///
See Also: Shutterstock

Search : Chow Kit News   Page 1    



Seks songsang, luar tabie perlu diletakkan sebagai jenayah berat – .. - Mgazette - 3/12 7:32 am

# Seks songsang, luar tabie perlu diletakkan sebagai jenayah berat - Pekida KUALA LUMPUR - Keputusan mahkamah menolak permohonan reman ke atas 201 individu termasuk 171 rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi di sebuah spa di Chow Kit, Jumaat lalu membongkar kelemahan nyata dalam sistem perundangan negara





Spa songsang: Kerajaan akan perhalusi undang-undang sedia ada Spa .. - Mgazette - 3/12 7:32 am

# Spa songsang: Kerajaan akan perhalusi undang-undang sedia ada KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperhalusi dan meminda undang-undang sedia ada bagi membanteras kegiatan tidak bermoral dan songsang di negara ini susulan serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, pada Jumaat lalu





Saifuddin says laws on deviant activities to be reviewed following Chow Kit raid - Malaymail - 2/12 8:16 pm

KUALA LUMPUR, Dec 2 The government will review existing legal provisions on the enforcement of deviant activitie...





Govt to review laws on deviant activities after Chow Kit raid - Hotfm - 2/12 7:58 pm

Home minister Saifuddin Nasution Ismail dismisses privacy concerns raised by the raid's critics, saying privacy applies only when one is at home.





Govt to review laws on deviant activities after Chow Kit raid - FMT - 2/12 7:58 pm

Home minister Saifuddin Nasution Ismail dismisses privacy concerns raised by the raid's critics, saying privacy applies only when one is at home.





Man Recalls Over 40 Hours In Custody After Chow Kit Sauna Raid, Claims Forced To Simulate Moaning Sounds - Therakyatpost - 2/12 5:24 pm

Police raided the sauna under the suspicion that it was operating as a front for homosexual activities.





Kenakan tindakan tegas kepada pengunjung spa songsang sebagai pengajaran .. - Mgazette - 2/12 5:11 pm

# Kenakan tindakan tegas kepada pengunjung spa songsang sebagai pengajaran - PN KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memastikan 201 lelaki yang ditahan di sebuah pusat spa yang dijadikan sarang aktiviti songsang di Chow Kit, di sini, baru-baru ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang





PTD ditahan dalam serbuan sauna gay diarah letak jawatan serta-merta .. - Mgazette - 2/12 5:11 pm

Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan, katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Terdahulu, media melaporkan seramai 201 pengunjung ditahan dalam serbuan ke atas sebuah gimnasium dan sauna dua tingkat yang dijadikan sarang buat lelaki gay melampiaskan nafsu songsang di Chow Kit di sini, Jumaat lalu





Spa songsang: PPMM gesa pihak berkuasa agama teruskan pendakwaan - Sinarharian - 2/12 1:18 pm

SHAH ALAM Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa pihak berkuasa agama menggunakan peruntukan lain iaitu undang-undang jenayah syariah sedia ada untuk meneruskan pendakwaan membabitkan kes serbuan di pusat spa dan kesihatan yang dikaitkan dengan aktiviti songsang.Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata, pihak berkuasa tidak boleh hanya sekadar melepaskan suspek dengan nasihat selepas operasi besar-besaran dilakukan kerana tindakan itu menghantar isyarat lemah bahawa undang-undang syariah di negara ini tiada taring untuk menghukum pesalah moral.Tegasnya, pendakwaan boleh dibuat menerusi Seksyen 29 yang melibatkan Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam, Seksyen 35 (Menganjurkan atau Memujuk Melakukan Maksiat) dan Seksyen 43 (Penyubahatan)."PPMM memandang serius laporan media berkenaan serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan aktiviti hubungan sejenis, di mana dilaporkan tiada pendakwaan jenayah dibuat ke atas individu yang terlibat."Alasan bahawa terdapat kekangan undang-undang atau kesukaran pembuktian adalah sesuatu yang perlu diperbetulkan segera demi memelihara kedaulatan undang-undang di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Terdahulu, dilaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan tindakan segera berkaitan undang-undang perlu diambil bagi membanteras jenayah sosial, khususnya gejala songsang.Beliau berkata, pihak berkaitan perlu melihat alternatif secara menyeluruh berhubung perkara terbabit termasuk pindaan undang-undang.Fadil berkata demikian mengulas tangkapan 202 individu termasuk 17 penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di pusat spa dan kesihatan di Chow Kit pada Jumaat lalu.Mengulas lanjut, Muhamad Hisham menjelaskan, adalah tidak tepat untuk memberi gambaran bahawa tangan penguat kuasa terikat sepenuhnya dalam meneruskan pendakwaan kerana di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], peruntukan undang-undang adalah jelas iaitu mengikut Seksyen 25 membabitkan liwat.Menurutnya, PPMM juga maklum bahawa untuk mensabitkan kesalahan jenayah syariah, elemen pembuktian adalah ketat, iaitu perbuatan seksual tersebut mesti berlaku dan disaksikan atau wujudnya pengakuan salah.Bagaimanapun, katanya, ketiadaan aksi seksual semasa serbuan bukan alasan untuk melepaskan pelaku tersebut begitu sahaja."Kesalahan syariah berkaitan hubungan sejenis seperti liwat lazimnya ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar hukum syarak atau tabii semula jadi dan bukan sebagai kesalahan yang memerlukan mangsa dalam pengertian tradisional seperti dalam kes jenayah fizikal."Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa kes melibatkan 202 lelaki yang ditahan tidak dapat diteruskan kerana tiada mangsa menimbulkan persoalan penting tentang kefahaman terhadap undang-undang jenayah di Malaysia," ujarnya.Muhamad Hisham mendakwa, pandangan tersebut bukan sahaja tidak selari dengan prinsip beberapa kesalahan yang disebut sendiri oleh pihak polis, malah mengelirukan masyarakat tentang bagaimana undang-undang sebenar berfungsi."Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa kes tidak boleh dibawa ke hadapan kerana tiada seorang pun tampil sebagai mangsa."Hakikatnya, polis sendiri mengesahkan bahawa siasatan dibuat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii."Prinsip seksyen ini jelas, di mana perbuatan fizikal itu sendirilah elemen kesalahan





Spa Songsang: PTD di pejabat timbalan menteri diarah letak jawatan serta-merta - Sinarharian - 2/12 12:25 am

PUTRAJAYA- Seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tingggi (KPT) diarah untuk meletakkan jawatan serta-merta susulan penahanan dalam serbuan Ops Songsang, Jumaat lalu.Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kementerian telah mengambil beberapa tindakan tegas bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara."Unit Integriti KPT telah memulakan siasatan dalaman ke arah tindakan tatatertib mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.Tegas beliau, tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola serta sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan unit integriti dan kerjasama dengan pihak berkuasa."Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan," jelasnya.Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral, yang terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil risikan selama dua minggu.Seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit.Daripada jumlah itu, 17 adalah merupakan penjawat awam.





Deputy ministers officer told to step down following Chow Kit arrest - Malaymail - 2/12 11:39 am

PETALING JAYA, Dec 2 An administrative and diplomatic officer in the office of the deputy higher education minis...





PTD Didakwa Terlibat Aktiviti Sauna Di Chow Kit Diarahkan Letak Jawatan Serta Merta - Ohmedia - 2/12 11:00 am

KPT tegaskan tiada siapa terkecuali dari tindakan undang-undang. The post PTD Didakwa Terlibat Aktiviti Sauna Di Chow Kit Diarahkan Letak Jawatan Serta Merta appeared first on Oh! Media .





Zaliha: DBKL control limited in licensed premises - Star - 2/12 12:00 am

KUALA LUMPUR: The authorities have limited control over activities carried out at premises licensed by Kuala Lumpur City Hall (DBKL), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (pic) said in the wake of a recent raid on a men-only spa in Chow Kit





Jawi records statements from men arrested at Chow Kit health club - FMT - 1/12 10:51 pm

Religious affairs minister Na'im Mokhtar says statements will be recorded from witnesses soon.





Aktiviti songsang: Jawi panggil seorang individu bantu siasatan - Menteri Agama - Sinarharian - 1/12 9:24 pm

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah memanggil seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes penahanan sekumpulan lelaki membabitkan aktiviti tidak bermoral di sebuah kelab kesihatan di ibu negara pada Jumaat lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, individu berkenaan telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan."Rakaman percakapan tersebut dijalankan berdasarkan kepada Seksyen 59, Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Akta 560 1997."Orang Yang Disyaki (OYDS) telah hadir ke Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Kuala Lumpur telah menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan menjalankan aktiviti tidak bermoral.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus pada Ahad berkata, sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di pusat kesihatan di kawasan Chow Kit dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.Ujar Mohd Naim, rakaman percakapan saksi akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengumpulkan maklumat tambahan untuk melengkapkan keterangan siasatan."Saya menyeru semua pihak agar tidak sekali-kali memandang remeh terhadap gejala keruntuhan moral ini."Isu ini jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara," ujarnya.Menurut beliau, institusi dakwah perlu memperhebatkan usaha penerangan mengenai kefahaman Islam yang murni kepada masyarakat di lapangan."Semoga ALLAH SWT memelihara kita daripada segala bentuk kerosakan akhlak dan mengurniakan taufik untuk kembali kepada fitrah dan jalan yang benar," kata beliau.





Normalisasi budaya songsang lemahkan maruah, integriti moral Muslim - Mufti - Sinarharian - 1/12 6:50 pm

SHAH ALAM Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang kepada pelbagai bentuk maksiat lain.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, amalan tersebut juga boleh menyebabkan hilangnya sifat malu dalam diri, selain mendorong kepada kecelaruan identiti dan keruntuhan nilai dalam kalangan generasi muda.Ujarnya, amalan songsang menolak hikmah yang terkandung dalam kejadian manusia, malah merosakkan struktur semula jadi individu itu sendiri."Hubungan sejenis adalah penyimpangan daripada fitrah semula jadi dan boleh mengakibatkan kekeliruan identiti serta masalah psikososial dalam kalangan masyarakat."Perlu diingat bahawa kestabilan dan kemajuan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada kekuatan ekonomi, tetapi lebih utama pada kekuatan institusi kekeluargaan dan moral yang dipegang teguh oleh setiap rakyatnya," katanya menerusi perkongsian Tinta Mufti di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan menjalankan aktiviti tidak bermoral.Kegiatan tersebut terbongkar dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hasil risikan selama dua minggu.Operasi yang bermula pada jam 8 malam itu membawa kepada penahanan seramai 171 lelaki tempatan dan daripada jumlah itu, 17 merupakan penjawat awam termasuk guru.Menurut Ahmad Fauwaz, beberapa langkah menyeluruh perlu diambil bagi membendung gejala tersebut termasuk memperkasakan fungsi institusi kekeluargaan sebagai benteng utama, serta memberikan pendidikan berasaskan ilmu dan kefahaman syariah yang mendalam."Usaha lain adalah melaksanakan penerangan agama secara bijaksana, berhikmah dan berkesan."Membina dasar-dasar negara yang selaras dengan tujuan syarak dalam memelihara agama menerusi aspek Maqasid al-Tadayyun dan membangunkan peradaban negara (Maqasid al-Umran)," ujarnya.Tambah beliau, pendekatan lain ialah mewujudkan kerjasama erat antara ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa."Apabila masyarakat teguh berpandukan nilai agama yang sahih, negara akan menikmati keamanan, kemakmuran dan sentiasa berada dalam keberkatan ALLAH SWT."Justeru, pertahankanlah keamanan yang telah terbina ini dan janganlah ia diruntuhkan dengan budaya serta perilaku songsang yang tidak bermoral dan bercanggah dengan kelestarian manusia," katanya.





Spa songsang berlaku ekoran penyalahgunaan lesen operasi – Dr Zaliha - Mgazette - 1/12 5:27 pm

Tambah beliau, pendekatan bersepadu ini penting bagi memastikan tindakan segera dapat diambil terhadap premis yang berpotensi menjadi pusat kegiatan tidak bermoral. Sebelum ini, sebuah pusat spa dan kesihatan dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dibongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit, Jumaat lalu





Polis tambah baik operasi, penguatkuasaan undang-undang banteras gejala .. - Mgazette - 1/12 5:27 pm

"Kita masih ada undang-undang dan mereka terlibat dengan kesalahan yang saya katakan sebelum ini sebab ada sesyen-sesyen dan setiap kesalahan ada intipatinya serta keperluan setiap salah laku, ia tidak semudah itu," jelasnya. Terdahulu, seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit pada Jumaat lalu dibebaskan dengan jaminan selepas permohoan reman ke atas mereka ditolak





Lessons from Chow Kit Ops Songsang bust: KL police to review how raids are run - Malaymail - 1/12 4:48 pm

KUALA LUMPUR, Dec 1 Kuala Lumpur police will review the standard operating procedures (SOPs) related to a recent...





KPM Gantung Tugas Beberapa Pegawai Yang Terlibat Dalam Aktiviti Songsang Dalam Spa - Lobakmerah - 1/12 4:07 pm

Terdapat beberapa pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikaitkan terbabit dalam aktiviti songsang di sebuah spa yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur yang diserbu pihak berkuasa Jumaat Lalu





Education Ministry suspends officers caught up in Chow Kit mens only spa raid, says internal probe ongoing - Malaymail - 1/12 4:06 pm

PUTRAJAYA, Dec 1 The Ministry of Education (MOE) has taken immediate action against the officers who were involv...





KPM keluarkan guru terlibat dalam aktiviti songsang - Sinarharian - 1/12 3:08 pm

PUTRAJAYA - Guru yang terbabit dalam aktiviti songsang yang dibongkar dalam serbuan baru-baru ini tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Tegas kementerian itu, pihaknya memandang serius penglibatan pegawainya seperti dilaporkan dan siasatan dalaman sedang dilakukan."Tindakan segera telah diambil dengan memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian hingga proses siasatan selesai," katanya pada Isnin.Ujar KPM, semua ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat."KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini," ujar KPM.Sebelum ini, media melaporkan sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Kuala Lumpur, menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan menjalankan aktiviti tidak bermoral.Kegiatan tersebut terbongkar dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hasil risikan selama dua minggu.Operasi yang bermula pada jam 8 malam itu membawa kepada penahanan seramai 171 lelaki tempatan dan daripada jumlah itu, 17 adalah penjawat awam termasuk guru.





Spa songsang salah guna lesen perniagaan - Zaliha - Sinarharian - 1/12 2:51 pm

KUALA LUMPUR - Penyalahgunaan lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi punca kewujudan premis yang menjalankan aktiviti songsang susulan penahanan 201 lelaki dekat Chow Kit, Jumaat lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kelulusan sesuatu lesen adalah berdasarkan permohonan rasmi yang dikemukakan oleh peniaga berkenaan."Biasanya apabila ada permohonan lesen, apa yang kita berikan adalah lesen mengikut apa yang mereka tuliskan dalam paper (dokumen)..





Polis perhalusi semula SOP serbuan premis spa songsang - Sinarharian - 1/12 1:51 pm

KUALA LUMPUR Polis Kuala Lumpur sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan serbuan premis spa songsang susulan beberapa kelemahan yang dikesan ketika proses siasatan dan tindakan lanjut.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penelitian semula itu penting bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan memberi impak positif dan tidak menjejaskan keberkesanan siasatan.Beliau berkata, pelaksanaan operasi hingga membawa kepada tangkapan perlu melalui proses yang tersusun, namun beberapa hal teknikal dikenal pasti perlu ditambah baik agar bukti yang dikumpulkan tidak tercicir."Apabila pegawai penguat kuasa menjalankan operasi, kita mahu ia memberi kesan positif kepada masyarakat."Kita tidak mahu serbuan dan tangkapan dibuat, tetapi akhirnya ada bukti yang tidak dapat ditentukan mengakibatkan siasatan tidak dapat diteruskan," katanya ketika ditemui di Program Penyerahan Sumbangan Masih Ada Yang Sayang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.Katanya, setiap kesalahan mempunyai intipati undang-undang yang mesti dipenuhi, tidak semudah menuduh mana-mana individu terlibat dalam perbuatan jenayah tanpa elemen lengkap."Setiap kesalahan ada 'ingredient', ada keperluan tertentu, tidak mudah untuk menuduh seseorang, termasuk dalam kesalahan meliwat atau aktiviti sosial negatif sebegini, " katanya.Menurutnya, polis bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama kini memperkukuh kerjasama serta perkongsian maklumat risikan bagi memastikan premis berkenaan tidak kembali beroperasi."Ini antara perkara paling mustahak, kita bekerjasama rapat dengan PBT dan Jabatan Agama, berkongsi maklumat untuk kesejahteraan Kuala Lumpur," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata semua individu yang ditahan dalam operasi sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis, namun fokus utama kini tertumpu kepada dalang dan penganjur premis tersebut."Itu yang membimbangkan saya dan pasukan, terhadap penganjur inilah kita akan ambil tindakan secara all out," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit baru-baru ini telah dibebaskan selepas permohonan reman ke atas kesemua individu terbabit ditolak oleh mahkamah.Fadil berkata, permohonan reman itu ditolak berikutan kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis.Ujar beliau, permohonan reman ini lewat kerana ia melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan proses pengelasan perlu dilakukan satu persatu dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya.Terdahulu, media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral, yang terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil risikan selama dua minggu





171 Lelaki Di Spa Chow Kit Dibebaskan, Ini Punca Sebenar Kenapa Mahkamah Tolak Permohonan Reman - Ohmedia - 1/12 11:08 am

Pendakwaan juga tidak diteruskan kerana tiada seorang mengaku sebagai mangsa. The post 171 Lelaki Di Spa Chow Kit Dibebaskan, Ini Punca Sebenar Kenapa Mahkamah Tolak Permohonan Reman appeared first on Oh! Media .





171 Lelaki Kunjungi Spa Songsang Bukang ‘Mangsa’, Kes Polis Dan Mahkamah Diklasifikasi ‘Selesai’ - Beautifulnara - 1/12 9:34 am

Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Jalan Raja Laut, telah dibebaskan semalam selepas permohonan reman polis ditolak oleh mahkamah





Aktiviti songsang: JAWI masih laksana siasatan – Mohd Na???im .. - Mgazette - 1/12 7:31 am

Perbuatan ini memang tidak boleh diterima undang-undang apa lagi dari sudut agama, katanya. Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di pusat kesihatan di kawasan Chow Kit dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka





Aktiviti songsang: JAWI masih laksana siasatan - Mohd Na'im - Sinarharian - 30/11 9:56 pm

SEPANG - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih menjalankan siasatan terhadap lebih 100 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan Ops Songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara, Jumaat lepas.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata siasatan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 25 dan Seksyen 47 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997."Seksyen 25 berkaitan dengan kesalahan liwat dan Seksyen 47 ialah percubaan melakukan kesalahan itu. Jadi daripada pihak JAWI, siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/ 2026M di sini hari ini.Mohd Na'im berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta JAWI akan memperhebat tindakan dakwah serta memberi penjelasan tentang perbuatan songsang yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai Madani."Perbuatan ini memang tidak boleh diterima undang-undang apa lagi dari sudut agama," katanya.Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di pusat kesihatan di kawasan Chow Kit dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.Fadil berkata, tanpa pengakuan mangsa, siasatan di bawah Seksyen 377 (persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.Jumaat lepas, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral





Isu hubungan sejenis satu ancaman sosial, kesihatan - Abim - Mkini - 30/11 4:53 pm

Timbalan Presiden Abim berkata serbuan ke atas premis di Chow Kit baru-baru ini memperlihatkan budaya maksiat dalam negara semakin berani.





Mahkamah Tolak Permohonan Reman Ke Atas 171 Lelaki Ditahan Di Spa Luar Tabii - Hotfm - 30/11 4:46 pm

Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Jalan Raja Laut, telah dilepaskan semalam selepas





Case is gone: KL police release 171 men from Chow Kit spa raid, say cant charge as none claimed to be a victim - Malaymail - 30/11 4:14 pm

KUALA LUMPUR, Nov 30 What started as a high-profile raid on a spa and health centre in Chow Kit here for suspect...





Mahkamah Tolak Permohonan Reman 171 Lelaki Yang Ditahan di Spa Chow Kit - Lobakmerah - 30/11 3:43 pm

Mahkamah Majistret semalam menolak permohonan reman terhadap 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan sebuah premis spa di Chow Kit pada Jumaat lalu





Serbuan Op Songsang boleh disiasat di bawah Seksyen 47, percubaan liwat .. - Mgazette - 30/11 3:13 pm

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Terdahulu Na'im menyifatkan penahanan 201 lelaki di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu sebagai membimbangkan





Mahkamah Majistret tolak permohonan reman 171 lelaki ditahan di spa .. - Mgazette - 30/11 3:13 pm

# Mahkamah Majistret tolak permohonan reman 171 lelaki ditahan di spa - Fadil Marsus KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret semalam menolak permohonan reman terhadap 171 lelaki waga tempatan yang ditahan melakukan aktiviti tidak bermoral di sebuah premis di Chow Kit, di sini, pada Jumaat lalu





'Men only' spa raid: 171 get off scot-free after court rejects remand bid in 'victimless' case - Star - 30/11 2:26 pm

KUALA LUMPUR: A total of 171 local men detained in a raid on a Chow Kit wellness centre were freed after a magistrate rejected a late remand bid





Pemantauan aktiviti tidak bermoral diperketat - Kosmo - 30/11 2:25 pm

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa memaklumkan penahanan lebih 200 individu dalam satu operasi besar-besaran melibatkan aktiviti seks songsang di kawasan Chow Kit, di sini baru-baru ini memerlukan pemantauan serta pembanterasan secara berkala dan lebih sistematik





Spa songsang: 171 individu dibebaskan, mahkamah tolak permohonan reman - Sinarharian - 30/11 1:54 pm

KUALA LUMPUR Seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit baru-baru ini telah dibebaskan selepas permohonan reman ke atas kesemua individu terbabit ditolak oleh mahkamah.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman itu ditolak berikutan kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis."Permohonan reman ini lewat kerana ia melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan proses pengelasan perlu dilakukan satu persatu."Keadaan ini menyebabkan permohonan reman dibuat lewat dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya," katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru di sini, pada Ahad.Beliau berkata, daripada 202 individu yang ditahan dalam operasi tersebut, hanya 31 warga asing direman selama dua hari."Bagi warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tindakan diambil di bawah Akta Imigresen."Tangkapan ini melibatkan kategori masalah jenayah sosial yang semakin membimbangkan," ujarnya.Menurut Fadil, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan."Bagaimanapun, tiada bukti yang boleh membantu polis menjalankan siasatan lanjut





Komitmen penuh terhadap usaha banteras aktiviti tak bermoral – Mohd .. - Mgazette - 30/11 7:50 am

Kita mendambakan sebuah Malaysia maju yang tinggi akhlaknya, kuat jatidirinya dan diredhai tuhan, katanya sambil mendoakan agar masyarakat sentiasa dipelihara daripada kerosakan akhlak. Dalam operasi bersepadu melibatkan PDRM, DBKL, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAWI semalam seramai 17 penjawat awam merrupaka antara 208 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit





Kalau boleh lapor premis makanan kotor, kenapa bukan pusat gay? ???... - Mgazette - 30/11 7:50 am

Dan bila mudarat dah jadi kebiasaan, masa itu jangan tanya kenapa masyarakat makin rosak, katanya. Terdahulu, media melaporkan seramai 201 pengunjung ditahan dalam serbuan ke atas sebuah gimnasium dan sauna dua tingkat yang dijadikan sarang buat lelaki gay melampiaskan nafsu songsang di Chow Kit di sini semalam





201 Termasuk 17 Penjawat Awam Didakwa Buat Aktiviti Songsang - Hotfm - 29/11 1:29 pm

Pengunjung sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit iaitu seramai 201 orang lelaki telah ditahan berikutan didakwa terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu hubungan sonsang.





17 penjawat awam antara 208 ditahan di sauna Chow Kit - FMT - 29/11 12:18 am

Polis turut merampas sejumlah kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral.





17 penjawat awam antara 201 lelaki dicekup di spa songsang - Sinarharian - 29/11 10:30 am

KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat spa dan kesihatan yang disyaki menjadi lokasi lelaki songsang berkumpul serta melakukan aktiviti tidak bermoral terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit di sini pada Jumaat.Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan risikan selama dua minggu.Tinjauan mendapati premis terbabit beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan rumah kedai.Tingkat bawah premis itu diubah suai sebagai gimnasium manakala tingkat atas dijadikan sauna dan jakuzi.Lebih mengejutkan, premis itu turut menyediakan bilik khas 'dark room' untuk pengunjung melampiaskan nafsu.Difahamkan, ahli pusat itu diminta untuk menanggalkan pakaian dan diberikan tuala berwarna putih sebelum dibenarkan naik ke tingkat atas.Malah ketika serbuan, beberapa pengunjung didapati sedang menikmati jakuzi dan sauna tanpa seurat benang sebelum menyedari kehadiran pihak berkuasa.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berkata, hasil serbuan, seramai 201 individu ditahan termasuk tujuh pekerja premis."Seramai 24 warga asing ditahan manakala selebihnya warga tempatan termasuk 17 penjawat awam berusia 19 hingga 60 tahun."Kita turut merampas kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral," katanya pada sidang akhbar selepas operasi tersebut pada Jumaat.Mohd Azani berkata, premis itu dipercayai beroperasi setiap hari sejak lapan bulan lalu dan disyaki mempromosikan aktivitinya melalui media sosial."Pusat itu mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan, dengan tambahan RM10 sebagai yuran pendaftaran untuk ahli baharu," ujarnya.Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan," katanya.





Di jari mereka ada lorong lebih hitam dari Chow Kit - Kosmo - 29/11 8:00 am

Lihat sahaja banjir di Selatan Thailand yang membawa bersama cerita sipi tentang para perentas sempadan yang melencong daripada alasan asal meninggalkan rumah, semua itu membuka mata ramai bahawa dunia hari ini penuh lorong ... Read more The post Di jari mereka ada lorong lebih hitam dari Chow Kit appeared first on Kosmo Digital .





Aksi kejar-mengejar di BNM, 3 lelaki warga Indonesia dicekup - Mgazette - 26/11 3:36 pm

# Aksi kejar-mengejar di BNM, 3 lelaki warga Indonesia dicekup KUALA LUMPUR - Nekad terjun tebing curam dan bersembunyi dalam hutan antara adegan tiga lelaki warga Indonesia cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis berhampiran Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari tadi, kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki tiga suspek telah ditahan pasukan cegah jenayah di sekitar Chow Kit selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan





SUV dinaiki tiga lelaki warga asing rempuh kenderaan polis terbabas langgar tiang lampu - Sinarharian - 25/11 4:54 pm

KUALA LUMPUR Cubaan tiga suspek warga Indonesia melarikan diri bagi mengelak pemeriksaan polis gagal apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang lampu berhampiran Bank Negara di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam kejadian pada jam 12.15 tengah hari, sepasukan anggota rondaan cegah jenayah cuba menahan sebuah SUV jenis Honda HR-V yang dikesan dalam keadaan mencurigakan di sekitar Chow Kit."Suspek bertindak agresif apabila merempuh anggota polis yang cuba melakukan pemeriksaan sebelum melarikan diri menuju ke Jalan Kuching dan memasuki kawasan berhampiran Bank Negara."Ketika melarikan diri, suspek melanggar beberapa kenderaan awam dan sebuah motosikal sebelum anggota kami berjaya mengejar dan menyekat SUV terbabit," katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian pada Selasa.Sazalee berkata, SUV itu kemudian terbabas lalu merempuh tiang lampu dan sebatang pokok, sebelum pemandunya keluar dari kenderaan dan nekad terjun dari tebing curam berdekatan untuk melarikan diri."Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila suspek cedera akibat terjatuh dari cerun tersebut





Left by a garbage bin, saved by a stranger: Chow Kit baby Razwils 40-year .. - Malaymail - 25/11 2:06 pm

GEORGE TOWN, Nov 25 The National Registration Department (NRD) today withdrew its appeal against a High Co...





Pembantu kedai makan dapat kerakyatan Malaysia selepas JPN tarik semula rayuan - Sinarharian - 25/11 11:04 am

GEORGE TOWN- [DIKEMAS KINI] Seorang pembantu kedai makan bersyukur apabila usahanya untuk mendapatkan status kerakyatan Malaysia selama 40 tahun melalui perundangan akhirnya berjaya.Ia berikutan pihak defendan iaitu Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia telah menarik semula rayuan yang difailkan pada tahun lalu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.Sebelum ini, permohonan Mohd Razwil Abdullah, 41 untuk mendapatkan sijil kelahiran baharu dan kad pengenalan bertaraf warganegara dibenarkan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon pada 14 November tahun lalu.Dalam keputusan tersebut, pihak defendan diperintahkan untuk mengeluarkan sijil kelahiran baharu dengan menyatakan pemohon sebagai warganegara Malaysia.Bagaimanapun, setelah keputusan itu dibuat, pihak defendan telah memfailkan rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut.Menurut peguam Mohd Razwil, Datuk Habib Rahman Seeni Mohideen, keputusan untuk menarik semula rayuan itu telah dibuat pada pagi Selasa."Hari ini kita datang ke mahkamah untuk mendengar keputusan rayuan defendan namun saya diberitahu bahawa mereka telah menarik semula rayuan tersebut."Keputusan itu dibuat sebelum Mahkamah Rayuan mengadakan persidangan khas yang sepatutnya diadakan pada pagi ini."Oleh demikian, keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang dibuat pada November lalu kekal yang mana, anak guam saya layak untuk memperoleh sijil kelahiran baharu dan kad pengenalan bertaraf warganegara yang dikeluarkan oleh JPN," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini pada Selasa.Menurutnya, kes yang difailkan pada 8 April tahun lalu itu telah selesai selepas pihak defendan menarik semula rayuan berkenaan.Sementara itu, Mohd Razwil berkata, dia amat bersyukur kerana perjuangannya selama ini berhasil apabila keputusan mahkamah berpihak kepadanya.Dia yang belum berkahwin berkata, kehidupannya selama ini terseksa apabila semua hak keistimewaan rakyat Malaysia tidak diperoleh termasuk ketika berurusan dengan hospital kerajaan selain sukar mendapat pekerjaan yang stabil."Saya amat tertekan dengan kehidupan selama ini kerana tiada sijil kelahiran dan kad pengenalan bertaraf warganegara. Saya sukar untuk mendapat kerja tetap serta keistimewaan seperti rakyat Malaysia yang lain serta sering diekploitasi majikan dengan upah rendah."Saya juga pernah ditahan polis kerana tiada kad pengenalan selain pernah berniat untuk menamatkan nyawa saya kerana terlalu tertekan."Bagaimanapun pada hari ini, saya sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Illahi apabila perjuangan saya selama ini berhasil dan berjaya mendapatkan sijil kelahiran baharu dan kad pengenalan," ujarnya.Bercerita mengenai kehidupannya yang terdahulu, Mohd Razwil berkata, dia ditemui oleh seorang wanita bernama Rohaida Abdul Rashid ketika masih bayi."Menurut Rohaida, ketika itu saya dibalut dengan tuala putih dan masih bertali pusat pada tahun 1984, berdekatan dengan tong sampah di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur."Saya kemudiannya diambil dan dijaga oleh wanita itu sehingga berusia empat tahun dan selepas itu saya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga berumur 15 tahun," katanya.Dia yang kini sebatang kara berkata, selepas menemui beberapa maklumat baharu daripada Rohaida, melalui peguamnya, dia beberapa kali mencuba memohon status kewarganegaraan namun gagal kerana tiada maklumat berkenaan ibu bapanya."Selepas ini saya akan mencari kerja yang lebih stabil untuk kelangsungan hidup."Terima kasih kepada Puan Rohaida dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana menjaga saya ketika saya masih kecil," katanya.





Rapid Rail Mohon Maaf, Masalah ‘Work Car’ Punca Perkhidmatan Monorel Terganggu - Lobakmerah - 20/11 12:25 am

Perkhidmatan Monorel Rapid KL terganggu pagi tadi susulan insiden teknikal antara stesen Medan Tuanku dan Chow Kit, menyebabkan sebuah tren tidak dapat bergerak



‘Inspektor Sheila’ mengaku tak bersalah dakwaan halang tugas .. - Mgazette - 12/11 3:36 pm

Pegawai polis yang digantung tugas itu, Sheila Sharon Steven Kumar, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aina Azahra Arifin hari ini. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu anggota polis di Balai Polis Chow Kit, Lans Kopral Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, dalam fungsi awam sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah



Inspektor Sheila didakwa lagi, halang tugas anggota polis - Sinarharian - 12/11 2:43 pm

KUALA LUMPUR - Pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menghalang tugas anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Balai Polis Chow Kit, di sini minggu lalu.Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aina Azahra Arifin.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sengaja halang seorang pegawai polis, Lans Koperal Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, dalam menjalankan tugasnya iaitu rondaan pencegahan jenayah di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi, di sini antara jam 8.15 hingga 8.30 malam 4 November.Dia yang memakai baju blaus dan skirt berwarna merah jambu, dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam, M Manoharan yang mewakili Sheila membantah permohonan pendakwaan dengan alasan kadar itu terlalu tinggi.Menurutnya, bapa Sheila yang juga seorang pesara polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP), hadir untuk menjaminnya."Dia perlu menyara tujuh anak, maka ikat jamin yang tinggi akan membebankan mereka sekeluarga."Buat masa ini, dia mempunyai tiga kes lain di Mahkamah Sesyen di sini dan Selayang, malah Sheila sentiasa hadir dalam prosiding kes berkenaan sejak 2023 lalu," katanya yang memohon Sheila diberi jaminan sebanyak RM500 sahaja.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Aina Azahra membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,600 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 Januari tahun depan.Minggu lalu, tular video yang dimuat naik wanita berkenaan di laman sosial mendakwa anggota polis itu mengugut seorang warga Pakistan yang penunggang motosikal.



Saya lega bila Along meninggal dalam penjara - Mkini - 9/11 10:05 am

Kalau terjumpa di sekitar Chow Kit, si adik tetap mahu memeluk Along kerana dia tak tahu ia mungkin kali terakhir mereka bertemu



Pegawai polis ditahan kerja buat kecoh tuduh anggota ugut warga Pakistan - Sinarharian - 6/11 2:51 pm

KUALA LUMPUR Seorang wanita yang juga pegawai polis ditahan kerja sejak tahun lalu, mencetuskan kekecohan apabila menuduh anggota polis mengugut lelaki warga Pakistan yang ditahan kerana memandu tanpa lesen di Jalan Ipoh, Chow Kit di sini Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia 34 tahun yang bekerja di sebuah kedai pakaian ditahan sepasukan anggota polis untuk pemeriksaan selepas didapati tidak memiliki lesen memandu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, wanita itu tiba-tiba datang dari arah belakang dan mendakwa anggota bertugas mengugut lelaki berkenaan."Wanita itu turut memperlekehkan pihak polis dengan menuduh anggota berkenaan tidak mengetahui undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Fadil berkata, susulan kejadian, anggota polis terbabit telah membuat laporan."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil."Siasatan lanjut sedang dijalankan," ujarnya



NGO kritik cadangan kerajaan kaji reka bentuk insfrastruktur anti gelandangan - FMT - 6/11 8:00 am

Yellow House KL dan Yayasan Chow Kit berkata ia adalah pembaikan secara luaran yang tidak menangani punca kemiskinan.



Groups criticise move to use anti-homeless infrastructure - FMT - 6/11 8:00 am

Yellow House KL and Yayasan Chow Kit say it is a cosmetic fix that does not address the root of poverty.




Reformasi     >>



After nine months, man's death in police custody still .. - Mkini
Widow claims post-mortem gave 3 causes of death, none of which sounded plausible.
Kroni     >>



Anwar in no rush to shake up Cabinet - Star
PETALING JAYA: Despite all the talk about a Cabinet reshuffle, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is in no rush to for a shake-up. Read full story
Tabloid     >>



Kematian Kadet PALAPES Syamsul Haris Bukan Insiden .. - Siraplimau
Kes kematian kadet PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin sekali lagi menjadi perhatian seluruh negara selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa insiden ini bukan kematian biasa, sebaliknya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. ..
Tech     >>



Netflix just ditched a useful Android and iOS feature .. - Techradar
If you use the Google Cast protocol to watch content on Netflix, we've got some bad news for you.
World     >>



Putin and Witkoff discuss peace options for Ukraine .. - Star
MOSCOW, Dec 3 (Reuters) - Russian President Vladimir Putin spent around five hours negotiating with Donald Trump's most trusted envoys until well after midnight in Moscow about the possible outlines of a peace settlement to end the war in Ukraine. Read full story
Motor Trend     >>



Ganti rel LRT laluan Ampang, TWS peroleh kontrak RM59 .. - Careta
Projek dijangka bermula dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan LoA dan berlangsung selama 36 bulan dengan tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan. AWC menjangkakan kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada perolehan, pendapatan dan aset bersih kumpulan. Projek akan dibiayai ..