| /// |
|
| Search : Apm News | Page 1 |
|
Anggota maut dipatuk ular: APM tegaskan pengendalian haiwan berbisa ikut .. - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Anggota maut dipatuk ular: APM tegaskan pengendalian haiwan berbisa ikut prosedur KUALA LUMPUR Kendalian haiwan berbisa dalam Program Latihan Kesedaran Orang Awam Pengendalian Haiwan Berbisa di Dewan Taman Temerloh Jaya kelmarin mengikut prosedur tetap operasi (PTO) dan tatacara keselamatan yang ditetapkan |
|
APM tambah baik aspek keselamatan aktiviti kendali haiwan berbisa - Sinarharian - 24/08 3:46 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menilai semula aspek keselamatan dan pengurusan risiko pelaksanaan aktiviti pengendalian haiwan berbisa susulan kematian seorang anggotanya dipatuk ular tedung selar dalam program di Temerloh Kuantan Pahang pada Sabtu.APM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan agensi berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kebajikan anggota sentiasa diberi keutamaan."Walaupun aktiviti pengendalian haiwan berbisa berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur tetap operasi (PTO) serta tatacara keselamatan ditetapkan, APM mengambil serius setiap insiden yang berlaku."APM sentiasa terbuka untuk menilai serta menambah baik aspek keselamatan, pengurusan risiko dan pelaksanaan aktiviti berkaitan dari semasa ke semasa," jelas APM.Dalam kejadian tersebut, anggota APM, Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia di pada jam 1.50 pagi Ahad ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.Allahyarham merupakan anggota APM yang terlatih dan berkemahiran berdasarkan bidang kepakarannya selain mempunyai pengalaman berkhidmat bersama agensi itu sejak 2010.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawaAnggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi'Tiga kali Allahyarham Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - KakakAPM menjelaskan, semua anggota diwajibkan untuk menghadiri latihan berkaitan sebelum dibenarkan untuk menyertai operasi."Selain itu, anggota yang terlibat juga telah menjalankan tugasan berdasarkan prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan," katanya.APM turut menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Muazam Shah."Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada APM dan negara," katanya. |
|
Aku Dah Terkena Ni- Anggota APM Maut Dipatuk Tedung Selar, Sempat Cuci Jari & Simpan Ular Sebelum Rebah - Siraplimau - 24/08 8:52 am Minat mendalam terhadap reptilia yang sudah lama menjadi sebahagian daripada hidupnya bertukar tragedi, apabila seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas dipatuk tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular di Temerloh |
|
'Tiga kali Sarjan APM Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - Sinarharian - 23/08 1:49 pm TEMERLOH Biar sudah tiga kali dipatuk ular sehingga pernah koma dan mengalami serangan jantung, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap tidak meninggalkan minatnya terhadap reptilia berkenaan.Minat itu bagaimanapun berakhir dengan tragedi apabila Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin meninggal dunia selepas dipatuk tedung selar ketika melakukan latihan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.Kakaknya, Siti Aisyah Kamardin 43, berkata, kejadian terbaharu itu merupakan kali ketiga adiknya dipatuk ular, manakala dua kejadian sebelum ini membabitkan reptilia berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawaAnggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi"Sudah tiga kali adik kena patuk ular |
|
Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia - Mypress - 23/08 1:39 pm TEMERLOH Selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninggal dunia semasa menerima rawatan… |
|
APM personnel dies after being bitten by king cobra during demonstration - Sinardaily - 23/08 1:13 pm KUANTAN - A Malaysian Civil Defence Force (APM) personnel who was reported to have been bitten by a king cobra while conducting a demonstration at a programme in Temerloh yesterday died early this morning.Pahang APM director Colonel (PA) Che Adam A Rahman said Sergeant (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, died at about 1.50am."Muhamad Muazam Shah died while receiving treatment at Sultan Haji Ahmad Shah Hospital, Temerloh," he said when contacted today.Che Adam said Muhamad Muazam Shahs remains were scheduled to be laid to rest at the Kampung Bukit Kelulut Cemetery, Temerloh, this morning.The victim was reported to have been bitten on a finger of his right hand at about 10.50am yesterday and had gone outside the hall to wash the wound.He subsequently fainted outside the hall and was rushed to hospital for further treatment |
|
Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia selepas lebih 14 jam bertarung nyawa - Sinarharian - 23/08 10:47 am TEMERLOH Selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini awal pagi Ahad.Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi.Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Allahyarham pada mulanya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HoSHAS selepas tidak sedarkan diri susulan kejadian yang berlaku di Dewan Taman Temerloh Jaya, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi"Allahyarham ditempatkan di Zon Merah dan berada di bawah pemantauan doktor sebelum disahkan meninggal dunia."Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Difahamkan, urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilaksanakan kira-kira jam 9 pagi.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi Sabtu, Muhamad Muazam Shah dipatuk ular tedung selar pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular.Kejadian berlaku ketika APM Daerah Temerloh menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta program.Selepas dipatuk, Allahyarham sempat keluar dari dewan sebelum mencuci tangannya, namun tiba-tiba pitam dan kemudian dikejarkan ke HoSHAS untuk mendapatkan rawatan. |
|
Anggota APM maut dipatuk tedung selar ketika demonstrasi - FMT - 23/08 10:03 am Muhamad Muazam Shah Kamardin menghembuskan nafas terakhir 1.50 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. |
|
Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi - Mypress - 23/08 9:08 am TEMERLOH Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia itu di Dewan… |
|
Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi - Sinarharian - 22/08 7:49 pm TEMERLOH Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, dipatuk pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika menjalankan demonstrasi berkenaan.Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, APM Daerah Temerloh dijemput menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta.Menurutnya, ketika demonstrasi berlangsung, anggota berkenaan dipatuk ular pada jarinya sebelum bertindak keluar dari dewan untuk mencuci tangan."Anggota terbabit kemudian pitam di luar dewan dan kemudiannya dihantar ke Bahagian Kecemasan HoSHAS Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Che Adam berkata, setakat jam 1 tengah hari, anggota terbabit masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor di Zon Merah HoSHAS."Keadaan kesihatan anggota berkenaan terus dipantau oleh pihak hospital dan APM sementara menunggu perkembangan lanjut," ujarnya. |
|
Mahkamah kekal batal pemecatan pegawai APMM dalam kes dadah - FMT - 20/08 5:05 pm Mahkamah Rayuan memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dari segi undang-undang atau fakta yang memerlukan campur tangan. |
|
Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos - Sinarharian - 19/08 6:07 pm Setakat ini, Amerika Syarikat dan Iran masih belum mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian konflik tersebut."Sementara itu, konflik Rusia-Ukraine turut menambah tekanan terhadap bekalan petroleum dunia. Dalam tempoh pengiraan APM, Ukraine telah menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Bagaimanapun katanya, harga bahan api bersubsidi bagi pengguna yang layak kekal pada kadar RM1.99 seliter bagi RON95 BUDI95 dan RM2.10 seliter bagi diesel BUDI Diesel.MoF berkata, melalui sistem subsidi bersasar yang disediakan, kerajaan Madani terus melindungi pengguna yang layak daripada kenaikan harga pasaran."Bagi pengguna yang layak di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95), Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, sekitar 47 peratus daripada harga RON95 tanpa subsidi semasa."Bagi pengguna yang layak di bawah Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) pula, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.57 seliter atau 55 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi," katanya.Dalam pada itu katanya, selagi konflik di Asia Barat belum mencapai penyelesaian muktamad dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara.Ujar MoF, ketidaktentuan yang berpanjangan juga berisiko memberi kesan lebih mendalam terhadap bekalan produk petroleum di seluruh dunia."Kerajaan Madani bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin |
|
Apa berlaku jika kapal Malaysia tembak kapal coast guard atau kapal Navy .. - Wrlr - 17/08 1:12 pm Hasil persoalan orang ramai, kenapa dan mengapa kapal-kapal coast guard dan Navy China bebas ber-navigasi di perairan Malaysia di Serawak ? kenapa tidak tembak sahaja ? Sebenarnya Ikut undang-undang kapal-kapal China memang boleh belayar disitu (ZEE), ia bukan perairan milik negara tetapi perairan ZEE sahaja. Kalau kapal Malaysia - sama ada TLDM atau APMM - yang tembak dulu kapal China Coast Guard (CCG) atau Navy China (PLAN) di dalam ZEE Sarawak, itu akan jadi kes paling besar dalam sejarah Malaysia moden |
|
Anggota APM bantu pindah pesakit obesiti 250kg - Sinarharian - 16/08 9:25 am KOTA BHARU - Berat badan mencecah kira-kira 250 kilogram (kg) menyebabkan urusan membawa seorang pesakit obesiti berusia 49 tahun pulang ke rumahnya di Kampung Chiku 3, Gua Musang selepas discaj dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) memerlukan bantuan khas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu.Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zin berkata, khidmat khas itu dilaksanakan bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keluarga pesakit menguruskan proses pemindahan dari hospital ke kediamannya dengan selamat.Menurut beliau, operasi berkenaan membabitkan sembilan anggota APM termasuk seorang pegawai, selain dibantu penduduk setempat."Kami membantu melancarkan proses pengurusan dan pemindahan pesakit dari HRPZ II sehingga ke rumahnya di Kampung Chiku 3, Gua Musang."Kerjasama penduduk setempat turut membantu anggota APM dalam proses mengangkat dan memindahkan pesakit," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Ujar beliau, khidmat khas itu dilaksanakan bagi memastikan proses pemindahan pesakit dapat dilakukan secara teratur, selamat dan lancar.Mohd Arif turut merakamkan penghargaan kepada penduduk setempat yang memberikan kerjasama serta membantu anggota APM sepanjang operasi berkenaan.Ujarnya, APM akan terus komited membantu agensi kerajaan dan masyarakat menerusi tugas bantuan kemanusiaan secara cekap, pantas dan berkesan. |
|
Helikopter AW189 perkukuh benteng maritim negara – Saifuddin Nasution - Mygazette - 13/08 3:45 pm # Helikopter AW189 perkukuh benteng maritim negara - Saifuddin Nasution SUBANG - Kedaulatan perairan negara seluas 556,285 kilometer (km) persegi kini diperkasakan dengan penerimaanhelikopterpertama Medium Lift AW189 daripada empat unit yang diperoleh bagi kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) |
|
APMM Terima Helikopter AW189, Perkukuh Keupayaan Operasi Maritim - Siakapkeli - 13/08 12:59 am APMM menerima helikopter AW189 pertama daripada empat unit bagi memperkukuh operasi penguatkuasaan, CARILAMAT, pengawasan udara, MEDEVAC dan operasi khas di perairan negara. |
|
Harga petrol, diesel tanpa subsidi turun mulai esok hingga 19 Ogos - MoF - Sinarharian - 12/08 6:54 pm KUALA LUMPUR - Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos turun dengan RON97 berkurang 20 sen seliter, manakala RON95 serta diesel tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen dan 10 sen.Menurut Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini, bagi tempoh berkenaan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.15 seliter berbanding RM4.35 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.62 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.47 seliter berbanding RM4.57 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).MOF memaklumkan Kerajaan Madani menanggung subsidi RM1.63 seliter bagi pengguna yang layak di bawah BUDI95, bersamaan dengan kira-kira 82 peratus daripada harga RM1.99 seliter yang dibayar di pam, manakala bagi BUDI Diesel, subsidi sebanyak RM2.37 seliter ditanggung, bersamaan dengan kira-kira 113 peratus daripada harga RM2.10 seliter yang dibayar di pam.Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.Dalam pada itu, MOF memaklumkan penurunan berkenaan susulan kejatuhan harga minyak dunia pada minggu lepas, apabila harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat dengan Iran menyebabkan harga minyak dunia diniagakan pada paras lebih rendah bagi sebahagian besar minggu tersebut.Harga minyak mentah Brent turut merosot ke bawah AS$80 setong pada awal tempoh pengiraan harga Mekanisme Harga Automatik (APM), iaitu paras terendah dalam tempoh tiga minggu."Namun begitu, premium risiko geopolitik kembali meningkat menjelang penghujung tempoh pengiraan APM apabila prospek rundingan antara Amerika Syarikat dengan Iran kembali merosot, susulan tuntutan baharu yang dikemukakan kedua-dua pihak," menurut kenyataan itu.Kementerian berkenaan memaklumkan harga Brent meningkat hampir lima peratus pada Isnin apabila kebimbangan terhadap pembukaan semula Selat Hormuz kembali memuncak."Ketidaktentuan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz terus menimbulkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus memberikan tekanan terhadap harga petroleum."Dengan itu, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat," menurut MoF |
|
Ringkasan 5 Kes Utama Catat Rosot Nilai Terbesar Tabung Haji. - Wrlr - 12/08 8:35 am 2. Projek OPV TH Heavy Engineering * Kontrak kerajaan bernilai RM738.9 juta bagi pembinaan 3 kapal OPV APMM |
|
APMM tahan vesel nelayan Vietnam, hasil laut lebih RM6 juta dirampas - FMT - 6/08 10:57 am Pengarah APMM Pahang Mazlan Mat Rejab berkata seramai 18 kru warga Vietnam termasuk seorang tekong berusia antara 21 hingga 55 tahun turut ditahan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |