///
See Also: Shutterstock

Search : Rusia News   Page 1    



Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran - Mypress - 18/06 2:41 pm

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu dalam menangani isu Gaza dan perkembangan semasa yang melibatkan Iran.…





Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama strategik dalam tenaga dan teknologi - Mypress - 18/06 10:30 am

KAZAN – Malaysia dan Rusia komited memperkukuh hubungan dua hala menerusi peluasan kerjasama strategik dalam pelbagai sektor utama, termasuk tenaga, teknologi dan perdagangan





Hadapi Cabaran Global, Kerjasama ASEAN-Rusia Perlu Diperkukuh PM Anwar - Wrlr - 18/06 8:58 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026





PM Anwar Jawab Pelbagai Persoalan Media Antarabangsa, Dari Politik Hingga .. - Wrlr - 18/06 8:57 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026





Anwar gesa ASEAN, Rusia perkukuh kerjasama hadapi ketidaktentuan global - Mydateline - 18/06 8:00 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa matlamat utama setiap dasar dan kerjasama ekonomi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat ketika berucap pada Forum Perniagaan ..





Anwar, Putin bincang keterjaminan bekalan tenaga, perdagangan dalam mata wang tempatan - Sinarharian - 18/06 7:11 am

KAZAN -Perdana Menteri, DatukSeri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia, Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu,Pejabat Perdana Menteri menjelaskanAnwar dan Putin turut menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapanRusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak."Mereka juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan farmaseutikal," jelas kenyataan itu.Perbincangan kedua-dua pemimpin itu juga meliputi usaha memudah cara pergerakan rakyat melalui pemansuhan visa, serta penerokaan mekanisme bagi memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala menggunakan mata wang tempatan iaitu ringgit dan ruble."Kerajaan Madani akan terus mengambil langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh keterjaminan tenaga negara, termasuk melalui kerjasama antarabangsa yang mampu menjamin kestabilan, kesinambungan dan daya tahan bekalan tenaga demi kepentingan rakyat serta kemakmuran negara," menurut Pejabat Perdana Menteri.Anwar yang juga Menteri Kewangan kini berada di Kazan, ibu kota dan bandar terbesar Tatarstan, Rusia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dari 17 hingga 18 Jun





Anwar hargai pendirian konsisten Putin berhubung Gaza, Iran - Sinarharian - 18/06 7:09 am

KAZAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu berhubung isu Gaza dan situasi geopolitik semasa yang melibatkan Iran.Anwar berkata, Rusia telah mengekalkan pendirian berprinsip terhadap kedua-dua isu berkenaan."Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas pendirian berhubung Gaza danIran





Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik - Mypress - 17/06 8:21 pm

KAZAN -Negara anggota ASEAN dan Rusia disaran memperluas kerjasama pelbagai hala dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih…





ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu - Mypress - 17/06 8:20 pm

KAZAN – Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 dijangka menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan hubungan ekonomi antara ASEAN dan Rusia, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang…





Pemuktamadan pelan hala tuju ASEAN-Rusia permulaan baik - Anwar - Sinarharian - 17/06 5:24 pm

KAZAN - Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.Program itu dijadual diguna pakai pada akhir tahun ini, menyediakan pelan tindakan untuk fasa seterusnya hubungan ekonomi antara 11 negara anggota (blok ekonomi BRICS) dan Rusia dengan memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan, teknologi baharu dan daya tahan iklim."Bagaimanapun, rangka kerja sahaja tidak mencukupi





Malaysia-Tatarstan Perluas Kerjasama Perdagangan, Tenaga Dan Teknologi PM .. - Wrlr - 17/06 4:31 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, di Kazan pada 16 Jun 2026. Foto PMO Anwar pada masa sama menghargai usaha Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerusi penubuhan Strategic Vision Group (SVG) yang disifatkan sebagai platform penting dalam mengukuhkan hubungan antara Rusia dan dunia Islam





Malaysia teroka kerjasama dengan Tatarstan, wilayah pengeluar minyak utama Rusia – PM Anwar - Mydateline - 17/06 2:00 pm

Malaysia dan Republik Tatarstan bersedia untuk memperluaskan kerjasama dua hala terutama dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, perlancongan, industri halal, teknologi dan pembangunan bakat





PM Anwar Tiba Di Kazan Mulakan Lawatan Kerja Dua Hari - Wrlr - 17/06 10:16 am

Sidang kemuncak itu dijangka menerima pakai empat dokumen utama iaitu Deklarasi Kazan mengenai Ulang Tahun ke-35 Hubungan ASEAN-Russia, Kenyataan Bersama mengenai Kerjasama Tenaga, Kenyataan Bersama mengenai Kerjasama Kebudayaan dan Pelan Tindakan Komprehensif untuk Melaksanakan Perkongsian Strategik ASEAN-Russia 2026-2030. Menurut Wisma Putra, dokumen itu akan menjadi panduan kerjasama ASEAN-Rusia bagi tahun-tahun yang akan datang dan menyokong usaha untuk membina perkongsian yang lebih berdaya tahan dan berorientasikan masa depan





Penyokong AS 'koyak' lihat sambutan gol pemain Iran - Sinarharian - 17/06 7:20 am

PEMAIN Iran, Mohammad Mohebi menjadi perhatian selepas sambutan golnya ketika aksi Piala Dunia menentang New Zealand pada Selasa mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong, di tengah-tengah suasana yang sudah pun dibayangi ketegangan geopolitik melibatkan Iran dan Amerika Syarikat (AS).Mohebi yang beraksi bersama FC Rostov di Rusia menjaringkan gol kedua Iran dalam keputusan seri 2-2 do Los Angeles, sekali gus membantu pasukannya bangkit mengikat perlawanan.Elijah Just menjadi watak utama New Zealand apabila meledak dua gol, namun Iran kekal memberi tentangan untuk membawa pulang satu mata.Sebelum sepak mula, suasana di stadium sudah tegang dengan latar belakang hubungan dingin IranAS, selain protes di luar stadium serta reaksi bercampur-baur terhadap lagu kebangsaan Iran yang disambut sorakan, siulan dan ejekan sebahagian penonton.Beberapa bendera lama Iran dengan lambang singa dan matahari yang diharamkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) turut dilihat di sekitar stadium, sekali gus mencerminkan sensitiviti politik yang turut mengiringi perlawanan tersebut.Kontroversi kemudian tercetus apabila Mohebi melakukan sambutan gol dengan mengangkat dua jari dan menggerakkannya ke udara, yang disalah tafsir oleh sebahagian penyokong sebagai isyarat menyerupai pistol.Dalam suasana yang sudah sarat dengan sensitiviti geopolitik, tindakan itu pantas mencetuskan reaksi tidak puas hati dalam kalangan penonton, sehingga ada yang menggesa FIFA meneliti insiden berkenaan.Namun dalam bola sepak moden, sambutan gol sering berlaku secara spontan dan kerap menjadi ruang luahan emosi pemain tanpa niat politik, walaupun ia mudah diperbesarkan apabila melibatkan pasukan dari negara yang sedang berdepan ketegangan diplomatik.Mohebi kemudian tampil menegaskan bahawa sambutan tersebut tidak membawa sebarang mesej tersirat atau provokasi."Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada semua penyokong Iran yang hadir di Los Angeles





Berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak .. - Wrlr - 16/06 5:36 pm

Berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia





PM Anwar Ke Kazan Jumpa Putin Esok Pastikan Jaminan Bekalan Minyak - Wrlr - 16/06 5:03 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Hi-Tea Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia Tempatan, Warga Pendidik dan Masyarakat Setempat di Medan Selera Pantai Leka, Muar pada 15 Jun 2026. Foto Shahrun MUAR, 15 Jun Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kazan, Rusia bermula esok akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mendapatkan jaminan bekalan minyak dan diesel untuk Malaysia susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global ketika ini





Petronas bakal teroka telaga gas kedua terbesar dunia - Sinarharian - 16/06 4:40 pm

KOTA BHARU - Malaysia bakal mencatat satu lagi kejayaan penting di pentas ekonomi antarabangsa apabila Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dijadual menandatangani perjanjian bagi mengusahakan telaga gas kedua terbesar di dunia di Turkmenistan.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perjanjian itu akan dimeterai sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah tersebut selepas menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.Menurut beliau, Perdana Menteri kini berada di Kazan bagi menghadiri 'ASEAN-Russia Commemorative Summit' sebelum meneruskan perjalanan ke Turkmenistan."Di Turkmenistan, insya_ALLAH, Perdana Menteri bersama dengan pasukan Petronas akan menandatangani satu perjanjian untuk Petronas dan rakan usaha di Turkmenistan mengusahakan telaga gas kedua terbesar di dunia, insya_ALLaH," katanya ketika hadir pada Program Jiwa Madani dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Komuniti Madani Negeri Kelantan di sini pada Selasa.Fahmi memberitahu, kerjasama strategik itu dijangka membawa limpahan ekonomi yang sangat baik kepada negara selain mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai rakan kerjasama yang dipercayai di peringkat global.Katanya, peluang untuk terlibat dalam projek tenaga berskala besar itu membuktikan Malaysia terus mendapat pengiktirafan dunia serta menjadi rakan pilihan dalam pelbagai usaha pembangunan ekonomi antarabangsa."Dengan itu akan ada limpahan ekonomi yang sangat baik untuk negara kita."Ini hanya boleh berlaku bila Ringgit kukuh, barang cukup, kita dihormati peringkat dunia, kita menjadi rakan yang dicari untuk berkongsi projek-projek yang besar seperti itu, bukan untuk Perdana Menteri sendiri, tapi untuk kita," katanya.





Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia - Mypress - 15/06 10:04 pm

MUAR – Usaha memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara terus menjadi fokus kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Kazan, Rusia, esok





Anwar adakan pertemuan penting dengan Putin esok, bawa agenda jaminan bekalan minyak negara - Sinarharian - 15/06 8:32 pm

MUAR - Agenda menjamin bekalan tenaga negara terus menjadi keutamaan kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melakukan lawatan kerja ke Kazan, Rusia esok bagi mengadakan pertemuan penting dengan Presiden Vladimir Putin.Anwar berkata, lawatan itu melibatkan mesyuarat antara pemimpin ASEAN dengan kepimpinan Rusia akan dimanfaat bagi memastikan kelangsungan dan jaminan bekalan minyak ke Malaysia."Antara yang saya nak tegaskan bila jumpa dengan Putin, nak pastikan minyak itu dia dapat salur juga kepada kita..





Johor MADANI: PM Anwar Santuni Rakyat Muar, Bakri Petang Ini - Wrlr - 15/06 2:49 pm

Dijemput seluruh warga Bakri, Muar dan sekitar untuk hadir beramai-ramai. Kehadiran Anwar ke kedua-dua kerusi parlimen itu bagi meninjau serta mendengar sendiri permasalahan rakyat melibatkan pelbagai lapisan masyarakat setempat sebelum dijadual berlepas ke Rusia dan Turkmenistan esok.





Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara- PM - Mygazette - 14/06 3:02 pm

# Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara- PM SIPITANG - Hubungan antarabangsa yang baik serta kestabilan politik membolehkan Malaysia terus mendapatkan bekalan minyak dan gas meskipun dunia kini berdepan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar diplomatik yang bijak membolehkan negara luar seperti Rusia dan Turkmenistan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang sangat dekat





Kestabilan politik, hubungan antarabangsa baik jamin bekalan tenaga negara, kata PM - FMT - 13/06 4:59 pm

Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak bolehkan negara seperti Rusia dan Turkmenistan anggap Malaysia negara sahabat yang sangat dekat.





Hubungan antarabangsa baik, politik stabil jamin bekalan tenaga negara - Anwar - Sinarharian - 13/06 3:06 pm

SIPITANG - Hubungan antarabangsa yang baik serta kestabilan politik membolehkan Malaysia terus mendapatkan bekalan minyak dan gas meskipun dunia kini berdepan ketidaktentuan susulan krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar diplomatik yang bijak membolehkan negara luar seperti Rusia dan Turkmenistan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang sangat dekat.Berkongsi pengalaman semasa mengadakan lawatan rasmi ke Turkmenistan baru-baru ini, beliau berkata, pemimpin negara berkenaan menyatakan kesediaan mengoperasikan satu daripada telaga gas terbesar di dunia bersama Malaysia melalui Petronas."Negara kita mengambil sikap bersahabat dengan semua termasuk dengan Amerika Syarikat dan China, selain keadaan politik dalam negara yang stabil, tidak bergegar atau bergaduh antara kaum," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Southern Madani Link di sini, Sabtu.Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.Anwar berkata, kestabilan politik menjadi kunci utama bagi memastikan kerajaan dapat memberi tumpuan penuh kepada agenda pembangunan selain terus menarik kemasukan pelabur luar ke dalam negara."Sebab itu dalam masa yang lalu, saya beri sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajijikerana saya fikir cukuplah kita berbalah dalam banyak isu, tetapi politik negara ini harus stabil kerana kalau tidak stabil, orang tidak akan melabur,"katanya.Mengulas perkembangan global, Perdana Menteri berkata, dunia kini berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat krisis kekurangan bekalan tenaga berikutan konflik diAsia Barat yang turut menjejaskan laluan Selat Hormuz hingga menyebabkan harga minyak dunia melambung tinggi.Beliau berkata, situasi itu menyaksikan beberapa negara termasuk dalam kalangan anggota ASEAN terpaksa mengambil tindakan drastik denganmenutup operasi sekitar 400 stesen minyak kerana kekurangan bekalan."Kita bersyukur dalam keadaan itu pun harga minyak murah..





Kerajaan Perpaduan kekal pegang muafakat, tidak akan khianati rakan - Sinarharian - 10/06 11:45 pm

kita runding dengan baik, bincang dengan baik, kerjasama dengan baik... setakat ini, Kerajaan Perpaduan masih teguh walaupun di peringkat negeri dah ada yang berbeza pendapat sedikit,"katanya sambil menambahsebarang keputusan di peringkat negeri adalah tanggungjawab pimpinan masing-masing.Perdana Menteri juga berkata, fokus utama kerajaan ketika ini ialah pelaksanaan agenda pembangunan negaratermasuk komitmen antarabangsa dan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi.Beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat ASEAN-Rusia di Kazan minggu depansebelum ke Turkmenistan bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor tenagakhususnya berkaitan potensi sumber gas





USV Digunakan Menyelamat Krew Helikopter Terhempas Pertama Kali Dalam Sejarah - Amanz - 10/06 1:55 pm

Penggunaan dron di medan perang sebagai unit pemantauan dan membawa senjata telah dilakukan sejak 1917 menerusi Kettering Bug. Teknologi dron dan UAV semakin maju dengan ia kini dihasilkan pada kos yang sangat rendah membolehkannya menjadi dron kamikaze cukup berkesan dalam konflik Ukraine-Rusia





Malaysia cari sumber minyak baharu sesuai dengan fasiliti sedia ada - Sinarharian - 10/06 1:50 pm

GEORGE TOWN - Kerajaan bukan sahaja meneliti sumber bekalan minyak mentah baharu dari beberapa negara malah turut mengambil kira kesesuaian fasiliti sedia ada bagi memastikan bekalan yang diterima dapat diproses dengan berkesan.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, setiap sumber minyak mentah mempunyai karakteristik berbeza mengikut negara pengeluar, justeru aspek keupayaan kemudahan pemprosesan tempatan menjadi faktor penting dalam menentukan sumber bekalan yang dipilih.Menurutnya, antara kawasan yang sedang dinilai sebagai sumber alternatif bekalan minyak mentah termasuk negara di benua Afrika, Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Turkiye serta Rusia sementara bagi bekalan minyak bertapis adalah Singapura."Sudah pasti ia juga perlu melihat kepada ketersediaan fasiliti kita untuk memproses bekalan berkenaan





Kerajaan pertimbang Afrika, Rusia dan Turki sumber bahan api - FMT - 10/06 1:47 pm

Menteri Ekonomi Akmal Nasir berkata Petronas perlu menilai terlebih dahulu sama ada kilang penapisan minyak di Malaysia ada keupayaan memproses bahan mentah daripada sumber itu.





Rabani tebus kecewa, raih gelaran 113 Triathlon di Pangkor - Sinarharian - 10/06 9:33 am

PENANTIAN setahun akhirnya berbaloi buat atlet triatlon negara, Muhammad Rabani Hashim apabila berjaya menebus kekecewaan lalu dengan menjuarai acara utama 113 Triathlon sempena Festival Multisukan Perak 2026 di Marina Island Pangkor di sini pada Ahad.Kejayaan itu cukup bermakna buat Rabani selepas sekadar muncul naib juara pada edisi terdahulu, sekali gus membuktikan usaha berterusan yang dilakukan sepanjang tempoh setahun berjaya membuahkan hasil.Atlet berusia 32 tahun yang aktif menyertai siri perlumbaan IRONMAN itu mencatat masa 5 jam 8 minit 43 saat (s) untuk muncul juara kategori lelaki keseluruhan, mengatasi Abdullah Umar Idrus yang merekodkan masa 5:10:40s, manakala atlet Great Britain, Joseh Taylor, berada di tempat ketiga dengan catatan 5:22:16s.Perlumbaan berprestij itu menuntut tahap ketahanan tinggi apabila peserta perlu menamatkan renangan sejauh dua kilometer (km) kayuhan basikal 90km dan larian 21km dalam satu perlumbaan.Menurut Rabani, kejayaan yang diraih bukan hanya hasil latihan fizikal semata-mata, sebaliknya turut didorong kekuatan mental untuk terus bangkit selepas kegagalan meraih gelaran juara tahun lalu."Dalam sukan ketahanan seperti ini, bukan sahaja kekuatan fizikal yang diuji, tetapi juga mental





Rusia Rancang Beri Akses Masuk ‘Free Visa’ Buat Pelancong Malaysia Pada 2026 - Vocket - 9/06 12:25 am

Berita baik untuk anda yang gemar melancong atau mempunyai urusan di luar negara! Rusia kini sedang merancang untuk memansuhkan keperluan visa bagi rakyat Malaysia pada..





Rusia Rancang Beri Akses Masuk ‘Free Visa’ Buat Pelancong Malaysia Pada 2026 - Hotfm - 9/06 12:25 am

Berita baik untuk anda yang gemar melancong atau mempunyai urusan di luar negara! Rusia kini sedang merancang untuk memansuhkan keperluan visa bagi rakyat





Malaysia perlu mencari rakan strategik sejati di luar hegemoni barat - Wrlr - 6/06 12:07 am

Turkiye sendiri pernah mengalami pengalaman pahit apabila permohonan pembelian senjata dari Amerika Syarikat ditolak, yang dipercayai ada kaitan dengan statusnya sebagai negara majoriti Muslim. Turkiye kemudiannya beralih kepada Rusia bagi mendapatkan bekalan senjata dan kini berjaya membangunkan industri pertahanannya sendiri yang maju serta mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa



Pendaki hilang: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Pendaki hilang: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil pasukan penyelamat TAPAH - Keadaan awan berkelompok, tiupan angin kuat dan ruang yang sempit dikelilingi pokok tebal antara cabaran operasi udara dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini. Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata operasi yang digerakkan menggunakan pesawat buatan Rusia, MI-17 dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu semalam melibatkan proses 'winching'



PKS dijangka hanya mampu bertahan enam bulan - Sinarharian - 2/06 9:20 am

PERANG antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang belum menampakkan tanda-tanda gencatan senjata, ditambah pula Selat Hormuz masih disekat menyebabkan pengguna mula berjimat-cermat dalam persekitaran tidak menentu serta dihimpit kenaikan harga barang.Soalan 'ke mana perginya para pengguna' antara keluhan yang mulai kedengaran di pasaran.'Gelombang dingin' sebegini memberi tamparan hebat kepada semua sektor, malah pengusaha daripada pelbagai industri mengadu bahawa keadaan pasaran kini sangat lesu.Tinjauan soal selidik yang dijalankan secara bersama oleh Sin Chew Daily dan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) dari 12 hingga 20 Mei lalu melibatkan 102 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menunjukkan bahawa sektor itu sedang menanggung tekanan berganda.Selain berdepan kenaikan kos bahan mentah, logistik dan operasi, PKS turut terkesan akibat permintaan pengguna yang lemah, menyebabkan kumpulan itu tidak berani memindahkan kos kepada pengguna.Sebanyak 70.6 peratus responden berpendapat bahawa kewangan syarikat masing-masing hanya mampu bertahan paling lama enam bulan, malah 32.4 peratus pula pesimis bahawa jika keadaan tidak bertambah baik atau tiada bantuan diberikan, syarikat tidak dapat bertahan dalam tempoh satu hingga tiga bulan lagi.Tinjauan menunjukkan bahawa sekiranya ketegangan geopolitik berterusan, kebimbangan terbesar PKS adalah permintaan pengguna yang lemah (40.2 peratus), diikuti peningkatan kos operasi (27.5 peratus) dan gangguan rantaian bekalan (17.6 peratus).Dalam keadaan permintaan pasaran yang lemah, majoriti syarikat masih tidak berani menaikkan harga secara melulu walaupun kos operasi meningkat.Buat masa ini, 40.2 peratus responden masih menyerap kos berkenaan, 32.4 peratus pula menaikkan harga manakala 26.5 peratus lagi merancang untuk berbuat perkara sama dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.Dari 41 syarikat yang menyerap kos, sebahagian besarnya sudah menghadapi tekanan kenaikan kos operasi ketara.Antaranya, dua syarikat menyatakan kos operasi keseluruhan meningkat melebihi 50 peratus; lapan syarikat meningkat antara 31 peratus hingga 50 peratus; 19 syarikat meningkat antara 10 peratus hingga 30 peratus; hanya lima syarikat mengalami kenaikan kurang dari 10 peratus, manakala tujuh syarikat lagi menyatakan tidak pasti atau belum terkesan buat masa sekarang.Presiden Kebangsaan SME Malaysia, Dr Chin Chee Seong berkata, permintaan pengguna mulai merosot selepas sambutan Tahun Baru Cina.Pihak industri bimbang sekiranya pengguna mengurangkan perbelanjaan, ia bakal memberi impak langsung kepada pendapatan yang seterusnya menjejaskan aliran tunai."Walaupun kos bahan mentah dan pengangkutan terus meningkat, pengusaha tetap tidak berani memindahkan kos tersebut kepada pengguna secara melulu."Ini kerana permintaan pasaran sudah sedia lemah dan tindakan menaikkan harga berisiko menyebabkan syarikat kehilangan pelanggan," katanya.Beliau menambah, hasil kaji selidik ini secara amnya selari dengan kesimpulan tinjauan yang dijalankan oleh persatuan pada April lalu.Pada April, SME Malaysia telah menjalankan kaji selidik mengenai kesan kenaikan harga minyak terhadap PKS yang menyaksikan penyertaan 335 responden.Ketika itu, responden bimbang tentang pengurangan perbelanjaan oleh pengguna, penyusutan margin keuntungan syarikat serta persaingan pasaran yang menyukarkan syarikat untuk menaikkan harga secara bebas, manakala inflasi pula melemahkan kuasa membeli di seluruh negara.Ramai responden menyatakan bahawa PKS semakin menghampiri tahap kritikal dan tindakan pengusaha terus menyerap kos sudah tidak lagi mampan untuk diteruskan.Tinjauan terbaharu oleh Sin Chew Daily dan SME Malaysia menunjukkan bahawa dalam menghadapi tekanan kos, PKS mula melakukan pelbagai pelarasan operasi.Sebanyak 26.5 peratus responden memutuskan untuk menangguhkan pelan pengembangan perniagaan atau pengambilan pekerja, 18.6 peratus ingin mengurangkan pesanan manakala 9.8 peratus lagi beralih kepada bahan mentah mahupun alternatif yang lebih murah.Chee Seong memaklumkan, persekitaran perniagaan kini cenderung ke arah lebih berhati-hati di mana syarikat sedang mengecilkan perbelanjaan bagi memberi keutamaan untuk mengekalkan aliran tunai sambil mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap perkembangan situasi antarabangsa.Syarikat sedang memperhatikan sama ada pasaran pengguna akan bertambah baik serta memantau situasi di Asia Barat, hasil rundingan pemimpin AS-China dan rundingan China-Rusia.Beliau berkata, perkara yang menjadi tumpuan utama PKS sekarang adalah isu aliran tunai."Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman, namun banyak PKS masih bersikap berhati-hati terhadap pinjaman berkenaan."Permohonan (pinjaman) bukan mudah dan (syarikat) juga bimbang, perniagaan sudah sedia merosot, jika menambah pinjaman lagi, ia akan menjadi beban berganda, malah mereka terpaksa berdepan tekanan untuk membayar balik pinjaman itu kelak," ujarnya.Melangkah ke suku kedua, katanya, sebahagian besar PKS buat masa ini masih mampu bertahan, namun jika situasi di Asia Barat berterusan atau bertambah buruk, syarikat-syarikat berpotensi berdepan masalah aliran tunai selepas ini.Berdasarkan hasil kaji selidik, kebanyakan syarikat kini sudah mula merasai aliran tunai yang sempit.Antaranya, 50 syarikat menyatakan aliran tunai mereka menghadapi tekanan dan mungkin memerlukan pembiayaan atau bantuan; 45 syarikat menyatakan masih mampu menguruskannya tetapi semakin mengetat; sembilan syarikat lagi mengakui bahawa aliran tunai sudah berada pada tahap risiko serius.Bagi soalan mengenai status aliran tunai, responden dibenarkan untuk memilih lebih dari satu jawapan.Sesetengah syarikat memilih kedua-dua jawapan iaitu 'masih boleh diurus tetapi semakin mengetat' dan 'menghadapi tekanan' secara serentak, atau memilih 'menghadapi tekanan' dan 'risiko serius' pada masa sama.Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi semua pilihan adalah melebihi 102.Tinjauan juga menunjukkan sekiranya situasi semasa berterusan tanpa sebarang bantuan atau campur tangan kerajaan, keupayaan daya tahan kewangan sebahagian besar PKS adalah sangat terhad.Sebanyak 70.6 peratus responden berpendapat bahawa kewangan syarikat hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang daripada enam bulan, di mana 38.2 peratus percaya boleh bertahan tiga hingga enam bulan, manakala 32.4 peratus lagi menganggap hanya mampu bertahan selama satu hingga tiga bulan sahaja.Dalam kategori kos yang terjejas, 44 syarikat menyatakan kos bahan mentah menerima impak paling ketara, diikuti surcaj logistik dan pengangkutan (30 syarikat).Daripada 24 syarikat responden yang sangat bergantung kepada laluan perkapalan Asia Barat dan Selat Hormuz bagi bekalan import, 10 syarikat mengalami lonjakan kos operasi keseluruhan sebanyak 31 peratus hingga 50 peratus; sembilan syarikat melonjak antara 10 peratus hingga 30 peratus; empat syarikat mengalami lonjakan melebihi 50 peratus manakala hanya satu syarikat mencatatkan kenaikan di bawah 10 peratus.Dari segi tekanan kos yang spesifik, 19 syarikat berpendapat kos bahan mentah memberikan impak terbesar, diikuti surcaj logistik dan pengangkutan serta kos tenaga dan utiliti (masing-masing dua syarikat menyatakan impak ini paling ketara), manakala satu syarikat selebihnya menganggap tekanan kos tenaga kerja adalah paling menonjol.Bantuan paling diperlukan oleh PKS adalah tindakan kerajaan untuk menstabilkan harga minyak.Ini merupakan sektor kritikal yang memberikan impak rantaian kepada keseluruhan ekonomi, di mana 31.4 peratus daripada syarikat yang ditinjau menganggap langkah penstabilan harga minyak adalah keperluan paling mendesak.Chee Seong memaklumkan, harga minyak mempengaruhi kos pengangkutan, logistik, bahan mentah, serta kos rantaian bekalan secara keseluruhan.Tambahnya, sebarang turun naik harga minyak akan mencetuskan tindak balas berantai.Beliau menjelaskan bahawa harga minyak akan memberi kesan langsung kepada tambang pengangkutan dan peningkatan kos pengangkutan sahaja sudah cukup untuk menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan serta mendorong kenaikan harga pelbagai barangan serta kos operasi.Justeru, Chee Seong menggesa kerajaan supaya mengurangkan pergolakan politik, sebaliknya membantu rakyat dan PKS yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup serta kos perniagaan demi menstabilkan ekonomi negara dan persekitaran perniagaan.Beliau berharap agar pihak bank dapat memberikan kelonggaran dalam proses kelulusan bantuan kepada syarikat yang benar-benar terkesan bagi membantu mengharungi fasa sukar aliran tunai ini.Chee Seong turut menyeru pengguna untuk meningkatkan perbelanjaan domestik mengikut kemampuan masing-masing dan memberi keutamaan dengan menyokong produk tempatan demi merangsang kitaran ekonomi bersama.



Kekayaan bilionair Rusia bertambah hampir AS$22b tahun ini - Mkini - 2/06 8:20 am

GLOBAL Pun begitu senarai individu terkaya dunia kekal milik Elon Musk dengan pemilikan harta sebanyak AS$735 bilion



Jagung, soya naik 10 peratus, penternak mula terhimpit - Sinarharian - 1/06 9:45 am

KRISIS minyak global ketika ini sememangnya memberi kesan terhadap kos dalam industri penternakan namun jika dibandingkan dengan impak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, perbezaannya 'bagai langit dan bumi'.Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, pemain industri secara umumnya masih mampu menyerap tekanan ekonomi, bergantung kepada keadaan masing-masing.Menurut beliau, pihaknya percaya fasa paling berbahaya dalam krisis minyak sebenarnya sudah berlalu kerana berdasarkan maklumat hasil perbincangan dengan kerajaan, situasi dua bulan lalu jauh lebih serius berbanding sekarang."Ketika itu, bahan api industri juga sukar diperoleh, namun harga minyak kini sudah menurun dan keadaan semakin stabil," katanya.Beliau turut mendedahkan bahawa dalam mesyuarat antara persekutuan dengan kerajaan pada 30 Mac lalu, pihaknya menjelaskan kenaikan kos penghantaran antarabangsa dan harga minyak mentah global menyebabkan harga jagung dan kacang soya import, dua bahan mentah utama industri penternakan meningkat sekitar 10 peratus.Namun, kata Jeffrey, import jagung dan kacang soya Malaysia kebanyakannya datang dari Amerika Utara dan Selatan serta tidak melalui Selat Hormuz di Iran, maka tekanan ekonominya masih tidak seteruk ketika perang Rusia-Ukraine pada 2022.Jeffrey turut memaklumkan bahawa Ukraine menyumbang kira-kira 12 peratus bekalan jagung dunia, manakala Rusia hanya beberapa peratus."Pada awal perang, pemain industri di seluruh dunia bimbang berlaku kekurangan bekalan jagung dan kesannya merebak ke seluruh rantaian bekalan



Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan - Sinarharian - 26/05 10:15 am

Penilaian risiko perlu dimasukkan sebagai faktor wajib," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau mengakui keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport NSM memberi kesan besar terhadap program pemodenan TLDM terutama projek Littoral Combat Ship (LCS) dan pemodenan frigat KD JEBAT serta KD LEKIU.Menurut latar belakang projek, NSM dibangunkan oleh syarikat Norway, Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) dan dipilih sebagai sistem peluru berpandu anti-kapal utama TLDM kerana keupayaan serangan jarak jauh sekitar 300 kilometer (km) serta teknologi halimunan (stealth).Malaysia memeterai kontrak pembelian 48 unit NSM pada 2018 sebelum kontrak itu ditambah pada 2024 melibatkan dua unit telemetry tambahan.NSM juga dipilih bagi menggantikan sistem peluru berpandu lama untuk Skuadron Frigat Ke-23 TLDM yang melibatkan KD JEBAT dan KD LEKIU.Bagaimanapun, semua aktiviti berkaitan NSM kini terhenti selepas Norway membatalkan lesen eksport sistem tersebut ke Malaysia.Keputusan itu menyebabkan kapal LCS pertama, MAHARAJA LELA yang dijadual diserahkan kepada TLDM pada Disember 2026 tidak dapat menjalani ujian penuh sistem persenjataan seperti dirancang.Selain itu, program pemasangan NSM pada KD JEBAT yang sedang menjalani pasang pulih (refit) turut terjejas, manakala KD LEKIU pula telah menjalani pembongkaran sistem lama tetapi tidak dapat meneruskan pemasangan sistem baharu.Mohd Anwar berkata, situasi tersebut menunjukkan risiko besar apabila sesebuah sistem strategik terlalu bergantung kepada kelulusan eksport negara pembekal.Norway ada hak batalkanBeliau menjelaskan walaupun kontrak telah dimeterai dengan syarikat pertahanan dan pembayaran dibuat, penghantaran sistem masih tertakluk kepada kelulusan kerajaan negara asal."Kita kena faham ada dua perkara berbeza iaitu kerajaan dan kontraktor. Kontraktor boleh setuju, tetapi kalau kerajaan tak luluskan eksport, sistem tetap tak boleh dihantar," katanya.Menurut beliau, pengalaman sama sebenarnya pernah berlaku di beberapa negara lain termasuk Perancis, Sweden dan Itali apabila eksport sistem pertahanan disekat akibat faktor geopolitik serta polisi luar negara.Beliau memberi contoh pembatalan penghantaran kapal Mistral oleh Perancis kepada Rusia selain tindakan beberapa negara Eropah yang pernah menahan eksport senjata kepada negara tertentu.Katanya, Malaysia sendiri pernah membeli kapal kelas Laksamana dari Itali selepas penghantaran asal kepada Iraq gagal dilaksanakan akibat isu peperangan.Dalam pada itu, pembatalan eksport NSM turut dilihat memberi kesan kewangan besar kepada negara selepas hampir RM1 bilion dibelanjakan secara langsung dan tidak langsung bagi menyokong pengoperasian sistem tersebut dalam inventori TLDM.Susulan itu, Kementerian Pertahanan kini sedang mengatur tuntutan ganti rugi dan pampasan terhadap kegagalan kontrak berkenaan.Kerajaan wajar buat tuntutanMohd Anwar berpandangan Malaysiaberhak membuat tuntutan termasuk membawa perkara itu ke tribunal timbang tara antarabangsa jika perlu."Kita tidak boleh duduk diam



Teliti semula dasar eksport petroleum, jamin bekalan bahan api domestik .. - Mygazette - 23/05 7:53 am

Selain itu, ujarnya, China, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun juga menghentikan eksport produk minyak siap dari kilang penapisan mereka sebagai langkah serius menghadapi gangguan bekalan global. Rusia pula, tambah beliau, beberapa kali melarang eksport petrol dan diesel demi menstabilkan pasaran domestik



ITC Luaskan Standard Pelancongan Mesra Muslim Malaysia Melalui Kerjasama Dengan Rusia - Siakapkeli - 20/05 4:13 pm

ITC Luaskan Standard Pelancongan Mesra Muslim Malaysia Melalui Kerjasama Dengan RusiaKazan, Rusia, 17 May 2026 - Pusat Pelancongan Islam (ITC) sedang menerajui pengaruhnya melalui satu




Reformasi     >>



Krisis Pas vs Bersatu, masuk fasa perang gerila, kata .. - Harapandaily
Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko kehilangan jenamanya sendiri sekiranya konflik antara Pas dan Bersatu gagal diselesaikan, malah tidak mustahil gabungan itu boleh berakhir dengan pembubaran jika pertikaian dibawa ke peringkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Pensyarah Kanan ..
Kroni     >>



Rombakan Perikatan Nasional: Sanusi kembali ketuai .. - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan rombakan pentadbiran gabungan itu berkuat kuasa serta-merta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Portugal, Ronaldo mulakan kempen .. - Kosmo
HOUSTON – Portugal gagal memanfaatkan status sebagai pasukan pilihan apabila sekadar seri 1-1 dengan Congo dalam aksi Kumpulan K saingan Piala Dunia 2026, sekali gus meneruskan rekod negatif mereka dalam perlawanan pertama kejohanan berprestij itu. Ini adalah kali keempat dalam lima edisi ..
Tech     >>



Google Android 17 is official, already available in .. - Technave
Google has officially announced Android 17 , rolling out to Pixel devices first before it hits other eligible devices. The update introduces floating app Bubbles for fast multitasking, the creator-focused Screen Reactions tool, an optimized 50/50 foldable gaming mode with native controller ..
World     >>



Trump to Netanyahu: Use a softer touch on Lebanon - Aljazeera
US President Donald Trump has encouraged Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu to use a softer touch in Lebanon.
Motor Trend     >>



Chery Buka Pusat 3S Baharu di Kulai - Tampil Dengan .. - Careta
Pusat 3S tersebut mempunyai keluasan keseluruhan 734 meter persegi. Apa yang menarik, Chery Kulai merupakan cawangan kedua di Malaysia yang menggunakan konsep reka bentuk bilik pameran Gen 4.0 Chery, selain menjadi yang pertama memperkenalkan konsep tersebut di wilayah selatan. Reka bentuk