| /// |
|
| Search : Allahyarham Tun News | Page 1 |
|
‘Keluarga terkejut pemergian Allahyarham, semalam masih ceria di .. - Mygazette - 29/09 8:09 am # 'Keluarga terkejut pemergian Allahyarham, semalam masih ceria di IJN' - Mokhzani PUTRAJAYA Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang disifatkan berlaku secara tidak diduga |
|
Jenazah Siti Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara - Mygazette - 29/09 8:09 am # Jenazah Siti Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara PUTRAJAYA Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada usia 100 tahun selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini dengan penuh penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara |
|
Maha Klinik Bukti Cinta Dr Mahathir Kepada Dr Siti Hasmah - Mydateline - 29/09 8:00 am Maha Klinik yang beroperasi sejak 1957 di sinidigambarkan sebagai bukti kisah cinta abadi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap isterinya, Allahyarham Tun Dr .. |
|
Terima kasih Kak Hasmah atas setiap budimu – PM Anwar kenang jasa Tun Dr Hasmah - Mydateline - 29/09 7:00 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah .. |
|
Ucapan takziah buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah terus mencurah-curah - Astroawani - 29/09 6:40 am Ucapan takziah daripada pemimpin Pakistan, Maldives dan Kemboja susulan pemergian Tun Dr Siti Hasmah, mengenang jasa beliau dalam perubatan, kesihatan awam dan kebajikan. |
|
Kalah atau menang, Tun Dr Hasmah sentiasa ada Chong Wei - Sinarharian - 28/09 11:33 pm KALAH atau menang, sokongan dan kasih sayang Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali terhadap skuad badminton negara tidak pernah putus, malah kehadirannya sentiasa dirasakan sepanjang hampir dua dekad karier Datuk Seri Lee Chong Wei.Bagi bekas pemain perseorangan lelaki negara itu, Dr Hasmah bukan sekadar penaung atau isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya insan yang sentiasa ada di sisi pemain ketika mereka menikmati kemenangan mahupun berdepan kekecewaan."Dalam tempoh hampir 20 tahun karier badminton saya, dari budak hingusan yang baru masuk skuad kebangsaan hinggalah bertanding di pentas dunia, Tun sentiasa ada."Kalah atau menang, sokongan dan kasih sayang Tun tak pernah putus," katanya pada Isnin di laman media sosialnya.Chong Wei berkata, pemergian Dr Hasmah turut mengimbau kembali perbualan terakhir mereka ketika Terbuka Malaysia awal tahun ini, apabila Allahyarham begitu bersemangat untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada pemain negara."Tun semangat sangat kata nak datang stadium bagi sokongan pada pemain-pemain kita |
|
Anwar kenang Dr Hasmah sebagai sosok ibu penuh kelembutan, kasih sayang - Sinarharian - 28/09 11:29 pm KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai sosok ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang, selain sahabat serta rakan karib yang amat dekat dengan beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Anwar berkata, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Allahyarham yang disifatkannya sebagai seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap orang berasa dekat dan dihargai.Beliau berkata, sukar bagi beliau dan Wan Azizah menerima hakikat bahawa Allahyarham kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap kenangan indah yang dikongsi bersama kembali terbayang dalam ingatan."Hadir bersama-sama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib padatahun-tahun lampau," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin yang turut disertakan beberapa keping gambar beliau dan isteri menziarahi jenazah Allahyarham serta bertemu dengan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.Anwar dan Wan Azizah turut mendoakan agar Dr Mahathir terus diberikekuatan untuk menghadapi ujian berkenaan, selain dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.Mereka turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampuni Allahyarham, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh."Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu," katanya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isninpada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada 6.20 petang tadi di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya dengan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara |
|
Tun Dr Hasmah bukan sekadar doktor, turut latih bidan luar bandar - ABIM - Sinarharian - 28/09 10:51 pm SHAH ALAM Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali bukan sekadar mencurahkan khidmat sebagai doktor, malah turut membantu melatih bidan serta membina kepercayaan antara petugas kesihatan dengan masyarakat luar bandar.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, sebagai doktor wanita Melayu terawal, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu banyak merintis khidmat kesihatan untuk ibu, anak dan keluarga di luar bandar."Beliau memahami bahawa kesukaran mendapatkan rawatan bukan hanya soal kesedaran, malah ada keluarga yang berdepan jarak, ketiadaan pengangkutan dan kekangan wang."Pada beliau, khidmat yang berkesan bermula dengan mendengar dan memahami kehidupan orang yang dibantu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Fahmi berkata, kepedulian Allahyarham kemudiannya turut berkembang kepada bidang pendidikan dan keupayaan ekonomi wanita luar bandar."Perjalanan hidup Allahyarham memperlihatkan wibawa seorang wanita Melayu Islam yang memimpin melalui ilmu, ketekunan dan kerja yang nyata."Beliau meninggalkan teladan kepada generasi muda bahawa kedudukan memberi ruang untuk berkhidmat, tetapi jasa dibina melalui kehadiran yang berterusan bersama masyarakat," tambahnya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Allahyarham Dr Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi Isnin.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi turut berkongsi cara terbaik untuk mengenang Allahyarham adalah dengan meneruskan perhatian kepada golongan yang mudah tercicir termasuk ibu dan anak yang memerlukan penjagaan."Termasuk keluarga yang jauh daripada perkhidmatan kesihatan, serta wanita yang memerlukan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik," katanya.Ahmad Fahmi turut merakamkan takziah kepada Dr Mahathir dan seluruh keluarga atas pemergian Dr Hasmah."Semoga ALLAH SWT mengampuni Allahyarham, menerima segala amal baktinya dan mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan |
|
Tun Dr Hasmah sumber kekuatan Tun Mahathir - Johan Jaaffar - Sinarharian - 28/09 10:48 pm SHAH ALAM - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menyifatkan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebagai sumber kekuatan dan ketabahan kepada suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.Johan berkata, Allahyarham juga merupakan 'Ibu Negara yang sebenar' selain menjadi sumber harapan kepada wanita di negara ini."Saya sedang mengembara di suatu tempat di Himalaya |
|
PM Anwar kenang Dr Siti Hasmah sebagai sosok ibu penuh kelembutan, kasih sayang - Astroawani - 28/09 10:39 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai sosok ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang, selain sahabat serta rakan karib yang amat dekat dengan beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
|
PM Singapura hargai kehidupan, legasi luar biasa Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 9:06 pm SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong memberi penghormatan kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali, mengenang doktor perintis itu atas sumbangannya dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial yang menyentuh kehidupan generasi rakyat Malaysia.Dalam menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga, Wong berkata, Dr Hasmah menjalani kehidupan yang luar biasa."Sebagai perintis dalam bidangnya, beliau memberikan sumbangan penting kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial di Malaysia |
|
'Beliau seperti seorang ibu' - Mohd Shuhaily kongsi kenangan bersama Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 8:58 pm PUTRAJAYA - "Setiap kali habis tugasan, setiap hari beliau akan tanya kami, dah makan ke belum? Cukup rehat?"Itu perkongsian Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman semasa mengiring Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke luar negara.Menurut Mohd Shuhaily, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sentiasa mengambil berat kebajikan anggota keselamatan yang menjalankan tugas mengiringi pasangan negarawan berkenaan."Keprihatinan Allahyarham membuatkan beliau bukan sekadar isteri kepada seorang Perdana Menteri, sebaliknya sudah dianggap seperti seorang ibu."Bagi kami yang berada dalam pasukan keselamatan, beliau seperti seorang ibu |
|
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus sifatkan Tun Dr Hasmah penyayang, ambil berat rakyat - Sinarharian - 28/09 8:50 pm KUALA LUMPUR - Pemenang Hadiah Nobel Profesor Muhammad Yunus memuat naik hantaran di Facebook mengenang Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali, menyifatkan beliau sebagai seorang doktor dan penjawat awam yang penyayang yang sumbangannya membantu memajukan usaha membawa perkhidmatan kewangan kepada keluarga termiskin di dunia.Dalam ucapan takziah yang dikongsikan pada laman media sosial itu pada Isnin, Yunus berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian Dr Hasmah dan mengucapkan takziah kepada suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anak perempuan mereka Marina dan rakyat Malaysia."Ingatan dan doa saya bersama anda semua pada masa kehilangan yang besar ini."Adalah satu keistimewaan dan kegembiraan mengenali Dr Hasmah sebagai kawan sejak 1990-an |
|
'Tun Dr Hasmah sudah bersedia untuk tinggalkan kami' Mukhriz Mahathir - Sinarharian - 28/09 8:30 pm PUTRAJAYA Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali menyatakan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa beliau sudah bersedia untuk meninggalkan mereka semua, sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir.Mukhriz berkata, beliau sempat bersama ibunya pada malam sebelum Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Menurutnya, walaupun berada di IJN kerana masalah kesihatan, Tun Dr Hasmah ketika itu berada dalam keadaan ceria."Waktu itu dia sudah pun berada di IJN atas sakit yang lain sebenarnya tetapi moodnya sangat ceria walaupun begitu dia ada beritahu saya yang dia dah bersedia untuk meninggalkan kita semua."Jadi nampaknya dia dah bertawakal," katanya ketika ditemui selepas istiadat pengebumian Tun Dr Hasmah di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini pada Isnin.Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, pada pagi Isnin, beliau menerima makluman daripada pihak hospital bahawa ibunya mengalami masalah jantung sebelum bergegas ke IJN."Pihak pakar di IJN pada waktu itu tengah melakukan prosedur pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas Dr Hasmah dan kemudian dipindah ke Unit Rawatan Koronari (CCU)."Pada jam 9 pagi kami dimaklumkan bahawa CPR yang telah dijalankan itu hanya akan dibuat selama 15 minit lagi dan kalau jantung tak terus berfungsi maka tindakan CPR itu akan dihentikan," katanya.Beliau berkata, keluarga ketika itu sudah memahami maksud penjelasan doktor berkenaan sebelum Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir.Dalam pada itu, Mukhriz turut berkongsi momen menyentuh hati apabila ibunya masih memikirkan masa depan rakyat dan negara sehingga ke saat-saat akhir."Sampai ke saat-saat akhir dia masih lagi memikirkan soal masa depan kita," katanya.Menurut Mukhriz, beliau menganggap dirinya sebagai antara anak yang bertuah kerana sehingga usia 62 tahun, masih mempunyai ibu dan bapa."Saya anggap itu satu tuah yang sangat-sangat bermakna bukan hanya pada keluarga kami, insya-ALLAH juga bagi negara kerana Tun Dr Hasmah sebenarnya seorang yang sentiasa utamakan khidmat bagi rakyat dan bagi negara," katanya. |
|
Allahyarham Tun Dr Hasmah ceria sehari sebelum pemergian - Mokhzani Mahathir - Sinarharian - 28/09 8:06 pm PUTRAJAYA Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali berada dalam keadaan ceria ketika bersama keluarga di Institut Jantung Negara (IJN) sehari sebelum pemergiannya pada Isnin.Berkongsi perkara itu, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, keluarga terkejut dengan perubahan keadaan ibunya yang berlaku secara mendadak."Kami terkejut pagi tadi kerana semalam keluarga berada bersama Allahyarham di IJN |
|
'Jika ada kesilapan Tun Hasmah, ampun dan maaf kami pinta' - Mukhriz Mahathir - Sinarharian - 28/09 7:35 pm SHAH ALAM - Anak kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon kepada orang ramai agar memaafkan segala kesilapan dan salah laku ibunya.Mukhriz berkata, dalam masa sama sekiranya terdapat hutang piutang yang masih belum diselesaikan Allahyarham, pihak berkenaan boleh berurusan dengan keluarga."Jika ada apa-apa kesilapan atau salah laku daripada pihak beliau, ampun dan maaf kami pinta."Sekiranya ada hutang piutang yang belum selesai, sila berurusan dengan kami pihak keluarga |
|
Vincent Tan kenang Tun Dr Hasmah sebagai insan sopan, rendah hati dan penyayang - Sinarharian - 28/09 7:26 pm KUALA LUMPUR - Tokoh perniagaan, Tan Sri Vincent Tan menzahirkan penghormatan kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, yang dikenangnya sebagai insan yang sopan, rendah hati dan penyayang, selain sentiasa membawa diri dengan penuh maruah serta wibawa dan dekat di hati ramai rakyat Malaysia.Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga, serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat negara."Saya sentiasa mengagumi dan menghormati Tun Dr Hasmah kerana keperibadian beliau yang begitu terserlah, seorang yang sopan, rendah hati, penyayang dan sentiasa membawa diri dengan penuh maruah serta wibawa," katanya ketika dihubungi Bernama.Vincent menyifatkan Dr Hasmah sebagai isteri dan ibu yang penyayang serta setia mendampingi Dr Mahathir sepanjang tempoh khidmat panjang beliau kepada negara."Selama 22 tahun 22 bulan, beliau merupakan Wanita Pertama kita |
|
Tun Dr Hasmah sentiasa lemah lembut, baik hati - Pengerusi Eksekutif YTL Corp - Sinarharian - 28/09 6:59 pm KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif YTL Corp Group, Tan Sri Francis Yeoh menyifatkan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebagai seorang insan yang sentiasa lemah lembut dan baik hati."Saya dan keluarga sedih atas pemergian Dr Hasmah sepertimana ramai rakyat Malaysia yang turut merasakan kehilangan ini."Beliau sering bertanya khabar mengenai ibu saya |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 6:49 pm PUTRAJAYA - Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Isnin.Pengebumian Allahyarham diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara diketuai Kapten Ahmad Saufi Md Isa dari Markas Tentera Darat.Penghormatan itu melibatkan lapan pegawai gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bacaan talkin dan doa kemudian dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.Istiadat itu selesai sekitar jam 6.40 petang.Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi Pusara Negara ketika istiadat pengebumian berlangsung dengan penghormatan terakhir diberikan kepada Allahyarham yang juga tokoh perubatan negara.Allahyarham Tun Dr Hasmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selesai - Astroawani - 28/09 6:43 pm Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 100 tahun, selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, hari ini. |
|
MAHA Klinik bukti cinta Tun Dr Mahathir kepada Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 6:41 pm ALOR SETAR Nama MAHA Klinik di sini bukan sekadar merujuk kepada sebuah pusat rawatan yang mempunyai sejarah panjang, malah menjadi simbol dan tinggalan yang mengabadikan kisah kasih sayang antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.Pembantu Tadbir MAHA Klinik, Mercy Samuel, 69, berkata, nama unik klinik swasta bumiputera yang ditubuhkan pada 1957 itu merupakan gabungan nama 'Mahathir' dan 'Hasmah'.Menurut beliau, hubungan pasangan tersebut amat rapat sehingga Allahyarhamah Tun Dr Hasmah sering dilihat menemani Tun Dr Mahathir dalam pelbagai urusan, termasuk ketika berkunjung ke klinik berkenaan."Tun Dr Mahathir tidak ke mana-mana tanpa Tun Dr Hasmah |
|
Ribuan jemaah tunaikan solat jenazah Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 6:12 pm KUALA LUMPUR - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang Isnin,bagi menunaikan solat jenazah Allahyarham Tun DrHasmah Mohd Ali yang diadakan sebanyak dua kali, dengan kehadiran jemaah hingga ke luar ruang solat masjid.Solat jenazah pertama yang diadakan selepas solat Asar itu diimamkan Imam Masjid As-Syarif, Muhammad Danial Hussain yang dipenuhi ribuan jemaah, sebelum solat jenazah kali kedua diadakan bagi memberi peluang kepada jemaah yang lain juga, untuk bersama-sama mendoakan Allahyarham.Antara yang menunaikan solat jenazah ialah suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta menteri-menteri Kabinet.Turut bersama-sama dalam saf ialah anak-anak serta ahli keluarga Allahyarham, serta dua lagi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain ahli-ahli Parlimen, tokoh korporat dan orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat.Tinjauan Bernama mendapati ruang utama masjid dipenuhi jemaah sehingga sebahagian daripada mereka membentuk saf di kawasan luar masjid untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.Orang ramai mula berkumpul di pekarangan masjid sejak tengah hari bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Dr Hasmah, dengan wakil perwakilan asing serta masyarakat bukan Islam turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada DrHasmah, sebelum meninggalkan masjid.Selesai urusan solat jenazah, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari masjid untuk dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya bagi istiadat pengebumian.Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isninpada usia 100 tahun |
|
Solat jenazah Tun Dr Siti Hasmah selesai, ribuan hadir beri penghormatan terakhir - Astroawani - 28/09 6:01 pm Solat jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selesai ditunaikan kira-kira jam 5.10 petang, di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini, pada Isnin. |
|
Tun Dr Hasmah peramah, penyayang, sentiasa di sisi Tun M Haniff Khatri - Sinarharian - 28/09 5:30 pm PUTRAJAYA Sifat peramah dan penyayang yang dimiliki Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali antara kenangan paling melekat dalam ingatan peguam, Haniff Khatri Abdulla.Haniff berkata, beliau berpeluang berurusan dengan Tun Dr Hasmah dalam beberapa urusan profesional dan melihat sendiri bagaimana Allahyarham melayani setiap individu yang ditemuinya."Kalau kami pergi pejabat untuk apa-apa urusan pun, urusan kita profesional dengan Tun dan sebagainya |
|
Tunku Azizah, Tengku Hasanal tiba di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 5:26 pm PUTRAJAYA - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara individu kenamaan hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, di sini pada Isnin.Baginda tiba sekitar jam 4.45 petang dengan diiringi kenderaan polis.Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib serta Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.Selain itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid bersama pegawai kanan juga hadir.Juga kelihatan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador serta Tan Sri Abu Kassim Mohamed iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan Pusara Negara mula dipenuhi orang ramai seawal jam 3.30 petang.Kawasan sekitar tanah perkuburan juga dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kelancaran lalu lintas.Dr Hasmah berusia 100 tahun menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi, Isnin.Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
Anwar, Dr Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 5:20 pm SERI KEMBANGAN -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini.Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di pekarangan masjid pada 4 petang dan kemudian menyantuni suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah.Perdana Menteriturut dilihat bersalaman dan berbual ringkas dengan Dr Mahathir.Terdahulu, orang ramai, barisan kenamaan serta perwakilan asing hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepadaAllahyarham Dr Hasmah.Anwar bersama ahli keluarga Allahyarham serta hadirin kemudianmenunaikan solat Asar.Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya petang ini bagi istiadat pengebumian.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun |
|
Tun Dr Hasmah dikenang sebagai 'Mother of the Nation' yang penyayang - Sinarharian - 28/09 5:19 pm KUALA LUMPUR - Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai seorang 'Ibu Negara' atau 'Mother of the Nation' yang penuh dengan sifat penyayang, selain rendah hati dan kemesraannya yang meninggalkan kesan mendalam kepada setiap individu yang mengenalinya.Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kejururawatan Global Doctors Hospital, Suhaila Mohd Kassim berkata, kehadiran Dr Hasmah sentiasa membawa kegembiran dan semangat kepada petugassetiap kali beliau berkunjung ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan."Sifat rendahhati, kemesraan dan senyuman beliau ialah lambangkeanggunan yang sebenar |
|
Sultan Pahang, Tengku Ampuan beri penghormatan terakhir buat Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 4:05 pm SERI KEMBANGAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah danTengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Keberangkatan tiba baginda berduapada 2.10 petang diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin, pada usia 100 tahun.Beliau meninggalkan tujuh orang anak.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan isteri, Datin SeriAzrina Puteri Mohamed Mahyuddin;serta Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Mereka yang lain termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin; Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa;artis Datuk DJ Dave, Tan Sri Rais Yatim dan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan.Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas itu menyifatkan pemergian Dr Hasmah sebagai satu kehilangan besar buatnegara, khususnya kepada golongan wanita dan ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).Ahmad Zahid berkata, beliau bersama-sama isteri Datin Seri Hamidah Khamissempat menziarahi Allahyarham di kediamannya Isnin lepas.Beliau berkata, pertemuan itu turut menjadi ruang buat isteri beliau bersama-samaAllahyarham,yang juga anggota Bakti,mengenang kembali pelbagai kisah dan pengalaman lama."Yang diceritakan oleh isteri saya, beliau (Dr Hasmah) banyak bercerita mengenai alam baqa, Padang Mahsyar seolah-olah mengetahui akan pergi buat selama-lamanya."Tentu kami merasakan kehilangan yang teramat, kerana Allahyarham telah banyak menabur jasa, terutama dalam kalangan wanita dan ahli-ahli Bakti," katanya.DrHasmah akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya |
|
Dr Siti Hasmah banyak cerita soal tuhan, alam baqa sebelum pemergiannya... - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Dr Siti Hasmah banyak cerita soal tuhan, alam baqa sebelum pemergiannya Zahid SERI KEMBANGAN Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali banyak bercerita mengenai tuhan, alam baqa dan Padang Mahsyar sebelum pemergiannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Dr. Siti Hasmah disayangi tanpa mengira kecenderungan politik – .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Dr. Siti Hasmah disayangi tanpa mengira kecenderungan politik - Shahrizat KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Allahyarham Tun Dr |
|
Malaysia kehilangan tokoh wanita yang jadi saksi seabad perjalanan negara .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Malaysia kehilangan tokoh wanita yang jadi saksi seabad perjalanan negara - Pejuang KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menggambarkan Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang melalui hampir seabad perjalanan negara, susulan pemergian Allahyarham Tun Dr |
|
Ahmad Zahid, Fahmi Fadzil Antara Anggota Kabinet Ziarah Jenazah Dr Siti... - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Ahmad Zahid, Fahmi Fadzil Antara Anggota Kabinet Ziarah Jenazah Dr Siti Hasmah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di kediaman Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.Turut menziarah adalah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang tiba di kediaman Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah. |
|
Allahyarham Dr. Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Allahyarham Dr. Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara KUALA LUMPUR - Allahyarham Tun Dr |
|
[TERKINI] Tun Dr Siti Hasmah banyak berbicara soal akhirat sebelum pemergiannya - Zahid - Astroawani - 28/09 3:38 pm Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali banyak berbicara mengenai soal ketuhanan dan kehidupan selepas mati ketika menerima kunjungan isterinya di kediaman keluarga, kira-kira seminggu lalu. |
|
Pemergian Tun Dr Hasmah: Kerajaan zahir ucapan takziah, rangkaian media dimohon beri penghormatan Fahmi - Sinarharian - 28/09 3:12 pm KUALA LUMPUR - Semua stesen televisyen dan radio tempatan dimohon supaya menyederhanakan serta menyesuaikan pengisian program siaran masing-masing sebagai tanda penghormatan terakhir atas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali hari ini.Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut mengucapkan takziah atas pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu."Bagi pihak kerajaan, saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Hasmah, dan juga khusus buat Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga."Ini adalah satu momen yang amat mendukakan |
|
Tun Dr Hasmah banyak bercerita soal tuhan, alam baqa bersama isteri Ahmad Zahid - Sinarharian - 28/09 3:07 pm SHAH ALAM - Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali banyak bercerita mengenai tuhan, alam baqa dan padang mahsyar ketika pertemuan terakhir bersama isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya pada minggu lalu.Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahmad Zahid ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham.Menurut Ahmad Zahid, pertemuan itu menyentuh pelbagai kisah lama apabila isterinya yang merupakan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkesempatan berbual panjang serta bernostalgia bersama Allahyarham."Secara kebetulan, isteri saya baru mengunjungi Allahyarham Tun Hasmah pada minggu lepas |
|
Ahmad Zahid ziarah jenazah Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 3:02 pm SHAH ALAM Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menziarahi Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali di The Mines Residence, Seri Kembangan pada Isnin.Kehadiran Ahmad Zahid sekitar jam 2 petang itu bagi menyampaikan penghormatan terakhir serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Dr Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi tadi.Berita pemergian itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah dilaporkan meninggalkan IJN pada jam 10.48 pagi sebelum tiba di The Mines Residence.Kerajaan turut mengumumkan Allahyarhamah akan diberikan penghormatan pengebumian negara. |
|
[TERKINI] Lee Hsien Loong kenang jasa, keperibadian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah - Astroawani - 28/09 2:50 pm Hsien Loong turut menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham. |
|
Negara akan sentiasa kenang jasa, sumbangan Tun Dr Hasmah - Onn Hafiz - Sinarharian - 28/09 2:24 pm JOHOR BAHRU - Negara akan sentiasa mengenang jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sepanjang hayatnya.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada negara."Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 2:08 pm PUTRAJAYA Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada Isnin.Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, istiadat pengebumian jenazah akan disempurnakan selepas selesai urusan pengurusan, penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.Jenazah akan dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jam 4.30 petang bagi tujuan tersebut.Allahyarham Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Dr Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dan kemudiannya membina kerjaya panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kerja kemasyarakatan.Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan menamatkan pengajian pada 1955.Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk Kedah, dengan sebahagian besar tugasnya tertumpu kepada kesihatan awam serta penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.Dr Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956.Pasangan itu dikurniakan empat anak kandung, Marina, Tan Sri Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.Dr Hasmah yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 12 Julai lalu, merupakan antara tokoh perubatan wanita terawal negara dan banyak menyumbang dalam bidang kesihatan awam, khususnya kesihatan ibu dan kanak-kanak. |
|
[TERKINI] Jenazah Tun Dr Siti Hasmah dibawa ke kediaman keluarga sebelum disemadikan petang ini - Astroawani - 28/09 1:30 pm Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa ke kediaman keluarga bagi memberi ruang kepada ahli keluarga serta kenalan terdekat mengadakan bacaan Yasin sebelum urusan pengebumian dijalankan. |
|
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Azizah zahir ucap takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 12:33 am KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang memaklumkan baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang."Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh |
|
Tun Dr Hasmah diberi taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara - Sinarharian - 28/09 12:14 am PUTRAJAYA Kerajaan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera telah diarahkan untuk membantu pengurusan serta memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara."Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.AKAN MENYUSUL |
|
[TERKINI] Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah - PM Anwar - Astroawani - 28/09 12:10 am Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu urusan pengurusan serta pelaksanaan istiadat berkenaan. |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah dibawa pulang ke kediaman di The Mines - Sinarharian - 28/09 11:39 am KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.48 pagi ini untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.Tinjauan Bernama di pekarangan IJN mendapati suasana pilu menyelubungi persekitaran pusat perubatan berkenaan sebaik kenderaan yang membawa jenazah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bergerak menuju ke kediaman Allahyarham.Antara ahli keluarga yang dilihat hadir di IJN ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.Beberapa anggota polis bersama dengan pengawal keselamatan IJN turut ditempatkan di sekitar pintu masuk bagi mengawal pergerakan orang ramai serta memastikan aliran lalu lintas lancar.Selain itu, petugas media turut kelihatan bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan terkini.Setakat ini, pihak IJN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemergian AllahyarhamTerdahulu, Dr Hasmah disahkan meninggal dunia di IJN pagi ini pada usia 100 tahun |
|
Tun M kongsi 'pemergian' isterinya Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 11:10 am KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi penghormatan buat isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada Isnin.Menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, Dr Mahathir memuat naik gambar Allahyarham bersama ungkapan "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un".Gambar berkenaan turut memaparkan tarikh kelahiran Allahyarham iaitu 12 Julai 1926 hingga 28 September 2026, selain doa agar ALLAH SWT mengampuni, merahmati, menyejahterakan dan memaafkan Allahyarham.Pemergian Dr Hasmah pada jam 9.20 pagi disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Allahyarham berkahwin dengan Dr Mahathir pada 1956 dan dikurniakan empat anak kandung, Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.Pemergian Allahyarham turut mendapat perhatian Istana Negara apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. |
|
MIHAS 2026 catat lonjakan bermakna - Sinarharian - 24/09 6:40 pm KUALA LUMPUR - Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang memasuki tahun ke-22 mencatatkan lonjakan bermakna sejak penubuhannya pada 2004.Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perubahan berkenaan dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah penyertaan pempamer, pembukaan reruai serta penglibatan pemain industri halal tempatan dan antarabangsa.Menurut beliau, cetusan idea daripada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi itu terbukti berkesan apabila industri halal Malaysia semakin mendapat pengiktirafan, termasuk di peringkat global."Alhamdulillah MIHAS sudah memasuki tahun penganjuran ke-22, satu perjalanan yang amat panjang sejak diperkenalkan pada 2004."Cetusan idea daripada Allahyarham Tun Abdullah |
|
Tiada lagi bermain golf jam 2 petang ??? Ketua Hakim Negara - Mygazette - 16/09 7:58 am # Tiada lagi bermain golf jam 2 petang Ketua Hakim Negara PUTRAJAYA Tiada lagi bermain golf jam 2 petang pada hari bekerja antara pendekatan tegas Allahyarham Tun Mohd Eusoff Chin dalam memastikan disiplin dan ketepatan masa hakim ketika menerajui institusi kehakiman negara |
|
Empat tokoh tinggalkan legasi besar kepada kehakiman negara - Mygazette - 15/09 2:47 pm # Empat tokoh tinggalkan legasi besar kepada kehakiman negara PUTRAJAYA - Empat tokoh kehakiman yang pernah menerajui institusi perundangan negara meninggalkan legasi berbeza, namun sumbangan mereka terus menjadi asas penting kepada perjalanan kehakiman Malaysia hari ini. Mereka ialah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohd Eusoff Chin, Allahyarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad, serta mantan Hakim Besar Malaya, Allahyarhamah Tan Sri Siti Norma Yaakob |
|
Tun Abdul Razak: Arkitek pembangunan negara bangsa, legasi jadi panduan - Sinarharian - 10/09 9:30 am KUALA LUMPUR - Legasi Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam membina asas perpaduan, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi negara terus relevan sebagai panduan dalam memperkukuh pembinaan negara bangsa hari ini.Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sumbangan negarawan itu bukan sekadar tercatat dalam sejarah, malah asas yang dibina sejak beberapa dekad lalu terus diterjemahkan menerusi pelbagai usaha kerajaan dalam memperkukuh perpaduan dan identiti nasional."Tun Abdul Razak memainkan peranan penting dalam memulihkan keamanan dan kestabilan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969, khususnya ketika mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan pada 16 Mei 1969."Di bawah kepimpinan MAGERAN, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada Julai 1969, manakala Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan pada Januari 1970 sebagai platform membina semula perpaduan nasional," katanya ketika berucap pada program 'Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak: Arkitek Pembangunan Negara Bangsa di Memorial Tun Abdul Razak, di sini pada Selasa.Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Datuk Seri Ahmad Fahmi Fadzil, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan ahli keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak termasuk Tan Sri Mohamed Nazir Razak.Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara dan Yayasan Tun Razak itu dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia selain bertujuan mengenang serta mengangkat legasi negarawan supaya terus dikenali dan dihayati generasi masa kini serta akan datang.Asas perpaduan terus diperkasaDalam pada itu Aaron menegaskan, asas perpaduan yang dibina ketika era Allahyarham Tun Abdul Razak kini diteruskan melalui gerak kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).Menurut beliau, lebih 8,659 Kawasan Rukun Tetangga, 5,507 Skim Rondaan Sukarela dan lebih 1,700 Tabika Perpaduan menjadi antara platform penglibatan masyarakat di peringkat akar umbi.Dalam menangani isu perpaduan, pendekatan reformatif turut diperkasa menerusi perkhidmatan mediasi yang melibatkan 595 mediator dan 12 Pusat Mediasi Komuniti, selain Sistem RAKAN sebagai saluran rakyat melaporkan isu untuk tindakan segera agensi kerajaan berkaitan."Antara hasil penting usaha MAGERAN ialah pengisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan."Setelah 56 tahun, Rukun Negara kekal relevan dan terus menjadi kompas dalam membina jati diri serta memperkukuh perpaduan rakyat," ujarnya.Bagi memastikan penghayatan Rukun Negara berkembang mengikut keperluan zaman, Aaron menjelaskan, Kementerian Perpaduan Negara melaksanakan pendekatan cradle to grave melalui Tabika Perpaduan seawal usia empat tahun, sebelum diteruskan menerusi Kelab Rukun Negara di sekolah dan Sekretariat Rukun Negara di institusi pengajian tinggi.Selain itu beliau berkata, pelbagai inisiatif turut diperkenalkan kerajaan termasuk Gerak Integrasi Perpaduan, Jelajah Belia Rukun Negara, Citra Negaraku dan Arkib@Sekolah bagi meningkatkan penghayatan serta pengamalan Rukun Negara.Pendidikan dan ekonomiSelain perpaduan, Allahyarham Tun Abdul Razak turut meninggalkan legasi besar dalam bidang pendidikan dan pembangunan sosioekonomi negara.Menerusi Penyata Razak 1956, Aaron memaklumkan, Perdana Menteri kedua itu meletakkan asas kepada sistem pendidikan kebangsaan dengan menjadikan pendidikan sebagai instrumen penting untuk membina identiti bersama dengan memelihara kepelbagaian bahasa serta budaya.Dalam pembangunan ekonomi pula, negarawan yang digelar Bapa Pembangunan itu meletakkan asas kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum serta penyusunan semula masyarakat bagi mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi.Menerusi Rancangan Buku Hijau, Allahyarham Tun Abdul Razak turut memberi penekanan kepada peningkatan pengeluaran makanan, penggunaan tanah secara optimum dan penambahan pendapatan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar.Legasi diteruskan menerusi RMK13Mengambil semangat dan gagasan yang dipelopori negarawan terdahulu, Kementerian Perpaduan Negara kini terus memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa |
|
Hayati, semarakkan obor perjuangan Tun Abdul Razak - Anwar - Sinarharian - 8/09 12:14 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa generasi muda agar tidak sekadar mengenang Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai tokoh sejarah, sebaliknya menghidupkan semula obor perjuangan dan gagasan negarawan itu dalam mendepani cabaran pembinaan negara bangsa.Anwar berkata, usaha mengenang jasa Perdana Menteri kedua itu perlu disertai pemahaman mendalam terhadap gagasan, pemikiran serta nilai yang diperjuangkannya agar dapat dijadikan panduan utama dalam menghadapi cabaran semasa.Beliau menegaskan tokoh seperti Tun Abdul Razak tidak seharusnya dilihat sekadar sebahagian daripada catatan sejarah kerana pemikiran dan perjuangannya mempunyai nilai yang terus relevan untuk generasi hari ini serta masa hadapan."Tokoh ini tidak sembarangan dan tidak datang dan pergi sebagai suatu kisah sejarah yang mudah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |