| /// |
|
| Search : Uutkns News | Page 1 |
|
Kerajaan N. Sembilan tidak akan warta proklamasi 19 April 2026 – SUK .. - Mygazette - 18/09 8:00 am Pejabat SUK Negeri Sembilanmerujuk kepada kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasimkepada media hari ini, berkaitan arahan untuk mewartakan proklamasi berkenaan yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini telah merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan bagi memastikan bahawa apa jua tindakan yang perlu diambil akan dilaksanakan mengikut undang-undang semasa dan UUTKNS 1959, menurut kenyataan Pejabat SUK Negeri Sembilan |
|
Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar, keputusan kerajaan negeri tak .. - Mygazette - 18/09 8:00 am 6 Tahun 2026 bertarikh 16 September lepas sebagai tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang. Lantaran itu, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan, perkara berkaitan adat Melayu termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar serta Undang terletak dalam bidang kuasanya seperti diperuntukkan Perkara XVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959) |
|
MB, MMK Negeri Sembilan Tiada Kuasa Unilateral Kosongkan Jawatan Yang .. - Wrlr - 18/09 6:17 am Foto AGC PUTRAJAYA, 17 Sep Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Menerusi satu kenyataan malam ini, AGC memberitahu, kesahan serta kesan proklamasi berkaitan isu itu hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang, terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959) |
|
Sehari selepas Exco buat pengumuman, AG tegaskan proklamasi turunkan .. - Wrlr - 18/09 6:11 am AGC berpandangan kesahan dan kesan Proklamasi 19 April itu perlu ditentukan melalui proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, khususnya berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS). Lebih penting, AGC memberikan pandangan awal bahawa Proklamasi 19 April tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959 |
|
Proklamasi kedudukan Yamtuan Besar tidak sah, tidak patuhi perkara 10 UUTKNS - AGC - Astroawani - 17/09 10:48 pm AGC berkata kesahan serta kesan Proklamasi bertarikh 19 April 2026 hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan UUTKNS 1959. |
|
Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah - AGC - Sinarharian - 17/09 9:50 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April lepas tidak sah, kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959), menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).Dalam kenyataan malam ini, AGC memaklumkan tiada sebarang keterangan bahawa mana-mana faktor hilang kelayakan yang dinyatakan dalam Perkara 10(1) UUTKNS, terpakai kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.AGC turut menegaskan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan."Kesahan serta kesan proklamasi tersebut berkaitan perkara itu hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang terutama UUTKNS 1959," katanya.AGC dalam kenyataan itu memaklumkan walaupun Undang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan supaya Yang Dipertuan Besar diturunkan takhta, namun Perkara 10 UUTKNS turut memperuntukkan tatacara dan asas-asas pertimbangan sebelum keputusan sedemikian boleh dibuat."Setakat hari ini tiada fakta yang menunjukkan tatacara yang diperuntukkan tersebut telah dipatuhi," menurut kenyataan itu.Menurut AGC, berbangkit juga isu mengenai beberapa Undang yang menandatangani proklamasi berkenaan tidak lagi memegang jawatan secara sah, kerana telah diturunkan mengikut adat di luak masing-masing.Jabatan itu memaklumkan keabsahan beberapa Undang yang menandatangani Proklamasi berkenaan dipertikaikan kerana penurunan mereka telah dilakukan melalui adat di luak masing-masing, sekali gus menyebabkan komposisi Undang Yang Empat tidak lengkap pada masa yang material.ARTIKEL BERKAITAN: Exco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku NadzaruddinTindakan Exco Negeri Sembilan umum penurunan takhta Tuanku Muhriz perbuatan derhaka - AminuddinExco Kerajaan Negeri Sembilan tidak boleh atasi UUTKNS - Undang Luak Rembau[KRONOLOGI] Kemelut takhta Negeri Sembilan"Jabatan ini menghormati kedudukan Undang Negeri Sembilan dan akur pelantikan dan penurunan setiap mereka adalah tertakluk kepada peraturan adat di luak masing-masing," katanya.Dalam masa sama, AGC mengambil maklum Perkara 16 UUTKNS 1959 turut memperuntukkan persoalan adat Melayu, termasuk pemilihan, pelantikan, perletakan dan pemecatan jawatan Undang serta apa-apa perkara yang dibawa oleh Yang di-Pertuan Besar, terletak dalam bidang kuasa Dewan Keadilan dan Undang (DKU)."Menurut Perkara 16 (3) UUTKNS 1959, nasihat Dewan (DKU) mengenai persoalan sedemikian adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan," katanya.Sehubungan dengan itu, AGC berpandangan kenyataan media atau pengumuman oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung perkara itu, tidak mempunyai sebarang kesan di sisi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti atau kuasa di bawah UUTKNS 1959 untuk membuat pengumuman berkenaan."Juga, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk bersandar kepada Proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi pengumuman mereka."Berdasarkan perkara-perkara di atas tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan proklamasi tersebut adalah menjadi suatu tindakan yang tidak sah kerana tidak berperlembagaan," menurut kenyataan itu.AGC turut mengambil maklum perkara berkenaan sedang dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Seremban dan terdapat perintah mahkamah dalam bentuk interlocutory injunksi yang masih berkuat kuasa.Justeru, jabatan itu menyeru semua pihak supaya menghormati proses mahkamah dan membenarkan perkara berkenaan diselesaikan secara teratur.AGC mengeluarkan kenyataan itu selepas mengambil maklum Kenyataan Media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Bil |
|
Negeri Sembilan MB confirms exco unanimously endorsed Tuanku Muhriz's removal - Sinardaily - 17/09 3:28 pm SEREMBAN Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Ismail Lasim has confirmed that the state executive council (exco) unanimously endorsed to the removal of Tuanku Muhriz Tuanku Munawir as the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan.He said the decision was made at the state executive council meeting on Tuesday.Ismail said the state secretary had been instructed to proceed with the gazettement in accordance with existing regulations.Today, I want to confirm that the proclamation was discussed and unanimously agreed upon by all exco members at the meeting on Sept 15 (Tuesday), he said after the Negeri Sembilan First-Class Graduate Excellence Awards ceremony, here, today.Earlier, Ismail told reporters that there would be no question-and-answer session and that he would only make a brief statement.Several exco members were also present, including Exco for Education, Higher Education and Human Capital Datuk Zaifulbahri Idris; Exco for Local Government Development, Housing and Non-Muslim Affairs Siow Kong Choon; Exco for Agriculture, Food Security and Cost of Living Datuk Mohd Razi Mohd Ali; and Exco for Tourism, Arts, Culture and Heritage Datuk Razali Abu Samah.Ismail was responding to a statement issued by exco members on Wednesday, which said they had collectively decided that the proclamation removing Tuanku Muhriz as the Yang di-Pertuan Besar was valid.The statement also said Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar had been recognised as the new Yang di-Pertuan Besar with immediate effect.According to the statement, the proclamation dated April 19, 2026, was signed and sealed by the legitimate and duly appointed Undang Luak under Article 10 of the 1959 Constitution of the State of Negeri Sembilan (UUTKNS).It said the Undang Yang Empat had the absolute prerogative to choose and remove the Yang di-Pertuan Besar, as provided under Articles 32 and 79 of the UUTKNS 1959, as well as Articles 71 and 181 of the Federal Constitution.The statement also said the proclamation recognising Tuanku Nadzaruddin under Article 11 of the UUTKNS 1959, dated April 19, 2026, had been signed and sealed by the legitimate Undang Luak.On Sept 9, the Undang Yang Empat, including the disputed Undang, presented a document purportedly showing the proclamation removing Tuanku Muhriz as the Yang di-Pertuan Besar.The document was said to have been signed by Ismail.This came after Ismail issued a statement on Sept 6 expressing his loyalty and support for Tuanku Muhriz.Ismail said his focus was now on carrying out his duties as Menteri Besar in the interests of the people and the state.However, he later claimed that he had been forced to sign the proclamation document, although he did not identify the person or party who allegedly pressured him.He also said he had lodged a police report over the matter. |
|
Negeri Sembilan Exco cannot override state constitution, says Undang Rembau - Sinardaily - 17/09 9:48 am SEREMBAN The Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid, has stressed that statements or decisions made by the Negeri Sembilan State Executive Council (MMK) cannot override the Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.He said an MMK decision could not, by itself, revive or validate a proclamation that had already been declared invalid by the Dewan Keadilan dan Undang (DKU).The DKU decided on July 31, 2026, and reaffirmed on Sept 13, 2026, that the proclamation dated April 19, 2026, is invalid and that Tuanku Muhriz Tuanku Munawir remains the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan.Accordingly, all parties must respect the UUTKNS, the jurisdiction of the DKU and decisions made within its lawful authority, he said in a statement.The statement was issued following a media statement on behalf of MMK members concerning the April 19, 2026 proclamation, which was said to concern the position of Tuanku Muhriz.He added that the Royal Institution and the institution of the Undangs in Negeri Sembilan must be preserved with the utmost decorum and respect, stressing that no individual, administrative body or Exco meeting could place itself above the UUTKNS.All parties must uphold peace in Negeri Sembilan and refrain from actions that could cause confusion in state administration or undermine the dignity of the royal and customary institutions of Negeri Sembilan, he said.Hassan said a matter of such importance must be addressed with proper decorum and in accordance with the UUTKNS 1959, rather than being determined solely through administrative decisions or media statements.The core issue is not simply whether the Four Undangs have the power to elect or remove the Yang di-Pertuan Besar.Rather, the fundamental question is whether that power was exercised in full compliance with all the conditions and procedures prescribed by the UUTKNS |
|
Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sah, berkuat kuasa ??? Kerajaan .. - Mygazette - 17/09 8:05 am Faizal Ramli Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim sebelum ini menyatakan beliau menandatangani surat cara berkaitan penurunan takhta Tuanku Muhriz secara tidak rela dan di bawah paksaan. Ismail ketika itu turut menegaskan kerajaan negeri berpandangan surat cara berkenaan tidak mematuhi proses serta tatacara di bawah Perkara 10 UUTKNS 1959 dan dengan itu tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasakan |
|
Undang Rembau: Exco tak boleh atasi Undang-Undang Tubuh Negeri - Mkini - 16/09 9:33 pm Hassan berkata pertikaian berhubung surat proklamasi bertarikh 19 April yang menyingkirkan Tuanku Muhriz hendaklah ditangani berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS). |
|
Tuanku Muhriz Diturunkan Takhta, Negeri Sembilan Umum Tuanku Nadzaruddin Sebagai Yang Di-Pertuan Besar Baharu - Ohmedia - 16/09 6:29 pm Satu kenyataan mengejutkan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mencetuskan perhatian apabila diumumkan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah diturunkan takhta oleh Undang Yang Empat. Menurut laporanMalaysiakini, proklamasi berkenaan dikatakan telah dibuat mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959) |
|
Exco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku Nadzaruddin - Sinarharian - 16/09 6:03 pm SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah.Menerusi satu kenyataan, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Dalam kenyataan tersebut, menurut Perkara 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bertarikh 19 April 2026 telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa."Adalah prerogatif mutlak Undang Yang Empat untuk memilih dan menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan prerogatif ini dijamin oleh Perkara 32 dan Perkara 79 UUTKNS 1959 serta Perkara 71 dan 181 Perlembagaan Persekutuan |
|
Selesaikan isu Surat Cara Proklamasi melalui Perlembagaan, undang-undang .. - Mygazette - 16/09 7:58 am # Selesaikan isu Surat Cara Proklamasi melalui Perlembagaan, undang-undang - Ismail KUALA LUMPUR Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang bersidang pada hari ini menegaskan bahawa Surat Cara Proklamasi yang didakwa mempunyai kesan terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak sepatutnya dijadikan persoalan politik atau peribadi. Sebaliknya, ia hendaklah dilihat berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS 1959) dan prinsip Raja Berperlembagaan |
|
MB tiada kuasa unilateral tamatkan jawatan Yamtuan Besar - Ismail - Mkini - 15/09 7:38 pm Menteri Besar Negeri Sembilan berkata kedudukan dan proses berkaitan jawatan Yamtuan Besar diperuntukkan secara khusus oleh UUTKNS 1959. |
|
Royal Council declares Tuanku Muhriz still Negeri Sembilan ruler, proclamation invalid - Sinardaily - 14/09 5:23 pm The Dewan does not recognise any vacancy and does not recognise any other person as holding the position.There can be no replacement as long as the position is lawfully held, it said in a statement on Monday.DKU said the proclamation dated April 19 was invalid under the Constitution because three of the four individuals who signed it did not hold the position of Undang according to the customs of their respective Luak at the time.It said Article 10(1) of the Constitution of the State of Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 required a full and complete inquiry before the Undang could call upon the Yang di-Pertuan Besar to step down or relinquish the position.That condition is mandatory. No such inquiry was ever conducted, nothing was ever brought before the Dewan and His Royal Highness was never given notice or an opportunity to be heard.The April 19 proclamation was defective from the outset, the statement said.The Dewan said the Menteri Besar who was in office at the time refused to sign the proclamation on April 20 under Article 10(2) of the UUTKNS 1959, citing the failure to fulfil the requirements under Article 10 and the fact that one of the signatories was not an Undang.With that refusal, the function of the Menteri Besar under Article 10(2) of the UUTKNS 1959 had already been exercised and, as such, the proclamation lapsed and became void.The only thing alleged to have happened was that a new Menteri Besar signed the same proclamation |
|
Proklamasi tidak sah, Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan - Sinarharian - 14/09 4:36 pm Tiada siasatan sedemikian yang pernah dilaksanakan, tiada yang pernah dibawa ke hadapan Dewan dan Duli Yang Maha Mulia tidak pernah diberi notis atau peluang untuk didengar. Proklamasi 19 April itu adalah cacat sejak awal," menurut kenyataan itu lagiDewan itu memaklumkan, pada 20 April lalu, Menteri Besar yang ketika itu memegang jawatan enggan menandatanganinya di bawah Perkara 10(2) UUTKNS 1959, atas alasan bahawa syarat Perkara 10 UUTKNS 1959 tidak dipenuhi dan salah seorang yang menandatangani bukan seorang Undang."Dengan keengganan itu, fungsi Menteri Besar di bawah Perkara 10(2) UUTKNS 1959 telah pun dilaksanakan dan dengan itu proklamasi itu luput dan terbatal," jelas kenyataan itu.Tambah DKU, tiada sebarang siasatan diadakan dalam tuntutan memenuhi Perkara 10 UUTKNS 1959."Satu-satunya perkara yang didakwa berlaku ialah seorang Menteri Besar yang baharu menandatangani proklamasi yang sama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |