///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pas Kali News   Page 1    



Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm

"Belum tiba masanya. Kita belum tahu lagi kerusi siapa banyak, siapa sedikit," katanya dalam sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bahru





Masih terlalu awal namakan calon PM - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:03 am

Kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah dan tumpukan kepada menghadapi pilihan raya di Melaka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Stadium EduCity di sini pada Ahad.Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang dilaporkan mengakui parti itu mempunyai calon Perdana Menteri daripada Pas untuk menghadapi PRU16.Bagaimanapun, Pas belum bersedia mendedahkan individu berkenaan kerana penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada PRU16.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebarang perbincangan berkaitan calon Perdana Menteri bagi kerajaan Persekutuan hanya wajar diberi perhatian selepas perkembangan politik semasa, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diketahui."Tumpuan kita ketika ini ialah PRN Melaka





Gelombang PRU16: 1,000 anak muda sertai Konvoi 75 Tahun PAS - Harakahdaily - 5/09 9:03 pm

KOTA BHARU: Lebih 1,000 anak muda dari seluruh negara berhimpun menyertai Konvoi Anak Muda sempena Sambutan 75 Tahun PAS (Jubli Intan), pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72





Zahid tak hadir bukan tanda PAS-BN renggang - Harakahdaily - 5/09 8:31 pm

KOTA BHARU: Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 tidak harus ditafsirkan sebagai petunjuk hubungan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) semakin renggang





Terengganu tuan rumah Muktamar Pas Ke-73 tahun depan - Sinarharian - 5/09 5:23 pm

KOTA BHARU - Terengganu bersedia mengalas tanggungjawab sebagai tuan rumah penganjuran Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-73 yang dijadualkan berlangsung pada 2027.Setiausaha Pas Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa Pas Pusat atas kepercayaan yang diberikan untuk memilih negeri itu sebagai lokasi penganjuran.Menurutnya, persediaan awal membabitkan keperluan logistik seperti pemilihan lokasi, penyediaan petugas serta kemudahan penginapan akan mula dikenal pasti bagi memastikan kelancaran program berskala besar berkenaan."Terengganu akan bersiap sedia dengan segala keperluan sama ada dari sudut tempat, petugas, penginapan dan sebagainya





PN akan bincang kedudukan Bersatu dua minggu lagi - Takiyuddin - Sinarharian - 5/09 5:21 pm

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua minggu lagi bagi membincangkan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau diarahkan Pengerusi PN untuk mengeluarkan notis mesyuarat pada bulan ini dan pertemuan itu dijadual berlangsung di Kuala Lumpur.Katanya, mesyuarat berkenaan turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam kalangan parti komponen PN selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serta perkembangan politik di Sarawak."Kami akan bincang macam-macam isu termasuk bagi menghadapi PRU16 dan PRN Melaka."Bersatu juga salah satunya, kami nak lihat kedudukan parti-parti anggota dalam PN ini dan mungkin ada parti-parti baharu yang nak menyertai PN," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Muktamar Tahunan Pas ke-72 di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, mesyuarat itu turut akan meneliti kedudukan parti-parti komponen PN sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.Ketika ditanya mengenai kedudukan Bersatu yang masih belum diputuskan, beliau berkata, keputusan mengenainya akan dibuat dalam mesyuarat berkenaan."Lebih baik lambat daripada tidak langsung, kita akan putuskan perkara itu," katanya.Dalam perkembangan sama, Takiyuddin berkata, agenda Penyatuan Ummah yang diluluskan pada Muktamar Pas kali ini bukan hanya tertumpu di Semenanjung, sebaliknya akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.Katanya, perundingan itu bukan sahaja membabitkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), malah turut melibatkan kerusi Parlimen sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang gabungan berkenaan."Perundingan mengenai Penyatuan Ummah sudah tentulah melibatkan Sabah dan Sarawak," katanya.Ketika ditanya sama ada usaha itu turut melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau berkata, kedua-dua gabungan itu termasuk dalam perancangan tersebut."Sudah semestinya kerana di Sarawak ada GPSdi Sabah ada GRS dan juga UMNO," katanya.





Pas terima jemputan, akan hantar wakil ke PAU 2026 - Sinarharian - 5/09 4:52 pm

KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan bermula 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau merupakan antara empat pimpinan tertinggi parti yang dijadualkan hadir ke persidangan tahunan tersebut.Menurutnya, Pas turut berharap agar agenda Penyatuan Ummah menjadi antara fokus utama yang diangkat dan dibahaskan dalam persidangan berkenaan."Kita yakin itu adalah satu penekanan daripada Presiden UMNO itu sendiri dan digambarkan kepada kami itulah agendanya. Kami dijemput dan kami akan hadir."Saya salah seorang yang akan hadir bersama kepimpinan Pas yang lain, cuma siapa (empat pimpinan) yang akan hadir itu belum dimuktamadkan lagi," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan penerimaan jemputan rasmi berkenaan dan memaklumkan keputusan rasmi mengenai senarai perwakilan akan dimuktamadkan kelak.





PRU16: Pas lancar Tabung Derma Jihad, sasar kembali ke Putrajaya - Sinarharian - 5/09 4:28 pm

KOTA BHARU - Pas menyasarkan untuk menawan beberapa buah negeri lagi sekaligus melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh ahli dan pimpinan parti digesa kekal fokus dan mengukuhkan semangat kerja berjemaah sebagai persiapan awal."Mudah-mudahan muktamar kita hari ini bukan sahaja merumuskan agenda besar, tetapi kita akan pulang dengan semangat mujahadah yang tinggi, sabar, istiqamah dalam perjuangan dan terus bekerja bagi memastikan PRU16, insyaALLAH kita akan menawan beberapa buah negeri dan akan berada di Putrajaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai perundingan kerusi bersama rakan komponen, beliau berkata, prinsip keutamaan parti kekal berpegang kepada kerusi yang dimenangi akan dipertahankan, selain perlu adanya sifat bertolak ansur bagi pembahagian kerusi baharu.Menurutnya, setiap keputusan pimpinan peringkat pusat perlu dipatuhi oleh jentera di semua peringkat demi agenda yang lebih besar."Di sana kita perlu lihat lebih besar, toleransi dan tolak ansur membahagikan kerusi-kerusi yang belum kita menangi





Pas siapkan 'frontliner' medan maya, tangkis serangan persepsi menjelang PRU16 - Sinarharian - 5/09 2:58 pm

KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bakal menyaksikan pertempuran era baharu membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai senjata utama bagi mendepani cabaran musuh politik di medan maya.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bagi menggalas cabaran tersebut, parti itu telah berjaya melahirkan seramai 43 graduan menerusi Akademi Influencer Pas sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi menangkis pertempuran persepsi.Menurutnya, kesemua peserta berkenaan berjaya menamatkan kursus selepas melepasi beberapa fasa penilaian dan latihan fizikal serta secara dalam talian daripada keseluruhan 81 peserta."Mereka yang berjaya menamatkan kursus ini telah menerima sijil pada Muktamar Muslimat Pas dan Muktamar Dewan Pemuda Pas baru-baru ini."Mereka ini akan menjadi frontliner bertempur di medan bayang, menghasilkan video-video dan juga menjawab isu-isu, sekali gus menjadi antara tenaga kita untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu, susulan kejayaan fasa pertama itu, pihak Lajnah Penerangan Pas Pusat bakal melancarkan Akademi Influencer 2.0 dengan membuka penyertaan dari kawasan-kawasan di seluruh negara.Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan peringkat kawasan supaya lebih proaktif menghantar wakil yang berprestasi dan mampu memberikan komitmen padu."Ini pertempuran alaf baru, pertempuran medan baru





Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan - Sinarharian - 5/09 12:46 am

KOTA BHARU - Pas digesa membuka seluas-luasnya 'pintu masuk' parti itu bagi menyambut sokongan, sekali gus menarik golongan muda yang kini mendominasi demografi negara.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekitar 60 hingga 65 peratus daripada 34.2 juta penduduk Malaysia berusia bawah 40 tahun kini semakin berminat serta yakin dengan masa depan dibawa parti itu."Pas ada dewan yang besar, pintu yang nak masuk dewan itu juga kena besar. Buka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang nak bersama Pas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Afnan Hamimi menjelaskan, generasi muda hari ini mempunyai sifat tersendiri iaitu tidak mahu terikat dengan struktur organisasi tegar mahupun pengisian borang ahli, namun sedia menyertai aktiviti parti seperti konvoi dan program kemasyarakatan."Sebab itu kita kena faham pendekatan mereka





PRU16: Penyatuan ummah perlu pengorbanan - Pemuda Pas Selangor - Sinarharian - 5/09 11:44 am

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menyambut baik dan menyokong penuh usul 'Memperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke Arah Pengukuhan Kekuatan Politik Melayu-Islam dan Kestabilan Negara' yang telah dibahas dan diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72.Usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas Pusat tersebut bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia adalah satu kewajiban demi menjamin kelangsungan agama, bangsa, dan tanah air.Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor,Dr





Pas desak tindakan tegas hapus kartel, monopoli industri padi, beras - Sinarharian - 5/09 10:55 am

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas Pusat Kali Ke-72 mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera dan tegas terhadap kewujudan kartel serta amalan monopoli yang membelenggu industri padi dan beras negara.Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, isu itu tidak boleh dilengahkan memandangkan wujud dakwaan golongan 'orang tengah' atau kartel kini mengawal hampir 95 peratus penghasilan padi tempatan.Menurutnya, kuasa kartel berkenaan bertapak kukuh ekoran kebergantungan pesawah yang terikat dengan dana pinjaman permulaan musim, sekali gus menjadikan golongan itu seperti 'tawanan' dalam sistem yang membelenggu mereka."Selagi kartel dibiarkan beroperasi, selagi itulah pesawah terus diperah, bekalan beras tempatan dimanipulasi dan rakyat menanggung harga yang tidak sepatutnya. Tindakan perlu dilaksanakan tanpa pilih kasih serta tanpa kompromi politik," katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Azman berkata, Perdana Menteri sebelum ini pernah menyeru agar amalan kartel dihapuskan, namun tindakan nyata masih belum dirasai oleh pesawah di lapangan manakala amalan monopoli terus berlaku.Dalam pada itu, beliauturut menyenaraikan empat ketetapan utama yang digariskan menerusi usul berkenaan bagi membela nasib lebih 200,000 pesawah di seluruh negara.Antaranya, kerajaan digesa menyemak dan menaikkan harga lantai padi serta-merta kepada sekurang-kurangnya RM2,000 setan metrik berbanding RM1,500 masa kini yang disifatkan hanya menyamai kos pengeluaran sehektar tanpa memberi margin keuntungan.Selain itu, beliau berkata, bekalan baja bersubsidi, benih berkualiti dan racun perosak perlu dipastikan sampai kepada pesawah tepat pada waktunya tanpa sebarang gangguan birokrasi.Katanya, tindakan undang-undang secara lebih tegas juga perlu diambil terhadap rangkaian kartel dan orang tengah bagi membebaskan rantaian bekalan makanan ruji negara."Kerajaan perlu menetapkan pelan tindakan terukur bagi meningkatkan kadar sara diri beras negara daripada 52.9 peratus pada 2024 kepada sekurang-kurangnya 75 peratus dalam tempoh lima tahun," katanya.Mengulas lanjut, beliau menggariskan realiti bebanan yang ditanggung pesawah antaranya kenaikan kos membajak mencecah RM190 seekar, kos jentuai RM17 seguni, pengangkutan RM35 setan kasar, serta isu pemutuan timbangan di kilang yang dilaporkan mencapai melebihi 40 peratus."Kadar sara diri beras negara pada tahun 2024 adalah 52.9 peratus manakala pengeluaran padi mencatatkan penurunan kepada 2.06 juta tan metrik berbanding 2.17 juta tan metrik pada 2023





Pas lulus usul desak Persekutuan henti beri lesen judi - Sinarharian - 5/09 10:21 am

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 pada Sabtu meluluskan tanpa bahas usul menggesa kerajaan Persekutuan menghentikan pemberian lesen perjudian selain memperkukuh kuasa kerajaan negeri dalam membendung aktiviti berkenaan.Usul yang dibentangkan Pas Kawasan Baling itu diterima dalam sesi pembentangan usul pada muktamar yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepadi sini.Ketua Penerangan Pas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan mahkamah berkaitan isu lesen premis perjudian di Kedah menunjukkan terdapat kekangan dari sudut perundangan terhadap kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan lebih tegas.Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan keperluan supaya kerajaan Persekutuan menilai semula dasar pemberian lesen perjudian serta mengkaji ruang perundangan bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan dasar yang lebih tegas mengikut bidang kuasa yang sah."Justeru, muktamar menggesa kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan menilai semula dasar pemberian dan pembaharuan lesen perjudian, termasuk mempertimbangkan penghentian pemberian lesen baharu."Kerajaan negeri khususnya negeri-negeri SG4, juga digesa memperkemaskan undang-undang sedia ada, dasar PBT dan mekanisme pentadbiran berdasarkan nasihat perundangan supaya usaha membendung aktiviti perjudian dapat dilaksanakan dengan asas undang-undang yang lebih kukuh," katanya ketika membentangkan usul itu.Ahmad Fadhli berkata, usul itu turut menggesa Ahli Parlimen Pas membawa perkara berkenaan ke Dewan Rakyat bagi mengkaji serta mencadangkan pindaan terhadap undang-undang Persekutuan.Menurutnya, langkah itu bertujuan memberikan ruang lebih jelas kepada kerajaan negeri untuk menentukan dasar lebih ketat terhadap operasi premis perjudian.Beliau berkata, kerajaan negeri Kedah sebelum ini mengambil pendekatan tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen premis perjudian sebagai sebahagian daripada usaha membendung kesan sosial dan moral akibat perjudian.Bagaimanapun, dasar tersebut dicabar melalui proses kehakiman sehingga Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu menolak permohonan kebenaran kerajaan negeri Kedah untuk merayu sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.Usul berkenaan turut menegaskan bahawa Islam melarang perjudian kerana kemudaratannya terhadap individu, keluarga dan masyarakat selain menyifatkan isu itu berkaitan kepentingan dasar awam, kesejahteraan sosial serta ketenteraman masyarakat."Sehubungan itu muktamar berpandangan usaha menangani isu perjudian perlu diteruskan melalui saluran dasar, perbahasan di Parlimen serta pindaan undang-undang yang bersesuaian bagi memperjelaskan bidang kuasa kerajaan negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.Sebanyak 33 usul diterima pada muktamar berkenaan daripada seluruh negara membabitkan Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jawatankuasa Pas Pusat.Selain isu perjudian, muktamar turut meluluskan tanpa bahas usul mendesak kerajaan mengambil langkah menyeluruh bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.Antara cadangan dikemukakan ialah memperkukuh kawalan harga dan bekalan barangan keperluan asas, meningkatkan pendapatan serta kuasa beli rakyat, memperluaskan peluang pekerjaan berkualiti dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial khususnya kepada golongan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta ibu atau bapa tunggal.Muktamar juga menerima tanpa bahas usul gabungan Pas Kawasan Parit dan Pas Kawasan Bangi yang menggesa Ameerah diperkasakan sebagai sayap penting dalam organisasi Pas.Melalui usul itu, satu Jawatankuasa Khas di peringkat Pas Pusat dicadangkan ditubuhkan bagi meneliti secara menyeluruh kedudukan, struktur, fungsi, bidang kuasa serta mekanisme terbaik untuk memperkukuh peranan Ameerah dalam pembangunan kepimpinan, tarbiyah, dakwah dan advokasi Muslimat muda.Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, muktamar turut menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan."Usul-usul itu ialahmemperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke arah pengukuhan kekuatan politik Melayu-Islam dan kestabilan negara serta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan mafia korporat."Selain itu, usul reformasi masa kerja dan tenaga kerja kesihatan serta usul memperkasakan rantaian pengeluaran padi serta beras negara bagi memperkukuh keterjaminan makanan," katanya.





Dakwa Kerajaan Madani 'bergolak', Pas cadang bubar Parlimen - Sinarharian - 5/09 8:21 am

KOTA BHARU - Pas mencadangkan supaya parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memberi mandat kepada pentadbiran baharu selepas Kerajaan Madani dilihat bergolak, dakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Ini kerana dakwanya lagi, parti-parti yang ada dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) rancak menyerang Barisan Nasional (BN) walaupun membentuk kerjasama ketika ini."Keadaan ini sudah terbuka dan bukan lagi satu rahsia. Biasanya perkara sebegini dalam parti tidak akan dibawa keluar, tetapi kerana kritikan, situasi sudah sangat serius dan tidak boleh dikawal, masing-masing serang-menyerang satu sama lain," dakwanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Tuan Ibrahim berkata, situasi itu tidak seharusnya dibiarkan berlarutan kerana kestabilan politik perlu dikembalikan menerusi mandat baharu daripada rakyat."Pandangan saya mudah sahaja





Pas mahu Kementerian Wilayah Persekutuan jadi portfolio keutamaan jika PN .. - Mygazette - 5/09 7:51 am

"Ini bukan soal kedudukan. Ini soal tanggungjawab memenangkan Perikatan Nasional di pusat kuasa negara," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelatan (Putik) di sini, hari ini





Pas desak diberi jawatan Pengerusi PN Selangor, mahu pimpin PRU - Mygazette - 5/09 7:51 am

Pengerusi PN mesti dilantik daripada Pas untuk mengemudi kemenangan di negeri Selangor, katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelatan (Putik) di sini, hari ini





Tindakan SPRM gantung pemakaian baju oren tepat - Pas - Sinarharian - 5/09 7:48 am

KOTA BHARU - Pas melihat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta sebagai tepat.ARTIKEL BERKAITAN:Baju tahanan jingga dicadang tidak perlu dipakai sebelum individu didakwa - PMTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hal ini kerana OKS yang dibawa itu bukan dituduh sebaliknya proses sambung reman."Jadi bila pakai pakaian baju oren... digari dan sebagainya, seolah-oleh mereka dah bersalah ataupun dibicara di mahkamah," katanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai 'baju oren' ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.Anwar dilaporkan berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, secara peribadi tindakan SPRM itu sesuatu yang positif dan Pas menyambut baik perkara tersebut.





'Kerjasama Pas-BN bukan suka-suka, diputuskan Majlis Syura Ulama' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 5/09 12:14 am

KOTA BHARU - Sebarang kerjasama politik yang bakal dimeterai Pas termasuk dengan Barisan Nasional (BN) bukan dibuat secara suka-suka sebaliknya diperhalusi satu persatu sebelum diputuskan dengan panduan Majlis Syura Ulama, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Menurut beliau, pendekatan itu termasuk dalam soal pemilihan calon yang turut melalui semakan parti bagi memastikan mereka memenuhi pertimbangan yang ditetapkan.Tambahnya, Pas tidak meletakkan calon semata-mata berdasarkan keperluan pilihan raya, sebaliknya meneliti pelbagai aspek sebelum sesuatu keputusan dibuat."Dalam Pas, kita menyemak semua calon-calon kita. Lebih membanggakan ialah kerana kita dikawal, dipandu oleh Majlis Syura Ulama yang memandu parti dalam penegasan yang hendak buat."Sebab itu yakinlah, sebarang kerjasama politik yang kita buat bukan hanya bermesyuarat kemudian suka-suka buat keputusan."Kita perhalusi satu per satu, kita meneliti satu per satu, kita semak semua aspek, lalu kita serah kepada panduan daripada Majlis Syura Ulama," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Tuan Ibrahim memberitahu, pengalaman Pas dalam beberapa kerjasama politik sebelum ini membuktikan pendekatan berkenaan tidak merugikan parti, malah pernah membawa kepada kejayaan menguasai beberapa negeri."Bersama Angkatan 46 (Semangat 46), kita berjaya tawan Kelantan





Muktamar PAS: 2 tokoh Sabah terima anugerah - Harakahdaily - 4/09 11:08 pm

KOTA BHARU: Dua tokoh dari Sabah menerima pengiktirafan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini sebagai penghargaan terhadap jasa, istiqamah dan sumbangan mereka kepada perjuangan parti





Pas Terengganu ada calon PM jika PN menang - Sinarharian - 4/09 10:23 pm

KOTA BHARU - Pas Terengganu mempunyai calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Perwakilan Pas Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, ia berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih sepanjang mentadbir negeri berkenaan."Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan Pas mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik," katanya semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum itu Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan.





Penyelesaian Islam mesti dirasai masyarakat bukan Islam - DHPP - Sinarharian - 4/09 8:12 pm

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mengingatkan bahawa gagasan Negara Berkebajikan dan penyelesaian Islam mesti dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat bukan Islam.Wakilnya, Alex Chan Foo Yew berkata, ia perlu diterjemahkan dan bukan sekadar di bibir sahaja."Masyarakat bukan Islam sememangnya mahu melihat idea yang menggabungkan pembangunan material dengan pembangunan insan serta berdiri di atas prinsip keadilan di mana semua itu direalisasikan."Bagi masyarakat bukan Islam, inilah yang mahu dilihat. Mereka ingin pendidikan yang baik untuk anak-anak, peluang pekerjaan dan ekonomi, pentadbiran bersih, keselamatan keluarga dan kebebasan beragama dihormati."Paling penting mereka ingin diyakinkan bahawa dalam negara yang dipimpin berteraskan Islam, mereka juga mempunyai tempat, hak dan masa depan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, penekanan terhadap pembangunan insan, membina manusia berilmu, berakhlak, berkemahiran serta mampu menghadapi perubahan zaman merupakan titik pertemuan sangat luas dengan masyarakat bukan Islam.Katanya, DHPP selaku pembawa mesej bahawa Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan sekadar membina negara tetapi membina manusia, turut menyambut baik Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051)."WINS 2051 bergerak melalui tiga fasa, iaitu pemulihan negara, negara model dan negara memimpin, namun jika ia ingin menjadi wawasan untuk Malaysia, maka masyarakat majmuk mesti dapat melihat diri mereka berada di dalamnya."Golongan profesional, usahawan, akademik, belia dan pemimpin masyarakat bukan Islam juga mempunyai kepakaran untuk menyumbang dan DHPP bersedia menjadi jambatan untuk membawa mereka Bersama," katanya.Jelas beliau, jika Pas ingin memperluaskan kemenangan, DHPP mesti diperkasakan dan untuk menembusi pengundi bukan Islam, peranan DHPP mesti diperluaskan."Dalam perkara melibatkan masyarakat bukan Islam, DHPP ingin membawa satu permintaan jelas kepada seluruh pimpinan dan jentera Pas





Pas Sabah gesa laksana MA63, mansuh subsidi bersasar - Sinarharian - 4/09 6:48 pm

KOTA BHARU - Pas Sabah menggesa kerajaan melaksanakan sepenuhnya tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk mengembalikan 40 peratus hasil negeri itu, selain memansuhkan subsidi bersasar bagi bahan api.Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, Sabah tidak memerlukan wang ihsan atau peruntukan khas, sebaliknya mahu hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan.Menurut beliau perkara itu termasuk hak 40 peratus atau dua perlima daripada hasil negeri Sabah yang diperuntukkan menerusi Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan."Sabah tidak mahu peruntukan, Sabah tidak mahu wang ihsan. Sabah mahu adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan 112C dan 112D, yang termaktub di dalamnya 40 peratus ataupun dua perlima daripada hasil negeri Sabah dipulangkan semula ke negeri Sabah."Kita berharap, insya-ALLAH, ketika mana nanti kita akan memerintah Malaysia, perkara ini bukan perkara untuk dirundingkan tetapi perkara ini adalah untuk kita laksanakan bersama-sama," katanya.Beliau semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Dalam pada itu, Aliakbar turut menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani bagi bahan api di Sabah.Ujarnya, pendekatan berkenaan perlu mengambil kira keadaan geografi dan demografi Sabah yang berbeza, selain kedudukan rakyat negeri itu yang masih memerlukan sokongan untuk mengembangkan aktiviti ekonomi dan keusahawanan."Kita mohon kepada kerajaan bukan setakat menaikkan 200 ke 300 liter sama ada petrol ataupun diesel."Rakyat Sabah antara rakyat yang susah





Pas Selangor tuntut jawatan Pengerusi PN negeri - Sinarharian - 4/09 5:53 pm

Pengerusi PN mesti dilantik daripada Pas untuk mengemudi kemenangan di Negeri Selangor."Saya yakin kita mempunyai ramai calon Pengerusi PN Selangor yang berkelayakan. Datuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Yunus Hairi antara calon yang berkelayakan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, Pas Selangor menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 kerusi Parlimen di negeri itu menerusi agenda penyatuan ummah yang diperkukuhkan.Ujarnya, Pas Selangor juga sudah mempunyai barisan kepimpinan daripada latar belakang profesional dan agamawan yang disifatkan bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negeri.Mohamed Sukri memberitahu, persiapan Pas tidak seharusnya terhad kepada sasaran kemenangan di Selangor, sebaliknya parti itu perlu bersedia untuk mentadbir Malaysia termasuk melalui pembentukan Kabinet Bayangan.Ujar beliau, pendekatan pentadbiran Pas di Selangor akan berteraskan Islam, integriti, profesionalisme, teknologi serta keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan budaya."Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya, tetapi kekayaan itu mestilah dirasai oleh rakyat secara keseluruhan





Pas Johor mahu enam kawasan dikenal pasti, diuji hadapi PRU16 - Sinarharian - 4/09 5:36 pm

Apa yang lebih penting ialah supaya Pusat memberikan arahan lebih awal."Kawasan mana yang perlu diberi tumpuan, calon mana yang perlu dipersiapkan, organisasi mana perlu diperkukuhkan dan apakah ukuran yang perlu dicapai."Jika enam kawasan mahu dikenal pasti untuk dibangunkan, maka bina dan uji enam kawasan itu terlebih dahulu. Biarlah prestasi di lapangan menentukan tahap kesiapsiagaannya," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Mohd Firdaus memberitahu, persiapan PRU16 juga tidak seharusnya hanya berakhir dengan usaha memenangi kerusi, sebaliknya Pas perlu memastikan parti mempunyai keupayaan untuk mentadbir sekiranya diberikan amanah oleh rakyat.Ujarnya, empat perkara perlu bergerak seiring iaitu dasar, manusia, keupayaan dan institusi bagi memastikan parti bukan sahaja bersedia untuk menang, malah mampu memikul tanggungjawab pemerintahan."Kita perlu tahu bukan sahaja apa yang mahu dilakukan, tetapi juga siapa yang mampu melaksanakannya."Kita memerlukan pemimpin, profesional, teknokrat, pakar dan pelaksana yang memahami bidang masing-masing," katanya.Menurut beliau, pendekatan itu amat penting bagi Pas Johor yang perlu memahami realiti negeri berkenaan sebagai negeri perindustrian, pelabuhan dan logistik, selain mempunyai hubungan rapat dengan Singapura serta komposisi masyarakat yang pelbagai.Tambahnya, Pas Johor tidak boleh sekadar membina kekuatan pilihan raya, sebaliknya perlu mempunyai kemampuan memahami isu setempat dan menawarkan penyelesaian yang dekat dengan keperluan masyarakat.





Tengku Zafrul tidak pernah bawa isu judi ke Kabinet, kata Takiyuddin - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Hanya di peringkat Kementerian Kewangan. "Minta Tengku Zafrul sahkan, dia menteri kewangan, kami menteri lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Persamian dan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini





Zahid tak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai rombongan UMNO - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Muhamad Akmal Saleh hadir pada Muktamar Dewan Pemuda Pas, manakala Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad menghadiri Muktamar Dewan Ulama Pas. Kehadiran pimpinan UMNO pada muktamar Pas kali ini kembali menjadi perhatian kerana kedua-dua parti mempunyai sejarah kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN)





'Tak betul campur tangan keputusan PN' Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 1:44 pm

Kita ini boleh bagi pandangan. Terbuka," katanya semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, keputusan berkaitan PN sepatutnya dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan bukan melalui campur tangan Presiden Pas.Abdul Hadi bagaimanapun menegaskan, budaya perbincangan terbuka menjadi amalan dalam Pas dengan setiap pimpinan mempunyai ruang untuk menyatakan pandangan masing-masing.Beliau turut menolak gambaran bahawa kepimpinan parti hanya mengikut pandangan seorang pemimpin tanpa perbincangan atau perbezaan pendapat.





'Isu cabutan khas nombor ramalan tak pernah dibawa ke Kabinet' Takiyuddin - Sinarharian - 4/09 12:49 am

KOTA BHARU - Isu cabutan khas nombor ramalan yang dipertikaikan sebelum ini tidak pernah dibawa ke Kabinet ketika Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjadi Menteri Kewangan, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Menurut beliau, perkara berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan tidak dibentangkan melalui kertas Kabinet atau memorandum Jemaah Menteri."Seingat saya tidak dibawa ke Kabinet. Tidak ada kertas Kabinet, tiadamemorandum Jemaah Menteri."Diputuskan memang bidang kuasa Kementerian Kewangan," katanya semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Media sebelum ini melaporkan, keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun ketika pentadbiran terdahulu adalah tanggungjawab bersama jemaah menteri, termasuk menteri daripada Pas ketika itu.Tengku Zafrul Aziz yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkata cabutan khas bukan perkara baharu, sebaliknya telah diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun sudah wujud ketika pentadbiran Barisan Nasional sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.Takiyuddin memberitahu, menteri-menteri lain tidak mempunyai maklumat berhubung keputusan tersebut sekiranya perkara itu tidak dibawa ke peringkat Kabinet.Tambahnya, teguran hanya dibuat selepas jumlah cabutan khas berkenaan diumumkan."Bila tak dibawa ke Kabinet, kami tiadamaklumat





Integriti yakinkan rakyat untuk PAS tadbir Putrajaya - Harakahdaily - 4/09 12:36 am

KUALA LUMPUR: Presiden PEJUANG, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir berkata, penekanan terhadap integriti dalam pentadbiran merupakan antara perkara yang didambakan rakyat khususnya masyarakat Melayu Islam.Menurut beliau, perkara itu turut menjadi antara mesej penting yang disampaikan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menerusi Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72, di sini hari ini.Saya […] The post Integriti yakinkan rakyat untuk PAS tadbir Putrajaya appeared first on Harakahdaily .





Isu rasuah bukan modal politik jatuhkan pihak lawan - Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 11:54 am

KOTA BHARU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan isu rasuah tidak seharusnya dijadikan modal politik untuk menjatuhkan pihak lawan, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai kemungkaran yang wajib dicegah.Menurut beliau, tindakan terhadap kesalahan rasuah perlu dilaksanakan secara adil dan tidak bersifat terpilih."Malangnya di Malaysia, isu rasuah sering dijadikan modal politik untuk menjatuhkan lawan, bukan sebagai kemungkaran yang wajib dicegah."Keadaan ini berlaku apabila tindakan diambil secara terpilih terhadap pihak lawan, sedangkan salah laku dalam kalangan sendiri dibiarkan, sama ada melibatkan penerima rasuah, pemberi rasuah mahupun perantara yang mengatur urusan rasuah," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Abdul Hadi memberitahu, pihaknya amat menyesali kepincangan dalam pengurusan dana awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berlaku ketika ini.Jelasnya, perkara tersebut seharusnya dibawa ke mahkamah, bukannya bahan untuk dibicarakan di media ataupun di pentas politik."Tidak dinafikan berlakunya kepincangan dalam pengurusan dana awam dan GLC yang amat kita kesali."Ia perlu dibawa ke mahkamah apabila cukup bukti, bukannya dibicarakan di media ataupun di pentas politik," katanya.Ujar beliau, apatah lagi apabila ia menjadi bahan kempen pilihan raya untuk mencipta persepsi buruk seperti isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu, kedudukan Islam dan umatnya akan berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam.Katanya, lebih membimbangkan, kedudukan Islam dan umatnya berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam dan menjadi ancaman kepada maqasid al-syariah."Maka, tindakan bertujuan menolak kemudaratan yang besar hendaklah diutamakan,"katanya.





Pas mahu pengaruh Penyatuan Ummah diperluas ke Pahang, Perak, Selangor - Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 11:32 am

KOTA BHARU - Pas mahu agenda Penyatuan Ummah diperkukuh sebagai antara strategi utama menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain menyasarkan perluasan pengaruh parti ke Pahang, Perak dan Selangor.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh jentera parti perlu mengambil langkah strategik bagi memastikan prasyarat kemenangan dipenuhi, termasuk mempersiapkan jentera pilihan raya pada tahap maksimum kerana PRU16 boleh diadakan pada bila-bila masa.Menurut beliau, Pas berkewajipan mengambil langkah politik yang berhikmah untuk menyatukan Melayu Islam dan masyarakat bukan Islam yang tidak ekstrem sebagai sebuah masyarakat majmuk di Malaysia."Perpaduan umat Islam mesti terus diperkukuh kerana perpecahan hanya melemahkan kemampuan umat menjaga agama, rakyat dan negara."Pada masa sama, perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Jelas beliau, usaha memperkukuh perpaduan umat perlu berjalan seiring dengan jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam serta penghormatan terhadap kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan.Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu, Pas mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi pada PRU15, selain memastikan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus menjadi negeri pangkalan parti."Negeri-negeri ini mesti terus dikekalkan penguasaannya, diperkukuh pentadbirannya serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri," katanya.Menurut beliau, Pas turut meletakkan Pahang, Perak dan Selangor sebagai negeri yang akan menyumbang kepada kemenangan seterusnya, sekali gus memperkukuh kedudukan Pas dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Parlimen.Katanya, pencapaian Pas di Sabah dan pertambahan pengaruh di Negeri Sembilan pula perlu diisi dengan agenda kebajikan, integriti dan keadilan kepada semua."Di samping itu, kita perlu melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi," katanya.Abdul Hadi memberitahu, tumpuan turut diberikan kepada pengundi atas pagar, pengundi kali pertama, pengundi muda, pengundi luar dan golongan ilmuwan yang dilihat sebagai segmen penting dalam menentukan kemenangan.





Penyatuan Ummah: Kehadiran UMNO di Muktamar Pas buka sejarah baharu arena politik negara - Takiyuddin - Sinarharian - 4/09 10:28 am

KOTA BHARU - Kehadiran pimpinan UMNO ke Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat bukan sekadar memenuhi undangan.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan malah menyifatkan ia sebagai detik sejarah baharu dalam landskap politik negara dalam usaha memperkukuh gagasan Penyatuan Ummah.Menurut beliau, kehadiran pimpinan UMNO yang diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada muktamar kali ini memperlihatkan usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan agenda penyatuan tersebut."Sesungguhnya kehadiran pimpinan UMNO ke muktamar ini menzahirkan usaha gigih dan bersungguh-sungguh dalam kita menjayakan gagasan besar Penyatuan Ummah," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa di sini.Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 tidak dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun beliau diwakili Asyraf Wajdi, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub serta kepimpinan UMNO negeri termasuk ketua bahagian.Ia merupakan kehadiran kali kedua kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas selepas di Pahang pada 2019.Jemputan itu dibuat memandangkan UMNO sebagai rakan kerjasama strategik.Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, usaha menyatukan umat Islam perlu berteraskan perdamaian, kasih sayang dan tanggungjawab, bukannya didorong keegoan atau kepentingan politik semata-mata.





Zahid tidak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai delegasi UMNO - Sinarharian - 4/09 9:52 am

KOTA BHARU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir ke Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat sebagaimana dilaporkan sebelum ini.Sebaliknya, Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub serta kepimpinan UMNO negeri termasuk ketua bahagian di negeri ini dilihat mewakili Ahmad Zahid.Ini merupakan kehadiran kali kedua kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas selepas di Pahang pada 2019.Media sebelum ini melaporkan, Pas menjemput Ahmad Zahid dan pimpinan parti itu bagi menghadiri Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 itu.Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jemputan itu dibuat memandangkan UMNO sebagai rakan kerjasama strategik.





Pas perlu pimpin penyatuan, bukan jadi ‘pak turut’ ??? Pemuda .. - Mygazette - 4/09 8:01 am

Jangan sekali-kali kita bacul untuk mempertahankan jati diri kita semata-mata alasan untuk kita mempertahankan penyatuan. "Jangan sekali-kali pula kita takut nak mempertahankan kebenaran semata-mata untuk kita nak mempertahankan penyatuan," katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia pada Muktamar Pemuda Pas Kali Ke-67, di sini, hari ini





Buku yang wajar dibaca oleh setiap ahli PAS - Harakahdaily - 4/09 6:21 am

SEMPENA Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) pada 4 dan 5 September 2026 serta sambutan 75 tahun perjuangan PAS pada 21 November 2026, sebuah buku yang sangat wajar berada dalam koleksi setiap pimpinan, ahli dan pendukung PAS ialah karya terbaru Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff, ‘PAS Menuju Putrajaya: Suara Kepimpinan […] The post Buku yang wajar dibaca oleh setiap ahli PAS appeared first on Harakahdaily .





Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian ??? .. - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Itu kemuncaknya, insya Allah," katanya pada sidang media selepas Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini, hari ini. Terdahulu, Afnan Hamimi ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sebuah hotel di sini menegaskan, pihaknya akan menggerakkan Himpunan Mega Penyatuan Ummah sebagai kemuncak usaha memperkukuh penyatuan umat berlandaskan lima teras Memimpin Penyatuan





Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Muhammad Akmal hadir pada Muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsung hari ini, sekali gus menjadi antara pimpinan UMNO yang memenuhi jemputan parti itu sempena Muktamar Pas ke-67. Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, kehadiran pimpinan UMNO pada Muktamar Pas kali ini merupakan kali kedua selepas 2019





PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO - Sinarharian - 3/09 2:57 pm

KOTA BHARU Prinsip mengekalkan kerusi kepada parti penyandang menjadi antara asas rundingan Pas dan UMNO bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara asas yang perlu dipertimbangkan sekiranya kedua-dua parti mencapai muafakat dalam rundingan pembahagian kerusi."Apabila ada muafakat, ada beberapa yang perlu utamakan iaitu penyandang kekal pada parti pemenang, itu asas termasuk Melaka."Ada sesetengah negeri contoh di Terengganu, Kedah, Perlis, UMNO tak ada kerusi penyandang, jadi di negeri-negeri macam ini, saya rasa ada kaedah-kaedah lain yang perlu bincang," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Menurutnya, bagi PRN Melaka, Pas mempunyai Jawatankuasa Perundingan yang diberi mandat untuk menentukan perbincangan, manakala UMNO turut menyerahkan urusan rundingan kepada pimpinan di peringkat negeri.Tuan Ibrahim berkata, ruang rundingan masih terbuka untuk mencari mekanisme terbaik bagi meminimumkan pertembungan antara kedua-dua parti."Pentingnya muafakat, kalau semua pihak bersetuju, akan ada jalan."Ruang masih panjang dan jawatankuasa ini pun boleh cari mekanisme untuk kita mengelak serta meminimumkan pertembungan itu lebih utama," katanya.Untuk rekod, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi menerusi Bersatu.





PRU16 wajar disegerakan - Pas - Sinarharian - 3/09 2:27 pm

KOTA BHARU Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar dipercepatkan bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik dan ketidaktentuan semasa, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, keadaan politik yang tidak menentu ketika ini perlu diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan melalui proses demokrasi."Saya melihat terdapat keperluan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal. Saya setuju bahawa dalam situasi yang tidak menentu seperti sekarang, kita perlu keluar daripada kemelut yang sedang dihadapi."Saya setuju PRU perlu disegerakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut mengambil pendirian bahawa PRU16 wajar diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen yang dijadualkan berakhir pada hujung tahun depan.Menurut Tuan Ibrahim, pelaksanaan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan selepas ini termasuk di Melaka dan Sarawak menuntut penyelarasan supaya pilihan raya dapat diadakan secara serentak.Katanya, langkah itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos yang ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah mengelakkan tempoh berpolitik yang berpanjangan."Kita mempunyai beberapa PRN yang akan berlangsung secara berturut-turut





25 Pemuda UMNO hadir Muktamar Pemuda Pas, sejarah baharu penyatuan ummah - Sinarharian - 3/09 1:00 pm

KOTA BHARU Kehadiran 25 pimpinan Pemuda UMNO termasuk Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis mencatat sejarah dalam usaha penyatuan ummah.Akmal berkata, Pemuda UMNO pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun 25 pimpinan hadir sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.Akmal berkata, rombongan Pemuda UMNO berkenaan pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun jumlah itu meningkat kepada 25 orang sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Dewan Pemuda Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita di muktamar itu pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.





Pemuda Pas gerak Himpunan Mega Penyatuan Ummah - Sinarharian - 3/09 11:32 am

KOTA BHARU Dewan Pemuda Pas akan menggerakkan Himpunan Mega Penyatuan Ummah sebagai kemuncak usaha memperkukuh penyatuan umat berlandaskan lima teras Memimpin Penyatuan.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata, lima teras berkenaan ialah aatukan akidah, saf, usaha, tekad dan matlamat.Beliau berkata, gagasan berkenaan tidak akan dibiarkan sekadar menjadi slogan sebaliknya akan diterjemahkan melalui gerakan di lapangan menerusi empat segmen utama sebelum dihimpunkan dalam satu gerakan lebih besar."Apabila para asatizah digerakkan, anak muda dilibatkan, para profesional dan teknokrat dihimpunkan serta masyarakat majmuk disatukan, maka seluruh kekuatan ini mesti dipertemukan di satu pentas yang lebih besar."Kami akan membawa seluruh gerakan ini menuju kepada Himpunan Mega Penyatuan Ummah," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sebuah hotel di sini pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan majlis.Menurut Afnan Hamimi, empat segmen berkenaan meliputi memperkukuhkan institusi agama, menggerakkan generasi baharu, kepakaran untuk negara serta memelihara keharmonian masyarakat majmuk."Penyatuan ummah bukan bermaksud memecah-belahkan masyarakat





PJ PAS Kelantan seru hadir Muktamar Tahunan PAS Ke-72 - Harakahdaily - 2/09 3:15 pm

PENGKALAN CHEPA: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Bentara Kanan, Ustaz Dato Ahmad Yakob menyeru seluruh pimpinan, ahli PAS, penyokong serta orang ramai hadir memeriahkan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), di sini.Beliau berkata, kehadiran ke muktamar berkenaan penting bagi menambah pengetahuan dan maklumat selain mengeratkan hubungan ukhuwah Islamiyah dalam kalangan ahli […] The post PJ PAS Kelantan seru hadir Muktamar Tahunan PAS Ke-72 appeared first on Harakahdaily .





Muktamar PAS ke-72 terbuka kepada umum - Harakahdaily - 2/09 1:21 pm

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) terbuka kepada orang ramai, termasuk mereka yang bukan ahli parti untuk mengikuti perjalanan persidangan serta pelbagai program sampingan yang disediakan





'Lepas Muktamar, PN duduk semeja bincang berkaitan Bersatu' - Takiyuddin - Sinarharian - 1/09 2:02 pm

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) akan duduk semeja selepasMuktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 bagi membincangkan isu-isu bersesuaian termasuk perkara berkaitan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan antara parti dalam PN itu dijangka diadakan dalam masa terdekat sejurus selesai Muktamar Pas."Ya, dalam masa terdekat





Asyraf Wajdi, Akmal sah hadir Muktamar Pas Ke-72 - Sinarharian - 1/09 1:16 pm

KOTA BHARU Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sah akan menghadiri Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 yang akan berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini bermula 2 hingga 5 September ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan kehadiran wakil UMNO pada muktamar Pas bukan perkara baharu.Beliau berkata, Pas pernah menerima kehadiran pimpinan UMNO pada muktamar sebelum ini, termasuk ketika Muktamar Pas di Pahang pada 2019."Sebelum ini di Muafakat Nasional kita hadir dan UMNO juga hadir dalam muktamar kita di Pahang."Jadi, untuk kali ini kali kedualah," katanya kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat akhir persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Selasa.Menurut beliau, kehadiran itu turut memperlihatkan bahawa hubungan antara kedua-dua parti bukan sesuatu yang asing dalam sejarah politik semasa.Dalam pada itu, beliau memberitahu, persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 kini berada pada tahap kira-kira 90 peratus dan memasuki fasa akhir.Ujarnya, hari ini merupakan mesyuarat terakhir jawatankuasa sebelum persiapan diteruskan dengan latihan penuh atau raptai selama dua hari bermula Rabu."Secara rasminya hari ini mesyuarat terakhir jawatankuasa





Pas sah hadir PAU 2026 - Sinarharian - 1/09 12:38 am

KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya baru menerima jemputan rasmi daripada UMNO pada Selasa, surat bertarikh 28 Ogos lalu bagi menghadiri perasmian perhimpunan berkenaan.Menurut beliau, jemputan itu ditujukan kepada Presiden Pas, Setiausaha Agung serta dua lagi wakil daripada parti berkenaan."Saya mengesahkanlah bahawa kita akan ada wakil. Saya sendiri akan menghadiri majlis tersebut," katanya semasa menghadiri mesyuarat akhir persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Selasa.Sebelumnya, UMNO memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas di Kelantan.Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu, kehadiran Presiden Pas masih belum dapat dipastikan dan bergantung kepada keadaan kesihatannya."Kalau Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tak pergi, ada wakil dialah





Muktamar ke-72: Langkah ke Putrajaya dan simpang-siur penyatuan ummah - Mkini - 31/08 10:00 am

Muktamar PAS kali ini dijangka akan menyentuh kerjasama antara PN-BN, selain status Bersatu dalam PN.





Pimpinan Umno telah sahkan hadir Muktamar PAS - Harakahdaily - 30/08 7:45 pm

KOTA BHARU: Setiausaha Agung Umno serta pimpinan Umno Kelantan, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Ketua-ketua Bahagian, mengesahkan kehadiran mereka pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 ini





UMNO sokong usaha penyatuan ummah, harap tidak putus di tengah jalan - Ahmad Maslan - Sinarharian - 29/08 12:22 am

PONTIAN UMNO menyokong penuh sebarang usaha ke arah penyatuan ummah dan berharap hubungan yang kembali terjalin dengan Pas dapat terus diperkukuhkan tanpa berakhir seperti kerjasama Muafakat Nasional sebelum ini.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah menjemput wakil Pas menghadiri persidangan semua sayap serta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan satu perkembangan yang positif.Menurutnya, usaha berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu disambut baik demi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini."Saya melihat langkah menjemput wakil Pas ke semua persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO sebagai sesuatu yang sangat baik."Bukan hanya Perhimpunan Agung, malah Wanita, Pemuda dan Puteri turut menjemput wakil mereka. Pas juga mempunyai sayap masing-masing."Apabila Pas terlebih dahulu menjemput kita, ini menunjukkan kita sedang menuju ke arah perpaduan ummah yang sangat baik," katanya selepas merasmikan Program Ambang Kemerdekaan Pontian Di Hatiku Zon Pontian E, di Taman Sentosa di sini pada pagi Sabtu.Pada Jumaat, UMNO dilaporkan akan memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan Pas untuk menghadiri Muktamar Tahunan parti itu di Kelantan.Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan menjemput beberapa pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Muktamar Tahunan Pas kali ke-72 yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 5 September ini.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menjelaskan, sebarang bentuk usaha ke arah penyatuan ummah wajar disokong kerana ia merupakan hasrat yang diinginkan oleh umat Islam di negara ini."Umat Islam di Malaysia tidak mahu parti-parti yang berteraskan Melayu menjadi punca perpecahan."Parti berteraskan Melayu yang utama ada dua iaitu UMNO dan Pas





Fokus perkasa jentera pilihan raya, perpaduan parti - Harakahdaily - 28/08 2:31 pm

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Muktamar PAS kali ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jentera pilihan raya serta memastikan perpaduan dalam parti terus dipertahankan





Muktamar Pas perlu fokus agenda pemerintahan nasional, bukan sekadar gabungan politik - Sinarharian - 27/08 3:38 pm

SG4 diperkukuh dan profesional diperbanyakkan. Tapi selepas semua itu apa agenda Nasional yang ingin dibawa oleh Pas?," katanya.Beliau berkata, penyatuan politik tidak seharusnya dianggap sebagai penyelesaian kepada masalah negara kerana rakyat lebih memerlukan agenda nasional yang jelas dan boleh dilaksanakan.Menurutnya, persoalan berkenaan jauh lebih besar daripada PRU16 dan sekiranya muktamar Pas kali ini hanya menghasilkan formula siapa bersama siapa untuk mengambil alih Putrajaya, parti itu mungkin hanya berjaya menyusun sebuah gabungan pilihan raya."Namun, jika Muktamar Pas berani menghasilkan 'blueprint' pelan pembangunan Malaysia yang boleh diukur, dibiayai dan dipertanggungjawabkan, barulah Pas bergerak daripada parti yang mahu memerintah kepada parti yang benar-benar bersedia untuk memerintah."Kerana akhirnya, rakyat tidak makan penyatuan




Reformasi     >>



Zahid nafi berselisih dengan Anwar - Mkini
Presiden Umno menegaskan bahawa BN kekal komited memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal.
Kroni     >>



China Masters final fuels Pang Ron-Pei Jing's Olympic .. - NST
KUALA LUMPUR: Independent mixed doubles pair Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing have set their sights on qualifying for the 2028 Los Angeles Olympics following an encouraging campaign at the China Masters.
Tabloid     >>



Semua penerbangan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta .. - Kosmo
PETALING JAYA Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta digantung sementara hari ini susulan peningkatan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau. Menurut notis perjalanan dikeluarkan pihak lapangan terbang, penggantungan operasi penerbangan itu berkuat kuasa sehingga ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A18 4G Leak Reveals Familiar Specs At A .. - Lowyat
Samsung is preparing to refresh its entry-level smartphone lineup with the Galaxy A18, which was previously spotted on Geekbench. Now, a new leak has revealed more about the upcoming handset, leaving little to the imagination. Android Headlines has shared a set of renders depicting the ..
World     >>



US envoys Witkoff, Kushner meet Putin for talks on .. - Aljazeera
US envoys Steve Witkoff and Jared Kushner met Russian President Vladimir Putin at the Kremlin on Saturday.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Kalau Cybercrab Tak Boleh Jual, Saya .. - Mekanika
# KALAU CYBERCRAB TAK BOLEH JUAL, SAYA BOTAK KEPALA - YOUTUBER Pertaruhan antara YouTuber teknologi terkenal Marques Brownlee atau MKBHD dengan Elon Musk mengenai Tesla Cybercab kini semakin menarik. MKBHD sebelum ini mempertaruhkan rambutnya selepas menyatakan dia sanggup membotakkan kepala ..