///
See Also: Shutterstock

Search : Ramadan News   Page 1    





Kebakaran tanah gambut: Keadaan kritikal, 52 penduduk dipindahkan - Mgazette - 26/01 4:05 pm

"Anak-anak tak boleh sekolah, saya pun tak boleh bekerja buat sementara waktu sebab perlu menguruskan keluarga terutama mak yang tidak sihat, katanya. Dia berharap pihak berkaitan dapat mempercepatkan usaha memadam kebakaran agar penduduk dapat pulang ke rumah masing-masing lebih-lebih lagi menjelang Ramadan tidak lama lagi





No Halal Cert, No ‘Buffet Ramadan’Negeri Sembilan Issues Reminder - Therakyatpost - 26/01 11:14 am

The Negeri Sembilan Islamic Religious Affairs Department has issued a stern warning to restaurants and eateries without halal certification, prohibiting them from using terms like "Buffet Ramadan" in their advertising or promotions.





Barangan basah diteliti masuk senarai SARA - FMT - 24/01 7:49 pm

Senarai pembelian SARA dijangka akan dikemas kini sebelum Ramadan, kata Kamil Munim.





Govt to update SARA essential items by Ramadan, may add fish, chicken and other fresh produce, says finance ministers pol-sec - Malaymail - 24/01 3:45 pm

SUNGAI PETANI, Jan 24 The list of essential items under the Sumbangan Asas Rahmah (SARA) programme will be updat...





Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan - Sinarharian - 24/01 1:38 pm

SUNGAI PETANI - Senarai baharu barangan keperluan yang boleh dibeli menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikemas kini selewat-lewatnya sebelum Ramadan tahun ini.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, terdapat permintaan supaya barangan keperluan lain turut ditambah dalam senarai barangan yang boleh dibeli termasuk barangan basah."Ada pandangan yang diberikan oleh beberapa pihak, dan kementerian sedang meneliti untuk memasukkan barangan lain kerana ada permintaan untuk memasukkan barangan basah seperti ikan, ayam dan sebagainya."Kita jangkakan sebelum Ramadan ini ia dapat dilaksanakan supaya menjelang Aidilfitri, atau perayaan-perayaan lain selepas ini, dapat memberi kelegaan kepada masyarakat (untuk membeli barangan)," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyertai aktiviti gotong-royong sempena Program Menyelusuri Desa - Jelajah Kasih Madani di Surau Kampung Perak, Bukit Selambau, di sini hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan akan melihat mekanisme terbaik bagaimana untuk memperluas skop SARA bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat."Kita sedang lihat mekanisme yang terbaik bagaimana dapat memperluas skop SARA, tidak hanya terhad kepada senarai sedia ada."Selain itu, lebih banyak kedai-kedai kecil khususnya di kawasan luar bandar juga akan diberi ruang supaya penerima bantuan SARA dapat membeli barangan di kedai berkenaan," katanya.Beliau berkata, saban tahun bilangan penerima bantuan SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan berubah."Peruntukan keseluruhan berjumlah RM15 bilion, bulan ini kita buat semakan semula dan keluarkan senarai baharu bagi penerima SARA dan STR."Setiap tahun berbeza, ada yang keluar daripada kategori miskin dan ada yang baru masuk sebab itu pemberian SARA agak terlewat sedikit tahun ini, supaya yang layak menerimanya," katanya





DBKL cuts Ramadan bazaar fees to RM400 - FMT - 23/01 6:28 pm

Federal territories minister Hannah Yeoh also says City Hall will revert to the hybrid management model for the stalls.





Caj tapak Bazar Ramadan di KL diturunkan serendah RM400 - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Caj tapak Bazar Ramadan di KL diturunkan serendah RM400 PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan kadar caj maksimum tapak Bazar Ramadan di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada RM400, berbanding RM500 tahun lalu





DBKL cuts Ramadan bazaar rental to RM400 to ease hawkers burden, says Hannah Yeoh - Malaymail - 23/01 5:02 pm

PUTRAJAYA, Jan 23 The rental rate for this years Ramadan bazaar sites under the supervision of the Kuala...





Caj bazar Ramadan DBKL turun kepada RM400, kata Hannah - FMT - 23/01 4:12 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata skim perlindungan insurans juga diperkenalkan tahun ini.





RM1 at a time: Malaysians unite to support Gaza with Iftar 4 Gaza - Sinardaily - 22/01 7:40 pm

SHAH ALAM Can one ringgit make a difference in Gaza?Organisers of the "Iftar 4 Gaza" initiative believe it can, as long as many Malaysians are willing to give just RM1 to help ease the daily hunger faced by civilians trapped in the besieged enclave.Now in its fourth week, the grassroots campaign marked a milestone on Thursday with a cheque handover ceremony at Dewan Karangkraf, Karangkraf Complex, here, signalling growing institutional backing for a mission that prioritises basic sustenance over symbolism.Pertubuhan Hati Suci president and social activist Muhammad Zaidi Zainuddin said the initiative was deliberately designed to be simple, affordable and inclusive, stressing that the concept of iftar in Gaza carried a very different meaning from its traditional association with Ramadan."In Gaza, iftar does not mean Ramadan





Iftar 4 Gaza: Kerjasama strategik diperluas bantu rakyat Palestin menjelang Ramadan - Sinarharian - 22/01 5:26 pm

SHAH ALAM - Kempen Iftar 4 Gaza diperluaskan dengan kerjasama organisasi dan institusi lain sebagai rakan strategik dalam misi menghantar bantuan dua juta pek makanan kepada penduduk Gaza yang menghadapi krisis kebuluran akibat sekatan dan konflik.Pengerusi Pertubuhan Hati Suci, Mohammad Zaidi Zainuddin berkata, usaha kemanusiaan dengan kerjasama Karangkraf itu digerakkan bagi mengelakkan kekeliruan awam terhadap kutipan derma dan memperkukuhkan keyakinan masyarakat."Kita ambil pendekatan menggunakan organisasi sebagai rakan strategik berbanding kutipan awam berikutan komitmen yang ditunjukkan dapat membantu menjelaskan naratif sebenar kepada masyarakat untuk memahami bagaimana bantuan ini disalurkan."Kita juga mendapat kerjasama dengan beberapa koperasi yang bersedia melakukan jualan amal selain sudah mula berhubung dengan institusi pengajian tinggi bagi mendekati golongan mahasiswa."Sasaran kami mudah iaitu RM1 seorang kerana bantuan makanan yang ingin diberikan dapat menghilangkan rasa lapar saudara kita di sana," katanya pada program penyerahan cek sumbangan Iftar 4 Gaza di Dewan Karangkraf di sini pada Khamis.Pada majlis itu, Mohammad Zaidi turut menandatangan memorandum persefahaman (MoU) dengan Madani Research Centre yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azmi Mat Nayan dan menerima cek sumbangan berjumlah RM5,000.Sumbangan turut diterima daripada Persatuan Peneraju Progresif sebanyak RM5,000 dan HS Spirulina RM1,000.Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Strategik Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin yang mewakili Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.Tambah Mohammad Zaidi, pihaknya menyasarkan untuk menghantar bantuan awal sebanyak 100,000 pek makanan menjelang Ramadan menerusi kaedah guguran udara atau air drop.Sementara itu, Mohd Azmi berkata, keputusan menyertai Iftar 4 Gaza dibuat selepas meneliti pendekatan dan perancangan yang dibentangkan oleh penganjurnya.Menurut beliau, antara faktor utama ialah dasar Kerajaan Madani yang memberi sokongan kuat terhadap inisiatif kemanusiaan untuk Gaza, selain tuntutan agama agar umat Islam terus melakukan kebaikan."Saya melihat usaha ini selari dengan semangat fastabiqul khairat, walaupun terdapat banyak agensi dan program lain, kami terpanggil untuk bersama Pertubuhan Hati Suci kerana yakin gerak kerja ini telah dirancang dengan teliti."Keyakinan ini juga didorong oleh rangka kerja jelas melibatkan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jordan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada rakyat Gaza," katanya.Bagi Presiden Persatuan Peneraju Progresif, Mohd Firdaus Elias, penyertaan dalam kempen Iftar 4 Gaza didorong oleh rasa tanggungjawab sebagai umat Islam serta keinsafan terhadap penderitaan rakyat Palestin."Apabila melihat penderitaan saudara Islam kita di Palestin, hati jadi sebak, bayi yang baru lahir terkorban, keluarga hancur seperti yang dipaparkan laporan berita itu semua sangat menyentuh perasaan."Dengan adanya program seperti ini, saya sebagai wakil persatuan terpanggil untuk menyumbang walaupun sedikit, mungkin ia boleh membantu mereka yang berada di sana," ujarnya.Tambahnya lagi, pihaknya juga akan membantu menguar-uarkan kempen Iftar 4 Gaza kepada rangkaian ahli dan rakan strategik lain bagi menggalakkan lebih ramai tampil menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.Kutipan dibuka sejak 1 Rejab hingga 29 Syawal 1447H, bersamaan 22 Disember hingga 18 April 2026.Derma kemanusiaan itu boleh disalurkan ke akaun Maybank 5624 7823 2717 (Pertubuhan Hati Suci) atau e-mel ke iftar4gaza1447h@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.





Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0 - Sinarharian - 22/01 11:04 am

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), Syria Care berangkat ke Syria hari ini bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0, memfokuskan agihan bantuan musim sejuk dan persediaan awal menjelang ketibaan bulan Ramadan menerusi pelaksanaan projek 'Winter Aid 13'.Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, pelbagai bentuk keperluan asas disalurkan melalui misi berkenaan termasuk agihan makanan, bahan bakar pemanas, pakaian musim sejuk serta bantuan sokongan kehidupan bagi meringankan beban penduduk terjejas.Di samping itu, kata beliau, misi tersebut turut menjadi sebahagian daripada persediaan awal Syria Care dalam menyambut Ramadan agar komuniti terkesan tidak terpinggir ketika memasuki bulan yang penuh keberkatan.Menurut Siti Sakinah lagi, Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0 juga disertai Ikon Kemanusiaan Syria Care iaitu Lufya Omar sebagai tanda sokongan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap usaha yang dilaksanakan di bumi Syam."Projek ini dilaksanakan ketika rakyat Syria terus berdepan kesan konflik berpanjangan, kemusnahan infrastruktur asas serta musim sejuk yang ekstrem, hingga menjejaskan kehidupan ribuan keluarga khususnya golongan pelarian, warga emas, wanita dan kanak-kanak."Pelaksanaan misi ini bukan sekadar membawa bantuan fizikal, ia merupakan simbol amanah, kasih sayang dan keprihatinan rakyat Malaysia yang disampaikan terus kepada rakyat Syria."Setiap sumbangan diterjemahkan melalui kerja lapangan secara telus dan berfokus bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambah Siti Sakinah, misi itu juga mencerminkan komitmen berterusan Syria Care memperjuangkan agenda kemanusiaan, memperkukuh solidariti ummah serta menyatukan usaha rakyat Malaysia dalam membantu saudara yang ditindas dan terkesan akibat konflik.Untuk sumbangan atau pertanyaan lanjut, hubungi Syria Care di talian +6013-971 5901, Tabung Winter Ramadan 14 (Syria, Palestin dan Lubnan) serta akaun Maybank (5505 1424 0482).





Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0 fokus agihan musim sejuk, persediaan awal Ramadan - Sinarharian - 22/01 11:04 am

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), Syria Care berangkat ke Syria hari ini bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0, memfokuskan agihan bantuan musim sejuk dan persediaan awal menjelang ketibaan bulan Ramadan menerusi pelaksanaan projek 'Winter Aid 13'.Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, pelbagai bentuk keperluan asas disalurkan melalui misi berkenaan termasuk agihan makanan, bahan bakar pemanas, pakaian musim sejuk serta bantuan sokongan kehidupan bagi meringankan beban penduduk terjejas.Di samping itu, kata beliau, misi tersebut turut menjadi sebahagian daripada persediaan awal Syria Care dalam menyambut Ramadan agar komuniti terkesan tidak terpinggir ketika memasuki bulan yang penuh keberkatan.Menurut Siti Sakinah lagi, Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0 juga disertai Ikon Kemanusiaan Syria Care iaitu Lufya Omar sebagai tanda sokongan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap usaha yang dilaksanakan di bumi Syam."Projek ini dilaksanakan ketika rakyat Syria terus berdepan kesan konflik berpanjangan, kemusnahan infrastruktur asas serta musim sejuk yang ekstrem, hingga menjejaskan kehidupan ribuan keluarga khususnya golongan pelarian, warga emas, wanita dan kanak-kanak."Pelaksanaan misi ini bukan sekadar membawa bantuan fizikal, ia merupakan simbol amanah, kasih sayang dan keprihatinan rakyat Malaysia yang disampaikan terus kepada rakyat Syria."Setiap sumbangan diterjemahkan melalui kerja lapangan secara telus dan berfokus bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambah Siti Sakinah, misi itu juga mencerminkan komitmen berterusan Syria Care memperjuangkan agenda kemanusiaan, memperkukuh solidariti ummah serta menyatukan usaha rakyat Malaysia dalam membantu saudara yang ditindas dan terkesan akibat konflik.Untuk sumbangan atau pertanyaan lanjut, hubungi Syria Care di talian +6013-971 5901, Tabung Winter Ramadan 14 (Syria, Palestin dan Lubnan) serta akaun Maybank (5505 1424 0482).





Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama - Zulkifli - Sinarharian - 21/01 6:14 pm

KUALA LUMPUR - Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Penegasan itu dibuat Zulkifli susulan dakwaan satu akaun Facebook milik sebuah masjid di Rawang telah memuat naik hantaran didakwa mengandungi unsur berkaitan parti politik."Saya masih belum dapat maklumat lengkap berhubung perkara ini, namun nasihat saya sampaikan ilmu yang terus fokus untuk membina negara, bukan urusan lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Raih Keberkatan Ramadan (RAKAN) di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.Program itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang turut dihadiri Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Hasan Bahrom dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata JAIS sedang menjalankan siasatan terhadap pengendali akaun Facebook terbabit susulan dakwaan kandungan media sosial rasmi rumah ibadat itu mempunyai unsur parti politik.Mohd Shahzihan berkata, perkara berkenaan bertentangan dengan hasrat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar setiap masjid dan surau di negeri berkenaan bebas daripada pengaruh politik kepartian.Mengulas mengenai Program RAKAN, Zulkifli berkata, program yang diadakan buat julung-julung kalinya di Parlimen itu bertujuan mewujudkan penganjuran majlis ilmu secara berterusan yang bukan hanya tertumpu pada bulan Ramadan, sebaliknya dilaksanakan sepanjang persidangan Parlimen."Jadi, kita bukan hanya bergerak pada bulan Ramadan, tetapi melangkaui bulan itu





Perlis kaji penggunaan beras tetap kadar zakat fitrah - FMT - 21/01 5:10 pm

Keputusan kajian akan digunakan sebagai asas pelaksanaan zakat fitrah pada Ramadan tahun ini.





Civil servants in Melaka to get special holiday on 1st day of Ramadan - FMT - 19/01 11:47 am

Chief minister Ab Rauf Yusoh says this is in appreciation of civil servants in Melaka who worked hard to implement various programmes last year.





Melaka announces special public holiday for civil servants on 1 Ramadan - Sinardaily - 19/01 11:28 am

MELAKA - The Melaka state government has announced a special holiday for all state and federal civil servants in the state on 1 Ramadan, which is expected to fall on Feb 19.Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said this was in appreciation of the tireless service of all civil servants in Melaka who worked hard to implement various programmes last year."Some even have husbands complaining in the comments, saying, "I feel sorry for you, my wife has to work even on weekends"! I understand..





Agong berangkat rasmi Istiadat Pembukaan Parlimen - Sinarharian - 19/01 10:43 am

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di sini hari ini.Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Dataran Parlimen kira-kira jam 10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.Sejurus tiba di Dataran Parlimen Sultan Ibrahim kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah "Hormat Diraja" oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.Lagu Negaraku kemudiannya dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das daripada Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat.Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama dan seterusnya berangkat semula ke Penterana Diraja serta menerima sembah "Hormat Diraja" buat kali kedua, sebelum lagu Negaraku dimainkan sekali lagi.Selesai istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim diiringi ke Bilik Rehat Diraja di bangunan Parlimen sebelum ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15.Istiadat berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari dengan tumpuan utama ialah perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen yang dijadual bermula esok hingga 29 Jan, diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 4 Februari.Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung selama lapan hari bermula 11 Februari hingga 3 Mac.Menurut takwim berkenaan, Parlimen tidak bersidang pada 2 dan 3 Februari berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam, serta pada 16 hingga 19 Februari susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan pada minggu itu.Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Februari





Haj savings should be long-term priority, says economists - Sinardaily - 18/01 3:00 pm

Within the framework of Maqasid Syariah, such savings support the preservation of both faith and wealth," she added.Meanwhile, Al-Madinah International Universitys Accounting and Taxation Professor, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, said framing haj savings as a lifelong journey rather than a purely financial goal could help young people stay committed, especially amid economic uncertainty.He said an effective New Year resolution should view haj as a 10- to 20-year mission that builds material readiness, mental discipline and spiritual preparation."Haj should not be treated as a one-off financial project. It is a lifelong journey of purification and responsible stewardship of sustenance," he said.From an Islamic finance standpoint, Barjoyai said syariah-compliant savings frameworks offer more than ethical assurance, with moderation (wasatiyyah) playing a central role."These principles emphasise freedom from riba, reliance on productive assets, fairness and trust, he said, adding that borrowing for haj should be avoided and that family needs and basic obligations must take precedence."Reducing impulsive spending and adopting a measured lifestyle helps protect both financial stability and spiritual focus," he noted.He also highlighted the role of spiritual routines in reinforcing financial discipline, suggesting regular savings reviews paired with small acts of charity and renewed intention.Periods such as Ramadan and Zulhijjah, he said, offer natural opportunities to reassess savings commitments and recalibrate financial priorities."Long-term consistency is not driven by finances alone, but by mental and spiritual habits





Sidang Parlimen bermula Isnin, titah Agong jadi tumpuan - Mgazette - 17/01 4:02 pm

Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 23 Feb. Menurut takwim berkenaan, Parlimen tidak bersidang pada 2 dan 3 Feb berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam, serta pada 16 hingga 19 Feb susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan pada minggu itu





YAPEIM lancar kempen #HopeforGaza - Sinarharian - 16/01 7:54 am

BANGI Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) melancarkan kempen #HopeforGaza bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui pengurusan kerajaan yang telus dan teratur.Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan berkata, kempen itu diwujudkan sebagai platform rasmi bagi memudahkan masyarakat menyalurkan infak tanpa berdepan risiko kelewatan, ketirisan atau penyelewengan.Menurutnya, langkah tersebut diambil susulan kebimbangan terhadap isu pengurusan dana sekiranya kutipan dibuat secara individu atau oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara bersendirian."Kempen ini adalah inisiatif YAPEIM sendiri sebagai agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), walaupun terdapat beberapa inisiatif lain yang dilakukan pihak lain," katanya.Beliau berkata, sasaran awal kutipan bagi kempen #HopeforGaza ditetapkan sebanyak RM1 juta untuk tahun ini."Sebarang kutipan tambahan akan disalurkan sepenuhnya melalui Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik YAPEIM 2025 dan Pelancaran Kempen #HopeforGaza yang berlangsung pada Khamis.Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Abdul Khudus Mohd Naaim.Mengulas lanjut, Zabidi berkata, kempen itu terbuka kepada penyertaan semua pihak termasuk individu, syarikat korporat, agensi kerajaan dan NGO yang berminat untuk menyumbang.Katanya, NGO yang telah membuat kutipan secara berasingan juga boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada YAPEIM bagi memastikan dana tersebut diurus dan disalurkan secara berpusat.Beliau menegaskan bahawa kempen itu tidak melibatkan sebarang usahasama dengan mana-mana pihak, sebaliknya YAPEIM bertindak sebagai platform infak yang ditawarkan kepada masyarakat secara terbuka."Ini adalah langkah proaktif kerajaan bagi menyediakan satu saluran rasmi untuk membantu Gaza dan mengelakkan ketirisan, penyelewengan serta isu kepercayaan," ujarnya.Zabidi berkata, kaedah sumbangan yang disediakan termasuk penggunaan kod respons pantas (QR) serta potongan RM10 melalui akaun bank peribadi.Menurutnya, maklumat lanjut berkaitan kaedah sumbangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform media sosial rasmi YAPEIM, selain kempen susulan yang dirancang sepanjang Ramadan, Aidilfitri dan ibadah korban pada masa akan datang.





Karangkraf tawar diskaun 15 peratus untuk buku, al-Quran di PAU 2025 - Sinarharian - 15/01 5:12 pm

KUALA LUMPUR Karangkraf menawarkan potongan harga sebanyak 15 peratus bagi jualan buku dan al-Quran di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.Editor Pemerolehan dan Kandungan Strategik Karangkraf, Sofian Resali berkata, pihaknya mengambil bahagian dengan membuka reruai jualan bahan bacaan ilmiah dan al-Quran sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang akan tiba kira-kira sebulan lagi.Menurutnya, ia merupakan penyertaan kali pertama Karangkraf dalam penganjuran acara tahunan seperti PAU 2025."Jadi, kami mengambil peluang ini untuk mempromosikan semua al-Quran terbitan Karya Bestari di reruai Karangkraf dengan pemberian diskaun sebanyak 15 peratus."Bukan itu sahaja, kami turut menjual buku kanak-kanak, bacaan umum, novel dan cenderamata





Simpanan haji perlu jadi keutamaan jangka panjang - Pakar ekonomi - Sinarharian - 14/01 3:46 pm

Jika peluang untuk menunaikan haji tiba 20 tahun kemudian, mereka sudah ada simpanan sebanyak RM36,000 itupun tanpa mengambil kira dividen atau penambahan lain."Jadi, dengan purata dividen Tabung Haji sekitar 3.0 peratus, jumlah simpanan tersebut boleh mencecah hingga RM51,000," katanya.Dari prespektif ekonomi dan kewangan Islam, Nik Maheran berkata, memulakan simpanan lebih awal merupakan langkah terbaik, termasuk bagi mereka yang berpendapatan sederhana atau tidak stabil, kerana faktor masa mampu membantu mengurangkan tekanan kos pada masa hadapan.Beliau menambah dalam Islam, konsep "istitaah" atau kemampuan menunaikan haji merupakan satu perjalanan yang memerlukan perancangan dan usaha berterusan."Simpan dari awal dapat mengurangkan beban kewangan pada masa depan dan membantu dari segi memperkukuh kemampuan. Dalam kerangka "Maqasid Syariah", simpanan sedemikian merupakan satu bentuk sokongan dalam menjaga agama dan harta," katanya.Sementara itu, Pensyarah Perakaunan dan Percukaian Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, merangka simpanan haji sebagai satu perjalanan hidup dan bukan matlamat kewangan semata-mata, dapat membantu golongan muda terus komited, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.Beliau berkata, dengan menetapkan niat menunaikan haji dalam tempoh 10-20 tahun lagi sebagai azam tahun baharu, membantu individu itu untuk lebih bersedia dari segi kewangan, mental dan kerohanian."Haji tidak harus dilihat sebagai projek kewangan untuk sekali sahaja sebaliknya ia adalah perjalanan seumur hidup untuk menyucikan diri dan pengurusan rezeki secara bertanggungjawab," katanya.Dari sudut kewangan Islam, Barjoyai berkata, kerangka simpanan patuh syariah menawarkan bukan sahaja jaminan dari segi etika tetapi juga prinsip kesederhanaan (wasatiyyah)."Prinsip ini menekankan perkara seperti bebas daripada unsur riba, kebergantungan kepada aset produktif, keadilan dan amanah," katanya sambil menambah membuat pinjaman semata-mata untuk menunaikan haji patut dielakkan, selain keperluan keluarga dan tanggungjawab asas hendaklah diutamakan."Mengurangkan perbelanjaan impulsif dan mengamalkan gaya hidup sederhana membantu individu melindungi kestabilan kewangan dan membolehkan mereka fokus kepada kerohanian," katanya.Beliau juga menekankan peranan rutin kerohanian dan memperkukuh disiplin kewangan, dengan mencadangkan semakan simpanan secara berkala serta amalan sedekah dan pemperbaharui niat.Beliau berkata, bulan Ramadan dan Zulhijjah, merupakan tempoh terbaik untuk menilai semula komitmen simpanan dan menyusun semula keutamaan kewangan mereka."Menyimpan secara konsisten dalam jangka panjang bukan didorong oleh kewangan semata-mata tetapi juga mental dan kerohanian





No dry taps through CNY and Ramadan, says Penang water company as storage above 90pc - Malaymail - 13/01 6:51 pm

BUTTERWORTH, Jan 13 The Penang Water Supply Corporation (PBAPP) has assured that the states water supply...



Inisiatif Dapur Siswa Madani perkukuh program bantuan makanan UIAM - Mgazette - 9/01 8:06 am

Mahabbah Food Bank turut disediakan kepada pelajar B40 terpilih dan diagihkan beberapa kali dalam sebulan atau setiap semester. Selain itu, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, Mahabbah Food turut menganjurkan Program Ramadan yang menyediakan juadah berbuka puasa secara bufet percuma kepada pelajar sepanjang bulan mulia tersebut



200 anakyatim Ihsanku bersolidariti untuk anak Gaza - Sinarharian - 6/01 11:48 am

BANGI -Seramai 200 anak yatim dan asnaf diraikan dalam program Fun Run Sentuhan Kasih Ihsan Anak bersama Gaza anjuran Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) yang berlangsung di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, pada Ahad.Program berkonsepkan riadah santai dan advokasi kemanusiaan itu melibatkan penyertaan anak-anak yatim daripada sembilan rumah angkat Ihsanku, iaitu Pusat Jagaan Bakti Darul Aitam, Rumah Teduh Perlis, Rumah Amal Raudhatul Jannah, Rumah Kasih Harmoni, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Muhammad Al-Fateh, Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Rumah Titian Kaseh dan Pusat Jagaan Al-Hidayah.Turut diraikan ialah anak-anak yatim dari Gaza yang merupakan sebahagian daripada projek Keluarga Angkat Ihsanku, sekali gus menyemarakkan semangat solidariti dan keprihatinan terhadap nasib anak-anak Palestin.Antara pengisian utama program ialah larian santai, selain aktiviti mewarna mural Bendera Palestin serta sesi anak-anak ini menulis kad ucapan "Surat Cinta Untuk Anak Yatim Gaza", yang memberi ruang kepada mereka menzahirkan mesej kasih sayang dan sokongan moral kepada anak-anak yatim Gaza.Dalam majlis sama, Ihsanku turut menyampaikan Sumbangan Bantuan Persekolahan dan Sumbangan Mikro Ihsan Anak berjumlah RM5,000 kepada setiap rumah angkat serta keluarga angkat Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan mencecah RM80,000.Promosi Iftar 1000Anak YatimKetua Pegawai Eksekutif Ihsanku, Muhammad Syariffuddin Supeni, berkata program Fun Run ini merupakan langkah kecil menuju acara kemuncak Ramadan nanti iaitu Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara bersama Gaza, yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2026 bersamaan 10 Ramadan 1447H."Program Fun Run ini adalah salah satu inisiatif Ihsanku untuk memperkenalkan dan mempromosikan Program Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara bersama Gaza yang akan dilaksanakan Ramadan nanti."Selain itu, ia juga merupakan acara tahunan Ihsanku yang menghimpunkan rumah-rumah anak yatim dan pusat jagaan yang menjadi rumah angkat kami, dengan matlamat untuk mengeratkan ukhuwah serta kali ini yang istimewanya membawa anak-anak ini ke dalam UKM Bangi bagi mereka merasai suasana berada di menara gading," katanya.Menurut beliau, program seumpama itu bukan sekadar memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim, malah menjadi platform memperkukuh jaringan kebajikan serta menyemai nilai kemanusiaan dan empati dalam kalangan komuniti Institusi Pengajian Tinggi.Program Fun Run Sentuhan Kasih Ihsan Anak bersama Gaza itu juga mencerminkan komitmen berterusan Ihsanku dalam memperjuangkan kebajikan, pendidikan dan pemerkasaan anak-anak yatim serta anak-anak golongan kurang bernasib baik, sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.



Bantuan SARA RM100 tidak dibelanjakan cecah RM150 juta - PM - Sinarharian - 5/01 5:05 pm

SHAH ALAM - Sebanyak 96 peratus iaitu mencecah hampir 2.1 billion rakyat Malaysia menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara sekali beri atau 'one-off' pada tahun lalu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun jumlah yang tidak dibelanjakan adalah RM150 juta."Jumlah yang tidak digunakan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan."Seperti dijanjikan RM150 juta tidak diambil kerajaan, kita agihkan kepada penghuni pusat perlindungan seperti keganasan rumah tangga, pelajar orang kurang upaya (OKU) dan keperluan khas, pembelian peranti perubatan pesakit miskin dan bank masakan dapur siswa sebanyak RM15 juta," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 di Dewan De Seri Endon, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITAPURI) Putrajaya.Menerusi perutusan itu, Anwar turut mengumumkan bantuan program SARA untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas itu akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.Anwar berkata, bantuan tersebut diberikan kepada 22 juta rakyat Malaysia bagi meringkan beban menjelang perayaan."SARA tahun ini (RM100) untuk semua rakyat, ini maksud untuk persiapan ramadan dan juga sambutan Tahun Baru Cina," ulasnyaSementara itu, Anwar turut memaklumkan, bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad seawal 9 Januari ini."Selain itu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Januari ini," jelasnya.



Bantuan SARA RM100 dikreditkan 9 Februari ini - Mgazette - 5/01 4:13 pm

KUALA LUMPUR - Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan 9 Februari 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu melibatkan kira-kira 22 juta rakyat Malaysia dan bertujuan membantu persiapan menjelang bulan Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina pada akhir Februari



Penuntut UiTM maut: 'Hasrat Ismawanie Husna mahu sambung PhD, bantu keluarga tak kesampaian' - Sinarharian - 5/01 3:02 pm

REMBAU Salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau yang maut dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan ChengkauPanchangLubuk Cina, di sini, petang Ahad lalu pernah menyatakan hasrat mahu menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) demi membantu keluarga.Hasrat tersebut diluahkan Allahyarham Ismawanie Husna Ismail,19 yang merupakan penuntut Diploma Komunikasi dan Media kepada ibunya Rusfalisa Alias, 47 baru-baru ini.Menurut Rusfalisa, anak keduanya itu disifatkan seorang pendiam dan bercita-cita menjadi seorang guru selain mahu melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi demi membantu keluarga."Baru-baru ini dia memberitahu hasratnya untuk belajar sehingga ke peringkat PhD supaya memperoleh gaji lebih baik bagi membantu keluarga, tapi tak sempatlah kerana dia dah meninggal dunia."Kali terakhir saya berjumpa ketika dia pulang ke Kuala Pilah ketika cuti Krismas lalu dan waktu itu tidak nampak pula sebarang perubahan pada dirinya melainkan dia kerap mahu berkongsi makanan dengan saya," ujarnya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Rembau, di sini, pada Isnin.Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, Ismawanie Husna, 19 yang menunggang motosikal dengan rakannya Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19 sedang dalam perjalanan dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina.Sejurus tiba di lokasi yang jalannya selekoh, motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang.Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi.Sementara itu, ibu kepada Allahyarham Nur Ain Zulaisya iaitu Ayu Zana Zahari, 45, pula berkata, dia sempat membuat panggilan video dengan anak keduanya itu sehari sebelum kejadian."Sekitar jam 10 malam, kami berbual dan dia memaklumkan rakannya ingin menyewa motosikal kerana ada urusan kerja."Saya mengenali rakan arwah kerana mereka sangat rapat dan kedua-duanya mempunyai lesen motosikal," katanyaBagaimanapun, ujar suri rumah itu, dia dan suami dikejutkan dengan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan anak mereka yang sedang menuntut Diploma Pengurusan Maklumat terlibat dalam kemalangan.Dia sekeluarga yang menetap di Manjung, Perak, kemudian bergegas ke Rembau dan tiba kira-kira jam 1 pagi bagi membuat pengecaman mayat."Saya reda dengan apa yang berlaku. Dia seorang anak yang baik dan lemah lembut."Sepanjang cuti semester bulan Ramadan ini, dia sudah merancang untuk memasak buat kami sekeluarga, namun hasrat itu tidak kesampaian," katanya sayu.Difahamkan jenazah kedua-dua mereka akan dibawa ke UiTM Kampus Rembau untuk solat jenazah sebelum dibawa pulang ke Kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan



RM100 Sara aid to be credited beginning Feb 9, says PM - Sinardaily - 5/01 12:52 am

PUTRAJAYA - The RM100 Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) will be credited to all adult citizens aged 18 and above beginning Feb 9, says Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.This is for Ramadan preparations and this years Chinese New Year, Anwar said during his speech at a special monthly address in Putrajaya on Monday (Jan 5).Meanwhile, Anwar said Sumbangan Tunai Rahmah (STR) monthly recipients will receive RM200 in their IC beginning Jan 9.For the first phase of STR payments, RM500 will be credited into the accounts of eligible Malaysians



Amyra, Amar Bahrin jadi Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah - Mgazette - 5/01 8:00 am

# Amyra, Amar Bahrin jadi Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah KUALA LUMPUR - Bagi menyemarakkan lagi Gema Ramadan Siti Khadijah, jenama itu mengumumkan pelantikan Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026



Elak guna ejen dapatkan permit Bazar Ramadan – PM - Mgazette - 3/01 8:12 am

# Elak guna ejen dapatkan permit Bazar Ramadan - PM PETALING JAYA Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencontohi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang melakukan pendaftaran secara dalam talian untuk permohonan permit Bazar Ramadan bagi tahun 2026



Masalah peribadi, kesihatan dan kewangan alasan 18 peratus jemaah tangguh tawaran haji - Sinarharian - 2/01 8:22 pm

BACHOK - Masalah peribadi, kesihatan dan kewangan menjadi alasan utama 18 peratus jemaah haji yang terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini menangguhkan tawaran berkenaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bagaimanapun jumlah mereka yang menunda tawaran haji itu jauh berkurangan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 50 peratus."Faktor peribadi dan kesihatan adalah alasan paling tinggi berbanding isu kewangan."Setakat ini rayuan menunaikan haji bagi mereka yang mahu memohon masih dibuka hingga Ramadan ini



Anwar calls for stop to commission-taking agents in Ramadan bazaar registrations, praises PJs system - Malaymail - 2/01 4:25 pm

PETALING JAYA, Dec 2 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today urged all parties involved in the registratio...



Elak guna ejen proses pendaftaran permit bazar Ramadan - PM - Sinarharian - 2/01 3:45 pm

PETALING JAYA - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengelakkan penggunaan ejen atau orang tengah dalam proses pendaftaran permit perniagaan bazar Ramadan



Nikmati 'Selera DSenja' Ramadan bersama Ruby Cafe - Sinarharian - 2/01 10:39 am

Bulan Ramadan kian tiba dan Ruby Cafe sekali lagi mengundang peminat bufet untuk bersama-sama menyambut waktu berbuka puasa dengan penuh kehangatan bertempat di Ruby Diamond Ballroom di Seeds Hotel Premier Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur.Dihidupkan dengan slogan Jom Berbuka Bersama, Bufet Selera DSenja menjanjikan suasana kemeriahan serta kenangan juadah kampung yang tak terlupakan.Seperti kebiasaan hotel-hotel lain, program berbuka puasa ini menjadi acara tahunan wajib yang dinantikan pelanggan tersayang.Keluarga dan sahabat dapat berkumpul menikmati hidangan istimewa seperti kambing bakar berempah serta juadah tempatan lain dalam suasana harmoni.Saat anda melangkah memasuki ruang utama Ruby pada waktu petang, pengunjung disambut dengan aroma juadah kampung yang menggoda selera.Nasi Mandi berempah lengkap dengan kekacang dan bawang goreng mengisi udara, ditemani sambal Udang Petai pedas-manis serta sayur Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak yang pekat santan.Suasana kampung itu diperteguhkan dengan sajian Kari Kepala Ikan yang menyelerakan serta kepingan ketam bersaiz besar ala Singapore Fatty Crab pasti menggamit selera anda untuk Ramadan kali ini.Kesemuanya mencipta pemandangan bufet yang meriah dan mesra kekeluargaan, sejajar dengan semangat 'Jom Berbuka Bersama' yang diangkat oleh pihak Ruby.Sajian Istimewa- Kambing Bakar Royal- Singapore Fatty Crab- Kari Kepala Ikan- Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak- Gulai Daging Rabung- Sambal Udang Petai- Nasi MandiBufet Selera DSenja ini selari dengan pendekatan bufet tradisi Melayu lain, di mana hidangan warisan seperti gulai tradisional dan juadah kampung klasik memang menjadi tarikan utama ketika RamadanPengarah Pemasaran dan Jualan Ruby Norhaslina Mosbah, menjelaskan bahawa matlamat utama penganjuran bufet ini adalah untuk 'menghidupkan kembali nostalgia Ramadan' sekaligus menekankan nilai kekeluargaan ketika berbuka.Beliau turut menegaskan pihak Ruby komited menyajikan hidangan bertaraf premium pada harga mampu milik bagi dinikmati semua lapisan masyarakat."Bak ulasan media antarabangsa bahawa makanan boleh menjadi 'pemicu kenangan indah masa lalu', menekankan bahawa juadah istimewa mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan," katanya.Tawaran Harga Promosi- Early Bird (1 Disember 31 Disember 2025): Dewasa RM79.90+, Kanak-kanak RM49.90+- Pre Promo (1 Januari 9 Februari 2026): Dewasa RM89.90+, Kanak-kanak RM59.90+- Normal (10 Februari 16 Mac 2026): Dewasa RM119.90+, Warga Emas RM99.90+, Kanak-kanak RM69.90+Lokasi & Kemudahan- Lokasi: L1, Ballroom Diamond, Premier Hotel Seeds, Bandar Baru Sri Petaling- Tarikh: 20 Februari 16 Mac 2026- Masa: 6.30 petang 10.00 malam- Kemudahan: Surau L1; Parkir (Valet, B, G, UG, 1st); Tandas (G, L1, L2)Bersama kehangatan juadah istimewa dan tawaran harga istimewa, Buffet Selera DSenja Ruby mengajak masyarakat Malaysia menjadikan berbuka puasa kali ini penuh makna.'Jom Berbuka Bersama' di Ruby, Premier Seeds Hotel Bandar Baru Sri Petaling dan nikmati kemeriahan Ramadan dengan keluarga dalam suasana penuh kenangan manis.Untuk pertanyaan boleh klik Facebook Ruby Verse dan tempahan istimewa Early Bird sila hubungi 011-1130 7116 atau 011-1108 7116



Malaysia in 2026: Key Changes, developments and what to expect - Sinardaily - 1/01 10:00 am

KUALA LUMPUR - The year 2026 is not just about new resolutions, but also requires the people be more aware and prepared to face various good changes from the cost of living, digital security to law enforcement that will have a direct impact on the lives of millions of people.It also marks the beginning of the 13th Malaysia Plan, a five-year plan to determine the direction of the economy, society, and well-being of the people.Here are some important things throughout 2026 that need attention:School Session Returns in January: After having to start in March for almost three years following the Covid-19 pandemic, the academic calendar of national and government-aided schools will return to normal in January 2026.For Group A states (Kedah, Kelantan and Terengganu) the academic calendar starts from Jan 11 to Dec 31, while Group B states (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya) start from Jan 12 to Dec 31.These changes will certainly have a direct impact on family routines, students' academic preparation and the coordination of school and community activities.Visit Malaysia Year 2026 (VM2026): The tourism sector is expected to receive a major boost through the organisation of VM2026 themed "Malaysia Truly Asia" and "Surreal Experiences", opening up opportunities for tourists to explore the country's culture, heritage and natural beauty.Budget 2026 allocates more than RM700 million to boost tourism promotion, including RM500 million for the VM2026 Campaign and RM60 million for the Tourism and Cultural Events Promotion, Marketing and Organising Incentive Fund.VM2026 is also expected to provide economic spillovers to small traders, local entrepreneurs and rural communities through a large-scale tourism surge.SSPA Phase 2 Salary Adjustment: Civil servants who opt for the Public Service Remuneration System (SSPA) will enjoy the Phase 2 salary adjustment scheduled for Jan 22.Phase 2 involves a 15 per cent rate increase for the Implementation Group and the Management and Professional Group (P&P), as well as seven per cent for the Top Management Group (KPT).The move, which is a continuation of the Phase 1 increase in 2024, is expected to have a positive impact on monthly income and household expenses.People's Welfare: The government will once again channel the Basic Rahmah Contribution (SARA) of RM100 to 22 million people aged 18 and above in mid-February, involving a total allocation of RM2 billion to help prepare for Ramadan and the Chinese New Year celebration.Digital Security: The country's digital space will also see major changes in 2026 when all Internet messaging and social media service providers with eight million or more users will be required to register as Application Service Provider Class [ASP(C)] License holders starting Jan 1 through the implementation of the Deeming Provisions of Section 46A of the Communications and Multimedia Act 1998.The regulatory measure aims to ensure that large-scale platforms operate within the legal framework in an orderly and effective manner, in addition to assuming clear responsibilities for the safety of users, especially children and families.Along with this, the Online Safety Act (OnSA) will come into effect from Jan 1, emphasising consumer protection, controlling cyber fraud, exploitation and impersonation, including threats involving the misuse of artificial intelligence and deepfake technology.Law Enforcement: The Community Service Order Act will come into effect on Jan 1 as an alternative to punishment, emphasising rehabilitation and social responsibility



Iftar 4 Gaza sasar penghantaran bantuan 2 juta pek makanan - Sinarharian - 31/12 5:02 pm

SHAH ALAM Inisiatif Iftar 4 Gaza menyasarkan penghantaran bantuan sebanyak dua juta pek makanan kepada penduduk Gaza yang terjejas menerusi kaedah logistik guguran udara atau air drop.Pengerusi Pertubuhan Hati Suci, Mohammad Zaidi Zainuddin berkata, usaha kemanusiaan dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf itu bertujuan memastikan bantuan disalurkan terus kepada penduduk Gaza yang berdepan krisis kelaparan menjelang Ramadan.Ujar beliau, penghantaran bantuan disasarkan dua minggu sebelum Ramadan, dengan anggaran awal antara 200,000 hingga 300,000 pek makanan dihantar melalui udara sebagai fasa permulaan."Apabila kita lihat keadaan sebenar di Gaza, keperluan paling mendesak ketika ini ialah makanan



Raya planning starts now: Beef preparations for Ramadan, Aidilfitri already underway, says agriculture minister - Malaymail - 28/12 2:00 pm

KUALA LUMPUR, Dec 28 Local livestock breeders have begun preparing beef supplies in anticipation of Ramadan and...



Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu - Sinarharian - 28/12 1:43 pm

KUALA LUMPUR - Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.Menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, Mohamad berkata, bekalan daging negara sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat termasuk ketika permintaan meningkat semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.Beliau berkata, umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada Februari manakala Aidilfitri di penghujung Mac 2026."Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak tempatan dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin," katanya




Reformasi     >>



Anwar zahir rasa syukur ringgit cecah paras tertinggi .. - Mkini
Alhamdulillah, kata perdana menteri sewaktu diminta mengulas momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
Kroni     >>



Istora Senayan tidak kebal - Utusan
PETALING JAYA: Wakil negara beraksi cemerlang selepas menyapu tiga gelaran pada perlawanan akhir beregu wanita, lelaki dan campuran Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, semalam. Kejayaan tersebut diukir menerusi beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah dan gandingan campuran No. 4 dunia, ..
Tabloid     >>



Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri .. - Murai
Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida atau nama sebenarnya Datin Sri Umi Khalsum Rahmad Ali menerusi hantaran di Instagram, meceritakan sikap Puteri Balqis atau Aqish merupakan seorang anak yang sangat ..
Tech     >>



Meta dan EssilorLuxottica Kerana Didakwa Melanggar .. - Amanz
Pasaran cermin mata pintar pada ketika ini dikuasai oleh Meta dengan kerjasama EssilorLuxottica. Ray-Ban Meta membuktikan terdapat permintaan untuk cermin mata pintar dengan kamera serta speaker terbina sehingga berjaya memaksa Google, Samsung, Xiaomi dan kelak Apple menawarkan produk yang sama. ..
World     >>



Minneapolis protesters march against ICE as governor .. - BBC
Tim Walz says the city's second fatal shooting this month is an "inflection point" as protests spread over the death of Alex Pretti.
Motor Trend     >>



Buletin Karak Kena Pukat, Jpj Sita 110 Motosikal Read .. - Mekanika
**Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Ops Khas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dekat Karak pada Ahad.** Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, antara kesalahan dicatatkan termasuk tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan pelindungan ..