///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Smk News   Page 1    



Kematian pelajar di Kuala Pilah: Polis, KPM digesa jalan siasatan .. - Mygazette - 27/09 7:59 am

Setiap anak berhak berasa selamat di sekolah, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah





Pelajar senior direman 6 hari bantu siasatan kematian di SMK Zaba - Utusan - 27/09 6:50 am

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan





Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid - Mypress - 26/09 10:10 pm

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…





Kes kematian pelajar SMK Za'ba: Suspek 'hukum' mangsa kerana dipercayai langgar peraturan sekolah - Polis - Astroawani - 26/09 7:22 pm

Susulan itu, suspek, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan 'menghukum' mangsa berikutan kesalahan itu.





'Jangan tunggu satu lagi nyawa terkorban sebelum kelemahan sistem diperbetulkan' - Afnan Hamimi - Sinarharian - 26/09 5:50 pm

SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa Menteri Pendidikan tampil menjelaskan tahap sebenar pelaksanaan dan pemantauan dasar keselamatan murid di sekolah berasrama seluruh negara susulan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat, selain pelbagai mekanisme pencegahan serta pelaporan kes buli.Menurutnya, tragedi itu menuntut penjelasan serius daripada KPM termasuk persoalan mengenai pelaksanaan segala dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini."Jangan sekadar mengumumkan dasar selepas sesuatu tragedi, kemudian menunggu tragedi seterusnya untuk kembali bercakap mengenai keselamatan murid."Pada masa sama, siasatan kes ini mesti dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mendahului dapatan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Menurut Afnan Hamimi, sekiranya ditemukan unsur jenayah, kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi.Beliau berkata, sekolah dan asrama mesti menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak."Dasar antibuli tidak boleh sekadar menjadi slogan





'Contohi Pengerusi MARA, you touch you go kepada pembuli' - Sinarharian - 26/09 5:22 pm

KUALA PILAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mencontohi ketegasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam menangani kes buli di institusi pendidikan dengan mengamalkan prinsip You Touch, You Go.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Za'idy Abdul Kadir berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan isu buli tidak lagi dianggap sebagai kenakalan biasa, gurauan atau sebahagian daripada budaya senioriti dalam kalangan pelajar.Menurutnya, tragedi membabitkan Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia, menuntut penjelasan serius berhubung aspek pencegahan dan keselamatan pelajar."Persoalannya bukan hanya apa yang berlaku selepas seorang pelajar kehilangan nyawa."Persoalan lebih besar ialah adakah sistem pencegahan buli, pemantauan asrama dan penguatkuasaan disiplin di sekolah kita benar-benar cukup tegas untuk mengesan dan menghentikan buli sebelum ia menjadi tragedi?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihaknya menghormati siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian itu, termasuk penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Selain itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar dikenal pasti.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan, manakala KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMohd Zaidy berkata, KPM perlu menjelaskan tahap pemantauan dan pengawasan di asrama SMK Zaba sebelum kejadian, termasuk sama ada terdapat aduan atau tanda awal berkaitan buli yang pernah diterima pihak sekolah.Katanya, kementerian juga perlu memastikan sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbukti terlibat dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada."Dalam soal membanteras buli, saya berpandangan KPM boleh mencontohi ketegasan Pengerusi MARA dalam menangani kes buli di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA."Asyraf Wajdi secara terbuka menegaskan prinsip You Touch, You Go sebagai mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli di MRSM dan institusi pendidikan MARA," katanya.Pada Jun lalu, enam pelajar MRSM di Johor yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli diarahkan berdepan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.Pada 30 Jun, MARA mengesahkan empat daripada enam pelajar terbabit disingkirkan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang, manakala dua lagi digantung sementara menunggu pengesahan polis berhubung penglibatan mereka dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.Sebelum keputusan itu dibuat, Asyraf Wajdi dilaporkan mengarahkan mesyuarat JDM diadakan dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat.Mohd Zaidy berkata, pendekatan tersebut menunjukkan bahawa tindakan terhadap buli bukan semata-mata berkaitan hukuman selepas kejadian, sebaliknya turut melibatkan aspek pencegahan, pemantauan dan keupayaan institusi mengenal pasti tanda awal salah laku."Bila ada aduan, siasatan mesti segera."Bila ada bukti, tindakan mesti diambil





Kes pelajar dakwa dibuli: Asyraf gesa siasatan segera, telus dan tindakan .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm

# Kes pelajar dakwa dibuli: Asyraf gesa siasatan segera, telus dan tindakan tegas KUALA LUMPUR Kes kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli wajib disiasat segera secara telus dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pihak yang didapati bertanggungjawab





Pelajar SMK Za’ba maut: Sekolah sukan memang cita-cita mangsa - Kosmo - 26/09 2:09 pm

Rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Daniel, 14, berkata, arwah sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato Abdullah di Gemencheh dan ... Read more The post Pelajar SMK Za’ba maut: Sekolah sukan memang cita-cita mangsa appeared first on Kosmo Online .





Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun - Sinarharian - 26/09 12:39 am

SEREMBAN - Polis mengesahkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Ketua Polis Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam, Jumaat, di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah.Susulan kejadian berkenaan, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Menurut polis, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian.Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi hantaran di media sosial menzahirkan rasa sedih berhubung kematian pelajar berkenaan dan menggesa siasatan dijalankan secara segera dan telus."Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah yang didakwa menjadi mangsa buli. Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas," katanya.ARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanDalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba, Abd Malek Abd Ghani, meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara menyeluruh serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.Beliau berkata, pelbagai maklumat mengenai kejadian itu kini tersebar di media sosial, namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan."Saya minta orang ramai bersabar kerana siasatan sudah bermula dan kita semua perlu berhati-hati dengan hantaran di media sosial," katanya kepada Utusan Malaysia.Abd Malek berkata, SMK Za'ba merupakan Sekolah Sukan Negeri (SSN) yang mempunyai kira-kira 315 pelajar dan terlibat dalam beberapa acara sukan termasuk bola sepak, hoki, sepak takraw, olahraga, bola jaring dan memanah.Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Idlan Fareeq Shahril merupakan atlet muda sekolah dalam acara memanah.Beliau turut memaklumkan bahawa setakat tahun ini tiada kes buli dilaporkan berlaku di asrama sekolah berkenaan.Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat





MARA chairman Asyraf Wajdi calls for swift action over students death at SMK Zaba - Sinardaily - 26/09 8:41 am

SHAH ALAM Majlis Amanah Rakyat (MARA) chairman Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki has called for an immediate and thorough investigation into the death of a Form Two student at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, who was allegedly a victim of bullying.Asyraf Wajdi said he was deeply saddened by the death of Muhammad Idlan Fareeq Shahril, who died last night.This morning, I am deeply saddened and affected by the news of the death of Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, a student of SMK Zaba, Kuala Pilah, who was allegedly a victim of bullying.It must be investigated immediately and transparently, and firm action must be taken! he said in a social media post earlier today.Earlier, it was reported that a Form Two male student at a sports school in Kuala Pilah was found unconscious within the school hostel before he was pronounced dead at Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) last night.Kosmo online quoted a source saying that the victim, the eldest of three siblings from Gemencheh, was allegedly believed to have died as a result of bullying.Based on the information I received, the victim was found unconscious at the hostel, and the incident was then reported to the warden.The hostel authorities subsequently brought the victim to the HTAN emergency department for further treatment, the source was quoted as saying.However, the victim was later pronounced dead at the hospital.A cousin of the victim said Idlan was active in sports and had enrolled at the school following his achievements in handball.The circumstances surrounding the students death, including the allegation that bullying was involved, remain subject to investigation and official confirmation.





Form two student dies after alleged assault at SMK Zaba sports school - Sinardaily - 26/09 8:21 am

SHAH ALAM A 14-year-old student of Sekolah Menengah Kebangsaan Zaba has died following an alleged assault at the school hostel, according to posts by his family and a former teacher on social media.According to a series of posts on Threads, the incident allegedly took place at the sports school hostel last night.A Threads account claiming to be the victims aunt, Nur Hijrah (@nurhijj), first raised the alarm through a post asking the public to pray for her nephew.Please pray for my nephew





SMKA Jempol bakal jadi sekolah aliran agama TVET pertama negara - Mygazette - 25/09 3:15 pm

# SMKA Jempol bakal jadi sekolah aliran agama TVET pertama negara JEMPOL - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol di Negeri Sembilan bakal menjadi sekolah aliran agama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara





SMKA Jempol bakal jadi sekolah aliran agama TVET pertama negara - Utusan - 25/09 2:51 pm

JEMPOL: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol di Negeri Sembilan bakal menjadi sekolah aliran agama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara





SMKA Jempol akan jadi sekolah agama TVET pertama negara - FMT - 25/09 2:34 pm

SMKA Jempol dibina dengan kos RM98 juta itu dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.





SMKA Jempol to introduce TVET under new religious-school model - SUN - 25/09 1:15 pm

RM98m SMKA Jempol project to introduce TVET in religious education





Fadhlina: SMKA Jempol to become first TVET religious school in Malaysia - Malaymail - 25/09 1:05 pm

JEMPOL, Sept 25 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol will become the countrys first Technical...





TV PSS pupuk kesedaran kelestarian air dalam kalangan generasi muda - PAAB - Sinarharian - 25/09 11:10 am

KLANG - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melihat TV PSS Sinar Bestari sebagai platform strategik untuk menyemai kesedaran mengenai kepentingan kelestarian air dan alam sekitar dalam kalangan generasi muda menerusi penghasilan kandungan kreatif oleh pelajar.Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat PAAB, Rozaifee Abu Zaharim berkata, pendekatan itu selari dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang memberi penekanan terhadap aspek pendidikan dan kesedaran alam sekitar.Menurutnya, penglibatan pelajar dalam penghasilan kandungan bukan sahaja memberi ruang untuk mereka mengetengahkan kreativiti, malah membolehkan mesej berkaitan kelestarian disampaikan menerusi medium yang dekat dengan generasi muda."Karya yang dihasilkan pelajar pada Festival TV PSS adalah selari dengan inisiatif CSR PAAB yang mengutamakan pendidikan serta kesedaran kelestarian air dan alam sekitar dalam kalangan generasi muda."Kami berharap apa yang diterapkan ini dapat membentuk generasi yang berguna dan baik pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 di Hotel Premiere, Bukit Tinggi di sini pada Khamis.Rozaifee berkata, PAAB turut melihat nilai jangka panjang hasil kreativiti yang diketengahkan menerusi festival berkenaan dalam membentuk sumber daya insan berkualiti pada masa depan."Kami mengambil inisiatif memastikan karya-karya yang dihasilkan pelajar ini dapat digunakan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada anak-anak lain untuk lebih berkarya serta menghasilkan lebih banyak kandungan yang positif dan baik," katanya.Dalam pada itu, beliau menyifatkan kerjasama PAAB dalam festival berkenaan mempunyai impak yang lebih luas, khususnya dalam membuka ruang kepada pelajar menghasilkan kandungan yang membawa mesej positif kepada masyarakat."Apa yang kita lihat hari ini adalah positif daripada apa yang dihasilkan pelajar dan Sinar Harian sendiri."Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.Segmen PAAB ubah perspektif pelajar terhadap kepentingan airKLANG - Penyertaan dalam Segmen Bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sempena Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 membuka mata pelajar mengenai kepentingan penjimatan air dan pemuliharaan alam sekitar.Program berkenaan bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah membantu generasi muda memahami isu berkaitan air menerusi aktiviti interaktif, kuiz dan perkongsian yang dekat dengan kehidupan seharian.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Bandar Baru Serting, Ahmad Shafiq Nasution Ahmad Shakir Nasution, 16, berkata, pengisian yang disediakan menarik kerana memberinya peluang mengenali PAAB dengan lebih dekat.Menurutnya, segmen berkenaan memberikan pengetahuan baharu mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan air serta menjaga alam sekitar."PAAB mengajar kami mengenai cara menjimatkan air dan kepentingan menjaga alam sekitar."Sebelum ini saya tidak tahu apa itu PAAB, tetapi melalui program ini saya mula mengenali PAAB dan peranan mereka mengurus air negara," katanya.Sementara itu, pelajar SMK Bercham, Fyrras Nurwazif Shaipul, 16, berkata, program berkenaan mengukuhkan lagi kesedarannya mengenai amalan penjimatan air.Pelajar Tingkatan 4 itu berkata, pengetahuan yang diperoleh boleh dikongsikan kepada rakan-rakan menerusi media sosial selain diterapkan dalam aktiviti di sekolah."Program ini mengubah pandangan saya mengenai kepentingan air seperti memberi perhatian kepada paip bocor atau tidak ditutup."Saya juga boleh berkongsi apa yang dipelajari di segmen ini di media sosial dan sebagai pengawas sekolah, saya juga boleh membantu menjalankan aktiviti mengenai cara-cara menjimatkan air," katanya.Bagi Nur Adelia Qisya Amri, 15, dari SMKA(P) Alawiyah, Perlis, sesi bersama PAAB pula mencetuskan idea untuk menghasilkan kandungan TV PSS berkaitan penjimatan air.Menurutnya, video berkenaan boleh menyampaikan mesej mengenai cara menjimatkan air selain menjelaskan manfaat dan kesannya kepada rakan-rakan."Kalau diberi peluang menghasilkan video, saya mahu selitkan mesej mengenai penjimatan air, termasuk cara menjimatkan air serta faedah dan kesannya."Sebelum menghasilkan video, sudah tentu saya akan membuat kajian daripada sumber yang ada di media sosial termasuk PAAB dan platform YouTube," katanya.





Strategi 'comeback' SMK Bercham buah hasil, bawa hasrat Jelajah TV PSS x Malaysia100 - Sinarharian - 24/09 5:13 pm

KLANG - Percaturan dan strategi penganjuran comeback yang disusun sejak dua tahun lalu akhirnya membuahkan hasil manis apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bercham dinobatkan sebagai Johan Kategori Video TV PSS Terbaik (Sekolah Menengah) pada Festival TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026.Pengetuanya, Mohd Zuhair Azuar Arifin berkata, susulan kejayaan meraih gelaran Naib Johan pada tahun 2024, pihak sekolah mula mengatur strategi sepanjang tahun 2025 dengan memfokuskan kepada kriteria penilaian tertentu seperti aspek lakonan dan pengacaraan."Alhamdulillah, usaha tersebut membuahkan hasil pada tahun 2026 apabila kami berjaya meraih kejayaan cemerlang





OKU pembelajaran wakili Malaysia ke pertandingan IT dunia - Sinarharian - 22/09 3:49 pm

KOTA BHARU - Tiga kali terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan teknologi maklumat (IT) peringkat antarabangsa, pelajar orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini sekali lagi bakal membawa nama negara ke Vietnam bulan depan.Muhammad Syakir Zailani, 16, akan menyertai 'Global IT Challenge for Youth with Disabilities' pada 19 hingga 22 Oktober ini.Pengerusi Majlis Bertindak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kelantan (MBPK), Husin Deraman berkata, pihaknya akan membantu persiapan Muhammad Syakir bagi memastikan kelancaran pelajar berkenaan bertanding di Vietnam.Menurutnya, bantuan termasuk menyediakan kelengkapan pakaian sukan, kasut, beg serta keperluan lain yang bersesuaian dengan penyertaannya dalam pertandingan berkenaan melalui tajaan dari kelab bola sepak, Kelantan Rovers FC."Selain itu, kami juga sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menaja perjalanan Muhammad Syakir termasuk tiket penerbangan antarabangsa ke Vietnam."Pihak kami akan uruskan perkara berkenaan supaya persiapannya untuk menyertai pertandingan itu dapat berjalan dengan baik," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Kelantan, Intan Izzati Md Hashim dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Aiman Yusri Mohd Yusof.Husin berkata, MTRK turut menaja tiket penerbangan domestik pergi dan balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bagi Muhammad Syakir.Keraian dan sokongan moral kepada pelajar itu turut akan diadakan menerusi satu majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Hotel Ibis Styles di sini pada 15 Oktober ini.Muhammad Syakir yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Ketereh selama empat tahun kini ditempatkan dalam kelas arus perdana bagi membolehkannya meneruskan pengajian akademik dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Dalam pertandingan berkenaan, peserta akan diuji dalam pelbagai kemahiran IT termasuk penyediaan kandungan digital, penggunaan aplikasi, penyuntingan, penghasilan poster dan video pendek serta kemahiran menggunakan Microsoft Excel dan PowerPoint.Penyertaan secara berkumpulan turut membabitkan tugasan berkaitan robotik dan inovasi Internet of Things (IoT) manakala kecerdasan buatan (AI) turut digunakan dalam beberapa bidang berkaitan teknologi maklumat.Muhammad Syakir adalah anak kepada pasangan suami isteri, Habsah Ismail yang tidak bekerja dan Zailani Zakaria pula merupakan buruh kasar.Muhammad Syakir berjaya membawa pulang dua emas pada pertandingan sama di Abu Dhabi pada 2023 dan Seoul, Korea pada 2024.Untuk penyertaan tahun ini, beliau merupakan satu-satunya wakil dari Kelantan dan dijadualkan menjalani latihan bersama pasukan negara di Putrajaya sebelum berlepas ke Vietnam.Pertandingan Global IT Challenge for Youth with Disabilities tahun ini dijadualkan menghimpunkan peserta dari 16 negara dengan Malaysia membariskan lapan peserta bersama empat pengiring.Mengulas lanjut Husin berkata, terkini, penubuhan MBPK itu akan memberi tumpuan kepada usaha membantu murid berkeperluan khas yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang."Sokongan terhadap Muhammad Syakir ini diharap dapat membuka ruang lebih luas kepada murid OKU lain di Kelantan yang berkeupayaan dan berbakat untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi," ujarnya.





Penangs Chung Ling high school classroom catches fire, no casualties but 20pc damaged - Malaymail - 22/09 9:59 am

GEORGE TOWN, Sept 22 A classroom at SMK(C) Chung Ling in Ayer Itam here caught fire last night, with no casualti...





100 pelajar kurang berkemampuan terima manfaat Program Tuisyen Pintar - Sinarharian - 20/09 5:45 pm

KOTA TINGGI - Seramai 100 pelajar kurang berkemampuan daripada tujuh sekolah menengah di kawasan Parlimen Tenggara menerima manfaat menerusi Program Tuisyen Pintar tajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar kawasan desa setempat mengikuti tuisyen secara percuma bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurutnya, program yang bermula sejak 4 Julai lalu itu mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan kadar kehadiran pelajar hampir 90 peratus."Tuisyen ini dijalankan secara bersemuka dan satu slot motivasi secara berpusat yang dikendalikan guru-guru cemerlang termasuk guru penanda dan penggubal soalan SPM."Program ini secara tidak langsung mampu melonjakkan pencapaian SPM di sekolah terlibat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek cura penajaan RISDA yang berjumlah RM40,000 kepada Program Tuisyen Pintar di Dewan Besar, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ).Manndzri (lima dari kanan) menyampaikan cek cura sumbangan RISDA bernilai RM40,000 kepada Program Tuisyen Pintar.Program Tuisyen Pintar merupakan inisiatif yang dikendalikan Yayasan Pelajaran Mara dan diselaraskan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai serta PPD Kota Tinggi.Tujuh sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Seri Pinang, SMK Sultan Alauddin, SMK Linggiu, SMK Taman Seri Saujana, SMK Laksamana dan SMK Taman Kota Jaya.Manndzri berkata, tajaan berkenaan bertujuan mengukuhkan pelaksanaan program, selain menggalakkan penyertaan pelajar desa kurang berkemampuan dalam membuat persediaan menghadapi SPM.Menurutnya, program berkenaan akan diperluaskan bagi memperkukuh persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM akan datang."Inisiati kerjasama pelbagai agensi luar sentiasa diberikan penekanan sebagai usaha menggalakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mampu memanfaatkan golongan kurang berkemampuan termasuklah di kawasan desa."Program Tuisyen Pintar bukan sekadar meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan, tetapi turut membuka ruang untuk memingkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pendidikan dan kecemerlangan akademik generasi muda," ujarnya.





100 pelajar kurang berkemampuan terima manfaat Program Tuisyen Pintar - Sinarharian - 20/09 4:34 pm

KOTA TINGGI - Seramai 100 pelajar kurang berkemampuan daripada tujuh sekolah menengah di kawasan Parlimen Tenggara menerima manfaat menerusi Program Tuisyen Pintar tajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar kawasan desa setempat mengikuti tuisyen secara percuma bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurutnya, program yang bermula sejak 4 Julai lalu itu mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan kadar kehadiran pelajar hampir 90 peratus."Tuisyen ini dijalankan secara bersemuka dan satu slot motivasi secara berpusat yang dikendalikan guru-guru cemerlang termasuk guru penanda dan penggubal soalan SPM."Program ini secara tidak langsung mampu melonjakkan pencapaian SPM di sekolah terlibat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek cura penajaan RISDA yang berjumlah RM40,000 kepada Program Tuisyen Pintar di Dewan Besar, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ).Program Tuisyen Pintar merupakan inisiatif yang dikendalikan Yayasan Pelajaran Mara dan diselaraskan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai serta PPD Kota Tinggi.Tujuh sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Seri Pinang, SMK Sultan Alauddin, SMK Linggiu, SMK Taman Seri Saujana, SMK Laksamana dan SMK Taman Kota Jaya.Manndzri berkata, tajaan berkenaan bertujuan mengukuhkan pelaksanaan program, selain menggalakkan penyertaan pelajar desa kurang berkemampuan dalam membuat persediaan menghadapi SPM.Menurutnya, program berkenaan akan diperluaskan bagi memperkukuh persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM akan datang."Inisiatif kerjasama pelbagai agensi luar sentiasa diberikan penekanan sebagai usaha menggalakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mampu memanfaatkan golongan kurang berkemampuan termasuklah di kawasan desa."Program Tuisyen Pintar bukan sekadar meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan, tetapi turut membuka ruang untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pendidikan dan kecemerlangan akademik generasi muda," ujarnya.





Pelukan jadi 'motivasi' - Hmetro - 20/09 7:02 am

Kuala Lumpur: Pelukan kasih sayang setiap pagi bukan sekadar rutin menyambut pelajar, sebaliknya pendekatan Pengetua SMK Taman Yarl, Dr Ahmad Kamal Ariffin membina sekolah yang mencatat peningkatan kehadiran murid serta prestasi akademik terbaik





Cikgu Zulkifli Nekad Ambil SPM 26 Kali, Walaupun Sudah Bergelar Pengetua! - Siraplimau - 18/09 11:50 am

Namun pengalaman itu dilalui berulang kali oleh Cikgu Zulkifli Md Pungut, 58, yang bakal menjadi calon peperiksaan berkenaan buat kali ke-26 tahun ini. Pengetua SMK Simpang Renggam, Johor itu mula menduduki SPM sebagai seorang guru pada 2011 dan sejak […] The post Cikgu Zulkifli Nekad Ambil SPM 26 Kali, Walaupun Sudah Bergelar Pengetua! first appeared on SirapLimau.com .





Mahu Selami Sendiri Tahap Kesukaran, Guru Ambil SPM Lebih 25 Kali - Lobakmerah - 17/09 4:54 pm

Kalau kebanyakan kita hanya melalui peperiksaan SPM sekali seumur hidup, lain pula kisah seorang guru Matematik ini apabila beliau sudah 25 kali menjadi calon SPM. Zulkifli Md Pungut, 58, yang juga Pengetua SMK Simpang Renggam, Johor, sekali lagi menjadi calon SPM tahun ini selepas mula menduduki peperiksaan berkenaan sebagai guru pada 2011





Muka anak terkoyak, ibu selamat Myvi terbabas menembusi besi jalan - Mygazette - 16/09 7:59 am

# Muka anak terkoyak, ibu selamat Myvi terbabas menembusi besi jalan ALOR GAJAH Seorang wanita parah selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas menembusi besi pembahagi jalan mengakibatkan mukanya terkoyak dalam nahas di berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naning, di sini, petang tadi





SMK Ghafar Baba juara Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa DRB-HICOM .. - Hmetro - 15/09 8:41 pm

Banda Hilir : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba muncul juara Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa DRB-HICOM bersama Harian Metro 2026 peringkat negeri Melaka yang berlangsung di Dewan SMK Tinggi Melaka semalam





Man found dead in drain near SMK Tun Hussein Onn in Prai - NST - 11/09 3:02 pm

PRAI: The body of a 37-year-old man was found in a 1.5m-deep drain near SMK Tun Hussein Onn here today.



Pelajar SMK Seberang Temerloh maut dilanggar kereta - Mygazette - 10/09 4:41 pm

# Pelajar SMK Seberang Temerloh maut dilanggar kereta TEMERLOH - Seorang pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di kilometer 116, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini semalam



Jadi Hilang Ingatan & Susah Bercakap, Pelajar Cemerlang Antara 353 Mangsa Keracunan Makanan Di Sekolah! - Siraplimau - 8/09 4:29 pm

Keadaan seorang pelajar keracunan makanan di negara jiran, masih menjadi perhatian apabila dia dilaporkan mengalami gangguan ingatan dan kesukaran bercakap hampir sebulan selepas kejadian. Febiona br Purba, 16, yang merupakan pelajar SMK Bersama Berastagi, antara mangsa yang masih menjalani pemeriksaan perubatan susulan kejadian keracunan makanan yang dipercayai berlaku selepas menikmati hidangan program Makan Bergizi Gratis […] The post Jadi Hilang Ingatan & Susah Bercakap, Pelajar Cemerlang Antara 353 Mangsa Keracunan Makanan Di Sekolah! first appeared on SirapLimau.com .



Penantian 11 tahun berakhir, SMK Suria Jaya mula beroperasi hari ini - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# Penantian 11 tahun berakhir, SMK Suria Jaya mula beroperasi hari ini BATU PAHAT - Penantian penduduk setempat selama kira-kira 11 tahun untuk melihat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya di Parit Yaani di sini beroperasi berakhir apabila dibuka secara berperingkat-peringkat bermula hari ini



SMK Suria Jaya mula dibuka - Utusan - 7/09 2:43 pm

BATU PAHAT: Selepas menanti hampir 11 tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya di Parit Yaani, dekat sini akhirnya mula beroperasi secara rasmi hari ini, sekali gus memberi lega kepada komuniti setempat



Haze: Johor schools to close if API reading exceeds 200 - Sinardaily - 7/09 1:08 pm

BATU PAHAT - Schools in Johor will only be closed if the Air Pollutant Index (API) reading exceeds 200, in accordance with the standard operating procedures (SOP) set by the Johor Education Department (JPN).State Education and Information Committee chairman Dr Muhammad Naqib Md Ghazali said district education offices (PPD) and schools had been instructed to keep track of the latest API readings and update the information regularly so that updates could be conveyed promptly to parents, students and teachers.He said several districts recorded unhealthy API readings this morning, namely Segamat (157), Batu Pahat (157), Tangkak (153) and Kluang (151)."So, we have discussed with JPN that if the reading exceeds 200, schools will be closed. PPDs and headmasters need to establish effective communication channels immediately so that the situation can be managed properly, he told reporters after visiting Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya here today.Naqib said the state government and JPN were also monitoring outdoor activities to ensure students safety amid the hot weather and haze."The department has prepared SOPs for outdoor activities and school closures...we are ready to implement them



Projek bina semula SMK Bagan Serai siap Januari 2029 - Utusan - 6/09 4:41 pm

TAIPING: Projek pembinaan semula bangunan daif dan terbakar serta bangunan tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Serai dijangka siap pada 1 Januari 2029



Projek bina semula SMK Bagan Serai siap Januari 2029 - Kosmo - 6/09 4:15 pm

TAIPING – Projek pembinaan semula bangunan daif dan terbakar serta bangunan tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Serai dijangka siap pada 1 Januari 2029



11 new schools open nationwide this year - Wong - Sinardaily - 28/08 2:50 pm

KULAI - Eleven new schools are opening across five states and Putrajaya this year to meet growing education needs and serve local communities, according to Deputy Education Minister Wong Kah Woh.He said eight of the schools have begun operations, while three more in Johor are scheduled to open in September.The eight schools are SMK Putrajaya Presint 15(1), SK Putrajaya Presint 15(1), SMK Bandar Baru Sungai Lalang in Kedah, SMK Trusmadi and SMK Batu Sapi 2 in Sabah, SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin in Penang and SMK Bandar Tun Hussein Onn and SJKC Ladang Regent Elmina in Selangor.Wong said the three schools in Johor, namely SK Bandar Putra 2, SMK Suria Jaya in Parit Yaani and SMK Bandar Dato Onn in Johor Bahru, are scheduled to begin operations on Sept 7.He was speaking at a press conference during an official visit to SK Bandar Putra 2 today




Reformasi     >>



10 Exco dibatalkan Tuanku Muhriz, Peguam Negara kata .. - Harapandaily
Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan memasuki babak baharu apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Memetik laporan Sinar Harian pembatalan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ..
Kroni     >>



Trump pilih perang daripada damai - Utusan
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersedia meneruskan kempen ketenteraan terhadap Iran selepas Presiden Donald Trump menolak cadangan Teheran menghentikan pertempuran dan membuka semula Selat Hormuz. Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), Trump secara peribadi meragui Iran dalam memenuhi tuntutan Washington ..
Tabloid     >>



Mahu hukum 'junior' langgar peraturan disyaki motif .. - Hmetro
Seremban: Mahu menghukum pelajar yang didakwa melanggar peraturan asrama dipercayai motif yang membawa kepada kematian pelajar tingkatan dua di asrama sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah pada Jumaat. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Microsoft integrates Word, Excel deeper into Copilot - Malaymail
SAN FRANCISCO, Sept 27 Microsoft on Friday unveiled a new vision for how it will integrate Word, Excel and Power...
World     >>



Trump rejects Iran’s proposal to reopen the .. - Globalnews
U.S. President Donald Trump on Saturday rejected Iran's proposal to reopen the Strait of Hormuz within a week if the U.S. meets certain conditions.
Motor Trend     >>



Motosikal Dari Malaysia Ke Itali, Mka Group Jalin .. - Mekanika
# DARI MALAYSIA KE ITALI, MKA GROUP JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN BITUBO **MKA Group, syarikat induk di belakang jenama RCB, telah pun mengumumkan kerjasama strategik dengan pengeluar suspensi Itali, Bitubo.** Kerjasama itu menyaksikan MKA Group melaksanakan pelaburan signifikan pada jenama ..