| /// |
|
| Search : Pelajar News | Page 1 |
|
Negara hidup bermasyarakat tempang jika dipacu kemarahan ??? PM Anwar - Mygazette - 27/09 7:59 am Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Majlis itu menghimpunkan lebih 2,000 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) |
|
Asyraf Wajdi gesa drama, filem promosi buli dihentikan - Mygazette - 27/09 7:59 am Menurutnya, drama atau filem sedemikan pada akhirnya membawa kepada perlakuan `copycat dalam kaangan anak muda yang berlagak seperti `kapla, `taiko, `otai dan sebagainya. Penegasan Asyraf Wajdi itu dibuat susulan satu lagi kes kematian pelajar berlaku hari ini di sebuah asrama sekolah yang dikaitkan dengan perlakuan buli |
|
Buli: Sekolah dicadang perkenal Mediasi Rakan Sebaya – Peguam - Mygazette - 27/09 7:59 am # Buli: Sekolah dicadang perkenal Mediasi Rakan Sebaya - Peguam KUALA LUMPUR Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan pihak sekolah memperkenalkan `Peer Mediation atau Mediasi Rakan Sebaya, sebagai salah satu usaha menangani perbuatan buli dalam kalangan pelajar |
|
Kematian pelajar di Kuala Pilah: Polis, KPM digesa jalan siasatan .. - Mygazette - 27/09 7:59 am # Kematian pelajar di Kuala Pilah: Polis, KPM digesa jalan siasatan menyeluruh MB Ismail KUALA LUMPUR Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menggesa kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah diberi perhatian dan tindakan segera oleh pihak berkuasa |
|
Pelajar senior direman 6 hari bantu siasatan kematian di SMK Zaba - Utusan - 27/09 6:50 am PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
|
Maut dibuli: Arwah Idlan harumkan N. Sembilan dalam kejohanan kriket - Kosmo - 27/09 12:42 am KUALA PILAH – Pelajar tingkatan dua, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang maut dipercayai menjadi mangsa buli pernah membantu pasukan kriket Negeri Sembilan apabila muncul Naib Johan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 |
|
Mahu hukum 'junior' langgar peraturan disyaki motif hingga bawa kematian - Hmetro - 27/09 12:08 am Seremban: Mahu menghukum pelajar yang didakwa melanggar peraturan asrama dipercayai motif yang membawa kepada kematian pelajar tingkatan dua di asrama sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah pada Jumaat |
|
Pengampunan bersyarat Najib: Anwar tegas pertahan prinsip banteras rasuah - Sinarharian - 26/09 11:29 pm BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akur dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung kes membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Anwar berkata, namun perkara itu tidak menghalang beliau daripada memberikan pandangan dan nasihat berdasarkan hukum, undang-undang dan kepentingan negara.Beliau berkata, pendirian kerajaan jelas bahawa negara tidak boleh bertolak ansur terhadap amalan rasuah atau perbuatan mengambil kekayaan negara untuk kepentingan peribadi."Bila kita bincang soal kontroversi berhubung kes Najib, saya akur dengan semangat Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan), tetapi ia tidak menghalang, umpamanya seorang perdana menteri memberikan pandangan dan nasihat berdasarkan hukum, undang-undang."Apa nak kita sampaikan? Negara ini tidak boleh tolak ansur dengan rasuah dan amalan sakau wang negara," kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi: Menyambung Legasi Perjuangan di sini hari ini.Anwar turut merujuk beberapa isu melibatkan beberapa institusi yang pernah menjadi perhatian awam, termasuk Lembaga Tabung Haji, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sambil menegaskan bahawa individu yang didakwa mengambil kekayaan negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya."Tabung Haji, FELDA, 1MDB, orang yang menyakau kekayaan, harus menjawab. Jadi apa juga keputusan, tidak harus beralih untuk menyelamatkan negara kita," kata beliau.Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.Pada 18 September, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat yang ditetapkan.Terdahulu, majlis berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Majlis itu menghimpunkan lebih 2,000 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).- Bernama |
|
Pelajar maut dipercayai dihukum suspek akibat langgar peraturan sekolah, kata polis - FMT - 26/09 11:29 pm Suspek yang juga pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan 'menghukum' mangsa atas kesalahan itu. |
|
Negara hidup bermasyarakat tempang jika dipacu kemarahan - Anwar - Sinarharian - 26/09 11:00 pm dan sekarang umpamanya dalam bicara soal negara MADANI, mesti diperkasakan dengan ilmu. Inilah yang meletakkan asas pembinaan negara yang utuh," kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi: Menyambung Legasi Perjuangan di sini hari ini.Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.Majlis itu menghimpunkan lebih 2,000 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).Perdana Menteri berkata, dalam konteks pembinaan negara MADANI, perubahan perlu diasaskan kepada keyakinan, idealisme dan cita-cita murni untuk mengangkat martabat bangsa serta negara, bukannya semangat ketuanan, perkauman atau adu domba.Anwar berkata, masyarakat juga perlu mempunyai kefahaman yang kukuh mengenai agama dan iman kerana kelahiran seseorang sebagai Muslim tidak semestinya menjamin kefahaman terhadap Islam."Lahir sebagai Muslim, berketurunan Islam belum menjamin kefahaman |
|
Pelajar maut di asrama: Kes dipercayai berpunca kerana langgar peraturan sekolah - Polis - Sinarharian - 26/09 9:11 pm KUALA LUMPUR - Polis hari ini memaklumkan bahawa hasil siasatan awal kes membabitkan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.Susulan itu, suspek, seorang pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan menghukum mangsa berikutan kesalahan itu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.Beliau berkata, suspek kini direman selama enam hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan selepas permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban."Setakat ini, hanya seorang individu, iaitu pelajar Tingkatan Empat berkenaan, ditahan untuk membantu siasatan kes itu," katanya.KES PELAJAR MAUT DI ASRAMAARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMedia sebelum ini melaporkan, Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mangsa yang berasal dari Gemenceh, Negeri Sembilan, itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.Ibu saudara mangsa, Nur Hijrah (@Nurhijj), menerusi hantaran di Threads memaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan daripada adiknya yang memberitahu anaknya meninggal dunia selepas dipukul di asrama sekolah.Dalam hantaran susulan, Nur Hijrah memaklumkan jenazah mangsa berada di Hospital Kuala Pilah sebelum dibawa ke Hospital Seremban untuk bedah siasat |
|
PETRONAS Powering Knowledge Education Sponsorship perkasa masa depan anak Sabah - Astroawani - 26/09 9:01 pm Lebih 100 pelajar Sabah menerima tajaan PETRONAS Powering Knowledge Education Sponsorship tahun ini, membuka peluang untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang serta membina kepakaran bagi menyumbang kepada masyarakat dan negara. |
|
Henti drama, filem promosi budaya buli - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 26/09 8:16 pm SHAH ALAM - Segala bentuk drama dan filem yang mempromosikan budaya buli secara tidak langsung atas alasan memberikan pengajaran kepada penonton perlu dihentikan kerana dikhuatiri mencetuskan perlakuan copycat dalam kalangan anak muda.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kandungan sedemikian dikhuatiri memberi pengaruh negatif terhadap golongan muda."Hentikanlah segala bentuk drama atau filem yang mempromosikan buli secara tidak langsung atas nama pengajaran yang akhirnya membawa kepada perlakuan copycat dalam kalangan anak muda berlagak kapla, taiko, otai dan sebagainya," katanya menerusi hantaran Threads pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunGesaan itu dibuat susulan kejadian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. |
|
Kes kematian pelajar SMK Za'ba: Suspek 'hukum' mangsa kerana dipercayai langgar peraturan sekolah - Polis - Astroawani - 26/09 7:22 pm Susulan itu, suspek, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan 'menghukum' mangsa berikutan kesalahan itu. |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis rekod keterangan 21 orang - Astroawani - 26/09 6:25 pm Polis telah merekodkan keterangan21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kematianseorang pelajar lelaki di Kuala Pilah, semalam. |
|
Polis rekod keterangan 21 individu berkait kes kematian pelajar di asrama - FMT - 26/09 5:58 pm Polis berkata setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh. |
|
Pelajar maut di asrama: Polis rekod keterangan 21 individu - Sinarharian - 26/09 5:56 pm SEREMBAN - Polis telah merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar lelaki di Kuala Pilah, semalam.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh."Punca kematian belum dapat ditentukan pada masa ini, dan masih menunggu keputusan ujian lanjutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Terdahulu, Alzafny berkata, seorang pelajar Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai satu kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Kuala Pilah.KES PELAJAR MAUT DI ASRAMAARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, dan disahkan meninggal dunia.Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di sebuah asrama sekolah menengah di daerah Kuala Pilah.- Bernama |
|
'Jangan tunggu satu lagi nyawa terkorban sebelum kelemahan sistem diperbetulkan' - Afnan Hamimi - Sinarharian - 26/09 5:50 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa Menteri Pendidikan tampil menjelaskan tahap sebenar pelaksanaan dan pemantauan dasar keselamatan murid di sekolah berasrama seluruh negara susulan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat, selain pelbagai mekanisme pencegahan serta pelaporan kes buli.Menurutnya, tragedi itu menuntut penjelasan serius daripada KPM termasuk persoalan mengenai pelaksanaan segala dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini."Jangan sekadar mengumumkan dasar selepas sesuatu tragedi, kemudian menunggu tragedi seterusnya untuk kembali bercakap mengenai keselamatan murid."Pada masa sama, siasatan kes ini mesti dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mendahului dapatan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.Menurut Afnan Hamimi, sekiranya ditemukan unsur jenayah, kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi.Beliau berkata, sekolah dan asrama mesti menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak."Dasar antibuli tidak boleh sekadar menjadi slogan |
|
'Contohi Pengerusi MARA, you touch you go kepada pembuli' - Sinarharian - 26/09 5:22 pm KUALA PILAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mencontohi ketegasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam menangani kes buli di institusi pendidikan dengan mengamalkan prinsip You Touch, You Go.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Za'idy Abdul Kadir berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan isu buli tidak lagi dianggap sebagai kenakalan biasa, gurauan atau sebahagian daripada budaya senioriti dalam kalangan pelajar.Menurutnya, tragedi membabitkan Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia, menuntut penjelasan serius berhubung aspek pencegahan dan keselamatan pelajar."Persoalannya bukan hanya apa yang berlaku selepas seorang pelajar kehilangan nyawa."Persoalan lebih besar ialah adakah sistem pencegahan buli, pemantauan asrama dan penguatkuasaan disiplin di sekolah kita benar-benar cukup tegas untuk mengesan dan menghentikan buli sebelum ia menjadi tragedi?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihaknya menghormati siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian itu, termasuk penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Selain itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar dikenal pasti.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan, manakala KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMohd Zaidy berkata, KPM perlu menjelaskan tahap pemantauan dan pengawasan di asrama SMK Zaba sebelum kejadian, termasuk sama ada terdapat aduan atau tanda awal berkaitan buli yang pernah diterima pihak sekolah.Katanya, kementerian juga perlu memastikan sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbukti terlibat dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada."Dalam soal membanteras buli, saya berpandangan KPM boleh mencontohi ketegasan Pengerusi MARA dalam menangani kes buli di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA."Asyraf Wajdi secara terbuka menegaskan prinsip You Touch, You Go sebagai mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli di MRSM dan institusi pendidikan MARA," katanya.Pada Jun lalu, enam pelajar MRSM di Johor yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli diarahkan berdepan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.Pada 30 Jun, MARA mengesahkan empat daripada enam pelajar terbabit disingkirkan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang, manakala dua lagi digantung sementara menunggu pengesahan polis berhubung penglibatan mereka dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.Sebelum keputusan itu dibuat, Asyraf Wajdi dilaporkan mengarahkan mesyuarat JDM diadakan dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat.Mohd Zaidy berkata, pendekatan tersebut menunjukkan bahawa tindakan terhadap buli bukan semata-mata berkaitan hukuman selepas kejadian, sebaliknya turut melibatkan aspek pencegahan, pemantauan dan keupayaan institusi mengenal pasti tanda awal salah laku."Bila ada aduan, siasatan mesti segera."Bila ada bukti, tindakan mesti diambil |
|
Kematian pelajar: Polis buka kertas siasatan kes bunuh - Mkini - 26/09 3:02 pm Siasatan ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, maklum Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad. |
|
Kenapa mekanisme sedia ada gagal kawal pelajar selamat di sekolah? .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm # Kenapa mekanisme sedia ada gagal kawal pelajar selamat di sekolah? - Parameswaran KUALA LUMPUR - Kes kematian pelajar di Kuala Pilah sekali lagi membangkitkan persoalan mengapa isu buli di sekolah masih berulang walaupun pelbagai dasar, garis panduan dan mekanisme pencegahan sudah diperkenalkan |
|
Buli masalah sosial perlu ditangani bersama – Sivamalar - Mygazette - 26/09 3:00 pm # Buli masalah sosial perlu ditangani bersama - Sivamalar KUALA LUMPUR Kematian seorang pelajar di Kuala Pilah seharusnya membuka ruang untuk masyarakat melihat isu buli daripada sudut yang lebih luas termasuk keadaan sosial yang membentuk cara anak-anak berinteraksi dan menangani tekanan |
|
Kes pelajar dakwa dibuli: Asyraf gesa siasatan segera, telus dan tindakan .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm # Kes pelajar dakwa dibuli: Asyraf gesa siasatan segera, telus dan tindakan tegas KUALA LUMPUR Kes kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli wajib disiasat segera secara telus dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pihak yang didapati bertanggungjawab |
|
KPM audit sekolah, tiada pihak dilindungi jika berlaku salah laku – .. - Mygazette - 26/09 3:00 pm Fadhlina berkata, beliau pagi ini hadir ke sekolah berkenaan bagi bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian dan tindakan yang telah diambil. Katanya, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan PDRM dan beliau dimaklumkan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan |
|
Kes kematian pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, seorang pelajar ditahan – Fadhlina - Mydateline - 26/09 3:00 pm Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemergian seorang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
|
Dua Pelajar Mengaku Bersalah Cederakan Pelajar Lain Dengan Seterika - Siakapkeli - 26/09 2:49 pm Dua Pelajar Mengaku Bersalah Cederakan Pelajar Lain Dengan SeterikaPARIT, (Bernama) -- Dua pelajar lelaki mengaku bersalah di Mahkama |
|
Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kematian Pelajar Tingkatan Dua Di Kuala Pilah - Fadhlina - Siakapkeli - 26/09 2:42 pm SEREMBAN, 26 Sept (Bernama) -- Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kua... |
|
'Muhammad Idlan selalu cakap semua okay di sekolah...' - Bapa saudara - Sinarharian - 26/09 2:31 pm SEREMBAN - Seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril masih terkejut dan berdukacita dengan pemergian remaja itu yang disifatkan sebagai seorang anak yang pendiam, tenang serta tidak pernah mencari masalah dengan sesiapa.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunBapa saudara mangsa, Kamaruddin Ngatimon, 49, berkata, pemergian anak saudaranya itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga kerana Allahyarham dikenali sebagai seorang yang baik dan penyayang.Menurutnya, Muhammad Idlan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik sentiasa mengambil berat serta menyayangi adik-adiknya."Setiap kali outing atau pulang ke rumah, dia mesti telefon saya untuk minta dibawa membeli barang keperluan sekolah."Kali terakhir saya berjumpa dengannya kira-kira tiga bulan lalu dan apabila ditanya, dia hanya memberitahu semuanya dalam keadaan okay di sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar di sini.Hadir sama sama menziarahi keluarga mangsa ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.Beliau dalam satu kenyataan turut merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian pelajar berkenaan dan seluruh warga KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga AllahyarhamDalam pada itu Kamaruddin berkata, keluarga tidak menyangka pertemuan itu menjadi antara kenangan terakhir bersama Allahyarham.Dalam pada itu, beliau berharap siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan diberikan kepada Allahyarham."Sebagai keluarga, kami berharap pembelaan dan keadilan sewajarnya dapat diberikan kepada Allahyarham."Jika ada pihak yang didapati bersalah berhubung kejadian ini, kami berharap tindakan dan hukuman setimpal dapat dikenakan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, di sebuah asrama sekolah menengah di Kuala Pilah semalam.Susulan kejadian itu katanya, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Jumaat di sebuah asrama sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Pilah."Polis sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, sebelum disahkan meninggal dunia.Alzafny berkata, polis memandang serius sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelajar, khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa.Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat."Keutamaan pihak polis adalah untuk memastikan siasatan dijalankan secara profesional, menyeluruh dan berdasarkan bukti bagi memberi keadilan kepada semua pihak," katanya.Alzafny berkata, suspek kini direman enam hari bermula hari ini. |
|
Anak kucing selamat selepas kembara 1,280km - Utusan - 26/09 2:30 pm Anak kucing itu terperangkap di dalam bampar sebuah kereta dari New Jersey ke Georgia, sebelum kakinya disedari terkeluar dari bahagian bawah kenderaan itu. Anak kucing itu dipercayai termasuk ke dalam ruang bampar kereta milik seorang pelajar kolej, Jadyn Sawyer, di Mount .. |
|
Pelajar SMK Za’ba maut: Sekolah sukan memang cita-cita mangsa - Kosmo - 26/09 2:09 pm Rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Daniel, 14, berkata, arwah sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato Abdullah di Gemencheh dan ... Read more The post Pelajar SMK Za’ba maut: Sekolah sukan memang cita-cita mangsa appeared first on Kosmo Online . |
|
Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah - Mypress - 26/09 2:05 pm SEREMBAN Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan - Mypress - 26/09 1:57 pm SEREMBAN Polis mengesahkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumaat |
|
Kematian Pelajar 14 Tahun, Kes Disiasat 302 Kanun Keseksaan - Siakapkeli - 26/09 1:38 pm Kematian Pelajar 14 Tahun, Kes Disiasat 302 Kanun KeseksaanSEREMBAN, 26 Sept (Bernama) -- Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 |
|
'Tiada tanda ada masalah, arwah gembira belajar di sekolah itu' - Bapa .. - Hmetro - 26/09 1:26 pm Seremban: Pelajar Tingkatan Dua yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi dikatakan memilih sekolah berkenaan kerana mempunyai program sukan |
|
Seorang pelajar ditahan untuk bantu siasatan kes kematian di sekolah menengah - Mkini - 26/09 1:17 pm Menurut Fadhlina, tada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku sebarang salah laku atau pelanggaran undang-undang. |
|
Pelajar ditahan bantu siasatan kematian pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah - Fadhlina - Astroawani - 26/09 1:00 pm Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam. |
|
Fadhlina Dukacita Kematian Pelajar Tingkatan Dua, KPM Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis - Siakapkeli - 26/09 12:45 am Fadhlina Dukacita Kematian Pelajar Tingkatan Dua, KPM Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergia |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun - Sinarharian - 26/09 12:39 am SEREMBAN - Polis mengesahkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Ketua Polis Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam, Jumaat, di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah.Susulan kejadian berkenaan, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Menurut polis, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian.Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi hantaran di media sosial menzahirkan rasa sedih berhubung kematian pelajar berkenaan dan menggesa siasatan dijalankan secara segera dan telus."Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah yang didakwa menjadi mangsa buli |
|
Kematian Pelajar Dipercayai Akibat Buli, KPM Arah Audit Segera Sekolah - Rotikaya - 26/09 12:37 am Menteri Pendidikan,... Baca selanjutnya → The post Kematian Pelajar Dipercayai Akibat Buli, KPM Arah Audit Segera Sekolah appeared first on ROTIKAYA . |
|
Pelajar maut di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun - Hmetro - 26/09 12:32 am Seremban: Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kes remaja berusia 14 tahun yang maut selepas dikatakan tidak sedarkan diri di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, malam tadi |
|
Tiada pihak akan dilindungi, kata Fadhlina susulan kematian pelajar sekolah sukan - FMT - 26/09 12:30 am Menteri pendidikan berkata tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang. |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan - Sinarharian - 26/09 12:06 am SHAH ALAM - Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus."Saya merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan."Seluruh warga KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham."Saya telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas kehilangan yang amat menyayat hati ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Fadhlina berkata, beliau pagi ini hadir ke sekolah berkenaan untuk bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak PDRM bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu dan tindakan yang sudah diambil.Beliau berkata, di peringkat KPM, aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah akan diteliti secara menyeluruh."Saya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan," katanya.Fadhlina berkata, tiada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang, manakala tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunDalam pada itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian berkenaan."Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham |
|
Biasiswa IPT (Lepasan STPM) 2026: Peluang Khas Anak Pahang - Siakapkeli - 26/09 12:03 am Biasiswa IPT (Lepasan STPM) 2026: Peluang Khas Anak Pahang Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berasal dari Pahang dan |
|
Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2026 Dibuka, Pelajar Johor Boleh Dapat Sehingga RM1,500 - Siakapkeli - 26/09 12:02 am Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2026 Dibuka, Pelajar Johor Boleh Dapat Sehingga RM1,500 Bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buli - Astroawani - 26/09 11:45 am Pemimpin politik daripada pelbagai parti menggesa insiden seorang pelajar di Kuala Pilah yang dipercayai menjadi mangsa buli disiasat segera secara telus, selain tindakan tegas diambil sekiranya perkara itu terbukti. |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis tahan remaja 16 tahun - Astroawani - 26/09 11:40 am Siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian. |
|
Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah, didakwa akibat buli - Astroawani - 26/09 11:30 am Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah sukan di daerah ini meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama, malam tadi. |
|
UTM perkukuh kedudukan sebagai hab penyelidikan aeroangkasa - Astroawani - 26/09 11:00 am UTM turut mempunyai kelebihan dari segi jaringan industri yang membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara langsung melalui latihan industri. |
|
GPMS Kuala Pilah calls for transparent probe into student's death - NST - 26/09 10:49 am KUALA PILAH: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Pilah has called for a transparent investigation into allegations that a student was bullied before his death. |
|
Pelajar ‘Form 2’ Meninggal Dibuli Senior Di Asrama, Didakwa Ditumb*k & Dilibas Getah Paip - Beautifulnara - 26/09 10:47 am Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di daerah Kuala Pilah meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan malam tadi |
|
Kedah dapat durian runtuh RM3 juta lebih, Anwar tumpu sekolah Islam dan pengajian hadis - Harapandaily - 26/09 10:30 am Sebanyak RM3.05 juta diperuntukkan bagi memperkukuh institusi pendidikan Islam dan pengajian hadis di Kedah, dengan RM2.8 juta daripadanya disalurkan untuk kerja membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh negeri itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan tambahan tersebut diluluskan bagi memastikan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang.. |
|
Pelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buli - Sinarharian - 26/09 9:57 am SHAH ALAM - Pemimpin politik daripada pelbagai parti menggesa insiden seorang pelajar di Kuala Pilah yang dipercayai menjadi mangsa buli disiasat segera secara telus, selain tindakan tegas diambil sekiranya perkara itu terbukti.Gesaan itu disuarakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin serta Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah susulan kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14.Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu berkata, beliau sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham yang didakwa menjadi mangsa buli."Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli."Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!" katanya.Sementara itu, Mohd Radzi menerusi hantaran di aplikasi Threads menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara teliti dan telus berhubung dakwaan Allahyarham menjadi mangsa buli demi keadilan buat Allahyarham dan keluarganya."Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril."Berhubung dakwaan bahawa Allahyarham menjadi mangsa buli, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dengan teliti demi keadilan buat Allahyarham dan keluarganya," tegasnya.ARTIKL BERKAITAN:Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunTerdahulu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara berkata, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh melihat isu buli sebagai masalah disiplin biasa.Beliau berkata, laporan mengenai kematian seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Pilah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian dipukul amat mendukacitakan dan mengejutkan."Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa |
|
Buli hingga ragut nyawa, kerajaan perlu bertindak tegas - Saifuddin - Sinarharian - 26/09 8:59 am SHAH ALAM - Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mesti mengambil tindakan tegas dan segera bagi menghentikan gejala buli di sekolah susulan kematian seorang pelajar di Kuala Pilah.Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kejadian itu menimbulkan persoalan serius mengenai tahap keselamatan pelajar di sekolah.Ahli Parlimen Indera Mahkota itu turut berkata, beliau amat dukacita dan terkejut dengan laporan mengenai kematian pelajar berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian dipukul."Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa |
|
Pelajar sekolah sukan maut, keluarga dakwa dipukul di asrama - FMT - 26/09 8:57 am Polis belum mengesahkan dakwaan mangsa dipukul atau sebarang penahanan telah dibuat. |
|
Berikan ruang kepada N. Sembilan selesaikan urusan mereka – GPMS - Mygazette - 26/09 8:16 am # Berikan ruang kepada N. Sembilan selesaikan urusan mereka - GPMS KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa parti-parti politik serta individu yang tidak berkaitan secara langsung dengan institusi Negeri Sembilan supaya tidak mencampuri atau mengeruhkan isu yang sedang berlaku di Negeri Sembilan |
|
Pelajar cemerlang pinjam wang demi sambung pengajian - Utusan - 26/09 8:12 am BACHOK: Impian seorang pelajar cemerlang yang meraih keputusan Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0 dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) untuk melanjutkan pengajian hampir terkubur apabila keluarganya tidak mempunyai wang mencukupi untuk menampung kos tersebut |
|
Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah - Sinarharian - 26/09 8:04 am KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah sukan di daerah ini meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama, malam tadi.Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum disahkan meninggal dunia.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes kini masih dalam siasatan."Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban," katanya.Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial mendakwa seorang pelajar meninggal dunia selepas dipukul di asrama sekolah.Bagaimanapun, dakwaan berhubung pelajar berkenaan dipukul belum dapat disahkan dan siasatan polis masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. |
|
Pelajar maut di asrama sekolah dipercayai akibat dibuli - Hmetro - 26/09 7:47 am Kuala Pilah: Pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di daerah ini meninggal dunia dipercayai akibat dibuli di asrama sekolah berkenaan, malam tadi |
|
Pelajar ditemukan tidak sedarkan diri di asrama, meninggal dunia - Kosmo - 26/09 7:21 am KUALA PILAH Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah sukan di daerah ini ditemukan tidak sedarkan diri dalam kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), malam tadi |
|
Mendiang gilap banyak bakat, L Krishnan tinggalkan legasi – PM - Kosmo - 26/09 5:47 am PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh perfileman negara, Tan Sri L Krishnan yang menghembuskan nafas terakhir, petang semalam. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, mendiang merupakan bekas pelajar High School Bukit Mertajam dan antara tokoh terawal yang mencorakkan perkembangan filem Melayu |
|
Peruntukan RM2.8 juta baik pulih infrastruktur pendidikan Islam di Kedah - Hotfm - 25/09 11:35 pm Perdana menteri berkata, peruntukan disalur agar pelajar dapat tuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat. |
|
Peruntukan RM2.8 juta baik pulih infrastruktur pendidikan Islam di Kedah - FMT - 25/09 11:35 pm Perdana menteri berkata, peruntukan disalur agar pelajar dapat tuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat. |
|
100 Pelajar B40 Parlimen Teluk Intan Terpilih Sertai Program Anak Angkat Menteri KPKT - Siakapkeli - 25/09 7:27 pm 100 Pelajar B40 Parlimen Teluk Intan Terpilih Sertai Program Anak Angkat Menteri KPKTTELUK INTAN, 25 Sept (Bernama) -- Sebanyak 100 pelajar dalam kal |
|
PMIUM serah memorandum cegah unsur hedonisme dalam minggu orientasi UM - Sinarharian - 25/09 7:18 pm KUALA LUMPUR - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyerahkan memorandum berhubung pematuhan garis panduan dan pencegahan unsur hedonisme dalam pelaksanaan Minggu Haluan Siswa (MHS) institusi berkenaan.Presidennya, Muhammad Adni Mohmad Nasrudin berkata, pelaksanaan MHS perlu menepati garis panduan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di samping menjaga prinsip moral, sensitiviti keagamaan serta adab yang sewajarnya.Menurutnya, terdapat maklum balas berhubung kelonggaran dari aspek kawalan etika, penjagaan waktu ibadah dan penyusunan slot hiburan dalam program orientasi terdahulu.Muhammad 'Adni berpandangan, MHS sepatutnya menjadi medan pemerkasaan intelek, adaptasi akademik dan pembentukan sahsiah mahasiswa baharu, bukannya dipenuhi sorakan melampau, muzik berterusan, persembahan tidak berhemah atau pengabaian batas pergaulan."Antara tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum adalah kawalan ketat terhadap slot hiburan, penjagaan batas pergaulan lelaki dan perempuan, disiplin waktu solat serta kebajikan mahasiswa oleh Pemudahcara Mahasiswa (PM) termasuk urus setia MHS."Selain itu, memorandum turut mencadangkan pelaksanaan taklimat khas berkaitan etika kepada PM dan urus setia, penugasan pegawai pemantau daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) di lokasi program serta penyediaan saluran aduan bagi mahasiswa baharu."Pihak mahasiswa turut menuntut komitmen UM untuk memperkemaskan prosedur dan garis panduan penganjuran program yang benar-benar direalisasikan, bukan terhenti pada kenyataan semata-mata," katanya pada Jumaat.Memorandum tersebut diserahkan pada jam 2.30 petang di Kompleks Perdana Siswa UM dan diterima oleh Pejabat HEP universiti.Ia turut mendapat sokongan daripada Neo Siswa Universiti Malaya, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAUM), Rakan Siswa YADIM Universiti Malaya (RSYUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Universiti Malaya (PKPIMUM) dan Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Malaya (Pembina UM).Tambah Muhammad Adni, penyerahan memorandum tersebut diharap dapat menjadi satu langkah konstruktif dalam memastikan pelaksanaan MHS berlangsung secara berhemah, berintegriti serta mengambil kira aspek akademik, kebajikan, adab dan sensitiviti mahasiswa. |
|
'Macam mana boleh bawa pisau dua minggu ke sekolah tanpa disedari?' - Ibu .. - Hmetro - 25/09 7:10 pm Kuala Lumpur: Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dibunuh di sekolah menengah di Bandar Utama, Yap Shing Xuen, 16, mempersoalkan bagaimana suspek boleh membawa pisau ke sekolah itu selama dua minggu tanpa disedari mana-mana pihak |
|
3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA mahu Belanjawan 2027 tangani krisis tenaga kerja - Sinarharian - 25/09 6:34 pm Tenaga kerja letih, terlalu terbeban dan tidak mendapat sokongan mencukupi tidak mampu mengekalkan sistem penjagaan kesihatan yang selamat," ujar Sivanaesan.Beliau turut menekankan keperluan mengekal dan memperkukuhkan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) selepas terjadi insiden helikopter terhempas baru-baru ini sehingga mengorbankan lima nyawa.Katanya, peruntukan FDS mesti ditambah bagi memastikan dana mencukupi untuk penyelenggaraan dan kelestarian perkhidmatan termasuk peralatan, sokongan pesawat serta keperluan operasi."Kerajaan juga perlu menyemak dan meningkatkan elaun petugas FDS secara ketara kepada kadar yang munasabah. Ini kerana elaun tidak berubah sejak 1978," katanya.Selain tenaga kerja, Sivanaesan berkata,Belanjawan 2027 juga perlu meningkatkan pelaburan dalam penjagaan primer dan pencegahan berikutan peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD) terhadap sistem kesihatan negara.Menurutnya,pengesanan awal dan pengurusan diabetes, hipertensi serta NCD lain dapat mencegah komplikasi yang memerlukan kos tinggi serta mengurangkan tekanan terhadap hospital."Pelaburan perlu dibuat pada peringkat awal untuk memastikan rakyat kekal sihat, bukannya membelanjakan lebih banyak wang untuk merawat penyakit yang boleh dicegah kemudian," katanya.Tambah beliau, Belanjawan 2027 juga perlu menyediakan pembiayaan untuk rawatan dan pemantauan susulan selepas saringan yang disokong kerajaan dengan menggunakan rangkaian lebih 11,000 klinik pengamal perubatan am (GP) swasta di negara ini."GP swasta boleh dimanfaatkan dengan lebih meluas untuk menyokong Program Imunisasi Kebangsaan serta menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi pelajar universiti dan penjawat awam," katanya.Dalam pada itu, MMA turut mencadangkan penubuhan Bahagian Pembangunan Penjagaan Kesihatan Swasta dalam KKM bagi membangun dan menyelaraskan sektor berkenaan sebagai pelengkap kepada peranan kawal selia Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)."Keutamaan awal bahagian itu perlu diberikan kepada penjagaan primer swasta, dengan lebih 11,000 klinik GP boleh digembleng untuk menyokong program nasional."Mandat yang lebih luas pula perlu merangkumi hospital, perkhidmatan diagnostik dan penyedia penjagaan kesihatan swasta lain," katanya.Bagi mempercepatkan digitalisasi dalam sistem penjagaan kesihatan, persatuan itu memohon peruntukan RM10 juta bagi mendigitalkan proses pendaftaran dan pelesenan CKAPS melalui satu platform dalam talian bersepadu.Sivanaesan berkata, ia bertujuan mengurangkan tempoh pemprosesan, meningkatkan ketelusan dan memperkukuhkan kecekapan kawal selia.Akhir sekali, beliau berkata, papan pemuka tenaga kerja kesihatan nasional secara 'real-time' mesti dibangunkan bagi memantau kekosongan jawatan, taburan tenaga kerja kesihatan, kapasiti latihan dan kadar pengurangan tenaga kerja.Katanya, Malaysia telah melabur secara besar-besaran dalam melatih profesional kesihatan dan golongan terbabit mesti dikekalkan."Usaha ini memerlukan pendekatan seluruh kerajaan yang melibatkan KKM, Kementerian Kewangan (MoF), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)."MMA mengakui kekangan fiskal yang dihadapi kerajaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |