///
See Also: Shutterstock

Search : Dun Bukit Batu News   Page 1    



Manifesto PH lewat diumumkan kerana ambil masa menyiapkannya – Lih .. - Mygazette - 4/07 7:57 am

Jadi hari ini manifesto kita dilancarkan di tengah-tengah masa berkempen dan ini masa yang paling sesuai," katanya. Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas melancarkan Manifesto Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di Bilik Gerakan Utama DUN Bukit Batu, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini hari ini Turut hadir calon PH untuk DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern





Pertaruh rekod khidmat, PH yakin Arthur mampu pertahan Bukit Batu - Sinarharian - 3/07 7:36 pm

KULAI Pakatan Harapan (PH) yakin penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern dapat mempertahankan kerusi berkenaan susulan prestasi yang ditunjukkan sepenjang menjadi wakil rakyat.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang berkata, prestasi Arthur dalam menyelesaikan isu rakyat, aktif di kawasan serta peranannya di Sidang DUN Johor menjadi faktor utama parti terus mengekalkannya sebagai calon.Menurutnya, rekod perkhidmatan sepanjang penggal mampu meningkatkan keyakinan pengundi walaupun Arthur menang majoriti tipis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022."Rakyat akan menilai berdasarkan apa yang telah dilakukan. Arthur bukan sahaja rajin turun padang, malah banyak menyelesaikan isu tempatan dan memainkan peranan yang baik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri."PKR berpuas hati dengan prestasinya dan berharap pengundi memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk meneruskan khidmat," katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Manifesto DUN Bukit Batu di Bilik Gerakan Utama DUN Bukit Batu, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini pada Jumaat.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, Arthur turut membawa kelebihan sebagai calon daripada gabungan yang menjadi tunjang Kerajaan Persekutuan, sekali gus memudahkannya menyelaras pelbagai usaha pembangunan untuk kawasan berkenaan.Pada PRN Johor 2022, Arthur memperoleh 9,439 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S Suppayah yang mendapat 9,302 undi selain calon Perikatan Nasional (PN), Tan Heng Choon (4,334 undi) dan calon Parti Warisan (Warisan), Lee Ming Wen (1,053 undi).Mahkamah Pilihan Raya pada 29 Jun 2022 memutuskan kemenangan Arthur bagi kerusi DUN Bukit Batu adalah sah selepas petisyen pilihan raya dikemukakan.





Arthur tampil 7 tekad, fokus pekerjaan, kesesakan Bukit Batu - Sinarharian - 3/07 7:20 pm

KULAI Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern tampil menggariskan tujuh tekad yang disifatkan sebagai komitmen beliau untuk menyelesaikan isu utama di kawasan itu sekiranya diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Tujuh tekad tersebut diumumkan sempena pelancaran Manifesto DUN Bukit Batu yang disempurnakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang di Bilik Gerakan Utama DUN Bukit Batu, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini pada Jumaat.Arthur berkata, tekad pertama ialah mewujudkan Jambatan Kerjaya Industri Pusat Data dengan memperluaskan program peningkatan kemahiran melalui HRD Corp, termasuk bantuan kewangan kepada peserta yang layak bagi meningkatkan peluang pekerjaan penduduk tempatan.Menurutnya, tekad kedua memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pelebaran Jalan FT001 serta pelaksanaan sistem lampu isyarat pintar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di lokasi-lokasi kritikal."Tekad ketiga ialah menaik taraf Klinik Kesihatan Kelapa Sawit bagi meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan kesihatan."Keempat, mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan vape dan dadah dalam kalangan belia," katanya dalam sidang akhbar.Beliau berkata, tekad kelima memberi fokus kepada pemerkasaan industri pelancongan DUN Bukit Batu menerusi kerjasama strategik dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan agensi berkaitan.Katanya, tekad keenam ialah memperluaskan kemudahan serta kapasiti sekolah bagi menampung pertambahan penduduk, manakala tekad ketujuh menyediakan kelas tuisyen percuma bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.Arthur berkata, kesemua tekad itu dirangka berdasarkan keperluan sebenar penduduk dan akan menjadi keutamaan beliau sekiranya terus diberi kepercayaan mewakili DUN Bukit Batu.





Ambil masa buat kajian punca Manifesto PH lewat diumum - Chang Lih Kang - Sinarharian - 3/07 4:35 pm

Antara sebab kita lewat mengumumkannya adalah kerana DUN Johor dibubarkan secara tergesa-gesa. Kita perlukan masa untuk membuat kajian sebelum melancarkan manifesto."Hari ini manifesto dilancarkan di tengah-tengah tempoh berkempen dan saya fikir inilah masa yang paling sesuai," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Manifesto DUN Bukit Batu di Bilik Gerakan Utama DUN Bukit Batu, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini pada Jumaat.Turut hadir calon PH DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.Lih Kang berkata, manifesto DUN Bukit Batu menggariskan '7 Tekad Untuk Bukit Batu' yang memberi fokus kepada penyelesaian pelbagai isu dan keperluan penduduk setempat.Beliau menjelaskan, bukan semua DUN yang ditandingi PKR pada PRN Johor mempunyai manifesto tersendiri, sebaliknya ia bergantung kepada inisiatif cabang masing-masing.Selain Bukit Batu beliau berkata, DUN Skudai dan Perling turut melancarkan manifesto khusus bagi kawasan masing-masing.Terdahulu, PH melancarkan manifesto PRN Johor bertemakan 'Johor Untuk Semua' yang mengandungi 10 tawaran utama meliputi aspek kos sara hidup, pemilikan rumah, peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi negeri.Manifesto yang menawarkan pelbagai inisiatif itu dilihat mampu meningkatkan taraf hidup rakyat serta memperkukuh kedudukan Johor sebagai antara pemacu utama ekonomi negara.





PKR beri tumpuan khusus lapan kerusi berpotensi menang PKR beri tumpuan .. - Mygazette - 3/07 3:22 pm

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, kerusi berkenaan berpotensi menjadi milik PKR dan pada masa sama berusaha menawan seberapa banyak kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan negeri bersama-sama parti komponen Pakatan Harapan (PH). "Salah satu kerusi yang akan kita mahu pertahankan adalah di DUN Bukit Batu dan pada masa sama kita mahu tambah jumlah kerusi di DUN lain dalam PRN Johor kali ini





PKR tumpu lapan kerusi berpotensi menang dalam PRN Johor - Sinarharian - 3/07 3:20 pm

KULAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi tumpuan utama terhadap lapan daripada 20 kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Antaranya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Bukit Naning, Pemanis, Senggarang, Bukit Batu, Tenggaroh, Kempas dan Puteri Wangsa.Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, kerusi berkenaan disifatkan mempunyai potensi besar untuk dimenangi.Selain itu katanya, PKR berusaha menawan seberapa banyak kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan negeri bersama-sama parti komponen Pakatan Harapan (PH)."Salah satu kerusi yang kita mahu pertahankan adalah di DUN Bukit Batu dan pada masa sama kita mahu tambah jumlah kerusi di DUN lain."PKR di kerusi yang ditandingi menawarkan calon yang lebih baik daripada parti lain





Minyak turun tapi harga barang tak berubah - Mygazette - 2/07 7:47 am

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas bertemu orang ramai semasa berkempen di Pasar Malam Temenggong, Senai di sini hari ini. Turut hadir calon BN DUN Bukit Batu, R Kumaran dan calon BN DUN Senai, Kiki Tai yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai 2026 turun sebanyak 10 sen seliter, selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa pada minggu lalu





Naik taraf jalan raya di DUN Bukit Batu jika menang sekali lagi - Mygazette - 2/07 7:47 am

# Naik taraf jalan raya di DUN Bukit Batu jika menang sekali lagi KULAI - Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern mahu memastikan limpahan ekonomi terus dirasai rakyat di kawasan tersebut menerusi pelaburan akan datang





‘Kerusi panas’ DUN Bukit Batu nampak tenang tapi BN-PH sedang .. - Mygazette - 2/07 7:47 am

# 'Kerusi panas' DUN Bukit Batu nampak tenang tapi BN-PH sedang bersaing KULAI - Situasi kerusi panas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu ketika ini nampak tenang, hakikatnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang bersaing untuk merebut hati pengundi





PRN Johor: Arthur pastikan hak, kebajikan penduduk tidak terabai - Mygazette - 1/07 7:49 am

# PRN Johor: Arthur pastikan hak, kebajikan penduduk tidak terabai KULAI Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern akan memastikan hak dan kepentingan penduduk setempat tidak diabaikan walaupun menerima pelaburan asing. Penyandang kerusi DUN Bukit Batu itu memberi jaminan tersebut supaya setiap pelaburan dan pembangunan di daerah ini akan turut dirasai penduduknya





400,000 pengundi tegar PH bukan penentu kemenangan PRN Johor - Mygazette - 29/06 4:28 pm

Saya tidak tahu apa fakta dan analisis siapa yang cakap seperti ini, saya sebelum ini belum pernah dengar lagi berkenaan dakwan ini. Kalau sesiapa yang cakap tentang ini, dia kena bagi fakta dan analisis untuk membutktikannya, katanya yang juga Penyandang kerusi DUN Bukit Batu





Tak payah sentuh isu 3R – Fahmi - Mygazette - 28/06 3:16 pm

"Bagi PH kita akan usaha yang terbaik bermula dari 12 kerusi yang dimenangi pada PRN 2022 dan kita sudah pasti berharap serta akan bekerja keras untuk memastikan jumlah itu dapat ditingkatkan. "Bagi PKR kita mula dengan satu kerusi di DUN Bukit Batu dan masih awal kerana tempoh dua minggu kempen ini masih panjang





PRN Johor: 'Kalau PM kerap turun, maknanya ada masalah' - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 27/06 3:43 pm

KULAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijangka menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menghadiri program kemuncak atau Grand Finale PH yang dirancang pada 9 Julai iaitudua hari sebelum hari pengundian.Ketua Setiausaha PH merangkap Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan turun berkempen sepanjang tempoh PRN Johor."Ya, PM (Anwar) nanti akan turun," katanya pada sidang media selepas program turun padang bertemu calonPH yang bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dalam usaha memperkukuh gerak kerja kempen.Antara calon PH yang bertandingialah Arthur Chiong Sen Sern di DUN Bukit Batu, Mohd Syafwan Ani (DUN Bukit Permai), Wong Bor Yang (DUN Senai), Yeo Tung Siong (DUN Pekan Nanas), Haniff @ Ghazali Hosman (DUN Pulai Sebatang), Guna Balakrishnan (DUN Layang-Layang) dan Nor Hafiz Roslan (DUN Machap).Ditanyasekerap manaAnwar akan hadir sepanjang kempen PRN Johor, Saifuddin Nasution secara berseloroh berkata, ia bergantung kepada prestasi jentera pilihan raya PH."Kalau dia puas hati dengan persembahan saya, Amir (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari) dan jentera, dia kata tak payahlah





Calon MUDA mahu reformasi perundangan, gubal dasar lebih progresif - Mygazette - 23/06 5:35 pm

"Ini untuk memastikan tidak ada ADUN lantikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor," menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini. Kenyataan tersebut melibatkan calon DUN Simpang Jeram, Ainie Haziqah Shafii; Calon DUN Maharani, Amir Jack; calon DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied dan calon DUN Bukit Batu, Premanand





MUDA letak empat calon di PRN Johor - Mygazette - 22/06 7:46 am

Perkara itu diumumkan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz dimana kerusi-kerusi itu adalah DUN Puteri Wangsa, Bukit Batu, Maharani dan DUN Simpang Jeram. Kerusi DUN Bukit Batu akan ditandingi Premanand, 53, dan bagi kerusi Maharani, MUDA mempertaruhkan pegawai kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amir Jack sementara kerusi Simpang Jeram akan diletakkan Setiausaha Agung MUDA, Ainie Haziqah Shafii





PRU Johor: Arthur Bidas Pihak Pusing Fakta Projek Tebatan Banjir - Wrlr - 20/06 2:07 pm

Arthur berkata, Kampung Melayu Bukit Batu dilanda banjir sebanyak empat kali pada awal tahun 2025 sehingga menyebabkan kerosakan rumah, kehilangan harta benda serta menimbulkan kesulitan kepada penduduk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan inisiatif Kerajaan Persekutuan di DUN Bukit Batu telah memberikan impak positif dari segi penyampaian perkhidmatan, kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti





Projek tebatan banjir Bukit Batu: Jangan pusing fakta – Arthur - Mygazette - 20/06 7:54 am

Beliau memaklumkan, projek bernilai RM200,000 itu bermula pada 21 Jun 2025 dan siap sepenuhnya pada 24 Julai 2025. Menurutnya, pada 26 Julai 2025, pegawai Pusat Khidmat DUN Bukit Batu turut mengiringi Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, meninjau hasil pelaksanaan projek serta mendapatkan maklum balas daripada penduduk setempat



Jafni persoal ADUN PH suka hati buat kenyataan tak terima peruntukan - Mygazette - 17/06 7:32 am

Beliau berkata, rakyat Johor kini lebih matang dalam menilai fakta dan mampu membezakan antara pihak yang benar-benar bekerja untuk rakyat dengan pihak yang hanya mencari modal kempen politik. Terdahulu, Arthur Chiong Sen Sern yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Batu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri tahun ini



Arthur mohon maaf, tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri .. - Mygazette - 14/06 3:01 pm

# Arthur mohon maaf, tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri tahun ini JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa tiada peruntukan daripada kerajaan negeri dalam tahun ini. Penyandang kerusi DUN Bukit Batu itu mengakuimelakukan kesilapan ketika membuat kenyataan itu dalam Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu di Taman Putri di sini malam tadi



Ideologi berbeza tak halang komponen PH terus kerjasama politik-Nie Ching - Mygazette - 14/06 3:01 pm

Turut hadir Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi mengucapkan tahniah kepada penyandang kerusi DUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern yang diumumkan sekali lagi sebagai calon PKR bagi kerusi berkenaan pada PRN Johor



TERKINI: Saifuddin Nasution Umum Arthur Sah Pertahan Kerusi DUN Bukit Batu - Wrlr - 14/06 10:53 am

KULAI, 13 Jun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern kembali dicalonkan semula di kerusi berkenaan setelah mendapat persetujuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengumuman tersebut dilakukan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis pelancaran jentera PH DUN Bukit Batu di sini, malam ini



Arthur tarik balik kenyataan tiada peruntukan kerajaan negeri tahun ini - Sinarharian - 14/06 10:37 am

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa tiada peruntukan daripada kerajaan negeri pada tahun ini.Penyandang kerusi DUN Bukit Batu itu mengakui melakukan kesilapan ketika membuat kenyataan itu dalam Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu di Taman Putri di sini malam Sabtu."Saya dengan ini ingin membetulkan kesilapan saya dan menarik balik kenyataan berikut yang telah saya buat berhubung isu peruntukan kerajaan negeri bagi tahun ini."Selepas membuat semakan lanjut, saya mendapati kenyataan bahawa 'tiada peruntukan daripada kerajaan negeri untuk tahun ini' adalah tidak tepat."Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul akibat kenyataan tersebut



PH kekalkan Arthur untuk pertahan DUN Bukit Batu - Sinarharian - 13/06 11:29 pm

KULAI - Pakatan Harapan (PH) mengekalkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern sebagai calon gabungan itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Arthur ialah calon pertama yang diumumkan daripada senarai 56 calon gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.Naib Presiden PKR itu berkata keputusan mengekalkan Arthur telah dipersetujui oleh Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Calon-calon lain akan diumumkan kemudian," katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PKR DUN Bukit Batu malam ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi.Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengingatkan Arthur bahawa cabaran mempertahankan kerusi berkenaan kali ini dijangka lebih hebat walaupun beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebagai wakil rakyat.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh jentera PKR dan parti komponen PH termasuk DAP dan Amanah supaya memperkukuh kerjasama bagi memastikan kemenangan gabungan berkenaan."Kemenangan calon DAP adalah kemenangan kita juga..



PRN Johor: Rundingan pembahagian kerusi PH Johor selesai - Sinarharian - 6/06 10:05 pm

BATU PAHAT - Pembahagian kerusi antara parti kompenan Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya negeri (PRN) sudah pun selesai dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, tumpuan kini sepatutnya diberikan kepada gerak kerja jentera PRN di seluruh negeri bagi memastikan kemenangan kepada PH."Rundingan pembahagian kerusi antara parti-parti dalam PH telah selesai hati ini. Jentera patut memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihan raya dan penyampaian mesej kepada rakyat."Selepas pelancaran jentera tersebut, pimpinan dan calon-calon PH akan turun menjelajah seluruh Johor bagi mendekati pengundi serta menjelaskan tawaran gabungan itu menjelang pilihan raya negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jentera PH bagi PRN Johor di sini, pada malam Sabtu.Menteri Dalam Negeri itu juga memaklumkan 12 Jun depan, PH akan bergerak ke Negeri Sembilan bagi pelancaran jentera di sana.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Pakatan Harapan (PH) memenangi 12 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).DAP memenangi sepuluh kerusi iaitu Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, dan Senai.Seterusnya, PKR berjaya memenangi satu kerusi di DUN Bukit Batu.Manakala, Parti Amanah Negara (Aamanag ) juga memperoleh satu kerusi melalui kemenangan di DUN Simpang Jeram.




Reformasi     >>



'No feeling to vote': Chinese voters in Johor towns .. - Mkini
Political fatigue, broken promises among the reasons mentioned.
Kroni     >>



Jangan bazirkan undi kepada calon mulut lantang, tidak .. - Utusan
BERJAYAKAH Barisan Nasional (BN) mempertahankan kemenangan bergaya yang mereka peroleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 kali ini? Inilah persoalan yang bermain di minda para pemain dan pemerhati politik tanah air menjelang berlangsungnya PRN Johor ke-16 pada 11 Julai nanti. Hanya ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Mesir cipta sejarah baharu - Kosmo
DALLAS – Mesir melakar sejarah baharu di pentas Piala Dunia apabila menang 4-2 pada penentuan penalti ke atas Australia dalam aksi pusingan 32 di Stadium Dallas, hari ini. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit minit dan kejayaan ini adalah kemenangan sulung The Pharaohs dalam aksi ..
Tech     >>



Samsung removes Vascular Load from its smartwatches in .. - Gsmarena
Samsung is removing the Vascular Load feature from its smartwatches in the US. It will be gone when Samsung Health version 7.0 and One UI 9 Watch roll out "in late July". The Galaxy Watch9 and Galaxy Watch Ultra 2, which are rumored to be unveiled on July 22, will come with One UI 9 Watch ..
World     >>



Acting DNI Pulte fires dozens of intelligence .. - Cnbc
President Donald Trump's controversial pick to lead the office of the Director of National Intelligence has begun firing intel officials, MS NOW reported.
Motor Trend     >>



Pandu Uji Pandu Uji: Denza Z9gt. Shooting Brake .. - Mekanika
# PANDU UJI: DENZA Z9GT. SHOOTING BRAKE TERPADU UNTUK ANDA. LANCAR 15 JULAI 2026! **Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, BYD semakin agresif memperluaskan pengaruhnya ke segmen premium. Jika dahulu jenama itu lebih dikenali sebagai pengeluar EV arus perdana, kini melalui sub jenama Denza, ia ..