///
See Also: Shutterstock

Search : Siasatan News   Page 1    



Ops Khas JPJ di Karak - enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta disita - Careta - 26/01 4:11 pm

"Hasil pemeriksaan mendapati kereta mewah itu menggunakan nombor pendaftaran yang tidak sepadan dengan rekod sebenar kenderaan, sekali gus menimbulkan syak terhadap cubaan mengelak tindakan penguatkuasaan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata siasatan lanjut mendapati





Penipuan tawaran kerja sambilan melonjak 114% tahun lalu - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# Penipuan tawaran kerja sambilan melonjak 114% tahun lalu KUALA LUMPUR - Kes penipuan tawaran kerja sambilan pada tahun lalu mencatatkan peningkatan drastik dengan kenaikan sebanyak 114 peratus. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, kes ini melibatkan kerugian mencecah RM222 juta berbanding RM126 juta pada tahun 2024





Green Lane di KLIA T1 tangani kesesakan, mudahkan ketibaan antarabangsa - Mgazette - 26/01 4:05 pm

Beliau berharap penambahbaikan itu dapat menyokong peningkatan ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia serta menjadikan operasi KLIA lebih lancar dan efisien. -MalaysiaGazette Siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari pada 22 Januari lalu memaparkan seorang lelaki yang juga pemandu lori meletakkan kenderaanya di lorong kecemasan





RCI Batu Puteh: Rayuan Tun M ditangguh, 6 Februari pengurusan kes - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# RCI Batu Puteh: Rayuan Tun M ditangguh, 6 Februari pengurusan kes PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menangguhkan rayuan semakan kehakiman Tun Dr. Mahathir Mohamad agar beliau dan peguamnya dibenar hadir dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan





Kerajaan dapat tangguh ganti rugi lebih RM31 juta kepada Pastor Koh,... - Mgazette - 26/01 4:05 pm

Mahkamah memutuskan satu atau lebih defendan yang terdiri daripada pegawai polis berkhidmat dan bekas pegawai, terlibat dalam penculikan Raymond dan bertindak mengikut satu arahan. Beliau turut memerintahkan polis membuka semula siasatan kes dan melaporkan perkembangannya kepada Peguam Negara setiap dua bulan





Isteri bekas PTD didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram - Mgazette - 26/01 4:05 pm

Keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari. Siasatan SPRM terhadap kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan dianggap sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam





Jangan label rumah ibadat sebagai ‘haram’ - Mgazette - 26/01 4:05 pm

Kerajaan Negeri Selangor kekal komited memelihara keharmonian antara kaum dan agama, selaras dengan prinsip Rukun Negara, khususnya Kepercayaan kepada Tuhan, ujarnya. - MalaysiaGazette Siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari pada 22 Januari lalu memaparkan seorang lelaki yang juga pemandu lori meletakkan kenderaanya di lorong kecemasan





Sebar maklumat sulit, pegawai tentera dipanggil polis - Kosmo - 26/01 3:47 pm

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil beberapa pegawai tentera untuk diambil keterangan susulan dakwaan penyebaran maklumat sulit berkait perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil





RCI Batu Puteh: Rayuan Tun M ditangguh tarikh lain - Sinarharian - 26/01 3:46 pm

PUTRAJAYA - Prosiding pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau dan peguamnya dibenarkan hadir dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Kedaulatan Batu Puteh di Mahkamah Rayuan pada Isnin, ditangguhkan ke tarikh lain.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, prosiding ditangguhkan selepas mahkamah membenarkan permohonan penangguhan Dr Mahathir pada Khamis minggu lalu.Beliau yang mewakili bekas ahli politik itu berkata, alasan untuk menunda prosiding dibuat kerana salah seorang peguam mereka iaitu Zainur Zakaria sedang berehat selepas menjalani prosedur 'endovascular aneurysm repair' baru-baru ini."Kami juga dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan berkenaan."Susulan itu, kes ini ditetapkan untuk pengurusan kes secara e-review pada 6 Februari depan untuk menetapkan tarikh pendengaran rayuan yang baharu,'' katanya dalam satu kenyataan media.Pada prosiding terdahulu, kerajaan selaku responden dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dan Nur Hafizza Azizan.Pada 13 Januari 2025, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Dr Mahathir untuk membolehkan beliau dan peguamnya hadir sepanjang prosiding RCI berkenaan.Pada 12 Jun 2024, bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan dalam prosiding RCI yang dijalankan secara tertutup dan RCI telah menyahklasifikasikan laporannya yang dikeluarkan pada 5 Disember 2024.Laporan RCI antaranya berpendapat bahawa Dr Mahathir berkemungkinan dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan berkaitan.Walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas dan kebarangkalian permohonan tersebut untuk berjaya.Dua permohonan itu adalah bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ada 23 Mei 2008 yang memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu, merupakan milik Malaysia.Selain itu, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.Dalam laporan setebal 217 muka surat, RCI turut mengesyorkan agar siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 417 dan 418 kanun sama.Pada 5 Jun 2024, Dr Mahathir memfailkan permohonan semakan kehakiman itu supaya prosiding RCI dijalankan secara terbuka dan beliau menamakan lapan responden termasuk Pengerusi RCI Tun Md Raus Sharif yang juga bekas Ketua Hakim Negara.Turut dinamakan sebagai responden ialah Timbalan RCI, Tan Sri Zainun Ali sebagai responden dan ahli-ahlinya, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Profesor Datin Dr Faridah Jalil, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, Dickson Dollah dan Setiausaha RCI, Datuk Zamri Misman.Beliau mendakwa tidak dibenarkan untuk diwakili peguam pilihannya pada prosiding RCI sedangkan beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian.Dr Mahathir memohon satu perisytiharan bahawa beliau adalah individu yang menjadi perkara dalam siasatan RCI, atau terbabit dengan perkara yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya.Justeru, beliau memohon perintah mandamus untuk membenarkannya dan peguam hadir sepanjang prosiding RCI.Ini kerana, beliau mendakwa menjadi individu yang terbabit dengan perkara yang disiasat oleh RCI untuk mengkaji perkara mengenai pengendalian kes itu di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.Selain itu, beliau memohon perintah melarang Md Raus daripada bertindak selaku Pengerusi RCI dan melarang Dr Baljit serta Mohammed Ridha menjadi ahli RCI.Dr Mahathir berkata, pelantikan Md Raus sebagai Pengerusi RCI menimbulkan `bahaya berat sebelah' kerana wujud perselisihan faham antara bekas Ketua Hakim Negara itu dengan beliau berhubung perkara itu yang akan memberi kesan terhadap ketelusan beliau dalam membuat keputusan bagi prosiding RCI.Sebelum ini, media melaporkan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.Bagaimanapun, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tindakan, atas pertimbangan faktor usia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau percaya kesalahan itu wujud dan besar, keputusan Jemaah Menteri adalah untuk tidak mengambil tindakan lanjut memandangkan Dr Mahathir kini sudah berusia 100 tahun pada Julai tahun lalu.





Muhammad Hafizuddeain buat dua laporan polis terhadap Chegubard - Sinarharian - 26/01 3:37 pm

KUALA LUMPUR Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan membuat dua laporan polis terhadap aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard susulan dakwaan pendedahan maklumat peribadi dan tuduhan tidak berasas.Peguamnya, Aizul Rohan Anuar berkata, anak guamnya mendakwa Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah memuat naik satu hantaran berkaitan maklumat perbankan di laman sosial Facebook pada 19 Disember tahun lalu."Chegubard telah membocorkan maklumat perbankan milik Muhammad Hafizuddeain yang mengandungi beberapa transaksi yang dinafikan, selain menyatakan bahawa penyebaran data berkenaan adalah menyalahi undang-undang di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM)."Beliau (Muhammad Hafizuddeain) turut mengesyaki kemungkinan terdapat penglibatan daripada mana-mana pegawai BNM serta dua institusi perbankan berkaitan pembocoran maklumat peribadi yang didakwa miliknya," katanya dalam sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.Ketika sidang akhbar berkenaan, Muhammad Hafizuddeain masih berada dalam IPD Dang Wangi bagi proses merakam keterangan berhubung laporan yang dibuat.Terdahulu, Muhammad Hafizuddeain tiba di IPD Dang Wangi bersama peguamnya itu pada jam 12.30 tengah hari untuk membuat laporan polis.Aizul berkata, anak guamnya turut bercadang untuk mengambil tindakan sivil terhadap Chegubard, BNM dan dua institusi perbankan berhubung pendedahan maklumat itu."Untuk tindakan selanjutnya, kami akan menunggu hasil laporan siasatan polis dan sebarang tindakan adalah berdasarkan bukti yang bakal diperoleh."Dari situ, kita akan tahu perkara sewajarnya yang akan dilakukan untuk mengambil tindakan sivil," katanya.





Simbah cecair dipercayai asid sebab cemburu - Kosmo - 26/01 3:21 pm

SUNGAI PETANI – Polis mengesyaki kejadian seorang lelaki melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid dekat sebuah stesen minyak di Jeniang, dekat sini pada Jumaat lalu adalah bermotifkan cemburu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan awal terhadap suspek yang ditahan awal pagi tadi mendapati dia bertindak sedemikian kerana cemburu





Pegawai ATM dipanggil bantu siasatan kebocoran maklumat kenaikan pangkat - Utusan - 26/01 3:00 pm

MELAKA: Beberapa pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat sulit berkaitan pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan pasukan keselamatan itu





Pembekuan perolehan ATM tidak jejaskan operasi, pembangunan kementerian - Sinarharian - 26/01 2:52 pm

MELAKA Pembekuan sementara perolehan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjejaskan operasi dan perancangan pembangunan Kementerian Pertahanan.Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memahami keperluan pembekuan tersebut bagi memberi ruang untuk menambah baik proses perolehan sedia ada."Kita faham mengapa pembekuan itu dibuat supaya dapat diberi perhatian terhadap usaha menambah baik proses-proses perolehan dan sebagainya."Namun, sebarang perolehan yang dirasakan boleh menjejaskan operasi akan dibawa untuk dirunding, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya perolehan tersebut boleh diteruskan," katanya ketika ditemui pada Lawatan Kerja Menteri Pertahanan ke Kem Terendak di sini pada Isnin.Pada Rabu, Anwar memaklumkan pembekuan sementara perolehan membabitkan ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan diteruskan.Anwar berkata, pembekuan sementara semua perolehan yang diputuskan sebelum ini tidak harus diganggu oleh mana-mana pihak kerana keputusan itu dibuat berikutan wujud kelemahan dalam proses tadbir urus dan tata kelola.Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, pihaknya yakin perkara yang melibatkan kesejahteraan anggota ATM wajar diteruskan tanpa sebarang kompromi.Sementara itu, mengulas isu kebocoran maklumat yang didakwa melibatkan pergerakan kenaikan pangkat pegawai kanan ATM, PDRM telah memanggil beberapa pegawai untuk membantu siasatan dan siasatan masih diteruskan."Laporan telah dibuat kepada PDRM dan siasatan sedang dijalankan."Saya percaya apabila siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil," katanya.Lawatan selama dua hari ke Kem Terendak itu bertujuan melihat secara langsung tahap keupayaan pengoperasian pasukan termasuk pelaksanaan projek dalam kem, selain bertemu dengan anggota tentera serta keluarga di sekitar Melaka.Pada majlis itu, beliau telah menyampaikan 3,270 unit komputer riba sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada 38 buah Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (SDK ATM) di MRSM Terendak.Mohamed Khaled turut menyempurnakan simbolik penyampaian peruntukan senggaraan berjumlah RM25 juta serta Alat Bantu Mengajar (ABM) SDK ATM bagi tahun 2026.Selain itu, Mohamed Khaled turut diberikan taklimat komprehensif mengenai pelaksanaan Projek Pembangunan Hospital ATM dan projek naik taraf sistem retikulasi air.Projek Pembangunan Hospital ATM baharu bernilai RM320 juta itu telah diluluskan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada tahun 2022 dan memulakan kerja fizikal pada 14 November 2024.Projek tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada 10 Januari 2029 dengan kapasiti 150 katil, bagi menggantikan fasiliti sedia ada yang telah berusia lebih 60 tahun.Sementara itu, projek naik taraf sistem retikulasi air yang diluluskan di bawah RMK Ke-12, Rolling Plan Ke-4 (RP4) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bertujuan menangani isu bekalan air di Kem Terendak, merangkumi kerja menaik taraf sistem sedia ada bagi menjamin bekalan air yang selamat, mencukupi dan mampan.Beliau kemudiannya menghadiri Program Ekonomi MADANI: Projek Cendawan Pintar anjuran Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) serta penyampaian sumbangan kebajikan.





Fenomena air biru: Tiga syarikat perlombongan dibenar beroperasi semula - Mkini - 26/01 2:28 pm

Saarani berkata kelulusan kembali beroperasi itu berdasarkan siasatan penuh yang telah dijalankan oleh pihak berwajib.





Pekerja kantin melecur disimbah asid - Mkini - 26/01 11:45 am

"Siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan.





'Jangan ingat kami tak tahu' - PERKESO beri amaran buru sindiket tuntutan palsu - Sinarharian - 26/01 11:30 am

PUTRAJAYA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi amaran keras kepada ejen serta pencarum supaya menghentikan serta-merta sebarang cubaan membuat tuntutan palsu.Tegas Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz, enam individu telah ditangkap setakat ini hasil risikan agensi itu, manakala sindiket selebihnya dikenal pasti dan kini berada dalam radar pihaknya."Kepada ejen dan pencarum di luar sana, jangan ingat kami tidak tahu. Semua sindiket ini berada dalam radar kami," katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman sosialnya pada Isnin.Beliau berkata, pembongkaran terbaharu itu susulan penangkapan kes tuntutan palsu di Pulau Pinang sebelum ini yang membawa kepada pengesanan kegiatan sama di Perlis.Menurutnya, siasatan mendapati sindiket berkenaan melibatkan ejen yang bersekongkol dengan pencarum dengan mendakwa kononnya mereka mengalami strok bagi tujuan membuat tuntutan palsu daripada PERKESO."Hasil risikan daripada Bahagian Integriti dan Risikan PERKESO kami berjaya mengesan enam individu yang cuba membuat tuntutan palsu dan berjaya menyelamatkan dana berjumlah RM3.78 juta," jelasnya.Ujar Dr Mohammed Azman, PERKESO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperdaya sistem dan dana perlindungan sosial yang diwujudkan untuk kebajikan pencarum.Sehubungan itu, beliau mengingatkan pencarum supaya tidak menggunakan pihak ketiga dalam urusan tuntutan dan sebaliknya berurusan terus dengan pejabat PERKESO atau melalui saluran dalam talian yang disediakan."Jangan tunggu nasi menjadi bubur





Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu - Sinarharian - 26/01 11:18 am

YAN - Seorang pekerja kantin cedera parah selepas dikatakan disimbah asid dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Jeniang, Gurun, Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.55 pagi daripada seorang wanita.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, Abdul Fatah Abdul Rahman, 36, yang berasal dari Kampung Jeniang didatangi seorang lelaki yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa."Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 11 peratus pada bahagian muka, leher dan dada..





Kerajaan dibenar tangguh bayaran RM31 juta Pastor Koh - Sinarharian - 26/01 10:11 am

"Mahkamah berpendapat, penolakan penangguhan akan menimbulkan implikasi serius terhadap pengurusan dana awam."Penolakan penangguhan akan mendedahkan pemohon kepada pentadbiran dan kewangan yang tidak dapat dipulihkan walaupun ketika prosiding rayuan berjalan," katanya.Katanya, dengan mempertimbangkan semua keadaan, mahkamah berpuas hati bahawa keseimbangan keadilan jelas memihak kepada pemeliharaan status quo, sementara menunggu keputusan rayuan.Hakim turut mengambil maklum bahawa Raymond masih hilang dan sekiranya pembayaran diteruskan, beliau tidak akan dapat menerima ganti rugi yang diberikan pada peringkat ini berdasarkan terma nyata penghakiman itu sendiri."Wang berkenaan akan dibekukan dalam akaun Amanah Raya Berhad sementara menunggu keputusan rayuan atau sehingga keberadaannya diketahui."Oleh itu, responden pertama tidak akan menikmati manfaat yang berguna daripada ganti rugi yang diberikan," katanya. Hingga tarikh keputusan tersebut, jumlah pampasan kepada Raymond sudah mencecah RM32.7 juta.Pada 13 Februari 2017, Raymond yang lebih dikenali sebagai Pastor Koh memandu keluar dari rumah di Petaling Jaya, menuju ke rumah rakannya.Di pertengahan jalan, Raymond diculik ketika memandu di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya dan sehingga kini beliau telah hilang selama 3,269 hari.Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa lima lelaki bertopeng berpakaian seragam hitam menyerupai anggota tentera telah menarik Raymond keluar dari kenderaannya.Isteri Raymond, Susanna Liew kemudiannya memfailkan saman terhadap kerajaan dan polis berhubung dakwaan penglibatan pihak berkuasa dalam kehilangan suaminya serta kelemahan siasatan terhadap kes tersebut.Pada 24 September 2024, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Raymond yang diserahkan kepada keluarga dan peguam telah diubah.KDN dalam kenyataan menjelaskan bahawa laporan tersebut merupakan dokumen milik kerajaan yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).Pada 2019, kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat kes kehilangan Raymond yang diculik pada 2017 serta aktivis sosial, Amri Che Mat, yang hilang pada 2016.Dalam prosiding sama, hakim turut memerintahkan kerajaan dan pihak polis membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Amri, Noorhayati Mohd Ariffin berhubung kehilangan aktivis itu sembilan tahun lalu.Perintah tersebut meliputi ganti rugi am dan teruk RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52.Pada 5 November 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Tiang Joo mengarahkan kerajaan dan 12 pihak membayar RM10,000 sehari mulai 13 Februari 2017 dari kehilangan sehingga keberadaannya didedahkan.Bayaran itu perlu dibuat kepada Raymond yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Harapan Komuniti selepas membenarkan saman lelaki itu dan Susanna.





Polis siasat insiden pergaduhan babitkan dua individu - Sinarharian - 26/01 10:11 am

KAJANG Polis menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di Taman Sungai Chua di sini yang tular menerusi rakaman video di media sosial pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.16 malam."Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada hari sama kira-kira jam 12.50 tengah hari berkaitan satu rakaman video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di kawasan awam."Setakat ini kedua-dua individu terbabit masih belum tampil membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243."Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di talian 012-342 9297 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di sini baru-baru ini.Kejadian itu dipercayai dirakam orang ramai yang berada sekitar lokasi sebelum video berkenaan tular di media sosial.





Kes tipu tawaran kerja sambilan meningkat 144 peratus, catat kerugian RM222 juta - Sinarharian - 26/01 9:40 am

KUALA LUMPUR Kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan mencatat peningkatan drastik pada tahun lalu dengan jumlah kerugian mencecah RM222 juta berbanding RM126 juta pada tahun sebelumnya.Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan, statistik menunjukkan jumlah laporan kes meningkat ketara daripada 3,656 kes pada 2024 kepada 8,911 kes pada tahun lalu, bersamaan kenaikan sebanyak 144 peratus."Sindiket penipuan memperdaya orang ramai dengan menyamar sebagai majikan atau ejen pengambilan pekerja, kononnya menawarkan peluang pekerjaan," katanya.Menurutnya, sindiket memperdaya mangsa dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan melalui tugasan mudah iaitu like dan follow di media sosial."Antara taktik yang sering digunakan adalah meminta bayaran pendahuluan atas alasan yuran latihan, deposit atau permit sebelum memulakan kerja."Tawaran dilakukan melalui WhatsApp, Telegram daripada nombor tidak dikenali dan meminta maklumat peribadi serta perbankan," katanya.Menurut kenyataan itu, maklumat syarikat yang menawarkan pekerjaan berkenan kabur dan tidak mempunyai rekod sah."Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, membuat semakan latar belakang syarikat dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja yang gajinya tidak masuk akal," katanya.





Isteri bekas PTD didakwa di Mahkamah Kuala Terengganu hari ini - Sinarharian - 26/01 9:40 am

KUALA TERENGGANU - Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar@Kamaruddin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.Wanita berusia 27 tahun itu tiba sendiri di pekarangan mahkamah pada jam 8.25 pagi dengan berpakaian kemeja putih dan bertudung hitam, serta menggunakan kerusi roda untuk memasuki bangunan mahkamah kerana dilaporkan menghidap bisul kronik pada bahagian paha.Pada Khamis lepas, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000 dan dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin oleh Hakim Rosli Ahmad.Pada 7 Januari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Parasit menahan seorang pegawai kanan bersama dua isterinya berhubung siasatan terhadap projek perolehan tender Tentera Darat.Keesokan harinya, pegawai berkenaan direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari.Siasatan SPRM terhadap kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.Pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023





Rasuah pegawai kanan TLDM sedang dijejak, SPRM beku 21 akaun bank - Harapandaily - 26/01 8:52 am

Tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan anggaran nilai kira-kira RM700,000. Tindakan itu diambil susulan siasatan ke atas beberapa syarikat yang dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah bagi mengesyorkan dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)





Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan - Sinarharian - 26/01 8:37 am

JOHOR BAHRU Seorang pekerja am maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 7.2, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik (EDL) menghala ke pusat bandar, pada Ahad.Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.30 petang melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC dengan lori."Mangsa berusia 26 tahun dipercayai sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC seorang diri menghala ke pusat bandar sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di tepi bahu jalan menyebabkan mangsa jatuh di tengah jalan."Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kecederaan di kepala sementara pemandu lori warga tempatan berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Tambah Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafiz Jaafar Mad Ariff di talian 017-5919208 bagi membantu siasatan."Polis turut menasihatkan kesemua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan patuhilah undang-undang jalan raya."Selain itu pastikan mendapat rehat secukupnya ketika memandu dan kenderaan berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan berlakunya kemalangan," katanya.





Kes rasuah pegawai TLDM: SPRM beku 21 akaun bank, sita dua hotel RM2 juta - Sinarharian - 26/01 8:31 am

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dianggarkan kira-kira RM700,000 susulan siasatan ke atas syarikat-syarikat dipercayai terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Menurut sumber, SPRM menerusi Op Layar telah pergiatkan siasatan dakwaan rasuah dalam perolehan projek TLDM.Menurut sumber, siasatan yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM itu turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM tersebut bernilai kira-kira RM2 juta."Setakat ini SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara sama ada terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan."Pada masa ini SPRM sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek dan turut mengesan pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek," katanya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut."Sehingga hari ini SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut," ujarnya pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan reman dua individu membabitkan pengarah syarikat dan pegawai kanan TLDM berusia 40 dan 50-an untuk siasatan kes terbabit.Perintah reman selama tujuh hari hingga 29 Januari itu telah dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Jumaat lepas.Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2017 hingga 2020.Sumber dilaporkan berkata, siasatan awal turut mendapati suspek pegawai kanan TLDM terbabit disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga buah rumah kedai dan dua buah hotel yang didaftarkan atas nama beliau.Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.





Seorang maut, 7 lagi penunggang cedera bergesel sesama sendiri - Mgazette - 26/01 8:21 am

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa lelaki berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk pada kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati kesemua motosikal terbabit sedang bergerak dari arah Seberang Jaya menuju ke Kulim sebelum kemalangan berlaku





Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terpedaya pelaburan klon - Mgazette - 26/01 8:21 am

# Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terpedaya pelaburan klon KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan tempatan kerugian RM1.25 juta selepas terperdaya pelaburan klon didalangi sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai entiti pelaburan antarabangsa, Oktober tahun lepas. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Amanmemaklumkan lelaki berusia 50 tahun yang tertarik menyertai skim pelaburan itu selepas melihat iklan di Facebook telah menyertai kumpulan WhatsApp





Nenek uzur maut dalam kebakaran di Kota Bharu - Mgazette - 26/01 8:21 am

Satyuti berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada balai bomba berhampiran bagi memastikan kebakaran dapat dikawal dengan segera. Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan





Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan - Sinarharian - 26/01 12:31 am

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan empat kanak-kanak di sebuah tadika di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima lima laporan berhubung kejadian itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh dan turut menemukan satu rakaman video berkaitan perkara tersebut sebagai bahan bukti.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada Julai hingga Ogos tahun lepas membabitkan empat kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun."Dua wanita yang merupakan penjaga kanak-kanak telah dibenarkan reman lima hari oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan seorang lagi akan dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Hafiz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi serta menyebarkan berita palsu berhubung kejadian berkenaan memandangkan siasatan masih dijalankan.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Saujana Utama 03- 60382222 atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Syahir Abdul Halim 016-3423258.Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi hantaran mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan anaknya disyaki didera di sebuah tadika di Saujana Utama, selain mendakwa mempunyai video anak orang lain turut didera





SPRM sita aset RM9.7 juta, kereta mewah dalam siasatan libatkan Tan Sri - Thempress - 25/01 7:58 pm

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset bernilai RM9.7 juta termasuk kenderaan mewah dan hartanah, susulan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana pelaburan berjumlah RM300 juta





Remaja parah jatuh dari tingkat 10 kondo - FMT - 25/01 7:57 pm

Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi yang boleh ganggu siasatan.





Guru ditipu RM325,000 ditipu individu menyamar polis - Mgazette - 25/01 7:06 pm

# Guru ditipu RM325,000 ditipu individu menyamar polis KUANTAN - Seorang guru terpaksa berputih mata apabila kerugian RM325,000.00 akibat terpedaya dengan individu menyamar sebagai anggota polis. Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa seorang wanita tempatan berusia 38 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) pada 25 September 2025





Remaja tak serik acap kali disaman, ditahan masa uji ekzos baharu... - Mgazette - 25/01 7:06 pm

"Saya datang sini pun sebab nak uji ekzos yang baru ditukar, nak tunjuk dekat kawan-kawan, mungkin nasib tak baik, kena tahan pula," katanya ketika ditemui di lokasi operasi. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengingatkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga supaya memantau pergerakan anak-anak khususnya golongan remaja agar tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan nyawa serta mengancam keselamatan awam





Polis kesan tahanan reman lari dari Hospital Sungai Bakap - Mgazette - 25/01 7:06 pm

Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kelalaian penjawat awam yang menyebabkan seseorang melarikan diri daripada pengurungan sah, serta Seksyen 224 Kanun Keseksaan, iaitu melarikan diri daripada tahanan sah di sisi undang-undang. Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Cheok Kian Soon, di talian 012-6193878 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di 04-5858222, atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan





Seorang lelaki warga India diselamatkan, dua suspek kes culik diberkas - Mgazette - 25/01 7:06 pm

"Seterusnya pada pukul 1 petang Isnin rakan mangsa itu telah dihubungi suspek yang meminta bayaran sebanyak RM5,000 bagi melepaskan mangsa," katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, bertindak atas maklumat pada pukul 12.15 tengah malam Isnin sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah mengesan dan menyelamatkan mangsa di kawasan Gelang Patah setelah dilarikan suspek





RCI Batu Puteh: Rayuan Tun M didengar esok - Mgazette - 25/01 7:06 pm

KUALA LUMPUR - Rayuan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar beliau dan peguamnya dibenar hadir dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, akan didengar di Mahkamah Rayuan esok





Remaj 15 tahun terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium Remaj 15 tahun .. - Mgazette - 25/01 7:06 pm

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintdan Lee Swee Sake ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan orangramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, katanya





Pastor Koh: Permohonan kerajaan tangguh bayar lebih RM37 juta diketahui... - Mgazette - 25/01 7:06 pm

Mahkamah memutuskan satu atau lebih defendan yang terdiri daripada pegawai polis berkhidmat dan bekas pegawai, terlibat dalam penculikan Raymond dan bertindak mengikut satu arahan. Beliau turut memerintahkan polis membuka semula siasatan kes dan melaporkan perkembangannya kepada Peguam Negara setiap dua bulan





10 saksi telah disiasat kes seleweng dana pelaburan RM300 juta – SPRM - Mgazette - 25/01 7:06 pm

# 10 saksi telah disiasat kes seleweng dana pelaburan RM300 juta - SPRM KUALA LUMPUR - Sehingga kini, seramai 10 orang saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berkait penyelewengan dana pelaburan RM300 juta. Dalam masa, SPRM masih giat mengesan saksi-saksi lain bagi membantu melengkapkan siasatan, kata Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan





Pemandu lori bersila atas lebuh raya PLUS - Mgazette - 25/01 7:06 pm

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Naazron Yusof berkata, pihaknya telah mengesan video sebuah video tular memaparkan kejadian itu yang dimuat naik di Facebook sekitar jam 3.55 petang. "Siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari pada 22 Januari lalu memaparkan seorang lelaki yang juga pemandu lori meletakkan kenderaannya di lorong kecemasan





Waspada tawaran iklan lesen memandu percuma tanpa ujian JPJ - Mgazette - 25/01 7:06 pm

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan menegaskan, iklan terbabit adalah maklumat palsu serta mengelirukan selain mempunyai unsur penipuan untuk memperdaya orang ramai. "Hasil siasatan awal mendapati iklan itu menggunakan gambar Pengarah JPJ Selangor tanpa kebenaran sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang awam serta menjejaskan kredibiliti jabatan," katanya dalam kenyataan hari ini





Imigresen tegas tolak budaya ‘angkat tangan’ di Kompleks ICQS, .. - Mgazette - 25/01 7:06 pm

Sekiranya terdapat pegawai imigresen dikesan terlibat dalam amalan ini, JIM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas selaras dengan peruntukan akta dan peraturan yang ditetapkan, katanya kepada Bernama baru-baru ini. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan amalan berkenaan berlaku di mana-mana pintu sempadan dan menggesa masyarakat supaya tampil membuat aduan terus kepada jabatan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil





JPJ sita kereta mewah guna nombor pendaftaran palsu - FMT - 25/01 7:03 pm

Siasatan lanjut mendapati kenderaan terbabit melakukan kesalahan lain seperti tiada cukai jalan dan perlindungan insurans.





Enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta, 110 motosikal disita - Sinarharian - 25/01 6:20 pm

BENTONG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita enam kereta mewah dianggarkan bernilai RM1.5 juta atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Karak di sini hari ini.Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, salah sebuah kenderaan mewah itu dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelak tindakan undang-undang."Hasil pemeriksaan mendapati kereta mewah itu menggunakan nombor pendaftaran yang tidak sepadan dengan rekod sebenar kenderaan, sekali gus menimbulkan syak terhadap cubaan mengelak tindakan penguatkuasaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kenderaan terbabit turut melakukan kesalahan lain seperti tiada cukai jalan dan perlindungan insurans, sekali gus menjadikan kes itu antara pelanggaran paling serius dikesan sepanjang operasi."Siasatan lanjut turut mendapati motif utama pemandu terbabit berbuat demikian adalah untuk mengelak pengesanan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)," katanya.Muhammad Kifli berkata, kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000, selain tindakan undang-undang lain berkaitan."Baki kereta mewah lain yang disita dalam Ops sama didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya antaranya tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan pelindungan insurans," katanya.Selain kereta mewah terbabit, beliau berkata pihaknya turut menyita 15 kereta, lapan motosikal berkuasa tinggi, 102 buah motosikal di bawah 250cc dan masing-masing sebuah van dan lori.Dalam operasi yang bermula jam 6 pagi hingga 1 tengah hari itu, beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 1,203 notis atas pelbagai kesalahan."Ops Khas ini melibatkan kerjasama JPJ Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat, dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan





Kilang perabot, bengkel kereta musnah terbakar - Sinarharian - 25/01 6:18 pm

SHAH ALAM Sebuah kilang perabot dan bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Serai Wangi M 16/M, Seksyen 16 di sini pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.32 tengah hari sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian."Kebakaran melibatkan sebuah kilang perabot berkeluasan 160 x 100 kaki persegi yang terbakar kira-kira 85 peratus serta sebuah bengkel kereta berkeluasan 80 x 100 kaki persegi yang turut terbakar pada kadar sama."Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua bangunan kelas B dan kerja-kerja pemadaman segera dilakukan bagi mengawal api daripada merebak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, seramai 34 anggota bomba dari beberapa balai terlibat dalam operasi pemadaman."Antara anggota terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dengan bantuan BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang dan BBP Petaling Jaya."Operasi turut menggunakan beberapa jentera termasuk jentera pemadam kebakaran dan jentera tangki air bagi mempercepatkan kerja-kerja pemadaman," katanya.Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.13 petang."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya





Remaja maut, tujuh cedera nahas lapan motosikal di BKE - Sinarharian - 25/01 5:04 pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang penunggang motosikal maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lapan buah motosikal di Kilometer 8.2 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Kulim, awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, remaja lelaki berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati semua motosikal terbabit sedang bergerak dari arah Seberang Jaya menuju ke Kulim sebelum salah sebuah motosikal bergesel sesama sendiri dan hilang kawalan.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan motosikal berkenaan terbabas dan mengakibatkan motosikal lain yang berada di belakang melanggar sesama sendiri di laluan kereta."Akibat pelanggaran tersebut, seorang penunggang lelaki berusia 18 tahun telah terjatuh di sebelah kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan antara lorong kereta dan lorong motor."Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan telah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.Helmi berkata, tujuh lagi penunggang berusia antara 18 hingga 22 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai, khususnya golongan muda, agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak menunggang secara berbahaya yang boleh mengancam nyawa sendiri serta pengguna jalan raya lain.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp





SPRM Sita Aset Milik Tan Sri Bernilai RM9.7 Juta - Hotfm - 25/01 3:21 pm

SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyita aset bernilai RM9.7 juta yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan wang pelaburan RM300 juta





SPRM Sita Aset Milik Tan Sri Bernilai RM9.7 Juta - Thevocket - 25/01 3:21 pm

SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyita aset bernilai RM9.7 juta yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan wang pelaburan RM300 juta oleh individu berpangkat Tan..





Guru sanggup buat pinjaman bank, serah simpanan RM325,000 kepada 'scammer' - Sinarharian - 25/01 3:02 pm

KUANTAN - Seorang guru wanita terpaksa membuat pinjaman bank dan menggunakan wang simpanan untuk menjelaskan wang jaminan RM325,000 bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa terlibat dengan kes penggubalan wang haram.Wanita berusia 38 tahun itu bertindak demikian selepas terpedaya dengan arahan palsu dari anggota sindiket 'phone scam' menyamar pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan polis.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa menerima panggilan daripada suspek 25 September tahun lalu mendakwa beberapa akaun bank dibuka atas namanya di Johor.Menurutnya, semua akaun tersebut dikatakan digunakan dalam kegiatan penggubalan wang haram."Mangsa kemudiannya dirujuk kepada seorang 'pegawai polis' melalui sambungan panggilan kononnya bagi tujuan siasatan."Bagi menyelesaikan kes itu, suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran wang jaminan secara pindahan wang ke beberapa akaun bank yang diberikan," katanya melalui kenyataan pada Ahad.Yahaya berkata, mangsa berjaya diperdayakan apabila membuat 21 transaksi pindahan wang secara pindahan tunai dan pindahan dari akaun bank ke lima akaun bank berbeza dalam tempoh 29 September hingga 4 November tahun lalu dengan jumlah keseluruhan RM325,000."Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila gagal menghubungi suspek."Wanita itu mendapati nombor telefonnya telah disekat manakala wang jaminan gagal dipulangkan seperti dijanjikan," katanya.Yahaya berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali terutamanya yang mendakwa dari agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.Katanya, sebarang panggilan mencurigakan hendaklah disahkan terus dengan pihak polis atau institusi berkaitan."Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi."Sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan, segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," ujarnya.





SPRM sita RM9.7 juta dalam siasatan kes seleweng dana pelaburan - Mkini - 25/01 2:46 pm

Siasatan kes penyelewengan dana pelaburan hampir RM300 juta itu dikaitkan dengan seorang Tan Sri.





Seleweng dana pelaburan: Rumah, tanah dan kenderaan mewah RM9.7 juta disita - Sinarharian - 25/01 1:53 pm

KUALA LUMPUR Rumah, tanah serta kenderaan mewah bernilai mencecah RM9.7 juta antara sitaan terkini yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes penyelewengan dana pelaburan.Sumber memaklumkan, sitaan terbaharu itu membabitkan enam buah rumah bernilai RM6.54 juta, satu lot tanah bernilai RM1.8 juta serta dua kenderaan mewah dianggarkan RM1.35 juta.Selain itu, sebanyak 14 akaun bank turut disita bagi tujuan siasatan, namun nilai keseluruhan amaun dalam akaun terbabit masih dalam proses pengesahan pihak bank.Dalam perkembangan sama, seorang individu wanita bergelar Datuk yang direman selama lima hari telah dibebaskan dengan jaminan pada Sabtu kira-kira jam 2 petang.Manakala seorang lagi individu bergelar Tan Sri yang direman sejak Khamis turut dibebaskan dengan jaminan pada Ahad, sekitar jam 12 tengah hari.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkembangan tersebut.Menurutnya, sehingga kini seramai 10 orang saksi telah dipanggil bagi dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan."SPRM sedang giat mengesan saksi-saksi lain bagi melengkapkan siasatan."SPRM kekal komited untuk menyelesaikan siasatan kes yang melibatkan kepentingan awam itu dengan kadar segera," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM mendapati sejumlah hampir RM300 juta telah dikutip antara tahun 2021 hingga 2024 daripada kira-kira 1,700 pelabur bagi tujuan pelaburan ke atas dua syarikat yang dikaitkan dengan individu bergelar Tan Sri.Namun, semakan menunjukkan dana yang dikutip telah diseleweng dan dibelanjakan untuk tujuan selain daripada yang dipersetujui dalam perjanjian dengan para pelabur.Menurut sumber, SPRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan terhadap seorang bergelar Tan Sri yang disyaki menyeleweng dana pelaburan berjumlah hampir RM300 juta.Sumber berkata, SPRM telah menahan dua individu serta melakukan penggeledahan di lima premis sekitar Lembah Klang pada Rabu dan Khamis lalu.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan bahawa perintah reman selama empat hari sehingga 25 Januari terhadap lelaki berusia 60-an itu telah dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya





Mat motor diarah tolak motosikal jam 4.30 pagi ke balai - Sinarharian - 25/01 1:00 pm

SEREMBAN - Lebih 20 'mat motor' diarah menolak motosikal mereka sejauh satu kilometer pada jam 4.30 pagi dari Jalan Persiaran Senawang ke Balai Polis Senawang selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Ahad.Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban bermula jam 2.30 pagi hingga 4.30 pagi.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, operasi berkenaan dilaksanakan selepas risikan mendapati terdapat beberapa kumpulan penunggang motosikal menunggang secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain."Motosikal ditunggang juga mengeluarkan bunyi ekzos yang bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat."Tindakan mereka menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya pada Ahad.Beliau berkata, sebanyak 23 motosikal dan 20 kereta telah diperiksa dalam operasi selama dua jam tersebut.Ujarnya, sebanyak 73 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan ubah suai ekzos merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 15 kes, diikuti tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi masing-masing mencatatkan enam kes."Tiada lesen memandu (5 kes), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan (4 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan termasuk kesalahan bawah umur (1 kes)."Selain itu daripada 23 motosikal yang diperiksa, tiga daripadanya telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Tambah Azahar, dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun yang masing-masing bekerja sebagai mekanik serta pembantu kedai makan telah direman dua hari di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut.Beliau turut menegaskan operasi seperti itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng jalanan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan pengguna jalan raya.





Tahanan reman lolos ketika terima rawatan di hospital - Sinarharian - 25/01 11:53 am

GEORGE TOWN Seorang tahanan reman polis dilaporkan melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap pada Jumaat lalu.Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.45 petang selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang anggota polis yang ditugaskan mengawal suspek.Ketika melarikan diri, suspek dipercayai masih memakai pakaian hospital berwarna biru dan putih."Suspek dikenali sebagai S Clemont, 47 tahun yang ditahan reman berkaitan kes di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, melibatkan kes pecah rumah dan mencuri motosikal di kawasan Sungai Bakap."Sebelum kejadian, suspek dibawa ke Hospital Sungai Bakap pada 22 Januari lalu untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami serangan sawan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Susulan kejadian itu, polis telah melancarkan Op Tutup bagi mengesan dan menangkap semula suspek.Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian penjawat awam sehingga membolehkan tahanan melarikan diri, serta Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah.Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Cheok Kian Soon di talian 012-619 3878, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-585 8222, atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.





Diculik kerana jalin hubungan sulit, polis selamatkan mangsa dalam tempoh 24 jam - Sinarharian - 25/01 11:17 am

ISKANDAR PUTERI Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga India yang diculik dalam tempoh kurang 24 jam selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pada malam Isnin.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan dibuat oleh seorang lelaki warga India berusia 30 tahun pada jam 11.08 malam, memaklumkan bahawa rakannya berusia 46 tahun telah dilarikan oleh beberapa individu tidak dikenali dari sebuah hotel di Gelang Patah pada jam 3 pagi hari sama.Menurutnya, mangsa diculik dipercayai kerana menjalin hubungan sulit dan rakan mangsa turut menerima panggilan daripada suspek sekitar jam 1 tengah hari yang menuntut wang tebusan berjumlah RM5,000 bagi membebaskan mangsa."Berdasarkan maklumat dan risikan, polis berjaya mengesan lokasi mangsa dan menyelamatkannya pada jam 12.15 tengah malam di sekitar Gelang Patah."Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 26 hingga 32 tahun di Permas Jaya, Johor. Polis turut merampas sebuah kereta, tiga telefon bimbit, satu komputer riba, tiga beg, barangan kemas serta beberapa dokumen penting," katanya dalam kenyataan.Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah manakala ujian air kencing pula mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu.Tambah Kumarasan, kedua-dua suspek direman selama enam hari, bermula Selasa hingga Ahad, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.Sementara itu, polis masih memburu seorang lagi suspek lelaki tempatan dikenali sebagai J Satheswaran, berusia 30 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363 (culik) dan Seksyen 384 (pemerasan) Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Mohd Ezwady Mat Lajis di talian 016-6833692, 07-5113622 atau Hotline IPD Iskandar Puteri di 07-5114486," katanya.





Pejalan kaki maut dirempuh motosikal - Sinarharian - 25/01 10:56 am

SEREMBAN Seorang pejalan kaki warga asing maut apabila dirempuh sebuah motosikal berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height di Jalan Persiaran Senawang 1 menghala ke Paroi di sini, malam Sabtu.Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.55 malam membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 21 tahun."Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Paroi."Selepas melepasi lampu isyarat hijau, tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas secara mengejut dari kiri jalan dan penunggang motosikal tidak dapat mengelak lalu melanggar pejalan kaki itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pejalan kaki yang merupakan warga Nepal berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.Tambahnya, penunggang motosikal yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut."Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian."Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.Azahar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.Untuk rekod, empat dilaporkan maut di lokasi sama tahun lalu dalam dua kes berasingan akibat perlanggaran lampu isyarat merah.





Umur 14 tahun dah lumba haram - Sinarharian - 25/01 10:53 am

KUALA LUMPUR Golongan remaja berumur seawal 14 tahun antara yang dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), awal pagi Ahad.Kegiatan berbahaya itu dikesan apabila laluan lebuh raya berkenaan didakwa dijadikan 'litar lumba' oleh kumpulan penunggang motosikal khususnya pada hujung minggu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, hasil pemantauan mendapati kebanyakan penunggang motosikal yang terlibat terdiri daripada remaja dan anak muda berusia antara 16 hingga 19 tahun."Selain itu, siasatan turut mendapati terdapat penunggang berumur 14 dan 15 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram berkenaan."Mereka dipercayai datang dari sekitar Lembah Klang termasuk Setapak, Gombak, Sentul, Kajang, Cheras serta kawasan sekitar Kuala Lumpur," katanya ketika sidang akhbar di lokasi operasi pada Ahad.Katanya, aktiviti lumba haram itu dikenal pasti aktif sejak tahun lalu, khususnya pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad."Laluan lurus di Lebuhraya DUKE sering dijadikan lokasi untuk menguji keupayaan motosikal dengan jarak perlumbaan dianggarkan sekitar 1.8 kilometer."Kegiatan ini bermula dari kawasan operasi sehingga ke susur keluar Lebuhraya DUKE dan pihak polis turut mempunyai rakaman sebagai bahan bukti bagi kes-kes di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Beliau berkata, JSPT Kuala Lumpur menegaskan bahawa Lebuhraya DUKE akan terus menjadi kawasan operasi utama dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berfasa bagi membanteras kegiatan samseng jalanan."Pendekatan penguatkuasaan berterusan akan dilakukan bagi memastikan aktiviti berbahaya ini dapat dibendung demi keselamatan pengguna jalan raya."Semua penunggang motosikal diingatkan mematuhi peraturan lalu lintas, tidak menunggang secara berbahaya serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain," katanya.Tegasnya, ibu bapa dan ahli keluarga juga diminta supaya memantau pergerakan anak-anak khususnya golongan remaja agar tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan nyawa serta mengancam keselamatan awam





'Ibu, ayah tak kisah, asalkan saman saya bayar sendiri' - Sinarharian - 25/01 10:42 am

Ibu dan ayah tak kisah, janji saya sendiri yang bayar, sebab itu saya buat kerja sambilan."Saya datang sini nak uji ekzos yang baru ditukar, nak tunjuk dekat kawan-kawan, mungkin nasib tak baikkena tahan pula," katanya ketika ditemui di lokasi operasi pada Ahad.Sementara itu, seorang lagi penunggang berkata, dia datang untuk menguji kelajuan motosikalnya.Remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azrin, 16, berkata, dia sebenarnya tidak berniat mahu berlumba sebaliknya sekadar untuk mempamerkan kehebatan motosikal ditunggangnya."Saya bukan nak berlumba sangat, tapi datang sebab nak uji sama ada motosikal ini laju atau tidak, kebetulan ada yang mengacah, jadi saya sahut cabaran itu."Kebetulan ada ubah suai sikit motosikal ini. Sebenarnya motosikal ini ayah punya, tapi ayah dah beli baru, jadi motosikal yang ini dia beri kepada saya," katanya.Namun jelasnya, dia bimbang untuk memaklumkan kepada ayahnya bahawa dia ditahan dalam operasi itu."Ayah memang seorang yang sangat garang, saya tak tahu macam mana nak beritahu yang saya kena tahan."Jujur rasa menyesal pula, kalaulah saya tak keluar malam ini dan berlumba, tentu saya tak kena tahan," katanya.Operasi bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu melibatkan pemeriksaan antara 400 hingga 450 buah motosikal.Operasi dijalankan sekitar jam 12 tengah malam itu turut melibatkan sitaan sebanyak 83 motosikal atas pelbagai kesalahan selain enam tangkapan dibuat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Selain itu, operasi sama turut mengeluarkan sebanyak 343 saman melibatkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan kesalahan lalu lintas lain.





Nekad lawan arus, aksi rempit di DUKE dipatahkan - Sinarharian - 25/01 10:32 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Sanggup melawan arus semata-mata mahu mengelak ditahan antara tindakan nekad beberapa penunggang motosikal ketika operasi bersepadu dijalankan di Lebuhraya DutaUlu Kelang (DUKE) pada awal pagi Ahad.Lokasi yang pada awalnya dijadikan litar bagi menguji kehebatan jentera yang ditunggang itu mula meriah dengan kehadiran ratusan penunggang motosikal seawal jam 1 pagi.Bunyi bingit deruman ekzos turut kedengaran memecah kesunyian lokasi yang mulanya lengang dan hanya dilalui beberapa buah kenderaan.Keadaan bertambah rancak apabila beberapa penunggang motosikal dilihat mula berlumba selain melakukan pelbagai aksi berbahaya antaranya zig-zag, superman dan wheelie.Sinar Harian yang menjalankan tinjauan mendapati keasyikan beberapa penunggang motosikal melakukan pelbagai aksi itu terganggu apabila kehadiran pihak polis yang menjalankan pukat mula disedari mereka.Pelbagai cubaan dilakukan untuk melarikan diri termasuk melawan arus selain cuba melalui lorong-lorong tikus yang terdapat di beberapa susur keluar di lokasi terbabit.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, operasi bersepadu itu melibatkan kekuatan keseluruhan seramai 174 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa.Menurutnya, ia membabitkan 116 anggota JSPT Kuala Lumpur terdiri daripada 10 pegawai kanan polis dan 106 anggota, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seramai 14 anggota, Konsesi Lebuhraya DUKE (26 anggota) serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Sentul dan JPJKK IPD Wangsa Maju masing-masing 12 dan enam anggota."Operasi dilaksanakan melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Ipoh hala Chow Kit, Jalan Ipoh hala Sentul serta Jalan Tuanku Abdul Rahman."Fasa kedua pula melibatkan sekitar Daerah Sentul termasuk Lebuhraya DUKE," katanya dalam sidang akhbar di lokasi operasi pada Ahad.Beliau berkata, operasi melibatkan pemeriksaan antara 400 hingga 450 buah motosikal."Sebanyak 83 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan, selain enam tangkapan dibuat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987."Dalam pada itu, sebanyak 692 saman dikeluarkan termasuk bagi kesalahan tiada lesen memandu dan kesalahan lalu lintas lain," katanya.Sementara itu, Mohd Zamzuri berkata, AADK turut menjalankan saringan ujian air kencing terhadap penunggang motosikal yang menunggang secara mencurigakan dan berbahaya."Hasil saringan mendapati seorang penunggang motosikal positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati kebanyakan motosikal yang ditahan telah diubah suai secara melampau."Antara yang dikesan melibatkan penggunaan tayar sotong, sistem brek tidak berfungsi serta ekzos yang diubah suai seperti ekzos buluh yang menghasilkan bunyi bising."Kita percaya gangguan bunyi yang sebelum ini diadukan oleh penduduk sekitar kawasan ini dipercayai berpunca daripada pengubahsuaian ekzos, selain aktiviti merempit yang dijalankan di lokasi berkenaan," katanya.





Scammer tiru nombor telco, agensi kerajaan - Sinarharian - 25/01 9:10 am

SHAH ALAM - Sindiket penipuan panggilan atau phone scam dikesan menggunakan teknik Caller ID Spoofing bagi memaparkan nombor seolah-olah daripada rangkaian telco tempatan atau agensi sah di Malaysia.Taktik ini digunakan semata-mata untuk memperdaya mangsa dan meningkatkan tahap kepercayaan terhadap panggilan diterima.Itu antara helah dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berdasarkan statistik kes direkodkan.Tahun lalu, sejumlah 5,097 kertas siasatan kes penipuan phone scam dibuka dengan jumlah kerugian direkodkan melebihi RM241 juta.Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dalam era globalisasi kini, penggunaan teknologi dan internet menjadi sebahagian keperluan harian masyarakat.Menurutnya, ia turut membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah siber termasuk penipuan melalui panggilan telefon."Modus operandi melibatkan panggilan daripada suspek menyamar sebagai wakil agensi penguat kuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mahkamah."Selain institusi kewangan (bank dan insurans) atau agensi kerajaan antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.Rusdi berkata, mangsa kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai berkuasa dan dimaklumkan akaun bank mereka terlibat dalam aktiviti haram seperti pengubahan wang haram, dadah atau hutang cukai."Mangsa diugut tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak lain dan akhirnya menyedari ditipu selepas mendapati wang dalam akaun hilang selain gagal menghubungi semula suspek," katanya kepada Sinar Ahad.Menurut Rusdi, terdapat kes yang mana sindiket penipuan terbabit menggunakan teknik Caller ID Spoofing.Namun, jelas beliau, keadaan itu tidak melibatkan pencerobohan atau penggodaman sistem rangkaian telco negara."Setakat ini, tiada laporan rasmi atau maklumat menunjukkan penglibatan orang dalam syarikat telekomunikasi bersama sindiket," ujarnya.Beliau berkata, sindiket beroperasi menggunakan teknologi panggilan tertentu termasuk platform luar negara yang membolehkan paparan nombor dimanipulasi tanpa kebenaran pemilik sebenar."Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai mana-mana panggilan meminta maklumat peribadi, kewangan atau arahan pembayaran."Pengesahan hendaklah dibuat terus dengan agensi atau institusi berkaitan melalui saluran rasmi," ujarnya.Dedahnya, sepanjang tahun lalu, seramai 1,504 individu ditangkap bagi membantu siasatan dan pendakwaan.Tambahnya, JSJK akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama syarikat telekomunikasi dan agensi berkaitan bagi mengesan, menyekat serta mengambil tindakan tegas terhadap sindiket penipuan ini demi melindungi kepentingan awam."Nombor telefon dikenal pasti digunakan sindiket penipuan akan dikemukakan kepada MCMC untuk tindakan lanjut."Orang ramai turut digalakkan menyemak nombor telefon, akaun bank dan nama syarikat yang mencurigakan melalui portal rasmi semakmule.rmp.gov.my," katanya.Kesedaran awam membimbangkanMenurut Rusdi, tahap kesedaran awam terhadap jenayah siber di negara ini masih membimbangkan.Ujar Rusdi, orang ramai mudah tertipu akibat kekurangan pengetahuan dan kecuaian mengurus maklumat peribadi."JSJK sentiasa proaktif melaksanakan program kesedaran seperti kempen pencegahan jenayah, ceramah, pameran, sesi meet & greet dan hebahan melalui pelbagai platform media."Selain itu, portal SemakMule turut dibangunkan untuk membolehkan orang ramai menyemak akaun bank, nombor telefon atau nama syarikat mungkin terlibat dalam jenayah penipuan," katanya.Rusdi berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 14,593 aktiviti pencegahan jenayah siber dilaksanakan meliputi pameran, ceramah, siaran media, sembang santai dan program high profile policing.Jelas beliau, mesej utama kempen menekankan kepentingan membuat semakan dan pengesahan maklumat sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan atau komunikasi digital."PDRM tidak berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam jenayah penipuan."Orang ramai diingatkan tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak ketiga."Kesalahan berkaitan boleh disiasat mengikut Seksyen 420/424A/424B/ 424C Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Komputer 1997," ujarnya.Tegas Rusdi, pihaknya bersama MCMC serta Bank Negara Malaysia (BNM) terus bekerjasama dalam usaha membanteras jenayah siber demi melindungi keselamatan kewangan rakyat.




Reformasi     >>



Anwar zahir rasa syukur ringgit cecah paras tertinggi .. - Mkini
Alhamdulillah, kata perdana menteri sewaktu diminta mengulas momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
Kroni     >>



Istora Senayan tidak kebal - Utusan
PETALING JAYA: Wakil negara beraksi cemerlang selepas menyapu tiga gelaran pada perlawanan akhir beregu wanita, lelaki dan campuran Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, semalam. Kejayaan tersebut diukir menerusi beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah dan gandingan campuran No. 4 dunia, ..
Tabloid     >>



Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri .. - Murai
Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida atau nama sebenarnya Datin Sri Umi Khalsum Rahmad Ali menerusi hantaran di Instagram, meceritakan sikap Puteri Balqis atau Aqish merupakan seorang anak yang sangat ..
Tech     >>



Meta dan EssilorLuxottica Kerana Didakwa Melanggar .. - Amanz
Pasaran cermin mata pintar pada ketika ini dikuasai oleh Meta dengan kerjasama EssilorLuxottica. Ray-Ban Meta membuktikan terdapat permintaan untuk cermin mata pintar dengan kamera serta speaker terbina sehingga berjaya memaksa Google, Samsung, Xiaomi dan kelak Apple menawarkan produk yang sama. ..
World     >>



Minneapolis protesters march against ICE as governor .. - BBC
Tim Walz says the city's second fatal shooting this month is an "inflection point" as protests spread over the death of Alex Pretti.
Motor Trend     >>



Buletin Karak Kena Pukat, Jpj Sita 110 Motosikal Read .. - Mekanika
**Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Ops Khas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dekat Karak pada Ahad.** Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, antara kesalahan dicatatkan termasuk tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan pelindungan ..