///
See Also: Shutterstock

Search : Turkmenistan News   Page 1    



Peroleh telaga gas di Turkmenistan cerminan keyakinan kepada keupayaan .. - Mygazette - 20/06 3:41 pm

# Peroleh telaga gas di Turkmenistan cerminan keyakinan kepada keupayaan Malaysia PM BATU KAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia di Turkmenistan sebagai bukti jelas keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, kestabilan politik negara ini serta profesionalisme syarikat tempatan





Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas - Mypress - 20/06 2:48 pm

TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan…





Selepas 30 tahun, ini inti pati perjanjian kerjasama baharu Petronas dengan Turkmenistan - Mydateline - 20/06 2:30 pm

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memulakan operasinya di Turkmenistan pada 1996 sebagai salah sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa terawal yang bertapak di negara tersebut sekitar ..





Dasar luar berkecuali, terbuka Malaysia buka peluang baharu ekonomi - PM - Sinarharian - 20/06 2:15 pm

BATU KAWAN - Komitmen Malaysia yang terlibat dengan semua negara sambil mengekalkan dasar yang terbuka dan berkecuali telah memperkukuh keyakinan antarabangsa terhadap negara sekali gus mewujudkan peluang baharu untuk kerjasama ekonomi.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu telah membolehkan Malaysia menjalin hubungan kukuh dengan negara-negara merentasi blok geopolitik berbeza, yang membawa manfaat ekonomi ketara, termasuk yang terkini perjanjian terbaru Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan."Kita telah mengadakan (perbincangan) dengan Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump yang berada di sini tahun lepas, dan kemudian kita mengadakan lawatan ke China, India, dan baru-baru ini ke Rusia menunjukkan kepentingan kita, pendirian yang diambil Malaysia adalah untuk memastikan kita menjalin hubungan dengan semua negara sambil mengekalkan pendirian terbuka dan berkecuali kita."Kita menyatakan pendirian kita dalam beberapa isu yang menimbulkan konflik yang menjejaskan dunia tetapi kita mengalu-alukan penyertaan semua," kata beliau semasa berucap pada majlis perasmian Kilang MKS Super Center di Taman Teknologi Bandar Cassia, di sini, hari ini.Turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MKS John T.C Lee.Anwar berkata penglibatan Malaysia dengan kuasa besar global, termasuk Amerika Syarikat, China, India dan Rusia, menunjukkan komitmen negara terhadap kerjasama antarabangsa yang membina dan dalam masa yang sama melindungi kepentingan nasionalnya.Sementara itu, mengenai perkembangan terkini, beliau berkata Turkmenistan telah bersetuju untuk menganugerahkan Petronas pembangunan dua blok gas utama, termasuk satu daripada lapangan gas terbesar di dunia, yang mencerminkan keyakinan kerajaan asing terhadap keupayaan, kestabilan dan profesionalisme Malaysia.Beliau berkata, kejayaan meraih perjanjian dengan Turkmenistan itu adalah hasil langsung daripada usaha Malaysia untuk membina hubungan yang saling memberi mafaat dengan negara-negara di seluruh dunia.Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan keyakinan pelabur antarabangsa penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kemajuan masa depan dengan memberi contoh pelaburan berterusan daripada syarikat global utama dalam sektor strategik seperti semikonduktor.Perdana Menteri berkata kejayaan Pulau Pinang dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi menunjukkan bahawa dasar yang jelas, pentadbiran yang cekap dan kerenah birokrasi yang dikurangkan dapat memperkukuh daya saing Malaysia.Beliau berkata, negara perlu terus melabur dalam pembangunan bakat, pendidikan dan kerjasama industri bagi menyokong sektor baharu seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan canggih."Daya saing Malaysia pada masa depan bukan bergantung kepada kos rendah tetapi pada keupayaan canggih perindustriannya dan kumpulan bakat berkualiti tinggi," kata Anwar.Beliau juga menggesa kerjasama lebih erat antara universiti dan pemain industri bagi memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran diperlukan untuk teknologi baharu yang berkembang pesat, sambil mengekalkan tumpuan pendidikan terhadap nilai, kemanusiaan dan belas kasihan.- Bernama





Lawatan Ke Turkmenistan Capai Matlamat, Kukuh Hubungan Dua Negara PM Anwar - Wrlr - 20/06 2:08 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026





Peroleh Telaga Gas Antara Terbesar Dunia Kejayaan Luar Biasa Petronas - PM Anwar - Siakapkeli - 20/06 11:44 am

Peroleh Telaga Gas Antara Terbesar Dunia Kejayaan Luar Biasa Petronas - PM Anwar ASHGABAT (TURKMENISTAN), (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan





Dokumen dimeterai dalam lawatan PM Anwar ke Turkmenistan perkukuh kerjasama bidang strategik - Mydateline - 20/06 11:00 am

Kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan menyaksikan pertukaran dokumen penting yang menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik Malaysia dengan negara itu





Pulang dari Turkmenistan, Anwar teruskan lawatan kerja di Pulau Pinang - Sinarharian - 20/06 10:08 am

BUTTERWORTH - Sejurus menamatkan lawatan rasmi ke Turkmenistan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meneruskan jadual padatnya dengan mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program utama termasuk Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual memulakan lawatan di Pulau Mutiara dengan merasmikan pembukaan MKS Instruments Malaysia Sdn Bhd di Bandar Cassia Technology Park, Batu Kawan pada 11 pagi.Beliau kemudian akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Setia Fontaines Industrial Park di Setia Experience Centre, Bandar Setia Fontaines, Kepala Batas pada 1 tengah hari, iaitu projek yang mencerminkan komitmen jangka panjang Setia terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang dan Koridor Utara.Pada majlis pecah tanah tersebut, Setia juga bakal melancarkan dua kolaborasi strategik lain dalam kawasan perbandaran Setia Fontaines.Seterusnya Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Kemuncak HAWANA 2026 di Pusat Konvensyen PICCA@ Arena Butterworth pada 3 petang, yang akan menghimpunkan kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri akan menyampaikan Anugerah HAWANA dan Anugerah Khas HAWANA kepada tokoh yang memberikan sumbangan besar kepada dunia kewartawanan serta pembangunan pemikiran masyarakat, selain dijadual menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada pengamal media yang memerlukan.HAWANA yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertindak sebagai agensi pelaksana, merupakan platform kemuncak dalam menghargai sumbangan, ketekunan dan profesionalisme pengamal media di Malaysia.Terdahulu, pesawat yang membawa delegasi Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada 4.45 petang waktu tempatan (7.45 malam waktu Malaysia).Lawatan rasmi dua hari bermula 18 Jun itu, merupakan kunjungan pertama Anwar ke Turkmenistan sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, atas jemputan Presidennya Serdar Berdimuhamedov.Sebelum ke Turkmenistan, Anwar berada di Kazan, Russia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia ke-35, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Selepas menyelesaikan lawatan kerja di Pulau Pinang, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Himpunan Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia di Negeri Sembilan, pada malam ini.- Bernama





Jadual Padat Menanti PM Anwar Ke Kota Marmar Putih, Turkmenistan - Wrlr - 19/06 6:20 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam bersama kira-kira 300 anggota diaspora Malaysia di Turkmenistan serta sahabat Malaysia di Ashgabat, pada 18 Jun 2026





PM Anwar teruskan lawatan ke Turkmenistan, akan muktamadkan kerjasama strategik ini - Mydateline - 19/06 2:00 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Ashgabat, Turkmenistan dalam rangka lawatan kerja dua hari selepas menamatkan kunjungan rasmi beliau ke Kazan, Republik ..





Anwar in Ashgabat for two-day official trip to boost Malaysia-Turkmenistan ties - Malaymail - 19/06 12:31 am

ASHGABAT (Turkmenistan), June 19 After completing a two-day working visit to Kazan, Republic of Tatarstan, Prime...





Malaysia optimis MoU perjanjian damai AS-Iran mampu buka jalan penamatan .. - Mygazette - 19/06 7:33 am

Anwar berada di Kazan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia ke-35 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam. Sejurus tamat lawatan beliau di Kazan, Anwar dijadualkan meneruskan lawatan rasmi selama dua hari ke Turkmenistan bermula hari ini atas undangan Presiden Serdar Berdimuhamedov





Malaysia eyes stronger trade, energy and investment ties during Anwars Turkmenistan visit - Malaymail - 18/06 9:24 am

ASHGABAT (Turkmenistan) June 18 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims visit to Turkmenistan from June...





Berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak .. - Wrlr - 16/06 5:36 pm

Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin selain menghadiri Forum Perniagaan Rusia-ASEAN. Usai agenda di Kazan, saya kemudian akan ke Ashgabat, Turkmenistan bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedow





Petronas bakal teroka telaga gas kedua terbesar dunia - Sinarharian - 16/06 4:40 pm

KOTA BHARU - Malaysia bakal mencatat satu lagi kejayaan penting di pentas ekonomi antarabangsa apabila Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dijadual menandatangani perjanjian bagi mengusahakan telaga gas kedua terbesar di dunia di Turkmenistan.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perjanjian itu akan dimeterai sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah tersebut selepas menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.Menurut beliau, Perdana Menteri kini berada di Kazan bagi menghadiri 'ASEAN-Russia Commemorative Summit' sebelum meneruskan perjalanan ke Turkmenistan."Di Turkmenistan, insya_ALLAH, Perdana Menteri bersama dengan pasukan Petronas akan menandatangani satu perjanjian untuk Petronas dan rakan usaha di Turkmenistan mengusahakan telaga gas kedua terbesar di dunia, insya_ALLaH," katanya ketika hadir pada Program Jiwa Madani dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Komuniti Madani Negeri Kelantan di sini pada Selasa.Fahmi memberitahu, kerjasama strategik itu dijangka membawa limpahan ekonomi yang sangat baik kepada negara selain mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai rakan kerjasama yang dipercayai di peringkat global.Katanya, peluang untuk terlibat dalam projek tenaga berskala besar itu membuktikan Malaysia terus mendapat pengiktirafan dunia serta menjadi rakan pilihan dalam pelbagai usaha pembangunan ekonomi antarabangsa."Dengan itu akan ada limpahan ekonomi yang sangat baik untuk negara kita."Ini hanya boleh berlaku bila Ringgit kukuh, barang cukup, kita dihormati peringkat dunia, kita menjadi rakan yang dicari untuk berkongsi projek-projek yang besar seperti itu, bukan untuk Perdana Menteri sendiri, tapi untuk kita," katanya.





Johor MADANI: PM Anwar Santuni Rakyat Muar, Bakri Petang Ini - Wrlr - 15/06 2:49 pm

Dijemput seluruh warga Bakri, Muar dan sekitar untuk hadir beramai-ramai. Kehadiran Anwar ke kedua-dua kerusi parlimen itu bagi meninjau serta mendengar sendiri permasalahan rakyat melibatkan pelbagai lapisan masyarakat setempat sebelum dijadual berlepas ke Rusia dan Turkmenistan esok.





Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara- PM - Mygazette - 14/06 3:02 pm

# Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara- PM SIPITANG - Hubungan antarabangsa yang baik serta kestabilan politik membolehkan Malaysia terus mendapatkan bekalan minyak dan gas meskipun dunia kini berdepan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar diplomatik yang bijak membolehkan negara luar seperti Rusia dan Turkmenistan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang sangat dekat





Cadangan elaun pelajar Tingkatan Enam dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan - Fadhlina - Sinarharian - 13/06 6:20 pm

BUTTERWORTH - Cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Beliau berkata, perkara itu akan disampaikan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari lawatan ke Turkmenistan."Kita memahami keutamaan dan harapan anak-anak Tingkatan Enam dan perkara ini masih kita perjuangkan," katanya ketika berucap pada program POV Anak Muda: Anak Muda dan Ketidakpastian Realiti Siri 2 Zon Utara di sini hari ini.Fadhlina berkata, kerajaan sebelum ini turut memperjuangkan pemberian elaun kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), yang kini telah menerima kemudahan berkenaan.Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.Program sehari itu menghimpunkan kira-kira 950 peserta dan menjadi platform dialog antara golongan muda, pemimpin, penggubal dasar serta penganalisis bagi membincangkan isu pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan kos sara hidup





Kestabilan politik, hubungan antarabangsa baik jamin bekalan tenaga negara, kata PM - FMT - 13/06 4:59 pm

Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak bolehkan negara seperti Rusia dan Turkmenistan anggap Malaysia negara sahabat yang sangat dekat.





Political stability, strong ties bolster our energy security, says PM - FMT - 13/06 4:34 pm

Anwar Ibrahim says Putrajaya's prudent diplomatic approach has made nations like Russia and Turkmenistan regard Malaysia as a trusted partner.





Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara - Anwar - Sinarharian - 13/06 3:06 pm

SIPITANG - Hubungan antarabangsa yang baik serta kestabilan politik membolehkan Malaysia terus mendapatkan bekalan minyak dan gas meskipun dunia kini berdepan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak membolehkan negara luar seperti Rusia dan Turkmenistan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang sangat dekat.Berkongsi pengalaman semasa mengadakan lawatan rasmi ke Turkmenistan baru-baru ini, beliau berkata, pemimpin negara berkenaan menyatakan kesediaan mengoperasikan satu daripada telaga gas terbesar di dunia bersama Malaysia melalui Petronas."Negara kita mengambil sikap bersahabat dengan semua termasuk dengan Amerika Syarikat dan China, selain keadaan politik dalam negara yang stabil, tidak bergegar atau bergaduh antara kaum," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Southern Madani Link di sini, Sabtu.Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.Anwar berkata, kestabilan politik menjadi kunci utama bagi memastikan kerajaan dapat memberi tumpuan penuh kepada agenda pembangunan selain terus menarik kemasukan pelabur luar ke dalam negara."Sebab itu dalam masa yang lalu, saya beri sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajijikerana saya fikir cukuplah kita berbalah dalam banyak isu, tetapi politik negara ini harus stabil kerana kalau tidak stabil, orang tidak akan melabur,"katanya.Mengulas perkembangan global, Perdana Menteri berkata, dunia kini berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat krisis kekurangan bekalan tenaga berikutan konflik diAsia Barat yang turut menjejaskan laluan Selat Hormuz hingga menyebabkan harga minyak dunia melambung tinggi.Beliau berkata, situasi itu menyaksikan beberapa negara termasuk dalam kalangan anggota ASEAN terpaksa mengambil tindakan drastik denganmenutup operasi sekitar 400 stesen minyak kerana kekurangan bekalan."Kita bersyukur dalam keadaan itu pun harga minyak murah..





Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga - Mypress - 11/06 9:29 pm

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…





Malaysia, Turkmenistan to seal hydrocarbons partnership on June 19 as energy security push intensifies - Malaymail - 11/06 6:37 pm

KUALA LUMPUR, June 11 Malaysia and Turkmenistan are expected to sign a long-term hydrocarbons coopera...





Kerajaan Perpaduan kekal pegang muafakat, tidak akan khianati rakan - Sinarharian - 10/06 11:45 pm

kita runding dengan baik, bincang dengan baik, kerjasama dengan baik... setakat ini, Kerajaan Perpaduan masih teguh walaupun di peringkat negeri dah ada yang berbeza pendapat sedikit,"katanya sambil menambahsebarang keputusan di peringkat negeri adalah tanggungjawab pimpinan masing-masing.Perdana Menteri juga berkata, fokus utama kerajaan ketika ini ialah pelaksanaan agenda pembangunan negaratermasuk komitmen antarabangsa dan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi.Beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat ASEAN-Rusia di Kazan minggu depansebelum ke Turkmenistan bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor tenagakhususnya berkaitan potensi sumber gas





Malaysia berpotensi akses zon tenaga gas terbesar dunia di Turkmenistan .. - Mygazette - 7/06 7:43 am

# Malaysia berpotensi akses zon tenaga gas terbesar dunia di Turkmenistan - PM BATU PAHAT - Malaysia berpotensi memperoleh akses kepada antara telaga gas terbesar di dunia menerusi jalinan kerjasama strategik antara Petronas dan Turkmenistan



Kerajaan mungkin susun semula perbelanjaan negara - Akmal - Sinarharian - 31/05 8:50 am

SHAH ALAM - Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan penyesuaian dasar perbelanjaan negara secara bertanggungjawab memandangkan beban tanggungan subsidi bahan api kini mencecah RM5 bilion sebulan susulan krisis tenaga global akibat sekatan di Selat Hormuz.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pertimbangan itu terpaksa dibuat berikutan krisis tersebut memberi tekanan kepada sasaran defisit fiskal bagi tahun ini.Menurutnya, situasi itu juga memaksa kerajaan menyemak semula peruntukan subsidi bahan api dan melaksanakan rasionalisasi perbelanjaan mengurus bagi mengelak defisit melebar melebihi sasaran ditetapkan."Kerajaan sedang mempercepatkan peralihan kepada mekanisme subsidi bersasar yang lebih cekap. Langkah ini penting bagi memastikan dana awam digunakan secara optimum sekali gus mengurangkan beban kewangan negara akibat lonjakan harga minyak mentah dunia."Walau bagaimanapun, penyusunan semula ini akan dilakukan secara berhati-hati, bersasar agar tidak menjejaskan momentum ekonomi domestik negara."Pendekatan strategik ini amat penting dalam memperkukuh ruang fiskal negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, di samping meningkatkan daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi ketidaktentuan dan tekanan ekonomi global yang semakin mencabar," katanya.Menurut Akmal Nasrullah, kerajaan dalam masa sama sentiasa menilai semula keutamaan perbelanjaan negara berdasarkan beberapa faktor."Ia termasuk, kedudukan fiskal semasa, perkembangan ekonomi global dan domestik serta keperluan rakyat yang semakin dinamik bagi memastikan penggunaan sumber kewangan negara secara optimum dan berimpak tinggi."Dalam hal ini, hala tuju fiskal negara turut memberi penekanan kepada pengukuhan ruang fiskal, pengurusan perbelanjaan secara berhemat serta memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan."Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, tekanan inflasi, konflik geopolitik serta peningkatan kos pelaksanaan projek, pendekatan penyusunan semula atau reprioritisation perbelanjaan adalah penting bagi memastikan sumber kewangan negara dapat disalurkan kepada program dan projek yang benar-benar kritikal serta memberi impak tinggi kepada rakyat dan ekonomi negara," katanya.Projek, program impak tinggiBeliau berkata, keutamaan perbelanjaan akan terus diberikan kepada projek dan program yang memberi impak tinggi kepada kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan daya tahan negara.Ujarnya, ia merangkumi kemudahan asas, infrastruktur kritikal, kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, tebatan banjir, pengangkutan awam dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.Pada masa sama katanya, kerajaan juga perlu memastikan kesinambungan pelaksanaan projek pembangunan fizikal dan infrastruktur yang mempunyai impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara."Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada projek yang mempunyai tahap kesiapsiagaan pelaksanaan yang tinggi, boleh dilaksanakan dalam tempoh segera, bersifat people-centric serta mampu merangsang aktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh," kata beliau.Sementara itu, ditanya mengenai sektor paling terkesan akibat krisis berkenaan, Akmal Nasullah berkata, terdapat tiga industri paling mendapat impak tinggi iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.Ini kerana katanya, kos input pengeluaran dalam sektor pertanian telah meningkat melibatkan kenaikan harga baja dan makanan ternakan, sekali gus dijangka memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran makanan negara, sekiranya krisis bekalan global berterusan."Selain itu, penutupan Selat Hormuz dijangka menjejaskan sektor pembuatan negara berikutan gangguan rantaian bekalan yang menyebabkan kekurangan bahan mentah."Situasi ini diburukkan lagi oleh peningkatan ketara kos logistik dan insurans, apabila kos pengangkutan dilaporkan meningkat hampir dua kali ganda, manakala premium insurans bagi satu perjalanan melonjak sehingga 16 kali ganda susulan konflik tersebut," katanya.Beliau berkata, berdasarkan kajian terkini Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan tekanan kos operasi yang mendadak akibat krisis tenaga dan gangguan rantaian bekalan global.Menjawab pertanyaan mengenai usaha kerajaan untuk mendapatkan bekalan tenaga jika krisis ini terus berpanjangan, Akmal Nasullah berkata, kerajaan terus memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga negara selaras dengan perkembangan situasi semasa dan ketidaktentuan geopolitik global."Dalam aspek jaminan bekalan petroleum, Petronas telah mengaktifkan strategi kepelbagaian sumber dengan memperoleh bekalan minyak mentah dan produk petroleum daripada pelbagai rantau, termasuk Amerika Selatan, Afrika Barat serta negara Asia Tengah seperti Turkmenistan dan Uzbekistan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap laluan strategik Selat Hormuz."Pendekatan ini turut diperkukuh melalui rundingan Government to Government (G2G) secara langsung, termasuk dengan Australia bagi pembekalan fosfat dan baja, serta dengan China bagi resin dan nafta untuk menyokong industri peranti perubatan negara," katanya.Kebimbangan rakyatDalam pada itu, Akmal Nasrullah mengakui kerajaan memahami bahawa ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geopolitik semasa menimbulkan kebimbangan rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.Justeru katanya, kerajaan akan sentiasa memantau situasi secara dekat dan bersedia mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kesejahteraan rakyat serta memastikan ekonomi negara kekal stabil.Bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara ujarnya, kerajaan telah melaksanakan pemantauan harian menerusi Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan Global yang memantau penunjuk penting seperti harga minyak mentah Brent, LNG, kadar pertukaran mata wang serta perkembangan rantaian bekalan antarabangsa supaya tindakan intervensi dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan bersasar.




Reformasi     >>



Rashifa taruhan Muda di Puteri Wangsa, Amira sasar .. - Mkini
Rashifa menggantikan Amira untuk mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa buat Muda.
Kroni     >>



PRN Johor: Amanah tampil 13 muka baharu daripada 19 .. - Utusan
JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) akan menampilkan 13 muka baharu daripada keseluruhan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pihaknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, separuh daripada muka baharu itu ..
Tabloid     >>



PM sambut baik usaha damai AS-Iran - Kosmo
SEBERANG PERAI – Malaysia menyambut baik persefahaman yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang disifatkan mampu meredakan ketegangan geopolitik serantau, sekali gus memberi impak positif terhadap ekonomi dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang bentuk persefahaman ..
Tech     >>



Here's why Apple is already dropping support for so .. - Gsmarena
At its Worldwide Developers Conference earlier this month, Apple unveiled watchOS 27. This will be rolling out in the fall. Perhaps surprisingly, watchOS 27 will drop support for a lot of older Apple Watches, including the original Apple Watch Ultra, released in 2022. That device was the first ..
World     >>



Does Trump have to submit the Iran memorandum of .. - Aljazeera
A 2015 law requiring congressional approval for any Iran nuclear deal is in the spotlight after this week's memo.
Motor Trend     >>



Buletin Volvo Ex60, Ex90 Tampil Dengan Sistem .. - Mekanika
# VOLVO EX60, EX90 TAMPIL DENGAN SISTEM PENGECASAN PLUG AND GO **Volvo Cars memperkenalkan fungsi Plug & Charge untuk model EX60 dan EX90 di Amerika Syarikat, sekali gus memudahkan proses pengecasan awam bagi pemilik kenderaan elektrik jenama itu.** Melalui teknologi tersebut, pengguna hanya perlu ..