///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Prn Melaka News   Page 1    



PRN Melaka: PH sambut baik keterbukaan BN runding bahagi kerusi - Mygazette - 9/08 4:53 pm

# PRN Melaka: PH sambut baik keterbukaan BN runding bahagi kerusi KUALA LUMPUR Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Runding bahagi kerusi secara rasmi, tak perlu suarakan di media sosial... - Mygazette - 9/08 4:53 pm

Beliau menambah, BN Melaka akan terus mempertahankan ke semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dimenangi pada 2021. Ujarnya, kedudukan Parlimen tidak boleh dijadikan ukuran dalam menentukan pengagihan kerusi bagi PRN Melaka, kerana BN telah berusaha meyakinkan rakyat serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka





BN masih buka ruang rundingan kerusi PRN Melaka – Zahid - Mygazette - 9/08 4:53 pm

# BN masih buka ruang rundingan kerusi PRN Melaka - Zahid KUDAT - Barisan Nasional (BN) masih membuka ruang perundingan berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk pertukaran kawasan, asalkan ia dibuat dengan jujur dan ikhlas, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi





Annuar jual pantun: Dalam berurusan janganlah sombong - Mkini - 9/08 4:30 pm

PRN MELAKA Kenyataan pemimpin kanan PAS dan PN itu dibuat ketika kerjasama dengan BN Melaka belum menunjukkan tanda dimeterai





PRN Melaka: Pemuda PAS mahu kerjasama UMNO diteruskan - Utusan - 9/08 3:42 pm

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka, Zulhilmi Suboh berkata, pendirian itu diputuskan secara sebulat suara menerusi Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka ... Read more The post PRN Melaka: Pemuda PAS mahu kerjasama UMNO diteruskan appeared first on Utusan Malaysia .





Henti bincang runding kerusi PRN Melaka di medsos - Mkini - 9/08 3:19 pm

"Kita tidak ada perundingan secara rasmi lagi





PN terbuka runding, tukar kerusi dengan BN - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 9/08 2:57 pm

Kalau BN bersedia untuk bincang, insya-ALLAH kita juga bersedia untuk bincang," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Perak kali ke-23 di Hotel Perdana di sini pada Ahad.Ahmad Samsuri berkata, perbincangan sebelum pembubaran DUN Melaka adalah sesuatu yang lebih ideal bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan menghadapi PRN berkenaan.Katanya, perkembangan di Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan terdapat dua model berbeza yang boleh dijadikan rujukan dalam menentukan pendekatan di Melaka."Macam-macam boleh berlaku. Kita lihat apa yang berlaku di Johor dan apa yang berlaku di Negeri Sembilan, dua model yang berbeza."Apa yang akan berlaku di Melaka ini kita tengoklah apabila sampai waktu dan ketikanya," katanya.Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan, malah pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka, asalkan dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi parti masing-masing.Ahmad Zahid turut berkata prinsip asas rundingan ialah kerusi yang dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik.





PRN Melaka: PH terbuka runding kerusi dengan BN, parti lain - Adly - Sinarharian - 9/08 1:58 pm

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka terbuka mengadakan rundingan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan Barisan Nasional (BN) atau mana-mana parti lain yang selari dengan aspirasi dan prinsip perjuangan.Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum mengadakan sebarang pertemuan dengan sebarang parti bagi rundingan perkara berkenaan, sebaliknya perbincangan masih di peringkat dalaman PH."Memang kita mengalu-alukan siapa pun yang mahu mengadakan perundingan dengan kita, termasuk BN atau dengan siapa pun."Kalau mereka mempunyai aspirasi yang sama dengan kita, memang kita sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Santuni Madani Bukit Katil yang disempurnakan olehnya merangkap Timbalan Menteri Pertahanan di Kolej Vokasional Melaka Tengah, di sini pada Ahad.Terdahulu, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi PRN Melaka di bawah formula BN Plus.Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, pihaknya membuka pintu seluas-luasnya untuk mana-mana pihak yang ingin berunding dengan parti tersebut bagi menghadapi PRN kali ini.Adly ditanya sama ada beliau sudah berhubung dengan Ab Rauf bagi mengadakan rundingan, Adly berkata, perkara itu masih belum berlaku."Belum





Adam Adli jumpa Rauf bincang kerusi PRN Melaka, kata Fahmi - FMT - 9/08 12:33 am

Ketua penerangan PKR terima baik keterbukaan pengerusi BN negeri berbincang dengan mana-mana parti.





PRN Melaka: PH sambut baik keterbukaan BN runding agihan kerusi - Fahmi - Sinarharian - 9/08 11:34 am

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, dan menyifatkannya sebagai peluang yang wajar diteliti.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keterbukaan berkenaan juga wajar disantuni demi masa depan serta kestabilan politik Melaka, selain kepentingannya terhadap negara."Pengerusi Keadilan Melaka Yang Berhormat Adam Adli, juga ada memaklumkan beliau telah berhubung terus dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof (mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka)."Saya rasa keterbukaan ini adalah peluang yang baik untuk kita teliti kerana kita tahu di Melaka, BN mempunyai 21 kerusi, manakala PH mempunyai lima kerusi. Jadi itu satu perkara yang realistik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gotong-royong Mega Perangi Aedes di kawasan Lembah Pantai, di sini pada Ahad.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sehubungan dengan itu beberapa perkara boleh diuruskan di peringkat negeri dan Persekutuan berhubung pengagihan kerusi DUN di Melaka.Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan, malah pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka, asalkan dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi parti masing-masing.Ahmad Zahid turut berkata, prinsip asas rundingan ialah kerusi yang dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik





Henti bincang agih kerusi PRN Melaka di media sosial, kata Ab Rauf - FMT - 9/08 10:56 am

Pengerusi BN Melaka itu berkata pemimpin PN belum datang berunding dengan beliau atau Pengerusi BN Zahid Hamidi mengenai perkara itu.





PRN Melaka: BN terbuka untuk berunding, tukar kerusi - Ahmad Zahid - Sinarharian - 8/08 5:46 pm

Mereka tidak akan menyerahkan kerusi yang mereka menangi kepada rakan-rakan kongsi politik. Tetapi kalau mereka boleh melakukannya dengan janji kejujuran dan keikhlasan, saya tidak nampak bahawa Ketua Menteri Melaka tidak boleh melakukannya," katanya ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Festival Kebudayaan Rungus Anjuran Persatuan Momogun Rungus Malaysia di Dewan Persatuan Momogun Rungus Malaysia, Matunggong di sini pada Sabtu.Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebelum ini yang menggesa parti-parti dalam gabungan kerajaan supaya tidak terlebih dahulu mengumumkan hasrat mempertahankan kerusi tertentu sebelum rundingan pembahagian kerusi dimuktamadkan.Mengulas lanjut, beliau berkata, selain pertukaran kerusi dalam rundingan PRN Melaka, pendekatan sama boleh dipertimbangkan membabitkan negeri-negeri lain yang dikuasai parti rakan dalam gabungan."Jadi pertama ialah swap kerusi, yang kedua kalau boleh swap kerusi di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh mereka





Retorik penyatuan ummah BN-PN lenyap di Melaka kerana tamak, kata Puad - FMT - 8/08 2:47 pm

Bekas pemimpin Umno itu berkata nada BN dan PN sudah berbeza kerana mahukan lebih kerusi pada PRN Melaka.





Jangan ambil kerja Tuhan tentukan keikhlasan seseorang - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:13 pm

KOTA BHARU - UMNO menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan bentuk kerjasama termasuk soal pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, soal sama ada BN ikhlas atau tidak dalam kerjasama berkenaan tidak wajar dipersoalkan sebelum rundingan antara kedua-dua pihak berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN:21 kerusi BN, apa baki untuk PN?[VIDEO] BN pertahankan 21 kerusi di Melaka - Ahmad Zahid"Jadi biarkan keikhlasan itu kerja Tuhan. Jangan kita mengambil kerja Tuhan dalam menentukan keikhlasan seseorang," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu, Empat Peringkat Tahun 2026 di Dewan UMNO Negeri Kelantan di sini.Terdahulu media melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tiada keikhlasan diperlihatkan oleh BN dalam perundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka apabila sudah mengumumkan mahu mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenangi sebelum ini.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa BN mahu mempertahankan semua 21 kerusi yang dimenangi pada 2021 tidak menunjukkan kejujuran dalam berpolitik atau anjakan perubahan sikap.Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, hasrat awal yang dinyatakan mana-mana pihak mengenai kerusi yang ingin dipertahankan adalah perkara biasa sebelum perbincangan dibuat."Tak ada siapa pun manusia yang boleh tahu benda yang berada dalam hati masing-masing."Tetapi yang paling penting sekali, siapa pun yang menyatakan hasrat, kalau kita tengok di Negeri Sembilan pun peringkat awal, masing-masing mengeluarkan kenyataan, berhasrat itu dan ini."Tetapi akhirnya kepimpinan akan duduk di meja perundingan dan berbincang





PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan ???Gelombang .. - Mygazette - 8/08 7:47 am

# PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan Gelombang Biru - Hamzah PETALING JAYA Semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) digesa mengamalkan sikap bertolak ansur dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





AMK mula perkukuh gerak kerja hadapi PRN Melaka ??? Kamil Munim - Mygazette - 8/08 7:47 am

# AMK mula perkukuh gerak kerja hadapi PRN Melaka Kamil Munim KUALA KANGSAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mempergiat gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan memberikan tumpuan utama kepada pengukuhan jentera dan penyelarasan program di peringkat akar umbi





Kena tolak ansur demi gelombang biru, tegas Hamzah - FMT - 7/08 11:49 pm

Presiden Wawasan ulas kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi yang menyatakan gabungan itu mahu pertahan 21 kerusi menjelang PRN Melaka.





'Pas masih giat budaya politik alih tiang gol, parah sungguh' - Kamil Munim - Sinarharian - 7/08 3:53 pm

Apabila kerajaan membentangkan dapatan RCI TH baru-baru ini, mereka tidak berminat untuk membahaskan kandungan di dalam laporan tersebut, sebaliknya disoal pula mengapa didedahkan sekarang."Kalau pun didedahkan lebih awal, mungkin mereka akan kata tergesa-gesa. Begitulah wajah dan kualiti Pas sebagai pembangkang hari ini apabila matlamatnya bukan 'tabayyun' atau mencari kebenaran, tetapi memastikan mereka sentiasa membangkang."Parah sungguh," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Beliau mengulas persoalan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai sebab dapatan RCI TH didedahkan baru-baru ini.Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menempelak alasan tindakan tidak diambil lebih awal kerana kononnya dikhuatiri menjejaskan keyakinan pelabur.Mengulas lanjut, Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan bila tempoh masa paling sesuai dirasakan Pas untuk mendedahkan dapatan RCI TH jika bukan sekarang."Sebenarnya, bila waktu yang dianggap sesuai oleh Pasir Mas? Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah? Sebelum PRN Johor? Selepas selesai PRN Negeri Sembilan atau mungkin sebelum PRN Sarawak dan selepas PRN Melaka?"Mungkin tunggu sahaja selesai Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)?" soalnya.Muhammad Kamil berpandangan, watak seperti Ahmad Fadhli akan sentiasa melampiaskan rasa tidak puas hati tidak kira bila laporan tersebut didedahkan sekali pun."Kita buka satu medan, mereka (Pas) akan segera membuka medan yang lain sedangkan bukan mereka tidak tahu beberapa tangkapan telah pun berjalan dan kelak digerakkan pendakwaan terhadap watak-watak yang dikenalpasti terlibat," katanya.Beliau juga secara sinis meminta Ahmad Fadhli yang 'otak geliga' untuk mengambil bahagian dalam sesi pembahasan laporan RCI TH di Dewan Rakyat dan membentangkan hujah-hujah berkualiti sepertimana selalu dilakukannya.Tambah Muhammad Kamil, kerajaan ketika ini sudah menjelaskan bahawa pihak pengurusan TH sendiri yang memohon agar pendedahan laporan tidak dibuat sejurus RCI kerana bimbangkan implikasinya terhadap keyakinan pendeposit dan keteguhan institusi tersebut."Mungkin Pasir Mas belum benar-benar memahami bagaimana sentimen pasaran dan dunia pelaburan berfungsi





RCI TH: Parah sungguh, Pas masih giat budaya politik alih tiang... - Mygazette - 7/08 3:30 pm

Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mempersolkan, jika tidak sekarang bilakah tempoh masa paling sesuai dirasakan Pas untuk pendedahan RCI tersebut. Sebenarnya, bila waktu yang dianggap sesuai oleh Pasir Mas? Selepas PRN Sabah? Sebelum PRN Johor? Selepas selesai PRN Negeri Sembilan? Atau mungkin sebelum PRN Sarawak? Atau selepas PRN Melaka? Mungkin tunggu sahaja selesai PRU-16? Hakikatnya, bila pun laporan ini didedahkan, watak seperti beliau tidak akan berpuas hati





PRN Melaka: PN-BN runding untuk capai kesepakatan - Harakahdaily - 7/08 2:38 pm

Timbalan Pengerusi PN, Dato Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan itu mengambil kira kerjasama telah dilaksanakan antara kedua-dua gabungan berkenaan di Negeri Sembilan sebelum ini. Menurut Timbalan Presiden PAS itu […] The post PRN Melaka: PN-BN runding untuk capai kesepakatan appeared first on Harakahdaily .





PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 7/08 2:00 pm

TANAH MERAH Sebarang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimulakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Beliau berkata, semua keputusan mengenai pembahagian kerusi hanya akan diputuskan selepas rundingan rasmi antara kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan."Prinsip asasnya sama seperti yang dilaksanakan pada PRN Negeri Sembilan, namun rundingan masih belum bermula."Biarkan dahulu kepimpinan kedua-dua parti berkenaan berbincang. Setakat ini belum ada keputusan, jadi jangan ada mana-mana pihak mendahului proses rundingan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah 2026 di Dataran Mahsuri di sini pada Jumaat.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.Sebelum ini, akhbar melaporkan BN berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi DUN yang disandang gabungan itu pada PRN Melaka tidak lama lagi.Dalam perkembangan sama, ketika ditanya mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas di empat negeri ditadbir PN, Asyraf Wajdi berkata, usaha itu diharap usaha jangka panjang dan perlukan sifat lapang dada daripada semua pihak.Menurutnya, berdasarkan sentimen akar umbi termasuk ketika PRN Negeri Sembilan, rakyat mahu melihat orang Melayu tidak terus berpecah."Kami mahu beri isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia jangan khuatir apabila parti-parti besar khususnya UMNO dan Pas ini bekerjasama kerana usaha sebenarnya akan menguatkan lagi politik di negara kita."Apabila politik stabil, keharmonian dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum akan dapat dirasai."UMNO sebagai parti teras BN juga kekal komited mempertahankan semangat perkongsian bersama semua kaum sebagaimana yang dibina untuk meraih Kemerdekaan dulu," katanya.





PRN Melaka: PAS masih runding, usaha perpaduan - Harakahdaily - 7/08 12:58 am

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rundingan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka masih belum dibubarkan. Menurut […] The post PRN Melaka: PAS masih runding, usaha perpaduan appeared first on Harakahdaily .





PRN Melaka: Perlu cermat buat perhitungan, jangan mudah lupa kejayaan .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# PRN Melaka: Perlu cermat buat perhitungan, jangan mudah lupa kejayaan dicapai Annuar Musa KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu berhubung kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang





AMK sifatkan Bersama hipokrit, masuk PRN Melaka untuk bantu UMNO pecah... - Mygazette - 7/08 8:18 am

# AMK sifatkan Bersama hipokrit, masuk PRN Melaka untuk bantu UMNO pecah undi PH KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang dipimpin Datuk Seri Rafizi Ramli berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai langkah hipokrit yang hanya menguntungkan UMNO dan sekutunya





PN dijangka tuntut kerusi sama rata dalam PRN Melaka, kata penganalisis - FMT - 6/08 7:30 am

Syaza Shukri berkata Perikatan Nasional akan menggunakan penguasaannya terhadap tiga daripada enam kerusi Parlimen di negeri itu sebagai modal rundingan.





PRN Melaka: Bibit perpecahan mula landa BN, PN – Penganalisis - Mygazette - 5/08 4:22 pm

# PRN Melaka: Bibit perpecahan mula landa BN, PN - Penganalisis KUALA LUMPUR Landskap politik Melaka yang berbeza dengan Johor dan Negeri Sembilan berpotensi mencetuskan bibit-bibit perpecahan dalam persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)





Dakwaan PH sertai barisan Exco tidak berasas, sengaja mahu laga-lagakan BN-PN ADUN BN - Sinarharian - 5/08 10:27 am

Kenapa pula tiba-tiba PH mahu turut serta dalam pelantikan Exco?"Setakat hari ini saya tidak pernah mendengar langsung sebarang perbincangan berhubung perkara itu dan ia nyata tidak berasas,"katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Menurutnya, dakwaan seperti itu hanya sengaja ditimbulkan untuk melaga-lagakan BN dan PN serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang berjaya dibentuk dengan majoriti dua pertiga."Pengundi telah membuat keputusan menolak PH. Jadi cerita seperti ini hanya bertujuan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan," katanya.ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, jika benar PH sertai barisan Exco, tiada gunanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan."Kita dah guna naratif gelombang biru menentang gelombang merah, tapi tiba-tiba bila menang pilihan raya kita nak bersama merah semula."Bagi saya kalau kita buat macam itu, ia akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita dan turut memberi kesan kepada PRN Melaka,"katanya.Beliau turut menggesa semua pihak menghentikan polemik politik dan memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu untuk melaksanakan amanah mentadbir negeri serta menunaikan manifesto pilihan raya demi kepentingan rakyat.Menurutnya, semua pemimpin perlu mengutamakan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat berbanding terus menghangatkan isu-isu yang boleh mengeruhkan keadaan politik.Mengulas dakwaan Tan Sri Mohd Rais Yatim mengenai kononnya wujud campur tangan pihak luar dalam urusan pelantikan Menteri Besar, beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas.Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah mencampuri urusan institusi Raja dan adat Negeri Sembilan, malah bertindak mengikut lunas undang-undang.Selain itu, ADUN Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berpendapat, dakwaan itu sengaja ditimbulkan bertujuan mewujudkan ketidakstabilan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini."Kalau perkara itu benar-benar akan berlaku, sudah semestinya kami ADUN BN yang baharu memenangi PRN akan dibawa berbincang mengenainya."Sebaliknya, perkara ini tidak pernah dibincangkan sama sekali sehingga hari ini," katanya.Justeru itu, Saiful Yazan berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri, bukannya terus berpolitik.Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa ADUN daripada PH berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Ismail.Ismail pada Selasa bagaimanapun menafikan menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan tersebut.





4,000 perwakilan akan tentukan kedudukan DAP kekal atau tidak dalam .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

Jadi kita sebagai satu parti yang mengamalkan sistem demokrasi dalaman, kedudukan kita dalam kerajaan bukan kita tentukan sendiri," katanya lagi. - MalaysiaGazette keluarlah dari kerajaan madani sebelum PRN MELAKA dan bertanding pilihanraya solo gunakan logo DAP





ANALISIS Melaka mungkin lain, Hadi beri isyarat Pas tak mahu jadi penumpang BN di Melaka? - Harapandaily - 4/08 7:08 am

Team Editorial Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kerjasama BN-PN untuk PRN Melaka mungkin lain boleh dibaca sebagai mesej kepada tiga pihak serentak: BN, Bersatu dan PH





PH mampu beri cabaran sengit dalam PRN Melaka – Hassan - Mygazette - 3/08 4:34 pm

# PH mampu beri cabaran sengit dalam PRN Melaka - Hassan PASIR GUDANG - Pakatan Harapan (PH) mampu memberi cabaran sengit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti kerana UMNO didakwa tidak kuat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)





Kerjasama BN-PN untuk PRN Melaka mungkin lain, kata Hadi - Mkini - 3/08 3:11 pm

Hal itu kerana, kata Presiden PAS, BN 'kosong' dalam parlimen apabila sebahagian besar kerusi yang ada dimenangi oleh PAS dan Bersatu





PH boleh beri cabaran sengit pada PRN Melaka - Sinarharian - 3/08 2:18 pm

JOHOR BAHRU - Cabaran sengit mampu diberikan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memandangkan UMNO tidak memiliki kekuatan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, dakwaan itu berasas berikutan UMNO tidak menang sebarang kerusi Parlimen di negeri itu, sekali gus menunjukkan parti itu tidak memiliki prestasi baik di peringkat DUN."Parti lain seperti PAS ada dua kerusi Parlimen pada PRU15 manakala DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga memiliki kerusi parlimen bagi negeri Melaka."Jadi kedudukan UMNO di Dun Melaka tidak kuat dan boleh dicabar," katanya selepas majlis penyerahan sebuah sampan kepada sukarelawan skuad bencana dan minum pagi bersama-sama komuniti flat Taman Molek di sini pada Isnin.Keyakinqn itu berdasarkan rekod PKR yang pernah dua kali menewaskan Ketua Menteri Melaka mewakili Barisan Nasional di Dun Bukit Katil semasa pilihan raya terdahulu.Justeru, PH perlu menyusun strategi tepat dan tidak mengulangi faktor kekalahan di tiga PRN sebelum ini."PH kena tunjukkan prestasi baik dan tidak perlu strategi yang bukan-bukan. Jangan sampai ditertawakan kerana keutamaan harus menang banyak kerusi," katanya.Beliau turut mencadangkan pemimpin tempatan sebagai Pengarah PRN Melaka bagi menarik sokongan pengundi bukannya seperti di Johor dan Negeri Sembilan yang diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari."Datuk Seri Amirudin diminta rehat dahulu, dan kempen nanti mesti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga boleh turun berkempen," katanya.





Sudah sampai masanya tamatkan kerjasama BN-PH, jangan pura-pura lagi - Puad Zarkashi - Sinarharian - 2/08 2:28 pm

JOHOR BAHRU Memorandum Persefahaman (MOU) Kerajaan Perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah sepatutnya ditamatkan susulan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kemenangan gabungan BN-PN di negeri itu menunjukkan formula kerjasama tersebut dijangka diteruskan pada PRN Melaka dan seterusnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Tahniah BN-PN di atas kejayaan menawan Negeri Sembilan





PRN Melaka: BN Melaka terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak - Sinarharian - 2/08 1:59 pm

MELAKA - Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah formula BN Plus, kata Pengerusinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, beliau membuka pintu seluas-luasnya untuk mana-mana pihak yang ingin berunding dengan parti tersebut bagi menghadapi PRN kali ini."Siapa juga boleh datang berunding, tapi runding tidak semestinya berakhir dengan perjanjian atau pun persetujuan... ia melihat kepada kelebihan masing-masing."Jadi kita tak terikat dalam mana-mana satu ikatan yang belum lagi dijadikan secara formal sebagai gabungan muktamad, tetapi saya terbuka kepada semua orang untuk datang berunding dengan saya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas di sini hari ini.Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kejayaan kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan Negeri Sembilan dijangka menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meneruskan momentum kemenangan pada PRN Melaka akan datang.Ab Rauf turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan baharu.Beliau berharap Ismail dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang terbaik sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto.Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, Ismail memenangi kerusi DUN Juasseh dengan majoriti 4,091 selepas meraih 6,907 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Aidil Abdullah yang memperoleh 2,816 undi dan Mohd Zuhaimi Md Yusof daripada Bersatu dengan 506 undi.Pada PRN itu, BN memenangi 18 kerusi DUN, PH dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan tujuh kerusi.Kerajaan Negeri Sembilan dibentuk menerusi kerjasama BN dan PN





Gelombang perpaduan Melayu BN-PN: PH dalam bahaya - Mkini - 2/08 9:04 am

PRN SEMBILAN Zahid beri isyarat kerjasama BN-PN pada PRN Melaka dan Anwar mungkin ditekan adakan pilihan raya umum mengejut.





Tiada lagi kebersamaan, MoU BN-PH perlu ditamatkan – Puad - Mygazette - 2/08 8:15 am

"Tahniah BN-PN di atas kejayaan menawan Negeri Sembilan. Sudah tentu formula BN-PN akan diteruskan di PRN Melaka dan seterusnya PRU16





‘Kapal’ Bersatu makin karam, Wan Saiful pelawa sertai Wawasan - Mygazette - 2/08 8:15 am

Katanya, sebagai wakil PN dalam siri mesyuarat dengan BN, beliau sendiri melihat bagaimana penyelarasan jentera diadakan tanpa henti, menyatukan gerak kerja demi memastikan calon-calon dapat diperkenalkan dan diterima baik oleh para pengundi di setiap pelusuk DUN. Dalam pada itu, Wan Saiful turut mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada DAP untuk PRN Melaka akan datang





[VIDEO] Aminuddin rehat seketika sebelum bantu gerak kerja PRN Melaka - Kosmo - 2/08 12:14 am

... Read more The post [VIDEO] Aminuddin rehat seketika sebelum bantu gerak kerja PRN Melaka appeared first on Kosmo Digital .





PRN Negeri Sembilan: 'Saya tak menyesal, mungkin report card saya masih kurang' - Aminuddin - Sinarharian - 1/08 10:55 pm

Mungkin ini peluang untuk saya meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan cucu."Saya akan fikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk parti pada masa akan datang."Buat masa ini saya berehat seketika dan selepas itu akan bekerja keras. Insya-ALLAH saya merancang untuk membantu PRN Melaka," katanya.



Anthony Loke you better resign and be gone. Malulah. - OutSyed - 1/08 10:24 pm

But I dont think Wawasan and PAS will agree. The next State polls will be PRN Melaka in September





Kerjasama PRN: Adun Rembia harap tawaran kerusi munasabah di Melaka - FMT - 1/08 7:38 pm

Jailani Khamis harap agar tawaran kerusi, jika BN-PN bekerjasama pada PRN Melaka nanti, dibuat atas 'dasar persahabatan'.





UMNO perlu jadi paksi sokongan Melayu hadapi PRU-16 - Khaled Nordin - Sinarharian - 25/07 12:41 am

PASIR GUDANG UMNO perlu kembali menjadi paksi utama yang menyatukan sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan UMNO mampu menjadi 'pusat graviti' yang menyatukan kekuatan politik Melayu demi mewujudkan kestabilan politik negara.Menurutnya, pendekatan itu bukan bermaksud UMNO mahu memonopoli sokongan orang Melayu, sebaliknya membentuk jajaran politik yang lebih tersusun bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu."Kita tidak bercakap soal dominasi sempit terhadap orang Melayu, tetapi bagaimana UMNO menjadi pusat graviti kepada penyusunan politik Melayu yang lebih stabil."Dalam tempoh 10 tahun lalu, kita menyaksikan politik orang Melayu berpecah-belah. Apa yang berlaku dalam PRN Johor membuktikan ahli UMNO berjaya menterjemahkan usaha untuk mengembalikan kestabilan itu," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, di sini pada Sabtu.Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, pendekatan jajaran politik antara parti-parti Melayu turut diterapkan dalam PRN Negeri Sembilan, namun situasinya berbeza ketika PRN Johor.Mengulas mengenai PRU-16, Khaled berkata pilihan raya umum itu boleh diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada perkembangan politik semasa.Katanya, keputusan PRN Melaka dan PRN Negeri Sembilan akan menjadi petunjuk penting kepada hala tuju politik negara, namun tarikh sebenar pembubaran Parlimen masih belum dapat dipastikan.



'Jurang melebar tapi belum retak' - Sinarharian - 21/07 8:00 am

PUTRAJAYA Persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat melebarkan jurang persepsi politik antara BN dan PH (PH).Bagaimanapun, Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis berkata, situasi itu belum menggambarkan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan sedang menuju ke arah perpecahan.Menurut beliau, apa yang berlaku lebih mencerminkan pertembungan antara strategi pilihan raya di peringkat negeri dengan keperluan mengekalkan kestabilan pentadbiran di Putrajaya."Pada saya, ya, dari sudut persepsi politik jurang itu kelihatan semakin melebar, tetapi tidak semestinya bermaksud hubungan dalam Kerajaan Perpaduan sedang menuju ke arah perpecahan."Apa yang berlaku lebih menggambarkan pertembungan antara logik pilihan raya dan logik pentadbiran," katanya ketika diminta mengulas polemik yang tercetus susulan pengumuman persefahaman BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan sehingga mencetuskan gesaan beberapa pemimpin PH supaya kerjasama dengan BN dalam Kerajaan Perpaduan dikaji semula.Ujar beliau, di peringkat Persekutuan, BN dan PH masih mempunyai kepentingan bersama untuk mengekalkan kestabilan kerajaan, namun di peringkat negeri kedua-dua gabungan itu mempunyai inisatif untuk memaksimumkan kemenangan masing-masing.Menurutnya, persefahaman BN-PN menyebabkan PH mempersoalkan komitmen BN terhadap semangat Kerajaan Perpaduan, namun daripada perspektif BN, langkah itu boleh dihujahkan sebagai strategi pilihan raya yang tidak semestinya mengubah kedudukan mereka di Putrajaya."Justeru, saya melihat jurang yang wujud lebih kepada ketegangan politik, bukannya keretakan institusi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: PH tak punya hak untuk berasa tertipu dengan UMNO, BN - Fathi Aris'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJCabar mencabar ujian baharu Kerajaan Perpaduan menjelang PRN Negeri SembilanJangan hanya BN, semua parti lawan PH perlu keluar Kerajaan Perpaduan - Akmal SalehAMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan susulan kerjasama dengan PNKerjasama BN-PN hanya untuk elak pertembunganMengulas jangkaan perkembangan isu itu, beliau berpandangan polemik berhubung persefahaman BN-PN dijangka hanya memuncak pada fasa awal kempen sebelum semakin reda apabila hari pengundian semakin hampir."Saya jangka isu ini memuncak pada awal kempen, tetapi akan semakin reda apabila kempen memasuki fasa akhir."Selepas PRN pula, saya jangka semua pihak akan kembali kepada pendekatan yang lebih pragmatik kerana kestabilan kerajaan Persekutuan masih menjadi kepentingan bersama. Oleh itu, retorik kempen tidak semestinya diterjemahkan kepada perubahan hubungan politik di Putrajaya," katanya.Ditanya kemungkinan formula sama diulangi pada PRN Melaka, Mujibu berkata, perkembangan semasa tidak boleh dianggap sebagai amaran keras yang akan menutup terus ruang kerjasama antara BN dan PN pada masa depan.Katanya, apa yang berlaku lebih kepada isyarat bahawa setiap bentuk kerjasama politik mempunyai kos yang perlu dipertimbangkan oleh semua pihak."Sama ada BN akan mengulangi formula ini di Melaka atau negeri lain bergantung kepada satu perkara utama iaitu keberkesanan strategi tersebut."Jika kerjasama taktikal dengan PN terbukti memberi keuntungan pilihan raya tanpa jejaskan hubungan di Putrajaya secara serius, tekanan untuk menggunakannya semula pasti akan wujud."Sebaliknya, jika ia mencetuskan ketegangan lebih besar daripada manfaat politik yang diperoleh, BN dijangka akan lebih berhati-hati," katanya.Ujar beliau, isu berkenaan bukan lagi soal sama ada BN boleh atau tidak bekerjasama dengan PN, sebaliknya bagaimana parti itu mengimbangi dua kepentingan berbeza iaitu memenangi PRN dan pada masa sama mengekalkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.



Selepas Johor, parti Rafizi dijangka ‘dimalukan’ di Melaka .. - Mygazette - 20/07 5:26 pm

# Selepas Johor, parti Rafizi dijangka 'dimalukan' di Melaka - Penganalisis SEREMBAN Selepas tewas di kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga hilang wang deposit, Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli dijangka berdepan nasib sama pada PRN Melaka



'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis - Sinarharian - 20/07 3:28 pm

KUALA LUMPUR - Selepas kalah di kesemua 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ditandinginya dengan hilang deposit, parti Bersama pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli dijangka terus menerima nasib sama dengan 'dimalukan' buat kali kedua dalam PRN Melaka tidak lama lagi.Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohamad Faisol Keling berkata, ini kerana tahap penolakan yang tinggi oleh orang Melayu terhadap prestasi Rafizi sebagai menteri sebelum ini serta peningkatan semula oleh pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan (PH) selepas Pas menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).Katanya, jenama parti Bersama tidak mampu menarik sokongan dan sambutan masyarakat, maka persoalan sejauh mana ia mampu kekal dan mendapat sokongan rakyat adalah berdasarkan kemampuan melaksanakan prinsip, kejayaan dan ketelusan yang dibawa oleh sesebuah parti."Berdasarkan sokongan dan sambutan masyarakat, saya melihat kenyataan dan janji manis yang pernah ditabur ketika dalam PH telah menjadikan ia sebagai pengajaran kepada rakyat agar tidak lagi ditipu dan dimanipulasikan dengan pelbagai formula yang akhirnya hanya menjadi alat meraih undi berbanding perlaksanaan yang sebenar."Realiti yang perlu diterima adalah masyarakat tidak akan lagi terpesona dengan apa-apa formula yang jauh dari realiti kemampuan sebenar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Bersama mengesahkan tidak akan menyertai PRN16 bagi memberi sepenuh tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN Melaka.Pemimpin DAP, Tony Pua turut meminta pengundi terus menyokong PH pada PRU16, sambil mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr



PH tak punya hak untuk berasa tertipu dengan UMNO, BN - Fathi Aris - Sinarharian - 20/07 2:18 pm

Sebenarnya keputusan tidak pelik. BN bertembung dengan PN dan PH dalam PRN Melaka hujung 2021 dan Johor awal 2022



Hari-hari terakhir Kerajaan Madani pimpinan PMX. - Wrlr - 19/07 2:58 am

PRN Negeri Sembilan - akan selesai. PRN Melaka - bakal selesai



Prestasi PRN Negeri Sembilan bakal tentukan hala tuju kerjasama BN-PN di Melaka - Sinarharian - 18/07 5:01 pm

JEMPOL - Prestasi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan menjadi penentu sama ada model kerjasama itu akan diteruskan pada PRN Melaka, negeri lain serta Pilihan Raya Umum (PRU).Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik sentiasa berubah dan sebarang keputusan mengenai peluasan kerjasama itu akan bergantung kepada keputusan yang dicapai pada PRN Negeri Sembilan."Kita akan lihat prestasinya di Negeri Sembilan kerana politik ini adalah sangat dinamik."Maka kita akan menyusun jajaran yang mungkin untuk Melaka dan untuk negeri-negeri lain pula



Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin - Utusan - 17/07 7:40 am

PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana mahu memberi perhatian kepada PRN Melaka dan bukannya untuk memberi muka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun



Baguslah Parti Kancil tak sertai PRN N. Sembilan, lebih baik bubar... - Mygazette - 16/07 3:29 pm

Beliau berkata, Parti Bersama perlu melakukan muhasabah terhadap hala tuju dan relevan parti berkenaan kerana komitmen membawa suara rakyat hanya dapat dibuktikan melalui penyertaan secara konsisten dalam setiap proses demokrasi. Semalam, Rafizi memutuskan Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bagi memberikan tumpuan kepada PRN Melaka



Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan. fokus persiapan Melaka - Mygazette - 16/07 8:10 am

"Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, ersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang," kata mereka dalam kenyataan. Mereka turut menaruh harapan, tempoh masa yang lebih lama memberi ruang kepada Bersama masuk ke PRN Melaka dengan lebih bersedia, di samping pertimbangan-pertimbangan lain yang telah diambil kira



Bersama umum tidak akan sertai PRN Negeri Sembilan - Mypress - 15/07 7:55 pm

PETALING JAYA Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka



Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka - Sinarharian - 15/07 5:09 pm

SHAH ALAM -Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengesahkan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi PRN Melaka.Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan bagi pihak Bersama oleh Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab pada Rabu.Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk persaingan yang dijangka lebih sengit antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan serta kedudukan PH sebagai kerajaan negeri.Selain itu, keputusan PRN Negeri Sembilan juga disifatkan berpotensi memberi kesan kepada beberapa isu politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan."Mengambil kira faktor-faktor ini serta kekangan masa dan sumber, Bersama berpendapat adalah lebih strategik untuk mengalihkan fokus kepada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan lagi."Sehubungan itu, Bersama tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan bagi memberi sepenuh tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN Melaka," menurut kenyataan itu pada Rabu.Menurut kenyataan sama, mesyuarat persediaan awal bagi menghadapi PRN Melaka akan diadakan pada 21 Julai ini bagi mengenal pasti kerusi yang akan ditandingi serta memulakan proses saringan calon supaya senarai calon dapat diumumkan lebih awal.Dalam pada itu, Bersama turut akan mengadakan majlis penghargaan kepada sukarelawan yang bertugas pada PRN Johor pada Ahad ini di ibu pejabatnya di Puchong sebelum diteruskan dengan acara tontonan bersama perlawanan akhir Piala Dunia.Rafizi, Nik Nazmi dan Syukri turut merakamkan penghargaan kepada ahli serta sukarelawan yang bersedia digerakkan ke PRN Negeri Sembilan walaupun masih keletihan selepas kempen PRN Johor.Menurut mereka, tempoh persediaan yang lebih panjang diyakini membolehkan Bersama membuat persiapan lebih rapi untuk menghadapi PRN Melaka, selain mengambil kira pelbagai pertimbangan strategik.Mereka pada masa sama mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi di Negeri Sembilan dan berharap dapat bertemu semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).



PH Melaka beri bayangan bergerak solo pada PRN negeri PH Melaka beri .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm

"Ini adalah pendirian kita, tiada kena mengena sebab (keputusan) PRN Johor sebaliknya dibuat kerana DUN Melaka hari ini meluluskan usul Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi melantik ADUN lantikan yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. "Ini juga sudah jelas (bergerak solo)," katanya ketika ditanya bagaimanakah kerjasama politik PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka selepas mengumumkan menjadi pembangkang



BN perlu kekalkan momentum kemenangan - Sinarharian - 12/07 3:26 pm

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak berharap momentum kemenangan dalam pilihan raya dapat diteruskan seperti yang dicapai di Johor.Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, walaupun kemenangan itu memberi isyarat positif, ia bukan jaminan berterusan kerana corak pengundian boleh berubah mengikut situasi semasa."Pertama, saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Johor yang telah mengundi serta tahniah kepada semua petugas yang terlibat."Kita harap gelombang kemenangan itu kekal, tetapi kita tidak tahu kerana pengundi ini dinamik dan boleh berubah-ubah," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Perumahan Perakku Astana Chemor di sini pada Ahad.Mengulas sama ada kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi petunjuk bahawa rakyat kembali menyokong parti itu, Saarani menegaskan ia tidak boleh ditafsirkan secara mudah.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang depositDua faktor kemenangan BN[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri WangsaSPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosialAnwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhirPRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatanKatanya, sejarah lalu menunjukkan keputusan pilihan raya negeri tidak semestinya mencerminkan keputusan di peringkat Persekutuan."Kalau kita ingat PRN Melaka 2021 dan PRN Johor 2022, memang BN menang




Reformasi     >>



Tabung Haji: JPM junjung tinggi titah Agong demi .. - Mkini
Kata Zulkifli, JPM bertekad pastikan TH kekal jadi institusi pengurusan haji yang kukuh, berintegriti, dan dipercayai rakyat
Kroni     >>



‘Jangan biarkan sahabat kita turun seorang .. - Harakahdaily
SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) perlu menggerakkan dua bentuk amal utama, iaitu amal jamaei dan amal ijtimai secara seimbang bagi memperkukuh organisasi serta memperluas dakwah kepada masyarakat. Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tawau, Mohd Rashidi Hamade berkata, amal jamaei ..
Tabloid     >>



Ketirisan sumber perikanan RM823.88 juta - Hmetro
Kuala Lumpur: Pencerobohan berterusan vesel penangkapan ikan asing ke perairan negara bukan sahaja mengancam kedaulatan maritim Malaysia, malah mengakibatkan negara menanggung ketirisan sumber perikanan yang dianggarkan mencecah RM823.88 juta. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Pixel 11 series and Watch 5: what to expect - Gsmarena
Google has a major event planned for August 12 (Wednesday) it will unveil the next generation of Pixel phones, as well as a new watch and perhaps its first smart tag too. Here is what we know so far, both officially and unofficially. Google is already posting teaser videos like the ones below. They ..
World     >>



Iran war live: Tehran sets Hormuz terms, Houthis claim .. - Aljazeera
IRGC sets conditions to reopen Strait of Hormuz as US seeks commitments to end attacks on ships in the waterway.
Motor Trend     >>



Buletin Autodeutsch Petronas Auto Expert Kuala Lumpur .. - Mekanika
# AUTODEUTSCH PETRONAS AUTO EXPERT KUALA LUMPUR RASMI DENGAN 11 SERVIS BAY Sebuah pusat servis baharu di bawah rangkaian PETRONAS AutoExpert kini mula beroperasi dengan menawarkan kemudahan yang lengkap untuk pemilik kenderaan, termasuk 11 service bay yang direka untuk menampung pelbagai ..