| /// |
|
| Search : Pemuda Pas News | Page 1 |
|
`Kedah yang aman tanpa DAP??? slogan politik sempit cuba takutkan rakyat... - Mygazette - 9/05 3:26 pm Rakyat tidak menilai berdasarkan slogan, tetapi berdasarkan hasil dan prestasi, katanya menerusi Facebook hari ini. Beliau mengulas mengenai slogan `Kedah yang aman tanpa DAP itu yang dipromosikan termasuk di Facebook Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah DPPNK |
|
Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, amanah - Pemuda Pas Pahang - Sinarharian - 9/05 12:09 am KUANTAN - Dewan Pemuda Pas Pahang berpandangan suara yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam titah istiadat pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bukanlah bersifat politik kepartian.Ketua Pemudanya, Zulfadli Zakariah berkata, ia lahir daripada rasa tanggungjawab dan amanah baginda sebagai payung negeri yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang politik."Kita menjunjung kasih dan menyatakan sokongan penuh terhadap titah Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang menyentuh keputusan Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak berpihak kepada kepentingan negeri dan rakyatnya."Titah baginda jelas memperlihatkan keprihatinan institusi diraja terhadap masa depan negeri, kebajikan rakyat serta hak Pahang yang sewajarnya diberikan perhatian adil oleh Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zulfadli menjelaskan, dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi, isu pembangunan tidak seimbang serta keperluan infrastruktur yang semakin mendesak.Justeru, katanya sebarang keputusan di peringkat Pusat yang boleh menjejaskan hak negeri sewajarnya dinilai semula."Pahang merupakan negeri yang mempunyai sumbangan besar kepada ekonomi negara melalui hasil bumi, sumber asli, pelaburan dan sektor strategik."Maka, adalah tidak wajar jika kepentingan negeri ini diketepikan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam pertimbangan dasar Kerajaan Persekutuan," tegas beliau.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pimpinan kerajaan Pahang supaya mengambil serius titah yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang serta mengutamakan semangat federalisme yang adil demi kesejahteraan rakyat."Kita juga menyeru seluruh rakyat agar terus mempertahankan institusi diraja sebagai payung perpaduan dan suara semak imbang demi memastikan hak negeri serta kebajikan rakyat sentiasa terbela."Raja dan rakyat berpisah tiada," jelasnya. |
|
Pemuda Pas WP gesa kerajaan perluas penukaran status tanah leasehold - Mygazette - 9/05 7:31 am # Pemuda Pas WP gesa kerajaan perluas penukaran status tanah leasehold KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan memperluaskan usaha penukaran status tanah daripada pegangan pajakan (leasehold) kepada pegangan bebas (freehold) di kawasan bandar lama sekitar ibu negara selepas kejayaan pelaksanaannya di Taman Segar, Cheras |
|
Pemuda Pas Selangor rancang himpunan bantah cadangan penternakan babi - Mygazette - 9/05 7:31 am # Pemuda Pas Selangor rancang himpunan bantah cadangan penternakan babi KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor bakal mengadakan satu himpunan bagi mempertahankan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kontroversi berhubung cadangan aktiviti penternakan babi di negeri itu |
|
Pemuda Pas buat laporan polis seluruh negara, pertahan titah Sultan Selangor - Sinarharian - 8/05 7:10 pm SHAH ALAM Pemuda Pas akan membuat laporan polis di seluruh negara susulan kenyataan balas Majlis Eksekutif Kebangsaan Sosialis Muda DAP (DAPSY) berhubung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai isu penternakan babi di negeri tersebut.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya tidak akan berganjak dalam mempertahankan titah Sultan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempersendakan perkara itu."Kami juga tidak akan berganjak untuk pertahankan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor!"Kalau mahu lihat kebangkitan anak muda pertahankan titah Tuanku, silakan."Orang yang derhaka kepada titah Tuanku tidak wajar dibiarkan terus berkuasa, dengan ini, Pemuda Pas akan buat laporan Polis di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.Terdahulu, DAPSY membidas tindakan Afnan yang mengancam untuk membuat laporan polis di seluruh negara sekiranya Kerajaan Perpaduan tidak memohon maaf berhubung isu ladang ternakan babi.Dalam kenyataan balas itu, DAPSY menegaskan mereka tidak gentar dengan ugutan berkenaan malah menuntut Afnan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan oportunistik serta berpotensi menghasut kebencian. |
|
Pemuda Pas Melaka buat laporan polis isu video dakwaan libatkan PM,... - Mygazette - 8/05 2:48 pm # Pemuda Pas Melaka buat laporan polis isu video dakwaan libatkan PM, Farhash KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (DPPNM) semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan tular membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak |
|
Isu ternak babi: Pemuda Pas gesa permohonan maaf atau sedia dengan laporan polis - Sinarharian - 7/05 11:26 pm SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Kerajaan Madani khususnya Perdana Menteri, Menteri Komunikasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan daripada DAP memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai isu penternakan babi di negeri tersebut.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, jika tidak ada permohonan maaf dibuat dalam tempoh 24 jam, Pemuda Pas tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan laporan polis di seluruh negara berkenaan penderhakaan terhadap institusi diraja.Menurutnya, ini kerana Sultan Selangor sekali lagi menegaskan titah baginda sebelum ini bahawa tidak wajar lagi timbul sebarang perbincangan atau perbahasan berhubung cadangan pembinaan ladang ternakan babi di negeri Selangor."Namun amat mendukacitakan, apabila ketegasan titah baginda itu seolah-olah tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Madani yang mentadbir Selangor mahupun Kerajaan Persekutuan."Mengapa pula Kerajaan Madani dilihat begitu bersungguh-sungguh mempertahankan pembinaan ladang ternakan babi sedangkan isu pesawah di Kedah sekadar dipandang sepi?"Lebih malang lagi, mengapa Kerajaan Madani seolah-olah sengaja menderhaka titah Baginda yang disampaikan dengan jelas, terang dan terbuka," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Sultan Selangor kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu kekal seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media bertarikh 10 Februari lalu berhubung isu penternakan babi di negeri ini.Menurut beliau, pendirian baginda dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai implikasi termasuk risiko pencemaran terhadap tanah, udara serta sumber air akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan ternakan tersebut.Tambah Afnan Hamimi, sepatutnya semua pihak akur dengan pendirian yang disampaikan, bukannya membuka semula perbincangan sehingga mengenepikan pandangan baginda dalam isu ini."Pemuda Pas juga kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi semalam yang menyatakan bahawa penternakan babi di Selangor dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan," ujarnya. |
|
Kritikan terhadap UMNO di N9 kerana akar umbi PH tak jelas pendirian parti .. - Mygazette - 7/05 4:18 pm Tapi kumpulan itu adalah kumpulan mereka, katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu melayan desakan Pemuda Pas Selangor supaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletakkan jawatan susulan penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang baru-baru ini |
|
Pemuda Pas P - Mygazette - 5/05 10:04 pm # Pemuda Pas P |
|
Pemuda PAS serah memo desak batal Rain Rave Water Music Festival - FMT - 30/04 6:13 pm Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar juga mahu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing letak jawatan. |
|
Tak benar kami sokong Azmin ketuai PN Selangor, kata Pemuda PAS negeri - FMT - 30/04 12:45 am Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin dakwa wujud persetujuan untuk Azmin Ali kembali menjadi pengerusi PN Selangor. |
|
Pas patut ambil alih kepimpinan PN di Selangor – Iskandar - Mygazette - 29/04 1:57 pm Mohamed Azmin sebelum ini melepaskan jawatan itu susulan konflik politik antara Pas dan Bersatu di Perlis yang menyaksikan perubahan jawatan menteri besar antara kedua-dua parti itu. Sebelum ini, Pemuda Pas dilaporkan mencadangkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri sebagai calon alternatif untuk memimpin PN Selangor |
|
Tiga pemimpin kanan Pas Selangor berpotensi jadi calon Pengerusi PN - Mygazette - 29/04 1:57 pm # Tiga pemimpin kanan Pas Selangor berpotensi jadi calon Pengerusi PN KUALA LUMPUR Tiga pemimpin kanan Pas Selangor dikenal pasti mempunyai keupayaan untuk dipilih sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar |
|
Tiga calon Pas berpotensi terajui PN Selangor - Mohamed Sukri - Sinarharian - 28/04 7:06 pm SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Pas Selangor berkeupayaan untuk dipilih sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, ketiga-tiga tokoh itu bukan sahaja berpengalaman luas, malah mempunyai rekod kepimpinan, integriti serta keupayaan mentadbir yang diperlukan untuk membawa Selangor ke tahap lebih baik.Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr Halim Tamuri merupakan tokoh ilmuwan berwibawa yang dilihat mampu menyatukan pelbagai pihak menerusi pendekatan kepimpinan berasaskan ilmu dan hikmah."Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan serta pentadbiran, selain kini memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan bekas Rektor KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Selain itu, katanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi turut disifatkan sebagai calon berpotensi berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri serta keupayaannya mendekati rakyat.Beliau memberitahu, Ahmad Yunus dikenali sebagai 'doktor rakyat' dan pernah berkhidmat sebagai Exco Kanan Kerajaan Selangor."Kini beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Parlimen Kuala Langat dan ADUN Sijangkang," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, Datuk Iskandar Abdul Samad pula dikenali sebagai figura berprinsip dengan rekod tadbir urus yang kemas dan teliti."Pengalaman beliau sebagai Exco Kanan kerajaan Selangor selama dua penggal membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran negeri, selain kini memegang jawatan Bendahari Pas Pusat," katanya.Sehubungan itu, Mohamed Sukri menegaskan, pemilihan kepimpinan yang tepat amat penting bagi memastikan PN Selangor terus relevan dan berupaya menawarkan pentadbiran lebih baik kepada rakyat negeri ini."Selangor memerlukan kepimpinan yang bersih, stabil, berwawasan dan mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan bijaksana."Jika dinilai dari sudut kelayakan, pengalaman serta integriti, ketiga-tiga tokoh ini sememangnya layak berada di barisan hadapan memimpin masa depan negeri," tambah beliau. |
|
Pengarah Strategi Pemuda Pas Perak diarah bayar RM250,000 fitnah Pegawai Khas MB - Sinarharian - 28/04 6:26 pm TELUK INTAN Mahkamah Sesyen Teluk Intan memutuskan bahawa Pengarah Strategi Pemuda Pas Perak, Nurhafizul Badrul Hisham perlu membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM250,000 kepada Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Badrul Hisham Badarudin selepas didapati bersalah memfitnah plaintif melalui pelbagai platform media sosial.Keputusan itu dibuat oleh Hakim Gan Peng Kun pada 11 Mac 2026 selepas mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan-kenyataan yang diterbitkan defendan adalah bersifat fitnah dan telah menjejaskan reputasi plaintif.Menurut penghakiman, kenyataan berkenaan dibuat menerusi podcast bertajuk Podlive Biar Jelas: Edisi 21 bertarikh 27 Oktober 2024 selain siaran di TikTok pada tarikh sama serta beberapa hantaran di Facebook antara 28 hingga 29 Oktober 2024.Mahkamah selepas melalui proses perbicaraan penuh yang melibatkan keterangan saksi-saksi, hujahan bertulis dan penelitian terhadap bukti mendapati semua kenyataan tersebut adalah fitnah terhadap plaintif.Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan defendan membayar RM100,000 sebagai ganti rugi am, RM100,000 sebagai ganti rugi teladan dan RM50,000 sebagai ganti rugi teruk.Selain itu, mahkamah turut memerintahkan bayaran faedah sebanyak lima peratus setahun ke atas jumlah RM250,000 bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dibuat.Dalam masa sama defendan juga diarahkan membayar kos tindakan berjumlah RM16,344 kepada plaintif.Mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi mandatori supaya defendan menarik balik dan memadam semua kenyataan berunsur fitnah yang telah dimuat naik di mana-mana platform media sosial termasuk Facebook dan TikTok.Perintah injunksi turut melarang defendan, wakil atau mana-mana pihak berkaitan daripada mengulangi kenyataan berunsur fitnah tersebut dalam apa jua bentuk, sama ada secara lisan atau bertulis kepada pihak ketiga.Sementara itu, pihak peguam plaintif dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa keputusan berkenaan mencerminkan pendirian tegas mahkamah dalam melindungi reputasi individu daripada serangan fitnah yang tidak berasas.Menurutnya, tindakan undang-undang itu diambil susulan penyebaran kenyataan yang memberi kesan negatif terhadap reputasi plaintif sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak."Keputusan ini mencerminkan pendirian tegas mahkamah dalam melindungi reputasi individu daripada serangan fitnah yang tidak berasas."Ia juga menjadi peringatan kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam membuat dan menyebarkan sebarang kenyataan khususnya di platform awam," katanya pada Selasa.Menurutnya, pihak plaintif menghormati keputusan mahkamah dan berharap agar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk sentiasa mematuhi undang-undang serta menjaga integriti dalam komunikasi. |
|
PN tak letak syarat bergabung dengan BN di Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 3:24 pm Ketika UMNO lemas, 22 bulan, siapa yang hulurkan tangan? Pas."Kita tak pernah mengungkit cerita-cerita lama yang berlaku. Kita bersedia untuk bekerjasama demi kepentingan yang lebih besar," katanya dalam sidang media pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat bersama pimpinan Pas Perak ke atas Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) di Rumah Media Perak di sini pada Selasa.Hadir sama Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria; Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri dan Pengerusi PPMP, Sayed Mohd Hesham Sayed Idris.Mengulas lanjut, Idris menjelaskan bahawa keutamaan PN ketika ini adalah mengelakkan berlakunya pilihan raya mengejut yang boleh membebankan rakyat.Katanya, selain itu PN juga mahu memastikan wujud kepimpinan negeri yang mampu menjamin kestabilan politik."Kita tak mahu ada snap election, rakyat pun susah."Kita nak kepimpinan yang boleh mewujudkan kestabilan di peringkat negeri," jelas Ahli Majlis Tertinggi PN Pusat itu.Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa PN tidak akan campur tangan dalam hal berkaitan adat atau urusan dalaman negeri, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan.Ditanya mengenai kemungkinan kerjasama itu menjadi realiti memandangkan gabungan politik di peringkat Persekutuan berbeza, Idris berkata, perkara tersebut bergantung kepada kebijaksanaan wakil rakyat di negeri berkenaan.Menurutnya, pihak PN di Negeri Sembilan termasuk wakil rakyat Pas dan Bersatu telah menunjukkan kesediaan untuk menyokong usaha tersebut.Dalam pada itu, Idris tidak menolak kemungkinan model kerjasama seumpama itu boleh diperluaskan ke negeri lain seperti Perak dan Pahang sekiranya mendapat persetujuan pimpinan.Pada Isnin, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan semua 14 ADUN BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.Sejurus itu, lima ADUN PN Negeri Sembilan mengumumkan sedia bekerjasama dengan BN bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimanapun, Aminuddin pada sidang medianya memaklumkan, beliau akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri biarpun 14 ADUN BN menarik sokongan kepadanya.Beliau berkata, sudah menyembah maklum mengenai kedudukan semasa ADUN yang menyokongnya kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir |
|
Kertas Siasatan ADUN Melor diserah kepada PPN - KP Kelantan - Sinarharian - 28/04 1:05 pm KOTA BHARU - Kertas siasatan berhubung kenyataan yang didakwa memperlekeh anggota polis ketika menjalankan sekatan jalan raya (SJR) oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud akan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) dalam masa terdekat.Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika dihubungi pada Selasa."Siasatan sudah lengkap dan kita akan serah kertas pertuduhan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat semakan," katanya.Menurut beliau, keputusan sama ada pertuduhan dibuat atau sebaliknya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Wan Rohimi telah memberi keterangan lebih satu jam bermula dari jam 5 hingga 6.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada Isnin."Saya dah jelaskan pada polis (pegawai penyiasat), jangan kecil hati. Kita tak maki polis, tapi polis ini seperti dilaga-lagakan oleh pihak tertentu."Demikian tegas Wan Rohimi Wan Daud selepas selesai memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis ketika menjalankan tugasan SJR semasa 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB-YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan. |
|
Polis Kelantan buka siasatan insiden tular perlekeh anggota dalam sekatan .. - Mygazette - 27/04 8:04 am Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara dan tidak menjejaskan operasi di kawasan berkenaan, katanya kepada wakil media. Semalam, 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan mendapat kecaman hebat di media sosial susulan atur cara program terbabit menyatakan antara lokasi yang akan dikunjungi ialah LTSIP, Pengkalan Chepa |
|
Konvoi motosikal di LTSIP: Polis tak kompromi, kawalan diperketat - Mygazette - 26/04 7:32 am Beliau berkata kawasan lapangan terbang merupakan kawasan strategik dan keselamatan perlu dipelihara sepanjang masa untuk memastikan perjalanan penumpang lancar dan tidak terganggu. Sejak semalam, tular di media sosial mengenai penganjuran program Konvoi & Lepak Mat Motor Bersama YB yang didakwa dianjurkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan dan Dewan Pemuda PAS Kelantan, bermula 5 hingga 7 petang hari ini |
|
Kenapa Pemuda Pas Selangor diam ketika Sanusi hina Sultan Selangor? .. - Mygazette - 25/04 3:29 pm # Kenapa Pemuda Pas Selangor diam ketika Sanusi hina Sultan Selangor? - Saifuddin KUALA LUMPUR PKR mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar yang lantang mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu cadangan penternakan babi moden |
|
Saranan berkait projek babi bukti Siew Ki wakil rakyat berwawasan, berjiwa .. - Mygazette - 25/04 7:42 am # Saranan berkait projek babi bukti Siew Ki wakil rakyat berwawasan, berjiwa rakyat - Teresa KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan kecaman Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar terhadap cadangan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung pelaksanaan sistem penternakan babi secara tertutup dan moden di Selangor adalah sangat menghairankan |
|
Isu babi: AMK perlu tanya MB Selangor bukan parti lain – Choo Seong - Mygazette - 24/04 5:05 pm "MB (Menteri Besar) Negeri Selangor kan dari parti kamu sendiri! Tanyalah pemimpin kamu sendiri," katanya lagi. Terdahulu, Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Mohammad Haziq Izwan Mohd Husni mempersoalkan pendirian Pemuda MCA dan Pemuda parti Gerakan berhubung desakan Pemuda Pas yang mahukan Adun Seri Kembangan digantung daripada sidang DUN |
|
Henti bangkit projek ladang babi, fokus isu rakyat – Sukri - Mygazette - 24/04 5:05 pm # Henti bangkit projek ladang babi, fokus isu rakyat - Sukri SERI KEMBANGAN - Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhenti daripada membangkitkan berkenaan isu penternakan babi |
|
'MB Selangor perlu nyata pendirian isu ternakan babi moden' - Muhammad Faizzuddin - Sinarharian - 23/04 7:15 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari segera menyatakan pendirian rasmi kerajaan negeri berhubung isu cadangan penternakan babi moden yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki.Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ketegasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan selain memastikan kedudukan institusi diraja terus dihormati.Menurutnya, pihaknya kesal dan mengecam tindakan Wong Siew Ki yang didakwa membawa naratif bercanggah dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung larangan aktiviti penternakan babi di negeri ini."Cadangan untuk meneroka semula sistem penternakan babi moden adalah tidak bertanggungjawab, biadab serta mencemarkan kemuliaan institusi Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau turut mengingatkan Menteri Besar supaya tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi politik yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan negeri, institusi diraja serta rakyat Selangor.Katanya, kerajaan negeri perlu menunjukkan ketegasan dalam isu berkenaan dan tidak berdiam diri ketika titah Sultan Selangor dipersoalkan secara terbuka oleh wakil rakyat dalam blok pentadbiran."Pendirian rasmi perlu dinyatakan segera supaya tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat," tambah beliau.Terdahulu, Wong Siew Ki semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.Bagaimanapun, ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin mengemukakan usul tergempar untuk merujuk Wong Siew Ki ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung isu penternakan babi di negeri itu.Afif menjelaskan, usul itu dihantar kepada Pejabat DUN Selangor pada Khamis mengikut Peraturan 26(1) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan telah diterima untuk pertimbangan. |
|
Tindakan terhadap Siew Ki; Apa pendirian Pemuda Gerakan dan MCA? ???... - Mygazette - 23/04 2:57 pm # Tindakan terhadap Siew Ki; Apa pendirian Pemuda Gerakan dan MCA? AMK Selangor KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA berhubung desakan Pemuda Pas supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan digantung daripada sidang DUN susulan kenyataan berkenaan ternakan babi |
|
Ternakan babi: Pemuda Pas Selangor kecam ADUN Seri Kembangan - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Ternakan babi: Pemuda Pas Selangor kecam ADUN Seri Kembangan KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor mengecam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu penternakan babi yang dibangkitkan dalam sidang DUN |
|
Isu `mafia korporat’: Kerajaan jangan buat pekak – Pemuda Pas - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Isu `mafia korporat': Kerajaan jangan buat pekak - Pemuda Pas KUALA LUMPUR Dakwaan kewujudan aktiviti mafia korporat dalam negara didakwa semakin rumit dan membimbangkan, namun kerajaan dilihat masih gagal menunjukkan ketegasan dalam menangani isu tersebut |
|
Pemuda Pas Selangor kecam cadangan ternakan babi moden - Sinarharian - 22/04 1:32 pm SHAH ALAM Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Kembangan, Wong Siew Ki yang mencadangkan penerokaan semula sistem penternakan babi moden dan tertutup di negeri ini.Menurutnya, cadangan itu disifatkan sebagai biadab serta tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan walaupun dibalut dengan pendekatan teknologi seperti konsep sifar pelepasan dan kitar semula biogas kepada tenaga elektrik.Beliau menegaskan bahawa pokok isu bukan terletak pada teknologi yang digunakan, sebaliknya membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang jelas tidak membenarkan lagi penternakan babi di negeri berkenaan."Keputusan juga sudah dibuat oleh kerajaan negeri untuk tidak lagi mengeluarkan lesen baharu, menutup ladang sedia ada secara berperingkat serta memenuhi keperluan bekalan melalui import sepenuhnya."Apabila titah Tuanku sudah jelas, cubaan menghidupkan semula cadangan ini, walaupun dengan istilah moden, tetap menunjukkan sikap tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamed Sukri berkata bahawa isu penternakan babi bukan sekadar perbahasan teknikal, sebaliknya membabitkan adab, sensitiviti masyarakat majmuk, alam sekitar serta ketenteraman negeri.Katanya, kebebasan berhujah dalam Sidang DUN tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membangkitkan semula perkara yang sudah dimuktamadkan di peringkat tertinggi negeri.Sehubungan itu, beliau mendesak Speaker DUN Selangor serta jawatankuasa berkaitan menyiasat perkara berkenaan secara serius."Jika didapati benar, tindakan tatatertib tegas perlu dipertimbangkan termasuk penggantungan ADUN Sri Kembangan daripada sidang DUN sehingga 12 bulan."Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh maruah Dewan, tertib kenegaraan serta penghormatan kepada institusi negeri," jelas beliau.Beliau menegaskan bahawa semua wakil rakyat perlu menunjukkan adab, menghormati titah Sultan Selangor serta berhujah secara berhemah demi menjaga keharmonian dan kedaulatan negeri.Terdahulu, Siew Ki semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor memohon pertimbangan kerajaan negeri untuk memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata bahawa cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan."Isu penternakan babi tidak seharusnya dibezakan daripada penternakan haiwan lain kerana risiko pencemaran, kebersihan serta kesihatan adalah sama."Namun amat dukacita apabila isu ini sering dijadikan polemik politik oleh pelbagai pihak termasuk bekas ahli politik," katanya.Menurutnya, pendekatan penternakan moden melalui sistem tertutup dengan konsep sifar pelepasan serta teknologi kitar semula sisa kepada biogas dan tenaga elektrik boleh dipertimbangkan.Katanya, sistem itu sudah terbukti berjaya dilaksanakan di beberapa negeri lain dan Selangor tidak seharusnya ketinggalan dalam mengadaptasi teknologi berkenaan.Dalam masa sama, Siew Ki berkata bahawa kebergantungan sepenuhnya kepada import bagi sumber makanan juga berisiko dalam jangka panjang, justeru memerlukan penelitian semula dasar sedia ada."Tambahan pula, kebergantungan sepenuhnya kepada import bagi sumber makanan adalah berisiko dalam jangka panjang," tegas beliau.Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan bahawa Sultan Selangor menegur sikap segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati serta enggan mematuhi titah larangan penternakan babi di negeri ini.Baginda bertitah bahawa meskipun arahan telah dikeluarkan sebelum ini, masih kedengaran rungutan yang mempertikaikan keputusan berkenaan. |
|
Banjir berulang di Selangor tak boleh dianggap masalah bermusim – .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Banjir berulang di Selangor tak boleh dianggap masalah bermusim - Sukri KUALA LUMPUR Isu banjir berulang di Selangor tidak lagi boleh dianggap masalah bermusim sebaliknya memerlukan anjakan dasar serta kecekapan pentadbiran yang lebih serius. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata,peningkatan kerugian menunjukkan kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar berkaitan banjir di negeri itu |
|
Pas terus desak tubuh RCI siasat mafia korporat - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 18/04 8:07 am KOTA BHARU - Pas terus mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempengaruhi institusi penguat kuasa serta mencetuskan persoalan serius terhadap integriti sistem pentadbiran negara.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan susulan pelbagai pendedahan dan dakwaan yang timbul berkait isu integriti melibatkan institusi penting negara.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, penubuhan RCI dilihat sebagai mekanisme terbaik bagi memastikan ketelusan dalam menilai dakwaan yang semakin membimbangkan itu."Isu ini bukan lagi perkara kecil, ia melibatkan dakwaan wujudnya pengaruh mafia korporat serta kemungkinan salah guna kuasa dalam institusi penguat kuasa."Sebab itu Pas konsisten menyatakan bahawa siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan dan pada pandangan Pas, RCI adalah jalan yang wajar," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Ceramah: Pentas Rakyat Tolak Rasuah di sini pada Jumaat.Media antarabangsa, Bloomberg sebelum ini mendakwa mengenai kewujudan gerakan mafia korporat dengan menyediakan perkhidmatan intimidasi bagi memaksa pengambilalihan syarikat.Laporan itu turut mendakwa wujud rangkaian ahli perniagaan dan pegawai SPRM yang menggunakan serbuan serta siasatan untuk memberi tekanan kepada eksekutif supaya menjual pegangan saham dalam syarikat disasarkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sambil menyifatkannya tidak berasas selain menggesa mana-mana pihak mempunyai maklumat membuat laporan polis.Dalam masa sama, Ahmad Fadhli turut menegaskan Pas bersama dengan pihak yang memerangi rasuah walaupun pendekatan berbeza termasuk demotrasi jalanan."Pas kekal berpendirian bahawa sebarang dakwaan melibatkan salah guna kuasa dan integriti perlu disiasat secara telus bagi mengelakkan persepsi negatif berpanjangan terhadap institusi negara," katanya.Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Faisal Aziz memaklumkan Pas memberi komitmen untuk menghantar wakil pimpinan ke demonstrasi `Tangkap Azam Baki akan diadakan Sabtu ini, namun penyertaan tersebut masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.Beliau berkata, perbincangan bersama Pas berlangsung termasuk dengan Pemuda Pas Selangor bagi memastikan penyertaan parti itu dalam himpunan berkenaan yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur.Menurutnya, beberapa siri jelajah dan program termasuk di Johor serta Grand Finale di Selangor dan Kuala Lumpur akan menjadi pemanas kepada himpunan tersebut yang memberi fokus kepada isu berkaitan SPRM."Himpunan itu dianjurkan mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman dan kami bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi kelancaran keselamatan dan lalu lintas."Fokus utama himpunan adalah memberi tekanan agar tidak berlaku lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta mendesak RCI dan reformasi institusi berkaitan rasuah," katanya |
|
Tiga Penyelaras DUN buat laporan polis terhadap Salman Al Farisi - Mygazette - 17/04 7:24 am # Tiga Penyelaras DUN buat laporan polis terhadap Salman Al Farisi KUANTAN - Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini |
|
Tiga penyelaras DUN buat laporan polis terhadap Salman - Sinarharian - 16/04 8:52 pm KUANTAN Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa berunsur kenyataan tidak tepat terhadap kerajaan negeri Pahang.Laporan berkenaan dibuat oleh Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria; Penyelaras DUN Sungai Lembing, Datuk Safariah Awang Ngah; dan Penyelaras DUN Panching, Hasrul Hafizan Mohd Din terhadap Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Khamis.Mustaqim berkata, tindakan mengaitkan pengumuman kerajaan negeri dengan dakwaan tertentu adalah tidak wajar dan boleh mengelirukan orang ramai."Ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup susulan konflik di Asia Barat, sepatutnya inisiatif kerajaan Pahang ini diberi sokongan."Namun, kenyataan yang dibuat dilihat boleh mencetuskan persepsi negatif dan kurang tepat," katanya ketika ditemui selepas laporan tersebut dibuat.Beliau menjelaskan, semua penyelaras DUN tertakluk kepada peraturan kewangan negeri dan tidak mempunyai kuasa untuk menyalurkan peruntukan secara terus atau sewenang-wenangnya.Menurutnya, sebarang bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan bukan dalam bentuk pemberian tunai secara langsung kepada penyelaras DUN seperti yang mungkin disalah tafsir."Perkara ini juga telah diperjelaskan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa bantuan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada kumpulan sasar melalui data sedia ada di pejabat DUN," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pihak khususnya pemimpin pembangkang, terutamanya pimpinan muda Pas supaya lebih berhati-hati sebelum melemparkan tuduhan."Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada beliau dan juga pemimpin pembangkang yang lain," katanya.Terdahulu, Salman menerusi hantaran di Facebook hujung minggu lalu mendakwa pengumuman Wan Rosdy berkaitan peruntukan RM15,000 seminggu untuk membantu rakyat sebagai tindakan merompak hasil kerajaan negeri |
|
Kerajaan perlu bentang penyelesaian jelas isu hilang kerja di KL, .. - Mygazette - 16/04 8:14 pm # Kerajaan perlu bentang penyelesaian jelas isu hilang kerja di KL, Selangor - Pas KUALA LUMPUR Kerajaan perlu membentangkan langkah penyelesaian yang jelas, berjadual serta boleh diukur bagi menangani isu kehilangan pekerjaan yang semakin membimbangkan di Selangor dan Kuala Lumpur ketika ini. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, menurut data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kedua-dua negeri itu terus merekodkan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi pada Mac lalu, meskipun angka keseluruhan negara menurun kepada 5,900 kes berbanding 7,500 kes pada Februari |
|
Pemuda Pas tuntut laporan siasatan Azam Baki didedahkan kepada rakyat - Sinarharian - 14/04 3:07 pm SHAH ALAM- Pemuda Pas menuntut agar laporan siasatan berhubung pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mesti didedahkan sepenuhnya kepada rakyat tanpa berlengah.Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, jika wujud pelanggaran peraturan atau salah laku, Azam mesti digantung tugas serta-merta sementara tindakan susulan diambil.Menurut beliau, namun sekiranya laporan Bloomberg sebuah tuduhan, kerajaan mesti mengambil tindakan undang-undang untuk menjaga kredibiliti dan maruah kerajaan."Oleh itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang lebih luas, termasuk dakwaan kewujudan rangkaian 'mafia korporat' yang dikaitkan dengan SPRM."Pemuda Pas ingin mengingatkan bahawa kredibiliti, integriti dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan khususnya agensi penguatkuasa mesti diutamakan berbanding survival mana-mana individu."Selain itu, reformasi institusi dan tatakelola yang baik tidak tertegak hanya melalui slogan, namun mesti dibuktikan dengan tindakan," katanya menerusi Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Azam dilapor memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, dikatakan memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin.Tambah Tengku Muhammad Fakhruddin, jika kerajaan di pihak yang benar, mustahil kerajaan melengah-lengahkan tindakan undang-undang dengan dakwaan yang berat sebegini.Jelasnya, lebih mengecewakan, keadaan ini bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri sendiri di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa siasatan akan dijalankan secara telus dan mematuhi proses sewajarnya."Rakyat menerima kenyataan itu dengan harapan bahawa kerajaan benar-benar serius untuk membina budaya akauntabiliti |
|
Amanah ingatkan Akmal jangan keliru 'mainan' politik isu harga minyak - Sinarharian - 11/04 11:19 am SHAH ALAM - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh, agar tidak terkeliru dengan mainan politik pembangkang berhubung isu harga minyak tempatan.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang memberikan kenyataan mengelirukan adalah dikesali ketika Kerajaan Madani sedang berusaha menampan kesan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia.Muhammad Faiz menjelaskan, dakwaan bahawa harga minyak di Malaysia tidak menurun selari dengan trend global adalah tidak tepat kerana penetapan harga runcit dibuat berdasarkan purata harga minggu sebelumnya menerusi Mekanisme Harga Automatik (APM)."Walaupun terdapat sedikit sela masa atau lag effect, rakyat tetap menikmati manfaat daripada trend penurunan harga tersebut."Sistem APM juga berfungsi melindungi pengguna serta pengusaha stesen minyak daripada turun naik harga yang mendadak," ujarnya dalam satu kenyataan.Beliau mengulas laporan mengenai Dr Akmal yang dilaporkan senada dengan Ahmad Fadhli dalam mempersoalkan kemampuan Thailand menurunkan harga petrol dan diesel baru-baru ini.Mengulas perbandingan itu, Muhammad Faiz berkata, langkah Thailand menurunkan harga adalah hasil pelarasan semula formula yang sebelum ini mungkin lebih tinggi daripada kos sebenar, termasuk melibatkan caj pengangkutan dan insurans.Ujarnya, perkara itu gagal diperhalusi pembangkang yang lebih dipengaruhi sentimen berbanding fakta, malah tidak mengambil kira perbezaan ketara harga minyak antara Malaysia dan negara jiran berkenaan.Dalam pada itu, beliau menegaskan kritikan Abdul Hadi mengenai harga diesel lebih rendah di Sabah dan Sarawak menunjukkan kegagalan memahami realiti geoekonomi di Malaysia Timur.Menurutnya, faktor geografi yang luas serta kekangan infrastruktur menjadikan penggunaan kenderaan diesel sebagai keperluan asas di kedua-dua negeri berkenaan.Beliau berkata, kerajaan turut memastikan kebajikan kumpulan sasar terus terpelihara, termasuk mengekalkan subsidi diesel nelayan pada harga RM1.65 seliter dengan kuota 70 juta liter sebulan.Selain itu, ujarnya, sebahagian rakyat masih dilindungi melalui pelaksanaan bantuan bersasar seperti program BUDI.Muhammad Faiz berkata, Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus menunjukkan keprihatinan dengan tidak mengapungkan sepenuhnya harga diesel walaupun berdepan krisis di Asia Barat."Kerajaan juga telah menyerap sebahagian kos sebenar pasaran selama lima minggu berturut-turut."Kesannya, harga minyak di Malaysia kekal lebih rendah berbanding negara serantau lain, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal kerajaan yang wajar dinilai secara adil," ujarnya lagi |
|
Isu harga minyak: Dr Akmal usah terperangkap mainan politik Pas – .. - Mygazette - 11/04 7:44 am # Isu harga minyak: Dr Akmal usah terperangkap mainan politik Pas - Faiz KUALA LUMPUR Cubaan beberapa pemimpin politik membangkitkan naratif mengelirukan berhubung isu harga minyak tempatan disifatkan tidak bertanggungjawab ketika kerajaan sedang berdepan tekanan krisis minyak mentah global. Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari serta Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Dr Akmal Salleh bukan sahaja tidak membantu malah berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat |
|
Bukan standard PAS, Pemuda nafi anjur Himpunan Turun Anwar - FMT - 9/04 6:01 pm Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar menegaskan penganjuran tidak menepati amalan biasa organisasi itu. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |