///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Dewan Pemuda Pas News   Page 1    



Pas perlu pimpin penyatuan, bukan jadi ‘pak turut’ ??? Pemuda .. - Mygazette - 4/09 8:01 am

Jangan sekali-kali kita bacul untuk mempertahankan jati diri kita semata-mata alasan untuk kita mempertahankan penyatuan. "Jangan sekali-kali pula kita takut nak mempertahankan kebenaran semata-mata untuk kita nak mempertahankan penyatuan," katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia pada Muktamar Pemuda Pas Kali Ke-67, di sini, hari ini





???Mana pergi baki RM24.6 bilion???? ??? Afnan desak penjelasan KKDW - Mygazette - 4/09 8:01 am

"Peruntukan diluluskan RM36.6 bilion, tetapi yang disalurkan hanya RM12 bilion. Mana lagi baki yang lain?" katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini, hari ini





Ilyas berang, cabar Pemuda Pas Selangor ‘singkir’ Sany Hamzan - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Ilyas berang, cabar Pemuda Pas Selangor 'singkir' Sany Hamzan KOTA BHARU Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Kedah, Ilyas Ahmad berang dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan sehingga mencabar Pemuda Pas Selangor memastikan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu tidak lagi berada di Selangor pada pilihan raya akan datang





Sokongan akar umbi terhadap Pas-UMNO makin kukuh - Mygazette - 4/09 8:01 am

KOTA BHARU Sokongan akar umbi terhadap kerjasama Pas dan UMNO terus dilihat semakin kukuh apabila Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Melaka pada Ogos lalu sebulat suara menyokong supaya usaha penyatuan kedua-dua parti itu diteruskan dalam menghadapi masa depan politik negeri





Pemuda Pas desak tindakan tegas terhadap MB Perlis - Mygazette - 4/09 8:01 am

"Kerajaan negeri juga dilihat mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap lantikan-lantikan politik daripada kalangan ahli Pas kita seperti ahli majlis," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat Kali Ke-67, di sini, hari ini





Pemuda Umno buka lembaran Penyatuan Ummah - Harakahdaily - 4/09 7:15 am

KOTA BHARU: Kehadiran 25 pimpinan dan wakil Pemuda Umno pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67 disifatkan sebagai detik bersejarah yang membuka ruang ke arah memperkukuh kembali Penyatuan Ummah.Pendaki Everest Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, rombongan berkenaan diketuai Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Beliau menyifatkan kehadiran mereka membawa […] The post Pemuda Umno buka lembaran Penyatuan Ummah appeared first on Harakahdaily .





Pemuda Pas lulus usul pertahan kerusi Parlimen, DUN dimenangi - Sinarharian - 3/09 4:52 pm

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas meluluskan usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya sebelum ini kekal ditandingi calon Pas pada pilihan raya akan datang.Usul dibentangkan Dewan Pemuda Pas Padang Terap itu diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-67 di sini pada Rabu.Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, keputusan itu dibuat bagi memelihara amanah serta keyakinan pengundi yang sudah memilih Pas sebagai wakil mereka."Usul Padang Terap dipersetujui semua jawatankuasa usul termasuk mesyuarat di peringkat Pemuda Pusat bagi memastikan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Pas perlu dikekalkan dan ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang dalam sebarang bentuk kerjasama politik dengan sesiapa sahaja."Ini diterima tanpa bahas dan menjadi dasar serta prinsip utama Pas dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi bersama parti gabungan," katanya.Pas memenangi 43 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menguasai lebih 150 kerusi DUN selepas beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk PRN 2023.Khairul Nadzir berkata, empat lagi usul turut diluluskan dalam muktamar berkenaan dengan tiga diterima untuk dibahaskan manakala satu lagi diterima tanpa bahas.Menurutnya, antara usul yang diterima untuk dibahaskan ialah mendesak kerajaan segera membuka kertas siasatan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara bebas, telus dan menyeluruh dakwaan kewujudan jaringan mafia korporat.Katanya, siasatan itu melibatkan dakwaan jaringan berkenaan yang dikatakan membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkepentingan serta projek berkaitan kerajaan."Usul ini susulan pendedahan media antarabangsa yang berpotensi menjejaskan integriti dan tatakelola pentadbiran, mencemarkan reputasi Malaysia serta menggugat keyakinan pelabur terhadap negara," katanya.Dalam pada itu, usul mengenai agenda Penyatuan Ummah turut diluluskan bagi memperkukuh kesatuan serta representasi politik Melayu-Islam di Parlimen menjelang PRU akan datang.Usul berkenaan turut mencadangkan Himpunan Penyatuan Ummah berskala besar digerakkan sebelum PRU sebagai langkah awal untuk menghimpunkan kekuatan umat, membina momentum kebersamaan serta menterjemahkan aspirasi penyatuan kepada gerakan rakyat yang tersusun dan berimpak.Muktamar itu turut meluluskan usul mendesak kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia e-dagang yang lebih tegas bagi melindungi dan memperkasa daya saing usahawan tempatan.





Pas-Umno Berpelukan di Putik - Msomelayu - 3/09 4:14 pm

Khabarnya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, akan hadir ke muktamar berkenaan atas kapasiti sebagai tetamu utama. Ketua Pemuda Umno (lupa nama),dan rombongan telah pun merasmikan kehadiran Umno dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas





Pas mahu kekal kerusi menang, bukan tutup pintu kerjasama - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Pas mahu kekal kerusi menang, bukan tutup pintu kerjasama KOTA BHARU Usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas dikekalkan untuk ditandingi calon parti itu pada pilihan raya akan datang bukan bermaksud menutup ruang kerjasama politik, sebaliknya menjadi dasar Pas dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi. Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, usul berkenaan dibentangkan perwakilan Dewan Pemuda Pas Padang Terap dan diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-67, malam tadi





Kepentingan politik penyatuan jangan hanya ketika mahu menang – Afnan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Kepentingan politik penyatuan jangan hanya ketika mahu menang - Afnan KOTA BHARU Penyatuan antara parti politik Melayu dan Islam tidak boleh berlaku hanya ketika mempunyai musuh atau kepentingan politik yang sama, sebaliknya perlu dibina atas asas perjuangan Islam yang kekal, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden





Zahid dijangka hadir Muktamar Pas esok - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh muncul pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sebuah hotel di sini





Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian ??? .. - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian Afnan KOTA BHARU Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal dianjurkan Pemuda Pas dan Pemuda UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bukan hanya untuk Melayu-Islam semata-mata, sebaliknya terbuka kepada semua bangsa yang mahukan kedamaian, kesejahteraan dan penyatuan. Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, himpunan secara besar-besaran itu dirancang sebagai kemuncak kepada usaha penyatuan ummah menjelang PRU16





Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan KOTA BHARU Kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Hotel Grand Riverview di sini hari ini mencuri perhatian, khususnya ketika hubungan UMNO dan Pas kembali menjadi tumpuan dalam landskap politik negara





‘Bila berjuang, kita ada satu pendirian’ ??? Dr. Akmal - Mygazette - 3/09 3:34 pm

"Sebab bagi saya, bila kita berjuang ini, kita ada satu pendirian. Saya tidak akan menggadaikan pendirian saya hanya sekadar demi sebuah jawatan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini, hari ini





PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO - Sinarharian - 3/09 2:57 pm

KOTA BHARU Prinsip mengekalkan kerusi kepada parti penyandang menjadi antara asas rundingan Pas dan UMNO bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara asas yang perlu dipertimbangkan sekiranya kedua-dua parti mencapai muafakat dalam rundingan pembahagian kerusi."Apabila ada muafakat, ada beberapa yang perlu utamakan iaitu penyandang kekal pada parti pemenang, itu asas termasuk Melaka."Ada sesetengah negeri contoh di Terengganu, Kedah, Perlis, UMNO tak ada kerusi penyandang, jadi di negeri-negeri macam ini, saya rasa ada kaedah-kaedah lain yang perlu bincang," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Menurutnya, bagi PRN Melaka, Pas mempunyai Jawatankuasa Perundingan yang diberi mandat untuk menentukan perbincangan, manakala UMNO turut menyerahkan urusan rundingan kepada pimpinan di peringkat negeri.Tuan Ibrahim berkata, ruang rundingan masih terbuka untuk mencari mekanisme terbaik bagi meminimumkan pertembungan antara kedua-dua parti."Pentingnya muafakat, kalau semua pihak bersetuju, akan ada jalan."Ruang masih panjang dan jawatankuasa ini pun boleh cari mekanisme untuk kita mengelak serta meminimumkan pertembungan itu lebih utama," katanya.Untuk rekod, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi menerusi Bersatu.





PRU16 wajar disegerakan - Pas - Sinarharian - 3/09 2:27 pm

KOTA BHARU Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar dipercepatkan bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik dan ketidaktentuan semasa, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, keadaan politik yang tidak menentu ketika ini perlu diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan melalui proses demokrasi."Saya melihat terdapat keperluan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal. Saya setuju bahawa dalam situasi yang tidak menentu seperti sekarang, kita perlu keluar daripada kemelut yang sedang dihadapi."Saya setuju PRU perlu disegerakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut mengambil pendirian bahawa PRU16 wajar diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen yang dijadualkan berakhir pada hujung tahun depan.Menurut Tuan Ibrahim, pelaksanaan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan selepas ini termasuk di Melaka dan Sarawak menuntut penyelarasan supaya pilihan raya dapat diadakan secara serentak.Katanya, langkah itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos yang ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah mengelakkan tempoh berpolitik yang berpanjangan."Kita mempunyai beberapa PRN yang akan berlangsung secara berturut-turut





25 Pemuda UMNO hadir Muktamar Pemuda Pas, sejarah baharu penyatuan ummah - Sinarharian - 3/09 1:00 pm

KOTA BHARU Kehadiran 25 pimpinan Pemuda UMNO termasuk Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis mencatat sejarah dalam usaha penyatuan ummah.Akmal berkata, Pemuda UMNO pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun 25 pimpinan hadir sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.Akmal berkata, rombongan Pemuda UMNO berkenaan pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun jumlah itu meningkat kepada 25 orang sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Dewan Pemuda Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita di muktamar itu pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.





Pemuda Pas gerak Himpunan Mega Penyatuan Ummah - Sinarharian - 3/09 11:32 am

KOTA BHARU Dewan Pemuda Pas akan menggerakkan Himpunan Mega Penyatuan Ummah sebagai kemuncak usaha memperkukuh penyatuan umat berlandaskan lima teras Memimpin Penyatuan.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata, lima teras berkenaan ialah aatukan akidah, saf, usaha, tekad dan matlamat.Beliau berkata, gagasan berkenaan tidak akan dibiarkan sekadar menjadi slogan sebaliknya akan diterjemahkan melalui gerakan di lapangan menerusi empat segmen utama sebelum dihimpunkan dalam satu gerakan lebih besar."Apabila para asatizah digerakkan, anak muda dilibatkan, para profesional dan teknokrat dihimpunkan serta masyarakat majmuk disatukan, maka seluruh kekuatan ini mesti dipertemukan di satu pentas yang lebih besar."Kami akan membawa seluruh gerakan ini menuju kepada Himpunan Mega Penyatuan Ummah," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sebuah hotel di sini pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan majlis.Menurut Afnan Hamimi, empat segmen berkenaan meliputi memperkukuhkan institusi agama, menggerakkan generasi baharu, kepakaran untuk negara serta memelihara keharmonian masyarakat majmuk."Penyatuan ummah bukan bermaksud memecah-belahkan masyarakat





Akmal Saleh hadir Muktamar Pemuda Pas - Sinarharian - 3/09 10:17 am

KOTA BHARU - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir ke Muktamar Dewan Pemuda Pas sempena Muktamar Pas Ke-72 di sebuah hotel di sini, pada Khamis.Beliau yang diiringi Ketua Dewan Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden tiba kira-kira jam 8.30 pagi bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Kehadiran Akmal bersama kira-kira 25 delegasi Pemuda UMNO itu turut mendapat penghargaan daripada Afnan Hamimi ketika menyampaikan ucapan pada muktamar berkenaan.Dalam ucapannya, Afnan Hamimi berkata, penyatuan umat tidak seharusnya sekadar menjadi slogan atau omongan kosong sebaliknya perlu dipimpin melalui tindakan yang ikhlas."Kita tidak mahu sekadar bercakap tentang penyatuan, tetapi kita mesti memimpin penyatuan





Pemuda PAS lulus usul semua kerusi menang kekal ditandingi calon parti - FMT - 3/09 8:00 am

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata ia termasuk jika parti itu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.





Usul DPPM: Empat diterima, enam ditolak - Harakahdaily - 3/09 7:14 am

KOTA BHARU: Sebanyak 10 usul dibentangkan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-67, dengan empat daripadanya diterima dan enam lagi ditolak





Pulihkan tenaga kerja kesihatan sebelum digitalisasi - Harakahdaily - 2/09 2:26 pm

SHAH ALAM: Kerajaan patut mengutamakan pemulihan tenaga kerja kesihatan sebelum memperluaskan agenda pendigitalan sektor itu menerusi peruntukan RM1 bilion yang diumumkan baru-baru ini, gesa Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim.Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor itu berkata, sebahagian peruntukan berkenaan wajar disalurkan bagi mengatasi kekurangan doktor, ketidakseimbangan agihan petugas serta menjaga kebajikan mereka.Apalah gunanya sistem […] The post Pulihkan tenaga kerja kesihatan sebelum digitalisasi appeared first on Harakahdaily .





Pemuda Negarawan: Bukan sekadar menang, tetapi bersedia memerintah - Harakahdaily - 30/08 9:45 am

UCAPAN perasmian Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam), di Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa satu mesej yang cukup besar untuk direnungkan oleh generasi muda PAS.Mesejnya jelas





Bongkar dalang penerokaan HSK Kuala Langat - Harakahdaily - 29/08 10:23 pm

KUALA LUMPUR: Pihak yang membiayai dan mengaut keuntungan daripada penerokaan lebih 200 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) Kuala Langat Selatan bagi kegiatan pertanian komersial perlu dikenal pasti serta dikenakan tindakan tegas. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, kegiatan berskala besar itu dipercayai membabitkan pihak yang mempunyai modal dan rangkaian tertentu.Menurutnya, pihak […] The post Bongkar dalang penerokaan HSK Kuala Langat appeared first on Harakahdaily .





Gerakan jangan rosakkan setia kawan kerana satu kerusi – Pas - Mygazette - 28/08 4:07 pm

# Gerakan jangan rosakkan setia kawan kerana satu kerusi - Pas PERMATANG PAUH - Dewan Pemuda Pas Permatang Pauh mengingatkan Parti Gerakan supaya tidak merosakkan semangat setia kawan dalam Perikatan Nasional (PN) hanya kerana mahu mengejar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya pada pilihan raya akan datang





Kedudukan Islam tidak boleh dikecilkan – Pemuda PAS - Harakahdaily - 25/08 7:52 am

KUALA LUMPUR: Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dikecilkan atau dianggap sekadar bersifat simbolik dan ritual, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Azmer Syazwan Ahmad Suparmin





Melaka Presiden Pas boleh sampai, sidang Parlimen pula kerap uzur - Harapandaily - 24/08 8:46 pm

Niat asal mahu mengangkat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ulama yang dinanti-nantikan jentera parti di Melaka bertukar menjadi medan sindiran netizen. Reaksi orang ramai itu susulan hantaran di Threads oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Selangor, Suffi Kamari yang pernah ditahan dan direman dua hari dalam siasatan dakwaan menceroboh kediaman rasmi Menteri..





Elemen GST dalam SST: Kerajaan sedia bebankan rakyat? - Harakahdaily - 22/08 9:29 pm

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan hala tuju dasar percukaian negara susulan cadangan mengkaji penerapan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, perkara itu menimbulkan persoalan memandangkan GST sebelum ini dihapuskan dan SST dikembalikan dengan alasan mahu […] The post Elemen GST dalam SST: Kerajaan sedia bebankan rakyat? appeared first on Harakahdaily .





RCI TH: PM Anwar tak sedar diri lindungi penyakau? - Harakahdaily - 21/08 8:00 pm

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar mempersoalkan sama ada langkah Kerajaan PH memeram Laporan RCI Tabung Haji selama tiga tahun sebagai melindungi penyakau





Mansuh AUKU perlu reformasi menyeluruh - Harakahdaily - 20/08 2:32 pm

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu disusuli reformasi universiti secara menyeluruh bagi memastikan kebebasan mahasiswa, akademik dan autonomi warga institusi pengajian tinggi benar-benar terjamin. Ketua Sektor Generasi Baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nazrul Nazir berkata, pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan akan memansuhkan AUKU perlu diterjemahkan segera […] The post Mansuh AUKU perlu reformasi menyeluruh appeared first on Harakahdaily .





Anak muda PAS perlu bangkit bina Baitul Haraki - Harakahdaily - 19/08 10:02 pm

KOTA BHARU: Pemuda PAS mempunyai peranan besar dalam membina hubungan dan jambatan kerjasama antara kelompok politik bagi mempertahankan Islam dan kepentingan rakyat menerusi penyatuan ummah. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, perkara itu selari dengan Fasal 6 Perlembagaan PAS yang antara lain menggariskan usaha menyeru manusia supaya mengenali Islam





Kerajaan tak kawal media? Jangan hanya pandai cakap - Harakahdaily - 19/08 4:49 pm

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar dakwaan kerajaan tidak bercadang mengawal media seperti dahulu, sebaliknya meminta kerajaan membuktikan komitmen terhadap kebebasan media menerusi tindakan yang nyata



Judi: Ada yang nak kaut untung dari kemudaratan? - Harakahdaily - 18/08 9:15 am

KOTA BHARU: Perjudian bukan hak asasi yang perlu dinormalisasikan, sebaliknya aktiviti itu terbukti membawa pelbagai kerosakan kepada individu, keluarga dan masyarakat, kata Mohd Firdaus Mohamed Nawi.Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan berkata, tindakan Kerajaan Negeri Kedah mengekang dan menutup premis perjudian wajar dilihat sebagai usaha mencegah kemudaratan awam, bukan semata-mata daripada sudut politik.Menurutnya, jika isu […] The post Judi: Ada yang nak kaut untung dari kemudaratan? appeared first on Harakahdaily .



Serangan terhadap Sanusi cermin kebimbangan PH - Harakahdaily - 18/08 7:34 am

SHAH ALAM: Serangan bertali arus pimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor terhadap kehadiran Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke negeri ini disifatkan sebagai cerminan kebimbangan mereka terhadap pengaruh tokoh berkenaan dalam kalangan rakyat.Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kehadiran Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS ke Himpunan Jentera PAS Selangor di […] The post Serangan terhadap Sanusi cermin kebimbangan PH appeared first on Harakahdaily .



Tambang SabahSemenanjung wajar lebih munasabah - Harakahdaily - 17/08 6:14 pm

SEMPORNA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Semporna menggesa pihak berautoriti mengambil tindakan lebih serius dan konkrit bagi memastikan harga tiket penerbangan SabahSemenanjung lebih munasabah serta mampu ditanggung rakyat



SUKMA: Pengurusan lemah, Menteri KBS tunjuk muka saja? - Harakahdaily - 17/08 4:00 pm

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menuntut penjelasan segera daripada Menteri Belia dan Sukan berhubung kelemahan pengurusan media serta ketiadaan liputan langsung beberapa acara bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026



Didaftar jadi ahli parti politik tanpa persetujuan - Harakahdaily - 14/08 4:35 pm

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pahang mengecam dakwaan bantuan kepada rakyat dijadikan platform untuk mendaftarkan penerima sebagai ahli sebuah parti politik yang kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pahang



Isu anjing: Usah jadikan polemik, provokasi kaum - Harakahdaily - 14/08 3:37 pm

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan tindakan pihak berkuasa terhadap anjing yang tular ketika ini tidak seharusnya dibesar-besarkan sehingga mencetuskan polemik dan ketegangan antara kaum, nasihat Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata, perkara tersebut pada asasnya merupakan isu teknikal, manakala tindakan pihak berkuasa dilaksanakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah […] The post Isu anjing: Usah jadikan polemik, provokasi kaum appeared first on Harakahdaily .



Kelantan bukti serius martabat syariah Islam - Harakahdaily - 12/08 3:45 pm

KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan memperkukuh kedudukan perundangan syariah. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, pihaknya merakamkan tahniah kepada kerajaan negeri atas pembentangan rang undang-undang berkenaan di Dewan Negeri Kelantan, semalam



Siapa sebenarnya heret RCI TH ke gelanggang politik? - Harakahdaily - 11/08 11:59 pm

KUALA LUMPUR: Persoalan siapa sebenarnya yang membawa Lembaga Tabung Haji (TH) ke gelanggang politik kembali menjadi perhatian apabila laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu hanya didedahkan selepas disimpan kira-kira tiga tahun.Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Faizuddin Mohd Zai berkata demikian, susulan kenyataan Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan yang mengingatkan semua pihak supaya […] The post Siapa sebenarnya heret RCI TH ke gelanggang politik? appeared first on Harakahdaily .



Reformasi gagal: Isu kaum, agama jadi alasan PH - Harakahdaily - 11/08 7:01 pm

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) agar menghentikan naratif yang memainkan isu perkauman serta keagamaan untuk menutup kegagalan sendiri



Tunggang nama pondok, jadi dagangan politik - Harakahdaily - 11/08 1:49 pm

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengingatkan pihak tertentu supaya tidak menjadikan nama pondok dan ulama sebagai dagangan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)



Tangani segera isu tambang Sabah-Semenanjung - Harakahdaily - 10/08 10:00 pm

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta mengambil tindakan segera bagi menangani harga tiket penerbangan SabahSemenanjung yang terus membebankan rakyat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Hendri Hamsah, berkata ini termasuk mengkaji semula struktur tambang dan mempertimbangkan mekanisme had siling harga bagi laluan strategik



Slogan Saya Islam, Melayu, sokong PH usaha terdesak - Harakahdaily - 10/08 9:55 pm

KOTA BHARU: Naratif penyokong Pakatan Harapan (PH) bersungguh-sungguh mengisytiharkan Saya Islam, saya Melayu, saya sokong PH dilihat sebagai usaha terdesak untuk meyakinkan masyarakat terhadap pendirian mereka dalam isu Islam dan Melayu. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed berkata, seseorang tidak perlu mengisytiharkan dirinya Islam untuk membuktikan komitmen terhadap agama



Armada dakwa Pas yang langgar perlembagaan PN - Harapandaily - 10/08 9:39 pm

Kemelut pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) kini menyaksikan Bersatu dan Pas saling menuding jari, dengan Armada Bersatu Selangor mendakwa segelintir pemimpin Pas terlebih dahulu membelakangkan Perlembagaan PN. Ketua Armada Bersatu Selangor, Naim Brundage berkata, Dewan Pemuda Pas Selangor tidak sepatutnya memutarbelitkan kronologi sebenar berhubung pertembungan kerusi dalam pilihan raya negeri, sebaliknya perlu menjelaskan tindakan..



Jangan putar belit fakta untuk tutup tindakan Pas langgar Perlembagaan PN .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm

# Jangan putar belit fakta untuk tutup tindakan Pas langgar Perlembagaan PN - Armada KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Selangor diminta tidak memutarbelitkan fakta berhubung kemelut pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menjelaskan tindakan segelintir pemimpin PAS yang didakwa membelakangkan Perlembagaan PN



Ketepikan perebutan kerusi, utamakan penyatuan ummah – Ketua Pemuda .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm

Kita perlu fokus kepada gelombang penyatuan ummah kerana inilah yang rakyat mahukan, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Selangor di sini hari ini



‘Jangan biarkan sahabat kita turun seorang diri’ - Harakahdaily - 9/08 4:07 pm

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) perlu menggerakkan dua bentuk amal utama, iaitu amal jamaei dan amal ijtimai secara seimbang bagi memperkukuh organisasi serta memperluas dakwah kepada masyarakat



PRN Melaka: Pemuda PAS mahu kerjasama UMNO diteruskan - Utusan - 9/08 3:42 pm

MELAKA: Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka mahu kerjasama antara Pas dan UMNO diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi bagi memperkukuh kekuatan politik Melayu-Islam di negeri ini



Perkukuh gerakan advokasi, mobilisasi isu Palestin - Harakahdaily - 9/08 12:20 am

SANDAKAN: Usul memperkukuh gerakan advokasi, pendidikan dan mobilisasi kemanusiaan ke Palestin diterima sebulat suara pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) ke-39, di sini semalam



Pemuda Pas sasar 5,000 ahli baharu pertahan Kelantan - Sinarharian - 8/08 8:46 am

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menyasarkan 5,000 keahlian baharu dalam kalangan anak muda menjelang hujung tahun ini sebagai usaha memperkukuh sokongan dan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, tumpuan diberikan kepada pengundi muda berusia bawah 40 tahun menerusi gagasan 'Anak Muda Gu Kita, selain mempergiat usaha melahirkan barisan kepimpinan muda untuk memperkasa kerajaan negeri dan Pas Kelantan."Para perwakilan turut mengambil ketetapan berkaitan pilihan raya yang menyentuh tentang penglibatan pemuda secara lebih serius untuk diangkat sebagai barisan kepimpinan dalam memperkasa kerajaan negeri dan Pas Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Ketetapan itu dicapai menerusi Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Kali Ke-67 di Hotel H-Elite, Tunjong, di sini pada Jumaat.Muktamar berkenaan dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan melibatkan lapan wakil daripada setiap Pemuda Pas yang mewakili 14 kawasan di seluruh Kelantan.Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu muktamar turut meluluskan usul tergempar menyokong usaha Kerajaan Kelantan membentangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 pada Persidangan Dewan Negeri Kelantan, 11 Ogos ini.Mohd Firdaus berkata, pihaknya melihat usaha memartabatkan syariah dalam pentadbiran negeri sebagai satu keutamaan walaupun berdepan cabaran dan halangan daripada pihak berkepentingan.Ujar beliau, usaha berkenaan membuktikan kerajaan negeri tidak pernah berputus asa mempertahankan kedaulatan undang-undang syariah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin pada 2024."Kerajaan negeri memilih pendekatan yang matang, berhemah dan berlandaskan lunas Perlembagaan dengan meneliti semula keseluruhan enakmen serta menggubal suatu Rang Undang-Undang yang lebih kukuh dari sudut perundangan," katanya.




Reformasi     >>



Rashid patahkan dakwaan Madinah isu tak dipanggil RCI .. - Harapandaily
Bekas anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Rashid Hussain menolak dakwaan bahawa bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad tidak diberikan peluang untuk memberikan penjelasan kepada suruhanjaya berkenaan. Rashid yang juga Pengerusi ..
Kroni     >>



Anak muda PAS mampu bersaing e-sukan - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Kejayaan DACS XVICTIM melangkah ke Grand Final PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia 2026 Fall membuktikan anak muda PAS mampu bersaing dalam arena sukan elektronik secara kompetitif.Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri berkata, pencapaian itu membanggakan apabila pasukan yang ..
Tabloid     >>



Sedia terima apa sahaja komen netizen biarpun ada yang .. - Hmetro
PERNAH merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM), nama Cristina Suzanne, 41, sudah berada pada kelas tersendiri. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



OpenAI throws Astra into the top-tier model ring - Register
OpenAI slow-walks debut of delayed GPT-6, with Trusted Access Program participants getting first shot
World     >>



Vance: US investigating strike on Iran wedding 'very .. - Middleeasteye
Vance: US investigating strike on Iran wedding 'very fully' Submitted by Yasmine El-Sabawi on Thu, 09/03/2026 - 20:18 The US vice president insisted that there is no ongoing 'war' with Iran US Vice President JD Vance take questions from reporters at the White House in Washington, on 3 ..
Motor Trend     >>



Buletin Prototaip Ford Fathom Didedahkan – .. - Mekanika
# PROTOTAIP FORD FATHOM DIDEDAHKAN - LANCAR TAHUN DEPAN, JANGKAAN HARGA DARI RM115K **Ford mula mendedahkan gambaran lebih jelas mengenai trak pikap elektrik baharunya, Ford Fathom, menerusi beberapa imej rasmi yang dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley.** Model yang masih dalam ..