///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Sibu News   Page 1    



Sarawak Rivers Board warns Rajang journeys perilous as haze blinds boatmen, drought shrinks channels - Malaymail - 30/08 5:01 pm

SIBU, Aug 30 River transport users in Sarawak have been advised to plan their journeys carefully and exercise gr...





Jerebu makin teruk, kawasan IPU lebih 150 jadi tumpuan pembenihan awan... - Mygazette - 30/08 3:19 pm

Sri Aman pula merekodkan bacaan 214, iaitu pada tahap sangat tidak sihat. Beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan tidak sihat, antaranya Sarikei (197), Sibu (190), Bintulu (183), Mukah (176), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (159) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (156)





Jerebu: Serian catat bacaan IPU bahaya?? - Mygazette - 30/08 3:19 pm

Selain itu, tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan (300), Kuching (291) dan Sri Aman (214). Kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula antaranya ialah Sarikei (195), Sibu (187), Bintulu (179), Samalaju (171), Mukah (170), Kapit (159), Miri (155) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (151)





Fatimah orders agencies to ensure welfare support for family in Sibu child death - Malaymail - 30/08 1:13 pm

SIBU, Aug 30 Sarawak Women, Children and Community Wellbeing Minister Datuk Seri Fatimah Abdullah will instruct...





Budak maut dikelar, JKM beri sokongan psikososial - Kosmo - 30/08 1:13 pm

SIBU – Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak memantau perkembangan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dikelar di sini Jumaat lalu





Sarawak minister instructs authorities to monitor Sibu boy's death case - NST - 30/08 1:06 pm

SIBU: Sarawak Women, Children and Community Wellbeing Minister Datuk Seri Fatimah Abdullah will instruct the Social Welfare Department and Early Childhood Development Division to closely monitor developments in the case of a boy believed to have been slashed to death here last Friday.





Jerebu: Dua lagi kawasan catat IPU tahap bahaya selepas Serian - APIMS - Sinarharian - 30/08 1:01 pm

KUCHING - Kawasan Serian, Samarahan dan Kuching mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari pada Ahad.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).Selain itu, Sri Aman merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu 228.Kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula, antaranya Sarikei (197), Sibu (190), Bintulu (183), Mukah (176), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (159) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (156).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara





Fatimah arah JKM, BPAK pantau keluarga kanak-kanak maut dikelar di Sibu - Astroawani - 30/08 12:45 am

Datuk Seri Fatimah Abdullah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAK) memantau perkembangan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dikelar di sini Jumaat lepas.





Jerebu: Serian catat bacaan IPU 364, kualiti udara tahap bahaya - APIMS - Sinarharian - 30/08 8:51 am

KUCHING - [DIKEMAS KINI] Kawasan Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap bahaya setakat jam 8 pagi pada Ahad.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 364.Selain itu, tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan (300), Kuching (291) dan Sri Aman (214).Kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula antaranya ialah Sarikei (195), Sibu (187), Bintulu (179), Samalaju (171), Mukah (170), Kapit (159), Miri (155) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (151).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.Sementara itu, lima kawasan di Semenanjung turut mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi pada Ahad, melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.Menurut portal APIMS, Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153, diikuti Tanjung Malim (121) dan Taiping (113) di Perak serta Cheras, Kuala Lumpur (105).Pada Sabtu, Bernama melaporkanKementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes asma di fasiliti sentinel meningkat lebih lapan kali ganda kepada 1,811 kes bagi Minggu Epidemiologi ke-34, berbanding 219 kes pada minggu sebelumnya.Kes konjunktivitis turut meningkat daripada 146 kepada 720 kes, manakala tiada kematian berkaitan komplikasi jerebu dilaporkan.KKM menasihatkan orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan pesakit paru-paru kronik, supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar bangunan, serta memakai pelitup muka seperti N95 jika perlu berada di kawasan terbuka





Festival Air Sibu Jaya satukan masyarakat pelbagai kaum - Mypress - 29/08 5:42 pm

SIBU – Penganjuran Festival Air Sibu Jaya terbukti menjadi wadah berkesan dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan memperkukuh hubungan kekeluargaan





Man, 49, held in murder probe after five-year-old boy dies in Sibu - Malaymail - 29/08 2:18 pm

SIBU, Aug 29 A 49-year-old man has been remanded for six days to facilitate investigations into the death of a f...





Suspek kes kanak-kanak maut dikelar di Sibu direman sehingga 4 September - Sinarharian - 29/08 1:58 pm

SIBU - Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai dikelar pada bahagian leher di sini semalam direman sehingga 4 September ini.Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 49 tahun yang dipercayai bapa saudara mangsa dibawa ke Mahkamah Sibu pagi tadi dan permohonan reman terhadapnya diluluskan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Beliau berkata, saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine."Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan hari ini.Abang Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu menerima laporan daripada orang awam kira-kira 1.45 tengah hari semalam berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dikelar pada bahagian leher oleh bapa saudaranya.Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.Susulan maklumat diterima, polis menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu selain merampas beberapa barang kes di lokasi kejadian





Sarawak targets 20,000 affordable homes by 2030, says deputy minister - Malaymail - 29/08 12:11 am

SIBU, Aug 29 The Sarawak government will continue working with the housing industry to meet the peoples h...





Kanak-kanak lima tahun maut dikelar dalam kejadian di Sibu - Mygazette - 29/08 8:11 am

# Kanak-kanak lima tahun maut dikelar dalam kejadian di Sibu SIBU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi





Five-year-old in Sibu dies after alleged slashing by relative - SUN - 29/08 7:20 am

A five-year-old boy died from suspected slashing wounds in Sibu





Kanak-kanak 5 tahun maut dikelar di Sibu - FMT - 28/08 10:41 pm

Polis tahan suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa bagi bantu siasatan.





Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Dikelar Dalam Kejadian Di Sibu - Siakapkeli - 28/08 10:33 pm

Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Dikelar Dalam Kejadian Di SibuSIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dik...





MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos - Sinarharian - 28/08 10:30 pm

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca khas bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang menjangkakan beberapa negeri mengalami ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos ini.Menurut hantaran grafik di Facebook MetMalaysia malam ini, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami ribut petir pada sebelah pagi, manakala Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada sebelah petang.Pahang, Terengganu dan Kelantan pula dijangka menerima hujan pada sebelah malam, manakala Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diramal cerah sepanjang hari.Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula dijangka mengalami keadaan jerebu sepanjang hari.Pedalaman dan Sandakan, Sabah diramal mengalami ribut petir dan hujan sepanjang hari, manakala Tawau mengalami ribut petir pada sebelah pagi sebelum hujan pada malam dan Pantai Barat Sabah pula berdepan keadaan jerebu sepanjang hari.Sementara itu, di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri, Sarawak dijangka berjerebu sepanjang hari.Bagaimanapun pada sebelah malam, Kapit dan Miri diramal hujan dan Limbang dilanda ribut petir di sebelah petang serta hujan pada malam.MetMalaysia menerusi hantaran berasingan memaklumkan kebanyakan kawasan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung dijangka mengalami keadaan jerebu pada malam ambang Hari Kebangsaan 2026, Ahad ini.Menerusi grafik ramalan cuaca khas yang dikemas kini malam ini, keadaan itu dialami Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan dan Sarawak, serta Kudat dan Pantai Barat Sabah.Menurut MetMalaysia, negeri lain seperti Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan serta beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman, Sandakan dan Tawau kemungkinan dilanda hujan pada malam ambang Hari Kebangsaan, manakala Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menikmati cuaca baik.MetMalaysia turut menasihati orang ramai yang menghadiri sambutan ambang Hari Kebangsaan atau perarakan Hari Kebangsaan supaya menyemak ramalan cuaca di lokasi masing-masing serta mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perubahan cuaca





Kanak-kanak lima tahun maut dikelar - Sinarharian - 28/08 9:54 pm

SIBU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi.Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kejadian."Setakat ini, pihak kami telah menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian," katanya ringkas kepada pemberita.Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sibu sebelum disahkan meninggal dunia





Five-year-old dies in alleged slashing incident in Sibu, police investigate - Malaymail - 28/08 6:39 pm

SIBU, Aug 28 Police are investigating the death of a five-year-old child who was allegedly slashed in an inciden...





Jerebu: Sri Aman cecah tahap IPU sangat tidak sihat, 21 kawasan lain terjejas - Sinarharian - 28/08 6:06 pm

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Sri Aman, Sarawak merosot kepada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 211 setakat 2 petang ini, manakala 21 kawasan lain di seluruh negara merekodkan tahap tidak sihat.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon berkata baki 44 kawasan lagi mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana dan hanya satu kawasan berada pada tahap baik.Beliau berkata antara kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat di Sarawak melibatkan IPD Serian (182), Sarikei (159), Kuching (157), Bintulu (120), Miri (116) dan Sibu (101).Di Semenanjung Malaysia, kualiti udara tidak sihat dikesan di Cheras, Kuala Lumpur (160); Seberang Perai dan Minden, Pulau Pinang (158); Taiping, Perak (155); Seberang Jaya, Pulau Pinang (154); Sungai Petani, Kedah (154); Johan Setia, Shah Alam (Selangor) serta Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing 152.Turut terjejas ialah Alor Setar, Kedah (151); Tasek Ipoh, Perak (150); Putrajaya (147); Petaling Jaya, Selangor (126); Seremban, Negeri Sembilan (114) dan Tanjung Malim, Perak (104)."Kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, yang dipengaruhi oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah," katanya dalam kenyataan hari ini.Azuri Azizah berkata laporan oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura pada Khamis menunjukkan imej satelit Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mengesan sebanyak 514 titik panas di Kalimantan, 176 di Sumatera, manakala tiga titik panas dikesan di Malaysia melibatkan Johor, Sarawak dan Terengganu.Beliau berkata Peta Jerebu Serantau ASMC hari ini menunjukkan cuaca kering berterusan di kebanyakan kawasan rantau ASEAN selatan, manakala jerebu sederhana hingga tebal diperhatikan di bahagian barat Borneo.Kepulan asap sederhana hingga tebal turut dikesan di beberapa kawasan di Kalimantan serta bahagian tengah dan selatan Sumatera, dengan beberapa stesen pemantauan kualiti udara merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat hingga berbahaya, katanya.Susulan itu, JAS telah meningkatkan penguatkuasaan serta rondaan harian di kawasan berpotensi berlaku pembakaran terbuka selain mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).JAS turut menasihatkan pemilik tanah supaya memantau kawasan yang mudah terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri serta mengambil langkah mencegah pencerobohan yang boleh menyebabkan pembakaran terbuka





Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 26/08 6:02 pm

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.Dalam kenyataan pada Rabu,MetMalaysia memaklumkanamaran itu meliputi seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).Negeri yang turut terjejas ialah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai), Terengganu (Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut) danNegeri Sembilan (Jelebu).Amaran turut melibatkan negeri Pahang (Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera) danSelangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching danBintulu (Tatau).Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasukPedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut)





Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan kawasan - Sinarharian - 25/08 7:38 pm

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu meliputi seluruh Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Larut Matang dan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu amaran meliputi Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Pahang ialah Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin; Hulu Selangor di Selangor serta Muar, Segamat, Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Miri (Telang Usan dan Bario), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Kapit, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Sri Aman, Samarahan (Simunjan, Sebuyau dan Gedong) dan Serian.Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasuk Pedalaman, Sandakan (Tongod, Sandakan, Labuk dan Sugut dan Telupid) dan Pantai Barat.- Bernama





59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu - Mypress - 25/08 4:16 pm

Oleh: NANA MOHAMAD & EVELINE B SIBU – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 1448 Hijrah terus menyemarakkan penghayatan masyarakat terhadap keperibadian luhur Nabi Muhammad SAW menerusi sebuah majlis kesyukuran…





Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 25/08 3:31 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga jam 5 petang ini.Dalam kenyataan pada Selasa, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang selain Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Batang Padang, Kampar dan Kinta.Di Pahang, kawasan terlibat ialah Bera, Rompin, Kuantan, Cameron Highlands, Maran dan Pekan, manakala Selangor (Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Sepang dan Hulu Langat).Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Jempol dan Jelebu, manakala di Johor melibatkan Segamat.Amaran sama untuk Sarawak melibatkan Mukah (Mukah), Miri, Bintulu, Sibu (Selangau dan Kanowit), Limbang, Kuching (Kuching dan Bau), Sarikei (Julau), Kapit (Belaga).Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunan, Tenom dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan)





Sambut Hari Kebangsaan dengan semangat untuk teroka Malaysia! - Sinarharian - 25/08 9:30 am

Hari Kebangsaan bukan sekadar masa mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi ia peluang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil meneroka keindahan negara sendiri.Dari utara hingga selatan, semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, Malaysia menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk diterokai.Jadi, apa kata manfaatkan cuti kali ini untuk escape seketika, berehat dan cipta memori baharu bersama insan tersayang?Bersama Batik Air, perjalanan domestik kini lebih mudah dengan pelbagai pilihan destinasi.Bermula 1 September 2026, penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang ke Kuching dan Langkawi turut tersedia, melengkapkan laluan sedia ada ke Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.Lebih menarik, Batik Air turut menawarkan kelas perniagaan pada harga yang mampu milik, sesuai buat mereka yang mahukan pengalaman penerbangan lebih selesa dan tenang.Bukan itu sahaja, penumpang yang terbang dari Lapangan Terbang Subang boleh menikmati bagasi tanpa caj sehingga 10 kilogram (kg) bagi destinasi yang ditawarkan.Keluarga yang membawa anak-anak juga boleh menikmati snek kanak-kanak secara percuma, tidak kira ke mana destinasi Batik Air.Mahu terbang lebih jauh? Penumpang ke Sydney atau Melbourne boleh menikmati bagasi tanpa caj sehingga 20 kg.Jadi, tidak perlu kir panjang untuk merancang percutian seterusnya! Bagi kaki makan pula, Pulau Pinang pastinya pilihan untuk food hunting, Langkawi sesuai untuk island escape, manakala Sabah dan Sarawak pula menanti dengan pengalaman pengembaraan lebih dekat dengan alam.Batik Air turut menghubungkan Malaysia dengan pelbagai destinasi antarabangsa seperti Tashkent, Shanghai, Sydney, Melbourne, Osaka, Tokyo dan Maldives.Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pilihan domestik pula termasuk Bintulu sehingga 14 penerbangan seminggu, Tawau dan Sibu.Sempena Hari Kebangsaan, nikmati Hari Kebangsaan Sale dengan tambang sehala bermula RM159!Tempah sehingga 31 Ogos 2026 untuk perjalanan sehingga hujung Mac 2027, dengan pilihan Super Saver, Value atau Flexi.Jangan tunggu saat akhir





Housewife in her 70s tricked by ritual scam in Sibu, police confirm RM317,000 losses - Malaymail - 24/08 9:30 am

SIBU, Aug 24 An elderly housewife lost RM317,000 after she was allegedly duped by a scam syndicate using a modus...





Warga emas rugi RM317,000 terpedaya sindiket 'rawatan tradisional' - Sinarharian - 24/08 8:23 am

SIBU - Seorang suri rumah warga emas kerugian RM317,000, selepas dipercayai terperdaya sindiket penipuan menggunakan modus operandi rawatan tradisional dan upacara membuang nasib malang, di sini.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita tempatan berusia lingkungan 70-an itu, membuat laporan polis semalam berhubung kejadian pada 19 Julai lepas di kawasan Pasar Sibu.Beliau berkata mangsa pada mulanya didatangi seorang wanita tidak dikenali, dipercayai warga China berdasarkan loghat percakapannya, yang bertanyakan lokasi kedai ubat tradisional Cina kononnya untuk mendapatkan ubat bagi ibu mertuanya."Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita dengan loghat percakapan sama menghampiri mangsa dan menawarkan untuk membawa mereka ke sebuah kedai, yang didakwa milik saudaranya."Mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan, sebelum seorang suspek mendakwa mampu membaca wajahnya dan memberitahu bahawa anak mangsa akan mengalami kemalangan jalan raya serius pada hari berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.Abang Zainal Abidin berkata, suspek kemudian menawarkan satu upacara perlindungan dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai serta barang kemas untuk tujuan berkenaan.Beliau berkata, mangsa yang bimbang akan keselamatan anaknya mempercayai dakwaan itu dan menyerahkan wang tunai serta barang kemas dengan keseluruhan kerugian dianggarkan RM317,000.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.Abang Zainal Abidin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional, ritual atau upacara membuang nasib malang dengan meminta wang tunai atau barang kemas.Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan atau ugutan yang sengaja menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sehingga mendorong mereka menyerahkan wang atau barangan berharga





Kualiti udara di 11 kawasan terus merosot, catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 22/08 7:43 pm

PUTRAJAYA -Kualiti udara negara terus merosot apabila 11 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang inidengan 10 daripadanya di Sarawak.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 197, menghampiri tahap sangat tidak sihat (bermula pada bacaan 201), diikuti Kuching (191), Samarahan (178).Sementara itu,Sri Aman (177), Sarikei (171), Sibu (160), Mukah (158), Bintulu (157), Samalaju (153),Miri (136) dan satu lagi kawasan yang merekodkan tahap tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 152."Kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan peningkatankawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Sarawak yang disebabkan oleh pergerakan asap jerebu daripada pelbagai arah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada jam 6 petang, sebanyak 57 kawasan merekodkan kualiti udara sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan tahap baik.Menurut laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) semalam, sebanyak 425 titik panas dikesan di Kalimantan dan 187 di Sumatera, berbanding 15 titik panas dalam negara.Azuri Azizah berkata, daripada jumlah titik panas dalam negara, tujuh dikesan di Sarawak, masing-masing dua di Johor, Pahang dan Terengganu serta masing-masing satu di Kelantan dan Melaka.Beliau berkata, Peta Jerebu Serantau ASMC dikeluarkan hari ini menunjukkan cuaca kering berlaku di selatan rantau ASEAN dengan kelompok titik panas bertaburan dikesan di beberapa kawasan Kalimantan."Kepulan asap sederhana diperhatikan ditengah dan selatan Sumatera





Amaran ribut petir di tiga negeri - Sinarharian - 22/08 5:26 pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.45 petang memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas di Kelantan ialah Jeli dan Gua Musang.Di Sarawak pula, kawasan yang diramalkan berlaku merangkumi Sibu, Sarikei, Bintulu (Tatau), Mukah (Tanjung Manis) serta Kapit (Belaga).Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan dikeluarkan bagi Sandakan (Labuk dan Sugut serta Paitan), Pedalaman (Sook dan Keningau) serta Tawau (Lahad Datu)





Malaysia, Brunei setuju guna mekanisme ASEAN tangani jerebu rentas sempadan - PM - Sinarharian - 22/08 5:07 pm

BANDAR SERI BEGAWAN - Malaysia dan Brunei mencapai kata sepakat untuk menggunakan mekanisme ASEAN bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang kini kembali melanda beberapa kawasan di rantau ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkan bersama-sama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersempena dengan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) di sinipada Sabtu."Kita (Malaysia-Brunei) bersetuju untuk menggunakan mekanisme ASEAN sebagai pilihan jalan terbaik. Kita minta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengurus isu ini," kata beliaupada sidang media penutup bersempena dengan lawatan kerja selama dua hari ke Brunei.Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira 11 pagi bagi menghadiri ALC-27.Semalam, Mohamad memaklumkan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik di peringkat ASEAN bagi mencari penyelesaian isu jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa kawasan di rantau ini.Mohamad berkata, Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengemukakan surat rasmi kepada Sekretariat ASEAN dalam masa terdekat.Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian, Sarawak mencatatkan bacaan 190 setakat 9 pagi tadi.Sepuluh kawasan lain turut mencatatkan tahap tidak sihatiaitu Kuching (182), Samarahan (177), Sarikei dan Sri Aman (173), Sibu (161), Bintulu (157), Samalaju dan Mukah (156) serta Miri dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 151





Jerebu rentas sempadan: Malaysia guna saluran diplomatik ASEAN - Mohamad - Sinarharian - 21/08 6:05 pm

BANDAR SERI BEGAWAN - Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik peringkat ASEAN bagi mencari penyelesaian isu jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa kawasan di rantau ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, ASEAN menjadi platform terbaik bagi membincangkan isu yang melibatkan negara-negara dalam rantau ini.Menurut Mohamad, Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengemukakan surat rasmi kepada Sekretariat ASEAN dalam masa terdekat."Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup juga akan menulis surat kepada rakan sejawat beliau (di Indonesia)."Kami percaya ASEAN menjadi mekanisme terbaik untuk mengatasi isu serta masalah antara negara ASEAN dan kami lihat ia lebih berkesan untuk Sekretariat mengurus situasi ini," katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini hari ini.Mohamad kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Brunei bermula semalam.Lawatan berkenaan dibuat sempena Mesyuarat ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei pada 21 Ogos dan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 Malaysia-Brunei (ALC-27) pada 22 Ogos.Semalam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan berkata isu jerebu yang melanda beberapa kawasan di rantau ini juga dijangka menjadi antara perkara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-27 Malaysia-Brunei.Mohd Aini berkata, perkara itu adalah antara isu yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara pada masa ini.Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat 4 petang ini kawasan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 217.Sembilan kawasan lagi di Sarawak mencatatkan tahap tidak sihat, iaitu Sri Aman (186), Sarikei (173), Kuching (171), Samarahan (170), Sibu dan Samalaju (156), Bintulu (153), Mukah (125) serta Kapit (108)





IPU di 9 kawasan Sarawak tidak sihat, Serian sangat tidak sihat... - Mygazette - 21/08 5:40 pm

# IPU di 9 kawasan Sarawak tidak sihat, Serian sangat tidak sihat JAS KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian, Sarawak mencecah 227, iaitu berada pada tahap sangat tidak sihat sehingga 2 petang ini dengan sembilan kawasan lain di negeri itu merekodkan bacaan tidak sihat. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon dalam kenyataan hari ini berkata Sri Aman merekodkan bacaan IPU kedua tertinggi, iaitu 187diikuti Kuching (176), Samarahan (175), Sarikei (174), Sibu (157), Bintulu dan Samalaju (154)serta Kapit dan Mukah (130)





Jerebu: Sambutan Merdeka belum terjejas, keadaan terus dipantau - Mygazette - 21/08 5:40 pm

Jelasnya, berdasarkan kemaskini laporan status kualiti udara dan cuaca berjerebu pagi Jumaat, sebanyak lapan stesen di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat. Katanya, Stesen berkenaan adalah Sri Aman, Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Bintulu, Samalaju dan Kapit manakala Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan sangat tidak sihat





Amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri - Sinarharian - 20/08 4:54 pm

SHAH ALAM - Ribut petir dan hujan lebat melanda beberapa kawasan di dua negeri iaitu Sarawak dan Sabah pada Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 6 petang, 20 Ogos.Di Sarawak, kawasan yang terlibat antaranya Kuching, Kapit (Song dan Kapit), Sibu (Kanowit), Sarikei (Julau), Mukah (Dalat) dan Limbang.Di Sabah pula, kawasan yang terlibat termasuk Sandakan (Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Telupid, Paitan dan Sandakan) serta Tawau (Lahad Datu).MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan Sarawak sehingga jam 5 petang, membabitkan Bintulu (Tatau), Miri (Marudi, Subis, Beluru dan Miri), Sibu (Selangau) dan Mukah (Mukah).Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini daripada MetMalaysia.





7,286 titik panas dikesan di Kalimantan, Sarawak berisiko jerebu berterusan - NREB - Sinarharian - 20/08 12:24 am

KUCHING - Sarawak berkemungkinanmengalami jerebu berterusan pada beberapa hari yang akan datang, sekiranya pembakaran biojisim semakin meningkat di luar persempadanan Sarawak, menurutLembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) negeri.NREB dalam kenyataan pada Khamis memaklumkanrantau negara akan menerima tiupan angin secara konsisten dari arah barat daya memandangkan Malaysia sedang berada dalam fasa Monsun Barat Daya yang dijangkakan berakhir pada September."Keadaan ini berpotensi menyebabkan kemungkinan jerebu rentas sempadan dan kemerosotan kualiti udara ambien di wilayah Sarawak," menurutkenyataan itu hari ini.NREB memaklumkan berdasarkan laporan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) bagi tempoh 1 Ogoshingga semalam, sebanyak 148 titik panas telah dikesan di Sarawak dansejumlah 7,286 titik panas telah dikesan di Kalimantan, Indonesia."Asap rentas sempadan sederhana hingga tebal diperhatikan di Kalimantan Barat dan bergerak ke arah utara memasuki bahagian barat Sarawak. Keadaan titik panas dan jerebuberkemungkinan terus meningkat di kawasan mudah terbakar dan mengalami keadaan kering berpanjangan dengan risiko berlakunya jerebu rentas sempadan," menurut kenyataan itu.Sementara itu, kualiti udara di Sarawak menunjukkan trend peningkatan bacaan Indeks PencemarUdara (IPU) sejak 1 Ogos lepas.Setakat jam 8pagi pada Khamis, sembilan kawasan berada dalam kategori tidak sihat (IPU 101-200), dengan Serian dan Lubok Antu mencatat bacaan IPU tertinggi, iaitu 185, diikuti Kuching, Lundu, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, danTebedu."Menurut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, di bawah bidang kuasa Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sebaik sahaja IPU mencecah 200," menurut kenyataan itu





Enam kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 20/08 9:56 am

KUALA LUMPUR - Enam kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi pada Khamis.Mengikut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 187, diikuti Kuching (182), Sri Aman (174), Samarahan (165), Sarikei (153), dan Sibu (123).Sementara itu, sebanyak 50 kawasan lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana (51 hingga 100), manakala 12 kawasan lagi masih mempunyai kualiti udara yang baik (bawah 50).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara





Jerebu: Tujuh kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat - Mygazette - 20/08 7:40 am

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, bacaan tertinggi direkodkan di Serian dengan IPU 165, diikuti Sri Aman (161) dan Kuching (160). Lima lagi kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Mukah (154), Samarahan (135), Bintulu (130) dan Sibu (129)





MetMalaysia keluar amaran ribut petir di sembilan negeri - Sinarharian - 19/08 3:51 pm

KUALA LUMPUR - Sembilan negeri di seluruh negara dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.40 petang memaklumkan di Kedah, kawasan terlibat ialah Baling, Sik, Kulim, Kuala Muda, Pendang dan Yan manakala di Pulau Pinang merangkumi kawasan Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah.Turut terjejas ialah Perak (Muallim, Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar), Terengganu (Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus) manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Rompin, Temerloh dan Maran.Di Negeri Sembilan kawasan terlibat ialah Seremban, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Jelebu sementara di Johor hanya membabitkan Segamat.Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Miri (Marudi), Limbang, Mukah, Sibu (Sibu dan Selangau), Sarikei (Meradong dan Sarikei) serta Bintulu (Bintulu dan Tatau).Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Keningau, Tambunan, Membakut, Tenom, Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat serta Kudat (Kota Marudu)





Ribut petir, hujan lebat di Sabah, Sarawak hingga 1 pagi ??? MetMalaysia .. - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# Ribut petir, hujan lebat di Sabah, Sarawak hingga 1 pagi MetMalaysia KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencangdi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Sibu, Sarikei, Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok),Serian, Kuching, Limbang, Miri, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Samarahan dan Kapit (Song)





TRADA gesa KKM siar daftar rokok sah bantu bendung penyeludupan - Sinarharian - 17/08 3:29 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menerbitkan daftar jenama rokok yang didaftarkan secara sah bagi membantu agensi penguatkuasaan, peruncit dan pengguna mengenal pasti produk berlesen.Presiden dan Pengasas Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA), Joseph Anak Janting berkata, langkah itu merupakan mekanisme praktikal yang boleh membantu memperkukuh usaha penguatkuasaan terhadap perdagangan rokok haram, khususnya di Sabah dan Sarawak.Menurutnya, daftar awam yang mudah diakses akan menyediakan satu rujukan rasmi kepada semua pihak sekali gus mengurangkan ruang yang boleh dieksploitasi oleh pihak terbabit dalam kegiatan perdagangan rokok haram."Agensi penguatkuasaan, peruncit dan komuniti kita berhak mendapatkan rujukan yang jelas dan rasmi."Kami meminta KKM menerbitkan senarai ini secara berperingkat apabila sesuatu produk diluluskan. Ia merupakan satu mekanisme yang dapat membantu semua pihak yang mahu mematuhi undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.TRADA pada masa sama menyatakan sokongan terhadap usaha agensi penguatkuasaan menangani kegiatan penyeludupan rokok yang menurutnya semakin mencabar, terutama di Malaysia Timur.Berdasarkan laporan Nielsen IQ ICS pada Mei, kadar kejadian rokok haram masing-masing direkodkan sebanyak 74.8 peratus di Sarawak dan 75.9 peratus di Sabah.Joseph berkata, keadaan itu perlu ditangani secara menyeluruh berikutan agensi penguatkuasaan berdepan cabaran seperti sempadan yang luas, bentuk muka bumi sukar serta kegiatan perdagangan yang sudah berakar umbi."Apabila anggota penguat kuasa diserang secara fizikal kerana menjalankan tugas mereka, ini menunjukkan betapa berakar umbinya kegiatan perdagangan ini."Namun, anggota penguat kuasa kita terus melaksanakan undang-undang dan mereka wajar menerima penghormatan serta sokongan penuh daripada kita," katanya.Dalam pada itu, beberapa tindakan penguatkuasaan terbaharu menunjukkan kesungguhan pihak berkuasa membanteras kegiatan berkenaan.Pada Ogos, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia melancarkan operasi bersama di sempadan Sabah, termasuk merampas rokok seludup di Tawau dan menahan dua lelaki yang dipercayai menjadi dalang rangkaian penyeludupan rentas sempadan.Di Lahad Datu pula, Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 21 individu dan merampas barangan bernilai lebih RM3 juta menerusi 16 serbuan, termasuk kes membabitkan sebuah kereta yang membawa rokok seludup.Sementara itu, serbuan JKDM di beberapa rumah terbiar di Sibu pada Jun menemukan 490,000 batang rokok bernilai RM1.21 juta.Joseph berkata, kadar rokok haram di peringkat nasional turut meningkat daripada 54.4 peratus pada 2025 kepada 56.2 peratus pada Mei 2026.Beliau berkata, tinjauan persepsi pengguna seluruh negara oleh Wawasanex pula mendapati 99 peratus responden menyifatkan rokok haram mudah atau sangat mudah diperoleh, manakala 83.8 peratus mengakui membelinya di kedai runcit dan kedai Aceh."Apa yang ditunjukkan oleh angka ini ialah cabaran tersebut terlalu besar untuk ditangani oleh mana-mana agensi secara bersendirian."TRADA menyeru semua pihak berkaitan supaya menyediakan anggota penguat kuasa kita dengan sokongan, mekanisme dasar dan sumber maklumat yang diperlukan untuk menamatkan kegiatan ini," katanya.Menurutnya, usaha penguatkuasaan perlu disokong dengan dasar dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan bagi memastikan tindakan membanteras perdagangan rokok haram dapat dikekalkan.TRADA turut menyifatkan usaha anggota penguatkuasaan di Sabah dan Sarawak sebagai penting dalam memastikan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan, termasuk di kawasan pasaran dan sempadan Malaysia Timur.





Widow of corporal electrocuted in Sabah to receive Sarawak rental aid, housing support - Malaymail - 16/08 6:59 pm

SIBU, Aug 16 The widow of Corporal Chiu Teck Siong, who died in an electric shock incident in Sabah on August 6,...





Thunderstorms, heavy rain in several states until 1pm - MetMalaysia - Sinardaily - 16/08 10:01 am

KUALA LUMPUR - Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected to hit several areas in the Peninsula and Sarawak until 1pm today.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) through an alert at 8.35am informed that the affected areas in the Peninsula include the entire states of Perlis and Melaka, as well as Langkawi, Kubang Pasu and Kota Setar in Kedah.The weather warning also involves Kuantan, Pekan and Jerantut in Pahang; Sepang and Kuala Langat in Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah and Tampin in Negeri Sembilan; and Tangkak and Muar in Johor.For Sarawak, the same forecast was issued for the areas of Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong and Subis in Miri.The warning is a short-term warning valid for a period not exceeding six hours for each advisory





MetMalaysia: Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri - Sinarharian - 16/08 9:51 am

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 8.35 pagi memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi Perlis dan Melakaselain Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Setar di Kedah.Amaran itu turut melibatkan Kuantan, Pekan dan Jerantut di Pahang, Sepang danKuala Langat di Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak dan Muar di Johor.Di Sarawak, ramalan itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong dan Subis di Miri.Amaran itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran





Sibu latest to record unhealthy API as nine Sarawak areas affected - Malaymail - 15/08 11:05 am

KUALA LUMPUR, Aug 15 Sibu is the latest area in Sarawak to record an unhealthy Air Pollutant Index (API) reading...



Valve fault delays water supply recovery for 15,000 Sibu consumers - Malaymail - 14/08 10:31 am

KUCHING, Aug 14 Repair works on the 1,000mm-diameter main pipeline near Lorong Kiew Nang 1 in Sibu were complete...



10 kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 13/08 5:23 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).Di Sarawak, tujuh kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Serian dengan bacaan IPU 178, Samarahan (177), Kuching (174), Sri Aman (162), Sarikei (157), Mukah (152) dan Sibu (151).Di Semenanjung, tiga kawasan turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (154) dan Shah Alam (108) di Selangor, selain Cheras (127) di Kuala Lumpur.Sementara itu, sebanyak 56 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatatkan tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara



Cough and flu remedies flying off the shelves as Sibus haze refuses to clear - Malaymail - 13/08 5:09 pm

SIBU, Aug 13 The haze situation in Sibu remained at an unhealthy level today, with the Air Pollutant Index (API) recor...



Haze expected to persist over next three to five days - Sinardaily - 13/08 3:21 pm

We expect the situation to remain almost the same and in the next few days, there will be a little rain compared to the current dry conditions."We hope the rain will help, but if the air is very hazy, a little rain may not be able to remove the effects of the haze," he said.Commenting further, Maqrun Fadzli said the current haze situation is worse in the west and south of Sarawak, resulting in the closure of more than 100 schools in Serian yesterday, as well as affecting areas in the Peninsula including the Klang Valley.Maqrun Fadzli said the main factor contributing to the situation is the Southwest Monsoon which usually occurs from May to September, which causes drier conditions and less rain."When we don't get much rain, the weather will be hotter and this hot weather contributes to the risk of burning. From the burning, smoke and what we call haze are produced," he said.According to him, MetMalaysia constantly monitors hotspots using satellite images to identify forest fire areas before combining wind direction data to project the movement of smoke and suspended particles.He said the information is used to identify areas with the potential to experience worse haze conditions and provide predictions of its movement.Maqrun also advised the public to avoid open burning and reduce outdoor activities to avoid health risks due to unsatisfactory air quality.As of this afternoon, data from the Malaysian Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal showed 10 areas recording unhealthy levels involving Samarahan, Serian, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Mukah and Sibu in Sarawak, as well as Johan Setia (Selangor), Cheras (Kuala Lumpur) and Minden (Penang)



Bacaan IPU tidak sihat di 11 kawasan seluruh negara - Sinarharian - 13/08 10:32 am

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di 11 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Sarawak mencatatkan bilangan lokasi terjejas tertinggi.Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Samarahan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi, iaitu 183, diikuti Serian (182), Kuching (176),Sarikei danSri Aman (158), manakalaMukah dan Sibu masing-masing mencatat bacaan 152.Di Semenanjung, empat kawasan mencatat bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (154) dan Shah Alam (101) di Selangor selainKuala Lumpur (131) danPutrajaya (104).Sementara itu, sebanyak 55kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100), manakala dua kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300, berbahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- Bernama



Unhealthy API readings in 11 areas nationwide as of 9am - Sinardaily - 13/08 10:23 am

KUALA LUMPUR - As of 9am today, air quality in 11 areas across the country is at unhealthy levels, with Sarawak reporting the most affected areas.According to data from the Malaysian Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, Samarahan registered the highest Air Pollutant Index (API) reading at 183, followed by Serian (182), Kuching (176), Sarikei and Sri Aman (158), while Mukah and Sibu each recorded readings of 152.In Peninsular Malaysia, four areas posted unhealthy readings: Johan Setia (154) and Shah Alam (101) in Selangor, as well as Kuala Lumpur (131) and Putrajaya (104).Meanwhile, 55 areas recorded moderate API readings of between 51 and 100, while two other areas registered good air quality below 50.API readings from 0 to 50 indicate good air quality, 51-100 moderate, 101-200 unhealthy, 201-300 very unhealthy, and readings above 300 are classified as hazardous.The API data is released hourly based on 68 air quality monitoring stations nationwide



Jerebu semakin teruk, Serian catat IPU 204 - Mygazette - 13/08 7:55 am

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, sebanyak 11 stesen daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara seluruh negara turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, antara 101 hingga 200. Antara kawasan terbabit ialah Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan IPU 122, Putrajaya (121), Shah Alam, Selangor (112), Miri (152), Samalaju (120), Bintulu (154), Sibu (135), Sarikei (161), Sri Aman (158), Samarahan (177) dan Kuching (177)



KKM saran tangguh aktiviti luar jika IPU melebihi 100 - Sinarharian - 12/08 5:02 pm

PUTRAJAYA - Aktiviti sukan, kokurikulum dan kegiatan fizikal lasak di luar bangunan disarankan ditangguhkan atau dipindahkan ke dalam bangunan yang sesuai sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di sesuatu kawasan melebihi 100.Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pihak swasta perlu sentiasa memantau bacaan IPU semasa serta menyesuaikan aktiviti luar mengikut tahap kualiti udara."Orang ramai juga disaran mengurangkan berada di luar bangunan serta menggunakan pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu berada di luar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.KKM turut menasihatkan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan meningkatkan risiko kesihatan akibat jerebu.Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menutup tingkap dan pintu bagi mengurangkan kemasukan udara tercemar serta elakkan aktiviti yang meningkatkan pencemaran udara dalaman termasuk merokok.Orang ramai juga disaran menggunakan mod kitaran semula udara dalaman pada sistem penyaman udara ketika memandu serta menggunakan alat penapis udara di rumah jika berkemampuan.Selain itu, masyarakat perlu minum air secukupnya bagi memastikan badan kekal terhidrat, serta memberi perhatian dan perlindungan khusus kepada golongan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap penyakit kronik dengan mengurangkan pendedahan mereka kepada jerebu."Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami sesak nafas, batuk berpanjangan, atau gejala lain yang semakin teruk," ujar KKM.Terdahulu, 13 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat atau lebih buruk, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian menjadi satu-satunya kawasan yang mencapai tahap sangat tidak sihat iaitu 202 setakat jam 2 petang.Ia diikuti Samarahan (177), Sarikei (161), Sri Aman (158), Bintulu (155), Miri (152), Sibu (141) dan Samalaju (132) di Sarawak.Turut terkesan ialah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang merekodkan bacaan 125, Cheras (122), Shah Alam (109) dan Kuala Selangor (104).Data IPU dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.Sementara itu, KKM memaklumkan pihaknya telah memperkukuh survelan penyakit berkaitan jerebu di fasiliti kesihatan bagi memantau sebarang peningkatan kes dan mengesan perubahan trend penyakit berkaitan jerebu."Kesiapsiagaan fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatan, dan anggota kesihatan turut dipertingkatkan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan sewajarnya," kata kementerian itu.KKM juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta agensi berkaitan di peringkat Persekutuan dan negeri bagi memantau perkembangan situasi dan menyelaras tindakan untuk mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan awam.



Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini - Sinarharian - 12/08 10:39 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, merangkumi enam di Sarawak dan dua di Semenanjung Malaysia.Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarikei di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 161.Turut mencatatkan bacaan tidak sihat di Sarawak ialah Bintulu dan Sri Aman masing-masing dengan bacaan 157, disusuli Samalaju (153), Sibu (151) serta Miri (130).Di Semenanjung pula, Putrajaya mencatatkan bacaan 114, manakala satu lagi kawasan turut berada pada tahap tidak sihat (melebihi 100).Sementara itu, sebanyak 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) dan empat kawasan pula mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300, berbahaya.Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara



9 kawasan di Sarawak, Cheras dan Putrajaya catat IPU tak sihat - FMT - 12/08 8:27 am

Sembilan kawasan di Sarawak merekodkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Serian, Kuching, Samarahan, Sarikei, Bintulu, Sri Aman, Samalaju, Sibu dan Miri.



Five Sarawak areas record unhealthy API as transboundary haze persists - Sinardaily - 9/08 10:06 am

KUCHING - Five areas in Sarawak continued to record unhealthy Air Pollutant Index (API) readings due to transboundary haze as of 8am today, compared with six areas yesterday afternoon.Based on the Air Pollutant Index Management System (APIMS), the areas recording unhealthy API readings were Kuching (153), Samarahan (156), Serian (170), Bintulu (156) and Samalaju (151).Yesterday, Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas reportedly said that transboundary haze was expected to affect 19 areas in Sarawak over the next few days, with current wind patterns carrying smoke from hotspots in neighbouring regions into the state.Uggah, who is also State Disaster Management Committee chairman, said the areas identified were Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman and Tatau



Jenazah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz selamat dikebumikan di Kelantan - Sinarharian - 8/08 9:14 am

KOTA BHARU [DIKEMAS KINI] Jenazah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim, 29, yang terkorban dalam tragedi renjatan elektrik di Sabah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang, Ketereh,di sini pada Sabtu.Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Kuantan, Pahang dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Airbus A400M sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.Ketibaan jenazah pada jam 4.45 pagi disambut lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan setugas serta penduduk setempat yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan disolatkan.Suasana pilu menyelubungi sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang selepas Subuh untuk disemadikan dan selesai dikebumi pada jam 7.45 pagi.Allahyarham merupakan antara tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di luar Balai Polis Weston, Beaufort, Sabah pada Khamis.Dua lagi anggota yang terkorban ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, dari Terengganu.Sebelum itu, ketiga-tiga jenazah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu pada jam 2.50 petang sebelum bergerak secara konvoi dengan iringan kenderaan PDRM.Jenazah Teck Siong diterbangkan ke Sibu, Sarawak menggunakan pesawat Pasukan Gerakan Udara (PGU), manakala jenazah Mohamad Nur Hafiz dan Muhammad Raimi dibawa ke Masjid Nurul Iman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk disolatkan.Selepas itu, kedua-dua jenazah dihantar ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum diterbangkan ke Semenanjung menggunakan pesawat TUDM.Dalam kejadian jam 5.45 petang Khamis itu, tiga anggota polis terbabit dipercayai maut akibat renjatan elektrik selepas galah besi yang digunakan untuk mengait buah kelapa terkena kabel elektrik.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikJolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort



Syarikat didenda RM126,000 seleweng diesel bersubsidi di Sibu - Careta - 8/08 7:52 am

Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Ogos 2024 di sebuah premis di Jeti Tanjung Engkilo, Sibu kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, menurut kenyataan itu



Suasana sebak sambut ketibaan jasad Koperal Teck Siong - Sinarharian - 7/08 9:34 pm

SIBU - [DIKEMAS KINI] Jasad Koperal Chiu Teck Siong tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 6 petang Jumaat selepas diterbangkan khas dari Kota Kinabalu.Ketibaan jasad disambut dalam suasana sebak oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke rumah mayat di Jalan Bukit Lima sebelum urusan pengebumian.ARTIKEL BERKAITAN:Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikSabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikAnwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di BeaufortMaut renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis diterbangkan pulang ke kampung halamanMendiang merupakan seorang daripada tiga anggota polis yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort.Sebelum itu, jasad mendiang bersama dua lagi mangsa, Lans Koperal Nur Hafiz Ibrahim dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarudee selesai menjalani bedah siasat di Unit Forensik Patologi, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.Difahamkan, mendiang meninggalkan seorang balu dan lima anak masing-masing berusia 11, 10, 7, 6, dan 4 tahun.Isteri mendiang, Tang Wei Wei, 39, yang masih terkejut dengan kejadian itu memaklumkan bahawa beliau menerima berita pemergian suaminya menerusi panggilan telefon dari Sabah pada malam hari kejadian kira-kira jam 8 malam.Katanya, mendiang sepatutnya mengambil cuti dan dijadualkan pulang ke Sibu pada 27 Ogos ini untuk bertemu serta meluangkan masa bersama keluarga."Kali terakhir anak-anak berjumpa dengan mendiang adalah pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu," katanya.Mendiang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan telah berkhidmat di Sabah selama lebih 11 tahun sejak penempatan pertamanya.Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh memaklumkan jasad mendiang diiring ke Lapangan Terbang Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu sebelum diterbangkan ke Sarawak.Jasad diiringi oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.Sementara itu, dua lagi jenazah turut diiringi menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk dihantar ke negeri masing-masing iaitu Kelantan dan Terengganu.Sinar Harian pada Khamis melaporkan, ketiga-tiga anggota yang bertugas di Balai Polis Weston maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa menggunakan galah besi yang terkena kabel utama elektrik.




Reformasi     >>



Flag blunders: PN, Harapan, and BN politicians call .. - Mkini
They say honest mistakes and negligence should not be overblown.
Kroni     >>



69 years of Independence: Defining our vision for .. - NST
LETTER: As we commemorate our 69th National Day on Aug 31, 2026, let us reflect on the meaning of Merdeka and the responsibilities that come with being a free and sovereign nation.
Tabloid     >>



Rindu roti canai di Beijing - Hmetro
Kuala Lumpur: Setiap kali bertutur dan menghasilkan penulisan bahasa Melayu di China, Muhammad Isa Ahmad Zubir melihatnya bukan hanya sebahagian tugas sebagai hos dan penyiar, tapi juga cara membawa identiti Malaysia di bumi Tembok Besar. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Pixel 11 Pro in for review - Gsmarena
Just like in 2025, people who want a compact Pixel phone are faced with the same question: is the Pro worth the extra 200, or is the Pixel 11 good enough? And just like last year, we'll answer that question for you guys; just give us a few weeks. But, looking at the phones side-by-side, seemingly nothing's changed. ..
World     >>



Trump threatens to report journalist Kristen Welker to .. - Aljazeera
The Federal Communications Commission under Trump has tried to target news outlets for spreading 'fake' news.
Motor Trend     >>



Buletin Hypercar Akan Terus Guna Enjin – Mate .. - Mekanika
# HYPERCAR AKAN TERUS GUNA ENJIN - MATE RIMAC BOS SYARIKAT EV Pengasas Rimac Automobili Mate Rimac, percaya enjin pembakaran dalaman masih mempunyai masa depan dalam dunia kereta berprestasi tinggi walaupun industri automotif kini bergerak semakin pantas ke arah elektrifikasi. Pandangan itu ..