///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Akta Pengangkutan News   Page 1    





Lagi kemalangan babitkan pemandu mabuk di Kajang awal pagi tadi Lagi .. - Mgazette - 31/03 3:38 pm

Menurut Naazron, hasil siasatan mendapati pemandu SUV berusia 51 tahun berkenaan positif alkohol dan kini direman dua hari bagi membantu siasatan lanjut. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Konflik memuncak, ekonomi terancam, apa pelan kerajaan? – HAKS - Mgazette - 31/03 3:38 pm

# Konflik memuncak, ekonomi terancam, apa pelan kerajaan? - HAKS KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mengemukakan pelan tindakan yang telus dan segera dengan mengutamakan kebajikan rakyat berbanding tekanan fiskal semata-mata





Akta Pekerja Gig 2025 mula berkuat kuasa, lebih 1.64 juta pekerja... - Mgazette - 31/03 3:38 pm

# Akta Pekerja Gig 2025 mula berkuat kuasa, lebih 1.64 juta pekerja bakal dilindungi PUTRAJAYA Lebih 1.64 juta pekerja gig di negara ini bakal menikmati perlindungan perundangan susulan penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang mula berkuat kuasa hari ini





KPDN Kelantan tahan wanita Thailand cuba seludup minyak masak - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# KPDN Kelantan tahan wanita Thailand cuba seludup minyak masak KOTA BHARU - Taktik licik seorang wanita warga Thailand menyeludup minyak masak bersubsidi terbongkar dalam Ops Tiris di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, semalam





KPDN teliti tindakan MITA naikkan tambang siling bas, van persiaran - Sinarharian - 31/03 3:30 pm

PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang meneliti tindakan Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) yang mengumumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van persiaran berkuat kuasa serta-merta susulan kenaikan kos bahan api.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, meskipun kenaikan harga diesel mendatangkan implikasi kos kepada industri, namun semua pihak diharap meneliti sebarang tindakan yang diambil untuk memastikan kepatuhan kepada mana-mana kerangka perundangan yang sedang berkuat kuasa.Tegas beliau, sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan penetapan harga, termasuk tambang minimum atau siling, adalah dilarang."Ia mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran pelancongan negara





MCMC NEXUS dilancar, perkukuh ekosistem digital negara - Sinarharian - 31/03 3:24 pm

CYBERJAYA - Aplikasi MCMC NEXUS dilancarkan pada Selasa sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem digital negara, selain meningkatkan kualiti pemantauan rangkaian internet secara masa nyata.Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bukan sahaja memperluas keupayaan pemantauan liputan, malah membolehkan pengguna sendiri menilai prestasi rangkaian di kawasan masing-masing.Menurutnya, akses kepada internet berkualiti kini bukan lagi satu kemewahan, sebaliknya menjadi keperluan asas dalam kehidupan harian merangkumi pembelajaran, perniagaan, urusan kerajaan dan komunikasi."Setakat 31 Januari 2026, sebanyak 9.82 juta premis telah mempunyai akses jalur lebar gentian optik, melepasi sasaran asal 9 juta premis."Kelajuan median jalur lebar mudah alih negara pula mencecah 147.24 Mbps, mengatasi sasaran 100 Mbps, manakala liputan Internet di kawasan berpenduduk mencapai 99.71 peratus, tidak termasuk 5G," ujarnya pada Majlis Pelancaran MCMC NEXUS di Auditorium MCMC Tower 1, di sini pada Selasa.Hadir sama, Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.Nie Ching berkata, liputan rangkaian 5G turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila Digital Nasional Berhad (DNB) mencatatkan 82.4 peratus, manakala U Mobile mencapai 71.9 peratus.Bagaimanapun, beliau menegaskan, pencapaian itu perlu diukur bukan sahaja dari segi liputan, tetapi juga pengalaman sebenar pengguna.Sehubungan itu, ujarnya, aplikasi MCMC NEXUS memainkan peranan penting dengan membolehkan pengguna menguji kelajuan internet serta menyumbang data prestasi rangkaian di lokasi masing-masing."Sejak diperkenalkan secara berperingkat mulai Februari 2025, aplikasi ini telah mencatatkan 51,415 muat turun dan berjaya mengumpul sebanyak 168 juta titik data kualiti rangkaian di seluruh negara."Maklumat ini membantu mengenal pasti kawasan liputan lemah serta isu kualiti perkhidmatan dengan lebih tepat bagi tujuan penambahbaikan," ujarnya.Beliau berkata, keberkesanan sistem itu turut terbukti melalui pengoperasian Pusat Pemantauan Rangkaian MCMC NEXUS yang memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan rangkaian ketika acara besar negara sepanjang 2025.Antara acara berkenaan termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025), Sidang Kemuncak ASEAN serta sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia."Pendekatan berasaskan data ini membolehkan penambahbaikan dilaksanakan secara lebih fokus, selain memastikan komitmen penyedia rangkaian dapat dipantau dengan lebih telus," tambahnya.Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, MCMC NEXUS bukan sekadar aplikasi, sebaliknya pemacu masa depan digital Malaysia yang menyokong pembangunan bandar pintar serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan inovasi.Ujarnya, platform itu juga memperkasa perniagaan, memperluas akses pendidikan digital serta meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah ekonomi digital yang inklusif dan mampan.Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama strategik turut dijalin bersama pelbagai rakan industri termasuk RTM, FGV Prodata Systems Sdn Bhd, SPX Express Sdn Bhd, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).Turut terlibat, ZUS Coffee, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Fintech Association of Malaysia, Favoriot Sdn Bhd, Ninja Logistics Sdn





Akta Pekerja Gig 2025 dilancar, lebih 1.64 juta terima manfaat holistik - Sinarharian - 31/03 3:03 pm

PUTRAJAYA - Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) secara rasminya mula berkuat kuasa pada Selasa, dengan anggaran lebih 1.64 juta individu yang terlibat dalam ekonomi gig di negara ini menerima pelbagai manfaat.Ia meliputi perlindungan hak pekerja, ketelusan perjanjian perkhidmatan, larangan diskriminasi, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, jaminan keselamatan sosial melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta mekanisme penyelesaian pertikaian yang jelas menerusi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan Tribunal Pekerja Gig.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pekerja gig kini tidak perlu khuatir kerana akta menyediakan perlindungan perundangan yang holistik dan golongan tersebut akan kekal bekerja secara fleksibel, malah Akta 872 juga tidak mengganggu ekosistem gig itu sendiri.Menurutnya, Malaysia mengambil pendekatan itu selepas mengadakan kajian memahami amalan global seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan India sebelum memperkenalkan kerangka perundangan khusus bagi melindungi pekerja gig secara komprehensif.Ramanan turut mendefinisikan pekerja gig kepada tiga perkara utama iaitu individu mesti warganegara atau pemastautin tetap (PR) di Malaysia, membuat perjanjian dengan entiti kontrak sama ada penyedia platform mahupun tanpa platform dan menerima pendapatan bagi setiap perkhidmatan."Contoh pekerja gig yang membuat perjanjian perkhidmatan dengan penyedia platform ialah pekerja e-hailing dan p-hailing, manakala pekerja gig tanpa platform merujuk kepada golongan dalam sektor lakonan, aktiviti perfileman serta muzik, terjemahan, kewartawanan dan lain-lain seperti disenaraikan di bawah jadual Akta 872."Saya ambil maklum ada pihak yang mempersoalkan tentang takrifan pekerja gig di dalam akta ini turut meliputi PR di Malaysia."Ingin saya tegaskan yang Akta 872 bukan cuma melindungi pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing sahaja, tetapi juga pekerja gig tanpa platform yang berada di dalam sembilan sektor perkhidmatan ini." katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media Akta Pekerja Gig 2025 yang diadakan di Menara PERKESO, di sini.Oleh yang demikian, tegas Ramanan, pihaknya memberi jaminan tiada isu berbangkit yang mengatakan akta itu bertentangan dengan dasar dan perundangan kerajaan sedia ada.Ramanan menambah, Majlis Perundingan Gig (MPGIG) yang merupakan platform triparti antara wakil kerajaan, pekerja gig dan entiti kontrak turut ditubuhkan dalam akta berkenaan.Jelasnya, ia berperanan menasihati dan membuat syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula serta standard minimum yang bakal diguna pakai berdasarkan sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan.Kata menteri itu lagi, ia juga berfungsi sebagai platform dialog, rundingan dan khidmat nasihat tentang dasar serta isu-isu berbangkit dalam sektor gig yang melibatkan pemegang taruh berkaitan selain analisis data dan penyelidikan.Atas dasar itu, Ramanan memaklumkan bahawa kementerian telah melantik seramai 26 anggota MPGIG dengan tarikh kuat kuasa pelantikan mulai 1 April dan majlis bakal bermesyuarat pada 3 April ini."Saya faham isu kadar pendapatan pekerja gig antara masalah utama yang sering dibangkitkan kelompok ini."Justeru, ini memang menjadi agenda awal yang akan dirunding dan dibincangkan secara bersama melalui MPGIG bagi mendapatkan jalan penyelesaian tuntas," ujarnya.SEGiM selaku badan penyelaras tunggal ekonomi gig MalaysiaSementara itu, Ramanan berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM) selaku badan penyelaras tunggal ekonomi gig di negara ini yang bakal melibatkan penggubalan dasar, penyelaras pelaksanaan serta pemantau industri gig.Dalam hal tersebut, Ramanan berpendapat bahawa penubuhan suruhanjaya itu adalah langkah yang strategik untuk memastikan tadbir urus ekosistem gig dilaksanakan secara menyeluruh, tersusun dan berkesan."Ia juga sejajar penggubalan Akta 872 yang merupakan asas perundangan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja, salah satu komponen di bawah SEGiM."Dengan berkuatkuasanya Akta 872 ini, sekarang pekerja gig boleh membuataduan mengenai pekerjaan gig seperti isu bayaran pendapatan, pengantungan akaun atau perlanggaran syarat perjanjian, katanya.Bagi memudahkan pekerja gig, Ramanan memberitahu, kementerian menyediakan sistem e-Aduan sebagai platform utama bagi penerimaan aduan, pertanyaan atau maklum balas daripada pekerja gig."Sistem ini boleh dilayari melalui laman web kementerian di pautan https://eaduan-gig.mohr.gov.my/ mulai 1 April."Selain itu, selaras dasar 'No Wrong Door Policy', pekerja gig juga boleh datang ke mana-mana jabatan atau agensi di bawah Kesuma untuk buat aduan dan proses memakan masa maksimum 21 hari bekerja," jelasnya.Menyingkap semula proses memperjuangkan penggubalan akta tersebut bermula 2024 dan kemudiannya diluluskan di Parlimen, Kesuma mengadakan 37 siri sesi libat urus membabitkan 3,873 peserta dalam kalangan agensi kerajaan, kesatuan sekerja, persekutuan majikan, persatuan, penyedia platform, majikan, pekerja gig, ahli akademik serta warga universiti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Pandangan semua pihak diambil kira termasuk ulasan Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Digital dan Kementerian Ekonomi.





Pemandu Range Rover disyaki mabuk rempuh van dinaiki enam individu - Sinarharian - 31/03 2:15 pm

KAJANG - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Velar disyaki mabuk melanggar van dinaiki enam individu dalam kejadian di Jalan Pintasan KajangSemenyih di sini awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kenderaan SUV dipandu lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang van jenis Mazda E1800 Wagon."Akibat pelanggaran tersebut, van terbabit terbalik di bahu kiri jalan, pemandu bersama lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang serta Hospital Serdang."Manakala, pemandu Range Rover tidak mengalami sebarang kecederaan, lelaki itu direman dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nurul Shaffika Mohd Shair di talian 013-2091766 bagi membantu siasatan."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," ujarnya.





Wartawan, wakil NGO ditahan ceroboh kilang - Sinarharian - 31/03 1:29 pm

KULIM - Seorang wartawan dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan membabitkan kes pencerobohan kilang di Kulim Hi-Tech Park, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkefli Azizan berkata, sebelum itu, polis telah menahan lapan individu pada Jumaat dan seorang lagi pada Sabtu, bagi membantu siasatan kes terbabit.Menurutnya, kesemua suspek ditahan berumur antara 22 hingga 62 tahun."Pengadu merupakan ketua pengawal keselamatan membuat laporan berkaitan satu kejadian pencerobohan oleh beberapa kenderaan yang tidak dikenali ke dalam kawasan di Kampung Sungai Seluang, Lunas."Kejadian berlaku pada 26 Mac jam lebih kurang antara jam 3.16 hingga 3.24 petang iaitu sebanyak lapan buah kenderaan yang tidak dikenali telah memasuki kawasan kilang melalui pintu pagar utama tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, dua orang pengawal keselamatan yang bertugas mendakwa telah cuba menahan dan menghalang kemasukan kenderaan tersebut, namun arahan terbabit tidak diendahkan menyebabkan semua kenderaan meluru masuk ke dalam kawasan premis.Jelasnya, individu yang hadir didakwa telah membuat rakaman video dan mengambil gambar kawasan kilang."Selepas itu, semua kenderaan tersebut dikatakan telah mengelilingi kawasan kilang sebanyak satu pusingan sebelum bertindak keluar semula melalui pintu pagar utama," katanya.Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian sehingga boleh menggangu siasatan."Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat, sila tampil membantu siasatan."Kes disiasat bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya.





KDNK Malaysia diunjur berkembang 4 hingga 5 peratus pada 2026 - BNM - Sinarharian - 31/03 1:16 pm

SHAH ALAM Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur berkembang antara empat hingga lima peratus pada 2026 dipacu oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, peningkatan realisasi pelaburan, pertumbuhan eksport berterusan serta prestasi pelancongan stabil.Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, Malaysia memasuki tahun 2026 dengan asas ekonomi kukuh, dipacu permintaan domestik, inflasi sederhana serta sistem kewangan yang teguh meskipun berdepan persekitaran global tidak menentu."Dari sudut pemacu pertumbuhan, perbelanjaan isi rumah kekal sebagai tonggak utama





Bekas penyelaras DUN didakwa kemuka dokumen palsu - Sinarharian - 31/03 12:26 am

ALOR SETAR - Seorang bekas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu mengenai laporan perbelanjaan berjumlah lebih RM33,000, dua tahun lepas.Faizal Zailan, 45, didakwa mengemukakan dokumen Laporan Perbelanjaan Peruntukan Kerajaan B02 bagi November hingga Disember 2023 Penyelaras DUN Bakar Arang bertarikh 1 Januari 2024 berjumlah RM33,850 kepada Pembantu Tadbir Kewangan, DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.Dia yang telah digugurkan daripada jawatan itu didakwa mempunyai sebab mempercayai dokumen tersebut mengandungi butir matan palsu mengenai Ringkasan Laporan Peruntukan Khas Perbelanjaan Peruntukan Penyelaras DUN 2023, Penyelaras DUN Bakar Arang, dengan senarai penerima bantuan peruntukan berkenaan tidak menerima wang itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Penyelaras DUN Bakar Arang, Sungai Petani pada 7 Januari 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah terlibat atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa SPRM Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Faizal.Peguam Mohd Amirul Ramli memohon jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya tidak lagi bertugas di Pejabat Penyelaras DUN itu dan menjalankan perniagaan sendiri dengan pendapatan tidak tetap serta menanggung isteri dan anak berusia setahun.Hakim N Priscilla Hemamalini menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 11 Mei





Amanah cadang hukuman sebat pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 31/03 11:47 am

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar hukuman sebat dikenakan ke atas pemandu mabuk menyebabkan kematian, bagi mencerminkan keseriusan jenayah berkenaan setaraf dengan kesalahan berat lain.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, walaupun kerajaan telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan meningkatkan tempoh penjara sehingga 20 tahun, kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dilihat masih berleluasa.Menurutnya, peruntukan di bawah Seksyen 44(1) akta itu yang menetapkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun bagi kesalahan pertama serta 15 hingga 20 tahun bagi kesalahan kedua, masih belum memadai sebagai langkah pencegahan yang efektif."Hukuman sebat biasanya dikenakan ke atas kesalahan jenayah serius seperti rogol, rompak dan dadah





Wanita Thailand licik sorok minyak masak dalam ruang simpanan tayar gantian - Sinarharian - 31/03 11:43 am

PASIR MAS Taktik licik seorang wanita warga Thailand menyeludup minyak masak bersubsidi dengan menyembunyikannya di ruang simpanan tayar gantian terbongkar dalam satu operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, Ahad.Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi Ops Tiris yang dijalankan KPDN Cawangan Pasir Mas pada jam 2.15 petang.Menurutnya, suspek menggunakan pas sempadan dan dipercayai cuba membawa keluar barang kawalan ke negara jiran menggunakan kenderaan persendirian berpendaftaran asing."Pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Mazda 2 bernombor pendaftaran Thailand yang dipandu suspek menemukan sebanyak 51 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dengan nilai rampasan RM15,127.50."Lebih mengejutkan, kesemua minyak masak itu disorok secara tersusun di bawah pelapik ruang simpanan tayar di bahagian bonet kenderaan, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta mengelak dikesan ketika pemeriksaan di pintu sempadan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan, manakala semua barangan kawalan berkenaan turut dirampas.Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti sumber bekalan minyak masak bersubsidi yang diperoleh suspek, selain mengesan kemungkinan wujud rangkaian pembekal tempatan."Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak, termasuk pemborong dan peruncit, yang didapati bersekongkol dalam penyelewengan subsidi," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2022





Polis buru lelaki disyaki rakam bawah skirt wanita - Sinarharian - 31/03 11:41 am

SUBANG JAYA - Polis giat memburu seorang lelaki yang disyaki merakam bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah di sini.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan diterima pihaknya pada jam 1.16 petang Ahad lalu berkenaan kejadian yang memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit dan disyaki merakam gambar pelanggan wanita.Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti mangsa yang terlibat."Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan."Maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau 03-78627222 atau balai polis berhampiran," ujarnya.Sebelum itu, video kejadian tersebut tular di media sosial Facebook atas nama Yixin Siew dan Instagram yixin_0111.





KPDN temui 450kg minyak masak peket dalam stor haram warga asing - Sinarharian - 31/03 11:28 am

TELUK INTAN Tindakan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu sebuah stor haram yang beroperasi di premis kediaman di sini pada Isnin berjaya menemukan 450 kilogram (kg) minyak masak paket yang mahu dijual kepada warga asing.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 11 pagi menerusi Ops Tiris itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan selama seminggu di sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.Menurutnya, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan sejumlah 450 kg minyak masak paket 1 kg pelbagai jenama yang disyaki disimpan tanpa kebenaran."Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun yang mengaku sebagai penyewa premis memaklumkan bekalan minyak masak tersebut adalah untuk dijual semula kepada pelanggan sekitar, termasuk penghuni rumah kongsi di kawasan pembinaan."Bagaimanapun, individu terbabit gagal mengemukakan sebarang permit, lesen atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki dan berurusan dengan barang kawalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Kamalludin berkata, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta beberapa dokumen berkaitan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM55,125.Katanya, lelaki warga Bangladesh terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.Tambah beliau, siasatan lanjut turut dijalankan terhadap pembekal yang disyaki menjual minyak masak paket kepada warga asing di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Minyak Masak) 2026.Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan melalui saluran aduan rasmi KPDN.





Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat - Sinarharian - 31/03 11:04 am

KUALA LUMPUR - Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian wajar diklasifikasikan sebagai jenayah berat, seiring dengan kesan serius perbuatan berkenaan yang meragut nyawa pengguna jalan raya tidak bersalah.Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kesalahan terbabit juga boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kita boleh bawa (siasat) Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini supaya biar orang yang melakukan perbuatan (memandu di bawah pengaruh alkohol) ini serik."Ini kerana anda tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk tetapi tetap meneruskan pemanduan, perbuatan itu seperti ada niat (membunuh), namun ini terpulang kepada mahkamah untuk menilai tetapi siasatan boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Rozmi berkata, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diperketat selain ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada elemen keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan."Jika melihat kesan pada pihak mangsa, saya rasa ni sangat tidak adil. Maksudnya pesalah masuk penjara 10 tahun tetapi mangsa yang meninggal itu sudah meninggalkan anak-anak dan siapa nak menanggung," katanya.Beliau turut mencadangkan pendekatan kebajikan seperti konsep "diat" atau pampasan dalam undang-undang Islam dipertimbangkan bagi memastikan pelaku turut menanggung kehidupan keluarga mangsa.Di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian boleh dikenakan penjara maksimum 15 tahun, denda hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu 10 tahun atau lebih.Turut senada, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin mendesak pindaan segera Kanun Keseksaan bagi memastikan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan kematian diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah berat setara bunuh tanpa niat dan bukan sekadar kesalahan trafik."Pendekatan ini penting bagi mengiktiraf hakikat bahawa perbuatan tersebut bukan lagi kecuaian biasa tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang mempunyai implikasi maut terhadap orang awam," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH), Datuk Ahmad Fakhrul Anuar Ismail menggesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta mempertimbangkan penggunaan teknologi pengesan pemandu mabuk dalam kenderaan bagi mencegah tragedi sama berulang.Ahmad Fakhrul Anuar berkata perkembangan teknologi automotif seperti Driver Alcohol Detection System for Safety (DADSS) dan Driver Monitoring System (DMS) boleh dimanfaatkan sebagai langkah pencegahan."Teknologi seperti DADSS telah pun dibangunkan di Amerika Syarikat sebagai langkah pencegahan pemanduan mabuk dan Malaysia boleh mengadaptasi pendekatan teknologi seperti ini pada masa hadapan bagi memastikan kenderaan tidak boleh dipandu oleh individu yang berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.Selain itu, beliau berkata terdapat juga teknologi DMS yang menggunakan kamera dan sensor bagi memantau tingkah laku pemandu termasuk tahap kewaspadaan, pergerakan mata dan corak pemanduan bagi mengesan keadaan pemandu yang tidak sedar diri, mengantuk atau berpotensi berada di bawah pengaruh bahan terlarang.Ahmad Fakhrul Anuar berkata, hukuman dan denda terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah perlu dikaji semula supaya lebih tegas dan memberi kesan pencegahan yang kuat.Satu rakaman video kemalangan tular di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal hingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain.Akibat kejadian terbabit, seorang penunggang motosikal berusia 30-an maut dilanggar pemandu kereta yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang, Selangor





13,779 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang - Sinarharian - 31/03 9:30 am

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 13,779 atau 3.55 peratus daripada 395,740 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu juga seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, 24 calon."Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2025, di sini pada Selasa.Ujarnya, jumlah calon yang cemerlang kombinasi A+,A dan A- menunjukkan sedikit penurunan sekitar 0.10 peratus berbanding tahun lalu, 13, 827 calon.Bagaimana pun Mohd Azam berkata KPM akan meneliti perkara tersebut dan mengambil tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah."Ia bukanlah suatu penurunan yang besar kerana terdapat peningkatan dalam kumpulan kepujian, lulus yang merekodkan pencapaian agak tinggi," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, bilangan calon yang memperoleh sekurang- kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 92,347 orang (23.76 peratus) berbanding 86,040 atau 22.73 peratus pada tahun lalu."Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 6,307 orang," kata Mohd Azam.Tambahnya, calon yang memperoleh sekurang- kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau 36.47 peratus pada tahun ini.Ia menunjukkan peningkatan seramai 4,937 orang (0.34 peratus) berbanding tahun lalu, 136,791 orang tahun 2024.Terdapat 1,631 calon gagal dalam semua mata pelajaran tahun ini menurun sebanyak 0.05 peratus berbanding tahun lalu, 1,789 orang.Dalam pada itu, seramai 7,099 calon SPM 2025 tidak hadir berdasarkan analisis menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya bagi enam mata pelajaran.Menurutnya, jumlah itu merangkumi 1.79 peratus daripada jumlah calon baharu yang menduduki seramai 395,740 calon berbanding 8,108 calon tidak hadir (2.1 peratus) atau menurun 1,009 orang pada SPM 2024.Ujar Mohd Azam, pelbagai faktor ketidakhadiran murid menduduki peperiksaan antaranya, bekerja, berpindah ke luar negara, terlibat kemalangan dan masalah keluarga."Ada antara calon mempunyai masalah kesihatan lain, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa."Jarak masa panjang daripada tempoh pendaftaran peperiksaan pada awal tahun sehingga peperiksaan sebenar pada bulan November turut menyumbang kepada pelbagai faktor ketidakhadiran calon," katanya.Beliau menambah, pihak KPM di peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah telah melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan."Program ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa dan murid itu sendiri," katanya.Sementara itu, seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon SPM 2025 layak diberikan sijil berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024 sekaligus menyaksikan peningkatan seramai 10,502 orang."Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025."Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024





Cubaan seleweng diesel 800 liter tumpas - Sinarharian - 31/03 9:27 am

JOHOR BAHRU Cubaan menyeleweng kira-kira 800 liter minyak diesel berjaya ditumpaskan selepas sebuah lori mencurigakan ditahan dalam operasi rondaan di stesen minyak sekitar Lebuhraya Pasir Gudang, petang Isnin.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, Unit Ronda Penguat Kuasa (URP) mengesan kenderaan berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum bertindak menahan lori tersebut untuk pemeriksaan lanjut."Hasil pemeriksaan mendapati lori itu telah diubah suai dengan pemasangan dua pam yang disambungkan terus daripada tangki asal ke tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) di bahagian ruang simpanan."Tangki berkenaan dipercayai mengandungi kira-kira 800 liter minyak diesel," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, modus operandi tersebut dipercayai digunakan bagi tujuan pemindahan dan penyimpanan minyak diesel secara tidak sah."Pemeriksaan lanjut ke atas pemandu, seorang lelaki tempatan, mendapati dia gagal mengemukakan sebarang dokumen sah termasuk permit khas bagi menyimpan atau tujuan pembelian bahan api itu."Susulan itu, satu tindakan kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961





Lelaki miliki 31 rekod jenayah ditahan polis selepas dikejar di KLIA - Sinarharian - 31/03 8:58 am

PUTRAJAYA - Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau selepas mengejar kereta Honda Civic dipandu lelaki terbabit di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, suspek berusia 30 tahun itu bertindak melanggar beberapa buah kenderaan awam untuk melarikan diri semasa dikejar kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian 4.30 petang itu."Anggota MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan KLIA cuba menahan sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna merah namun pemandu berkenaan enggan berhenti untuk pemeriksaan."Pemandu kenderaan tersebut telah cuba melarikan diri ke arah laluan terminal KLIA Aras 3 hingga melanggar lima buah kenderaan awam yang berada di laluan tersebut sebelum berjaya ditahan berdekatan dengan tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Ravi berkata, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 31 rekod jenayah lampau serta satu rekod kesalahan dadah yang masih dikehendaki polis.Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat, selain Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesalahan trafik berkaitan.Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang hari ini bagi tujuan permohonan reman.Semalam, tular di media sosial satu video memaparkan insiden kereta polis mengejar sebuah kereta di KLIA yang mengejutkan orang awam





11 NGO desak RUU Pekerja Gig ditangguh, dakwa tiada perbincangan menyeluruh - Mgazette - 31/03 7:40 am

# 11 NGO desak RUU Pekerja Gig ditangguh, dakwa tiada perbincangan menyeluruh SUBANG JAYA Sebanyak 11 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pekerja dan pengguna menggesa Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang dijadual dikuatkuasakan esok ditangguhkan serta-merta sehingga satu kajian menyeluruh dimuktamadkan dan perbincangan bersama pihak berkepentingan dilaksanakan





Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan – Zulkifli .. - Mgazette - 31/03 7:40 am

Zulkifli berkata usaha itu bertujuan untuk memastikan perlindungan keadilan dan hak waris selain menyokong pelaksanaan diyat berasaskan syariah melalui kajian undang-undang dan takaful. Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik kenyataan Kementerian Pengangkutan yang sedang merangka pindaan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara





MBJB rampas lebih 18,000 peranti, perisa vape bernilai RM20 juta - Mgazette - 31/03 7:40 am

# MBJB rampas lebih 18,000 peranti, perisa vape bernilai RM20 juta JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merampas 14,866 peranti vape dan 3,411 unit perisa vape yang dianggarkan bernilai hampir RM20 juta





Pemandu mabuk, terlibat dadah bakal berdepan hukuman berat – Anthony - Mgazette - 31/03 7:40 am

Mengulas lanjut, Anthony berkata, pindaan undang-undang berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa sejak Oktober 2020 dengan hukuman lebih berat terhadap pesalah. Menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika disabitkan kesalahan





Ops Viking: Victor Chin antara 10 individu ditahan, ratusan juta aset .. - Mgazette - 31/03 7:40 am

# Ops Viking: Victor Chin antara 10 individu ditahan, ratusan juta aset disita KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Vikingdari15 Okt 2025hingga 13 Jan lepas





Pinda akta JPJ segera, tiada kompromi pemandu di bawah pengaruh alkohol .. - Mgazette - 31/03 7:40 am

Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivamalar Genapathy berkata, pindaan itu perlu dibentangkan sebagai keutamaan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang memandangkan isu tersebut melibatkan keselamatan nyawa pengguna jalan raya. Menurutnya, peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya Seksyen 44, 45A dan 45B perlu dinilai semula secara menyeluruh kerana hukuman sedia ada masih belum memberi kesan pencegahan mencukupi





Laksana Akta 333, jangan biar rakyat anggap undang-undang lunak – .. - Mgazette - 31/03 7:40 am

# Laksana Akta 333, jangan biar rakyat anggap undang-undang lunak - Choo Seong KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan digesa untuk melaksanakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (Pindaan 2020) sepenuhnya bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) khususnya melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45





MTUC Gesa Tangguh Perlaksanaan Akta Gig 2025, Mahu Bincang Dengan KESUMA - Mgazette - 31/03 7:40 am

# MTUC Gesa Tangguh Perlaksanaan Akta Gig 2025, Mahu Bincang Dengan KESUMA Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pelaksanaan RUU tersebut kerana didakwa tidak melalui proses rundingan yang adil antara MTUC dan kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).





'Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan' - Zulkifli - Sinarharian - 30/03 10:02 pm

Tindakan memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi membahayakan nyawa orang lain."Kejadian ini amat menyedihkan dan satu bentuk kecuaian yang tidak boleh dikompromi kerana melibatkan kehilangan nyawa yang tidak ternilai. Saya menggesa Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap pelaku," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.Beliau berkata, satu perbincangan mengenai pelaksanaan diyat telah digerakkan pada 11 Februari lepas di Putrajaya bersama mufti-mufti serta barisan tokoh dan pakar dalam bidang masing-masing di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Zulkifli berkata, usaha itu bertujuan untuk memastikan perlindungan keadilan dan hak waris selain menyokong pelaksanaan diyat berasaskan syariah melalui kajian undang-undang dan takaful.Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik kenyataan Kementerian Pengangkutan yang sedang merangka pindaan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara."Semoga keadilan ditegakkan dan kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya





Wujudkan pampasan mandatori untuk keadilan mangsa kemalangan - Sinarharian - 30/03 9:10 pm

Adakah wajar diwujudkan satu mekanisme pampasan mandatori? Adakah keluarga mangsa perlu terus bergantung kepada proses sivil yang panjang dan memakan kos untuk menuntut keadilan?" soalnya.Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor itu berkata, undang-undang terhadap kesalahan kemalangan jalan raya akibat kecuaian yang disengajakan sememangnya wujud dan semakin diperketatkan di negara ini."Hukuman yang dikenakan juga bukan ringan. Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memperuntukkan penjara 10 tahun hingga maksimum 15 tahun bagi kesalahan pemanduan mabuk menyebabkan kematian





Kes langgar sampai mati wajar dituduh membunuh tanpa niat - Peguam - Sinarharian - 30/03 8:13 pm

KUALA LUMPUR Suspek yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, wajar disiasat mengikut Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat berbanding Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Peguam, M Partiben berkata, Seksyen 300(d) berkenaan mentakrifkan perbuatan membunuh apabila seseorang melakukan tindakan yang diketahui amat berbahaya dan berkemungkinan besar menyebabkan kematian.Sementara Seksyen 44(1) itu katanya, melibatkan kes menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Menyentuh kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang terpelanting selepas dilanggar kereta jenis Honda City di Klang, beliau berkata, kesalahan itu masih boleh disabitkan walaupun individu terbabit tidak mempunyai niat khusus untuk membunuh mangsa."Elemen utama Seksyen 300(d) ialah tertuduh mengetahui bahawa tindakannya sangat berbahaya dan berisiko tinggi sehingga boleh meragut nyawa."Peruntukan tersebut juga sering digunakan dalam kes seperti melepaskan tembakan secara melulu ke arah orang ramai."Kebiasaannya, kes seperti ini dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara serta sebatan jika sabit kesalahan," katanya.Berbanding Seksyen 44(1), peguam itu berkata, peruntukan hukuman hanya membabitkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan.Pada masa sama, Partiben mencadangkan beberapa langkah memperketat penguatkuasaan undang-undang perlu dibuat agar kejadian serupa dapat dielakkan.Katanya, ia termasuk mengenakan denda sehingga RM150,000 dan hukuman penjara sehingga 20 tahun melibatkan kes tertentu.Selain beliau berkata, perintah menggantung lesen memandu sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini, diharap dapat menghalang pesalah mengulangi kesalahan sama.Beliau turut mencadangkan, kerajaan mempertingkatjan penggunaan teknologi pengujian yang lebih canggih, dalam memastikan ketepatan keputusan serta mengelakkan sebarang manipulasi."Ujian darah juga boleh dipertimbangkan walaupun ia lebih invasif, namun perlu dilaksanakan dengan prosedur yang jelas," katanya.Beliau berkata, peningkatan pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV) serta pelaksanaan sistem demerit juga dilihat mampu membantu pihak berkuasa mengesan dan memantau pesalah berulang.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pads jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952





Akta Pekerja Gig 2025 bermula esok: Industri kemuka pelan hala tuju pelaksanaan - Sinarharian - 30/03 7:59 pm

KUALA LUMPUR Menjelang penguatkuasaan rasmi Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) bermula esok, My Mobility Vision Sdn Bhd (MMV) bersama gabungan rentas sektor mengemukakan pelan hala tuju pelaksanaan bagi memastikan dasar itu benar-benar memberi impak kepada pekerja gig.Gabungan yang melibatkan rakan industri, agensi kerajaan, ahli akademik, badan pemikir dan persatuan pekerja gig itu turut menerbitkan kertas dasar bertajuk Mengoperasikan "Pendapatan Adil" di bawah Akta 872, hasil sesi meja bulat peringkat tinggi di Cyberjaya pada 9 Mac lalu.Menurut MMV, akta berkenaan merupakan langkah penting dalam usaha memformalkan pekerjaan gig serta memperkukuh perlindungan dalam ekonomi digital negara, namun pelaksanaan yang tepat menjadi penentu kejayaan sebenar."Akta 872 adalah rangka kerja yang tepat, namun pelaksanaan bermula tanpa perincian teknikal yang lengkap





Pemandu mabuk: Pampasan setimpal perlu diberikan kepada keluarga mangsa - Young Syefura - Sinarharian - 30/03 7:43 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyokong supaya pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga mangsa bagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk.Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, beliau bersetuju dengan cadangan untuk pindaan undang-undang berkaitan kesalahan pemandu mabuk itu.Katanya, selain itu perlu juga ada penguatkuasaan ketat di sekitar kawasan yang berisiko tinggi atau hotspot."Perkara ini (bersifat) rentas kementerian, (jadi) perlu ada penyelarasan penuh antara kementerian bagi menangani perkara ini daripada terus berulang," katanya dalam hantaran di platform Threads pada Isnin.Terdahulu, pelbagai pihak terutamanya pemimpin kerajaan dan pembangkang tampil mendesak undang-undang dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup dikenakan terhadap pelaku kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Malah, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah kes kemalangan maut membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.Ujarnya, langkah itu antara usaha memperkukuh undang-undang terhadap pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Mengulas lanjut, Young Syefura menegaskan, meskipun pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dilaksanakan sebelum ini, kes pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan kecederaan masih berlaku sehingga kini."Berdasarkan data terkini selepas pindaan akta berkenaan, sebanyak 2,306 kes direkodkan pada 2022, diikuti 1,989 kes pada 2023 dan 1,589 kes pada 2024





Maut dirempuh pemandu mabuk: MMA gesa dana pampasan diwujudkan - Sinarharian - 30/03 6:46 pm

PUTRAJAYA Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan wujud kegagalan sistemik dalam melindungi kebajikan keluarga mangsa kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh (DUI), meskipun undang-undang sedia ada mengenakan hukuman berat terhadap pesalah.Presidennya, Datuk Dr R Thirunavukarasu, berkata penalti kewangan yang dikenakan ke atas pesalah ketika ini tidak disalurkan secara langsung kepada keluarga mangsa yang terkesan.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keluarga yang kehilangan pencari nafkah terpaksa berdepan tekanan berganda tanpa sokongan mencukupi."Keluarga yang kehilangan pencari nafkah sering terpaksa mengharungi proses perundangan yang kompleks, pertikaian insurans berpanjangan serta beban kewangan yang besar, selalunya tanpa sokongan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan Malaysia ketika ini masih tidak mempunyai mekanisme pampasan khusus bagi mangsa DUI, sama ada melibatkan alkohol atau dadah.Jelasnya, situasi tersebut menyebabkan keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, pertama akibat insiden yang meragut nyawa dan kedua oleh sistem yang sepatutnya memberi keadilan."Akibatnya, keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, iaitu pertama oleh insiden tersebut dan kemudian oleh sistem yang sepatutnya menyampaikan keadilan," jelas beliau.Mengulas lanjut, Dr Thirunavukarasu berkata, walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2020 telah memperketatkan hukuman termasuk penjara dan denda tinggi, langkah itu masih belum mencukupi dari sudut perlindungan kepada mangsa.Sehubungan itu, MMA menggesa kerajaan menubuhkan Dana Pampasan Mangsa DUI khusus bagi menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga terjejas.Selain itu katanya, bantuan guaman mandatori juga perlu disediakan bagi memastikan akses keadilan yang lebih saksama kepada semua pihak.Dalam pada itu, MMA turut menggesa penguatkuasaan lebih agresif melalui pelaksanaan Op Mabuk secara berterusan sepanjang tahun dengan sekatan jalan raya yang tidak dapat dijangka serta berimpak tinggi.Menurut beliau, saringan rutin bukan sahaja perlu melibatkan alkohol, tetapi juga dadah yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan.Mengulas risiko DUI, beliau berkata walaupun statistik rasmi menunjukkan kes pemanduan mabuk menyumbang kurang daripada 0.5 peratus kemalangan maut, setiap kematian yang boleh dicegah tetap tidak boleh diterima."Walaupun satu kematian yang boleh dicegah tidak boleh diterima





Kes pemandu mabuk: Laksana Akta 333, pastikan hukuman lebih berat - Pemuda MCA - Sinarharian - 30/03 6:07 pm

SHAH ALAM - Insiden seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh pemandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah semalam, sekali gus mencetuskan desakan agar tindakan lebih tegas diambil bagi membendung kemalangan seumpama itu.Mangsa, Amirul Hafiz Omar maut akibat dirempuh pemandu di bawah pengaruh bahan terlarang alam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, pada Ahad.Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) melaksanakan sepenuhnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) pindaan 2020, khususnya Seksyen 41 hingga Seksyen 45 bagi memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah."Pelaksanaan tegas akta itu bukan sahaja mampu mengurangkan angka kemalangan, malah membantu Kerajaan Madani mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap sistem perundangan negara."Keadilan mesti ditegakkan dan dilihat ditegakkan bagi memberi iktibar dan kesedaran kepada orang ramai





'Bawa RUU pemandu mabuk ke Parlimen' - Shahidan - Sinarharian - 30/03 5:53 pm

SHAH ALAM Sidang Dewan Rakyat akan datang perlu menjadi medan untuk kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang bagi memperketat undang-undang sedia ada berkaitan hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, selain itu wajar mengambil langkah segera memperkukuh penguatkuasaan tanpa berlengah.Menurutnya, ketika ini Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun hingga maksimum 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta penggantungan lesen selama 10 tahun bagi kesalahan tersebut."Nyawa rakyat tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas mesti diambil," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang penunggang motosikal maut tercampak selepas dirempuh kereta dipandu seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, bahawa siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an secara melulu dari arah Jalan Raya Barat ke Bandar Klang sebelum bertindak memotong kenderaan lain sehingga memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit.Dalam hantaran yang sama, Shahidan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar."Saya juga berharap agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga mangsa."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua mangsa akibat kecuaian ini mendapat pembelaan yang seadilnya, dan keluarga yang ditinggalkan terus dipelihara kebajikannya," ujar beliau.





Kertas siasatan kes ahli MPPWP minta wang perlindungan sudah diserah kepada TPR - Sinarharian - 30/03 5:24 pm

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung dakwaan ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta Wang perlindungan dari sebuah pusat urut di Wangsa Maju, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Senior Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan TPR untuk tindakan lanjut."Kita telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu





Wajib bayar pampasan, kerajaan rangka pinda undang-undang kes pemandu mabuk - FMT - 30/03 5:15 pm

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata langkah itu antara usaha memperkukuh undang-undang terhadap pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.





MOT cadang pinda Akta 333 wajibkan pesalah di bawah pengaruh alkohol bayar ganti rugi - Sinarharian - 30/03 5:06 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain daripada hukuman penjara yang dikenakan.Menterinya, Anthony Loke berkata, langkah ini selaras dengan pendirian kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain."Pindaan undang-undang yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa pada Oktober 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Akta 333 mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika disabitkan kesalahan.Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000."Justeru, MOT menggesa Polis Diraja Malaysia untuk menyegerakan siasatan kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Klang semalam secara menyeluruh agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan, seterusnya berharap agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pesalah sekiranya didapati bersalah," katanya.Dalam pada itu, MOT turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Amirul Hafiz Omar yang terlibat dalam nahas tragis berkenaan dan menyifatkan kehilangannya amat menyayat hati dan merupakan satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali.Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang.Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Rakaman video kemalangan itu turut tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain





Ops Viking: Victor Chin antara 10 individu ditahan, ratusan aset disita - Sinarharian - 30/03 4:53 pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata, Chin telah ditahan pada Disember lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis namun ahli perniagaan itu mungkin dipanggil semula sekiranya perlu.Beliau berkata, sembilan individu lain yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dalam siasatan kes itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis manakala 40 lagi telah dipanggil untuk memberi keterangan.Fazlisyam juga berkata, Op Viking dilaksanakan pada 14 Oktober tahun lepas berdasarkan maklumat dan risikan aktiviti pengubahan wang haram sejak 2018 dengan satu kertas siasatan dibuka pada 25 Okt 2025 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001."Kes ini melibatkan beberapa individu yang kita syaki melakukan jenayah pengubahan wang haram dengan pelbagai cara antaranya membeli atau memiliki syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat persendirian," katanya pada sidang akhbar di sini.Beliau berkata, menerusi operasi itu, polis membeku dan menyita pelbagai aset termasuk lapan hartanah, 32 kenderaan dan 1,100 unit saham milik dua syarikat sendirian berhad, akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) bernilai RM323,588,293, akaun dagangan (RM64,246,417) dan 404 akaun bank berjumlah RM85,624,528.Fazlisyam juga berkata, siasatan dijalankan secara menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan wang yang berasal daripada aktiviti haram.Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27B dan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 176 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Seksyen 221 Akta Syarikat 2016.Pada 16 Mac lepas, polis telah menyerbu beberapa premis milik Chin yang didakwa terbabit dalam manipulasi korporat.Mengulas mengenai perkara itu, Fazlisyam berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan Chin bahawa seorang Ahli Parlimen meminta bayaran RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu manipulasi korporat yang dihadapinya





11 NGO desak moratorium Akta Pekerja Gig 2025 - Sinarharian - 30/03 4:45 pm

SUBANG JAYA -Gabungan 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan melaksanakan moratorium segera terhadap Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang dijadual dikuatkuasakan esok, bagi memberi ruang kepada kajian menyeluruh dilakukan.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, gesaan itu dibuat bersama beberapa organisasi lain bagi memastikan pelaksanaan akta berkenaan benar-benar holistik, praktikal dan berdaya tahan.Beliau berkata, gabungan itu mengambil maklum usaha kerajaan memperkenalkan rangka perundangan khusus bagi sektor ekonomi gig sebagai langkah memperkukuh perlindungan sosial serta tadbir urus industri yang semakin berkembang."Namun, berdasarkan penelitian awal serta maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh di lapangan, masih terdapat beberapa aspek yang memerlukan penelitian dan penambahbaikan sebelum pelaksanaan menyeluruh dapat dilaksanakan secara efektif," katanya semasa sidang media Tuntutan Moratorium Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) di Wisma MTUC di sini pada Isnin.Antara yang hadir, Pemangku Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia, Datuk Mohammed Dauzkaply Nor l Ghazali dan Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.Gabungan itu terdiri daripada 11 organisasi mewakili pelbagai segmen dalam ekosistem ekonomi gig termasuk MTUC, PPIM dan Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM).Gabungan turut dianggotai pertubuhan mewakili pekerja e-hailing dan p-hailing seperti Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (Lead Malaysia), Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-Hailing Malaysia (PKEH) dan Pertubuhan Tenaga GiG Melaka (Tenaga GiG Melaka).Manakala wakil dari sektor digital dan komuniti penghantar tempatan termasuk Persatuan Ekonomi Digital Melaka (EDiM), Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM), Persatuan Rakan Penghantar Kedah (RPK) dan Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotosikal Perak (PKPPBP) turut menyertai gabungan itu.Kamarul Baharin berkata, antara isu kritikal dikenal pasti adalah takrifan pekerja gig di bawah Seksyen 2 yang disifatkan terlalu umum dan berpotensi menyebabkan lambakan tenaga kerja serta menekan pendapatan pekerja tempatan.Ujarnya, peruntukan itu juga dilihat bertindih dengan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) serta berisiko membuka ruang kepada penyalahgunaan akaun sekiranya mekanisme penguatkuasaan tidak diperjelaskan."Selain itu, penubuhan Tribunal Pekerja Gig di bawah Seksyen 22 hingga 30 disifatkan belum matang dari segi bidang kuasa, struktur dan prosedur pelaksanaan, selain berpotensi bertindih dengan mekanisme penyelesaian pertikaian sedia ada."Tiada kepastian sama ada tribunal ini akan diwujudkan di seluruh negara atau hanya di Putrajaya, sekali gus boleh meningkatkan kos kepada pengadu," ujarnya lagi.Beliau berkata, Majlis Perundingan Gig pula dilihat hanya berfungsi sebagai badan nasihat tanpa kuasa keputusan yang mengikat, selain menimbulkan persoalan ketelusan dalam pelantikan ahli serta ketiadaan jaminan keterwakilan sebenar pekerja gig.Katanya, prosedur penyahaktifan akaun di bawah Seksyen 14 juga berpotensi melambatkan tindakan terhadap kes serius dan menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap keselamatan perkhidmatan e-hailing dan p-hailing."Peruntukan hak berpersatuan di bawah Seksyen 10 turut dilihat mewujudkan pertindihan saluran representasi tanpa kuasa rundingan kolektif yang mengikat, berbeza dengan kesatuan sekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967," katanya.Kamarul Baharinberkata, MTUC juga akan membawa isu itu ke Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) susulan dakwaan pelanggaran hak pekerja termasuk kebebasan berpersatuan dan rundingan kolektif.Dalam pada itu, beliau berkata, pemformalan sektor gig melalui akta berkenaan berpotensi mendedahkan pekerja kepada kewajipan cukai tanpa jaminan perlindungan pendapatan atau sokongan kewangan setara.Ujarnya, proses libat urus juga dipersoalkan kerana dilihat tidak menyeluruh dan tidak telus, selain membangkitkan isu integriti apabila melibatkan entiti yang hanya didaftarkan secara rasmi pada 2 Mac 2026."Perkara ini menimbulkan persoalan bagaimana dasar melibatkan lebih 1.2 juta penggiat ekonomi gig boleh dirangka dengan penglibatan entiti yang belum mempunyai status perundangan jelas ketika itu," ujarnya.Selain itu, gabungan berkenaan turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan premium insurans komersial dalam sektor e-hailing yang disifatkan memberi tekanan langsung kepada pendapatan pekerja serta berpotensi meningkatkan kos kepada pengguna.Sehubungan itu, gabungan berkenaan mengemukakan beberapa tuntutan termasuk melaksanakan moratorium terhadap Akta 872, menubuhkan platform libat urus berstruktur atau mekanisme 'sandbox', menjalankan penilaian impak menyeluruh serta memastikan sebarang pindaan mengambil kira prinsip keadilan dan keseimbangan pasaran."Kami kekal komited untuk bekerjasama secara konstruktif dengan Kerajaan Madani dan semua pemegang taruh dalam memperkukuh ekosistem ekonomi gig negara demi kepentingan bersama," tambahnya.





Suami isteri antara 5 ditahan, polis rampas 510kg methamphetamine bernilai .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm

# Suami isteri antara 5 ditahan, polis rampas 510kg methamphetamine bernilai RM25.5j KANGAR - Polis menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri danmerampas 510 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM25.5 juta dalam tiga serbuan di kawasan Wang Kelian, Kaki Bukit dekat Padang Besar, minggu lepas





Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Beliau berkata insiden kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa seorang lelaki berusia 30-an, tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pagi ini, Mahkamah Majistret Klang membenarkan suspek berusia 20-an itu direman empat hari hingga Khamis, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952





Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman ke atas suspek dibuat bermula hari ini hingga Khamis ini oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat. Suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan hari ini





Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong - Mgazette - 30/03 3:59 pm

# Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong KUALA LUMPUR - Penulis blog, Papagomo dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dengan niat menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024





Cadangan ???naik basikal??? tangani kesan kenaikan harga petrol, diesel .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm

# Cadangan naik basikal tangani kesan kenaikan harga petrol, diesel tak realistik KUALA LUMPUR Cadangan supaya orang ramai menaiki basikal bagi menangani kesan kenaikan harga petrol dan diesel dianggap tidak realistik selain disifatkan gagal menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat





Pemandu mabuk: Anthony Loke `do something’! – Khairil Nizam - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional (PN), Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan tegas itu perlu bagi membendung ancaman nyata terhadap nyawa rakyat yang tidak berdosa akibat kecuaian pemandu di bawah pengaruh alkohol. Tegas beliau, kerajaan perlu memperkasa pelaksanaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya Seksyen 44 dan 45A dengan mengenakan hukuman yang lebih keras kepada pesalah pemandu mabuk





Suami isteri antara 5 ditahan, polis rampas 510kg methamphetamine bernilai RM25.5 juta - Sinarharian - 30/03 2:49 pm

KANGAR - Polis menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri dan merampas 510 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM25.5 juta dalam tiga serbuan di kawasan Wang Kelian, Kaki Bukit dekat Padang Besar, minggu lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek warga tempatan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 37 tahun itu dipercayai ahli rangkaian sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak beberapa tahun lepas.Hussein berkata, pasangan suami isteri dan seorang suspek lelaki yang menaiki dua kereta ditahan di sekitar jalan utama Wang Kelian menerusi serbuan pertama pada 24 Mac."Menerusi pemeriksaan lanjut dalam kereta dinaiki seorang suspek lelaki, polis berjaya merampas 20 guni yang mengandungi 500 paket plastik berisi dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini pada Isnin.Hussein berkata, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke sebuah daripada kenderaan itu kerana menimbulkan ancaman kepada anggota serbuan yang berisiko menyebabkan kemalangan jiwa.Hussein berkata, tangkapan tiga individu itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki di sekitar Wang Kelian pada 27 dan 28 Mac"Ujian saringan air kencing mendapati empat suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala semakan rekod jenayah lampau mendapati semua mereka mempunyai rekod kes dadah," katanya.Beliau berkata, kesemua mereka direman antara lima hingga tujuh hari bermula 25 Mac dan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Hussein berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan jumlah keseluruhan RM566,200 yang melibatkan sitaan enam kenderaan termasuk jenis pikap dan lapan motosikal.Mengenai kumpulan sindiket itu, Hussein berkata, ia antara sindiket pengedaran dadah dalam perhatian polis dengan mereka dipercayai mempunyai kepakaran menyeludup dadah menerusi laluan sempadan di negeri itu."Rangkaian sindiket ini antara yang aktif di sebelah Perlis dan dipercayai menyeludup masuk dadah menggunakan tenaga manusia menerusi kawasan hutan di Wang Kelian."Dadah dihantar ke lokasi transit berhampiran jalan besar Wang Kelian untuk diambil oleh mereka yang ditangkap sebelum dihantar ke lokasi transit lain," katanya.Hussein berkata, ketua kumpulan sindiket itu ialah seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan dipercayai telah melarikan diri ke Thailand dengan pihaknya akan memohon bantuan polis negara itu untuk mengesan suspek.Beliau berkata, bekalan dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan, Lembah Klang dan selatan serta boleh merosakkan 2.55 juta orang sekiranya terlepas





Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau - Sinarharian - 30/03 2:41 pm

KLANG Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.





11 kes hasil wang haram: Bekas Panglima Tentera Darat, isteri dibicarakan bersama - Sinarharian - 30/03 2:29 pm

KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin membenarkan enam kes menerima wang hasil aktiviti haram bernilai hampir RM2.3 juta membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan lima kes sama berjumlah RM82,000 dihadapi isterinya, Salwani Anuar @ Kamaruddin dibicarakan bersama.Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat selain tidak mendapat bantahan daripada peguam, Aizul Rohan Anuar dan Fahmi Abd Moin yang mewakili Muhammad Hafizuddeain, 58, dan Salwani, 27."Mahkamah menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen," katanya.Semasa prosiding, Mahadi berkata, Muhammad Hafizuddeain sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan kes berkenaan telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.Katanya, Salwani pula didakwa di dua Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.Beliau memohon, supaya semua kes tersebut dibicarakan bersama mengikut peruntukan Seksyen 91 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), Seksyen 165 serta Seksyen 170 Kanun Prosedur Jenayah (CPC)."Kes ini melibatkan saksi dan fakta yang sama maka saya mohon ia dibicarakan bersama."Pendakwaan juga memohon supaya satu tarikh sebutan kes ditetapkan bagi serahan dokumen," katanya.Pada 22 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima hasil haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di beberapa bank berbeza di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak dan Bukit Damansara di sini antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025.Sehari kemudian, dia didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Ampang antara 19 September 2024 dan 19 Mei 2025.Setiap pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pada 22 Januari lalu, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, 2024 dan tahun lalu.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa sebagai pengawal syarikat Wany Venture, telah menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM50,000, RM7,000 dan dua lagi jumlah masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke akaun bank milik syarikat itu.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank Damansara Heights, di sini antara 24 November 2024 dan 25 November 2025.Di Terengganu, pada 26 Januari, wanita itu didakwa atas satu pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Kerteh dekat Besut, pada 16 Januari 2025.Setiap pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1) (b) AMLATFPUAA 2001 dan dibaca bersama dengan Subseksyen 87(1)(a) akta sama, serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa yang membawa hukuman sama.





Dirempuh pemandu mabuk: Penguatkuasaan, kempen kesedaran terhenti atau masih berjalan? - Sinarharian - 30/03 2:22 pm

SHAH ALAM - Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pimpinan Anthony Loke digesa mengambil langkah susulan sewajarnya bagi membendung isu pemanduan berbahaya yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya.Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, Anthony juga perlu tampil ke hadapan untuk menjawab beberapa persoalan seperti operasi penguatkuasaan serta kempen kesedaran awam mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang digerakkan pada 2020, dihentikan atau masih berjalan."Adakah tiada penguatkuasaan dijalankan? Adakah kempen kesedaran awam mengenai bahayanya pemanduan dipengaruhi dadah atau alkohol yang digerakkan pada 2020 dihentikan setelah pertukaran kerajaan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Lawrence dalam masa sama membangkitkan bahawa isu tersebut menjadi keutamaan sewaktu Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menerajui MOT suatu ketika dahulu.Beliau berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibuat bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.Jelasnya lagi, ia dibuktikan apabila akta tersebut berjaya diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudiannya diwarta serta mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020."Bukan itu sahaja, usaha tidak tertumpu kepada hukuman semata-mata, malah turut disusuli pelaksanaan kempen kesedaran secara meluas bagi mendidik masyarakat tentang bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan secara melulu."Ini bukanlah isu perkauman kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara berbahaya," ujarnya.Lawrence menambah, banyak sesi libat urus diadakan bersama pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang berlangsung di MOT pada 23 Jun 2020 semasa proses meminda Akta 333 itu.Menurutnya, MCCBCHST bersetuju perundangan dan pendidikan mesti saling melengkapi bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya."Turut ditekankan bahawa memandu dalam keadaan mabuk tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kepercayaan agama atau bangsa, sebaliknya pindaan Akta 333 adalah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Atas dasar itu, pemimpin MCA terbabit menggesa Anthony tampil bagi menjawab segala persoalan berbangkit."Nyawa manusia tiada galang gantinya




Reformasi     >>



Tiada caj tol untuk kapal Malaysia di Selat Hormuz, .. - Mkini
Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata kapal negara-negara sahabat Iran akan diberi laluan di Selat Hormuz.
Kroni     >>



Politics : Nurul Izzah Denies Quitting As PKR Deputy .. - Bernama
KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) --Nurul Izzah Anwar has denied claims that she has stepped down as PKR deputy president.
Tabloid     >>



Abby Abadi Didakwa Salahkan Aslam Semata, Netizen .. - Beautifulnara
Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan respon terhadap komen netizen susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam yang kembali menjadi perhatian. Menerusi satu hantaran di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan ..
Tech     >>



Google dan Samsung Membangunkan Tap to Share Seakan .. - Amanz
Sejak iOS 17, pengguna iPhone boleh berkongsi fail dan maklumat peribadi menggunakan ciri NameDrop. Dua iPhone hanya perlu disentuh dan fail akan dihantar tanpa perlu membuka terlebih dahulu skrin AirDrop. Android Authority melaporkan ciri yang sama akan hadir ke Android dengan ia sedang ..
World     >>



Can the U.S. wrest Strait of Hormuz from Iran, a .. - Globalnews
Thousands of soldiers from the U.S. Army's elite 82nd Airborne Division have started arriving in the Middle East, Reuters reported on Monday.
Motor Trend     >>



Market Shift: Proton e.MAS Emerges as Malaysias .. - DSF
As Proton e.MAS officially claims the title of the nation’s leading electric vehicle brand, the brand is launching a nationwide campaign to reward the growing community of EV adopters. Proton e.MAS has solidified its position as the premier electric vehicle brand in Malaysia. Industry data ..