| /// |
|
| Search : Raya Pas News | Page 1 |
|
PRN Melaka: Pas sasar bertanding 16 kerusi DUN - Sinarharian - 29/04 10:09 am MELAKA - Pasmenyasaruntuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail berkata, 16 kerusi berkenaan ialahPantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.Beliau berkata, parti itu membuat ketetapan untuk bertanding di semua kerusi berkenaan dengan menampilkan calonberwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini."Ketetapan ini selaras dengan kenyataan yangdisampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nordalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook Pas Melaka pada Rabu.Penggal kelima DUN Melaka dijadual tamat pada Disember ini, sekali gus bakal membuka laluan kepada PRN pada tahun ini |
|
PRN Johor: Kalau boleh Pas mahu bertanding semua 56 kerusi –... - Mygazette - 28/04 7:57 am # PRN Johor: Kalau boleh Pas mahu bertanding semua 56 kerusi - Sanusi MUAR - Pas tidak menolak kemungkinan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti. Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Norbagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama-sama kepimpinan negeri |
|
DUN Melaka: ADUN BN cadang gaji Jailani digantung - Mygazette - 28/04 7:57 am Malah kenyataan dikeluarkan menyatakan pelancaran jentera parti lebih penting daripada hadir sidang dewan, katanya. Terdahulu, isu ketidakhadiran Muhamad Jailani ke sidang DUN menjadi perhatian selepas beliau memaklumkan sedang bercuti sakit, namun hadir ke program pelancaran jentera pilihan raya Pas malam Sabtu lalu |
|
Ada tokoh NGO, parti politik berminat sertai PN – Sanusi - Mygazette - 27/04 3:06 pm # Ada tokoh NGO, parti politik berminat sertai PN - Sanusi MUAR - Terdapat beberapa tokoh baharu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berminat menyertai Perikatan Nasional (PN). Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendedahkan perkara itu berkata, mereka merupakan beberapa tokoh baharu |
|
Pas sasar rampas Parlimen Muar, dakwa Syed Saddiq sibuk bercengkerama .. - Mygazette - 27/04 3:06 pm "Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan _berendut_ dengan Bella Astilla," katanya ketika berucap dalam Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti Pas Muar, Parit Tarom, di sini malam tadi. Program itu dirasmikan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menyempurnakan pelancaran jentera pilihan raya Pas Johor |
|
ADUN Rembia jawab kritikan, sahkan tidak hadir sidang DUN kerana cuti sakit - Sinarharian - 27/04 11:14 am MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menjawab kritikan yang mempersoalkan tindakannya tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hadir ke majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas, Sabtu lalu.Muhammad Jailani berkata, beliau tidak hadir pembukaan sidang DUN Jumaat lalu kerana masih dalam cuti sakit selama dua bulan selepas mengalami kecederaan patah empat jari kaki.Namun katanya, kehadiran ke majlis pelancaran jentera pilihan raya adalah lebih penting dalam usaha membela nasib rakyat serta menentang dasar kerajaan yang menjejaskan rakyat."Memang saya MC (cuti sakit) dua bulan, memang empat jari kaki saya patah dan memang saya tidak hadir sidang dewan."Ya, hadir di majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas Melaka lebih penting |
|
Pas mahu rampas Parlimen Muar, pertahan DUN Maharani - Sinarharian - 27/04 10:47 am MUAR Pas Johor meletakkan sasaran untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada Ahli Parlimennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, selain itu parti berkenaan juga bertekad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.Menurut beliau, kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri itu."Pas berhasrat untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada Syed Saddiq pada pilihan raya umum akan datang."Pada masa sama, kita akan terus mempertahankan DUN Maharani pada PRN Johor nanti," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti Pas Muar, Parit Tarom di sini pada malam Ahad.Program dirasmikan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menyempurnakan pelancaran jentera pilihan raya Pas Johor.Hadir sama, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Nornekman Osman.Dalam pada itu Muhammad Sanusi yang juga Bendahari Agung PN berkata, Pas Johor berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRN Johor pada bila-bila masa, dengan jentera parti di semua peringkat sudah digerakkan lebih awal."Persiapan Johor, orang Johor ini 'ready anytime' |
|
'Ramai tokoh NGO, parti politik mohon sertai PN' - Sanusi - Sinarharian - 27/04 10:45 am MUAR - Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa terdapat beberapa tokoh baharu termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berminat untuk menyertai PN.Bendahari Agung PN itu turut memaklumkan, terdapat permohonan rasmi yang telah diterima, namun ia masih dalam pertimbangan dan belum dibincangkan secara muktamad."Ada banyak tokoh besar NGO dan parti-parti yang sedang berkawan dengan kita |
|
Penyokong UMNO tolak DAP, PH boleh bantu PN tubuh kerajaan pada PRN - Sanusi - Sinarharian - 27/04 10:38 am MUAR - Penyokong UMNO yang menolak kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) boleh membantu Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu bukan mustahil memandangkan ramai akar umbi UMNO khususnya di kampung-kampung masih tidak selesa dengan kerjasama parti itu bersama DAP dan PH di peringkat Persekutuan.Katanya, strategi politik di Johor perlu diserahkan kepada pimpinan tempatan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor serta parti komponen PN bagi menentukan kaedah terbaik menubuhkan kerajaan negeri."Untuk strategi dan pendekatan politik di Johor, serah kepada orang Johor |
|
Bukan mudah untuk PN terima penyertaan parti Hamzah – Muhyiddin - Mygazette - 27/04 8:04 am Jadi kalau ikut pandangan kita, kerusi itu kekal sebegitu kecuali jika ada cadangan lain yang perlu dibawa ke Majlis Tertinggi PN, katanya dalam sidang media sama. Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md |
|
PRN Johor: Penyokong UMNO boleh ‘bantu’ PN tubuh kerajaan .. - Mygazette - 27/04 8:04 am # PRN Johor: Penyokong UMNO boleh 'bantu' PN tubuh kerajaan negeri - Sanusi MUAR - Penyokong UMNO yang menolak kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) boleh 'membantu' memenangkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, menerusi bantuan mereka PN akan dapat menubuhkan kerajaan negeri selepas PRN |
|
PRN Melaka: Pas sudah pilih antara 15-16 kerusi untuk ditandingi – .. - Mygazette - 27/04 8:04 am # PRN Melaka: Pas sudah pilih antara 15-16 kerusi untuk ditandingi - Annuar KUALA LUMPUR Pas sudah memilih antara 15 hingga 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perikatan Nasional (PN) juga akan memuktamadkan calon-calon parti itu pada PRN Melaka tidak lama lagi |
|
PAS akan tanding lebih 15 kerusi pada PRN Melaka - FMT - 26/04 3:41 pm Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor berkata kerusi mahu ditandingi dianggap realistik merujuk momentum sokongan pada PRU15. |
|
Akmal cuma ‘budak catur’ Zahid, jangan percaya naratif UMNO .. - Mygazette - 26/04 2:55 pm # Akmal cuma 'budak catur' Zahid, jangan percaya naratif UMNO tolak DAP - Sanusi MELAKA - Pas menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sekadar lantang bersuara menyerang DAP namun hakikatnya hanyalah 'budak catur' presiden parti itu. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana akhirnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan parti itu tetap akan bekerjasama dengan DAP |
|
Akmal bidas Sanusi gelar beliau `budak catur’ - Mygazette - 26/04 2:55 pm "Ingat datang Melaka ceramah tentang cadangan untuk bangunkan Melaka lebih baik dari BN buat sekarang, tapi ceramah kutuk orang sahaja rupanya," ujarnya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook hari ini. Muhamad Akmal menjawab kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md |
|
Penyatuan ummah dalam Islam wajib, bukan Pas yang minta Sanusi - Sinarharian - 26/04 1:15 pm MELAKA - Pas mengalu-alukan sebarang usaha ke arah penyatuan ummah seperti yang pernah disuarakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan tersebut masih tergantung, namun beliau berharap ia dapat direalisasikan pada masa akan datang."Akmal nak ke sini (Pas), tetapi partinya nak ke sana (DAP) |
|
Kalau sampai mahkamah kita lawan DAP tapi Sanusi cakap kita budak catur, terpulanglah - Akmal Saleh - Sinarharian - 26/04 10:39 am MELAKA - "Budak catur yang hari ini bukan setakat lawan DAP di ceramah sahaja, tetapi saya ada dua kes mahkamah melawan pemimpin DAP."Jadi kalau sampai mahkamah kita lawan, tetapi Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) cakap kita budak catur, terpulanglah."Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengulas pandangan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkenaan yang melabelnya sebagai budak catur kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Akmal meluahkan kekesalan terhadap Menteri Besar Kedah itu yang memilih untuk menyerang pihak lain dalam ceramah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding memberi tumpuan kepada pembangunan negeri dan negara."Ingat datang Melaka ceramah tentang cadangan untuk bangunkan Melaka lebih baik dari BN buat sekarang,tapi ceramah kutuk orang sahaja rupanya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Dalam pada itu, beliau meminta Sanusi menasihati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas agar tidak mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.Katanya, Muhamad Jailani tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atas alasan cuti sakit, namun dilihat hadir ke ceramah parti."Jumaat lalu, Speaker memaklumkan YB Rembia cuti sakit selama tiga bulan kerana kaki retak tetapi malam semalam boleh hadir ke ceramah Pas"Yang tanggungjawab pada rakyat untuk hadir dan bahas dalam sidang dewan tak nak buat, tetapi ceramah Pas dia sanggup datang walaupun dalam cuti sakit," katanyaAkmal berkata, Sidang DUN yang berlangsung hanya empat hari dalam tempoh empat bulan seharusnya dimanfaatkan sebaiknya oleh wakil rakyat bukan ponteng"Mungkin ceramah Pas lebih penting dari tanggungjawab hakiki kepada rakyat |
|
Akmal Saleh hanya budak catur Zahid, misi Pas tawan Melaka tidak mustahil - Sinarharian - 26/04 9:32 am Muhamad Akmal Saleh hanya budak catur kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md |
|
Sanusi sokong PRN, PRU serentak, mampu jimatkan kos - Sinarharian - 25/04 2:41 pm ALOR SETAR Pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan secara serentak mampu menjimatkan kos dan perkara tersebut wajar dipertimbangkan secara serius.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan sokongan kepada cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan pilihan raya serentak kerana penganjuran secara berasingan melibatkan perbelanjaan yang tinggi."Saya sepakat dengan Perdana Menteri supaya pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat serentak. Kos akan jadi sangat besar jika diadakan secara berasingan dan perkara ini boleh dibincangkan," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas kawasan Alor Setar di sini.Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, tarikh dan proses pilihan raya boleh berlaku lebih awal daripada jangkaan.Menurutnya, PRN Kedah pula hanya boleh diadakan selepas Ogos 2026 apabila tempoh 36 bulan pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) genap."Kita jalankan pilihan raya negeri pada Ogos 2023 |
|
UMNO tiada kerusi di Kedah tapi ‘tibai’ Pas hari-hari – .. - Mygazette - 24/04 5:05 pm Itulah pesanan saya kepada UMNO, katanya memetik laporan Kedah Online. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan & Pelancaran Jentera pilihan raya Pas kawasan Alor Setar, Kedah malam tadi |
|
Pembangkang sedia hadapi PRU lebih awal - Hamzah - Sinarharian - 20/04 9:54 am LARUT - Pembangkang tiada masalah berdepan kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) yang diawalkan kerana telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi keadaan itu.Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebarang keputusan pembubaran Parlimen oleh kerajaan akan disambut dengan kesiapsiagaan penuh jentera di semua peringkat."Kita bersedia pada bila-bila masa sekalipun. Bila mereka umumkan pembubaran, kita akan tunjukkan bahawa kita sudah sedia," katanya ketika ditemui pemberita sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Larut di Dewan As Sakinah, Kampung Paya Batu Kurau di sini pada Ahad.Hamzah berpandangan bahawa langkah mengadakan PRU lebih awal lazimnya dibuat oleh kerajaan yang merasakan kedudukan mereka kukuh.Katanya, tindakan tersebut juga boleh dilihat sebagai strategi politik untuk menguji reaksi pembangkang sebelum keputusan muktamad dibuat."Kalau benar mereka mahu adakan pilihan raya awal, sudah tentu mereka merasakan mereka berada dalam keadaan kuat."Kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen lebih awal jika mereka tidak yakin boleh menang," ujarnya.Mengulas pendekatan pembangkang, Ahli Parlimen Larut itu menegaskan pihaknya memilih untuk tidak terlalu reaktif terhadap spekulasi semasa, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mendekati rakyat.Tambahnya, pendekatan berhemah itu penting bagi memastikan keutamaan kekal kepada isu rakyat, bukan polemik politik selain menjadi petunjuk kepada sokongan semasa."Kalau di Larut ini sahaja, UMNO telah buat majlis Hari Raya."Kalau dibandingkan UMNO dengan parti-parti lain yang menganjurkan sambutan Hari Raya termasuk sambutan Hari Raya Pas bersama saya ini.. |
|
Majoriti pengguna media sosial tidak setuju tangguh PRN, isytihar darurat - Sinarharian - 18/04 2:23 pm SHAH ALAM - Majoriti pengguna media sosial tidak bersetuju dengan cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) melalui pengisytiharan darurat berdasarkan hasil undian atau poll yang dijalankan Sinar Harian.Undian yang dijalankan selama 24 jam bermula Jumaat hingga jam 1 tengah hari Sabtu di lima platform media sosial iaitu Facebook, Instagram, YouTube dan Threads dan X (Twitter) menunjukkan kira-kira 75.4 peratus pengguna berpandangan tidak perlu dilakukan pengisytiharan darurat untuk menangguhkan PRN.Di Facebook, sebanyak 86 peratus responden berpendirian darurat tidak perlu diisytiharkan untuk membuka ruang kepada penangguhan PRN sementara tujuh peratus berpendapat langkah mengisytiharkan darurat itu wajar sementara tujuh peratus lagi merasakan cadangan terbabit memerlukan kajian terperinci.Undian di Instagram menunjukan 84 peratus pengguna tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, diikuti 10 peratus berpandangan ia memerlukan kajian terperinci dan enam peratus menyokong langkah pengisytiharan darurat.Di YouTube pula, keputusan undian menunjukkan 75 peratus pengguna tidak bersetuju dengan cadangan penangguhan PRN melalui darurat, diikuti 17 peratus menyokong langkah tersebut memilih perlu kajian terperinci dan lapan peratus memilih perlu kajian terperinci.Situasi sama turut direkodkan di Threads apabila majoriti pengguna iaitu 72 peratus menyatakan cadangan tersebut tidak perlu dilaksanakan, manakala 15 peratus berpendapat ia memerlukan kajian terperinci dan 13 peratus lagi menyokong langkah tersebut.Sementara itu, di platform X, sebanyak 60 peratus responden turut memilih tidak perlu, manakala 20 peratus berpendapat ia perlu kajian terperinci dan 20 peratus lagi menyatakan cadangan tersebut wajar dilaksanakan.Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong sebelum ini dilapor mencadangkan agar Kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat serta menangguhkan PRN tersebut.Pemimpin DAP itu juga beralasan penangguhan tersebut kononnya mengambil kira keadaan rakyat yang kini sedang berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan kenaikan harga diesel.Cadangan tersebut bagaimanapun dibidas ramai pemimpin politik termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Muhamad Akmal mempersoalkan cadangan tersebut dengan menyatakan bahawa negara pernah berdepan krisis ekonomi sebelum ini tanpa perlu mengisytiharkan darurat sementara Muhammad Sanusi pula menyifatkan cadangan penangguhan itu menjadi bukti pemimpin DAP takut ditolak rakyat |
|
Buatlah pilihan raya, tak perlu darurat - Sanusi - Sinarharian - 16/04 6:39 pm ALOR SETAR Cadangan darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilihat bukan satu keperluan, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Ini kerana Menteri Besar Kedah itu mendakwa, pilihan raya akan datang dijangka menyaksikan perubahan landskap politik dalam negara."Saya rasa buatlah pilihan raya, bukan isu besar, tak payah sampai darurat |
|
'Biar lambat asal selamat' - Abdul Hadi jawab teka-teki Ketua Pembangkang - Sinarharian - 16/04 1:18 pm Kita mengambil kira pandangan semua pihak dalam kalangan pembangkang."Pemilihan Ketua Pembangkang ini bergantung kepada parti-parti dan Ahli Parlimen pembangkang. Sebab itu kita mengambil sedikit masa untuk mendapatkan pandangan semua pihak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Pas Terengganu di Dataran Shahbandar, di sini pada Khamis.Mengulas mengenai tempoh masa pelantikan tersebut, Abdul Hadi menjelaskan bahawa masih terdapat ruang waktu yang mencukupi memandangkan sidang Parlimen hanya akan bermula pada Jun depan.Orang tua kata, biar lambat asal selamat," ujarnya ringkas.Dalam pada itu, menyentuh mengenai pertemuan beliau bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Rusila baru-baru ini, Abdul Hadi menjelaskan pertemuan itu bertujuan memperkukuh ukhuwah antara parti komponen PN.Katanya, hubungan dalam gabungan itu berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah berbangkit."Pertemuan itu adalah untuk mengukuhkan hubungan antara parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional, supaya lebih erat dan kita dapat menghadapi pilihan raya secara bersama |
|
Dikecam berbaju Melayu, Dominic cuba pula imej budaya Cina - Sinarharian - 13/04 3:21 pm SHAH ALAM - Selepas penampilannya berbaju Melayu dan bersongkok ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dikritik, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau tampil membuat eksperimen ketika menghadiri acara sama anjuran Pas pada Ahad.Menurut Dominic, beliau memilih untuk memakai pakaian tradisional Cina dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas yang berlangsung di Melaka bagi melihat reaksi ramai terhadap penampilannya itu."Hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Pas, saya pilih untuk memakai pakaian tradisional Cina |
|
Pertahan konvoi PN: AMK bidas Sanusi - Mygazette - 8/04 8:13 am JOHOR BAHRU - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Jalex Lee En Xiang membidas dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa konvoi bermotosikal Perikatan Nasional (PN) yang didakwa tidak menggunakan wang rakyat atau kerajaan |
|
Konvoi PN: Subsidi minyak bukan perkara baru, sudah lama wujud - Sanusi - Sinarharian - 7/04 8:25 pm BALING - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas kenyataan beberapa pihak berhubung isu konvoi Perikatan Nasional (PN), khususnya berkaitan penggunaan minyak bersubsidiBendahari Agung PN dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu menegaskan, penggunaan minyak subsidi bukan isu baharu, sebaliknya telah lama diperkenalkan sejak era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.Menurutnya, rakyat telah menggunakan kemudahan tersebut sejak sekian lama dan tidak wajar dipersoalkan seolah-olah hanya berlaku dalam pentadbiran masa kini malah menegaskan konvoi berkenaan tidak menerima sebarang tajaan serta menggunakan wang peserta sendiri."Minyak subsidi ini bukan baharu, sudah lama wujud sejak tahun 1983 lagi, bukan zaman sekarang sahaja, semua orang guna termasuk mereka yang mengkritik," katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) Negeri Kedah Tahun 2026 di Unishams, Kuala Ketil pada Selasa.Muhammad Sanusi pada masa sama turut menyindir pihak tertentu yang didakwa menggunakan pengangkutan lebih mahal seperti helikopter, berbanding peserta konvoi motosikal hanya melibatkan kos bahan api rendah."Kalau nak banding, motosikal guna minyak berapa sen sahaja untuk satu kilometer, berbanding helikopter yang boleh mencecah puluhan ribu |
|
Pertahan konvoi PN, Sanusi jelas peserta guna wang sendiri, bukan dana kerajaan - FMT - 6/04 11:50 pm Pengarah pilihan raya PAS berkata, peserta himpunan sanggup belanja wang sendiri demi perjuang isu lebih besar bebankan negara. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |