///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Daerah Klang News   Page 1    





Seramai 25 lagi ‘ulat foto’ ditahan dalam Ops Khas di .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Seramai 25 lagi 'ulat foto' ditahan dalam Ops Khas di Persiaran KLCC KUALA LUMPUR - Seramai 25 lagi 'ulat foto' atau jurugambar haram ditahan polis dalam operasi khas yang dilaksanakan di Persiaran Menara Berkembar PETRONAS di sini malam tadi





Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad Tiga ditahan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad JOHOR BAHRU - Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam hantaran akaun milik wanita mendakwa Ratu Nur Puteri Ratu Balqis yang mendakwa 'dipinjamkan badan oleh malaikat dan turut mengakui dirinya dahulu Nabi Muhammad SAW





Polis buru empat suspek tetak lelaki dengan parang di Bera Polis buru .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Polis buru empat suspek tetak lelaki dengan parang di Bera KUANTAN - Empat suspek diburu polis kerana disyaki terbabit kes tetak seorang lelaki menggunakan parang sehingga mengakibatkan kecederaan parah





Komisyen tak dapat, wang lebih RM100,000 pula lesap - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Komisyen tak dapat, wang lebih RM100,000 pula lesap TANGKAK - Hasrat seorang pemuda untuk menambah pendapatan berkecai apabila diperdaya sindiket penipuan tawaran kerja atas talian yang tidak wujud sehingga wang simpanan RM118,287 lesap





Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan Lelaki bunuh jiran .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan KLANG - Bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya, empat tahun lepas





Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang akan didakwa esok. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu akan dibawa sekitar jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Klang





Polis buru empat suspek kes tetak di Triang - Sinarharian - 1/04 7:59 am

BERA - Empat suspek dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes tetak seorang lelaki menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.16 malam itu, mangsa berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah akibat ditetak.Menurutnya, mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh."Susulan laporan polis berhubung kejadian yang diterima jam 12.46 pagi pada Isnin lalu, polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan."Empat suspek berusia 27 hingga 39 tahun itu diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.Zulkiflee turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan empat lelaki terbabit supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes di talian 014-2250306 atau talian IPD Bera Ibu 09-250 8222.





Dua murid cedera dalam kemalangan babitkan enam kenderaan - Sinarharian - 1/04 7:28 am

KAMPAR Dua kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang Sekah, Malim Nawar di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.42 petang di Kilometer 4, Jalan Kuala DipangMalim Nawar.Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan lima buah kereta dan sebuah motosikal yang dipandu serta ditunggang individu berusia antara 19 hingga 59 tahun."Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu wanita berusia 31 tahun bersama dua kanak-kanak keluar dari bahu jalan di hadapan sekolah berkenaan untuk bergerak ke arah Pekan Malim Nawar."Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Satria yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal dikawal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bahagian hadapan kenderaan tersebut hingga terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Nazri berkata, dalam kejadian sama, Proton Satria itu turut melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang wanita berusia 19 tahun sehingga mangsa tercampak ke tengah jalan.Jelasnya, kemalangan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan lain yang berada di lokasi tidak sempat mengelak lalu terlibat dalam pelanggaran berantai.Menurutnya, dua kanak-kanak berusia tujuh dan lima tahun yang merupakan penumpang kereta Perodua Viva mengalami kecederaan ringan di kepala manakala pemandu kenderaan itu hanya mengadu sakit di bahagian dada dan lutut.Katanya, penunggang motosikal pula mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang rusuk kiri dan tulang pinggul kanan serta kini menerima rawatan di hospital."Siasatan lanjut mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan daripada pemandu Proton Satria yang gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan."Pemerhatian awal mendapati tiada bau alkohol pada nafas pemandu, namun ujian lanjut termasuk ujian air kencing dan kandungan alkohol dalam darah masih dijalankan," jelasnya.Mohamad Nazri turut menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan kejadian kemalangan terbabit disebabkan pemandu mabuk kerana siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda pemandu terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut.Jelasnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar atau balai polis berhampiran.Terdahulu menerusi hantaran di Facebook oleh Naib Ketua Pemuda Pas Kampar, Abdul Hadi Azman mendakwa kononnya kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu mabuk.





Mara jadikan dua anak Amirul Hafiz sebagai anak angkat - Sinarharian - 1/04 12:07 am

IPOH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil dua kanak-kanak yang kehilangan bapa dalam satu nahas jalan raya menyayat hati di Klang, Selangor baru-baru ini sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM).Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di laman Facebook malam ini berkata, dua kanak-kanak itu adalah Muhammad Aqif Amsyar, 9, dan Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, iaitu anak kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33.Beliau berkata, inisiatif itu adalah sebagai rasa tanggungjawab dan keprihatinan selain bukan sekadar bantuan sementaratetapi satu komitmen jangka panjang bagi memastikan pendidikan mereka terus terbela."Bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang akan disalurkan di peringkat sekolah rendah dan ditingkatkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah, disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan," katanya.Beliau turut berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoffdan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff yang mewakilinya pagi tadi bagi ziarah dan menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa.Asyraf Wajdi juga menitipkan kata-kata semangat untuk Muhammad Aqif Amsyar dan Muhammad Afif Izz Rayqal untuk terus kuat dan tabah serta supaya belajar bersungguh-sungguh."Insya-ALLAH, Mara akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan yang lebih baik





Polis kesan empat lelaki bantu siasatan kes cederakan individu dengan parang - Sinarharian - 31/03 11:40 pm

KUANTAN -Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang individu menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera.Ketua Polis Daerah Bera, SuperintendenZulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa lelaki berusia 35 tahun itu pada 12.46 tengah malam semalam."Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 9 malam Ahad lepas itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatrawatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, kesemua suspek lelaki yang berumurantara 27 hingga39 tahun dipercayai telah melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas kejadian berkenaan.Katanya, kesemua suspek mempunyai rekod lampau sama ada melibatkan kes jenayah atau dadah dan kes terbabit disiasat mengikutSeksyen 326 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Zulhilmi Ishak melalui talian 014-2250306 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, 09-250 8222





Nelayan dikhuatiri lemas jatuh bot - Sinarharian - 31/03 11:21 pm

IPOH - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika cuba memeriksa kipas bot di Lot 125B (Pelantar 10), Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, petang Selasa.Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bagan Datukdalam kenyataan malam inimemaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk berhubung kejadian yang melibatkan mangsa, Pee Kian Kok, 55, pada jam 4.26 petang.PKOD tersebut memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat awal kejadian, lelaki itu terjatuh semasa memeriksa kipas bot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik."APM Daerah Bagan Datuk telah menggerakkan pasukan ke tempat kejadian untuk tujuan pemantauan."Pada jam6.20 petang, pos kawalan APM dibuka dan anggota telah membuat pemantauan di tempat kejadian





Pemandu terlibat kemalangan maut di Klang didakwa esok - FMT - 31/03 10:59 pm

Pemandu tersebut didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah ketika kejadian.





Driver in fatal Klang crash to be charged tomorrow - FMT - 31/03 10:31 pm

The driver was found to have been under the influence of alcohol and drugs at the time of the incident.





Tiga ditahan kes video Ratu Nur Putri Balqis - Sinarharian - 31/03 10:20 pm

JOHOR BAHRU Dua wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memuat naik kandungan berunsur hasutan, fitnah serta menghina agama Islam dan institusi negara menerusi aplikasi TikTok.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video dimuat naik pemilik akaun 'ratunurputribalqis' kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu,Menurut beliau, kandungan video tersebut didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, Perdana Menteri Malaysia, Institusi Diraja Johor, institusi agama dan Ketua Polis Johor."Antara kandungan video itu termasuk dakwaan bahawa Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor dan Perdana Menteri mendapatkan nasihat daripada individu berkenaan, selain memfitnah Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalannya serta membuat tuduhan terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Johor terlibat salah laku dan rasuah."Video tersebut juga menyatakan solat fardu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Menurut Ab Rahaman, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menahan ketiga-tiga suspek di Taman Saujana di sini pada Selasa.Katanya, hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif.Polis turut membuat beberapa rampasan bagi membantu siasatan."Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 49 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya lagi.Polis Johor turut memberi peringatan tegas kepada orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian negara serta menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.





Klang Valley petrol stations packed as motorists rush to use up RON95 subsidy quota - Sinardaily - 31/03 10:17 pm

SHAH ALAM - Petrol stations across the Klang Valley are experiencing heavy traffic as motorists hurry to use up their Budi Madani RON95 (BUDI95) fuel quota before the government reduces the monthly limit from 300 litres to 200 litres temporarily, effective tomorrow.Many were seizing the opportunity to fill up their tanks, fearing they might be affected by the temporary quota adjustment.Noor Hafiza Che Abdullah, 36, said she took the opportunity to use the remaining 100 litres of her quota.My husband called me to fill up because tomorrow the government will adjust it to 200 litres, so I filled the car completely, she told Sinar.The government announced the quota adjustment last Thursday following the Middle East conflict, which has disrupted oil supply and global economic conditions





Mara adopts 2 of Klang crash victims children - FMT - 31/03 9:27 pm

Mara chairman Asyraf Wajdi Dusuki says the agency has decided to take in two of the older children under its Yayasan Pelajaran Mara programme following the tragedy.





Stesen minyak penuh gara-gara mahu habiskan kuota BUDI95 - Sinarharian - 31/03 9:20 pm

SHAH ALAM - Beberapa stesen minyak di Lembah Klang dilaporkan mengalami peningkatan jumlah kenderaan berikutan orang ramai ingin menghabiskan kuota subsidi RON95.Ini kerana bermula esok, kuota bahan bakar itu telah diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan untuk sementara sehingga bekalan RON95 kembali pulih.Menurut seorang peniaga, Noor Hafiza Che Abdullah, 36, dia mengambil peluang untuk menghabiskan kuota minyak yang berbaki 100 liter lagi."Suami saya hubungi saya untuk isi minyak kerana esok kerajaan akan selaraskan kepada 200 liter jadi saya isi penuh minyak dalam kereta," katanya kepada Sinar Harian.Pada Khamis lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi minyak tersebut berikutan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia pada masa ini.Bagaimanapun kerajaan masih mengekalkan harga bagi seliter bahan bakar itu pada kadar RM1.99.Keputusan itu dibuat kerana berdasarkan kajian dan penelitian penggunaan bahan api tersebut, yang mana 90 peratus menggunakannya kurang dari 200 liter sebulan.Selain itu, had siling penggunaan BUDI95 bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan kepada 800 liter sebulan.Bagi Sabah dan Sarawak pula, diesel subsidi akan terus diberikan pada kadar RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran melambung naik.Bagi mengelakkan ketirisan berlaku, kerajaan turut menghadkan pengisian minyak bagi kenderaan ringan, pengangkutan darat awam, barangan dan persendiriankepada 50 liter, bagi setiap pembelian.Kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi 3 tan, maksimum 100 liter setiap pembelian dan kenderaan melebihi 3 tan, maksimum 150 liter setiap pembelian.Sementara itu, kenderaan dengan pendaftaran asing juga tidak dibenarkan untuk membeli minyak RON95 dan hanya boleh membeli minyak RON97.





Mara bantu pendidikan 2 anak mangsa pemandu mabuk di Klang - FMT - 31/03 9:10 pm

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata dua anak Amirul Hafiz Omar yang maut dalam kemalangan itu dijadikan anak angkat Mara.





Should alcohol be banned in Malaysia? - Sinardaily - 31/03 8:36 pm

SHAH ALAM - Calls to ban alcohol in Malaysia have resurfaced amid growing concern over drunk driving fatalities, but political leaders remain divided, with most agreeing that stricter enforcement, rather than prohibition, is the more immediate priority.Selangor Pas Youth chief Mohamed Sukri Omar said the issue should no longer be viewed lightly, as drunk driving has evolved into a serious threat to public safety and human life.He said driving under the influence is a conscious decision with potentially fatal consequences.When an individual chooses to drive under the influence of alcohol, it is a conscious act that places others at risk of death





Polis kesan lelaki agresif rosakkan kenderaan, pukul pemandu - Sinarharian - 31/03 8:04 pm

JASIN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan merosakkan sebuah kenderaan serta mencederakan seorang pemandu dalam perselisihan faham di tepi jalan Kampung Bukit Senggeh, Selandar di sini yang videonya tular sejak Selasa.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 26 Mac lalu, jam 3.34 petang.Menurutnya, pihak Balai Polis Selandar menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa dipukul serta kenderaannya dirosakkan oleh seorang lelaki tidak dikenali."Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila pengadu menyedari sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru berada di belakang kenderaannya dalam keadaan mencurigakan seperti hampir terjatuh."Ketika suspek memotong di sebelah kanan, pengadu telah membuka tingkap dan menegur lelaki berkenaan," katanya dalam Kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, suspek kemudiannya berpatah balik dalam keadaan marah sebelum bertindak menendang pintu bahagian pemandu serta memukul pintu dan cermin tingkap kereta menggunakan topi keledar sebanyak tiga hingga empat kali sehingga menyebabkan kerosakan."Pengadu yang keluar dari kenderaan turut terkena hayunan topi keledar pada lengan kanan sehingga mengalami luka melecet."Isteri pengadu yang berada dalam kenderaan bersama anak-anak sempat merakam video, namun rakaman tidak jelas kerana mereka berada dalam keadaan ketakutan," katanya.Bagaimanapun katanya, wajah suspek dipercayai dapat dilihat dalam rakaman tersebut, namun semakan melalui sistem pengecaman wajah mendapati tiada padanan diperoleh.Beliau berkata, pengadu mendapatkan rawatan di Hospital Jasin dan disahkan mengalami luka melecet pada lengan kanan.Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ainul Shahirah Shaharuddin di talian 012-467 1531 atau 06-529 2222 (sambungan 378) atau mana-mana balai polis berhampiran.Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan sikap bertolak ansur bagi memastikan keselamatan semua pihak.





Abai kata-kata, lelaki cedera diserang di kedai makan - Sinarharian - 31/03 6:04 pm

KLANG - Hanya kerana mengabaikan kata-kata, seorang lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjata tajam di sebuah kedai makan di Kapar, di sini, pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika pengadu sedang makan bersama dua rakannya.Menurutnya, pengadu kemudian didatangi empat lelaki."Perselisihan faham dipercayai bermula apabila pengadu mengabaikan kata-kata kumpulan suspek tersebut sehingga mengakibatkan salah seorang suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan menghayunkannya ke arah rakan pengadu."Serangan tersebut menyebabkan kecederaan pada muka dan dada mangsa," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, sebelum beredar, kumpulan suspek turut mengeluarkan ugutan jenayah untuk menembak pengadu dalam masa terdekat.Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.Tegasnya, bertindak atas maklumat, dua lelaki tempatan berjaya ditahan secara berasingan pada hari kejadian dan Selasa sebelum direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan."Salah seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan tiga rekod dadah," ujarnya.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Dayang Siti Aishah Awang Ramli di talian 010-5825382.





Polis minta bantuan kesan dua beradik hilang di Tampoi - Sinarharian - 31/03 5:41 pm

JOHOR BAHRU - Polis meminta orang ramai membantu mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang di Kampung Pasir, Tampoi di sini, sejak Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha dalam kenyataan berkata, laporan kehilangan Syamir Zikri Abdullah, 12, dan Aiman Haikal Kuzainai, 11, dibuat sendiri oleh ayah mangsa.Beliau berkata, kali terakhir Syamir Zikri dan Aiman Haikal dilihat di alamat bernombor 1826 Jalan Mata Kucing 1, Kampung Pasir, Tampoi kira-kira 12 tengah hari pada Jumaat.Syamir Zikri berketinggian 91 sentimeter dengan berat 30 kilogram (kg), berambut lurus pendek hitam, berkulit gelap dan memakai baju hijau pekat berbelang hitam serta berseluar sut balapan berwarna hitam.Aiman Haikal pula berketinggian 90 sentimeter dengan berat 33 kg, berambut lurus pendek hitam, berkulit cerah dan memakai baju hijau putih dan berseluar pendek berwarna oren.Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mun Nyanggau di talian 019-257 4051 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di 07-556 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran





Kes pemandu mabuk: Bantuan keluarga mangsa akan segera disalurkan- Ahli Parlimen Klang - Sinarharian - 31/03 5:10 pm

SHAH ALAM - Penyaluran bantuan kepada keluarga mangsa penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk akan disegerakan.Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, pihaknya memberi jaminan berhubung perkara tersebut termasuk sokongan kebajikan bagi meringankan beban mereka."Dalam masa sama, Klang menyokong cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah."Kejadian yang meragut nyawa seperti ini bukan sekadar kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian serius yang tidak boleh diterima," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Ganabatirau turut menggesa agar siasatan dijalankan dengan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pesalah."Tiada kompromi apabila melibatkan nyawa rakyat," ujarnya.





Lima pelajar Orang Asli cemerlang SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 4:48 pm

PUTRAJAYA - Seramai lima calon Orang Asli yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjaya merekodkan keputusan cemerlang apabila memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- untuk semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada 2,128 calon, seramai 1,769 pelajar Orang Asli layak dianugerahkan Sijil SPM 2025 berbanding hanya 1,527 calon pada 2024."Seramai 133 calon pula mendapat sekurang-kurangnya Kepujian iaitu B+,B, C+ dan C untuk semua mata pelajaran, manakala sejumlah 609 calon sekurang-kurangnya berjaya lulus," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025 di sini pada Selasa.Dalam pengumuman itu, beliau turut memaklumkan seorang calon SPM dari Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia memperoleh semua A."Seramai 99 calon layak mendapat sijil SPM di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney berbanding hanya 94 calon pada 2024





Loke: Iranian government assures safe passage, no tolls for Malaysian ships in Strait of Hormuz - Malaymail - 31/03 4:46 pm

KLANG, March 31 Transport Minister Anthony Loke said Malaysia has received assurances from Iran that its vessels...





Ribut petir, angin kencang di kebanyakan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 31/03 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda kebanyakan negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.MetMalaysia memaklumkan negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta Melaka.Keadaan sama turut diramalkan di Johor (Kulai dan Kota Tinggi), manakala Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Kapit dan Bintulu (Tatau)





25 individu dipercayai ulat foto ditahan di KLCC - Sinarharian - 31/03 4:15 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu termasuk seorang wanita dipercayai ulat foto ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), pada Isnin.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menahan 23 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Filipina berusia 16 hingga 48 tahun dalam operasi bermula jam 10 malam."Kesemua individu direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/324 Kanun Keseksaan."Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Selasa.Sazalee berkata, pihaknya melaksanakan operasi membanteras kegiatan ulat foto, iaitu individu yang mendesak pelancong mengambil gambar dan mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu."Mereka yang ditahan dipercayai tidak mempunyai pekerjaan lain dan menjadikan aktiviti mengambil gambar pelancong sebagai sumber pendapatan."Mereka disyaki bergerak secara berkumpulan, tetapi tiada ketua dan setiap individu menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menarik pelanggan," katanya.Dalam pada itu, katanya, terdapat individu dalam tangkapan terdahulu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari."Semakan dilakukan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati kad pengenalan itu tidak sepadan dengan cap jari pemegangnya, sekali gus menunjukkan mereka bukan warganegara."Bagi tangkapan terbaharu, semakan lanjut masih dijalankan dengan kerjasama pihak JPN kerana kita meragui ketulenan dokumen pengenalan diri milik semua suspek," katanya.Sazalee berkata, pihak polis akan meneruskan operasi serta pemantauan di kawasan tumpuan pelancong bagi membanteras kegiatan berkenaan."Pihak polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong kekal selamat dan bebas daripada kegiatan jenayah."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan termasuklah kegiatan ulat foto sebegini," katanya.Terdahulu, polis menahan 18 individu susulan laporan seorang lelaki tempatan dan pelancong warga India dipukul sekumpulan lelaki di sekitar KLCC pada 22 Mac lalu.Mengulas perkara itu, Sazalee berkata, hasil siasatan terhadap tangkapan terdahulu, dua individu dikenal pasti mempunyai pembabitan langsung dalam kes serangan dan telah dituduh di mahkamah."Dua individu telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan."Kedua-duanya tidak mengaku bersalah dan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM3,000," katanya.Beliau berkata, siasatan turut mendapati tiga lagi individu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari."Tiga individu didapati tidak mempunyai dokumen sah dan menggunakan kad pengenalan yang tidak terkesan dalam rekod JPN."Mereka telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.





Lagi kemalangan babitkan pemandu mabuk di Kajang awal pagi tadi Lagi .. - Mgazette - 31/03 3:38 pm

# Lagi kemalangan babitkan pemandu mabuk di Kajang awal pagi tadi KUALA LUMPUR Satu lagi kemalangan melibatkan pemandu mabuk berlaku awal pagi tadi di Jalan Pintasan KajangSemenyih, dekat sini





Lelaki tembak adik hingga maut, ditembak mati polis di Tenom Lelaki tembak .. - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# Lelaki tembak adik hingga maut, ditembak mati polis di Tenom KOTA KINABALU - Seorang lelaki bertindak menembak adik kandungnya sehingga maut sebelum dia sendiri ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, Tenom, Ahad lepas





???Arwah buat dua kerja untuk menyara keluarga??? ??? Ibu Amirul Hafiz - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# Arwah buat dua kerja untuk menyara keluarga Ibu Amirul Hafiz LARUT Dunia seakan-akan gelap tatkala ibu menerima perkhabaran duka anak kesayangan, Amirul Hafiz Omar, 33, maut dirempuh pemandu kereta mabuk ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pada Ahad





Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh – .. - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh - Peguam KUALA LUMPUR Individu mabuk yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan mangsa lain maut boleh dituduh membunuh berdasarkan peruntukkan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan





Aid pours in for blue Myvi owner after fatal crash involving drunk driver in Klang - Sinardaily - 31/03 3:25 pm

SHAH ALAM A crowdfunding effort is gaining traction online following a road accident involving a suspected drunk and drug-impaired driver that left a motorcyclist dead and another motorist facing significant losses.The initiative emerged on social media after a dashcam video of the incident went viral.The crash, which took place along Jalan Raya Barat at about 11.40am on Sunday, involved three vehicles.Following the incident, a social media user on X identified as @iamjoelee shared updates highlighting the plight of a neighbour whose vehicle was severely damaged in the collision.My neighbour, who owns the blue Myvi, suffered losses as his car was badly damaged and he is unable to claim insurance





Usaha gigih guru setegang Selat Hormuz pacu kejayaan murid SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 3:06 pm

PUTRAJAYA Usaha berterusan guru yang disifatkan setegang Selat Hormuz menjadi antara faktor utama membentuk daya tahan murid sehingga berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Berucap pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, majlis tersebut membawa perhatian semua pihak terhadap nirmala kata berdaya tahan, jurang dan intervensi.Beliau menjelaskan, calon SPM 2025 melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang panjang serta berkesinambungan bermula dari prasekolah, diikuti enam tahun sekolah rendah dan lima tahun di peringkat menengah."Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilalui selama 11 atau 12 tahun penuh dengan cabaran





35 years jail, 12 strokes for Klang man who killed neighbour - FMT - 31/03 3:00 pm

S Panirselvam is also sentenced to 15 years' jail for causing grievous hurt to another neighbour, but the sentences will run concurrently.





Laluan KulaiSedenak sesak teruk akibat nahas treler, lori tangki - Sinarharian - 31/03 2:22 pm

JOHOR BAHRU Satu insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori tangki dilaporkan berlaku di KM40.6 arah utara, antara laluan Kulai ke Sedenak pada Selasa dan menyebabkan semua lorong terhalang.Menurut laporan dari laman X @plustrafik, keadaan trafik mula sesak sejak jam 12.30 tengah hari dengan kenderaan tidak bergerak sehingga lima kilometer.Status terkini pada jam 1 tengah hari menyatakan trafik masih terhenti sejauh sembilan kilometer dan semua lorong arah utara masih ditutup.Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memberi laluan kepada petugas kecemasan yang berada di lokasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa.Pemandu juga digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.Maklumat terkini dan status trafik boleh diperoleh melalui laman X @plustrafik di https://x.com/plustrafik.Dalam pada itu, pengesahan sedang diperoleh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.





Pemandu Range Rover disyaki mabuk rempuh van dinaiki enam individu - Sinarharian - 31/03 2:15 pm

KAJANG - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Velar disyaki mabuk melanggar van dinaiki enam individu dalam kejadian di Jalan Pintasan KajangSemenyih di sini awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kenderaan SUV dipandu lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang van jenis Mazda E1800 Wagon."Akibat pelanggaran tersebut, van terbabit terbalik di bahu kiri jalan, pemandu bersama lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang serta Hospital Serdang."Manakala, pemandu Range Rover tidak mengalami sebarang kecederaan, lelaki itu direman dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nurul Shaffika Mohd Shair di talian 013-2091766 bagi membantu siasatan."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," ujarnya.





Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan - Sinarharian - 31/03 1:50 pm

KLANG - Bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya, empat tahun lepas.Hakim Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap S Panirselvam, 42, kerana mencederakan seorang lagi jiran wanitanya.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu serentak bermula dari tarikh tangkap pada 13 Disember 2022.Bagi pertuduhan pertama, Panirselvam didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafiz Abdullah, 52, di hadapan sebuah rumah di Jalan Tepi Sungai, di sini antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, 13 Disember 2022.Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Ng Hui Can, 46, dengan parang yang mungkin menyebabkan kematian di lokasi dan waktu yang sama.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati kerana perbuatan membunuh satu kesalahan yang amat serius."Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mahkamah boleh lihat bagaimana sendiri si mati dan mangsa ditetak berulang kali oleh OKT (Orang Kena Tuduh) menggunakan parang sehingga menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada si mati dan juga kecederaan parah kepada mangsa."Walaupun si mati ketika itu sudah tidak berdaya untuk menyelamatkan dirinya, OKT masih lagi menetak si mati menggunakan parangnya dan kejadian ini menjadikan perbuatan OKT lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mahkamah," katanya.Peguam Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan hukuman kerana anak guamnya telah menyesali perbuatan yang melampaui batas itu





Wartawan, wakil NGO ditahan ceroboh kilang - Sinarharian - 31/03 1:29 pm

KULIM - Seorang wartawan dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan membabitkan kes pencerobohan kilang di Kulim Hi-Tech Park, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkefli Azizan berkata, sebelum itu, polis telah menahan lapan individu pada Jumaat dan seorang lagi pada Sabtu, bagi membantu siasatan kes terbabit.Menurutnya, kesemua suspek ditahan berumur antara 22 hingga 62 tahun."Pengadu merupakan ketua pengawal keselamatan membuat laporan berkaitan satu kejadian pencerobohan oleh beberapa kenderaan yang tidak dikenali ke dalam kawasan di Kampung Sungai Seluang, Lunas."Kejadian berlaku pada 26 Mac jam lebih kurang antara jam 3.16 hingga 3.24 petang iaitu sebanyak lapan buah kenderaan yang tidak dikenali telah memasuki kawasan kilang melalui pintu pagar utama tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, dua orang pengawal keselamatan yang bertugas mendakwa telah cuba menahan dan menghalang kemasukan kenderaan tersebut, namun arahan terbabit tidak diendahkan menyebabkan semua kenderaan meluru masuk ke dalam kawasan premis.Jelasnya, individu yang hadir didakwa telah membuat rakaman video dan mengambil gambar kawasan kilang."Selepas itu, semua kenderaan tersebut dikatakan telah mengelilingi kawasan kilang sebanyak satu pusingan sebelum bertindak keluar semula melalui pintu pagar utama," katanya.Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian sehingga boleh menggangu siasatan."Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat, sila tampil membantu siasatan."Kes disiasat bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya.





Polis buru lelaki disyaki rakam bawah skirt wanita - Sinarharian - 31/03 11:41 am

SUBANG JAYA - Polis giat memburu seorang lelaki yang disyaki merakam bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah di sini.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan diterima pihaknya pada jam 1.16 petang Ahad lalu berkenaan kejadian yang memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit dan disyaki merakam gambar pelanggan wanita.Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti mangsa yang terlibat."Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan."Maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222 atau balai polis berhampiran," ujarnya.Sebelum itu, video kejadian tersebut tular di media sosial Facebook atas nama Yixin Siew dan Instagram yixin_0111.





KPDN temui 450kg minyak masak peket dalam stor haram warga asing - Sinarharian - 31/03 11:28 am

TELUK INTAN Tindakan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu sebuah stor haram yang beroperasi di premis kediaman di sini pada Isnin berjaya menemukan 450 kilogram (kg) minyak masak paket yang mahu dijual kepada warga asing.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 11 pagi menerusi Ops Tiris itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan selama seminggu di sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.Menurutnya, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan sejumlah 450 kg minyak masak paket 1 kg pelbagai jenama yang disyaki disimpan tanpa kebenaran."Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun yang mengaku sebagai penyewa premis memaklumkan bekalan minyak masak tersebut adalah untuk dijual semula kepada pelanggan sekitar, termasuk penghuni rumah kongsi di kawasan pembinaan."Bagaimanapun, individu terbabit gagal mengemukakan sebarang permit, lesen atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki dan berurusan dengan barang kawalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Kamalludin berkata, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta beberapa dokumen berkaitan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM55,125.Katanya, lelaki warga Bangladesh terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.Tambah beliau, siasatan lanjut turut dijalankan terhadap pembekal yang disyaki menjual minyak masak paket kepada warga asing di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Minyak Masak) 2026.Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan melalui saluran aduan rasmi KPDN.





Drink-driving causing death should be treated as a serious criminal offence - Sinardaily - 31/03 11:13 am

KUALA LUMPUR - Driving under the influence of alcohol resulting in death should be treated as a serious crime, reflecting the severe consequences of such actions, which claim the lives of innocent road users.Traffic and Road Safety Psychology expert at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail, said that the offence may also be classified under Section 302 of the Penal Code."We can investigate such cases under Section 302 of the Penal Code to ensure that those who commit these acts - driving under the influence of alcohol - are deterred."This is because individuals are aware that driving while intoxicated is prohibited, yet they choose to proceed





Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat - Sinarharian - 31/03 11:04 am

KUALA LUMPUR - Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian wajar diklasifikasikan sebagai jenayah berat, seiring dengan kesan serius perbuatan berkenaan yang meragut nyawa pengguna jalan raya tidak bersalah.Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kesalahan terbabit juga boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kita boleh bawa (siasat) Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini supaya biar orang yang melakukan perbuatan (memandu di bawah pengaruh alkohol) ini serik."Ini kerana anda tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk tetapi tetap meneruskan pemanduan, perbuatan itu seperti ada niat (membunuh), namun ini terpulang kepada mahkamah untuk menilai tetapi siasatan boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Rozmi berkata, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diperketat selain ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada elemen keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan."Jika melihat kesan pada pihak mangsa, saya rasa ni sangat tidak adil





Pandu van dalam keadaan mabuk sebelum terbabas - Sinarharian - 31/03 10:45 am

JASIN - Seorang lelaki bertindak berbahaya apabila memandu dalam keadaan mabuk sehingga van dipandunya terbabas di bahu jalan.Video berdurasi 24 saat itu tular sejak malam Isnin dan dipercayai dirakam di Jasin, di selekoh selepas penjara menghala ke simpang Kerayong.Rakaman tersebut memaparkan keadaan lelaki berkenaan yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an dalam keadaan separa sedar dan hanya tersenyum selepas van dipandunya terbabas.Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kemalangan itu turut membabitkan kenderaan lain atau sebaliknya."Tengok kawan kau, buat hal





Drunk driving: How Malaysias penalties compare with the worlds strictest laws - Sinardaily - 31/03 10:35 am

SHAH ALAM - Cases involving intoxicated drivers often trigger strong public reaction because the consequences are entirely avoidable, yet innocent lives continue to be lost.A recent viral incident involving a motorcyclist killed in Klang after allegedly being struck by a driver under the influence reignited debate on whether existing laws are strong enough to deter dangerous behaviour.Malaysia already imposes heavy penalties for drunk driving, but several countries have adopted even tougher approaches, ranging from penalising passengers to installing technology that prevents a vehicle from starting.Here is how Malaysia compares with other nations that enforce some of the strictest anti-drunk driving measures.1





Memandu mabuk satu jenayah besar, bercanggah Maqasid Syariah - Mufti WP - Sinarharian - 31/03 10:15 am

SHAH ALAM - Semua pihak perlu memainkan peranan membanteras gejala pemanduan dalam keadaan mabuk termasuk melalui penguatkuasaan undang-undang, pendidikan masyarakat dan kesedaran individu.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ia kerana perbuatan tersebut merupakan satu jenayah besar di sisi syarak dan undang-undang negara, malah bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah yang menekankan pemeliharaan nyawa, akal serta kesejahteraan masyarakat.Ujarnya, pengambilan arak juga adalah haram secara qati dalam Islam, menunjukkan bahawa agama memelihara akal manusia daripada sebarang unsur yang merosakkan."Perbuatan memandu dalam keadaan mabuk merupakan satu bentuk kesalahan yang berat dan melampaui batas sehingga boleh mengundang kehilangan nyawa."Meskipun tiada niat untuk membunuh, tindakan mengambil alkohol dan seterusnya memandu dalam keadaan hilang pertimbangan akal jelas menunjukkan sikap cuai yang tinggi, sama ada dalam bentuk melampaui batas mahupun sengaja."Keadaan ini tetap menuntut pertanggungjawaban di sisi syarak kerana ia melibatkan pencerobohan terhadap hak keselamatan dan nyawa orang lain," katanya dalam Tinta Mufti Bil 98/2026 menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurut Ahmad Fauwaz, dalam isu tersebut, aspek syarak dan perundangan mempunyai kaitan dan tujuannya sama iaitu menjaga nyawa serta kemaslahatan umum.Kata beliau, pengharaman arak dalam Islam bertujuan untuk memelihara kesucian agama daripada sebarang unsur yang melalaikan dan merosakkan hubungan manusia dengan ALLAH SWT."Lebih daripada itu, arak juga merosakkan fungsi akal, sehingga menyebabkan hilang keupayaan seseorang untuk membezakan antara baik dan buruk."Selain itu, kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mabuk bukan sahaja mengancam nyawa, bahkan turut membawa kepada kerugian harta benda sama ada melibatkan kenderaan, kemudahan awam mahupun harta milik individu lain," ujarnya.Ujar beliau, kehilangan nyawa akibat kemalangan berkenaan turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan, termasuk kehilangan tempat bergantung, gangguan emosi dan terjejasnya kesinambungan keturunan."Oleh yang demikian, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk jelas bertentangan dengan keseluruhan kerangka Maqasid Syariah bahkan juga bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan."Keberadaan pemandu jenis ini bukan hanya menyusahkan individu lain dan negara bahkan mereka boleh dianggap sebagai penjenayah jalan raya," kata beliau





13,779 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang - Sinarharian - 31/03 9:30 am

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 13,779 atau 3.55 peratus daripada 395,740 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu juga seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, 24 calon."Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2025, di sini pada Selasa.Ujarnya, jumlah calon yang cemerlang kombinasi A+,A dan A- menunjukkan sedikit penurunan sekitar 0.10 peratus berbanding tahun lalu, 13, 827 calon.Bagaimana pun Mohd Azam berkata KPM akan meneliti perkara tersebut dan mengambil tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah."Ia bukanlah suatu penurunan yang besar kerana terdapat peningkatan dalam kumpulan kepujian, lulus yang merekodkan pencapaian agak tinggi," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, bilangan calon yang memperoleh sekurang- kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 92,347 orang (23.76 peratus) berbanding 86,040 atau 22.73 peratus pada tahun lalu."Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 6,307 orang," kata Mohd Azam.Tambahnya, calon yang memperoleh sekurang- kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau 36.47 peratus pada tahun ini.Ia menunjukkan peningkatan seramai 4,937 orang (0.34 peratus) berbanding tahun lalu, 136,791 orang tahun 2024.Terdapat 1,631 calon gagal dalam semua mata pelajaran tahun ini menurun sebanyak 0.05 peratus berbanding tahun lalu, 1,789 orang.Dalam pada itu, seramai 7,099 calon SPM 2025 tidak hadir berdasarkan analisis menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya bagi enam mata pelajaran.Menurutnya, jumlah itu merangkumi 1.79 peratus daripada jumlah calon baharu yang menduduki seramai 395,740 calon berbanding 8,108 calon tidak hadir (2.1 peratus) atau menurun 1,009 orang pada SPM 2024.Ujar Mohd Azam, pelbagai faktor ketidakhadiran murid menduduki peperiksaan antaranya, bekerja, berpindah ke luar negara, terlibat kemalangan dan masalah keluarga."Ada antara calon mempunyai masalah kesihatan lain, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa."Jarak masa panjang daripada tempoh pendaftaran peperiksaan pada awal tahun sehingga peperiksaan sebenar pada bulan November turut menyumbang kepada pelbagai faktor ketidakhadiran calon," katanya.Beliau menambah, pihak KPM di peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah telah melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan."Program ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa dan murid itu sendiri," katanya.Sementara itu, seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon SPM 2025 layak diberikan sijil berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024 sekaligus menyaksikan peningkatan seramai 10,502 orang."Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025."Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024





Lelaki miliki 31 rekod jenayah ditahan polis selepas dikejar di KLIA - Sinarharian - 31/03 8:58 am

PUTRAJAYA - Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau selepas mengejar kereta Honda Civic dipandu lelaki terbabit di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, suspek berusia 30 tahun itu bertindak melanggar beberapa buah kenderaan awam untuk melarikan diri semasa dikejar kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian 4.30 petang itu."Anggota MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan KLIA cuba menahan sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna merah namun pemandu berkenaan enggan berhenti untuk pemeriksaan."Pemandu kenderaan tersebut telah cuba melarikan diri ke arah laluan terminal KLIA Aras 3 hingga melanggar lima buah kenderaan awam yang berada di laluan tersebut sebelum berjaya ditahan berdekatan dengan tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Ravi berkata, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 31 rekod jenayah lampau serta satu rekod kesalahan dadah yang masih dikehendaki polis.Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat, selain Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesalahan trafik berkaitan.Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang hari ini bagi tujuan permohonan reman.Semalam, tular di media sosial satu video memaparkan insiden kereta polis mengejar sebuah kereta di KLIA yang mengejutkan orang awam





Kerana paip air, lelaki tikam rakan dan bakar motosikal - Sinarharian - 31/03 8:48 am

YAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki cedera di pergelangan tangan kanan akibat dilibas sebilah pisau dalam kejadian di tepi jalan Singkir Badong, kira-kira jam 7 malam Isnin.Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, polis menerima laporan dari mangsa berusia 34 tahun yang dikatakan diserang lelaki berusia 41 tahun dalam kejadian itu.Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal sebelum secara tiba-tiba diserang suspek."Berlaku pergelutan dan mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan akibat dilibas sebilah pisau."Mangsa sempat menyelamatkan diri meninggalkan kenderaan sebelum ternampak suspek bertindak mencabut paip petrol motosikal dan membakarnya," katanya.Menurut Mohamad Hamizi, suspek telah ditahan sekitar jam 8 malam dan pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa turut dirampas.Semakan mendapati, suspek mempunyai dua kesalahan rekod lampau berkaitan dadah."Motif kejadian dikatakan akibat tidak berpuas hati tindakan mangsa memperbaiki saliran paip air yang mana suspek dipercayai merosakkan paip dan mengambil bekalan tersebut tanpa kebenaran," katanya.Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/435 Kanun Keseksaan.





Hadkan jualan, naikkan harga minuman keras - Sinarharian - 31/03 8:13 am

IPOH Kerajaan digesa mempertimbangkan langkah mengehadkan jualan serta menaikkan harga minuman keras bagi mengurangkan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang semakin membimbangkan.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, R Sharvin berkata, sudah tiba masanya tindakan lebih tegas diambil berikutan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian pemandu mabuk dan individu di bawah pengaruh dadah.Menurutnya, insiden terbaharu yang tular hanyalah sebahagian daripada rentetan tragedi yang berulang melibatkan kehilangan nyawa serta memberi kesan besar kepada keluarga mangsa."Realitinya, terlalu banyak nyawa telah terkorban. Setiap tragedi bukan sahaja meragut satu nyawa tetapi turut memusnahkan kehidupan sebuah keluarga."Keadaan ini juga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sharvin berkata, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah premis yang menjual minuman beralkohol."Antara langkah yang perlu dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah kedai yang menjual minuman beralkohol serta mengawal penjualannya dengan lebih ketat."Selain itu, peningkatan harga minuman alkohol juga boleh menjadi salah satu mekanisme untuk mengurangkan akses mudah dan pembelian berlebihan dalam kalangan pengguna," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menegaskan keperluan untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk, termasuk mengenakan hukuman lebih berat terutama jika melibatkan kehilangan nyawa.Tambah beliau, isu keselamatan nyawa rakyat tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak terus berulang.Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, Malaysia disaran memperkenalkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap pemandu mabuk bagi memberi pengajaran serta mengurangkan kes kemalangan maut yang semakin membimbangkan.Uajar beliau, undang-undang sedia ada di negara ini dilihat masih lemah berbanding negara lain seperti Taiwan yang mengenakan hukuman lebih keras terhadap pesalah.Menurutnya, di Taiwan, pemandu mabuk yang menyebabkan kematian boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, manakala di Malaysia hanya melibatkan hukuman penjara dan denda."Hukuman yang ada ketika ini masih terlalu ringan, malah pesalah juga boleh membuat rayuan untuk meringankan hukuman, sedangkan perbuatan mereka telah meragut nyawa insan tidak berdosa."Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terpaksa menanggung kehilangan orang tersayang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Hafez berkata, kesan terhadap keluarga mangsa amat besar, khususnya apabila mangsa merupakan punca utama pendapatan keluarga.beliau menegaskan kerajaan tidak boleh terus bersikap defensif atau berlengah dalam memperketatkan undang-undang berkaitan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Bayangkan penderitaan isteri yang kehilangan suami dan anak-anak yang kehilangan ayah buat selama-lamanya akibat kecuaian pemandu mabuk."Lebih menyedihkan apabila keluarga tersebut hilang tempat bergantung, sekali gus menambah beban kehidupan mereka," ujarnya.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu, sebarang kompromi dalam kes melibatkan kehilangan nyawa adalah kegagalan dalam melindungi rakyat.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta





Wartawan antara 10 lelaki ditahan, disyaki ceroboh tapak kilang di Kulim - Mgazette - 31/03 7:40 am

# Wartawan antara 10 lelaki ditahan, disyaki ceroboh tapak kilang di Kulim ALOR SETAR - Polis mengesahkan menahan 10 lelaki termasuk seorang wartawan portal bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim pada Rabu lepas





Remaja kerja pasar raya rakam video dalam tandas wanita - Mgazette - 31/03 7:40 am

# Remaja kerja pasar raya rakam video dalam tandas wanita KLUANG - Polis menahan seorang pemandu kereta api kanak-kanak di sebuah pasar raya di sini kerana merakam video dalam tandas wanita pada Khamis lalu





Pemandu mabuk, terlibat dadah bakal berdepan hukuman berat – Anthony - Mgazette - 31/03 7:40 am

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi semalam, mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta




Reformasi     >>



SURAT Bersama menangani potensi krisis tenaga - Mkini
SURAT Langkah penjimatan harus dimulakan di pejabat-pejabat kerajaan.
Kroni     >>



Business : Malaysias Economy Remains Resilient Despite .. - Bernama
KUALA LUMPUR, March 31 (Bernama) -- Malaysias economy remains resilient despite rising global uncertainties, with the government widening its Plan B measures to ensure continued stability and growth, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tabloid     >>



Kalau Ada Peluang Untuk U-turn Kembalilah, Hidup Adik .. - Rotikaya
Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Jai Faizal menitipkan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania susulan kemelut rumah tangga dilaluinya. Menerusi satu hantaran di Threads, Jai berkata Allah lebih tahu... Baca selanjutnya → The post Kalau Ada Peluang Untuk U-turn Kembalilah, Hidup ..
Tech     >>



Iran threatens imminent attacks on US tech companies .. - Engadget
The Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC), a branch of Iran's armed forces, has threatened to target US tech companies' operations in the Middle East. It told employees of 18 companies including Apple, Google, Meta and NVIDIA to leave their workplaces immediately to save their lives, as ..
World     >>



Israel says it will keep control over part of southern .. - BBC
Defence Minister Israel Katz also says houses in Lebanese villages near the Israeli border will be demolished.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Yamaha Tenere 700 Baharu Lancar Di .. - Mekanika
# RASMI: YAMAHA TENERE 700 BAHARU LANCAR DI MALAYSIA - RM58,998 **Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamaha Tenere 700 terbaru untuk pasaran Malaysia yang bukan sahaja hadir dengan ciri dipertingkat malah dengan harga yang lebih kompetitif.** Model 2026 itu kini ..