///
See Also: Shutterstock

Search : Daerah Miri News   Page 1    





Jalan Pantai Batu Rakit runtuh, kontraktor perlu bertanggungjawab – .. - Mgazette - 26/09 7:50 am

# Jalan Pantai Batu Rakit runtuh, kontraktor perlu bertanggungjawab - Ridhuan KUALA LUMPUR Struktur Jalan Pantai Batu Rakit, Terengganu yang runtuh semalam perlu dipertanggungjawab kepada kontraktor terlibat supaya segera melaksanakan kerja pengukuhan tambahan di jalan berkenaan





LPT 2 Sdn. Bhd laksana latihan simulasi kecemasan - Mgazette - 26/09 7:50 am

# LPT 2 Sdn





Bayi perempuan dibawa keluar tanpa kebenaran ditemui selamat di Kota Bharu - Mgazette - 26/09 7:50 am

# Bayi perempuan dibawa keluar tanpa kebenaran ditemui selamat di Kota Bharu KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan yang dibawa keluar tanpa kebenaran dari Wad Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya ditemui dalam keadaan selamat bersama ibunya di sebuah rumah di sini pada Selasa lepas





Fenomena La Nina: NGO gesa projek pembangunan tanah ditangguhkan - Mgazette - 26/09 7:50 am

# Fenomena La Nina: NGO gesa projek pembangunan tanah ditangguhkan CAMERON HIGHLANDS Fenomena La Nina yang diramalkan berlaku pada awal musim sejuk 2025/2026 mencetuskan kebimbangan penduduk di sekitar daerah ini terhadap kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur





Pemuda maut motosikal langgar kereta keluar simpang - Mgazette - 26/09 7:50 am

# Pemuda maut motosikal langgar kereta keluar simpang PASIR GUDANG Seorang pemuda maut selepas motosikalnya melanggar sebuah kereta yang keluar dari simpang di persimpangan Jalan Besar/Jalan Keluli di sini hari ini





Pemandu pikap ‘terpelanting’ rempuh lima kenderaan dipercayai .. - Mgazette - 26/09 7:50 am

# Pemandu pikap 'terpelanting' rempuh lima kenderaan dipercayai mabuk MELAKA Pemandu pacuan empat roda yang meluru sehingga merempuh lima kenderaan lain ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh AMJ, Cheng, di sini, pagi tadi dipercayai mabuk





Bapa saudara ditemui mati selepas pukul kanak-kanak guna tukul - Sinarharian - 26/09 12:55 am

BACHOK Seorang penganggur ditemukan mati pada sebatang pokok selepas dipercayai memukul anak saudaranya dengan tukul hingga parah dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mayat suspek berusia 46 tahun ditemui pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini.Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang kanak-kanak cedera parah akibat dipukul."Mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah di sebuah rumah kedai."Siasatan mendapati suspek dijumpai mati pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian," katanya.Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.Sebelum ini, dalam kejadian terbabit, mangsa dipercayai dipukul di sebuah rumah kedai yang merupakan tempat tinggal suspek."Suspek dipercayai memukul bahagian kepala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun dengan tukul."Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerima rawatan," katanya.





Pemulihan ekosistem dorong peningkatan populasi gajah di Mersing - Astroawani - 25/09 11:00 pm

Pemulihan ekosistem dan pemeliharaan kawasan hutan dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mendorong peningkatan populasi gajah liar di daerah Mersing.





Kanak-kanak 7 tahun parah dipukul bapa saudara dengan tukul - Sinarharian - 25/09 10:42 pm

BACHOK Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini dalam keadaan kritikal.Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung kejadian itu."Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri."Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan.Tambahnya, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Bachok untuk rawatan lanjut."Keadaan mangsa sangat kritikal," katanya.





'Kata ini sumber rezeki, memang kita tepuk dahi' - Nik Nazmi - Sinarharian - 25/09 9:23 pm

SHAH ALAM - Tindakan pihak berkuasa meroboh pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di daerah Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang, Kelantan bukanlah usaha menutup rezeki penduduk.Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebaliknya usaha itu adalah langkah baik mengekang kes-kes jenayah membabitkan penyeludupan."Apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan (Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan) boleh kata ini pekerjaan atau sumber rezeki, memang kita tepuk dahi."Ini pengkalan haram, laluan utama penyeludupan dadah, rokok, senjata, benda yang merosakkan anak muda Kelantan





Teen girl sent to correctional school for ketamine abuse in Kuching - BorneoPost - 25/09 9:15 pm

KUCHING (Sept 25): The Magistrates’ Court here today ordered for a 16-year-old girl to be sent to Sekolah Tunas Bakti Miri for three years for abusing ketamine





Dua lelaki ditahan di Thailand kerana disyaki edar 4,000 pil kuda - SUN - 25/09 8:04 pm

KOTA BHARU : Dua lelaki yang terdiri daripada seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Thailand telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran 4,000 pil kuda





Fahmi ucap takziah pemergian pengarah filem Ejen Ali - Sinarharian - 25/09 7:20 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga pengarah filem animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir yang meninggal dunia pagi semalam.Menerusi catatan di Facebook, Fahmi menyifatkan pemergian Allahyarham Andi Abdul, 42, sebagai kehilangan besar buat industri kreatif tanah air."Takziah kepada keluarga Allahyarham Andi Abdul Ghani Kadir, pengarah filem animasi Ejen Ali, yang telah kembali ke Rahmatullah





Di mana Nur Atiqah? - Sinarharian - 25/09 6:04 pm

KLANG - Seorang wanita dipercayai hilang sejak lebih seminggu lalu selepas keluar dari rumahnya di sekitar Kapar di sini.Individu terbabit dikenali sebagai Nur Atiqah Abdul Hisham, 30, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 17 September lalu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes orang hilang itu kira-kira jam 9.32 pagi."Nur Atiqah keluar dari rumah yang beralamat di Jalan Jambu Meru, Kapar dan sehingga kini gagal dikesan."Mangsa berkulit kuning langsat, berketinggian 160 sentimeter dengan berat badan 85 kilogram," katanya pada Khamis.Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32913344 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabarudin Yahya di 019-2326287 bagi membantu siasatan.





Seven Miri IKBN students suspended over viral Happy Corner prank, says .. - Malaymail - 25/09 5:38 pm

PUTRAJAYA, Sept 25 Seven students involved in a bullying case against a student at the National Youth Skills Ins...





Rakyat Malaysia antara dua individu ditahan edar 4,000 pil kuda di Sungai Golok - Sinarharian - 25/09 5:16 pm

KOTA BHARU - Dua lelaki masing-masing warga Malaysia dan Thailand ditahan kerana disyaki terlibat mengedar 4,000 pil kuda, dalam operasi membanteras dadah di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, awal pagi tadi.Kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi dalam operasi yang diketuai dua pegawai Pejabat Daerah Sungai Golok.Pengerusi Pusat Pentadbiran Narkotik Sungai Golok, Supeeyan Daemokleng berkata, kesemua pil kuda yang dirampas dipercayai untuk diedarkan di sekitar Sungai Golok dan diseludup masuk ke Malaysia."Kedua-dua suspek disiasat atas tuduhan bersubahat dalam pengedaran dadah Kategori 1 dengan niat untuk menjual serta mengedarkan





Kes pelajar IKBN Miri: 7 pelajar digantung seminggu, elaun dihentikan - Hannah - Astroawani - 25/09 5:11 pm

Tujuh pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang terbabit dalam insiden gurauan melampau menyerupai perbuatan buli, digantung pengajian selama seminggu, berkuat kuasa Rabu.





Lelaki disyaki ada masalah mental lemas terjatuh benteng ombak - Sinarharian - 25/09 5:04 pm

BACHOK Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental ditemukan lemas selepas terjatuh dari benteng penahan ombak di Pantai Kemayang di sini pada Khamis.Mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan oleh orang awam dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Ibrahim Mohd Rohni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dari BBP Bachok digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer."Setibanya pasukan di lokasi pada jam 12.37 tengah hari, mangsa berusia 38 tahun sudah ditemui orang awam."Pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.03 petang," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman mengesahkan kejadian."Mayat dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat," katanya.





Baru seminggu kahwin, Pengarah Ejen Ali lemas selepas terjun sungai akibat 'gangguan histeria' - Sinarharian - 25/09 4:51 pm

KINABATANGAN - Tiada perselisihan faham antara pasangan suami isteri sebelum pengarah animasi Ejen Ali didakwa terjun ke dalam sungai di Kampung Batu Puteh di sini Selasa lalu.Mangsa, Andi Abdul Ghani A Kadir, 42, ditemui maut dipercayai akibat lemas pada jam 11.15 pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu."Mangsa bekerja sebagai pereka grafik telah terbabas bersama isterinya di jambatan Kampung Batu Puteh semasa dalam perjalanan ke Kota Kinabalu."Selepas terbabas, mangsa tiba-tiba keluar dari kenderaan dan terjun ke sungai tersebut tetapi tiada pergaduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Khamis.Menurutnya, susulan maklumat itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan digerakkan ke lokasi bersama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta bantuan penduduk kampung bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Hasil pencarian, pada jam 11.15 pagi Rabu, mayat mangsa ditemui pada jarak lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang."Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat."Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat," katanya.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.03 petang Selasa lalu dan seramai sembilan anggota bergegas ke lokasi sejauh 23 kilometer."Menurut pemanggil, berlaku kemalangan jalan raya lalu mangsa terjun ke sungai."Setibanya pasukan bomba di lokasi, memang benar terdapat mangsa dikhuatiri lemas dan menurut kronologi terdapat pemandu wanita serta penumpang lelaki."Didakwa ketika kenderaan bergerak, penumpang lelaki dipercayai mengalami gangguan histeria dan secara tiba-tiba telah memegang serta memusing stereng kenderaan menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan."Susulan kemalangan itu, mangsa dilaporkan keluar dari kenderaan dan terjun ke dalam sungai."Seterusnya operasi SAR dimulakan di kawasan mangsa dipercayai terjun sebelum ditemui meninggal dunia," katanya.Sebelum itu, tular di media sosial bahawa pasangan tersebut baru saja berkahwin selepas disatukan pada 16 September lalu dan dikatakan sempat menukar gambar perkahwinan di profil di Facebook.Namun Andi akhirnya ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang di sungai tersebut.





Buli IKBN Miri: Tujuh pelajar digantung pengajian seminggu - Hannah - Sinarharian - 25/09 4:48 pm

PUTRAJAYA - Tujuh pelajar yang terlibat dalam kes buli seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak digantung pengajian selama seminggu bermula semalam, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Tatatertib Pelajar IKBN yang diadakan semalam bagi membincangkan tindakan sewajarnya terhadap semua pelajar berkenaan."Jawatankuasa Lembaga Tatatertib Pelajar IKBN Miri sebulat suara membuat keputusan untuk mengenakan beberapa tindakan tatatertib lain kepada pelajar terlibat termasuk pemberian elaun diberhentikan serta-merta dan perlu melaksanakan kerja amal, lapor diri secara berkala dengan pegawai disiplin dan tahan outing untuk tempoh sebulan."Pelajar terlibat dan mangsa perlu mengikuti sesi kaunseling yang diaturkan oleh IKBN Miri," katanya pada sidang akhbar berhubung siasatan kes buli IKBN Miri, di sini hari ini.Menurut Hannah, langkah tegas itu diambil sebagai mesej jelas bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku termasuk buli yang menjejaskan keselamatan pelajar dan mencemarkan nama baik institusi pendidikan.Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 13 saat tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.Susulan itu, semalam Hannah dilaporkan berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menghantar dua pegawai tertinggi termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Chan Hong Jin ke IKBN Miri bagi melakukan siasatan bebas antaranya menyoal siasat pelajar terlibat dalam kejadian tersebut.Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Hannah berkata, Unit Hal Ehwal Pelajar dan tenaga pengajar IKBN Miri akan mempertingkat pemantauan, mengatur sesi kaunseling dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melaksanakan program pencegahan bersama pihak polis.Beliau berkata, unit berkenaan akan mengadakan taklimat dan ceramah mengenai buli yang akan disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada setiap suku tahun serta kemudahan peti aduan diperluas bagi memudahkan pelajar menyalurkan aduan atau cadangan penambahbaikan dengan kadar segera."Keputusan ini diambil bagi memastikan ia menjadi penghalang kepada kes (buli) dan tiada ruang bagi perkara sebegini berlaku lagi





Pasangan kekasih dan 'ahli kimia' diberkas, dadah RM3.5 juta dirampas - Sinarharian - 25/09 4:31 pm

JOHOR BAHRU Kegiatan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah pangsapuri di Taman Delima 2 di sini sebagai lokasi membancuh dadah jenis ekstasi terbongkar susulan penangkapan sepasang kekasih dan seorang lelaki dalam beberapa siri serbuan di sekitar daerah ini pada Sabtu dan Ahad lalu.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pasangan kekasih yang diberkas itu berperanan sebagai pengedar bagi sindiket berkenaan.Menurutnya, pasangan kekasih itu diberkas ketika menginap di sebuah hotel di Taman Sentosa, di sini dalam serbuan pertama yang bermula pada jam 10.35 malam Sabtu,"Ketika serbuan di hotel berkenaan, polis turut menemui dan merampas tiga botol berisi cecair disyaki dadah jenis ekstasi sebanyak 1.5 liter."Hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek, polis melakukan serbuan kedua di tepi Jalan Sutera 3, Taman Sentosa dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan."Pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan kemudiannya membawa kepada penemuan dua katrij vape mengandungi 4 mililiter cecair disyaki ekstasi serta tiga paket serbuk ekstasi seberat 119.50 gram," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, pada Khamis.Difahamkan, suspek pertama dan kedua berperanan sebagai pengedar dadah manakala suspek ketiga adalah individu yang berperanan sebagai 'ahli kimia' yang membancuh dan memproses dadah terbabit.Dalam pada itu, Ab Rahaman berkata, polis turut melakukan serbuan ketiga ke atas sebuah apartmen di Taman Delima 2 sebelum menemui pelbagai jenis dadah di dalam rumah sewa berkenaan.Jelasnya, dadah yang dirampas melibatkan 64 peket serbuk mengandungi dadah ekstasi seberat 4.24 kilogram (kg), 132 botol mengandungi cecair ekstasi (112.22 liter), 67 peket dan 20 bekas mengandungi dadah MDMA (19.79kg), 74 katrij vape mengandungi cecair ekstasi (148 mililiter)."Selain itu, polis turut merampas enam paket mengandungi 600 biji pil ekstasi, 12 paket serbuk ketamin serta pelbagai peralatan memproses dadah."Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah sebanyak 24.42 kg dan 113.87 liter dengan nilai anggaran RM3.49 juta."Modus operandi sindiket ialah menjadikan pangsapuri sewa sebagai tempat membancuh dan memproses dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan serta pusat-pusat hiburan," katanya.Sementara itu, Ab Rahaman berkata, sindiket berkenaan didapati sudah mula aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak Julai lalu, namun ujian air kencing mendapati kesemua suspek yang berusia antara 23 hingga 29 tahun adalah negatif dadah."Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





AADK tahan 1,411 individu dalam Op Cegah Khas seluruh negara - SUN - 25/09 4:16 pm

ALOR SETAR : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menahan seramai 1,411 individu dalam Op Cegah Khas yang dijalankan serentak di seluruh negara





Gurauan keterlaluan sesama rakan boleh jadi buli, kata pesuruhjaya polis Sarawak - SUN - 25/09 4:14 pm

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Lim San Aik berkata walaupun mangsa dan bapanya memutuskan tidak meneruskan kes, polis tetap akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dilapor mengesahkan pelajar lelaki berusia 19 tahun itu menafikan dibuli





Enam cedera ringan dalam kemalangan enam kenderaan di Melaka - SUN - 25/09 2:47 pm

MELAKA: Enam orang mengalami kecederaan ringan dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan enam buah kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin





Gurauan keterlaluan sesama rakan boleh jadi buli - Polis - Sinarharian - 25/09 2:45 pm

KUCHING - Golongan muda diingatkan agar tidak memandang ringan gurauan keterlaluan sesama rakan kerana ia boleh dianggap perbuatan buli dan memberi kesan buruk terhadap masa depan pelajar, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.Beliau berkata walaupun insiden di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang tular di media sosial baru-baru ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan mangsa serta keluarga enggan meneruskan laporan, polis tetap memandang serius kejadian itu."Pelajar hadir ke sekolah atau institut pengajian untuk belajar, bukan untuk buli. Kalau nak main-main pun, jangan sebab orang luar melihat perkara ini serius."Maksudnya, walaupun nampak seperti gurauan secara kasar, ia tetap perbuatan buli," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini pada Khamis.Beliau berkata kertas siasatan telah dibuka dan semua pihak termasuk mangsa, ibu bapa serta rakan-rakan terlibat dipanggil untuk memberi keterangan, manakala mangsa turut menjalani pemeriksaan perubatan yang mengesahkan tiada kecederaan.Pada masa sama, beliau meminta orang ramai agar tidak merakam serta menyebarkan video insiden sedemikian kerana ia hanya menggalakkan budaya negatif dalam kalangan pelajar.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Lim San Aik berkata walaupun mangsa dan bapanya memutuskan tidak meneruskan kes, polis tetap akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dilapor mengesahkan pelajar lelaki berusia 19 tahun itu menafikan dibuli, sebaliknya menjelaskan kejadian yang tular hanya gurauan rakan sempena sambutan hari lahir pada 19 September lepas





Polis rakam keterangan penunggang motosikal terlibat pergaduhan - Sinarharian - 25/09 2:31 pm

KLANG - Polis telah merakam keterangan salah seorang penunggang motosikal yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Abdul Manan menghala ke Jalan Kapar, Kapar, pada Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan lanjut berkaitan kes itu masih dijalankan."Polis telah merakam keterangan salah seorang daripada individu yang terlibat dalam insiden terbabit."Tindakan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Beliau berkata, semakan mendapati tiada mana-mana pihak tampil menyalurkan maklumat berhubung kejadian setakat ini."Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan tular insiden pergaduhan membabitkan dua penunggang motosikal di simpang tiga lampu isyarat Jalan Haji Abdul Manan menghala ke Jalan Kapar, Isnin lalu.





Lima peniaga rugi RM89,300 ditipu tawaran tender palsu - Sinarharian - 25/09 2:11 pm

KUANTAN - Lima peniaga di daerah ini mengalami kerugian berjumlah RM89,300 selepas diperdaya sindiket menyamar sebagai wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan modus operandi menawarkan tempahan majlis rasmi kerajaan.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kesemua mangsa dihubungi suspek melalui telefon dan aplikasi WhatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kerajaan."Suspek mendakwa kononnya mahu membuat tempahan barangan atau perkhidmatan bagi pihak agensi kerajaan termasuk langsir, makanan, cenderahati dan katering."Bagi meyakinkan mangsa, mereka mengemukakan dokumen palsu seperti Local Order (LO) dan surat pelantikan vendor," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau memaklumkan, mangsa kemudian diarahkan menghubungi pembekal tertentu dan membuat bayaran ke akaun peribadi."Selepas bayaran dibuat, suspek dan pembekal gagal dihubungi dan mangsa akhirnya menyedari mereka telah ditipu," katanya.Ashari berkata, semua laporan yang diterima menunjukkan modus operandi hampir sama dan dipercayai didalangi sindiket yang berkaitan.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam urusan perniagaan melibatkan individu yang mendakwa dari agensi kerajaan, terutamanya jika diminta membuat bayaran ke akaun peribadi.Tegasnya, semua dokumen atau LO perlu disahkan terlebih dahulu dengan agensi terbabit."Sebarang keraguan boleh dirujuk kepada balai polis terdekat atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil untuk tindakan lanjut," katanya.





Identiti mangsa rentung dalam kereta dikenal pasti - Sinarharian - 25/09 1:36 pm

BATU PAHAT - Identiti mangsa yang rentung di dalam kereta terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang pada Rabu, dikenal pasti adalah seorang lelaki warga emas.Menurut Ketua Polis Daerah Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, lelaki berkenaan dianggarkan berusia 72 tahun berdasarkan hasil siasatan awal berpandukan nombor daftar kenderaan, keluarga dan jiran si mati.Bagaimanapun, pengesahan rasmi mengenai identiti rangka manusia itu hanya akan disahkan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA)."Sebaik menerima maklumat kejadian daripada pihak bomba di Rengit yang menyatakan terdapat sebuah kereta bersama seorang mangsa rentung terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, anggota polis bertugas dari Balai Polis Senggarang telah dihantar lokasi kejadian."Hasil siasatan yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Batu Pahat bersama-sama Pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Balai Polis Senggarang mendapati kereta terbabit ditemui dalam keadaan rentung dengan satu rangka manusia turut rentung di tempat duduk pemandu dalam kereta tersebut."Siasatan polis mengikut siasatan mendapati punca kematian adalah mati mengejut (SDR)," katanya.Pada Rabu, tular satu video memaparkan sebuah kereta terbakar di tepi sebuah pantai dan terdapat seorang individu dalam kereta berkenaan.Sementara itu, Shahrulanuar Mushaddat berkata, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung tersebut ini untuk tampil membantu siasatan polis."Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Ketua Polis Balai Senggarang, Sub Inspektor Abriza Yaakub di talian 019-7275995 atau ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat 07-4343999," katanya.





Pikap 'terbang' hempap lima kereta di simpang lampu isyarat, pemandu disyaki mabuk - Sinarharian - 25/09 1:12 pm

MELAKA Gara-gara dipercayai mabuk, seorang pemandu pikap hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor GajahMelakaJasin (AMJ), Cheng, awal pagi Khamis.Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, enam individu cedera ringan telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu datang dari arah Bandar Melaka menghala ke arah Cheng sebelum melanggar pembahagi jalan."Kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh dua kereta BMW, Perodua Axia, Perodua Myvi dan sebuah Nissan Almera."Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada juga mangsa yang mengalami cedera parah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kecederaan atau kematian."Laporan penuh masih menunggu kerana mangsa sedang mendapatkan rawatan," ujarnya.Terdahulu tular beberapa gambar dan video mengenai nahas kemalangan itu yang memaparkan kenderaan pikup itu dari arah bertentangan didapati hilang kawalan dan menghempapkan kenderaan lain.





Tukang masak didenda RM6,500 mengaku salah buat gangguan seksual - Sinarharian - 25/09 11:43 am

BALIK PULAU - Seorang tukang masak mengaku bersalah terhadap pertuduhan membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah premis perniagaan di Bayan Lepas pada minggu lalu.Muhammad Amirulhakim Suhaimi, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.Mengikut pertuduhan, Muhammad Amirulhakim dituduh telah melakukan perbuatan bermaksud hendak mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan mengajaknya melakukan hubungan seks dan perbuatan itu telah mengganggu kesantunannya.Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di The Golden Triangle 2, Commercial Square, Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas pada jam 9.30 pagi, 19 September lalu.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani manakala tertuduh diwakili Yayasan Biro Guaman Kebangsaan, Chew Thiam Hui.Lushani memohon satu hukuman yang setimpal dengan mengambil faktor kepentingan awam terhadap tertuduh."Saya mohon satu hukuman yang setimpal berikutan mangsa kini berada dalam keadaan trauma selepas kejadian tersebut," katanya.Thiam Hui dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengenakan denda yang berbentuk pengajaran."Tertuduh bekerja sebagai tukang masak dengan gaji bulanan RM1,500."Dia belum berkahwin namun mempunyai tanggungan keluarga iaitu adik dan bapa





TPR SPRM ditahan kes dadah dibebas dengan jaminan polis - Sinarharian - 25/09 11:21 am

PUTRAJAYA - Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan untuk membantu siasatan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu akan dibebaskan selepas tempoh reman tiga hari bermula Selasa terhadapnya tamat."Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan masih menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan, TPR SPRM itu didapati positif dadah selain memiliki barang terlarang terbabit.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan akan mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar TPR terbabit direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan lanjut dijalankan polis.





Dua lelaki maut, kemalangan ke tempat kerja di Singapura - Mgazette - 25/09 7:51 am

# Dua lelaki maut, kemalangan ke tempat kerja di Singapura ISKANDAR PUTERI - Dua penunggang yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura maut kemalangan empat motosikal di Kilometer 1.7 Lebuhraya LinKedua, arah selatan di sini hari ini





Peniaga ditahan terlibat sindiket phone scam RM600,850 - Mgazette - 25/09 7:51 am

# Peniaga ditahan terlibat sindiket phone scam RM600,850 BUKIT MERTAJAM -Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dengan sindiket penipuan dalam talian jenis phone scam yang menyamar sebagai pegawai bank dan polis hingga menyebabkan kerugian RM600,850





Empat suspek ditahan bersama MDMA bernilai RM1.1 juta - Mgazette - 25/09 7:51 am

# Empat suspek ditahan bersama MDMA bernilai RM1.1 juta GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar stor pembungkusan serta penyimpanan dadah jenis serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan rampasan keseluruhan bernilai RM1.1 juta dalam empat serbuan di sekitar daerah ini





Lelaki tular disyaki lakukan gangguan seksual akan didakwa esok - Mgazette - 25/09 7:51 am

# Lelaki tular disyaki lakukan gangguan seksual akan didakwa esok BALIK PULAU - Seorang lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah stor kedai mainan kanak-kanak di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas akan didakwa di mahkamah esok





Saya pun hampir lemas ketika selamatkan budak, seorang lagi dibawa arus .. - Mgazette - 25/09 7:50 am

# Saya pun hampir lemas ketika selamatkan budak, seorang lagi dibawa arus - Saksi MELAKA - "Waktu cuba menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu, saya sendiri hampir lemas tapi mujurlah rakan sempat mencapai saya bersama budak berkenaan kerana ombak ketika itu memang sangat kuat"





Lelaki hilang sejak Sabtu ditemui mati, mayat ditanam dekat kebun getah - Sinarharian - 24/09 11:12 pm

KENINGAU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati selepas jasadnya ditanam berhampiran rumah pekerja kebun getah di Kampung Kitung di sini pada petang Selasa.Mangsa dikenali sebagai Abdul Hafiz, 30, ditemui kira-kira jam 6.25 petang selepas kerja mengorek timbunan tanah dilakukan susulan penemuan beberapa barangan tidak jauh dari lokasi tersebut.Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pencarian itu dilakukan oleh pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah."Siasatan awal mendapati pada 20 September lalu, mangsa yang merupakan warga Pakistan ada memaklumkan kepada rakannya yang juga pengadu bahawa dia mahu berjumpa dengan seorang individu di Kampung Meninipir sebelum bergerak dengan sebuah motosikal."Bagaimanapun, mangsa gagal dihubungi selepas itu dan pada keesokan paginya, rakan mangsa menerima mesej bergambar daripada telefon bimbit mangsa yang menunjukkan lokasi terakhir di kawasan Jalan Mangkalias, Tenom."Pencarian dijalankan pada 22 September di lokasi tersebut dan polis menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pencarian diteruskan keesokan harinya di Kampung Kitung dengan bantuan rakan mangsa sehingga membawa kepada penemuan beberapa barangan."Antara yang ditemui ialah pakaian, motosikal dan sebilah parang yang disorok dalam guni putih





'Saya cuba selamatkan mereka tapi saya sendiri hampir lemas' - Sinarharian - 24/09 11:08 pm

MELAKA "Saya cuba selamatkan salah seorang mangsa namun saya juga nyaris lemas disebabkan air pasang."Demikian kata Muhammad Haikal Hakimi Abdullah, 18, salah seorang saksi kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama dua lagi rakan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini pada petang Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Muhammad Haikal Hakimi berkata, dia baru membeli cendol bersama seorang rakan sebelum seorang wanita berlari ke arah mereka meminta bantuan selepas melihat ketiga-tiga mangsa terkapai-kapai di laut."Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari ke pantai dan nampak tiga orang berada di tengah laut."Dua sudah jauh dibawa arus, seorang lagi hanya kelihatan tangannya timbul





Mayat rentung dalam kereta terbakar di pesisir pantai - Sinarharian - 24/09 10:44 pm

BATU PAHAT - Satu jasad ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di pantai Kampung Sungai Lurus, pada petang Rabu.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan I Fadzil Salleh berkata, panggilan kecemasan mengenai kebakaran kenderaan itu diterima pada jam 4.51 petang.Menurutnya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi sejauh 31 kilometer."Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, namun jentera tidak dapat memasuki laluan ke pesisir pantai kerana laluan sempit."Anggota menggunakan motosikal orang awam untuk meneruskan operasi penyelamatan sejauh kira-kira dua kilometer."Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta sedang terbakar dengan seorang mangsa terperangkap di dalamnya," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.Fadzil berkata, anggota melaksanakan operasi pemadaman dengan menggunakan baldi yang diisi air sungai berhampiran.Beliau menjelaskan, pasukan polis kemudiannya mengambil alih operasi untuk siasatan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian berkenaan.Katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Terdahulu, tular sebuah video memaparkan kenderaan terbabit sedang terbakar di kawasan pesisir pantai.





Lelaki maut disyaki terjun ke sungai selepas kereta terbabas - Sinarharian - 24/09 8:52 pm

KINABATANGAN - Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun ke dalam sungai di Kampung Batu Puteh di sini setelah kereta yang dinaiki bersama isterinya terbabas di jambatan kampung itu pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, mangsa berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai pereka grafik itu menaiki kereta jenis Perodua Ativa dan dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu."Setelah terbabas, mangsa tiba-tiba keluar daripada kereta terbabit dan terjun ke Sungai Kampung Batu Puteh."Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan menerima laporan berhubung kejadian pada 4.40 petang semalam..





Pemandu lori maut ditimpa kayu balak - Sinarharian - 24/09 8:26 pm

HULU TERENGGANU Seorang pemandu lori maut selepas ditimpa kayu balak ketika melakukan kerja di tapak pembalakan Kampung Kemat, di sini dalam kejadian petang Rabu.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.48 petang itu, mangsa, Mohamad Naim Muhamad Afandi, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.Menurutnya, pihak polis menerima laporan melalui panggilan telefon yang dimaklumkan oleh seorang lelaki sebelum anggota dari Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu bergegas ke lokasi kejadian."Pihak polis menerima maklumat memberitahu terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri berhampiran Kem Rela Kg Kemat."Laporan berhubung insiden itu dibuat oleh rakan mangsa, Yaki Sidi, 37, yang berada di lokasi sama ketika kejadian."Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Kelubi Puteh, Jerteh, Besut ditimpa kayu balak semasa kerja pembalakan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa keluar dari tapak pembalakan tersebut dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut."Setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," jelasnya





Elak langgar biawak punca nahas, MPV terjunam dalam sungai - Sinarharian - 24/09 8:06 pm

JERLUN - Tindakan seorang pemandu kereta mengelak seekor biawak yang melintas jalan membawa padah apabila menyebabkan sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam sungai dalam kemalangan di Jalan Kampung Tok Mengkula, Sanglang pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam melibatkan sebuah Proton Saga Iswara dipandu seorang juru bina berusia 38 tahun dengan sebuah Toyota Alphard yang dipandu lelaki berusia 36 tahun."Hasil siasatan mendapati, pemandu kereta Proton Saga dari arah Alor Setar ke Kuala Sanglang cuba mengelak seekor biawak yang tiba-tiba melintas jalan."Kenderaan itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Alphard dari arah berlawanan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut Mohd Radzi, akibat perlanggaran itu menyebabkan Toyota Alphard yang dipandu lelaki dari Kuala Sanglang, Perlis terbabas dan terhumban ke dalam sungai sebelum tenggelam."Mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut selepas mengadu sakit dada dan badan."Sementara, pemandu Proton Saga tidak mengalami kecederaan," katanya.Tambah beliau, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, termasuk bahagian depan kanan Proton Saga yang remuk manakala Toyota Alphard berjaya dinaikkan dari dalam sungai dengan bantuan pihak berkuasa."Cuaca pada ketika itu baik dan permukaan jalan raya juga kering





Kebakaran kilang Senai bongkar makmal dadah - SUN - 24/09 6:06 pm

KULAI : Kegiatan sindiket memproses dan mengedar dadah yang berselindung di sebalik kilang barangan berteknologi terbongkar selepas premis terbabit di Taman Perindustrian Senai terbakar pada 14 September lepas





Empat motosikal bergesel, dua penunggang maut - Sinarharian - 24/09 4:48 pm

ISKANDAR PUTERI - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat motosikal yang bergesel sesama sendiri di Kilometer 1.7 Lebuh Raya Linkedua arah selatan, di sini pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa warga tempatan berusia 30 dan 31 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selain patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi."Hasil siasatan mendapati empat penunggang motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura dan bergerak di lorong sebelah kanan, sebelum mereka bergesel sesama sendiri."Akibat daripada perlanggaran terbabit, kesemua penunggang motosikal telah terbabas di lorong yang sama dan menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala dua yang lain masih mendapat rawatan di hospital kerana cedera," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Kumarasan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan ini boleh menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah (BSPTD) Iskandar Puteri melalui talian 07-5101322," katanya





Ajal ke tempat kerja - Sinarharian - 24/09 4:12 pm

TAMPIN - Perjalanan seorang pembantu gudang ke tempat kerja bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar sebuah motosikal lain di Kilometer 2.5 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Repah di sini, awal pagi Rabu.Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu,mangsa yang berusia 41 tahun telah disahkan meninggal dunia jam 7.54 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tampin.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang oleh seorang wanita dengan motosikal jenis Honda ditunggang mangsa."Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari Air Mawang, Kuala Pilah menghala ke Alor Gajah, Melaka."Namun, apabila sampai di satu selekoh, mangsa telah gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan terjatuh ke atas jalan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Menurutnya, kemudian telah datang motosikal Yamaha Ego terbabit dari arah sama lalu melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan.Jelas beliau, mangsa yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Tampin namun disahkan meninggal dunia di unit kecemasan kira-kira jam 7.54 pagi."Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian."Penunggang motosikal jenis Yamaha Ego pula alami luka pada anggota badan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tampin," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan.Sehubungan itu ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan terbabit diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin atau menghubungi talian 06-4412502 bagi membantu siasatan.





Penolong pegawai RELA didenda RM25,000 kerana bersalah kemuka tuntutan palsu penugasan - Astroawani - 24/09 3:45 pm

Seorang penolong pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah hari ini didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mengemukakan tuntutan palsu elaun penugasan.





Storms wreak havoc in Tinjar: longhouse roofs blown off, houses collapse - BorneoPost - 24/09 3:12 pm

MIRI (Sept 24): Strong winds blew off the roofs of two longhouses in Tinjar, Baram during two separate incidents on Monday and Tuesday, leaving a trail of destruction affecting 145 victims





Politicians demand action against Miri students over assault - SUN - 24/09 3:12 pm

MIRI : Politicians across party lines in Sarawak have demanded harsh disciplinary measures against vocational institute students involved in a disturbing physical assault that was recorded and circulated online





Polis tumpas makmal dadah terbesar di Johor, proses 100,000 pil eramin 5 sehari - Sinarharian - 24/09 3:07 pm

JOHOR BAHRU Kebakaran sebuah kilang di Senai pada minggu lalu membongkar kegiatan makmal memproses dadah berskala besar dengan rampasan sebanyak empat tan dadah bernilai lebih RM17.7 juta.Premis yang berselindung di sebalik kilang produk teknologi itu dikesan mampu menghasilkan sehingga 100,000 tablet erimin 5 sehari menjadikannya antara makmal dadah haram berskala industri terbesar pernah ditemui di negeri ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussien Omar Khan berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang, 14 September itu pada awalnya dimaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum pasukan polis turut dikerahkan ke lokasi."Hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan dijadikan makmal dadah haram





Kes pelajar IKBN Miri: Polis sedia buka kertas siasatan jika ada unsur buli - KPN - Astroawani - 24/09 1:15 pm

Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima laporan rasmi dan unsur jenayah melibatkan rakaman video tular memaparkan seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak.





Free rabies vaccination slots for cats in Miri fully taken up - BorneoPost - 24/09 1:00 pm

MIRI (Sept 24): All slots for the free rabies vaccination drive for cats here have been fully taken up following overwhelming demand from local cat owners





Video tular IKBN Miri: Polis buka kertas siasatan sekiranya terima laporan - Sinarharian - 24/09 12:37 am

KUALA LUMPUR - Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima laporan rasmi dan unsur jenayah melibatkan rakaman video tular memaparkan seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak seolah-olah menjadi mangsa kekerasan fizikal baru-baru ini.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, kertas siasatan akan dibuka sekiranya ada laporan polis dibuat berhubung insiden berkenaan."Sekiranya ada laporan polis dibuat maka kertas siasatan akan dibuka, ia bukan bermaksud menolak siasatan dan diklasifikasikan sebagai gurauan melampau semata-mata."Polis akan menyiasat sekiranya ada sebarang unsur jenayah selain setelah melihat keseluruhan fakta sebelum kertas siasatan kemudian dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan sama ada berlaku kesalahan berkaitan," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Rabu.Katanya, pihaknya mengambil serius setiap laporan berkaitan kes buli dengan menekankan siasatan teliti perlu dijalankan agar tindakan undang-undang tidak menjejaskan golongan bawah umur."Sebarang kes melibatkan buli kita sudah memperkenalkan undang-undang anti-buli, jadi banyak perkara berkaitan yang memerlukan siasatan rapi."Selain itu, polis turut perlu memastikan tindakan undang-undang yang diambil tidak menjejaskan terutama sekali kanak-kanak bawah umur, sama seperti kes Zara Qairina yang sedang berlangsung."Kita tidak digalakkan untuk komen atau mengulas sebarang perkara berkaitan," katanya.Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, mengesahkan pelajar lelaki itu menafikan dibuli, sebaliknya menjelaskan kejadian yang tular hanyalah gurauan rakan sempena sambutan hari lahir pada 19 September lalu.Jelas beliau, pihaknya telah memanggil pegawai institut, ibu bapa serta semua pelajar terbabit berusia 18 hingga 24 tahun untuk diambil keterangan selain kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.Tegas beliau, pihaknya akan terus memantau dan tidak akan berkompromi sekiranya wujud laporan atau bukti baharu menunjukkan unsur jenayah buli.Sebelum ini tular video berdurasi 13 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki mengangkat seorang rakan mereka dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.Kejadian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat yang mengaitkannya dengan kejadian buli.





Pegawai Rela didenda RM25,000 buat tuntutan palsu elaun penugasan - Sinarharian - 24/09 11:29 am

IPOH - Seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Sungai Siput didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu dua tahun lalu.Tertuduh, K Rameswaran, 28, didakwa secara tidak jujur menggunakan dokumen sebagai tulen yang diketahui palsu iaitu Borang Tuntutan Elaun Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pemantauan Bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Daerah Sungai Siput (U) dari Oktober 2023 hingga Januari 2024 di Pejabat Rela negeri Perak di sini.Mengikut pertuduhan, borang tuntutan elaun itu dibuat atas nama lima anggota Rela sedangkan mereka tidak pernah menjalankan tugasan rondaan Monsun Timur Laut, dengan jumlah keseluruhan RM9,408.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku bersalah atas kelima-lima pertuduhan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Mengikut fakta kes, tertuduh mengaku menulis butiran nama dan tandatangan lima anggota Rela dalam buku Kehadiran Penugasan Anggota, selain menurunkan tandatangan palsu di ruangan dituntut oleh dan disahkan oleh atas nama penama dalam dokumen tuntutan tersebut sebelum dikemukakan ke Pejabat Rela negeri Perak untuk proses bayaran.Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan penjara sebulan sekiranya denda tidak dibayar.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Nanthini.





Pasangan warga China ditahan buat laporan palsu bom dalam pesawat Pasangan .. - Mgazette - 24/09 7:54 am

# Pasangan warga China ditahan buat laporan palsu bom dalam pesawat TAWAU - Sepasang suami isteri warganegara China di tahan di sini semalam selepas disyaki menghantar emel berbaur ugutan mendakwa kononnya terdapat bom dalam pesawat yang akan berlepas dari Tawau ke Kuala Lumpur





Isu mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan Presiden UMANY - Mgazette - 24/09 7:54 am

# Isu mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan Presiden UMANY KUALA LUMPUR - Polis hari ini merakam keterangan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze berhubung kenyataan beliau yang menggesa agar program matrikulasi dimansuhkan





Kawasan insiden kebocoran gas butana disahkan selamat - Mgazette - 24/09 7:54 am

# Kawasan insiden kebocoran gas butana disahkan selamat CHUKAI - Keadaan di sekitar kawasan Petronas Gas Berhad (PGB) di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kerteh, dekat sini yang dilaporkan berlaku insiden kebocoran gas butana, kini disahkan terkawal dan selamat sepenuhnya





Suami isteri warga China ditahan hantar e-mel ugutan bom dalam pesawat - Sinarharian - 23/09 10:39 pm

TAWAU - Sepasang suami isteri warganegara China ditahan di sini semalam selepas disyaki menghantar e-mel berbaur ugutan mendakwa kononnya terdapat bom dalam pesawat yang akan berlepas dari Tawau ke Kuala Lumpur.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 28 dan 29 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Semporna pada jam 8 malam."Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek mengaku menghantar mesej palsu tersebut melalui aplikasi rasmi sebuah syarikat penerbangan."Alasannya untuk mendapatkan respons daripada syarikat penerbangan itu kerana mahu menukar tempat duduk dalam penerbangan mereka ke Kuala Lumpur sebelum transit ke Beijing," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.Jasmin berkata, suspek turut mendakwa tindakan itu dilakukan kerana terbaca satu portal di China berkaitan cara mempercepatkan maklum balas syarikat penerbangan adalah dengan melakukan aduan berbentuk ancaman."E-mel ancaman itu dihantar ke ibu pejabat syarikat penerbangan terbabit di Kuala Lumpur, kira-kira jam 11.30 malam pada 20 September, dan kemudian maklumat disalurkan kepada pihak keselamatan syarikat penerbangan berkenaan di Lapangan Terbang Tawau," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain pihak Konsulat Republik China turut dimaklumkan mengenai penahanan itu





Buaya tembaga 3.65 meter ditangkap di Pantai Teluk Bahang - SUN - 23/09 9:37 pm

GEORGE TOWN : Satu operasi menangkap seekor buaya tembaga sepanjang 3.65 meter telah berjaya dilaksanakan di pesisir pantai belakang sebuah hotel di Teluk Bahang





KBS hantar pegawai siasat isu buli pelajar IKBN Miri - SUN - 23/09 9:01 pm

Video itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku insiden buli. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan memaklumkan bahawa pelajar terbabit menafikan dirinya dibuli dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut




Reformasi     >>



Jalan Pantai Batu Rakit bernilai hampir RM5 juta .. - Harapandaily
Sejak semalam tular beberapa keping gambar memaparkan Jalan Pantai Batu Rakit yang hampir siap dibaik pulih kembali runtuh. Difahamkan, projek membaik pulih itu menelan belanja sekitar RM4.95 juta. Menurut info diperoleh, ada beberapa penduduk kampung sudah pun menegur kerajaan negeri kerana ..
Kroni     >>



Trump signs order declaring TikTok sale plan meets US .. - Star
WASHINGTON (Reuters) -President Donald Trump signed an executive order on Thursday declaring that his plan to sell TikTok's U.S. operations to U.S. and global investors will meet the requirements in a 2024 law that says the short video app will be banned unless its Chinese owners sell it. ..
Tabloid     >>



Serangan Besar Dijangka Dalam Masa 48 Jam, Didakwa .. - Ohmedia
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan bahawa mereka menerima maklumat risikan sahih mengenai ancaman serangan Israel dalam masa 48 jam akan datang. Menurut laporanKosmo, serangan itu dijangka melibatkan penggunaan senjata berat yang mampu menenggelamkan kapal serta ..
Tech     >>



Amazon Fire TV devices expected to ditch Android for .. - Arstechnica
Ditching Google could help Amazon better monetize its streaming gadgets.
World     >>



Italy and Spain to Send Naval Ships to Protect Global .. - S2jnews
Reading Time: 2 minutes Italy and Spain are to send one naval frigate each to protect the Global Sumud Flotilla after the flotilla was struck by drones on Wednesday. This comes after the flotilla was also attacked earlier this month off the coast of Tunisia. The GSF blames Israel for the ..
Motor Trend     >>



BUDI95: Pasangan Boleh Isi Minyak Kereta Keluarga, .. - Careta
Peraturan Penggunaan MyKad di Pam Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa sistem ini memang direka untuk memberi fleksibiliti kepada keluarga yang berkongsi kenderaan. Sebagai contoh, suami dan isteri boleh menggunakan MyKad masing masing untuk mengisi petrol pada kereta yang sama. Ini