| /// |
|
| Search : Duyong News | Page 1 |
|
Tiada jaminan menang, Helmy mahu jentera BN dekati seluruh pengundi - Mygazette - 3/11 7:41 am # Tiada jaminan menang, Helmy mahu jentera BN dekati seluruh pengundi DUYONG Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menganggap kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah terjamin, sebaliknya terus bekerja keras menyantuni semua pengundi tanpa mengira kecenderungan politik mereka |
|
Helmy mampu raih majoriti 4,000 undi Helmy mampu raih majoriti 4,000 undi - Mygazette - 3/11 7:41 am DUYONG Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem disasarkan mampu meraih majoriti lebih 4,000 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini berdasarkan populariti serta khidmatnya kepada masyarakat setempat |
|
Popular di media sosial belum tentu menang undi ??? Helmy - Mygazette - 3/11 7:41 am # Popular di media sosial belum tentu menang undi Helmy DUYONG Populariti di media sosial bukan jaminan kemenangan dalam pilihan raya kerana penentuan sebenar terletak pada penilaian pengundi ketika mengundi, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem |
|
PRN Melaka: Akmal ingatkan Adly rekod pentadbiran sendiri - Sinarharian - 2/11 8:18 am MELAKA- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mempersoalkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN.Beliau menegaskan, kritikan terhadap prestasi kerajaan negeri perlu bersandarkan fakta dan rekod pencapaian, bukannya sekadar membangkitkan isu tanpa mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan.Malah, katanya, Adly sepatutnya turut mengambil kira rekod pentadbirannya sendiri ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020, khususnya dalam menangani isu banjir, peluang pekerjaan dan penyediaan perumahan mampu milik."Isu banjir di Melaka bukan perkara baharu kerana ia turut berlaku ketika Adly menerajui kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri dari Mei 2018 hingga Mac 2020."Kerajaan BN tidak berdiam diri, sebaliknya mempunyai sembilan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sedang dan akan dilaksanakan, sedangkan tiada satu pun projek RTB diluluskan sepanjang tempoh Adly menjadi Ketua Menteri," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook.Beliau turut memberikan contoh projek RTB Duyong, Merlimau, Jasin dan Alor Gajah Fasa Satu yang diluluskan pada 2017 manakala RTB Sungai Melaka diluluskan pada 2022.Selain itu, katanya, RTB Sungai Baru di Masjid Tanah diluluskan pada 2025, manakala RTB Sungai Air Salak di Melaka Tengah diluluskan pada tahun ini.Jelasnya, kedua-dua projek berkenaan diluluskan ketika BN mentadbir negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Mengulas isu peluang pekerjaan pula, Akmal berkata, Melaka hanya merekodkan 1,942 peluang pekerjaan pada 2019 ketika Adly menerajui kerajaan negeri, dengan jumlah pelaburan diterima pada tahun sama sebanyak RM2.2 bilion.Sebaliknya, katanya, pentadbiran BN di bawah kepimpinan Ab Rauf pada 2024 berjaya mewujudkan hampir 16,770 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.1 bilion."Melaka juga mencatatkan rekod pelaburan tertinggi dalam tempoh 22 tahun pada 2025 apabila berjaya menarik pelaburan berjumlah RM14.68 bilion," katanya.Dalam isu perumahan mampu milik, Akmal berkata, purata harga rumah di Melaka ialah RM232,922, lebih rendah berbanding Selangor sebanyak RM634,000 dan Pulau Pinang RM562,000.Justeru, beliau mempersoalkan sama ada Adly turut menganggap pentadbiran PH di Selangor dan Pulau Pinang tidak berprestasi baik hanya berdasarkan purata harga rumah yang lebih tinggi berbanding Melaka.Menurutnya, persoalan berkaitan prestasi kerajaan negeri perlu dinilai secara adil dengan mengambil kira data dan pencapaian sebenar.Dalam pada itu, Akmal turut membangkitkan penyertaan PH dalam kerajaan negeri Melaka bersama BN sejak 2023 hingga 2026."Sepanjang tempoh tersebut, seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada PH turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri."Adakah kritikan terhadap prestasi kerajaan negeri itu turut merangkumi peranan Exco PH yang berada dalam pentadbiran sepanjang tempoh tersebut?" soalnya. |
|
Akmal bidas Adly, tampil rekod BN jawab isu banjir, peluang pekerjaan - Mygazette - 2/11 7:56 am Sebaliknya kata beliau, ketika Adly menjadi Ketua Menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020, tiada projek RTB diluluskan sepanjang tempoh pentadbirannya. "Contoh RTB Duyong diluluskan, Merlimau, RTB Jasin diluluskan 2017, RTB Sungai Melaka 2022, Alor Gajah Fasa 1 2017 |
|
Helmy tawan hati pengundi Cina, Caren, Uncle Wong mahu BN kekal... - Mygazette - 1/11 3:08 pm # Helmy tawan hati pengundi Cina, Caren, Uncle Wong mahu BN kekal di Duyong DUYONG - Hampir bergenang air mata Caren Chung ketika menceritakan kebaikan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, sehingga wanita itu sanggup hadir seawal jam 7 pagi sambil membawa sepanduk bagi menunjukkan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu |
|
Persaingan satu lawan satu, tiga penjuru dominasi PRN Melaka 2026 - Sinarharian - 31/10 4:03 pm KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang membuka tirai hari ini dengan proses penamaan calon menyaksikan persaingan satu lawan satu dan tiga penjuru masing-masing di 11 daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.Baki enam kerusi pula menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon daripada parti politik yang bertanding.Corak persaingan kali ini jauh berbeza berbanding PRN Melaka 2021 yang menyaksikan kebanyakan kerusi ditandingi lima atau enam calon, tanpa sebarang pertembungan satu lawan satu.Bagi persaingan satu lawan satu, antara yang menjadi tumpuan ialah DUN Tanjung Bidara apabila penyandangnya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN) dicabar muka baharu Pakatan Harapan (PH) Mohd Yunazri Mustamiri.Turut menjadi perhatian ialah DUN Rim yang menyaksikan penyandangnya Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira berdepan Ketua Wanita Keadilan Jasin Esma Eazreen Husin daripada PH.Sementara itu, DUN Duyong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ahli Jawatankuasa Aduan DAP Melaka Poo Long Suan daripada PH dengan penyandang Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mewakili BN, manakala di DUN Merlimau, penyandang Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (BN) berdepan calon PH Rahayu Hamzah.Bagi saingan tiga penjuru, DUN Machap Jaya menyaksikan penyandang Datuk Ngwe Hee Sem (BN) berdepan bekas penyandang Datuk Ginie Lim Siew Lin (PH) serta B Prasanth Kumar daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).Turut menjadi perhatian ialah DUN Paya Rumput apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang mewakili PH dicabar Rafie Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bersama Abdul Rashid Abu Bakar.Pertandingan tiga penjuru turut berlaku di DUN Bandar Hilir membabitkan penyandang Leng Chau Yen daripada PH, Jasmine Lok Huey Yee (BN) dan Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil (Bersama).Bagi saingan empat penjuru, DUN Bukit Katil menyaksikan penyandang yang juga Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berdepan Muhammad Ridzuan Mohd Sarif (PN), Dr Aliza Che Amran (Bersama) dan calon Bebas Abu Bakar Sabudin.Di DUN Ayer Keroh, penyandang Kerk Chee Yee (PH) pula dicabar Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (PN), Mohd Hamnaim Mohamad (Bersatu) dan Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Bersama).DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan pada 23 September selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 NovemberSebanyak 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada PRN kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung 20 November 2021, BN memenangi 21 kerusi DUN dengan UMNO menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu), sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.PH pula menang lima kerusi menerusi DAP (empat) dan AMANAH (satu), manakala PN memperoleh dua kerusi.- Bernama |
|
One-on-one, three-cornered fights dominate 16th Melaka state election - Sinardaily - 31/10 3:55 pm KUALA LUMPUR - The 16th Melaka State Election features 11 straight fights and 11 three-cornered contests across the 28 state constituencies, following the conclusion of the nomination process today.The remaining six constituencies will see four-cornered contests, marking a significant shift from the 2021 state election, which was dominated by five- and six-cornered races, with no straight fights.Among the straight fights attracting attention is Tanjung Bidara, where incumbent Melaka Chief Minister Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh of Barisan Nasional (BN) faces Pakatan Harapan (PH) candidate Mohd Yunazri Mustamiri, who is making his electoral debut.In Rim, incumbent Datuk Khaidhirah Abu Zahar, better known as Dira, will face PH candidate Esma Eazreen Husin, the Jasin division chief of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) Women's Wing.Duyong will see a straight fight between incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem of BN and PH candidate Poo Long Suan, a member of the DAP Melaka Complaints Committee |
|
PRN Melaka: Kerjasama BN-PN kesinambungan muafakat demi rakyat - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 31/10 3:50 pm SHAH ALAM - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 merupakan kesinambungan muafakat serta keikhlasan demi kesejahteraan rakyat Melaka.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gelombang biru kerjasama kedua-dua parti itu jelas mewarnai suasana penamaan calon di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka."Ini merupakan kesinambungan muafakat yang telah terjalin di Negeri Sembilan dan diteruskan di negeri Melaka, berteraskan permuafakatan serta keikhlasan demi kesejahteraan rakyat Melaka."Kerjasama BN-PN ini perlu terus diperkukuh melalui semangat saling percaya dan bergandingan bagi merealisasikan hasrat rakyat yang mahu melihat dua parti terbesar Melayu Islam ini bekerjasama demi kepentingan ummah serta masa depan negara."Semoga muafakat Melaka terus membawa manfaat kepada seluruh rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi kehadirannya mengiringi calon BN DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan sempat bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di pusat penamaan calon DUN Bukit Katil.Terdahulu, media melaporkan kerjasama di jentera BN dan PN disifarkan lebih tersusun berbanding PRN Negeri Sembilan, dengan fokus utama dua gabungan itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. |
|
Sebelum ???bertempur???, calon BN-DAP Duyong sarapan bersama - Mygazette - 31/10 3:11 pm # Sebelum bertempur, calon BN-DAP Duyong sarapan bersama MELAKA Suasana politik di DUN Duyong bermula dengan cukup santai apabila calon Barisan Nasiona (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang bakal berentap pada PRN Melaka sempat menikmati sarapan pagi bersama di pusat penamaan calon |
|
DAP gesa pengundi Melaka pilih dasar, bukan agama dan bangsa - Mygazette - 31/10 3:11 pm # DAP gesa pengundi Melaka pilih dasar, bukan agama dan bangsa DUYONG - DAP menggesa pengundi di Melaka membuat pilihan berdasarkan dasar dan keupayaan kepimpinan, bukannya sentimen agama dan bangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
Kerjasama BN-PN di Melaka lebih kemas berbanding Negeri Sembilan – .. - Mygazette - 31/10 3:11 pm Menurutnya, kerjasama itu bukan sekadar untuk menghadapi pilihan raya negeri, malah diharapkan dapat diteruskan sehingga ke peringkat Persekutuan. Alhamdulillah, kita meneruskan kesinambungan kerjasama dan muafakat daripada Negeri Sembilan ke Melaka dan insya-Allah ke Putrajaya, katanya hari ini selepas mengiringi calon BN N21 Duyong, Datuk Noor Helmy Abdul Hakim di sini hari ini |
|
PH akan jawab tohmahan, dakwaan mengelirukan sepanjang kempen PRN Melaka - Mygazette - 31/10 3:11 pm Calon PKR akan bertanding di DUN Tanjung Bidara, Ayer Limau, Rembia, Machap Jaya, Asahan, Paya Rumput, Kelebang, Ayer Molek, Rim dan Serkam. DAP pula meletakkan calon di Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong dan Bandar Hilir, manakala Amanah bertanding di Kuala Linggi, Durian Tunggal, Bukit Katil, Telok Mas, Merlimau, Taboh Naning dan Sungai Rambai |
|
DUN Duyong Saksi Persaingan Satu Lawan Satu - Mygazette - 31/10 3:11 pm |
|
Calon PH Duyong mahu bawa pengalaman ahli majlis, janji khidmat lebih... - Mygazette - 31/10 3:11 pm # Calon PH Duyong mahu bawa pengalaman ahli majlis, janji khidmat lebih baik DUYONG Pengalaman sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan menjadi taruhan calon Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan, untuk menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini |
|
Rekod kerja lima tahun jadi ‘modal’ Mohd Noor Helmy pertahan .. - Mygazette - 31/10 3:11 pm # Rekod kerja lima tahun jadi 'modal' Mohd Noor Helmy pertahan Duyong DUYONG - Rekod prestasi dan hasil kerja sepanjang lima tahun menjadi sandaran Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini |
|
Likes dont fix roads, says Pakatans Duyong hopeful Poo Long Suan - Malaymail - 31/10 1:43 pm MELAKA, Oct 31 As social media increasingly shapes politics, Pakatan Harapan (PH) candidate for the Duyong state... |
|
Melaka polls: High-profile seats to watch - Sinardaily - 31/10 1:20 pm MELAKA Clashes involving prominent political figures, changes in candidates and closely fought constituencies are expected to shape the 16th Melaka state election, with several seats emerging as key battlegrounds ahead of polling on Nov 14.Among the 28 state constituencies, 10 have attracted particular attention due to high-profile candidates, political rivalries and questions over voter acceptance, while another eight are being closely watched because of their narrow winning margins in the 2021 election.In Tanjung Bidara, caretaker Chief Minister and Melaka Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Ab Rauf Yusoh is seeking to defend his seat against Parti Keadilan Rakyat (PKR) Masjid Tanah branch secretary Mohd Yunazri Mustamiri, who is representing Pakatan Harapan (PH).The constituency was also among the closest contests in 2021, when Ab Rauf secured victory with a majority of 364 votes.Another closely watched contest is Merlimau, where Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh faces Melaka Amanah Women's chief Rahayu Hamzah. Akmal's position will be tested as he seeks to retain the seat.In Duyong, incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, popularly known as 'YB Viral', will defend his seat against PH candidate Poo Long Suan |
|
PRN Melaka: Uncle Wong, Dak Nor Antara Yang Iringi Mohd Noor Helmy Di DUN Duyong - Ohmedia - 31/10 11:49 am Penyandang DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem hadir ke pusat penamaan calon PRN Melaka ke-16 dengan diiringi penyokong termasuk dua figura yang cukup dikenali di kawasan itu, Uncle Wong dan Dak Nor |
|
Melaka polls: 'Uncle Wong', 'Dak Nor' show up for BN's Duyong candidate's nomination - Sinardaily - 31/10 9:53 am MELAKA - A lively atmosphere set the scene at the Duyong state constituency nomination centre as incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem arrived at about 8.35am today for the 16th Melaka State Election.Supporters of Mohd Noor Helmy, affectionately known as YB Duyong, began gathering around Dewan Kompleks Japerun Duyong as early as 8am, with Uncle Wong and Dak Nor, two familiar faces in the constituency, joining the crowd.Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki was also present at the nomination centre to accompany Mohd Noor Helmy.Mohd Noor Helmy, 45, a former Deputy State Executive Councillor for Science, Technology, Innovation and Digital Communications, will face Pakatan Harapan (PH) candidate Poo Long Suan, who is also a committee member of the Melaka DAP Complaints Bureau.Poo arrived at the nomination centre at 8.25 am, accompanied by supporters waving flags and carrying banners.In the 15th Melaka state election, Mohd Noor Helmy scored an upset victory over then-incumbent Damian Yeo Shen Li, winning by a slim majority of 200 votes.The Election Commission (EC) has set Nov 14 as polling day for the Melaka state election, with early voting scheduled for Nov 10 |
|
The battle for Melaka: Votes, alliances and political survival - Sinardaily - 31/10 7:54 am MELAKA The battle for Melaka's 28 state assembly seats begins today, with nomination day setting the stage for a 14-day campaign that will test coalition alliances, party machinery and voter support ahead of the Nov 14 state election.Prospective candidates are expected to submit their nomination papers at 28 centres across the state between 9am and 10am, before returning officers announce the final line-up.The Election Commission (EC) recorded 189 nomination forms sold as of Thursday night, with 45 prospective candidates having paid their deposits.A total of 687,697 voters are eligible to cast their ballots, comprising 675,166 ordinary voters, 9,769 military personnel and their spouses, and 2,762 police personnel.Early voting is scheduled for Nov 10.The election will see Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) and Perikatan Nasional (PN) seeking to strengthen their respective positions, while the entry of smaller parties could complicate contests in several constituencies.PH has announced it will contest 24 seats, with Parti Keadilan Rakyat (PKR) fielding 10 candidates, while DAP and Parti Amanah Negara (Amanah) will contest seven each.BN has announced 22 candidates, comprising 18 from Umno, three from MCA and one from MIC.PN has announced five candidates, including two each from Pas and Parti Wawasan Negara (Wawasan) and one from Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) is expected to contest eight seats, while Parti Bersama Malaysia (Bersama) has announced plans to field 16 candidates.The final nominations will establish the number of straight fights and multi-cornered contests, particularly in constituencies where competing parties may find themselves on opposite sides despite broader political cooperation.Among the notable candidates announced are BN chairman and caretaker Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh for Tanjung Bidara, Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh for Merlimau and incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem for Duyong.PH is fielding former chief minister Adly Zahari in Bukit Katil, while PKR has named Datuk Azman Abidin, secretary to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, for Paya Rumput |
|
PRN Melaka: DAP sasar pertahan 4 kerusi disandang - FMT - 31/10 12:05 am Parti itu turut intai peluang rebut 3 lagi kerusi yang diperuntukkan oleh PH, iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu, kata Wong Kah Woh. |
|
PRN Melaka: DAP sasar pertahan 4 kerusi disandang - Hotfm - 31/10 12:05 am Parti itu turut intai peluang rebut 3 lagi kerusi yang diperuntukkan oleh PH, iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu, kata Wong Kah Woh. |
|
PRN Melaka: DAP sasar empat kerusi disandang - Sinarharian - 30/10 11:22 pm MELAKA - DAP menyasarkan untuk mempertahankan empat kerusi yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh berkata, parti itu turut mengintai peluang untuk merebut tiga lagi kerusi yang diperuntukkan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada DAP, iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu.Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, jentera DAP dari seluruh negara akan digerakkan secara berperingkat bagi membantu kempen tujuh calon parti itu di bawah penyelarasan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong."Kami akan cuba sedaya upaya bukan sahaja untuk memenangi empat kerusi yang kami menang pada PRN lepas tetapi pada masa sama, kami hendak menang lebih daripada itu," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya DAP DUN Kota Laksamana yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lim Hui Ying, Poay Tiong dan calon DAP DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong.Kah Woh berkata, bagi PRN kali ini, DAP akan memastikan kempen yang dijalankan adalah positif dengan memberi tumpuan kepada prestasi serta rekod perkhidmatan calon masing-masing dan bukannya memainkan isu perkauman serta agama."Kami juga akan mengetengahkan rekod pentadbiran cemerlang Pakatan Harapan di peringkat negeri dan Persekutuan sebagai antara asas untuk mendapatkan kepercayaan pengundi," katanya.Beliau berkata demikian berikutan pengundi di Melaka dilihat semakin matang untuk menilai calon yang mampu mewakili serta membawa kepentingan kawasan masing-masing.SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRN Melaka, hari pengundian pada 14 November manakala 10 November bagi pengundian awal.Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari - Bernama |
|
Calon BN PRN Melaka terima watikah secara tertutup, tiada kelibat MCA - Mygazette - 28/10 3:30 pm Calon BN bagi DUN Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh turut memberi bayangan semua isu berkenaan telah menemui penyelesaian hari ini. Beliau yang tiba bersama calon DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim memberitahu demikian sambil menunjukkan isyarat bagus dan mengenyitkan mata |
|
PH sasar menang sekurang-kurangnya 7 kerusi panas di Melaka – Ramanan - Mygazette - 27/10 4:00 pm Terdahulu PH bertanding 21 kerusi pada PRN Melaka sama seperti BN. Dijangkakan, sebanyak 10 kerusi panas menjadi tumpuan kali ini iaitu Tanjung Bidara, Bukit Katil, Paya Rumput, Machap Jaya, Klebang, Duyong, Durian Tunggal, Merlimau, Serkam dan Ayer Molek |
|
MalaysiaGazette anjur program Debat Calon, DUN Duyong pembuka tirai - Mygazette - 27/10 4:00 pm # MalaysiaGazette anjur program Debat Calon, DUN Duyong pembuka tirai KUALA LUMPUR - Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, MalaysiaGazette akan menganjurkan program Debat Calon bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) |
|
BN Kota Melaka sasar ???2 1???, mahu rampas Kesidang daripada DAP - Mygazette - 26/10 5:41 pm # BN Kota Melaka sasar 2+1, mahu rampas Kesidang daripada DAP MELAKA Barisan Nasional (BN) Kota Melaka menyasarkan formula 2+1 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dan Telok Mas serta membantu rakan strategiknya merampas Kesidang daripada DAP |
|
PRN Melaka: ‘Like’ media sosial bukan jaminan menang mudah .. - Mygazette - 26/10 5:41 pm # PRN Melaka: 'Like' media sosial bukan jaminan menang mudah - Helmy MELAKA Populariti di media sosial tidak menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila keputusan sebenar tetap bergantung kepada pilihan pengundi di lapangan. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, tanggapan bahawa beliau mampu menang mudah di kerusi disandangnya itu berdasarkan popularitinya di media sosial tidak boleh dijadikan sandaran |
|
PRN Melaka: Popular di media sosial tak jamin sokongan di lapangan - Helmy - Sinarharian - 26/10 5:30 pm MELAKA - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem tidak menganggap popularitinya di media sosial sebagai jaminan menang mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka itu berkata, jumlah tanda suka atau like di media sosial tidak semestinya mencerminkan sokongan pengundi ketika hari mengundi.Menurutnya, persaingan pada PRN kali ini juga dijangka sengit apabila calon lawan turut menawarkan pelbagai inisiatif dan pendekatan bagi menarik perhatian pengundi."Siapa yang cakap menang mudah? Terkenal di media sosial, kalau setiap like itu satu undi, lain ceritanya."Like di media sosial tidak menjamin apa yang akan berlaku dari segi sokongan di lapangan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Mohd Noor Helmy berkata, pihaknya akan terus berusaha memastikan rakyat memahami segala usaha yang telah dilaksanakan, selain memberi ruang kepada pengundi untuk membuat pilihan terhadap BN.Mengulas hubungan baik dengan Ahli Parlimen DAP di kawasan itu bakal mempengaruhi sokonhan pengundi, beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu kerana ia merupakan tanggungjawab bersama membela nasib rakyat tanpa mengira perbezaan parti politik."Orang Duyong ada hak terhadap peruntukan yang ada |
|
Tak dapat cari kesilapan pentadbiran, mereka serang peribadi ??? Ab Rauf - Mygazette - 26/10 7:49 am # Tak dapat cari kesilapan pentadbiran, mereka serang peribadi Ab Rauf MELAKA Pihak lawan dijangka menjadikan serangan peribadi sebagai senjata apabila gagal mencari ruang kesilapan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem antara yang perlu bersedia kerana mungkin bakal menjadi sasaran serangan berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
Lawan bawa janji, kita tampilkan bukti ??? Noor Helmy - Mygazette - 26/10 7:49 am # Lawan bawa janji, kita tampilkan bukti Noor Helmy MELAKA Barisan Nasional (BN) Kota Melaka akan menjadikan rekod perkhidmatan dan pencapaian pentadbiran kerajaan negeri sebagai kekuatan menghadapi pilihan raya tanpa memburukkan pihak lawan. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, jentera parti perlu memberi tumpuan kepada usaha yang sudah dilaksanakan untuk rakyat berbanding terikut-ikut dengan budaya fitnah dan pertelingkahan |
|
PH umum 21 calon PRN Melaka - Wrlr - 25/10 7:13 pm Bagi N15 Pengkalan Batu, calon yang disenaraikan ialah Jason Tze-Xi Nathan, sementara Kerk Chee Yee diletakkan di N16 Ayer Keroh dan Muhammad Hakimin Mokhtar di N18 Ayer Molek. Seah Shoo Chin pula disenaraikan di N19 Kesidang, Low Chee Leong di N20 Kota Laksamana, Poo Long Suan di N21 Duyong dan Leng Chau Yen di N22 Bandar Hilir |
|
Vote for better living standards; transcend racial boundaries for national .. - Sinchew - 25/10 5:05 pm While preferring to leave frontline politics to fresh faces, Goh expressed a willingness to act as a mentor behind the scenes, offering counsel on policy and campaign strategy to help younger candidates avoid unnecessary detours. Goh contested under the DAP banner from 1995 to 2018, serving two terms as assemblyman for Tengkera before subsequently winning the state seats of Bandar Hilir, Kesidang, and Duyong |
|
PRN Melaka: Tujuh daripada sembilan calon PKR muka baharu - Sinarharian - 25/10 3:28 pm MELAKA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan tujuh muka baharu daripada keseluruhan sembilan calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, hanya dua calon iaitu Farhana Hayani Mohd Nasir yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dan Datuk Ginie Lim di Machap Jaya mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya.Menurutnya, tujuh calon lain terdiri daripada barisan kepimpinan baharu yang hadir dengan pengalaman serta tanggungjawab berbeza untuk membawa aspirasi parti kepada masyarakat."Semua orang masuk bertanding untuk menang. Namun, kemenangan bukan hanya bergantung kepada nama atau kekuatan peribadi calon, tetapi juga hubungan dengan masyarakat, gerak kerja jentera serta agenda yang dibawa."Harapan saya, mereka dapat memastikan perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat dilakukan secara berkesan sepanjang tempoh berkempen," katanya ditemui pada Program Madani Kita (PMK) Tahun 2026 di Dewan Serbaguna PPR Sungai Putat, di sini pada Ahad.Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar pada Sabtu mengumumkan 21 calon PH membabitkan PKR bertanding di sembilan kerusi, Amanah (lima) dan DAP (tujuh).Sembilan calon PKR ialah Mohd Yunazri Mustamiri (Tanjung Bidara), Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan (Rembia), Datuk Ginie Lim (Machap Jaya) dan P Denesh (Asahan).Turut dipertaruhkan Datuk Azman Abidin (Paya Rumput), Farzana Hayani (Klebang), Muhammad Hakimin Mokhtar (Ayer Molek), Esma Eazreen Husin (Rim) dan Muhammad Faiq Azman (Serkam).Tujuh calon DAP ialah Jegasilan K (Gadek), Jason Nathan (Pengkalan Batu), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana), Poo Long Suan (Duyong) dan Leng Chau Yen (Bandar Hilir).Sementara lima daripada Amanah ialah Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (Kuala Linggi), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Durian Tunggal), Adly Zahari (Bukit Katil), Kapten (B) Mohamad Jaafar (Telok Mas) dan Rahayu Hamzah (Merlimau).Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, calon perlu menjaga akhlak dan peribadi sepanjang berkempen selain meletakkan kepentingan masyarakat serta pengundi sebagai agenda utama.Ujar beliau, peluang untuk menang bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan setiap calon sepanjang tempoh berkempen dan sejauh mana mereka mampu meyakinkan pengundi."Kita tidak mahu memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat kerana PKR sendiri perlu bekerja keras untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah dilaksanakan, khususnya di peringkat Persekutuan."Semangat dan prinsip yang sama mahu dibawa ke Melaka, termasuk memastikan tadbir urus yang baik, selain calon memahami tanggungjawab mereka terhadap masyarakat," katanya.Beliau pada masa sama turut berharap semua calon diberikan peluang yang adil sepanjang tempoh berkempen untuk menyampaikan agenda dan meyakinkan pengundi. |
|
PH announces 21 candidates for Melaka polls - Sinardaily - 25/10 10:43 am MELAKA - Pakatan Harapan (PH) tonight announced 21 candidates to contest the Melaka state election next month.The list was announced by PH chairman and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Melaka PH candidate announcement and election machinery launch ceremony at the grounds of Hang Jebat Stadium in Krubong here last night.In his speech, Anwar said each candidate would represent PHs fighting spirit, and that their eventual victory would depend on voters who chose to support the coalition."Insya-Allah, the people of Melaka will rise and show that change is necessary in the state for a clearer future."I hope the people of Melaka will demonstrate extraordinary enthusiasm in bringing about change for our future, our children, our parents and our families, he said.The PH candidates for the Melaka state election are as follows:N.01 Kuala Linggi - Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah (Amanah)N.02 Tanjung Bidara - Mohd Yunazri Mustamiri (PKR)N.06 Rembia - Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan (PKR)N.07 Gadek - Jegasilan K (DAP)N.08 Machap Jaya - Datuk Ginie Lim Siew Lin (PKR)N.09 Durian Tunggal - Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Amanah)N.10 Asahan - Denesh A/L Palasubraniam (PKR)N.13 Paya Rumput - Datuk Azman Abidin (PKR)N.14 Kelebang - Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR)N.15 Pengkalan Batu - Jason Tze-Xi Nathan (DAP)N.16 Ayer Keroh - Kerk Chee Yee (DAP)N.17 Bukit Katil - Adly Zahari (Amanah)N.18 Ayer Molek - Muhammad Hakimin Mokhtar (PKR)N.19 Kesidang - Allex Seah Shoo Chin (DAP)N.20 Kota Laksamana - Low Chee Leong (DAP)N.21 Duyong - Poo Long Suan (DAP)N.22 Bandar Hilir - Leng Chau Yen (DAP)N.23 Telok Mas - Kapten (B) Mohamad Jaafar (Amanah)N.25 Rim - Esma Eazreen Husin (PKR)N.26 Serkam - Muhammad Faiq Azman (PKR)N.27 Merlimau - Rahayu Hamzah (Amanah)- BERNAMA |
|
Melaka polls: BN to field Rauf, Akmal, Noor Helmy, unveils eight new faces - Sinardaily - 25/10 7:43 am MELAKA - Barisan Nasional (BN) will contest 21 of the 28 seats in the upcoming Melaka polls, retaining its three key leaders as candidates, including Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Ab Rauf, who is also Melaka Umno Liaison Committee chairman, will defend the Tanjung Bidara seat, while Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh and Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem will defend the Merlimau and Duyong seats, respectively.The coalitions list of candidates was announced by Ab Rauf at BNs candidate announcement ceremony for the Melaka polls at the Melaka International Trade Centre (MITC) here last night, which was officiated by BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Also present were BN deputy chairman Datuk Seri Mohamad Hasan, BN secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, MIC deputy president Datuk Seri M |
|
PRN Melaka: BN kekalkan Akmal di Merlimau, Helmy di Duyong - Sinarharian - 24/10 11:09 pm MELAKA - Barisan Nasional (BN) mengekalkan dua penyandangnya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di DUN Duyong bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Melaka sempena Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC).Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kedudukan kedua-dua pemimpin UMNO berkenaan yang sebelum ini menjadi antara nama diberi perhatian menjelang pengumuman calon BN.Akmal sebelum ini mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan politiknya di Merlimau selepas memberi bayangan kemungkinan berpindah ke kerusi lain, termasuk Serkam atau Sungai Rambai.Namun, beliau akhirnya kekal diberi kepercayaan mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada PRN 2021 dengan majoriti 3,248 undi.Sementara itu, Helmy turut dikekalkan di Duyong selepas sebelum ini timbul spekulasi mengenai kemungkinan perubahan calon bagi beberapa kerusi penyandang BN.Untuk rekod, Helmy merupakan penyandang DUN Duyong dan antara pemimpin UMNO Melaka yang konsisten turun padang dalam kawasan berkenaan.Keputusan mengekalkan kedua-dua penyandang itu dilihat memberi kesinambungan kepada jentera BN di Merlimau dan Duyong, ketika parti itu mempertahankan sasaran menguasai 21 kerusi DUN pada PRN kali ini.BN akan bertanding dalam PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 14 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November |
|
PRN Melaka: PH umum 21 calon, Adly Zahari ketuai senarai - Sinarharian - 24/10 10:45 pm Kota Laksamana Low Chee Leong16. Duyong Poo Long Suan17 |
|
PRN Melaka: BN umum 21 calon, lapan muka baharu - Sinarharian - 24/10 10:33 pm AYER KEROH [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) mengumumkan 21 calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan lapan daripadanya merupakan muka baharu.Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Melaka sempena PRN Melaka ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu.Lapan calon baharu itu ialah Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid (Lendu), Ahmad Norazril Abd Aziz (Rembia), S Nadarajah (Gadek), Datuk Dr Mustafa Musa (Durian Tunggal), Siti Aisyah Mahmood (Pengkalan Batu), Datuk Ridhwan Ali (Ayer Molek), Datuk Azman Abdullah (Serkam) dan Jezlee Pit (Sungai Rambai).Sementara itu, Ab Rauf kekal sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, manakala penyandang DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, DUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar, dan DUN Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, turut dikekalkan.Dalam pada itu, Ab Rauf berharap calon yang dipilih dapat bekerja lebih keras bagi memastikan BN memperoleh kemenangan di kawasan yang ditandingi pada 14 November ini."Jadi, saya harap mereka yang terpilih sebagai calon ini mestilah bekerja dengan lebih kuat dan mantap supaya pada 14 haribulan nanti boleh menunjukkan kecemerlangan dalam memenangi kerusi kawasan yang dipertandingkan," katanya.Mengulas mengenai beberapa penyandang yang tidak dicalonkan semula, beliau berkata, mereka bukan digugurkan, sebaliknya BN memberi ruang kepada calon baharu untuk meneruskan khidmat kepada rakyat."MCA kekal dua kerusi yang menang dan MIC satu kerusi."Saya tidak menggugurkan |
|
BN-Pas talks may see compromise on two to three seats - Sinardaily - 20/10 10:11 am BN Melaka chairman Datuk Seri Ab Rauf Yusoh is targeting more than 25 seats, which suggests that BN expects its partners to win seats as well."However, this remains a projection based on current developments and is not an official decision," he said.Previously, PN deputy chairman Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man was also reported as confirming that the coalition would contest more than four seats in the election.The Kubang Kerian MP also said PN and Umnohad held discussions on seat allocation and laid the groundwork for cooperation ahead of the Melaka state polls.With nomination day scheduled for October 31, the form of BN-Pas cooperation is expected to be a key focus, following indications from several party leaders that negotiations are moving towards an agreement.Among them was UmnoSupreme Council member Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, who was reported as saying that the outcome of the Umno-Pas negotiations would be announced on the day candidates are unveiled.Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang also said an agreement in principle had been reached, although the number of seats and candidates remained to be settled.Muhammad Afifi said the approach adopted in Negeri Sembilan could not necessarily be replicated in Melaka, given BN's different position there and the respective seat targets of the parties involved."In Melaka, BN is the incumbent and is defending 21 seats, with seven DUN seats involved in negotiations, including possible seat swaps."The room for a cooperation partner is limited, so the talks are focused on seat exchanges and the use of party logos. PN is also awaiting a court decision on the status of its registration logo," he said.NegotiationsApart from the form of cooperation, the position of several incumbents has also drawn attention amid speculation about candidate changes and seat allocation.UmnoYouth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh had previously hinted at the possibility of contesting a different seat, with Merlimau potentially being allocated to Pas.Meanwhile, Duyong incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem was said to be at risk of being dropped |
|
Bersatu Jasin kekal utuh, tak terjejas tindakan Jefri – Mohamad Ali - Mygazette - 20/10 7:48 am Keputusan itu dibuat selepas kecewa dengan kepimpinan pusat yang didakwa tidak menghargai usaha menggerakkan parti di peringkat akar umbi, selain tidak sehaluan dengan hala tuju politik parti berkenaan. Borang penyertaan Wawasan diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti Wawasan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Program Lenggang Warisan Melaka 2026 di Muzium Hang Tuah, Duyong, Melaka, semalam |
|
Tindakan Jefri keluar parti tidak jejas perjuangan Bersatu Jasin - Sinarharian - 19/10 6:27 pm JASIN - Tindakan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jasin, Muhammad Jefri Safri keluar parti tidak menjejaskan komitmen dan kesetiaan barisan kepimpinan bahagian itu terhadap perjuangan parti.Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kepimpinan Bersatu Jasin kekal teguh dan bertekad meneruskan perjuangan demi kepentingan parti serta rakyat.Menurutnya, pihaknya kesal dengan keputusan Jefri kerana sebagai individu yang pernah menerajui kepimpinan bahagian, keputusan sedemikian sewajarnya dibuat dengan pertimbangan teliti serta mengambil kira kepentingan dan perjuangan parti."Bersatu Jasin menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak akan menjejaskan komitmen dan kesetiaan barisan kepimpinan bahagian terhadap perjuangan parti."Kami bersama Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian serta barisan jawatankuasa bahagian kekal teguh bersama Bersatu dan bertekad untuk meneruskan perjuangan demi kepentingan parti serta rakyat," katanya dalam satu kenyataan.Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Muhammad Jefri mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).Borang keahlian tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung Wawasan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika Program Lenggang Warisan Melaka 2026 anjuran Persatuan Sosialis Wanita Melaka (MeSWA) bersama Wanita Wawasan Melaka di Muzium Hang Tuah, Duyong.Jefri dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana sudah tidak sehaluan dengan hala tuju politik selain kecewa dengan kepimpinan pusat BersatuSementara itu Mohamad Ali berkata, perjuangan parti tidak bergantung kepada individu semata-mata, sebaliknya berteraskan prinsip, amanah, kesetiaan dan komitmen bersama.Justeru katanya, Bersatu Jasin akan terus memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi, memelihara perpaduan dalam kalangan anggota serta memastikan parti terus bergerak dengan penuh keyakinan. |
|
Ketua Armada Bersatu Melaka keluar parti, sertai Wawasan - Sinarharian - 18/10 2:44 pm MELAKA - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka, Muhammad Jefri Safri umum keluar parti untuk menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).Beliau menyerahkan borang keahlian wawasan kepada Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika Program Lenggang Warisan Melaka 2026 anjuran Persatuan Sosialis Wanita Melaka (MeSWA) bersama Wanita Wawasan Melaka di Muzium Hang Tuah, Duyong pada Ahad.Jefri yang juga Ketua Bahagian Bersatu Jasin berkata, keputusan dibuat kerana sudah tidak sehaluan dengan hala tuju politik selain kecewa dengan kepimpinan pusat Bersatu."Kekecewaan saya apabila tiada pimpinan daripada pusat yang datang ke Jasin menjenguk kami, ibarat kami tidak dihargai di Jasin."Saya bertungkus-lumus setiap hari membuat kerja, bertemu rakyat, bertemu masyarakat, menyusun jentera dan sebagainya," katanya.Mengulas kedudukan Bersatu Bahagian Jasin, beliau menegaskan bahagian berkenaan tidak terbubar kerana kepimpinan sedia ada boleh meneruskan perjuangan parti.Beliau turut menjangkakan lebih ramai pemimpin Bersatu di Melaka akan mengikut langkahnya, termasuk beberapa timbalan ketua bahagian."Penyertaan bersama kumpulan anggota Armada Bahagian Jasin diharap dapat memperkukuh jentera PN di negeri ini menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka."Dijangka 80 hingga 90 anggota Armada Bahagian Jasin juga akan menyertai PN," katanya.Sementara itu, Saifuddin mengalu-alukan penyertaan Muhammad Jefri dilihat sebagai perkembangan positif untuk mengukuhkan Wawasan di Melaka.Saifuddin berkata, Wawasan kini mempunyai 175 bahagian dengan jumlah keahlian semakin meningkat sekali gus memperkukuh jentera parti menjelang PRN Melaka akan datang. |
|
Source: Rumours Of Helmy Being Dropped In Melaka Polls Untrue - Rakyatpost - 15/10 5:14 pm An Umno source says Mohd Noor Helmy is expected to defend Duyong, while Akmal Saleh could move to another seat and Sulaiman Md Ali remains open to contesting if instructed by the party. |
|
Sengsara penduduk Kg Pulau Melaka dibelenggu banjir berakhir - Mygazette - 6/10 8:06 am Sebelum ini, Shadan berkata, MBMB bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar, malah turut memastikan isu rakyat terutama banjir ditangani secara seimbang. Beliau berkata, masalah banjir berlarutan lebih 30 tahun di Pulau Kelapa kini dapat ditangani selepas MBMB melaksanakan projek melebarkan longkang dengan peruntukan kira-kira RM1.6 juta selain turut menyelesaikan isu banjir di Desa Duyong yang memberi impak amat berkesan kepada penduduk setempat |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |