| /// |
|
| Search : Tapah News | Page 1 |
|
Jaslinda ditemui selamat, operasi SAR ditamatkan ??? Polis - Mygazette - 7/06 7:43 am # Jaslinda ditemui selamat, operasi SAR ditamatkan Polis IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditamatkan secara rasmi selepas mangsa ditemui dalam keadaan selamat hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah telah menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada jam 4.55 petang memaklumkan pendaki yang hilang telah ditemui |
|
Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih - Mygazette - 7/06 7:43 am # Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih TAPAH - Misteri kehilangan Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini sejak 15 hari lalu terjawab apabila ditemukan selamat petang ini |
|
SAR Jaslinda: Beberapa barangan ditemukan tapi bukan milik mangsa - Mygazette - 7/06 7:43 am # SAR Jaslinda: Beberapa barangan ditemukan tapi bukan milik mangsa TAPAH Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu, di sini menemukan beberapa barangan di beberapa lokasi berbeza di kawasan pencarian |
|
Jaslinda akui terjatuh banyak kali masa tersesat dalam hutan - Mygazette - 7/06 7:43 am Jaslinda yang ditemukan selamat petang tadi juga turut berdepan pelbagai cabaran terutama pada waktu malam sepanjang tempoh berkenaan. Perkara berkenaan dikongsinya menerusi satu klip video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tapah Media yang memaparkan Jaslinda ditemukan selamat hari ini |
|
Panggilan ???ibu??? anak-anak Jaslinda undang sebak - Mygazette - 7/06 7:43 am TAPAH Suasana sebak bercampur kegembiraan memenuhi ruang unit kecemasan Hospital Tapah apabila suami dan anak-anak pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, mencium dan memeluk wanita berkenaan |
|
Jaslinda mohon maaf, ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia - Mygazette - 7/06 7:43 am # Jaslinda mohon maaf, ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia TAPAH Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, memohon maaf serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak |
|
'Terima kasih kepada semua, saya tahu isteri kuat' - Suami Jaslinda - Hmetro - 7/06 1:10 am Tapah: Suami kepada pendaki yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu, Haszman Othman, 61, menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga isterinya, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat semalam |
|
Jaslinda ditemui terhuyung-hayang, bawa cendawan – Nazri Bah Eng - Kosmo - 7/06 12:25 am TAPAH – Seorang penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki Jaslinda Saludin, 49, petang tadi mendakwa wanita itu dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang bersama satu beg plastik berisi beberapa jenis tumbuhan termasuk cendawan |
|
Jaslinda makan tumbuhan liar, minum air embun, sungai bertahan dua minggu - Kosmo - 6/06 11:48 pm TAPAH – Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang semasa mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak dua minggu lalu yang dtemukan hari ini dipercayai makan tumbuhan liar, minum air embun, sungai untuk kelangsungan hidup |
|
Jaslinda berpusing-pusing di kawasan pencarian SAR - Bomba - Sinarharian - 6/06 11:35 pm TAPAH Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu dipercayai berulang kali bergerak dalam kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang tempoh kehilangannya sebelum ditemukan selamat pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jaslinda Saludin, 49, wanita itu berpusing-pusing di kawasan pencarian termasuk turun ke sungai sebelum kembali semula ke kawasan tinggi."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba"Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Menurut beliau, Jaslinda dilaporkan berada di sekitar kawasan Gunung Rayu dan Bukit Berapit sepanjang tempoh kehilangan tersebut.Katanya, mangsa akhirnya berjaya keluar selepas dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum bertemu seorang pemancing yang membantunya menuju ke penempatan Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh."Penduduk kampung kemudian membawanya ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira pukul 8 malam," katanya.Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa keluar menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada pukul 9.20 malam.Sabarodzi turut memaklumkan Jaslinda bertahan hidup dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di dalam hutan sepanjang 14 hari kehilangannya."Dia memaklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bergantung kepada air embun serta air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati keadaan Jaslinda stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan termasuk kesan gigitan serangga serta luka kecil di bahagian kepala akibat terjatuh.Katanya, mangsa dipercayai terjatuh beberapa kali termasuk ketika melalui kawasan sungai dalam usaha mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda |
|
Missing hiker found safe after nearly two weeks in Gunung Batu Putih - BorneoPost - 6/06 11:30 pm IPOH (June 6): Hiker Jaslinda Saludin, 49, who went missing while trekking Gunung Batu Putih near Tapah on May 24, was found safe near Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, this afternoon |
|
Jaslinda alami cedera di kepala, bertahan minum embun, makan tumbuhan liar - Sinarharian - 6/06 11:19 pm TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, bertahan hidup dengan meminum air embun dan memakan tumbuhan liar sepanjang berada di dalam hutan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa turut memaklumkan tidak minum air selama tiga hari sebelum bergantung kepada sumber semula jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup."Dia maklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bertahan dengan air embun, selain air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, Jaslinda berada dalam keadaan stabil, hanya mengalami kecederaan ringan termasuk gigitan serangga serta luka kecil di kepala akibat terjatuh.Katanya, kesan luka tersebut akibat terjatuh beberapa kali termasuk di kawasan sungai sepanjang usahanya mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.Mengulas laluan yang dilalui mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda sebenarnya berada dalam kawasan pencarian pasukan penyelamat sepanjang tempoh kehilangan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaBeliau berkata, mangsa dilaporkan bergerak secara berulang-alik di kawasan sama termasuk sekitar Gunung Rayu dan Bukit Berapit."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi."Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya.Berhubung penemuan mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Katanya, penduduk kampung kemudian membawa mangsa ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira jam 8 malam."Mangsa seterusnya dibawa keluar menggunakan jentera EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada jam 9.20 malam," katanya. |
|
Orang Asli cerita detik pertemuan dengan Jaslinda - Hmetro - 6/06 11:17 pm Tapah: Seorang penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki Jaslinda Saludin, 49, petang tadi mendakwa wanita itu dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang bersama satu beg plastik berisi beberapa jenis tumbuhan termasuk cendawan |
|
Saya tahu dia kuat – Suami Jaslinda - Kosmo - 6/06 11:11 pm TAPAH – Suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang semasa mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak dua minggu lalu yang dtemukan hari ini yakin dengan ketabahan dan kekuatan isterinya |
|
Semangat survival faktor utama Jaslinda mampu bertahan 2 minggu - Kosmo - 6/06 11:09 pm TAPAH – Semangat survival yang tinggi dipercayai menjadi faktor utama membolehkan Jaslinda Saludin, 49, bertahan selama 14 hari selepas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini |
|
2 minggu tak makan, Jaslinda minum air hitam, coklat, air periuk kera - Hmetro - 6/06 11:03 pm Kuala Lumpur: Saya (sudah) dua minggu tak makan. Saya minum air hitam, air coklat, air (dari) periuk kera, kata Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat, hari ini selepas hilang 14 hari Gunung Batu Putih, Tapah di Perak |
|
'Ok tak oklah.. nikmati hidup' - Jaslinda - Hmetro - 6/06 10:46 pm Tapah: Ok tak oklah.. |
|
I know my wife is strong - Jaslindas husband - Sinardaily - 6/06 10:43 pm TAPAH My wife she is strong.Those were the words of the husband of missing hiker Jaslinda Saludin, 49, moments after being reunited with her at the Emergency and Trauma Unit of Tapah Hospital on Saturday.In an emotionally charged moment, Haszman Othman, 61, was seen embracing and kissing his wife as soon as Jaslinda arrived after being found safe in Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Speaking to the media, Haszman expressed his gratitude to all parties involved in the search and rescue (SAR) operation for his wife throughout the 15 days she was missing.Thank you to everyone involved the police, fire and rescue, NGOs, statutory bodies and all who helped, he said.He also extended special thanks to the Orang Asli community, who played a crucial role in supporting the search effort.When asked about Jaslindas condition, he declined to comment further and deferred to the authorities for an official statement.We have to wait for the report from the police |
|
I didnt eat for two weeks, only drank dark water, brown water Jaslinda - Sinardaily - 6/06 10:38 pm TAPAH - A hiker reported missing during an expedition on Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, reveals that she did not eat and only drank whatever water she could find throughout the two weeks she was lost.In a recent video shared on the Facebook page Tapah Media Official, Jaslinda was seen chatting warmly with the Orang Asli community of Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, despite appearing weak and frail.The woman briefly shared details of her experience being lost in the jungle while waiting for rescue teams to arrive.Is this viral? (referring to news of her disappearance) |
|
'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:27 pm TAPAH - Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mendedahkan dirinya tidak makan dan hanya minum air yang ditemuinya sepanjang dua minggu tersesat.Menerusi perkongsian video terbaharu di Facebook Tapah Media Official, Jaslinda sempat berbual mesra dengan komuniti Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh meskipun terlihat lemah dan tidak berdaya.Wanita itu sempat berkongsi serba sedikit mengenai pengalamannya tersesat di dalam hutan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda"Viral ke ini? (kisah kehilangannya) |
|
'Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia' - Keluarga Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:26 pm IPOH - "Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan Jaslinda."Demikian reaksi kakak kepada pendaki yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, iaitu Jasima Saludin, 52, selepas adiknya ditemukan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, dekat Tapah, petang tadi.Jasima ketika dihubungi Bernama berkata, beliau bersama suaminya kini dalam perjalanan ke Tapah bagi bertemu adiknya yang ditemukan selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda"Saya pulang ke rumah di Kuala Lumpur semalam seketika untuk menguruskan hal keluarga |
|
'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:20 pm TAPAH "Orang rumah saya dia kuat."Demikian luahan suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah pada Sabtu.Dalam suasana penuh emosi, Haszman Othman, 61, dilihat memeluk dan mencium isterinya sebaik Jaslinda tiba selepas ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - JaslindaHaszman ketika ditemui media merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) isterinya sepanjang 15 hari kehilangan itu."Terima kasih kepada semua yang terlibat polis, bomba, NGO, badan berkanun dan semua pihak yang membantu," katanya.Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada komuniti Orang Asli yang memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencarian.ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dengan Orang Asli sekali yang beri kerjasama cukup baik...Alhamdulillah," katanya.Ditanya mengenai keadaan Jaslinda, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memberikan laporan rasmi."Kita kena tunggu laporan daripada pihak polis |
|
'Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia' - Jaslinda - Hmetro - 6/06 10:02 pm Tapah: Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, menzahirkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia |
|
I fell many times, struggled through the nights - Jaslinda speaks after 15 days missing in jungle - Sinardaily - 6/06 9:40 pm TAPAH - Missing hiker Jaslinda Saludin has revealed she faced numerous ordeals during her 15 days lost in the jungle, including falling repeatedly throughout her ordeal.The 49-year-old shared her experience in a video clip that went viral on social media after she was found safe today.I fell many times, I struggled through the nights, she said briefly in the recording.The video, uploaded on the official Tapah Media Facebook page, showed Jaslinda eating while conversing with several individuals at a kampung house believed to be located in Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Kampung Lubuk Gaharu is understood to be situated along the Tapah-Cameron Highlands road.The clip was accompanied by a caption reading: Alhamdulillah, the search for Jaslinda Saludin has finally come to an end |
|
She said help me - Orang Asli man recounts moment missing Jaslinda was found - Sinardaily - 6/06 9:28 pm TAPAH Walking alone and weak on a bridge.That was the condition of Jaslinda Saludin, 49, when she was found by an Orang Asli villager near a river in Kampung Lubuk Gaharu, near Pos Musoh, on Saturday.Bah Roslan Bah Sulpok, 51, said the discovery, at around 5.10pm, happened while he was fishing.He said he caught sight of a hijab-clad woman crossing the bridge in a frail state.I recognised her as Jaslinda because her photo had been shared on phones |
|
Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk - Hmetro - 6/06 9:23 pm Kuala Lumpur: Detik cemas dan menyeramkan menemani pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sepanjang 14 hari hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Tapah, Perak sejak 24 Mei lalu |
|
Thank you, sorry for causing trouble to Malaysians - Jaslinda - Sinardaily - 6/06 9:14 pm TAPAH - Hiker Jaslinda Saludin, 49, who was found safe after being reported missing on Gunung Batu Putih here since May 23, has expressed her gratitude to all Malaysians who prayed for her.Speaking to Sinar at Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, she also offered an apology for her prolonged disappearance, which had prompted a large-scale search and rescue operation.Thank you |
|
'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 8:57 pm TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dirinya.Ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh di sini, beliau turut menzahirkan ucapan maaf atas kehilangannya itu dalam tempoh lama sehingga membawa kepada gerakan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Terima kasih |
|
'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 8:06 pm TAPAH Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mendedahkan dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk terjatuh berkali-kali sepanjang tempoh 15 hari berada di dalam hutan.Perkara itu dikongsikan wanita berusia 49 tahun tersebut menerusi satu klip video yang tular di media sosial selepas dia ditemukan selamat hari ini."Saya jatuh berkali-kali, saya bergelut pada waktu malam," katanya ringkas dalam rakaman berkenaan.Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tapah Media itu memaparkan Jaslinda sedang menjamu selera sambil berbual dengan beberapa individu di sebuah rumah kampung yang dipercayai terletak di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Difahamkan, Kampung Lubuk Gaharu berada di sepanjang Jalan Tapah-Cameron Highlands.Rakaman tersebut turut disertakan dengan keterangan berbunyi: "Alhamdulillah, pencarian Jaslinda Saludin akhirnya berakhir |
|
Jaslinda ditemui dalam keadaan sedar - Polis - Sinarharian - 6/06 7:45 pm TAPAH - Polis mengesahkan pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, dekat sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemui dalam keadaan sedar pada Sabtu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima maklumat mengenai penemuan mangsa pada jam 4.55 petang melalui talian MERS 999.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk Orang Asli, Nazri Eng dari Kampung Lubuk Geharu, Pos Musoh di sini."Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Geharu sebelum dibawa ke rumah penemu untuk diberikan bantuan awal serta makanan."Pihak polis kemudiannya membuat pengesahan terhadap penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Alwi berkata, susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak kehilangan mangsa dilaporkan pada 24 Mei lalu ditamatkan secara rasmi.Dalam pada itu, Mohd Alwi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang operasi berkenaan termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, masyarakat Orang Asli dan orang awam.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei. |
|
'Saya jatuh berkali-kali' - Kongsi Jaslinda dalam video tular - Hmetro - 6/06 7:42 pm Kuala Lumpur: Pendaki Jaslinda Saludin berkata dia jatuh berkali-kali dan bergelut pada waktu malam sepanjang 14 hari hilang ketika pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah |
|
Missing hiker Jaslinda found safe after nearly two weeks - Sinardaily - 6/06 6:41 pm IPOH - Hiker Jaslinda Saludin, 49, who went missing while trekking Gunung Batu Putih near Tapah on May 24, was found safe near Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, this afternoon.Perak Fire and Rescue Department director Datuk Sayani Saidon said the private company supply chain executive was found by a villager, Nazri Bah Eng, at about 3pm."Upon finding the victim, he informed his nephew in Johor, who then lodged a report with the authorities, he said in a statement today.He said Jaslinda was in a safe condition and had been temporarily placed at the residence of the Tok Batin of Kampung Lubuk Gaharu while the relevant authorities coordinated the next course of action.Jaslinda was part of a group of 14 hikers and two Forestry Mountain Guides who began the Trans Spencer Chapman expedition at 2 am on May 23 via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and fellow hiker Mohd Hanafi Neikmad, 41, reportedly encountered health problems and stopped the climb |
|
Hiker missing since May 24 safe, found by local Orang Asli resident in Tapah - Malaymail - 6/06 6:27 pm IPOH, June 6 Hiker Jaslinda Saludin, 49, who went missing while trekking Gunung Batu Putih near Tapah on May 24,... |
|
Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi - Hmetro - 6/06 6:23 pm Ipoh: Selepas 14 hari hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, pendaki Jaslinda Saludin, 49, akhirnya ditemui selamat hari ini di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh |
|
Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba - Sinarharian - 6/06 6:22 pm IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei |
|
TERKINI: Jaslinda ditemui selamat - Hmetro - 6/06 6:01 pm Kuala Lumpur: Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Tapah, Perak ditemui selamat petang ini |
|
Kecoh Foto Jaslinda Ditemui Di Perkampungan Orang Asli, Orang Ramai Tunggu Pengesahan Rasmi - Beautifulnara - 6/06 6:00 pm Kecoh di Threads apabila tular dakwaan mengatakan pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Jaslinda Saludin, 49, sudah ditemui |
|
Jaslinda sudah ditemui - Polis - Sinarharian - 6/06 5:45 pm TAPAH - Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh, dan penemuan beliau dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, mengesahkan penemuan itu ketika dihubungi dan berkata, kenyataan media rasmi berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.Terdahulu, gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - BombaSementara itu,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu."Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei. |
|
'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda - Sinarharian - 6/06 11:19 am IPOH "Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia."Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama," kata kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lalu, Jaslinda Saludin.Jasima Saludin, 52, berkata, beliau dan adiknya berkongsi minat yang sama terhadap aktiviti pendakian, namun keadaan kesihatannya tidak lagi mengizinkan untuk terus aktif dalam kegiatan tersebut.Menurutnya, Jaslinda, 49, merupakan seorang yang aktif sejak muda dan gemar melakukan pelbagai aktiviti luar seperti menyelam serta berbasikal gunung (MTB).ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanKatanya, minat terhadap alam semula jadi menyebabkan adiknya lebih selesa melakukan aktiviti luar yang jauh daripada kesibukan bandar."Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik |
|
Pendaki hilang: Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Pendaki hilang: Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka membantu IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu |
|
Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda - Sinarharian - 5/06 1:03 pm IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu.Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan."Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan |
|
Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka membantu - Sinarharian - 5/06 10:43 am IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu.Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan."Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan |
|
Apabila mereka tidak pulang - Mygazette - 5/06 7:50 am **MASIH** segar dalam ingatan rakyat Malaysia apabila negara dikejutkan dengan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak |
|
Gunung Batu Putih ditutup serta-merta, SOP pendakian akan dikaji semula - Mygazette - 4/06 3:59 pm # Gunung Batu Putih ditutup serta-merta, SOP pendakian akan dikaji semula IPOH Aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dekat Tapah ditutup serta-merta susulan kehilangan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejak 23 Mei lalu |
|
Laluan pendakian Gunung Batu Putih ditutup kepada orang awam, beri laluan SAR Jaslinda - Sinarharian - 4/06 2:42 pm TAPAH - Laluan pendakian di kawasan Gunung Batu Putih ditutup sementara kepada orang awam bagi memberi laluan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang masih diteruskan dalam skala kecil.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penutupan itu dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Perak bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan"Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perhutanan Perak, kawasan pendakian ini ditutup buat sementara untuk pendakian bagi tujuan rekreasi kepada orang awam."Pihak bomba akan menyelaras sebarang maklumat terkini berkaitan pencarian kes orang hilang ini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Beliau berkata, selepas Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup pada Rabu, operasi SAR diteruskan secara lebih tertumpu dengan penglibatan terhad membabitkan JBPM, malim gunung serta komuniti Orang Asli.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraKatanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah akan bertindak sebagai pusat penyelarasan bagi mengumpul maklumat individu atau kumpulan yang ingin terlibat dalam misi pencarian skala kecil."Setiap penyertaan perlu dilaporkan kepada BBP Tapah bagi tujuan mendapatkan kelulusan memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal daripada Jabatan Perhutanan," katanya.Dalam pada itu, Sabarodzi memaklumkan, setakat 4 Mei, seramai lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Perak bersama dua malim gunung masih berada di lapangan bagi menjalankan pencarian di sektor ditetapkan."Kesemua anggota ini dijangka keluar dari sektor pencarian pada petang ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisKemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahadJaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei. |
|
“Tiada unsur jenayah” – Polis Tepis Dakwaan Jaslinda Ada Kaitan Dengan Along - Lobakmerah - 4/06 1:15 pm Kehilangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Baru Putih, Perak tidak melibatkan sebarang unsur jenayah along seperti mana yang didakwa. Ia disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah Hari ini |
|
Polis Sahkan Kehilangan Jaslinda Di Gunung Batu Putih Tiada Unsur Jenayah Atau Along - Beautifulnara - 4/06 12:11 am Polis mengesahkan kes kehilangan pendaki, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih, Tapah tidak melibatkan sebarang unsur jenayah atau along |
|
Belum mahu mengalah, malim gunung mulakan kembali pencarian dari laluan asal - Sinarharian - 4/06 12:09 am TAPAH - Kumpulan malim gunung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49, merangka strategi baharu untuk memasuki semula laluan asal yang dipercayai digunakan mangsa.Penyelaras Kerja Malim Gunung SAR Jaslinda, Muzafar Mohamad berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan semua kemungkinan diteliti, termasuk andaian mangsa mungkin terlepas daripada laluan yang telah diperiksa sebelum ini.Menurutnya, laluan yang akan digunakan bermula dari Gunung Bah Gading menuju ke Gunung Batu Putih iaitu trek asal yang dilalui Jaslinda sebelum dilaporkan hilang."Langkah ini juga bagi melengkapkan semula pencarian dan memberi kepastian kepada semua pihak termasuk keluarga |
|
Sukarelawan Orang Asli Janji Terus Cari Jaslinda Selagi Mampu - Siakapkeli - 4/06 9:52 am Sukarelawan Orang Asli Janji Terus Cari Jaslinda Selagi Mampu - TAPAH, 3 Jun (Bernama) -- Sukarelawan Orang Asli yang menghulurkan bantuan menjejaki Jaslinda |
|
Semai trackers to press on with search for missing Jaslinda in Perak jungle after official hunt ends - Malaymail - 4/06 9:19 am TAPAH, June 4 Even though the official search and rescue (SAR) operation has ended, we will continue sear... |
|
SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil ??? Polis - Mygazette - 4/06 7:30 am TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih sejak 10 hari lalu, diteruskan dalam skala kecil |
|
Polis sahkan tiada unsur jenayah kehilangan Jaslinda - Mygazette - 4/06 7:30 am # Polis sahkan tiada unsur jenayah kehilangan Jaslinda TAPAH Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah yang dikaitkan dengan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu |
|
Wajibkan tempoh minimum daki gunung - Utusan - 4/06 6:55 am TAPAH: Sudah tiba untuk peraturan khusus bagi aktiviti pendakian gunung seperti penetapan tempoh minimum pendakian berdasarkan ketinggian gunung dikuatkuasakan di semua negeri |
|
Sukarelawan Orang Asli janji terus cari Jaslinda selagi mampu - Sinarharian - 3/06 10:51 pm TAPAH - Sukarelawan Orang Asli yang menghulurkan bantuan menjejaki Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat sini, berjanji akan meneruskan pencarian meskipun operasi mencari dan penyelamat (SAR) mungkin dihentikan suatu hari nanti.Perkara berkenaan dinyatakan mereka kepada penyelaras sukarelawan berkenaan yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi masyarakat Orang Asli, Chew Ho Beng sebelum memulakan perjalanan mengesan jejak pendaki wanita itu.Ho Beng berkata, kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada 22 Orang Asli suku Semai itu berpandangan kawasan sekitar Gunung Batu Putih terutama Kem Sukaneka dan Gunung Rayu masih menjadi lokasi tumpuan pencarian berdasarkan pengalaman dan petunjuk awal yang diperoleh ketika operasi dijalankan."Firasat mereka (sukarelawan Orang Asli) kuat mengatakan mangsa (Jaslinda) masih ada di kawasan Gunung Batu Putih kerana ada bukti atau petunjuk yang ditinggalkan mangsa sebelum hilang."Selain itu, walaupun misi pencarian rasmi berakhir (suatu hari nanti), mereka tetap akan keluar masuk hutan untuk mencari hasil hutan |
|
Search for missing hiker Jaslinda to continue with focus on latest leads - Sinardaily - 3/06 8:23 pm TAPAH - The search and rescue (SAR) operation to locate Jaslinda Saludin, 49, who was reported missing while climbing Gunung Batu Putih here will continue with a more focused approach based on new information or leads received.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarozi Nor Ahmad said that although the operation is currently being carried out on a smaller scale, his party is still monitoring current developments and is prepared to move teams to certain locations.He said the move would be carried out if new discoveries or information emerged that could assist the search effort."The operation will continue involving the fire brigade who are re-checking areas that have been inspected previously to confirm important locations, including the route to the summit of Gunung Batu Putih."New information or clues are not only obtained from the JBPM search team, but also channelled by non-governmental organisations (NGOs), local communities and individuals involved in the search effort," he said at a press conference at the Tapah district police headquarters here today.Meanwhile, Sabarodzi said any party including mountain guides who wish to assist in the search operation must report first at the Tapah Fire and Rescue Station which is now the JBPM Control Centre to enable coordination with the Forestry Department."The Incident control centre (PKTK) has been closed, the involvement of several other agencies in the operation has also been halted and now only JBPM is controlling and coordinating search activities."This matter is important because the Gunung Batu Putih area is a permanent forest reserve and cannot be entered arbitrarily without the control of the authorities," he said.Meanwhile, he said that as of this morning, a total of 23 members consisting of the JBPM team, the Forestry Department and the 3rd Battalion of the General Operations Force (GOF) had been evacuated using an Agusta AW139 helicopter.At the same time, he said a small team of 10 members comprising eight members of JBPM Storm Team and two forestry mountain guides (MGP) were sent back to the search location to conduct a comprehensive inspection (sweep) in an identified sector near the peak of Gunung Batu Putih.Previously, Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb with 13 other individuals and two MGPs at 2am, May 23 via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.Jaslinda and another climber, Mohd Hanafi Neikmad, 41, suffered health problems and stopped climbing, however the clerk at a private company reportedly continued on to the mountain peak and was last seen on May 24 |
|
SAR operation for missing hiker Jaslinda Saludin scaled down after 95pc of trail searched, say police - Malaymail - 3/06 6:46 pm TAPAH, June 3 The search and rescue (SAR) operation for missing hiker Jaslinda Saludin, 49, at Gunung Batu Putih... |
|
Operasi SAR Jaslinda: Fokus maklumat, petunjuk baharu - Sinarharian - 3/06 6:32 pm TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini memberi tumpuan kepada pencarian berasaskan maklumat dan petunjuk baharu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan bomba yang kini mengetuai operasi akan mengumpul serta menilai setiap input terkini bagi memastikan gerakan lebih tersusun dan berfokus."Dalam skala operasi yang lebih kecil ini, kita akan bertindak berdasarkan maklumat baharu termasuk sebarang penemuan atau input daripada komuniti setempat, Orang Asli dan malim gunung yang masih aktif membantu pencarian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Penyelarasan SAR yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Rabu.Mesyuarat berkenaan memutuskan operasi SAR diteruskan dalam skala kecil dengan penglibatan agensi serta anggota yang terhad.Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, susulan pengecilan operasi, semua pergerakan masuk ke kawasan hutan simpan kekal terbabit perlu mendapat kebenaran dan diselaraskan bersama Jabatan Perhutanan.Katanya, sukarelawan atau mana-mana individu yang ingin membantu perlu melaporkan diri di Pusat Kawalan Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Tapah sebelum memasuki kawasan pencarian."Sebelum ini, operasi dijalankan secara bersama melibatkan semua agensi, namun apabila skala dikecilkan, penyelarasan dengan Jabatan Perhutanan perlu dilakukan bagi menentukan kaedah kemasukan pasukan kecil ke lokasi pencarian," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayahOperasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak JaslindaOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hariJaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, beliau berkata, ketika ini seramai 10 anggota terdiri daripada lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan dua malim gunung masih berada di kawasan pencarian bagi meneruskan operasi di sektor yang dikenal pasti berhampiran puncak Gunung Batu Putih.Katanya, penggunaan aset udara pula tidak lagi dilaksanakan secara tetap, sebaliknya bergantung kepada keperluan semasa."Penggunaan pesawat adalah berdasarkan permintaan |
|
Search for hiker scaled down after 11 days - FMT - 3/06 6:03 pm Jaslinda Saludin went missing on May 23 while taking part in the Trans Spencer Chapman expedition on Gunung Batu Putih near Tapah, Perak. |
|
Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayah - Sinarharian - 3/06 5:11 pm TAPAH - Polis mengesahkan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejak 23 Mei lalu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah seperti yang tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan kehilangan mangsa dengan unsur jenayah."Saya faham ada pelbagai dakwaan yang berlegar di media sosial termasuk berkaitan ah long, namun hasil siasatan mendapati kehilangan ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan SAR di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak JaslindaOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hariJaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan termasuk merakam keterangan 13 individu yang terlibat dalam kumpulan pendakian tersebut bagi membantu melengkapkan siasatan.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu operasi pencarian."Saya minta supaya perkara yang tidak sahih tidak perlu dihebohkan |
|
Masih Belum Ditemui Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian - Beautifulnara - 3/06 4:37 pm Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Masudin, 49, sejak 24 Mei lalu akan diteruskan pasukan penyelamat pada skala kecil. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, perkara tersebut diputuskan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Operasi SAR yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini |
|
Kehilangan Jaslinda tiada kaitan dengan jenayah along - Polis - Hmetro - 3/06 4:22 pm Kuala Lumpur: Polis mengesahkan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah sejak 24 Mei lalu tiada kaitan dengan sebarang unsur pinjaman along |
|
Pencarian Jaslinda diteruskan, skala dikecilkan - Hmetro - 3/06 4:09 pm Kuala Lumpur: Misi mencari dan menyelamat pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah sejak 24 Mei lalu diteruskan, namun dalam skala kecil bermula esok |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |