| /// |
|
| Search : Berjasa News | Page 1 |
|
Tahun Kuda tuntut keberanian buat perubahan Hamzah Zainudin - Sinarharian - 17/02 1:44 pm SHAH ALAM Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan peralihan kepada Tahun Kuda sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa menuntut keberanian untuk membuat perubahan dan reset serta tidak hanyut dengan nostalgia lalu.Hamzah berkata, hal ini demikian kerana cabaran semasa dan mendatang mendambakan pembaharuan khususnya dalam konteks kepimpinan."Kita mesti berlari dengan strategi yang tersusun dan realistik, arah yang betul, hala tuju yang jelas, dasar yang konsisten serta tadbir urus yang berintegriti."Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi benar-benar diterjemahkan dalam bentuk kesejahteraan rakyat, bukan hanya sekadar cantik pada statistik di atas kertas," katanya dalam hantaran di Facebook.Hamzah pada Jumaat lalu dipecat keahlian partinya serta-merta selepas timbul pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu yang mendesak parti berbuat demikian kerana beliau didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Hamzah yang juga Ketua Pembangkang Parlimen turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan Bersatu.Sehari selepas dibuang parti, Hamzah menerusi Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama beliau di ibu negara berkata, beliau tidak menolak tiga kemungkinan hala tujunya setelah dipecat keahlian parti iaitu mengambil alih Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas.Ahli Parlimen Larut itu bagaimanapun menjelaskan sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan akan dilakukan secara konsensus bersama pemimpin lain yang turut dipecat Bersatu.Hamzah juga menggesa rakyat supaya melangkah ke tahun baharu itu dengan tekad yang lebih padu, dengan keberanian untuk melakukan perubahan dan dengan keyakinan bahawa Malaysia mampu bangkit lebih kuat.Beliau turut merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di negara ini.Menurutnya, saban tahun rakyat meraikan kepelbagaian itu dengan penuh kegembiraan sekali gus menjadi tanda kekuatan sebuah negara bangsa Malaysia."Dalam kalendar lunar, tahun ini ialah Tahun Kuda |
|
Hamzah entitled, appropriate to build cooperation under Rumah Bangsa - Muqharabbin - Sinardaily - 16/02 3:37 pm SHAH ALAM - Former deputy president of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin has the right and it is appropriate for him to forge cooperation under the framework of Rumah Besar Bangsa as advocated by leaders of Pas and Umno.Former Bersatu head of the Lembah Pantai division Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin said such cooperation was not about party interests but about ensuring the continuity of the nations political stability, economic strength, peace and national unity."Any party that does not want to see Malays united under this initiative for the sake of national stability is rejecting the interests of their own community."Such groups should not be given political support by the people, especially Malays who seek firm leadership, strong unity and a stable future for the country," he said in a post on Monday.Previously, media reports stated that Umno had formed a committee known as the Rumah Bangsa Unity Committee to review the possible return of former party members.Its president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said rejoining could take place either individually or en bloc.On Saturday, Hamzah hinted at the possibility of establishing a "new house" in the future.The Larut MP said the term new house does not necessarily refer to forming a new party, but could mean joining an existing one, whether by taking over Berjasa, returning to Umno or joining Pas.Meanwhile, Muqharabbin said the initiative reflected an urgent need to unite Malays in Malaysia to ensure continued national stability.He said history clearly showed that a nations strength begins with the unity of its people."When a community is divided, the country becomes weak politically, economically and in terms of security |
|
Hamzah berhak, wajar jalin kerjasama bawah Rumah Bangsa - Muqharabbin - Sinarharian - 16/02 3:03 pm SHAH ALAM - Bekas Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berhak dan wajar menjalinkan kerjasama di bawah kerangka Rumah Besar Bangsa seperti mana disuarakan oleh pemimpin Pas dan UMNO.Bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kerjasama itu bukan melibatkan soal parti, sebaliknya meneruskan kelangsungan kestabilan politik negara, kekuatan ekonomi, keamanan dan perpaduan rakyat."Mana-mana pihak yang tidak mahu melihat orang Melayu bersatu dalam gagasan ini demi kestabilan negara sebenarnya menolak kepentingan bangsa sendiri."Golongan seperti ini tidak seharusnya diberi sokongan politik oleh rakyat, khususnya orang Melayu yang mahukan kepimpinan tegas, perpaduan kukuh dan masa depan negara yang stabil," katanya dalam hantaran pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa dirujuk Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan semula itu boleh dilakukan secara individu atau en bloc.Pada Sabtu, Hamzah memberi bayangan mengenai kemungkinan pembentukan sebuah rumah baharu selepas ini.Ahli Parlimen Larut itu berkata, istilah rumah baharu itu tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin menyertai parti lama sama ada mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas.Sementara itu, ujar Muhamad Muqharabbin, gagasan itu mencerminkan keperluan mendesak untuk menyatukan orang Melayu di Malaysia demi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.Menurutnya, catatan sejarah juga jelas membuktikan bahawa kekuatan sesebuah negara bermula daripada kesatuan bangsanya."Apabila bangsa berpecah, negara akan lemah dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan |
|
A new home in Pas? Why Hamzah is tipped to join the Islamic party - Sinardaily - 16/02 11:53 am SHAH ALAM Former Bersatu deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin may look towards Pas as his next political home, driven by pragmatic necessity and established ties with the partys hierarchy.Political analyst Associate Professor Dr Mohd Azhar Abd Hamid suggested that Hamzahs strong rapport with the top leadership of Pas could significantly smoothen his transition into the Islamic party.While there may be minor ideological divergences, these could be overcome if Hamzah is prepared to compromise on certain ideals.Joining Pas would likely be a straightforward process for him, Azhar said.He added that such a move could provide Hamzah with the necessary mandate to defend his parliamentary seat with enhanced grassroots support during the 16th General Election (GE16).The speculation follows recent hints from Hamzah regarding the potential establishment or joining of a new home to continue his political career.Azhar added that Pass seasoned electoral experience and robust party machinery would allow it to effectively mobilise supporters and protect contested constituencies.The analyst believes that any attempt by Hamzah to join or revitalise Berjasa would be fraught with difficulty.As a minor player outside the political mainstream, Berjasa lacks the infrastructure of larger parties.While a strategist of Hamzahs calibre might be able to attract new members and expand the party's influence, winning elections remains a different challenge entirely.Faced with the prospect of multi-cornered contests in GE16, maintaining his seat under a smaller banner would be a significant struggle, particularly within his own constituency, he said.While leading a party like Berjasa could offer Hamzah an undisputed leadership role, Azhar pointed out that it would take a considerable amount of time before the party could exert any meaningful influence on the national political landscape |
|
Berjasa nafi desas-desus Hamzah bakal ambil alih parti itu - Mgazette - 16/02 8:22 am # Berjasa nafi desas-desus Hamzah bakal ambil alih parti itu KUALA LUMPUR Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) menafikan dakwaan kononnya bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengambil alih parti tersebut |
|
Mohd Asna pelawa Hamzah, bekas pemimpin Bersatu kembali ke UMNO - Mgazette - 16/02 8:22 am Semalam, Hamzah dalam program `Reset Politik selepas dipecat daripada parti itu memberi bayangan mengenai kemungkinan pembentukan sebuah rumah baharu selepas ini. Bagaimanapun, kata Hamzah, istilah rumah baharu itu tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu sebaliknya mungkin menyertai parti lama sama ada mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas |
|
UMNO tak wajar terima semula Hamzah – Syauqi - Mgazette - 16/02 8:22 am Semalam, Hamzah dalam program `Reset Politik selepas dipecat daripada parti itu memberi bayangan mengenai kemungkinan pembentukan sebuah rumah baharu selepas ini. Bagaimanapun, kata Hamzah,istilah rumah baharu itu tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin menyertai parti lama sama ada mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas |
|
Macam mana bentuk rumah baru Hamzah? - Msomelayu - 15/02 9:38 pm Satu lagi langkah atau rumours dikaitkan dengan Hamzah, beliau akan menyertai parti baru. Apa yang spekulasi beliau akan mengambil (beli) Berjasa untuk dijadikan wadah barunya bersama para penyokongnya |
|
Berjasa nafi Hamzah bakal ambil alih parti - Thempress - 15/02 8:14 pm PUTRAJAYA – Parti Berjasa menafikan dakwaan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpotensi mengambil alih parti itu susulan pemecatannya daripada parti Bersatu |
|
Berjasa nafi dakwaan Hamzah bakal ambil alih parti - Sinarharian - 15/02 6:59 pm SHAH ALAM - Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) menafikan dakwaan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpotensi mengambil alih parti itu susulan pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Ketua Penerangannya, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, parti itu kekal utuh di bawah kepimpinan Majlis Kepimpinan Tertinggi yang dipilih dan dilantik secara sah menurut Perlembagaan parti.Menurut beliau, tiada sebarang perbincangan rasmi atau pertemuan khusus berhubung dakwaan berkenaan setakat ini."Namun demikian, Berjasa sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi memperkukuh agenda kesatuan dan penyatuan Melayu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Sayap Bersatu, Datuk Dr Chong Fatt Full menjangkakan Hamzah berpotensi mengambil alih Berjasa sebagai wadah politik baharu.Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan situasi politik semasa yang tidak memberi banyak ruang kepada Hamzah untuk menubuhkan parti baharu, terutama ketika negara menghampiri siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).Tambah Mohd Hamdan, Berjasa bersifat terbuka kepada mana-mana individu dan pihak yang ingin bersama dalam perjuangan parti itu."Ia demi mendaulatkan negara serta mengangkat martabat anak bangsa sebagaimana yang sudah sedia digariskan dalam kerangka Impian Nasional Berjasa 2040."Bagaimanapun, sebarang permohonan hendaklah melalui proses dan prosedur keahlian yang ditetapkan menurut Perlembagaan parti," ujarnya.Katanya lagi, Berjasa akan terus komited terhadap sasaran dan agenda penyatuan Melayu serta perjuangan nasional."Ia merangkumi pengukuhan perpaduan dan identiti nasional, reformasi politik dan kepimpinan negara, pemerkasaan ekonomi dan sara hidup rakyat, pembangunan pendidikan dan modal insan, serta penguasaan sains dan teknologi, selain alam sekitar yang lebih mandiri dan kedaulatan digital negara."Berjasa kekal teguh dengan prinsip, perjuangan dan hala tuju yang telah digariskan demi masa depan negara yang lebih unggul, berdaulat dan bermaruah," jelas Mohd Hamdan. |
|
Saya akan ada ‘rumah baharu’ – Hamzah - Mgazette - 15/02 7:54 am Rumah baharu ini merujuk kepada rumah bangsa, ia boleh menjadi parti baharu atau lama tetapi yang penting, rumah baharu. "Begitu juga dengan dakwaan bahawa saya akan mengambil alih BERJASA |
|
'Saya akan ada rumah baharu'- Hamzah Zainuddin - Sinarharian - 14/02 6:18 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi bayangan mengenai kemungkinan pembentukan sebuah rumah baharu selepas ini.Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, istilah rumah baharu itu tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin menyertai parti lama sama da mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas."Saya akan ada rumah baharu, ia boleh jadi parti baharu ataupun lama tetapi yang penting, rumah baharu."Begitu juga dengan dakwaan bahawa saya akan mengambil alih BERJASA."Kalau khabar angin itu jadi betul, betullah |
|
Selipar dan tuala Jamal dilelong RM66,000 dalam masa 5 minit Selipar dan .. - Mgazette - 11/02 2:17 pm Selepas persaingan sengit, selipar berkenaan akhirnya dimenangi oleh seorang ahli perniagaan, Leon Ho Man Hou, dari CNS Hardware. Ketika ditemui MalaysiaGazette, Leon berkata, beliau tampil membida barangan itu sebagai tanda sokongan terhadap Jamal yang disifatkannya banyak berjasa kepada masyarakat, khususnya dalam membantu golongan memerlukan di Sabah |
|
Ikatan Prihatin Rakyat sahkan hala tuju PN masih kabur - Sinarharian - 29/01 9:35 pm SHAH ALAM - Pertemuan keempat Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) pada Khamis menumpukan kepada hala tuju Perikatan Nasional (PN) yang masih kabur dan belum jelas.Menurut Presiden Parti Berjasa, Zamani Ibrahim, pertemuan itu menekankan kebimbangan parti-parti dalam IPR terhadap keadaan semasa PN."Daripada 11 atau 12 parti yang terlibat, kami menyuarakan kebimbangan mengenai hala tuju PN yang masih tidak menentu," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi bagi mengulas perkembangan pertemuan pemimpin dalam IPR buat kali keempat diadakan pada Khamis.Antara yang hadir adalah dalam pertemuan gabungan IPR ialah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.Turut serta, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy serta beberapa lagi pemimpin parti lain.Video sesi pertemuan itu turut dikongsi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebooknya pada hari sama.Zamani menjelaskan, walaupun berada dalam IPR, parti-parti terbabit juga bersama dalam PN yang dipengerusikan Muhyiddin, walaupun Presiden Bersatu itu dilaporkan telah meletakkan jawatan dalam PN.Jelasnya, perbincangan itu dijalankan panjang lebar bagi mendapatkan penjelasan rasmi, tanpa bergantung kepada laporan media."Isu ini memberi impak kepada keyakinan rakyat terhadap kemampuan PN untuk menerajui negara jika diberi mandat pada Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16)," tambahnya.Jelasnya, Muhyiddin memaklumkan bahawa hala tuju PN masih belum dimuktamadkan, dan perbincangan masih berjalan serta IPR menekankan keputusan muktamad perlu dicapai melalui konsensus semua parti terlibat.Selain itu, katanya, sebagai langkah mengukuhkan kerjasama IPR, satu Sekretariat Jawatankuasa Bersama IPR telah dipersetujui.Sekretariat ini akan diwakili semua setiausaha parti untuk membincangkan gerak kerja bersama dan persiapan menghadapi PRU16 bagi mengelakkan pertindihan dan konflik dalaman."Langkah ini bertujuan mengenal pasti potensi konflik sejak awal dan mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan kestabilan antara parti parti dan itu adalah antara perkara besar yang dibincangkan," ujar Zamani. |
|
Saya sudah sampai ke tahap hilang sabar! -PM Saya sudah sampai ke tahap .. - Mgazette - 28/01 7:19 pm "Jangan kita ambil sikap sambil lewa, mudah memaafkan dan merasakan perkara ini boleh berlaku terus-menerus.Jadi saya menyeru rakan-rakan untuk segera bertindak mulai detik inimasa untuk bertindak," katanya. Anwar turut menzahirkanrasa kesaldengan kelemahan penguatkuasaan yang masih berlaku meskipun ramai pegawai telah menunjukkan khidmat cemerlang dan berjasa kepada negara |
|
Akmal akui pernah desak Najib undur, itu beza bercakap benar dengan .. - Mgazette - 21/01 6:26 pm Muhamad Akmal Saleh tidak menafikan beliau antara yang mendesak supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur pada Mei 2018, seperti mana yang ditularkan semula di dalam media sosial ketika ini. Namun, menurutnya, perbezaan pendapat bukan sesuatu yang asing di dalam UMNO dan perkara itu tidak langsung mengurangkan rasa hormat dan sayang kepada pemimpin yang pernah berjasa |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |