///
See Also: Shutterstock

Search : Pengangkutan News   Page 1    



'Keadaan arwah sempurna seperti tidur' - Sinarharian - 8/11 4:10 pm

Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan barang dibawa suami penuh dengan tumpahan susu anak."Alhamdulillah suami saya kemalangan, tapi keadaannya sempurna seperti tidur," tulisnya.Difahamkan, dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Kepong ke Batu Caves, pada 8.20 malam tadi melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dan lori jenis Nissan Tipper.Lori berkenaan berhenti di bahu kiri jalan kerana mengalami masalah mekanikal sebelum motosikal mangsa dipercayai melanggar besi gandar di bahagian belakang kenderaan itu.Media melaporkan mangsa berusia 28 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan manakala pemandu lori berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai atau berbahaya.Polis menasihati semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan serta mengelak berhenti di laluan yang boleh membahayakan pengguna lain.Saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin di talian 019-4482852 atau Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di 03-2071 9999





Projek LRT Pulau Pinang: Peluasan jajaran punca kos meningkat - Anwar - Sinarharian - 8/11 3:17 pm

Jadi, saya yang mencadangkan supaya projek LRT ini menyeberang lautan sampai ke Seberang Perai," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di Seberang Jaya, pada Sabtu.Anwar berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pembangunan negeri berjalan secara seimbang dan tidak menimbulkan persepsi bahawa hanya satu kawasan mendapat manfaat daripada projek berkenaan."Kalau hanya di bahagian pulau, nanti orang kata jaga pulau sahaja, kepentingan kaum Cina sahaja, tidak jaga Seberang Perai yang majoritinya Melayu."Ini polemik yang tidak menguntungkan,"tegasnya.Mengulas dakwaan pembangkang yang mempersoalkan kenaikan kos projek itu, Anwar menegaskan bahawa ahli politik sepatutnya mengikuti perkembangan semasa sebelum membuat kenyataan tidak berasas di lapangan."Jangan pergi ke kampung dan kata kos itu tidak menentu. Bila kita beri penjelasan, mereka tidak mahu dengar."Sebab itu saya tegaskan, peningkatan kos berlaku kerana peluasan jajaran ke Seberang Perai," katanya lagi.Anwar turut menegaskan bahawa projek LRT berkenaan amat penting untuk masa depan pengangkutan awam di Pulau Pinang kerana ia merupakan antara negeri yang menunjukkan prestasi pelaburan dan pertumbuhan ekonomi membanggakan."Kalau ada orang Permatang Pauh kata tidak mahu LRT, beritahu saya





Gaji minimum antara inisiatif kerajaan tingkat kebajikan pelaut muda - FMT - 8/11 1:30 pm

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata tempoh perkhidmatan laut untuk latihan kadet enjin juga akan dikurangkan dari 12 ke enam bulan.





Peniaga tudung maut motosikal terbabas elak lembu melintas - Sinarharian - 8/11 12:23 am

LANGKAWI - Seorang peniaga tudung maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor lembu yang melintas jalan dalam kejadian di Jalan Ulu Melaka di sini pada malam Jumaat.Mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut kira-kira jam 11.40 malam."Hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat sebelum hilang kawalan dan terbabas apabila cuba mengelak lembu yang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan."Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa memakai topi keledar ketika kejadian dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, mangsa berasal dari Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda dan memiliki lesen memandu sah sehingga Januari 2026.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





JPJ - 25 lori sampah dipandu warga asing disita dalam tempoh 2 minggu - Careta - 8/11 8:03 am

Justeru JPJ merasakan perlu ada tindakan bersepadu untuk mengatasi perkara terbabit, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Selangor, pada Khamis. Beliau berkata, untuk kesalahan berkenaan JPJ hanya boleh mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan peruntukan hukuman





Pemandu lori warga asing tiada lesen ibarat 'bom jangka' - Lam Thye - Sinarharian - 7/11 4:05 pm

SHAH ALAM - Pemandu warga asing tiada lesen yang diupah syarikat pengendali bagi memandu kenderaan berat di jalan raya diibaratkan seperti bom jangka.Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau menyokong penuh dan memuji ketegasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 25 lori sampah dipandu warga asing di Selangor baru-baru ini."Saya menyokong penuh tindakan JPJ menerusi Pengarah Kanan Penguatkuasanya yang melakukan penguatkuasaan sangat tegas terhadap pemandu lori warga asing yang tidak memiliki lesen sah, tiada cukai jalan dan insurans," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, usaha terbabit perlu disambut baik di atas kecekapan JPJ dalam melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk sama-sama menangani isu pemandu-pemandu warga asing yang memandu lori secara berleluasa di jalan raya.Tegasnya, sudah sampai masanya pengusaha-pengusaha lori yang menggajikan warga asing diheret ke muka pengadilan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin.Sebelum itu, Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dalam sidang akhbar pada Khamis dilaporkan berkata, sebanyak 5,915 kesalahan melibatkan pemandu lori warga asing direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Januari di Selangor.Jumlah itu merangkumi pelbagai kesalahan termasuk memandu tanpa lesen sah, penyalahgunaan permit kerja serta kegagalan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.Dalam tempoh 10 hari terakhir operasi itu, sebanyak 25 lori sampah daripada syarikat sama telah disita kerana menggunakan pemandu warga asing tanpa lesen, tiada cukai jalan dan insurans.





MJKR puji tindakan JPJ banteras pemandu warga asing tanpa lesen - Kosmo - 7/11 3:24 pm

PETALING JAYA Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye menyuarakan sokongan penuh terhadap tindakan tegas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang giat membanteras pemandu lori warga asing tidak berlesen dan tidak memiliki dokumen sah





???Tauke suruh lari pemeriksaan JPJ??? – Pemandu bas kilang - Mgazette - 7/11 3:21 pm

# Tauke suruh lari pemeriksaan JPJ - Pemandu bas kilang SEBERANG JAYA - Saya terima arahan daripada tauke (majikan) untuk lari daripada pemeriksaan JPJ, itu alasan seorang pemandu bas kilang yang nekad melarikan diri daripada operasi khas bas pekerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang hari ini





'Saya tahu salah, tapi majikan yang suruh bawa' - Abang lori - Sinarharian - 7/11 11:50 am

SEREMBAN - Disuruh majikan membawa muatan berlebihan menjadi alasan kebanyakan pemandu lori untuk melepaskan diri apabila ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.Namun alasan lapuk itu sudah lama diketahui pihak berkuasa dan akibatnya kesemua mereka dikenakan tindakan dalam operasi yang dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) di sini baru-baru ini.Seorang pemandu lori lelaki berusia 55 tahun berkata, dia sudah menjangka dari awal akan ditahan pihak berkuasa, tetapi tiada pilihan kerana sudah diarahkan majikan."Saya dah bawa lori 21 tahun dan dalam perjalanan dari Senawang ke Banting, Selangor untuk hantar kayu potong."Saya tahu salah, tapi saya tak boleh buat apa kerana majikan yang arahkan," katanya kepada Sinar Harian.Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof berkata, alasan sedemikian tidak boleh diterima kerana setiap pemandu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kenderaan mereka dikendalikan dalam keadaan selamat serta mematuhi had muatan ditetapkan."Bagi saya setiap pemandu lori tahu tentang undang-undang ini dan alasan 'arahan majikan' tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mereka melanggar undang-undang."Bukan saja pemilik kenderaan atau majikan, tapi pemandu lori itu juga boleh dikenakan tindakan," katanya.Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat membawa lebih muatan kerana perbuatan itu juga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.Menurut Hanif, pemandu boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah (89) Akta Pengangkutan Jalan, manakala pemilik kenderaan atau syarikat akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 87(1) akta sama yang mana mereka akan dikenakan hukuman lebih berat termasuk denda serta tindakan terhadap permit operasi."Kita memandang serius alasan itu





Peluang terbaik rakyat Pahang kemuka pandangan - Sinarharian - 7/11 9:40 am

SHAH ALAM - Sinar Harian menjemput rakyat Pahang untuk hadir ke program Town Hall Rakyat yang menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Dato' Sri Abdul Manan, Kuantan pada Selasa depan.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, ini merupakan kali pertama Town Hall Rakyat diadakan di luar Dewan Karangkraf di Shah Alam dan menampilkan tetamu istimewanya buat kali kedua di pentas sama.Katanya, Wan Rosdy tampil buat kali pertama di pentas Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian pada awal Januari lalu dengan menyaksikan lebih 300 tetamu hadir memenuhi Dewan Karangkraf."Sambutan kali pertama itu sangat memberangsangkan sehingga ada tetamu yang terpaksa berdiri di belakang dewan untuk menyaksikannya dan ramai penonton mengambil peluang bertanyakan pelbagai soalan kepada menteri besar."Kali ini atas permintaan orang Pahang yang tidak dapat hadir pada pentas Town Hall Rakyat kali pertama dulu, pada Selasa ini kami membawakan Town Hall Rakyat di Kuantan," katanya.Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Besar Pahang akan diadakan pada jam 8 malam 11 November ini.Tambah Zamri, Sinar Harian amat berbesar hati di atas kesudian Wan Rosdy untuk tampil kali kedua di Town Hall Rakyat yang mana ini merupakan kali pertama mana-mana menteri besar atau menteri berbuat demikian di pentas bicarawara bersama rakyat ini."Jika kali pertama dahulu menteri besar membentangkan kad laporan prestasi kerajaan negeri tahun 2024 dan perancangan tahun 2025, pentas kedua Selasa ini pastinya peluang terbaik untuk beliau menghuraikan pula segala kejayaan dan cabaran diharungi kerajaan negeri pada tahun 2025."Tidak ketinggalan town hall ini nanti mungkin menjadi peluang kepada rakyat melontarkan pandangan dan buah pendapat menjelang Belanjawan Negeri Pahang yang akan dibentangkan dalam masa terdekat," jelasnya.Mengulas lanjut mengenai program Town Hall Rakyat yang dianjurkan Sinar Harian, Zamri berkata, ia merupakan antara program atas talian yang mendapat tontonan dan pilihan pelayar yang disiarkan secara langsung.Sebelum ini antara menteri yang pernah menjadi panel Town Hall Rakyat ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.





Pemandu Porsche hilang kawalan, langgar tiga kenderaan - Sinarharian - 7/11 8:16 am

GEORGE TOWN Dua penunggang motosikal cedera ringan selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Porsche Macan dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 pagi ketika SUV yang dipandu lelaki tempatan berusia 32 tahun itu datang dari arah bertentangan sebelum memasuki laluan sebuah MPV jenis Toyota Avanza."Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dan dua motosikal lain turut terlibat dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, siasatan mendapati pemandu SUV terbabit dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang memasuki laluannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan."Dua penunggang motosikal yang masing-masing berusia 33 dan 48 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala kedua-dua pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.Beliau berkata, pemeriksaan terhadap telefon bimbit pemandu SUV mendapati tiada sebarang rekod penggunaan semasa kemalangan berlaku."Ujian saringan pernafasan dan urin turut mengesahkan pemandu berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol dan dadah."Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Terdahulu, tular satu klip video berdurasi satu minit yang diambil daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan kemalangan tersebut.Kejadian dipercayai berlaku ketika deretan kereta sedang menunggu di salah sebuah lampu isyarat di kawasan berkenaan.





JPJ, Imigresen gempur syarikat guna pemandu lori warga asing tanpa lesen - Sinarharian - 6/11 9:03 pm

SHAH ALAM Sebanyak 5,915 kesalahan melibatkan pemandu lori warga asing direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Januari hingga kini, membabitkan syarikat pembersihan.Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, jumlah itu merangkumi pelbagai kesalahan termasuk memandu tanpa lesen sah, penyalahgunaan permit kerja serta kegagalan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik."Daripada jumlah itu, sebanyak 2,170 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, 1,729 notis arah periksa, 1,620 notis larangan penggunaan kenderaan, 154 notis temu siasat, 104 notis meminta butir pemandu dan 138 notis sita."Dalam tempoh 10 hari terakhir sahaja, sebanyak 25 lori sampah daripada syarikat sama telah disita kerana menggunakan pemandu warga asing tanpa lesen, tiada cukai jalan dan insurans," katanya pada sidang akhbar di JPJ Padang Jawa di sini, pada Khamis.Menurutnya, JPJ kini bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk melaksanakan tindakan bersepadu terhadap pengusaha lori yang menggaji pemandu warga asing tanpa lesen sah."Hukuman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 hanya memperuntukkan denda minimum antara RM300 hingga RM1,000, yang disifatkan terlalu ringan dan tidak memberi kesan kepada pengusaha lori."Untuk 25 kenderaan disita, tindakan akan diambil di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tujuan pelucutan hak.Namun syarikat yang menggaji mereka tidak dikenakan sebarang hukuman, sedangkan kebanyakan pemandu itu menyalah guna permit kerja."Semua 25 kes ini akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63," jelasnya.Katanya, langkah itu merupakan pendekatan baharu JPJ bagi menangani kesalahan berulang dan mengelakkan risiko kemalangan jalan raya.Tambah beliau, JPJ telah mengadakan empat sesi libat urus bersama syarikat berkenaan."Seperti biasa, mereka berjanji akan memastikan pemandu yang digajikan memenuhi syarat, namun pemeriksaan mendapati kesalahan sama terus berulang," katanya





Nahas FRU: Cadangan pertingkat ciri keselamatan kenderaan dibentang ke kabinet - Sinarharian - 6/11 4:38 pm

PUTRAJAYA - Cadangan untuk meningkatkan ciri keselamatan kenderaan yang digunakan oleh pasukan keselamatan susulan nahas trak membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei lalu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu lepas.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meneliti pelaksanaan cadangan berkenaan."Sudah tentu perkara ini perlu diselesaikan oleh kementerian-kementerian terlibat, kita (Kementerian Pengangkutan) boleh buat laporan dan cadangan tetapi akhirnya yang perlu mengambil tindakan ialah kementerian yang terlibat iaitu KDN dan juga MINDEF."Sudah tentu ada cabarannya dan memerlukan masa untuk dilaksanakan sebab ini memerlukan pelbagai langkah retrofit (pengubahsuaian), mungkin juga (pembelian) kenderaan baharu dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Deepavali kementerian itu di sini hari ini.Insiden pada 8.54 pagi itu mengorbankan sembilan anggota FRU manakala sembilan lagi cedera selepas trak yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tipper, dipercayai memasuki laluan bertentangan, di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.Menurut Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan berhubung kemalangan maut itu yang disiarkan minggu lepas, muatan lori tipper yang melebihi 70 peratus daripada had Berat Dengan Muatan (BDM) dikenal pasti sebagai punca utama nahas tersebut.Sebanyak 16 syor keselamatan telah dikemukakan merangkumi enam bidang utama antaranya peningkatan pematuhan Kod Amalan Industri bagi Keselamatan Pengangkutan Jalan (ICOP), penambahbaikan Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010) serta peningkatan ciri keselamatan kenderaan kerajaan seperti pemasangan tali pinggang keledar bagi semua tempat duduk





5.5 juta saman masih tertunggak, bayar sebelum disenarai hitam - Sinarharian - 6/11 4:04 pm

PUTRAJAYA - Sebanyak 5.5 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan jalan raya masih belum dijelaskan setakat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3.68 juta saman dikeluarkan di bawah notis JPJ P(22) manakala 1.38 juta lagi membabitkan sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).Sehubungan itu, Anthony Loke menggesa orang ramai yang mempunyai saman tertunggak supaya mengambil peluang menyelesaikannya melalui tawaran diskaun 50 peratus yang diberikan JPJ mulai 1 Nov hingga 30 Dis ini bagi mengelakkan tindakan mahkamah atau disenarai hitam Lesen Kenderaan Motor (LKM)."Bermula 1 Januari depan, bagi kes yang perlu ke mahkamah, kita akan ke mahkamah, kalau tidak kita akan terus senarai hitam LKM, maksudnya tidak boleh perbaharui cukai jalan..





IHPRP meningkat 1.0 peratus pada suku tahun ketiga 2025 - Mgazette - 6/11 3:12 pm

Indeks lain yang mencatatkan kenaikan adalah pendidikan (1.4%), kesihatan (0.7%) dan profesional (0.6%). Kedua-dua indeks pengangkutan dan aktiviti hartanah masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus





Kolaborasi universiti, industri pacu masa depan pekerjaan Malaysia - Mgazette - 6/11 3:12 pm

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Peluncuran Konsortium Di Bawah MOHE Research & Industry-Infused Incubator (MRI3) Sektor Automotif & Sektor Logistik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Dalam pada itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut diumumkan sebagai universiti peneraju sektor pengangkutan rel negara di bawah inisiatif Malaysia Railway Industrial Integration Initiative (MRI)





Nahas FRU: Kementerian berkaitan disyor ambil tindakan susulan sewajarnya - Utusan - 6/11 2:52 pm

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan disyor untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya berhubung langkah penambahbaikan kenderaan kerajaan, susulan nahas jalan raya di Teluk Intan yang meragut sembilan nyawa anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun Kementerian Pengangkutan (MOT) boleh menyediakan laporan dan syor berkaitan, namun pelaksanaan sebenar ..





Selesai saman JPJ sebelum 30 Dis atau disenarai hitam - Loke - Mkini - 6/11 2:25 pm

Katanya lebih 5.5 juta saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum dilunaskan.





Senarai hitam menanti jika gagal jelas saman JPJ sebelum 1 Jan - FMT - 6/11 1:43 pm

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lebih daripada 5.5 juta saman JPJ belum dibayar di seluruh negara setakat ini.





Touch n Go Perkenal Ekosistem Mobiliti Pembayaran Terbuka Generasi Baharu - Careta - 6/11 8:21 am

Evolusi Mobiliti Terbuka Platform ini mempamerkan Titan Flow, sistem Multi-Lane Fast Flow (MLFF) hasil inovasi tempatan bersama rangkaian penyelesaian digital meliputi tol, parkir, pengangkutan awam serta pengurusan mobiliti korporat





Sungai Johor diwartakan, elak pencemaran pada masa depan – Exco - Mgazette - 6/11 8:09 am

# Sungai Johor diwartakan, elak pencemaran pada masa depan - Exco JOHOR BAHRU Kerajaan negeri akan mewartakan Sungai Johor bagi melindunginya daripada sebarang aktiviti pencemaran pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah itu juga bagi mengawal aktiviti pembangunan di sepanjang jajaran sungai tersebut





Peniaga alat ganti belanja lebih RM2 juta beli kenderaan lelong JPJ - Mgazette - 6/11 8:09 am

# Peniaga alat ganti belanja lebih RM2 juta beli kenderaan lelong JPJ SHAH ALAM - Seorang peniaga alat ganti kenderaan membelanjakan lebih RM2 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membeli pelbagai jenis kenderaan dalam sesi lelongan awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara





Pencemaran Sungai Johor: Pertimbang beri rebat kepada pemilik akaun .. - Mgazette - 6/11 8:09 am

# Pencemaran Sungai Johor: Pertimbang beri rebat kepada pemilik akaun terjejas JOHOR BAHRU Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbangkan pemberian rebat atau pengurangan bil air kepada pengguna yang terjejas akibat pencemaran Sungai Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, perkara itu sedang diperhalusi selepas lebih 292,000 akaun pengguna di Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Gelang Patah dan Kulai mengalami krisis bekalan air





Penunggang motosikal maut bertembung lori - Mgazette - 6/11 8:09 am

Tambah Ibrahim, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





JPJ audit keselamatan syarikat lori tanah terbabit kemalangan di Meru - Sinarharian - 5/11 4:43 pm

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor melaksanakan audit keselamatan terhadap syarikat pengendali lori tanah yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru pada 21 Oktober lalu.Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, audit tersebut dijalankan di bawah JPJ Inspection & Safety Audit (JISA) bagi menilai tahap pematuhan syarikat berkaitan aspek keselamatan."Melalui JISA, JPJ menilai lima komponen utama iaitu pengurusan keselamatan, pengurusan kenderaan, pengurusan pemandu, pengurusan rekod serta pengurusan risiko."Tujuan audit ini adalah untuk memastikan syarikat pengangkutan yang terlibat mematuhi semua aspek keselamatan operasi dan penyelenggaraan kenderaan seperti yang digariskan," katanya ketika ditemui selepas siri lelongan awam di Ibu Pejabat JPJ Selangor di sini pada Rabu.Menurut Azrin, langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan susulan JPJ berhubung insiden lori tanah hilang kawalan semasa menuruni jalan berbukit hingga merempuh tiga kenderaan lain di lampu isyarat berkenaan."Bagaimanapun, siasatan terhadap punca sebenar kemalangan termasuk dakwaan masalah brek lori masih dijalankan oleh pihak polis."JPJ hanya menumpukan kepada pemeriksaan pematuhan terhadap syarikat berkenaan dan tidak membabitkan pemeriksaan teknikal ke atas kenderaan yang kini berada di bawah siasatan polis," katanya.Dalam pada itu, Azrin turut memaklumkan bahawa JPJ Selangor kini menempatkan anggota secara statik dan mudah alih di sekitar kawasan Bukit Cerakah bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta memantau aktiviti lori tanah."Kita menempatkan anggota setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 11 malam bagi tujuan kawalan trafik dan pemantauan terhadap lori lebih muatan atau kenderaan yang mempunyai masalah teknikal."Pemantauan ini telah dijalankan sejak dua minggu lalu dan setakat ini, kebanyakan pemandu lori menunjukkan tahap pematuhan yang baik terhadap peraturan jalan raya," katanya.Azrin berkata, tindakan pemantauan berterusan itu juga bertujuan meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) dalam kalangan pemandu lori agar sentiasa berwaspada dan patuh kepada undang-undang."POBC ini penting supaya pemandu tahu bahawa JPJ sentiasa berada di lapangan dan pemantauan dijalankan secara berterusan





JPJ Selangor raih kutipan tertinggi hasil lelongan awam kenderaan sita - Sinarharian - 5/11 3:36 pm

SHAH ALAM Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM277,030 menerusi Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3/2025 yang diadakan di Ibu Pejabat JPJ Selangor di sini pada Rabu.Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, lelongan siri ketiga bagi tahun ini melibatkan 200 buah kenderaan pelbagai jenis yang disita di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan."Daripada jumlah itu, 175 buah merupakan motosikal, diikuti lapan motokar serta kenderaan pelbagai guna, tujuh van, sembilan lori rigid dan sebuah penggerak utama."Kenderaan yang dilelong telah melalui proses pelucutan hak mengikut prosedur ditetapkan, termasuk pemakluman kepada pemilik, pengesahan pengarah negeri serta perintah mahkamah sebelum dijual kepada orang awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Rabu.Beliau berkata, jumlah kutipan kali ini mengatasi dua siri terdahulu apabila Siri 1/2025 mencatat RM181,100, manakala Siri 2/2025 berjumlah RM132,040."Siri ketiga menunjukkan peningkatan ketara dari segi sambutan dan hasil, menandakan keyakinan masyarakat terhadap sistem lelongan awam JPJ yang telus."Pelaksanaan lelongan awam bukan sekadar memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan kenderaan pada harga berpatutan, malah membantu jabatan menjana hasil serta mengurus aset sitaan secara berkesan," katanya.Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemilik kenderaan yang telah disita supaya hadir ke pejabat JPJ berkaitan bagi membuat tuntutan dan penyelesaian sebelum kenderaan mereka dilelong."Jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh ditetapkan, kenderaan berkenaan akan melalui proses pelucutan hak dan dilelong kepada orang awam."Pengguna jalan raya diingatkan agar memastikan Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans kenderaan masing-masing sentiasa aktif bagi mengelakkan tindakan undang-undang," katanya.Menurutnya lagi, JPJ Selangor turut menggalakkan orang ramai menyalurkan aduan trafik secara terus melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my





MOT teliti cadangan wajibkan syarikat penerbangan nyatakan jumlah subsidi pada tiket - Astroawani - 5/11 3:15 pm

Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan mewajibkan syarikat penerbangan memaparkan jumlah subsidi kerajaan.





MOT teliti cadangan wajib paparan jumlah subsidi tiket penerbangan - Sinarharian - 5/11 1:50 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti cadangan mewajibkan syarikat penerbangan memaparkan jumlah subsidi kerajaan bagi tiket penerbangan ke laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya akan berbincang dengan syarikat penerbangan bagi mencari mekanisme terbaik supaya penumpang mendapat makluman jelas mengenai jumlah subsidi yang mereka terima."Sesetengah penumpang mungkin tidak sedar jumlah subsidi besar yang telah diperuntukkan kerajaan apabila mereka membeli tiket penerbangan pada musim perayaan," katanya menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat mewajibkan pemakluman sedemikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata, kementerian membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan, bersamaan RM491 bagi setiap tiket yang layak untuk tahun ini.Anthony berkata, melalui subsidi itu, harga maksimum yang perlu dibayar oleh penumpang ialah RM499 walaupun purata harga sebenar tiket adalah RM990."Subsidi untuk tahun ini telah dilaksanakan bagi Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan akan diteruskan untuk Krismas pada bulan depan," katanya





Pekerja kilang maut dalam perjalanan ke tempat kerja - Sinarharian - 5/11 1:36 pm

KOTA TINGGI - Seorangpekerja kilang menemui ajal ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas terlibat dalamkemalangan di Kilometer 51 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini pada awal pagi Rabu.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada jam 6.05 pagi yang melibatkan motosikal mangsa jenis Yamaha Lagenda 115ZRI dengan kereta jenis Perodua Viva."Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, dikenali sebagai Kizer Jaafar, 59,dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit terbabas setelah melanggar dahan pokok yang tumbang di atas jalan."Mangsa yang tercampak di atas jalan raya kemudiannya dilanggar Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 59 yang tidak sempat mengelak."Dalam kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tambah Yusof, mayat mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami kecederaan.Katanya, setakat ini kes masih dalam siasatan polis dan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berkenaan kejadian ujarnya, boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Danial Syafiq Azahari di talian 016-8738498."Polis Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya," katanya.





Kos besar perluas FLYSiswa kepada pelajar IPTS, kata Loke - FMT - 5/11 12:02 am

Namun menteri pengangkutan berkata kerajaan akan meneroka cara meluaskan program itu kepada pelajar memerlukan di institusi swasta.





MoT, MAHB bincang naik taraf Lapangan Terbang Sandakan - Anthony - Astroawani - 5/11 10:50 am

Kementerian Pengangkutan dan MAHB sedang berbincang melaksanakan projek penambahbaikan di Lapangan Terbang Sandakan termasuk penambahan dua aerobridge dan peluasan balai ketibaan.





Pencemaran Sungai Johor: Bekalan air pulih dalam 8-12 jam akan datang - Mgazette - 5/11 7:43 am

# Pencemaran Sungai Johor: Bekalan air pulih dalam 8-12 jam akan datang JOHOR BAHRU - Kadar pemulihan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini sudah mencapai 94 peratus setakat pukul 5 petang tadi selepas terjejas akibat pencemaran Sungai Johor di Kota Tinggi sejak Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, bekalan air yang sudah pulih itu melibatkan 201,554 daripada 214,154 pemegang akaun





Pencemaran Sungai Johor: Aktiviti perlombongan dihentikan serta-merta?? .. - Mgazette - 5/11 7:43 am

# Pencemaran Sungai Johor: Aktiviti perlombongan dihentikan serta-merta JOHOR BAHRU - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor mengarahkan aktiviti perlombongan yang menjadi punca pencemaran Sungai Johor di Kota Tinggi sehingga 214,154 rumah terjejas bekalan air dan 150 nelayan hilang pendapatan dihentikan serta-merta. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah tersebut bagi membolehkan membolehkan siasatan terperinci dijalankan





Jalan Kenari ditutup susulan kejadian lubang benam - Mgazette - 5/11 7:43 am

# Jalan Kenari ditutup susulan kejadian lubang benam BAYAN LEPAS - Jalan Kenari di Sungai Ara di sini ditutup kepada semua kenderaan sehingga esok bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan selepas kejadian lubang benam sedalam tiga meter di kawasan berkenaan petang tadi. Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah digerakkan bagi melaksanakan kerja mitigasi kecemasan di lokasi terbabit





Sungai tercemar: Johor ambil air dari Melaka, Negeri Sembilan - Kosmo - 4/11 10:12 pm

JOHOR BAHRU – Bantuan luar dari Melaka dan Negeri Sembilan turut digerakkan bagi memastikan bekalan air alternatif dapat disalurkan secara berterusan sekali gus mengurangkan kesulitan pemegang akaun di negeri ini yang terjejas susulan pencemaran Sungai Johor sejak Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, sebanyak 31 ..





Titan Flow lonjak infrastruktur mobiliti digital negara - Sinarharian - 4/11 5:00 pm

KUALA LUMPUR - Touch n Go Sdn Bhd (Touch n Go) memperkenalkan ekosistem mobiliti pembayaran terbuka generasi baharu pada Ekspo Teknologi Jalan dan Trafik My-Asean (MyARTTE) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin.Touch n Go dalam satu kenyataan memaklumkan, ekosistem baharu itu menandakan kemajuan besar dalam cara rakyat Malaysia bergerak, membuat pembayaran dan berhubung dalam kehidupan seharian.Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu memaparkan bagaimana teknologi yang dibangunkan di Malaysia sedang mengubah perjalanan daripada lebuh raya ke mobiliti harian melalui satu platform pembayaran terbuka yang menyeluruh. Pembentangan tersebut menampilkan Titan Flow, platform Multi-Lane Fast Flow (MLFF) home-grown Touch n Go bersama rangkaian inovasi digital merangkumi tol, parkir, transit dan pengurusan mobiliti korporat.Kesemua produk tersebut membentuk satu ekosistem bersepadu yang direka untuk menjadikan perjalanan di seluruh negara lebih pantas, selamat dan benar benar lancar.Pada masa sama, Touch n Go turut mendemonstrasikan kesiapsiagaan untuk melaksanakan sistem tol tanpa halangan yang tepat, boleh diskala dan sedia untuk penguatkuasaan, mencerminkan kekuatan syarikat di negara ini serta kapasiti yang semakin berkembang untuk menyokong penyelesaian mobiliti pembayaran terbuka di rantau ini.Ekosistem mobiliti pembayaran Touch n Go menyokong lebih 24 juta pengguna eKYC (electronic Know Your Customer) dan empat juta pengguna Radio Frequency Identification (RFID), sekali gus me nyediakan asas yang kukuh dan selamat bagi tol digital seluruh negara serta pengalaman sistem pembayaran terbuka yang lancar.Salah satu inovasi utama dalam ekosistem itu ialah SOS Balance, dikenali Gerak Dulu, Nanti Roger!, yang memberi manfaat kepada lebuh raya serta lebih 14 juta pemandu, dengan memudah cara lebih RM42 juta bayaran tol untuk mereka yang mempunyai baki tidak mencukupi dalam tempoh sembilan bulan sahaja.Ciri ini membolehkan pemandu melalui tol dengan lancar walaupun baki rendah, sambil menawarkan tempoh tangguh selama 24 jam untuk menambah nilai Touch n Go eWallet.Inisiatif itu dapat memastikan perjalanan tanpa gangguan untuk rakyat, melindungi hasil lebuh raya dan mengukuhkan keyakinan terhadap kebolehpercayaan ekosistem pembayaran Kumpulan Touch n Go.Platform mobiliti Touch n Go adalah Titan Flow, sistem MLFF menyeluruh yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan seterusnya.Sistem ini menggabungkan RFID sebagai teknologi pengesanan utama bersama Automatic Number Plate Recognition (ANPR) dan 3D LiDAR,dipertingkat dengan kecerdasan buatan (AI).AI membolehkan Titan Flow membezakan jenis kenderaan dengan lebih tepat dan mengelaskan secara automatik, sekali gus meningkatkan ketepatan tol dan keadilan kepada semua pengguna jalan raya.Dengan bantuan penderia LiDAR, sistem AI menganalisis dimensi, kedudukan dan corak pergerakan setiap kenderaan, memastikan pengesanan yang boleh dipercayai walaupun dalam trafik kompleks dan keadaan cuaca tropika yang buruk.Keupayaan pintar itu juga menyokong fungsi masa depan seperti penetapan kadar tol dinamik yang mana kadar boleh disesuaikan mengikut keadaan trafik atau kelas kenderaan bagi meningkatkan kecekapan jalan raya.Touch n Go sepadukan parkir, pengangkutan awam Ekosistem mobiliti Touch n Go turut merangkumi parkir, pengangkutan awam dan Pengurusan Fleet Korporat.Sistem itu menyepadukan parkir, pengangkutan awamPengecaman Plat Lesen (LPR) tanpa tiket dan tanpa tunai dengan pembayaran On Street Parking di seluruh negara melalui Touch n Go eWallet.Dalam pengangkutan awam, Digital Transit Pass yang dibangunkan bersama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membolehkan perjalanan tanpa had di rangkaian rel dan bas Rapid KL,me wujudkan pengalaman berulang-alik yang lebih lancar dan saling berhubung.Platform Touch n Go Fleet Solutions menyediakan pemantauan masa nyata dan kawalan transaksi tol, memberikan syarikat keterlihatan, akauntabiliti dan kecekapan operasi yang lebih baik merentasi fleet kenderaan mereka.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Praba Sangarajoo berkata, Touch 'n Go me rupakan peneraju penyedia penyelesaian fintech dan mobiliti di Malaysia, dan akan meraikan ulang tahun ke-30 syarikat itu pada tahun 2026."Sejak sekian lama, kami terus berkembang dan memperkenalkan penyelesaian baharu yang memudahkan perjalanan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, berasaskan teknologi tempatan dan inovasi home-grown."Dengan lebih 24 juta pengguna yang disahkan dan mempercayai platform kami, kami telah meningkatkan tahap kesederhanaan, keselamatan dan pengalaman pengguna dalam mobiliti," kata beliau.Jelas beliau, dibina dan diinovasikan oleh rakyat untuk rakyat Malaysia, Touch n Go terus memacu peralihan negara ke arah ekosistem mobiliti yang lebih terbuka, terhubung dan sedia untuk masa depan





Bagaimana Johor urus pelaburan besar jika isu pencemaran, bekalan air .. - Mgazette - 4/11 3:13 pm

Jumaat lalu, hulu Sungai Johor, Kota Tinggi tercemar dan disedari penduduk pada pukul 7 pagi akibat insiden kolam cucian pasir yang pecah di sebuah kawasan perlombongan pasir darat berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan berkata, paras kekeruhan air meningkat kepada 37,400 unit Nephelometric Turbidity Unit (NTU) berbanding paras normal sekitar 400 NTU





BUDI95: Skim kelayakan berperingkat manfaat untuk pemandu e-hailing, teksi .. - Mgazette - 4/11 3:13 pm

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penetapan tahap peningkatan siling kelayakan bulanan BUDI95 akan bergantung kepada jarak perjalanan e-hailing yang direkodkan dalam sistem pengendali e-hailing (EHO) bagi bulan sebelumnya. Penambahbaikan ini katanya, adalah hasil perbincangan antara MOF, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta syarikat pengendali e-hailing bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar lebih adil dan inklusif demi menjaga kebajikan pemandu e-hailing serta teksi lapangan terbang





Pemandu e-hailing aktif lebih 8,000km layak terima 800 liter RON95 sebulan - Sinarharian - 4/11 2:36 pm

PUTRAJAYA Kerajaan memperkenalkan skim kelayakan berperingkat bagi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) khusus untuk pemandu e-hailing yang akan diaktifkan pada pertengahan setiap bulan.Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada penambahbaikan dalam usaha memastikan pelaksanaan subsidi bersasar yang lebih saksama dan inklusif demi memelihara mata pencarian pemandu e-hailing.Menurut MoF, tahap kelayakan siling bulanan BUDI95 bergantung kepada jumlah jarak perjalanan."Bagi pemandu e-hailing yang memandu kurang daripada 2,000 kilometer, mereka layak menerima 300 liter seperti sedia ada."Pemandu yang memandu antara 2,000 hingga 5,000 kilometer pula menerima tambahan 300 liter menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter. Manakala, mereka yang melebihi 8,000 kilometer layak memperoleh 800 liter sebulan iaitu tambahan 500 liter," katanya pada Selasa.Dalam hal ini, jelas MoF, jarak perjalanan seseorang pemandu e-hailing akan dikira berdasarkan jumlah data perjalanan yang direkodkan oleh semua Syarikat Pengendali E-Hailing (EHO), dan urusan tersebut akan dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak."Sebagai contoh, Encik Danial memandu 1,500 kilometer dengan EHO A dan 600 kilometer dengan EHO B, maka jumlah jarak perjalanan adalah sebanyak 2,100 kilometer





Jimat RM300 Sebulan: Pas Perjalanan Tanpa Had BAS.MY Turun dari RM50 ke RM30 - Harapandaily - 4/11 1:00 pm

Langkah Kementerian Pengangkutan menurunkan harga Pas Perjalanan Tanpa Had BAS.MY daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan disambut baik sebagai langkah praktikal membantu rakyat menangani tekanan kos sara hidup





Maut langgar pembahagi jalan, tiang lampu semasa ke tempat kerja di... - Mgazette - 4/11 7:24 am

Katanya, akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya





Operasi Besar JPJ KL: 939 Kenderaan Komersial Disaman, 14 Dirampas - Piston - 3/11 8:07 pm

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur telah mempergiat usaha penguatkuasaan terhadap kenderaan komersial yang membawa muatan berlebihan melalui operasi besar-besaran Perang Terhadap Kenderaan Komersial Lebih Muatan





Dua maut, seorang parah nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 3/11 7:12 pm

SARIKEI - Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng wanita cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang, Sarikei, kira-kira jam 10 pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata Louis Asey, 58, dan Nyaring Achang, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Sarikei."Sementara itu, seorang wanita berusia 58 tahun yang membonceng salah satu motosikal mengalami kecederaan parah pada kaki dan kepala, dan telah dikejarkan ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans untuk rawatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Inokom Atos iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun, dari arah Jakar menuju ke Sare, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan dua motosikal dari arah berlawanan."Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan teruk pada kepala dan badan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 084-652 222 sambungan 279





Penghantar, enam NGO tuntut penjelasan terperinci mekanisme baharu BUDI95 - Sinarharian - 3/11 6:32 pm

SHAH ALAM - Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menggesa penjelasan yang terperinci daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan mekanisme Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemandu e-hailing.Penghantar bersama enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili p-hailing dan e-hailing berkata, penjelasan terlalu umum boleh menyebabkan salah faham serta pelaksanaan yang tidak seragam di antara negeri dan kawasan operasi."Kami mengalu-alukan dan menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) yang sedang meneliti semula mekanisme pelaksanaan inisiatif BUDI95 bagi sektor e-hailing dan p-hailing."Kami berharap supaya perkara seperti sebelum ini tidak berulang dan kerajaan memberi angka yang lebih jelas mengenai kuota tambahan serta kriteria pelaksanaan," katanya dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.Enam persatuan terbabit ialah Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Persatuan Penghantar dan Penghantar E-Hailing Sabah, Persatuan Rakan Penghantar Melaka, Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotosikal Perak dan Persatuan Rakan Penghantar Kedah.Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada Isnin memaklumkan kerajaan kini dalam proses mengkaji semula mekanisme pelaksanaan BUDI95 bagi sektor e-hailing dengan mekanisme baharu tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.Mengulas mengenai kenyataan Hui Ying itu, kenyataan tersebut menambah, penjelasan terperinci daripada pihak kerajaan amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme baharu berkenaan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemandu e-hailing.Dalam masa yang sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, kerajaan telah berjumpa dengan platform e-hailing bersama Kementerian Pengangkutan untuk melihat tahap kecukupan daripada segi hak kelayakan bagi pihak e-hailing.Tambah kenyataan itu, antara gesaan utama Penghantar adalah agar kerajaan menambah kuota BUDI95 bagi sektor e-hailing kepada sekurang-kurangnya 1,200 liter sebulan dan memansuhkan syarat minimum jarak perjalanan 3,000 kilometer (KM) yang didakwa menyukarkan ramai pemandu untuk menikmati manfaat program tersebut."Kriteria jarak minimum tersebut sukar dipenuhi terutamanya bagi pemandu sepenuh masa di kawasan luar bandar dan bandar kecil seperti di Kedah, di mana permintaan perjalanan jauh lebih rendah berbanding di Lembah Klang."Ada juga pemandu yang perlu menjaga ahli keluarga tidak sihat, sekali gus membataskan jumlah perjalanan dan menafikan hak kebajikan kumpulan ini," katanya.Selain itu, mereka turut menggesa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) agar bertindak tegas terhadap syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing (EHO) yang gagal atau lewat menyerahkan maklumat pemandu kepada kerajaan.Menurutnya, tindakan sedemikian menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan dan menafikan hak golongan pemandu e-hailing untuk menerima bantuan sewajarnya."Maklumat kami menunjukkan masih ada EHO yang lambat atau gagal menyerahkan data kepada kerajaan





Penghantar, enam NGO tuntut penjelasan terperinci mekanisme baharu BUDI95 - Sinarharian - 3/11 5:52 pm

SHAH ALAM - Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menggesa penjelasan terperinci daripada pihak kerajaan berhubung pelaksanaan mekanisme Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pemandu e-hailing.Penghantar bersama enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili p-hailing dan e-hailing dalam satu kenyataan memberitahu, penjelasan terlalu umum boleh menyebabkan salah faham."Kami mengalu-alukan dan menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) yang sedang meneliti semula mekanisme pelaksanaan inisiatif BUDI95 bagi sektor e-hailing dan p-hailing."Kami berharapisu sebelum ini tidak berulang dan kerajaan dapat memberi angka lebih jelas mengenai kuota tambahan serta kriteria pelaksanaan," katanya pada Isnin.Enam persatuan terbabit ialah Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Persatuan Penghantar dan Penghantar E-Hailing Sabah serta Persatuan Rakan Penghantar Melaka.Selain itu, Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotosikal Perak dan Persatuan Rakan Penghantar Kedah.Sebelum ini, kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan bagi kelayakan BUDI95 untuk pemandu e-hailing dalam masa terdekat.Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, kerajaan telah berjumpa dengan platform e-hailing bersama Kementerian Pengangkutan untuk melihat tahap kecukupan daripada segi hak kelayakan.Katanya, kerajaan telah meneliti dari segi penggunaan data yang ada dan berdasarkan penggunaan data itu, ketetapan dibuat untuk menambah baik kelayakan.Tambah kenyataan itu, antara gesaan utama Penghantar adalah kerajaan menambah kuota BUDI95 bagi sektor e-hailing kepada sekurang-kurangnya 1,200 liter sebulan dan memansuhkan syarat minimum jarak perjalanan 3,000 kilometer yang didakwa menyukarkan ramai pemandu untuk menikmati manfaat program tersebut."Kriteria jarak minimum tersebut sukar dipenuhi terutamanya bagi pemandu sepenuh masa di kawasan luar bandar dan bandar kecil seperti di Kedah, yangmana permintaan perjalanan jauh lebih rendah berbanding di Lembah Klang."Ada juga pemandu yang perlu menjaga ahli keluarga tidak sihat, sekali gus membataskan jumlah perjalanan dan menafikan hak kebajikan kumpulan ini," katanya.Selain itu, mereka turut menggesa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) agar bertindak tegas terhadap syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing (EHO) yang gagal atau lewat menyerahkan maklumat pemandu kepada kerajaan.Menurutnya, tindakan sedemikian menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan dan menafikan hak golongan pemandu e-hailing untuk menerima bantuan sewajarnya."Maklumat kami menunjukkan masih ada EHO yang lambat atau gagal menyerahkan data kepada kerajaan





Penggantungan Aeroline Dedah Kelemahan Dasar Pengangkutan Awam Malaysia, Kata Pakar - Careta - 3/11 3:40 pm

Isu Dasar dan Penguatkuasaan Pakar dasar pengangkutan, Wan Agyl Wan Hassan berkata tindakan penguatkuasaan terhadap Aeroline adalah wajar tetapi pada masa sama mendedahkan bagaimana peraturan sedia ada gagal mengikut rentak perubahan bandar moden





Operasi Perang Lebih Muatan: JPJ sita 14 kenderaan perdagangan - Mgazette - 3/11 3:30 pm

# Operasi Perang Lebih Muatan: JPJ sita 14 kenderaan perdagangan KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menahan dan menyita 14 kenderaan perdagangan dalam Operasi Perang Lebih Muatan yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini





Harga pas perjalanan Bas.My turun RM30 sebulan - Mgazette - 3/11 3:30 pm

JOHOR BAHRU Harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara bakal diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan bagi membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had dengan kos serendah RM1 sehari sahaja. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu akan membantu meringankan kos sara hidup rakyat rakyat, malah mampu menjimatkan RM200 hingga RM300 setiap bulan





Nelayan mahu pampasan, pencemaran Sungai Johor akibatkan 1 tan ikan mati - Mgazette - 3/11 3:30 pm

Jumaat lalu, pencemaran di hulu Sungai Johor disedari penduduk pukul 7 pagi akibat insiden kolam cucian pasir yang pecah di sebuah kawasan perlombongan pasir darat berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh,l dalam kenyataan dilaporkan berkata, paras kekeruhan air meningkat kepada 37,400 unit Nephelometric Turbidity Unit (NTU) berbanding paras normal sekitar 400 NTU





Guna pelbagai helah elak dikenakan tindakan JPJ - Sinarharian - 3/11 9:20 am

KUALA LUMPUR Mendakwa kenderaan rosak termasuk enggan menimbang serta melengah-lengahkan arahan pegawai penguat kuasa bagi mengelak tindakan antara helah digunakan segelintir pemandu kenderaan perdagangan dalam Operasi Perang Lebih Muatan dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Kuala Lumpur baru-baru ini.Malah tindakan tersebut turut sama dilakukan pemandu warga asing yang didapati cuba bertindak sedemikian ketika ditahan.Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, tindakan itu bukan sahaja menyukarkan proses operasi, malah boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 234)."Sepanjang operasi ini dijalankan, kami mendapati ada pemandu yang enggan memberi kerjasama dengan pelbagai alasan seperti kenderaan rosak dan enggan menimbang muatan."Malah ada yang cuba bertindak melengahkan arahan penguat kuasa, bagaimanapun kesemua tindakan itu berjaya ditangani dengan sebaiknya dengan kecekapan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, operasi yang dilaksanakan sejak 14 Oktober hingga 31 Disember kelak itu memberi tumpuan terhadap kawasan yang sering melibatkan aktiviti kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan termasuk sektor kuari, pelabuhan dan perindustrian berat."Setakat ini, sebanyak 14 kenderaan ditahan dan disita atas pelbagai kesalahan seperti membawa muatan berlebihan, pelanggaran syarat tahap perkhidmatan, tiada lesen memandu sah serta perlindungan insurans tamat tempoh."Daripada jumlah itu, enam pemandu merupakan warga asing dari Indonesia dan India manakala lapan lagi warga tempatan," katanya.Menurutnya, sebanyak 150 kenderaan turut dikenakan kompaun di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987."Setakat ini sebanyak 5,967 kenderaan diperiksa dan 2,398 notis saman dikeluarkan ke atas 939 kenderaan yang melanggar undang-undang."JPJ Kuala Lumpur tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengabaikan keselamatan awam sehingga menyebabkan kerosakan jalan atau kemalangan," katanya.Ujarnya, tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan keselamatan pengguna dan integriti sistem pengangkutan negara."Orang ramai diingatkan agar menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang jalan raya melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my dengan butiran lengkap bagi membantu penguatkuasaan berterusan," katanya.





Syarikat bas Aeroline digantung operasi sebulan – APAD - Mgazette - 3/11 7:37 am

# Syarikat bas Aeroline digantung operasi sebulan - APAD KUALA LUMPUR Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn





Dua kanak-kanak cedera dilanggar kereta terbabas - Sinarharian - 2/11 7:11 pm

JOHOR BAHRU Dua kanak-kanak masing-masing berusia enam dan sembilan tahun cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Jalan Austin Heights 7/7, di sini pada malam Sabtu.Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 malam ketika kedua-dua mangsa sedang bermain di kaki lima sebuah restoran tempat bapa mereka berniaga."Secara tiba-tiba, sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 32 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar kedua-dua kanak-kanak terbabit."Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan di zon kuning," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Azrul Hisham berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis."Hasil ujian alkohol dan air kencing terhadap pemandu didapati negatif."Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa," ujarnya.Polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian supaya tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khamisah Jalil di talian 019-7813178 bagi membantu siasatan.Sebelum itu, tular video dan beberapa gambar menunjukkan keadaan di lokasi kejadian dengan orang ramai berkumpul, selain terdapat kehadiran anggota polis.





ETS3 ke Johor Bahru tingkat akses mobiliti, sektor pelancongan Johor menjelang TMM2026 - Loke - Astroawani - 2/11 5:18 pm

Perluasan perkhidmatan ETS3 ke Johor Bahru, dijangka memperkukuh akses mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan di Johor.





Operasi bas ekspres Aeroline digantung bermula 6 Nov hingga 5 Dis - APAD - Astroawani - 2/11 3:55 pm

Agensi Pengangkutan Awam Darat mengesahkan operasi perkhidmatan bas ekspres Aeroline, digantung selama sebulan bermula 6 Nov hingga 5 Dis ini.





Lelaki tawar khidmat kereta sewa haram di KLIA ditahan JPJ - Careta - 2/11 3:30 pm

"Siasatan awal mendapati 'ulat' memujuk dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga penumpang warga Bangladesh dari Terminal 1 KLIA ke Agile Residence, Bukit Bintang dengan kadar tambang RM80 yang akan dibayar setibanya di destinasi," katanya dalam kenyataan





Pelajar 15 tahun maut, rakan parah ketika berkonvoi - Sinarharian - 2/11 12:50 am

REMBAU - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar Kolej Kemahiran Segatromic, Kulim I-Tech maut selepas motosikal ditungganginya bersama rakan terbabas di Kilometer 226.8 Lebuhraya UtaraSelatan pada petang Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai T Neves Raj, beralamat di Permatang Pauh, Pulau Pinang, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda Vario 160 bersama rakannya, S Uberan, 21, yang turut mengalami cedera parah.Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka secara konvoi bersama beberapa rakan lain.Difahamkan semasa kejadian, dua lagi motosikal konvoi berkenaan telah berada kira-kira empat kilometer di hadapan, manakala mangsa dan pembonceng berada di bahagian belakang kumpulan.Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Husein berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kecemasan."Akibat kemalangan itu, penunggang maut di tempat kejadian manakala pembonceng cedera parah di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Alor Gajah sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Melaka pada hari sama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu dan menunggang motosikal milik rakannya.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala motosikal yang terlibat telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Kerajaan tanggung beban tambahan jalan rosak akibat kenderaan lebih muatan - Sinarharian - 1/11 3:32 pm

PONTIAN Kementerian Kerja Raya (KKR) menyokong tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan.Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu wajar diteruskan kerana lebih muatan bukan sahaja mempercepatkan kerosakan jalan, malah turut menjadi punca kepada beberapa kemalangan maut sebelum ini."Saya mengakui bahawa lebih muatan memang antara punca utama jalan rosak





Penuntut kolej maut dirempuh rakan selepas motosikal terbabas - Sinarharian - 1/11 12:21 am

KUALA LANGAT Seorang penuntut kolej maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum dirempuh motosikal rakan dalam kemalangan di Kilometer 7.3 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa berusia 17 tahun dari arah Banting ke Saujana Putra hilang kawalan lalu terjatuh di lorong kiri.Menurutnya, pada masa sama, rakannya yang juga berusia 17 tahun dan menunggang motosikal Yamaha LC135 tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa."Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Banting."Perlanggaran turut menyebabkan rakan mangsa tercampak ke permukaan jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kedua-dua penunggang merupakan penuntut kolej dan mempunyai lesen memandu yang sah.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau membahayakan.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Sohairi Manaf di talian 03-3187 2222 / 019-999 3077 atau hadir ke balai polis berdekatan.





Warga emas maut motosikal bertembung - Sinarharian - 1/11 11:55 am

MUAR Seorang warga emas maut manakala seorang lagi lelaki cedera apabila dua motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam nahas di Jalan Bakri Batu 5, di sini, pada petang Jumaat.Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.40 petang apabila salah seorang penunggang motosikal terbabit cuba melintas jalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan."Akibat pertembungan itu, seorang lelaki berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Seorang lagi penunggang, lelaki berusia 57 tahun, pula mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000."Pihak polis meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp




Reformasi     >>



Bekas hakim: Sekatan Fifa pada FAM, pemain kesilapan .. - Mkini
Fifa tidak mempunyai kuasa menentukan dokumen kerajaan yang sahih - walaupun terdapat percanggahan - telah dipalsukan, kata Hamid Sultan Abu Backer.
Kroni     >>



Rombakan Kabinet: Anwar berseloroh minta kemuka senarai - Utusan
PUTRAJAYA: Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut. Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media ..
Tabloid     >>



Ada Masalah Lari Rumah, Rupanya Nak Duduk Dengan Bibik .. - Rotikaya
Adik kepada Dr Afifah Hidayah dikenali sebagai Zaim Tawfek mempertahankan kakaknya susulan kemelut rumah tangga dengan penyanyi Nubhan. Menerusi komen ditinggalkan di Threads, Zaim meminta kakaknya untuk tidak meratapi lelaki... Baca selanjutnya → The post Ada Masalah Lari Rumah, ..
Tech     >>



ICYMI: the week's 7 biggest tech stories from IKEA's .. - Techradar
The week's top stories from GTA 6, IKEA, Samsung, Goo
World     >>



Trump says he was 'very much in charge' of Iran war .. - Tehrantimes
TEHRAN U.S. President Donald Trump claimed responsibility for Israel's June aggression against Iran, walking back his prior denials of involvement and substantiating Iranian allegations that Washington had been complicit in the deadly war from its outset.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Yzf-r7 2026 Terima Elektronik R1 .. - Mekanika
# YAMAHA YZF-R7 2026 TERIMA ELEKTRONIK R1 - 6-AXIS IMU, Y-CCT **Yamaha menyuntik naik taraf singnifikan pada Yamaha YZF-R7 bagi tahun 2026 sekaligus menjadikan motosikal segmen supersport itu lebih dinamik.** Bagaimanapun, R7 baharu ini bukan hanya mendapat elektronik baharu malah beberapa aspek ..