///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Sesyen News   Page 1    



Saya teraju SPRM pada saat penting, mencabar - Abd Halim - Sinarharian - 13/05 6:18 pm

KUALA LUMPUR - "Saya menjunjung amanah bagi memikul tanggungjawab untuk memimpin dan menerajui Suruhanjaya ini pada saat yang amat penting dan mencabar bagi negara."Demikian tegas Datuk Seri Abd Halim Aman untuk memperkukuh integriti serta memimpin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berteraskan kedaulatan undang-undang.Menurut beliau, amanah yang diberikan Kerajaan Malaysia untuk menggalas tanggungjawab tersebut akan dilaksanakan dengan penuh iltizam demi memastikan proses keadilan tidak sama sekali digugat dalam apa jua keadaan."Saya akan membawa bersama landasan berteraskan kedaulatan undang-undang yang utuh dengan iltizam tidak akan sama sekali menggugat proses keadilan dalam apa jua keadaan."Berbekalkan pengalaman dalam institusi kehakiman juga, saya berharap dapat memacu pembentukan SPRM yang lebih tegas, berwibawa serta bebas sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, SPRM di bawah kepimpinannya akan memastikan Suruhanjaya itu bertindak tanpa gentar dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah serta salah guna kuasa."Ingin saya tegaskan dengan sekeras-kerasnya juga, rasuah dalam apa juga bentuk adalah sama sekali tidak boleh diterima."Ia merupakan pengkhianatan terbesar terhadap rakyat serta ancaman parah kepada masa depan negara," katanya.Tambah beliau, SPRM akan bertindak dengan ketegasan yang lebih mutlak, keadilan yang saksama dan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun pengaruh."Usaha memulihkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM akan terus diperkasakan menerusi penguatkuasaan lebih tegas, peningkatan ketelusan serta pelaksanaan siasatan secara profesional."SPRM juga akan memastikan langkah pencegahan terus diperkasa, perlindungan terhadap pemberi maklumat akan diperkukuh selain kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan akan dipertingkatkan demi menyemai budaya integriti dalam negara," katanya.Beliau berkata, pemulihan keyakinan masyarakat terhadap SPRM bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu tuntutan yang tidak boleh ditangguhkan bagi memastikan Suruhanjaya itu kekal teguh, telus dan bertanggungjawab.Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama menolak rasuah demi membina sebuah negara yang berteraskan integriti, keadilan dan kepercayaan.BIODATA KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA YANG KETUJUHNAMA PENUH: Datuk Seri Abdul Halim bin AmanUSIA: 69 tahun TARIKH LAHIR: 10 Mac 1957 TEMPAT LAHIR: Kampung Alai, Melaka, MalaysiaPENDIDIKAN:- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) daripada Universiti Malaya (1982)- Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) daripada University of Hull, United Kingdom (1996)KERJAYA1982: Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC)19831990: Berkhidmat sebagai Majistret di Kluang dan Muar, serta Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Melaka19902003: Memegang jawatan Hakim Mahkamah Sesyen di pelbagai lokasi termasuk Tawau, Sandakan, Kuala Lumpur, George Town, dan Ampang2003: Menjadi Ketua Bahagian Penyelidikan di Pejabat Ketua Hakim Negara2005: Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman2009: Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang2010: Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru2013-2023: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam





Syarikat borong, bekal hasil laut tidak mengaku seleweng diesel subsidi lebih RM3.3 juta - Sinarharian - 13/05 4:08 pm

KUANTAN - Sebuah syarikat pemborong dan bekalan hasil laut dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 164 pertuduhan kerana menyeleweng minyak diesel bersubsidi bernilai lebih RM3.3 juta.Syarikat Atong Fishing Sdn Bhd yang diwakili oleh tiga pengarahnya iaitu Cheng Chor Tong, 71; Cheng Thee Yong, 49, dan Cheng Thee How, 46, sebagai orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Berdasarkan kesemua pertuduhan, syarikat terbabit didakwa tanpa lesen borong telah berurusan iaitu membeli secara borong barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu lebih dua juta liter minyak diesel daripada Persatuan Nelayan Kawasan.Menurutnya, resit rasmi persatuan berkenaan, pecahan jumlah pembelian yang terlibat adalah bermula sekitar RM9,900 iaitu nilai bagi 6,000 liter minyak diesel bersubsidi hingga RM101,755.55 iaitu nilai bagi 61,670.03 liter minyak diesel bersubsidi.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Feri Lama, Kampung Tanjung Gemuk, Kuala Rompin dalam tempoh bermula pada 8 Januari 2024 hingga 13 Januari 2025.Syarikat tersebut didakwa telah melanggar Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan di bawah Subperaturan 21 (1) Peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961.Selain itu, syarikat berkenaan turut didakwa sebagai pemegang permit barang kawalan berjadual didapati gagal mematuhi syarat permit barang kawalan berjadual apabila menyimpan minyak diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan dalam permit.Bagi kesalahan tersebut, syarikat itu telah melakukan kesalahan melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 22(2) Akta yang sama iaitu denda sehingga RM2 juta.Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Munirah Shamsuddin @Baharum dan Mohd Sophian Zakaria manakala peguam Anasuha Atiqah Mat Saidi mewakili syarikat terbabit.Mahkamah kemudian membenarkan kesemua pengarah diikat jamin RM45,000 bagi setiap seorang dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di KPDN Pahang pada awal bulan.OKS turut diarahkan menyerah posport ke mahkamah hingga selesai dan kes sebut semula pada 4 Jun depan.





Mekanik mengaku tidak bersalah miliki senjata api, peluru dan senjata tiruan - Sinarharian - 13/05 3:09 pm

BALING - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki senjata api, peluru dan senjata tiruan awal bulan ini.Mohd Shahifuldin Mohd Shahiran, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak yang juga bertindak sebagai Majistret.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki sepucuk pistol model Colt UTC/TIC kaliber.45 serta satu kelopak, selain sepucuk pistol model Forjas Taurus S.A PT 24/7 kaliber 9 milimeter buatan Brazil dan kelopak tanpa lesen atau permit sah.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Siput, Siong di sini pada jam 12.30 tengah malam, 1 Mei.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.Mohd Shahifuldin juga dituduh memiliki sepucuk pistol tiruan berwarna hitam buatan Taiwan tanpa sebab yang sah pada tarikh, masa dan tempat sama.Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, di Mahkamah Majistret, dia berhadapan dua pertuduhan iaitu memiliki dua laras senapang angin serta memiliki 19 butir peluru berwarna emas dan perak tanpa lesen atau permit sah di lokasi, masa dan tarikh sama.Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nursyafina Baharudin.Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula kes





Abd Halim mula tugas KP SPRM secara rasmi - Sinarharian - 13/05 3:01 pm

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman memulakan tugas secara rasmi pada Rabu.Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM pada Selasa.Abd Halim dilantik menggantikan Azam menerusi surat pelantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada 25 April lalu.Menurut kenyataan SPRM, Abd Halim dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026 hingga 12 Mei 2028.SPRM turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau dalam menerajui usaha memperkukuh integriti, tadbir urus serta agenda pembanterasan rasuah negara.Abd Halim dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Kampung Alai, Melaka dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1982 sebelum menamatkan Ijazah Sarjana Undang-Undang di University of Hull pada 1996.Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1982 serta berkhidmat dalam pelbagai jawatan selama 22 tahun, termasuk sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, majistret di Kluang dan Muar, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Melaka serta Hakim Mahkamah Sesyen di beberapa lokasi termasuk Tawau, Sandakan, Kuala Lumpur, George Town dan Ampang.Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara, selain menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Timbalan Pendakwa Raya serta Ketua Bahagian Penyelidikan di Pejabat Ketua Hakim Negara.Pada 2005, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Temerloh sebelum dipindahkan ke Kuantan pada 2006





Terima suapan lebih RM123,000, bekas ketua jualan bank didenda RM90,000 - Sinarharian - 13/05 2:34 pm

MELAKA - Seorang bekas ketua jualan sebuah bank didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 17 pertuduhan menerima wang rasuah dan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM123,132.50 berkaitan urusan pinjaman perumahan.Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rais Mohamed Ramli, 44, dan memerintahkan tertuduh dipenjara antara dua bulan hingga 10 bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda.Berdasarkan kesemua pertuduhan pilihan, lelaki itu yang ketika kejadian merupakan ketua jualan sebuah bank didakwa secara rasuah menerima wang suapan berjumlah keseluruhan RM123,132.50 daripada sebuah firma guaman melalui akaun bank syarikat milik isterinya.Suapan bernilai antara RM2,820 dan RM15,545 itu adalah sebagai upah kerana membantu firma guaman terbabit mendapatkan rujukan kes berkaitan urusan pinjaman perumahan melalui pegawai eksekutif bank yang berkhidmat di bawah seliaan tertuduh.Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor antara 13 Disember 2019 hingga 27 Januari 2023.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 25(1) akta sama kerana gagal melaporkan pemberian suapan tersebut kepada pegawai SPRM atau polis berhampiran dengan segera.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sharina Farhana Nor Saari memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh, manakala peguam S S Amritpal Singh yang mewakili Mohd Rais merayu denda minimum dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap selain menanggung isteri dan tiga anak





Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa cederakan lelaki guna pisau - Sinarharian - 13/05 2:05 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki menggunakan pisau, tahun lepas.V M Kartik, 34, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap N Raguvaran, 34, yang mengalami kecederaan pada bahagian pipi kanan, telinga kiri, bahu kanan dan leher, di sebuah pusat hiburan di Changkat Bukit Bintang, Dang Wangi, pada 2.40 pagi, 19 Ogos 2025.Pertuduhan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi berkata mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin."Oleh itu, pihak pendakwaan memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan tertuduh dilarang kacau ganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai," katanya.Bagaimanapun, peguam P





Mahkamah Arah Maybank Pulangkan RM166,000 Kepada Mangsa ‘Scam’ Atas Kecuaian Pantau Akaun - Vocket - 13/05 11:49 am

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa sebuah bank tempatan, Maybank, bertanggungjawab atas kecuaian kerana gagal memantau akaun pelanggannya dengan baik





Maybank Diarah Bayar RM166,000 Kepada Mangsa Scam Kerana Kecuaian Bank - Amanz - 12/05 11:05 pm

Apabila anda menjadi mangsa penipuan atas talian siapakah yang harus dipersalahkan? Pelanggan? Bank? Mereka atau keluarga mereka? Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Maybank membayar RM166,000 kepada Chan Yan Li kerana gagal menghalang transaksi mencurigakan yang mengosongkan akaun beliau





Scammer warga China cuba masuk Malaysia secara haram - Sinarharian - 12/05 9:38 pm

KANGAR Cubaan menyeludup masuk seorang lelaki warga China dipercayai terlibat kegiatan penipuan dalam talian terbongkar apabila dia ditemui menyorok di bawah tempat duduk penumpang belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kompleks Imigresen Padang Besar, bulan lalu.Lelaki terbabit ditemui dalam keadaan berbaring di lantai bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax bernombor pendaftaran Thailand sebelum cubaannya untuk memasuki negara ini secara haram berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis.Pengarahnya, Mohammad Asim Md Ali berkata, kejadian dikesan menerusi operasi pemeriksaan di Kaunter Pos Imigresen Padang Besar kira-kira jam 3.10 petang pada 17 April lalu.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati dua lelaki warga Thailand berada di dalam kenderaan terbabit sebelum anggota imigresen mengesan seorang lagi lelaki warga China sedang bersembunyi di lantai tempat duduk belakang."Lelaki itu berbaring dan dilindungi menggunakan baju sejuk berwarna hitam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa."Hasil siasatan mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk masuk ke Malaysia selain tiada rekod pergerakan dalam sistem Jabatan Imigresen," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Selasa.Mohammad Asim berkata, lelaki warga China itu turut mengaku pernah bekerja sebagai scammer di Kemboja dan dipercayai cuba memasuki Malaysia untuk meneruskan kegiatan berkenaan.Katanya, suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar pada 29 April lalu mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah."Dua lelaki warga Thailand yang dipercayai membantu membawa masuk suspek turut dituduh di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan atas pertuduhan bersama."Setakat 11 Mei, mahkamah masih belum merekodkan keputusan kes dan sebutan fakta serta hukuman terhadap kedua-dua tertuduh ditetapkan pada 14 Mei ini," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JIM Perlis melaksanakan 166 operasi penguatkuasaan bermula Januari hingga Isnin membabitkan Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Kutip."Hasil operasi itu, seramai 1,930 warga asing diperiksa dengan 130 PATI ditahan bagi siasatan lanjut."Tahun lalu pula, sebanyak 359 operasi dijalankan dengan keseluruhan 420 PATI berjaya ditahan," katanya.





Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak meyakinkan KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan penceramah Fathi Na'im tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan merogol seorang remaja 14 tahun, lima tahun lalu





Bi Ka Lila Man amang seksual kanak-kanak dijel dua tahun, satu sebatan - Sinarharian - 12/05 5:04 pm

KUALA LUMPUR Seorang pengawal keselamatan dari Nepal dihukum penjara selama dua tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, bulan lalu.Bi Ka Lila Man, 42, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Nepal di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar.Mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu dipenjara serta-merta selain menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan dikenakan pengawasan polis selama setahun selepas dibebaskan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun empat bulan di sebuah kedai di Bukit Bintang di sini, antara jam 12.32 pagi hingga 12.33 pagi pada 25 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, ibu mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian selepas anaknya memaklumkan telah disentuh oleh tertuduh ketika berada di premis berkenaan.Wanita itu kemudian pergi ke kedai terbabit untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan memegang bahagian punggung mangsa tanpa kerelaannya.Rakaman CCTV itu turut menunjukkan tertuduh memberi isyarat tangan seolah-olah berpuas hati selepas melakukan perbuatan berkenaan.Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum atas alasan perlu menanggung dua anak serta ibu bapanya yang sudah tua di negara asal."Saya ada sepasang anak dan perlu menanggung ibu bapa yang sudah tua di negara asal," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Pervinah Mohamad Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa merupakan seorang kanak-kanak.Menurutnya, hukuman itu penting bagi memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan selain meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab melindungi kanak-kanak."Pendekatan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada hukuman tetapi juga usaha rehabilitasi supaya tertuduh memahami kesan tindakannya terhadap mangsa," katanya





Lelaki Bebas Tuduhan Rogol Remaja 14 Tahun - Siakapkeli - 12/05 3:07 pm

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, lima tahun lepas.





Lelaki jual barang tiruan didenda RM200,000 - Sinarharian - 12/05 2:39 pm

SEPANG Tindakan seorang lelaki menjual barangan tiruan membawa padah apabila didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menjalankan urus niaga terbabit empat tahun lalu.Lelaki berusia lingkungan 30-an itu selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, OKS didakwa mempunyai kawalan ke atas pelbagai barangan bagi tujuan perdagangan termasuk selipar, pakaian, topi, tali pinggang dan aksesori pakaian yang menggunakan cap dagangan berdaftar daripada beberapa jenama terkenal tanpa kebenaran pemilik sah.Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 21 April 2022.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 102(1)(ii).Bagi individu yang bukan pertubuhan perbadanan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang dipakai dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, hukuman boleh meningkat kepada denda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hasim bersama Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Khairul Affandi Md





Bank bertanggungjawab gagal pantau akaun pelanggan, kata mahkamah - FMT - 12/05 12:48 am

Mahkamah Sesyen memerintahkan Maybank bayar RM166,000 jumlah kerugian dialami Chan Yan Li akibat transaksi tanpa kebenaran pada 2021.





Fathi Naim Dilepas Dan Dibebaskan Atas Satu Pertuduhan Rog*l Remaja 14 Tahun - Beautifulnara - 12/05 12:36 am

Penceramah bebas, Fathi Naim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan seksual melibatkan seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah hotel lima tahun lalu





Fathi Naim lepas, bebas tuduhan rogol remaja perempuan lima tahun lalu - Hmetro - 12/05 12:26 am

Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam atau dikenali Fathi Naim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, daripada tuduhan merogol perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel, lima tahun lalu





Kerajaan dibenar siar notis pewartaan jam tangan mewah, barang kemas .. - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Kerajaan dibenar siar notis pewartaan jam tangan mewah, barang kemas milik adik ipar bekas PTD KUALA LUMPUR - Kerajaan dibenar mewartakan harta milik adik ipar bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizzudeain Jantan melibatkan sejumlah 23 jam tangan mewah Rolex dan 15 barang kemas. Mahkamah Sesyen mengeluarkan perintah itu hari ini setelah membenarkan permohonan pendakwa raya selepas wanita tersebut, Nor Shahirah Atirah Anuar @ Kamaruddin tidak membantahnya





Pendakwaan mohon lucut hak harta isteri bekas Panglima Tentera Darat - Mygazette - 12/05 7:40 am

Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat memberitahu pemberita bahawa pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Zaridah Y Abdul Jaapar hari ini, mahkamah menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan kes itu. Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan kepada mahkamahpihak pendakwa raya memfailkan permohonan untuk melucut hak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik ipar Muhammad Hafizuddeain, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin





Pendakwaan Bekas Pembantu Teresa Kok Bukti Tiada Siapa Kebal Undang-Undang .. - Wrlr - 11/05 6:31 pm

Faizul tegaskan ia bukan sahaja memastikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dipelihara, malah dikuat kuasakan kepada sesiapa tanpa mengira darjat atau kedudukan. JOHOR BAHRU, 11 Mei Pendakwaan yang dikenakan terhadap seorang bekas pembantu Teresa Kok didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu Ahli Parlimen Seputeh itu dan menerima rasuah sebanyak RM500,000, dua tahun lalu, membuktikan tiada mana-mana pihak kebal daripada tindakan undang-undang





Pendakwaan mohon lucut hak Range Rover, Rolex, barang kemas isteri bekas PTD, adik ipar - Sinarharian - 11/05 6:06 pm

KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan memfailkan notis permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, untuk melucut hak kereta jenis Range Rover Sport SVR dan barangan kemas yang disita daripada isteri bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan iaitu Salwani Anuar @Kamaruddin kepada kerajaan.Bagi permohonan pertama, pendakwa raya selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 4 Mei lepas, dengan menamakan Salwani, 27, sebagai responden.Harta yang dipohon untuk dilucut hak ialah kenderaan berkenaan, barang kemas emas 916 termasuk satu gelang seberat 15.1 gram, tiga cincin emas (1.33, 1.41 dan 1.35 gram) serta sepasang subang seberat 6.64 gram, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10,930.Permohonan dibuat mengikut Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan kini berada di dalam simpanan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Timbalan Pendakwa Raya, Natrah Fareha Rahmat memaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Zaridah Y Abdul Jaapar menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan kes.Sementara itu, bagi permohonan kedua di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim, Rosli Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan pihaknya turut memfailkan permohonan sama melibatkan barangan lain.Katanya, ia membabitkan 23 jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas daripada adik ipar Muhammad Hafizuddeain, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin.Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk menyiarkan warta bagi memanggil mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terhadap harta berkenaan hadir ke mahkamah, mengikut Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009.Sementara itu, peguam, Aizul Rohan Anuar berkata, pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan oleh pemohon.Selepas mendengar perkara berkenaan, Rosli menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan kes bagi kehadiran pihak ketiga.Berdasarkan notis pada 4 Mei lepas, pendakwa raya selaku pemohon memfailkan notis itu terhadap Nor Shahira Atirah, memohon supaya 23 utas jam tangan mewah itu dan 15 barang kemas yang disita daripada responden dilucutkan hak kepada kerajaan.Permohonan itu dibuat atas alasan pendakwa raya di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 41(1) Akta SPRM dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah berpuas hati bahawa harta alih yang telah disita oleh SPRM dilucutkan hak, tiada pendakwaan jenayah bagi suatu kesalahan di bawah akta itu.Dakwa pemohon, harta berkenaan telah diperoleh hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Pada 22 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Sehari kemudian, dia didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Sementara itu, pada 22 Januari lalu, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 pada 2024 dan tahun lalu.Di Terengganu, pada 26 Januari, wanita itu didakwa atas satu pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.





Pemandu lori mengaku tak bersalah cubaan bunuh pemilik besi buruk di .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Pemandu lori mengaku tak bersalah cubaan bunuh pemilik besi buruk di Bangsar KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cubaan membunuh dalam kejadian tembakan di Jalan Telawi, Bangsar, pada bulan lalu





KEMASKINI: Tokoh kewangan Islam, pengarah syarikat didakwa pecah amanah .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# KEMASKINI: Tokoh kewangan Islam, pengarah syarikat didakwa pecah amanah wang RM10.55 juta KUALA LUMPUR - Dua pengarah syarikat termasuk tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM10.55 juta milik beberapa individu dan syarikat perdagangan





Bekas pembantu didakwa perdaya Teresa Kok, terima suapan RM500,000 - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Bekas pembantu didakwa perdaya Teresa Kok, terima suapan RM500,000 KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dan menerima suapan RM500,000 berkaitan pembekalan papan pintar interaktif, dua tahun lalu





Penganggur mengaku salah milik 3,455 liter diesel tanpa lesen - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Penganggur mengaku salah milik 3,455 liter diesel tanpa lesen BUTTERWORTH - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki minyak diesel tanpa lesen minggu lalu





Penganggur mengaku salah amang seksual anak kekasih dijel 6 tahun - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Penganggur mengaku salah amang seksual anak kekasih dijel 6 tahun MELAKA - Padah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kekasihnya - gadis berusia 14 tahun, bulan lalu yang juga sebaya anaknya - seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini





Kes Tembakan Bangsar: Pemandu Lori Didakwa Cuba Bunuh - Siakapkeli - 11/05 2:49 pm

Kes Tembakan Bangsar: Pemandu Lori Didakwa Cuba Bunuh KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen





Kes tembakan Bangsar: Pemandu lori didakwa cuba bunuh - Sinarharian - 11/05 2:37 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang lelaki dalam kejadian tembakan di sebuah premis pusat hiburan di sini bulan lepas.A





Tokoh Kewangan Islam, Rakan Kongsi Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah RM10.55 Juta - Beautifulnara - 11/05 1:57 pm

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM10.55 juta, memetik Utusan Malaysia





Amang seksual anak kekasih dalam kereta, lelaki dipenjara enam tahun - Sinarharian - 11/05 1:53 pm

MELAKA Seorang lelaki dipenjara enam tahun serta satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kekasihnya dalam kejadian bulan lalu.Tertuduh, Muhammad Ilyas Mohd Mokhtar, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 14 tahun antara jam 9 malam hingga 10 malam pada 23 April lalu.Perbuatan itu dilakukan di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari Kampung Bertam ke Ayer Molek di daerah Melaka Tengah.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa mengikut tertuduh bagi urusan mengambil geran kereta sebelum lelaki itu bertindak sedemikian.Mangsa bagaimanapun tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun memaklumkannya kepada jiran sebelum laporan polis dibuat.Tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan perlu menyara seorang anak berusia 14 tahun serta ibunya yang telah lanjut usia.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur."Tertuduh tiada rekod lampau, namun saya mohon hukuman penjara dan sebatan dikenakan mengambil kira usia mangsa yang baru 14 tahun."Tertuduh mengenali mangsa dan sepatutnya melindunginya, bukan mengambil kesempatan terhadap mangsa





Abang long rogol adik ketika demam dijel 18 tahun, 20 sebatan - Sinarharian - 11/05 12:23 am

PASIR MAS Seorang abang sulung dihukum penjara 18 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol adik kandung semasa gadis itu berusia 13 tahun, di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin





Keputusan representasi kes bekas pelajar UMPSA hina al-Quran 29 Jun ini - Sinarharian - 11/05 12:10 am

KUANTAN- Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh baharu bagi pengurusan kes bekas penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa menghina Al-Quran dan memuat naik kandungan menghina Islam di media sosial, Februari lalu.Hakim Harmi Thamri Mohamad menetapkan tarikh itu untuk mendengar keputusan representasi yang dikemukakan peguam, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman mewakili S





Daud Bakar, Norliza didakwa pecah amanah lebih RM10 juta - Mkini - 11/05 11:43 am

Dua pengarah syarikat itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas tujuh pertuduhan.





Tan Sri Mohd Daud, pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM10 juta - Hmetro - 11/05 11:05 am

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan pengarah syarikat, Datuk Norliza Tajudin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan pecah amanah membabitkan RM10.55 juta





Tokoh kewangan Islam Daud Bakar, pengarah dituduh pecah amanah RM10.55 juta - FMT - 11/05 11:00 am

Keduanya berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.





Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima suapan RM500,000 - Sinarharian - 11/05 9:47 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas pembantu khas, Edmund Teoh Kheng Yaik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menipu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung sumbangan sekolah di bawah Projek Mesra Rakyat dan satu lagi menerima suapan RM500,000, dua tahun lalu.Edmund, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin."Faham, tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kemeja putih.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memperdayakan Teresa untuk mempercayai bahawa hanya dua sekolah di parlimen berkenaan memohon sumbangan papan pintar interaktif sedangkan tertuduh tahu terdapat 16 sekolah lain memohon bantuan sama.Dia dengan sengaja mendorong Teresa untuk bersetuju supaya tertuduh membuat permohonan sumbangan tersebut melalui sistem My-Khas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh, sedangkan pemimpin DAP berusia 62 tahun itu tidak akan bersetuju sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, di Jalan Kuchai Lama, di sini pada Jun 2024.Bagi kesalahan menipu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman, penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, dia yang merupakan Pembantu Pejabat Ahli Parlimen Seputeh, didakwa menerima suapan wang tunai RM500,000 daripada seorang lelaki berusia 37 tahun.Ia sebagai upah, membantu mendapatkan sumbangan bagi pembekalan papan pintar interaktif dan peralatan berkaitan kepada 16 sekolah di parlimen itu, oleh syarikat TMT IT Solutions milik isteri lelaki berkenaan.Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Kuchai Lama di sini pada 12 Ogos 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaluddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin."Ia termasuk syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM dan tidak mengganggu saksi," katanya.Bagaimanapun, peguam, MN Lo yang mewakili lelaki itu merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum kerana anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik ketika siasatan.Beliau berkata, sebelum ini dia telah melaporkan diri sebanyak lapan kali di pejabat SPRM sekali gus menunjukkan anak guam tidak berisiko untuk melarikan diri."Dia kerja dengan salah sebuah syarikat p-hailing dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 sebulan."Anak guam hanya mampu membayar ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan bantuan rakan yang bertindak sebagai penjamin," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Suzana membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Julai.Pada Mac tahun lalu, SPRM menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar berkenaan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan.Menurutnya, ia berhubung kes membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.





Bekas pembantu khas Ahli Parlimen antara 3 individu akan didakwa esok - .. - Hmetro - 10/05 6:27 pm

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok





Bekas pembantu khas ahli Parlimen antara 3 individu akan didakwa esok - SPRM - Sinarharian - 10/05 6:20 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.SPRM dalam jemputan medianya memaklumkan lelaki berkenaan akan didakwa pada 8.30 pagi di mahkamah berkenaan.Pada Mac tahun lepas, SPRM memaklumkan pihaknya menahan reman bekas pembantu khas Ahli Parlimen itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 Nov 2024.SPRM turut memaklumkan seorang pakar pelaburan dan kewangan Islam bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang dijangka turut didakwa di mahkamah sama, esok.Lelaki bergelar Tan Sri itu dan seorang lagi individu akan didakwa pagi esok.Pada Januari lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur membabitkan kerugian lebih RM300 juta sejak dua tahun lepas.Beliau berkata seorang wanita yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama





Disyaki terima rasuah RM500,000 bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa esok - Sinarharian - 10/05 2:57 pm

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin berhubung kes rasuah membabitkan projek mesra rakyat.Menurut sumber, lelaki terbabit dijadualkan didakwa kira-kira jam 8.30 pagi.Media sebelum ini melaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas berkenaan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.Wang itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.Projek itu dipercayai membabitkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.





Bekas pembantu Teresa Kok akan dituduh rasuah esok - FMT - 10/05 2:02 pm

Individu itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.





Pendakwaan serah 23 dokumen kes pecah amanah bekas PAT - Mygazette - 9/05 7:31 am

Nizam Jaffar yang berdepan empat pertuduhan termasuk menggunakan kedudukan dan pecah amanah wang RM3 juta. Ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, peguam Abdul Aziz Hamzah memaklumkan, dokumen itu termasuk rakaman percakapan dan minit mesyuarat





Jurulatih kadet bomba didakwa 7 pertuduhan amang seksual pelajar perempuan .. - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Jurulatih kadet bomba didakwa 7 pertuduhan amang seksual pelajar perempuan 14 tahun IPOH Seorang jurulatih kadet bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan amang seksual dan satu pertuduhan memiliki bahan pornografi melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun





Dua lelaki Pakistan didakwa rogol wanita secara berkumpulan - Sinarharian - 8/05 4:00 pm

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia secara berkumpulan, bulan lepas.Ali Arshad, 36, dan Habib Ur Rahman, 43, didakwa bersama-sama merogol mangsa berusia 23 tahun di sebuah unit hotel di Jalan Imbi di sini antara 9.58 malam pada 14 April hingga 9.30 pagi, 15 April lepas.Kedua-dua tertuduh didakwamengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya J





Salah guna kuasa bekas PAT: 23 dokumen diserahkan kepada pembelaan - Sinarharian - 8/05 3:52 pm

KUALA LUMPUR -Sebanyak 23 dokumen termasuk rakaman percakapan diterima pihak pembelaan dalam kes bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang berdepan empat pertuduhan termasuk menggunakan kedudukan dan pecah amanah wang RM3 juta.Peguam Abdul Aziz Hamzah, yang mewakili Mohd Nizam, 59, berkata, pihak pendakwaanmenyerahkan dokumen tambahan itu semasa prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad pada Jumaat."Hari ini pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan pertuduhan seperti yang dimohon oleh pihak kami mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah."Kami diberitahu terdapat tiga set dokumen akan diserahkan, namun setakat ini dua set telah diserahkan."Antara dokumen diserahkan ialah rakaman percakapan dan minit mesyuarat," kata peguam itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding.Terdahulu, semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman memaklumkan, pihaknya menyerahkan dua set dokumen kepada pembelaan dan memohon tarikh sebutan seterusnya untuk penyerahan baki dokumen.Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes.Bagi pertuduhan pertama, Mohd Nizam didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT),menggunakan kedudukannya untuk suapan wang RM267,481.90 bagi dirinya sendiri, dengan melantik Sinar Bakti Global untuk menjalankan kerja "Pembekalan Kain Pelikat Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025" bernilai RM468,000.Tertuduh juga melantik Sinar Raudhah Global bagimenjalankan kerja "Pembekalan Kain Batik Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025" bernilai RM52,000 dan Zahra Jaya Global untuk menjalankan kerja "Pembekalan Multifunctional Folding Pliers Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025" bernilai RM750,000 kepada TKAT, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.Bagi pertuduhan kedua, Mohd Nizam didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan wang RM285,000 bagi dirinya, dengan melantik QMZ Resources untuk menjalankan kerja "Pembekalan Tuala Mandi Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025" bernilai RM600,000 dan melantik Helmee Resources untuk menjalankan kerja "Pembekalan Beg Galas Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025" bernilai RM1,725,000 kepada TKAT.Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kementah pada 24 Jun 2024, mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Nizam didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM3 juta milik TKAT dengan menyalahgunakan wang itu bagi membuat pelaburan tambahandalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama, pada 4 Okt 2024, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.Mengikut pertuduhan keempat, Mohd Nizam didakwa menerima wang berjumlah RM200,000 tanpa balasan daripada seorang pengarah Syarikat Aspen Red Sdn Bhd yang mungkin ada kaitan dalam urusan akan dijalankan olehnya.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima, Kementah, pada Mac 2025, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang berdepan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.- Bernama





Shamsul Iskandar fail rayuan bagi pindah kes rasuah ke mahkamah tinggi - Mkini - 8/05 3:28 pm

Mahkamah tinggi sebelum ini menolak permohonannya untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah dari Mahkamah Sesyen.





Mahkamah tentukan pampasan kepada keluarga warga India jatuh lubang benam .. - Mygazette - 8/05 2:48 pm

Peguam, M Partiben yang mewakili keluarga mangsa berkata, ia susulan dakwaan berlaku kecuaian dalam aspek penyelenggaraan dan keselamatan sehingga mengorbankan wanita warga India itu. Katanya, jumlah itu dirujuk berdasarkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang memerintahkan DBKL membayar ganti rugi lebih RM824,000 dalam kes kematian seorang individu akibat dihempap pokok tumbang





Anggota bomba didakwa ‘sentuh’ pelajar perempuan 14 tahun - Kosmo - 8/05 2:40 pm

IPOH – Seorang anggota bomba didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal serta memiliki imej pornografi seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun antara Februari hingga Mei pada tahun ini





Tiga lelaki Korea Selatan berhadapan dakwaan culik rakan senegara - Kosmo - 8/05 2:30 pm

RAUB Tiga lelaki warga Korea Selatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki senegara mereka di Genting Highlands bulan lalu





Jurulatih kadet bomba didakwa lakukan amang seksual pelajar perempuan - Sinarharian - 8/05 1:32 pm

IPOH - Seorang jurulatih kadet bomba berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat melibatkan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.Tertuduh, Muhammad Aidilafifi Muhammad, 28, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di antara awal Februari hingga 1 Mei 2026 jam di beberapa lokasi di dalam dan di luar sekolah di sekitar daerah Perak Tengah.Perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Sementara itu tertuduh yang berkhidmat selama empat tahun sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat itu turut didakwa atas satu lagi pertuduhan kerana memiliki gambar pornografi mangsa di dalam telefon bimbit miliknya.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 10 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin tidak menawarkan sebarang jaminan.Peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid kemudiannya merayu mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi keseluruhan pertuduhan dengan alasan tertuduh menanggung keluarga dengan pendapatan RM2,500 selain memberi jaminan tidak akan melarikan diri.Hakim Jean Sharmila Jesudason menetapkan jaminan RM9,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai berhampiran selain tidak mengganggu saksi.Mahkamah turut menetapkan 23 Jun depan bagi sebutan semula kes.





Tiga warga Korea Selatan didakwa kes culik lelaki - Sinarharian - 8/05 12:43 am

RAUB - Tiga warga Korea Selatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat ataspertuduhan menculik seorang lelaki di Genting Highlands pada 17 April lepas.Bagaimanapun, pertuduhan terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 hingga 40 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris.Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang Sharizat Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes, selain tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin.Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa bahasa Korea hadir ke mahkamah dantidak membenarkan ikat jamin terhadap ketiga-tiga tertuduh.Sharizat memaklumkan kesemua tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun ataumaksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 24 April lepas, media melaporkan Polis Diraja Malaysia menumpaskan kumpulan penculik yang didalangi warga Korea Selatan serta membekukan mata wang kripto Tether bernilai AS$2.46 juta (kira-kira RM11.5 juta) yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M





Shamsul Iskandar fail rayuan pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi - Sinarharian - 8/05 11:10 am

KUALA LUMPUR Pembelaan kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bahawa, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di sini selepas gagal dalam permohonannya untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi di sini.Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, rayuan itu difailkan pada Rabu lalu selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin menolak permohonan Shamsul Iskandar, 51, pada 28 April.Ditanya sama ada pihak pembelaan akan memohon penangguhan perbicaraan, beliau berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan."Buat masa ini, kami mengikut prosiding sedia ada dan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes," katanya kepada Hakim, Suzana Hussin.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan berkata, beberapa dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan.Katanya, masih terdapat dokumen lain yang belum diberi kepada pembelaan dan ia akan dilampirkan dalam masa terdekat.Selepas mendengar permohonan berkenaan, mahkamah menetapkan 29 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada 28 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemindahan kes, selepas mendapati Shamsul Iskandar tidak memenuhi syarat di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.Pada 4 Disember 2025, dia didakwa atas dua pertuduhan, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, bersetuju untuk menerima suapan sebanyak RM100,000 dan memperoleh RM40,000 daripada ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.Bagi dua lagi pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama dua penggal bermula 2013 itu didakwa menerima kelengkapan perabot dan barangan elektrik masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249.Ia sebagai dorongan membantu syarikat-syarikat Jiann Cheing, mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, sedangkan perbuatan itu tiada hubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 24 November 2023 dan 5 Mac 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pada 5 Disember 2025, dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM64,924 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik individu lain, bagi tujuan pembayaran penyewaan sebuah rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya Kuala Lumpur daripada Tei.Suapan itu sebagai dorongan bagi membantu syarikat yang mempunyai kepentingan kepada Tei untuk mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan





Bapa 11 anak mengaku tidak bersalah pukul isteri hingga parah - Mypress - 7/05 9:54 pm

SUNGAI PETANI Bekas suami mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memukul isterinya sehingga parah pada Mac dan bulan…





Keluarga mangsa tanah jerlus Masjid India tuntut RM800,000 - Sinarharian - 7/05 5:10 pm

KLANG Hampir dua tahun tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India, keluarga mendiang G Vijaya Lakshmi bercadang menuntut pampasan RM800,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Peguam, M Partiben yang mewakili keluarga mangsa berkata, ia susulan dakwaan berlaku kecuaian dalam aspek penyelenggaraan dan keselamatan sehingga mengorbankan wanita warga India itu.Katanya, jumlah itu dirujuk berdasarkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang memerintahkan DBKL membayar ganti rugi lebih RM824,000 dalam kes kematian seorang individu akibat dihempap pokok tumbang.Menurutnya, pihak keluarga berpandangan terdapat unsur kecuaian dalam insiden berkenaan termasuk kemungkinan melibatkan gangguan utiliti bawah tanah, faktor geologi dan kerosakan paip pembetung.Bagaimanapun, beliau berkata, pampasan belum dimuktamadkan kerana bergantung kepada hasil rundingan bersama pihak berkaitan.Menurutnya, keluarga mangsa berharap rundingan dapat disegerakan kerana waris perlu kembali ke India bagi urusan bank dan dokumentasi rasmi selepas menerima sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pada Rabu."Seorang waris yang bekerja sebagai buruh di India juga kehilangan pekerjaan kerana perlu berulang-alik ke Malaysia bagi menguruskan dokumentasi dan proses berkaitan kematian mangsa."Selain itu, keluarga juga perlu menjaga bapa yang mempunyai komplikasi kesihatan termasuk penyakit jantung," katanya yang hadir bersama anak tunggal mangsa, M Surya.Sementara itu, seorang lagi peguam, Muhamad Saifullah Muhamad Azmi berkata, cadangan pampasan tersebut mengambil kira faktor usia, pekerjaan serta tanggungan keluarga mangsa.Beliau berkata, keluarga tidak menolak kemungkinan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya rundingan pampasan gagal mencapai persetujuan.Dalam kejadian pada 23 Ogos 2024, Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India ketika berjalan di kawasan itu sebelum hilang dibawa arus bawah tanah.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama sembilan hari bagaimanapun gagal menemukan mangsa sebelum ditamatkan pihak berkuasa.





Penganggur tak mengaku buat hantaran jelik sentuh 3R - Mygazette - 7/05 4:18 pm

# Penganggur tak mengaku buat hantaran jelik sentuh 3R SEPANG Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran jelik dan melampau menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu akaun Facebook Bro Li Angel kira-kira jam 2.32 pagi, pada 23 Disember 2025





Jual kandungan lucah, penjual kuih didenda RM30,000 - Kosmo - 7/05 4:12 pm

SEPANG- Seorang penjual kuih didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menghantar video sumbang dan lucah bagi tujuan komersial dua tahun lalu





Hantar kandungan lucah bagi tujuan komersial, penjual kuih didenda RM30,000 - Sinarharian - 7/05 3:01 pm

SEPANG - Seorang penjual kuih didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana menghantar komunikasi lucah bagi tujuan komersial melalui aplikasi Telegram, dua tahun lepas.Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Branley Mohd Taha, 24, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar memberikan komunikasi lucah menggunakan akaun Telegram, iaitu akses kepada kumpulan Telegram "Baby Channel Lifetime" bagi tujuan komersial kepada ejen penyamaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada jam 8.44 malam, 22 Julai 2024.Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Ahmad Fuad berkata, kesalahan dilakukan oleh tertuduh memberi kesan besar terhadap moral masyarakat serta bertentangan dengan nilai agama Islam dan prinsip Rukun Negara iaitu "Kepercayaan Kepada Tuhan" dan "Kesopanan dan Kesusilaan.Beliau berkata, Malaysia terkenal dengan nilai kesopanan dan kesusilaan serta tiada agama di negara ini yang membenarkan perbuatan lucah.Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali manakala Branley tidak diwakili peguam.Branley merayu hukuman terhadapnya diringankan atas alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya membantu ibunya yang tidak sihat untuk menjual kuih-muih.Selain itu, katanya dia juga merupakan tulang belakang keluarga dengan menjaga ibu, adik dan anak saudara serta menyesali perbuatannya.Pihak pendakwaan memohon agar hukuman berat dikenakan berikutan kesalahan terbabit adalah serius yang memberi kesan negatif kepada masyarakat, selain tindakan itu dilakukan secara sedar dan bermotifkan keuntungan sehingga menjana RM33,000 menerusi penjualan aktiviti lucah itu.Sementara itu, di hadapan hakim sama, seorang bapa enam anak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran bersifat jelik melampau menerusi akaun media sosial miliknya, Disember tahun lepas.Mohd Azli Abdul Aziz, 59, selaku orang kena saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang jelik melampau sifatnya dengan niat menyakiti hati mana-mana orang di Facebook menerusi akaun "Bro Li Angel", pada 2.32 pagi 23 Disember 2025.Hantaran berkenaan dilihat di Menara MCMC1, Cyberjaya pada jam 12.30 tengah hari, 25 Disember tahun sama.Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Terdahulu, peguam S





Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri - Mypress - 7/05 2:51 pm

PASIR MAS Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 32 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan merogol serta satu pertuduhan mencederakan anak…




Reformasi     >>



PAS terima permohonan maaf, penjelasan Nik Zawawi - Mkini
"Semoga kita terus memperkasakan pembinaan ummah, ukuhkan perjuangan dalam mendepani cabaran semasa," kata Tuan Ibrahim
Kroni     >>



Jangan buat lupa bayar gaji kami – Nor Azam - Utusan
PETALING JAYA: Tahap kesabaran pemain Kelantan The Red Warriors (TRW) akhirnya tidak dapat dibendung lagi apabila secara terbuka menuntut pihak pengurusan kelab melunaskan tunggakan gaji mereka. Kapten Kelantan TRW, Nor Azam Azih menerusi hantaran di media sosial memberikan ‘peringatan ..
Tabloid     >>



Kos hak siaran Piala Dunia 2026 paling rendah - Hotfm
Kuala Lumpur: Perbelanjaan kerajaan bagi mendapatkan hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 adalah paling minimum berbanding edisi terdahulu hasil kerjasama strategik bersama tiga penaja utama.
Tech     >>



Sony Xperia 1 VIII launches with a Google Pixel-style .. - Techradar
The Sony Xperia 1 VIII has a lot more changes than we're used to from this line, but the price is still prohibitive.
World     >>



Why Spain Is Standing Up to Donald Trump - Newyorker
Pedro Snchez, the Socialist Prime Minister, has led the European opposition to the Iran war from the start.
Motor Trend     >>



Kia Sales Malaysia Perkenal Ownership Experience Dan .. - Piston
Kia Sales Malaysia (KSM) telah memperkenalkan Kia Ownership Experience, program pelanggan selama seminggu yang berlangsung dari 11 hingga 17 Mei 2026 di Kia Glenmarie flagship 3S centre di Lembah Klang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi Return, Rebuild and Reposition KSM, ..