi, ekonomi digital, kewangan Islam dan industri halal," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja selamat empat hari ke Rusia malam tadi.Fadillah turut menekankan kerjasama pertanian dan keterjaminan makanan serta industri halal selain membangkitkan cadangan agar Malaysia dan Rusia bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi baja dan racun serangga, kejuruteraan agro dan teknologi makanan."Saya turut menyentuh mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, dan saya turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Rusia atas biasiswa yang diberikan kepada pelajar Malaysia."Dalam hal ini, saya telah mencadangkan agar biasiswa berkenaan turut ditawarkan bagi sektor utama baharu muncul seperti kecerdasan buatan, data raya dan sains maklumat selari dengan transformasi industri masa kini," katanya.Beliau turut menekankan mengenai kerjasama pelancongan, dengan Malaysia mengalu-alukan cadangan penerbangan terus di antara Malaysia dengan Rusia yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.Bagaimanapun, Fadillah berkata, Rusia turut membangkitkan isu transaksi kewangan yang sedikit sebanyak merencatkan perkembangan perdagangan dua hala Malaysia dan Rusia.Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia menerusi agensi yang bertanggungjawab termasuk Bank Negara Malaysia akan terus memudah cara bagi memastikan kelancaran transaksi kewangan di antara kedua-dua negara."Sudah tentu saya akan membawa setiap intipati perbincangan saya dengan pihak Rusia kepada perhatian Jemaah Menteri sebaik sahaja kepulangan saya ke tanah air."Insya-Allah, saya yakin kerjasama Malaysia dan Rusia akan terus berkembang dengan positif dan akan memberikan manfaat kepada negara kita," katanya





Buletin Bugatti Veyron Memang Hebat, Tapi Siapa Veyron? Read More - Mekanika - 28/06 8:02 am

Pierre Veyron dilahirkan di Perancis pada tahun 1903. Veyron belajar dalam bidang kejuruteraan, minat terhadap dunia perlumbaan mendorong beliau menyertai acara-acara mendaki bukit dan perlumbaan ketahanan di sekitar Eropah pada lewat 1920-an





Merz anggap sidang kemuncak EU pertamanya berjaya dan membina - SUN - 27/06 9:12 pm

BRUSSELS : Canselor Jerman Friedrich Merz mahu rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) dipercepatkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Lebih baik cepat dan ringkas sekarang daripada perlahan dan terlalu rumit, kata Merz selepas sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis





EU pertimbang ganti WTO dengan organisasi perdagangan baharu - SUN - 27/06 4:41 pm

BRUSSELS : Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan pengganti kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang kini hampir lumpuh, menurut kenyataan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Canselor Jerman Friedrich Merz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa)





Cuaca panas jejaskan Piala Kelab Dunia, cabaran buat Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 27/06 10:17 am

SUHU melampau yang melanda temasya Piala Kelab Dunia tahun ini membangkitkan kebimbangan serius terhadap jadual waktu sepak mula Piala Dunia 2026 pada sebelah petang.Ini apabila kerana dijangka edisi temasya yang diperluaskan itu kepada 48 pasukan menimbulkan pelbagai cabaran logistik kepada penganjur.Gelombang haba yang melanda Amerika Syarikat menyaksikan pemain Borussia Dortmund berdepan Ulsan dari Korea Selatan di Cincinnati, dengan suhu melebihi 32.2Celcius semasa sepak mula jam 3 petang waktu tempatan.Situasi ini mengundang pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan pemain dan pengendali pasukan.Pemain-pemain dilihat memanfaatkan rehat penyejukan sekali setiap separuh masa yang diperkenalkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam perlawanan minggu ini.Malah, pengendali Chelsea, Enzo Maresca, meluahkan rasa tidak puas hati apabila memberitahu media bahawa adalah mustahil untuk mengatur sesi latihan biasa panas terikat pada sebelah petang di Philadelphia.Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPRO) pula menyifatkan keadaan ini sebagai loceng penggera yang perlu diberi perhatian serius.Malah FIFPRO mendesak badan bola sepak dunia untuk menilai semula waktu sepak mula perlawanan bagi menangani isu cuaca panas dengan lebih baik, sambil turut memuji fleksibiliti penganjur seperti FIFA yang menambah rehat penyejukan dalam setiap perlawanan."Kami percaya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain."Protokol dan undang-undang permainan sedia ada memerlukan semakan semula segera, ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh seluruh industri bola sepak bersama-sama," kata FIFPRO lagi.Jadual masa perlawanan bagi Piala Dunia 2026, yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada, masih belum diumumkan.Namun, penganjur dijangka akan berdepan cabaran besar jika keadaan panas terik ini berulang sepanjang temasya bola sepak terbesar dunia tersebut.Isu cuaca panas bukan sesuatu yang asing bagi mereka yang mengikuti kejohanan pada tahun 1994, kali terakhir Amerika Syarikat menjadi tuan rumah."Suara-suara aduan yang bergema di seluruh negara boleh menenggelamkan sorakan di sembilan stadium yang mempamerkan acara empat tahunan bola sepak antarabangsa," tulis media tempatanseminggu selepas temasya itu bermula, ketika suhu tinggi menyebabkan penyokong-penyokong 'berwap'.Lebih 90,000 penyokong-penyokong membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir di Pasadena, di mana suhu mencecah 37.8C, sekali gus merupakan kali terakhir final Piala Dunia dimainkan sepenuhnya pada waktu siang.Dengan kejohanan yang diperluaskan daripada 32 kepada 48 pasukan, sepak mula pada sebelah petang mungkin tidak dapat dielakkan bagi memenuhi tuntutan jadual dan menampung pasaran penyiaran Eropah yang lumayan.





Hevel, Irazabal tambah kualiti Liga-M - Sinarharian - 27/06 7:50 am

KEHADIRAN dua pemain warisan Harimau Malaya, Hector Hevel dan Jon Irazabal, bukan sahaja menambahkan kekuatan Johor Darul Ta'zim (JDT) malah turut diyakini mampu memberikan impak positif kepada kualiti Liga Malaysia (Liga-M).Pemerhati bola sepak tempatan, Fauzi Pilus, berkata kehadiran pemain berkualiti tinggi dalam Liga-M akan memberi kesan baik kepada keseluruhan ekosistem bola sepak negara.Menurutnya, ia juga membuka ruang kepada kelab lain untuk turut mendapatkan lebih ramai pemain import berkualiti tinggi yang kini semakin berminat untuk beraksi dalam saingan liga tempatan."Pasukan lain juga akan mendapat manfaat apabila lebih ramai pemain bertaraf antarabangsa beraksi di sini."Kalau kita berjaya menarik pemain dari liga luar yang bagus, dan kita mampu mengurus gaji serta kebajikan mereka dengan baik, saya percaya liga kita akan berkembang ke tahap yang lebih tinggi," katanya.Irazabal, pemain pertahanan kacukan Sepanyol-Malaysia, diumumkan secara rasmi menyertai JDT pada Isnin lalu, menyusul selepas Hevel yang terlebih dahulu diperkenalkan sebagai jeneral baharu di posisi tengah.Bagaimanapun, penyertaan kedua-dua pemain tersebut ke Liga-M menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat di media sosial ada yang mengalu-alukan kepulangan mereka, tidak kurang juga yang berpendapat bekas pemain Sabah FC dan Portimonense SC itu seharusnya terus mencabar diri di Eropah demi perkembangan karier jangka panjang.Namun begitu, sebahagian penyokong melihat pemilihan mereka untuk kembali ke tanah air dan menyarung jersi JDT sebagai langkah bijak, mengambil kira reputasi kelab tersebut yang memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa serta struktur pengurusan profesional.Dalam pada itu, Fauzi yang juga jurulatih berpengalaman yakin bahawa dari sudut kepentingan skuad kebangsaan Harimau Malaya, kehadiran Irazabal di JDT membuka ruang integrasi yang lebih baik bersama pemain tempatan."Kalau dilihat dari segi Harimau Malaya, JDT sememangnya sudah mempunyai ramai pemain kebangsaan





Buletin Volvo Xc60 Kini Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Read More .. - Mekanika - 26/06 8:00 am

# VOLVO XC60 KINI MODEL PALING LARIS DALAM SEJARAH VOLVO **Dengan jumlah jualan melebihi 2.7 juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 2008, Volvo XC60 secara rasmi mengatasi model ikonik Volvo 240 sebagai kereta paling laris keluaran Volvo setakat ini.** SUV bersaiz pertengahan ini terus menarik minat pelbagai segmen pemandu dari seluruh dunia yang mengutamakan aspek keselamatan, kualiti dan pengalaman pemanduan premium. Bermula sebagai model buatan Eropah, XC60 kemudian mencipta sejarah sebagai model global pertama Volvo yang turut dipasang di China, bagi menyokong permintaan tempatan





Stphan jadi taruhan baharu QPR - Sinarharian - 26/06 12:13 am

KELAB Liga Kejuaraan, Queens Park Rangers (QPR) secara rasmi mengumumkan pelantikan Julien Stphan sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.Pengendali kelahiran Perancis berusia 44 tahun itu menggantikan Mart Cifuentes, yang sebelum ini diletakkan di bawah cuti bergaji sejak April dan kini telah meninggalkan kelab secara rasmi pada Rabu.Stphan bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Eropah





Malaysia, Rusia teroka peluang kerjasama baharu termasuk sektor tenaga - SUN - 25/06 9:46 pm

Hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia telah terjalin sejak 1967. Pada 2024, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan nilai dagangan mencecah RM11.46 bilion (US$2.48 bilion)





Bola melantun hampir sama seperti arnab melompat-lompat - Sinarharian - 25/06 9:04 pm

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique menyuarakan kritikan terhadap kualiti padang di Piala Dunia Kelab selepas Les Parisiens mencatat kemenangan ke atas Seattle Sounders.Perlawanan tersebut berlangsung di Lumen Field, Seattle yang merupakan gelanggang bagi pasukan Liga Bolasepak Utama (MLS), Sounders dan pasukan Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL), Seattle Seahawks.Padang tiruan stadium itu telah digantikan dengan rumput hibrid sementara untuk temasya melibatkan 32 kelab dunia berkenaan.Pengendali dari Sepanyol itu menegaskan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), perlu mengambil kira kualiti padang perlawanan dan padang latihan sekiranya mahu Piala Dunia Kelab menjadi pertandingan berprestij dunia."Saya tidak dapat bayangkan gelanggang NBA penuh dengan lubang."Apa yang saya benar-benar pedulikan ialah keadaan padang permainan, dan saya katakan ini pada hari kami menang. Bola melantun hampir sama seperti arnab melompat-lompat, kata pengendali berusia 55 tahun itu selepas menang 2-0 untuk mengesahkan kedudukan teratas dalam Kumpulan B kejohanan yang dihoskan di Amerika Syarikat tersebut.Sebagai rekod, PSG memenangi Liga Juara-Juara pada hujung Mei dengan kemenangan dominan ke atas Inter Milan di Munich, melengkapkan treble Eropah dan domestik.Tambah Luis Enrique, Les Parisiens terpaksa menyesuaikan cara permainan mereka sejak tiba di AS disebabkan keadaan padang."Lumen Field adalah contohnya, ia dulunya rumput tiruan dan kini rumput semula jadi, dan mereka perlu menyiramnya dengan tangan mereka melakukannya pada separuh masa, tetapi padang kering semula dalam 10 minit."Bagi permainan kami, ini adalah masalah




Reformasi     >>



Immigration busts syndicate forging marriage documents - Mkini
Five local men arrested over the matter, agency says.
Kroni     >>



Anwar and Macron call for lasting truce in Gaza - Star
PARIS: Malaysia and France have both reiterated calls for a ceasefire in Gaza as the Asian leader paid an official visit to his European counterpart here. Read full story
Tabloid     >>



Ketua geng samun ditembak mati ketika berbalas .. - Hmetro
Sungai Petani: Penjenayah mempunyai lebih 30 rekod jenayah ditembak mati ketika berbalas tembak dengan polis di Bandar Puteri Jaya, di sini, semalam. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Take a rare look inside the lab where Apple tests the .. - Phonearena
Here's a rare inside look at what goes on in the lab where Apple tests the durability of its devices.
World     >>



Israel to send negotiators to Gaza talks despite .. - BBC
Benjamin Netanyahu says Hamas is seeking changes to a proposal for a ceasefire deal that Israel has accepted.
Motor Trend     >>



UMW Toyota Motor Pacu Visi Mobiliti Masa Depan di .. - Careta
Forum anjuran bersama Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Nikkei Inc. ini menghimpunkan lebih 500 pemimpin politik, korporat dan dasar serantau, termasuk Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Johor, YAB Dato Onn Hafiz Ghazi. Turut hadir ialah Duta Jepun ke Malaysia, H.E