| /// |
|
| Search : Amla News | Page 1 |
|
Najib dipenjara 15 tahun, denda berjumlah RM11.38 bilion - Mgazette - 27/12 8:03 am Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara 15 tahun berkuatkuasa serentak selepas bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International. Selain hukuman pemenjaraan dan denda, mahkamah turut memerintahkan Najib membayar jumlah boleh dipulihkan sebanyak RM2,081,476,926 di bawah Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) |
|
1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion - Sinarharian - 26/12 9:19 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, atas empat kes rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini juga memerintahkan Najib, 72, membayar denda sebanyak RM11.38 bilion.Sekiranya bekas Ahli Parlimen Pekan itu gagal membayar jumlah denda berkenaan, dia boleh dipenjara selama 10 tahun bagi setiap kes rasuah terbabit.Semasa prosiding bersambung jam 9 malam, hakim berkata, setiap kes mengunakan kedudukan untuk rasuah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun sementara lima tahun bagi setiap kes AMLA.Bagaimanapun, beliau memerintahkan kedua-dua hukuman pemenjaraan berjalan serentak, selepas Najib selesai menjalani hukuman di Penjara Kajang, bagi kes SRC International Sdn Bhd, 22 Ogos 2028 depan."Ini kerana pertuduhan kes 1MDB dan kes SRC bukan melibatkan transaksi yang sama dan merupakan kes berasingan."Secara pecahan kes rasuah membabitkan pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dengan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan."Jumlah berkenaan ialah RM303,149,197.15; RM454,499,636.40; RM10,407,384,630 dan RM222,854,603.50 atau jumlah keseluruhan mencecah RM11,387,888,067.05," katanya.Beliau berkata, bagi setiap kes AMLA pula, tertuduh dihukum penjara maksimum lima tahun tanpa dikenakan sebarang denda.Selain hukuman pemenjaraan dan denda, mahkamah turut memerintahkan Najib memulangkan sum recoverable berjumlah RM2,081,476,926.Katanya, ia sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 55(2) Akta Pencegahan |
|
Pendakwaan cadang Najib dihukum penjara 80 tahun, denda RM11.4 bilion - Sinarharian - 26/12 8:12 pm PUTRAJAYA Pihak pendakwaan mencadangkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara maksimum 80 tahun dan denda RM11.4 bilion, terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib berhujah demikian ketika sesi pemberatan, sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman atas empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke atas Najib, 72."Saya mohon mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan tempoh pemenjaraan itu perlu berjalan secara berasingan, bukannya serentak."Hukuman itu perlu bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara bagi kes menyalahgunakan RM42 juta bagi kes SRC International Sdn Bhd di Penjara Kajang," katanya.Beliau berkata, denda itu dikira berdasarkan peruntukan yang menetapkan kadar dibuat lima kali ganda suapan yang terlibat dalam pertuduhan penyalahgunaan kuasa, berserta penalti di bawah peruntukan undang-undang.Dalam pada itu, pendakwaan menyifatkan kesalahan yang dilakukan bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebagai antara kes terburuk yang boleh dibayangkan membabitkan isu jenayah kewangan di Malaysia."Ini merupakan kes kleptokrasi paling teruk dan pengkhianatan terhadap amanah secara mutlak."Ini kerana tertuduh ketika melakukan kesalahan itu semasa menjawat peranan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB."Perbuatan itu memberi kesan buruk terhadap kewangan negara, selain jumlah liabiliti 1MDB mencecah hampir RM50 bilion, dengan kerajaan terpaksa membayar RM42 bilion dan hutang tertunggak kira-kira RM13 bilion," katanya.Selain Ahmad Akram, pendakwaan turut dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Prosiding ini masih diteruskan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membalas hujahan berkenaan.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini, memutuskan Najib bersalah atas empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu. |
|
Najib mohon pemenjaraan serentak dengan kes SRC - Sinarharian - 26/12 7:21 pm PUTRAJAYA Pihak pembelaan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa, tiada bukti bekas Perdana Menteri itu mengalihkan dana untuk kemewahan peribadi atau menyimpan kekayaan secara rahsia.Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata demikian ketika sesi rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda selepas didapati bersalah atas 25 kes menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Beliau berkata, sebahagian besar dana berkaitan telah digunakan untuk aktiviti politik, sosial dan kebajikan di bawah rangka kerja Barisan Nasional (BN).Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga telah memulangkan AS$620 juta daripada keseluruhan derma berjumlah AS$681 juta secara sukarela.Katanya, ini menunjukkan bekas ahli politik itu tidak mempunyai motif dalam mencapai keuntungan peribadi."Faktor pengurangan paling ketara ialah tiada bukti Najib menerima, meminta atau menjangkakan sebarang faedah peribadi."Kelulusan dibuat demi kepentingan yang dirasakan oleh Kerajaan dan Kementerian Kewangan, dan sebarang dana yang kemudiannya disalahgunakan telah dialihkan tanpa pengetahuan atau penyertaan tertuduh," katanya.Selain itu beliau berkata, usia lanjut serta keadaan kesihatan anak jati Pahang itu perlu diambil kira sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.Katanya, bekas ahli politik menghadapi pelbagai masalah kesihatan serius sepanjang prosiding, termasuk episod hipertensi teruk yang memerlukannya dimasukkan ke hospital, keradangan lutut akut serta pembedahan mata.Bukan itu sahaja, beliau berkata, anak guam telah memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia sejak tahun 2015.Peguam itu berkata, pada 24 Oktober 2024, Najib telah menulis surat permohonan maaf dan perasaan sedihnya ketika berada di Penjara Kajang yang mana ia telah dibacakan oleh anak lelakinya, Datuk Mohd Nizar."Najib sedih apabila mengetahui, kejatuhan 1MDB berlaku di bawah pengawasannya ketika dia memegang jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri."Permohonan maaf tersebut dibuat secara sukarela tanpa syarat serta mencerminkan penyesalan," katanya.Susulan itu beliau memohon supaya anak guam hanya dikenakan hukuman pemenjaraan dengan denda pada kadar minimum.Peguam itu berharap, hukuman pemenjaraan berjalan serentak dengan hukuman SRC International Sdn Bhd dan bukannya berasingan."Najib hadir di mahkamah ini sebagai seorang lelaki berusia 72 tahun, telah hampir lima dekad berkhidmat kepada negara, tidak pernah melarikan diri dan sentiasa mematuhi proses undang-undang."Hukuman yang telah dilaluinya amat berat, yang tinggal kini hanyalah keadilan yang wajar dipertimbangkan oleh mahkamah," katanya.Selain Muhammad Shafee, Najib diwakili peguam-peguam, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.Prosiding diteruskan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib berhujah untuk pemberatan hukuman.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini, memutuskan Najib bersalah atas empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu. |
|
Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB - Sinarharian - 26/12 5:03 pm PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, atas 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 lalu.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Najib, 72, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan."Setelah meneliti afidavit dan hujahan bertulis kedua-dua pihak termasuk mendengar hujahan lisan, mahkamah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah."Oleh itu tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan kes ini," katanya.Prosiding bersambung dengan Collin meminta pihak pendakwaan berhujah mengenai pemberatan hukuman sementara hujahan untuk mengurangkan hukuman oleh pihak pembelaan.Terdahulu, Najib didapati bersalah atas empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.Najib, 72, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan |
|
Surat derma Arab Saudi kes 1MDB palsu - Hakim - Sinarharian - 26/12 12:45 am PUTRAJAYA Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memberitahu bahawa, empat surat yang didakwa sebagai bukti derma daripada pemerintah Arab Saudi, semasa perbicaraan empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, sebagai dipalsukan.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman di sini berkata, salinan asal surat berkenaan tidak pernah dikemukakan kepada mahkamahMenurutnya, tiada pengesahan dibuat barisan pembelaan yang mewakili Najib, 72, bagi memastikan dana itu dibuat pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah."Surat itu dipalsukan kerana ada keterangan menunjukkan wang tersebut sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB."Ada pengesanan dana tersebut menunjukkan ia disalurkan melalui syarikat swasta pihak ketiga Vista Equity, Blackstone dan Tanore, entiti yang dimiliki ahli kewangan buruan Eric Tan," katanya.Collin berkata, menjadi suatu yang luar biasa apabila tiada surat balasan dihantar kepada keluarga diraja itu, sebagai salah satu tanda berterima kasih di atas sumbangan yang diperoleh.Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember lalu katanya, mahkamah mendapati dana tersebut boleh dianggap sangat mencurigakanSelepas lebih tiga jam membaca dapatan keputusan 25 kes penyelewengan dana 1MDB, beliau menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari.Collin menghentikan sementara prosiding, bagi memberi ruang kepada solat Jumaat dan prosiding akan bersambung jam 3 petang."Saya masih memerlukan masa selama satu jam untuk membaca baki keputusan berkenaan," katanya.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.Najib, 72, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan |
|
Belum selesai baca, keputusan kes 1MDB babit Najib sambung lepas solat Jumaat - Sinarharian - 26/12 12:25 am PUTRAJAYA Selepas lebih tiga jam membaca dapatan keputusan empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini menghentikan sementara prosiding, bagi memberi ruang kepada solat Jumaat.Semasa prosiding, beliau berkata, mahkamah masih memerlukan masa selama satu jam untuk membaca baki keputusan berkenaan."Sila aturkan supaya tertuduh dibawa semula ke mahkamah ini dan prosiding bersambung jam 3 petang ini," katanya.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.Najib, 72, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan |
|
Laungan Bebas Bosku bergema di Kompleks Mahkamah - Sinarharian - 26/12 9:07 am PUTRAJAYA Laungan Bebas Bosku bergema di kawasan parkir berdekatan Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi Jumaat apabila puluhan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak hadir memberikan sokongan menjelang keputusan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Sekumpulan individu terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita dilihat bersemangat melaungkan slogan tersebut sambil aksi mereka dirakam oleh pengamal media yang turut membuat liputan di lokasi.Bagaimanapun, suasana kekal tenang dan terkawal dengan kehadiran beberapa petugas keselamatan yang memantau keadaan.Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd berkata, beliau tiba seawal jam 7 pagi semata-mata untuk mengetahui keputusan sama ada Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan atau disabitkan dalam empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan jumlah keseluruhan RM2.3 bilion dana 1MDB."Saya tak mahu ulas panjang, apa pun biar hakim yang tentukan |
|
Besar harapan kami Najib bebas hari ini - Penyokong - Sinarharian - 26/12 8:35 am Bertahun-tahun kami berdoa. Hari ini, beliau mesti dibebaskan," katanya.Sinar Harian melaporkan, nasib sama ada Najib akan dibebaskan atau disabitkan kesalahan dalam empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB akan diputuskan hari ini.Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman dijangka membacakan keputusan tersebut pada jam 9 pagi.Ia merupakan kes jenayah terakhir yang masih di peringkat perbicaraan melibatkan Najib, 72 tahun.Sekiranya mahkamah mendapati barisan pembelaan Najib yang diketuai oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, bekas Presiden UMNO itu boleh dibebaskan serta-merta.Bagaimanapun, jika mahkamah mengambil pendekatan berbeza, hakim akan menjatuhkan hukuman terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Bagi empat kes rasuah, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi bagi setiap pertuduhan.Sementara itu, bagi 21 kes AMLA, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Mahkamah juga akan menentukan sama ada hukuman penjara itu akan berjalan secara serentak atau berasingan bagi kesemua 25 pertuduhan.Walau apa pun keputusan yang akan diumumkan, kedua-dua pihak, iaitu pendakwaan mahupun pembelaan, masih mempunyai hak untuk merayu ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.Seramai 50 saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 235 hari dan berakhir pada 30 Mei 2024 lalu.Pada 6 Mei lalu, pembelaan menutup kes selepas mendengar keterangan 26 saksi pembelaan yang berlangsung selama 58 hari.Perbicaraan kes berprofil tinggi itu secara keseluruhan mengambil masa 303 hari termasuk 10 hari penghujahan di akhir kes pembelaan yang bermula pada 21 Oktober lalu.Antara saksi pendakwaan yang dipanggil termasuk bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.Sementara itu, saksi utama pembelaan termasuk Najib sendiri; bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin; adik kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud; dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Pihak pendakwaan pada asalnya diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram, sebelum kes diambil alih oleh pasukan Timbalan Pendakwa Raya terdiri daripada Datuk Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Bagi pihak pembelaan, selain Tan Sri Muhammad Shafee, Najib turut diwakili oleh Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Wan Mohammad Arfan Wan Othman, Hartrisha Kaur Sandhu dan Naresh Mayachandran.Mengikut pertuduhan, Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014, manakala kesemua pertuduhan pengubahan wang haram berlaku antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi yang sama. |
|
Kes 1MDB: Penutup episod bicara di Mahkamah Tinggi atau permulaan fasa hukuman lebih berat - Sinarharian - 26/12 7:51 am PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak hari ini bakal mendengar keputusan kes jenayah terakhir beliau yang masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman, Putrajaya.Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini dijangka membaca keputusan berkenaan pada kira-kira jam 9 pagi.Berbeza dengan kes SRC International yang menyaksikan bekas Perdana Menteri itu disabitkan kesalahan dan kini menjalani hukuman penjara, kes 1MDB berjumlah RM2.3 bilion ini mempunyai implikasi jauh lebih besar dari sudut undang-undang, politik dan persepsi awam memandangkan skala dana serta jumlah pertuduhan yang dihadapi.Dalam konteks undang-undang, fokus utama hari ini adalah sama ada barisan pembelaan Najib yang diketuai peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan atau sebaliknya.Sepanjang 303 hari perbicaraan termasuk 10 hari penghujahan di akhir kes pembelaan bermula 21 Oktober lalu, pasukan pembelaan menumpukan kepada naratif bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai pengetahuan atau niat jenayah terhadap transaksi berkaitan 1MDB, selain mempertikaikan kredibiliti serta inferens yang dibuat pihak pendakwaan.Namun, 76 saksi, tempoh perbicaraan yang panjang serta penglibatan tokoh-tokoh utama 1MDB dan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kes pendakwaan dibina secara menyeluruh dan bersifat struktural, bukan bergantung kepada satu atau dua keterangan utama semata-mata.Sekiranya mahkamah mensabitkan Najib atas kesemua atau sebahagian pertuduhan, persoalan paling signifikan ialah sama ada hukuman penjara akan berjalan serentak atau berasingan?Jika mahkamah mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, bekas Presiden UMNO itu boleh dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan itu.Namun, beliau masih kekal di penjara bagi menjalani hukuman ke atas atas kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, iaitu lega hukum daripada penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta.Walau apa pun keputusan Mahkamah Tinggi, kes profil tinggi ini belum berakhir sepenuhnya.Hak untuk merayu di dua mahkamah lebih tinggi, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, masih terbuka dan boleh diteruskan kedua-dua pihak.Hari ini menjadi penentu sama ada ia menandakan penutup episod perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau permulaan kepada fasa hukuman yang lebih berat terhadap Najib Razak.Bagi empat kes rasuah, Najib yang didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.Bagi 21 kes AMLA pula, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya |
|
SPRM bongkar pelbagai kes berprofil tinggi sepanjang 2025 - Mgazette - 25/12 4:21 pm Turut menjadi tumpuan ialah kes rasuah melibatkanahli perniagaan Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana MenteriDatuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang menunjukkan Kerajaan MADANI berpegang teguh pada prinsip ketelusan serta integriti. Berdasarkan statistik SPRM, sitaan berjumlah RM566.77 juta di bawah Akta SPRM 2009 dan RM6.26 bilion mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA/ATFPUAA) 2001 selain pembekuan aset bernilai RM36.14 juta direkodkan setakat30 Nov |
|
Keputusan kes 1MDB Najib esok - Sinarharian - 25/12 12:34 am PUTRAJAYA Nasib sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau disabitkan kesalahan dalam empat kes rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang di Istana Kehakiman di sini dijangka membaca keputusan berkenaan pada jam 9 pagi.Ini merupakan kes jenayah terakhir dihadapi Najib, 72, yang masih di peringkat perbicaraan.Jika mahkamah mendapati barisan pembelaan Najib yang diketuai peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, bekas Presiden UMNO itu dibebaskan serta-merta.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mengambil pendekatan berbeza, hakim akan menjatuhi hukuman terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Bagi empat kes rasuah, Najib yang didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.Bagi 21 kes AMLA pula, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Mahkamah akan menentukan sama ada hukuman penjara itu akan berjalan secara serentak atau berasingan bagi 25 pertuduhan.Walau apa sahaja keputusan kelak, pihak pendakwaan mahupun pembelaan masih boleh merayu terhadap keputusan berkenaan, di dua lagi peringkat iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.Seramai 50 saksi dipanggil dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan yang berlangsung selama 235 hari, berakhir pada 30 Mei 2024 lalu.Pada 6 Mei lalu, pembelaan menutup kes selepas selesai mendengar keterangan 26 saksi pembelaan yang mengambil masa selama 58 hari.Perbicaraan kes berprofil tinggi itu telah mengambil masa selama 303 hari termasuk 10 hari penghujahan di akhir kes pembelaan bermula 21 Oktober lalu.Saksi pendakwaan yang hadir dalam prosiding ialah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.Sementara saksi utama yang memberi keterangan di peringkat pembelaan ialah Najib sendiri termasuk bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin, adik kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Pihak pendakwaan pada awalnya diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram, sebelum pemergiannya pada Januari 2023.Kes itu kemudiannya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Bagi pembelaan, selain Muhammad Shafee, Najib turut diwakili peguam Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Wan Mohammad Arfan Wan Othman, Hartrisha Kaur Sandhu dan Naresh Mayachandran.Mengikut pertuduhan, bekas Presiden UMNO itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram, antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.Najib sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun dengan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta |
|
Graft busters seize over RM6bil in funds, assets under Amla - Star - 25/12 12:00 am KUALA LUMPUR: More than RM6bil worth of funds and assets have been seized, frozen and forfeited through operations conducted by graft busters so far this year |
|
Beku akaun Bersatu tanpa pertuduhan zalim, penindasan ??? Tun Faisal - Mgazette - 16/12 3:11 pm Dakwanya, sehingga kini, tiada sebarang pertuduhan jenayah dikenakan terhadap Bersatu sebagai sebuah pertubuhan namun akaun parti itu masih terus disekat tanpa asas undang-undang yang sah dan berterusan. Sedangkan Seksyen 44(5) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dengan jelas memperuntukkan bahawa perintah pembekuan akan luput selepas tempoh 90 hari daripada tarikh perintah sekiranya individu atau entiti yang dikenakan perintah tersebut tidak didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah AMLA atau kesalahan pembiayaan keganasan |
|
Isu pembekuan akaun Bersatu patut diputuskan melalui permohonan jenayah, .. - Mgazette - 16/12 8:00 am SPRM telah membekukan dua akaun bank Bersatu pada Januari 2023 sebelum menyitanya pada April 2023, selepas Muhyiddin didakwa sebulan sebelumnya," hujahnya. Beliau berkata, Seksyen 52A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) memperuntukkan had masa sekiranya orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, tidak didakwa atas suatu kesalahan di bawah akta terbabit |
|
Pendakwaan tak teruskan rayuan dalam kes AMLA libat Rosmah - Mgazette - 12/12 7:34 am # Pendakwaan tak teruskan rayuan dalam kes AMLA libat Rosmah KUALA LUMPUR - Prosiding jenayah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta kini berakhir sepenuhnya selepas pihak pendakwaan memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap pembebasan beliau |
|
Hakim Abu Bakar dengar rayuan akhir pendakwaan kes Syed Saddiq - Sinarharian - 11/12 11:02 am PUTRAJAYA Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais mengetuai panel tiga hakim, mendengar rayuan akhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Abu Bakar selaku Hakim Mahkamah Persekutuan bersama dua lagi hakim yang baru mengangkat sumpah pada 3 Disember lalu ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Prosiding bermula tepat jam 9.30 pagi dengan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu, memulakan hujahan.Semasa prosiding, panel hakim memberi masa selama tiga jam untuk pihak perayu membuat hujahan, diikuti pihak pembelaan yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ambiga Sreevenasan.Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun, pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, Penolong Bendahari Armada Bersatu, yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018, yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jaya, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. |
|
Mahkamah Persekutuan Putrajaya jadi tumpuan pengamal media - Sinarharian - 11/12 8:59 am PUTRAJAYA - Kompleks Mahkamah Persekutuan di sini menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan berkaitan hujahan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini kes berprofil tinggi itu.Ibu, bapa dan kakak Ahli Parlimen Muar itu dilihat berjalan menuju ke tingkat atas kira-kira jam 8.15 pagi.Turut kelihatan juga beberapa petugas keselamatan mahkamah menjalankan kawalan di sekitar pintu masuk hadapan kompleks berkenaan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat ini, di hadapan beberapa hakim.Bagaimanapun, bilangan dan nama panel yang mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku respondenhanya diketahui pada hari prosiding berlangsung.Pendengaran kes berkenaan bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu memulakan hujahan.Mereka bakal membentangkan fakta yang perlu bagi panel hakim berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).Jika mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan bersalah serta hukuman terbabit.Andai kata panel hakim membuat keputusan berbeza, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut berdepan hukuman penjara, denda dan sebatan tersebut.Pada 22 September lalu, perayu mengemukakan 28 alasan bahawa Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi wajar mengembalikan semula sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 25 Jun lalu.Perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, daripada 15 daripadanya melibatkan tuduhan bersubahat pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Sembilan lagi katanya, berkaitan kes salah guna harta di bawah Seksyen 403 kanun sama, manakala empat selebihnya berkaitan dua kes mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Mengikut petisyen yang difailkan, perayu berkata, panel Hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menuduh pihak pendakwaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tekanan terhadap saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali, yang juga bekas Penolong Bendahari Armada dan saksi utama kes. |
|
Syed Saddiq tiba di mahkamah, rayuan terakhir pendakwaan - Sinarharian - 11/12 8:50 am PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Persekutuan di sini pada jam 8.26 pagi Khamis, bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasannyaberhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Syed Saddiq, 33, yang memakai kot berwarna hitam hadir dengan ditemani dua penyokongnya.Itumerupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan berkenaan dalam prosiding yang ditetapkan selama dua hari sehingga Jumaat, di hadapan panel hakim yang jumlah dan namanya hanya akan diketahui semasa prosiding berlangsung dijangka bermula 9 pagi.Kes bermula dengan pasukan pendakwaan selaku perayu membentangkan hujahan bagi memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Kesemua pertuduhan melibatkan satu kes subahat pecah amanah membabitkan dana RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta berjumlah RM120,000dan dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing melibatkan RM50,000.Jika mahkamah menolak rayuan pendakwaan, Syed Saddiq akan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua sabitan dan hukuman.Sebaliknya, jika panel hakim menerima rayuan, beliau akan berdepan semula hukuman penjara, sebatan dan denda yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini.Prosiding diteruskan dengan hujahan pihak pembelaan diketuai oleh peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teikyang memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan dikekalkan, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.Terdahulu pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada Bersatu)yang diamanahkan dengan dana RM1 jutauntuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jayamengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru.Ia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Penyanyi dan pelakon Bella Astillah pula menyusul di belakang ahli politik itubeberapa minit kemudian. |
|
Hujahan pendakwaan cabar pembebasan Syed Saddiq bermula Khamis - Sinarharian - 10/12 1:20 pm Sebaliknya, jika panel hakim menerima rayuan, beliau akan berdepan semula hukuman penjara, sebatan dan denda yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini.Pada 22 September lalu, pihak pendakwaan mengemukakan 28 alasan rayuan bagi menyokong permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 25 Jun, dan mengembalikan semula sabitan serta hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa 15 alasan berkaitan pertuduhan subahat pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan, sembilan berkaitan salah guna harta di bawah Seksyen 403, dan empat lagi berhubung dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.Menerusi petisyen rayuan, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menyatakan bahawa saksi utama pendakwaan, Rafiq Hakim Razali (SP13), telah memberi keterangan kerana tertekan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tanpa sebarang bukti yang menyokong dakwaan itu.Prosiding diteruskan dengan hujahan pihak pembelaan diketuai oleh peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan dikekalkan, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.Terdahulu, pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Syed Saddiq atas keempat-empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.Bagaimanapun, pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin mendapati pertuduhan terhadapnya tidak berasas.Mahkamah turut menyatakan bahawa tindakan memberi arahan untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan dana.Berdasarkan pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, Penolong Bendahari Armada Bersatu, yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.Pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018, yang dilakukan di Maybank Taman Pandan Jaya, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.Dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh, dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru. Ia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Artikel berkaitan: Hakim khilaf jatuhkan hukuman terhadap Syed Saddiq - Peguam |
|
GISBH: Pembebasan ahli bukan kerana kes gugur tapi selesai jalani hukuman .. - Mgazette - 3/12 3:29 pm Sebaliknya, jelas beliau ia merupakan pelaksanaan sepenuhnya keputusan kehakiman. "Selain daripada itu, kumpulan ini juga telah diambil tindakan siasatan oleh pihak Pasukan Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA) PDRM |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |