///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Agama Islam News   Page 1    





Bangunan Sultan Abdul Samad, lokasi estetik pilihan warga kota di hari... - Mgazette - 21/03 5:03 pm

# Bangunan Sultan Abdul Samad, lokasi estetik pilihan warga kota di hari raya KUALA LUMPUR - Tatkala lebuh raya utama dan jalan kampung sesak dengan kenderaan - warga kota yang menyambut Aidilfitri memilih untuk bersiar-siar - sekitar Kuala Lumpur pada 1 Syawal hari ini





Syawal bukan sekadar raya, tetapi ujian perkukuh keimanan - Mgazette - 21/03 5:03 pm

# Syawal bukan sekadar raya, tetapi ujian perkukuh keimanan KUALA LUMPUR Aidilfitri bukan sekadar sambutan kemenangan selepas sebulan berpuasa, sebaliknya menjadi medan penting untuk umat Islam bangkit daripada ujian dan memperkukuh kesatuan dalam keimanan





Lebih 15,000 rakyat jelata solat Aidilfitri bersama Sultan Selangor - Mgazette - 21/03 5:03 pm

# Lebih 15,000 rakyat jelata solat Aidilfitri bersama Sultan Selangor SHAH ALAM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, awal pagi tadi





Seruan jihad fisabilillah dari Masjid Al-Aqsa: NGO seru umat Islam bangkit daripada tidur - Sinarharian - 21/03 3:48 pm

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama dua badan bukan kerajaan (NGO) lain iaitu Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Masjid Sedunia Membela Masjid Al Aqsar (Manar) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel menutup Masjid Al-Aqsa serta menghalang umat Islam untuk menunaikan ibadah.Tiga NGO itu dalam kenyataan bersama menegaskan, tindakan sedemikian adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan kebebasan beragama.Menurut kenyataan tersebut, ketiga-tiga NGO turut menolak alasan 'keselamatan' yang dijadikan justifikasi kepada penindasan sistematik."Kami mengecam sikap diam dan gagal bertindak oleh sebahagian negara serta institusi dunia Islam."Isu ini tidak boleh dinormalisasikan dan dibiarkan berlalu tanpa tindakan."Justeru, kami menyeru pemimpin negara Islam untuk mengambil pendirian tegas dan bersatu dalam menggerakkan tekanan diplomatik serta strategik, bukan lagi sekadar mengeluarkan kenyataan tanpa tindakan," katanya pada Sabtu.Kenyataan itu menambah, golongan ulama dan cendekiawan perlu memperjelaskan kedudukan Al-Aqsa dalam akidah masyarakat, membangkitkan kesedaran secara berterusan serta menyatukan umat atas prinsip kebenaran.Bukan itu sahaja, katanya, masyarakat sivil dan umat Islam perlu memainkan peranan dengan memperkukuh solidariti global, menyebarkan kesedaran, menyokong usaha kemanusiaan serta advokasi."Masjid Al-Aqsa bukan milik rakyat Palestin sahaja





Umat Islam sambut 1 Syawal dengan solat Aidilfitri - FMT - 21/03 12:04 am

Cuaca baik dimanfaatkan umat Islam dengan memenuhi masjid dan surau seawal 7 pagi untuk bertakbir, sebelum menunaikan solat sunat serta dengar khutbah raya.





'Pernah impikan jodoh dengan orang normal, tetapi semua itu rahsia ALLAH' - Sinarharian - 21/03 10:00 am

SUNGAI PETANI - Aidilfitri merupakan saat ditunggu-tunggu umat Islam untuk berkumpul dan meraikan hari bahagia bersama keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga.Tidak ketinggalan, pasangan kerdil, Mohd Razif Romle, 40, dan isterinya, Nor Hazani Zakaria, 45, bersama anak tunggal mereka, Awatif Jannah, 10, turut membuat persiapan awal bagi memastikan raya tahun ini disambut penuh kemeriahan.Menurut Nor Hazani, persiapan mereka sama seperti keluarga lain termasuk membeli pakaian baharu dan menyediakan juadah hari raya.Katanya, tahun ini giliran mereka beraya di kampung Mohd Razif di Felda Bukit Tangga, Changlun, sebelum pulang ke kampungnya di Besut, Terengganu.Bagaimanapun, katanya, setiap kali menjelang Aidilfitri, beliau akan membetulkan pakaian tiga beranak itu terlebih dahulu sebelum menjahit semula mengikut saiz tubuh mereka."Bukan baju raya sahaja, semua pakaian yang kami beli perlu dipotong dan dijahit semula





PM seru rakyat perkukuh perpaduan, waspada kesan geopolitik Asia Barat PM .. - Mgazette - 21/03 9:39 am

# PM seru rakyat perkukuh perpaduan, waspada kesan geopolitik Asia Barat KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk menterjemahkan ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan kepada kekuatan dalaman bagi mendepani cabaran ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik dunia yang kian mencabar





Lebih 700 peserta baraan Kampung Sungai Kandis meriahkan malam Aidilfitri - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Lebih 700 peserta baraan Kampung Sungai Kandis meriahkan malam Aidilfitri SHAH ALAM Baraan atau aktiviti ziarah secara beramai-ramai dari rumah ke rumah sambil bertakbir tidak asing buat masyarakat Jawa di negara ini yang menjadi tradisi sejak turun-temurun setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri





Ahmad Zahid seru erat silaturahim sempena 1 Syawal - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Ahmad Zahid seru erat silaturahim sempena 1 Syawal KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam di negara ini untuk terus menyemai kasih sayang dan memperkukuh hubungan kekeluargaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri





Menjelang Aidilfitri, warga asing masih sibuk mencari rezeki - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Menjelang Aidilfitri, warga asing masih sibuk mencari rezeki KUALA LUMPUR - Menyambut Aidilfitri di perantauan terutamanya bagi warga asing, pastinya rasa sedih dan rindu tidak dapat disembunyikan terhadap keluarga di kampung halaman





Ada pihak tanam kebencian terhadap kerajaan dengan isu semasa Ada pihak .. - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Ada pihak tanam kebencian terhadap kerajaan dengan isu semasa JOHOR BAHRU - Terdapat pihak tertentu termasuk dalam kalangan ahli politik cuba mengambil kesempatan daripada isu-isu sensitif ketika ini dengan menanamkan kebencian terhadap kerajaan





Jangan bergaduh, jaga perpaduan ketika dunia berdepan tekanan – PM - Mgazette - 21/03 9:39 am

# Jangan bergaduh, jaga perpaduan ketika dunia berdepan tekanan - PM PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan rakyat Malaysia perlu mengelak sebarang bentuk pergaduhan kaum bagi memastikan negara kekal aman terutama ketika berdepan tekanan ekonomi dan keselamatan global





Sebarang anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi - Agong - Sinarharian - 21/03 9:28 am

KUALA LUMPUR - Sebarang anasir yang mengancam perpaduan rakyat mesti dibanteras tanpa kompromi, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Dalam Perutusan Aidilftiri 2026 yang dikongsi menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah mengulangi nasihat itu yang pernah diberikan dalam perutusan tahun lepas, yang nampaknya sudah dilupakan oleh orang ramai atau dibuat tidak endah."Ia bukan sekadar tindakan undang-undang atau perbincangan antara pemimpin masyarakat ketika timbulnya guris hati dan amaran, tetapi juga dalam penerapan amalan peradaban seharian dalam kalangan rakyat, ia mesti dipupuk serta sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa," titah Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan melupakan lima prinsip Rukun Negara yang juga menyatakan prinsip "Kesopanan dan Kesusilaan"."Di manakah kekurangan kita mendidik rakyat berkenaan perkara asas adab ini hingga ada yang begitu beracun dan kurang ajar sudut pandang serta kelakuannya hingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat?" titah Seri Paduka Baginda.Sultan Ibrahim mengingatkan kembali mengenai isu stokin tertera kalimah ALLAH, bendera negara dikibarkan terbalik, perbuatan memijak al-Quran, golongan yang kurang ajar di masjid, serta mulut dan jari celupar yang sewenang-wenangnya mengapi-apikan kebencian, kemarahan dan perpecahan."Kita tidak boleh terima orang yang kurang ajar, sama ada antara kaum masyarakat yang berbeza, mahupun dalam kalangan satu jenis kaum itu sendiri," titah Seri Paduka Baginda.Yang di-Pertuan Agong percaya sebahagian besar rakyat Malaysia tahu untuk membawa diri dengan adab yang baik dalam kehidupan seharian dan suara majoriti ini mesti mengatasi serta mendiamkan suara yang tidak beradab.Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang sedang dinikmati ketika negara lain mengalami peperangan, sambil mengingatkan kepada semua mengenai pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh".Sultan Ibrahim bertitah pengurusan isu-isu sensitif oleh pihak berkuasa juga mesti berhemah dan mengambil kira semua aspek berkaitan, serta tiada ruang untuk kesilapan."Tunjukkan tindakan yang diambil itu benar, tegas dan tepat agar tidak menghakis kepercayaan kepada pentadbiran negara."Saya berharap nasihat ini tidak dilupakan dan diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak," titah Seri Paduka Baginda.Dalam meraikan Aidilfitri, Sultan Ibrahim bertitah mengajak umat Islam agar bersama-sama memanjatkan doa berterusan kepada ALLAH SWT agar nasib umat Islam di seluruh dunia, terutamanya mereka yang tertindas dalam kancah keganasan, dapat dipelihara serta dikurniakan kemenangan dan keamanan sejagat.Seri Paduka Baginda turut mengingatkan umat Islam supaya tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dan terus menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan."Semoga ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadan menjadikan kita semua umat yang lebih istiqamah dan taat kepada ALLAH SWT," titah Seri Paduka Baginda.Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut mendoakan semoga sekalian rakyat dan negara dilindungi daripada musibah, serta dikurniakan kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang kukuh, selain mengingatkan rakyat agar berhati-hati di jalan raya dan makan dengan berhemah





Keharmonian agama seabad nan utuh kisah Bukit Rotan - FMT - 21/03 7:00 am

Di pekan kecil di Selangor ini, empat rumah ibadat yang berdiri tegak bersebelahan menjadi lambang perpaduan masyarakat pelbagai kepercayaan.





Sambut Aidilfitri secara sederhana, peka nasib golongan menderita - Anwar - Sinarharian - 20/03 9:13 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar menyambut Aidilfitri secara sederhana, selain lebih peka terhadap nasib golongan yang menderita ketika dunia berdepan kemelut geopolitik, khususnya di Asia Barat.Beliau berkata, Malaysia tidak terkecuali menerima tempias konflik di rantau berkenaan susulan serangan rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, yang kesannya turut merebak ke negara jiran.Anwar berkata, Malaysia perlu lebih berwaspada kerana peperangan itu pastinya memberi impak dari segi harga minyak, harga barang, kos sara hidup dan tekanan terhadap ekonomi negara."Jadi, sebab itulah sementara kerajaan akan berusaha sedaya upaya meringankan rakyat dari beban yang bakal ditimpa





Hamzah minta kerajaan kemuka pelan kontingensi depani cabaran ekonomi - Sinarharian - 20/03 8:58 pm

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta kerajaan supaya membuat persediaan segera dengan mengemukakan pelan kontingensi agar rakyat dan negara berupaya menghadapi cabaran ekonomi mendatang.Ia berikutan ketika ini perang sedang meletus di Asia Barat, yang mana serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran mengheret konflik ke serata rantau Teluk hingga memberi kesan kepada ekonomi di seluruh dunia.Beliau berpendapat sekiranya keadaan sedemikian berterusan, ekonomi Malaysia akan terjejas dalam konteks harga barang melambung dan inflasi meningkat sehingga akhirnya rakyat menjadi mangsa."Pada waktu inilah kita mengharapkan kepimpinan yang baik, yang mempunyai hala tuju jelas, matang dalam membuat keputusan dan tahu mencari jalan keluar untuk rakyat serta negara."Kita mahu kerajaan melakukan yang terbaik, membuat persediaan segera dengan mengemukakan pelan kontingensi agar rakyat dan negara berupaya menghadapi cabaran mendatang nanti," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Ahli Parlimen Larut itu berpandangan bahawa dalam soal kepimpinan dan hala tuju negara, agenda 'reset' amat penting untuk dilaksanakan.Menurutnya, 'reset' bukan soal kelangsungan politik mana-mana individu mahupun parti.Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan perjuangan yang bersifat menyeluruh, inklusif dan berorientasikan masa depan negara."Lebih penting, ia selari dengan pendekatan maqasid syariah agar terbinanya 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafur' (sebuah negara yang baik, makmur serta mendapat keampunan dan keberkatan ALLAH SWT)," ujarnya.Dalam hantaran sama, Hamzah turut berkesempatan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam di seluruh dunia yang meraikannya."Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadan ini diterima ALLAH SWT, insya-ALLAH."Namun, dalam kegembiraan menyambut raya, jangan sesekali dilupakan saudara kita di Palestin yang terus dizalimi oleh kekejaman Zionis."Saya mengambil kesempatan ini bagi pihak keluarga saya serta ahli-ahli Parlimen pembangkang memohon ampun dan maaf kepada semua, khususnya kepada rakyat Malaysia," kata bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi.





Fasting since primary six, Adam finally embraces Islam - Sinardaily - 20/03 2:02 pm

KEPALA BATAS - While his friends waited for the time to break fast at the mosque, Muhammad Adam Abdullah, who was not yet a Muslim at the time, also endured hunger and thirst alongside them.It all began when Muhammad Adam, 23, fondly known as Adam, was in Primary Six





Tamim Dahri letak syarat serah diri - Mgazette - 20/03 8:07 am

KUALA LUMPUR Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak atau lebih dikenali Tamim Dahri sedia pulang ke Malaysia dan menyerah diri kepada polis dalam masa tedekat dengan syarat empat kuil yang didakwa tidak berdaftar dirobohkan





Ikhtiar damai cerminan kematangan rakyat, perteguh perpaduan ??? PM - Mgazette - 20/03 8:07 am

# Ikhtiar damai cerminan kematangan rakyat, perteguh perpaduan PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan usaha perdamaian yang digerakkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) mewakili badan Islam dan Hindu sebagai bukti kematangan rakyat Malaysia dalam mendepani isu sensitif secara berhemah





Diesel naik 80 sen, Hamzah dakwa kerajaan hilang sensitiviti menjelang .. - Mgazette - 20/03 8:07 am

# Diesel naik 80 sen, Hamzah dakwa kerajaan hilang sensitiviti menjelang Aidilfitri KUALA LUMPUR Kenaikan mendadak harga diesel sebanyak 80 sen kepada RM4.72 seliter bermula hari ini mengundang reaksi keras pembangkang yang menyifatkannya sebagai keputusan paling membebankan rakyat ketika musim perayaan semakin hampir





Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja rai Aidilfitri pada Sabtu - Mgazette - 20/03 8:07 am

**Sementara itu, Kemboja** turut menyertai negara jiran dalam menyambut Aidilfitri pada Sabtu. Mufti Besar Kemboja merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja Kamaruddin Yusof membuat pengumuman itu pada Khamis.





Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu ini - Mgazette - 20/03 8:07 am

# Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu ini KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah pada Sabtu, 21 Mac 2026





Sacofa contributes RM2.93 mln in zakat to Tabung Baitulmal Sarawak - BorneoPost - 20/03 7:00 am

KUCHING (March 20): Sacofa Sdn Bhd has contributed RM2.93 million in business zakat to Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) for the financial year 2025





Anwar luang masa baca kad raya kreatif kiriman murid - Sinarharian - 20/03 4:50 am

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada murid sekolah dari seluruh negara atas kiriman kad ucapan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.Menerusi hantaran video berdurasi lebih dua minit di Facebook pada Jumaat, Anwar mengakui terharu akan kesungguhan murid-murid yang menghasilkan kad ucapan raya dengan begitu kreatif."Alhamdulillah, terharu betul saya apabila menerima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti murid-murid





Rumah, kelengkapan Syawal musnah dalam kebakaran - Mgazette - 20/03 12:02 am

Beliau berkata, pihaknya berharap keluarga terjejas dapat menyambut Syawal di PPR berkenaan. "Semua usaha bagi memindahkan mangsa sedang dijalankan dan kami berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri serta sukarelawan terbabit





Janda ditangkap khalwat bersama lelaki Bangladesh Janda ditangkap khalwat .. - Mgazette - 20/03 12:02 am

# Janda ditangkap khalwat bersama lelaki Bangladesh KULAI - Seorang janda ditangkap khalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam serbuan di sebuah rumah taman perumahan di sini semalam. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memberitahu, pihak penguat kuasa melakukan serbuan pukul 2 pagi selepas menerima aduan





Umat Islam sambut Raya pada Sabtu - FMT - 19/03 8:16 pm

Anak bulan Syawal tidak kelihatan petang tadi susulan proses cerapan di 29 lokasi di seluruh negara.





Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu - Sinarharian - 19/03 8:09 pm

PUTRAJAYA - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu iaitu 21 Mac 2026.Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Khamis."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 21 Mac 2026," katanya menerusi siaran televisyen tempatan sebentar tadi.Ia diumumkan selepas aktiviti melihat anak bulan yang berlangsung selepas waktu Maghrib pada malam Jumaat.Proses cerapan anak bulan tersebut telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM.





PPIM desak kerajaan tutup kelompongan industri e-hailing - Sinarharian - 19/03 6:59 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara yang disifatkan boleh mengundang ancaman keselamatan kepada pengguna.Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat kelemahan sistem dan penguatkuasaan yang didakwa menjejaskan hak serta keselamatan rakyat.Beliau turut menyatakan sokongan terhadap desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH) berhubung isu keselamatan dalam industri berkenaan."Isu keselamatan penumpang melibatkan maruah dan nyawa, bukan perkara yang boleh dirunding dalam proses birokrasi yang berpanjangan."Ketiadaan pangkalan data berpusat telah mewujudkan ruang yang membolehkan individu bermasalah terus beroperasi di platform lain," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, situasi itu menimbulkan persoalan apabila pemandu yang digantung atau dibuang kerana kesalahan serius seperti gangguan seksual masih boleh berdaftar dengan platform lain.Katanya, keadaan itu bukan sekadar kelemahan teknikal, sebaliknya menunjukkan kegagalan sistem yang memerlukan tindakan segera.Dalam pada itu, PPIM turut mengkritik cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang memberikan tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes jenayah."Tempoh tersebut tidak wajar bagi kes melibatkan keselamatan kerana ia boleh mendedahkan pengguna kepada risiko berulang," katanya.Sehubungan itu, PPIM mengemukakan tiga tuntutan utama kepada kerajaan bagi memperkukuh keselamatan industri berkenaan, termasuk mewujudkan pangkalan data senarai hitam berpusat yang berfungsi secara masa nyata bagi menyekat pemandu bermasalah daripada beroperasi di semua platform.Selain itu, PPIM mencadangkan agar tindakan yang telah diambil oleh platform terhadap pemandu yang terbukti melakukan kesalahan serius diiktiraf dan disusuli tindakan tegas oleh pihak berkuasa.Persatuan itu juga menuntut supaya tempoh rayuan selama 14 hari dimansuhkan bagi kes jenayah berat, termasuk gangguan seksual dan pemanduan berbahaya.PPIM turut menggesa kerajaan agar mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu berkenaan dan tidak hanya bertindak selepas sesuatu kes menjadi tular."Rakyat memerlukan sistem yang benar-benar menjamin keselamatan dan tidak memberi ruang kepada penjenayah untuk terus beroperasi dalam industri e-hailing," katanya.





Ikhtiar perdamaian roh, jiwa sebenar rakyat Malaysia, kata PM - FMT - 19/03 4:55 pm

Anwar Ibrahim berkata dialog perdamaian membabitkan NGO Islam dan Hindu bukti cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai.





NGO cadang tubuh jawatankuasa khas tangani isu sensitif berkaitan rumah ibadat - Sinarharian - 19/03 4:36 pm

KUALA LUMPUR - Sesi perdamaian melibatkan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India yang berlangsung semalam, antaranya mencapai resolusi supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu berkaitan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, antara yang menyertai sesi berkenaan berkata, jawatankuasa itu dicadangkan untuk berperanan sebagai platform rasmi bagi menangani isu sensitif berkenaan, selain memastikan setiap tindakan diambil secara teratur dan mengikut lunas undang-undang."Kita bersetuju untuk satu jawatankuasa ditubuhkan oleh pihak kerajaan sama ada di Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk menangani isu-isu sensitif sebegini termasuk pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Khamis.Zainul Rijal berkata, sebarang struktur rumah ibadat yang dibina secara tidak sah perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira sensitiviti agama."Jika melibatkan pemindahan atau perobohan, ia perlu dilakukan dengan penuh hormat terhadap objek keagamaan dan amalan penganut, termasuk mendapat khidmat pihak berkaitan seperti pemimpin agama bagi mengelakkan ketegangan," katanya.Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa itu akan dibawa kepada kerajaan dalam masa terdekat.Beliau turut memaklumkan bahawa pertemuan menerusi program Harmoni Madani bagi mencari titik perdamaian dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi kedua-dua komuniti secara baik dan menyeluruh akan mengadakan sesi susulan, namun tarikh belum ditetapkan setakat ini.Semalam, 30 wakil kedua-dua komuniti mengadakan sesi pertemuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan sesi berkenaan turut memberikan ruang kepada beberapa individu yang sebelum ini dianggap mencetuskan kontroversi berkaitan isu tersebut, untuk menjelaskan pendirian masing-masing secara langsung bagi membantu meredakan ketegangan.Sementara itu, Pengerusi Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) Datuk N Sivakumar mencadangkan pelaksanaan audit tanah melibatkan rumah ibadat bukan Islam susulan daripada perbincangan sesi Harmoni Madani, semalam.Beliau berkata audit berkenaan hendaklah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan penyelarasan yang lebih tersusun, memandangkan urusan tanah, pemetaan dan penguatkuasaan tanah di negeri-negeri terletak di bawah bidang kuasa negeri."Tanpa penyelarasan pusat, usaha audit akan berdepan dengan ketidakseragaman dari segi dasar, pendekatan dan pelaksanaan antara negeri-negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.Menurutnya, satu Pasukan Khas Audit Nasional perlu diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai mekanisme penyelaras utama bagi memastikan keseragaman dasar, pemantauan dan pelaksanaan yang lebih berkesan.Sementara itu, Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Azizuddin Ahmad berkata inisiatif pertemuan Harmoni Madani antara wakil daripada komuniti Melayu dengan India merupakan langkah penting dalam meredakan ketegangan serta memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Beliau berkata, Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama perlu terus mengangkat prinsip 'kepelbagaian dalam bingkai kesatuan' dengan menjadikan perbezaan sebagai kekuatan, selain menekankan konsep kehidupan bersama secara damai sebagai asas kestabilan dan kesejahteraan negara."Pendekatan budaya damai yang menolak konflik serta mengutamakan hikmah, dialog, keadilan dan ihsan perlu dibudayakan dalam mengurus kepelbagaian masyarakat," katanya menerusi kenyataan





PLUS anjur solat Aidilfitri di R&R Seremban arah selatan - Sinarharian - 19/03 4:11 pm

PETALING JAYA PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menganjurkan solat sunat Aidilfitri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan) menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.PLUS memaklumkan bahawa inisiatif itu adalah kali pertama diadakan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).Menurutnya, penganjuran itu bertujuan menyediakan kemudahan kerohanian kepada pengguna lebuh raya serta petugas di kawasan hentian berkenaan yang bertugas ketika Aidilfitri."Pemilihan R&R Seremban dibuat kerana kedudukannya yang strategik sebagai antara hentian utama dengan aliran trafik tinggi ke arah selatan, khususnya bagi pengguna yang pulang ke kampung di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor."Surau Madani dipilih kerana kapasiti yang besar serta kemudahan lengkap bagi menampung jumlah jemaah yang ramai, selain susun atur kawasan rehat dan kapasiti parkir yang mencukupi bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Solat sunat Aidilfitri dijadualkan berlangsung pada 1 Syawal, jam 8.30 pagi, tertakluk kepada pengumuman rasmi.Tambah PLUS, inisiatif itu diharapkan dapat mengurangkan tekanan dan kesuntukan masa pengguna lebuh raya pada pagi Aidilfitri."Ia juga membolehkan mereka berhenti seketika untuk beribadah dalam suasana tenang, selesa dan teratur sebelum meneruskan perjalanan."Pengguna lebuh raya diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi peraturan lalu lintas serta mengamalkan sikap sabar dan bertimbang rasa semasa memandu," katanya lagi.PLUS berkata, pengguna juga disarankan merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS berikutan jangkaan peningkatan trafik sehingga 2.3 juta kenderaan pada hari puncak musim perayaan.





'Jangan benarkan kapal perang AS berlabuh, semak semula perjanjian dengan AS' - Mapim - Sinarharian - 19/03 3:20 pm

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas dengan tidak lagi menerima permohonan persinggahan (port of call) kapal perang Amerika Syarikat (AS) di mana-mana pelabuhan negara ini.Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, langkah tersebut merupakan pendirian berprinsip yang mencerminkan usaha mempertahankan kedaulatan negara serta menolak sebarang bentuk keterlibatan tidak langsung dalam konflik ketenteraan di Asia Barat."Dalam situasi geopolitik semasa, AS terlibat secara aktif dalam konflik bersama Israel, termasuk serangan terhadap Iran dan sokongan berterusan terhadap tindakan agresif di Gaza dan Tebing Barat."Malaysia tidak boleh dilihat sebagai pihak yang memberi ruang logistik kepada kekuatan ketenteraan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan, kapal LCS milik Tentera Laut AS, USS Tulsa dan USS Santa Barbara dilaporkan berlabuh di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang.Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa kerajaan memberi penjelasan berhubung laporan kehadiran aset tentera laut AS di perairan negara yang didakwa boleh menimbulkan persepsi bercanggah dengan dasar berkecuali Malaysia.Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, kehadiran dua kapal terbabit dari 14 hingga 16 Mac lepas hanyalah persinggahan sementara bagi tujuan logistik.Mohd Azmi berpandangan, membenarkan kapal perang berlabuh walaupun atas alasan teknikal atau diplomatik boleh ditafsir sebagai satu bentuk legitimasi terhadap operasi ketenteraan yang telah mengorbankan ribuan nyawa awam, termasuk wanita dan kanak kanak."Justeru, Malaysia mesti kekal tegas mempertahankan prinsip berkecuali berprinsip, tanpa memberi ruang kepada mana mana kuasa besar menggunakan wilayah negara untuk kepentingan ketenteraan mereka," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau mengesa semua perjanjian pertahanan, keselamatan dan kerjasama strategik dengan AS perlu disemak semula secara menyeluruh"Sebarang bentuk kerjasama yang berpotensi mengaitkan Malaysia dengan konflik atau operasi ketenteraan luar perlu dihentikan," tegasnya lagi.Mohd Azmi berkata, Malaysia harus memperkukuh dasar luar yang bebas dan berdaulat, selaras dengan prinsip keamanan dan keadilan sejagat.Tambah beliau, keputusan terbabit perlu dijadikan titik permulaan kepada penilaian semula lebih luas terhadap hubungan strategik Malaysia dengan kuasa kuasa besar, agar ia benar benar mencerminkan kepentingan nasional serta nilai kemanusiaan."Negara-negara lain di rantau ini diseru untuk mengambil pendirian yang sama bagi mengelakkan Asia Tenggara daripada menjadi pangkalan sokongan kepada konflik yang tidak membawa keamanan."Keamanan tidak akan tercapai melalui kekuatan senjata semata mata, tetapi melalui keadilan, diplomasi dan penghormatan terhadap kedaulatan negara," katanya.





Kementerian Perpaduan sambut baik dialog, seru tolak provokasi - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Kementerian Perpaduan sambut baik dialog, seru tolak provokasi KUALA LUMPUR Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan usaha dialog antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan wakil komuniti India wajar dipuji, namun sebarang tindakan provokatif yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama tidak boleh dibiarkan berterusan





Mahima cadang jawatankuasa khas, audit tanah redakan isu sensitif kaum - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Mahima cadang jawatankuasa khas, audit tanah redakan isu sensitif kaum KUALA LUMPUR Penubuhan jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perdana Menteri serta pelaksanaan audit tanah dicadangkan sebagai langkah konkrit bagi meredakan isu sensitif antara kaum, susulan pertemuan melibatkan wakil komuniti baru-baru ini





Peruntukan RM1.56 juta hargai petugas masjid di Selangor - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Peruntukan RM1.56 juta hargai petugas masjid di Selangor KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor terus memperkasakan kebajikan penggerak institusi agama apabila menyalurkan peruntukan berjumlah RM1,561,000 menerusi Program Penyerahan Insentif Khas KitaSelangor Aidilfitri (IKSA) 1447H/2026M. Menurut Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, insentif khas tersebut adalah tanda penghargaan buat pentadbir serta petugas masjid yang bertungkus-lumus mengimarahkan rumah ALLAH di seluruh negeri





Krisis global: Jadikan apa yang berlaku sebagai pedoman, pengajaran ??? .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Krisis global: Jadikan apa yang berlaku sebagai pedoman, pengajaran Sultan Selangor KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyeru setiap rakyat bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk berhati-hati dalam berbelanja, bak kata pepatah, `sediakan payung sebelum hujan





Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci – KPN - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci - KPN KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan aktivis, Tamim Dahri yang didakwa melarikan diri ke Thailand sebelum ini, kini dipercayai berada di Tanah Suci, Arab Saudi





Mengaku pijak al-Quran, penganggur dipenjara sembilan bulan - Mgazette - 19/03 2:55 pm

Majistret Dr Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, selepas mengambil kira sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya ia berlaku di bulan Ramadan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencemari agama suci dengan memuat naik rakaman memijak al-Quran dengan niat hendak menghina agama Islam





Mubarak Thahak dilucut jawatan Undang Luak Sungei Ujong - Mgazette - 19/03 2:55 pm

Menurutnya, keputusan pemberhentian tersebut dicapai dalam kerapatan yang berlangsung pada 1 April 2025 di Telaga Undang Sungei Ujong. Semua kesalahan telah diadu secara rasmi kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut, katanya dalam kenyataan selepas pengumuman secara rasmi di Seremban, Negeri Sembilan semalam





Sudah hafal al-Fatihah, berpuasa setahun sebelum peluk Islam – .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Sudah hafal al-Fatihah, berpuasa setahun sebelum peluk Islam - Chilsa Paul JOHOR BAHRU - "Saya sudah hafal surah al-Fatihah sedikit-sedikit sebelum memeluk agama Islam lagi





Tindakan gari Zamri Vinoth ikut undang-undang - KPN - Sinarharian - 19/03 2:28 pm

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa tindakan membawa pendakwah bebas Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari pada Selasa lepas dilaksanakan mengikut prosedur serta lunas undang-undang sedia ada.Beliau berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, selain turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berbeza."Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza





Tamim Dahri sedia serah diri tapi bersyarat - Sinarharian - 19/03 1:00 pm

SHAH ALAM - Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak bersedia pulang ke tanah air untuk menyerahkan diri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat dengan syarat empat kuil tidak sah dirobohkan.Perkembangan terbaharu itu dikongsikan oleh akaun Threads, tanah.malaya pada Khamis.Menerusi hantaran berkenaan, empat kuil yang disyaratkan supaya dirobohkan ialah Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel."Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri," menurut hantaran di akaun berkenaan.Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa menangguhkan pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Tamim Dahri akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P





Lelaki pijak al-Quran dijel 9 bulan - FMT - 19/03 12:21 am

Amir Abdul Malik mengaku salah cemari agama Islam dengan memuat naik rakaman dirinya pijak al-Quran pada 28 Feb lalu.





Isu nadir bumi ke Pentagon: Lynas, kerajaan diminta tampil beri penjelasan - Sinarharian - 19/03 12:11 am

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak syarikat Lynas Rare Earths Ltd dan kerajaan Malaysia tampil memberi penjelasan berhubung laporan perjanjian pembekalan unsur nadir bumi kepada Pentagon, agensi pertahanan Amerika Syarikat.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya memandang serius perkembangan itu kerana nadir bumi merupakan bahan strategik yang digunakan dalam teknologi ketenteraan moden."Perjanjian ini menimbulkan kebimbangan kerana unsur nadir bumi digunakan dalam radar, sistem peluru berpandu, satelit serta komponen industri pertahanan berteknologi tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, Lynas perlu tampil memberikan penjelasan secara terbuka sama ada bahan yang diproses melalui operasinya di Malaysia menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan kepada sektor pertahanan Amerika Syarikat."Sokongan ketenteraan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis Israel yang terus melakukan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza juga menjadi perhatian besar umat Islam di seluruh dunia," kata Mohamed Sukri.Ujar beliau, syarikat itu juga perlu memperincikan sumber bahan mentah, lokasi pemprosesan serta sama ada fasiliti di negara ini terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan."Sebagai syarikat asing yang beroperasi di Malaysia, Lynas mempunyai tanggungjawab moral dan korporat untuk memastikan operasinya tidak menimbulkan implikasi geopolitik sensitif kepada negara," jelas beliau.Dalam masa sama, Mohamed Sukri berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan pendirian rasmi berhubung isu itu kerana ia bukan sekadar melibatkan perdagangan, sebaliknya berkait dengan keselamatan strategik dan imej negara.Tambahnya, kerajaan perlu menyatakan sama ada terdapat mekanisme kawalan bagi memastikan sumber strategik negara tidak disalurkan kepada industri ketenteraan kuasa besar yang terlibat dalam konflik antarabangsa.Menurutnya, isu itu menjadi lebih sensitif memandangkan penglibatan Amerika Syarikat dalam beberapa konflik global termasuk di Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria dan Iran."Rakyat berhak mengetahui sama ada Malaysia secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan strategik yang menyokong industri ketenteraan kuasa besar dunia," tegasnya.Beliau memberitahu, sumber nadir bumi adalah aset strategik negara yang perlu diurus secara telus dan bertanggungjawab.Katanya, Malaysia wajar memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai domestik industri nadir bumi bagi memanfaatkan sumber itu untuk pembangunan teknologi tempatan dan pengukuhan ekonomi negara."Pemuda Pas Selangor menyeru Lynas dan kerajaan segera tampil memberikan penjelasan menyeluruh demi menjaga kepentingan negara serta sensitiviti rakyat," jelas beliau.





Lelaki pijak al-Quran dipenjara sembilan bulan - Sinarharian - 19/03 12:02 am

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku memijak al-Quran, bulan lepas.Majistret Dr Teoh Shu Yee membuat keputusan itu selepas Amir Abdul Malik, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan mencemari agama Islam dengan memuat naik rakaman dirinya memijak al-Quran, dengan niat menghina agama tersebut di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah pada 28 Feb lepas.Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Nahra Dollah dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Abdullah Wan Radzlad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan Ishak Kari.Terdahulu, Nahra memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh memandangkan perbuatannya serius, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim yamg menghina agama sendiri.Ishak pula memohon hukuman penjara bermula dari tarikh Amir ditangkap, iaitu pada 15 Mac lepas.Dalam penghakimannya, Teoh berkata perbuatan tertuduh adalah serius kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat."Penghinaan terhadap mana-mana agama, sama ada Islam atau bukan Islam, berpotensi membawa kerosakan yang jauh lebih besar berbanding kecederaan fizikal kerana ia menyentuh maruah serta hak eksklusif yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.Beliau juga berkata perbuatan itu lebih membimbangkan kerana dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi ruang untuk meningkatkan keimanan dan amalan kebaikan.Mahkamah kemudian memerintahkan Amir menjalami hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.- Bernama





Dialog Muslim-Hindu langkah matang, positif, kata mufti - FMT - 19/03 10:30 am

Mufti Pulau Pinang Mohd Sukki Othman berkata ia selari prinsip Islam yang menuntut manusia untuk saling mengenali, hidup bersama secara aman dan bekerjasama.





Sinergi PPZ-MAIWP, pembayar zakat dan rakan strategik santuni asnaf - Sinarharian - 19/03 10:30 am

KUALA LUMPUR Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) terus mempergiat usaha menyantuni golongan asnaf menerusi pelaksanaan Program Turun Padang sepanjang Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik seperti Ikhlas.com, Restoran Mohd Chan dan Mokkyspizza, merangkumi agihan makanan, sumbangan keperluan asas, pakaian raya serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan.Antara program dijalankan termasuk Ziarah Ramadan Makeover Rumah Asnaf bersama Ikhlas.com, sumbangan kepada tiga keluarga asnaf serta majlis berbuka puasa bersama anak yatim dengan Restoran Mohd Chan.Selain itu, sumbangan juadah iftar dan Gerobok Rezeki turut disalurkan kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), manakala Mokkyspizza menyumbang makanan dan pakaian raya kepada anak-anak yatim Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi.Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, kerjasama bersama rakan strategik membolehkan bantuan disampaikan secara lebih berfokus dan menyeluruh.Menurutnya, inisiatif tersebut bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas, malah menyemai semangat kebersamaan serta kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat."Melalui program-program ini, kita bukan sahaja membantu dari segi keperluan harian, tetapi juga menyemai semangat kebersamaan dan kepedulian dalam masyarakat sepanjang Ramadan," katanya.Tambah beliau, PPZ-MAIWP komited meneruskan program turun padang pada masa akan datang dengan sokongan berterusan rakan strategik bagi memastikan bantuan zakat sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan PPZ-MAIWP dalam memastikan bantuan zakat dapat disampaikan secara lebih dekat, berfokus dan menyeluruh kepada golongan benar-benar memerlukan selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan





Coca-Cola semarak Ramadan santuni komuniti, asnaf - Sinarharian - 19/03 10:15 am

KUALA LUMPUR Syarikat minuman multinasional,Coca-Cola menyemarakkan semangat Ramadan tahun ini dengan memberi tumpuan kepada usaha menyantuni golongan memerlukan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian (PACS) Coca-Cola bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar Ab Ghani berkata, syarikat itu melaksanakan beberapa program komuniti sepanjang bulan Ramadan termasuk pengagihan makanan kepada golongan asnaf serta mereka yang memerlukan.Menurutnya, inisiatif tersebut dijalankan melalui kerjasama strategik dengan Yayasan Ikhlas."Kami juga bekerjasama dengan Yayasan Basmi Kemiskinan untuk menyediakan bakul makanan kepada golongan asnaf di Hulu Langat."Selain itu, kami turut menjalinkan kerjasama dengan Lotus's bagi menyediakan bakul makanan serta program iftar kepada pekerja gig, khususnya penghantar makanan," katanya kepada Sinar Harian pada Program Iftar Komuniti 2026 yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di sini pada Ahad.Beliau berkata, inisiatif berkenaan selari dengan komitmen Coca-Cola yang bukan sahaja menawarkan produk minuman kepada pengguna, malah berusaha membawa perubahan positif kepada masyarakat."Coca-Cola bukan hanya mengenai produk kami, tetapi juga tentang bagaimana kami boleh memberi perubahan positif kepada komuniti tempat kami beroperasi."Kami akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk bersama-sama dengan dengan masyarakat dalam membawa impak positif kepada komuniti di Malaysia," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan masjid sebagai lokasi program iftar komuniti juga mempunyai nilai tersendiri kerana institusi berkenaan yang bukan sekadar tempat ibadah, malah berfungsi sebagai pusat komuniti."Masjid bukan sahaja tempat untuk menunaikan solat, tetapi juga pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul dan mengeratkan silaturahim."Kami melihat penganjuran program iftar di masjid sebagai peluang untuk bersama-sama masyarakat dan memberi nilai tambah khususnya dalam bulan Ramadan," katanya.Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Sinar Harian atas kerjasama dalam menjayakan program berkenaan yang menurutnya bukan sekadar menyediakan juadah berbuka puasa, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan.Lebih 2,000 orang hadir berbuka puasaDalam pada itu, lebih 2,000 orang dari serata Kuala Lumpur hadir pada program berkenaan yang memberi manfaat kepada komuniti Islam, selain menghayati makna sebenar bulan Ramadan untuk saling berkongsi dan membantu antara satu sama lain.Ketua Eksekutif Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Mohd Hariz Jamil berkata, pada hari bekerja, pihaknya menjangkakan kehadiran antara 1,000 hingga 1,300 jemaah, manakala pada hujung minggu angka itu meningkat kepada hampir 2,500 orang."Alhamdulillah, dengan adanya program seperti ini, tajaan makanan daripada Coca-Cola Malaysia, Fanta dan bantuan Sinar Harian, hampir 2,600 pek makanan berjaya disediakan untuk seluruh jemaah yang hadir."Jumlah ini melebihi kapasiti biasa iaitu sekitar 1,500 hingga 1,600 pek sahaja, sekali gus memastikan semua yang hadir dapat menikmati juadah iftar," katanya.Beliau menjelaskan, pihak masjid membuka pendaftaran awal bagi sukarelawan dan pelajar yang berminat membantu program iftar, seawal sebulan sebelum Ramadan.Ujarnya, sambutan sangat menggalakkan daripada pelajar universiti, pelajar sekolah, komuniti tempatan serta staf masjid yang turun padang membantu persiapan iftar."Setiap hari, kami menyediakan lebih 20 hingga 30 sukarelawan tambahan bagi memastikan kelancaran program





UMPSA Advanced sediakan kemudahan Internet percuma - Sinarharian - 19/03 10:00 am

KUANTAN- UMPSA Advanced telah mengambil inisiatif menyediakan kemudahan Internet mudah alih percuma kepada para pengunjung yang hadir berbuka puasa di Padang MBK 1, Masjid Negeri Pahang, Kuantan, pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan Ramadan.Inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMPSA Advanced, dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) serta Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), dalam menyokong penganjuran Program Ihya Ramadan Negeri Pahang Darul Makmur.Pada setiap tahun, lokasi itu menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa secara santai bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana komuniti yang harmoni.Justeru, penyediaan kemudahan Internet mudah alih percuma ini dilihat sebagai satu nilai tambah yang signifikan dalam meningkatkan pengalaman pengunjung, terutamanya dalam era digital masa kini.Melalui kemudahan tersebut, para pengunjung bukan sahaja dapat berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai, malah berpeluang untuk berkongsi detik-detik bermakna sepanjang Ramadan di platform digital, selain mengakses pelbagai maklumat penting dengan lebih mudah dan pantas.Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan pengunjung yang hadir sepanjang tempoh pelaksanaannya.Menurut wakil UMPSA Advanced, Nor Hazuanie Mohd Ridzuan, usaha itu mencerminkan keprihatinan organisasi dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan berasaskan teknologi."Penyediaan kemudahan Internet ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan urusan harian pengunjung, malah diharap dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti sepanjang bulan Ramadan," ujar beliau.Tambah beliau lagi, UMPSA Advanced komited untuk terus melaksanakan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat, selaras dengan peranan institusi dalam menyokong pembangunan komuniti setempat.Secara keseluruhannya, program itu mencerminkan komitmen berterusan UMPSA Advanced dalam menggabungkan elemen teknologi dan tanggungjawab sosial secara seimbang, di samping menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjayakan program-program berimpak tinggi kepada masyarakat.





Pengguna terperangkap, PPIM dakwa telco kenakan caj tersembunyi - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Pengguna terperangkap, PPIM dakwa telco kenakan caj tersembunyi KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan dakwaan siri `rompakan halus' oleh syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan caj tersembunyi serta menawarkan `pakej percuma' sehingga menyebabkan pengguna terperangkap dengan bil mencecah ribuan ringgit





Sufrah Malaysia Madinah Saji 60,000 Pek Hidangan Tempatan Untuk Jemaah - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Sufrah Malaysia Madinah Saji 60,000 Pek Hidangan Tempatan Untuk Jemaah Jemaah umrah di sini yang merindukan masakan Malaysia boleh mendapatkan pelbagai hidangan tempatan itu di laluan keluar pintu 322 di Masjid Nabawi





Arab Saudi sambut Aidilfitri Jumaat ini - Mgazette - 19/03 7:44 am

MEKAH - Kerajaan Arab Saudi mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini akan berlangsung pada Jumaat ini atau 20 Mac 2026





Sufrah Malaysia Madinah saji lebih 60,000 pek makanan cita rasa Malaysia... - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Sufrah Malaysia Madinah saji lebih 60,000 pek makanan cita rasa Malaysia kepada jemaah MADINAH - Jemaah umrah di sini yang merindukan masakan Malaysia boleh mendapatkan pelbagai hidangan tempatan itu di laluan keluar pintu 322 di Masjid Nabawi





Kelemahan kepimpinan negara Islam undang campur tangan kuasa asing – .. - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Kelemahan kepimpinan negara Islam undang campur tangan kuasa asing - Putra KUALA LUMPUR Umat Islam di negara ini diseru agar tidak alpa dengan isu kepimpinan ketika menyambut Aidilfitri kerana hanya kepimpinan berintegriti dan berprinsip mampu mempertahankan kedaulatan negara daripada pengaruh kuasa luar





NGO Melayu, India bertemu cari titik perdamaian, selesai kemelut secara .. - Mgazette - 19/03 7:44 am

# NGO Melayu, India bertemu cari titik perdamaian, selesai kemelut secara baik PUTRAJAYA - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India bertemu hari ini bagi mencari titik perdamaian dalam usaha menyelesaikan kemelutdihadapi kedua-dua komuniti secara baik dan menyeluruh





Polis giat buru suspek utama serangan ke atas Cikgu Chandra - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Polis giat buru suspek utama serangan ke atas Cikgu Chandra KUALA LUMPUR - Siri serangan ganas terhadap seorang guru dikenali sebagai Cikgu Chandra kini disiasat sebagai ancaman keselamatan serius apabila polis mengesahkan suspek utama masih bebas dan sedang diburu





Dividen Tabung Haji 3.5 peratus khabar gembira pencarum menjelang .. - Mgazette - 19/03 7:44 am

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, keputusan tahun 2025 adalah prestasi kewangan terbaik dalam tempoh lapan tahun, sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pelaburan yang berdisiplin serta rangka kerja tadbir urus yang diperkukuh. Katanya, agihan keuntungan itu ditetapkan selepas mengambil kira zakat sebanyak 2.577 peratus berjumlah RM95.3 juta, bagi pihak pendeposit kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN)





Ramanan sumbang gaji, elaun hampir RM800,000 untuk Parlimen Sungai Buloh - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Ramanan sumbang gaji, elaun hampir RM800,000 untuk Parlimen Sungai Buloh KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R





NGO Islam, India adakan mesyuarat pertama cari titik pendamaian - Sinarharian - 18/03 8:19 pm

PUTRAJAYA - Wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India pada Rabu menganjurkan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian dalam menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu kedua-dua kaum sejak kebelakangan ini.Wakil kedua-dua kaum kaum itu dipertemukan melalui program Harmoni Madani yang yang berlangsung kira-kira empat jam di Pusat Konvensyan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dialog berkenaan membuka ruang kepada kedua-dua komuniti untuk berunding tanpa dipengaruhi pihak luar.Menurutnya, sesi dialog itu penting sebagai langkah pertama dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku."Kita berusaha memadamkan titik panas yang melanda ketika ini





Umat Islam disaran bersederhana sambut Aidilfitri - FMT - 18/03 6:16 pm

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata pendekatan itu perlu jadi amalan dalam setiap perkara.




Reformasi     >>



Anwar ucap Aidilfitri dengan pantun, video nyanyian REM - Mkini
Pohon di desa teduhan rimbun, Jiwa terisi memandang alunnya, Indah agama mengajar ampun, Setulus hati raikan bersama.
Kroni     >>



Trump tolak gencatan senjata, dakwa Iran makin lemah - Utusan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak mahu mencapai gencatan senjata dalam konflik berterusan AS-Israel dengan Iran, sambil mendakwa Teheran kini berada dalam keadaan lemah. Bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari Rumah Putih pada Jumaat, Trump berkata, tindakan ..
Tabloid     >>



Umat Islam sambut Syawal dengan solat sunat Aidilfitri .. - Hmetro
Kuala Lumpur: Umat Islam menyambut 1 Syawal dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid serta surau di seluruh negara dalam suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 Ultra Review Privacy First - Pokde
If you're looking for the best non-foldable flagship Android smartphone around, check out our Samsung Galaxy S26 Ultra review right here.
World     >>



US sends Marines, amphibious assault ship to Middle .. - Cgtn
The United States is deploying thousands of additional Marines to the Middle East, Reuters reported on Friday, as US President Donald Trump criticized NATO allies for refusing to contribute forces to help reopen the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Jadual feri ke Langkawi disusun semula selepas .. - Careta
Pada masa ini, pengusaha feri di Langkawi mengenakan kadar tambang sekitar 88 sen per batu nautika, jauh lebih rendah berbanding kadar yang dikenakan pengusaha-pengusaha feri di pulau-pulau utama seperti Pulau Pangkor dan Pulau Tioman yang mencecah RM2 per batu nautika. "Jadual asal operasi feri