| /// |
|
| Search : Sandakan News | Page 1 |
|
9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan – Polis 9,007 .. - Mgazette - 19/04 4:30 pm # 9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan - Polis SANDAKAN - Sebanyak9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagiadi sini awal pagi tadi |
|
200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Sandakan - Mgazette - 19/04 4:30 pm # 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Sandakan KUALA LUMPUR Kira-kira dua ratus rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia di Sandakan, Sabah musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku awal pagi tadi |
|
200 rumah air terbakar: Bantuan segera adalah keutamaan – PM - Mgazette - 19/04 4:30 pm # 200 rumah air terbakar: Bantuan segera adalah keutamaan - PM KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras usaha bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi menyediakan bantuan asas serta penempatan sementara kepada mangsa kebakaran rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah yang memusnahkan ratusan kediaman, awal pagi tadi |
|
TERKINI: 9,007 penduduk terjejas kebakaran di Sandakan - Polis - Hmetro - 19/04 4:28 pm Sandakan: Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di sini, awal pagi hari ini |
|
Kebakaran di Sandakan: 9,007 penduduk terjejas - Polis - Sinarharian - 19/04 3:58 pm SANDAKAN - Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 1.30 pagi, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 4 pagi."Kawasan ini menempatkan lebih kurang 1,200 rumah dan jumlah yang terkesan ialah kira-kira 1,000 rumah melibatkan 9,007 mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.George berkata, pihak berkuasa kini giat membantu menyelaras pendaftaran mangsa bagi tujuan pemindahan dan pengagihan bantuan.Beliau juga menyangkal dakwaan tular di media sosial kononnya kebakaran itu meragut nyawa."Saya tegaskan setakat ini, saya tidak menerima apa-apa laporan kemalangan jiwa |
|
Police: More than 9,000 displaced after fire destroys 1,000 homes in Sandakan - Malaymail - 19/04 3:54 pm SANDAKAN, April 19 A total of 9,007 residents were affected after about 1,000 stilt houses were destroyed in a f... |
|
Massive Sandakan fire leaves 9,007 homeless - BorneoPost - 19/04 3:53 pm SANDAKAN (April 19): A total of 9,007 residents were affected after about 1,000 stilt houses were destroyed in a fire at Kampung Bahagia here early today |
|
Lebih 100 anggota termasuk bomba 'bertarung' 10 jam padam kebakaran - Sinarharian - 19/04 3:30 pm SANDAKAN - Lebih 100 anggota pelbagai agensi bertungkus-lumus selama hampir 10 jam bagi mengawal dan memadam kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, awal pagi Ahad.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya hanya berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran sekitar jam 12 tengah hari.Menurutnya, pasukan bomba berdepan pelbagai cabaran sepanjang operasi pemadaman, termasuk struktur rumah yang terlalu rapat sehingga menyebabkan api merebak dengan cepat."Keadaan jalan yang sempit di kawasan kampung turut menyukarkan pergerakan jentera ke lokasi kebakaran."Selain itu, air laut yang surut menjejaskan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka, manakala faktor angin kencang mempercepatkan lagi kebakaran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dengan keluasan kira-kira empat hektar dan keseluruhan kawasan terjejas terbakar 100 peratus."Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dan defensif di bahagian kiri serta kanan kawasan kebakaran tersebut."Jentera bantuan daripada BBP Kinabatangan turut digerakkan dan menjalankan operasi pemadaman, dan sumber air diperoleh daripada lori tangki air, pili bertekanan milik kilang berhampiran serta sumber air terbuka iaitu air laut."Seramai 37 anggota bomba terlibat dalam operasi itu, termasuk 32 anggota dari BBP Sandakan dan lima anggota dari BBP Kinabatangan," jelasnya.Turut membantu ialah Unit Dron Zon Sandakan, Pasukan Bomba Sukarela Karamunting seramai 10 anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 50 anggota, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 30 anggota serta Sabah Electricity Sdn |
|
Massive fire destroys 1,000 houses in Sandakan water village - SUN - 19/04 3:06 pm A major fire has destroyed about 1,000 houses in a Sandakan water village, displacing hundreds of residents with no casualties reported |
|
Bantuan segera, penempatan sementara mangsa kebakaran di Sandakan diutamakan – PM Anwar - Mdateline - 19/04 2:00 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkesan dan menzahirkan rasa dukacita atas kejadian kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan kepada ratusan rumah di Kampung Bahagia, Sandakan, .. |
|
1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan - Sinarharian - 19/04 1:46 pm SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Polis menganggarkan kebakaran yang berlaku di kawasan perkampungan air di Kampung Bahagia, Batu Sapi di sinimelibatkan 1,000 rumah.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian kebakaran yang berlaku itu disifatkan terbesar di daerah itu."Hari ini 19 April di daerah Sandakan, kita berasa sedih dan amat berdukacita apabila satu kejadian kebakaran besar berlaku di Sandakan yang melibatkan kira-kira1,000 rumah."Sebenarnya kawasan ini menempatkan kira-kira 1,200 rumah dan yang terkesan adalah 1,000 rumah melibatkan 9,007 isi rumah," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini pada Ahad.Susulan kejadian itu, George berkata, lokasi kebakaran diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan penempatan sementara mangsa turut dibuka."Alhamdulillah, kita dapat mengawal api pada jam 4 lebih pagi tadi dan setakat ini kita dalam proses membantu masyarakat sini untuk mendaftar |
|
Cooking mishap blamed for Sandakan fire leaving at least 8,000 homeless - Malaymail - 19/04 1:17 pm SANDAKAN, April 19 A cooking incident allegedly caused by negligence has led to a major fire that displaced abou... |
|
Kebakaran Sandakan: Kerajaan selaras bantuan segera, penempatan sementara - Hotfm - 19/04 1:10 pm Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian awal pagi tadi di perkampungan atas air Kampung Bahagia. |
|
Kebakaran Sandakan: Kerajaan selaras bantuan segera, penempatan sementara - FMT - 19/04 1:10 pm Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian awal pagi tadi di perkampungan atas air Kampung Bahagia. |
|
Bantuan segera, penempatan sementara untuk mangsa kebakaran Sandakan - Anwar - Sinarharian - 19/04 12:50 am KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata beliau terkesan ketika menerima laporan kebakaran di kampung itu yang telah memusnahkan ratusan buah rumah."Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi di perkampungan atas air tersebut.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi dan seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas |
|
'Bukan saja rumah saya terbakar, malah hilang punca pendapatan' - Hmetro - 19/04 12:42 am Sandakan: Bukan saja rumah saya terbakar, malah hilang punca pendapatan kerana warung menjual bakso yang sudah lapan tahun saya usahakan juga musnah, kata Lim Nawali, 61 |
|
PM orders urgent govt aid after fire guts 200 homes in Sandakan - Malaymail - 19/04 12:24 am KUALA LUMPUR, April 19 The federal government and the Sabah state government are coordinating basic assistance a... |
|
Massive fire wipes out 200 houses in Sabah water village - Sinardaily - 19/04 10:15 am SANDAKAN About 200 homes in a water village at Kampung Bahagia here were completely destroyed in an early Sunday morning fire.In the incident, which occurred at around 1.30am, all residents were left with nothing but the clothes on their backs |
|
Kebakaran Besar Di Sandakan, Hampir 200 Rumah Hangus - Siakapkeli - 19/04 10:05 am Operasi pemadaman kebakaran besar memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air tidak kekal di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan awal pagi tadi masih berjalan. |
|
Inferno rips through Sandakan water village, 200 homes gone in hours - Malaymail - 19/04 8:56 am KUALA LUMPUR, April 19 At least 200 homes were destroyed in a fire that swept through a water village in Kampung... |
|
200 rumah atas air hangus dalam kebakaran - Sinarharian - 19/04 7:26 am SANDAKAN -Kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air di Kampung Bahagia di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum menggerakkan operasi pemadaman.Beliau berkata, seramai 30 anggota dikerahkan termasuk bantuan dari BBP Kinabatangan bagi mengawal kebakaran."Menurut laporan, kebakaran melibatkan 200 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus."Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan keadaan jalan yang sempit menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian."Selain itu keadaan air laut yang surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka dan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki serta pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam kebakaran."Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya."Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. |
|
200 rumah terbakar, bomba hadapi cabaran padam api - Sinarharian - 19/04 7:26 am SANDAKAN -Kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air di Kampung Bahagia di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum menggerakkan operasi pemadaman.Beliau berkata, seramai 30 anggota dikerahkan termasuk bantuan dari BBP Kinabatangan bagi mengawal kebakaran."Menurut laporan, kebakaran melibatkan 200 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus."Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan keadaan jalan yang sempit menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian."Selain itu keadaan air laut yang surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka dan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki serta pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam kebakaran."Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya."Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. |
|
Man fined RM48,000 for possessing carcasses, live specimen of various protected species - Malaymail - 18/04 1:54 pm SANDAKAN, April 18 A 38-year-old was fined RM48,000 after pleading guilty to a charge of possessing animal... |
|
Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi - Thempress - 16/04 8:52 pm SANDAKAN – Tindakan memiliki beberapa bangkai haiwan dilindungi membawa padah apabila seorang pegawai ladang didenda RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis |
|
Lelaki warga asing dijel tujuh bulan miliki kayu bakau tanpa cukai - Sinarharian - 15/04 2:12 pm SANDAKAN - Seorang lelaki warga asing dipenjara selama tujuh bulan selepas mengaku bersalah memiliki kayu bakau yang merupakan hasil hutan tanpa cukai di Mahkamah Sesyendi sini pada Rabu.Tertuduh, Ren Ahmad, 42, yang bekerja sebagai nelayan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Roslinda Razali.Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didapati tanpa kebenaran yang sah di bawah Enakmen Hutan 1968, telah memiliki sembilan kayu bakau iaitu hasil hutan yang belum dibayar cukai.Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang pada 12 Mac lalu di Sungai Batu Putihdi sini.Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30(1)(g)(iii) Enakmen Hutan 1968 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) enakmen sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan, Elrimeo Emin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. |
|
Sawit Kinabalu rancang pindah pejabat wilayah Sandakan ke SKSIP - Thempress - 14/04 9:16 pm SANDAKAN – Sawit Kinabalu merancang untuk memindahkan pejabat wilayahnya di daerah ini ke kawasan Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park (SKSIP) sebagai langkah strategik memperkukuh operasi serta pembangunan masa hadapan |
|
Tiga Pusat Jagaan Harian Warga Emas (Merpati) diluncur serentak hari ini di Sabah - Thempress - 14/04 8:48 pm SANDAKAN – Kerajaan Sabah terus komited memperkukuh agenda kebajikan sosial menerusi pelaksanaan Program Pusat Jagaan Harian Warga Emas (Merpati) dengan meluncurkan tiga buah pusat jagaan berkenaan yang memberi tumpuan kepada… |
|
Sandakan rugby fans savour unbeatable Borneo Flyers - BorneoPost - 14/04 8:46 am KOTA KINABALU (April 14): Home favourites Borneo Flyers lifted the Women’s Cup as the two-day Borneo 7s came to a thrilling conclusion at the Eagles Rugby Club Stadium in Sandakan on Sunday evening |
|
Murid sertai lawatan pembelajaran di BSBCC, tingkat literasi, numerasi - Thempress - 13/04 8:38 pm SANDAKAN – Seramai 23 murid bimbingan bersama 10 guru bimbingan menyertai lawatan pembelajaran bagi memperkukuh penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid di Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), di… |
|
Sempadan Perlis, Kedah Lubuk Ketirisan Subsidi Minyak - Wrlr - 13/04 1:07 pm Di zon selatan pula, di Selat Melaka dan Johor, melibatkan aktiviti bunkering tanpa kebenaran. Di Sabah pula, ia melibatkan beberapa kawasan termasuk Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau dengan modus operandi berbeza, katanya |
|
Paip bermasalah, kerja baik pulih didakwa terbengkalai - Thempress - 12/04 8:59 pm SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee meluahkan kebimbangan terhadap kelewatan kerja-kerja penyelenggaraan paip di Bandar Prima yang didapati tidak menunjukkan sebarang kemajuan memuaskan |
|
Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja - Thempress - 11/04 10:06 pm SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan… |
|
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan - Thempress - 11/04 9:49 pm SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang… |
|
Ribut petir, hujan lebat di lima negeri - Sinarharian - 11/04 4:25 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang.Amaran sama turut melibatkan Cameron Highland, Pahang dan Kuching, Sarawak.Di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat (Ranau); Tawau; Sandakan (Tongod) serta Kudat (Kota Marudu) |
|
Murid SK Balaban Jaya belajar di khemah, kerajaan Sabah cari penyelesaian segera - Thempress - 11/04 12:03 am SANDAKAN – Isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya yang terpaksa mengikuti sesi pembelajaran di bawah khemah serta di kaki lima masjid mendapat perhatian kerajaan negeri Sabah yang kini giat… |
|
Penguat kuasa perlu diperkasa, kamera badan antara keutamaan – Fairuz - Thempress - 11/04 11:21 am SANDAKAN – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah memberi penekanan terhadap usaha memperkasa anggota penguat kuasa termasuk cadangan melengkapkan mereka dengan peralatan keselamatan seperti kamera badan |
|
Polis Sandakan rampas syabu lebih 100 gram - Thempress - 10/04 9:52 pm SANDAKAN Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 106.21 gram dalam satu operasi khas di Kampung Pulau Shanghai, di sini, pada 8 Mac lalu |
|
SDK Football Gallery rakam legasi bekas pemain Sabah - Thempress - 10/04 9:36 pm SANDAKAN – SDK Football Gallery yang dicadang untuk dibangunkan akan merakam dan mengabadikan sejarah serta sumbangan pemain terdahulu dalam arena bola sepak untuk generasi akan datang |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - Sinarharian - 10/04 5:21 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lapan negeri dan turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena serta Padang Terap.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut) serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).Kawasan terjejas di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.Sementara itu di Sarawak, kawasan yang terkesan ialah Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi).Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas) |
|
Penutupan jalan masuk Bandar Prima selama 4 hari bermula 11 April - Thempress - 9/04 8:52 pm SANDAKAN – Jabatan Air Bahagian Sandakan akan melaksanakan penutupan jalan masuk ke Bandar Prima selama empat hari bermula 11 April hingga 14 April ini |
|
Ahli Majlis MPS bincang isu bekalan air bersama jurutera baharu - Thempress - 8/04 9:40 pm SANDAKAN – Ahli-ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengadakan kunjungan hormat ke atas Jurutera Daerah Jabatan Air Sandakan yang baharu dilantik, Ts |
|
Buletin 8 Tan Bateri Kereta Disita, Nilai Rampasan Lebih Rm720,000 Read .. - Mekanika - 8/04 8:13 am # 8 TAN BATERI KERETA DISITA, NILAI RAMPASAN LEBIH RM720,000 **Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat dua serbuan menerusi Op Hazard di negeri ini, semalam dengan menyasarkan pusat menyimpan bateri kereta dan sisa elektronik (e-waste) secara haram.** Premis di Penampang dan Sandakan itu diserbu selepas dipercayai dijadikan pusat penyimpanan barang lusuh serta e-waste tanpa lesen |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di lapan negeri, Labuan - Sinarharian - 6/04 11:20 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 1 pagi ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku diPulau Pinang, Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).Selain itu, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman),Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut).SelainSarawak diKapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.Sementara itu, Labuan dan di Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod).- Bernama |
|
18 veteran tentera dirai pada majlis bersama Panglima ATM - Thempress - 6/04 12:30 am SANDAKAN – Seramai 18 veteran tentera di daerah ini menerima penghargaan dalam Majlis Ramah Mesra Panglima Angkatan Tentera bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Dewan Azim, RKTLDM… |
|
11 motosikal disita, 37 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan - Thempress - 6/04 10:06 am SANDAKAN – Sebanyak 11 buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam Op Samseng Jalanan (Motosikal) yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT),… |
|
Lima negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat - Sinarharian - 5/04 1:58 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 4 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang kawasan yang terjejas ialah Bentong dan Rompin, Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah) serta Johor (Tangkak, Muar, Mersing dan Kota Tinggi).Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu (Tatau).Cuaca itu juga diramalkan di Sabah melibatkan Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) |
|
Operasi perjudian berselindung di sebalik lesen pusat hiburan tumpas - Mgazette - 4/04 8:05 am Penahanan membabitkan 52 lelaki dan 15 wanita berusia antara 20 hingga 75 tahun dengan 24 daripadanya merupakan penjaga premis, katanya dalam kenyataan hari ini. Daripada 13 premis terlibat, lapan terletak di Seri Kembangan dan Klang Utara, Selangor manakala lima lagi di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan di Sabah |
|
Judi disebalik pusat hiburan keluarga, e-sport digempur - Sinarharian - 3/04 7:46 pm KUALA LUMPUR - Kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dan Pusat Hiburan Interaktif (PHI) digempur polis baru-baru ini.Serbuan Op Dadu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Kontinjen Selangor serta Sabah pada Rabu serta Khamis.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 13 premis perniagaan iaitu lapan di Seri Kembangan dan Klang, Selangor, manakala lima premis di Kota Kinabalu, Tawau serta Sandakan, Sabah.Menurutnya, dalam operasi ini seramai 52 penjaga premis dan pemain perjudian terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing ditahan dalam serbuan di Selangor, manakala 11 lagi penjaga dan pemain ditahan di Sabah."Kesemua yang ditahan dalam operasi di kedua-dua negeri terbabit berusia antara 20 hingga 75 tahun."Selain itu, pihak polis turut merampas tablet, peralatan komputer, mesin perjudian serta wang tunai dalam kesemua serbuan yang dibuat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya, modus operandi sindiket ialah menjalankan aktiviti perjudian di premis perniagaan dengan berselindung di sebalik lesen pusat hiburan keluarga dan e-sport.Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tindakan total enforcement akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram bagi menjamin kesejahteraan sosial rakyat Malaysia dengan kolaborasi bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan."Orang ramai diseru untuk konsisten menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(c), Seksyen 6(1) akta yang sama, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama. |
|
Garis panduan BDR diumum dalam masa terdekat - Ramanan - Sinarharian - 2/04 6:27 pm SUBANG - Beberapa garis panduan berkaitan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) dijangka diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam tempoh terdekat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan.Beliau berkata kerajaan kini di peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan dasar berkenaan yang melibatkan sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."Antara telah dibincangkan ialah pelaksanaannya dibuat secara berfasa. Buat masa ini, mungkin pelaksanaan awal melibatkan kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Kuching," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja KESUMA Bangsa, di sini hari ini.Ramanan berkata bagi syarikat multinasional, syarikat besar serta institusi perbankan, kebanyakan organisasi berkenaan telah melaksanakan modul BDR dalam operasi masing-masing.Beliau berkata pelaksanaan BDR juga dijangka tidak menjejaskan produktiviti pekerja kerana tugasan yang boleh dilaksanakan melalui komputer boleh dilakukan sama ada di pejabat mahupun rumah.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan GLC bermula 15 April, sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global, selain mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.Mengenai Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja KESUMA Bangsa, Ramanan berkata ia merupakan platform strategik kerajaan untuk memperkukuh hubungan tripartit antara kerajaan, majikan dan pekerja, selain menyemarakkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei ini."Program ini juga menjadi ruang perbincangan bagi memahami keperluan sebenar pekerja dan memastikan suara mereka diambil kira dalam pembentukan dasar kerajaan," katanya.Beliau berkata program itu juga akan dilaksanakan secara jelajah di beberapa zon utama bermula di Sungai Buloh, Selangor, Ipoh, Perak, Batu Pahat, Johor, Kuala Terengganu, Terengganu, Kota Samarahan, Sarawak dan Sandakan, Sabah.Menurutnya, pelbagai program telah dirangka bagi menyemarakkan sambutan Hari Pekerja tahun ini antaranya Mega Karnival Kerjaya dan Kemahiran serta Reruai Perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada 1 hingga 3 Mei ini di Parkir B, TM Stadium Nasional, Bukit Jalil."Sayembara Mencipta Pantun Hari Pekerja 2026 bermula 30 Mac hingga 13 April, Forum Hal Ehwal Islam pada 7 Mei di Sabah serta Run and Ride Hari Pekerja pada 17 Mei di Dataran Wawasan, Putrajaya," katanya |
|
Gotong-royong pulihara pulau, 120kg sampah dikutip - Thempress - 1/04 2:13 pm SANDAKAN – Sebanyak 120 kilogram (kg) sampah berjaya dikumpulkan dalam tempoh hanya tiga jam menerusi Program Gotong-Royong Jiwa Murni Turtle Islands Heritage Protected Area (TIHPA) yang diadakan di Sub-Stesen Pulau… |
|
IJM Land invests RM4.7 mln to improve connectivity in Sandakan - BorneoPost - 31/03 7:10 pm SANDAKAN (March 31): IJM Land Berhad (IJM Land) has officially broken ground on a RM4.7 million roundabout at the intersection of Jalan Lintas Sibuga and Persiaran Rimbayu Indah, reinforcing its commitment to improving connectivity and supporting the growth of IJM Rimbayu Indah township |
|
Perluas program B20 tangani kenaikan harga bahan api – Teresa - Mgazette - 30/03 3:59 pm Pada masa ini, jelas beliau, walaupun B20 telah dilaksanakan di Sarawak, Bintulu masih dikecualikan kerana kekurangan kemudahan pencampuran. Di Sabah, tambahnya, beberapa depot di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu masih menunggu kerja naik taraf, manakala di Semenanjung pelaksanaannya amat perlahan dengan hanya Langkawi menawarkan B20 kepada pengguna |
|
Penduduk tempatan dicadang jadi tenaga kerja hotel Pulau Berhala – Vivian - Thempress - 29/03 8:32 pm SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mencadangkan agar pihak pengusaha hotel yang bakal dibangunkan di Pulau Berhala memberi keutamaan kepada penduduk tempatan sebagai tenaga kerja |
|
Tiga lelaki ditahan terlibat kes dadah di Sandakan - Mgazette - 28/03 7:38 am # Tiga lelaki ditahan terlibat kes dadah di Sandakan KUALA LUMPUR - Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di Batu 15, Jalan Labuk serta Taman Megah, Sandakan, Sabah malam tadi |
|
Driver dies after Isuzu D-Max plunges into drain in Sandakan crash - Malaymail - 27/03 4:53 pm SANDAKAN, March 27 A man died after the four-wheel-drive vehicle he was driving skidded and plunged into a drain... |
|
Warisan serah memo, selar kesunyian panjang SPRM - Mkini - 27/03 4:32 pm Memorandum tersebut diserahkan secara serentak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. |
|
Lelaki maut tersepit, pacuan empat roda terbabas ke dalam longkang - Sinarharian - 27/03 4:23 pm SANDAKAN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum dia ditemui tersepit dalam kejadian di Batu 7 di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, mangsa, Chock Vui Heong, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah hari.Menurutnya, seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari BBP Sandakan."Sebaik tiba di lokasi, sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max didapati terbabas dan masuk ke dalam longkang."Hasil pemeriksaan, terdapat seorang mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas |
|
Wanita diserang, disamun pagi Syawal - Sinarharian - 26/03 4:03 pm KOTA KINABALU - Sambutan 1 Syawal yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar detik hitam bagi seorang wanita apabila menjadi mangsa samun dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 7 di sini awal pagi Sabtu lalu.Dalam kejadian tersebut, mangsa diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke dalam rumah melalui tingkap.Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 1.30 pagi pada hari sama."Pada 21 Mac 2026 sekitar jam 1.30 pagi, Polis Daerah Sandakan telah menerima laporan berhubung satu kejadian samun yang berlaku di sebuah rumah di kawasan Batu 7 Daerah Sandakan."Dalam kejadian tersebut, seorang wanita tempatan telah diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke dalam rumah melalui tingkap."Suspek bertindak menyamun mangsa sebelum melarikan diri bersama beberapa barangan berharga termasuk telefon bimbit dan barang kemas dengan anggaran kerugian sekitar RM20,000," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, bertindak atas maklumat dan siasatan lanjut, pihak polis telah menjalankan operasi mengesan suspek sebelum berjaya membuat tangkapan dalam tempoh beberapa hari."Bertindak atas maklumat dan siasatan lanjut, pihak polis telah menjalankan operasi mengesan dan berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang penjaga premis pajak gadai di sekitar daerah ini pada Selasa dan Rabu."Suspek utama merupakan seorang warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah."Hasil soal siasat terhadap suspek utama telah membawa kepada tangkapan dua lagi suspek serta penemuan barang kes termasuk telefon bimbit, barang kemas dan pakaian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes," katanya.Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. |
|
Woman robbed in her sleep at Sandakan home - Star - 26/03 1:52 pm KOTA KINABALU: A middle-aged woman was robbed in her sleep while she was home alone in Sandakan recently |
|
Warga emas ditemukan rentung rumah atas air - Sinarharian - 25/03 11:25 am SANDAKAN - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah perkampungan atas air di Kampung Mumiangdi sinipada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Lee Thung Mong, 77, ditemui oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berada di lokasi kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 malam.Menurutnya, seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 70 kilometer dari BBP Sandakan dan melibatkan kawasan perkampungan atas air."Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian kerana tiada laluan darat, keadaan air laut surut serta memerlukan bantuan bot daripada agensi penyelamat lain."Sehubungan itu, pasukan bomba bergerak ke lokasi dengan menggunakan bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya dan pemadaman awal telah dilakukan oleh penduduk kampung menggunakan pam air milik sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba."Seorang mangsa ditemukan oleh anggota PGA dalam keadaan rentung di dalam rumah berkenaan."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadamkan sisa bara api menggunakan pam air penduduk sebelum mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut," katanya.Tambahnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Pemeriksaan di sekitar kawasan turut dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.35 tengah malam," katanya. |
|
Cuaca panas dijangka berterusan hingga Jun susulan taburan hujan rendah - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:19 am KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Beliau berkata, berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang."Semasa fasa peralihan monsun dijangka bermula hujung Mac hingga Mei, kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam. Hujan ini dijangka meredakan sedikit suhu di Malaysia," katanya kepada Bernama.Ambun berkata, taburan hujan dijangka meningkat mulai penghujung minggu ini, melibatkan kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.Beliau berkata, berdasarkan rekod terkini, beberapa kawasan seperti Limbang di Sarawak serta Sandakan dan Tawau di Sabah telah merekodkan taburan hujan melebihi paras normal, manakala beberapa lokasi lain seperti Ipoh (Perak), Subang (Selangor), Kudat (Sabah) dan Mulu (Sarawak) mencatatkan paras normal."Namun, kebanyakan stesen lain menunjukkan taburan hujan di bawah paras normal, dengan Kedah (Alor Setar, Kubang Pasu dan Langkawi) serta Papar (Sabah) masing-masing merekodkan hingga 17 hari tanpa hujan, manakala Perlis mencatatkan 15 hari tanpa hujan setakat 23 Mac," katanyaAmbun berkata, kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, iaitu Pendang, Baling dan Padang Terap, lebih terdedah kepada cuaca panas berikutan faktor geografi serta corak tiupan angin MTL yang membawa lebih banyak kelembapan ke Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak."Pada Januari, tumpuan aliran angin dan sistem cuaca lebih aktif di kawasan tersebut, menyebabkan kawasan utara dan barat Semenanjung Malaysia cenderung mengalami keadaan cuaca yang lebih kering dan panas," katanya.Sementara itu, beliau berkata, keadaan cuaca panas di Malaysia lazimnya berlaku pada fasa akhir MTL pada Februari hingga April, dengan kawasan utara Semenanjung Malaysia cenderung menunjukkan pola cuaca lebih panas, namun ia juga bergantung kepada keragaman iklim seperti fenomena ENSO.Ambun berkata, berdasarkan model iklim global, Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami peningkatan kekerapan hari panas ekstrem, terutama jika dipengaruhi fenomena El Nino."Rekod suhu tertinggi negara menunjukkan bacaan 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, diikuti Batu Embun, Pahang (39.3 darjah Celsius) pada 2016 dan Alor Setar (39.1 darjah Celsius) pada 1998, yang semuanya berlaku ketika fenomena El Nino kuat," katanya.Ujarnya, Malaysia berpotensi mencapai gelombang haba tahap 3 sekiranya berlaku El Nino kuat, namun perkembangan fenomena itu masih dipantau.Tambahnya, MetMalaysia mentakrifkan gelombang haba sebagai suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, dengan amaran tahap 1 dikeluarkan pada 35-37 darjah Celsius, tahap 2 pada 37-40 darjah Celsius dan tahap 3 apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius untuk tempoh sama.Ambun turut menasihati orang ramai untuk minum air secukupnya, kurangkan aktiviti luar terutama pada waktu tengah hari, pakai pakaian sesuai dan elakkan pembakaran terbuka serta berhemat dalam penggunaan air bagi mengelakkan pembaziran.Beliau berkata, cuaca panas dan kering juga boleh menurunkan paras empangan serta meningkatkan risiko kemarau dan gangguan bekalan air, selain menjejaskan kesihatan seperti strok haba dan dehidrasi |
|
Lot Ketupat Raya, ‘one stop’ Aidilfitri di Sandakan - Thempress - 23/03 11:08 am SANDAKAN Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Lot Ketupat Raya di sini kembali meriah dengan deretan peniaga tempatan yang setia meneruskan tradisi turun temurun, sekali gus menghidupkan warisan… |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |