///
See Also: Shutterstock

Search : Wilayah News   Page 1    



Terima kasih PM atas kepercayaan diberi – Zaliha - Mgazette - 17/12 8:12 am

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau untuk menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sebelum ini





BMW 7i guna nombor daftar motosikal, antara 77 kenderaan mewah disita... - Mgazette - 17/12 8:12 am

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans serta Lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen yang sah (CDL). Semua kenderaan kini ditahan di depoh simpanan JPJ di sini untuk siasatan dan telah disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), katanya pada sidang media di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini





Zaliha, Mohd Na???im, Saraswathy digugurkan - Mgazette - 17/12 8:12 am

PUTRAJAYA Seramai dua Menteri dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Menteri yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar





Rombakan Kabinet: 10 lantikan baharu, 14 menteri, timbalan menteri .. - Mgazette - 17/12 8:11 am

Dua menteri lantikan baharu ialah Datuk Mustapha Sakmud yang kini dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) serta Mohamad Taufiq Johari (Menteri Belia dan Sukan). Sementara itu, lantikan baharu lain termasuk Marhamah Rosli (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Datuk Lo Su Fui (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)





Menteri WP didominasi satu kaum timbul kegusaran orang Melayu ??? Aliff .. - Mgazette - 17/12 8:11 am

# Menteri WP didominasi satu kaum timbul kegusaran orang Melayu Aliff Firdaus KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan pelantikan Hanah Yeoh dan Datuk Lo Su Fui sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Melayu





Mustapha beri komitmen angkat martabat Sabah, Sarawak sebagai rakan kongsi .. - Mgazette - 17/12 8:11 am

# Mustapha beri komitmen angkat martabat Sabah, Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud akan menggerakkan tanggungjawab baharu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak melalui kerjasama erat lagi harmoni antara Perdana Menteri, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Ia kata beliau, bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan antara Persekutuan dan Wilayah Sabah dan Sarawak





‘Gaza perlu rumah, bukan khemah’ - Utusan - 17/12 8:00 am

GAZA: Pihak berkuasa di Gaza memberi amaran lebih banyak bangunan yang rosak akibat perang berkemungkinan runtuh ekoran hujan lebat di wilayah terkepung itu





Beberapa menteri sedia ada dikekalkan, pacu ekonomi negara - PM - Sinarharian - 16/12 8:46 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengekalkan beberapa menteri sedia ada dalam Kabinet Kerajaan MADANI bagi memastikan kesinambungan pasukan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan menangani isu rakyat.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing mengekalkan portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut dikekalkan, selain Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil terus memacu Kementerian Komunikasi dalam barisan Kabinet kali ini bersama dengan Timbalannya, Teo Nie Ching.Turut dikekalkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalannya, M Kulasegaran.Portfolio Kementerian Pengangkutan masih digalas Anthony Loke bersama-sama Timbalannya, Datuk Hasbi Habibulloh dan Datuk Seri Mohamad Sabu mengekalkan portfolio Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga kekal menerajui kementerian masing-masing dalam Kabinet Kerajaan Madani.Turut kekal ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Alexander Nanta Linggi.Barisan menteri dan timbalan menteri lain yang kekal adalah seperti yang berikut:Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor MingMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih KangMenteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy ShukriMenteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Agong DagangMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd AliMenteri Digital, Gobind Singh DeoTimbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah WangTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah SabuTimbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar NasarahTimbalan Menteri Pertahanan, Adly ZahariTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Yusof ApdalTimbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah WohTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah SallehTimbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak





Johari kini ke MITI, Taufik terajui KBS - Sinarharian - 16/12 7:01 pm

SHAH ALAM - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang baharu menerusi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Selasa.Pelantikan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baharu.Manakala jawatan Timbalan Menteri MITI diisi oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala Timbalan Menterinya pula sebelum ini Liew Chin Tong yang kini dilantik Timbalan Menteri Kewangan.Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang baharu.Dr Mohammed Taufiq menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu pula diberikan kepada Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi anak Bimol.Beliau menggantikan Adam Adli Abd Halim yang ditukarkan ke Kementerian Pendidikan Tinggi dengan jawatan sama sebagai timbalan menteri.





Zaliha ketengah kejayaan basmi kartel bazar, miskin tegar - Mkini - 16/12 6:43 pm

Bekas menteri Wilayah mengetengahkan pelbagai isu legasi berlarutan yang ditanganinya.





Keputusan PM demi kepentingan negara - Dr Zaliha - Sinarharian - 16/12 6:33 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan keyakinannya bahawa setiap keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berlandaskan kepentingan negara.Beliau juga menyifatkan rombakan Kabinet satu keperluan memastikan pentadbiran kerajaan Madani kekal stabil, berfungsi dengan berkesan dan terus fokus kepada agenda reformasi yang telah digariskan.Sehubungan itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam kerajaan Madani.Dr Zaliha dalam kenyataannya pada Selasa turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh hampir dua tahun beliau menerajui portfolio itu.Menurutnya, dalam tempoh berkenaan, pelbagai isu legasi yang berlarutan berjaya ditangani secara berperingkat, termasuk usaha tegas membanteras kartel bazar yang sekian lama menekan penjaja kecil dan peniaga mikro."Melalui pelaksanaan Program Usaha Jaya Insan (PUJI), kerajaan Madami di Wilayah Persekutuan juga telah berjaya menoktahkan miskin tegar, sekali gus membuktikan pendekatan bersasar, bersepadu dan berteraskan data mampu membawa perubahan sebenar kepada kehidupan rakyat," ujarnya.Beliau berkata, di Wilayah Persekutuan Labuan, fokus pemerkasaan ekonomi tempatan terus digerakkan menerusi inisiatif pelancongan dan kebolehhubungan.Ia termasuk pengoperasian semula feri ekspres LabuanKota Kinabalu serta pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan Jambatan LabuanMenumbok yang kini berada pada fasa pelaksanaan.Dalam pada itu, Dr Zaliha mengucapkan tahniah kepada Hannah Yeoh atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu dan berharap agenda pembangunan Wilayah Persekutuan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Kerajaan Madani yang baharu dilantik dan menegaskan akan terus memberikan sokongan penuh kepada agenda Madani selain dasar-dasar reformasi yang sedang serta akan dilaksanakan demi negara dan rakyat.





Lantikan Hannah terajui Wilayah Persekutuan sangat tepat, kata Fahmi - FMT - 16/12 6:12 pm

Fahmi Fadzil yakin Hannah Yeoh akan beri keutamaan kepada pembangunan lestari di Wilayah Persekutuan.





Senarai menteri, timbalan menteri baharu Kerajaan Madani - Sinarharian - 16/12 6:01 pm

Berikut ialah senarai anggota baharu pentadbiran Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Hannah Yeoh- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Mustapha Sakmud- Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani- Menteri Belia dan Sukan: Dr Mohammed Taufiq Johari- Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R Ramanan- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Steven Sim- Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad- Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Dr Zulkifli Hasan- Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Marhamah Rosli- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Mohamad Alamin- Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI): Sim Tze Tzin- Timbalan Menteri Perpaduan Negara: Yuneswaran Ramaraj- Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam:Syed Ibrahim Syed Noh





Mustapha Sakmud kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Saraswathy digugurkan - Sinarharian - 16/12 5:46 pm

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak.Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baru.Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Lo Sui Fui diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).Selain itu, senator mewakili PKR, Saraswathy Kandasami digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.Jawatannya digantikan dengan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran juga daripada PKR.





Jakarta Tak Buka Akses Bantuan Luar, Aceh Mohon Bantuan PBB Untuk Pemulihan - Lobakmerah - 16/12 5:04 pm

Kerajaan wilayah Aceh telah memohon bantuan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) untuk pemulihan pasca bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda di wilayah itu





Kabinet baharu: 28 menteri dan timbalan menteri bertukar portfolio - Sinarharian - 16/12 5:01 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan menyaksikan 28 menteri dan timbalan menteri yang merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau perlu membuat sedikit penyesuaian susulan beberapa kekosongan dalam Kabinet dan sekali gus memberi tumpuan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan masalah rakyat."Seperti mana sudah sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri dan ada keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian supaya Kabinet bekerja sebagai satu pasukan," katanya pada Selasa.Bagi lantikan baharu Menteri, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustafa Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan turut dinaikkan sebagai menteri penuh meggantikan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sementara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh Tseow Suan bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertukar portfolio sebagai Menteri Ekonomi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli.Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani bertukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggantikan kekosongan ditinggalkan penyandangnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang telah tamat tempoh penggal kedua sebagai Senator.Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri R Ramanan dilantik Menteri Sumber Manusia (KESUMA) menggantikan Steven Sim Chee Keong yang mengisi kekosongan ditinggalkan Ewon Benedick sebagai Menteri KUSKOP sementara Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pula sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Mei lalu.Bagi jawatan Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Timbalan KESUMA, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebagai Timbalan Menteri PETRA.Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Timbalan Menteri Kesihatan; Datuk Lukanisman Awang Sauni sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim pula sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib menggantikan tempat Lukanisman, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri KUSKOP, Timbalan Menteri NRESS, Datuk Seri Huang Tiong Sii sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi serta Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara,Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah sebagai Timbalan Menteri Ekonomi; Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol sebagai Timbalan Menteri KBS serta Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Timbalan Menteri NRESS.Anwar berkata, upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara pada Rabu diikuti mesyuarat Jemaah Menteri pada 2.30 petang.





Rombakan Kabinet: Enam timbalan menteri 'naik pangkat', satu muka baharu - Sinarharian - 16/12 4:42 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Enam timbalan menteri dan satu muka baharu diangkat sebagai menteri penuh dalam pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu, hari ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan 11 portfolio itu memaklumkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.Pelantikan Mohamed Taufiq itu menggantikan penyandangnya, Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).Enam timbalan menteri yang 'dinaikkan pangkat' pula ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli, dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustafa Sakmud mengambil tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).Turut diumumkan ialah pelantikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggantikan penyandangnya Nik Nazmi Nik Ahmad.Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti yang diadakan pada Mei lepas.- BernamaSelain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.Turut tersenarai ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan yang dilantik mengetuai Kementerian Sumber Manusia.Beliau menggantikan penyandangnya Steven Sim yang ditukarkan ke jawatan sama di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan pula dilantik sebagai menteri penuh menggantikan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.Perdana Menteri ketika mengumumkan senarai baharu itu berkata langkah berkenaan dilakukan berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian."Langkah ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya.Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi saluran stesen televisyen antaranya Bernama TV, serta platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar





Taufiq dilantik Menteri Belia dan Sukan baharu, Hannah ke Jabatan Perdana Menteri - Hotfm - 16/12 4:19 pm

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu bagi menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).





Zaliha, Naim gugur daripada Jemaah Menteri - FMT - 16/12 4:14 pm

Dr Zaliha Mustafa dan Na'im Mokhtar sebelum ini menteri di JPM memegang portfolio Wilayah Persekutuan dan hal ehwal agama.





Kabinet baharu: Dua menteri, seorang timbalan menteri digugurkan - Sinarharian - 16/12 4:07 pm

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar digugurkan dari barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi pengumuman sebentar tadi, Anwar mengumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh menggantikan Dr Zaliha manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hassan dinaikkan menjadi menteri penuh menggantikan Mohd Na'im.Selain itu, turut digugurkan Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy yang kedudukannya diganti oleh R Yuneswaran."Saya juga ingin berikan kesempatan ini untuk mengajak penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini," kata Anwar pada Selasa.Ujar beliau, kerajaan perlu melakukan sedikit penyesuaian susulan beberapa kekosongan dalam Kabinet dan sekali gus memberi tumpuan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan masalah rakyat."Seperti mana sudah sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri dan ada keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian supaya Kabinet bekerja sebagai satu pasukan," jelas Anwar.Rombakan Kabinet kali ini merupakan kali kedua dilakukan Perdana Menteri selepas kali pertama dilakukan pada 12 Disember 2023 yang ketika kepimpinan Anwar melangkaui usia setahun.





Menteri Wilayah Dan Menteri Agama Antara Yang Ditukar, Ini Senarai Terbaharu Anggota Kabinet Kerajaan Madani - Beautifulnara - 16/12 4:03 pm

Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan Kabinet MADANI hari ini untuk mengisi kekosongan portfolio penting, menilai prestasi selepas setahun, dan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa ekonomi serta tuntutan rakyat, termasuk isu seperti AI, transformasi digital, dan kos sara hidup, dengan fokus pada keseimbangan politik dan strategi separuh penggal. View this post on […] The post Menteri Wilayah Dan Menteri Agama Antara Yang Ditukar, Ini Senarai Terbaharu Anggota Kabinet Kerajaan Madani first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Hannah Yeoh Menteri Wilayah Persekutuan - Harapandaily - 16/12 4:02 pm

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu





Johari dilantik menteri Miti, Hannah jaga Wilayah Persekutuan - FMT - 16/12 3:51 pm

Ini adalah rombakan Kabinet kedua Anwar Ibrahim sejak dilantik perdana menteri pada November 2022.





Beego Dapat Amaran Keras Kerana Masih Gagal Hadirkan Diri Di Mahkamah - Lobakmerah - 16/12 3:20 pm

Hasrat pelakon Linda Hashim untuk segera keluar daripada kemelut rumah tangga tidak kesampaian apabila suaminya, Beego, gagal hadir ke prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini





Sistem e-Penghulu Perak akan diadaptasi ke seluruh negara - Kosmo - 16/12 3:14 pm

IPOH – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) akan mengadaptasi sepenuhnya sistem e-Penghulu yang telah dilaksanakan di Perak sejak 2019 ke seluruh negara bagi memperkukuh pemantauan, pengumpulan data dan pelaksanaan program pembangunan





Terima kasih, Indonesia mampu uruskan sendiri bencana – Prabowo Subianto - Kosmo - 16/12 3:12 pm

JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa Jakarta mampu menguruskan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Indonesia serta menolak bantuan mana-mana negara, lapor portal berita Tempo





KPE TNB antara tokoh korporat terima anugerah penganjuran sulung ???MADANI .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm

MADANI Business Awards 2025 yang julung kali dianjurkan mengiktiraf lebih 50 ketua pegawai eksekutif, usahawan dan entiti korporat Malaysia yang berjaya menggabungkan kejayaan perniagaan dengan impak sosial. Majlis anugerah itu dianjurkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor) bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Generasi Malaysia, dengan matlamat mengetengahkan organisasi serta pemimpin yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan inklusif negara.





Buletin Honda Heritage Works Dilancar, Sediakan Alat Ganti Tulen Untuk .. - Mekanika - 16/12 3:11 pm

Kesemua komponen ini boleh dibeli secara global melalui platform dalam talian Honda Heritage Works yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa, selain ditawarkan menerusi pengedar Honda sah di Jepun bermula April 2026. Bagi perkhidmatan restorasi kenderaan pula, pusat baik pulih khas akan beroperasi di Wilayah Tochigi, lokasi bersejarah yang menjadi tempat kelahiran Honda NSX generasi pertama





Tiga Kali Beego Tak Hadir, Mahkamah Beri Amaran Keras - Rotikaya - 16/12 3:10 pm

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, memberi amaran keras terhadap pelakon, Beego kerana tidak hadir pada prosiding percerainnya dengan Linda Hashim





Pindaan Akta 652 bakal ubah landskap kemahiran negara - Sinarharian - 16/12 2:55 pm

KUALA LUMPUR - Dalam era yang dipacu ledakan teknologi, digitalisasi dan perubahan struktur ekonomi global, Malaysia sedang melakar detik penting dalam reformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 atau RUU Akta 652 yang telah di baca di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.Pindaan itu dilaksanakan selepas hampir dua dekad, Akta 652 menjadi teras pembangunan tenaga mahir negara dengan lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya dipersijilkan melalui Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejak 2006.Reformasi program latihan kemahiran tersebut bukan sahaja menjamin akses latihan yang lebih luas kepada rakyat, malah memastikan industricmemperoleh tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong ekonomi negara.Pindaan utama Akta 652 ialah peluasan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang kini turut merangkumi kementerian strategik seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta penyertaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).Penstrukturan ini menjadikan MPKK lebih inklusif dan mencerminkan kepelbagaian ekosistem TVET negara, sekali gus memastikan keputusan dasar dibuat secara menyeluruh, seimbang dan responsif terhadap tuntutan industri.Salah satu pindaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah peluasan pengiktirafan program latihan di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).Melalui pindaan ini, Ketua Pengarah JPK diberi kuasa mengiktiraf program-program berkenaan berdasarkan penilaian dan syor jawatankuasa khas yang dilantik, bagi memastikan hanya program luar NOSS yang berkualiti, berwibawa, relevan dan berimpak tinggi layak menerima pengiktirafan.Peruntukan baharu di bawah RUU Akta 652 ini turut meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].Melalui gelaran Pakar Kemahiran, Pakar Kemahiran Kanan dan Perunding Kemahiran, kepakaran dan kompetensi pekerja tempatan ini akhirnya diiktiraf secara rasmi melalui pindaan Akta 652.Dari sudut kawal selia, tempoh pentauliahan dipanjangkan daripada tiga tahun kepada sehingga tidak melebihi enam tahun berdasarkan prestasi.Pindaan Akta 652 turut menggariskan tatacara penggantungan dan pembatalan sijil pentauliahan yang lebih jelas dan holistik.Pendekatan ini bagi mengukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan memantapkan keyakinan industri terhadap Pusat Bertauliah (PB) yang menjadi tunjang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).Satu lagi pembaharuan besar adalah Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) diperkenalkan bagi laluan latihan fleksibel yang memberi peluang kepada belia, pekerja dan pelbagai golongan untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat mengikut keperluan industri.Lebih daripada sekadar pindaan undang-undang, RUU ini adalah strategi nasional untuk memperkukuh bakat tempatan, meningkatkan kebolehpasaran pelatih SPKM serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran.Ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2030, NIMP 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan pembangunan bakat sebagai tunjang daya saing negara.Dengan reformasi menyeluruh ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk muncul sebagai Hab TVET Serantau menjelang 2030, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berasaskan kompetensi yang mampu bersaing di pentas global.





Pindahan Akta 652 bakal ubah landskap kemahiran negara - Sinarharian - 16/12 2:55 pm

KUALA LUMPUR - Dalam era yang dipacu ledakan teknologi, digitalisasi dan perubahan struktur ekonomi global, Malaysia sedang melakar detik penting dalam reformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 atau RUU Akta 652 yang telah di baca di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.Pindaan itu dilaksanakan selepas hampir dua dekad, Akta 652 menjadi teras pembangunan tenaga mahir negara dengan lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya dipersijilkan melalui Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejak 2006.Reformasi program latihan kemahiran tersebut bukan sahaja menjamin akses latihan yang lebih luas kepada rakyat, malah memastikan industricmemperoleh tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong ekonomi negara.Pindaan utama Akta 652 ialah peluasan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang kini turut merangkumi kementerian strategik seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta penyertaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).Penstrukturan ini menjadikan MPKK lebih inklusif dan mencerminkan kepelbagaian ekosistem TVET negara, sekali gus memastikan keputusan dasar dibuat secara menyeluruh, seimbang dan responsif terhadap tuntutan industri.Salah satu pindaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah peluasan pengiktirafan program latihan di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).Melalui pindaan ini, Ketua Pengarah JPK diberi kuasa mengiktiraf program-program berkenaan berdasarkan penilaian dan syor jawatankuasa khas yang dilantik, bagi memastikan hanya program luar NOSS yang berkualiti, berwibawa, relevan dan berimpak tinggi layak menerima pengiktirafan.Peruntukan baharu di bawah RUU Akta 652 ini turut meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].Melalui gelaran Pakar Kemahiran, Pakar Kemahiran Kanan dan Perunding Kemahiran, kepakaran dan kompetensi pekerja tempatan ini akhirnya diiktiraf secara rasmi melalui pindaan Akta 652.Dari sudut kawal selia, tempoh pentauliahan dipanjangkan daripada tiga tahun kepada sehingga tidak melebihi enam tahun berdasarkan prestasi.Pindaan Akta 652 turut menggariskan tatacara penggantungan dan pembatalan sijil pentauliahan yang lebih jelas dan holistik.Pendekatan ini bagi mengukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan memantapkan keyakinan industri terhadap Pusat Bertauliah (PB) yang menjadi tunjang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).Satu lagi pembaharuan besar adalah Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) diperkenalkan bagi laluan latihan fleksibel yang memberi peluang kepada belia, pekerja dan pelbagai golongan untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat mengikut keperluan industri.Lebih daripada sekadar pindaan undang-undang, RUU ini adalah strategi nasional untuk memperkukuh bakat tempatan, meningkatkan kebolehpasaran pelatih SPKM serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran.Ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2030, NIMP 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan pembangunan bakat sebagai tunjang daya saing negara.Dengan reformasi menyeluruh ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk muncul sebagai Hab TVET Serantau menjelang 2030, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berasaskan kompetensi yang mampu bersaing di pentas global.





Kerajaan sasar 70 peratus lepasan SPM sertai TVET menjelang 2030 - Sinarharian - 16/12 2:22 pm

IPOH Kerajaan menyasarkan 70 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan pertama menjelang tahun 2030.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu perlu direalisasikan kerana tumpuan utama negara ialah keperluan melahirkan tenaga mahir dalam skala yang jauh lebih besar.Justeru, beliau menyeru Exco kerajaan negeri yang memegang portfolio Luar Bandar di setiap negeri memainkan peranan lebih aktif memastikan sasaran tersebut dapat dicapai."Sehubungan itu, Exco Luar Bandar diseru untuk menyokong sasaran nasional agar 70 peratus lepasan SPM memilih laluan TVET sebagai pilihan pertama menjelang tahun 2030."Ini selaras dengan agenda transformasi ekonomi negara yang menuntut tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompetitif dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco Luar Bandar (Mexclub) Bil





Masih tak hadir ke mahkamah, Beego diberi amaran keras - Kosmo - 16/12 2:20 pm

KUALA LUMPUR – Hasrat pelakon Linda Hashim untuk segera bebas daripada dibelenggu kemelut rumah tangga tidak kesampaian susulan ketidakhadiran suaminya, Beego ke prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini





KPDN KL lupus barang kes bernilai RM4.5 juta - Sinarharian - 16/12 1:08 pm

KUALA LUMPUR - Lebih 1 juta pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori, komponen elektronik dan produk kesihatan tiruan bernilai RM 4.5 juta dilupuskan dalam tempoh dua tahun.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, pelupusan berkenaan melibatkan barangan kes yang dirampas di bawah beberapa peruntukan undang-undang."Pelupusan barang kes melibatkan Akta Cap Dagangan 2019, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya dalam sidang akhbar di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN Kuala Lumpur di sini pada Selasa.Mohd Sabri berkata, sebanyak 309 kes membabitkan pelbagai barangan berjaya dilupuskan dengan nilai keseluruhan RM4.5 juta dalam tempoh dua tahun."Pelupusan hari ini pula dikategorikan sebagai Pelupusan Mega KPDN Kuala Lumpur susulan nilai pelupusan tertinggi dalam tempoh dua tahun, melibatkan 54 kes dengan nilai mencecah RM1 juta," katanya.Menurutnya, antara barangan yang terlibat dalam pelupusan itu ialah pakaian dan aksesori fesyen seperti baju, seluar, kasut, beg dan jam tangan."Selain itu, komponen elektronik termasuk pengecas dan bateri, aksesori telefon, produk kesihatan dan kecantikan, barangan pembersihan rumah, alat ganti dan penyelenggaraan kenderaan turut dilupuskan," katanya.Beliau berkata, kuantiti tertinggi barangan dilupuskan melibatkan pakaian dan aksesori fesyen di bawah tindakan Akta Cap Dagangan dengan jumlah melebihi 24,800 unit."Kesemua barangan yang dilupuskan telah selesai melalui prosiding mahkamah dan mendapat kebenaran pelupusan selaras peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."Proses pelupusan dilaksanakan secara sistematik dan terancang mengikut Prosedur Operasi Pengurusan Eksibit, dengan pematuhan aspek keselamatan bagi memastikan kerja-kerja pelupusan berjalan dalam keadaan terkawal dan selamat," katanya.Mohd Sabri berkata, tindakan pelupusan berkenaan bertujuan menghalang barangan tidak patuh undang-undang daripada kembali ke pasaran."Di samping meningkatkan kesedaran serta pendidikan kepenggunaan agar orang ramai lebih peka terhadap hak dan keselamatan mereka," katanya.Dalam perkembangan berasingan, Mohd Sabri berkata, sebanyak 584 kes telah dihasilkan pada tahun membabitkan jumlah keseluruhan nilai rampasan telah mencecah RM4,660,328.06."Angka ini adalah terbesar dalam jumlah nilai tindakan, ia menggariskan impak ketara operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti haram dan tidak beretika dalam pasaran."Manakala jumlah keseluruhan nilai kompaun yang dihasilkan bagi tempoh ini adalah RM825,500 dan nilai denda pula RM255,658," katanya.





KKDW Kukuhkan Pembangunan Desa: Kenduri Rakyat Desa MADANI Meriahkan Penutup Program Angkat di Lenggong - Lobakmerah - 16/12 12:54 am

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat Desa MADANI 2025 sebagai acara penutup bagi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak baru-baru ini





Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 12 tengah hari ini - Sinarharian - 16/12 10:36 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga 12 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada 9 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Sabah melibatkan Sandakan dan Kudat (Pitas dan Kudat)





Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Hingga Tengah Hari - Siakapkeli - 16/12 10:25 am

Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Hingga Tengah Hari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga 12 tengah hari ini





MAIWP peruntuk lebih RM20 juta untuk anak asnaf menerusi Bantuan Back... - Mgazette - 16/12 8:00 am

# MAIWP peruntuk lebih RM20 juta untuk anak asnaf menerusi Bantuan Back To School tahun depan KUALA LUMPUR - Sebanyak RM20,123,100 Bantuan_ Back To School_ disalurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 36,330 penerima dalam kalangan anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada tahun depan





Malaysia sasar jualan francais RM100 bilion menjelang 2030 – Ahmad .. - Mgazette - 16/12 8:00 am

# Malaysia sasar jualan francais RM100 bilion menjelang 2030 - Ahmad Zahid KUALA LUMPUR - Malaysia menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sasaran itu mampu dicapai sekiranya industri francais mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan antara lapan hingga 10 peratus, di samping giat mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa





Sukan SEA: Kuartet 4x100m lelaki negara pecah rekod kebangsaan, rangkul perak - Sinarharian - 15/12 10:04 pm

BIARPUN gagal merangkul emas, kuartet 4x100 meter lelaki negara tetap menampilkan larian bertenaga apabila memecah rekod kebangsaan dalam saingan olahraga Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai di sini pada Isnin.Kuartet yang dibarisi pelari senior, Jonathan Nyepa dan tiga pelari muda, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Alif Iman Mohd Fahimi, dan Pengiran Aidil Auf Hajam, mencatatkan masa 39.03 saat (s) untuk meraih pingat perak.Catatan itu memadam rekod kebangsaan 39.09s yang dilakukan kuartet Muhammad Azeem Fahmi, Muhammad Arsyad Saat, Muhammad Haiqal Hanafi, dan Muhammad Zulfiqar Ismail pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.Pingat emas menjadi milik tuan rumah Thailand dengan catatan 38.28s, yang juga merupakan rekod baharu temasya sukan dwitahunan itu, memadam rekod lama mereka pada edisi 2021 iaitu 38.58s.Kuartet Indonesia pula melengkapkan podium dengan meraih gangsa menerusi catatan 39.51s.Menyedari kepantasan yang dimiliki barisan negara kali ini, Jonathan berkata, mereka sememangnya menjangkakan bahawa rekod baharu kebangsaan mampu dipecahkan di bumi Thailand."Sebelum ini, saya pernah beritahu pasukan Malaysia kali ini memang agak kuat. Memang dari awal lagi saya nampak bayangan untuk memecahkan rekod kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini.Dalam pada itu, Danish Iftikhar bersyukur kerana dapat menamatkan kempen sulung Sukan SEA dengan membawa pulang tiga pingat, termasuk gangsa 100m dan 200m, baru-baru ini.Sementara itu, tuan rumah turut mendominasi acara 4x100m wanita dengan catatan 43.88s, menyamai rekod temasya milik Vietnam pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.Kuartet Vietnam merangkul pingat perak (43.91s), manakala Filipina meraih gangsa (43.97s).Dalam perkembangan lain, pelari 800m lelaki negara, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, mengekalkan pingat gangsa Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut selepas edisi 2023 dengan catatan 1:49.85s.Lorana Hussein dari Filipina meraih emas dengan 1:48.80s, manakala wakil Thailand, Joshua Robert Atkinson, memenangi perak dengan catatan 1:49.24s.Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini, melibatkan dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi





Andre tamat penantian 22 tahun negara, sambar emas lompat jauh - Sinarharian - 15/12 9:13 pm

ATLET olahraga negara, Andre Anura Anuar menebus kegagalan merangkul emas hatrik lompat kijang lelaki Khamis lepas dengan mengungguli acara lompat jauh lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai di sini pada Isnin.Kejayaan tersebut menyaksikan atlet berusia 26 tahun itu melakukan lompatan 7.71 meter (m) untuk merangkul emas, sekali gus menamatkan kemarau 22 tahun negara dalam acara tersebut yang kali terakhir dimenangi Shahrul Amri Suhaimi pada edisi 2003 di Hanoi, Vietnam.Beliau mengenepikan cabaran atlet Filipina dan juara bertahan Janry Ubas yang melakukan lompatan 7.64m, manakala Andrew George Medina dari Singapura pula memperoleh gangsa (7.53m).Andre berkata, beliau seakan tidak percaya menggenggam pingat emas pada Sukan SEA kali ini, terutamanya selepas rezeki tidak memihak kepadanya sebelum ini apabila hanya meraih perak dalam acara lompat kijang lelaki, apatah lagi dapat mengatasi Janry hari ini."Saya tahu saya kalah di lompat kijang, kemudian saya tahu untuk menebus kekecewaan...lompat jauh ini satu harapan yang saya ada."Sebenarnya, saya masih lagi belum percaya. Namun saya gembira sehingga buka baju then lari sana sini," kata pemegang rekod kebangsaan bagi acara berkenaan, iaitu 8.02m ketika meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, kepada pemberita di sini.Beliau juga mendedikasikan pingat emas kepada isteri dan juga pemain skuasy negara, Aifa Azman, selain keluarga di Sabah yang banyak memberinya motivasi sebelum ini.Andre Anura pada masa sama berkata, beliau akan mengalih tumpuan untuk menghadapi temasya Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.Khamis lepas, Andre Anura melakukan 16.29m, sekali gus menyaksikan beliau terlepas pingat emas lompat kijang lelaki kepada wakil Vietnam, Ho Trong Manh Hung menerusi catatan 16.33m manakala gangsa milik Gabriel Jing Yi dari Singapura dengan catatan 16.09m.Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini melibatkan dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi





53.9 peratus lepasan SPM pilih TVET, hampiri sasaran 70 peratus RMK-13 - Mgazette - 15/12 3:30 pm

"Maksudnya kita memerlukan kira-kira 17 peratus sahaja untuk capai matlamat itu, katanya. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja beliau ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) di sini hari ini





Ambil langkah proaktif perkukuh sistem kesiapsiagaan hadapi risiko banjir .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi MARA, Datuk Dr





Malaysia terus pantau, rayu Thailand???Kemboja hentikan pertempuran - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Difahamkan, lebih 500,000 orang telah melarikan diri dari rumah ke kawasan selamat di Thailand dan Kemboja sejak tercetusnya semula konflik sempadan, kata kedua-dua kerajaan negara itu. Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain atas tercetusnya pertempuran semula pada Selasa lalu yang merebak ke lima wilayah di Thailand dan Kemboja





Peneroka FELDA disaran buat persiapan perlu, gelombang kedua hujan sudah bermula - Thempress - 15/12 10:36 am

KUANTAN – Gelombang kedua hujan lebat mula melanda hampir keseluruhan kawasan tanah rancangan dalam Wilayah Jengka, sejak Khamis





Penjenamaan Wakaf Wilayah Persekutuan elak kekeliruan zakat, wakaf - Utusan - 15/12 8:00 am

KUALA LUMPUR: Penjenamaan semula Wakaf Pusat Pungutan Zakat (Wakaf PPZ) kepada Wakaf Wilayah Persekutuan bukan langkah kosmetik, sebaliknya menandakan transformasi menyeluruh terhadap peranan, struktur dan hala tuju pengurusan wakaf di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)





Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik gagal raih emas kedua - Sinarharian - 14/12 6:34 pm

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengutip pingat emas kedua pada Sukan SEA selepas tewas kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir edisi 2025 di Pathum Thani, Thailand hari ini.Beregu pilihan pertama Malaysia itu sekali lagi dikecewakan oleh pasangan pilihan ketiga dari Indonesia, sekali gus menerima kekalahan keempat dalam lima pertemuan menentang Sabar Karyaman-Moh Reza di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.Juara dunia 2022 itu bergelut untuk mendapatkan rentak permainan pada awal perlawanan dan gagal mengekang tekanan pihak lawan sebelum tewas 14-21 pada set pembukaan.Pada set kedua, kedua-dua beregu terikat 10-10 sebelum juara edisi 2019 itu gagal menyerap tekanan untuk membolehkan pasangan Indonesia itu melebarkan kedudukan dan mengesahkan pingat emas dengan kemenangan 21-17 dalam masa 44 minit selepas pukulan balas Wooi Yik tersasar keluar.Aaron berkata, mereka melakukan banyak kesilapan dan mengakui peningkatan konsistensi pihak lawan."Untuk lawan mereka bukan senang, kami perlu mengkaji lagi permainan mereka. Kalah tetap kalah, kami harus bangkit, ada satu lagi kejohanan tahun ini (Final Jelajah Dunia 2025)," katanya selepas perlawanan itu.Keputusan itu menyaksikan skuad badminton negara menamatkan kempen pada edisi ke-33 temasya dwitahunan itu dengan satu pingat emas, dua perak dan enam gangsa.Walaupun kutipan pingat itu melepasi sasaran tujuh pingat yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pasukan negara gagal mencapai sasaran awal untuk memenangi empat pingat emas.Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menyelamatkan maruah Malaysia dengan menghadiahkan satu-satunya pingat emas negara selepas mengharungi perlawanan maraton selama 86 minit sebelum menundukkan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, 21-16, 19-21, 21-17.Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah di Bangkok dan Chonburi





Sukan SEA: Pearly hampir menangis ketika Negaraku berkumandang, Thinaah lega raih emas - Sinarharian - 14/12 4:59 pm

Akhirnya menjadi 20-17, saya tahu itu mata terakhir dan tiba-tiba saya melakukan pukulan kencang dan seperti tidak percaya sebab dapat mata," katanya selepas majlis penyampaian pingat.Pearly turut berharap kejayaan mereka akan memberi inspirasi kepada pemain remaja untuk mengimpikan emas Sukan SEA dalam acara beregu wanita.Sementara itu, Thinaah berkata, beliau lega dapat menyumbangkan emas buat Malaysia, terutama dengan beban jangkaan yang diletakkan di bahu mereka pada penampilan sulung Sukan SEA.Beliau mengakui tekanan amat besar apabila banyak orang mengharapkan emas daripada mereka, namun berkata pasangan itu berbangga dapat menyahut cabaran dan menggembirakan negara.Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, beliau gembira dapat membimbing pasangan beregu wanita ketiga Malaysia meraih emas Sukan SEA, mengulangi kejayaan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada 2013 serta Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada 2015."Sukan SEA sentiasa berkaitan dengan negara, bukan seperti kejohanan-kejohanan biasa. Saya benar-benar gembira kerana perasaannya berbeza jika dibandingkan dengan kejayaan kejohanan lain," katanya.Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah di Bangkok dan Chonburi





Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah hanya selangkah tuai emas - Sinarharian - 13/12 5:37 pm

Kami akan melakukan yang terbaik, kami berjanji," katanya selepas perlawanan hari ini.Pasangan itu memenangi pingat emas Sukan SEA pertama mereka pada edisi 2019 selepas menewaskan gandingan Thailand Bodin Isara-Maneepong Jongjit 18-21, 21-15, 21-16.Sementara itu, Wei Chong yang kecewa mengakui mereka bermain terlalu berhati-hati pada separuh akhir manakala Kai Wun berkata, perasaan gugup menguasai mereka sehingga melakukan kesilapan yang merugikan.Dalam acara beregu wanita pilihan utama, Pearly Tan-M. Thinaah dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pilihan keempat Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum 21-14, 19-21, 21-16 dalam perlawanan sengit selama satu jam 18 minit.Thinaah berkata, mereka lega dapat melepasi halangan itu dan memuji pasangan Indonesia berkenaan kerana memberi tentangan hebat sehingga ke set penentuan.Pemain berusia 27 tahun itu berkata, satu-satunya impian menjelang final adalah mahu meninggalkan gelanggang tanpa sebarang penyesalan pada penampilan pertama mereka pada temasya dwitahunan itu.Pearly pula berkata, mereka akan memberikan tumpuan kepada pemulihan ketika berusaha menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Malaysia dalam acara beregu wanita, yang kali terakhir dimenangi oleh Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada edisi 2015 di Singapura.Naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu akan berdepan gandingan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari pada final esok, yang sebelum itu mudah menewaskan pasangan Vietnam Bui Bich Phuong-Vu Thi Trang 21-10, 21-9.Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi





Mahkamah Paris batalkan tuntutan Sulu, sahkan Sabah bukan aset komersial - Sinarharian - 13/12 5:35 pm

KOTA KINABALU Keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan 'Award Akhir' berhubung tuntutan kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu mengesahkan bahawa Sabah bukan aset komersial yang boleh dipertikaikan melalui timbang tara persendirian atau asing.Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengalu-alukan keputusan tersebut yang sebelum ini menuntut sebanyak AS$14.9 bilion terhadap Malaysia."Keputusan ini menamatkan secara jelas tuntutan yang salah dan tidak sah oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang telah lama dibubarkan."Kedudukan Sabah dilindungi dengan kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Kenyataan itu merujuk kepada keputusan mahkamah yang membatalkan sepenuhnya 'Award Akhir' yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Februari lalu.Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut mengambil maklum pendirian Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) yang menegaskan bahawa perkara melibatkan wilayah dan kedudukan perlembagaan Sabah tidak boleh diputuskan melalui proses luaran yang tidak dibenarkan."Rakyat Sabah akan mengingati bahawa kedaulatan Malaysia ke atas Sipadan dan Ligitan telah disahkan melalui prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, berdasarkan undang-undang antarabangsa yang diiktiraf."Pada tempoh tersebut, saya merupakan sebahagian daripada kepimpinan Persekutuan dan terlibat secara langsung dalam urusan berkaitan kepentingan wilayah Sabah."Ini mencerminkan prinsip yang telah lama dipegang bahawa kedaulatan mesti dipertahankan melalui saluran undang-undang dan perlembagaan yang sah," katanya.Sehubungan itu, Mohd Shafie menegaskan bahawa keputusan mahkamah tersebut amat bermakna ketika Sabah memperingati 62 tahun penyertaannya bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia."Malaysia dibentuk melalui suatu perjanjian perlembagaan yang serius antara rakan-rakan yang setara, dan kedaulatan Sabah tidak pernah diserahkan untuk dipersoalkan oleh pihak luar."Saya memberikan komitmen yang jelas kepada rakyat Sabah bahawa saya akan terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan perlembagaan Sabah dalam Malaysia."Bersama Warisan, kami akan bekerja tanpa jemu, menggunakan kaedah yang sah di sisi undang-undang dan perlembagaan bagi mempertahankan hak-hak Sabah," katanya.Tegasnya lagi, usaha mempertahankan Sabah tidak boleh dilakukan secara terpilih."Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mesti dilaksanakan sepenuhnya dan dengan jujur, tanpa sebarang kelewatan lagi





Kebakaran kondo Mont Kiara: Pengurusan diarah kemuka laporan pematuhan keselamatan - FMT - 13/12 4:09 pm

DBKL telah hantar surat rasmi kepada badan pengurusan bangunan untuk dapat maklum balas, kata menteri Wilayah Persekutuan.





Sembilan lelaki Indonesia mahu balik Batam ditahan di Sungai Rengit - Mgazette - 13/12 3:56 pm

# Sembilan lelaki Indonesia mahu balik Batam ditahan di Sungai Rengit JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga tekong dan enam warganegara Indonesia ketika cuba keluar dari negara ini di perairan Sungai Rengit, Baru Pahat kelmarin





Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini - Siakapkeli - 13/12 2:20 pm

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikebanyakan negeri dan semua Wilayah Persekutuansehinggajam 5 petangini





Malaysia alu-alukan resolusi Unga tentang obligasi Israel di wilayah Palestin - Mkini - 13/12 11:22 am

Kementerian Luar Negeri berkata resolusi itu menegakkan undang-undang dan menzahirkan komitmen kolektif masyarakat antarabangsa.





SPRM Labuan syor tambah baik tatakelola jurunikah luar kariah - Mgazette - 13/12 8:31 am

# SPRM Labuan syor tambah baik tatakelola jurunikah luar kariah KUALA LUMPUR - Enam syor penambahbaikan tatakelola pelaksanaan jurunikah di luar kariah dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan bagi kawasan berkenaan. Ia membabitkan pelaksanaan jurunikah di luar kariah yang ditetapkan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan





Ke manakah naratif sejarah Pulau Pinang ingin dibawa? - Mgazette - 13/12 8:31 am

# Ke manakah naratif sejarah Pulau Pinang ingin dibawa? **PULAU** Pinang sering ditampilkan sebagai sebuah wilayah yang dinamik dan terbuka kepada pengaruh global sehingga sejarahnya tampak terikat pada gambaran kolonial semata-mata





Ribut musim sejuk ragut 16 nyawa di Gaza - Utusan - 13/12 8:30 am

GAZA: Sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk tiga kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kesejukan, ketika ribut musim sejuk melanda wilayah Gaza, menurut Agensi Pertahanan Awam pada Jumaat





Lapan Negeri Diramal Hujan Pagi Ini - Siakapkeli - 13/12 8:26 am

Lapan Negeri Diramal Hujan Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuansehinggajam 10 pagi ini





Malaysia cadang penubuhan ARDIC, perkasa pembangunan luar bandar ASEAN - Sinarharian - 12/12 5:50 pm

BANGKOK - Malaysia mencadangkan penubuhan ASEAN 'Rural Development and InnovationCouncil' (ARDIC) bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam konteks pembangunan luar bandar di Asia Tenggara.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ARDIC akan berperanan sebagai platform tetap untuk menyelaras dasar, berkongsi inovasi dan memperkukuh pembangunan luar bandar secara kolektif di rantau ini.Menurut beliau, penubuhan pelan itu dijangka menjadi pemangkin penting dalam memperkasa pertukaran teknologi, amalan terbaik dan kepakaran antara semua 11 negara ASEAN.Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan Hari Pembangunan Luar Bandar pada tahun hadapan."Ia selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi usaha menonjolkan peranan komuniti desa dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan membina kehidupan yang lebih baik untuk rakyat luar bandar."Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh pembangunan luar bandar yang inklusif berasaskan inovasi, penglibatan komuniti, pendigitalan serta perluasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama kesejahteraan rakyat dan pembasmian kemiskinan."Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memainkan peranan yang konstruktif dan berwibawa dalam kerangka ASEAN bagi memastikan komuniti luar bandar menjadi penerima manfaat utama pembangunan serantau menjelang ASEAN 2045," katanya pada Jumaat.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kenyataan menteri menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE) ke-14 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Thailand dan mengetuai delegasi Malaysia.Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan terus melaksanakan pelaburan besar dalam infrastruktur luar bandar, termasuk RM2.3 bilion bagi 1,364 projek jalan serta RM195.2 juta untuk bekalan air bersih kepada 5,000 rumah.Tambahnya, ini termasuk RM162.9 juta bagi memastikan bekalan elektrik luar bandar stabil kepada 2,010 penerima dan RM364.45 juta melalui Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) yang membantu lebih 10,000 keluarga meningkatkan kualiti hidup mereka."Usaha meningkatkan sosioekonomi luar bandar diperkukuh melalui sokongan kepada 55,400 usahawan, khususnya aspek pendigitalan bagi membolehkan mereka menembusi pasaran yang lebih luas di seluruh ASEAN," kata beliau.Menerusi mesyuarat tersebut, pihaknya turut berkongsi tentang inisiatif Desa Kirana yang mempromosikan 25 destinasi agro dan ekopelancongan agar masyarakat luar bandar dapat menikmati limpahan ekonomi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026."Usaha-usaha ini semakin menampakkan hasil yang ketara dengan kadar kemiskinan tegar Malaysia menurun kepada 0.09 peratus berdasarkan Kajian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024, berbanding 0.2 peratus pada 2022."Ini membuktikan strategi pembangunan luar bandar negara berada pada landasan yang tepat," jelas Ahmad Zahid lagi.





KPT salur RM500, bantuan tambahan kepada pelajar Malaysia di Aceh - Mgazette - 12/12 3:39 pm

# KPT salur RM500, bantuan tambahan kepada pelajar Malaysia di Aceh KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bantuan khusus akan diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Aceh yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda wilayah itu





40 peratus penduduk Gaza diancam banjir – PBB - Thempress - 12/12 11:43 am

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa banjir teruk yang melanda ratusan tapak pelarian di Semenanjung Gaza kini mengancam hampir separuh daripada penduduk wilayah itu, susulan hujan lebat yang terus…





Pemuda UMNO WP tolak iktiraf UEC, bimbang jejaskan sistem kebangsaan - Mgazette - 12/12 7:34 am

# Pemuda UMNO WP tolak iktiraf UEC, bimbang jejaskan sistem kebangsaan KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan pendiriannya menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) susulan kenyataan Naib Ketua Pemuda DAP (DAPSY) yang mengecam Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung isu tersebut





Penduduk sempadan Thailand-Kemboja penat berpindah - Utusan - 12/12 7:25 am

BANGKOK: Penduduk berhampiran sempadan Thailand-Kemboja kecewa apabila pertikaian wilayah yang berlarutan sejak puluhan tahun kembali meletus, sehingga sekali lagi memaksa ribuan keluarga melarikan diri mencari perlindungan





Laporan Tahunan, Penyata Kewangan Felda 2022 dan 2023 dibentang di Parlimen tahun depan - Sinarharian - 11/12 11:27 pm

KUALA LUMPUR - Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2022 dan LTPK Felda 2023 akan dibentang dan diedarkan di Parlimen pada 2026.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis berkata, laporan itu turut akan diterbitkan kepadapihak umum sejurus pembentangan dan pengedaran LTPK Felda di Parlimen selesai.Laporan Tahunan Felda 2021 telah menunjukkan jurang kerugian selepas cukai menguncup kepadaRM36.9 juta daripada kerugian pada 2020 iaitu sebanyak RM713.7 juta.Kumpulan Felda pula mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM56.1 juta berbanding kerugian sebanyak RM661.47 juta pada 2020."Ini menunjukkan pengurangan yang amat ketara didorong oleh pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dengan mengambil kira semua aspek utama melibatkan kebajikan warga peneroka, peningkatan produktiviti perladangan, pemantapan pengurusan tadbir urus, kecemerlangan pendidikan R&D dan teknologi," kata Ahmad Zahidyang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Norhasmimi Abdul Ghani yang ingin tahu sama ada Felda telah berjaya memperbaiki kedudukan kewangan dan mengurangkan kerugian serta bilakah laporan tahunan 2022 dan 2023 akan diterbitkan kepada umum





Malaysia, Thailand perluas kerjasama TVET perkukuh tenaga kerja berkemahiran tinggi - Sinarharian - 11/12 9:35 pm

BANGKOK - Malaysia dan Thailand meneroka potensi untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkukuh tenaga kerja teknikal dan berkemahiran tinggi kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau menekankan bahawa kerjasama TVET khususnya dalam bidang pertanian, mampu meningkatkan peluang pekerjaan, memantapkan pembangunan modal insan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pengerusi Majlis TVET Negara berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, di Rumah Kerajaan, Khamis.Katanya, selain bidang pertanian, latihan kemahiran dalam sektor pembuatan, teknologi digital serta program mobiliti pelajar dan pensyarah turut diberikan perhatian dalam usaha sama itu."Bidang TVET penting bagi melengkapkan belia luar bandar dengan kemahiran teknikal yang relevan dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR)," katanya.Tambahnya, antara program perintis yang akan menjadi titik permulaan kerjasama TVET antara kedua-dua negara ialah program latihan untuk jurulatih.Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuannya dengan Anutin, kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama industri halal, termasuk pembangunan rantaian nilai halal, pelaburan dalam produk halal dan peluang eksport bersama."Malaysia menyambut baik minat Thailand untuk meneroka potensi halal secara lebih menyeluruh, memandangkan permintaan global yang semakin meningkat," katanya.Terdahulu, Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Thailand turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara merangkap Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhamad Noor Matha.Sebagai rekod, pada 2024, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan RM114.56 bilion (AS$25.03 bilion).Dari Januari hingga Oktober 2025, jumlah dagangan dua hala mencecah RM98.19 bilion (AS$22.79 bilion), berbanding RM95.52 bilion (AS$20.79 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2024




Reformasi     >>



CAP event graced by PM reignites family feud over .. - Mkini
Daughters of late Idris say Anwar's presence sullied their father's legacy.
Kroni     >>



90 illegals detained in Old Klang Road raid - Star
KUALA LUMPUR: A large-scale raid on a popular meeting spot for foreigners in Old Klang Road here led to the detention of 90 undocumented migrants, says the Immigration Department. Read full story
Tabloid     >>



Wanita warga emas maut ditikam cucu, moyang parah .. - Kosmo
BALING – Seorang wanita warga emas maut manakala ibunya cedera parah selepas ditikam cucu lelaki dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Ricard Joe berkata, kaunter Balai Polis Malau menerima makluman ..
Tech     >>



What happened to iRobot can happen to anyone - Engadget
The company which popularized robot vacuum cleaners around the world has filed for Chapter 11 bankruptcy . iRobot, makers of the Roomba, has been synonymous with the category since its inception, but its star had dulled in recent years. The company plans to sell its assets to its primary supplier, Chinas ..
World     >>



Defense giants say investors should still bet on them, .. - Cnbc
European defense stocks fell on Tuesday after U.S. President Donald Trump said negotiators were closer than ever to securing a peace deal for Ukraine.
Motor Trend     >>



Motosikal Triumph Tracker 400 Diperkenal – .. - Mekanika
# TRIUMPH TRACKER 400 DIPERKENAL - 41.4HP, 37.5NM **Selepas mencapai kejayaan dengan model 400cc terutamanya menerusi Scrambler 400 X dan Speed 400, Triumph Motorcycles sedar bahawa terdapat permintaan tinggi bagi segmen 400cc.** Sejak dari itu, Triumph memperkenalkan beberapa model lagi termasuk ..