| /// |
|
| Search : Daerah Kuantan News | Page 1 |
|
Wanita Rohingya mati dibunuh suami dikebumi bersama bayi dalam kandungan - Mgazette - 19/02 8:01 am # Wanita Rohingya mati dibunuh suami dikebumi bersama bayi dalam kandungan KOTA TINGGI - Wanita etnik Rohingya yang maut dibunuh suaminya dengan lesung Batu Jumaat lalu selamat dikebumikan bersama-sama bayi dalam kandungannya di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam di sini hari ini |
|
Lima beranak selamat dikebumikan dalam dua liang lahad Lima beranak .. - Mgazette - 19/02 8:01 am Lima sekelurga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan dalam kejadian 7 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata siasatan mendapati rumah yang menjadi lokasi kejadian didiami oleh lapan orang |
|
Letupan gas ragut sekurang-kurangnya 38 nyawa pelombong di Nigeria - Mgazette - 19/02 8:01 am # Letupan gas ragut sekurang-kurangnya 38 nyawa pelombong di Nigeria JOS PLATEAU - Sekurang-kurangnya 38 pelombong bijih plumbum maut dalam satu letupan gas pada hari Rabu |
|
Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin ATM di Jinjang - Mgazette - 19/02 8:01 am # Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin ATM di Jinjang KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang di sini |
|
Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri - Mgazette - 19/02 8:01 am # Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam tadi |
|
Nurul Zahida longlai selepas buat pengecaman jenazah - Mgazette - 19/02 8:01 am # Nurul Zahida longlai selepas buat pengecaman jenazah KUANTAN - Salah seorang ahli keluarga lima mangsa kes bunuh di sini tidak dapat menyembunyikan rasa sebak selepas keluar daripada bilik mayat selepas membuat pengecaman kesemua jenazah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini |
|
Obor-obor Physalia physalis dikesan di perairan Mersing, sengatan boleh .. - Mgazette - 19/02 8:01 am # Obor-obor Physalia physalis dikesan di perairan Mersing, sengatan boleh bawa maut JOHOR BAHRU - Pejabat Perikanan Negeri Johor (PPNJ) mengingatkan orang ramai yang mengunjungi perairan Mersing atau yang melakukan aktiviti air supaya berhati-hati selepas dikesan kehadiran obor-obor |
|
Suami maut, isteri dan anak cedera nahas dua kenderaan - Sinarharian - 18/02 11:01 pm ALOR SETAR - Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di jejambat Jalan Titi Kobah, Pendang pada Selasa.Ketua Polis Daerah PendangSuperintendenRodzi Abu Hassan berkata, kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu menyebabkan penumpang hadapan iaitu lelaki berusia 39 tahun maut akibat kecederaan parah dikepala."Sebelum kejadian, MPV dipandu isteri mangsa yang berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari arah Pendang menghala ke Kota Sarang Semut.. |
|
Lelaki maut putus kaki motosikal ditunggang lawan arus bertembung kereta - Sinarharian - 18/02 10:44 pm SIBU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melawan arus dan bertembung dengan kenderaan sebuah kereta di Kilometer 209, Jalan Sibu-Bintulu, pada pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami putus kaki kiri dan parah di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi.Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Bonjface Anak Bajai berkata, kemalangan melibatkan Perodua Myvi dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR."Hasil siasatan awal, motosikal mangsa sedang bergerak melawan arus menghala ke Sibu Jaya dan bertembung dengan kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun menuju ke pusat bandar."Akibat pertembungan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan, manakala motosikal rosak sepenuhnya."Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Suspek pecah skrin mesin ATM dicekup - Sinarharian - 18/02 9:29 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang di sini.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan jam 3.21 petang pada Rabu dan polis merampas sebuah motosikal, sebuah topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan."Siasatan awal mendapati suspek memecahkan skrin mesin berkenaan menggunakan objek batu kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.Basri berkata, siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disyaki terlibat dalam siri kes khianat memecahkan beberapa mesin ATM di sekitar Jinjang dengan anggaran kerugian RM64,000 |
|
Empat beranak mangsa bunuh dikebumi satu liang lahad, suspek dikuburkan berasingan - Sinarharian - 18/02 7:54 pm KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Jenazah lima sekeluarga dipercayai dibunuh di Taman Cerating Damai di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating pada Rabu.Jenazah mangsa wanita, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dua anak perempuan, Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Saffiyah Humairah, 5, serta ibu mentuanya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dikebumikan dalam satu liang lahad.Manakala jenazah suami dikebumikan dalam liang lahad berasingan.Proses pengebumian selesai sepenuhnya jam 7.20 petang.Suasana pilu menyelubungi proses pengebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai serta penduduk setempat untuk memberikan penghormatan terakhir.Terdahulu, jenazah dituntut keluarga serentak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 3.10 petang menggunakan empat van jenazah sebelum dibawa ke Masjid Kampung Cerating di sini untuk dikafan dan disembahyangkan.Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan jam 6.50 petang sebelum dikebumikan.Proses bedah siasat ke atas semua mangsa dijalankan dua hari dan selesai pada Rabu.Jenazah suspek dan isterinya selesai menjalani proses itu di pada Selasa manakala roses bedah siasat ke atas ibu dan dua anak perempuan mereka dijalankan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati disyaki dibunuh di rumah mereka di Taman Cerating Damai di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek disyaki mencederakan empat ahli keluarganya itu sehingga maut menggunakan senjata tajam.Lelaki tersebut turut menikam diri sendiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. |
|
Family Of Five Found Dead In Kuantan Home During Chinese New Year - Therakyatpost - 18/02 6:21 pm The suspect had recently moved back home after quitting his job in Selangor and had only been working in Kuantan for a week, with investigators exploring possible financial or family problems as motives despite no history of mental health issues. |
|
Five family members killed in Kuantan murder laid to rest in Cerating - Malaymail - 18/02 6:10 pm KUANTAN, Feb 18 The bodies of five family members involved in a tragic murder at the Cerating Damai housin... |
|
Away from home, united at PLKN for Chinese New Year - Sinardaily - 18/02 6:01 pm KUANTAN - For two National Service Training Programme (PLKN) trainees, this years Chinese New Year will be unlike any before, celebrated not at home, but with their "extended family at Force 136 Camp (4th Battalion, 505th Territorial Army Regiment) in PekanLiang Calvin, 18, from Jerantut, admitted feeling sad about not being able to return to his hometown for the traditional reunion dinner and to receive angpow.However, celebrating with fellow trainees from different races has turned the occasion into what he describes as a meaningful experience."Of course I feel sad because I cant receive angpow or have a reunion dinner with my family, but here I get to celebrate with my Malay and Indian friends whom I consider my extended family |
|
Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api malam Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 18/02 5:24 pm SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam Selasa.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an bermain bunga api itu jam 12.30 tengah malam."Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis shoot cake 4(D) 16 shot (premium) di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina."Bunga api tersebut meletup dan mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri."Mangsa kemudian dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil."Kes disiasat bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Pihaknya menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan," ujarnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Kes bunuh: Jenazah lima sekeluarga dituntut keluarga selepas selesai bedah siasat - Sinarharian - 18/02 4:00 pm KUANTAN - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cerating Damai di sini dituntut keluarga untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat selesai kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, jenazah pertama dibawa keluar kira-kira jam 2.50 petang.Empat van jenazah yang membawa jenazah keluarga terbabit beredar dari pekarangan HTAA kira-kira jam 3.10 petang diiringi kenderaan polis.Jenazah dibawa ke Masjid Cerating untuk diuruskan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cerating untuk dikebumikan.Jenazah pengawal keselamatan berusia 32 tahun dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, telah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Selasa.Proses bedah siasat ke atas tiga lagi jenazah mangsa terdiri ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dan dua anak perempuan, Saffiyah Humairah, 5, dan Sumayah Humairah, 2, dijalankan hari ini.Sinar Harian pada Selasa melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam menyayat hati disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek pengawal keselamatan, manakala mangsa iaitu isterinya ibu, dan dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun ditemui maut.Suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri hingga maut. |
|
Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini KUANTAN - Tiada siapa boleh menduga hari ulang tahun keduanya hari ini disambut dengan proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas maut di tangan bapa sendiri semalam |
|
Budak lemas mandi laut ditemui mayatnya terdampar di pantai - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Budak lemas mandi laut ditemui mayatnya terdampar di pantai KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak yang hilang dibawa arus semasa mandi di pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil di sini semalam ditemui mayatnya malam tadi |
|
Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan – Polis - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata saksi yang juga adik bongsu suspek memaklumkan kejadian itu didengari kira-kira 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur |
|
Polis kesan individu khianat pecahkan skrin mesin ATM - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Polis kesan individu khianat pecahkan skrin mesin ATM KUALA LUMPUR Polis mengesan sekurang-kurangnya lima kejadian khianat membabitkan mesin juruwang automatik (ATM) di sekitar Jinjang dalam tempoh dua hari dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan hampir RM64,000 |
|
Pemilik menara telekomunikasi perlu kelulusan sebelum pembinaan - MCMC - Sinarharian - 18/02 3:24 pm SHAH ALAM - Semua pemilik struktur telekomunikasi bertanggungjawab mendapatkan kelulusan tanah melalui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor serta permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan.Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pihaknya tidak menyokong sebarang pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang dijalankan tanpa kelulusan sewajarnya."MCMC turut meneliti penambahbaikan proses, termasuk mewajibkan syarikat telekomunikasi atau Network Facilities Provider memperoleh kelulusan PBT terlebih dahulu sebelum pendaftaran tapak atau permohonan penguntukan radas dikemukakan kepada MCMC," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aduan penduduk mengenai pembinaan sebuah struktur telekomunikasi tanpa kelulusan di Lot 60458, Jalan Bukit Jati 1A, Klang pada Jumaat.Susulan itu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan tegas dengan menyita struktur telekomunikasi berkenaan.Menurut kenyataan MCMC, siasatan bersama MBDK, One Stop Agency (YTSB) dan EDOTCO mengesahkan bahawa struktur jenis smartpole setinggi 24 meter itu adalah milik Edotco (M) Sdn Bhd dan telah dibina tanpa permit.Ujarnya, setakat ini MCMC juga belum menerima sebarang permohonan untuk ulasan teknikal seperti yang sepatutnya."Untuk makluman, struktur berkenaan dicadangkan sebagai penggantian kepada struktur PBTS sedia ada bagi memenuhi keperluan liputan dan kapasiti rangkaian komunikasi mudah alih dengan liputan jenis luar bangunan, melibatkan kawasan Kampung Kuantan, Kampung Datok Dagang, Taman Shahbandar, Taman Bukit Jati dan Taman Jati."Namun MCMC menegaskan bahawa tujuan teknikal tersebut tidak mengatasi keperluan pematuhan perundangan dan sebarang pembinaan atau pengoperasian infrastruktur hanya boleh dilaksanakan setelah semua kelulusan pihak berkuasa berkaitan diperoleh sepenuhnya," ujarnya. |
|
Suri rumah maut ketika melintas jalan - Sinarharian - 18/02 3:05 pm ALOR SETAR Seorang suri rumah maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Lebuhraya Darul Aman, di sini lebih kurang jam 7.30 pagi Rabu.Mangsa, Chin Seow Hua, 68, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dilanggar kereta Proton Saga yang sedang bergerak lurus di lorong kanan jalan berkenaan.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu lelaki berusia 29 tahun datang dari arah Taman Sri Gemilang, Mergong menuju ke Jitra, manakala mangsa melintas dari kiri ke kanan jalan."Ketika kejadian, keadaan jalan lurus dan cuaca baik, namun pencahayaan gelap kerana lampu jalan tidak menyala."Difahamkan, mangsa dipercayai melintas jalan secara mengejut di hadapan kenderaan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa, mengakibatkan mangsa melambung dan terjatuh di atas jalan."Kesan seretan brek sepanjang 9.6 meter turut ditemui di lorong kanan jalan |
|
Suspek pecahkan skrin ATM di beberapa bank diburu - Sinarharian - 18/02 1:11 pm KUALA LUMPUR Seorang lelaki diburu polis selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar Jinjang sejak Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan pertama pada 16 Februari kira-kira jam 8.40 pagi.Beliau berkata, laporan dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juruteknik ATM di sebuah bank di Jinjang Selatan."Pengadu memaklumkan semasa menjalankan kerja penyelenggaraan, dia mendapati empat skrin mesin ATM telah retak dan disyaki akibat perbuatan khianat oleh individu tidak dikenali."Jumlah kerugian bagi kejadian tersebut dianggarkan kira-kira RM4,000," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Katanya, pada 17 Februari antara jam 12.24 tengah hari hingga 10.16 malam, polis menerima empat lagi laporan berkaitan kejadian sama."Dua kes berlaku di cawangan bank di Jinjang Selatan, manakala masing-masing satu kes dilaporkan di Jinjang Utara melibatkan dua bank berbeza."Jumlah keseluruhan kerugian bagi empat kejadian itu dianggarkan sekitar RM60,000," katanya.Beliau berkata, susulan laporan diterima, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul melancarkan operasi khas bagi mengesan dan menahan suspek.Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek merupakan seorang lelaki yang bangsa masih belum dapat dikenal pasti."Suspek dianggarkan berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berbadan sederhana dan berkulit cerah."Ketika kejadian, suspek memakai kemeja lengan pendek warna kelabu, seluar panjang serta selipar hitam," katanya.Basri berkata, suspek juga dipercayai memakai topi keledar warna biru dan menaiki motosikal jenis Honda Wave berwarna biru dengan nombor pendaftaran masih belum dikenal pasti."Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dengan memasuki kawasan kaunter ATM sebelum memecahkan skrin mesin menggunakan objek disyaki batu."Selepas melakukan perbuatan tersebut, suspek akan terus melarikan diri dari lokasi kejadian," katanya.Beliau berkata, setakat ini tiada unsur jenayah lain dikenal pasti berkaitan kejadian tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan kejadian melibatkan seorang lelaki bertindak memecahkan skrin mesin ATM di sebuah premis perbankan dipercayai di sekitar Jinjang |
|
Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dibedah siasat pada hari lahir - Sinarharian - 18/02 12:48 am KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh dalam kejadian lima sekeluarga maut di Taman Cerating Damai, di sini dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah ke atas mangsa bersama jenazah kakaknya, Saffiyah Humairah, 5 dan nenek mereka, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56dijangka selesai selepas jam 1 tengah hari.Menurutnya, mayat bapa kanak-kanak terbabit dibedah siasat jam 4 petang semalam manakala ibu mereka, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dibedah siasat jam 8.30 malam hari yang sama.Semua jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating, di sini.Sementara itu, mengulas lanjut kejadian tragis itu, Ashari berkata, keterangan awal saksi kejadian iaitu adik bongsu suspek, dia terdengar bunyi bising orang bertengkar kira-kira jam 7 pagi."Remaja lelaki berusia 15 tahun itu keluar dari biliknya dan mendapati dinding bilik tidur utama yang didiami saspek dan keluarga terdapat kesan percikan darah."Saksi itu juga mendapati ibunya terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menjerit meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama," katanya.Ashari berkata, setelah tiba di rumah itu, bapa saudaranya mendapati kesemua mangsa dan saspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri."Siasatan di tempat kejadian mendapati saspek menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum menikam diri sendiri."Sebilah pisau berukuran 29 sentimeter turut ditemui di lokasi," katanya. |
|
Wanita dikerat: Kertas siasatan dilengkapkan bergantung siasatan terhadap suspek - Sinarharian - 18/02 11:54 am KOTA KINABALU Kertas siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita yang dikerat anggota badannya akan dilengkapkan bergantung kepada siasatan terhadap suspek yang ditahan sebelum ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, setakat ini pihaknya masih dalam proses menjalankan siasatan terhadap suspek yang ditahan berkaitan kes tersebut."Kertas siasatan akan dilengkapkan bergantung kepada maklumat yang kita terima termasuk membabitkan dua lagi tangkapan baharu-baharu ini."Setakat ini masih dalam proses siasatan, kita tidak boleh dedahkan kesemuanya |
|
Laksana penilaian kesihatan mental bakal pengantin - Pakar - Sinarharian - 18/02 11:53 am SHAH ALAM Penilaian tahap kesihatan mental bakal pengantin wajar dipertimbangkan sebagai syarat tambahan sebelum perkahwinan bagi mencegah peningkatan kes jenayah dalam rumah tangga.Ketua Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nur Hafizah Yusoff berkata, ia penting bagi mengelakkan lebih banyak kes berkaitan pembunuhan yang berpunca daripada ketidakmampuan mengurus masalah atau tekanan."Selain itu silibus kursus perkahwinan juga mungkin perlu disemak semula melibatkan elemen pengurusan emosi dalam perkahwinan bagi menyediakan pasangan untuk mengurus emosi sendiri, pasangan serta anak-anak."Ahli keluarga perlu memainkan peranan jika melihat tanda-tanda ahli keluarga lain yang memiliki masalah berkaitan kesihatan mental, masalah kewangan atau masalah lain," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Sebelum ini media melaporkan kejadian di Kota Tinggi, Johor, membabitkan seorang suami yang dipercayai mempunyai masalah mental, disyaki membunuh isterinya selepas mendakwa wanita hamil itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.Selain itu pada Selasa, lima sekeluarga dilapor maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai 2, Taman Cerating Damai, Kuantan, melibatkan seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun.Dalam pada itu, Nur Hafizah yang juga Penyelaras Program Pengajian Kepolisan UKM-PDRM menjelaskan, kejadian kes bunuh diklasifikasikan sebagai jenayah interpersonal yang lazimnya melibatkan individu terdekat seperti pasangan atau ahli keluarga sendiri.Malah beliau menegaskan, kes-kes berkenaan secara tidak langsung menggambarkan institusi keluarga semakin rapuh apabila perkahwinan yang sepatutnya menjadi ruang perlindungan bertukar kepada punca ancaman keselamatan."Situasi ini perlu dilihat secara serius kerana institusi keluarga yang rapuh bakal memberi gambaran kepada orang bujang untuk berkahwin."Pengesanan dan pencegahan awal masalah boleh membantu mengelakkan seseorang individu mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan masalah."Institusi keluarga berperanan memberi perlindungan emosi, fizikal dan psikologi kepada pasangan dan anak-anak," ujarnya |
|
Witness recounts hearing arguments before tragic Kuantan family-of-five murder, say police - Malaymail - 18/02 11:50 am KUANTAN, Feb 18 A witness to the incident in which a family of five was killed in a house in Cerating Damai here... |
|
Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis - Sinarharian - 18/02 11:50 am KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi yang juga adik bongsu suspek memaklumkan kejadian itu didengari kira-kira jam 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur."Apabila saksi keluar bilik dan menoleh ke arah dapur, didapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit supaya dia pergi meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan sama."Saksi kemudian meminta bantuan bapa saudaranya dan setelah tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan suspek berada dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, rumah berkenaan didiami lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isteri seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelakinya, namun semasa kejadian hanya terdapat enam ahli keluarga.Ashari berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tiada sebarang rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati suspek telah mencederakan isteri, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, terlebih dahulu dan kemudian ibunya Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55, seterusnya dua anak perempuan Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri serta turut maut.Kesan kecederaan terhadap mangsa ditemukan antaranya di bahagian tangan, telinga dan leher manakala polis turut merampas sebilah pisau berukuran 29 sentimeter di lokasi kejadian.Difahamkan, bedah siasat terhadap suspek dan isteri telah dijalankan semalam manakala ibu dan dua anaknya bersambung jam 9 pagi tadi |
|
Kes bunuh Kuantan: Mayat budak dibedah siasat pada hari lahir kedua - FMT - 18/02 11:46 am Nur Sumayyah Humairah dilahirkan pada 18 Feb 2024 antara mangsa dipercayai dibunuh bapa kandung. |
|
Autopsies of remaining Kuantan murder-suicide victims to conclude today - FMT - 18/02 11:44 am The post-mortem on the bodies of the two children and their grandmother is currently under way at Hospital Tengku Ampuan Afzan. |
|
Witness heard argument before tragic family murder, says Kuantan police - BorneoPost - 18/02 11:38 am KUANTAN (Feb 18): A witness to the incident in which a family of five was killed in a house in Cerating Damai here yesterday claims to have heard the sound of an argument before the tragic incident unfolded |
|
Bedah siasat tiga lagi mangsa kes bunuh dilaksanakan hari ini - Sinarharian - 18/02 11:16 am KUANTAN Proses bedah siasat tiga daripada lima sekeluarga yang ditemui mati, disyaki dibunuh awal pagi Selasa, diteruskan pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, setakat ini dua mangsa terdiri daripada jenazah suspek dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, telah selesai menjalani proses itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.Menurutnya, proses bedah siasat ke atas tiga lagi jenazah mangsa terdiri daripada ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, serta dua anak perempuan, Saffiyah Humairah, 5, dan Sumayah Humairah, 2, dijalankan hari ini."Proses bedah siasat dijangka selesai kira-kira jam 12 atau 1 tengah hari," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 10 pagi mendapati suasana masih tenang dan belum ada waris menunggu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam kejadian menyayat hati, disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun (suspek), isterinya, ibu serta dua anak perempuan masing-masing berusia dua dan lima tahun.Suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri. |
|
Nancy vows to enhance social support centres after Kuantan murder-suicide - FMT - 18/02 10:35 am The minister says cases involving the killing of family members are increasingly worrying, with at least six reported since January this year. |
|
Polis buru 4 lelaki terlibat kes curi kabel di Semenyih - Sinarharian - 18/02 10:04 am KUALA LUMPUR - Polis sedang giat mengesan empat lelaki yang terlibat dalam kes kecurian kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan Pangsapuri DKayangan Setia Ecohill, Semenyih.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.54 pagi semalam.Beliau berkata, siasatan awal mendapati empat suspek lelaki yang tidak dapat dipastikan identiti mereka, menggunakan sebuah kenderaan berwarna kelabu untuk melakukan kegiatan itu."Suspek dikesan sedang memotong kabel yang disyaki milik TNB sebelum bertindak melarikan diri selepas ditegur oleh penduduk setempat," katanya dalam kenyataan hari ini.Naazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan memotong kabel.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 017-4661757.Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang ditalian 03-89114243 jika melihat atau mempunyai maklumat sebarang perbuatan jenayah |
|
Minister vows stronger social support after Kuantan family murder-suicide, as vulnerable cases top 156,000 - Malaymail - 18/02 9:13 am KUCHING, Feb 18 A total of 156,033 cases involving vulnerable groups have been assisted and successfully resolve... |
|
Pahang Sultan urges Tioman island to be given comprehensive priority - Malaymail - 18/02 9:13 am KUANTAN, Feb 18 The Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, has stressed... |
|
Lelaki maut kereta dipercayai terjunam dalam sungai - Mgazette - 18/02 7:57 am # Lelaki maut kereta dipercayai terjunam dalam sungai SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut, di sini hari ini |
|
Polis cari saksi bantu nahas maut di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil - Mgazette - 18/02 7:57 am # Polis cari saksi bantu nahas maut di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan saksi awam bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pekerja kilang wanita di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, dalam kejadian petang Ahad lalu |
|
750 liter minyak diesel dalam tong drum disita - Mgazette - 18/02 7:57 am KUALA LUMPUR - Kira-kira 750 liter minyak diesel yang diisi dalam dua buah tong drum disita selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan di Plaza Tol Kuantan oleh Pasukan Peronda Lebuhraya Pantai Timur, Polis Diraja Malaysia, hari ini |
|
PDRM umum pertukaran 9 pegawai kanan - Mgazette - 18/02 7:57 am KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran sembilan pegawai kanan yang berkuat kuasa semalam, 16 Mac 2026 |
|
Suami isteri maut motosikal rempuh pembahagi jalan - Mgazette - 18/02 7:57 am # Suami isteri maut motosikal rempuh pembahagi jalan KLUANG - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di kilometer 37.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini hari ni |
|
Polis buru empat lelaki curi kabel di Pangsapuri D’Kayangan Setia .. - Mgazette - 18/02 7:57 am # Polis buru empat lelaki curi kabel di Pangsapuri D'Kayangan Setia Ecohill KUALA LUMPUR - Polis Kajang sedang giat mengesan empat lelaki yang mencuri kabel berdekatan Pangsapuri D'Kayangan Setia Ecohill, Semenyih, awal pagi tadi |
|
Sultan Pahang zahir dukacita pembunuhan tragis di Cherating - Mgazette - 18/02 7:57 am # Sultan Pahang zahir dukacita pembunuhan tragis di Cherating KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan mendalam terhadap kejadian pembunuhan tragis yang berlaku di Cherating, pagi tadi |
|
GARAH bakal saman pihak halang himpunan, tahan bakal peserta ??? Haniff... - Mgazette - 18/02 7:57 am # GARAH bakal saman pihak halang himpunan, tahan bakal peserta Haniff Kathri KUALA LUMPUR Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) akan mengemukakan saman sivil terhadap beberapa pihak didakwa menghalang perhimpunan aman dan menahan secara salah bakal para pesertanya pada 7 Februari lalu |
|
Umat Islam mula berpuasa Khamis ini Umat Islam mula berpuasa Khamis ini .. - Mgazette - 18/02 7:57 am KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Khamis ini, 19 Februari 2026, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad |
|
Dua mangsa lemas di Pantai Tanjung Buloh diselamatkan nelayan, pengunjung .. - Mgazette - 18/02 7:57 am # Dua mangsa lemas di Pantai Tanjung Buloh diselamatkan nelayan, pengunjung KOTA TINGGI - Dua kanak-kanak lelaki yang terselamat ketika mandi di pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil, di sini hari ini, mendapat bantuan nelayan dan pengunjung yang kebetulan berada di situ |
|
Hormati keluarga kami, hentikan spekulasi kes mati 5 beranak – Nurul .. - Mgazette - 18/02 7:57 am # Hormati keluarga kami, hentikan spekulasi kes mati 5 beranak - Nurul Zahidah KUANTAN - Seorang ahli keluarga kepada lima beranak yang maut dipercayai mati dibunuh itu meminta agar semua pihak berheti membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan |
|
Kawalan mercun, bunga api diperketat, keselamatan awam diutamakan – .. - Mgazette - 18/02 7:57 am # Kawalan mercun, bunga api diperketat, keselamatan awam diutamakan - KPN KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketatkan kawalan terhadap pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun serta bunga api bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat terpelihara |
|
Sultan Pahang zahir dukacita kes bunuh 5 sekeluarga di Kuantan - FMT - 18/02 12:00 am Sultan Abdullah seru rakyat sentiasa peka terhadap perubahan tingkah laku individu sekeliling. |
|
Suami isteri maut motosikal terbabas di Lebuhraya PLUS - Sinarharian - 17/02 10:19 pm KULAI - Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer 37.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, petang Selasa.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki itu kira-kira 1.40 petang.Beliau berkata, hasilsiasatan awal mendapati motosikal berkenaan hilangkawalansebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan."Akibat kemalangan tersebut, mangsapenunggang lelaki berusia 55 tahun bersama pembonceng iaitu isterinya yang berumur 49 tahun mengalami kecederaan parah padabahagian kepala, dan kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa |
|
Pegawai bomba, adik dikhuatiri lemas ketika berkelah di Pantai Kandis - Sinarharian - 17/02 8:45 pm BACHOK [DIKEMAS KINI] Dua beradik termasuk seorang anggota bomba dari Bayan Baru, Pulau Pinang, dikhuatiri lemas dalam tragedi perkelahan keluarga di Pantai Kandis berdekatan muara Sungai Gali, di sini pada Selasa.Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, anggota bomba terbabit, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, dan adiknya, Ahmad Nurruddin, 21, ke pantai itu bersama kira-kira 20 ahli keluarga untuk beriadah.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian, beberapa ahli keluarga mandi sebelum Ahmad Nurruddin dan anak saudara, Mohd Ali Al-Imran Mohd Ezad, 12, dipercayai lemas.Katanya, melihat keadaan itu, bapa kanak-kanak terbabit, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, dan Ahmad Badrul Naim bergegas ke pantai cuba menyelamatkan kedua-duanya."Bapa kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan anaknya dan mereka dapat naik ke darat."Ahmad Badrul Naim yang cuba menyelamatkan Ahmad Nurruddin pula hilang dan kedua-dua beradik ini dikhuatiri lemas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa.Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan 1 Mohd Khairul Fais Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.40 petang dan bergegas ke lokasi bersama 10 anggota."Sampai di lokasi, bomba mendapati keadaan ombak besar dengan air pasang."Pencarian dilakukan secara di permukaan dan bantuan lapan PPDA Pengkalan Chepa turut dimohon," katanya |
|
Lelaki maut kereta dipercayai terbabas ke dalam sungai - Sinarharian - 17/02 8:20 pm SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayaiterbabaske dalam sungai berhampiranSekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadutdi sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak awal pagi tadi."Keluarga mangsa kemudian bertindak menjejaki lokasi terakhir mangsa melalui Sistem Pengesanan Global(GPS) pada kereta jenis Toyota Yaris yang dipandu lelaki itu."Hasil semakan mendapati lokasi terakhir kereta tersebut berada di kawasan berhampiran sungai berkenaan sebelum operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan Zon 1 Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPgB Mohd Fadhli Shamsudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itukira-kira 5 petang tadi."Mayat mangsa ditemukan pada 6.15petang, kami mengalami sedikit kesukaran memandangkan sungai agak dalam dan air deras berikutan hujan sejak awal pagi tadi," katanya dan menambah operasi membabitkan 13 anggota itu tamat pada 6.40 petang |
|
Penahanan sebelum himpunan GARAH langgar hak perlembagaan - Haniff Khatri - Sinarharian - 17/02 7:04 pm KUALA LUMPUR Penahanan beberapa individu termasuk penasihat undang-undang Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) sebelum himpunan aman pada 7 Februari lalu didakwa menyalahi hak kebebasan berhimpun seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan.Penasihat undang-undang GARAH, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, himpunan berkenaan merupakan perhimpunan sah dan dilindungi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan."Penganjuran serta kehadiran ke himpunan itu merupakan pelaksanaan hak perlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah."Himpunan aman yang dijadualkan pada 7 Februari 2026 adalah suatu perhimpunan yang sah dan dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan berhimpun secara aman kepada setiap warganegara," katanya ketika sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian dalam laporan polis yang dibuat bagi merekodkan fakta berkaitan penahanannya oleh pihak polis pada tarikh berkenaan.Menurut Mohamed Haniff, tindakan menahan beliau sebelum himpunan bermula tanpa memaklumkan kesalahan jelas serta tanpa asas undang-undang munasabah merupakan pencabulan hak perlembagaan."Penahanan tersebut merupakan suatu penahanan yang salah di sisi undang-undang kerana dibuat tanpa sebab munasabah dan tanpa justifikasi undang-undang yang sah," katanya.Tambah beliau, tindakan itu turut menjejaskan keupayaannya menjalankan tanggungjawab profesional sebagai peguam kepada anak guamnya.Mohamed Haniff mendakwa penahanan tersebut bukan sahaja mencabuli hak peribadinya, malah menghalang akses anak guam kepada nasihat undang-undang pada saat kritikal.Dalam pada itu, beliau memaklumkan himpunan aman berkenaan sebelum ini telah dimaklumkan kepada pihak polis.Katanya, penyelaras himpunan telah menyerahkan pemakluman kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung penganjuran himpunan tersebut.Bagaimanapun, menurutnya, tiada maklum balas bertulis atau notis rasmi dikeluarkan pihak polis berkaitan larangan penganjuran himpunan itu.Beliau berkata, hanya pada pagi 7 Februari, kenyataan awam dikeluarkan menyatakan himpunan berkenaan tidak dibenarkan.Mohamed Haniff turut mendakwa sebelum himpunan bermula pada malam hari sama, pihak polis telah menahan kira-kira 20 individu termasuk dirinya sehingga menyebabkan himpunan tidak dapat diadakan.Menurutnya, semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan kesalahan yang didakwa dilakukan serta peruntukan undang-undang berkaitan siasatan atau penahanan tersebut.Beliau berkata, selepas ditahan, beliau dibawa ke IPD Dang Wangi dan rakaman percakapan diambil sebelum dibebaskan dengan jaminan polis awal pagi 8 Februari.Sehubungan itu, Mohamed Haniff memohon pihak polis menjalankan siasatan terhadap beberapa perkara termasuk tindakan menghalang himpunan aman serta penahanan terhadap peserta dan dirinya.Selain itu, beliau turut memohon siasatan dijalankan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa serta penyebaran kenyataan palsu yang didakwa menjejaskan tujuan sebenar himpunan berkenaan."Laporan ini dibuat bagi merekodkan fakta sebelum, semasa dan selepas penahanan saya serta untuk tujuan tindakan lanjut di bawah undang-undang dan memelihara hak serta kepentingan saya di sisi undang-undang," katanya.Media sebelum ini melaporkan seramai 19 individu ditahan termasuk dua direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo, Sabtu lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu.Jelas beliau, daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan.Beliau berkata, pihak polis sebelum ini menerima pemakluman penganjuran perhimpunan daripada pihak penganjur sebelum sesi libat urus dijalankan.Jelas beliau, hasil risikan, pemantauan dan siasatan mendapati perhimpunan tersebut berpotensi menjejaskan keselamatan awam selain pihaknya turut menerima sebanyak 131 laporan daripada pelbagai pihak termasuk premis sekitar lokasi yang mendakwa wujud ancaman berkaitan perhimpunan tersebut. |
|
Lelaki ditahan disyaki miliki 750 liter diesel tanpa permit - Sinarharian - 17/02 6:35 pm KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki 750 liter minyak diesel tanpa permit pada Isnin.Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, lelaki terbabit terlebih dahulu ditahan bersama kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara oleh pasukan polis peronda lebuh raya di Plaza Tol Kuantan di sini.Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, KPDN Pahang melaksanakan operasi penguatkuasaan dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut membawa muatan minyak diesel yang diisi dalam dua buah tong dram."Hasil pemeriksaan menyeluruh mendapati lelaki itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan melanggar Subperaturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menggunakan atau mengambil mana-mana barang berjadual melebihi kuantiti yang dibenarkan seperti dijadual tanpa permit."Susulan itu, KPDN Pahang telah menyita minyak diesel bersama kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Jezlily berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM42,340.Sementara itu, katanya, KPDN memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Beliau berkata, bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122], mereka berdepan denda tidak melebihi RM1 juta jika disabitkan bagi kesalahan pertama."Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali."Bagi syarikat pula, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta untuk kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," jelas beliau.Menurutnya lagi, KPDN akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan demi melindungi kepentingan pengguna dan negara. |
|
PDRM umum pertukaran 9 pegawai kanan, berkuat kuasa 16 Mac ini - Sinarharian - 17/02 6:29 pm KUALA LUMPUR Seramai sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan yang akan berkuat kuasa mulai 16 Mac.Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran itu melibatkan beberapa jawatan strategik di peringkat Bukit Aman serta kontinjen negeri."Datuk Azman Abd Razak yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis."Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pula yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, Hoo Chuan Huat yang kini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.Dalam pada itu, Asisten Komisioner Polis Fauzi Mohd Yusof yang sebelum ini Penolong Pengarah (D3) Risikan/Operasi ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Kawalan dan Perlindungan Sempadan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.Turut terlibat dalam pertukaran itu ialah Asisten Komisioner Polis Lee King Chuan yang kini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak.Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor, Asisten Komisioner Polis Mohd Zairi Badderul @ Badrol; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Polis Zaihairul Idrus serta Ketua Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Asisten Komisioner Polis Amran Md Jusin turut terlibat dalam pertukaran berkenaan.Kesemua pegawai terbabit akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.Dalam perkembangan sama, Superintendan Chua Kok Lian yang sebelum ini Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis. |
|
Wanita maut dijerut: Cemburu dipercayai motif pembunuhan - Sinarharian - 17/02 6:20 pm KUALA LANGAT Perasaan cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga Indonesia yang ditemui maut dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang ditahan merupakan suami mangsa.Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu."Setakat ini, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa merupakan pasangan suami isteri."Motif kejadian dipercayai berkaitan cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes berkenaan direman selama tujuh hari.Dalam kejadian pada Isnin, seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ditemui maut dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting.Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita itu kira-kira jam 11.07 pagi |
|
Tragedi 5 sekeluarga maut: Keluarga mohon henti spekulasi bukan-bukan - Sinarharian - 17/02 6:13 pm KUANTAN Keluarga lima beranak yang ditemui mati disyaki dibunuh di Taman Cerating Damai di sini merayu semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah berhubung kejadian itu.Nurul Zahidah Zambri, 34, berkata, masyarakat perlu menghormati keluarga dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan mengikut prosedur."Saya minta semua untuk menghormati segala proses ini sehingga polis mengeluarkan kenyataan dan yang itu kita akan pakai nanti," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.Nurul Zahidah berkata, pihak keluarga sedang menunggu proses bedah siasat dan perkembangan siasatan daripada pihak polis."Minta sangat jangan buat spekulasi yang bukan-bukan dan hormati keluarga kami," ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut khususnya di media sosial.Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian berkenaan."Berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |