///
See Also: Shutterstock

Search : Saksi News   Page 1    



Kerana hukuman sebat, ada negara enggan ekstradisi Adlan, Mansoor Kerana .. - Mgazette - 30/10 2:14 pm

Semalam, media melaporkan Azam berkata, siasatan SPRM terhadap Adlan yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai dan kini menunggu proses pertuduhan di mahkamah. Azam dilaporkan berkata, SPRM selesai merakam percakapan semua saksi bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian





Nasib Ismanira disabit atau dibebas daripada tuduhan abai Zayn Rayyan .. - Mgazette - 30/10 2:14 pm

Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan menyampaikan keputusan tersebut pada akhir kes pembelaan selepas mempertimbang keterangan lima saksi termasuk Ismanira dan meneliti hujahan bertulis pihak peguam dan pasukan pendakwaan





Saksi beritahu emosi Zara Qairina dilihat seperti terganggu selepas keluar dari bilik lain - Sinarharian - 30/10 2:10 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-36 inkues memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia nampak Zara Qairina Mahathir seperti dalam gangguan emosi selepas keluar dari bilik lain untuk masuk ke biliknya.Perkara itu didedahkan ketika saksi kanak-kanak ke-27 itu memberikan keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di sini pada Khamis.Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Zara Qairina adalah kawan biasanya di mana mereka tinggal di dorm yang sama."Pada 15 Julai 2025, pada waktu malam semasa saksi berada di dalam dorm, dia ada melihat Zara dan ada mendengar suara dari bilik sebelah yang menyuruh Zara datang ke bilik lain





Inkues: Saksi kanak-kanak ke-25 dakwa hubungan Zara, ibu baik - Thempress - 30/10 10:56 am

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-25 dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, memberitahu mahkamah bahawa hubungan antara Zara dan ibunya berada dalam keadaan baik semasa dia…





Nasib ibu Zayn Rayyan diketahui esok - Sinarharian - 30/10 7:50 am

PETALING JAYA Nasib ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas satu kes pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu dua tahun lalu, akan diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.Berdasarkan sistem kehakiman, keputusan akan disampaikan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh pada jam 9 pagi.Sekiranya hakim mendapati Ismanira Abdul Manaf, 30, bersalah, maka mahkamah akan menjatuhi hukuman.Ibu kepada dua anak itu berdepan dakwaan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun, jika mahkamah mendapati dia berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, Ismanira akan dibebaskan serta-merta.Pada 13 Jun tahun lalu, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokkannya.Seramai 28 saksi hadir memberi keterangan terhadap kedua-dua tertuduh, dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula 3 Februari hingga 24 April lalu.Pada 21 Julai, nasib menyebelahi Zaim Ikhwan apabila mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan berkenaan di akhir kes pendakwaan.Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama terbabit.Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Ismanira yang juga tertuduh kedua, membela diri atas pertuduhan yang dihadapi.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Kamarul Iman Ahmad Sapian.Sementara Ismanira diwakili peguam, Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.





Hubungan Zara Qairina, ibu baik – Saksi - Mgazette - 30/10 7:46 am

KOTA KINABALU - Hubungan antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan ibunya, Noraidah Lamat disifatkan baik berdasarkan keterangan saksi pada prosiding inkues kematian remaja itu di Mahkamah Koroner di sini, hari ini





Hubungan Zara Qairina dan ibu disifatkan baik, menurut saksi - FMT - 29/10 9:42 pm

Saksi pernah bermalam di rumah Zara, dan mendapati hubungan antara ibu dan anak itu adalah baik.





Pekerja ladang maut disambar buaya - Sinarharian - 29/10 9:28 pm

MIRI - Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya ketika mengambil air di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu pada Rabu.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.34 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 44 kilometer dari balai berkenaan."Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.19 tengah hari, pasukan yang diketuai Ketua BBP, Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie memulakan operasi pencarian dengan liputan radius kira-kira 700 meter ke hulu dan hilir sungai."Berdasarkan keterangan saksi, mangsa seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhlis Tentra, 47, sedang mengambil air bersama dua rakan untuk diisi ke dalam tong racun di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebelum disambar seekor buaya," menurut kenyataan itu.Kenyataan itu memaklumkan mangsa dilihat sempat menghulurkan tangan meminta pertolongan sebelum ditarik ke dalam air oleh buaya berkenaan dan terus hilang daripada pandangan."Mayat mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu





Inkues Zara Qairina: Saksi nampak hubungan Zara dan ibunya baik - Sinarharian - 29/10 7:08 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-34 inkues Zara Qairina Mahathir mendakwa hubungan dua beranak itu dalam keadaan baik semasa dia bermalam di rumah pelajar Tingkatan Satu itu di Sipitang.Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi yang juga kanak-kanak ke-25 memberitahu perkara itu dalam keterangannya bahawa dia pernah mengikut Zara Qairina pulang ke rumahnya pada hujung minggu."Saksi berkata, semasa dia di rumah Zara, dia nampak hubungan Zara dan ibunya adalah baik





Saksi dedah Zara Qairina mengatakan pernah dipulau, diejek pelajar lain - Sinarharian - 29/10 6:57 pm

KOTA KINABALU-Saksi ke-33 inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner, di sini bahawa pelajar Tingkatan Satu itu mengatakan bahawa dia pernah dipulaukan dan jadi bahan ejekan oleh beberapa pelajar lain.Saksi yang juga kanak-kanak ke-24 memberitahu perkara itu dalam keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Rabu.Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi merupakan pelajar junior yang tinggal di aras blok asrama sama dengan Zara Qairina tetapi mereka tinggal di blok yang berlainan."Saksi mengatakan dia nampak Zara akan hubungi ibunya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu





Inkues: Saksi syak Zara Qairina ambil duitnya, dakwa ditemui dalam dompet .. - Hmetro - 29/10 6:54 pm

Kota Kinabalu: Saksi kanak-kanak ke-25 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini mengenai penemuan duitnya yang hilang dalam dompet arwah pada 15 Julai lalu





Saksi dakwa pernah baca diari Zara Qairina luah kata kesat terhadap ibunya - Sinarharian - 29/10 6:28 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-35 inkues kematian Zara Qairina mendakwa bahawa dia ada membaca dalam diari pelajar Tingkatan Satu itu yang meluahkan kata-kata kesat kepada ibunya sendiri.Perkara itu diberitahu ketika saksi kanak-kanak ke-26 memberi keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu.Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah tersebut dan rakan biasa kepada Zara Qairina serta mereka tinggal di dorm yang sama."Dalam keterangannya, saksi pernah nampak Zara menulis diari dan sentiasa menulis diari di dalam bilik asrama





Inkues Zara Qairina: Arwah pernah dipulau kerana 'cari perhatian' - Saksi - Astroawani - 29/10 6:19 pm

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu hari ini memberi gambaran baharu mengenai kehidupan sosial pelajar berusia 13 tahun itu sebelum kejadian itu.





Inkues: Saksi mengaku curi-curi baca diari Zara Qairina - Hmetro - 29/10 6:15 pm

Kota Kinabalu: Seorang saksi kanak-kanak mengaku pernah curi-curi membaca diari Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang menceritakan mengenai ibu dan bilik asrama arwah





Najib gagal kemuka 'penderma' RM2.3 bilion untuk sokong dakwaan sumbangan - Pendakwa Raya - Sinarharian - 29/10 5:14 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengemukakan 'penderma' bagi dana berjumlah RM2.3 bilion, untuk menyokong dakwaannya bahawa wang itu merupakan "sumbangan" daripada Arab Saudi.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib ketika prosiding penghujahan pihak pendakwaan berkata keterangan bersumpah Najib tidak memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berhubung perkara itu, sebaliknya, bekas perdana menteri itu hanya mendakwa bahawa beliau "percaya" wang tersebut merupakan sumbangan derma.Beliau berkata, Najib hanya bergantung kepada empat surat sumbangan yang didakwa itu tanpa mengemukakan sebarang penderma, dokumen sahih atau saksi yang menyokong, sebaliknya hanya menawarkan satu cerita yang telah dianggap oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, serta disahkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai "tidak boleh dipercayai", "sukar untuk dipertahankan", "tidak munasabah" dan "rekaan semata-mata" dalam kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkannya."Yang Arif, bukti menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai kepentingan peribadi secara langsung dalam keputusan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB)





Guan Eng jamin ahli perniagaan dapat tanah lot di Bandar Tanjung Pinang - Saksi - Astroawani - 29/10 4:50 pm

Siasatan SPRM mendapati Ewe membuat bayaran RM26.6 juta kepada CZBUCG dan baki RM53.2 juta melalui pinjaman bank, dipercayai kerana yakin dengan jaminan daripada Lim.





Saksi dakwa Lim jamin ahli perniagaan dapat tanah lot - Mkini - 29/10 4:48 pm

Zulhilmi Ramli, berkata susulan jaminan tersebut, Ewe membiayai syarikat CZBUCG sejak 2013, sedangkan tanah Lot 702 itu hanya dipindah milik pada 2015.





Empat pekebun durian didakwa terlibat pengubahan wang haram - Sinarharian - 29/10 4:28 pm

KUANTAN - Empat pekebun durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM560,000 daripada penjualan durian diusahakan tanpa kebenaran sejak tahun lepas.Lai Seng Wah, 44, Chin Swee Heung, 53, Chua Seng Wen, 64, dan Tong Thin Fook, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Seng Wahdidakwa atas dua pertuduhan memperoleh hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM40,245 yang sebahagiannya merupakan hasil penjualan buah durian daripada tanah yang diusahakan tanpa kebenaran sah pihak berkuasa negeri di Sungai Klau, Raub antara 25 Julai 2024 hingga 15 April lepas.Swee Heungpula berdepan lima pertuduhan sama dengan memperoleh hasil berjumlah RM48,774 di lokasi sama antara 27 Julai 2024 hingga 29 Ogos lepas.Seng Wenpula didakwa memperoleh hasil sebanyak RM15,945 di Sungai Klau, Raub antara 11 Julai hingga 12 Ogos lepas dan Tong didakwa atas dua pertuduhan sama dengan hasil diperolehnya berjumlah RM454,365 di Sungai Ruan, Raub antara 4 Julai 2024 hingga 7 Oktober lepas.Kesemua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ezuain Farhana Ahmad macadangkan wang jaminan antara RM20,000 hingga RM50,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.Peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga masing-masing.Mahkamah membenarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 untuk setiap tertuduh berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes





Siasatan terhadap menantu Muhyiddin selesai, akan didakwa - Azam Baki - Sinarharian - 29/10 4:21 pm

SUBANG JAYA - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai dan kini menunggu proses pertuduhan di mahkamah.Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya selesai merakam percakapan semua saksi bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan projek di sebuah kementerian melibatkan Muhammad Adlan yang kini dipercayai berada di Timur Tengah dan seorang peguam Mansoor Saat."Kes ini telah selesai, satu-satunya perkara yang tinggal adalah kami mahu dia kembali (pulang ke Malaysia) kerana semua saksi telah dirakam percakapan, kami mahu mendakwa dia dan juga peguam (terbabit)," katanya selepas Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) ke-21 di sini pada Rabu.Azam berkata, pihaknya sedang menjejaki aset milik Muhammad Adlan di luar negara, namun mengakui proses itu mengambil masa dan bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara lain.Beliau berkata, siasatan terhadap aset yang dikenal pasti hanya akan diteruskan sekiranya ia mempunyai kaitan langsung dengan kes yang sedang disiasat."Setakat ini, kami tiada jawapan sama ada dia menggunakan proksi atau tidak, itu di luar pengetahuan kami tetapi kami percaya dia mempunyai aset di luar negara jika tidak, bagaimana dia mampu untuk tinggal di sana," katanya.Azam berkata, pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan lokasi sebenar Muhammad Adlan, selepas pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen dan kemungkinan dia bergerak ke luar negara menggunakan dokumen perjalanan lain.Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang mengesan Muhammad Adlan dan Mansoor bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.Mengenai mesyuarat ASEAN-PAC, Azam berkata ia memberi peluang kepada Malaysia khususnya SPRM untuk memainkan peranan utama dalam memperkukuh usaha membina integriti, ketelusan dan tadbir urus baik di rantau ini.Azam berkata, sebagai pengerusi mesyuarat itu, Malaysia bukan sahaja berperanan memimpin perbincangan tetapi turut membimbing 11 negara anggota lain dalam menghadapi cabaran membanteras rasuah selain masing-masing berkongsi amalan terbaik bagi membina masyarakat bebas rasuah.Beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut meluluskan pelan tindakan ASEAN-PAC yang akan dikongsi bersama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) untuk dibentangkan pada Persidangan Negara-Negara Pihak (CoSP) di Doha, Qatar pada 14 Disember ini.Azam berkata, Malaysia akan terus mengetuai ASEAN-PAC sehingga November tahun depan sebelum menyerahkan jawatan pengerusi kepada Myanmar, dengan fokus terhadap usaha membina generasi belia bebas rasuah sebagai pemimpin masa depan





Riak wajah pegawai tentera tertembak anak AR Badul nampak cemas, bersalah - Saksi - Sinarharian - 29/10 2:43 pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu diberitahu bahawa riak wajah yang cemas dan bersalah kelihatan pada Leftenan Kolonel Razahar Rashid iaitu pegawai yang telah tertembak Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya semasa mereka melakukan demontrasi di Kem Lok Kawi enam tahun lalu.Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Staf 2, Mejar Mohammad Fariszul Syauqie Ismail yang hadir sebagai saksi pertama daripada pihak pembelaan defendan ketika ditanya Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb.Nur Ezdiani sebelum itu bertanyakan kepada saksi siapa individu yang berlakon sebagai penembak Mohd Zahir dalam demonstrasi pada 4 September 2019 ketika itu."Individu yang melakukan aksi menembak Leftenan Kolonel Mohd Zahir dalam demonstrasi tersebut adalah Leftenan Kolonel Razahar Rashis yang melakonkan dan melakukan tugas sebagai pembawa momento dalam gimis tersebut," kata Mohammad Farizul Syauqie dalam keterangannya itu.Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa dia meneruskan tugas memantau keseluruhan perjalanan acara sehingga tamat iaitu semua tetamu kenamaan (VIP) beredar dari lokasi acara."Setelah si mati dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan saya telah memastikan si mati mengalami kecederaan pada ketika itu, saya memantau keseluruhan acara dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Leftenan Kolonel Razahar Rashid kerana riak wajah dan bahasa badan beliau berubah kerana melihat si mati dibawa menggunakan ambulans keluar dari lokasi kejadian."Sebaik tamat acara penyampaian momento kepada VIP, Leftenan Kolonel Razahar telah keluar dari lokasi acara iaitu beliau bergerak ke kawasan sebelah pentas untuk bertanya kepada saya situasi yang berlaku."Dalam masa sama, saya terus mendapatkan pistol yang ada pada beliau untuk dikeluarkan peluru dan saya membawanya ke markas pasukan tersebut iaitu di bilik bincang pasukan," katanya.Nur Ezdiani kemudian bertanya lanjut, kenapa Razahar dibawa ke bilik bincang pasukan tersebut dan saksi memaklumkan ia adalah sebagai inisiatif awal untuk menenangkannya selepas kejadian tersebut."Sebagai pegawai tentera yang berpengalaman dan terlatih, saya dapat membaca dan menganalisis keadaan emosi Leftenan Kolonel Razahar apabila dimaklumkan si mati telah cedera dalam lakonan tembakan tersebut."Saya mendapati, emosi beliau sangat tidak stabil dan menunjukkan riak wajah yang amat cemas dan bersalah kerana telah mencederakan tanpa sengaja dalam aktiviti tersebut."Jadi sebagai inisiaitf awal, bagi menenangkan beliau dan mengelakkan beliau drpd berjumpa sesiapa berkaitan kejadian tersebut, saya telah membawa beliau ke Lokasi yang dimaksudkan bagi tujuan pengasingan," katanya.Saksi turut memberitahu mahkamah tujuan pengasingan di bilik tersebut adalah untuk mengelak Razahar berjumpa dengan mana-mana individu lain dan bertujuan untuk menenangkan beliau yang baru saja dimaklumkan berkaitan kejadian itu."Tempoh pengasingan pada ketika itu adalah bermula sejurus selepas tamat acara sehingga ke waktu petang iaitu apabila pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi kejadian untuk menyiasat tempat kejadian," katanya.Beliau turut berkata, sepanjang tempoh itu hanya dia dan Razahar berada dalam bilik tersebut dan mengesahkan Razahar tidak bertemu dengan individu lain selain daripadanya.Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham Mohd Zahir Armaya melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Pasukan peguam, Datuk Ansari Abdullah bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri berkata, tuntutan tersebut adalah daripada ibu, ayah dan adik Allahyarham.Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul, disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.





SPRM sahkan siasatan terhadap menantu Muhyiddin selesai - FMT - 29/10 2:24 pm

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata semua keterangan saksi sudah diambil.





Siasatan SPRM terhadap Adlan Berhan selesai, hanya tunggu pulang hadapi pertuduhan - Utusan - 29/10 1:37 pm

PETALING JAYA: Siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli perniagaan yang kini diburu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan serta peguamnya telahpun selesai. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah lengkap sepenuhnya dengan semua saksi telah ..





Keputusan status representasi kes GISBH diketahui Khamis ini - Sinarharian - 29/10 12:49 am

KAJANG Status representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu untuk mengkaji kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang akan diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis.Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar akan membuat keputusan berkenaan dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini.Semasa prosiding lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun memberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan masa untuk meneliti representasi daripada semua tertuduh.Selepas prosiding terbabit, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata, pihaknya mengemukakan representasi supaya AGC dapat mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi.Menurutnya, permohonan berkenaan termasuk menukar kepada seksyen dan hukuman yang lebih rendah.Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof; 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33 dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.Mereka ialah lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Pada 23 Disember 2024, Mahkamah Sesyen Selayang membenarkan kes yang dihadapi 22 tertuduh itu dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Susulan itu, mereka selaku pemohon, merayu kepada mahkamah supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan, namun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 24 Mac lalu, semua tertuduh lelaki gagal dalam permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan namun Mahkamah Tinggi membenarkan tertuduh-tertuduh wanita diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin.Ia termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap dua minggu, hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang tetapkan dan tidak mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh jaminan





Temu duga pekerja orang kenamaan didakwa punca ejen insurans dipukul - Mgazette - 29/10 7:32 am

# Temu duga pekerja orang kenamaan didakwa punca ejen insurans dipukul MELAKA Seorang pengurus sebuah syarikat insurans memberitahu Mahkamah Majistret Melaka hari ini kejadiannya dimaki dan dipukul oleh seorang kenamaan bergelar Datuk Seri berpunca apabila seorang pekerja wanita bertemu dengannya untuk ditemu duga pada November tahun lalu. Mangsa, Muhammad Nur Hakim Baharudin, 31, yang juga saksi pendakwaan memberi keterangan demikian pada perbicaraan pertama di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin





Jho Low dalang utama kes 1MDB masih gagal dikesan – Shafee Jho Low .. - Mgazette - 29/10 7:32 am

Peguam kanan itu turut mempertikai sama ada pihak berkuasa telah menggerakkan usaha yang mencukupi untuk mengesan ahli perniagaan tersebut. Menurut Muhammad Shafee, ekoran kegagalan itu, pendakwaan terpaksa bergantung kepada keterangan saksi-saksi lain untuk menguatkan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak





Saksi dedah tahu ejekan ‘Sok Sok Badar’ pelajar lain terhadap .. - Mgazette - 29/10 7:32 am

# Saksi dedah tahu ejekan 'Sok Sok Badar' pelajar lain terhadap Zara Qairina KOTA KINABALU - Seorang pelajar senior yang merupakan ahli Badan Dakwah dan Rohani (Badar) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia mengetahui mengenai ejekan 'Sok Sok Badar' oleh pelajar lain terhadap Zara Qairina Mahathir





Najib tidak pernah arah RM2.08 billion dimasukkan ke dalam akaun .. - Mgazette - 29/10 7:32 am

Peguam Datuk Tania Scivetti berhujah, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bekas Perdana Menteri sendiri mengarahkan AmIslamic Bank untuk menukar dua kiriman wang dalam dolar Amerika Syarikat (AS$) kepada sembilan kredit dalam Ringgit Malaysia (RM) supaya nilainya setara yang kemudian boleh diterima ke dalam akaun peribadinya. Hujah beliau, perkara itu dibuktikan melalui keterangan Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu (saksi pendakwaan ke-41) bahawa Najib tidak mempunyai peranan dalam memulakan atau membenarkan penukaran dolar AS kepada Ringgit Malaysia





Saksi dedah tahu ejekan 'sok sok Badar' pelajar lain terhadap Zara Qairina - Mkini - 28/10 9:42 pm

Saksi turut mendedahkan Zara Qairina seorang yang baik, ceria, peramah, suka senyum, memberi salam dan hormat kepada pelajar senior.





Saksi beritahu Zara mengaku ambil barang pelajar lain - FMT - 28/10 8:47 pm

Saksi beritahu mahkamah Zara Qairina Mahathir pernah berkata 'diorang tidak mahu pakai jadi aku ambillah'.





Inkues: Guru tunjuk kandungan diari Zara melalui telefon selepas kejadian – Saksi ke-23 - Thempress - 28/10 8:23 pm

KOTA KINABALU – Seorang guru menunjukkan buku diari Zara kepadanya melalui telefon di surau selepas hari kejadian 16 Julai 2025, kata saksi kanak-kanak ke-23 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina…





Didakwa 'curi' pekerja, lelaki dimaki dan dipukul Datuk Seri - Sinarharian - 28/10 7:47 pm

MELAKA - Seorang pengurus syarikat insurans mendedahkan di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa beliau dimaki dan ditampar oleh seorang lelaki bergelar Datuk Seri selepas dituduh cuba 'mencuri' pekerja individu kenamaan itu, tahun lalu.Muhammad Nur Hakim Baharudin, 31, yang tampil sebagai saksi pendakwaan berkata, kejadian berlaku ketika beliau menemu duga seorang wanita yang berminat menyertai bidang takaful di sebuah kafe di Taman Kota Laksamana di sini pada 14 November 2024.Katanya, secara tiba-tiba tertuduh, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie, 63, Pengarah Urusan Fazil Group, datang bersama empat individu lain termasuk anak perempuannya, Nur Amalina, 34, sebelum memaki hamun dan menampar kepalanya menggunakan tangan serta topi."Beliau marah saya, kata saya cuba ambil pekerjanya





Najib nyatakan penghargaan secara persendirian kepada Almarhum Raja Abdullah - Peguam - Sinarharian - 28/10 7:45 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu Datuk Seri Najib Razak tidak menghantar surat ucapan terima kasih selepas didakwa menerima sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah kerana beliau telah menyampaikan penghargaan itu secara peribadi.Peguam Najib, Datuk Tania Scivetti, berhujah bahawa anak guamnya tidak mengutus surat rasmi bagi menyatakan penghargaan kepada Almarhum Raja Abdullah kerana bimbang surat berkenaan mungkin jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.Beliau berkata, sebarang surat rasmi sebegitu perlu melalui saluran diplomatik yang berisiko mendedahkan perkara dianggap 'sensitif' berkaitan sumbangan tersebut."Datuk Seri Najib kemudiannya menyampaikan sendiri ucapan terima kasih kepada Raja Abdullah. Beliau sentiasa beradab, sopan dan menghormati pihak lain," katanya semasa prosiding berkenaan.Terdahulu, pada Januari lalu, bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan bahawa terdapat protokol rasmi yang perlu dipatuhi dan oleh sebab itu beliau tidak dapat membalas surat kepada Almarhum Raja Abdullah bagi menyatakan penghargaan atas sumbangan kewangan berjumlah AS$681 juta (RM2.3 bilion) yang diterima kerana ia adalah 'perkara sensitif'.Selasa merupakan hari keenam hujahan lisan pihak pembelaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam kes membabitkan 25 pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.Pada 6 Mei lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil 26 saksi untuk memberi keterangan dan mahkamah menetapkan sembilan hari bermula 21 Oktober bagi mendengar hujahan lisan.Najib, 72, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukan di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Perbicaraan bersambung esok





Keluarga AR Badul mulakan tuntutan saman kematian anak tertembak mati 6 tahun lalu - Sinarharian - 28/10 7:42 pm

Selepas itu, kes ini ditetapkan di hadapan seorang hakim yang kemudiannya kurang sihat. Maka Hakim Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai, mengambil alih dan mendengar kes ini."Bagi prosiding ini, kami bercadang untuk memanggil tujuh saksi dan salah seorang daripadanya, iaitu bapa saudara Allahyarham, telah memberi keterangan





Inkues Zara Qairina: Saksi dedah guru kongsi kandungan diari, bantu alih jasad - Astroawani - 28/10 7:16 pm

Saksi pelajar hari ini memberitahu mahkamah, seorang guru menunjukkan kandungan salah satu diari Allahyarham Zara Qairina Mahathir melalui telefon pintar di dalam surau sekolah, selepas tragedi.





Anak Mahathir, anak Mahathir – Saksi Dakwa Zara Qairina Selalu Jadi Mangsa Ejek & Body Shaming - Lobakmerah - 28/10 7:05 pm

Saksi di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu memberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering kali dipersalahkan jika setiap kali berlaku kehilangan barang pelajar di surau atau asrama sekolah





Saksi dakwa Zara Qairina mengaku ambil barang pelajar lain - Sinarharian - 28/10 7:05 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-33 inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendakwa bahawa pelajar Tingkatan Satu itu pernah mengaku kepadanya mengambil beberapa barangan milik pelajar lain termasuk anak tudung dan botol air di asrama sekolah mereka.Saksi yang merupakan kanak-kanak ke-24 memberi keterangannya secara in camera di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini, pada Selasa.Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan rakan rapat Zara Qairina dan mereka sering tidur bersama di dorm yang sama."Sepanjang bersekolah dan tinggal di asrama, setiap kali berlaku kehilangan barang seperti botol air atau anak tudung di surau atau di bilik asrama, kebanyakannya dilakukan oleh Zara Qairina





Saksi tahu Zara Qairina diejek pelajar lain kerana mahu jadi Badar - Sinarharian - 28/10 6:51 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-32 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia mengetahui mengenai ejekan pelajar lain terhadap pelajar Tingkatan Satu itu yang bersemangat mahu menjadi Badar (pengawas).Saksi yang merupakan kanak-kanak ke-23 memberi keterangannya secara in camera di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.Peguam, Rizwandean M Borhan berkata, saksi yang juga seorang Badar merupakan pelajar senior yang tinggal di blok asrama sama dengan Zara Qairina dan mengenali arwah sejak April lalu."Menurut saksi, tanggungjawab ahli Badar ialah mengurus program dakwah termasuk aktiviti surau dan kegiatan keagamaan





Pelajar Lihat Seseorang Pakai Baju ‘Hanafi’ Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Qairina - Lobakmerah - 28/10 11:04 am

Seorang pelajar tingkatan satu memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa dia ternampak seorang individu memakai baju sukan bertulis Hanafi mengurung diri dalam tandas asrama sekitar jam 2.35 pagi pada 16 Julai lalu hanya beberapa jam sebelum Zara Qairina Mahathir ditemukan meninggal dunia. Keterangan itu diberikan oleh saksi kanak-kanak ke-22, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Bekas pegawai kanan 1MDB cenderung salahkan pihak lain untuk lepaskan diri .. - Mgazette - 28/10 7:54 am

# Bekas pegawai kanan 1MDB cenderung salahkan pihak lain untuk lepaskan diri PUTRAJAYA - Pihak pembelaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghujahkan di Mahkamah Tinggi, tindakan saksi-saksi pendakwaan menyalahkan pihak lain akhirnya membawa padah apabila penipuan mereka didedahkan dalam perbicaraan tersebut





Ahli perniagaan Azlan Al-Amin, adik didakwa lakukan khianat rosakkan kereta - Mgazette - 28/10 7:54 am

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh namun peguam Ahmad Adha Amir Yasser yang mewakili Mohamad Azlan atau lebih dikenali sebagai Azlan Al-Amin dan adiknya bersetuju dengan jumlah itu. Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi





Pelajar lihat individu berbaju ‘Hanafi’ dalam tandas sebelum .. - Mgazette - 28/10 7:54 am

# Pelajar lihat individu berbaju 'Hanafi' dalam tandas sebelum kematian Zara Qairina - Inkues KOTA KINABALU - Seorang pelajar tingkatan satu memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini bahawa dia melihat individu memakai baju sukan bertulis Hanafi mengurung diri dalam tandas asrama sekitar pukul 2.35 pagi pada 16 Julai lepas, beberapa jam sebelum Zara Qairina Mahathir ditemukan meninggal dunia. Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-22, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, pada hari ke-28 prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan





Inkues Zara: Saksi ke-22 dakwa lihat seseorang berkurung dalam tandas - Thempress - 27/10 10:17 pm

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-22 hari ini memberitahu mahkamah bahawa pada subuh 16 Julai lepas dia ada ternampak seseorang seolah berkurung di dalam tandas





Pelajar lihat individu berbaju Hanafi dalam tandas sebelum kematian Zara - FMT - 27/10 9:29 pm

Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak iaitu pelajar SMKA Tun Datu Mustapha pada hari ke-28 prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.





Rafizi belum terima saman Farhash - Sinarharian - 27/10 7:27 pm

Selalunya tindakan saman ini diserahkan dan dimaklumkan kepada yang kena saman."Oleh itu, peguam saya akan berurusan dan menunggu serahan saman ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Terdahulu, Farhash yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap bekas Menteri Ekonomi itu berhubung dua video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.Memetik laporan The Edge, saman itu difailkan pada 10 Oktober lalu melalui Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co selepas Rafizi didakwa gagal memohon maaf terhadap penyiaran dua video berunsur fitnah terhadapnya.Video pertama dimuat naik pada 25 Julai, manakala video kedua disiarkan pada 20 Ogos lalu.Rafizi memaklumkan, kes terbaharu itu merupakan kes mahkamah ke-17 yang dihadapinya sepanjang bergelar ahli politik."Bila kena saman, sudah tentu ia menambah beban kerana kita kena membayar kos guaman dan menghabiskan masa menyediakan hujahan kes. Perbicaraan pun memakan masa yang panjang," menurutnya.Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau melihat proses mahkamah sebagai ruang untuk membentangkan hujah di sisi undang-undang serta menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan maklumat dan memanggil saksi-saksi."Kalau saksi yang perlu dipanggil itu menteri atau Perdana Menteri, kita buat permohonan dengan mahkamah untuk memanggil saksi-saksi itu





Inkues Zara Qairina: Saksi sahkan Zara sudah lama jadi sasaran pelajar senior - Sinarharian - 27/10 6:47 pm

KOTA KINABALU Saksi ke-30 dalam Inkues Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa pelajar Tingkatan Satu itu sudah lama menjadi sasaran kumpulan pelajar senior di sekolah berasrama tempat mereka belajar.Saksi yang merupakan kanak-kanak ke-21 memberi keterangannya secara in camera di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan pelajar junior yang tinggal di blok sama dengan Zara Qairina, dan mengenali Allahyarham dengan rapat, namun tidak sehingga menjadi kawan akrab."Saksi tidak pasti sama ada Zara mempunyai konflik atau dibuli oleh mana-mana pelajar sekolah





Zara didakwa diumpan masuk dorm sebelum dimaki senior Saksi - Astroawani - 27/10 6:44 pm

Prosiding inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir hari ini bersambung dengan keterangan dua saksi kanak-kanak di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu.





Saksi dedah situasi mencurigakan di tandas asrama sebelum Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri - Sinarharian - 27/10 6:17 pm

KOTA KINABALU Saksi ke-31 Inkues Kematian Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa terdapat seorang pelajar yang dilihat seolah-olah sedang mengurung diri di dalam tandas sekitar jam 2.30 pagi.Saksi yang merupakan kanak-kanak ke-22 memberikan keterangannya secara in camera di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.Peguam Joan Goh berkata, saksi mengenali Allahyarham Zara Qairina tahun ini, namun tidak rapat





Dua pegawai bank dituduh minta rasuah lebih RM100,000 proses pembiayaan .. - Mgazette - 27/10 4:29 pm

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ezuain Farhana Ahmad mengesyorkan jaminan RM20,000 bagi Irfan Syafiq Hafiz dan RM10,000 untuk Nurul Hidyatul Asyikin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri ke Pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan





Bekas CEO 1MDB dapat gaji RM1.2 juta setahun hasil kaitannya dengan Jho Low - Mgazette - 27/10 4:29 pm

Beliau menjelaskan, hakim bicara perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Shahrol Azral boleh dilantik sebagai CEO 1MDB yang mana bukti menunjukkan dia pernah bekerja dengan Jho Low sebelum terlibat dalam 1MDB. Beliau menyatakan, Shahrol Azral bukan saksi neutral, sebaliknya saksi berkepentingan dan didapati pecah amanah manakala 1MDB sendiri memfailkan saman sivil melebihi berbilion ringgit terhadapnya atas kecuaian





Azlan Al Amin, lima individu didakwa kes gaduh, khianat - Sinarharian - 27/10 3:33 pm

BESUT Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bersama adiknya dan empat lagi individu lain dihadapkan di Mahkamah Sesyen Besut di sini pada Isnin atas dakwaan terlibat dalam kes pergaduhan dan perbuatan khianat pada 23 Oktober lalu.Tertuduh, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38 atau lebih dikenali sebagai Azlan Al Amin, dan adiknya, Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31 didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan kerosakan pada kereta Perodua Bezza milik seorang wanita.Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Pengkalan Buluh, Jalan Tok Raja, di sini kira-kira jam 11 malam pada 23 Oktober lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi serta menetapkan pada 24 November depan bagi sebutan semula kes di Mahkamah Majistret di sini.Sementara itu, Mohd Mustakim turut berdepan satu lagi pertuduhan bersama tiga individu lain iaitu Ramli Mohd, 56; Muhammad Shafiq Hakimi Hussain, 21; dan Muhammad Haiqal Mirzan Mohd Mazli, 23 atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wan Hafizie Wan Mohamad, 36 di lokasi dan masa yang sama.Mereka berempat didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi.Dalam prosiding sama, Wan Hafizie yang juga mangsa dalam kes tersebut turut didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Mohamad Azlan di lokasi dan masa sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau dengan denda seehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya.Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan memohon untuk dibicarakan.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500.Wan Hafizie diwakili peguam Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar manakala tujuh lagi individu lain diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yassir





Ops Sky: Dua pegawai bank didakwa terima rasuah RM109,000 - Sinarharian - 27/10 1:12 pm

KUANTAN Dua kakitangan bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan rasuah melibatkan jumlah keseluruhan melebihi RM109,832 sebagai upah untuk membantu proses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan yang melebihi had kelayakan.Tertuduh, Irfan Syafiq Hafizi Mohd Riduan, 30, dan Nurul Hidayatul Asyikin Zolkeple, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Szalina Safie.Irfan Syafiq Hafizi yang bertugas sebagai pegawai pemasaran di sebuah cawangan bank di Damansara, Kuala Lumpur, berdepan 14 pertuduhan dengan nilai rasuah berjumlah RM99,030.Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang secara rasuah berjumlah antara RM1,843 hingga RM22,400 melalui pindahan dalam talian daripada empat akaun bank berbeza ke dalam akaun bank miliknya.Wang itu diterima sebagai upah untuk membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi sebuah syarikat (pelanggan) secara serentak dengan permohonan pinjaman peribadi pelanggan lain di beberapa institusi kewangan yang lain.Perbuatan itu dilakukan antara 6 Jun 2023 hingga 6 Disember 2024 di sebuah cawangan bank di Jalan Bukit Ubi, di sini, menyebabkan pelanggan tersebut memiliki beberapa pinjaman peribadi yang melebihi had kelayakan.Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.Tertuduh yang mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas semua pertuduhan, ditawarkan jaminan RM20,000 oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ezuain Farhana Ahmad.Bagaimanapun, tertuduh melalui peguamnya, Chua Yong Yi, memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan pada kadar paling minimum.Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan mengurangkan jumlah jaminan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.Mahkamah menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, Nurul Hidayatul Asyikin yang bertugas sebagai Eksekutif Pembiayaan Pengguna di sebuah bank cawangan Bandar Baru Bangi, didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,802 antara 6 Jun hingga 9 September tahun lalu.Tertuduh, yang juga seorang ibu tunggal, didakwa menerima antara RM760 hingga RM4,207 sebagai upah membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi pelanggan secara serentak dengan permohonan pinjaman peribadi pelanggan lain di beberapa institusi kewangan yang lain.Bagi kesalahan tersebut, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.Tertuduh yang diwakili peguam, M Maran mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan





Peguam persoal tiada usaha bawa balik Jho Low, Terence, Nik Faisal - Mgazette - 27/10 7:40 am

Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, ketiga-tiganya ialah ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan rakan sekutunya yang juga bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Terence Geh serta bekas CEO syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil. Ujar beliau, ketiga-tiga individu itu bukan sahaja tidak dikemukakan di mahkamah malah pihak pendakwaan tidak membawa saksi-saksi bagi menjelaskan keberadaan ketiga-tiganya ketika ini





Remaja lelaki maut dirempuh dua penunggang motosikal - Mgazette - 27/10 7:40 am

Kes disiasat di Bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. Polis menyeru semua mangsa yang terlibat dan saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan





Remaja 15 tahun maut kemalangan, dirempuh dua motosikal - Sinarharian - 26/10 5:50 pm

KLANG - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum dilanggar dua motosikal lain di Kilometer 21 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini pada Ahad.Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.35 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan terjadi apabila sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di tengah jalan."Selepas kejadian tersebut mangsa telah tercampak di lorong kanan sebelum dirempuh dua motosikal lain yang datang dari arah sama."Akibat dari kemalangan itu, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua penunggang motosikal terbabit dipercayai telah melarikan diri sejurus kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, polis menyeru semua individu terbabit dan saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Jelasnya, polis menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak mereka dan mengetahui keberadaan serta memastikan agar tidak terdedah dengan gejala sosial negatif."Polis menasihati semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu dan mematuhi peraturan had laju ditetapkan," ujarnya.





Anwar, Trump saksi Thailand-Kemboja meterai Perjanjian Damai KL - Harapandaily - 26/10 5:02 pm

Perjanjian damai berkenaan ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, di luar acara Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan yang berlangsung di Pusat... The post Anwar, Trump saksi Thailand-Kemboja meterai Perjanjian Damai KL appeared first on Harapan Daily .





1MDB: Peguam fail 7 jilid hujahan bertulis, prosiding bersambung esok - Mgazette - 26/10 3:26 pm

"Mana buktinya bahawa beliau pernah berada di AmIslamic Bank Jalan Raja Chulan untuk menyalahgunakan kedudukan rasmi yang membolehkan mahkamah mensabitkannya atas pertuduhan itu? "Kami menghujahkan pertuduhan yang dikemukakan terhadap Najib adalah cacat, mengandungi pendua (duplicate) tersembunyi dan tetap diteruskan meskipun ia kabur dan mengelirukan," hujahnya. Pada prosiding minggu lalu, pasukan pembelaan antara lain menghujahkan, mahkamah tidak sepatutnya menerima keterangan saksi pendakwaan, Jasmine Loo Ai Swan yang disifatkan sebagai individu yang tidak boleh dipercayai





Anwar, Trump saksi Perjanjian Damai KL dimeterai Anwar, Trump saksi .. - Mgazette - 26/10 3:26 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah apabila menjadi saksi perjanjian Thailand dan Kemboja hari ini yang dikenali '_KL Peace Accord_' atau Perjanjian Damai KL sekaligus menjadi langkah rasmi untuk menamatkan pertelingkahan dan memulihkan keamanan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara itu





Abai Zayn Rayyan: Nasib Ismanira ditentukan Jumaat ini Abai Zayn Rayyan: .. - Mgazette - 26/10 3:26 pm

Dalam penghujahan bertulisnya, pasukan peguam antara lain menghujahkan, Ismanira berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa tiada pengabaian dilakukan terhadap anaknya. Ini dapat dibuktikan melalui keterangan saksi pembelaan kelima (SD5), Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Dr





Anwar, Trump saksi perjanjian damai Thailand-Kemboja - Thempress - 26/10 2:35 pm

THAILAND dan Kemboja hari ini menandatangani perjanjian damai dikenali ‘KL Peace Accord’ atau Perjanjian Damai KL




Reformasi     >>



'Who else if not Trump?': Anwar says Gaza, trade .. - Mkini
UPDATED 12.56PM PARLIAMENT PM urges against condemnation 'as if we are US stooges.'
Kroni     >>



Business : Trump Heads For Washington After Meeting Xi .. - Bernama
GYEONGJU (South Korea), Oct 30 (Bernama) -- United States President Donald Trump and his Chinese counterpart Xi Jinping concluded their high-level meeting as Trump left for Washington after more than an hours meetingin Busan.
Tabloid     >>



Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach .. - Lobakmerah
Kehadiran individu yang dikenali sebagai Coach Cerai yang menemani pelakon Uqasha Senrose ke mahkamah syariah pada Selasa lalu telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Ramai yang tertanya siapakah individu terbabit dan apakah fungsi sebenar Coach ..
Tech     >>



Nvidia's Huang joins tech titans funding Trump's .. - Star
WASHINGTON (Reuters) -Nvidia CEO Jensen Huang donated to fund the construction of U.S. President Donald Trump's White House ballroom, he told reporters, joining other tech leaders supporting the project."I'm delighted to be part of it," he told reporters in Washington on Tuesday.Nvidia was not ..
World     >>



In Hurricane Melissa's wake, Jamaican expats can only .. - Star
NEW YORK (Reuters) -New York chef Kemoy Gordon last spoke to his cousin in Jamaica on Monday, as his family prepared to leave their beachside home on the western part of the Caribbean island ahead of Hurricane Melissa. That was the last time he made contact with them. Read full story
Motor Trend     >>



Honda Perkenal Super-ONE Kereta Elektrik Kecil yang .. - Piston
Honda telah memperkenalkan Super-ONE Prototype di Japan Mobility Show 2025, sebuah kereta elektrik kompak yang direka untuk mengembalikan keseronokan dan keterujaan pemanduan dalam kehidupan seharian. Model konsep ini dibangunkan berdasarkan falsafah baharu Honda yang dikenali sebagai e: Dash ..