| /// |
|
| Search : Dun Lamag News | Page 1 |
|
PRK Kinabatangan: Mohd Naim pilihan tepat ada pengaruh, pengalaman - Mgazette - 11/01 5:40 pm "Ini adalah teori dan atas kertas kita memang boleh menang," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya. PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 14 Januari ini bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu |
|
Keluasan Parlimen Kinabatangan cabaran utama PRK - Ahmad Maslan - Sinarharian - 11/01 2:24 pm Sebaliknya, 24 bahagian di Sabah akan menjaga 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM)."Setiap bahagian di Sabah akan menjaga satu PDM. Terdapat tiga bahagian yang menjaga dua PDM," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Jawa di sini, pada Ahad.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggesa agar pemimpin parti daripada Semenanjung turut hadir membantu kempen PRK Kinabatangan dan DUN Lamag terutama selepas Perhimpunan Agung UMNO."Kita faham bermula Rabu hingga Sabtu ini merupakan hari yang cukup sibuk kerana perwakilan daripada seluruh negara akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025."Kehadiran pemimpin parti dari Semenanjung ini cukup penting bagi membantu jentera berkempen seterusnya mempertahankan DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang merupakan kubu kuat BN," ujarnya lagi.PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu.Di Parlimen Kinabatangan, BN mempertaruhkan Mohd Kurniawan Naim Moktar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau daripada Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas, Goldam Hamid.Bagi kerusi DUN Lamag pula, calon BN, Mohd Ismail Ayob berdepan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.PRK diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Bung Moktar Radin akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru pada 5 Disember lalu. |
|
Anak Bung Moktar berdepan saingan tiga penjuru di Kinabatangan - Mgazette - 10/01 5:50 pm Di kerusi Parlimen Kinabatangan, calon Barisan Nasional (BN), Naim Kurniawan Moktar akan berdepan cabaran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman yang mewakili Parti Warisan serta calon Bebas, Goldam Hamid. Sementara itu, bagi kerusi DUN Lamag, calon BN, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai MIHA akan menentang calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek Chua |
|
PRK Lamag: 'Satu lawan satu', Miha tidak pandang remeh - Sinarharian - 10/01 12:17 am Ia adalah lumrah dalam politik."Hari ini, kita berdepan satu lawan satu dengan Warisan. Bagi saya, ini satu persaingan sihat dan demi meraikan demokrasi, maka wajarlah kita masing-masing berkempen untuk memenangkan parti kita, khususnya BN," katanya.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Miha bertanding atas tiket Bebas namun tewas kepada penyandang kerusi DUN Lamag ketika itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin.Bagaimanapun, Bung Moktar meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang diwakili Allahyarham, dan menetapkan PRK diadakan pada 24 Januari ini. |
|
PRK Kinabatangan 3 penjuru, Lamag 2 penjuru persaingan sengit calon bertanding - Sinarharian - 10/01 11:46 am KINABATANGAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah mengumumkan bahawa kesemua lima kertas pencalonan calon yang bertanding diterima tanpa sebarang penolakan."Bagi Parlimen Kinabatangan, calon Barisan Nasional (BN) ialah Mohd Naim Kurniawan Moktar, Goldam Hamid sebagai calon Bebas dan Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili Parti Warisan."Bagi DUN Lamag pula, calon BN ialah Miha (Mohd Ismail Ayob) dan Mazliwati Abdul Malek dari Parti Warisan," katanya di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa proses penamaan calon berlangsung dengan lancar."Proses bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 10 pagi |
|
Saingan tiga penjuru di Kinabatangan, BN bertempur dengan Warisan di Lamag - Harapandaily - 10/01 11:41 am PRK Parlimen Kinabatangan bakal menjadi medan pertembungan tiga penjuru yang hangat, manakala DUN Lamag dijangka menyaksikan pertarungan sengit BN dan Warisan |
|
PRK Kinabatangan, Lamag: Lima calon selesai serah borang - Sinarharian - 10/01 10:06 am KINABATANGAN Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Calon terakhir yang menyerahkan borang pencalonan ialah calon Bebas, Goldam Hamid yang selesai berbuat demikian pada jam 9.52 pagi.Setakat ini, dua calon dari Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing sekitar jam 9.05 pagi, iaitu Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob atau Miha bagi kerusi DUN Lamag.Sementara itu, Parti Warisan turut menampilkan dua calon, iaitu Datuk Saddi Abd Rahman bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mazliwati Abd Malek bagi DUN Lamag.Proses penyerahan borang pencalonan ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi, sekiranya tiada calon lain hadir untuk menyertai PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan |
|
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Pusat penamaan calon dibuka - Mkini - 10/01 9:46 am Proses penamaan calon berlangsung selama satu jam sehingga 10 pagi. |
|
PRK Kinabatangan, Lamag: Kawalan ketat iringi proses penamaan calon - Sinarharian - 10/01 7:23 am KINABATANGAN - Kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dilaksanakan termasuk penutupan beberapa jalan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Tinjauan Sinar Harian seawal jam 7 pagi mendapati anggota keselamatan sudah ditempatkan di lokasi dengan laluan dari Jalan Dato Pengiran Galpam bermula di hadapan Mahkamah Syariah sehingga Simpang Tiga menuju Jalan Dato Malek Chua ditutup kepada pengguna jalan raya.Petugas media turut mula berkumpul di kawasan pusat penamaan calon bagi membuat liputan proses penamaan calon untuk kedua-dua PRK berkenaan.Selain itu, persiapan lain termasuk rondaan jentera pasukan bomba serta jentera sokongan bekalan elektrik turut berada di lokasi sebagai langkah kesiapsiagaan.Proses penamaan calon dijadualkan bermula jam 9 pagi bagi memberi peluang kepada calon yang berminat untuk bertanding dalam PRK tersebut.Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.Bagi kerusi DUN Lamag pula, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, untuk mewakili parti itu.Sementara itu, Parti Warisan (Warisan) menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Kinabatangan, manakala Ahli Majlis Tertinggi parti, Mazliwati Abdul Malek, dicalonkan bagi kerusi DUN Lamag.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lalu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding hari ini sehingga jam 11.59 malam, 23 Januari.Kedua-dua PRK tersebut melibatkan seramai 48,722 pemilih berdaftar, terdiri daripada 48,526 pengundi biasa serta 196 pengundi awal membabitkan anggota polis dan pasangan.Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran serta satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari. |
|
PRK Kinabatangan: 'Jangan 'overconfident', Warisan hantar calon bukan sembarangan' - Ahmad Maslan - Sinarharian - 9/01 11:39 am KINABATANGAN - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya terus memperkemas gerak kerja dan tidak mengambil mudah saingan yang dihadapi, meskipun parti itu menampilkan calon berpengalaman serta mendapat sokongan rakan komponen, susulan penyertaan Parti Warisan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Ketua Sekretariat War Room BN, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kehadiran Warisan yang menampilkan calon berprofil tinggi menuntut jentera BN bekerja lebih tersusun dan berdisiplin bagi memastikan kemenangan dapat dipertahankan."Saya ingin mengingatkan jentera supaya jangan terlalu yakin kerana Warisan menghantar calon yang bukan sembarangan."Kita tidak boleh ambil mudah saingan ini walaupun calon BN juga tidak kurang hebatnya."Saudara Naim Kurniawan Mokhtar sebagai calon Parlimen Kinabatangan merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang amat memahami kawasan ini, manakala calon DUN Lamag, Miha (Muhammad Ismail Haj Ayub), juga menunjukkan dedikasi yang tinggi," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa1b di Pejabat Tapak Pan Borneo Work Package 25 (Wp25), Kampung Perpaduan Datuk Mohd Ugi di sini pada Jumaat.Ahmad dalam pada itu turut menegaskan bahawa BN tidak sesekali menjadikan pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai modal untuk meraih undi simpati.Beliau sebaliknya menyeru pengundi agar meneruskan sokongan kepada BN yang sebelum ini telah memenangi kerusi berkenaan."Saya ingin jelaskan, kita bukan mahu meraih undi simpati atas kematian |
|
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok - Mkini - 9/01 11:24 am Setakat ini, anak Allahyarham Bung Moktar, Mohd Naim Kurniawan dinamakan calon BN di Kinabatangan manakala calon Warisan pula Saddi Abdul Rahman. |
|
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok - Sinarharian - 9/01 10:48 am KINABATANGAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan membuka tirai esok, dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag di sini.Semua bakal calon yang bertanding boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC) bermula 9 pagi.Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding bagi kedua-dua PRK berkenaan.Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan telah dinamakan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.Bagi kerusi DUN Lamag, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lepas, Mohd Ismail Ayob atau dikenali Miha sebagai calon yang akan mewakili parti itu pada PRK berkenaan.Parti Warisan pula menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan manakala Ahli Majlis Tertinggi parti Mazliwati Abdul Malek dinamakan sebagai calon bagi DUN Lamag.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding esok hingga 11.59 malam pada 23 Jan.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mempunyai 48,722 pemilih berdaftar merangkumi 48,526 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal.Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan adalah pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca hujan di beberapa tempat di Kinabatangan pada sebelah pagi esok.Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, sebanyak 926 pegawai dan anggota polis di negeri itu ditugaskan bagi memastikan kelancaran kedua-dua PRK berkenaan.Selain itu, beberapa jalan akan ditutup sementara semasa hari penamaan calon dan hari pengundian PRK melibatkan Jalan Dato Pengiran Galpam bermula di hadapan Mahkamah Syariah sehingga Simpang 3 menuju Jalan Dato Malek Chua di sini.Jalan berkenaan akan ditutup bermula 7 pagi pada hari penamaan calon manakala pada hari pengundian, penutupan bermula 5 petang sehingga selesai proses pengiraan undi dan pengumuman calon yang menang |
|
PDRM kerah 926 pegawai dan anggota bagi pastikan kelancaran PRK Kinabatangan, DUN Lamag - Thempress - 8/01 10:02 pm KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengerahkan seramai 926 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan… |
|
BN tak jangka ada saingan sengit di PRK Kinabatangan, Lamag – Zahid - Mgazette - 6/01 3:30 pm Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN turut menawarkan kerusi DUN Lamag kepada pihak yang pernah menentang sebelum ini untuk bertanding sebagai calon bebas atau menyertai BN |
|
Warisan pertaruhkan AMT di DUN Lamag, bekas ADUN Sukau di Kinabatangan - Sinarharian - 5/01 1:51 pm KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) mengumumkan dua calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Dua calon tersebut ialah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Mazliwati Abdul Malek bagi kerusi DUN Lamag manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman untuk kerusi Parlimen Kinabatangan.Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, Mazliwati ialah seorang pemimpin yang memahami keperluan warga Lamag dan berpengalaman."Selain itu, beliau berkemampuan membicarakan isu-isu berkaitan dengan sistem pentadbiran negeri sekali gusmembolehkannya menjadi suara lantang yang mampu mengangkat kepentingan Lamag di DUN nanti |
|
Warisan sah bertanding PRK Kinabatangan, DUN Lamag - Mkini - 5/01 12:37 am Saddi Abdul Rahman dipilih sebagai calon di kerusi Parlimen Kinabatangan, manakala Mazliwati Abdul Malik Chua akan bertanding di kerusi DUN Lamag. |
|
PRK Kinabatangan: BN dapat sokongan GRS bantu calon, jentera Bahagian Sabah digerak - Sinarharian - 31/12 11:13 am Itu antara rencana kita dan mungkin pucuk pimpinan akan datang pada hari penamaan calon dan mungkin dua, tiga hari sebelum pembuangan undi," katanya kepada pemberita semasa Majlis Bersama Media di Bangunan UMNO, di sini, pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada jentera kempen BN akan dibantu oleh pimpinan BN Pusat semasa PRK Kinabatangan yang bermula selepas penamaan calon pada 10 Januari depan.Sementara itu, ditanya sama ada BN akan berdepan tentangan daripada calon lain, Ketua UMNO Sabah itu tidak menolak sebarang kemungkinan.Namun dalam masa memaklumkan bahawa pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan sokongan kepada calon BN."Seperti Ketua Menteri Sabah kata, dia akan... Malah, saya menemuinya dan beliau menyatakan bahawa sokongannya akan kepada parti yang menang."Saya menemui sebagian besar Ketua-Ketua Bahagian komponen di dalam kawasan Kinabatangan dan mereka memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon BN."Tapi ini adalah demokrasi, kita tidak boleh tahan untuk orang untuk tidak bertanding, apa pun kita akan hadapinya," katanya.BN sebelum itu menamakan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon di Parlimen Kinabatangan manakala Mohd Ismail Ayob atau Miha, sebagai calon di DUN Lamag dalam PRK yang akan berlangsung 24 Januari depan.PRK diadakan susulan penyandang bagi kedua-dua kerusi, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru. |
|
BN pilih MIHA bertanding PRK DUN Lamag - Mgazette - 31/12 8:01 am Kami memilih untuk mengambil pendekatan calon perpaduan sebagai strategi politik berasaskan institusi bagi memperkukuh kerjasama yang lebih menyeluruh serta memastikan agenda pembangunan rakyat dilaksanakan tanpa gangguan ketidaktentuan politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. MIHA sebelum ini merupakan calon Bebas untuk DUN Lamag juga merupakan pesaing terkuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu |
|
PRK DUN Lamag: BN pertaruh bekas calon Bebas - Utusan - 31/12 7:27 am Keputusan itu diambil ... Read more The post PRK DUN Lamag: BN pertaruh bekas calon Bebas appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag - Mkini - 30/12 6:25 pm Pengerusi Umno Sabah berkata pemilihan Mohd Ismail selaras dengan keperluan pemimpin muda sebagai pemimpin masa depan. |
|
Mohd Naim mahu pastikan kemenangan BN di PRK Lamag, Kinabatangan - Sinarharian - 30/12 6:09 pm Dulu kawan, sekarang lawan. Yang ada adalah matlamat untuk memastikan kemenangan calon, memastikan masyarakat mendapat kemajuan yang didambakan oleh seluruh rakyat yang ada di Lamag dan juga Kinabatangan," katanya.Dalam pada itu, Mohd Naim turut berkongsi perjalanan penglibatannya dalam dunia politik yang bermula sejak lebih sedekad lalu."Sejak aktif politik, saya dilantik selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO pada 2014, menjadi Ketua Pemuda pada 2018 sehingga hari ini, sekarang Bendahari Pemuda UMNO Malaysia," jelasnya.Walaupun berpengalaman, Mohd Naim menyerahkan kepada rakyat Kinabatangan untuk menilai sama ada beliau diterima sebagai penerus legasi arwah bapanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin atau sebaliknya.Mohd Naim, 31, diumum sebagai calon BN bagi Parlimen Kinabatangan dalam PRK yang akan berlangsung pada 24 Januari depan.PRK bagi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan selepas kedua-dua kerusi mengalami kekosongan di luar jangka selepas penyandangnya, Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lalu. |
|
PRK Kinabatangan: Pencalonan Miha di DUN Lamag noktahkan perselisihan faham 10 tahun - Sinarharian - 30/12 5:02 pm KOTA KINABALU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob melihat keputusan parti mencalonkan beliau sebagai satu langkah untuk menoktahkan perselisihan faham politik yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.Bagaimanapun, beliau tidak menjadikan keputusan yang diperoleh semasa bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya negeri (PRN) lalu sebagai sandaran kemenangan bagi pilihan raya kecil (PRK) kali ini."Pada saya pilihan raya yang lepas, itu yang lepas dan hari ini seperti yang dikatakan Pengerusi (BN Sabah), suhu itu perlu untuk kita turunkan dan saya juga mengambil pendekatan yang sama."Yang mana perselisihan faham politik yang sudah berlangsung 10 tahun daripada PRN16 sehingga PRN17 harus kita nokotahkan dan kita harus fokus untuk membangunkan Lamag," katanya ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai calon DUN Lamag di Bangunan UMNO Sabah, di sini pada Selasa.Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai Miha turut berkata, kerajaan negeri kini telah terbentuk dan BN merupakan sebahagian daripada kerajaan tersebut."Hari ini kerajaan negeri sudah terbentuk dan BN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan juga kerajaan Persekutuan |
|
MIHA diumum sebagai calon BN bagi PRK DUN Lamag - Thempress - 30/12 4:45 pm KOTA KINABALU – Mohd Ismail Haji Ayob atau lebih dikenali sebagai MIHA diumumkan sebagai calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026… |
|
PRK DUN Lamag: Mohd - Utusan - 30/12 3:52 pm “Keputusan itu diambil ... Read more The post PRK DUN Lamag: Mohd |
|
PRK Kinabatangan: Miha diumum calon BN DUN Lamag - Sinarharian - 30/12 3:18 pm KOTA KINABALU - Bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, BN Sabah memilih pendekatan calon perpaduan dalam menentukan calon bagi PRK DUN Lamag."Pendekatan ini selari dengan prinsip tadbir urus politik yang menekankan pengurangan konflik, pembinaan konsensus serta kestabilan sebagai asas kepada pentadbiran dan pembangunan jangka panjang negeri."Berteraskan pertimbangan tersebut, BN Sabah akan mencalonkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon perpaduan melalui kapasiti keahlian terus (direct membership) BN," katanya semasa berucap pada majlis bersama media di Bangunan UMNO Sabah di sini pada Selasa.Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, pencalonan itu adalahstrategi politik berasaskan institusi bagi memperkukuh kerjasama yang lebih menyeluruh, merapatkan jurang politik serta memastikan kesinambungan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan tanpa gangguan ketidaktentuan politik.Jafryturut mengakuilangkah tersebutjuga merupakan usaha untuk meredakan suhu politik di negeri ini."Sebab kita baru selesai politik, terlampau sengit, menimbulkan banyak permusuhan dan sebagainya |
|
Dadah RM1.53 Bilion Dalam Banglo * Speaker Mesti Adil, Bukan Bermain... - Mgazette - 21/12 3:02 pm # Dadah RM1.53 Bilion Dalam Banglo * Speaker Mesti Adil, Bukan Bermain Politik - Johari #MGFlash (LIVE) Dadah RM1.53 Bilion Dalam Banglo * Speaker Mesti Adil, Bukan Bermain Politik - Johari Pempengaruh Dan Anak Diberkas, Eksploitasi Dua Amah Indonesia Zahid Arah Naim Mula Gerak Kempen, Calon DUN Lamag Bakal Diumum Speaker Mesti Dilihat Adil, Bijaksana Dan Bukan Bermain Politik - Johari Mayat Dalam Beg: Wanita Minta Wang Dari Suspek Punca Pertengkaran Budak 2 Tahun Bertarung Nyawa 12 Jam, Maut Dilanggar Bapa Tito Mohon Maaf, Tidak Berniat Kecilkan Bantuan Malaysia #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg |
|
PRK Kinabatangan: Naim Kurniawan penuhi tiga prasyarat penting - Mgazette - 21/12 7:57 am Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Dis lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Jan 2026, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Jan |
|
Status MIC dibincang pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN tahun depan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 20/12 2:48 pm SEKINCHAN - Status MIC antara perkara yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tahun depan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bagaimanapun, perbincangan berhubung perkara itu tidak termasuk dalam agenda Perhimpunan Agung UMMO 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini."Perkara ini tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan agung, kerana status UMNO dengan MIC sama saja dalam Barisan Nasional, kita akan adakan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Januari tahun depan dan ketika itu kita akan putuskan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di sini pada Sabtu.Sebelum ini, media melaporkan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam BN.Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk diteliti.Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut meminta perwakilan Sabah untuk turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan tarikh yang bertindih dengan perhimpunan agung parti berkenaan."Namun, jika mereka telah membeli tiket dan menempah bilik, kita tidak menghalang untuk mereka datang ke perhimpunan agung. Bagi mereka yang tidak dapat datang, kita akan siarkan secara dalam talian di semua 25 bahagian di Sabah." sekiranya mereka memutuskan untuk berkumpul di satu tempat, umpamanya di Ibu Pejabat UMNO Sabah di Kota Kinabalu, langkah ini akan lebih memudahkan untuk mereka mengikuti Persidangan Agung UMNO 2025 yang diadakan pada Januari tahun depan," katanya.Perhimpunan Agung UMNO 2025 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Januari 2026, manakala hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag ditetapkan pada 24 Januari 2026, dan penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari |
|
Anak Bung Moktar jadi calon BN untuk PRK Kinabatangan - Sinarharian - 20/12 2:12 pm SEKINCHAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anak bekas Pengerusi UMNO Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan, dinamakan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Mohd Naim, selain turut mengarahkan beliau memulakan gerakan kempen bagi memastikan kerusi tersebut kekal menjadi milik BN."Sebagaimana diketahui, GRS tidak akan meletakkan calonnya, dan saya telah menghubungi Ketua Menteri Sabah mengenai perkara itu dan begitu juga beberapa parti lain, mungkin tidak akan meletakkan calon kerana mereka baru saja menghadapi pilihan raya negeri."Jadi mungkin jalan terbaik ialah untuk berunding, lagipun untuk Pilihan Raya Umum ke-16, mungkin kurang daripada dua tahun, jadi saya fikir eloklah tenaga itu disimpan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di sini pada Sabtu.Ditanya kemungkinan BN bakal menang mudah di kerusi berkenaan, Ahmad Zahid berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk tidak memandang rendah suasana politik di Sabah."Kita jangan pernah ambil mudah terhadap kemenangan, kita tidak tahu mungkin ada calon bebas akan menawarkan diri, mungkin ada parti-parti kecil di negeri Sabah juga akan menawarkan diri."Tetapi sebaik-baiknya kita berikanlah peluang kepada saudara Naim untuk menang kerana beliau hanya melaksanakan baki perkhidmatan Allahyarham, jadi saya harap ada kesinambungan," katanya.Mengulas mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Presiden UMNO itu berkata, pengumuman calon dan rundingan berkaitan perkara berkenaan akan diuruskan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Jaffry Ariffin.Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah dikemukakan beberapa nama dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah, meninggal dunia pada 5 Disember lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November lepas |
|
Anak Bung Moktar jadi calon BN PRK Parlimen Kinabatangan Anak Bung Moktar .. - Mgazette - 20/12 8:13 am PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag perlu diadakan susulan kematian Bung Moktar yang merupakan penyandangnya pada 5 Disember lepas di Kota Kinabalu, Sabah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah pada 24 Januari 2026.- MalaysiaGazette Beri ruang, tidak adil kalau kita terus mengungkit kisah lama saudara Adam Adli daripada seorang aktivis, kini menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran |
|
UMNO Sabah kemuka 4 calon untuk PRK Kinabatangan, Lamag - Mgazette - 19/12 4:07 pm Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan melakukan rundingan dengan pemimpin parti-parti tempatan di Sabah sebelum menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag adalah pada 24 Januari 2026 |
|
BN berunding dengan parti tempatan sebelum dua PRK – Zahid BN .. - Mgazette - 18/12 3:14 pm Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak berhasrat meletakkan calon dalam pilihan raya kali ini, namun BN perlu melakukan rundingan dengan rakan-rakannya di Sabah. Saya berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji Noor memberikan semacam pengabsahan bahawa GRS tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag |
|
BN pertimbang anak Bung Moktar sebagai calon PRK Parlimen Kinabatangan - Sinarharian - 18/12 2:50 pm KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk meletakkan anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada Januari depan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO berkata, meskipun beliau belum mengemukakan perkara itu dalam mesyuarat induk UMNO dan Dewan Tertinggi BN, Allahyarham Bung Moktar sebelum ini pernah mencadangkan Naim Kurniawan diberi peluang bertanding di kerusi itu.Beliau berkata, penerimaan pengundi kawasan Parlimen Kinabatangan terhadap Naim Kurniawan juga adalah baik."Bagaimanapun, saya perlu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan kepimpinan dan juga rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini hari ini.Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang dilaporkan berkata bahawa partinya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin tidak akan bertanding pada PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Dis lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026 manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lepas |
|
Umno Sabah kenal pasti 4 bakal calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag - Mkini - 18/12 8:15 am Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Jafry Ariffin berkata parti itu sedang meneliti kriteria calon boleh menang. |
|
Parti ada pandangan berbeza, Umno Sabah ulas niat anak Bung enggan tanding - FMT - 17/12 11:54 pm Ketua Umno Sabah Jafry Ariffin enggan ulas lanjut sama ada Naim Kurniawan tersenarai dalam empat nama bagi PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan |
|
PRK Kinabatangan, Lamag: UMNO Sabah kenal pasti empat calon sesuai - Sinarharian - 17/12 10:29 pm Insya-ALLAH saya amat yakin kali ini kita akan buktikan Lamag kita akan pertingkatkan majoritinya," katanya.Sementara itu, ditanya sama ada senarai calon termasuk Naim Kurniawan, iaitu anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga bekas penyandang di kedua-dua kerusi berkenaan, beliau memaklumkan perkara itu masih belum diputuskan."Saya tidak dapat berikan komen, belum dapat diputuskan. Tunggu dan lihat," katanya.Mengulas pandangan berhubung kriteria calon DUN Lamag yang dicadangkan Naim Kurniawan sebelum ini, beliau menyifatkan perkara itu sebagai pandangan peribadi."Itu dia punya pandangan peribadi, tetapi sebagai pimpinan, kita juga mempunyai pandangan yang berbeza, terserah," katanya.PRK bagi di kedua-dua kerusi ditetapkan berlangsung serentak selepas penyandangnya, Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan partu-paru. |
|
GRS kemungkinan besar tidak tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan .. - Mgazette - 17/12 8:11 am # GRS kemungkinan besar tidak tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan - Hajiji KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkemungkinan besar tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang dijadual berlangsung pada 24 Jan tahun hadapan |
|
GRS beri laluan BN tanding PRK Kinabatangan, Lamag – Hajiji - Thempress - 16/12 8:31 pm KOTA KINABALU – GRS memberi bayangan kemungkinan besar tidak bertanding sebaliknya memberi laluan kepada BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag |
|
GRS kemungkinan besar tak tanding di Kinabatangan dan Lamag, beri laluan pada BN - Sinarharian - 16/12 6:31 pm Kebetulan mereka dalam kerajaan negeri sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perbincangan daripada pihak GRS adakah akan mengemukakan calon di dua kerusi yang ketika ini kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin.Tambah Hajiji, GRS bersedia membantu parti terbabit bagi memastikan kemenangan dalam PRK tersebut, selain mengadakan perbincangan lanjut bersama pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah."Kita akan bantu mereka untuk memenangi pilihan raya kecil itu. Saya akan berbincang dengan Presiden UMNO dan Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)."Itu yang kita mahu bincang (untuk dua kerusi), tetapi prinsipnya kita akan bagi laluan," katanya.Beliau bagaimanapun meminta semua pihak menunggu keputusan rasmi selepas perbincangan dibuat di peringkat tertinggi gabungan berkenaan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRK bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN tersebut akan berjalan secara serentak pada 24 Januari depan.Bung Moktar yang juga bekas Ketua UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru selepas enam hari kemenangannya di DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). |
|
PRK Lamag, Kinabatangan pada 24 Januari ini – SPR - Mgazette - 16/12 3:11 pm Dewan Sri Lamag, Kinabatangan pula akan dijadikan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) bagi pilihan raya kali ini, katanya. Sementara itu, katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kali ini melibatkan seramai 48,722 pemilih yang di mana 48,526 pengundi biasa dan 196 orang polis |
|
PRK Kinabatangan Lamag serentak 24 Januari - Harapandaily - 16/12 12:52 am Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh pilihanraya kecil (PRK) parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag akan diadakan serentak pada 24 Januari 2026 |
|
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Jan - SPR - Mkini - 16/12 12:46 am Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Jan. |
|
PRK Kinabatangan, Lamag berjalan serentak - Sinarharian - 16/12 12:41 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berjalan serentak pada 24 Januari 2026.Menerusi sidang akhbar khas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun turut mengumumkan penamaan calon pada 10 Januari.Beliau berkata, tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula 10 Januari sehingga 11.59 malam 23 Januari."Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara akan dibuka bermula dari 16 Disember."Tarikh tutup bagi kategori 1A adalah 8 Januari manakala kategori 1B dan 1C urusan permohonan ditutup pada 6 Januari," kata beliau pada Selasa.Permohonan undi pos bagi semua kategori, iaitu Kategori 1A melibatkan petugas pilihan raya, polis, tentera dan petugas media.Kategori 1B adalah warga Malaysia yang tinggal di luar negara dan Kategori 1C iaitu agensi atau organisasi dilaksanakan secara dalam talian.Menurut Ramlan, SPR telah melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dibantu oleh lapan orang penolong pegawai pengurus."Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan empat pasukan penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh PDRM, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya.Jelas Ramlan, PRK itu dianggarkan menelan belanja RM10 juta dengan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang digunakan adalah di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan."Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mengandungi seramai 48,722 orang pemilih yang terdiri daripada 48,526 orang pengundi biasa dan 196 orang polis," katanya.Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak |
|
Mesyuarat SPR berlangsung bincang urusan PRK Kinabatangan, DUN Lamag - Sinarharian - 16/12 10:50 am PUTRAJAYA - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah sedang berlangsung di Menara SPR di sini.Mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus.SPR akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat berkenaan.Pada 9 Disember, Khairul Shahril memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berhubung kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.Khairul Shahril berkata, selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital di Sabah pada 1.46 pagi, 5 Disember, kurang seminggu selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag untuk penggal kedua.Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, 29 November lepas, Allahyarham yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Di peringkat politik nasional, Bung Moktar memulakan kerjaya sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999 dan terus berkhidmat selama enam penggal berturut-turut |
|
SPR bermesyuarat bincang urusan PRK Kinabatangan, DUN Lamag - Mkini - 16/12 10:45 am Antaranya bagi menentukan hari penamaan calon dan hari pengundian. |
|
Siapa pengganti Bung Moktar? - Mgazette - 16/12 8:00 am Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dijangka perlu mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Kinabatangan dan Lamag manakala UMNO di peringkat Persekutuan perlu melantik pengganti negeri dengan serta-merta. Memandangkan kedua-dua kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kini dikosongkan secara muktamad - PRK akan menjadi medan ujian bagi kekuatan UMNO Sabah - di kawasan tradisi ini tanpa kehadiran tokoh besar seperti Allahyarham Bung Moktar |
|
BN belum putuskan calon PRK Lamag, Kinabatangan – Zahid - Mgazette - 14/12 3:14 pm Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya parti itu lebih mengutamakan pendekatan berunding bersama parti-parti lain yang bertanding di kawasan tersebut demi kepentingan rakyat di negeri berkenaan. "BN kini sudah menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan perbincangan bukan sahaja dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) malah dengan parti-parti lain (dalam kerajaan negeri) berkenaan (kekosongan kerusi) di DUN Lamag serta Parlimen Kinabatangan |
|
BN akan runding calon PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Zahid - Sinarharian - 14/12 2:42 pm SEMENYIH - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perundingan dengan semua pihak, khususnya parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Sabah, berhubung calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi itu, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan perlu dibincangkan menerusi meja rundingan memandangkan BN kini merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah."Oleh kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah, tidak mustahil untuk kita mengadakan perundingan bukan sahaja dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi juga parti-parti lain yang pernah bertanding di Lamag sebelum ini."Bagi Parlimen Kinabatangan, kita juga akan berundingjika perundingan dengan semua pihak dapat dilakukan, itu adalah kaedah yang lebih baik memandangkan tempoh Parlimen masih berbaki sehingga 24 bulan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sini pada Ahad.Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Disember lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini memaklumkan Mesyuarat Khas bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag akan diadakan pada 16 Disember ini.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau belum diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengemukakan nama calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet."Perdana Menteri belum minta (nama) |
|
PRK DUN Lamag: GRS serah kepada KM Sabah untuk bincang - Armizan - Sinarharian - 13/12 7:28 pm TAWAU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan berhubung calon yang akan diketengahkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat berkaitan perkembangan bagi kawasan berkenaan."Kita serahkan kepada Ketua Menteri untuk dibincangkan di peringkat GRS dan saya belum ada maklumat apa-apa lagi berkaitan perkara ini," katanya ringkas kepada pemberita di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekosongan kerusi DUN Lamag serta sama ada GRS akan bertanding dalam PRK berkenaan.Kerusi DUN Lamag diisytiharkan kosong susulan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru pada 5 Disember lalu.Pemergian Allahyarham turut menyebabkan kekosongan luar jangka di kerusi Parlimen Kinabatangan yang disandangnya. |
|
UMNO Sabah tentukan calon Kinabatangan, Lamag - Sinarharian - 13/12 3:00 pm Oleh itu, kita perlu ketengahkan calon yang terbaik, yang dikenali oleh pengundi di kawasan Parlimen Kinabatangan yang luas ini."Parlimen Kinabatangan sangat mencabar kerana kawasan itu amat besar, hampir setara dengan keluasan negeri Pahang. Parlimen ini terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Kuamut, Sukau dan Lamag," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada Sabtu.Sebelum itu, pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas susulan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sabah, selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini, Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keenam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 dan kerusi DUN Lamag selama dua penggal.Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Negara mencadangkan agar Anugerah Belia Cemerlang dianjurkan di setiap Parlimen seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemimpin belia serta menggalakkan semangat keusahawanan.Cadangan itu dibuat susulan kejayaan Anugerah Belia Cemerlang Pontian yang kini memasuki edisi kelima dengan pelbagai pencapaian belia dalam bidang persatuan, sukan, pendidikan dan teknologi yang mendapat pengiktirafan. |
|
SPR tiada pilihan lain - Sinarharian - 13/12 7:40 am Jika PRK tidak dijalankan, ia menafikan hak pengundi dan parti politik untuk mempunyai wakil yang sah. Malah ada kemungkinan isu ini dibawa ke mahkamah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Sebelum ini SPR dilapor memaklumkan, satu mesyuarat khas bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag akan diadakan pada Selasa depan.Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berhubung kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada Selasa.Menurutnya, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.Mengulas lanjut, Manimaran berkata, rakyat atau parti di dua kawasan terlibat boleh berhujah bahawa hak demokrasi mereka dinafikan sekiranya kekosongan tidak diisi mengikut peruntukan undang-undang."Walaupun seorang wakil rakyat itu meninggal selepas menang (pilihan raya) atau dalam tempoh dua tahun sekali pun, jika undang-undang menuntut PRK, SPR boleh dan perlu melaksanakannya."Sekiranya tidak, keputusan SPR boleh dipertikai dan dicabar kerana peraturan berkaitan pilihan raya jelas iaitu bila kekosongan berlaku dalam tempoh tiga tahun pertama penggal, PRK perlu dilaksanakan," ujarnya.Sementara itu beliau turut menjangkakan PRK bagi dua kerusi berkenaan berkemungkinan diadakan sekitar pertengahan Januari depan."Ia boleh berlangsung selepas empat hingga lima minggu dari tarikh SPR memutuskan dan mengumumkan kekosongan kerusi DUN serta Parlimen," katanya. |
|
Naim tak nak bertanding DUN Lamag tapi mereka yang bertanding perlu memenuhi syarat tertentu - Harapandaily - 12/12 9:15 pm Ketua Pemuda Kinabatangan Mohd Naim Kurniawan Moktar telah menolak cadangan agar dirinya menjadi calon di dalam pilihan raya kecil DUN Lamag |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |