| /// |
|
| Search : Bbp News | Page 1 |
|
Dua pelajar dihanyutkan arus ketika mandi sungai di Jerantut - Mgazette - 4/04 4:12 pm "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan pencarian di permukaan air di lokasi dengan bantuan orang kampung," katanya dalam kenyataan, semalam. Zulfadli berkata, operasi digerakkan sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan dibantuPasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh |
|
Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Jerantut - Sinarharian - 3/04 8:47 pm KUANTAN- Dua pelajar dikhuatiri lemas dipercayqi dihanyutkan arus ketika mandi di sungai Kampung Durian Hijau, Jerantut pada Jumaat.Mangsa, Muhammad Amirul AshrafAbdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, masing-masing berusia 14 tahun yang merupakanpelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.Pegawai Perhubungan Awam.Jabatan.Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan awal dari orang awamberhubung kejadian jam 4.49 petang.Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, dua remaja itudikhuartiri lemas di lokasi semasamandi bersama rakan-rakannya."Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut ke lokasiuntuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)."SAR akandibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh," katanya.Zulfadli berkata, operasi SAR dimulakan.dengan pencarian di permukaan air di lokasi dengan bantuan orang kampung."Pasukan PPDA Bukit Angin ke lokasi bagi bantuan mencari dan menyelamat mangsa," katanya. |
|
Tiga cedera nahas enam kenderaan - Sinarharian - 3/04 1:41 pm SIMPANG AMPAT Tiga individu cedera dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Besar Permatang Tinggi di sini pada pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, kemalangan melibatkan tiga buah kereta dan tiga motosikal dengan keseluruhan sembilan mangsa terlibat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8 pagi dan tiba kira-kira 13 minit kemudian."Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada mangsa tersepit dalam kejadian tersebut."Anggota bomba yang bertugas menjalankan size up dengan memakai peralatan perlindungan diri lengkap sebelum memberi rawatan awal kepada mangsa bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital oleh ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, daripada sembilan mangsa terlibat, tiga lelaki mengalami kecederaan manakala enam lagi dilaporkan selamat."Mangsa yang cedera adalah penunggang motosikal jenis Honda EX5 berusia 43 tahun, penunggang motosikal Yamaha LC135 berusia 21 tahun dan penunggang Yamaha Y15Z berusia 25 tahun."Sementara itu, mangsa lain termasuk pemandu Proton Saga (29 tahun), pemandu Perodua Myvi (38 tahun) serta seorang penumpang wanita warga emas (64 tahun) dilaporkan tidak mengalami kecederaan," ujarnya.Menurutnya, terdapat sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut namun telah meninggalkan lokasi sebelum ketibaan anggota penyelamat."Operasi yang melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari BBP Bukit Mertajam itu tamat sepenuhnya pada jam 9 pagi."Turut terlibat dalam operasi adalah pihak polis dan KKM," katanya lagi. |
|
15 pelajar, 3 warden berdepan detik cemas pusat tahfiz terbakar?????????? - Mgazette - 3/04 7:43 am # 15 pelajar, 3 warden berdepan detik cemas pusat tahfiz terbakar JOHOR BAHRU Seramai 15 pelajar dan tiga warden berdepan detik cemas selepas Maahad Tahfiz Sains Al Insyiriah di Taman Tampoi Utama di sini terbakar petang tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Amimuzamam Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 4.35 petang |
|
Fire guts Chinese prayer items shop in Kuala Krai, two injured - Sinardaily - 3/04 7:20 am KUALA KRAI - A couple suffered burns after their shop selling Chinese religious items at Central Park here caught fire last night.Kuala Krai Fire and Rescue Station (BBP) chief Nik Ahmad Afsham Nik Pa said the department received an emergency call at about 8.30pm before dispatching a firefighting team.He said a total of 21 personnel from BBP Kuala Krai, BBP Sungai Durian and the Guchil Volunteer Fire Team were involved in the operation."Upon arrival, we found that a premises selling Chinese prayer items was about 90 per cent destroyed by the fire," he told Bernama at the scene.He said the couple were taken to Sultan Ismail Petra Hospital for further treatment after they were believed to have sustained burns in the incident.Meanwhile, witness Nur Husna Hamat, 23, said she and her colleague Mazlin Izzati Che Mat Nawi, 22, were working at a grocery shop next door when they heard a loud explosion and saw flames spreading from the affected premises, prompting her to immediately contact the Fire and Rescue Department |
|
15 pelajar, 3 warden berdepan detik cemas pusat tahfiz terbakar - Sinarharian - 2/04 10:00 pm JOHOR BAHRU Seramai 15 pelajar dan tiga warden berdepan detik cemas selepas Maahad Tahfiz Sains Al-Insyiriah di Taman Tampoi Utama di sini terbakar pada petang Khamis.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Amimuzamam Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang.Seramai 20 anggota, dibantu BBP Kempas serta satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke lokasi."Kebakaran melibatkan bangunan jenis kekal tiga tingkat |
|
15 pelajar, 3 warden berdepan detik cemas asrama maahad tahfiz terbakar - Sinarharian - 2/04 10:00 pm JOHOR BAHRU [DIKEMAS KINI] Seramai 15 pelajar dan tiga warden berdepan detik cemas selepas asrama Maahad Tahfiz Sains Al-Insyiriah di Taman Tampoi Utama di sini terbakar pada petang Khamis.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Amimuzamam Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang.Seramai 20 anggota, dibantu BBP Kempas serta satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke lokasi."Kebakaran melibatkan bangunan jenis kekal tiga tingkat |
|
Suami isteri antara tiga maut, van dirempuh treler - Sinarharian - 2/04 8:39 pm SEGAMAT [DIKEMAS KINI] Suami isteri antara tiga maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu melibatkan sebuah van dengan sebuah treler dan lori kargo."Kemalangan dipercayai berlaku apabila van dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an bersama empat penumpang berumur antara 20 hingga 60 tahun dari arah Segamat menghala masuk simpang ke arah Taman Golden Hill."Van tersebut kemudian dilanggar di bahagian belakang kiri oleh sebuah treler yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang bergerak di belakangnya."Akibat pelanggaran pertama, van termasuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar di bahagian hadapan oleh sebuah lori kargo dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pemandu van dan dua penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Katanya, dua lagi penumpang mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di hospital, manakala pemandu treler dan lori kargo tidak mengalami sebarang kecederaan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," ujarnya.Polis memohon saksi awam yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mega Rajiman di talian 07-9325811.Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dengan bantuan BBP Bandar Baru Segamat dan BBP Gemas dikejarkan ke lokasi.Operasi menyelamat dan pembersihan kawasan selesai sepenuhnya pada jam 5.35 petang. |
|
Nelayan ditemukan lemas selepas hilang ketika periksa kipas bot - Mgazette - 1/04 3:50 pm Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Terdahulu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Intan menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan mangsa pada 4.28 petang semalam |
|
Nelayan ditemukan lemas selepas turun periksa kipas bot - Sinarharian - 1/04 10:57 am BAGAN DATUK Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai turun ke dalam air bagi memeriksa kipas bot di Pelantar B10, Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di sini pada Rabu.Mangsa, Pee Kian Kok, 55, ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.28 petang, Selasa.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 5.8 kilometer dari balai."Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa dipercayai lemas selepas tidak timbul ke permukaan ketika melakukan kerja pemeriksaan kipas bot di dalam air."Keadaan arus deras serta hujan lebat menyukarkan operasi menyelamat, menyebabkan operasi ditangguhkan pada jam 7.15 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sabarodzi berkata, operasi pencarian disambung semula pada pagi Rabu dengan kaedah pencarian permukaan menggunakan bot aluminium selepas keadaan cuaca kembali reda.Menurutnya, mayat mangsa berjaya ditemui oleh anggota bomba pada jam 8.07 pagi sebelum dibawa naik ke darat.Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Operasi tersebut melibatkan seramai 13 anggota bomba termasuk Unit K9, selain dibantu dua anggota polis dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). |
|
Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Pahang masuk hari ke-7 - Mgazette - 29/03 7:01 pm "Sebanyak 85 pengeboman air dilakukan menggunakan 68,000 liter air yang diambil dari sumber air berhampiran dalam jarak 500 meter dari lokasi pemadaman," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, selain bantuan unit udara, operasi pemadaman turut melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin yang dibantu pasukan bantuan dari BBP Muadzam Shah, Karak, Bentong, Genting, Kuala Krau, Kuala Tahan dan Jengka |
|
Tujuh rumah musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 28/03 8:30 pm KOTA KINABALU - Tujuh rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Gudon, Manggatal, di sini pada Sabtu.Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Ronny Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang.Menurutnya, seramai 11 anggota dari BBP Lintas bersama 10 anggota dari BBP Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai."Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan tujuh rumah, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini."Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.58 petang, namun kerja-kerja memadamkan bara api masih diteruskan. |
|
11 rumah di Kampung Din Manbo, Batu Ferringhi terbakar - Mgazette - 28/03 7:38 am # 11 rumah di Kampung Din Manbo, Batu Ferringhi terbakar GEORGE TOWN - Kira-kira 40 penghuni 11 rumah di Kampung Din Manbo di Batu Feringghi, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka terbakar pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata 23 anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Teluk Bahang, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.29 pagi |
|
Lelaki maut tersepit, pacuan empat roda terbabas ke dalam longkang - Sinarharian - 27/03 4:23 pm SANDAKAN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum dia ditemui tersepit dalam kejadian di Batu 7 di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, mangsa, Chock Vui Heong, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah hari.Menurutnya, seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari BBP Sandakan."Sebaik tiba di lokasi, sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max didapati terbabas dan masuk ke dalam longkang."Hasil pemeriksaan, terdapat seorang mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas |
|
Longgokan barangan kitar semula terbakar di Shah Alam - Mgazette - 26/03 4:11 pm # Longgokan barangan kitar semula terbakar di Shah Alam SHAH ALAM Kebakaran melibatkan longgokan barangan kitar semula di kawasan terbuka seluas kira-kira dua ekar dilaporkan berlaku berhampiran Pusat Memandu Shah Bandar Sdn Bhd, Jalan Nagasari, Seksyen 36, di sini hari ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.24 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan ke lokasi |
|
Longgokan barangan kitar semula terbakar - Sinarharian - 26/03 3:19 pm SHAH ALAM - Barangan kitar semula di kawasan terbuka berkeluasan dua ekar berhampiran sebuah pusat memandu di Seksyen 36 di sini, terbakar pada Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 tengah hari"Seramai 31 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang Selatan, BBP Andalas, BBP Klang Utara dan BBP Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, setibanya di lokasi 12 minit kemudian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka."Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Rantau Panjang," ujarnya. |
|
Missing teenage boy found drowned in Mersing river - Sinardaily - 25/03 7:18 pm MERSING A 15-year-old boy who was reported missing while bathing in a river near the Kampung Peta Jetty in Endau was found drowned today.Mersing police chief Supt Abdul Razak Abdullah Sani said the body of Muhammad Adam Haziq Muhammad Hazriq was discovered at 12.41pm.He said the Water Rescue Unit(PPDA) found the body about 100 metres from where the boy was reported missing, at a depth of about six metres.The body was taken to Mersing Hospital, and the case has been classified as sudden death, he said when contacted.Meanwhile, Endau Fire and Rescue Station (BBP) operations commander, Senior Fire Officer II Mohd Sahrel Anuar Mawarday, said they received an emergency call at 9.24pm on March 24 and dispatched six personnel to the scene.The team arrived at the scene, located about 135 kilometres from the Endau BBP, at 11.45pm |
|
Warga emas ditemukan rentung rumah atas air - Sinarharian - 25/03 11:25 am SANDAKAN - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah perkampungan atas air di Kampung Mumiangdi sinipada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Lee Thung Mong, 77, ditemui oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berada di lokasi kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 malam.Menurutnya, seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 70 kilometer dari BBP Sandakan dan melibatkan kawasan perkampungan atas air."Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian kerana tiada laluan darat, keadaan air laut surut serta memerlukan bantuan bot daripada agensi penyelamat lain."Sehubungan itu, pasukan bomba bergerak ke lokasi dengan menggunakan bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya dan pemadaman awal telah dilakukan oleh penduduk kampung menggunakan pam air milik sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba."Seorang mangsa ditemukan oleh anggota PGA dalam keadaan rentung di dalam rumah berkenaan."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadamkan sisa bara api menggunakan pam air penduduk sebelum mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut," katanya.Tambahnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Pemeriksaan di sekitar kawasan turut dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.35 tengah malam," katanya. |
|
Kebakaran hutan, ladang sawit di Pekan dan Kuala Rompin masuk hari kedua .. - Mgazette - 25/03 8:03 am Manakala, bagi kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Jemeri, Kuala Rompin pula seluas 6.07 hektar daripada kira-kira 292 hektar yang terbakar berjaya dikawal setakat petang tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tok Muda Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, operasi melibatkan seramai 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi dan tujuh anggota bomba daripada BBP Kuala Rompin |
|
Datuk, cucu hilang ketika periksa bot di sungai - Sinarharian - 24/03 10:17 pm KENINGAU -Seorang lelaki warga emas bersama cucunya dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika memeriksa bot di Sungai Pagalan berhampiran Taman Bersatu di sini pada Selasa.Mangsa, Fredoline Yariki, 60, dan cucunya dikenali sebagai Idan, 7, hanya disedari hilang selepas anak kepada warga emas tersebut mencari mereka di sungai berkenaan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi, kedua-dua mangsaturun ke sungai berkenaan sekitar jam 9.35 pagi."Mereka turun ke sungai untuk mencuba bot tetapi apabila saksi pergi ke sungai tersebut sekitar jam 11 pagi, kedua-dua mangsa tidak kelihatan di kawasan berkenaan."Hanya barangan milik mangsa ditemui ditinggalkan di atas batu, termasuk beg peribadi, bot, enjin bot serta gelen minyak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, susulan itu, saksi segera melaporkan kejadian tersebut untuk mendapatkan bantuan."Seramai lapan anggota digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Keningau dan sebaik tiba, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan di kawasan tebing sungai."Bagaimanpun, sehingga kini kedua-dua mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. |
|
150 hektar hutan berhampiran lebuh raya di Punggai terbakar - Mgazette - 24/03 3:25 pm # 150 hektar hutan berhampiran lebuh raya di Punggai terbakar PENGERANG - Operasi hari keempat memadam kebakaran hutan dan belukar di sepanjang Lebuhraya Bypass Punggai ke Sebana Cove di sini sudah 42 peratus berjaya dipadamkan setakat hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I Alvinni Jackson berkata, kebakaran ini melibatkan 63 hektar daripada keseluruhan 150 hektar kawasan yang terbakar |
|
Gerai mercun pasar malam Wakaf Che Yeh terbakar - Sinarharian - 24/03 2:11 pm KOTA BHARU Dua khemah jualan mercun di tepi jalan utama di pasar malam Wakaf Che Yeh di sini terbakar dalam kejadian pada pagi Selasa.Situasi tersebut turut mengundang cemas pengguna jalan raya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Ahmad Fakarudin Berahim berkata, kejadian belaku kira-kira jam 10 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.Katanya, jentera bomba tiba di lokasi dalam masa enam minit dan operasi dikawal sepenuhnya pada 10.25 pagi."Kebakaran melibatkan dua khemah bersaiz 37 meter persegi yang digunakan untuk menjual mercun."Turut terbakar dua motosikal dan sedikit kesan bahang dan asap kena pada struktur kedai berhampiran," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut."Pasukan operasi melibatkan anggota bomba dari BBP Kota Darul Naim, BBP Tunjung dan BBP Kota Bharu."Jentera yang digunakan termasuk FRT-1 dan EMRS-1," katanya.Tambah beliau, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 11.44 pagi."Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
|
150 hektar hutan terbakar, operasi pemadaman api masuk hari ke-4 - Sinarharian - 24/03 11:50 am PENGERANG - Kebakaran hutan dan belukar di sepanjang Lebuhraya Bypass Punggai ke Sebana Cove di sini kini memasuki hari keempat dengan asap tebal masih menyelubungi kawasan berkenaan.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Alvinni Jackson berkata, kebakaran yang bermula pada Sabtu itu melibatkan kawasan seluas 150 hektar persegi, dengan 63 hektar atau 42 peratus berjaya dipadamkan setakat ini.Jelas beliau, keadaan berisiko bertambah buruk berikutan cuaca panas, kering dan angin bertiup kencang."Operasi pemadaman dijalankan oleh pasukan bomba dari BBP Punggai bersama PDRM dan Yayasan Perladangan Johor, dibahagikan kepada dua divisyen."Division A bertugas di sebelah kiri highway menggunakan aliran hos 800 kaki dan pam Godiva GP10/10 dengan sumber air dari takungan berhampiran."Division B pula di sebelah kanan Lebuhraya menggunakan hos 1,200 kaki dan pam Godiva serta Tohatsu, turut mendapatkan bekalan air dari takungan berhampiran," katanya dalam kenyataan.Menurut beliau, polis dari Balai Polis Bayu Damai turut membantu menutup jalan bagi menghalang kenderaan memasuki kawasan kebakaran dan memastikan keselamatan orang ramai."Usaha pemadaman akan diteruskan sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya dan mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada melalui kawasan berisiko," ujarnya lagi. |
|
Nahas dua kenderaan: Pemandu Ativa maut kereta terbalik dalam longkang, lima lagi cedera - Sinarharian - 23/03 5:51 pm GERIK - Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Puncak Titiwangsa pada Isnin.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik jam 11.24 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa dan Kia Forte.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati, Perodua Ativa telah terbalik ke dalam longkang, manakala sebuah lagi kereta terbabas ke bahu jalan."Terdapat empat mangsa menaiki Perodua Ativa, di mana seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, dua lagi mangsa yang menaiki Kia Forte, masing-masing lelaki dan perempuan turut mengalami kecederaan.Katanya, pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal."Kesemua lima mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Jeli menggunakan jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut."Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Operasi yang melibatkan 17 anggota BBP Gerik dan Jeli itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.48 petang. |
|
Kedai perabot tiga tingkat musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 23/03 10:52 am KUALA LUMPUR - Sebuah kedai perabot tiga tingkat di Bukit Bintang di sini musnah dalam kejadian kebakaran malam Ahad.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.58 malam.Menurut JBPM, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman."Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat dua bangunan yang menempatkan perniagaan perabot serta minyak wangi dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus," menurut kenyataan itu.Kenyataan itu memaklumkan tiada mangsa dilaporkan terlibatdan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.- Bernama |
|
Kedai buku dua tingkat terbakar di Seremban - Sinarharian - 23/03 12:05 am SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan sebuah kedai buku dua tingkat di Jalan Dato' SheikhAhmad di sini terbakar pada Ahad.Komander Operasi Kanan JBPM negeri Mohd Hanafi Wahid berkata kebakaran berlaku kira-kira 9 malam, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat."Setakat ini anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dibantu BBP Seremban 2 sedang giat menjalankan operasi pemadaman," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata kebakaran bagaimanapun, dapat dikawal pada 11.34 malam.Sementara itu, Pegawai Perhubungan JBPM Negeri Sembilan Muhammad Syazwan Tajuddin berkata kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan hutan diTaman Bukti, Ampangan dengan operasi pemadaman sedang dilakukan tujuh anggota BBP Senawang.Beliau berkata bomba menerima laporan kejadian pada kira-kira 9 malam namun keluasan kawasan terlibat masih dalam siasatan kerana persekitaran gelap."Laporan komander operasi memaklumkan kebakaran melibatkan lerengbukit hutan,"katanya ketika dihubungi Bernama.Beliau berkata hutan itu berdekatan dengan kawasan perumahan namun keadaan masih terkawal |
|
Rumah, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran - Mgazette - 22/03 7:22 pm Bagaimanapun, insiden yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuninya tiada di rumah. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.12 pagi |
|
Kebakaran tapak pelupusan Pulau Burung belum selesai - Mgazette - 21/03 5:03 pm # Kebakaran tapak pelupusan Pulau Burung belum selesai NIBONG TEBAL - Kebakaran melibatkan timbunan sampah di tapak pelupusan sisa pepejal di Pulau Burung di sini, awal pagi tadi masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya sehingga kini. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan Sungai Bakap digerakkan ke lokasi |
|
Dua maut, empat parah kemalangan di Putrajaya - Sinarharian - 20/03 9:34 pm PUTRAJAYA - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala ke Taman Wetland, Presint 12, di sini tengah hari Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya PgB, M Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 11.58 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 bersama pasukan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi pada jam 12.07 tengah hari, pasukan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan, dengan beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kemalangan."Enam mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan dua lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya menerusi hantaran Facebook Bomba Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Jumaat.Beliau berkata, empat mangsa lain telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS dan pasukan bomba telah menjalankan operasi pengasingan mangsa serta kerja pembersihan di lokasi termasuk memotong pokok menggunakan peralatan khas bagi memastikan laluan selamat sepenuhnya.Operasi melibatkan tujuh anggota bersama satu jentera LFRT dan satu unit EMRS dari BBP Presint 14.Turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan KKM.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa yang mengesahkan kemalangan itu berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di lorong kanan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang pokok."Akibat kemalangan itu, dua penumpang lelaki tempatan berusia lingkungan lewat belasan hingga awal 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat."Pemandu dan beberapa penumpang lain yang juga lelaki tempatan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya |
|
Kereta terbakar ketika pulang beraya di Kelantan - Sinarharian - 19/03 12:24 am KUALA KRAI Lima sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan bagi menyambut Aidilfitri berdepan insiden cemas apabila kereta jenis Proton Waja dinaiki terbakar di Kampung Pahi di sini pada Rabu.Mereka ketika itu dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kok Lanas, Kota Bharu ketika kejadian berlaku.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.48 malam.Menurutnya, seramai enam anggota termasuk pegawai dari BBP Kuala Krai dikejarkan ke lokasi kejadian dan setibanya di tempat kejadian mendapati kenderaan tersebut sedang terbakar sepenuhnya."Sebelum kejadian, pemandu Proton Waja berkenaan menyedari asap keluar dari bahagian bonet hadapan sebelum segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan."Mereka kemudian bertindak mengeluarkan semua barang termasuk beg pakaian," katanya ketika kepada pemberita pada Khamis.Beliau berkata, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.Katanya, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.33 malam selepas keadaan disahkan selamat."Pihak forensik masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran," katanya.Tambah beliau, Skuad Bantu Kuala Krai turut membantu menghantar pulang lima sekeluarga itu ke Kok Lanas |
|
RM14.5 juta bina Balai Bomba dan Penyelamat JB Sentral - Mgazette - 18/03 7:55 am # RM14.5 juta bina Balai Bomba dan Penyelamat JB Sentral JOHOR BAHRU - Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru Sentral di sini dibina dengan kos RM14.5 juta |
|
Bapa saksi anak dibaham buaya depan mata - Sinarharian - 17/03 11:33 pm KINABATANGAN - Seorang bapa berdepan detik memilukan apabila menyaksikan anaknya menjadi mangsa dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Segaliud pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dilaporkan hilang daripada pandangan selepas disambar haiwan berkenaan ketika berada di sungai.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.22 malam."Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai."Menurut bapa mangsa yang turut berada di lokasi, anaknya telah dibaham buaya di hadapannya sendiri," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Kinabatangan."Pasukan bomba segera bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya |
|
Rumah terbakar, persiapan Aidilfitri dua keluarga musnah - Sinarharian - 17/03 6:36 pm Mujur dia sedar lebih awal kerana kalau tidak kami tak tahu apa nasib kami," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.Selain kediamannya, api yang merebak dengan pantas turut memusnahkan rumah kakaknya, Siti Rozana, 43, yang bersebelahan serta sebuah rumah jiran.Siti Robaizura berkata, semua persiapan Aidilfitri seperti pakaian, kuih, dan duit raya sebanyak RM2,000 hangus sekelip mata."Kami cuma sempat selamatkan tiga kereta dan terpaksa pecahkan cermin Perodua Viva kerana kunci tertinggal dalam rumah. Tong gas pun sempat dikeluarkan bagi mengelakkan letupan," katanya.Siti Robaizura berkata, mereka sekeluarga kini ditempatkan sementara di Dewan Permas di sini, dan berharap ada pihak yang prihatin tampil menghulurkan bantuan.Sementara itu, Siti Rozana berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama dialami sejak lebih 30 tahun menetap di kampung itu."Anak sulung saya, Mohamad Fazrieq Danish, 18, meraung melihat kediaman kami musnah manakala adiknya, Mohamad Fazriel Dris, 17, trauma apabila pulang dari sekolah mendapati rumah hangus bersama buku dan kelengkapan sekolahnya," katanya sambil menyataka semua persiapan Aidilfitri berjumlah RM3,000 turut musnah.Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 pagi mengenai kebakaran berhampiran Surau Lot 109, Lorong 8, Jalan Masjid.Pasukan bomba yang tiba lima minit kemudian mendapati tiga rumah separuh kekal terbakar dan operasi pemadaman melibatkan beberapa aliran pancutan air serta jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, FRT BBP Pasir Gudang dan Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin.Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan punca kebakaran masih dalam siasatan |
|
Pemandu rentung pikap terbakar nahas dengan treler Pemandu rentung pikap .. - Mgazette - 17/03 8:18 am Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan tersepit dan rentung selepas api berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.15 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian |
|
700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran stor di Tuaran 700 kenderaan .. - Mgazette - 16/03 7:57 am Menurut kenyataan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 1.10 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian. Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, dibantu BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu serta enam anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian |
|
Remaja lemas jatuh sungai - Sinarharian - 15/03 10:46 pm TUARAN - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rangalau Lama, Jalan Kiulu, di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 16 tahun ditemukan penduduk kampung namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong AK Beki berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 25 kilometer dari BBP Tuaran."BBP Tuaran pada awalnya menerima panggilan kecemasan memaklumkan terdapat mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan menurut maklumat rakannya, mangsa tidak timbul di sungai tersebut."Rakan mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada orang awam yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudian dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya ditemui oleh orang awam."Mangsa dihantar ke hospital oleh pihak polis untuk rawatan lanjut namun telah disahkan meninggal dunia," katanya. |
|
700 kenderaan musnah terbakar - Sinarharian - 15/03 9:56 pm TUARAN - Sebanyak 700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran sebuah stor penyimpanan kereta seluas 0.8 hektar di Jalan Dungun, Marabahai Tambalang 2 di sini pada Ahad.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kebakaran di premis milik sebuah syarikat itu dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan berhampiran yang merebak dengan pantas ke stor berkenaan.Menurut kenyataan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 1.10 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian."Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, dibantu BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu serta enam anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian."Pasukan bomba bertindak pantas menjalankan operasi pemadaman menggunakan beberapa aliran hos serta bekalan sumber air dari jentera tangki air dan berjaya mengawal api daripada terus merebak, sekali gus kira-kira 30 kenderaan berjaya diselamatkan di kawasan berhampiran," menurut kenyataan itu.Tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan dalam insiden berkenaan.Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.31 petang dan operasi ditamatkan pada 4.55 petang selepas kerja memadam sisa api selesai bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula |
|
'Persiapan Aidilfitri musnah, kami tinggal sehelai sepinggang' - Sinarharian - 15/03 3:08 pm DUNGUN - Persiapan sepasang suami isteri untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi musnah selepas rumah sewa mereka di Kampung Tanah Lot di sini, terbakar pagi Ahad.Mohd Ridzuan Abu Bakar, 36, berkata, hasrat beliau dan isterinya, Siti Zulaikha Ramli, 35, menggayakan baju baharu berwarna merah sebagai tema hari raya tahun ini tidak kesampaian apabila pakaian berkenaan turut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 8.15 pagi itu."Kami telah membuat tempahan awal baju Melayu dan baju kurung sebelum Ramadan lagi dan tidak sabar untuk memakainya pada hari lebaran ini," katanya ketika ditemui di Kampung Tanah Lot di sini pada Ahad.Beliau berkata, beberapa persiapan lain bagi menyambut Aidilfitri turut musnah seperti pelbagai jenis biskut raya serta sejumlah duit raya yang disimpan dalam rumah berkenaan."Kesemua barangan berkenaan musnah dalam sekelip mata tanpa sempat diselamatkan dan kami kini tinggal sehelai sepinggang," katanya, yang tinggal berdua bersama isteri dan belum dikurniakan cahaya mata.Pekerja swasta itu berkata ketika kejadian dia serta isteri berada di tempat kerja masing-masing, dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakannya pada jam 8.25 pagi.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Timbalan Penguasa Bomba II, Yahaya Hanapi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.21 pagi sebelum bergegas ke lokasi tiga minit kemudian.Beliau berkata, sebanyak 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun serta lapan anggota dari BBP Paka dikerahkan ke lokasi kejadian dengan dua jentera."Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 9.02 pagi sebelum api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian," katanya sambil memaklumkan rumah separa kekal itu musnah hampir 100 peratus.Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan |
|
Dua kanak-kanak diselamatkan dalam kebakaran apartmen - Mgazette - 14/03 4:59 pm Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.37 pagi. Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dengan bantuan BBP Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejauh kira-kira enam kilometer dan tiba pada pukul 10.46 pagi |
|
Bomba selamat dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran - Sinarharian - 14/03 12:23 am PETALING JAYA Dua kanak-kanak diselamatkan anggota bomba ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran sebuah apartmen empat tingkat di Jalan 1 Emas, Taman Megah Emas di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.37 pagi itu, kedua-dua mangsa yang dianggarkan berusia antara empat hingga enam tahun ditemui dalam keadaan separa sedar di dalam sebuah bilik di kediaman terbabit.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.37 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bersama bantuan BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 10.46 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah apartmen empat tingkat di tingkat tiga."Kediaman berkeluasan kira-kira 600 kaki persegi itu terbakar kira-kira 50 peratus di bahagian ruang tamu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, ketika operasi pemadaman dijalankan, anggota bomba menemukan dua kanak-kanak, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, di dalam sebuah bilik dalam keadaan separa sedar."Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS)."Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital KJMC untuk rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS," katanya.Tambah beliau, operasi melibatkan seramai 13 anggota dengan kekuatan jentera dari BBP Damansara dan BBP Petaling Jaya."Operasi berjaya dikawal pada jam 10.54 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya |
|
Wanita warga emas rentung rumah terbakar - Sinarharian - 13/03 6:43 pm KEPALA BATAS [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Guar Kepayang, di sini pada petang Jumaat.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mangsa yang dikenali sebagai Siti Aishah Ahamad, berusia lingkungan 60-an ditemukan dalam keadaan rentung di dalam bilik tidur selepas kebakaran berjaya dikawal pasukan bomba.Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi.Menurutnya, jentera pertama tiba di tempat kejadian pada jam 5.15 petang, kira-kira tujuh kilometer dari balai."Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan kira-kira 40 x 80 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus."Semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE), mangsa ditemukan di dalam sebuah bilik tidur selepas kebakaran berjaya dikawal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, operasi memadam kebakaran dikawal pada jam 5.40 petang dan api dipadam sepenuhnya pada jam 5.46 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.31 malam."Dalam kejadian itu, dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu suami mangsa, Yaakub Aziz berusia lingkungan 60-an yang melecur di tangan serta anak mereka, Norhisham Yaakub berusia 20-an juga melecur di kaki."Seorang lagi penghuni iaitu kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan selamat," ujarnya.Difahamkan, rumah tersebut didiami tujuh ahli keluarga namun tiga lagi anak lelaki mereka tidak berada di lokasi kerana bekerja ketika kejadian.Mohamad Shoki berkata, kebakaran turut melibatkan empat buah motosikal iaitu Honda EX5 dengan kemusnahan kira-kira 70 peratus, Yamaha Lagenda (95 peratus), RXZ (95 peratus) dan Honda RS (95 peratus)."Operasi diketuai seorang pegawai kanan penguasa bomba serta 23 anggota daripada BBP Kepala Batas dengan bantuan BBP Tasek Gelugor, Butterworth dan Bertam."Turut membantu di lokasi ialah pasukan bomba sukarela dari Kepala Batas, Sungai Puyu, Raja Uda, Bagan Ajam dan Sungai Petani," katanya lagi.Menurutnya lagi, pasukan penyiasat kebakaran (FIO) bersama Unit Pengesan K9 turut dipanggil bagi membantu siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian."Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut memberikan khidmat nasihat serta mengambil maklumat pemilik rumah bagi membantu keluarga mangsa mengikut keperluan semasa."Kes juga melibatkan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya |
|
Rumah, kereta hangus dijilat api di Lipis - Mgazette - 12/03 3:29 pm Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 40 kaki X 40 kaki persegi dan sebuah Toyota Vios. "Sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Kuala Lipis) dibantu lima anggota daripada BBP Sungai Koyan bergegas ke lokasi |
|
Kebakaran hutan 37 ekar di Puncak Jalil dipadam sepenuhnya - Sinarharian - 12/03 9:31 am SHAH ALAM Kebakaran hutan bukit berkeluasan kira-kira 37 ekar di kawasan Puncak Jalil, Seri Kembangan dipadam sepenuhnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada awal pagi Khamis.Kejadian yang berlaku di kawasan PUJ 9/27E, Taman Puncak Jalil itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa atau kerosakan struktur.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.12 petang Rabu.Menurutnya, jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian untuk memulakan operasi pemadaman."Operasi awal mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit dengan anggaran keluasan kira-kira tiga ekar."Bagaimanapun api terus merebak dan keluasan kawasan terjejas meningkat kepada kira-kira lima ekar berdasarkan laporan kemas kini pada jam 9 malam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan pam jentera selain bantuan peralatan pemukul api (firebeater).Menurutnya, beberapa balai bomba turut digerakkan membantu operasi berkenaan iaitu BBP Cyberjaya, BBP Puchong, BBP Jalan Penchala dan BBP Subang Jaya."Pada jam 11.25 malam, operasi pemadaman dibahagikan kepada enam sektor utama dan anggota berjaya memadamkan kebakaran di semua sektor berkenaan."Hanya kebakaran kecil di bahagian puncak bukit masih berbaki dengan kira-kira lima peratus kawasan yang belum dipadam sepenuhnya," katanya.Ahmad Mukhlis berkata, unit dron turut digerakkan ke lokasi bagi membantu pemantauan kawasan yang sukar diakses anggota di bahagian puncak bukit.Menurutnya, hasil usaha berterusan anggota bomba, kebakaran tersebut akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada awal pagi."Komander operasi melaporkan kebakaran hutan berkeluasan kira-kira 37 ekar berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.48 pagi."Pemantauan susulan akan dilakukan di lokasi pada keesokan hari bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran," katanya.Beliau berkata, operasi itu melibatkan seramai 27 anggota bomba dengan bantuan beberapa jentera daripada balai terlibat |
|
Hutan berhampiran Plaza Tol Putrajaya terbakar - Mgazette - 12/03 7:52 am KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini. Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang |
|
Belukar tanah gambut seluas 29 hektar di Punggai, terbakar - Sinarharian - 12/03 7:45 am PENGERANG Kebakaran belukar melibatkan kawasan lalang dan tanah gambut di Jalan Bypass Punggai di sini sejak Isnin lalu memusnahkan kawasan seluas kira-kira 29.445 hektar.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I ( PBK I) Sabri Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.08 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai ke lokasi.Jelas beliau, setibanya pasukan di lokasi didapati kebakaran melibatkan lalang serta api gambut dengan keluasan awal kira-kira 8.09 hektar.Menurutnya, operasi pemadaman berdepan kesukaran berikutan tiada laluan masuk ke kawasan kebakaran selain ketiadaan sumber air berhampiran."Pada waktu malam, operasi pemadaman tidak dapat dilaksanakan kerana faktor keselamatan termasuk penglihatan yang terhad serta keadaan hutan tebal yang berisiko kepada anggota," katanya.Jelasnya, sehingga jam 6 petang pada 10 Mac, kebakaran dilaporkan merebak sehingga melibatkan keluasan keseluruhan 29.445 hektar.Bagaimanapun, pihak bomba berjaya memadamkan kira-kira 4.4175 hektar atau 15 peratus daripada kawasan terjejas ketika itu menggunakan satu aliran hos sepanjang 600 kaki, dua pancutan serta kaedah breaching dengan sumber air terbuka menggunakan pam jenis Tohatsu."Setakat jam 7 pagi pada 11 Mac, peratus kebakaran yang berjaya dipadamkan meningkat kepada 16 peratus bersamaan 4.71 hektar."Operasi pemadaman kemudian dipertingkatkan dengan penggunaan satu aliran hos sepanjang 1,100 kaki, dua breaching serta empat pancutan selain kaedah relay pumping menggunakan dua pam angkut dari sumber air terbuka berhampiran," ujarnya.Beliau berkata, secara keseluruhan sehingga kini kira-kira 5.89 hektar atau 20 peratus kebakaran berjaya dipadamkan, manakala baki kawasan yang masih terbakar dianggarkan seluas 23.555 hektar.Operasi pemadaman masih diteruskan dengan kekuatan 10 anggota dari BBP Punggai dan BBP Sebana Cove menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah kenderaan pacuan empat roda Triton |
|
Hutan berhampiran Plaza Tol Putrajaya terbakar - Sinarharian - 11/03 8:34 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini.Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang."Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan dua pancutan pam jentera serta kaedah firebeater |
|
Pekerja hotel maut tertimbus tanah runtuh - Sinarharian - 11/03 11:21 am SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah bangunan hotel di pusat bandar di sini, pada pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Agustine Frederick J Lingam, 76, yang juga kakitangan hotel tersebut ditemukan pada kedalaman kira-kira separuh daripada badannya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 pagi.Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Sandakan."Komander Operasi melapor kejadian berlaku semasa cuaca dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di hotel terputus."Kakitangan hotel kemudiannya cuba menghidupkan genset yang terletak di bahagian belakang bangunan hotel dan menurut saksi di lokasi, mangsa telah tertimbus tanah runtuh semasa cuba menghidupkan genset tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, Ketua Operasi membuat 'size-up' dan mendapati terdapat seorang mangsa tertimbus separuh badan oleh runtuhan tanah."Pasukan bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa dengan melakukan cari dan menggali menggunakan peralatan penyodok."Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.14 pagi, sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pemeriksaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Tambah beliau lagi, pemasangan sawar-sawar turut dilakukan di lokasi telah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud."operasi ditamatkan pada jam 8.19 pagi setelah memastikan keadaan selamat," katanya. |
|
Wanita maut jatuh tasik ketika cuba lari dari pegawai kedutaan - Sinarharian - 10/03 8:18 am CHERAS - Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai melarikan diri daripada pihak kedutaan maut selepas jatuh ke dalam tasik di Taman Tasik Lake Valley Bandar Tun Hussien Onn di sini pada Isnin.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 4.35 petang.Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn telah dikejarkan ke lokasi bagi operasi mencari mangsa."Operasi dibantu Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pelabuhan Klang, BBP Shah Alam dan BBP KLIA."Unit PPDA telah melakukan selaman pada jam 10.10 malam sebelum mangsa yang disahkan meninggal dunia itu dijumpai pada 10.19 malam di jarak kira-kira enam meter dari tebing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa berusia lingkungan 30-an telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Tambahnya, operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta wakil Kedutaan Indonesia."Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.10 malam," ujarnya. |
|
Elak dicekup kedutaan, wanita ditemukan lemas selepas terjun tasik Elak .. - Mgazette - 10/03 7:52 am Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu jam 4.35 petang semalam. Seramai enam anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn; BBP Shah Alam dan BBP KLIA bergegas ke lokasi kejadian |
|
Lelaki maut, dua kanak-kanak cedera kereta terbakar langgar jentera berat - Sinarharian - 9/03 11:22 am KLUANG - Seorang lelaki maut manakala dua kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah jentera berat jenis JCB sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Kota TinggiKluang berhampiran Ladang Tabung Haji, awal pagi Isnin.Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Nor Salihin, 37, yang juga bapa tiri kepada dua kanak-kanak perempuan terbabit iaitu Nawwal Husna, 7, serta kakaknya, Isyah Radiah Mohd Aizam, 10.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II ( PBKII) Juazman Miskon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam digerakkan ke lokasi kejadian.Menurutnya, sepasukan 11 anggota bersama dua jentera termasuk bantuan dari BBP Bandar Tenggara tiba di lokasi kira-kira jam 12.58 tengah malam."Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati sebuah kereta Toyota Vios terbakar kira-kira 80 peratus akibat kemalangan dengan sebuah jentera berat JCB."Pemandu kereta, lelaki berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, dua penumpang kereta berkenaan iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 7 tahun mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam.Menurutnya, pemandu jentera JCB berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta itu terbakar."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air daripada jentera," katanya.Katanya, operasi berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 pagi selepas pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat.Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |