///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pas Pusat News   Page 1    





Usah kejar jika Pas pilih bersama semula dengan UMNO menerusi MN ??? .. - Mygazette - 6/06 7:32 am

Sebaliknya, ia akan ditentukan oleh siapa yang paling berjaya memahami perubahan tingkah laku pengundi dan menawarkan naratif yang paling meyakinkan kepada generasi Malaysia yang semakin bebas daripada kesetiaan politik tradisional, katanya. Media sebelum ini melaporkan, Pas akan membuat keputusan berkenaan kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dijadual diadakan Isnin ini





PRN Negeri Sembilan: Pas mahu tanding lebih banyak kerusi - Sinarharian - 5/06 4:42 pm

JELI Pas berhasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan keyakinan parti itu terhadap kekuatan jentera dan calon yang dimiliki.Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, parti itu akan mengekalkan kerusi yang ditandingi sebelum ini, namun turut melihat peluang untuk bertanding di beberapa kerusi tambahan yang dirasakan mempunyai potensi kemenangan.Menurutnya, keputusan muktamad mengenai agihan kerusi akan ditentukan dalam mesyuarat pilihan raya parti yang dijadualkan berlangsung di Kedah pada Sabtu."Kami sudah ada kerusi-kerusi yang ditandingi sebelum ini dan akan kekalkan kerusi tersebut."Namun ada beberapa kerusi lain yang di lrasakan mempunyai kekuatan dan kami juga mempunyai calon yang sesuai





Pemuda Pas usul tuntut semula kerusi Parlimen Jeli - Sinarharian - 5/06 4:24 pm

JELI Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli mendesak supaya kerusi Parlimen Jeli diberikan semula kepada calon daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli, Muhamad Faruqi Zahari berkata, desakan tersebut dizahirkan menerusi satu usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli Kali Ke-44 di Ayer Lanas di sini pada Jumaat."Usul ini dikemukakan susulan kekecewaan terhadap tindakan penyandang kerusi, Zahari Kechik yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sebelum ini."Sehubungan itu, pemuda Pas Jeli mendesak supaya kerusi P030 Parlimen Jeli diberikan kepada calon daripada Pas pada PRU16 kerana wakil rakyat yang telah dipilih telah berpaling tadah,"katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi.Menurut Muhamad Faruqi, usul itu merupakan manifestasi suara akar umbi khususnya golongan muda yang kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli itu yang didakwa mengkhianati mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)."Rata-rata anak muda yang ditemui menerusi pelbagai program di peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen menzahirkan rasa tidak puas hati serta kecewa dengan tindakan Zahari yang memenangi kerusi menggunakan logo Pas namun kemudiannya menyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional."Anak-anak muda Pas yang bekerja siang dan malam, berkorban tenaga dan masa sepanjang tempoh kempen sehingga berjaya membantu kemenangan calon Perikatan Nasional di Parlimen Jeli dengan majoriti 12,464 undi," ujarnya.Muhamad Faruqi berkata, usul berkenaan wajar dipertimbangkan pucuk pimpinan parti bagi memulihkan semangat jentera yang selama ini bertungkus-lumus mempertahankan perjuangan Pas dan Perikatan Nasional (PN) kawasan berkenaan.Katanya, keputusan menyerahkan kerusi Parlimen Jeli kepada calon Pas pada PRU16 juga dilihat sebagai mesej jelas bahawa parti sentiasa mendengar suara akar umbi serta tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pengkhianatan mandat rakyat."Rakyat hari ini semakin matang dan bijak membuat penilaian





Pas muktamadkan kerjasama dengan Bersatu Isnin ini ??? Hadi Awang - Mygazette - 5/06 3:24 pm

# Pas muktamadkan kerjasama dengan Bersatu Isnin ini Hadi Awang KUALA LUMPUR Pas akan membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, Isnin ini, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang





Pas sasar tambah kerusi di Negeri Sembilan, manfaatkan kawasan majoriti 'tipis' - Sinarharian - 5/06 11:38 am

Kita dah menang tiga kerusi dan akan tambah lagi kerana di sana terdapat banyak kerusi yang menjadi tipis, (majoriti) lebih kurang pada seribu (undi)," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Khamis mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Jumaat dan pembubaran DUN itu dibuat mengikut lunas peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.Sementara itu, menyentuh mengenai isu tindakan disiplin atau status pimpinan melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Hadi berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada jawatankuasa pusat untuk tindakan lanjut.Menurutnya, pihak kepimpinan di peringkat negeri telah pun mengemukakan laporan dan cadangan tindakan berhubung isu berkenaan untuk dinilai di peringkat tertinggi parti."Badan Perhubungan Negeri dan ulama dah membuat keputusan. Terpulang kepada Pas Pusat bila nak umum apa tindakan yang patut diambil





PRN Johor: Pemuda Pas minta UMNO timbang semula tanding solo, cadang... - Mygazette - 5/06 7:50 am

# PRN Johor: Pemuda Pas minta UMNO timbang semula tanding solo, cadang berunding KUALA LUMPUR - Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi meminta Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan semula keputusan bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





Tiada usul undi tidak percaya - ADUN Beseri - Sinarharian - 4/06 4:30 pm

KANGAR Tiada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun berkata, keputusan tersebut adalah selari dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menekankan kepentingan mengekalkan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan keputusan sedia ada.Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Perlis bagaimanapun menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju kepimpinan negeri, khususnya melibatkan enam ADUN Pas akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan lanjut selepas mesyuarat Pas Pusat yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat."Perkara itu, saya pegang yang Pengerusi Perikatan Nasional Perlis sebab dia AJK Pas Pusat, kalau saya nak banding dengan AJK Pas Pusat, saya Ketua Pemuda Pas (Perlis sahaja), Datuk Seri Shahidan kata apa itu yang kami ikut," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Persidangan DUN Perlis di Kompleks Seri Putra di sini, Khamis.Dalam pada itu, Haziq Asyraf turut menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berhubung kepentingan mengekalkan kestabilan politik dan pentadbiran negeri.Menurutnya, semua ADUN perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan persidangan DUN sebagai medan untuk membawa suara rakyat di kawasan masing-masing.Sebelum ini, media melaporkan PN Perlis menjunjung titah Raja Perlis yang mahukan Menteri Besar dikekalkan sehingga akhir penggal DUN.Shahidan dilaporkan berkata, PN Perlis tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam sidang kali ini, selain menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti di peringkat pusat untuk menentukan hala tuju politik negeri.





PRN Johor: Annuar Musa lontar cadangan formula MN 2.0 antara UMNO-Pas - Mygazette - 4/06 3:59 pm

# PRN Johor: Annuar Musa lontar cadangan formula MN 2.0 antara UMNO-Pas KUALA LUMPUR Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya UMNO bertanding antara 80 hingga 90 peratus di kerusi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan baki kerusi iaitu antara 10-20 peratus diberikan kepada Pas. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, formula itu mengambil semangat penyatuan dua parti teras Melayu-Islam itu seperti disarankan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man





Bersatu masih nafikan fakta cubaan jatuhkan MB - Pemuda Pas Perlis - Sinarharian - 3/06 3:54 pm

KANGAR Kemelut politik yang melanda Perikatan Nasional (PN) di Perlis kembali menjadi perhatian apabila Dewan Pemuda Pas Perlis mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menafikan fakta berhubung usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis yang diterajui Pas.Ketua Pemuda Pas Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, kenyataan Biro Politik Bersatu pada 24 Mei lalu yang menafikan penglibatan ADUN-ADUN parti itu dalam usaha menarik sokongan terhadap Menteri Besar adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pengakuan yang pernah dibuat oleh individu yang terlibat.Menurutnya, penafian berterusan oleh Bersatu menimbulkan persoalan kerana tiga ADUN Pas yang kemudiannya terhenti keahlian parti sebelum ini didakwa telah mengakui penglibatan mereka dalam usaha berkenaan.Beliau mendakwa pengakuan tersebut dibuat dalam satu pertemuan bersama Dewan Harian Pas Pusat pada 21 Disember 2025 yang turut dihadiri semua ADUN Pas Perlis."Dalam pertemuan itu, tiga ADUN terbabit secara terbuka mengakui telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bersama ADUN-ADUN Bersatu."Pengakuan tersebut bukan sahaja didengari oleh para hadirin, malah direkodkan dan diminitkan dalam perbincangan rasmi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri itu berkata, berdasarkan fakta dan rekod yang didakwa wujud itu, isu berkenaan tidak lagi boleh dianggap sebagai persepsi atau dakwaan politik semata-mata.Sebaliknya, katanya, ia melibatkan pengakuan yang dibuat sendiri oleh pihak yang terlibat dalam satu platform rasmi parti."Adalah menghairankan apabila Bersatu terus memilih untuk menafikan perkara yang telah diakui sendiri oleh individu-individu yang terlibat secara langsung dalam usaha tersebut," ujarnya.Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan Bersatu yang didakwa berulang kali menafikan peranan ADUN-ADUN parti itu dalam perancangan menjatuhkan Menteri Besar Perlis daripada Pas.Menurutnya, penafian berterusan terhadap fakta yang didakwa telah direkodkan hanya akan memanjangkan lagi kemelut yang sedang berlaku dalam PN.Kenyataan tersebut dilihat menambah bab baharu dalam krisis politik Perlis yang sejak beberapa bulan lalu menyaksikan hubungan antara pemimpin Pas dan Bersatu negeri menjadi tumpuan pemerhati politik.Isu berkaitan sokongan terhadap Menteri Besar serta dakwaan kewujudan SD untuk menukar kepimpinan negeri telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai tahap kesepakatan dalam gabungan yang mentadbir Perlis.Haziq menegaskan, semua pihak seharusnya berani berterus terang dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerjasama politik yang dibina atas dasar kejujuran dan amanah.Menurut beliau, kepercayaan rakyat hanya dapat dipertahankan sekiranya setiap pihak bersikap telus dalam menangani isu yang timbul dan tidak terus menafikan perkara yang didakwa mempunyai rekod serta bukti yang jelas.





Majlis Syura Ulamak Pas bimbang krisis Bersatu, beri mandat untuk bertindak - Mygazette - 3/06 3:20 pm

# Majlis Syura Ulamak Pas bimbang krisis Bersatu, beri mandat untuk bertindak KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk bertindak susulan krisis dalaman Bersatu





Konflik Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Konflik Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN JOHOR BAHRU - Semua pimpinan, ahli dan jentera parti Pas di negeri ini perlu terus bertenang serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hala tuju kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mereka diminta bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan Jawatankuasa Pas Pusat pada Isnin ini





Isu Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN - Sinarharian - 3/06 12:15 am

JOHOR BAHRU - Semua pimpinan, ahli dan jentera Pas di Johor diminta bertenang serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hala tuju kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mereka diminta bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan Jawatankuasa Pas Pusat."Pas Johor mengambil maklum mengenai intipati mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan Bersatu seperti yang dilaporkan pelbagai media."Sehubungan itu, seluruh pimpinan, ahli dan jentera Pas Johor diseru agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi dan bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Jun 2026," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Kenyataan itu dikeluarkan ketika tumpuan kini terarah kepada persiapan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin.Beliau berkata, dalam tempoh ini seluruh jentera perlu terus memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi PRN Johor ke-16.Jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, ini termasuk memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat.Mahfodz berkata, Pas Johor akan terus bergerak selaras dengan segala ketetapan dan keputusan rasmi parti.Beliau menegaskan, Pas Johor kekal komited untuk memperkukuhkan gerak kerja parti serta memastikan seluruh jentera berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.Terdahulu, Pas membuat ketetapan itu susulan siri tindakan Bersatu yang disifatkan kurang menyenangkan parti berkenaan.Minggu lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat, antara lain dikatakan menerima laporan pesuruhjaya negeri mengenai gerakan akar umbi Bersatu yang dilihat cenderung bersama-sama Team Reset pimpinan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Biro Politik Bersatu kemudian mengingatkan Pas supaya menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman parti komponen PN berkaitan hal disiplin serta tindakan diambil untuk menstabilkan parti.





Hala tuju kerjasama Pas-Bersatu ditentukan Isnin depan - Annuar Musa - Sinarharian - 2/06 7:19 pm

KUALA LUMPUR - Dapatan perbincangan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dijadual diadakan Isnin depan.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat itu bakal memperincikan tindakan lanjut berhubung hasil perbincangan dalam Majlis Syura Ulama parti sebentar tadi."Mesyuarat (Majlis Syura Ulama PAS) setakat ini masih berjalan dan fokus perbincangan terarah kepada penyatuan ummah dan kepentingan perpaduan."Perbincangan turut memberi perhatian mendalam mengenai perpecahan yang berlaku hingga merugikan politik nasional."Apa pun, sebarang keputusan dan perincian dicapai mesyuarat Syura Ulama Pas akan dibawa ke Jawatankuasa Pas Pusat dijangka Isnin," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di sini, pada Selasa.Hadir sama, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Dalam perkembangan lain, Annuar memaklumkan, mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak membincangkan tentang agenda pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan pada Isnin.Bagaimanapun ujarnya, perbincangan ke arah itu akan dibuat menerusi platform Dewan Harian Pas Pusat bersama Dewan Harian Pas Johor pada minggu hadapan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, hubungan Pas dan Bersatu kembali tegang apabila Abdul Hadi memaklumkan partinya bakal menilai semula kerjasama dengan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kerana didakwa melanggar semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN).Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, ketetapan sedemikian dibuat ekoran siri tindakan Bersatu yang dilihat kurang menyenangkan Pas sejak akhir-akhir ini.





Majlis Syura serah JK PAS Pusat tentukan kerjasama Bersatu - FMT - 2/06 6:15 pm

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh berkata ketetapan dicapai menerusi mesyuarat badan itu di ibu pejabat agung parti hari ini.





PAS Johor melangkah selaras ketetapan PAS Pusat - FMT - 1/06 9:27 pm

PAS telah memulakan persiapan awal serta menggerakkan seluruh jentera parti di semua peringkat.





Pas tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain - Abdul Hadi - Sinarharian - 1/06 4:24 pm

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti yang diterajuinya tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain.Kenyataan tersebut dimuat naik di Facebook miliknya pada Isnin ketika hubungan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) didakwa sedang goyah.Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerjasama dengan pihak lain tidak akan dikhianati selagi mana ia mengikut sempadan ALLAH dan ajaran Rasulullah SAW."Pas bekerjasama dengan semua pihak sejak mula ditubuhkan sebelum kemerdekaan menentang penjajahan dan selepas kemerdekaan bagi mengisi kemerdekaan dengan teguh atas prinsip Islamnya serta membatalkan kerjasama apabila mahu diheret keluar daripada landasannya."Pas membatalkan kerjasama dengan DAP bersama Pakatan Rakyat apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan serta berlakunya tentangan terhadap Islam yang menjadi dasar dan matlamat Pas," katanya.Sebelum ini, Abdul Hadi dalam satu sidang media menyatakan parti itu akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu atas beberapa faktor antaranya mendakwa parti berkenaan menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.Dakwaan Abdul Hadi kemudiannya dibalas Biro Politik Bersatu yang menyatakan rasa kesal terhadap tuduhan dilemparkan berhubung beberapa isu termasuk pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Terbaru, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan Pas dan Bersatu wajar bergerak secara berasingan pada pilihan raya akan datang selepas mendakwa hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu semakin sukar dipertahankan.Menurutnya, kenyataan seorang pemimpin Bersatu di Melaka menyifatkan pihak yang mendakwa partinya tiada jentera sebagai pekak menggambarkan bahawa sudah tiada harapan untuk mewujudkan kerjasama harmoni antara kedua-dua pihak.Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menyatakan Pas menolak kalangan anggotanya sendiri yang mengambil pendekatan mujamalah (toleransi atau mengambil hati) supaya menyembunyikan cita-cita negara Islam dan pelaksanaan Islam bagi meneruskan kerjasama dengan pihak lain."Pas banyak mengambil pengalaman daripada beberapa gerakan Islam di beberapa negara yang mengambil pendekatan mujamalah sehingga membuang label Islamnya, lalu ditukar kepada perkataan keadilan, kemerdekaan, islah dan amanah," ujar beliau.Tambahnya lagi, tegasan parti tersebut dalam istiqamah bersama Islam menjadikannya gagal diheret dan dipergunakan dalam permainan politik tidak ikhlas bersama Islam."Semua pihak yang mahukan Pas menjadi tangga tujuan politik mereka berkonsepkan oportunis akan meninggalkan parti ini dengan menerjunkan diri, sehingga terhumban tanpa tangga ataupun dicampak dan tersungkur keluar dalam keadaan membawa diri yang hilang tujuannya





Menteri Besar bukan ditentukan hierarki parti - Pesuruhjaya Pas Pahang - Sinarharian - 1/06 11:03 am

KUANTAN Pemilihan Menteri Besar (MB) tidak ditentukan berdasarkan kedudukan seseorang dalam parti, sebaliknya bergantung kepada kelayakan individu untuk menerajui pentadbiran negeri.Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, jawatan tertinggi negeri itu bukan ganjaran kepada mana-mana pemimpin atas pengorbanan dalam parti.Menurutnya, tanggapan bahawa jawatan tersebut perlu diberikan kepada pimpinan tertinggi parti adalah tidak tepat kerana perkara itu tidak termaktub dalam perlembagaan Pas."Dalam Pas jawatan MB bukan jawatan yang wajib dipilih dari kalangan pimpinan tertinggi parti, siapa sahaja akan dipilih walaupun tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam parti jika sekiranya ia layak."MB Kelantan, Kedah, Terengganu semuanya bukan Pesuruhjaya dan pimpinan paling tinggi Pas. Pilih pemimpin tertinggi sebagai PM atau MB bukan ada dalam perlembagaan Pas," katanya menerusi kenyataan Teraju Pahang: Impian Yang Sedang Bergerak di media sosial pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika mengulas penularan poster bancian di media sosial yang memaparkan gambar Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama dirinya sebagai calon Menteri Besar Pahang.Mengulas persepsi bahawa jawatan Menteri Besar merupakan ganjaran kepada pemimpin parti, Rosli menegaskan perkara itu tidak timbul kerana semua ahli Pas turut berkorban untuk perjuangan parti.Jelasnya, pemimpin Pas hanya berhabis tenaga dan duit untuk parti tapi tidak pernah berhabis duit untuk mendapat jawatan dalam parti, maka tidak timbul jawatan MB itu sebagai imbuhan.Beliau menambah, Pas Pusat akan mencalonkan nama MB sebelum dipersembahkan kepada pihak istana untuk perkenan."Oleh sebab itu, isu 'siapa' tidak timbul," ujarnya.Dalam pada itu, Rosli memaklumkan tidak menjadi halangan sekiranya Tuan Ibrahim dipilih sebagai MB kerana pengalaman serta kelayakan yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu.Menurutnya, PN Pahang ketika ini mempunyai 17 ADUN yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri."Maka tidak timbul sangat sebenarnya "siapa bakal MB Pahang"?."MB dari PN pasti akan diumumkan dan dilantik secara rasmi setelah menang dan berjaya membentuk kerajaan, bila?, semuanya ada dalam ilmu Allah swt..cuma kami sedang berusaha dan bekerja untuk itu."Siapa pun nanti yang akan dipilih adalah yang berkelayakan, mempunyai standard untuk memimpin dan memiliki ciri kepimpinan berteraskan Al-Qawiy dan Al-Amin merangkumi kompetensi serta integriti," katanya.Dalam kenyataan sama, Rosli turut berseloroh bahawa daripada 17 ADUN PN Pahang, hanya ADUN Tanjung Lumpur tidak layak menjadi MB kerana beliau sendiri mengetahui kelemahan wakil rakyat berkenaan.





PRN Melaka: Pas, Bersatu jalan terbaik gerak berasingan - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 31/05 11:22 am

SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) wajar bergerak secara berasingan pada pilihan raya akan datang selepas mendakwa hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu semakin sukar dipertahankan.Menurutnya, kenyataan seorang pemimpin Bersatu di Melaka yang menyifatkan pihak yang mendakwa partinya tiada jentera sebagai pekak menggambarkan bahawa sudah tiada harapan untuk mewujudkan kerjasama yang harmoni antara kedua-dua pihak."Bukanlah satu kesalahan jika sesebuah parti itu tidak mempunyai jentera, tambahan pula jika ia sebuah parti baharu





KPM perlu ambil tindakan tegas, drastik kes seksual libat guru, pelajar - Pemuda Pas - Sinarharian - 30/05 7:53 pm

SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mengambil tindakan tegas dan drastik bagi membendung jenayah seksual, khususnya melibatkan guru dan murid di seluruh institusi pendidikan negara.Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, pendedahan demi pendedahan terhadap kes berkenaan seharusnya membuka mata pelbagai pihak terhadap krisis dalaman yang serius dalam institusi pendidikan negara.Menurutnya, KPM perlu memberi perhatian sewajarnya kerana isu jenayah seksual melibatkan guru dan murid merupakan perkara yang amat membimbangkan."Hal ini ditambah lagi dengan kelemahan pengurusan kes oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah, termasuk tindakan yang didakwa tidak wajar sehingga seolah-olah cuba menutup sesuatu kes daripada pengetahuan umum," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi turut mempersoalkan keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dalam mengurus kes berkenaan."Adakah tidak ada SOP yang jelas dalam mengurus krisis seperti ini, apatah lagi melibatkan jenayah seksual yang serius?"Apakah mekanisme perlindungan tegas terhadap mangsa yang merupakan murid sekolah, sedangkan guru yang tertuduh pula dikatakan masih bebas berada dalam kawasan sekolah?" soalnya.Mohd Hafez berkata, isu jenayah seksual di sekolah tidak boleh dianggap remeh kerana institusi pendidikan seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak.Justeru, beliau mengulangi gesaan agar KPM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kes-kes jenayah seksual yang sedang didedahkan kepada umum ketika ini.





Pembangunan negeri tak boleh dinilai berdasarkan politik – DHPP - Mygazette - 28/05 6:07 pm

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berpandangan,negeri seperti Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan di Pantai Timur telah lama berdepan cabaran struktur ekonomi serta pembangunan tidak seimbang sejak sekian lama. Beliau berkata demikian sambil bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa adalah tidak jujur untuk menyalahkan Pas terhadap setiap masalah sosial di negeri ditadbir parti itu





Krisis Perlis: Undi tidak percaya tak perlu tunggu Sidang DUN - Sanusi - Sinarharian - 25/05 3:01 pm

ALOR SETAR - Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu jika mahu dilakukan boleh dibuat lebih awal melalui kaedah mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi membuktikan hilang sokongan majoriti terhadap Menteri Besar.Menurutnya, langkah berkenaan tidak memerlukan sidang DUN untuk dilaksanakan sekiranya terdapat sokongan mencukupi dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."Itu pilihan dia (Abu Bakar), tetapi sebenarnya bukan tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya, di luar dewan juga boleh buat perkara itu."Himpun dan hantar SD sebelum sidang DUN boleh dibuat, tak perlu tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya," katanya pada sidang akhbar di Seri Mentaloon di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Ahad, Abu Bakar secara terbuka memaklumkan akan membubarkan DUN Perlis sekiranya enam ADUN mewakili PAS mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang DUN bulan depan.Menurutnya, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan tersebut sekiranya situasi berkenaan berlaku walaupun diamanahkan mempertahankan kerajaan negeri ketika ini.Jelas Sanusi, pembubaran DUN mungkin menjadi jalan terbaik sekiranya kemelut politik melibatkan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di negeri itu gagal diselesaikan."Kalau tak ada jalan keluar maka kena bubar, tetapi saya pun teruk juga sebab kena pergi berkempen," katanya berseloroh.Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya melihat punca sebenar yang mencetuskan krisis politik berkenaan.Menurutnya, tumpuan tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap tindak balas yang berlaku selepas itu."Apa yang orang balas itu adalah tindakan balas disebabkan apa yang dibuat





Pas bidas kerajaan penuhi tuntutan kumpulan kecil pemegang UEC – .. - Mygazette - 21/05 7:36 am

# Pas bidas kerajaan penuhi tuntutan kumpulan kecil pemegang UEC - Awang KUALA LUMPUR Pas membidas keputusan kerajaan yang didakwa memenuhi tuntutan DAP dengan memberi laluan kepada 10,000 pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Pengerusi Lajnah Hubungan NGO dan Seranta Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan tidak sepatutnya tunduk kepada sekumpulan kecil berbanding 34 juta rakyat yang selama ini menjunjung pendidikan kebangsaan



UEC: Lepasan tahfiz sudah lama masuk IPTA guna SPM – Amar... - Mygazette - 16/05 3:25 pm

Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. Mohd Amar yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, majoriti sekolah tahfiz di negara ini telah mengintegrasikan Kurikulum Kebangsaan dalam sistem pendidikan masing-masing



Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan - Pas KUALA LUMPUR Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menyamakan lepasan tahfiz dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)adalah tidak tepat dan tidak wajar. Ini kerana, menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat itu, lepasan tahfiz telah lama mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sama seperti pelajar sekolah di aliran perdana Kementerian Pendidikan (KPM)



UEC: Langkah awal rintis pengiktirafan, perlu semakan semula - Pemuda Pas - Sinarharian - 15/05 10:11 pm

SHAH ALAM - Keputusan Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) hanya suatu langkah awal untuk merintis pengiktirafan sistem pendidikan itu dalam negara.Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, pihaknya membantah keputusan berkenaan walaupun calon aliran tersebut diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang diperakui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai syarat dan kemasukan dipertimbangkan hanya untuk mengikuti program tertentu di IPTA."Hal ini juga jelas bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini



'Iktiraf UEC buka pintu malapetaka buat masa depan negara' - Dewan Ulamak Pas - Sinarharian - 15/05 6:51 pm

SHAH ALAM - Sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah bercanggah dengan semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bakal membuka pintu malapetaka buat masa depan negara.Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu kerajaan digesa untuk segera bertegas dan menghentikan agenda mengarut pengiktirafan UEC ini.Menurutnya, dalam masa sama semua pihak tidak boleh berdiam diri melihat sistem pendidikan negara dan masa depan anak bangsa dirosakkan oleh percaturan politik yang sempit."Jika kerajaan tetap berdegil melaksanakan agenda dari pihak-pihak tertentu, satu gerakan selaras undang-undang mesti diambil terhadap keputusan yang membelakangkan perlembagaan ini."Pengumuman kelulusan Kabinet pada hari Khamis yang lalu jelas membuktikan pentadbiran ini tidak bertegas, tidak mempunyai hala tuju dasar yang jelas dan hanya membuat keputusan secara semberono."Tindakan cuba menyelitkan dan mencampuradukkan pengiktirafan UEC bersama-sama dengan lepasan institusi tahfiz adalah satu helah kosmetik yang sangat dangkal," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Mohd Nor, hakikatnya, sistem pendidikan yang bersifat 'multipolar' atau pelbagai aliran terbukti telah gagal menjadi medium penyatuan.Jelasnya, realiti pada hari ini, perpaduan rakyat gagal dipupuk dari rebung, manakala kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan terus gagal diperkasa di sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan."Hal ini secara langsung terus melebarkan jurang sosial dan menggagalkan usaha asimilasi serta penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini."Langkah mengiktiraf sistem yang meminggirkan dasar kebangsaan pastinya membawa mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kelestarian identiti negara berbanding sedikit manfaat politik yang cuba diraih oleh pihak tertentu," ulasnya.



UMNO serik kerjasama dengan Pas, Muafakat Nasional sukar dilaksanakan - Puad Zarkashi - Sinarharian - 14/05 7:35 pm

Mereka bimbang UMNO jadi dominan."Justeru, Pas sertai Perikatan Nasional (PN) di bawah Bersatu. UMNO sudah hilang kepercayaan terhadap kejujuran politik Pas," katanyamenerusi laman Facebook pada Khamis.Semalam, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga bekas pemimpin UMNO turut mengimbau pemeteraian Piagam MN pada 2019 yang menurutnya melambangkan kesyukuran serta harapan terhadap penyatuan ummah antara dua parti Melayu terbesar itu.Presiden UMNO, Zahid Hamidi, sebelum ini berkata partinya hanya mungkin mempertimbangkan kerjasama semula dengan Pas jika parti Islam itu menghilangkan DNA khianat, merujuk kegagalan MN selepas Pas bersama Bersatu membentuk PN.Tambah Mohd Puad, Pas bukan sahaja pernah tinggalkan Barisan Nasional tetapi juga Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat dan kini PN bermasalah."Maka kalau Pas ada niat untuk hidupkan MN, lebih baik Pas sertai Musyawarah Nasional."Tiada tujuan politik



Nik Zawawi mohon maaf, akui kurang cermat - Sinarharian - 13/05 2:16 pm

KOTA BHARU Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf susulan kontroversi membabitkan pengucapannya yang tular.Beliau mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan berkenaan.Menurutnya, beliau menghargai segala teguran, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh para tuan guru, asatizah, sahabat serta masyarakat berhubung isu tersebut."Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut."Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Kontroversi sebelum ini tercetus selepas tersebar sedutan ucapan bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu dalam satu ceramah yang dianggap menghina sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu.Susulan itu, Dewan Ulamak Pas Pusat menegur Nik Muhammad Zawawi dan mengakui ada beberapa kesilapan fakta dalam ceramah berkenaan.Nik Muhammad Zawawi berkata, kenyataan yang dibuat sebelum ini sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan ALLAH SWT.Jelasnya, tujuan asal kenyataan itu hanyalah untuk menjelaskan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.Dalam pada itu, beliau turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu berkenaan dan menegaskan itu adalah kekhilafan peribadi yang tidak berkaitan dengan pendirian Pas atau kepimpinannya."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan," katanya.



Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi - Sinarharian - 13/05 11:46 am

SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para sahabat Rasulullah dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, kenyataan itu khususnya melibatkan Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.Menurutnya, para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka."Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman jahiliah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih."DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam."Terutama yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para sahabat Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Saidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada pada zaman jahiliah.Saidina Umar pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan, kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.Tambah Mohd Nor, pada masa sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih."Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat."DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab," ujarnya.



Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm

# Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh digesa menarik balik kenyataan susulan ucapan yang didakwa menyentuh dan memperlekeh beberapa sahabat Rasulullah SAW. Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali turut menggesa bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu memohon maaf secara terbuka




Reformasi     >>



SDP chief: 'There are no horns sticking out of my .. - Mkini
For Chee, persistence is a conviction forged through years of adversity.
Kroni     >>



Haziq tegas penting nilai ‘esprit de .. - Harakahdaily
KANGAR: Pentadbiran kerajaan yang mempunyai hala tuju merupakan asas kepada keyakinan rakyat untuk melihat ketelusan, jujur, berintegriti, cekap dan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan. Haziq Asyraf Dun (PN-Beseri) berkata, nilai ‘esprit de corps’ atau semangat setia kawan dalam pasukan ..
Tabloid     >>



Nikmati hasil selepas muhasabah diri - Hmetro
Kemunculan Arfie Shah sebagai hero dalam filem Impak Maksima 2 arahan Dr Ahmad Idham yang ditayangkan pada Julai tahun lalu, dilihat kurang menjadi. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Latest foldable iPhone leak improbably says Apple .. - Appleinsider
Apple's first foldable iPhone may be just months away, but anyone hoping for a stealth black iPhone Fold may have to look elsewhere if the latest leak turns out to be accurate. The iPhone Ultra might not come in a familiar black hue With the clock ticking down to an expected September unveiling, ..
World     >>



Iran footballers issued US visas for World Cup, says .. - Aljazeera
Iran players get visas 10 days before their opening World Cup match against New Zealand in Los Angeles on June 15.
Motor Trend     >>



Ford Everest Baharu Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - 3 .. - Careta
Menurut Sime Darby Auto ConneXion-Ford, rangkaian Everest yang dipertingkatkan ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna Malaysia, sama ada sebagai kenderaan keluarga, pengembaraan jarak jauh mahupun kegunaan harian yang memerlukan kombinasi keselesaan dan keupayaan lasak. Everest